51 Mereka mengatakan bahwa kata ن ْم ِdalam ayat مْك ُنْم ِuntuk penjelas dan bukan untuk menunjukkan sebagian. Sehingga makna ayat, jadilah kalian semua umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar. Demikian juga akhir ayat yaitu: نَو ُ ح ِ ْل ف ُ الْم ُ م ُ َك ه ِ ْالَئ أُو َ و Menegaskan bahawa beruntung bagi mereka yang melakukan amalan tersebut. Sedangkan mencapai keberuntungan tersebut hukumnya adalah fardhu 'ain. Oleh karena itu memiliki sifat-sifat tersebut hukumnya wajib 'ain juga. Kerana dalam kaedah disebutkan: ا الَ َ ب م اجِ َ و َ و ُ َه ف ِ ه ِ ب ِالَّ إ ُ اجِ ب َ الْو ُ م ِ ت َ ي Maksudnya: Satu kewajiban yang tidak sempurna kecuali dengan sesuatu, maka sesuatu itu hukumnya wajib. Pendapat kedua memandang amar ma'ruf nahi mungkar fardhu kifayah. Ini merupakan pendapat jumhur ulama. Diantara mereka yang menyatakan secara tegas adalah Abu Bakr Al-Jashash, Al-Mawardiy, Abu Ya'la Al-Hambaliy, Al Ghozaliy, Ibnul Arabi, Al Qurthubiy, Ibnu Qudamah, An-Nawawiy, Ibnu Taimiyah, Asy-Syathibiy dan AsySyaukaniy. Mereka berhujjah dengan dalil-dalil berikut ini: 1. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala. Maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; mereka adalah orang-orang yang beruntung". [Ali Imran(2):104]
52 Mereka mengatakan bahwa kata ن ْم ِdalam ayat مْك ُنْم ِuntuk menunjukkan sebagian. Sehingga menunjukkan hukumnya fardu kifayah. Imam Al Jashash menyatakan, "Ayat ini mengandung dua makna. Pertama, kewajiban amar ma'ruf nahi mungkar. Kedua, yaitu fardu kifayah. Jika telah dilaksanakan oleh sebagian, maka yang lain tidak terkena kewajiban". Ibnu Qudamah berkata,"Dalam ayat ini terdapat penjelasan hukum amar ma'ruf nahi mungkar yaitu fardhu kifayah, bukan fardhu 'ain". Firman Allah SWT: Maksudnya: Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu'min itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan diantara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya". [At-Taubah:122] Hukum tafaquh fiddin (memperdalam ilmu agama) adalah fardhu kifayah. Karena Allah Subhanahu wa Ta'ala memerintahkan sekelompok kaum mukminin dan tidak semuanya untuk menuntut ilmu. Oleh karena itu orang yang belajar dan menuntut ilmu tersebut yang bertanggung jawab memberi peringatan, bukan seluruh kaum muslimin. Demikian juga jihad, hukumnya fardhu kifayah. 2. Firman Allah s.w.t.:
53 Maksudnya: (yaitu)orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, niscaya mereka mendirikan shalat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allahlah kembali segala urusan". [Al-Hajj (22):41] Imam Al Qurtubi berkata,"Tidak semua orang diteguhkan kedudukannya dimuka bumi, sehingga hal tersebut diwajibkan secara kifayah kepada mereka yang diberi kemampuan untuknya". Syeikh Islam Ibnu Taimiyah menyatakan,"Demikian kewajiban amar ma’ruf nahi mungkar. Hal ini tidak diwajibkan kepada setiap orang, akan tetapi merupakan fardhu kifayah" Akan tetapi hukum ini bukan berarti menunjukkan bolehnya seseorang untuk tidak berdakwah Karena terlaksananya fardhu kifayah ini dengan wujudnya pelaksanaan kewajiban tersebut. Sehingga apabila kewajiban tersebut belum terwujud pelaksanaannya oleh sebagian orang, maka seluruh kaum muslimin akan dibebani dengan kewajiban tersebut. Pelaku amar makruf nahi mungkar adalah orang yang menunaikan dan melaksanakan fardhu kifayah. Mereka memiliki keistimewaan lebih dari orang yang melaksanakan fardhu 'ain. Karena pelaku fardhu 'ain hanya menghilangkan dosa dari dirinya sendiri, sedangkan pelaku fardhu kifayah menghilangkan dosa dari dirinya dan kaum muslimin seluruhnya. Demikian juga fardhu 'ain jika ditinggalkan, maka hanya dia saja yang berdosa, sedangkan fardhu kifayah jika ditinggalkan akan berdosa seluruhnya. AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR TUGAS KERASULAN Kewajipan amar makruf dan nahi mungkar adalah tugas para Rasul. Kesungguhan dan kesabaran mereka dalam melaksanakan kewajipan ini dapat dilihat menerusi firman Allah yang maksudnya, “Bersabarlah sebagaimana sabarnya para rasul ulu al-‘azm. Ayat tersebut menjelaskan tentang kesusahan dan rintangan yang perlu dihadapi oleh petugas-petugas Islam, khususnya para rasul dalam menyampaikan Islam kepada manusia. Dalam usaha menjayakan kewajipan itu, Islam menuntut kesabaran yang tinggi
54 daripada mereka untuk memastikan apa yang dilakukan itu mencapai matlamat dan memberikan kesan kepada audiennya. Justeru, al-Quran memaparkan kewajipan amar makruf dan nahi mungkar. Menurut al-Tabari perkataan al-‘azm membawa maksud orang yang sabar terhadap segala perbuatan masyarakat yang memusuhi mereka dan menerima pelbagai azab siksaan. Manakala para ulama lain seperti al-Zamahsyari, al-Tabarsi, al- Razi, al-Qurtubi, Ibn Kathir, dan al-Alusi menekan ciri-ciri keteguhan jiwa, bersungguh-sungguh dan bersabar dalam melaksanakan sesuatu tanggungjwab. Walau apapun pengertian ulu al- ‘azm dalam al-Quran dapat dilihat menerusi beberapa ayat yang bermaksud, “Sesiapa yang bersabar dan suka memaafkan, sesungguhnya yang demikian itu termasuk dalam urusan yang diutamakan (‘az, al umur) dan firman Allah yang bermaksud,”Apabila kamu telah membulatkan tekad (azam), maka bertawakkallah kepada Allah.Menerusi ayat-ayat di atas kelihatan al-Quran menginterpretasikan perkatan ulu al-‘azm dengan ketetapan atau kecekalan hati yang memerlukan kesabaran. Hal ini dapat dibuktikan apabila empat kali perkataan ini dikaitkan dengan kesabaran. Oleh yang semikian pengunaan perkatan ulu al-‘azm dalam al-Quran wajar disandarkan kepada para Rasul yang mempunyai tanggungjawab besar, khususnya jihad dalam erti kata melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Sebagai lanjutannya, maka di sini diperturunkan secara ringkas jihad para Rasul bersifat ulu al-‘azm. KESIMPULAN Amar ma‘ruf (menyuruh berbuat kebajikan) dan nahi munkar (melarang yang munkar) adalah garis lurus yang terbesar dalam agama, iaitu hal yang penting di mana Allah mengutus para rasul kesemuanya untuk melaksanakan amar ma‘ruf nahi munkar. Amar ma‘ruf nahi munkar merupakan amal ibadah yang sangat penting, karena melaluinya agama Islam dapat terus berdiri di muka bumi ini. Al-Khumaini seorang tokoh revolusi Islam menegaskan tentang ketidakwajaran umat Islam merestui kemungkaran dan meninggalkan kebaikan dengan mengemukakan beberapa garis panduan sebagai usulan iaitu:
55 i.Melakukan sesuatu perkara yang menampakkan rasa ketidakpuasan hati terhadap perkara mungkar dan menuntut supaya dilakukan perkara yang baik dan ditinggalkan perkara mungkar. ii.Menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran menerusi teguran iaitu dengan memberikan kata nasihat dan tunjuk ajar secara diplomasi. iii.Mencegah kemungkaran dengan kekuatan atau kekuasaan. Pendekatan ini hanya dibenarkan setelah pendekatan yang pertama dan kedua tidak berhasil.
56 BAHAGIAN LIMA JIHAD MELALUI LISAN DAN TULISAN PENGENALAN Berjihad dengan lisan ialah dengan menyebarkan agama Allah s.w.t baik dengan memberikan penjelasan tentang agama Islam mahupun dengan segala macam tuduhan yang bukan-bukan terhadap Islam. Jenis jihad ini lebih dikenali dengan dakwah. Islam merupakan objek dakwah dan rasul sendiri merupakan unsur pertama dakwah. Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan Islam semenjak beliau diangkat menjadi rasul sampai ke akhir hayat baginda. Pengorbanan baginda ini semata-mata kerana Allah swt, tidak kenal erti jemu dan susah. Segala kesusahan itu berjaya dilakukan dengan kesabaran dan keyakinan yang jitu kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya pendukung dakwah mestilah mempunyai tahap kefahaman yang tinggi terhadap agamanya. Kefahaman yang syumul, lengkap dan murni terhadap kitab Allah swt dan sunnah Rasulullah saw. Dia mestilah mempunyai keikhlasan yang besar supaya dia menjadi tentera dakwah, tentera akidah dan fikrah dan bukan orang yang mengejar kekayaan keduniaan semata-mata. Selain itu,pendakwah hendaklah berusaha membebaskan dirinya daripada segala prinsip yang lain daripada Islam dan daripada manusia yang tidak menyetujui dakwah Islam. Lantas pendakwah hendaklah menyediakan dan mempersiapkan dirinya untuk berjihad di jalan Allah swt demi meninggikan kalam Allah swt dengan mengorbankan masa, jiwa dan harta benda. Mereka ini rela menempuh pelbagai rintangan demi menegakkan agama Allah swt (Islam) atau syiar Islam.
57 Dalam Islam, dakwah tidak semestinya menyeru seseorang itu kea rah kebajikan bahkan dia juga bertangungjawab menyeru setiap muslim berbuat baik dan melarang berbuat jahat. Setiap orang Islam tidak boleh mengabaikan haknya terhadap orang lain selama dia berkuasa dan berkemampuan untuk melakukannya. Barang siapa yang menodai atau mencuaikannya dianggap orang yang memandang ringan terhadap hak-hak Allah swt, tidak menghormati perintah Allah swt. Oleh itu, ia dikatakan orang yang lemah imanNya, tidak takut dan malu terhadap Allah swt tetapi jika dia berdiam diri kerana sesuatu tujuan keduniaan, seperti mengharapkan pangkat dan harta benda, maka dengan itu dosanya akan menjadi lebih berat dan terdedah kepada kemurkaan Allah swt kerana tidak menegur sebarang perbuatan jahat orang lain. JIHAD LISAN Jihad lisan iaitu menyeru manusia kepada Islam, menerangkan (bayan) keindahan dan kebaikan Islam, menyampaikan (tabligh) risalah dengan menggunakan lisan ummah, menegakkan hujah kepada mereka yang menentang dengan menggunakan logik ilmiah dan rasional, menolak kebatilan musuh-musuh, dan menyanggah keraguan (syubhat) yang dilemparkan oleh pihak musuh. (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. Dia lah Yang telah mengajarkan Al-Quran. Dia lah Yang telah menciptakan manusia. Dia lah Yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima penyataan. Al-Bayan itu ada yang membawa maksud al-nuthuqi (bercakap atau bertutur) seperti yang Allah jelaskan dalam surah Al-Balad ,ayat 8 dan 9.
58 Maksudnya: (Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya Ia juga bermaksud tulisan .Oleh itu ,jihad dengan pena (alqalam) termasuk dalam jihad lisan,kerana orang arab menyatakan pena adalah sebahagian lisan seperti yang disebutkan dalam surah Al-Qalam ayat 1 dan surah Al-Alaq ayat 3 dan 4. Maksudnya : Nuun. Demi Pena dan apa Yang mereka tulis, Maksudnya :Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, - Pena pada zaman sekarang adalah mesin cetak dan yang sama jenis dengannya seperti komputer dan semua yang menjadikan kata-kata tertulis seperti jaringan Internet. Allah memerintahkan umat Islam berjihad menggunakan Al-Quran apabila berhadapan dengan orang-orang kafir dalam surah Al-furqan ayat 52: 52. Oleh itu, janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah Dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka Dengan perjuangan Yang besar dan bersungguh-sungguh.
59 Ini kerana, menyampaikan keterangan (bayan )dengan Al-Quran dianggap sebagai jihad yang begitu besar .Daripada Anas bin Malik ,beliau menyatakan bahawa Rasululah s.a.w berkata “Berjihad menentang orang-orang musyrik dengan harta ,diri dan lidah kamu Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi, lisan itu melangkaui maksud yang selalu difahami oleh kebanyakan orang. Ini kerana lisan dalam ayat tersebut mengisyaratkan bahawa penggunaan bahasa yang tepat berdasarkan kepada tahap pemikiran dan kedudukan seseorang yang diajak bertutur. Justeru, al-Qaradawi cenderung mengatakan bahawa lisan dalam ayat memfokuskan kepada fungsi dan peranan bahasa dalam pertuturan lisan. Umpamanya, apabila kita bercakap dengan orang awam, maka bahasa orang awam yang digunakan. Begitu juga apabila kita berhadapan dengan golongan professional maka bahasa yang digunakan adalah Jihad dengan lisan (bayan) pada zaman sekarang terdapat dalam beberapa bentuk antarannya: 1. Bayan Syafahi ( Oral Statement ) iaitu penerangan menggunakan medium percakapan seperti menyampaikan khutbah, memberi pengajaran kepada manusia dengan bahasa yang mudah difahami supaya penerangan itu dapat disampaikan dengan jelas. 2. Bayan Tasrihi ( Declarative Statement ) iaitu penerangan yang ditulis dengan pelbagai bahasa bagi menyampaikan risalah-risalah Islam. Penerangan ini dapat disampaikan melalui buku, akhbar, dan artikel yang bersesuaian dengan pelbagai lapisan masyarakat. (Busra Husin @ Yahaya. 2013) JIHAD TULISAN Proses penyampaian utusan atau mesej dakwah daripada sumber (dakwah) kepada penerima (mad’u) dengan menggunakan pendekatan penulisan sama ada dalam buku, surat khabar, majalah, jurnal, risalah, surat atau warkah dan sebagainya. Di samping itu, karya tulisan yang dipersembahkan dalam bentuk media baharu seperti blog, facebook, dan laman sesawang turut membantu penyampaian mesej dakwah terutama kepada golongan celik teknologi maklumat.
60 Contoh sejarah telah merakamkan bagaimana Rasulullah s.a.w. pernah mengutus surat kepada para pembesar seperti maharaja Hiraq Rom, maharaja Kisra Parsi dan maharaja mesir. Perutusan ini berlaku pada akhir tahun ke enam hijrah, iaitu selepas perjanjian Hudaibiyyah berlaku. Surat-surat diutus kepada raja dan ketua Negara untuk menyeru mereka kepada agama Islam. Misi pengutusan surat tidak hanya dengan lembaran surat semata-mata tetapi surat Baginda s.a.w. turut dicetak dengan cop rasmi yang diperbuat daripada perak dengan tulisan Muhammad Rasul dan Allah. Kenyataan ini menunjukkan bahawa wujudnya keanjalan dalam politik dan pemerintahan Islam yang memanfaatkan wasa’il atau sauran semasa selagi ia tidak bercanggah dengan hukum syarak dan roh perundangan Islam. Jihad dakwah melalui tulisan ini, Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi menyarankan kepada pendakwah yang mendalami bidang fekah agar menjaga adab dan prinsip tertentu dalam penulisan buku-buku ilmu Fekah agar pembaca mudah memahami mesej Fekah yang mahu disampaikan. Antara prinsip tersebut ialah “mukhatabah al-‘aql al-mu’asir bi lughah al-‘asr”, iaitu berbicara dengan akal semasa menggunakan bahasa sezaman. Sehubungan dengan itu, al- Qaradawi menegaskan bahawa penulisan disiplin ilmu Fekah mestilah menggunakan bahasa semasa. JIHAD LISAN DAN TULISAN Lisan disini adalah bahasa dan kalimat. Sebagian dari kabajikan Allah yang mendalam adalah Dia telah menjadikan umat manusia dengan pelbagai lisan yang berbeza-beza. Hal itu bermakna bahawa seorang Muslim, baik bahasanya Arab atau selain Arab, wajib memerangi musuh-musuh Allah dengan lisannya untuk menolak kebatilan, dan menolak kata-kata palsunya. Ini adalah satu jenis jihad yang tidak kalah penting dari pada jihad dengan harta, jiwa, dan jihad-jihad yang lain. Contoh jihad lisan menurut Imam Hasan Al-Banna:
61 Imam Hasan Al-Banna juga menulis judul “Mengapa Kaum Muslimin Berperang”, ia berkata, “ Allah telah mewajibkan jihad atas kaum muslimin, bukan seperti alat untuk bermusuhan, bukan juga alat untuk melampiaskan keserakahan individu, tetapi sebagai banteng menjaga dakwah, menjamin keselamatan dan kedamaian, serta sebagai pelaksanaan misi risalah agung, yang bebannya ada di pundak muslimin. Misi itu adalah menuntut manusia ke jalan hidayah, jalan yang benar dan adil. Dan bahawasanya Islam selain mewajibkan perang, dengan menyebarkan kedamaian, sebagaimana dijelaskan dalam firman Allah. Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka Engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya ia Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. Jihad secara lisan memiliki yang akan kami sebutkan sebagai berikut: • Islam telah menjelaskan aqidah, pemikiran, manhaj dan sistemnya kepada umat manusia pada umumnya dan kepada musuh-musuh Allah khususny, agar Allah menunjukkan mereka kepada kepada kebenaran denganNya. Kemudian mereka dapat menghindarkan kaum muslimin dari memerangi mereka dengan harta dan jiwa. • Menghilangkan keraguan yang terkadang mucul dalam jiwa umat manusia yang disebarkan dan dipublikasikan oleh musuh-musuh Allah. Sehingga ketika orangorang masuk Islam, semuanya masuk atas dasar pengetahuan dan bukti, tanpa ada lagi keraguan dan kegelisahan. Jihad jenis kedua tidak kalah pentingnya dari pada jihad dengan kekuatan, di samping jihad seperti ini harus mendahului jihad yang pertama di atas, sampai segala para pelaku bid’ah, dan kemunkaran terpatahkan. Baru boleh menerangi mereka dengan kekuatan, ketika dan faktor-faktor yang membolehkan.
62 CARA-CARA JIHAD DENGAN LISAN DAN TULISAN Jihad dengan lisan memiliki beberapa media yang dapat kami sebutkan berikut: • Memberikan Mau’izhah di masjid, ceramah dan diskusi. • Pidato keagamaan, kegiatan social dan politik. • Pengajaran di masjid atau di berbagai pertemuan. • Mengadakan seminar umum dan khusus. Jihad dengan tulisan juga memiliki media yang dapat kami sebutkan berikut: • Menulis artikal di majalah, buletin dan pusat-pusat ilmu pengetahuan. • Menulis pelbagai kajian, pelajaran dan menerbitkannya dalam bentuk buku. • Menulis berbagai buku. • Menulis cerita-cerita dan naskah drama dan sebagainya. • Dakwah secara individu, ziarah, kunjungan dan majlis ilmu. KESIMPULAN Kesimpulannya, kehidupan seorang muslim tidak akan dapat dipisahkan dengan jihad di jalan Allah sama sekali. Kehidupannya penuh dengan jihad, dia berjihad menghadapi dirinya sendiri supaya mentaati Allah dan mengorbankan harta serta nyawa untuk mentaati Allah dan mengorbankan harta serta nyawa untuk mencapai keredaan Allah. Berjihad dengan lidah dan penanya untuk menyampaikan ajaran Islam serta menjawab dakwaan palsu orang-orang yang sesat. Dia berjihad dalam apa jua keadaan, ketika senang dan susah, ketika kuat dan lemah, ketika miskin dan kaya. Inilah tafsirkan para pentafsir kepada firman Allah:
63 Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. Al-Quran dan sunnah begitu banyak menyebut soal perintah supaya berjihad. Begitu juga soal kelebihan dan pahala yang diperolehi daripada jihad ini. Malahan menurut Ibnu Taimiyyah kelebihan dan pahala amalan lain tidak kerap disebut sekerap kelebihan dan pahala jihad. Sebabnya, kesan jihad bukan sahaja dirasai oleh pelakunya malah juga oleh orang lain baik untuk agama mahupun batin seperti mengasihi Allah, ikhlas, sabar dan zuhud. Orang yang melaksanakan jihad akan sentiasa menikmati salah satu daripada kebaikan iaitu kemenangan atau syahid dan juga syurga.
64 BAHAGIAN ENAM JIHAD AKIDAH PENGENALAN Akidah berasal dari perkataan Arab “aqda” yang bermakasud ikatan atau simpulan. Biasanya ikatan atau simpulan ini berlaku pada benda yang dapat dirasai seperti tali. Tetapi perkataan ini juga digunakan pada suatu yang maknawi. Dari maksud ini lahirlah perkataan akidah, iaitu ‘ikatan’ atau ‘simpulan maknawi’ yang terkhusus di dalam kepercayaan. Akidah boleh difahami sebagai kepercayaan. Akidah boleh difahami sebagai kepercayaan yang terikat kuat dan tersimpul erat dalam hati terhadap sesuatu perkara yang benar dan hak sehingga tidak mungkin tercerai atau terurai. Fahaman praktikalnya, akidah merupakan perjanjian keimanan yang kuat di antara manusia dengan Penciptanya. Akidah Islam sahajalah yang benar dan betul, manakala yang lain adalah palsu dan batil. Konsep akidah yang sebenarnya seperti yang dijelaskan inilah yang diistilahkan oleh Islam sebagai iman. UNSUR-UNSUR PEMBENTUKAN AKIDAH Sarjana Islam berpendapat bahawa unsur-unsur pembentukan akidah terdiri daripada : 1. Unsur akal atau pemikiran. 2. Unsur iradah atau daya pemilihan. 3. Unsurwujdan atau perasaan. 4. Unsur hidayah. Keempat-empat unsur ini saling bertalian erat dan kuat. Akal berperanan untuk memikir kejadian Allah dan memikirkan baik buruk. Akidah tidak boleh tersimpul dengan cara paksaan, ia mesti datang dengan kerelaan. Demikian juga, tidak cukup di paras penerimaan dan pengakuan sahaja tetapi perlu mengisi dan menyerapi setiap ruang diri dan jiwanya sehingga sebati dengan perasaan. Pembentukan akidah tidak akan
65 diperolehi jika tidak ada unsur hidayah. Hidayah ia tidak datang begitu sahaja tetapi ia adalah kurniaan Allah S.W.T, yang akan diberi kepada sesiapa yang berusaha dengan ikhlas untuk mendapatkannya. CIRI-CIRI AKIDAH Akidah Islam mengandungi ciri-cirinya yang asas. Iaitu dapat disimpulkan kepada empat: Ma’rifatullah (Mengenali Allah) Mengenali dan mengetahui serta beriman dengan Allah S.W.T, dari segi uluhiyyah, rububiyyah dan asma’ wal-Sifat (nama-namaNya) yang mulia serta sifat-sifat yang suci dari segala kekurangan. Antara cara untuk kita meningkatkan keimanan terhadap Allah S.W.T ialah dengan memerhatikan bukti-bukti yang ada di alam ini. Ma’rifat AR-Risalah (MENGENALI KERASULAN) Mengenali dan mempercayai rasul-rasulyang dipilih oleh Allah S.W.T untuk menerima wahyu dan menyampaikan syariat Nya serta menjadi pembimbing dan pemimpin seluruh makhluk menuju kepada jalan yang hak dan agama Allah yang sebenar, iaitu agama Islam. Ma’rifat Al-Ghaibiyyat (Mengenali Perkara Ghaib) Mengenali dan mempercayai tentang perkara ghaib, walaupun ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi wajib beriman dengan adanya makhluk ini. Wajib mempercayai adanya malaikat, jin, syaitan dan lainnya. Mereka ini juga adalah makhluk yang mempunyai tanggungjawab sebagai hamba Allah S.W.T. Ma’rifat Al-Ba’ath (Mengenali Hari Kebangkitan)
66 Mengetahui dan mempercayai tentang hari kebangkitan iaitu hari di mana manusia dibangkitkan dari kubur masing-masing (dihidupkan sesudah mati), dikumpulkan dan dihisab segala amalan sama ada baik atau diberikan segala balasan pahala atau seksaan dan di sana juga adanya sirat al-mustaqim, syurga dan neraka. PERANAN AKIDAH DALAM KEHIDUPAN MANUSIA Akidah Islamiyyah dapat membentuk nilai akhlak dan peribadi yang akan mencorak dan mewarnakan amalan dan perbuatan muslim. Sebagaimana acuan dapat membentuk dan mencorakkan kandungannya, maka demikianlah akidah yang tulin akan melahirkan peribadi yang selari dengan keyakinan dan kepercayaan kepada Allah S.W.T. Akidah Islam adalah bersumberkan ketuhanan atau merupakan akidah rabbaniyyah yang tetap, sempurna dan menyeluruh. Hanya akidah yang tulin sahaja yang dapat membentuk manusia yang unggul. Akidah ini ialah perkara dalaman dan hanya diketahui oleh Allah S.W.T sahaja. Oleh kerana itu. segala tindakan dan tingkah-laku manusia di luar adalah gambaran kepada apa yang ada dalam keyakinan manusia. Di antara tugas Baginda s.a.w diutuskan di atas muka bumi ini adalah untuk membentuk peribadi yang unggul di dalam diri manusia. Di antara peranan akidah yang terpancar dalam diri manusia ialah seperti berikut : Peribadi Yang Unggul Seorang mukmin yang berakidah, ia sangat dikasihi oleh Allah dan RasulNya serta dikasihi pula oleh masyarakat yang berada di sekelilingnya. Segala perkataan yang diucapkannya, perbuatannya, masyarakat akan merasa senang. la akan bertawakkal sepenuhnya kepada Allah S.W.T dan menumpukan sepenuh harapan kepadaNya. Dengan ini ia sentiasa berhati-hatid alam melakukan sesuatu perkara. la merasa takut melakukan
67 sebarang maksiat kerana hatinya penuh gementar apabila dibacakan ayat-ayat A llah S.W.T kepadanya, sepertimana firman Allah S.W.T di bawah ini yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka apabila disebut Allah, takutlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.” (Al-Anfal: 2) Berani Mempertahankan Kebenaran Dengan adanya akidah Islam, mereka sanggup untuk mempertahankan keimanan mereka kepada Allah S.W.T tanpa boleh diganggu-gugat oleh mana-mana kuasa manusia. Sejarah telah membuktikan bagaimana kejayaan Bilal bin Rabah, 'Ammar bin Yasir, Sumayyah yang berani mempertahankan iman mereka di hadapan pembesar Quraisy yang bermaharajalela pada waktu itu. Namun untuk mengucap ucapan yang boleh membawa kepada kekufuran adalah jauh sama sekali kerana mereka menghargai iman yang mereka dapati adalah sungguh bernilai yang tidak boleh dijadikan sebagai barang tukaran di atas dunia ini") . Mereka akan meletakkan kecintaannya kepada Allah dan Rasul mengatasi kecintaan yang biasa ada pada diri manusia kerana hidupnya telah sebati dengan apa yang ada pada dirinya. Bersifat Adil Dalam Pemerintahan Seorang pemimpin yang mempunyai akidah yang mampan sentiasa tunduk kepada perintah Allah S.W.T yang lebih agung daripada kekuasaan yang ada padanya. Mereka menyedari bahawa kuasa yang mereka pegang adalah amanah, bukan satu jawatan yang mulia. Mereka akan menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka untuk menguruskan urusan rakyat di bawah jagaannya sekadar yang mampu. Di dalam hal ini Sayyidina Umar r.a pernah menegaskan: “Sekiranya ada seekor kambing yang mati dalam Sungai Furat. nescaya ia akan disoal di hadapan Allah S.W.T.
68 Dengan ciri-ciri yang mulia ini tegaklah kerajaan yang mempunyai panduan, kerajaan yang mementingkan dasar dari manfa'at duniawi semata-mata, lebih mementingkan hidayah daripada khianat. Dengan kerajaan yang disifatkan tadi, maka akan lahirlah kehidupan yang berdasarkan iman, amal soleh, benar, ikhlas. berusaha bersungguhsungguh dan adil ketika memberi dan menerima. Memancarkan keadilan Allah S.W.T melalui syariatNya dan menegakkan keadilan untuk semua. Melahirkan Sifat Persaudaraan Sifat yang diasaskan kepada akidah akan melahirkan satu bentuk persaudaraan yang sukar dirungkai oleh mana-mana anasir yang tidak sihat. Persaudaraan yang dibina ini melampaui batasan sejarah, geografi. darah. keturunan dan sebagainya. Sejarah telah membuktikan bagaimana Salman aI-Farisi (Parsi), Suhaib ar-Rumi (Rom) telah menjadi saudara kepada orang Islam yang berada di Makkah walaupun mereka adalah golongan pendatang. Begitu juga apa yang berlaku pada orangAnsar dan Muhajirin sehinggakan Allah S.W.T merakamkan dalam al-Quran mengenai sikap mereka yang sanggup mengorbankan apa sahaja semata-mata kerana ukhuwwah yang dibina di atas dasar Islam, sepertimana firman Allah S.W.T di bawah ini yang bermaksud: "Dan orang-orang(Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka (kedatangan Muhajirin) ke negeri mereka, dan tidak pula dalam hati mereka perasaan berkehendak sesuatu kepada apa yang telah diberikan kepada orang-orang yang berhijrah itu, dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada di dalam keadaan kekurangan dan sangat berhajat. Dan ingatlah, sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, makasesungguhnya merekalah orang-orang yang berjaya.” (Al-Hasyr: 9) Persaudaraan dan persamaan tidak dapat dijelmakan jika manusia tidak bersikap tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T. Ikatan hubungan antara manusiatidak dapat
69 diwujudkantanpa ikatan akidah. Ikatan bangsa dan negara akan hancur kerana umur hayatnya tidak boleh kekal lama. Perpaduan yang sebenarhanya dapat dimeterikan apabila di kalangan anggotanya diikat pertautan akidah yang mantap dan kukuh Persamaan dikalangan manusia tidak wujud jika ada manusia yang berlagak menjadi tuan kepada manusia yang lain. Kerana pengisytiharan persamaan sesama manusia dapat dijadikan apabila semua manusia yang telah berakidah meletakkan Allah S.W.T sebagai Uluhiyyah yang sebenarnya, maka di sana tidak ada lagi tuan di atas dunia ini. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "..sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisiAllah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu.” (AI-Hujurat: 13) Membebaskan Manusia Dari Kepercayaan Khurafat Yang Menyesatkan Ia dapat membebaskan jiwa manusia dari tunduk dan merendahkan diri kepada yang lain selain dari Allah S.W.T. Manusia yang berakidah akan menjadikan Allah S.W.T sebagai tempat tumpuan pengabdian dan meminta pertolongan, Bagi mereka kuasa manusia cukup kecil, kerana mereka mempunyai pergantungan yang terus dengan Allah S.W.T, sedangkan kuasa batil terus terputus dari Allah S.W.T mereka akan menentang segala bentuk syirik dalam setiap Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma' wal Sifat yang direalisasikan dalam segala urusan hidupnya. Menenangkan Jiwa Seseorang Dengan akidah, jiwa seseorang itu dapat dipenuhi dengan keamanan dan ketenangan, ianya tidak akan dikuasai oleh unsur-unsur luar. Akidah telah menutup pintu ketakutan yang selalu berada di fikiran golonganjahiliyyah seperti takut tentang rezeki, takut tentang ajal, takut pada diri, takut pada keluarga dan anak-anak, takut kepada mati dan selepasnya. Hidupnya sentiasa mendapat ketenangan yang hakiki daripada Allah S.W.T. Dengan sebab itu, ketika orang lain berada dalam ketakutan, maka orang mukmin akan
70 berada dalam ketenangan. Al-Quran menceritakan dialog di antara Nabi Ibrahim a.s dengan golongan musyrikin. Mereka menakut-nakutkan Nabi Ibrahim a.s dengan berhala-berhala dan tuhantuhan palsu mereka, maka dijawab oleh Nabi ibrahim a.s dengan jawapan yang sungguh menakjubkan: Maksudnya: “Bagaimanakah Aku takut dengan sembahansembahan yang kamu persekutukan (dengan Allah), padahal kamu tidak takut mempersekutukan Allah dengan sembahan-sembahan yang Allah sendiri tidak menurunkan hujah padamu untuk mempersekutukannya. Maka Yang manakah di antara dua golongan itu yang lebih berhak mendapat keamanan (dari malapetaka), jika kamu mengetahui? Akidah Melahirkan Seorang Yang Berjiwa Besar Akidah dapat memberikan kekuatan jiwa yang besar kepada seseorang. Bila jiwa mereka dipenuhi dengan sifat raja' (mengharap) kepada Allah, meletakan thiqah (kepercayaan), bertawakal kepadaNya, redha dengan qadarNya, sabar terhadap dugaan dan ujian dariNya, tidak menerima pertolongan daripada makhluk, maka ia akan memjadi kuat dan kukuh laksana gunung yang tidak dapat digoyangkan dan digoncangkan oleh bencana dan tragedi. Apabila ditimpa bencana ia terus memohon pertolongan kepada Allah S.W.T kerana ia yakin selain daripada Allah S.W.T semuanya lemah. Akidah Asas Kebahagian Akidah yang sahih akan memancarkan ke dalam hati manusia sumber-sumber kebahagiaan yang dirindui oleh setiap orang. Kebahagiaan yang sebenar tidak akan diperolehi manusia tanpa datang dari akidah. Oleh itu, ramai manusiayang mempunyai harta yang banyak, tidak bahagia dan tidak tenang kerana bahagia dan tenang tidak boleh dijelmakan hanya dengan kebendaan Firman Allah S.W.T:
71 Maksudnya: "Sesiapa yang mengerjakan perbuatan baik sama ada lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, nescaya akan diberikan kepadanya kehidupan yang baik.” (Al-Nahi : 97) PERSEDIAAN PENDAKWAH DALAM MEREALISASIKAN JIHAD AQIDAH Dalam merealisasikan jihad aqidah, beberapa persiapan perlulah dilakukan dan disediakan dengan rapi. Begitu juga dengan kelengkapan yang lain agar setiap usaha dan kegiatan jihad aqidah itu dapat mencapai matlamatnya dengan tepat. Antara ilmu-ilmu yang perlu dipelajari dan dikuasai sebelum para pendakwah turun ke lapangan jihad aqidah ialah: 1) Ilmu-ilmu pengetahuan Islam seperti Al-Quran, Al-Hadis, tafsir, tauhid, fiqah, akhlak, tasawuf, sejarah dan sebagainya. 2) Perbandingan agama. 3) Pengetahuan umum seperti sains dan sebagainya. 4) Sejarah dan falsafah Islam. 5) Falsafah Barat dan Timur. 6) Kebudayaan dan kesenian. 7) Ilmu politik. 8) Ilmu ekonomi. 9) Antropologi dan sosiologi. 10)Psikologi. 11)Pengetahuan bahasa. 12)Pembacaan, pendengaran dan pergaulan. Inilah di antara dua belas perkara dan pengetahuan yang perlu dipelajari serta difahami dengan baik sebelum seseorang keluar berdakwah. Melalui penguasaan ilmu tersebut, barulah dua kelompok sifat dan keperluan asas terbina pada diri seseorang pendakwah.
72 Pertama, pembinaan sifat-sifat pada diri dan jiwa pendakwah supaya menjadi lebih kuat dan gigih. Kedua, pengetahuan yang luas dan mendalam supaya kita dapat menguasai keadaan, situasi dan orang atau golongan sasaran yang hendak didakwahi. Sehubungan dengan ini, masih banyak lagi persiapan yang diperlukan. Susunan perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut: 1. Keyakinan Teguh Sifat ini perlu ada pada seorang pendakwah di mana beliau harus berpegang teguh kepada kebenaran yang dibawa dan diperjuangkannya. Setiap aspek ajaran Islam harus diyakini bersungguh-sungguh. Keyakinan itu hendaklah diterjemahkan dalam bentuk amalan dan perbuatan. Pendakwah tidak boleh ragu-ragu tentang ajaran yang menjadi pegangannya. ]ika tidak, ia akan menyebabkan usaha dakwah gagal dan tidak mencapai matlamatnya. 2. Persiapan Rapi Yang dimaksudkan dalam konteks ini ialah membuat persiapan bahan yang hendak disampaikan. Terdapat perkara-perkara yang perlu disempurnakan dan dibuat secara rapi seperti: i. Setiap bahan yang hendak disampai dan diutarakan haruslah difikirkan dengan teliti. Bahan itu perlu menarik, sesuai dan masih baru. Setiap gagasan dan buah fikiran mesti dicatatkan supaya ia mudah diingat, dirujuk dan digunakan pada masa yang akan datang. ii. semua bahan yang telah dikumpulkan hendaklah disusun dan diurutkan mengikut kepentingan atau apa sahaja urutan yang dianggap relevan. iii. Gunakan gaya bahasa yang baik dan menarik apabila menyusun bahan-bahan pengajaran serta perlu disesuaikan dengan tahap golongan sasaran dakwah. iv. Bahan-bahan yang telah disusun, hendaklah diingat supaya penyampaiannya lancar dan tidak tersangkut-sangkut.
73 v. Setiap bahan yang hendak disampaikan perlu dikaji penyampaiannya, lafaz, susunan dan sebagainya. vi. Bahan-bahan dakwah yang hendak disampaikan perlu disejajarkan dengan keadaan sasaran dakwah. Begitu juga dengan persekitaran, waktu dan tempat dakwah itu berlangsung. 3. Latihan Yang Cukup Sebelum membabitkan diri dalam kerja dan kegiatan dakwah seseorang calon pendakwah hendaklah menjalani kursus dan latihan perkadaran dakwah secara teratur supaya usaha dakwah dapat dilaksanakan dengan lancar. Kalau menulis, tulisannya mesti lancar. Kalau bercakap tidak gugup atau gagap. Kalau berdebat tidak hilang punca. Kalau menjalankan tugas, mudah mengatasi segala rintangan. Latihan-latihan yang diterima dapat memberikan kesan yang mendalam terhadap kegiatan dakwahnya. Misalnya orang yang telah menerima latihan, sudah pasti tahu pelbagai cara dan teknik untuk mengolah isi dakwahnya. Contoh-contohnya adalah seperti berikut: i. Pendakwah. dapat menarik perhatian sasaran dakwah sehingga mereka ini tahu tentang sesuatu yang dikemukakan oleh pendakwah tadi. ii. Para pendakwah yang terlatih dapat mengemukakan pertanyaan-pertanyaan yang menarik perhatian sehingga memikat dan mengikat para sasaran dakwah kepada perkara yang di bicara dan ditanyakan. iii. Setiap mauduk atau tajuk yang dikemukakan dihubungkan dengan minat kemanusiaan. Hal ini akan dapat memikat para sasaran dakwah dan menguatkan minat mereka terhadap isu atau perkara yang dibicarakan dalam konteks dakwah semasa. iv. Setiap mauduk atau tajuk yang dibicarakan hendaklah disertai dengan fakta yang menarik dan contoh yang jelas serta memikat hati para audiens atau khalayak. v. Jangan terlalu banyak membuat hal-hal yang lucu dan terlalu apologetik atau cuba berbicara secara rasmi dan formal. Ini akan mengurangkan keampuhan penyampaian dakwah kita. vi. Isi dakwah yang hendak disampaikan hendaklah menerusi cara yang terbaik dan sesuai sama ada secara induktif atau pun deduktif. Penyampaian dakwah perlu
74 disampaikan daripada yang mudah kepada yang sudah. Daripada yang sudah diketahui kepada yang belum diketahui dan daripada yang ringkas kepada yang rencam. vii. Setiap fakta yang dikemukakan perlu disokong oleh hujah dan alasan serta fakta yang kukuh serta jitu. Apabila berhujah dengan pihak lawan hendaklah dengan cara yang lebih baik sehingga dapat melemahkan kedudukan pihak lawan. Sekiranya huraian dan hujahan yang diberikan agak rumit dan ruwet maka keterangan tambahan perlu diberikan bagi menjelaskan penerangan yang diberikan. viii. Setiap pendapat yang diutarakan berserta dengan keterangan dan alasan hendaklah disimpulkan dengan ringkas pada akhir pembicaraan atau penulisan bertujuan memudahkan audiens dan sasaran khalayak dapat memahaminya dengan baik. 4. Kemampuan Mengawal Diri Setiap pendakwah harus pandai dan berupaya mengawal perasaan serta emosinya bila menghadapi keadaan dan suasana yang gawat. Akal fikiran sentiasa diletakkan pada kedudukan yang utama di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Pendakwah tidak seharusnya cemas, gugup dan mudah marah serta menggelabah apabila menghadapi sesuatu situasi yang di luar dugaan. 5. Manfaatkan Masjid Sebagai Pusat Dakwah Masjid sebenarnya bukan tempat untuk bersolat semata-mata. Ia merupakan pusat kepada segala kegiatan yang berkaitan dengan keagamaan, kebajikan, kemasyarakatan, pendidikan dan sebagainya. Masjid perlu digunakan sebagai tempat melatih dan mengadakan kursus untuk para pendakwah di samping menjadi medan untuk berdakwah. Masjid perlu dijadikan sebagai gelanggang ilmu untuk berbincang dan membicarakan hal-hal yang menjurus ke arah mencari kebenaran. 6. Peringatan Tegas Dalam berdakwah, kita sememangnya perlu menggunakan diplomasi. Apabila timbul sesuatu perkara yang mencabar dan menggugat, hal ini perlu ditanggapi dengan tegas
75 melalui peringatan dan amaran. Kaedah ini masih lagi dalam garis diplomasi. Untuk menghadapi pelbagai masalah ada ketikanya kita terpaksa bersikap dan bertindak tegas dengan membuat teguran, memberikan peringatan dan amaran. Cara ini dapat menunjukkan betapa kita juga mempunyai maruah dan keberanian untuk menghadapi pihak lawan. Sekali gus akan menunjukkan bahawa kita seorang yang berwibawa dan berwewenang di dalam melakukan sesuatu perkara. 7. Khabar Gembira Dalam keadaan yang biasa, dakwah perlu dijalankan dengan lemah lembut, pujukan, kata-kata yang menarik, memberikan khabar gembira dan baik kepada orang yang diseru kepada Islam. Kita boleh menyampaikan ganjaran-ganjaran yang bakal diperoleh oleh orang yang menerima kebenaran tetapi jangan sekali-kali memberikan janji-janji manis untuk menarik mereka masuk Islam. Sekiranya janji itu tidak ditunaikan ia akan memberikan imej yang tidak baik kepada Islam. Apa yang lebih dikhuatiri ialah mereka akan bertindak keluar Islam dan kembali semula kepada agama asalnya. Inilah antara beberapa persiapan yang perlu dilakukan oleh para pendakwah dan persatuan yang berkaitan dengan dakwah. Setiap perkara yang dikemukakan itu perlu diperhalusi lagi oleh para pendakwah dan disesuaikan dengan persekitaran yang mereka hadapi. Hanya melalui persiapan yang rapi dan teliti sahaja akan memungkinkan jihad aqidah mencapai matlamatnya. CABARAN JIHAD AQIDAH KUASA BESAR. Cabaran global hari ini menzahirkan serangan-serangan musuh yang berfokus kepada Islam dan pergerakannya di Amerika, Eropah, China mahupun Rusia, mereka semuanya memberikan tumpuan untuk menyekat Islam daripada tersebar. Dahulu, Soviet Union pernah menjadi suatu kuasa besar yang menggerunkan. Kini, gerakan islam yang berpegang teguh dengan islam yang menjadi pegangan hidup pula menjadi badan yang menggerunkan kerana agama Islam merangkumi politik dan pentadbiran. Oleh sebab itu,
76 ahli-ahli gerakan islam seharusnya mewaqafkan diri mereka untuk menghadapi, ancaman musuh-musuh. Mantan Mursyidul Am ikhwanul Muslimin di Mesir, Syeikh Dr. Mahdi Akef pernah menyatakan; ”Selepas saya bersama Dr. Kemal Helbawy mengadakan pertemuan bersama gerakan Jama'atul Islamiyah Pakistan, Parti REFAH Turki, termasuklah PAS Malaysia disekitar tahun 90-an, kami berbincang untuk bersama-sama menubuhkan gerakan Islam sedunia yang solid, melibatkan seluruh bangsa setelah tenggelamnya bangsa Arab dan kegagalan muktamar-muktamar Islami, yang sering dilaksanakan saban tahun. Apabila perancangan murni ini diketahui oleh pemimpin pemimpin pro-Barat, pro-Amerika, bermulalah ketidakadilan undang-undang dikenakan terhadap kami. Sekatan dibuat terhadap gerakan islam atas nama anti keganasan dan saya diheret ke dalam penjara pada tahun 1996. Biarpun ketika itu saya dipenjara, saya katakan kepada mereka, "Jika bangsa Arab dan negara~negara Islam yang lain tidak bebas daripada belenggu Barat dan juga kerajaan zalim yang menjadi tali barut mereka, maka hancurlah makna kehidupan bagi rakyat. Demi Allah, saya tetap akan memperjuangkan pembebasan ini, mengharapkan sinar islam terbit di masa hadapan! Ingatlah bahawa kita semua diikat dengan janji Allah Taala, iaitu pengorbanan membela agama yang direstui-Nya dan diperjuangkan oleh Nabi Muhammad SAW. Perjuangan ini adalah perjuangan yang wajib kita laksanakan, inilah perjuangan yang tidak akan berakhir sehingga hari kiamat”. Benarlah firman Allah SWT: Maksudnya: Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang mudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu
77 jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. (Surah at-Taubah: 42) Musuh-musuh lslam sentiasa merancang bagi merobohkan tembok kekuatan islam yang menjadi penghalang kemaraan mereka ke dalam negara-negara umat Islam. Namun, sebagai manusia yang beriman, kita meyakini bahawa Allah tidak sama sekali memungkiri janji-Nya bahawa Dia akan memberikan kemenangan kepada islam. Sesungguhnya Allah itu Maha Perkasa, lagi keras hukuman-Nya terhadap mereka yang zalim dan melampau. Mantan Perdana Menteri Britain, Gladestone pernah berkata: “Selama mana al-Quran ini berada di genggaman orang Islam, maka kita (Eropah) tidak akan mampu untuk menguasai (negara-negara} Timur”. Begitu juga mantan Perdana Menteri Israel turut menyatakan: “Sesungguhnya apa yang paling kami takuti adalah munculnya di dunia Arab Muhammad yang baru”. Seorang orientalis pernah mengatakan, “Ada dua batu pejal yang tidak mampu dipecahkan oleh kuasa Barat, dan batu pejal ini menjadi benteng kepada umat Islam sekalipun Barat berjaya menakluki negeri- negeri mereka, menguasai urusan mereka, dan memecahkan kesatuan mereka serta melaga-lagakan mereka. Batu pejal tersebut adalah al- Quran dan Makkatul Mukarramah”. Intipati ini diaplikasi oleh kuasa-kuasa imperalisme dunia. Ketika umat islam melalui tempoh kelemahannya, kebanyakan negara dan wilayah mereka ditakluk dan dijajah oleh kuasa besar Barat. Setelah melalui tempoh penjajahan, negara dan wilayah tersebut dibebaskan dan diberikan kemerdekaan. Merdeka dari sudut negara dan dijajah dari sudut ideologi dan pentadbiran. Jelasnya kemerdekaan yang diberikan dengan syarat pemerintahan tersebut tidak bercirikan perundangan islam yang sebenar. Lord Crommer, mantan Gabenor di Mesir dan Sudan satu masa dahulu pernah menyatakan di dalam tulisannya, “Kalau kita mahu mengekalkan pengaruh dan kepentingan kita di bumi Islam, kita hendaklah beri kemerdekaan kepada negara-negara
78 Islam, kita berikan kemerdekaan kepada mereka. Memang kita tidak boleh tunggu lama. Mereka pasti menghalau kita, mereka tentu menentang kita. Tetapi kita hendaklah menghadapi mereka dengan cara baharu, iaitu dengan cara kita berikan kemerdekaan kepada negara-negara Islam dan kita serahkan kemerdekaan itu kepada mereka yang terdiri daripada anak~anak murid kita, yang terdiri daripada mereka yang menerima ideologi kita, yang menerima pandangan kita, yang menerima undang-undang kita, yang menerima dasar kita.” Mereka sanggup berkompromi dengan dengan mana-mana ideologi samada sosialis, komunis, sekular, kapitalis, liberal dan sebagainya asalkan ideologi tersebut tidak berteraskan pendaulatan islam. Justeru, untuk mengahadapi cabaran ini, kita seharusnya kembali kepada pangkuan Islam seluruhnya. Dengan cara ini, insya Allah kita akan diberikan kemenangan samada dari bentuk yang kita dapat lihat dan tidak dapat dilihat oleh mata. Umat islam harus bangkit dengan roh dan cita-cita menegakkan islam, serta bersatu menghalakan muncung senjata kepada musuh sebenar untuk menumbangkan hegemoni global yang dicatur oleh barat. Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud: Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah, kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang lagi nyata. (Surah al-Baqarah: 208) Oleh yang demikian, berpegang teguhlah dengan lima prinsip utama yang teiah dijelaskan oleh as-Syahid imam Hassan al-Banna: 1. Allah. adalah Tuhan dan matlamat kami. 2. Rasulullah adalah pemimpin dan ikutan kami. 3. Al-Quran adalah perundangan kami. 4. Mati di jalan Allah adalah matlamat tertinggi kami.
79 Lima prinsip asas ini mesti ditanam di dalam jiwa sebagai seorang pejuang di landasan gerakan Islam yang akan menatijahkan seorang pejuang yang sanggup mengorbankan segala-galanya demi kepentingan risalah islam yang suci dari segala unsur penyelewengan dan kepentirgan peribadi. PENYUSUPAN lDEOLOGl ASING. LIBERALISME DALAM GERAKAN lSLAM. Asasnya, Islam telah diiktiraf menjadi agama yang paling baik dan sempurna di sisi Allah. Bererti, segala yang manusia perlukan telah disediakan jalannya buat manusia. Bermula daripada sistem bangun tidur sehingga sistem pentadbiran yang jujur dan berjaya. Firman Allah,- SWT: Maksudnya: Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan Yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki Yang ada Dalam kalangan mereka. dan (ingatlah), sesiapa Yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya. (Surah Ali-Imran 19) Adalah menjadi kewajipan kita untuk menyatakan persediaan- persediaan yang perlu diambil perhatian oleh pemimpin-pemimpin gerakan Islam bagi meneruskan perjuangan yang besar ini. Antaranya adalah persiapan fikrah. Fikrah bahawa perjuangan ini adalah berdasarkan kepada perjuangan akidah yang ditunjangi dengan dasar al-Quran dan asSunnah. Maka seluruh jiwa dan raga seharusnya ditundukkan untuk menuruti tuntutan-
80 tuntutan Islam yang dibawa oleh Nabi SAW. Tanpanya, maka kita akan menjadi seorang pejuang yang memakai pakaian-pakaian kemunafikan seperti yang disebutkan di dalam al-Quran: Maksudnya: Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-Nya serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. (Surah al-Manafiqun: 1) Charles Kurzman menebitkan pula istilah “lslam Liberal” bahkan turut ;memperkenalkan istilah “Modernist Islam” bagi melebarkan pengaruh pemikiran ini. Kemudian muncul pula Greg Barton mengubah strategi Islam Liberal dengan penglibatan dalam ruang politik Islam yang dinamakan dengan Islam Progresif. Islamic Renaissance Front (lRF) memainkan peranan penting di alam melebarkan jalur pemikiran ini dengan menerbitkan sebuah buku yang berjudul “Wacana Pemikiran Reformis, Jilid 1”. Editornya adalah Dr. Ahmad Farouk Musa serta beberapa orang penulis lain antaranya Dr. Ahmad Nabil Amir, Ahmad Fuad Rahmat, Marwan Bukhari, Muhammad Nazreen Jaafar dan yang menariknya buku ini mendapat pengiktirafan daripada dua orang tokoh kepimpinan PAS iaitu Dr. Mujahid Yusuf Rawa (penulis sisi buku ini) dan Dr. Dzulkefly Ahmad (penulis prakata buku ini). Sebenarnya menjadi satu kepelikan apabila pemikiran Islam Liberal yang difatwakan haram ini mendapat pengiktirafan daripada dua tokoh parti islam berpengaruh di Malaysia. HAK ASASI.
81 Post-lslamisme mementingkan hak asasi sedangkan hak asasi tidak menjadi fokus utama di dalam Islam. Oleh kerana yang mementingkan hak asasi ialah barat, maka PostIslamisme mendukung nilai-nilai barat. Di dalam Islam hak asasi telah tersedia terjamin dalam tanggungjawab yang telah dinyatakan dalam hukum hakam yang perlu dilaksanakan oleh ibu, bapa, suami, isteri, lelaki, wanita, pemimpin, rakyat dan sebagainya. la tidak menjadi isu utama kerana hukum hakam itu telah pun menjaga lima perkara asas manusia iaitu menjaga agama, nyawa, akal, harta, keturunan dan maruah. Pendekatan ini berbeza dengan barat lantaran mereka tidak mempunyai panduan agama. Oleh kerana masing-masing merasa bijak, terutamanya di kalangan orang yang kaya, maka mereka bercakap tentang hak masing-masing. Ketiadaan panduan agama (wahyu) menjadikan mereka tiada pilihan melainkan menyuarakan hak asasi. PERJUANGAN NILAI & RASIONAL. Citra perjuangan post-Islamism ini beranggapan bahawa kuasa ratio (akal) adalah suatu yang bersifat absolute (mutlak). Kebebasan secara sepenuhnya untuk berfikir adalah menjadi hak manusia tanpa ada sekatan dan had. Mereka beranggapan bahawa kebebasan secara mutlak adalah sesuatu yang tidak bertentangan dengan kemahakuasaan Tuhan. Oleh kerana kelompok ini menjadikan akal sebagai rujukan yang tertinggi, maka mereka mula mengenepikan segala ajaran yang terkandung dalam nas Islam. Lalu muncul pelbagai aliran pemikiran yang mengeluarkan fakta pengetahuan epistemologi dan hujah tertentu untuk tidak mengguna pakai nas Islam yang dikatakan sudanh kurang sesuai dipakai dalam zaman ini atau masih belum tiba masanya untuk dilakukan pratikal hukum agama pada masakini. Inilah juga yang dinamakan dengan perjuangan nilai. Ironinya dikatakan sebagai keamanan tanpa jihad, akidah tanpa syariat, agama tanpa negara, kebenaran tanpa kekuatan dan al-Quran tanpa pedang. Natijahnya, islam tidak akan dipandang sebagai agama yang paling benar sedangkan Allah telah meninggikannya. Sabda Nabi SAW:
82 االسالم يعلو واليعلى عليه (Riwayat al-Baihaki) Maksudnya: Islam itu tinggi dan tiada yang tinggi melebihinya (Islami). Apa yang berlaku dalam urusan agama hari ini telah dicemari dengan banyak doktrin-doktrin sekular yang telah diperbaharui. Pengamal-pengamal sekular mutakhir ini tidak lagi menyeru kepda pemisahan politik dan agama, tetapi menyeru untuk menyamakan nilai agama dengan nilai duniawi yang dikongsi oleh kebanyakan manusia. Nilai politik disebut dengan Good Governance (tadbir urus baik) tanpa mengira ia mengikut asas Islam atau meterialisme duniawi. Nilai-nilai sosial pula dinilai dengan hak asasi manusia sehingga meneggelamkan tanggungjawab insan terhadap pencipta yang menatijahkan kelakuan baik sesama makhluk. BERJEMAAH SEBAGAI SATU KEPERLUAN DALAM MEREALISASIKAN JIHAD AQIDAH Kewajipan Berjama‘ah (Harakah Islamiyyah). Dalil-dalil yang menunjukkan wajib berjamaah; Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: (Surah Al-Saff: 14) 14. Wahai orang-orang Yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (Keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokongpenyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan
83 menegakkan ugamaNya)?" mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang Yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang Yang menang. CIRI-CIRI JAMA'AH ISLAM. Bermatlamat: a) Membentuk peribadi Islam. b) Membina keluarga dan masyarakat Islam. c) Membangun negara Islam. Kaedah fiqh menyatakan: ما ال يتم الواجب إال به فهو واجب Maksudnya: Tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib. Segala hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran tidak dapat dilaksanakan semuanya tanpa ada kuasa (kerajaan). Maka untuk membentuk sebuah kerajaan itu wajib pula seperti wajibnya melaksanakan segala hukumNya. Imam Al-Ghazzali Rahimahullah Ta’ala berkata: الدين والدولة توأمان Maksudnya: Agama dan Negara itu berkembar (Tidak berpisah) Sasaran ‘Amalnya: Membenteras segala bentuk mungkar serta menyuruh dengan ma‘ruf. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: ُمْن ْ َهْو َن َع ِن ال ْن َم ْعُرو ِف َويَ ْ ِال ُمُرو َن ب ْ ِر َويَأ َخْي ْ لَى ال ِ يَدْ ُعو َن إ َّمةٌ ُ تَ ُك ْن ِمْن ُكْم أ ْ َول ُمْفِل ُحو َن ﴿ ْ ُم ال ئِ َك هُ َٰ ولَ ُ َوأ ِرۚ َك ١٠٤ ﴾
84 (Surah Ali-Imran: 104) Maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyeru berbuat segala perkara yang baik serta melarang segala perkara yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian, ialah orang-orang yang berjaya. Jama'ah Yang Mempunyai Sifat-Sifat Hizbullah: Ahli jama‘ah yang mempunyai sifat-sifat Hizbullah. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: ِذي َّ َها ال يُّ يَا أ ٍة َعلَى َ َّ ِذل َ َويُ ِحبُّونَهُ أ ُهْم ْوٍم يُ ِحبُّ ِقَ تِي ََّّللاُ ب ْ َسْو َف يَأ َم ْن يَ ْرتَدَّ ِمْن ُكْم َع ْن ِدينِ ِه فَ ِري َن يُ َج َن آ ا ِهدُو َن َمنُوا َكافِ ْ ِع َّزةٍ َعلَى ال َ ُمْؤ ِمنِي َن أ ْ ال ِل َك فَ ْض ُل ََّّللاِ َٰ ْو َمةَ َالئٍِمۚ ذَ َوَال يَ َخافُو َن لَ ٌم فِي َسب ﴿ ِي ِل ََّّللاِ َوا ِس ٌع َعِلي َو ََّّللاُ َم ْن يَ َشا ُءۚ َم يُ ْؤتِي ِه ٥٤ نُوا ِذي َن آ َّ َوال ُهُ َو َر ُسول َوِليُّ ُكُم ََّّللاُ َما ِنَّ ﴾إ ْم َرا ِكعُو َن ﴿ َوهُ َويُ ْؤتُو َن ال َّز َكاةَ ِذي َن يُِقي ُمو َن ال َّصَالةَ َّ َم ال ٥٥ نُوا ِذي َن آ َّ َوال َو َّل ََّّللاَ َو َر ُسولَهُ َو َم ْن يَتَ ﴾ غَاِلبُو َن ﴿ ْ ُم ال َّن ِح ْز َب ََّّللاِ هُ ِ فَإ ٥٦ ﴾ (Surah Al-Ma’idah: 54-56) Maksudnya: Wahai mereka yang beriman, siapa di antara kamu yang berpaling tadah dari agama-Nya (murtad) maka Allah akan datangkan pula suatu kaum yang Allah kasihi mereka dan mereka mengasihi Allah, bersifat lemah-lembut terhadap orang yang beriman dan berlaku tegas terhadap orang kafir. Mereka berjuang bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut celaan orang-orang yang mencela, yang demikian itu limpah kurnia Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya kerana Allah itu luas kurniaan lagi meliputi ‘ilmu-Nya. Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah dan rasul-Nya serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat sedang mereka ruku' (tunduk menjunjung periuntah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (dapatlah ia kemenangan) kerana sesungguhnya golongan Allah (Hizbullah) itulah yang tetap menang. Dan mereka yang memberi wala, (kesetiaan) dan kepimpinan kepada selain daripada Allah dan RasulNya dan orang-orang yang mu’min yang bersifat dengan sifat-sifat tersebut, maka ia bukannya daripada jama‘ah Islam.
85 Sabda Rasulullah Sallallahu “alaihi wasallam: املرء مع من أحب Maksudnya: Seseorang itu bersama dengan orang yang dikasihi. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: َ ُوا آِب َكان ْ لَو َ و ُ ولَه ُ س َ ر َ و َ د ا ََّّلل اَّ َ ْ ح ن َ دوَن م اُّ َ و ُ ِر ي اْْلخِ ِ م ْ و َ الْي َ و ُوَن ِِبََّّللِ ن ِ م ْ ؤ ُ ا ي ً م ْ َو ق ُ د َال ََتِ ْ أَو ْ م ُ ه َ اء َ ن ْ أَب ْ أَو ْ م ُ ه َ ء ْ ََتُم َ ِي َشِ ع ْ أَو ْ اََنُم َ ْو ِخ ۚ إ َك ۚ ِ ئ َٰ أُولَ َ َب َكت ِف ُ م لُوِبِِ ُ َن ق ا َ اْإل ِمي ْ م ُ َه َّد أَي َ و و ح ُ ر ب ِ ُ ْه ن ِ ۚ م ْ م ُ لُه ْدخِ ُ ي َ ت و َّا ن َ َْتِري ج َ ْ ن ِ م ا َ ه ِ ت ََتْ ُ ار اْْلََْنَ َ ين دِ ِ ال َ َ خ ا يه ِ ۚ ف ۚ َ ِضي َ ر ُ ا ََّّلل ْ م ُ ْه ن َ َ ُض ع وا ر َ و ُ ْه ن َ ۚ ۚ َك ع ِ ئ َٰ ْ ُب أُولَ ز حِ ۚ ا ََّّللِ ۚ ن َال أَ َّ ِ ْ َب إ ز حِ ِ ا ََّّلل وَن ﴿ ُ ح ِ ل ْ ف ُ الْم ُ م ُ ه ٢٢ ﴾ (Surah Al-Mujadalah: 22) Maksudnya: Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan rasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu Allah telah menetapkan iman di hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan ia akan memasukkan dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka pun redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong agama-agama Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya golongan Allah (Hizbullah) itu ialah orang-orang yang berjaya. Berkata Sa‘id Hawwa dalam bukunya Jundullah: “Manusia di dalam kehidupan ini tidak dapat melepaskan dirinya dari Hizbullah atau Hizbussyaitan selain Al-Wala’ ini. Jika wala’ seseorang cacat, salat, zakat, haji dan puasanya atau semua segi ibadah Islam tidak dapat
86 membuat dirinya termasuk dalam Hizbullah. Jika wala’nya benar, dia berada dalam lingkungan Hizbullah, walaupun tidak dapat mencakup seluruh ibadah.” Allah Subhanahu wa Ta“ala berfirman: ِلي ًما ﴿ َ ُهْم َعذَابًا أ َّن لَ َ ِأ ُمنَافِِقي َن ب ْ ِر ال بَ ١٣٨ شِ ْ َّن ال ِ ِعَّزةَ فَإ ْ ُم ال يَ ْبتَغُو َن ِعْندَهُ َ ُمْؤ ِمنِي َنۚ أ ْ َء ِم ْن دُو ِن ال ْوِليَا َ ِري َن أ َكافِ ْ ِخذُو َن ال ِذي َن يَتَّ َّ َِّّلِلِ ﴾ال ِعَّزةَ َجِميعًا ﴿١٣٩﴾ (Surah An-Nisa’: 138-139) Maksudnya: Kabarkanlah kepada orang-orang munafiq bahawa mereka akan mendapat seksaan yang pedih, (iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mu'min. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka Sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah. Ciri-ciri Wala’ dalam ayat tersebut, ialah: a) Al-Nusrah (memberi pertolongan). b) A‘tha’ Lil-Kafirin Asrarul-Mu’minin (dedah rahsia mu'min). c) Al-Mahabbah wal-Mawaddah (berkasih-sayang). d) Al-Majalisah Lil-Kafirin wal-Munafiqin Ikhtiaran (bersama golongan kafir - munafiq secara sukarela). e) Al-Ta‘ah (kepatuhan). Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala Maksudnya: Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah meng- ikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).
87 (Surah Al-An’am: 116) Jama‘ah Yang Memperjuangkan Islam Secara Menyeluruh. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: ِنَّهُ لَ ُكْم َعدُ ِنۚ إ ِعُوا ُخ ُطَوا ِت ال َّشْي َطا َوَال تَتَّب ِم َكافَّةً ْ ُوا فِي ال ِ سل َمنُوا ادْ ُخل ِذي َن آ َّ َها ال يُّ ِ يَا أ ي ٌن ﴿ َ ٌّو ُمب ٢٠٨ ﴾ (Surah Al-Baqarah: 208) Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya (dengan mematuhi segala hukum-hukumNya) dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata . Jama‘ah Yang Banyak Menghadapi Ibtila’. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala َني ِ ِرم ْ ُج الْم َ ن ِ ُ ًّوا م َد ع ر ِب َ ِ ن ر ُكل ِ ا ل َ لْن َ ع َ َك ج ِ ل َك َذَٰ َ ۚ َٰ و َى َكف َ َك و ِ ر ب َ ر ِ ب ً ي ِ اد َ ه ا ً ِصِي َ ن َ و ﴿٣١ ﴾ (Surah Al-Furqan: Ayat 31) Maksudnya: Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap para Nabi itu musuh dari kalangan penjahat-penjahat dan cukup lah Tuhan kamu (Allah) sebagai petunjuk dan penolong. Kewujudan Berterusan. Jama’ah Islam mampu menghadapi segala ujian dan cabaran dunia tetap bertunas dan bergerak meskipun sentiasa dilanda ombak dan gelombang. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
88 ْر ِضۚ... ْألَ َس فَيَ ْم ُك ُث فِي ا ُع النَّا ْنفَ َما يَ َّما َ َه ُب ُجفَا ًء َوأ َّما ال َّزبَدُ فَيَذْ َ ...فَأ (Surah Ar-Ra‘d: 17) Maksudnya: maka adapun buih di laut itu `(kepalsuan), maka iaitu akan hilang dan adapun apa yang berguna kepada manusia itu (Islam) ia tetap kekal di bumi ini… Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ْمُر ََّّللاِ َ تِيَ ُهْم أ ْ ُهْم َحتَّى يَأ ْم َم ْن َخالَفَ َّمتِي َظا ِه ِري َن َال يَ ُض ُّرهُ ُ ِم ْن أ َال تَ َزا ُل َطائِفَةٌ (Hadith riwayat Al-Bukhari) Maksudnya; Akan terus wujud segolongan umatku yang berani melahirkan kebenaran. Tidak akan memberi mudarat kepada mereka oleh orang-orang yang menyanggahinya hingga datangnya perintah Allah. KESIMPULAN Terdapat suatu kesedaran baru di kalangan umat Islam sekarang untuk kembali semula mendaulatkan Negara Islam yang di dalamnya terlaksana syariat Allah SWT. Perkara itu menjadi sebahagian daripada Islam yang bersifat sempurna dan dibawa pula oleh Nabi Muhammad SAW bukan sahaja menyampaikan Islam melalui sabda dan ucapan tetapi menyatakannya dengan keimanan yang sebenar dan melaksanakannya dengan sempurna. Ia bermula dari ikrar dua kalimah syahadah sehinggalah menunaikan ibadat kepada Allah SWT dan mentadbir bumi dengan syariat-Nya dalam negara yang didirikan di ‘AlMadinatul Munawwarah’. Ajaran yang telah membuktikan kejayaan yang menggemparkan seluruh kuasa kuffar yang mempertahankan kezaliman, maksiat dan
89 mungkar. Negara Islam adalah negara yang paling adil dan memberi kebahagiaan yang sebenarnya kepada kepada manusia dalam masa yang lebih panjang bukan sahaja di dunia tetapi juga untuk kebahagiaan di akhirat yang kekal abadi. Musuh-musuh Islam telah berjaya melenyapkan kesedaran menegakkan Islam di dalam fikiran umatnya di zaman mutakhir ini selepas kejatuhan Khalifah Othmaniyyah di Turki, sebahagian besar daripada umat Islam tidak menyedari bahawa mereka memerlukan negara yang mendaulatkan syariat Allah SWT. Terdapat di kalangan umat Islam bahkan ramai di kalangan mereka yang merasakan bahawa umat Islam tidak akan maju sekiranya mereka tidak mempelajari kemajuan kebendaan yang datang dari barat. Mereka tidak menyedari bahawa kemajuan kebendaan yang ada pada dunia barat adalah sebahagian daripada kemajuan yang telah ditempa oleh Islam sejak zaman berzaman tetapi barat mengambil kebendaannya sahaja dan meninggalkan ajaran Islam yang membentuk roh dan peribadi mereka. Kita telah melihat bagaimana kemajuan kebendaan yang ditaja oleh barat itu sedang mengalami kehancurannya dan yang menjadi halangan kepada kemajuan umat Islam bukan masalah kebendaan. Kita melihat bagaimana terdapat di kalangan negara umat Islam yang mempunyai tenaga manusia dan dikurniakan sumber-sumber kebendaan boleh maju dari segi kebendaan dengan kurniaan Allah itu dan di sana terdapat banyak halangan dari kuasa kuffar iaitu halangan umat Islam menubuhkan negara Islam. Kita perlu menyedari bahawa musuh-musuh Islam sedar punca kekuatan umat Islam ialah wujudnya negara Islam. Sebab itu wujudlah usaha bagi menghalang tertegaknya negara Islam ini dengan berbagai-bagai cara sama ada dengan menggunakan kekerasan bala tentera bagi menekan golongan yang mahu menegakkan negara Islam ataupun menggunakannya secara halus dan lembut iaitulah dengan melaksanakan sebahagian daripada ajaran Islam untuk meredakan tuntutan mendaulatkan syariat Allah SWT itu.
90 Umat Islam hendaklah menyedari bahawa negara Islam bukan negara yang berpandu kepada amalan semata-mata. Negara islam ialah negara yang didasarkan kepada aqidah. Oleh kerana ia didasarkan kepada aqidah maka Nabi Ibrahim a.s tidak menerima segala tawaran yang dikemukakan oleh Raja Namrud di zamannya kerana raja itu menolak aqidah Islam. Begitu juga tindakan yang diambil oleh Nabi Yusuf a.s apabila ditawarkan menjadi ketua perbendaharaan negeri Mesir, Nabi Yusuf dengan tegasnya menyatakan sebagaimana tersebut di dalam firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya aku meninggalkan agama orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan aku mengikut agama bapa dan nenek moyangku, Ibrahim, Ismail, Ishaq dan Yaaqub”. (Surah Yusuf: 37-38) Nabi Ibrahim a.s menolak kekufuran dan menyatakan keimanan terlebih dahulu dan itulah yang dinyatakan oleh nabi kita Muhammad SAW apabila ditawarkan negara, jawatan, kedudukan dan harta benda percuma. Rasulullah SAW menolak dengan tegas kerana apa yang ditawarkan itu tidak dibina di atas aqidah. Umat Islam hendaklah menyedari bahawa tanggungjawab mereka ialah mendirikan negara yang berdasarkan kepada aqidah dan dibina di atasnya segala amalannya bukan negara yang dibina melalui amalan semata-mata tetapi tidak berteraskan kepada aqidah. Inilah perbezaan yang tidak boleh mengelirukan umat Islam dan tidak boleh menyesatkan mereka dengan sebab seruan penyeru-penyeru ke arah Neraka Jahannam yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud: “Penyeru-penyeru ke arah neraka jahannam, sesiapa yang menyahut seruannya nescaya ia akan dicampak ke dalam neraka itu”. Lalu para sahabat bertanya: “Sifatkan mereka itu kepada kami, wahai Rasulullah”. Rasulullah SAW bersabda:
91 “Mereka itu ialah golongan yang kulitnya sama dengan kita dan bercakap dengan lidah yang sama dengan kita”. Marilah kita menjadikan aqidah sebagai landasan kita dan sebagai perbezaan di antara negara Islam yang sebenar dengan negara munafiq yang dibina di atas dasar Masjid ‘Dhirar’ sebagaimana golongan munafiqin mendirikan masjid itu di zaman Rasulullah SAW yang telah dibakar oleh Rasulullah. Marilah kita menyedari hakikat ini dengan penuh teliti kerana mati hanya satu kali sahaja dan manusia akan berdepan di hari kiamat dalam keadaan tidak dapat merujuk kembali ke alam dunia ini. Marilah kita menilai segala yang ada dihadapan kita bukan dengan akal fikiran manusia semata-mata tetapi dengan petunjuk daripada Al-Quranul Karim yang dapat membetulkan akal fikiran manusia. Firman Allah Taala yang bermaksud: “Demi sesungguhnya Allah mesti menolong orang yang menolong agama-Nya sesungguhnya Allah itu Maha Kuat Lagi Maha Perkasa. Orang-orang yang Kami berikan kepada mereka kuasa memerinta di muka bumi, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran dan bagi Allah sahajalah akibat segala urusan”. (Surah Al-Hajj: 40-41)
92 BAHAGIAN TUJUH JIHAD PEMIKIRAN DAN KEBUDAYAAN: PENGERTIAN, BENTUK, MEKANISME PELAKSANAAN. PENGENALAN KONSEP PEMIKIRAN Konsep pemikiran adalah proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia. Semasa berfikir, otak manusia akan bertindak dengan usaha memahami rancangan luar yang diterima melalui deria, membentuk konsep, membuat tafsiran dan tindak balas berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam ingatan. Teori dan definisi pemikiran yang telah dikemukakan oleh ahli- ahli psikologi, terutamanya sejak kurun ke-20, adalah dihuraikan secara ringkas seperti yang berikut. Menurut Dewey (1910) menghuraikan pemikiran sebagai aktiviti mental dalam sesuatu proses untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guilford(1967) pula berpendapat pemikiran merupakan sesuatu jenis kebolehan atau keupayaan. Ia mempunyai pelbagai kemahiran berfikir. Dari Teori Roger Sperry (1970) menghuraikan fungsi otak kiri manusia yang berfikir secara kritis dan otak kanannya berfikir secara kreatif. William W. Wilen (1994) pula mentafsirkan pemikiran sebagai proses dalaman yang pantas, sama ada secara sedar atau tidak sedar terhadap rangsangan luar yang diterima melalui deria. Di dalam proses dalaman ini, data baru akan disimpan melalui cara pemadanan, perbandingan dan klasifikasi dengan maklumat atau pengetahuan yang sedia ada dalam ingatan. Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang mengawal tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur (merenung). Berdasarkan pandangan dan definisi yang telah dinyatakan, konsep pemikiran boleh dirumuskan iaitu pemikiran adakah sesuatu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah
93 yang timbul dengan menggunakan pelbagai cara, membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami. Pemikiran merupakan proses yang menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah. Proses ini melibatkan aktiviti- aktiviti menyusun idea- idea atau perkara- perkara yang tersembunyi, membuat kesimpulan untuk mendapatkan ilmu atau kemahiran baru yang boleh digunakan untuk penyelesaian masalah yang kian mencabar. DEFINISI PEMIKIRAN GLOBALISASI Pelbagai pentakrifan diberikan bagi menerangkan definisi globalisasi. Bagi memahami apa itu globalisasi haruslah diketahui dahulu maksud atau definisi globalisasi. Berdasarkan Kamus Dewan globalisasi ditakrifkan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia yang disebabkan oleh kepantasan atau lajunya perkembangan teknologi maklumat. Menurut Robertson (1992) pula mendefinisikan globalisasi sebagai satu fenomena multidimensi yang meliputi aspekaspek ekonomi, politik, ideologi dan budaya. Manakala bagi seorang sarjana yang mengkaji globalisasi ini sejak mula kewujudannya iaitu Anthony Giddens (1989) pula mentakrifkan bahawa globalisasi ini merupakan satu hubungan sosial serata dunia secara intensif yang mana tindakan pihak tempatan ditentukan oleh peristiwa yang berlaku berbatu-batu jauhnya dan juga perkara di sebaliknya. Ada juga sarjana yang memberi pentakrifan berbeza mengenai globalisasi. Misalnya, Ishak Shari (2000)[1] memberi penakrifan bahawa globalisasi ini merupakan satu konsep yang bersifat pelbagai atau plural kerana globalisasi mempunyai dimensinya yang tersendiri dimana ianya merangkumi aspek-aspek ekonomi, politik, budaya, sosial dan ideologi. Dalam satu pertubuhan iaitu United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD) pula mentakrifkan bahawa globalisasi merupakan satu keadaan dimana
94 perusahaan-perusahaan dan institusi kewangan beroperasi secara transnational yang mana barang-barang faktor pengeluaran dan aset kewangan suatu negara dapat diperdagangkan dengan sempurna diseluruh dunia sehingga kita tidak mungkin lagi melihat negara sebagai satu entiti ekonomi yang berbeza dalam menetapkan dasar ekonomi negara secara otonomi dalam mewujudkan matlamat negara masing-masing. Manakala bagi Hurrel & Woods (1995) memberi definisi bahawa globalisasi ialah satu proses peningkatan saling kebergantungan dan jaringan sosial yang berlaku akibat daripada wang, manusia, imej, nilai idea yang bergerak dengan begitu cepat dan lancar melangkaui sempadan negara. Friedman (1999) mentakrifkan globalisasi sebagai satu sistem dinamik yang berterusan iaitu terdapatnya integrasi pasaran, negara bangsa dan teknologi yang tidak dapat disekat hingga ke tahap tidak pernah dilihat sebelum ini melaluinya orang perseorangan, syarikat dan negara bangsa dapat berhubung ke serata dunia dengan lebih cepat, lebih jauh, lebih mendalam, dan lebih murah. Apa yang dapat disimpulkan di sini globalisasi merupakan satu konsep pengurangan kedaulatan negara, keterobosan sempadan, kecanggihan teknologi dan perkembangan transaksi perdagangan. PENDEKATAN TEORITIS ATAU ALIRAN DALAM GLOBALISASI Sememangnya diketahui di dalam sesebuah konsep itu pasti ada pendekatan-pendekatan teoritis yang wujud bagi mengkaji globalisasi ini. Terdapat tiga aliran atau pendekatan teoritis yang berpengaruh dan popular dalam menghujahkan konsep globalisasi ini. Tiga pendekatan teoritis utama ini ialah pendekatan juggernout atau tesis aliran hyperglobalis, pendekatan skeptik atau tesis aliran skeptik dan ketiga ialah pendekatan transformasionalis atau tesis aliran transformasionalis[2]. Bagi ketiga-tiga pendekatan ini masing-masing mempunyai hujahnya yang tersendiri dalam menerangkan peranan globalisasi yang sememangnya berpengaruh dan menguasai dunia termasuklah aspekaspek seperti ekonomi, politik dan sosial serta tidak ketinggalan dari segi kemajuan teknologi juga.
95 PEMIKIRAN ISLAM Pemikiran dalam bahasa Melayu berasal daripada kata 'fikir'. Ditambah dengan imbuhan pe dan an serta ditukar huruf kepada m sehingga menjadi ‘pemikiran’. Kata perbuatannya adalah berfikir (thinking). Bahasa Iggerisnya pula ialah think (thougt). Perkataan berfikir kini digunakan secara meluas. Dasar perkataan fikir berasal dari perkataan Arab 'fakkara', 'yufakkiru', 'tafkiran'. Sebahagian ahli bahasa mengatakannya daripada wazan 'dharaba' iaitu 'fakara', 'fakiru', 'fakran' atau 'fikran'. Jelasnya perkataan fikir berasal daripada perkataan 'al-fikr'. Dalam al-Quran, perkataan fikir tidak disebut dalam bentuk kata nama. Tegasnya dalam alQuran, perkataan fikir disebut dalam bentuk fi’il madhi (perbuatan yang telah lepas) dan mudhari' (perbuatan yang sedang dilakukan), sighah mukhatab dan ghaib (kata ganti diri kedua dan ketiga). Misalnya fakkara dan tatafakkarun. Jadi ketika al-Quran menggunakan cara ini seolah-olah Allah S.W.T ingin mengingatkan kita bahawa usaha berfikir adalah usaha yang sangat berkaitan dengan manusia. Ringkasnya pemikiran bolehlah didefinisikan sebagai satu aktiviti kekuatan rasional (akal) yang ada dalam diri manusia, sama ada ia berupa qolbu, roh, atau dzihnun, dengan pengamatan dan penelitian untuk menemukan makna yang tersembunyi dari persoalan yang dapat diketahui, atau untuk sampai kepada hukum-hukum, atau hubungan antara sesuatu. Pemikiran juga boleh didefinisikan sebagai rangkaian idea yang berasosiasi (berhubung kait) atau daya usaha reorganisasi (penyusunan semula) pengalaman dan tingkah laku yang dilaksanakan secara sengaja. Takrif pemikiran yang digunakan dalam bidang psikologi sangat abstrak dan berbeza antara satu sama lain. Dalam penjelasannya pemikiran dapat diterangkan dengan menyenaraikan kegiatan-kegiatan yang terlibat dalam konsep pemikiran itu. Antara lain,
96 pemikiran merujuk kepada kebolehan manusia untuk mencipta gagasan-gagasan, dan pengertian-pengertian, berhujah, menilai, dan membuat keputusan. Perkataan Islam pula merujuk kepada makna selamat, sejahtera, aman dan seumpamanya. Ianya merupakan terma popular merujuk kepada pemikiran yang timbul dan muncul dalam masyarakat Islam. Perkataan semasa pula merujuk kepada kotemporari dan terkini iaitu keadaan sekarang yang pasti berubah-ubah mengikut keadaan. Jadi, konteks semasa bermakna interaksi berterusan dengan keadaan dan perubahan manusia dan alam. DARI SEGI ISTILAH Definisi pemikiran Islam pula bolehlah disimpulkan sebagai gagasan atau buah fikiran pemikir-pemikir Islam atau ulama' bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah untuk menjawab persoalan-persoalan manusia dan masyarakat yang timbul disebabkan berbagai-bagai faktor. Antaranya ialah pertama, sebagai usaha untuk memahami atau mengambil istinbath (intisari atau pengajaran) hukum-hukum agama mengenai hubungan manusia dengan penciptanya dalam masalah ibadah. Juga hubungan sesama manusia dalam masalah muamalah. Masalah-masalah ini menyangkut hal-hal ekonomi, politik, sosial, undang-undang dan lain-lain. Kedua, sebagai usaha untuk mencari jalan keluar kepada persoalan-persoalan luar yang belum ada pada zaman Rasulullah S.A.W dan pada zaman sahabat atau untuk memperbaiki tindakan-tindakan tertentu berdasarkan roh Islam. Ketiga, sebagai penyesuaian antara prinsip-prinsip agama dan ajaran-ajarannya dengan pemikiran asing yang mempengaruhi pemikiran umat Islam. Keempat, sebagai pertahanan terhadap akidah Islam dengan menolak akidah, kepercayaan lain yang bertentangan dengan ajaran Islam dan menjelaskan akidah Islam yang sebenarnya. Kelima, untuk menjaga prinsipprinsip Islam agar tetap utuh sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW sepanjang
97 masa hingga ke akhir zaman. Dalam hal ini, Muhammad al-Bahi mendefinisikan pemikiran Islam sebagai usaha akliah oleh para ulama Muslim untuk menghuraikan Islam berdasarkan sumbernya yang asli iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah. Muhsin ‘Abd al-Hamid pula mendefinisikannya sebagai setiap apa yang dilahirkan oleh pemikiran kaum Muslim sejak perutusan Rasulullah hingga kini tentang pandangan hidup umum (al-ma‘arif kawniyyah, world view) yang berhubungan dengan Allah S.W.T, alam dan manusia. Mohd Kamil Abd. Majid mengupas pemikiran Islam itu sebagai gagasan, idea, dan fikiran dari perspektif Islam sebagai respons intelektual kepada persoalan Tuhan, manusia, alam, kehidupan, kematian dan kewujudan seluruhnya yang timbul daripada pertembungan Islam dengan kebudayaan dan peradaban asing atau respons terhadap masalah dalaman umat Islam. Bagi Hassan Abdullah Hassan pula pemikiran Islam tidak lari dari kegiatan akliah yang berteraskan kaedah Islam dalam pergerakan, pelaksanaan, penghasilan dan penilaian akliah tersebut, seterusnya menjadi kerangka pegangan untuk membentuk tasawwur asasi berkaitan Allah, insan, dan alam. Ketiga-tiga persoalan (qadiyyah) di atas adalah tema pokok perbahasan ilmu dan kehidupan. Dr. Yusof al-Qardawi memfokuskan perbincangan kepada qadiyyah Ilahiyyah, Insaniyyah, al-‘Alam dan ditambah lagi dengan al-Nubuwwahal-Ma’ad wa al-Masir. serta Menurut Prof. Dr. Kamal Hasan, yang dimaksudkan dengan pemikiran islam semasa ialah gagasan-gagasan, idea-idea dan fikiran dari perspektif islam sebagai tindak balas yang bersifat intelektual kepada persoalan-persoalan manusia dan masyarakat semasa. Oleh itu, yang dimaksudkan dengan persoalan semasa ( kontemporari ) di sini pastinya merujuk kepada perkembangan dan persoalan yang berlaku hari ini atau berkisar kepada isu-isu terkini, jadi pemikiran yang menjadi fokus sabjek ini pastinya kepada perubahanperubahan dan perkembangan yang berlaku dan menimpa umat Islam semasa dan reaksi atau jawapan yang dikemukakan oleh umat Islam melalui ijtihad mereka menangani tuntutan dan keperluan semasa umat Islam.
98 Pemikiran Islam yang bersifat pembaharuan dan tajdid akan menjadi asas kepada kemajuan dan perubahan umat Islam, peranan pemikir tidak kurang pentingnya sebagai pelaksana dan pengurusan kepada pemikir Islam dan temadunnya. Islam turut terikut dengan tahap kemajuan dan kemampuan pemikirnya sama ada berkembang ke arah kekuatan ataupun statik beku tanpa sebarang perubahan. Pemikiran Islam turut didefinisikan sebagai himpunan ilmu dan pengetahuan yang tertegak atas asas-asas dan neraca ukuran Islam. Lebih luas lagi ianya diertikan sebagai dasar dan ajaran yang dibawa oleh Islam, metode yang perlu digunakan dalam pemikiran oleh umat Islam, pandangan dan pemikiran yang dihasilkan oleh umat Islam, dan rumusan daripada usaha-usaha penggabungan pemikiran manusia dengan mengubahsuai, memproses dan membebaskannya daripada unsur-unsur luar yang bercanggah dengan Islam. Dalam hal ini, tafakkur lebih sesuai difahami sebagai usaha berfikir dengan kaedahkaedah tertentu, manakala fikr adalah hasilnya. Definisi pertama juga menekankan persoalan sumber pemikiran Islam. Manakala definisi kedua menekankan persoalan skop pemikiran Islam. Peringkat Pemikiran Islam Semasa (1800 – hingga kini) Menurut Prof. Dr. Kamal Hasan yang dimaksudkan dengan pemikiran Islam semasa ialah gagasan-gagasan, idea-idea dan fikiran dari perspektif Islam sebagai tindakbalas yang bersifat intelektual kepada persoalan-persoalan manusia dan masyarakat semasa. Oleh itu, yang dimaksudkan dengan persoalan semasa (kontemporari) di sini pastinya merujuk kepada perkembangan dan persoalan yang berlaku hari ini atau berkisar kepada isu-isu terkini. Jadi pemikiran yang menjadi fokus subjek ini pastinya kepada perubahanperubahan dan perkembangan-perkembangan yang berlaku dan menimpa umat Islam semasa dan reaksi atau jawapan-jawapan yang cuba dikemukakan oleh umat Islam melalui ijtihad mereka dalam menangani tuntutan dan keperluan semasa umat Islam
99 seluruhnya. Pemikiran Islam yang bersifat pembaharuan dan tajdid akan menjadi asas kepada kemajuan dan perubahan umat Islam. Peranan pemikir tidak kurang pentingnya sebagai pelaksana dan pengurus kepada pemikiran Islam dan tamadunnya. Islam turut terikut dengan tahap kemajuan dan kemampuan para pemikirnya sama ada berkembang ke arah kekuatan ataupun statik beku tanpa sebarang perubahan. Faktor-Faktor Kemunculan Pemikiran Islam Semasa Menurut Prof. Dr. Kamal Hasan lagi, antara faktor-faktor yang melahirkan pemikiran Islam semasa ialah: (a) Pertembungan masyarakat Islam dengan kebudayaan dan peradaban Barat. (b) Rasa terpanggil untuk menegakkan yang hak dan melenyapkan yang batil serta lahirnya rasa rindu umat Islam sendiri untuk menghayati cara hidup Islam seperti zaman Rasullah SAW dan para sahabat. Pertembungan antara dua kebudayaan Barat dan Islam sebenarnya merupakan aspek penting dalam pemikiran Islam semasa. Pada peringkat Islam dan umat Islam menghadapi tantangan besar dari tamadun Barat sama ada dalam bentuk Kapitalisme-Sekularis atau Sosialisme-Materialis. Pertembungan antara Islam dengan tamaduan Barat ini telah membawa kesan yang besar dalam menentukan bentuk pemikiran umat Islam semasa. Pertembungan tersebut telah berlaku dalam suatu keadaan yang tidak seimbang. Barat lebih bernasib baik kerana kebetulan ia sedang menjalani zaman kegemilangannya tetapi malang bagi Islam yang kebetulan pula sedang mengalami zaman kemundurannya. Tamadun Barat adalah merupakan adunan pelbagai unsur baik dan buruk, kebenaran dan kepalsuan, manfaat dan mudharat. Ia membawakan hasil-hasil kajian ilmiah yang bersifat benar dan pasti di samping pemikiran-pemikiran khayal yang berdasarkan dugaan-dugaan serampangan belaka. Satu lagi ciri penting tamadun Barat ialah kemunculan dan perkembangannya dalam suasana pemberontakan terhadap agama dengan segala bawaannya termasuk penolakan terhadap keimanan kepada yang ghaib dan pemberontakan terhadap pimpinan golongan agama yang telah sekian lama
100 menyalahgunakan kuasa, menindas dan memeras rakyat untuk pemuasan nafsu dan egoisme sendiri. Kehadiran tamadun Barat dengan segala fitnah pesonanya telah menimbulkan semacam dilema dalam pemikiran umat Islam sehingga mereka tidak sekata dan senada dalam menanggapinya. Meskipun ini bukanlah pertama kali umat Islam berhadapan dengan suatu tamadun asing, tetapi mereka tidak dapat menggunakan pengalaman zaman silam itu dalam menggarap cabaran baru kali ini kerana pengalaman zaman lampau itu (seperti pertembungan dengan tamadun Helenisme) telah berlaku ketika umat Islam merupakan pihak yang lebih kuat dan kerananya mereka dapat bertindak balas dengan sebagai pemegang kuasa pemutus. Cabaran baru kali ini tidak lagi berlaku dalam suasana demikian, malah kedudukannya adalah sebaliknya. Sikap Umat Islam Dalam Menanggapi Tamadun Barat Abul Hasan Ali Nadwi (1969) menyatakan bahawa segala ragam, sikap dan tanggapan umat Islam terhadap tamadun Barat umumnya dapat dirumuskan kepada tiga bentuk: (a) Golongan yang menolok mentah-mentah kebaikan dan keburukan tamadun Barat. Sikap konservatif dan tradisionalis ini mahu bertahan dengan kedudukan atau status-quo mereka. (b) Golongan yang menerima dan menyerah bulat-bulat segala kebaikan dan keburukan tamadun Barat. Ini ialah sikap golongan yang dianggap sebagai sekularis dan modenis yang melakukan itu semua atas nama kemajuan atau progres. (c) Golongan yang tidak menolak mentah-mentah dan tidak pula menerima bulat-bulat tetapi melakukan penyaringan dan pengolahan semula menerusi orientasi dan penjiwaan Islam sehingga terjelma satu paduan yang harmonis iaitu sikap golongan reformis atau fundamentalis Islam yang pada prinsipnya masih kuat berpegang dengan tradisi tetapi pada waktu yang sama bersikap terbuka dan rasional terhadap unsur pendatang baru seperti sains dan teknologi Barat. Perbezaan Antara Golongan Tradisionalis, Sekularis Dan Fundamentalis dalam konteks perkembangan Islam, golongan fundamentalis boleh ditakrifkan sebagai kumpulan yang