101 berpegang kepada kepercayaan bahawa Islam adalah suatu agama yang lengkap dan sempurna dan Islam tidak patut diubahsuai mengikut kehendak atau tuntutan zaman. Hanya manusia dan masyarakat sahaja yang sewajibnya membentuk peribadi dan perlakuannya mengikut arahan dan seruan yang terkandung dalam syariat Islam. Oleh itu setiap penganut Islam dilarang mengkompromi prinsip hidup keislaman mereka dengan mana-mana ‘-isme’ atau fahaman. Sekiranya mana-mana pihak, individu atau sebahagian daripada masyarakat telah meninggalkan ajaran agama, maka mereka wajib ditegur supaya kembali kepada kehidupan yang berlandaskan al-Quran dan al-Hadith. Mengikut perspektif golongan Fundamentalis atau Reformis ini, manusia dan masyarakat yang berjaya dan bahagia ialah manusia dan masyarakat yang diurus perjalanannya oleh undang-undang tuhan seterusnya. Sungguhpun golongan Tradisionalis bersikap konservatif dan menolak semua bentuk pembaharuan dan seterusnya mahu mengekalkan setiap aspek Islam dalam bentuk aslinya, namun perjuangan mereka lebih bercorak penyisihan dalam memperjuangkan cita-cita Islamiyyah mereka. Ini menyebabkan mereka lebih banyak menumpukan perhatian kepada cara hidup Islam yang terhad iaitu sekadar semayang, zakat, haji dan puasa serta usaha memahami sejarah Islam sekadar untuk dijadikan pengetahuan semata-mata sedangkan persoalan berhubung dengan pelaksanaan undang-undang Islam dalam masyarakat dan proses politik tidak begitu dihiraukan. Golongan modernis sebaliknya lebih menitikberatkan manusia beragama Islam dan tidak menghiraukan sangat tuntutan Islam. Yang menjadi matlamat mereka ialah kemajuan umat Islam tanpa mempedulikan agama mereka. Gerakan mereka lebih banyak menumpu kepada usaha menyesuaikan Islam mengikut tuntutan masa kerana bagi mereka undang-undang syariah yang dipakai pada masa lepas tidak begitu sesuai dengan kehendak zaman ini dan ia pula bersifat menyekat manusia yang beragama Islam dalam kehidupan mengejar kemajuan. Respons mereka memperlihatkan sikap yang liberal sehingga mereka sanggup melihat pemisahan antara agama dan negara. Golongan sekular pula mempunyai pendirian lebih ekstrem. Mereka bukan sahaja berjuang untuk
102 mengasingkan antara agama dan negara, tetapi mahu penganut Islam menjadikan kehidupan beragama hanya di peringkat peribadi sahaja dan mengenepikan tuntutan alQuran dan al-Hadith yang berkaitan dengan kehidupan bermasyarakat. Bagi mereka orang Islam patut bertindak seperti orang Barat yang telah meninggalkan agama Kristian untuk mendapat kejayaan duniawi dan kemewahan material. Sementara itu Dr. Tahan Jabir al-‘Alwani (1995), berpendapat bahawa sikap kaum Muslimin terhadap pemikiran, kebudayaan dan pengetahuan Barat sejak pertama kali berhubugnan, telah melalui tahap. Tahap Pertama Tahap ini dikenali sebagai tahap kejutan pertama dan kehairanan langsng kaum Muslimin ketika melihat budaya dan tamadun Barat. Iaitu tahap di mana kedudukan pemikiran dan ilmu kaum Muslimin sangat tergugat. Ini mengakibatkan hilangnya kepercayaan kepada pemikiran Islam dan warisan budayanya. Pada tahap ini, di dalam benak kaum Muslimin, muncul anggapan bahawa pemikiran Islam dan budayanya tidak mungkin dapat berkembang. Akibatnya mereka meletakkan Islam ke dalam kandang tertuduh. Insan Muslim pada masa itu umumnya menjadi manusia kecewa. Dan secara psikologi mereka menderita kekalahan. Kekalahan jiwa inilah yang menjadikan orang Islam pada masa ini sedia menerima secara total segal alternatif atau pilihan kebudayaan yang datang dari Barat; pemikiran, kebudayaan, sains, pengetahuan, seni, sastera dan sebagainya tanpa syarat. Pada masa kekalahan jiwa ini dunia Islam menyaksikan maraknya pengiriman pelajarpelajar dan mahasiswa-mahasiswa ke Barat untuk mempelajari ilmu pengetahuan, pemikiran dan kebudayaan Barat dan sebagainya. Mereka mendapatkan semua itu dari universiti-universiti dan akademi-akademi Barat. Mahasiswa-mahasiswa tersebut melahap pemikiran dan kebudayaan Barat tanpa tapisan dan saringan tanpa persediaan sedikit pun. Seiringan dengan itu di dunia Islam sendiri mulai dibangunkan badan pendidikan model Barat. Boleh dikatakan hampir semua kegiatan ilmiah, falsafah,
103 pemikiran dan kebudayaan serta semua yang berhubungan dengan badan pendidikan dan ilmu pengetahuan menciplak Barat mentah-mentah. Satu-satunya keberanian yang dipandang hebat ketika itu ialah adanya orang Islam yang mengatakan “Islam tidak menafikan ilmu dan tidak bertentangan dengan tamadun”. Dari sini, ramai kaum modenis memandang sinis, bahkan dengan pandangan penolakan terhadap kemunculan beberapa orang yang membawa pembaharuan. Tetapi orang yang memandang mereka dengan kaca mata kebenaran tertentu pada masa itu, masih dapat menangkap bahawa apa yang ditegakkan mereka adalah mungkin dan tepat, sesuai dengan keadaan pada masa itu. Kerja kuat kaum Muslimin yang tetap pendirian dengan Islam dan semangat para ulama pada waktu itu, mengukuhkan berbagai-bagai jawapan yang bersifat retorika. Mereka dengan sisa-sisa iman yang tertanam di dalam hati, dan dengan kelebihan kepercayaan, memastikannya untuk mendorong kaum Muslimin kepada suatu keseimbangan (tawazun) dan berdiri di atas kaki sendiri dalam menghadapi serangan yang hebat dan sengit itu. Tahap Kedua Pada masa tertentu, tahap ini mulai menampakkan kemantapan jiwa dan telah melalui tempoh kejutan budaya. Dalam tahap ini kaum Muslimin menemui kembali diri dan sikap keislamannya serta mulai berinteraksi dengan berbagai-bagai hasil pemikiran Barat. Mereka mulai mengulangkaji teori-teori, aliran-aliran dan hasil-hasil pemikiran dan menempatkan diri mereka sebagai seorang murid yang sedang memanfaatkan apa yang ada. Maka pemikiran-pemikiran yang seimbang mulai dilahirkan, kajian-kajian perbandingan digalakkan, perbahasan, pertemuan antara Islam dan kebudayaan Barat, dari pelbagai bidang, diulangkaji. Semua itu dengan dorongan yang berbeza-beza. Sebahagiannya untuk memantapkan sasaran-sasaran Barat dengan istilah yang disebut normalisasi hubungan antara Muslim, pemikiran dan buday orangorang Barat. Dalam waktu yang sama ingin menunjukkan atau menghabiskan sisa-sisa pertentangan pemikiran kaum Muslimin.
104 Sebahagiannya, dengan dorongan benar-benar ikhlas, membuka jendela atau tembok pemikiran dan kebudayaan Barat yang mengongkong kaum Muslimin. Melalui usahausaha ini diharapkan Islam dapat menembusi akal dan hati orang Islam. Oleh itu pada masa itu dapat dibaca pelbagai tulisan tentang Islam yang menunjukkan pemikiran konsep-konsep seperti Barat memilikinya. Misalnya demokrasi Islam, sosialisme Islam, hak-hak buruh dalam Islam, hak wanita dalam Islam, hak asasi manusia dalam Islam dan persoalan lain yang menunjukkan bahawa kaum Muslimin telah melalui tahap kejutan dan ketakjuban terhadap budaya Barat dan sedang memasuki marhalah (tahap) berdepan (muwajadah). Tujuan akhir tahap ini ialah membuktikan bahawa kaum Muslimin memiliki seperti apa yang dimiliki Barat. Memang kadang-kadang Barat memiliki keistimewaan berbanding kaum Muslimin, tetapi orang Islam dalam hal-hal tertentu juga memiliki seperti apa yang dimiliki Barat Tahap Ketiga Iaitu tahap yang sedang kita jalani sekarang ini. Tahap yang disebut tahap kebangkitan Islam. Atau yang kita namakan tahap kesedaran dan menemukan diri. Tahap ini adalah tahap di mana kita mulai mengukuhkan keistimewaan, ciri dan keunggulan pemikiran, kebudayaan, sistem, akidah, jalan hidup, akhlak dan nilainilai Islam. Bahkan dalam tahap ini umat Islam mulai membuka beberapa peluang besar yang mengejutkan pemikiran dan kebudayaan Barat sendiri. Mendedahkan penipuan dan kebodohan Barat dan meyingkap bahawa kaum Muslimin telah lama tertipu, hidup dalam keadaan diserang dan dirampas kebudayaan dan pemikiran, serta telah lama kehilangan keseimbangan. Menyusul perampasan bidang politik dan ekonomi. Orang Islam mulai menyedari bahawa rangka pemikiran, teori-teori, kaedah dan kebudayaan Barat, dengan seluruh alirannya, tidak dapat diterapkan untuk menegakkan kemajuan umat. Pada tahap ini kaum Muslimin mulai mengembangkan istilah dan pengertian kebangkitan Islam. Pelbagai persoalan penting mulai ditonjolkan dan para pemikir Muslim didudukkan di hadapan pilihan yang sukar dan tugas yang berat serta sangat berbahaya. Boleh jadi syiar dan seruan, “Islam sesuai untuk seluruh zaman dan tempat dan Islam mampu memulai
105 hidup, Islam membangun kemajuan dan tamadun, mewujudkan daulah, menampilkan pelbagai pilihan”, tetap sihat dan selamat, atau boleh jadi sekali lagi kaum Muslimin mundur dari medan dan meninggalkannya kepada orang lain, untuk kemudian umat Islam kembali lagi ke tahap mundur. Semua ini bergantung kepada kita umat Islam hari ini, sama ada mampu atau tidak menghadapi gelombang, cabaran dan tantangan dari mana saja yang sentiasa ingin menjatuhkan Islam dan umatnya. Marhalah atau peringkat yang kita hadapi kini adalah peringkat yang boleh kita namakan “Cabaran Total”. Pada marhalah ini kita akan diuji, mampukah kita meyakinkan kaum Muslimin bahawa kita lebih mampu menampilkan pemikiran yang lurus, kebudayaan yang benar dan kebudayaan yang unggul? Mampukah kita meyakinkan generasi Muslim sekarang ini bahawa kita sesungguhnya memiliki kemampuan untuk meruntuhkan tembok kemunduran dan mewujudkan sasarannya dalam membangun, dalam mewujudkan kemajuan dan dalam meneguhkan kedudukan dan peranan kita di dunia? Atau kita akan terus mengukuhkan kelemahan kita? Satu-satu wasilah atau jalan untuk memantapkan kebenaran yang kita serukan ialah menampilkan pilihan Islam bagi segala yang telah dikemukakan Barat, cuba merangka dan menjayakannya. Di dunia Barat berkembang pemikiran politik, ekonomi, sosial, hukum, pendidikan, kemanusiaan, falsafah, metodologi dan kebudayaan Barat. Di atas semua dasar pemikiran tersebut, tamadun Barat hari ni dengan seluruh bidangnya ditegakkan. Kenyataannya, beberapa bidang berjaya ditegakkan secara meyakinkan, tetapi bidang-bidang lainnya mengalami kemunduran bahkan kegagalan parah. Cabaran Islam tidak akan dijangka kecuali dengan memberikan pilihan cemerlang dan unggul dalam seluruh bidangnya; pemikiran, kebudayaan, pengetahuan dan tamadun, selain harus mengukuhkan kejayaan dan keunggulan ini di dalam tamadun yang tegak di atas pemikiran, kebudayaan dan pengetahuan Islam. Dari celah-celah badan-badan, sistem dan wasilah ini kemudian pemikiran Islam wujud secara nyata yang di atasnya tamadun Islam tegak. Hanya dengan
106 ini kita dapat berkata, “Inilah kami datang”. Dengan demikian kebangkitan kita menjadi kebangkitan sebenarnya, bukan sekadar impian. KESIMPULAN Kesimpulannya, jihad bukanlah merupakan satu konsep yang kabur dan mengelirukan. Walaupun terdapat pelbagai pandangan dan takrifan terhadap jihad, namun maksudnya adalah sama iaitu perjuangan ke jalan Allah s.w.t dengan niat yang ikhlas dan jujur. Malah, apa yang dilihat, jihad bukan hanya melalui peperangan sahaja seperti yang difahami oleh masyarakat Barat, tetapi dengan pelbagai cara dan tindakan. Umat Islam perlu melihat ajaran Islam daripada dalam, bukan dari perspektif luar, terutamanya dari pandangan dan kaca mata Barat supaya tidak mudah terpengaruh dengan cara berfikir Barat yang sudah membudaya, hasil daripada proses globalisasi. Ini kerana, bimbang sekiranya wujud kekeliruan dan kehilangan identiti keislaman mereka. Adalah wajar masyarakat Barat salah faham tentang konsep jihad kerana kerangka pemikiran mereka jauh berbeza dengan umat Islam. Keengganan sesetengah orientalis Barat untuk melihat sisi positif Islam adalah kerana adanya unsur-unsur permusuhan dan kebencian dalam diri mereka. Pelaksanaan jihad yang mengikut landasan dan konsep seperti yang disyariatkan oleh agama Islam akan memperolehi kejayaan dan akan memberi kebaikan serta kelebihan kepada individu itu sendiri, masyarakat disekeliling, agama, bangsa dan negara. Ia juga perlu diserapkan bersama-sama dengan unsur kesungguhan, perjuangan, keikhlasan dan pengorban. Hasil daripada kejayaan ini akan dapat dilihat kesan ke atas pembangunan negara samada dalam konteks ekonomi, politik, sosial dan lain-lain. Keadaan ini juga akan memartabatkan agama Islam di mata dunia dan akan menangkis tanggapan-tanggapan negatif yang sering diberikan oleh masyarat Barat terhadap Islam. Islam memperjuangkan kebenaran, keadilan serta persamaan dan hanya manusia yang angkuh dan jahil yang tidak dapat menghargai Islam. Penjelasan dan dakwah Islam secara
107 menyeluruh kepada setiap individu dan masyarakat perlu menjadi fokus utama perjuangan umat Islam. Namun begitu, perlu difahami bahawa untuk melaksanakan jihad perlu mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti Islam, baligh, tidak cacat, niat yang betul dan mengikut hukum syarak. Keadaan ini menjelaskan bahawa jihad masih releven untuk diguna pakai pada zaman kini walaupun dalam era globalisasi atau dunia tanpa sempadan. Ini kerana ia masih sesuai diguna pakai tanpa mengira tempoh masa dan waktu.
108 BAHAGIAN LAPAN JIHAD SOSIAL: PENGERTIAN, PEMBAHAGIAN, MEKANISME PELAKSANAAN. PENGENALAN JIHAD SOSIAL Definisi sosial ialah kemasyarakatan. Sosial ialah kata yang merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat dan kemasyarakatan. 2 Sosial adalah keadaan dimana terdapat kehadiran orang lain. Kehadiran itu dalam bentuk nyata dan anda rasakan , namun ia juga boleh terbentuk dalam imaginasi. Jika bertemu dengan hanya melihat atau mendengar sahaja ia termasuk situasi sosial. Sosial pula adalah hal-hal yang berhubungan dengan manusia dalam masyarakat, seperti kehidupan kaum miskin di kota, kehidupan kaum berada, kehidupan nelayan dan seterusnya. Sering diertikan sebagai suatu sifat yang mengarah pada masa empati terhadap kehidupan manusia sehingga menimbulkan sifat tolong – menolong, membantu dari yang kuat kepada yang lemah, mengalah terhadap orang lain, sehingga sering dikatakan sebagai mempunyai jiwa sosial yang tinggi. Manakala menurut Ibnul Qayyim (2011) mengatakan juga mengenai maksud sosial adalah bidang sosial yang berkaitan dengan perlindungan keluarga yang terdiri daripada orang tua, anak-anak dan saudara-mara. Haris Abd. Wahad (2010) pula mengatakan sosial merupakan matlamat dan elemen teras kepada pembangunan sesebuah komuniti. Kesejahteraan sosial pula yang dicapai oleh sesuatu komuniti digambarkan oleh kedudukan atau keadaan sesuatu komuniti pada suatu masa tertentu. Kedudukan atau keadaan komuniti digambarkan pula oleh tahap dan taraf hidup individu, keluarga dan komuniti berkenaan. Mengikut Midgley (1995) kesejahteraan sosial sesuatu komuniti ditentukan oleh tiga aspek iaitu; pengurusan masalah sosial, memenuhi keperluan hidup dan peluang mobiliti sosial dalam masyarakat. Kewujudan ketiga-tiga elemen kesejahteraan sosial ini akan menyediakan masyarakat dengan keadaan persekitaran 2 https://ms.wikipedia.org/wiki/Sosial
109 yang selamat, kepuasan menyeluruh terhadap keperluan asas dan memaksimumkan peluang mobiliti sosial. Skidmore (1971) telah mendefinisikan kesejahteraan sosial sebagai usaha untuk merubah atau meningkatkan keadaan yang kesejahteraan sosial, baik dari segi fizikal, mental dan sosial. Kesejahteraan sosial juga merujuk kepada aktiviti menolong dan program sosial kerajaan untuk komuniti miskin (Weinberg, 1970). Menurut Philip Wexler sosial adalah sifat dasar dari setiap individu manusia. Menurut Keith Jacobs sosial adalah sesuatu yang dibangun dan terjadi dalam sebuah situasi komuniti. Jihad sosial adalah jihad yang berbentuk kepada kemasyarakatan pada masa kini seperti jihad tenaga, jihad ilmu, jihad harta serta lain – lainnya. Selain itu, dalam penulisan Najeemah Mohd Yusuf (2010) menyatakan terdapat 5 aras dalam mengkaji kehidupan sosial berdasarkan sosiologi seperti berikut; Masyarakat Menurut Ibn Khaldun (2009) menyatakan bahawa teori yang menegaskan masyarakat sebagai suatu organisme yang bersifat hidup, mempunyai potensi untuk berubah dan berkembang maju seandainya perancangan pembangunan yang rapid an tersusun dapat dilalukan. Masyarakat menurut pendapat Ralp Linton pula, adalah setiap kelompok manusia yang telah hidup dan bekerja sama cukup lama sehingga mereka dapat mengatur diri mereka dan mengganggap diri mereka sebagai suatu kesatuan sosial degan batas-batas yang telah dirumuskan dengan jelas. Manakala menurut Maclver, masyarakat adalah suatu sistem kuasa dari kebiasaan dan tata cara dan kerjasama antara pelbagai kelompok, pelbagai golongan dan pengawasan tingkah laku serta kebebasankebebasan individu (manusia). Keseluruhan yang selalu berubah inilah yang dinamakan dengan masyarakat. Masyarakat merupakan jalinan hubungan sosal dan masyarakat selalu berubah.
110 Organisasi Sekiranya dilihat dari sudut umum organisasi membawa maksud sekelompok orang (dua atau lebih) yang secara formal dipersatukan dalam suatu kerjasama untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan. Namun begitu, organisasi membawa tiga maksud yang berlainan mengikut tokoh-tokoh barat seperti berikut iaitu; 1. Organisasi Menurut Stoner Organisasi adalah suatu pola hubungan-hubungan yang melalui mana orang-orang di bawah pengarahan manajer mengejar tujuan bersama. 2. Organisasi Menurut James D. Mooney Organisasi adalah bentuk setiap perserikatan manusia untuk mencapai tujuan bersama. 3. Organisasi Menurut Chester I. Bernard Organisasi merupakan suatu sistem aktivitas kerja sama yang dilakukan oleh dua orang atau lebih. Institusi Institusi pula merupakan struktur atau mekanisma aturan dan kerjasama sosial yang mengawal perlakuan dua atau lebih individu. Institusi merupakan pola yang tertubuh untuk memenuhi pelbagai keperluan manusia, yang mempunyai tujuan dan menjangkau umur mana-mana individu, dan membuat serta menguatkuasakan undang-undang yang mengatur perlakuan manusia. Masalah sosial Menurut pendapat pakar yang ditulis oleh Ali (2015) pula mengatakan masalah sosial adalah suatu masalah yang berhubungan dengan nilai-nilai sosial dan lembaga-lembaga kemasyarakatan. Mengapakah ia dikatakan sebagai masalah sosial kerana ianya berkaitan dengan gejala-gejala yang mengganggu ketenteraman di dalam masyarakat. Oleh yang demikian masalah sosial mempunyai nilai-nilai sosial yang merangkumi segi moral, kerana untuk dapat mengklasifikasikan suatu persoalan sebagai masalah sosial
111 harus menggunakan penilaian sebagai tali pengukur. Masalah sosial juga adalah sesuatu yang merangkurni pelbagai tingkah laku negatif di dalam anggota masyarakat yang tidak memberikan faedah kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat, komuniti ataupun negara. Banyak faktor yang mendorong remaja pada masa kini terlibat dalam gejala sosial yang kurang sihat ini. Menurut Abd. Rahim (2006), penglibatan remaja dalam pelbagai gejala sosial berpunca daripada beberapa faktor, antaranya faktor dalaman diri remaja itu sendiri dari aspek perkembangan personaliti, kegagalan fungsi institusi keluarga dan juga pengaruh rakan sebaya. Interaksi Menurut pendapat pakar yang ditulis oleh Ali (2015) juga menyatakan dalam penulisannya mengenai interaksi yang menbawa maksud hubungan antara individu dengan individu lainya. Terdapat juga beberapa tokoh barat yang menyatakan mengenai interaksi iaitu menurut Shaw, pengertian interaksi ialah suatu pertukaran antara peribadi masing-masing yang menunjukkan orang dan perilakunya antara satu sama lain dan masing-masing mempunyai perilaku yang mempengaruhi antara satu sama lain. Thibaut dan Kelley juga mengemukakan pengertian interaksi adalah suatu peristiwa yang saling mempengaruhi antara satu sama lain ketika dua orang atau lebih ketika bersama, yang kemudian mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Pengertian interaksi menurut Chaplin pula ialah hubungan sosial antara beberapa individu yang bersifat alami yang mana individu-individu itu saling mempengaruhi antara satu sama lain secara bersama. Shaw juga mengemukakan bentuk-bentuk interaksi sebagai berikut. (1) Interaksi verbal merupakan salah satu bentuk interaksi yang terjadi apabila dua orang atau lebih melakukan hubungan komunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan alat-alat artikulasi. Proses tersebut terjadi dalam bentuk percakapan satu sama lain. (2) Interaksi fisik ialah salah satu bentuk interaksi yang terjadi jika ada dua orang atau lebih melakukan hubungan komunikasi dengan menggunakan bahasa-bahasa tubuh. Contoh interaksi ini : posisi tubuh, ekspresi wajah, gerak-gerik tubuh dan kontak mata.
112 (3) Interaksi emosional adalah salah satu bentuk interaksi yang terjadi jika individu melakukan hubungan komunikasi satu sama lain dengan melakukan curahan perasaan. Contoh interaksi ini : mengeluarkan air mata sebagai tanda sedang bersedih, haru atau bahkan terlalu bahagia. STRATEGI JIHAD DALAM MASYARAKAT MINORITI Di dunia, umat islam adalah minoriti. Daripada 6.5 Bilion manusia, umat islam membentuk sekitar 1.2 bilion jiwa, iaitu hampir seperlima umat manusia. Namun angka ini pun berdasarkan taksiran saja. 56 buah negara yang majoriti penduduknya adalah Islam juga adalah anggota Muktamar Islam, termasuk Brunei Darussalam, Indonesia dan juga Malaysia di Asia Tenggara. Minoriti Islam dinilai berdasarkan jumlah penduduk sesebuah negara, termasuk di rantau-rantau yang ‘baru’. Ini berlaku umumnya kerana perhijrahan umat Islam dari negara leluhur mereka demi mengelakkan kemiskinan, anianya politik atau sekadar mencari ‘hujan panas’ atau kehidupan lebih baik di rantau orang. Sekadar contoh, umat Islam membentuk penhganut menoriti terbesar di Amerika Utara. Iaitu sejutar tujuh juta jiwa (mengatsi menganut Yahudi). Minoriti Islam dikatakan membentuk 100 juta jiwa di India yang mempunyai hampir 1 bilion orang, tetapi ada dakwaan angkanya mungkin sekitar 80 juta jiwa. Tahap minoriti muslim Kajian mengenai penakatan di banyak negara menunjukkan ada yang lemah dan ada yang perkasa lagi dihormati. Walaubagaimana pun, keganasan itu bukanlah satu huraian untuk meningkatan taraf kehidupan, menuntut hak-hak serta menegakkan keadilan oleh umat minoriti. Malahan dengan menjadikan keganasan itu sebagai huraian untu apa-apa masalah sahaja boleh
113 memburukkan situasi dan keadaan. Akibatnya mereka akan lebih tertekan dan dimusuhi. Sebagai umat minoriti, kita harus berfikir berfikir secara bijak dan rasional. Hanya dengan formula ini sahaja akan kita dapat mencapai kejayaan yang hanya mantap serta mempelajari kejayaan majoriti, ciri-ciri pembangunan umat. Banyak contoh-contoh ketara yang boleh kita ambil untuk menegahkan bahawa umat moniriti itu boleh mencapai kejayaan. Minoriti Yahudi, Anglo Saxon, Cina, Jepun dan India berjaya di negara ‘tumpang’ mereka (adopted countries), menurut Joel Cotkin dalam buku terkenalnya, Tribes. Pokoknya mereka hendaklah mempunyai jiwa cemerlang untuk membangunkan diri menerusi pendidikan dan keusahawan serta tabah menyertai dan menyumbang kepada pembangunan negara. Sekadar contoh, minoriti Jepun terkenal kaya di Amerika Selatan dan ada yang menjadi ketua negara iaitu Presiden Peru, Alberto Fujimori. Menurut Dr Tariq Ramadan dalam buku terkenalnya,’ To Be A European Muslim’, penakatan minoriti umat Islam akan ditentukan akan ditentukan oleh faktor-faktor berikut : 1. Keselesaannya untuk hidup dan mengamalkan agamanya. 2. Ilmu dan keahlianya untuk membuat taksiran agama Islam agar dapat menyesuaikan diri dengan perubahan dan sentiasa berada dalam arus utama masyarakat. 3. Kemahiran, peranan dan sumbangannya kepada masyarakat agar kehadirannya dihargai atau diiktiraf. Meskipun seluruh Muslim diikat oleh tali akidah sebagai ummah, namun hujah Dr Tariq, yang utama ialah jati diri Muslim hendaklah kepada watannya. Ia harus tidak dikaitkan lagi dirinya dengan kesetiaan terhadap tanah leluhur (asalnya) sehingga sentiasa ‘terasing’ di negara tumpangannya. Sebaliknya ia harus berperanan dan menyertai majoriti bukan Islam dan majoriti bukan Islam untuk mewujudkan kehidupan harmoni.
114 Pengertian Tolenrasi Tolenrasi bermaksud mencari ‘ruangan bersama’ menerusi pengiktirafan kewujudan masing-masing, dialog dan pertukaran maklumat, kerjasama dan sikap tolong-monolong sewaktu senang dan susah. Umat Islam amat ditegah bertindak ganas. Malah ‘pengganasan’ bukan suatu istilah dalam kamus islam. Bahkan apa jua perkara yang merujuk kepada pengganasan seperti penindasan sehingga penjajahan amat dikutuk oleh islam. Ini terpapar dalam banyak ayat Quran. Menurut Shyekh Abdullah bin Bayyah, di mana jua umat Islam hendaklah berusaha mewujudkan suasana kesejahteraan. Konsep sejahteraan merupakan salah satu makna “Islam”. Untuk mencapainya, maka umat Islam digalakkan berinteraksi dengan yang bukan Islam menerusi dialog yang membina yang dipanggil jihad lisan dan tulisan ( jihad al-kalimah) : ‘….kita akan dapati bahawa pada waktu Baginda Rasulullah saw berada di Mekah sebelum melakukan hijrah, baginda tidak menuntut kuasa daripada pemerintah di sana. Baginda menyeru rakyat di sana untuk bertauhid pada jalan Allah. Baginda menyeru mereka untuk bersembahyang. Baginda menyeru mereka untuk meninggalkan syirik. Semua ini dikenali sebagai jihad lidah : jihad al-kalimah, ia bukanlah jihad pedang ataupun zaman sekarang yang menggunakan senjata, bahan kimia dan bom. Allah swt telah bersabda ‘Jaahidhum bihi jihad al-kabir.’ Jaahidhum bihi bermaksud untuk berjuang ke atas mereka dengan Al-Quran. Ia juga bermakna, “katakanlah ayat-ayat Al-Qur’an kepada mereka dan berjuanglah ke atas mereka dengan kata-kata yang benar,” inilah Jihad di Mekkah… Oleh kerana itu, jihad adalah semacam perbelanjaan usaha seseorang kepada kebaikan. Ia bermakna untuk sentiasa berbuat baik dan giat berusaha di dalam sebuah masyarakat untuk menghulurkan bantuan dari segi sosial mahupun kewangan supaya dapat merubahkan keadaan: jika mereka tidak baik, kita harus cuba untuk memperbaiki mereka. Ini boleh dilakukan tanpa peperangan dan kekerasan, dan ini juga adalah jihad. Memanglah salah untuk mereka mempunyai fikiran yang sempit tentang jihad dengan tafsiran yang kurang tepat yang hanya akan memberikan pemahaman bahawa jihad itu adalah perjuangan militari, iaitu bukan makna sebenarnya dari segi Islam.’
115 PENDEKATAN KESEJAHTERAAN SOSIAL Pendekatan Pembangunan Sosial Kesejahteraan sosial tidak boleh dipisahkan daripada perspektif pembangunan sosial. Pendekatan pembangunan sosial ini mempunyai hubungan secara langsung dengan pencapaian kesejahteraan sosial sesebuah komuniti. Ini disebabkan kesejahteraan sosial tidak berlaku secara langsung mengikut pembangunan ekonomi, tetapi terhasil daripada pembangunan sosial. Pembangunan sosial bukan sahaja memberi tumpuan terhadap aspek penyediaan barangan, perkhidmatan atau pemulihan tetapi ditumpukan juga kepada aspek yang lebih luas dalam komuniti dengan matlamat untuk membaiki dan meningkatkan kualiti hidup ahli komuniti berkenaan. Pendekatan Pentadbiran Sosial Kerajaan perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan dan pelaksanaan dasar sosial dan perkhidmatan sosial. Melalui strategi dasar sosial, kerajaan bertanggungjawab untuk mengambilkira setiap aspek masalah sosial yang berlaku dalam komuniti. Manakala melalui strategi perkhidmatan, kerajaan bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah sosial yang sedang berlaku dalam komuniti. Berdasarkan kepada strategi pentadbiran sosial, kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah sosial berlandaskan kepada undang-undang yang ada. Tindakan ini penting agar kerajaan mempunyai kekuatan dan pengesahan tentang penglibatannya dalam usaha mencapai kesejahteraan sosial. Penglibatan kerajaan ini perlu diurus secara profesional dalam semua aspek kesejahteraan sosial agar peningkatan kualiti hidup manusia tercapai. Selain itu, strategi pentadbiran sosial berusaha menentukan kesejahteraan sosial masyarakat dengan cara mengagihkan sumber berasaskan kepada kriteria keperluan. Oleh itu, setiap organisasi sosial tidak hanya bergantung kepada kerajaan sahaja dalam usaha mengagihkan sumber-sumber dalam masyarakat, tetapi juga turut bergantung kepada sektor swasta. Pendekatan Derma Sosial Pendekatan ini mempunyai hubungan dengan pemberian, kesukarelaan dan peranan pertubuhan bukan kerajaan dalam menyediakan barangan dan perkhidmatan sosial
116 persendirian kepada mereka yang memerlukan. Sikap tolong menolong sesama manusia ini selalunya wujud dan diamalkan melalui derma sosial. Sebagai satu pendekatan tradisi (berasaskan nilai dan ajaran agama), derma sosial dilakukan berasaskan kepada rasa kasih sayang sesama manusia, berbuat baik (amal jariah) dan bersumber ajaran agama. Pada peringkat awal perkembangannya, kegiatan derma sosial hanya dilakukan melalui kegiatan amal oleh individu kepada individu yang memerlukan. Kemudian kegiatan ini dilakukan oleh organisasi perkhidmatan khas seperti bantuan kepada golongan miskin, cacat atau orang tua. Pendekatan Kerja Sosial Kerja sosial merupakan seni, sains dan profesyen yang menggunakan kemahirankemahiran tertentu bagi membantu manusia menyelesaikan masalah peribadi, kumpulan dan komuniti bagi mencapai kesejahteraan sosial. Pendekatan ini menggunakan pengetahuan, teknik dan kemahiran hubungan kemanusiaan bagi membantu usaha-usaha memenuhi keperluan hidup manusia. Terdapat empat kaedah utama yang digunakan dalam pendekatan kerja sosial dalam usaha menjaga kesejahteraan sosial individu, keluarga dan masyarakat. Pertama, kaedah kerja kes. Tumpuan kerja kes ialah terhadap orang perseorangan secara individu. Andaian utama kaedah ini ialah masalah sosial merupakan masalah individu. Oleh itu, usaha-usaha perlu dilakukan terhadap individu berkenaan dan ahli keluarga mereka yang terlibat secara berasingan. Kepentingan kaedah kerja kes dalam membantu individu menyelesaikan masalah adalah berasaskan kepada teori Sosial Diagnosis yang dikemukakan oleh Mary Richmond pada tahun 1917. Beliau meminjam istilah diagnosis daripada terminologi perubatan dalam usaha memahami “orang di dalam situasi sosial”. Berikutan itu Richmond (1917) menjelaskan kerja kes sosial sebagai satu kaedah yang mempunyai tujuan untuk memperbaiki keadaan individu dan keluarga seorang demi seorang, berbeza dengan pembaikan mereka di dalam masa. Kedua, kaedah kerja kumpulan. Kaedah kerja kumpulan memberi tumpuan kepada aspek keupayaan manusia. Kaedah ini berasaskan kepada andaian bahawa manusia
117 mempunyai keperluan yang sama untuk melibatkan diri mereka dalam kehidupan kumpulan yang tidak dapat dipenuhi melalui masyarakat industri masa kini. Matlamatnya ialah untuk memberi rangsangan untuk berfikir, bergaul, bertukar pendapat dan pengalaman di kalangan ahli-ahli yang terlibat dalam kumpulan. Kaedah ini banyak diamalkan melalui aktiviti kumpulan rekreasi, kumpulan kemahiran rekreasi, kumpulan pendidikan, kumpulan sosialisasi, kumpulan sokongan, kumpulan theraputik dan kumpulan pertemuan. Ketiga, kaedah kerja komuniti. bahawa pekerja sosial percaya bahawa penduduk tempatan mesti melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam peningkatan kebajikan komuniti. Mereka mesti disedarkan mengenai keperluan sosial di dalam kawasan mereka dan digalakkan mengambil inisiatif untuk mengendalikannya. Oleh itu, bahawa kerja komuniti adalah proses menghasilkan dan mengekalkan penyesuaian di antara sumbersumber kebajikan sosial dan keperluan kebajikan sosial di dalam satu kawasan geografi atau bidang perkhidmatan yang khusus. Ini dapat dilakukan melalui penyesuaian keperluan manusia serta menyediakan cara-cara bagi membolehkan mereka mencapai segala keperluan itu melalui cara yang realistik dan demokrasi. INDIKATOR KESEJAHTERAAN SOSIAL Secara keseluruhannya, pendekatan-pendekatan kesejahteraan sosial di atas memberi tumpuan kepada tiga indikator utama dalam menjamin tahap kesejahteraan sosial sesebuah komuniti. Pengurusan Masalah Sosial Masalah sosial dapat ditafsirkan melalui keadaan-keadaan tertentu seperti kemiskinan, kebuluran, dan jenayah serta fenomena sosiobudaya yang menghalang masyarakat daripada mengecapi potensi maksima mereka dan ketidakseimbangan dalam masyarakat sehingga unit.
118 Berdasarkan kepada pendekatan pembangunan sosial, pengurusan dan kawalan masalah sosial perlu diteliti daripada aspek kemiskinan, jenayah dan keselamatan awam serta pengangguran. Ketiga-tiga aspek ini sering diberi tumpuan dalam kajian tentang kesejahteraan dan masalah sosial. Aspek kemiskinan boleh dinilai melalui keadaan kemiskinan, pola perbezaan antara golongan miskin dan kaya dan punca kemiskinan dalam sesebuah masyarakat. Aspek jenayah dan keselamatan awam boleh dinilai berdasarkan keadaan masalah jenayah secara keseluruhan, jenayah di kawasan tempat tinggal tertentu dan usahausaha kawalan keselamatan awam bagi menangani masalah jenayah. Aspek pengangguran pula boleh diteliti dari segi masalah pengangguran, kawalan terhadap pengangguran dan kesan pengangguran terhadap kehidupan keluarga. Kewujudan aspek-aspek masalah sosial ini akan menggambarkan secara langsung tentang keadaan fizikal komuniti dan keberkesanan pengurusan beberapa perkara asas yang mempengaruhi kehidupan seseorang. Memenuhi Keperluan Hidup Keperluan manusia merupakan barangan atau material atau keadaan fizikal tertentu yang mesti dimiliki manusia bagi membolehkan mereka menjalankan fungsi dan peranan fizikal, mental dan seksual mereka dengan berkesan. Memenuhi keperluan masyarakat terutamanya yang berkaitan dengan kemudahan asas merupakan aspek penting dalam menjamin kesejahteraan sosial mereka. Keperluan terhadap perkhidmatan merujuk kepada perkhidmatan yang mereka peroleh atau disediakan untuk mereka berbanding dengan perkhidmatan yang sepatutnya mereka peroleh atau disediakan untuk mereka. Memenuhi keperluan hidup boleh dinilai dari dua aspek, iaitu penyediaan perkhidmatan kesejahteraan sosial oleh institusi atau kerajaan dan kepuasan hidup bagi individu. Penyediaan perkhidmatan dan kemudahan oleh institusi atau kerajaan meliputi penjagaan orang tua, perumahan awam, kemudahan kesihatan awam, peluang pendidikan dan tanggungjawab keselamatan sosial. Manakala kepuasan hidup individu
119 pula boleh diteliti dari aspek jaminan pendapatan, persekitaran kerja, hubungan kejiranan, penjagaan kesihatan, ruang kehidupan peribadi, dan pemakanan komuniti. Peluang Mobiliti Sosial Kewujudan peluang mobiliti sosial merupakan satu lagi elemen penting kepada kesejahteraan sosial sesebuah komuniti. Kesejahteraan sosial wujud dalam komuniti yang mempunyai peluang sosial untuk orang ramai meningkatkan dan merealisasikan potensi mereka. Komuniti yang mempunyai halangan sosial tegar akan menghalang kemajuan dan dicirikan melalui tahap ketidakpuasan. Ketiadaan peluang mobiliti sosial merupakan sebab utama kepada ketidakadilan yang berlaku dalam komuniti. Mobiliti sosial boleh dinilai dari aspek perubahan kedudukan dalam sistem susun lapis ataupun proses pergerakan individu atau hubungan sosial dari satu strata atau susun lapis yang lain dalam satu stratifikasi sosial. Komuniti yang mengalami pembangunan sosial yang baik selalunya mempunyai sistem mobiliti sosial yang baik. Secara teorinya, memaksimumkan peluang mobiliti sosial bermula dengan kewujudan keadaan stratifikasi sosial. Mobiliti sosial boleh berlaku dari segi peningkatan taraf hidup, status sosial, dan pencapaian kemajuan oleh sekumpulan individu atau kelompok. Komuniti yang mengalami pembangunan sosial yang baik selalunya mempunyai sistem mobiliti sosial yang baik. (Haris Abd.Wahab 2010) KESIMPULAN Kesimpulan daripada jihad sosial ialah usaha untuk meningkatkan keadaan yang sejahtera di dalam konteks sosial sebagai salah satu usaha untuk merubah atau meningkatkan keadaan yang sejahteraan, baik dari segi fizikal, mental dan sosial. Selain itu, masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam pendekatan kesehjahteraan sosial bagi membangunkan masyarakat yang berkualiti dari sudut intektual, kerohanian dan keagamaan. Di samping itu, jihad sosial berperanan dalam kehidupan seharian seperti bersikap tolerasi sebagai lambang persaudaraan. Walaubagaimana pun, kita perlulah patuh
120 kepada pemimpin negara selagi mana ianya tidak melanggari syariat Islam supaya dapat mewujudkan kehidupan yang harmoni. Seterusnya, jika jihad sosial tidak memainkan perananya dengan baik, maka tidak dapat mambangunkan masyarakat yang berkualiti. Oleh itu, jihad sosial perlu di terapkan dalam diri semua individu agar dapat melahirkan masyarakat sejahtera dan harmoni.
121 BAHAGIAN SEMBILAN JIHAD PENDIDIKAN PENGENALAN Di dalam Al-Quran terdapat 121 ayat yang menyentuh persoalan memerangi orang kafir, perkataan-perkataan Bahasa Arab mungkin membawa pelbagai makna, tetapi dengan ketibaan Islam, beberapa perkataan Arab telah dihadkan maknanya kepada satu istilah sahaja iaitu istilah syariahnya. Dalam istilah bahasa, jihad datangnya dari perkataan `jahada' yang bermakna "menggunakan segala usaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu". Dengan istilah ini, kita mungkin berjihad ketika belajar dengan menghadapi peperiksaan. Tetapi "Jihad" dalam definisi syariah hanya boleh membawa satu makna iaitu "menentang orang kafir di medan pertempuran dan menghapuskan segala rintangan terhadap dakwah bagi menjadikan kalimah Allah (Islam) itu tinggi setinggi-tingginya". Justeru itu, pendidikan adalah setiap usaha, pengaruh, perlindungan dan bantuan yang diberikan kepada anak tertuju kepada pendewasaan anak itu, atau lebih tepat membantu anak agar cukup cakap melaksanakan tugas hidupnya sendiri. Manakala mengikut ahli-ahli pendidikan adalah: 1 ) Prof. H. Mahmud Yunus : Yang dimaksud pendidikan ialah suatu usaha yang dengan sengaja dipilih untuk mempengaruhi dan membantu anak yang bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, jasmani dan akhlak sehingga secara perlahan bisa mengantarkan anak kepada tujuan dan cita-citanya yang paling tinggi. Agar memperoleh
122 kehidupan yang bahagia dan apa yang dilakukanya dapat bermanfaat bagi dirinya sendiri, masyarakat, bangsa, negara dan agamanya. 2 ) Prof. Dr. John Dewey : Menurutnya pendidikan merupakan suatu proses pengalaman. Kerana kehidupan merupakan pertumbuhan, maka pendidikan bererti membantu pertumbuhan batin manusia tanpa dibatasi oleh usia. Proses pertumbuhan adalah proses penyesuaian pada setiap fasa dan menambah kecakapan dalam perkembangan seseorang melalui pendidikan. 3 ) M.J. Langeveld : Pendidikan merupakan upaya dalam membimbing manusia yang belum dewasa kearah kedewasaan. Pendidikan adalah suatu usaha dalam menolong anak untuk melakukan tugas-tugas hidupnya, agar mandiri dan bertanggung jawab secara susila. Pendidikan juga diertikan sebagai usaha untuk mencapai penentuan diri dan tanggung jawab. 4 ) Prof. Herman H. Horn : Beliau berpendapat bahwa pendidikan adalah suatu proses dari penyesuaian lebih tinggi bagi makhluk yang telah berkembang secara fisik dan mental yang bebas dan sadar kepada Tuhan seperti termanifestasikan dalam alam sekitar, intelektual, emosional dan kemahuan dari manusia. Oleh yang demikian, jihad pendidikan ini adalah salah satu daripada bahagian jihad dalam islam. Ianya sangat dituntut dalam islam untuk mengelakkan diri dari terjerumus di dalam api neraka. Jihad pendidikan juga dapat dikaitkan dengan bimbingan yang diberikan kepada anak dalam masa pertumbuhan dan perkembangannya untuk mencapai tingkat kedewasaan dan bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan, membentuk karakter diri, dan mengarahkan anak untuk menjadi peribadi yang lebih baik. Dalam pandangan Islam, jihad pendidikan itu dianggap sebagai satu aspek yang suci dan mempunyai martabat yang tersendiri sebagai inti pati pembangunan modal insan. Jihad
123 pendidikan diibaratkan seperti sebuah barangan emas yang sangat berharga bagi kehidupan pemiliknya. Melalui jihad pendidkan, ilmu pengetahuan yang diperoleh diibaratkan lampu atau cahaya. Ini membawa maksud tidak dapat seseorang berjalan di malam yang gelap, kecuali dengan bantuan cahaya lampu. Dan jikalau ia diibaratkan dalam realiti sekarang, ia seperti seseorang yang membezakan perbuatan yang baik dengan yang buruk hanya dengan ilmu pengetahuan yang dipelajari. CIRI-CIRI JIHAD PENDIDIKAN: Jihad Pendidikan yang hendak diperjuangkan hendaklah mempunyai ciri-ciri yang jelas dan mestilah mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh syara’. Diantara ciri-ciri yang benar dan perlu ada di dalam jihad pendidikan ialah :- MATLAMAT HENDAKLAH KERANA ALLAH S.W.T DAN RASUL SEMATA-MATA Segala tindakan dan pelakuan yang dilakukan di atas nama jihad hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah dan Rasulnya . Justeru itu, segala tindakan yang matlamatnya selain dari itu tidak boleh dikatakan jihad. Malahan kalimah jihad seringkali dikaitkan dengan “Iman kepada Allah dan Rasulnya” yang menguatkan lagi bahawa segala tindakan atau pelakuan yang dilakukan di bawah kalimah jihad hendaklah semata-mata kerana Allah dan Rasulnya. Ikhlas kerana Allah dan Rasul adalah roh segala ibadah maka ibadah jihad sekiranya dilakukan keranaNya akan menjadi satu ibadah yang amat besar. Seorang pelajar yang belajar menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh dengan niat ikhlas kerana Allah S.W.T untuk memperbaiki hidup diri dan keluarganya bolehlah dikatakan sedang berjihad dan menjadi satu ibadah serta mendapat keredhaan dan kerahmatan daripada Allah S.W.T. Apabila setiap tindakan dan pelakuan yang dilakukan di atas dasar kerana Allah S.W.T dan Rasulnya sudah pasti ianya dilakukan dengan mengikut ketetapan dan hukumhukum yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Ibadah jihad pendidikan yang dilakukan
124 akan bergerak dan berada di landasan yang benar dan akan mendapat pertolongan daripada Allah S.W.T. Mencurahkan Daya dan Tenaga Kekuatan Setiap jihad yang hendak dilaksanakan hendaklah memerlukan kepada usaha yang memerlukan kepada curahan daya tenaga dan kekuatan demi mencapai matlamat dan cita-cita islam , mendapat keredhaan, keampunan dan kerahmatan Allah S.W.T. Tidak dapat dinafikan sudah pasti setiap perkara kebaikan yang hendak dilakukan sudah pasti akan menempuh pelbagai halangan, cubaan dan juga dugaan yang sudah pasti memerlukan kepada kekuatan hati, jiwa dan juga fizikal bagi menghadapinya. Contohnya, pelajar-pelajar yang sedang berjihad dengan jihad ilmu hendaklah sentiasa bersedia mencurahkan segenap daya dan tenaga mereka dengan bersungguh-sungguh di dalam menuntut ilmu yang dicari. Sudah pasti pelbagai pengorbanan yang terpaksa dilakukan samada dari segi pengorbanan harta benda, wang ringgit, tenaga, waktu, fikiran, melawan nafsu dan sebagainya. Setiap jihad memerlukan pengorbanan kerana terpaksa menempuh pelbagai halangan dan terpaksa bersusah payah untuk mencapai cita-cita yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Kejayaan yang dicapai dengan pengorbanan akan lebih besar erti dan nilainya daripada tanpa pengorbanan. Berjihad bererti kita berjuang dengan cara mengorbankan apa-apa yang ada pada diri kita tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada makhluk lain tetapi hanya mengharapkan balasan daripada Allah S.W.T sahaja semata-mata. Tidak Bersalahan dengan Nas-Nas Al-Quran dan Sunnah Jihad yang hendak dilaksanakan hendaklah mengikuti dan tidak menyalahi dengan apa yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan juga Al-Sunnah. Sekiranya perlaksanaan jihad tersebut mempunyai unsur-unsur yang bertentangan maka ianya tidak boleh dikatakan
125 sebagai jihad yang sebenar iaitu jihad yang dituntut oleh islam. Walau apa pun alasan yang diberikan sekiranya ianya adalah bersalahan dengan Al-Quran dan Sunnah maka kalimah jihad yang digunakan adalah tidak benar dan perjuangan yang dilakukan adalah sia-sia malahan akan mendapat balasan azab daripada Allah S.W.T. PEMBAHAGIAN JIHAD PENDIDIKAN Jihad Ilmu daripada Perspektif Pendidikan Islam: Dari segi bahasa ilmu berasal daripada perkataan arab membawa maksud mengetahui tentang sesuatu dengan sebenar-benarnya. Dari segi istilah pula Al-Ghazali (2003) mendefinisikan ilmu sebagai suatu kepastian secara menyeluruh di mana untuk sampai kepada ilmu yang pasti mestilah melalui pengalaman secara langsung. Plato pula mendefinisikan sebagai “suatu pemindahan roh atau jiwa dari kegelapan kepada cahaya”. Syed Naquib al-Attas (2001) juga menjelaskan konsep ilmu sebagai “Suatu kebenaran yang sampai ke dalam roh atau menerusi roh atau jiwa manusia”. Manakala (Noor Hisham 2010) mendefinisikan ilmu sebagai satu penghasilan yang menyeluruh secara tersusun atau himpunan segala masalah dan prinsip dalam satu kesatuan disiplin ilmu seperti ilmu kalam (theology), ilmu tatabahasa, geologi, astronomi dan arkeologi dan juga pencapaian sesuatu hakikat atau disebut sebagai ilmu yaqin. Berdasarkan kepada definisi ilmu dan pendekatan kesepaduan ilmu yang dikemukakan oleh para ilmuan maka ilmu dapat dirumuskan sebagai maklumat yang benar dan memberi makna. Dan dalam konteks jihad melalui ilmu ia membawa maksud ilmu tersebut membawa pemiliknya kepada pengenalan dan pengakuan tentang kedudukan yang tepat bagi Allah selaku Pemilik dan Pentadbir alam, kedudukan diri sendiri selaku hamba dan khalifahNya serta kedudukan makhluk Allah yang lain dengan peranan dan fungsinya yang tersendiri (Al-Attas 2001). Kenyataan ini turut disokong oleh Wan Mohd Nor (1998) dimana Ilmu yang benar bukan sekadar diisi ke dalam akal fikiran tetapi juga dalam hati nurani manusia sehingga ilmu tersebut dapat dizahirkan dengan amalan praktikal melalui tingkah laku yang beradab
126 dan berakhlak. Pemahaman terhadap makna memerlukan guru yang berautoriti. Autoriti yang paling tinggi adalah al-Quran dan Nabi Muhammad. Seterusnya adalah para sahabat, para ilmuan yang benar-benar mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w., memiliki pengetahuan, kebijaksanaan dan pengalaman spiritual serta selalu mengamalkan agamanya pada tingkatan ihsan. Dapatlah disimpulkan bahawa jihad ilmu pengetahuan ialah salah satu alat terpenting yang amat berkesan dalam kehidupan manusia bagi mencapai kebahagian hidup di dunia dan di akhirat yang mana matlamat akhirnya adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T dalam bentuk penghambaan insan yang sejati. (Abdullah 1995). Konsep Jihad melalui Ilmu dalam Pembangunan Pendidikan Umat Islam: Penekanan terhadap pendidikan anak-anak khususnya pendidikan bagi umat Islam supaya hidup dengan nilai-nilai kebaikan, spiritual, dan moral semakin dilupai oleh umat Islam pada masa kini. Keadaan ini menyebabkan, umat Islam tidak menguasai dan memahami dengan sebenar-benarnya ajaran Islam. Kebanyakan institusi pendidikan pada masa kini sama ada pendidikan awal atau institusi pengajian tinggi hanya berusaha untuk melahirkan individu pragmatis yang bekerja untuk meraih kejayaan material dan profesions sosial yang akan memakmurkan diri, masyarakat dan Negara tanpa berhubung rapat dengan kehidupan selepas mati. Memang tidak dinafikan, institusi pendidikan sebegini sememangnya berjaya melahirkan individu yang dapat memberi produktiviti kepada Negara dari segi material namun kebanyakannya tidak mempunyai adab-adab yang tinggi terhadap penciptanya dan makluk lain. Keadaan ini disebabkan pendidikan pada waktu kini telah dipengaruhi oleh sistem pendidikan sekular yang hanya menekan pendidikan duniawi semata- mata manakala pendidikan ukhrawi (pendidikan agama) diabaikan. Sebenarnya, agama islam memiliki tujuan yang lebih komprehensif jika dibandingkan dengan sistem pendidikan sekular yang semata mata menghasilkan para anak didik yang memiliki paradigma yang pragmatis. Islam sebenarnya tidak melarang umatnya menuntut ilmu duniawi tetapi
127 jangan terlalu mengejar ilmu tersebut sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka untuk menuntut ilmu fardu ain iaitu ilmu agama. Sepatutnya, ilmu-ilmu lain perlu dimasukkan unsur-unsur Islam dalam setiap bidang ilmu pengetahuan seperti penerapan pendidikan Sains berlandaskan wahyu Allah iaitu Quran dan As-Sunnah. Begitu juga dengan ilmu-ilmu yang lain seperti geografi, matematik, ekonomi dan sebagainya dengan kata lain setiap ilmu yang dipelajari perlu dikaitkan dengan kebesaran Allah, menjadi bukti kebenaran agama Islam seterusnya meningkatkan keimanan dan keyakinan umat islam terhadap ajaran agama. Maka inilah jihad dalam pendidikan yang dituntut dalam Islam pada waktu ini iaitu dengan melakukan perubahan dalam kurikulum di setiap negara yang mengunakan pendidikan sekular-liberal yang menyaksikan kepada kita ketidakberkesanan sistem pendidikan tersebut. Dengan perubahan kurikulum, lingkungan belajar yang deeni kemantapan misi, visi dan tujuan pendidikan dalam Islam, maka institusi-institusi pendidikan islam dapat membentuk individu yang benar-benar memahami dan menghayati prisip-prinsip dalam Islam dalam kehidupan mereka. Menurut Ghazali (1996) seseorang yang sanggup menerima kesusahan dan jangan bosan dalam meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu akan memperoleh kejayaan dalam kehidupannya. Awang Sariyan (2009) turut menyatakan bahawa Pendidikan Islam juga akhirnya dapat melahirkan individu yang menyedari tanggungjawabnya terhadap pencipta dan melaksanakan kewajipannya terhadap diri masyarakat dan Negara. Pendidikan merupakan proses kehidupan manusia yang sama tuanya dengan kewujudan manusia itu sendiri. Dengan kata-kata lain, pendidikan wujud bersama-sama dengan wujudnya manusia itu sendiri, baik manusia sebagai individu mahupun manusia sebagai masyarakat. Oleh itu konsep pendidikan tidak berkaitan dengan kehidupan makhluk haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan benda. Hal ini sesuai pula dengan peranan dan tanggungjawab manusia melaksanakan amanah yang diberikan oleh Allah, iaitu sebagai khalifah Allah di muka bumi. PANDANGAN ISLAM TERHADAP JIHAD MELALUI ILMU:
128 Agama Islam amat memandang tinggi kepada kesepaduan di antara jihad dan ilmu. Melalui jihad ilmu, manusia diminta untuk mencari ilmu pengetahuan yang diredhai oleh Allah dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Islam juga menghendaki umatnya untuk memiliki ilmu pengetahuan, baik ilmu pengetahuan agama maupun ilmu pengetahuan umum. Dalam pandangan Islam, jihad ilmu itu dianggap sebagai satu aspek yang suci dan mempunyai martabat yang tersendiri sebagai inti pati pembangunan modal insan. Jihad ilmu diibaratkan seperti sebuah barangan emas yang sangat berharga bagi kehidupan pemiliknya. Melalui jihad ilmu, ilmu pengetahuan yang diperoleh diibaratkan lampu atau cahaya. Ini membawa maksud tidak dapat seseorang berjalan di malam yang gelap, kecuali dengan bantuan cahaya lampu. Dan jikalau ia diibaratkan dalam realiti sekarang, ia seperti seseorang yang membezakan perbuatan yang baik dengan yang buruk hanya dengan ilmu pengetahuan yang dipelajari. Jihad ilmu juga telah dibuktikan melalui tinggalan sejarah rasulullah S.A.W. Ini dapat difahamkan bahawa baginda menganjurkan pencarian ilmu bukan sahaja terhad dalam lingkungan kehidupan manusia itu sendiri malahan digalakkan meneroka penerokaan ilmu pengetahinan melalui jihad ilmu walaupun usaha untuk mendapatkan ilmu pengetahuan adalah jauh daripada negeri yang didiami. Ilmu itu amatlah luas. Jika dipelajari tidak pernah akan selesai. Selama bumi masih berputar, selama hayat di kandung badan, selama itu pula manusia memerlukan ilmu pengetahuan. Agama Islam tidak hanya mewajibkan seseorang itu dalam menuntut ilmu, tetapi menghendaki juga agar seseorang itu secara terus-menerus melakukan usaha pencarian untuk belajar atau lebih tepat dikenali sebagai proses jihad ilmu. Manusia hidup di dunia perlu senantiasa menyesuaikan dengan alam, dan perkembangan zaman terus berkembang, maka manusia akan tertinggal oleh zaman, sehingga tidak dapat hidup layak sesuai dengan tuntutan zaman. Ilmu dunia yang terlalu luas ini memungkinkan manusia tersesat. Oleh karena itu, perlu diimbangi dengan ilmu agama untuk memilih dan memilih mana yang baik dan yang benar, untuk mengetahui mana yang haram dan mana yang halal. Maka oleh itu, dalam cita-cita untuk melahirkan modal
129 insan dengan berasaskan jihad ilmu pengetahuan maka tidak dapat tidak jadikanlah alQuran dan al-Sunnah sebagai sumber atau dasar dalam menentukan apa jua tindakan yang diambil. Allah S.W.T menyuruh manusia untuk menuntut ilmu pengetahuan dengan menggalakkan berlakunya jihad dalam konteks pencarian ilmu. Pencarian ilmu pula tidak hanya terhad ilmu agama sahaja, tetapi juga ilmu-ilmu yang lain seperti ilmu alam, ilmu, ilmu-ilmu sosial dan budaya serta teknologi dan lain lain. Kesemua ini jikalau berjaya diadaptasikan dalam kehidupan seseorang manusia maka akan pasti melahirkan asas modal Insan yang di kehendaki oleh tuntutan ini. Ilmu agama seperti Ilmu tauhid, ilmu tafsir, ilmu hadits, serta ilmu akhlak membolehkan manusia dapat memahami agama Islam dengan benar dan meyakininya, mengamalkannya dengan ikhlas, berakhlak mulia dan perbuatan-perbuatan baik lainnya. Dengan demikian, apabila di suatu masyarakat yang penduduknya memiliki pengetahuan agama yang baik, maka biasanya suasana pada masyarakat yang demikian itu aman dan tenteram. Manakala ilmu pengetahuan umum yang berhubungan dengan masalahmasalah keduniaan juga manfaatnya bagi masyarakat tidak berbeda dengan manfaat ilmu agama, asalkan digunakan sejalan dengan tuntunan agama. Manusia dengan akalnya diberikan oleh Allah kemampuan untuk menyerap sejumlah ilmu pengetahuan, walaupun hanya sedikit saja dibandingkan dengan kesempurnaan ilmu Allah, akan tetapi tetap harus berpegang kepada kebenaran untuk mencari keredhaan Allah SWT. Sebaliknya, menurut Al-Qaradawi, tidak semua jihad termasuk kategori fisabilillah. Ini tidak termasuk perang yang tujuannya bukan semata-mata ingin menegakkan syariat Allah atau membela agama Allah. Contohnya, jihad yang bertujuan membela kesukuan, kebangsaan, kepentingan organisasi, parti politik tertentu atau memelihara kedudukan para ahli politik agar kekuasaan atau kedudukan mereka terjamin. Yusuf al-Qaradawi (t.t) memberikan beberapa contoh bentuk jihad yang bukan bersifat peperangan yang boleh dilakukan umat Islam dalam membangunkan modal insan, antaranya:
130 1. Membangun pusat-pusat dakwah (al-Markaz Al-Islami) yang berpaksikan program dakwah Islam dan menyampaikan risalah Islam kepada non muslim di seluruh pelusuk dunia. 2. Menubuhkan pusat-pusat dakwah (al-Markaz Al-Islami) di negeri Islam itu sendiri yang membimbing para pemuda Islam kepada ajaran Islam yang benar serta melindungi mereka dari pengaruh ateisme, kecelaruan akidah, keruntuhan akhlak serta menyiapkan mereka untuk menjadi pembela Islam dan melawan para musuh Islam adalah jihad fi sabilillah. 3. Menulis dan menerbitkanpenulisan tentang Islam untuk menangkis dakyah-dakyah penulisan daripada pihak anti Islam dan menyebarkan tulisan yang boleh membongkarkan kebohongan dan keraguan yang ditimbulkan oleh para musuh Islam serta mengajarkan agama Islam kepada para pemeluknya adalah jihad fi sabilillah. 4. Membantu para da'i muslim yang menghadapi kekuatan musuh Islam di mana kekuatan itu dibantu oleh para thaghut dan orang-orang murtad juga merupakan jihad fi sabilillah. Dapatlah disimpulkan bahawa dengan mengamalkan ilmu yang dipelajari dengan bersungguh-sungguh dapat memanafaatkan dirinya dan orang lain. Berbeza dengan ajaran daripada barat yang hanya memberikan penekanan pada penguasaan pengetahuan tanpa ada kewajiban untuk menerapkannya dalam kehidupan. CADANGAN MENINGKATKAN JIHAD ILMU KE ARAH PEMBENTUKAN MODAL INSAN: Mustafa (2009) dalam mewujudkan modal insan yang berteraskan jihad ilmu, Islam telah meletakkan ilmu sebagai suatu tuntutan yang wajib dipelajari oleh kaum lelaki dan wanita. Oleh itu penyataan ini membawa maksud ilmu merupakan suluh hidup dan orang yang bersungguh-sungguh menguasai ilmu pengetahuan akan dapat menemui jalan
131 kemajuan dan melakukan perubahan dalam hidupnya.Antara cadangan-cadangan yang boleh membentuk modal insan melalui jihad ilmu ialah: Meningkatkan Takwa: Untuk meningkatkan jihad ilmu,takwa adalah bekalan yang paling baik dan merupakan satu-satunya bekalan yang mampu menghasilkan modal insan yang menepati ciri-ciri yang digariskan oleh agama Islam. Takwa tidak akan berhasil tanpa islam dan islam tidak akan berhasil tanpa iman yang mentauhidkan Allah S.W.T Nabi Muhammad S.A.W telah berkorban jiwa untuk memandu umat islam menjadi umat yang terbaik, hebat dan dibina atas dasar ketakwaan dan bersumberkan ilmu pengetahuan yang merupakan tuntutan agama. Dengan meningkatkan sifat kehambaan dan ketakwaan dalam melakukan jihad ilmu, nescaya kelahiran ummah yang di penuhi dengan sifat-sifat mulia dan terpuji akan mampu diwujudkan demi membangunkan intipati modal insan mengikut acuan agama Islam. Berjihad dengan Perubahan: Jihad ilmu bermaksud berusaha bersungguh-sungguh untuk berkorban segala usaha dan tenaga demi meningkatkan ilmu pengetahuan yang dimiliki dan sentiasa berazam menjadikan menuntut ilmu sebagai amalan dalam kehidupan. Tajdid melakukan perubahan dalam kehidupan daripada keadaan yang sedia ada kepada yang lebih baik. Umat islam masa kini perlu berjihad mencari ilmu demi mendirikan sebuah masyarakat dan negara islam yang utuh. Kita perlu mengubah sikap dan melakukan tajdid untuk meningkatkan ilmu pengetahuan yang sedia ada sama ada ilmu fardu ain atau kifayah yang merupakan satu keperluan umat islam masa kini dalam mengharungi kehidupan yang kian mencabar ini. kita mestilah berusaha untuk mengembalikan kegemilangan dan penguasaan ilmu dan teknologi yang menjadi milik kita suatu masa dahulu, tetapi kini telah didominasi oleh kuasa barat. sehubungan itu, jihad ilmu merupakan perkara yang dianjurkan oleh islam. Sesungguhnya keagungan tamadun islam zaman lampau perpunca daripada perkembangan ilmu pengetahuan serta penerokaan terhadap ilmu-ilmu yang baru.Sesungguhnya menuntut ilmu itu menjadi satu kewajipan ke atas setiap individu muslim sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Menuntut ilmu itu suatu kewajipan kepada setiap orang Islam.”(Bukhari dan Muslim).
132 Meningkatkan Ilmu Pengetahuan: Asming et.al (2006) mendapati antara langkah penting kearah pembinaan modal insan cemerlang adalah melalui penerapan budaya suka membaca dalam diri individu dan masyarakat.Keilmuan yang tinggi mampu mengangkat darjat modal insan dan mengeluarkannya dari kepompong kejahilan. Penghayatan terhadap budaya ilmu merupakan asas kepada pembangunan masyarakat yang „celik akal‟. Masyarakat yang celik akal ini.mampu membentuk tamadun yang agung seperti tamadun Islam, Greek, Parsi dan China (Mohd Azhar 2006). Para ibu bapa juga disarankan agar menitikberatkan pendidikan terhadap anak-anak dan menyemai sikap cinta akan ilmu kerana anak-anak merupakan modal insan kepada generasi masa hadapan kelak. kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Di samping itu, mencontohi dan mengikuti kesungguhan para ilmuan islam yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan ilmu dalam agama islam juga dapat mendidik diri kita agar sentiasa berusaha memajukan diri dengan meningkatkan ilmu pengetahuan dan berjihad menuntut ilmu. Hal ini kerana ilmu tidak datang bergolek tetapi dicari dengan kaedah tertentu. Sebagai kesimpulannya, tuntutan jihad ilmu dalam membangunkan pembangunan modal insan adalah merupakan aspek yang amat penting dalam meningkatkan kualiti sumber manusia kearah kemajuan negara.Hal demikian ini kerana modal insan yang dibangunkan berasaskan kepada kerangka Islam dapat menjamin kejayaan dan keutuhan sesebuah Negara dalam membina keutuhan sebuah Negara yang berdaulat dan mendapat nikmat keredhaan Allah S.W.T. Melalui Latihan Amali dan Amalan-amalan Rohani: Berjihad dalam mendapatkan ilmu pengetahuan tidak hanya melalui penjelasan mengenai nilai-nilai tersebut kepada masyarakat di mana mereka boleh memilih dan menghargai nilai-nilai tersebut tetapi juga jihad ilmu dalam membentuk modal insan boleh dibuat berdasarkan latih tubi, perlaksanaan atau penghayatan yang berterusan umpamanya. Walaupun di peringkat awal ia dilaksanakan kerana arahan atau tekanan dari luar, namun lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan dan tabiat. Manusia sememangnya berupaya memperolehi akhlak atau sifat yang mulia melalui pendekatan
133 ini. Seandainya sembahyang boleh dibiasakan sejak dari kecil, maka puasa, zikir dan tilawatul Qur'an pun boleh diamalkan sejak dari kecil dan secara berterusan; sehingga menjadi amalan yang lazim dan budaya hidup. Amalan amalan ini pastinya lambat-laun akan menjadi adat atau kebiasaan seseorang. Abdul Hafiz et.al (2006) akhlak merupakan ajaran asas agama Islam sehingga Rasulullah s.a.w. mendefinisikan agama itu dengan akhlak yang baik. Meletakkan Diri dalam Lingkungan Persekitaran yang Soleh: Persekitaran sosial dan budaya kerap mempengaruhi manusia. Persekitaran tersebut merangkum tradisi, model tingkah-laku dan saranan serta rangsangan yang bersifat akhlak. Manusia memang sering terpengaruh kepada persekitarannya dengan cara meniru serta mencontohi ikutan yang disanjungi oleh mereka. Kewujudan seseorang dalam lingkungan masyarakat yang baik serta soleh sudah tentu akan menyebabkan ia dengan amalan dan etika yang dihayati oleh kumpulan tersebut. Ia akan berusaha melaksanakan sesuatu yang disanjungi oleh masyarakatnya. Sebaliknya, perbuatan yang dianggap keji oleh lingkungannya, ia akan berusaha sedaya upaya untuk menghindarinya. Ini bersesuaian dengan Adnan dan Ariffin (2008) yang menyatakan kehadiran insan ke dunia adalah untuk mentauhidkan dan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah S.W.T. Masyarakat yang buruk ialah masyarakat yang tidak melaksanakan syariat Allah. Mereka menguatkuasakan peraturan dan undang-undang ciptaan manusia yang menyimpang dari jalan Allah yang lurus. Dengan demikian, warganya sudah pasti akan berkembang di dalam masalah sosial yang tidak sihat. Mereka akan terpengaruh dengan gejala-gejala kejahatan yang berkembang pesat dalam masyarakat yang dilanda oleh fenomena moral berkenaan. Melalui Qudwah Hasanah (Ikutan yang Baik): Manusia juga dipengaruhi oleh idolanya. Idola tersebut kerap menjadi role model dalam kehidupan mereka. Manusia yang berperanan menjadi role model tersebut antara lain ialah tokoh politik, artis, seniman, atlit sukan, ibu bapa, guru dan sebagainya. Meskipun Rasulullah adalah qudwah yang paling ideal bagi umat Islam, namun penghayatan nilainilai yang dibawa oleh Rasulullah hendaklah dipaparkan oleh golongan idola berkenaan.
134 Kamal (1996) mereka sewajarnya sentiasa berusaha menunjukkan contoh dan teladan yang terpuji agar dapat ditiru oleh generasi muda. Menyerap Tekanan Sosial dari Masyarakat Islam: Antara mekanisme yang digunakan oleh Islam dalam membentuk penganutnya dalam melakukan jihad ilmu serta memastikan mereka melaksanakan tata kelakuan berakhlak ialah wujudnya komuniti sosial yang komited dengan dasar dan prinsip-prinsip Islam. Masyarakat Islam yang mempunyai impak yang besar dan pengaruh yang kuat dalam memaksa individu mengamalkan atau menurut nilai dan norma-norma akhlak. Mereka boleh melaksanakan tekanan moral yang berkesan untuk mendisplinkan golongan yang berkecenderungan untuk melakukan kejahatan. Manusia memang suka dipuji, dihormati dan di sanjung. Manusia juga takut dikeji dan dicemuh oleh kumpulan di mana ia mempunyai sense of belonging kepada mereka. Faktor-faktor tersebut adalah anak kunci yang sedikit sebanyak menentukan tindak-tanduk seseorang. Masyarakat Islam yang aktif boleh berperanan menyuburkan semangat dan amalan hidup berakhlak. Ia juga boleh membendung trend-trend kufur dan maksiat dalam masyarakat melalui perlaksanaan amal mak'ruf dan nahi mungkar. Apabila masyarakat kehilangan keprihatinannya terhadap kewajipan menegakkan makruf dan mencegah yang mungkar, maka bermulalah proses penghakisan moral, akhlak dan martabat umat berkenaan. Melalui keazaman yang padu untuk memajukan diri sendiri dengan meningkatkan ilmu pengetahuan dan berjihad untuk melawan sifat-sifat mazmumah (negatif) akan mendapat keredhaan Allah dan rasulNya. Melalui Kuasa-kuasa Negara Islam melalui Sistem Keadilan dan Galakannya: Tuntutan dalam melakukan jihad ilmu dan nilai-nilainya tidak akan bermaya tanpa digandingi oleh kuasa atau autoriti yang menguatkuasakan nilai-nilai tersebut. Oleh kerana itu, antara tanggungjawab negara Islam ialah mewujudkan mekanisme dan jentera-jentera pentadbiran yang dapat beroperasi untuk memastikan ketertiban serta penghayatan kaedah-kaedah jihad ilmu dalam masyarakat. Jika negara tidak melaksanakan amanah ini kerana ia tidak berlandaskan sistem perlembagaan dan undang-undang Islam sudah pasti keadaan akhlak umat akan lebih parah dan malang.Melalui puluhan kementerian, badan-badan berkanun, agensi-agensi kerajaan
135 akhlak akan digugat dan dihakis. Amalan pemerintahan yang tidak adil menjanjikan kemusnahan bukan hanya dalam bidang jihad ilmu tetapi juga dalam semua hal. Ini menyebabkan pembangunan modal insan tidak akan dapat dibentuk malahan dapat dicapai. Melalui Peranan Media Massa: Media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian modal insan. Ia merupakan agen sosialisasi dan memainkan peranan penting di dalam menanam dan menggalakkan amalan-amalan jihad ilmu di dalam masyarakat. Media massa mampu mencorakkan hati budi, mentaliti dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24 jam. Media massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme, budaya komersial yang melampau, faham kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berpoya-poya. Media massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras dengan nilai-nilai akhlak Islam. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan rasa akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan nilai-nilai luhur seperti kebenaran, kejujuran dan sebagainya. Para pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti ibubapa, guru, pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam mengarah, membimbing, meningkatkan rasionaliti, kematangan dan kewaspadaan serta keupayaan memilih siaran yang lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh anak-anak atau orang-orang yang di bawah jagaan mereka. Media massa juga sebenarnya boleh menjadi wahana "cultural domination dan imperialisme" melalui berbagai saluran teknologi maklumat yang canggih seperti internet, multimedia dan sebagainya. Melalui peranan yang dimainkan oleh pihak media massa dengan cara yang betul, pembangunan modal insan akan dapat dilahirkan dalam masyarakat. Ini bukan sahaja dapat membangunkan jati diri individu yang dipenuhi sifat-sifat mulia malahan turut menghasilkan produktiviti yang berkualiti dalam masyarakat itu sendiri.
136 Melalui Peranan Pusat-pusat Pengajian: Sekolah mempunyai fungsi yang tersendiri dalam mendidik generasi baru yang berilmu pengetahuan dengan berasaskan perubahan pencarian maklumat yang berteraskan jihad ilmu di dalam Islam. Antara fungsi sekolah dalam melakukan perubahan jihad ilmu ke arah meningkatkan modal insan ialah: 1. Menggandakan keberkesanan institusi pendidikan, menambahkan produktivitinya, meningkatkan kewibawaannya di kalangan setiap anggotanya baik mereka itu pelajar atau petugas. 2. Memperbaiki suasana persekolahan, mendaulatkan undang-undang atau peraturan Islam khasnya yang berkaitan dengan persekolahan, memperbaiki hubungan antara sesama anggota sekolah atau institusi. 3 Memancangkan dengan teguh akan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik seperti ketaatan atas dasar kesedaran menghormati peraturan dan pihak yang berwewenang, menjaga perasaan orang lain, menjaga standard layanan dalam berinteraksi, berkorban untuk kepentingan ramai, bekerjasama, melakukan self criticism, mengawal diri, menghargai ilmu, menghormati ulama'. KESIMPULAN Tiada jalan yang singkat untuk masyarakat Islam mencapai kemajuan khusunya dalam pembangunan modal insan melainkan mempunyai persiapan rapi dan kukuh dalam membangunkan modal insan. Sidek (2011) pendidikan yang diperolehi melalui proses tajdid ilmu dalam mengadabkan insan menerusi pendekatan integratif dalam pengajaran dan pembelajaran akan menghasilkan modal insan yang holistik selari dengan asas tasauf atau worldview yang betul iaitu menghasilkan insan yang seimbang dan harmoni. Islam didasari dengan ilmu. Tidak ada satu pun permasalahan kecuali diajar dalam agama Islam bagi mereka yang mahu menggunakan akal dan menuntut ilmu. Hanya dengan ilmulah kita dapat memartabatkan umat Islam dan menjaga kemuliaan Islam, yang kini dimanamana pun umat Islam diperkotak-katikkan dan kesucian agama Islam diperlekehkan. Kesimpulannya, gagasan dan tanggungjawab untuk membangun, memupuk dan meningkatkan modal insan melalui jihad ilmu adalah suatu tanggungjawab besar. Ia tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan
137 mempunyai kualiti kemanusian yang tinggi. Ia harus bermula dengan iltizam yang tidak berbelah bagi kepada set-set nilai akhlak Islam, mempunyai kerohanian yang amat tinggi, mewarisi ciri perjuangan Rasulullah yang diutus untuk membangun akhlak dan keluhuran akan beroleh kedudukan dalam pemerintahan lantas memastikan semua umat menunaikan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh yang makruf, mencegah yang mungkar, menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah, mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah. Mereka melaksanakan undang-undang Allah yang sebenarnya memang melindungi nilai dan norma akhlak dalam masyarakat.
138 BAHAGIAN SEPULUH JIHAD EKONOMI/HARTA PENGENALAN Ilmu ekonomi adalah neutral, tetapi ia lebih condong kepada persekitaran. Takrif ekonomi dapat digunakan dan sesuai dengan sesiapa sahaja sama ada yang beragama ataupun tidak beragama, Islam atau bukan Islam. Ekonomi itu “merupakan rumusan tafsiran peristiwa manusia dalam menghadapi alam bendanya” (Sobri, 1989). Hasan-uz-Zaman (1984) mentakrifkan ekonomi Islam sebagai ilmu pengetahuan dan penggunaan perintah dan peraturan syariat demi melindungi ketidakadilan dalam perolehan dan penggunaan sumber asli bagi tujuan memenuhi kepuasan manusia dan membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah S.W.T dan masyarakat seluruhnya. Masudul Alam Choudhury (1986) mentakrifkan ekonomi Islam sebagai kajian sejarah, empirik dan teori bagi menganalisis keperluan manusia dan masyarakat berasaskan panduan sistem nilai Islam. Amir Mohd. Al-Faysal al-Su’ud berpendapat bahawa ekonomi Islam ialah satu ilmu wasilah (alat) yang digunakan oleh manusia bagi memenuhi segala hajat individu dan masyarakat sesuai dengan peraturan syariat. (Hamzah dan Shahbari, 1982). Manan (1989) menganggap ekonomi Islam sebagai ilmu sains sosial yang mengkaji masalah ekonomi yang berpegang pada nilai Islam. Dapat ditegaskan disini bahawa ekonomi Islam merupakan ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan kehendak syariat dari segi memperoleh, mengguna dan mengurus sumber asli untuk kebaikan diri serta kebaikan bersama secara kebendaan dan kerohanian demi mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. (Hasan, 1990). TAKRIF JIHAD EKONOMI
139 Ekonomi Islam adalah satu ilmu yang berteraskan syariah bagi melindungi ketidakadilan dalam pemerolehan dan penggunaan sumber alam. Ekonomi Islam juga bertindak memenuhi keperluan manusia untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah dan masyarakat keseluruhannya. Oleh yang demikian, secara ringkasnya perkataan jihad ekonomi bermaksud mengerah seluruh tenaga dan kekuatan untuk mencapai satu matlamat yang diharapkan sama ada baik atau buruk dalam melindungi ketidakadilan dalam pemerolehan dan penggunaan sumber alam. Manakala matlamat akhir aktiviti manusia khususnya dari perspektif ekonomi adalah untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat (Abdul Hadi Ismail et.al, tth). TUJUAN UTAMA AKTIVITI EKONOMI Kekayaan harta merupakan kepentingan untuk berjaya. Hidup kelaparan, kesusahan memenuhi keperluan hidup dan faktor-faktor lain yang mengaggu mental dan fizikal adalah mustahil bagi mencapai tujuan dan ketenangan hidup di dunia. Islam tidak mencela untuk memenuhi keperluan untuk meneruskan hidup. Tujuan aktiviti Ekonomi berasaskan Firman Allah: “Dan sesungguhnya , Kami telah menempatkan kamu di bumi dan di sana Kami sediakan (sumber) penghidupan untukmu. (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur.” (surah Al-A’raf : 10) “Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah jelajahi, maka jelajahilah disegala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nya kamu (kembali setelah) dibangkitkan.” (surah Al-Mulk : 15) “Dan kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki?” (Surah Al-Naba’ : 11) Rasulullah juga telah menekankan bahawa perlu bagi setiap individu untuk berusaha memenuhi keperluan hidup:“Berusaha untuk memperoleh kehidupan dengan cara yang halal merupakan suatu kewajiban selepas kewajiban sembahyang”. (Hadis : riwayat Abdullah) Rasulullah juga bersabda: “Para pedagang Islam yang jujur dan bersikap benar akan dibangkitkan bersama-sama dengan orang yang mati syahid (pada hari kiamat)” (Hadis : diriwayat oleh Ibnu Majah)
140 Tujuan aktiviti ekonomi yang sempurna menurut Islam dapat diringkaskan seperti berikut: 1. Memenuhi keperluan hidup manusia secara sederhana 2. Memenuhi keperluan keluarga 3. Memenuhi keperluan jangka panjang 4. Menyediakan keperluan keluarga yang ditinggalkan 5. Memberikan bantuan sosial dan sumbangan menurut jalan Allah. (Muhammad Nejatullah Siddiqi, 1991) HUKUM JIHAD EKONOMI Secara umumnya, hukum jihad ekonomi sama dengan hukum jihad itu sendiri. Ia adalah kefarduan yang ditentukan oleh syarak dan merupakan keperluan yang dituntut oleh akidah. Dalam banyak tempat dalam al-Quran, jihad ekonomi atau jihad dengan harta disebut bersekali dengan jihad nyawa. Antaranya ialah firman Allah swt ketika menggambarkan sifat-sifat orang yang beriman yang bermaksud (al-Hujurat: 15): “Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).” Allah swt berfirman lagi (al-Saff: 10-13) yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosadosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.”
141 Rasulullah saw juga menegaskan tentang jihad dengan harta ini melalui sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang mempersiapkan seorang pejuang pada jalan Allah, maka sesungguhnya (seolah-olah) dia sendiri yang keluar berjuang. Sesiapa yang menggantikan pejuang ketika ketiadaannya (pejuang) untuk menjaga keluarganya (keluarga pejuang), maka (seolah-olah) dia sendiri yang keluar berjuang.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) Rasulullah saw juga pernah memberikan amaran dengan azab seksa yang pedih terhadap golongan yang keberatan dan ragu-ragu untuk berkorban harta demi membantu agama Allah. Baginda saw bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak pernah berperang, dan tidak pernah mempersiapkan seorang pejuang, atau tidak pernah menggantikan pejuang untuk menguruskan keperluan keluarganya, Allah akan menimpakan musibah kepadanya sebelum hari kiamat.” (Muttafaq ‘alaih) Jika orang-orang kafir, musyrik, salibi dan Yahudi sanggup membelanjakan harta mereka untuk memusuhi Islam, maka orang Islam juga wajib untuk membelanjakan harta mereka pada jalan Allah untuk menjaga keselamatan ummat Islam. Hal ini telah disebutkan secara tidak langsung oleh Allah swt yang bermaksud (al-Anfal: 36): “Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) daripada jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya, kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam.” Dalam ayat yang lain, Allah swt juga menggesa ummat Islam agar membelanjakan harta pada jalan Allah. Firman Allah yang bermaksud (al-Baqarah: 261): “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.” (Husain Shahatah, t.th)
142 CIRI-CIRI DALAM JIHAD EKONOMI 1. Kejujuran dan kebenaran Kejujuran dan kebenaran merupakan nilai yang terpenting dalam jihad ekonomi. Sehubungan dengan itu, penipuan, sikap mengeksploitasi orang yang tidak bersalah dan orang yang jahil atau membuat pernyataan palsu merupakan perbuatan yang dilarang. Iklan palsu dan sikap penipuan para penjual merupakan contoh yang tidak baik. Ianya dibuktikan dengan hadith-hadith: Abu Hurairah pernah menceritakan bahawa suatu masa Rasulullah mengadakan perjalanan di pasar dan melihat gandum seorang penjual. Beliau menyentuh gandum tersebut dan mendapati tangannya basah. “Wahai penjual, apa yang terjadi pada gandum ini,” Tanya Rasulullah. Orang itu menjawab, “gandum itu basah terkena hujan,” Rasulullah bersabda, “mengapan engkau tidak meletakkan gandum basah itu dibahagian atas agar pembeli mengetahuinya? Orang yang menipu bukanlah golongan kami.” (Muslim: Kitab Al-Imam) Rasulullah juga pernah bersabda: “penipuan adalah jalan ke neraka, dan siapa yang melakukan sesuatu yang tidak sesuai dengan cara hidup Islam akan mendapat kutukan.” (Bukhari : Kitab jual beli) Bedasarkan prinsip ini, undang –undang yang menyeluruh telah diciptakan pad awal agama Islam untuk memastikan tingginya moral dan keadilan dalam perdagangan dan perniagaan. Banyak Negara moden telah berusaha menekankan penyelewengan ini dengan pelbagai cara dan negara Islam juga telah memastikan agar keadilan yang
143 sepenuhnya serta keamanan individu dan masyarakat dapat dipelihara dan terhindar dari semua betuk penyelewengan. 2. Sistem jual beli yang mencurigakan dan meragukan Aspek yang berkait rapat dengan penipuan dan ketidakjujuran merupakan hal-hal yang terdapat dalam sistem jual beli yang tidak menetu. Dalam jual beli ini, salah seorang pebeli akan mengalami kerugian. Kerugian ini tidak kelihatan dan tidak dapat diramalkan. Sunnah yang mencegah bentuk jual beli yang demikian pada umunya merujuk pada teori perdagangan abad pertengahan yang sering terdapat hal-hal yang tidak sihat. “ Rasulullah SAW melarang menjual anak yang dikandung oleh ibunya. Larangan ini bukan saja berlaku bagi anak binatang yang merupakan hasil kandungan induknya, juga anak yang masih dalam kandungan ibunya juga dilarang untuk diperjualbelikan, ini kerana, barang yang diperjualbelikan itu tidak kelihatan dan belum tentu ada.” (Muslim: Kitab Al-Buyuq) Alasan dibalik larangan ini kerana jual beli sering melibatkan ketidakpastian dan kekaburan. Islam mempunyai prinsip agar jual beli dapat ditentukan. 3. Perdagangan barangan haram dan yang berbentuk perjudian Perdagangan barang perlulah ditapis baik oleh setiap pedagang. Pedagang perlu pastikan barang dagangannya merupakan barangan yang halal di sisi Islam. Perdagangan yang berbentuk perjudian pula adalah semata-mata mendasarkan diri pada spekulasi yang melibatkan risiko dan ketidakpastian, ia merupakan bentuk perdagangan yang berbeza dengan perdagangan lainnya. Ianya jelas di sebut dalam Al-Quran yang membuktikan kesalahan bagi perdagangan barang haram dan yang berbentuk perjudian. “ Sesungguhnya minuman keras (khamar), berjudi, menyembah berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”. (surah Al-Maidah : ayat 90)
144 “mereka bertanya kepada kamu tentang khamar (segala minuman keras yang memabukkan) dan judi. Katakanlah : pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosanya lebih besar daripada manfaatnnya.” (surah Al-Baqarah : ayat 219) 4. Perdagangan yang bersifat riba Perdagangan yang adil harus bebas dari unsur riba. Perdagangan jenis riba akan terjadi jika dua komuditi yang serua tetapi tidak sama dalam hal kuantitinya, atau dua komuditi yang sama jenisnya tetapi tidak sama kuantitinya ditukarkan berdasarkan sistem barter. Ini disebut Riba al-Fazl dan tidak dibenarkan dalam Islam sebagaimana juga perdagangan yang melibatkan pembayaran bunga (Muhammad Nejatullah Siddiqi, 1991) PERLAKSANAAN JIHAD EKONOMI Perlaksanaan Aktiviti Perniagaan Sebagai Jihad Ekonomi. Usaha memperkasa ekonomi umat Islam di Malaysia khasnya, sesuai sekali dijayakan dalam konteks sistem ekonomi persaingan yang dinamik lagi market-driven untuk meneruskan kepesatan pertumbuhannya. Dengan demikian, menjana kekayaan dan menambah nilai ekonomi menerusi pembinaan keupayaan dan kehandalan bersaing merupakan teras kejayaan. Disamping itu, keupayaan mengatasi lawan di pasaran perlu pula didampingi keupayaan dan susunan strategi berkesan merealisasikan matlamat menegakkan keadilan dan keseimbangan seperti yang tegas dianjurkan oleh Islam. Jelasnya, apapun yang dilakukan, prinsip keadilan dan memperjuangkan keseimbangan tidak harus dikompromi. Pemerkasaan ekonomi Melayu yang mengenepikan keadilan dan keseimbangan tidak merupakan suatu kejayaan yang sempurna dan bermakna. Negara yang perkasa ekonominya adalah negara yang menjadikan bisnes sebagai penjana utama kekayaan menurut jentera sistem kapitalis. Keperkasaan kapitalisme
145 Barat ini pula adalah berpaksi kepada modal koporat swasta serta kepentingan ekstrem individualistik yang kelihatan telah menzahirkan sistem ekonomi yang keras ciri ketidakadilannya, langsung mengakibatkan kesan sampingan yang membawa satu peraturan ekonomi dunia yang semakin zalim sifatnya. Hal ini membawa dilema kepada negara-negara Islam yang semuanya sedang membina ekonomi berlandaskan ekonomi yang sama. Andainya tidak diubahsuai, sistem ini akan mengakibatkan ketidakadilan ekstrem agihan dan kezaliman sistem yang jelas bertentangan dengan nilai hidup Islam. Kesan negatif sistem ini perlu dibanteras dan adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan sektor bisnes dan koporat Muslim menjadikan perjuangan jihadnya dalam bisnes mencari jalan memperbaiki sistem ekonomi yang berpaksi kepada kapitalisme ini. Dalam membina kedaulatan ekonomi bangsa, Dewan Perdagangan Islam Malaysia DPIM dan Biro Korporat DPIM dengan tegas dan aktif mendorong dan menggalak semua ahli bisnes dan korporat Melayu dan Muslim, kecil, sederhana dan besar, supaya terusmenerus mengasah bakat keusahawanan untuk memburu kejayaan bisnes dan menghimpun harta kekayaan. Kejayaan menghimpun harta kekayaan sangat penting untuk mengelakkan kelemahan ekonomi dari terus mengakibatkan kepentingan agama, bangsa dan negara tergadai, seperti yang kelihatan tanda-tanda nyata ke arah itu dewasa ini. Juga tidak kurang penting, pada akhirnya, ialah kewajipan bersama menentukan supaya dalam usaha membentuk kedaulatan ekonomi bangsa, agihan harta kekayaan negara, sekiranya tidak dapat adil dan saksama sepenuhnya, tidak pula wajar dibiarkan memihak kepada golongan tertentu sahaja. Pemilikan harta kekayaan yang menjadi teras kepada kuasa ekonomi dan politik perlu diseimbangkan, dengan tidak membiarkan ianya hanya ”berputar di kalangan orang-orang kaya” dalam masyarakat, sekalipun yang sebangsa dan seagama. (Lihat maksud Al Qur’an, Al Hashr, 59:7). “ Apa yang Allah kurniakan kepada rasul-Nya (Muhammad) daripada harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka ia adalah milik bagi Allah, dan bagi Rasulullah SAW, dan bagi kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang –orang miskin, serta orang-orang musafir (yang terkandas). Ketetapan ini supaya harta itu tidak hanya berpusing di antara orang-orang kaya daripada kalangan kamu. Dan apa jua yang
146 diberikan oleh Rasulullah SAW kepada kamu, maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya untuk kamu lakukan maka patuhilah larangan-Nya. Bertakwalah kamu kepada Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya). (Muhammad Ali Hashim, 2005) Jihad bisnes dijadikan strategi utama pemerkasaan ekonomi, sekaligus membendung kezaliman kapitalisme liar dan buas. Dalam memperjuangkan pemerkasaan ekonomi yang adil dan seimbang, satu penggemblingan usaha dan tenaga yang melibatkan seluruh bangsa Malaysia amnya dan bangsa Melayu khasnya, tidak kira warna ideologi politik atau corak fahaman sosial, wajib dijayakan. Bagi Melayu dan umat Islam, perjuangan besar ini memerlukan satu gagasan yang boleh menjamin kebulatan dan kegagahan bangsa berteras kepada iltizam dan tenaga spiritual yang ampuh. DPIM berpendapat bahawa menjadikan amalan bisnes sebagai satu usaha bertaraf Jihad berupaya melibatkan dan membulatkan semua peringkat dan lapisan umat. ”Jihad Bisnes” turut membawa pengertian bahawa kejayaan bisnes diburu sebagai sebahagian dari amal ibadah dan amal soleh, dan dilihat dari perspektif ini ia seharusnya menjadi sumber motivasi dan sumber tenaga spiritual (spiritual energy) yang berupaya menyemarakkan semangat gagah dan perkasa yang tidak mengenal lelah dan kalah dalam persaingan. Dengan demikian, DPIM telah menjadikan Jihad Bisnes sebagai misi perjuangan dan gagasan utama perjuangannya. Tujuan utama DPIM menganjurkan supaya bangsa Melayu menerapkan nilai Jihad ke dalam bisnes ialah supaya, dalam memperkasa ekonomi bangsa, kita tidak pula memperkembangkan sistem kapitalisme laissez-faire nafsu-nafsi, rakus, liar dan buas terus dibiar berleluasa merajai suasana dan iklim ekonomi negara. Kerana sekiranya satu pembaharuan yang benar-benar bermanfaat tidak dilakukan, maka mudarat ketidakadilan dan kezaliman ekonomi akan berpanjangan dan akan membawa padah yang lebih buruk kepada bangsa dan negara dan mencetus konflik lebih besar di masa depan. (Muhammad Ali Hashim, 2009)
147 Keusahawanan Islam memainkan peranan penting terhadap diri, masyarakat dan juga negara. Kewujudan usahawan Islam bukanlah semata-mata untuk mengejar keuntungan dan kebendaan, malah ia lebih menjurus kepada memberi sumbangan ke arah menjadikan Negara sebagai sebuah negara yang maju dan makmur. Setiap usahawan Islam perlu sedar bahawa bidang keusahawanan yang diceburi merupakan satu ibadat untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. selain daripada mencari keuntungan yang maksimum, mereka juga harus berniat untuk berkhidmat kepada masyarakat dan menghasilkan barangan yang boleh memberi manfaat kepada manusia sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Berdasarkan peranan besar yang dimainkan oleh para usahawan Islam ini, maka adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan setiap aktiviti perniagaan yang dijalankan menepati prinsip dan kehendak syarak. Ini termasuklah dalam aspek sumber modal yang membiayai entiti perniagaan itu sendiri. Sebagai usahawan Islam, modal perniagaan perlu dipastikan diambil dari sumber yang halal dan bebas daripada unsur riba demi mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t. di dunia dan akhirat. Sambutan dan sokongan daripada para usahawan Islam ini menggalakkan pertumbuhan dan penciptaan instrumen-instrumen kewangan baru berdasarkan prinsip-prinsip Islam. Senario sebegini seterusnya menyumbang kepada usaha Malaysia untuk tampil sebagai pemimpin hub kewangan Islam global. (Ab. Mumin Ab. Ghani dan Nor `Azzah Kamri, t.th) Boikot Barangan Israel Sebagai Jihad Ekonomi Setelah kita dihalang daripada melakukan jihad dengan mengorbankan nyawa, maka kita berkewajipan untuk melancarkan jihad ekonomi. Antara senjata yang boleh digunakan ialah dengan mengorbankan harta kita untuk membiayai pembelian senjata. Begitu juga untuk membiayai perbelanjaan perang jihad dan juga untuk para pejuang. Antara senjata yang boleh digunakan dalam jihad ekonomi juga ialah dengan melakukan boikot barangan Israel. Matlamat utama daripada pemboikotan ini ialah untuk melemahkan ekonomi pihak musuh di samping menguatkan ekonomi ummat Arab dan Islam agar tidak lagi bergantung kepada pihak musuh.
148 LANGKAH-LANGKAH UNTUK BOIKOT BARANGAN ISRAEL: Disamping itu, jihad ekonomi hendaklah berdasarkan kepada tindakan, bukan kepada perkataan semata-mata. Wajib ke atas setiap orang Islam yang beriman bahawa jihad adalah suatu kefardhuan syarak, keperluan akidah, kewajipan agama dan tanah air, melaksanakan perkara-perkara berikut: (Husain Shahatah, t.th) Pertama: Menyedar dan menyeru masyarakat agar melakukan pemboikotan ekonomi dan berjihad dengan harta pada jalan Allah. Ia bermula dari rumah ke rumah, kemudian masyarakat, kemudian institusi-institusi dan akhirnya kerajaan. Ini adalah peringkat iman yang paling lemah. Kedua: Sentiasa sedar waspada terhadap tipu daya Amerika dan Yahudi, kerana mereka menghantar barangan mereka tanpa menulis ‘dibuat di Israel’. Oleh itu, negeri asal sesuatu barangan dibuat hendaklah sentiasa dipastikan. Ketiga: Hendaklah memberikan keutamaan kepada barangan tempatan, atau yang dikeluarkan oleh negara-negara Arab dan Islam, atau oleh negara asing yang tidak bermusuh dengan Islam serta orang-orang Islam, dan tidak menyokong Israel. Keempat: Hendaklah berdikari dan mengembangkan segala industri tempatan, terutamanya pada barangan yang banyak diimport dari luar. Kesepaduan dan penyelarasan juga hendaklah dilaksanakan antara negara-negara Arab dan Islam. Kelima: Menolak bantuan Amerika. Sesiapa yang tidak memiliki kekuatan, maka dia tidak mampu membuat keputusan sendiri. Kita juga hendaklah beramal dengan pesanan Rasulullah saw yang sentiasa menggesa agar kita sentiasa bekerja dan menjadi produktif. Sabda baginda saw yang bermaksud: “Mancari (harta) yang halal adalah suatu kefardhuan selepas sembahyang fardhu.” (Diriwayatkan oleh al-Tabarani) Keenam: Menggunakan matawang Euro ketika melakukan transaksi perdagangan sebagai ganti daripada penggunaan dolar Amerika. Ini akan melemahkan ekonomi pihak musuh. Setiap individu, syarikat, ahli korporat, institusi-institusi kerajaan berkewajipan menukar bentuk simpanan, pelaburan dan transaksi perdagangan daripada matawang dolar kepada matawang negara, sama ada negara Arab atau negara Islam lain. Ketujuh: Tidak berurusan dengan bank-bank Amerika dan Zionis. Keutamaan hendaklah diberikan kepada bank-bank Islam dan negara Arab agar ia bertambah kukuh dan dapat merealisasikan perkembangan yang sihat bagi ekonomi negara.
149 Kelapan: Membatalkan atau menggantung (ikut keadaan) segala kontrak perdagangan yang telah sedia termeterai dengan pihak musuh secara beransur-ansur dalam rangka perancangan menyeluruh dan berdasarkan strategi berperancangan. Kesembilan: Tidak menggunakan khidmat yang disediakan oleh firma-firma kepakaran Amerika yang diragui. Kita hendaklah bergantung kepada para pakar kita yang seharusnya mendapat perhatian yang lebih daripada kita. Kesepuluh: Pihak pemerintah hendaklah memberikan kebebasan kepada rakyat untuk melaksanakan tugas mereka iaitu melaksanakan ketetapan-ketetapan yang diambil oleh jawatankuasa, badan dan pertubuhan mereka untuk melakukan pemboikotan ekonomi. Hasil daripada memboikot barangan Israel, secara tidak langsung menguatkan lagi ekonomi Negara sendiri kerana pembelian barang buatan Negara sendiri. Langkahlangkah tersebut perlu dilaksanakan oleh setiap individu bagi menjayakan memboikot barangan Israel serta meningkatkan lagi ekonomi Negara. JIHAD EKONOMI DALAM PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA Sejak Perbankan Islam ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1983, ianya telah melalui pelbagai cabaran dan rintangan. Malah, perbankan Islam tanah air tidak pernah sunyi daripada kritikan sehingga mencetus pelabagai kontroversi dan pertikaian. Namun segala yang berlalu itu sebenarnya adalah merupakan proses kematangan dan penyaringan yang perlu dilalui oleh perbankan Islam untuk membuktikan keutuhan dalam mengharungi pelabagai cabaran ekonomi semasa. Antara isu hangat diperbincangkan di Malaysia baik di kalangan masyarakat umum mahupun ahli akademik adalah isu pembiayaan perumahan yang menggunakan akad Bay’ Bithaman Ajil. Kadar harga jualan yang tidak munasabah serta keuntungan yang terlampau tinggi adalah merupakan antara masalah-masalah utama yang sering dipertikaikan. Ahmad Kamel Mydin Meera dan Dzuljastri Abdul Razak telah mendengarkan agar pendekatan yang lebih efisyen dapat diambil sepertimana yang telah dilaksanakan oleh beberapa institusi kewangan di luar Negara sama ada di Timur Tengah, Eropah dan
150 Amerika Syarikat. Pendekatan yang dimaksudkan adalah pembiayaan secara Musharakah Mutanaqisah. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh mereka, pembiayaan tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya sejak 1980-an lagi. Justeru itu, kedua-duanya mencadangkan agar ianya dijadikan alternative baru bagi menggantikan kensep pembiayaan yang sedia ada di Malaysia. Manakala Osman Sabran di dalam kajiannya terhadap urusniaga Bay’ Bithaman Ajil telah menyenaraikan beberapa kelemahan yang terdapat di dalam akad tersebut. Ini membuktikan bahawa di sebalik kadar harga jualan dan kadar keuntungan yang terlampau tinggi, terdapat beberapa bebanan lagi yang perlu ditanggung oleh para pelanggan di mana ianya jelas bertentangan dengan Maqasid Syari’ah yang sebenar. Justeru itu, Masjlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia di dalam mesyuaratnya yang ke-56 pada 6 Februari 2006 telah memutuskan bahawa produk pembiayaan berdasarkan kontrak Musharakah Mutanaqisah merupakan satu bentuk kontrak yang diiktiraf dalam muamalat Islam. Sehubungan dengan itu, beberapa buah institusi kewangan telah mula mengorak langkah untuk menggunakan konsep ini bagi menggantikan konsep pembiayaan sedia ada secara berperingkat-peringkat. Disamping permasalahan-permasalahan yang dibincangkan di atas, kemasukan beberapa institusi kewangan Islam antarabangsa yang berprestij sarta berpengaruh ke dalam pasaran setempat juga memainkan peranan penting di dalam mengubah corak pemikiran dan pendekatan yang dipersembahkan oleh institusi perbankan Islam setempat. Kini, prinsip Bay’ Bithaman Ajil yang telah sekian lama dipertahankan di Malaysia dilihat sudah semakin hilang ‘taring’nya memandangkan prinsip Musharakah Mutanaqisah mempunyai lebih daya saing serta lebih mesra terhadap Maqasid Syari’ah. (Sollehudin Mohd Shuib et. al, tth) KESIMPULAN Daripada perbincangan yang telah dihurai panjang iaitu pertama berkenaan konsep Jihad secara menyeluruh beserta dalil dan kupasan serba sedikit berkenaan takrif ekonomi Islam di mana membantu untuk memahami dengan lebih baik dan professional.