The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noorhafizah, 2023-09-13 21:19:39

JIHAD DALAM ISLAM SESI I 2023 2024

MODUL JIHAD SESI I 2023 2024

151 Perbincangan yang kedua berkenaan takrif Jihad Ekonomi itu sendiri agar memahami skop jihad dengan lebih luas. Selain itu, kami juga membincangkan tujuan dan hukum jihad ekonomi dengan lebih mendalam. Dari sini, jelas bahawa jihad yang dilakukan dengan sebenar-benarnya mengikut tuntutan syara’ akan menjadi pemangkin kepada peningkatan ekonomi, sekaligus pendapatan Negara. Bagi mengukuhkan perbincangan kami, kami sertakan kupasan berkenaan ciri-ciri dalam jihad ekonomi. Melalui perlaksanaan jihad ekonomi oleh Negara, ekonomi umat Islam secara automatik akan meningkat. Sejarah telah membuktikan bahawa Daulah Khilafah merupakan Daulah yang kekayaannya melimpah ruah, tidak lain tidak bukan, hanya kerana diterapkan sistem Allah di dalamnya, bukan sistem ciptaan manusia. Jihad ekonomi bukanlah seruan sebenar untuk umat Islam di dalam meningkatkan taraf perekonomian, sebaliknya dengan penerapan sistem Islamlah, (dengan penerapan seluruh hukum, termasuk jihad yang akan dilancarkan oleh Negara), umat Islam akan menikmati bukan sekadar kenaikan dalam taraf ekonomi, malah kenaikan taraf kemuliaan umat Islam itu sendiri. Inilah sebenar-benar seruan – kembali kepada kehidupan Islam dengan jalan menegakkan sistem pemerintahan Islam yakni sistem Khilafah, barulah umat Islam (bukan sekadar Melayu) akan meraih kebangkitan dan mendapat redha Allah.


152 BAHAGIAN SEBELAS JIHAD WANITA PENGENALAN Penyertaan wanita pada masa kini yang berusaha menegakkan agama Islam secara tidak langsung membawa wanita tersebut berjihad di jalan Allah. Erti tidak berputus asa dalam menyampaikan Islam tidak perlu lagi ditakrifkan oleh mana-mana pihak selagi mana usaha seseorang individu yang bergelar wanita tersebut berjuang mempertahankan agamanya dan mengamalkan sunnah nabi Muhammad s.a.w. Peperangan pada masa kini tidak bergantung pada bentuk fizikal semata-mata bagi menampung beban yang berat seperti yang diperlukan pada masa dahulu. Kebanyakan peperangan pada masa kini bergantung kepada peralatan dan kelengkapan penggunaannya yang memerlukan kepintaran akal melebihi kekuatan fizikal. Dr. Yusuf al-Qardhawi memberi pandangannya tentang penglibatan jihad dalam kalangan wanita dan penulisan buku beliau yang telah diterjemah oleh saudara Fauwaz Fadzil Noor; “Saya yakin bahawa wanita Islam dengan iman, semangat, dan keberanian mereka mampu turut serta berjihad di medan perang bersama tentera Muslim selain daripada menjadi pasukan yang mengubati dan merawat sahaja. Kita dapat melihat keberanian kaum wanita Palestin yang sentiasa bersiap sedia membela Islam dan Negara mereka dengan memperkukuhkan barisan tentera syahid Palestin” Penulisan ilmiah yang dibahaskan ini merangkumi beberapa topik utama yang menjadi kecintaan para wanita Muslimah kini. Mereka bukan sahaja digelar daie’ di tengah masyarakat malahan, ada juga usaha-usaha lain yang diperlakukan oleh seseorang wanita sebagai teras jihadnya dalam kehidupan. Antara topik utama yang diperbahas dalam kajian ilmiah ini ialah; i. Pengertian jihad wanita ii. Keutamaan jihad wanita


153 iii. Hukum jihad wanita dan tokoh-tokoh wanita dalam Islam PENGERTIAN JIHAD WANITA Wanita ialah salah satu topik utama yang sentiasa di perbicarakan oleh masa kini. Peranan dan tanggungjawab mereka yang sentiasa mendokong ummah dari segenap segi ialah menjadi sebuah usaha yang perlu dicontohi oleh generasi kini. Pengorbanan wanita kini khususnya di Malaysia perlu dijadikan wadah kepada masyarakat umum. Hal ini melambangkan wanita Muslimah di Malaysia yang sentiasa melakukan kebaikan dalam setiap gerak kerja mereka dilambangkan sebagai jihad dalam kehidupan seharian. Pada hakikatnya, konteks jihad memerlukan pengorbanan fizikal yang tinggi dan sukar dilakukan oleh kaum wanita biasa dan wanita juga tidak sesuai bagi pekerjaan itu. Oleh yang demikian, Allah s.w.t yang Maha Adil dan Bijaksana menganugerahkan kelembutan kepada kaum wanita sehingga secara amnya mereka dinilai tidak mampu melaksankan pelbagai pekerjaan yang dikategorikan sebagai tindakan jihad yang biasa dilakukan oleh kaum lelaki. Allah s.w.t mencipta dan perasaan penuh kasih sayng kepada wanita supaya dapat memainkan peranan sebagai seorang ibu dengan sebaik-baiknya. Allah s.w.t juga menyediakan kaum wanita dengan perasaan yang kuat dan begitu istimewa bagi menanggung kesukaran mengandung, melahirkan, menyusukan, serta menjaga anakanak. Semua ini menjadikan wanita jauh daripada kemampuan (liyaqah) yang sempurna bagi melakukan kerja-kerja jihad berbentuk fizikal yang mengutamakan kekuatan bagi menghadapi kesulitan, menahan penderitaan, dan menolak kekerasan. (Dr. Yusuf AlQaradhawi, 2013) Oleh yang demikian terdapat beberapa keutamaan keatas diri wanita yang dirungkaikan dalam perbahasan ilmiah ini. Antaranya ialah keutamaan jihad wanita terhadap diri sendiri, kerjaya, masyarakat, dan keluarga. KEUTAMAAN JIHAD WANITA


154 DIRI SENDIRI Sememangnya kekuatan fizikal dan mental kaum wanita tidak diwajibkan di dalam jihad Qital, namun di dalam jihad Madani sememangnya diperlukan terutama dari sudut jihad untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Wanita adalah ibu yang bakal mendidik anak-anak serta generasi yang mendatang. Untuk menjadi ibu dan wanita yang terbaik mestilah perlu mantap dan kukuh dari sudut ilmu serta pegangan agamanya atau lebih senang dikatakan jihad untuk diri sendiri terlebih dahulu. Setiap muslimah memiliki tanggungjawab sebagaimana kaum lelaki. Seperti dalam pepatah, “ wanita adalah saudara kandung lelaki ”. Jadi, wanita itu diberi khitab ( tanggungjawab ) seperti kaum lelaki mendapatkannya. Oleh itu, antara jihad wanita untuk diri sendiri ialah berjihad untuk mempelajari ajaran islam yang benar. Ini sebagai bekalan serta untuk menpersiapkan diri dengan bekalan agama yang secukupnya. Rasulullah s.a.w bersabda : .طلب العلم فريضة على كل مسلم Maksudnya: mencari ilmu adalah kewajipan atas setiap muslim. Sehingga setiap hal kewajipan tidak akan sempurna kecuali dengan adanya bekalan agama yang betul-betul mantap kerana kebanyakkan wanita pada masa kini ramai yang terjerumus ke dalam hal-hal yang bid’ah dan syirik kerana kurang serta tiadanya ilmu agama yang mantap. Sememangnya kita mengetahui bahawa ummahatul mukminin ( ibu kaum mukminin ) dan wanita salaf, mereka terkenal dengan kepandaiannya dalam pelbagai jenis ilmu. Seperti yang diriwayatkan oleh Urwah bin Zubair dari ayahnya, ia berkata : " ما رأيت أ اس أعلم ِبلقران، وال بفريضة، وال حبالل، وال حبرام، وال بشعر، وال حبديث حدا من الن العرب، وال بنسب، من عائشة رضي هللا عنها "


155 Maksudnya: Saya tidak mendapati seorangpun yang lebih pandai dengan Al-Quran, faridhah (kewajipan), hala dan haram, syair, perkataan arab dan nasab, daripada Aisyah r.a. Selain seorang wanita itu perlu berjihad dalam memperkasa ilmu agama, mereka juga perlu berjihad dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan pendidikan untuk diri mereka sendiri. Realitinya kini, manusia yang berilmu akan dipandang tinggi serta disanjung berbanding dengan mereka yang cetek ilmu akan terus berada dalam kegagalan. Namun perlu seimbang di antara ilmu akhirat dan ilmu dunia supaya bijak membezakan aulawiyat, mengetahui ilmu-ilmu dasar supaya jika timbulnya apa-apa permasalahan, seseorang wanita itu bijak untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ini seperti perumpamaan batang kayu dan dahan-dahan. Jika dahan-dahan itu tidak tumbuh di atas batang kayu yang kuat, maka lambat laun dahan-dahan itu akan layu dan rosak. ( Muram binti Shalih Al-Athiyyah (terjemahan : Wafi Marzuki ‘Ammar) ). Disamping itu juga, wanita perlu berjihad dalam melaksanakan amal ibadah dan memberi ketaatan kepada Allah s.w.t. Tidak kira samada laki-laki atau perempuan wajib mengerjakan solat, berpuasa, mengeluarkan zakat, menunaikan ibadat haji, menjaga diri dari melakukan perkara zina, menjauhkan apa yang dilarang, amar ma’ruf nahi munkar, dan sebagainya. Hal ini kerana sebagai pemimpin yang bakal mendidik generasi mendatang perlu bersiap sedia dalam segenap aspek supaya kaum wanita sudah bersiap sedia menghadapi perkara yang tidak diduga bakal hadir kelak. Ini akan membuatkan orang ramai akan lebih yakin dan hormat kepada golongan wanita. ( Syaikh Abdul Gaffar Hasan, 2009 ) Tambahan lagi, jihad yang paling menggugat kaum wanita ialah jihad melawan hawa nafsu sendiri. Ini kerana kaum wanita sememangnya sinonim dengan sikap suka bertindak terburu-buru dan mengikut perasaan. Dan jihad yang paling utama untuk diri sendiri adalah mengawal emosi dan kesabaran dalam berhadapan dengan sesuatu perkara. Allah berfirman di dalam Al-Quran surah Sajadah ayat 24 :


156 Maksudnya: dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, Yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan kami. Selain itu, kaum wanita juga perlu kuat dalam berjihad melawan hasutan syaitan kerana kerana syaitan tidak akan pernah berhenti menghasut anak-anak Adam terutama bagi golongan wanita kerana hakikat sebenarnya wanita ini sememangnya golongan yang lemah dan mudah termakan dengan segala pujuk rayu dan godaan yang mendatang. Allah berfirman di dalam surah Fathir ayat 6 : Maksudnya: Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka Jadikanlah Dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya Dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka. Jika direnungi kembali sejarah terdahulu bagaimana syaitan berjaya menghasut Hawa selapas gagal menghasut Adam untuk makan buah khuldi. Akhirnya, kedua-dua terpedaya dan dicampak keluar dari Syurga dan syaitan beroleh kemenangan. Daripada peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa hasutan syaitan sangat kuat, jadi wanita perlu berjihad dalam melawan hasutan syaitan dengan sentiasa mengingati dan mendekatkan diri dengan Allah. KERJAYA Wanita merupakan salah satu elemen yang terpenting dalam membangunkan sesebuah Negara dan masyarakat yang semakin pincang kini. Antara jihad yang banyak diceburi oleh wanita masa kini ialah melalui kerjaya, tidak mengira dalam apa sahaja bidang yang diceburi. Islam meletakkan kemuliaan kepada seorang wanita dalam kehidupan mereka.


157 Antaranya mereka dibina dan dididik menjadi sebagai seorang isteri sekaligus menjadi seorang wanita yang sentiasa berjalan mengikut arus semasa. Walaupun terdapat banyak perselisihan pendapat dikalangan ulama tentang status wanita dalam kerjaya namun, wanita yang cemerlang dan terbaik ialah wanita yang berjihad dalam bidang kerjayanya mengikut landasan yang telah diajarkan oleh Islam. Wanita Muslimah pada zaman kini sudah mencapai tahap yang mengagumkan. Mereka berjaya dalam pelbagai sudut kerjaya. Bertepatan dengan firman Allah dalam ayat; Maksudnya: Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih dari apa yang mereka kerjakan. ( An-Nahl : 97 ) Wanita kini telah bangkit dengan kerjaya secara ketara berbanding dengan wanita pada zaman terdahulu yang hanya menyumbangkan khidmat dan kudrat mereka hanya dirumah. Tetapi pada masa kini, wanita mulai menjawat jawatan yang penting dalam pelbagai sektor pekerjaan.Bukan itu sahaja, sumbangan mereka yang padu kepada masyarakat amat dikagumi. Dr. Yusuf al-Qardhawi pernah menegaskan pandangannya tentang kaedah-kaedah bekerja dalam kalangan wanita dalam penulisan beliau Qadayal Mar’ah Fi Fiqh Al-Qardhawi. Namun, terdapat beberapa ulama’ yang menyatakan hukum asal bagi wanita ialah berada di rumah bersesuaian dengan fitrah struktur fizikalnya dan keupayaan sebenar kaum wanita. Akan tetapi Islam tidak mengharamkan secara total tentang hukum wanita bekerja di luar rumah. ( Fauwaz Fadzil Noor, 2012 ) Islam sentiasa memberi ruang secara fitrah kepada umatnya untuk berbuat kebaikan dan sangat mustahil Islam mengharamkan sesuatu yang mendatangkan kerugian terhadap masa depan generasi umat yang akan datang. Justeru, Dr. Yusuf alQardhawi mengemukakan beberapa syarat yang telah digariskan dalam Islam bagi wanita yang berkerjaya. Antara syarat yang telah digariskan untuk wanita bekerja ialah;


158 i- Pekerjaan yang dilakukan itu adalah halal. ii- Wanita Muslimah perlu mempunyai komitmen yang tinggi dalam menjaga etika syari’e dari sudut pemakaian, cara berjalan, percakapan dan pergerakan. iii- Pekerjaan yang dilakukan tidak mengorbankan kewajipan yang lainnya seperti kewajipan terhadap suami dan anak-anak. Oleh itu setiap wanita perlulah mematuhi syarat yang telah digariskan oleh Islam supaya segala usaha mereka dalam membangunkan agama Islam menjadi suatu usaha yang mendorong kepada kebaikan disamping memberi manfaat kepada yang lainnya. Antara pandangan Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam ucapannya mengatakan; “Apa yang dituntut terhadap masyarakat, adalah menyusun dan menyediakan suasana yang membolehkan wanita Muslimah bekerja. Wanita Muslimah apabila terdapat tuntutan kemaslahatan keatas dirinya, keluarga atau masyarakat tanpa sedikitpun membuang sifat malunya atau melanggar etika peribadinya sebagai wanita Muslimah. Contohnya seperti kita memberi wanita bekerja separuh hari dengan separuh gaji yang dibayar.” MAYARAKAT Wanita tidak di ciptakan oleh Allah sebagai bahan kongkongan atau dipenjarakan. Sebaliknya terdapat pelbagai bukti serikandi Islam terdahulu dalam al-Quran dan Hadis berjihad dalam pelbagai cabang dan cara di luar rumah. Wanita Muslimah yang sejati akan bersatu dengan masyarakat atau komuniti bagi menjalinkan hubungan ukhwah seperti yang dianjurkan oleh agama Islam. Contohnya kisah sejarah dua orang puteri nabi Syuaib yang keluar untuk menjalankan aktiviti harian mereka. Begitu juga dengan seorang serikandi terbilang Islam iaitu Saidatina Aisyah r.a yang berani tampil menolong tentera Islam ketika peperangan. Selain daripada itu beliau sentiasa berada bersama dengan komuniti Arab ketika itu.


159 Masyarakat diertikan sebagai sekumpulan orang yang menempati sesuatu daerah, diikat oleh pengalaman-pengalaman yang sama, memilki sejumlah persesuaian dan bersatu serta dapat bertindak bersama dalam pelbagai pemasalahan. Masyarakat juga boleh diertikan sebagai satu bentuk tata kehidupan sosial dengan tata nilai dan tata budaya sendiri. ( Andi Anirah, 2012 ) Antara saluran strategi tepat bagi mengembangkan jihad wanita pada era kemajuan kini ialah melalui masyarakat. Media massa yang kian berkembang kini perlu diberi perhatian supaya ia menjadi medium utama untuk menyampaikan dakwah Islam. Contohnya melalui media teknologi seperti whatsapp, wechat, facebook dan banyak lagi. Pelbagai nasihat dan peringatan untuk penghayatan bersama boleh dikongsi dengan orang ramai melalui saluran tersebut. Antara medium lain ialah melalui pena dan penulisan. Seperti yang diperlihatkan kini ramai pendakwah-pendakwah menggunakan kaedah penulisan buku bagi megembangkan dakwah Islam. Contohnya penampilan barisan pendakwah intelek seperti rancangan Imam Muda , Pencetus Ummah dan sebagainya. Seterusnya karyakarya penulisan agung dari ulama’-ulama’ besar dunia Islam seperti Dr. Yusuf Qardhawi, asy-Syahid Hassan al-Banna, dan ramai lagi boleh dijadikan rujukan utama masyarakat. Manakala, dalam konteks jihad pendakwah wanita dalam bidang ini ialah Dr. Muhaya, Dr. Fatimah Syarha dan sebagainya. Meskipun wanita kini mempunyai sifat serba boleh atau fleksibel dalam gerak kerja mereka namun terdapat beberapa cabaran mereka dalam konteks kehidupan bermasyarakat. Antaranya wanita kini mudah terdedah dengan serangan pemikiran yang menerjah sehari hari. Oleh itu, wanita kini perlu kembali kepada saranan nabi junjungan Muhammad s.a.w supaya berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah.


160 KELUARGA Wanita Sebagai Seorang Anak Dari Abdullah bin Amr’ r.a., berkata: Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: “Bolehkah aku turut berjihad”? maka Rasulullah SAW menjawab: “Ya” maka Rasulullah mengatakan: “Maka kepada keduanyalah engkau berjihad” (HR. Bukhari dan Muslim). Selain perkara-perkara yang sudah disebutkan, ada perkara lain yang terkait dengan berbakti kepada kedua orang tua iaitu berbakti kepada ibu lebih didahulukan dibanding berbakti kepada ayah. Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku perlakukan dengan baik”? Beliau menjawab: “Ibumu” kemudian lelaki itu bertanya lagi: “Kemudian siapa”? beliau menjawab: “Ibumu”. Kemudian lelaki itu bertanya lagi: “Kemudian siapa”? beliau menjawab: “Ibumu”. Kemudian lelaki itu bertanya lagi: “Kemudian siapa”? Rasulullah menjawab: “Kemudian ayahmu”. (HR. Bukhari dan Muslim) Wanita Sebagai Seorang Isteri Jihadnya wanita adalah melakukan kegiatan-kegiatan dengan penuh kesungguhan dan mencurahkan segala kekuatan untuk taat dan menegakkan ajaran Allah di dalam rumah tangga. Allah berfirman dalam al-Quran surah al-Ahzab yang bermaksud : “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orangorang Jahiliyyah yang dahulu dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya” . Suami soleh kebanyakan dibelakangnya ada isteri solehah. Suami dapat menjalankan tugasnya dengan baik di dalam atau di luar rumah walaupun sering mendapat ujian dan cubaan. Peranan dan bantuan isteri sangat diperlukan. Di samping itu, isteri yang solehah selalu memberi dorongan untuk terus maju memberi siraman ruhiyyah agar tetap


161 semangat dalam meniti perjuangan hidup, memberi peringatan untuk tetap berjalan di atas syariat Islam. Oleh kerana itu, wahai para wanita solehah marilah kita memberi sokongan kepada suami untuk menjadi suami yang soleh. Mencurahkan tenaga, fikiran bahkan nyawa untuk menegakkan Islam di muka bumi dengan tidak membebaninya dengan masalah yang menekankan jiwanya. Semangat di medan dakwah dan juang tetap dikobarkan, diberikan waktu seluas-luasnya pada suami untuk mencurahkan waktu hidupnya untuk perjuangan Islam. Isteri sebagai motor bagi suami dan ia juga mempunyai kewajibankewajiban terhadap suaminya agar tercipta keluarga-keluarga yang sakinah, mawaddah warohmah. Di antara kewajiban isteri terhadap suami adalah taat suami, tidak keluar rumah tanpa izin suami, tidak menjauhi tempat tidur suami, Qona’ah dan redha dengan apa yang Allah berikan, berhias dan memakai wangi-wangian, melaksanakan tugas-tugas rumah tangga, mendidik anak-anak, berlemah lembut dan berkata-kata manis dengan suami. Wanita Sebagai Seorang Ibu Jihad wanita yang tidak boleh dilakukan atau digantikan oleh lelaki adalah melahirkan anak yang diawali dari proses mengandung, melahirkan dan menyusui anak-anak. Allah berfirman dalam al-Quran surah Luqman yang bermaksud : “Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun, bersyukurlah kepadaku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada Kulah kembalimu”. Ketika seorang wanita sedang hamil, ia sedang mengukir kehidupan anak dalam kandungan sepanjang hayat dan malaikat sedang mencatat kehidupan anak dalam kandungan dari segi kebahagiaan, rezeki mahupun jodoh. Sebagaimana sabda Nabi


162 Muhammad saw berkata : “Sesungguhnya setiap orang yang dihimpun penciptaannya di dalam perut (rahim) ibunya, selama empat puluh hari dalam bentuk nuthfah (air mani), kemudian menjadi alaqah (segumpal darah) dalam masa yang sama, kemudian menjadi mudlghah (segumpal daging) dalam masa yang sama, kemudia diutus malaikat untuk meniupkan roh ke dalamnya dan ia diperintahkan untuk mencatat empat hal iaitu rezekinya, ajalnya, amalnya, bahagia atau celakanya”. Dalam masa yang sama peranan ibu yang sedang mengandung, anak dalam kandungan ini sangat penting kerana ia perlu berjuang sekuat tenaga agar anak ini menjadi seorang yang baik dan bahagia dunia akhirat. Seorang ibu perlu berjihad untuk anak yang dikandungnya. Dengan bermunajat kepada Allah, solat tahajjud, berdoa memohon kepada Allah, berzikir, membaca al-Quran, berperilaku baik, berjiwa baik, berhati ikhlas, tawakkal kepada Allah dan sebagainya. Di samping itu, dalam merawat anak ini perlu dibekalkan dengan ilmu yang berkaitan tentang agama, kejiwaan rohani jasmani dan sebagainya agar anak membesar dengan baik dan mendidik anak menjadi anak yang soleh dan solehah. Kerana masa pembentukan adalah masa yang paling penting untuk mendidik anak. Jika terlewat dan tidak mendapat perhatian dan mendidik dengan baik, maka akan kehilangan masa emas untuk mempersiapkan masa depan anak-anak yang cemerlang dan gemilang. HUKUM JIHAD WANITA DAN TOKOH-TOKOH WANITA DALAM ISLAM Wanita sebagai hamba Allah yang lemah, memiliki peranan amat besar dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Tanpanya, kehidupan tidak akan berjalan semestinya. Sebab ia adalah pencetak generasi baru. Sekiranya di muka bumi ini hanya dihuni oleh laki-laki, kehidupan mungkin sudah terhenti beribu-ribu abad yang lalu. Oleh sebab itu, wanita tidak bisa diremehkan dan diabaikan, kerana dibalik semua keberhasilan dan kontinuitas kehidupan, di situ ada wanita.( Muram binti Shalih Al-Athiyyah (terjemahan : Wafi Marzuki ‘Ammar) ).


163 Islam meletakkan wanita pada kedudukan yang tertinggi dan terhormat iaitu sebagai pasangan dan pendukung bagi lelaki dalam seluruh aspek kehidupan sama ada sebagai individu ataupun masyarakat. Konsep ini berdasarkan sumber yang jelas daripada AlQuran dalam surah At-Taubah, ayat 71 : Maksudnya: dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Daripada ayat ini jelas menunjukkan bahawa para muslimat memiliki kedudukan yang ssama dengan para muslimin. Kedua-dua pihak saling bantu-membantu dalam seluruh aspek kehidupan seperti politik dan sosial tanpa melihat perbezaan antara keduaduanya. ( Dr. Yusuf Al-Qaradhawi (terjemahan : Fauwaz Fadzil), 2013 ) Namun, kebanyakkan gerak kerja jihad yang berat seperti jihad Qital tidak sesuai dengan tabiat wanita yang telah dikhususkan oleh Allah dengan beberapa sifat yang membantunya melaksanakan peranannya dan menyampaikan seruan dakwah dalam kehidupan. Tetapi dalam Jihad Madani, peranan wanita sememangnya diperlukan untuk masyarakat, agama, bangsa dan negara. Syeikh Yusuf Qaradhawi membezakan dua jenis jihad, jihad daf’ dan jihad thalab. Adapun jihad daf’ iaitu musuh menyerang negara Islam dan menggempur salah satu negara umat Islam untuk menawannya serta melakukan kekerasan terhadap penduduk, maka di sini wajib ‘aini (fardhu ain) ke atas penduduk negara ini untuk mempertahankan negara mereka termasuklah difardhukan ke atas wanita. Dalam jihad thalab iaitu tentera Islam


164 memerangi musuh mereka dan menyerangnya dalam negara musuh sendiri, jihad ini tidak wajib ke atas wanita. Tetapi dia boleh melakukannya secara sukarela semata-mata mengharapkan keredhaan Allah dan untuk mendapat ganjaran yang berganda bagi orang yang berjihad. ( Dr. Yusuf Al-Qaradhawi (terjemahan : Dr. Rejab Abu Meleh & Fauwaz Fadzil), 2014. ). Dalam suatu hadith daripada Aishah r.a katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?” Baginda terus menjawab : “Bagi kamu semua ( kaum wanita ) jihad yang paling baik ilah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.” Tapi, jika wanita ikut dalam peperangan membantu para mujahidin, seperti melakukan perawatan atau yang lainnya, selama aman dari fitnah maka hal ini memang terdapat dalam sebahagian riwayat. Keadaan ini menjadikan peperangan sebagai satu bentuk kesempurnaan pengorbanan bagi seluruh umat di dunia. Maka, ia menjadi tugas dan kewajipan bagi kaum lelaki. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak menghalang wanita daripada menyertai lelaki dalam menyokong perjuangan mereka di medan jihad melalui bantuan yang boleh diberikan bersesuaian dengan kemampuan dan peranan mereka dalam kehidupan. Perkara ini yang dilakukan oleh para isteri Nabi (Ummahatul Mukminin) dan isteri-isteri sahabat pada zaman Nabi dalam menyokong kaum Muslimin memerangi musuh dalam pelbagai peperangan. Apa yang dilakukan oleh mereka tidak boleh dipandang dengan sebelah mata kerana mereka banyak memberikan sumbangan positif dan penting dalam dunia peperangan. Imam Bukhari menulis bab tentang kaum wanita yang ikut berperang bersama kaum lelaki dalam penulisannya yang bertajuk Al-Jihad. Beliau menyebut sebuah hadith daripada Anas Ibn Malik yang bermaksud : “ Ketika terjadinya Perang Uhud, banyak pasukan Islam yang lari meninggalkan Nabi. Aku melihat Saidatina Aisyah Binti Abu


165 Bakar dan Ummul Sulaim begitu sibuk melayani pasukan Islam itu. Meraka menyingsingkan pakaian sehingga aku terlihat gelang kaki mereka. Dengan langkah yang cepat, mereka membawa girbah (bekas air) di atas punggung mereka bagi diberi minum kepada pasukan Islam. Selepas itu, mereka mengisi lagi girbah mereka lalu datang lagi bagi memberi minum kepada pasukan Islam itu sehingga isi girbah itu kosong. ( Dr. Yusuf Al-Qaradhawi (terjemahan : Fauwaz Fadzil), 2013 ) Ibn Al-Hajar dalam kitab Fath Al-Bari menyatakan : “ Terdapat rekod lain dalam Sahih Muslim daripada Anas yang menyebutkan bahawa Ummul Sulaim berperang dengan membawa pedang ketika perang Hunain. Ummul Sulaim berkata, ‘Ketika itu, aku membawa pisau besar dan sekiranya ada seorang Musyrik mendekatiku, aku akan belah perutnya dengan pisauku.” Nusaibah binti Ka’ab yang sering dipanggil dengan gelaran Ummu Imarah salah seorang sahabat wanita yang terkenal pada zaman pemerintahan Islam. Ummu Imarah telah melalui banyak peperangan dalam hidupnya antaranya perang Uhud, perang alHudaibiyyah, perang Hunaian dan peperangan terakhir dalam hidunya adalah perang Yamamah. Ummu Umarah selalu berusaha melindungi Rasulullah s.a.w ketika perang Uhud daripada segala bahaya yang datang daripada musuh. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “ Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan ketika perang Uhud kecuali aku melihatnya ( Ummu Imarah ) berjuang bersamaku bersamaku.” ( Abu Azka Al Madani & Harun Arrasyid Hj Tuskan, 2012 ) Selain itu, seorang lagi serikandi Islam yang berjihad di medan peperangan iaitu Asma bin Umais. Pada zaman Nabi, Asma turut bersam-sama golongan lelaki ke Habsyah dan Madinah. Beliau juga terlibat di dalam pertemuan dengan Baginda Nabi Muhammad SAW dan dengan para sahabat sejak sampai di Madinah. Beliau juga membantu merawat Saidina Abu Bakar tanpa berasa gerun ataupu takut, malah sedikit pun tidak terfikir untuk lari dari medan perang. ( Fauwaz Fadzil Noor, 2012 )


166 Justeru, jika dilihat dan dihayati kisah-kisah serikandi Islam terdahulu, mereka sungguh bersemangat untuk turut berjihad di medan peperangan meskipun golongan wanita tidak diharuskan untuk turut bersama. Seharusnya semangat jihad seperti mereka ini yang perlu dicontohi oleh golongan-golongan wanita pada masa kini. Roh jihad yang sangat tinggi di dalam diri mereka serta tidak pernah ada rasa gerun dan gentar untuk berhadapan dengan pihak musuh sungguh mengkagumkan serta membuktikan bahawa kaum wanita ini bukan lemah seperti yang diketahui umum KESIMPULAN Secara amnya, dapat disimpulkan bahawa konsep jihad dalam diri seseorang yang bergelar wanita harus di terapkan seawal usia muda lagi. Hal ini akan melahirkan generasi wanita Islam yang akan datang menjadi mata rantai dan penerus legasi perjuangan dan semangat jihad serikandi Islam terdahulu. Bersesuaian dengan arus kemodenan kini, wanita Muslimah perlu lebih matang dan bijaksana dalam memahami dan mendalami konteks jihad dalam Islam yang sebenar. Merujuk kepada kata-kata Dr. Yusuf Al-Qardhawi dalam penulisannya dalam kitab Qadhaya al- Mar’ah yang dipetik oleh penulis Fauwaz Fadzil Noor, 2012; “Sesungguhnya isu wanita adalah isu yang besar pada zaman ini dan kesannya amat mendalam. Ini kerana wanita mempunyai peranan yang besar dalam kehidupan keluarga dan kehidupan masyarakat. Tidak mungkin masyarakat dan keluarga akan menjadi baik, sekiranya wanita tidak menjadi solehah…” Keberadaan golongan wanita dalam pelbagai sektor seperti sektor pendidikan, ekonomi, politik, keagamaan, penyiaran dan media massa hatta mereka sebagai seorang suri rumahtangga, secara tidak langsung mereka sebenarnya telah terlibat dan berjihad dalam konteks jihad tanpa mengangkat senjata (qital) yang diistilahkan sebagai jihad madani.


167 Justeru itu, ini membuktikan perjuangan wanita pada zaman dahulu dan kini sebenarnya berpaksikan tujuan jihad yang sama iaitu ingin mencari keredhaan Allah dan menegakkan agama Tauhid meskipun mereka masing-masing berjihad dalam metod yang berbeza.


168 BAHAGIAN DUA BELAS ISU-ISU TENTANG JIHAD: ISU KEGANASAN, ISU SERANGAN BERANI SYAHID, IMEJ ISLAM PADA MATA BARAT. PENGENALAN Kekeliruan tentang jihad dan isu-isu yang berkaitan dengan hubungan antara Islam dan bukan Islam, dalam sebuah negara seperti Malaysia, kelihatan lebih memuncak, terutama selepas serangan yang berlaku ke atas menara kembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York dan Pentagon di Washington pada 11 September lalu. Banyak keterangan sama ada daripada al-Quran atau hadis sahih yang menerangkan bahawa jihad dilakukan bagi tujuan menentang kezaliman, pencerobohan, mempertahankan agama dan akidah, harta, nyawa, kehormatan dan kedaulatan negara. Kematian kerana mempertahankan semua ini dikatakan mati syahid, sebagaimana disahkan dalam sebuah hadis sahih yang bermaksud: Jihad dengan mengangkat senjata dalam sejarah Islam hanya berlaku bagi memenuhi dua situasi berikut: Pertama, mempertahankan diri daripada serangan musuh yang menyerang dan yang dijangka membuat serangan. Jihad dalam suasana ini perlu dengan mengangkat senjata bagi membalas serangan. Peperangan Badar dan Uhud yang tidak asing dalam sejarah Islam adalah contoh peperangan yang bertujuan mempertahankan diri bukan menyerang, atau hanya menyerang untuk mempertahankan diri. Kedua, menjamin kelancaran perjalanan dakwah. Sebagai contoh, tatkala umat Islam ingin keluar dari Madinah kerana menyebarkan Islam kepada seluruh dunia, jihad diperlukan bagi melindungi dakwah Islam daripada diganggu musuh. Kelengkapan seperti kuda dan kekuatan yang cukup perlu dilengkapkan bagi menghadapi segala kemungkinan yang berlaku.


169 Tidak dinafikan Islam mewajibkan umatnya berperang dan pernah menyatakan bahawa rezeki berada pada hujung pedang sebagaimana dalam hadis riwayat Ahmad daripada Ibn Umar (r.a.) yang bermaksud: Rezekiku disediakan pada hujung tombakku. Hadis ini perlu difahami dengan tenang dan baik, iaitu Islam mahukan umatnya menyediakan kekuatan, seberapa yang mungkin, kerana Islam merupakan agama yang baru muncul. Adalah dalam dugaan agama ini akan menghadapi ujiannya daripada lawan, apabila ia disebar ke seluruh dunia. Ditakdirkan kekuatan Islam dicabar, maka cabarannya harus diterima dengan hati terbuka. Jika pada masa-masa yang lalu pendakwah memerlukan senjata dan kelengkapan bagi menjamin keselamatan nyawa mereka ketika dalam perjalanan ke luar negara dan tempat-tempat yang jauh, maka apakah hari ini perjalanan dakwah kita masih ada sesuatu yang ditakuti. Pengalaman jemaah tabligh yang mengembara ke seluruh dunia Islam dan bukan Islam kerana menyampaikan dakwah membuktikan keselamatan nyawa mereka tidak diganggu. Bahkan di mana jua mereka tetap dibenarkan mengundang suara azan tanpa menghadapi sebarang kesulitan. Dakwah Islam kini boleh dilalui dengan banyak jalan. Allah masih menyediakan jalanjalan yang aman dan damai, kini tidak lagi memerlukan perjalanan yang jauh berbekalkan senjata. Masih ada jalan dakwah yang boleh disampaikan melalui tulisan, sebaran risalah, internet dan berbagai-bagai lagi. Jika ada pihak yang menghalang perkembangan Islam, maka kini Islam mampu masuk ke seluruh rumah dan tiada lagi rumah yang tidak mampu dimasuki Islam. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah membincangkan Isu Umat Islam Malaysia Yang Berjuang Atas Nama ISIS. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah meneliti laporan penyelidikan yang telah diperakukan oleh Panel, Pakar Akidah JAKIM dan kertas kerja yang disediakan serta meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah mendapati bahawa: i. Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) atau Islamic State of Iraq and Levant (ISIL) merupakan rentetan dari gerakan Salafi Jihadi di Iraq yang pada asalnya terdiri


170 dari tiga organisasi jihad yang berbeza: iaitu Ansar al-Islam yang terdiri dari kelompok Salafi Jihadi warga Iraq yang membentuk kawasan ‘pemerintahan Islam’ mereka yang tersendiri dan mengamalkan kehidupan Islami ortodoks dan radikal, keduanya, kumpulan Mujahidin berasal dari Jordan di bumi Iraq yang mengisytiharkan diri mereka sebagai ‘Jamaah al-Tawhid wa al-Jihad’ di bawah pimpinan Abu Mus’ab al-Zarqawi yang berhijrah ke Iraq untuk melancarkan jihad memerangi pendudukan tentera Amerika Syarikat ke atas bumi Iraq, dan juga kumpulan mujahidin al-Qaeda yang berhijrah dari Afghanistan, akibat serangan Amerika Syarikat ke atas bumi Afghan selepas peristiwa 11 September. ii. Kebanyakan para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah di seluruh dunia telah mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan kumpulan ISIS atau ISIL ini kerana ideologi keganasan dan sikap mereka yang mengkafirkan orang yang tidak sehaluan dengan mereka dan menghalalkan darah mereka. Mereka membunuh rakyat tidak berdosa dan menghalau golongan Kristian dan Yazidi dengan penuh kezaliman. Para Ulama Ahli Sunnah di seluruh dunia melabelkan ISIS atau ISIL ini sebagai Khawarij di zaman moden dan Jumhur Ulama Ahli Sunnah bersepakat mengenai kesesatan dan juga penyelewengan golongan ini dan memperingatkan umat Islam agar tidak terpedaya dengan segala propaganda ISIS atau ISIL ini. iii. Sehubungan itu, berdasarkan fakta-fakta yang telah dikemukakan dan selaras dengan nas-nas syarak, Muzakarah berpandangan bahawa kecenderungan dan keghairahan umat Islam untuk berjihad atas nama ISIS atau ISIL di bumi Syria adalah berpunca daripada kekeliruan dalam memahami konsep jihad dan mati syahid yang sebenar menurut Hukum Syarak. Seruan jihad dan mati syahid yang dipegang oleh mereka adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada kekufuran kerana mereka menghalalkan darah sesama umat Islam. iv. Oleh itu, Muzakarah menegaskan bahawa tindakan umat Islam dari Malaysia yang telah ataupun yang ingin berjuang atas nama jihad di bumi Syria bagi menyokong golongan ISIS atau ISIL adalah sia-sia kerana perjuangan mereka


171 tidak tergolong sebagai jihad dan kematian mereka juga tidak dikategorikan sebagai syahid menurut kerangka Hukum Syarak. v. Muzakarah menasihatkan seluruh umat Islam di Malaysia supaya menginsafi diri dan tidak mudah terpengaruh atau terjebak dengan keganasan dan propaganda perjuangan kumpulan ISIS atau ISIL ini. Sebenarnya konsep jihad adalah luas dan dapat membawa banyak pengertian antaranya jihad melawan nafsu, menuntut ilmu, mempertahankan maruah diri dan sebagainya. Ia dapat dilakukan melalui berbagai-bagai cara contohnya perjuangan dan pengorbanan umat Islam terhadap isu-isu masa kini antaranya seperti isu mengenai ISIS ( Islamic State Iran and Syria), isu Pengeboman Berani Mati, isu LGBT serta isu dibangkitkan semula mengenai tuntuntan G25 dan sebagainya. Secara ringkasnya berkenaan isu umat, G25 adalah sekumpulan individu yang berpengalaman dalam pelbagai bidang dan mempunyai pandangan yang berbeza tetapi mendokong matlamat dan wawasan yang sama, apabila mencadangkan sebuah jawatankuasa perunding dibentuk bagi membincangkan pindaan atau pemansuhan beberapa undang-undang syariah termasuk berkaitan isu khalwat. Paling mencuri perhatian apabila G25 mendakwa, hukuman terhadap pesalah khalwat bertentangan dengan undang-undang Islam kerana dosa peribadi antara pelaku adalah dengan Allah kecuali jika dibuat di kawasan awam. Sebelumnya G25 mencetuskan sensasi apabila menyarankan agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dimansuhkan. Susulan itu, beberapa pihak melahirkan kebimbangan terhadap ideologi yang dibawa oleh G25 boleh menjerumuskan lebih ramai umat Islam di negara ini mengikuti agenda berbaur liberal yang dibawakan mereka. Seterusnya, Sisters In Islam (SIS) adalah satu di antara gerakan feminisme yang memperjuangkan emansipasi wanita. Ia telah dibentuk dalam tahun 1988 dan


172 didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (NonGovernmental Organisation; NGO) pada tahun 1993 di bawah nama SIS Forum (Malaysia) Berhad. SIS dilihat sebagai gerakan feminisme yang paling aktif dan vokal dalam memperjuang dan mempertahankan ideanya. Fenomena ini telah menjadikan SIS sebagai sebuah gerakan wanita yang sentiasa dibayangi kontroversi di sebalik kejayaannya. Lebih dari itu, perjuangan SIS yang mendaulatkan hak-hak asasi manusia dan prinsip-prinsip sejagat, serta pendekatan agamanya yang berasaskan tafsiran dari perspektif hak-hak kemanusiaan, telah mengundang dakwaan yang mengaitkannya dengan aliran fahaman Islam Liberal. Manakala, isu yang boleh disentuh adalah berkenaan LGBT yang mana seringkali kita mendengar tentang lesbian, gay, bisexual, and transgender (LGBT) dengan jumlah peratusan dilihat semakin meningkat yang berlaku dalam masyarakat sama ada dalam negara mahupun luar negara tanpa mengira lapisan masyarakat. Perkara ini telah memberi ruang yang luas untuk bertapak kepada golongan mereka dimana telah diuaruarkan bahawa penukaran gender diluluskan kepada lelaki atau perempuan. Banyak pihak yang menentang tentang isu ini, namun apabila diluluskan ia akan memberi hak dan kebebasan kepada mereka untuk penukaran gender. Kegiatan LGBT sangat terkenal di negara Barat namun di Malaysia juga tidak kurangnya berlaku khususnya kepada golongan muda yang tidak mempunyai pegangan agama dan pendidikan yang secukupnya. Isu-isu yang dibangkit, menunjukkan kehidupan umat masa kini sangat jauh dari landasan agama yang sepatutnya. Konsep jihad yang meluas haruslah diberi penekanan supaya dapat difahami dengan jelas dan mengambil peranan sebagai khalifah di muka bumi ini. Ini kerana, ia akan menjadi lebih bahaya seandainya jihad disalah ertikan, diletakkan tidak pada tempatnya, sehingga atas nama jihad banyak darah yang tidak berdosa dihalalkan, serta jengkal tanah, harta dan tempat milik orang yang tidak bersalah dirampas. Lalu akibatnya, Islam dan umat Islam dituduh sebagai teroris, umat yang radikal, dan pemilik ideologi kekerasan ( Masturi Irham, etl, 2011).


173 Oleh yang demikian, memandangkan jihad bukan semata-mata berorientasikan peperangan, maka persoalan yang berhubung dengan pengawasan diri dan kaitannya turut diberikan keutamaan. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi turut membincangkan kewajipan jihad umat ini pada zaman sekarang. Syeikh menyatakan secara realitinya terdapat ruang yang luas untuk berjuang dan para mujahidin berjihad pada zaman ini. Maka, tuntutan itu terarah kepada semua agar dilaksanakan kewajipan tersebut. Jihad ini secara pasti adalah fardhu kepada umat secara kolektif. PEMBAHAGIAN ISU UMAT Isu Operasi Berani Mati Pengeboman berani mati dalam perundangan jihad adalah satu metod jihad yang khusus yang mana pelaksanaannya sudah pasti akan memerlukan tindakan perseorangan atau berkumpulan yang membawa kepada pengorbanan nyawa iaitu “mati secara langsung” (Mohd Johari Bin Hussain, 2003). Manakala pelaksanaan jihad pada umumnya, mungkin mengorbankan nyawa individu-individu pejuang tersebut dan mungkin tidak semasa berlangsungnya sesuatu peperangan. Manakala individu-individu yang terpilih dan rela berkorban setelah mendapat keizinan pemerintah atasan dan serta memberi kemenangan kepada tentera Islam atau pembukaan kepada pemerintahan Islam yang baru, maka dia akan dipertimbangkan. Mereka sudah yakin bahawa pelaksanaanya operasi bom sudah pasti mengorbankan nyawanya. Justeru itu, hubungan jihad dan operasi berani mati adalah suatu yang amat relevan dengan perubahan dan kemodenan yang menggunakan sejuta kemungkinan prasarana dan kecanggihan teknologi sains persenjataan terkini di kalangan negaranegara di dunia pada hari ini. Pada dasarnya, syarak tidak membenarkan dalam apa jua keadaan atau apa jua kelonggaran terutamanya perkara yang boleh mengorbankan nyawa orang Islam kecuali ada alasan yang hak dari sudut syarak seperti yang berlaku dalam operasi berani mati dan juga perisai manusia.


174 Perkara ini adalah bertujuan untuk memelihara maqasid ruh syarak dalam melaksanakan pelaksanaan yang berkaitan dengan kehidupan harian dan segala perancangan strategik mesti mengambil kira perkara dururiyyat al-khams terutamanya dalam hal yang membabitkan nyawa umat Islam. Meskipun, syarak dengan kelebihannya sebagai agama yang penuh dengan kerahmatan namun perkara yang membabitkan jihad dan operasi berani mati sebenarnya adalah ke arah penyempurnaan maqasid ruh syarak itu sendiri. Ini tidak bermakna jihad dan operasi berani mati adalah satu kemestian dalam arus ketamadunan dan kebangkitan Islam bahkan ianya merupakan pilihan terakhir dalam perkembangan jihad Islam. Justeru itu, ada kebenaran dan kewajaran bahawa jihad dan operasi berani mati itu adalah dua eleman atau mekanisme yang menjana kekuatan maqasid ruh syarak dalam memastikan dan memartabatkan daruriyyat alkhams dalam siasah syar’iyyah bagi sesebuah pemerintahan negara Islam ( A.G. Noorani, 2009). Definisi jihad khusus li al-khusus dan jihad umum Setiap pelaksanaan operasi berani mati (khusus li al-khusus) adalah jihad dan bukan setiap jihad (jihad umum) iaitu operasi berani mati. Bagi menjelaskan lagi pengertian khusus li al-khusus dan jihad umum, maka seharusnyalah definisi ini dihuraikan dengan lebih lanjut seperti di bawah ini: Definisi jihad khusus li al-khusus adalah seperti berikut: Definisi jihad khusus li al-khusus iaitu usaha-usaha yang sungguh-sungguh berjihad di jalan Allah dengan mengorbankan dirinya secara pasti menggunakan senjatanya sendiri, bermaksud dan niat kerana Allah serta mendapat keizinan (akujanji) pemerintah turus tentera. Ini bermakna mereka yang ingin melakukan jihad bahagian ini semestinya mempunyai beberapa syarat seperti berikut di bawah ini: 1. Beragama Islam: Non muslim tiada kelayakan untuk berjihad kerana bukan ahli ibadat. 2. Baligh: Cukup umur atau dewasa.


175 3. Berakal atau siuman: Tidak gila. 4. Merdeka: Bukan hamba. 5. Orang lelaki dewasa. 6. Berbadan sihat dan tiada cacat yang teruk. 7. Mempunyai belanja yang cukup: Bekalan makanan, senjata dan seumpamanya. 8. Mendapat keizinan daripada kedua orang tuanya. 9. Orang yang mendapat keizinan dari si pemiutang, bagi orang yang berhutang. 10. Anggota elit atau komando atau gerak khas yang telah mendapat latihan yang cukup dan terlatih serta terpilih tetapi mempunyai hak untuk menarik diri untuk jihad khusus li al-khusus sahaja tetapi tidak ada hak tersebut untuk jihad umum yang melibatkan fardhu kifayah mengikut keadaan semasa dan rundingan dengan pemerintah turus tentera. 11. Pilihan sendiri bukan dipaksa melakukannya. 12. Membuat akujanji bertulis dengan pemerintah terus tentera yang mewakili pemerintah negara kerana ia merupakan soal hidup dan mati secara pasti. 13. Mengikuti kursus-kursus tertentu bukan tangkap muat “scape goat”. 14. Bukan tentera ihtiyati iaitu dipanggil mengikut keperluan semasa untuk mempertahankan negara dan bukan sepenuh masa. 15. Darurat. Definisi jihad umum adalah seperti berikut: Definisi jihad umum pula iaitu berjuang dengan bersungguh-sungguh di jalan Allah menentang dan membunuh musuh, boleh jadi akan dibunuh oleh musuh atau terbunuh serta bermaksud dan niat kerana Allah semasa misi jihad.


176 Manakala syarat-syarat jihad umum sama sahaja dengan syarat-syarat jihad khusus li al-khusus melainkan para kesepuluh hingga ke para lima belas. Ini bermakna terdapat lima syarat yang membezakan kedudukan mereka yang menyertai jihad khusus li al-khusus dan jihad umum semasa misi jihad berlaku. Ini bermakna kedua-dua definisi tersebut menjuruskan kepada pengertian jihad dari sudut syarak. Bahkan yang jelasnya jihad khusus li al-khusus sahaja yang dikaitkan dengan hubungan jihad fi sabilillah menepati ciri-ciri operasi berani mati. Ini adalah disebabkan persoalan jihad dan hubungannya dengan operasi berani mati merupakan sesuatu yang memerlukan pengorbanan jiwa secara khusus dan ianya amat sukar melainkan berbekalkan keimanan dan ketakwaan yang tinggi di samping rasa kecintaan terhadap Allah dan RasulNya. Justeru itu, jihad fi sabilillah bermakna jihad di jalan Allah lebih menjurus kepada pengertian istilah syarak dan sekaligus akan dikaitkan dengan pelaksanaan serangan atau operasi berani mati dengan mengambil kira pengorbanan dan perjuangan samada secara individu atau berkumpulan dalam konsep jihad. Justeru, hubungan jihad dan operasi berani mati mempunyai kaitan yang rapat dengan makna dan pengertian yang telah dibahaskan. Bahkan bermulanya sesuatu misi operasi berani mati itu bermakna satu misi jihad demi mencapai cita-cita syahid telah bermula pada masa yang sama. Tidak ada perasaan takut dan dukacita dalam jihad bahkan semua yang melibatkan diri dalam jihad mencintai syahid dan bercita-cita mahu mati kerana Allah telah berjanji jiwa-jiwa orang mukmin yang syahid dengan balasan syurga. Bahkan mereka yang secara langsung melibatkan diri dengan operasi berani mati dengan menggunakan kaedah dan metod tertentu sahaja mengorbankan jiwa mereka adalah jihad yang lebih agung (الجهاد ابلغ (atau (األكبر جهاد (sebagaimana yang disepakati oleh beberapa cendikiawan muktabar. Ini sudah tentu melalui syarat yang amat ketat dan keizinan pemerintah. Cuma pelaksanaan jihad itu adalah umum dan operasi berani mati adalah lebih unik dan khusus dari segi konsep dan metodnya (A.G. Noorani, 2009).


177 Kedudukan jihad fi sabilillah serta hubungan dengan operasi berani mati. Jihad fi sabilillah merupakan suatu pengorbanan yang memerlukan keimanan dan ketakwaan yang tinggi oleh para pejuang Islam untuk mencapai keredhaan Allah. Lebih setengah ayat al-Quran al-Madani (ayat yang di turunkan di kota Madinah) memperkatakan tentang jihad dan peperangan. Ini menunjukkan betapa pentingnya jihad dalam erti kata yang sebenarnya mengikut pengertian dari segi bahasa dan istilah syarak terhadap golongan umat Islam. Bahkan Rasulullah s.a.w sendiri telah menyertai jihad peperangan sebanyak dua puluh tujuh kali, manakala baginda mengutuskan pasra sahabatnya ke medan jihad peperangan sebanyak empat puluh tujuh kali (Mohd Johari Bin Hussain, 2003). Ayat-ayat al-Quran banyak memperkatakan jihad dalam istilah yang sering dinyatakan di dalam al-Quran serta bersama dengan istilah jihad iaitu “fi sabilillah” dan “al-Qital”. Namun begitu, memadai dengan huraian ringkas beberapa ayat daripada alQuran yang menunjukkan dalil pensyariatan jihad dalam Islam sebagai satu gambaran di mana hubungan jihad dan operasi berani mati dalam Islam dapat dikaitkan. Di antara firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisa’:74 74. Oleh itu, orang-orang (yang beriman) Yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). dan sesiapa Yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala Yang besar.


178 Merujuk kepada dalil tersebut, menunjukkan pelaksanaan jihad dan hubungan operasi berani mati merupakan satu tuntutan pengorbanan yang amat tinggi ganjaran di sisi Allah. Justeru itu, pengorbanan dalam jihad yang disebut Allah adalah dalam pelbagai bentuk samada harta benda atau jiwa (Mohd Johari Bin Hussain, 2003). Menurut Ibrahim Alfian (1987), pengorbanan jihad yang membawa kepada pengorbanan nyawa atau jiwa adalah amat besar ganjaran dari Allah samada ia gugur semasa berjihad umumnya atau jihad yang lebih khusus secara pasti dan yakin bahawa misi jihad dengan menawarkan diri untuk memilih operasi sebagai satu usaha terakhir yang mana tindakan sedemikian boleh membawa kemenangan kepada Islam. Maka itu adalah jihad yang paling besar di sisi Allah. Bahkan para pejuang, sekali pun mereka turut berganding bahu berjuang namun ianya tidak sama mereka yang berjuang melalui misi jihad operasi berani mati. Isu ISIS ISIL (Islamic State In Iraq and Lavent) atau juga dikenali sebagai ISIS (Islamic State In Iraq and Syria). Dua istilah ini terjadi apabila diterjemahkan dari nama arabnya “alDaulwh al-Islamiyah Fi al-Iraq wa al-Syam”. Syam secara mudahnya diterjemahkan kepada Syria tetapi secara sejarahnya meliputi Syria, Lebanon bahkan Palestin. Sebelum terbentuknya negara-negara tersebut selepas Perang Dunia Pertama, kawasan ini dikenali sebagai Levant atau Mediterranean Timur (Ar. Hj. Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf, 2014). Merupakan sebuah gerakan yang dikenali sebagai Islamic State In Iraq And Syria (ISIS) atau Islamic State Of Iraq And Levant (ISIL). Secara umumnya, nama gerakan tersebut adalah Islamic State (IS) yang tidak merujuk kepada mana-mana negara. Mereka bukan sahaja menentang puak Basyar bahkan memerangi kelompok yang tidak setuju dengan ideology keras mereka termasuklah Free Syrian Army (FSA) yang berjuang semenjak awal konflik (Nor Atika Shafinaz, 2015).


179 Ia menjadi sangat menarik apabila kumpulan ISIS yang dikatakan tidak lebih dari 1000 anggota mampu menghalau keluar lebih 30,000 tentera Iraq yang dilatih oleh Amerika. Bahkan tentera Iraq dikatakan lari lintang-pukang meninggalkan senjata dan kenderaan tentera. Keanggotaan ISIS di seluruh Iraq pada akhir 2012 dianggarkan hanya 2500 orang. Lebih menghairankan, kumpulan ISIS yang dikatakan sedikit itu terus mara dengan pantasnya menguasai utara dan barat Iraq. Dalam masa seminggu mereka telah berada di sekitar Baghdad, hampir 400 km dari Mosul. CNN pada 18 Jun 2014 melaporkan pertempuran dengan ISIS berlaku di Baquba ,40 minit dari Baghdad. Hampir semua media utama banyak memberi liputan kepada kejayaan ISIS `menguasai’ bandar-bandar Iraq diselang-seli dengan imej ISIs sebagai golongan pengganas yang kejam, memotong kepala dan anggota badan, membunuh orang awam tanpa sebab serta melaksanakan `undang-undang Islam yang ketat dan tidak berperikemanusiaan. Sejarah ISIS Kebanyakkan analisa mengatakan ISIS berasal dari kumpulan `al Qaeda in Iraq’ (aQI) yang ditubuhkan setelah Amerika menakluk Iraq pada 2003. Diketuai oleh Abu Musab Al Zarqawi, yang berasal dari Jordan, aQI mengambil pendekatan yang keras bahkan kekadang menyalahi syara’ seperti membunuh secara kejam tanpa bicara bagi sesiapa yang disyaki menjadi tali-barut Amerika atau cuba menggagalkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Iraq dengan menculik dan membunuh aktivis kemanusiaan serta melakukan serangan untuk melagakan Sunni dan Syiah di Iraq. Fahaman mereka yang keras langsung menolak Syiah sebagai kafir. Tindakan ekstrim ini menyebabkan mereka ditolak oleh rakyat Iraq bahkan tidak dipersetujui oleh pimpinan Al Qaeda Global (aQG) termasuk Osama bin Laden sendiri. Hubungan aQI dengan aQG mulai renggang dan akhirnya diputuskan pada Februari 2014. Zarqawi terbunuh dalam serangan udara Amerika pada Jun 2006 dan diganti oleh Abu Ayyub Al Masri yang kemudiannya menguna-pakai nama Islamic State of Iraq (ISI).


180 Namun Abu Ayub pula terbunuh dalam operasi US-Iraq pada April 2010. Kepimpinan ISI diganti oleh Abu Bakar al Baghdadi yang kini menjadi ketua ISIS. Apabila krisis Syria bermula pada 2011 dan sempadan Syria-Iraq yang tidak terkawal akibat perang, ISI meluaskan cita-citanya ke Syria dan mula mengguna-pakai nama `Islamic State in Iraq and Syria’ (ISIS). Namun kemasukan ISIS ke Syria tidak dipersetujui oleh kumpulan Jabat An Nusra yang mewakili alQaeda Global di Syria. Kedegilan ISIS membawa kepada pertempuran antara kedua pihak dan menyebabkan ISIS semakin terasing di kalangan mujahidin Iraq dan Syria (Ar. Hj. Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf, 2014). Apakah agenda mereka? Media antarabangsa cuba menggambarkan kemenangan ini adalah kemenangan satu puak yang esktrim (ISIS) adalah jelas; untuk menimbulkan kemarahan dunia kepada revolusi rakyat dan cuba merencatkannya. Apabila dunia melihat kebangkitan rakyat Iraq sebagai pengganas dan ektrimis, maka mudah saja untuk kuasa luar campur tangan dan membantu kerajaan Maliki menekan kebangkitan rakyat. Amerika dan Rusia telah menghantar kapal terbang pejuang untuk membantu tentera Maliki. Tentera elit Iran pula dilaporkan telah memasuki Iraq untuk sama-sama menyekat kebangkitan rakyat. Kerajaan Maliki cuba menggambarkan semua keganasan dan kezaliman berpunca dari ISIS dan semua umat Sunni adalah ISIS. Masyarakat dunia tidak akan membantah kerana mereka dilihat sebagai menentang kumpulan pengganas dan ektrimis. Struan Stevenson juga melaporkan “dakwaan ini bukanlah kerana salah-faham bahkan jelas mempunyai niat yang jahat. Atas nama menentang keganasan, Maliki dan regim Iran cuba membuat alasan untuk campurtangan Tentera al Quds dari Iran dan penaklukan Iraq oleh tentera Pengawal Republikan Iran. Pada masa yang sama mereka mahukan campurtangan tentera Amerika menyebelahi Maliki.” Pada 12 Jun, Wall Street Jounal melaporkan 3 batalions tentera elit al Quds telah dihantar membantu tentera Iraq. Satu battalion telah telah menyertai pertempuran bersama tentera Iraq dan membantu menawan semula sebahagian besar bandar Tikrit pada hari Khamis. Manakala 2 batalion lagi ditugaskan mempertahankan Baghdad dan tempat suci Syiah di Karbala dan Najaf (Ar. Hj. Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf, 2014).


181 Secara kesimpulannya, sejak tahun 2006, ISIS memiliki kekuatan tentera yang besar dan menjadi organisasi tentera terkuat di Iraq. Mereka mempunyai pengaruh yang luas serta menghimpunkan para pasukan dengan teliti. Akan tetapi perjuangan yang mereka bawa atas dasar mempertahankan agama Islam merupakan jihad yang tidak dibenarkan kerana mempunyai kekejaman yang sama sekali tidak diajar oleh Islam. Keganasan ISIS Rekod penglibatan ISIS dalam keganasan sangat panjang. Bermula dari alQaeda in Iraq, kemudiannya Islamic State of Iraq dan seterusnya menjadi Islamic State in Iraq and Levant, sikap melampau ISIS dan keganasan mereka semakin jauh dari Islam. Samada dalam bentuk pengeboman kereta ditempat awam, pembunuhan tokoh dan ulama’, penculikan wanita dan aktivis kemanusiaan, hukuman tanpa bicara, pembunuhan kejam dengan memeotong kepala dan menembak mangsa yang tidak berdaya – senarai kekejaman mereka hampir tiada penghujung. Pada 25 Oktober 2009, pengeboman di Baghdad membunuh 155 nyawa dan mencederakan lebih 720 orang. Pada 8 Disember sekali lagi Baghdad dibom membunuh 127 nyawa dan mencederakan 448 orang. ISIS, atau ketika itu ISI, mengaku bertanggungjawab. ISIS juga tidak teragak-agak untuk membunuh sesiapa saja, termasuk ulama’, yang menentang mereka. ISIS dipercayai terlibat dalam serangan bom chlorine pada March 2007 yang membunuh 8 dan ratusan cedera di Fallujah dan Ramadi dimana pemimpin tempatannya menentang aQI. Sebulan sebelumnya satu letupan bom berhampiran sebiah masjid di Fallujah telah membunuh 35 orang. Imam di masjid tersebut diketahui menentang ISIL. ISIL juga didakwa membunuh pemimpin kumpulan mujahiddin lain yang mereka. Mereka juga dipercayai terlibat dalam serangan bom sebuah masjid di Baaquba yang membunuh 28 orang termasuk pemimpim kumpulan Hamas of Iraq dan 1920 Brigades. ISIL juga cuba melagakan antara golongan Sunni dan Syiah dengan menyerang tempat suci golongan Syiah (Ar. Hj. Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf, 2014).


182 Apa itu G25? G25 merupakan sekumpulan pesara kakitangan awam yang akhir tahun lalu menulis surat terbuka kepada kerajaan merayu kembali kepada kesederhanaan dan diadakan dialog rasional mengenai kedudukan dan penerapan Islam dalam undang-undang dan dasar Negara (Anisah Shukry, 2015). SURAT TERBUKA G25 Berdasarkan surat terbuka daripada G25, mereka menunjukkan keprihatinan dan kebimbangan mengenai perbalahan berterusan berhubung kedudukan dan amalan undang-undang Islam di negara ini. Bagi G25, perbalahan yang berlangsung sekarang ini tidak memberikan gambaran dan pemahaman yang jelas mengenai kedudukan undangundang Islam dalam kerangka demokrasi berparlimen. la juga mencerminkan keruntuhan pembahagian kuasa di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam bidang perundangan sivil mahupun perundangan jenayah. Menurut pemerhatian mereka institusi-institusi agama kelihatan bertindak di luar bidang kuasa mereka, misalnya dengan mengeluarkan pelbagai fatwa yang bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan serta tidak menepati proses demokratik dan proses konsultatif “syura”. Di samping itu, semakin banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berhaluan kanan dengan sewenang- wenangnya menuduh pihak-pihak yang berani bersuara sebagai anti-Islam, anti-institusi Beraja dan anti-Melayu. Mereka berasa bimbang dengan kenyataan-kenyataan yang dikel kan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom terhadap utusan Mahkamah Rayuan berhubung dengan hak golongan transgender berpakaian mengi identiti mereka. Beliau dalam kenyataannya menyifatkan tindakan komuniti transgender yang memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keesahan peruntukan Seksyen


183 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 sebagai satu “gelombang tentangan bentuk baru terhadap Islam” dan merupakan satu cubaan untuk “memesongkan akidah umat Islam” di Malaysia (http://www.mstar.com.my/berita/beritasemasa/ZO14/12/08/ ). Tambahan lagi, menurut ahli G2S, terdapat pelbagai isu penting yang memerlukan perhatian dan kepimpinan perdana menteri serta sokongan semua ahli Kabinet dan rakyat Malaysia. Antaranya: i). Sistem perundangan plural yang telah sekian lama menimbulkan pelbagai konflik dan pertindihan antara undang-undang sivil dan syariah. Keperluan segera untuk menilai kembali Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia. Undang-undang berkenaan yang mengkanunkan pelbagai “dosa peribadi” sebagai jenayah telah membawa kepada kekeliruan dan percanggahan dari aspek substantif serta pelaksanaan. Undang-undang ini bercanggah dengan prinsip perundangan Islam dan melanggar kebebasan asasi manusia serta menceroboh kehidupan peribadi rakyat. Pada tahun 1999, Kabinet telah mengarahkan Jabatan Peguam Negara untuk menilai semula Undang- undang Jenayah Syariah. Walaubagaimanapun, sehingga kini undangundang tersebut masih dikuatkuasakan dan telah menyebabkan banyak berlakunya ketidakadilan, membawa kepada kemarahan orang ramai, perbalahan tentang bidang kuasa dan hak menuntut semakan kehakiman, dakwaan penyalahgunaan kuasa, diskriminasi gender serta kematian dan kecederaan yang berpunca daripada serbuan terhadap kesalahan akhlak (moral policing). ii). Kurangnya kesedaran di kalangan orang ramai, termasuk pemimpin tertinggi, terhadap aspek perundangan dan had bidang kuasa institusi agama dan pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi dan mana-mana undang-undang yang digubal, termasuk undang-undang Islam, tidak boleh bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, khususnya


184 perkara berkaitan kebebasan asasi manusia, pembahagian bidang kuasa di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta prosedur legislatif. Semua Akta, Enakmen dan undang-undang kecil, termasuk fatwa, adalah tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan terbuka untuk disemak oleh badan ke kehakiman. iii). Perlunya memastikan hak rakyat membahaskan bagaimana agama Islam digunakan sebagai Sumber undang-undang dan dasar awam di negara ini. Perundangan Islam di Malaysia digubal oleh badan eksekutif dan dilulus oleh badan perundangan. Sumber undang-undang Islam termasuklah yang suci seperti Al-Quran dan sunnah, serta usaha manusia seperti fiqah dan adat. Proses penggubalan undang-undang ini melibatkan kebijaksanaan dan keputusan oleh manusia biasa. Maka ia terbuka untuk dibahaskan supaya matlamat keadilan dapat ditegakkan. iv). Perlunya mempertingkatkan kesedaran mengenai kepelbagaian yang wujud dalam pentafsiran teks dan ilmu feqah. Ini termasuk kaedah-kaedah perundangan yang memungkinkan reformasi berlaku dan prinsip kesaksamaan dan keadilan ditegakkan, seiring dengan perubahan kini, khususnya dalam aspek tuntutan, peranan dan kedudukan wanita dalam keluarga dan masyarakat. v). Perlunya perdana menteri menekankan kepimpinannya disamping melantik pemimpin-pemimpin yang berupaya menghidupkan budaya debat dan wacana yang terbuka dan koheren berhubung dengan pentadbiran undang-undang Islam di negara ini, ke arah memastikan keadilan. Isu-isu ini mungkin dianggap rumit tetapi apa yang ingin ditekankan ialah, sebagai Muslim berpegang bahawa undang-undang Islam, lebih daripada undang-undang sivil, perlu mencapai standard tertinggi dalam hal keadilan kerana ia berdasarkan hukum Allah. Lantaran itu, mana-mana pihak yang bertindak atas nama lslam menerusi pentadbiran undang-undang Islam perlu memikul tanggungjawab untuk memastikan keadilan bukan sahaja dilaksanakan bahkan dilihat ia ditegakkan (http://www.mstar.com.my/berita/beritasemasa/ZO14/12/08/ ).


185 Selain itu, berdasarkan kenyataan daripada Datuk Noor Farida Ariffin berkata, cadangan untuk memansuhkan hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan. Menurut beliau, dengan berpandukan pada prinsip Perlembagaan, kumpulan tersebut menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwatjika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu. Menurutnya, perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan Allah kecuali jika dilakukan di kawasan awam, namun Malaysia adalah satu-satunya negara yang menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan itu. Antara yang dicadang untuk dimansuhkan ialah hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan (Rodelio Junjun Taucan. 2015/Utusan Online/7 Disember). Kesimpulannya, suara kebimbangan serta keprihatinan G25 sebenarnya merupakan suatu yang tidak boleh diterima dari sisi syarak yang mana membabitkan isu akidah dan sebagainya. Sebagai contoh perihal menyuarakan berkenaan “dosa peribadi” yang tidak boleh dicampur tangan kononnya menggangu hak kesejahteraan manusia seperti pertukaran jantina adalah salah di sisi Islam. Pihak berkuasalah yang sepatutnya bertindak tegas bagi menghalang isu mengubah ciptaan Allah ini. Andai dosa peribadi ini dibiarkan, pastilah akan mendatangkan kesan lebih buruk terhadap akidah generasi akan datang. PELAKSANAAN JIHAD TERHADAP ISU UMMAT. Akhir zaman ini terlalu banyak isu-isu umat yang didedahkan oleh media. Kita hamba Allah yang telah diamanahkan olehnya sebagai khalifah perlu memakmurkan bumi di atas jalan lurusnya. Apakah peranan kita dalam menghadapi rintangan sebegini? Di sini terdapat beberapa pelaksanaan untuk menangani isu-isu umat antaranya ;


186 JIHAD MENYAMPAIKAN DAKWAH KE SELURUH ALAM 125. serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk. Dakwah merupakan jihad yang sangat dituntut pada zaman ini. Jihad menyampaikan seruan Ilahi perlu disebarkan dengan menggunakan seluruh bahasa yang ada yang termampu bagi menerangkan hakikat, asas dan matlamat dakwah serta bagi menepis segala tuduhan yang dilemparkan oleh umat Islam. Isu-isu yang melibatkan umat Islam mendatangkan lagi banyak perspektif buruk dari penganut agama lain. Kita sebagai daie harus membetulkan situasi sebegini kerana semakin kuat jalan dakwah dilakukan semakin faham pengetahuan sesebuah masyarakat tersebut. Dakwah itu dilaksanakan untuk mengajak dan menyeru manusia kepada kebenaran, bukannya malah menjauhkan mereka dari kebenaran. Dakwah itu ditegakkan untuk mendekatkan manusia kepada kebaikan bukannya malah melarikan mereka dari kebaikan. Dakwah ke jalan Allah merupakan suatu hal yang paling penting, dan bahawasanya umat di setiap zaman dan tempat benar-benar sangat memerlukan kepada dakwah. Dakwah adalah wajib bagi ahli ilmu dan iman, dan bagi para penerus Rasul untuk tetap menegakkan kewajiban ini dan saling bahu membahu di dalamnya. Mereka wajib menyampaikan risalah Allah kepada hamba-hamba-Nya dan janganlah takut dengan celaan para pencela dan jangan pula pilih kasih di dalam dakwah hanya kepada


187 orang tua, anak kecil, orang kaya atau orang miskin saja, namun hendaklah mereka menyampaikan perintah Allah kepada semua hamba-Nya sebagaimana yang Allah turunkan dan syariatkan. Jihad menyampaikan dakwah merupakan kepentingan agama kerana Islam memerlukan kekuatan manusia yang mana diketahui bahawa manusia mempunyai tugas dan peranan yang sangat penting dalam penyebaran risalah. Oleh kerana itu, agar tugas dan peranan itu dapat berhasil dengan baik haruslah di dukung dengan kekuatan jihad. Jihad menyampaikan ajaran Al-Quran dan melakukan peperangan terhadap orang kafir, musyrik dan munafik terutama pada masa awal Islam merupakan suatu ujian berat yang harus dihadapi dengan penuh kesabaran, terlebih lagi menghadapi mereka yang terus menentang dan mengancam keamanan diri dan agama ( Rohimin, 2006). JIHAD MENGUBAH SISTEM YANG BERTENTANGAN DENGAN ISLAM. Maksudnya: Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, supaya Engkau menghukum di antara manusia menurut apa Yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah Engkau menjadi Pembela bagi orang-orang Yang khianat. Berdasarkan ayat tersebut, Allah s.w.t memberi isyarat yang jelas bahawa antara objektif Al-Quran diturunkan adalah sebagai petunjuk termasuklah menyentuh berkenaan dasar pemerintahan negara.. Walau bagaimanapun, realiti hari ini kebanyakan Al-Quran bersifat umum dan hanya menyentuh sesuatu perkara yang hanya secara terperinci sahaja. Sebaliknya, hanya terdapat sedikit sahaja yang menggunakan ayat Al-Quran yang terperinci dan mufassal. Biasanya hanya terdapat di dalam hal-hal yang berkaitan akidah, ibadah, kekeluargaan, warisan dan jenayah.


188 Sesungguhnya Allah swt telah mengatur jalan hidup setiap umatnya dengan baik sekali. Sistem Islam yang telah dilakarkan di dalam Al-Quran secara terperinci menuntut kita supaya tunduk akan ajaran sistem Islam yang mana akan menjamin diri, keluarga, masyarakat serta manusia segajat terhadap keamanan kehidupan. Akan tetapi berapa ramai sahaja yang mengikut perintah Allah dengan sistem Islam. Kesannya mendatangkan banyak keburukan seperti timbul perbalahan, isu-isu umat Islam yang semakin krisis dan sebagainya. Jihad dalam mengembalikan sistem Islam merupakan amanah Allah terhadap hambahambanya. Syed Qutb berpendapat menunaikan amanah syahadat terhadap agama Islam iaitu berusaha melaksanakan di bumi ini sebagai suatu cara hidup bagi umat Islam dan juga seluruh manusia. Menurut beliau, usaha melaksanakan peraturan Islam dalam kehidupan manusia merupakan amanah yang paling besar selepas keimanan seseorang kepada Allah. Perkara yang paling asas dalam proses melahirkan pemerintahan Islam ialah “soal kepimpinan”. Pemimpin bertanggungjawab melaksanakan segala perintah Allah kerana kekuasaan dibawahnya. Inilah jihad yang perlu melaksanakan kebaikan dan mencegah kemungkaran dengan penuh keimanan. Dalam usaha mendapatkan kuasa serta menubuhkan kerajaan ialah dengan melaksanakan hukum Allah di bumi ini. Tambahan lagi, jihad ini bertujuan menegakkan kebenaran diantara rakyat dengan pihak pimpinan dan di antara rakyat dengan sesama rakyat hatta antara rakyat Islam dengan bukan Islam. Pokoknya, pemimpin haruslah memainkan peranan penting dalam mendokong keadilan. Dengan ini, orang awam akan menikmati hidup yang selesa di bwah payung kebenaran yang betul dan menepati teori dan amalan (Abdul Monir Yaacob, etl, 2000).


189 Jihad mengubah sistem-sistem yang bertentangan dengan Islam secara jelas, yang mana jihad di dalam negara umat Islam bagi menetang pemerintah yang terpisah daripada umat Islam, yang kufur dengan risalah, kebudayaan, pensyariatan dan tamadun Islam. Mereka menjadi tali barut kepada umat lain, mengikut cara mereka sedikit demi sedikit. Islam tidak lagi menjadi rujukan dan sumber pemerintahan mereka. Pensyariatan Islam tidak lagi menjadi pengawal kepada pemerintahan mereka untuk mematuhi segala arahan syariat dan menjauhi segala larangan syariat serta melampau batas-batas syariat. Etika dan konsep kefahaman Islam tidak lagi menjadi penghukum kepada pemikiran dan tindak tanduk mereka ( Prof.Madya Dr.Rejab Abu Meleh, 2014). Oleh itu, jika diteliti dengan mendalam pelaksanaan jihad mengembalikan sistem Islam merupakan salah satu cara yang dapat meyelamatkan masyarakat sejagat daripada timbulnya isu-isu umat yang semakin bercambah dari hari ke hari. Ini kerana Allah telah menjanjikan bahawa hukum Islam pelaksanaanNya merupakan jalan menempuh keamanan yang makmur. Kita sebagai khalifah di muka bumi ini harus bersama-sama membantu umat dalam memberikan kesedaran supaya masa depan Islam tidak tercemar. JIHAD MELALUI PENDIDIKAN. Bagi menangani isu umat Islam, kita haruslah memberikan kefahaman yang lebih jelas tentang konsep jihad itu sendiri. Ini bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan yang ampuh dalam melahirkan insan yang sempurna dalam tarbiyyah Islamiyyah. Jihad melalui pendidikan ini dapat membina kesedaran yang mana mampu menggunakan ilmu ke jalan yang benar. Jihad melalui pendidikan ini boleh melalui banyak cara iaitu seminar, halaqah, pendidikan yang terbuka di masjid dan lain-lain.


190 Agama Islam amat memandang tinggi kepada kesepaduan di antara jihad dan ilmu. Melalui jihad ilmu, manusia diminta untuk mencari ilmu pengetahuan yang diredhai oleh Allah dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Islam juga menghendaki umatnya untuk memiliki ilmu pengetahuan, baik ilmu pengetahuan agama maupun ilmu pengetahuan umum. Dalam pandangan Islam, jihad ilmu itu dianggap sebagai satu aspek yang suci dan mempunyai martabat yang tersendiri sebagai inti pati pembangunan modal insan. Yusuf al-Qaradawi memberikan beberapa contoh bentuk jihad pendidikan yang boleh dilakukan umat Islam dalam membangunkan modal insan, antaranya adalah menulis dan menerbitkan penulisan tentang Islam untuk menangkis dakyah-dakyah penulisan daripada pihak anti Islam dan menyebarkan tulisan yang boleh membongkarkan kebohongan dan keraguan yang ditimbulkan oleh para musuh Islam serta mengajarkan agama Islam kepada para pemeluknya adalah jihad fi sabilillah, membantu para da'i muslim yang menghadapi kekuatan musuh Islam di mana kekuatan itu dibantu oleh para thaghut dan orang-orang murtad disamping, membimbing para pemuda Islam kepada ajaran Islam yang benar serta melindungi mereka dari pengaruh ateisme, kecelaruan akidah, keruntuhan akhlak serta menyiapkan mereka untuk menjadi pembela Islam dan melawan para musuh Islam ( Rohizan Ya, etl, 2011) . PERANAN MEDIA MASSA Media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian masyarakat. Ia merupakan agen sosialisasi dan memainkan peranan penting di dalam menanam dan menggalakkan amalan-amalan jihad di dalam masyarakat. Media massa mampu mencorakkan hati budi, mentaliti dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24 jam. Media massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme, budaya komersial yang melampau, faham kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berpoya-poya. Media massa


191 hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras dengan nilai-nilai akhlak Islam. Tambahan lagi, para petugas media massa hendaklah meningkatkan rasa akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan nilai-nilai luhur seperti kebenaran, kejujuran dan sebagainya. Para pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti ibubapa, guru, pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam mengarah, membimbing, meningkatkan rasionaliti, kematangan dan kewaspadaan serta keupayaan memilih siaran yang lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh anak-anak atau orang-orang yang di bawah jagaan mereka. Selain itu, media massa juga sebenarnya boleh menjadi wahana "cultural domination dan imperialisme" melalui berbagai saluran teknologi maklumat yang canggih seperti internet, multimedia dan sebagainya. Melalui peranan yang dimainkan oleh pihak media massa dengan cara yang betul, pembangunan modal insan bagi umat akan dapat dilahirkan dalam masyarakat. Ini bukan sahaja dapat membangunkan jati diri individu yang dipenuhi sifat-sifat mulia malahan turut menghasilkan produktiviti yang berkualiti dalam masyarakat itu sendiri disamping akan menangkis daripada timbulnya isu-isu umat yang mendatangkan kesan buruk terhadap masyarakat Islam terutamanya (Rohizan Ya, etl, 2011). KESIMPULAN Secara kesimpulannya, jihad bererti seorang muslim yang mencurahkan tenaga dan kekuatan bagi menentang kejahatan dan membuang kebatilan bermula daripada membuang kejahatan dalam diri dengan menolak godaan-godaan syaitan. Manakala yang keduanya, jihad dengan menentang kejahatan yang berlaku dalam masyarakat


192 sekelilingnya dan berakhir dengan jihad menentang kejahatan di mana ia berada sekadar mana yang termampu. Sejarah Rasulullah SAW di Kota Mekah dan Madinah juga cukup untuk menjadi bukti bahawa keputusan tentang jihad hanya berada di bawah kuasa pemerintah dan tidak harus untuk menjerumuskan orang Islam ke dalam bahaya yang akibatnya tidak diingini. Tambahan lagi, umat Islam amat perlu mendalami ilmu kerana ia sebenarnya sebahagian daripada jihad. Dengan ilmu dan kefahaman yang sahih, sudah tentu dapat menjadikan sifat dan watak Muslim sejati yang layak menjadi khalifah Allah di muka bumi. Dapat dilihat betapa pentingnya menuntut ilmu sehingga Allah memasukkannya sekali dengan jihad seperti yang terdapat dalam Surah al-Taubah ayat 122: Maksudnya: “Dan tidak sepatutnya bagi orang-orang yang beriman itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi daripada setiap golongan di kalangan mereka beberapa orang untuk mendalami pengetahuan tentang agama dan supaya mereka dapat memberi peringatan kepada kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang itu kembali kepada mereka. Mudah mudahan mereka itu dapat menjaga diri mereka (dari melakukan larangan Allah).” Oleh yang demikian, jihad terhadap isu umat seperti isu pengeboman berani mati, isu ISIS, isu G25 dan sebagainya harus diteliti dan dilaksanakan mengikut kaeadah pelaksanaan jihad yang terbaik yang telah dijelaskan sebelum ini. Pemimpin memainkan peranan yang sangat besar dalam melaksanan jihad sebegini. Tambahan lagi, jihad perlu diberi pengertian yang sebenar di samping melihat aulawiyyat-nya dan hendaklah mengikut situasi dan perkembangan masa kini kerana sifat Islam sesuai sepanjang zaman, tempat dan masa. Begitu juga jihad mempunyai pembahagiannya yang banyak yang perlu diberi perhatian yang khusus oleh pemerintah, para ulama, ibu bapa dan juga masyarakat. Dengan ini, jihad seharusnya difahami dan direalisasikan oleh umat Islam, terutamanya dalam menghadapi arus globalisasi dan penindasan baru yang melanda masyarakat dan negara Islam sekarang.


193 RUJUKAN AL- Quran al-Karim Dr. Yusuf Al-Qaradhawi (terjemahan : Fauwaz Fadzil). 2013. Fiqh Jihad. Selangor : PTS Islamika Sdn. Bhd. Abu Azka Al Madani & Harun Arrasyid Hj Tuskan. 2012. 70 Wanita Terbilang di Zaman Nabi Muhammad SAW. Selangor : Al-Hidayah Publication. Syaikh Abdul Gaffar Hasan. 2009. Hak dan Kewajipan Wanita Dalam Islam. Maret : Maktabah Raudhah al Muhibbin. Muram binti Shalih Al-Athiyyah (terjemahan: Wafi Marzuki ‘Ammar). Jihad Seorang Wanita Dalam Membela Islam. Ummu Muhammad. 2009. Peran Wanita Dalam Islam. Indonesia : Islamhaouse.com. Andi Anirah. 2012. Peran Strategis Perempuan Dalam Masyarakat. Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri (Stain). Datokarama Palu Fauwaz Fadzil Noor. 2012. Wanita Muslimah Alternatif Terkini. Kuala Lumpur : As-Sohwah Enterprise. http://majlistalimsurabaya.my/2013/03/perempuan-dan-jihad A.G. Noorani. 2009. Islam Dan Jihad (Prasangka atau Kenyataan). Kuala Lumpur: Smart Print & Stationers Sdn. Bhd. Ab. Mumin Ab. Ghani dan Nor `Azzah Kamri. t.th. Pembiayaan Keusahawanan Mengikut Prinsip Islam: Suatu Tuntutan Jihad. Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan1. Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam: Universiti Malaya Abdul Hafiz Hj Abdullah, Nasrul Hisyam Nor Muhamad, Ahmad Shukri Yusof & Rohayati Derani. 2006. Persepsi Ibubapa Terhadap Faktor-faktor Keruntuhan Akhlak Remaja Islam Kini: Satu Tinjauan di Taman Aman Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Prosiding Seminar Tamadun Islam Tentang Pembangunan Modal Insan Peringkat Kebangsaan: hlm184-193.


194 Abdul Monir Yaacob,etl. 2000. Pemerintahan Islam Dalam Masyarakat Majmuk. Kuala Lumpur. Institusi Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Hlmn 21, 303. Abdul Rahman Haji Abdullah. 1987. Pemikiran Islam Masa Kini. Kuala Lumpur: Dewan Abdul Salam Yussof. 2003. Imam Al-Ghazali Pendidikan Berkesan. Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Abu Iman Muhamad Hakimi Bin Hussain. Gerakan Islam Dalam Menghadapi Mehnah Semasa. Koleksi Kertas Kerja, Siri Wacana Pemuda Islam: Cabaran Aqidah Perjuangan. Ahmad Mohd Salleh dan Mohd Farid Hafidz Ahmad. 2007. Islam Agama Rabbani Dasar Pendidikan Islam Teras. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Al-Alusi , Ruh al-Ma’ani fi Tafsir al-Quran al-Quran al-Azim wa al-Sab’ al-Mathani, j. 2, Beruit, Dar IHya ‘ al-Turath al’Arabi, t.t, hlm 111. Al-Attas, Syed Muhammad Naquib, 1993. Islam and Secularism. Kuala Lumpur: ABIM, cetakan semula ISTAC, Risalah Untuk Kaum Muslimin. (2001), Kuala Lumpur: ISTAC. Al-Bahi, Muhammad. 1971. Al-Fikr al-Islami fi tatawwurih. T.tp: Dar al-Fikr. Ali Muhammad Juraishah. Asalib al-Ghazw al-Fikr li’ Alam al-Islamiyy. Dar al-I’tisam. Al-Tabari, Jami’ al-Bayan’ an Ta’wil Ay al-Quran,j.3, Mesir,Muhammad s.a.e Mahmud alHalaby,1993, hlm. 355. Al-Tabarsi, Majma’ al-Bayan fi al-Quran, j. 1, T.T.P, Syarikah al- Ma’arif al-Islamiyyah, 1339,hlm. 355. Al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf’an Haqa’iq Ghawamid al-Tanzil wa ‘Uyun al-Aqawil fi Wujuh al-Ta’wil, j. 1,Mesir, Maktabah Mustafa Muhammad s.a.w 1972, hlm. 341. Amar Ma'ruf Nahi Mungkar Menurut Hukum Islam - almanhaj.or.id.html, Ustadz Kholid Syamhudi, Jumat, 16 April 2010


195 Amat Juhari Moain, Ann Wan Seng. 2011. Setiap Kamu Adalah Pendakwah. Kuala Lumpur. Must Read Sdn. Bhd. Anisah Shukry, 2015, http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anak-tun-dr-ismailceritakan-saat-g25-tolak-pelawaan-dr-mahathir-muhyiddin, 8 November. Arifin Mamat. 2008. Pendekatan al-Quran Dalam Pembangunan Modal Insan. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri ke-6: hlm 29-34. Asmawati Suhib. 2005. Pemantapan Komponen Akhlak Dalam Pendidikan Islam Bagi Menangani Era Globalisasi.Jurnal Kemanusiaan. Fakulti Pengurusan dan Sumber Manusia. Universiti Teknologi Malaysia. bil 6: 95-103. Asming Yalawae. 2006. Penghayatan Sikap Membaca Antara Pencetus Modal Insan Yang Dapat Membangun Tamadun Umat. Prosiding Seminar Tamadun Islam Tentang Pembangunan Modal Insan Peringkat Kebangsaan: hlm 42-49. Asy-Syaukaniy, Fathul Qadir, 1/450. Awang Sariyan. 2009. Peranan bahasa dalam pembinaan insan dan pembangunan masyarakat hadhari. Jurnal Hadhari Bil. 1 (2009) 1-29. Azhar Wahid dan Zawawi Jahya. 2009. Pendidikan Membangunkan Modal Insan. Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Choudhury, M.A. 1986. Contributions to Islamic Economic Theory: A Study in Social Economics. Hong Kong: The MacMillan Press Ltd.Disember. Dr Majdi Al Hilali. 2014. Denyut Nadi Dakwah. Seri Kembangan.Selangor. Dr. Hj. Enizar. 2007. Jihad the Best Jihad For Moslems: Amzah. Dr. Muhammad Umar Bazamul,t.t, makalah Dhawabith Jihaad fi as Sunnah an Nabawiyah kitab ar Radd ‘ala al Akhna-i, Ibnu Taimiyah. Dr. Yusuf Qardhawi. 2011. Ringkasan Fikih Jihad. Pustaka Al-Kautsar, Jakarta.


196 Fuadah Johari dan Khairul Hamimah Mohammad Jodi. 2006. “Perlaksanaan Jihad Ekonomi: Tinjauan Dari Sudut Sikap Menurut Perspektif Islam”. Prosiding Persidangan Kebangsaan Industri Kecil dan Sederhana Universiti Utara Malaysia (UUM). Hml. 9-20. Fuadah Johari, Abdul Hadi Ismal dan Sollehudin Mohd Shuib, tth. “Jihad Ekonomi dalam Perbankan Islam: Tinjauan Terhadap Musharakah Mutanaqisah sebagai Instrumen pembiayaan perumahan secara Islam”. Haji Yahya Othman. 2012. ‘Amal Jama’I (Pengertian & Tuntutannya). Cetakan Ketiga. Shah Alam, Selangor. Dewan Pustaka Fajar. Hamzah Ismail dan Shahbari Salamon. 1982. “Ke Arah Perlaksanaan Sistem Ekonomi Islam Di Malaysia”. Kertas Kerja Seminar Intelek Islam di Malaysia, ke-2. Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah (PBMITT). Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Haris Abd. Wahad. 2010. Kesejahteraan Sosial Dan Pembangunan Komuniti: Pendekatan Dan Indikator. Jabatan Pentadbiran Dan Keahlian Sosial, Universiti Malaya. Haron Din. 2007. Islam Jihad Sebagai Survival Insan. Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hasan, Surtahman Kastin. 1990a. Masalah Ekonomi Dan Alam Sekitar, Penyelesaian Islam. Bandar Baru Bangi: Penerbit Karyawan. Hasan-uz-Zaman. 1979. The Objective of Economics Policy. majalah Islamiyah. Jil. 3/81. Hlm. 13-22. Husain Shahatah. t.th. Jihad Ekonomi : Boycott Israel Ibn Manzur,Lisan al’Arab,,(Beirut, Dar Sadir, hlm 134-136. Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah. 2000. Zadul Ma’ad; Bekal Perjalanan Ke Akhirat, Bab Ketiga: Jihad Dan Peperangan. Pustaka Azzam. Ibrahim Alfian. 1987. Perang Di Jalan Allah. Jakarta: Pustaka Sinar Harapan.


197 Jaffary Awang & Kamarudin Salleh. 2008. Pemikiran Islam Semasa PY 1212. Bangi: Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat. 2014. Manhaj Usrah PAS Peringkat Ta’rif 1. Cetakan Ketiga. Kuala Lumpur. Mannan, A. Abdul. 1989. Ekonomi Islam: Teori dan Praktis. Jil. I. Kuala Lumpur: A.S. Noordeen. Masturi Irham, etl. 2011. Ringkasan Fikih Jihad Dr Yusuf Al-Qardhawi. Jakarta. Pustaka AlKautsar. Hlmn 10. Mohd Fadli Ghani. 2009. Mutiara 2 Tok Guru Membangun Ummah. Cetakan Kedua. Batu Caves, Selangor. Nufair Street Sdn. Bhd. Mohd Johari Bin Hussain. 2003. Operasi Berani Mati Syahid Menurut al-Siasah al-Syariah, Jabatan Siasah Syariah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Malaysia Kuala Lumpur. Mohd Kamil Abd Majid dan Rahimin Affandi Abd Rahim. 2009. Perubahan Soaial Dan Impaknya Terhadap Pembentukan Modal Insan Menurut Ibn Khaldun. Universiti Kebangsaan Malaysia. Mstar online, 2014, http://www.mstar.com.my/berita/beritasemasa/2014/12/08/25-bekaspegawai-tinggi-kerajaan-dan-swasta-melayu-tulis-surat-terbuka/,8 Muhammad Afifi Abdul Razak. Jihad; Konsep dan Perdebatan. Jurnal YADIM. Muhammad Ali Hashim. 2009. Jihad Bisnes Satu Pendekatanstrategik Ke Arah Memperkasakan Ekonomi Ummah Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCORP) Muhammad Nejatullah Sidiqi. 1991. Kegiatan Ekonomi Dalam Islam. C1. Jakarta: Bumi Aksara, Hlm 11,15, 57-66. Mustaffa Abdullah. 2005. Jihad Dalam al-Quran. Kuala Lumpur: Universiti Malaya, hlm. 1.


198 Najeemah Mohd Yusuf. 2010. Perspektif Sosiologi Dalam Fungsi Sosial Pendidikan Di Malaysia. USM. Noor Atikah Shafinaz, 2015/ www.harakahdaily.net/ 18 Mac. Prof.Madya Dr.Rejab Abu Meleh. 2014. DR. Yusuf Al-Qaradhawi:Ringkasan Fiqh Jihad. Cet 1. Kuala Lumpur. Telaga Biru Sdn Bhd. Hlmn 252. Quraish Shihab,Lentera Hati: Kisah dan Hikmah Kehidupan ,(Bandung: Mizan Pustaka,1994).hlm 107. RUJUKAN DARI LAMAN SESAWANG http://g25malaysia.org/about/11/Disember/2015. Http://mypena.com/siapa-isis-sebenarnya/ 25/November/2015. http://www.pengertianpakar.com/2015/03/pengertian-interaksi-dan-bentuk.html http://www.pengertianpakar.com/2015/03/pengertian-masalah-sosial-menurut-pakar.html https://hmti.wordpress.com/2008/02/22/definisi-dan-pengertian-organisasi/ https://ms.wikipedia.org/wiki/Institusi


Click to View FlipBook Version