` TEKNIK MENJAWAB SOALAN
KESUSASTERAAN MELAYU
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2020
BAHAGIAN 3
PROSA
(PROSA TRADISIONAL, DRAMA, CERPEN & NOVEL)
DISEDIAKAN OLEH:
CIKGU JALIL
SKOP SOALAN SASTERA DALAM PROSA
1. Isi cerita 2. Tema/ Pemikiran 3. Persoalan
6. Pengajaran
4. Perwatakan 5. Nilai murni 9. Peranan watak
12. Latar tempat
7. Latar masyarakat 8. Gaya bahasa 15. Unsur sejarah
10. Binaan plot 11. Teknik plot 18. Ciri-ciri Sastera
Hikayat
13. Latar masa 14. Konflik antara
watak 21. Sudut
Pandangan
16. Ciri-ciri drama/ 17. Sejarah
24. Perbandingan
Teknik penulisan perkembangan Cereka
drama drama
19. Ciri-ciri Sastera 20. Ciri-ciri Sastera
Panji Epik
22. Ciri-ciri Drama 23. Genre Prosa
Realisme Tradisional
25. Pengkaryaan (Drama, Cerpen & Novel)
ISI CERITA
Soalan
Kehidupan di kampung terpencil ketika itu
memang susah. Aku masih ingat untuk tiba di jalan
bertar kenalah menaiki basikal di atas batas yang lebar
merentas sawah sejauh kira-kira tiga kilometer.
Kemudian ada empat kilometer lagi untuk tiba di sekolah.
Paling teruk apabila musim tengkujuh. Kena jalan kaki
kerana batas sawah lecak. Untuk basuh-membasuh kami
guna air sungai, air telaga dan air hujan yang ditakung.
Pada waktu malam pula, kami menggunakan pelita dan
gasolin sahaja.
Dipetik daripada cerpen Namun Itulah Hakikat
karya Nazel Hashim Mohamad
Berdasarkan petikan cerpen tersebut, berikan dua bukti
yang penduduk kampung tersebut masih ketinggalan
dalam aspek pembangunan.
ISI CERITA
Jawapan
i. Jalan raya masuk ke kampung tersebut
belum lagi diturap/ Aku masih ingat untuk
tiba di jalan bertar kenalah menaiki
basikal di atas batas yang lebar merentas
sawah sejauh kira-kira tiga kilometer.
ii. Tidak ada kemudahan bekalan air paip/
Untuk basuh-membasuh kami guna air
sungai, air telaga dan air hujan yang
ditakung.
iii. Tidak ada kemudahan bekalan elektrik/
Pada waktu malam pula, kami
menggunakan pelita dan gasolin sahaja.
NOTA: Anda boleh menjawab dengan menyalin
petikan atau mengolah ayat sendiri.
TEMA/ PEMIKIRAN
1. Istilah tema digunakan untuk prosa tradisional, cerpen
dan novel.
2. Istilah pemikiran digunakan untuk drama.
Soalan
Huraikan tema cerpen Rindu Seorang Rafik karya Nisah
Hj Haron.
Jawapan
Tema cerpen ini ialah semangat setia kawan.
Walaupun “Aku” mempertahankan yang Pulau Batu Putih
kepunyaan Malaysia tetapi “Aku” tidaklah bertegang
leher dengan Rosa tentang isu tersebut sehingga boleh
menggugat persahabatan mereka.
Kesilapan Pelajar
Isi jawapan yang diberi tanpa huraian.
PERSOALAN
Persoalan ialah perkara-perkara lain selain tema atau
isu-isu yang ingin dikemukakan oleh pengarang.
Petua menulis persoalan:
1. Menggunakan kata nama terbitan iaitu kata nama
berimbuhan ke...an, pe...an, ...an
Contoh: Persoalan kerajinan bekerja.
Persoalan pergolakan dalam keluarga.
Persoalan pencemaran alam sekitar.
Persoalan amalan bergotong-royong dalam
masyarakat.
2. Menggunakan kata nama.
Contoh: Persoalan cara hidup golongan atasan.
PERSOALAN
Panduan Menulis Persoalan
1. Jangan memulakan persoalan yang anda tulis dengan
KATA KERJA atau KATA TUGAS.
Persoalan bertindak kejam sesama manusia. (SALAH)
Persoalan kekejaman sesama manusia. (BETUL)
Persoalan tidak mementing masa. (SALAH)
Persoalan pengabaian terhadap kepentingan masa.
(BETUL)
2. Jangan masukkan perkataan seorang dalam persoalan.
Persoalan kasih sayang seorang anak kepada ibunya.
(SALAH)
Persoalan kasih sayang anak kepada ibu. (BETUL)
PERSOALAN
3. Jangan letakkan watak atau masyarakat di awal ayat
persoalan.
Persoalan pemimpin yang kejam. (SALAH)
Persoalan kekejaman pemimpin. (BETUL)
Persoalan masyarakat yang mempercayai amalan karut.
(SALAH)
Persoalan amalan karut dalam kalangan masyarakat.
(BETUL)
PERSOALAN
Cara mengesan persoalan dalam petikan
Langkah pertama anda setelah membaca teks, cuba cari
persoalan yang terdapat di dalam teks tersebut. Persoalan
dapat dikesan di dalam teks berdasarkan isu atau peristiwa
dan berdasarkan nilai murni.
1. Persoalan berdasarkan isu atau peristiwa.
Baca petikan berikut dan cuba kesan isu atau
peristiwa yang terdapat di dalam petikan tersebut.
Nasib yang sama pernah menimpa ayah Sahat empat
puluh tahun yang lalu. Ayah Sahat, Pak Jaya sepatutnya
diangkat menjadi penghulu Kampung Kuah. Tetapi
Penghulu Sudin melemparkan fitnah terhadap ayah Sahat
sehingga nama Pak Jaya digugurkan sebagai calon
Penghulu Kampung Kuah.
Dipetik daripada cerpen Bukit Emas
karya Mufidah Hanum Yusuf
PERSOALAN
Berdasarkan petikan tersebut, isunya ialah Penghulu Sudin
melempar fitnah sehingga nama Pak Jaya digugurkan
sebagai calon Penghulu Kampung Kuah.
Jadi berdasarkan petikan tersebut, persoalannya ialah
Persoalan amalan memfitnah dalam kalangan masyarakat.
ataupun anda tulis
Persoalan amalan memfitnah untuk kepentingan diri.
PERSOALAN
Untuk menulis contoh bagi soalan struktur, anda
boleh salin ayat daripada petikan.
Persoalan amalan memfitnah untuk kepentingan
diri. Contohnya, tetapi Sudin melemparkan
fitnah terhadap ayah Sahat sehingga nama Pak Jaya
digugurkan sebagai calon Penghulu Kampung Kuah.
Untuk menulis contoh bagi soalan esei, anda perlu
mengolah ayat sendiri berdasarkan pemahaman
anda setelah membaca keseluruhan cerpen
tersebut.
Persoalan amalan memfitnah untuk kepentingan
diri. Contohnya, Penghulu Sudin memfitnah ayah
Sahat sehingga nama Pak Jaya digugurkan sebagai
calon Penghulu Kampung Kuah.
PERSOALAN
2. Persoalan berdasarkan nilai murni.
Baca petikan berikut dan cuba kesan nilai murni yang
terdapat di dalam petikan tersebut.
Bagi Pak Mid, usaha dan doa kepada Allah adalah
penting jika mahu berjaya dalam apa-apa jua yang
dicitakan. Dia tidak mudah melatah dengan perli dan
sindiran orang lain. Bagi dirinya, semua penduduk
kampung ialah saudaranya. Oleh itu, dia tidak sedikit pun
menaruh sangka terhadap mereka. Dia terus bersyukur
ke hadrat Ilahi kerana dia sudah berjaya.
Dipetik daripada cerpen Namun Itulah Hakikat,
karya Nazel Hashim Mohamad.
PERSOALAN
Nilai murni yang terdapat di dalam petikan tersebut
ialah nilai kesabaran (Dia tidak mudah melatah dengan
perli dan sindiran orang lain).
Jadikan nilai kesabaran sebagai persoalan.
Persoalan kesabaran menghadapi cemuhan
masyarakat.
Untuk soalan struktur anda boleh mengambil ayat
dalam petikan sebagai contoh.
Persoalan kesabaran menghadapi cemuhan
masyarakat. Contohnya, dia tidak mudah melatah
dengan perli dan sindiran orang lain.
Untuk soalan esei, anda perlu mengolah ayat
sendiri berdasarkan pemahaman anda setelah
membaca keseluruhan cerpen tersebut.
Persoalan kesabaran menghadapi cemuhan
masyarakat. Contohnya, Pak Mid tetap bersabar
walaupun dikatakan gila oleh orang-orang kampung.
PERSOALAN
Jika anda masih menghadapi masalah untuk menulis
Persoalan dalam jawapan anda, anda boleh ubah suai
Persoalan daripada Pengajaran.
Contoh:
Pengajaran: Kita hendaklah rajin bekerja.
Persoalan: Persoalan kerajinan bekerja.
Pengajaran: Kita hendaklah menggunakan teknologi
moden dalam bidang perikanan.
Persoalan: Persoalan penggunaan teknologi moden
dalam bidang perikanan.
Pengajaran: Kita hendaklah mengamalkan sikap tolong-
menolong sesama manusia.
Persoalan: Persoalan amalan tolong-menolong sesama
manusia.
PERSOALAN
Kesilapan Pelajar
1. Memulakan ayat persoalan dengan kata kerja atau
kata tugas.
Persoalan bertindak kejam sesama manusia. (SALAH)
Persoalan kekejaman sesama manusia. (BETUL)
Persoalan tidak mementing masa. (SALAH)
Persoalan pengabaian terhadap kepentingan masa.
(BETUL)
2. Memasukkan perkataan seorang dalam persoalan.
Persoalan kasih sayang seorang anak kepada ibunya.
(SALAH)
Persoalan kasih sayang anak kepada ibu. (BETUL)
PERSOALAN
3. Meletakkan perkataan watak atau masyarakat di awal
ayat persoalan.
Persoalan pemimpin yang kejam. (SALAH)
Persoalan kekejaman pemimpin. (BETUL)
Persoalan masyarakat yang mempercayai amalan karut.
(SALAH)
Persoalan amalan karut dalam kalangan masyarakat.
(BETUL)
PERWATAKAN
Perwatakan ialah pelukisan watak oleh pengarang sama ada
perawakan fizikal mahupun sifat-sifat peribadinya.
Cara mengenal pasti perwatakan di dalam teks.
1. Berdasarkan pelukisan secara langsung oleh pengarang.
Tuan Kawai sanggup melabur besar-besaran kerana amat
tahu nilai ikan dan hidupan laut lainnya, melebihi
tanggapan orang Jepun umumnya terhadap ikan.
Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto
karya Anwar Ridhwan
Berdasarkan petikan di atas, pengarang menjelaskan yang
Tuan Kawai ialah seorang yang mempunyai wawasan kerana
sanggup melabur besar-besaran dalam industri perikanan. Dia
begitu yakin yang industri perikanan akan mendatangkan
keuntungan yang lumayan kepadanya.
PERWATAKAN
2. Berdasarkan tindak tanduk atau aksi watak.
“Fik ada tugasan untukmu” ujar Ketua Pengarang.
Aku terima tanpa banyak soal.
Dipetik daripada cerpen Rindu Seorang Rafik
karya Nisah Hj. Haron
Berdasarkan petikan di atas, tindakan Fik (atau “aku”)
yang tidak mempersoalkan arahan ketua tempat kerjanya
menunjukkan yang dia seorang yang akur atau patuh
kepada arahan ketua tempat dia bekerja.
3. Berdasarkan dialog, perasaan dan pendapat watak
tersebut.
Maka kata Jepun itu, “Berapa puluh orang Melayu itu? Jika
seorang dua, bukan lawan patik.”
Dipetik daripada Sastera Epik –
Hang Tuah Diutus ke Siam
Berdasarkan petikan di atas, dialog orang Jepun itu
menunjukkan dia seorang yang bongkak.
PERWATAKAN
4. Berdasarkan pandangan watak lain terhadap watak
tersebut.
“Ada seorang pemuda Kuri lulusan California, yang aku
kenal,” kata lelaki tua itu. “Khabarnya dia bekerja di
Pejabat Presiden. Dia panas baran seperti mendiang
bapanya tapi boleh juga diajak berunding.”
Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto
karya Anwar Ridhwan
Berdasarkan petikan di atas, pandangan yang
diberikan oleh lelaki tua itu menunjukkan yang
pemuda lulusan California itu seorang yang panas
baran.
Nota: Selain perwatakan dalaman (tingkah laku dan
pandangan watak), anda juga boleh memberikan perwatakan
luaran seperti rupa, pekerjaan, status, umur, minat dan
sebagainya berdasarkan maklumat yang ada di dalam teks.
PERWATAKAN
Baca teks berikut dan cuba kesan perwatakan
Pak Mid.
Bagi Pak Mid, usaha dan doa kepada Allah
adalah penting jika mahu berjaya dalam apa-
apa jua yang dicitakan. Dia tidak mudah
melatah dengan perli dan sindiran orang lain.
Bagi dirinya, semua penduduk kampung ialah
saudaranya. Oleh itu, dia tidak sedikit pun
menaruh sangka terhadap mereka. Dia terus
bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dia sudah
berjaya.
Dipetik daripada Namun Itu Hakikat
karya Nazel Hashim Mohamad
PERWATAKAN
Berdasarkan petikan tersebut perwatakan Pak Mid
ialah:
Seorang yang beriman (Bagi Pak Mid, usaha dan doa
kepada Allah adalah penting jika mahu berjaya
dalam apa-apa jua yang dicitakan.
Seorang yang sabar (Dia tidak mudah melatah
dengan perli dan sindiran orang lain).
Seorang yang mementingkan persahabatan (bagi
dirinya, semua penduduk kampung ialah
saudaranya).
Seorang yang sentiasa bersyukur kepada Allah (Dia
terus bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dia sudah
berjaya).
PERWATAKAN
Soalan Struktur
(Untuk menulis contoh bagi soalan struktur, anda boleh
salin ayat daripada petikan).
Nyatakan dua perwatakan Pak Mid berserta contoh yang
terdapat dalam petikan cerpen tersebut.
Jawapan
Seorang yang beriman. Contohnya, bagi Pak Mid,
usaha dan doa kepada Allah adalah penting jika mahu
berjaya dalam apa-apa jua yang dicitakan.
Seorang yang sabar. Contohnya, dia tidak mudah
melatah dengan perli dan sindiran orang lain.
Seorang yang mementingkan persahabatan.
Contohnya, bagi dirinya, semua penduduk kampung ialah
saudaranya.
Seorang yang sentiasa bersyukur kepada Allah.
Contohnya, Dia terus bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dia
sudah berjaya.
PERWATAKAN
Soalan Esei
(anda perlu mengolah ayat sendiri berdasarkan pemahaman
anda setelah membaca keseluruhan cerpen tersebut.)
Berdasarkan cerpen Namun Itulah Hakikat karya Nazel
Hashim Mohamad huraikan dua perwatakan Pak Mid.
Jawapan
Seorang yang beriman. Contohnya, Pak Mid sentiasa
berdoa kepada Allah dalam apa jua yang dicitakannya.
Seorang yang sabar. Contohnya, Pak Mid tidak marah
dengan sindiran orang kampung terhadapnya.
Seorang yang mementingkan persahabatan.
Contohnya, Pak Mid tidak memarahi orang-orang kampung
yang menyindir tetapi menganggap mereka sebagai saudara
maranya.
Seorang yang sentiasa bersyukur kepada Allah.
Contohnya, Pak Mid mengucapkan syukur kepada Allah
apabila dia berjaya memperoleh kejayaan.
PERWATAKAN
NOTA TAMBAHAN
Watak protagonis ialah watak utama dalam
sesebuah karya. Sebahagian besar cerita berkaitan
tentang dirinya.
Contoh: Watak protagonis dalam cerpen Air Mata
Dalang ialah Pak Yasok.
Watak antagonis ialah penentang kepada watak
protagonis. Contoh: Watak antagonis dalam cerpen
Air Mata Dalang ialah Faezah.
PERWATAKAN
Kesilapan Pelajar
Jawapan tidak lengkap.
Pak Yasok seorang yang taat. (SALAH)
Pak Yasok seorang yang taat kepada perintah Allah.
(BETUL)
NILAI MURNI
Nilai murni ialah unsur-unsur positif yang terdapat
pada sesuatu watak atau masyarakat. MisaInya,
simpati, bekerjasama, kasih sayang dan sebagainya.
Cara mengesan nilai murni dalam prosa.
Baca petikan cerpen di bawah dan cuba kesan unsur-
unsur positif yang terdapat dalam petikan tersebut.
“Sauki pun tak patut membiarkan isterinya yang
menasihati aku,” bisik Pak Yasok. Patutnya Sauki
sendiri yang cakapkan. Tapi Pak Yasok tahu, Sauki
tidak tergamak nak ucapkan itu kepada dirinya. Sauki,
Sulida dan Naemah semuanya masuk sekolah
sehingga ke universiti dengan hasil wayang kulit. Hasil
duit ringgit yang Pak Yasok jadi tok dalang dari satu
kampung ke kampung yang lain, Sauki patut
memberitahu kepada isterinya yang dalam darahnya
itu mengalir warna merah daripada hasil wayang kulit.
Dipetik daripada cerpen Air Mata Dalang
karya Rahimidin Zahari
NILAI MURNI
Soalan Struktur
(Untuk menulis contoh bagi soalan struktur, anda
boleh salin ayat daripada petikan).
Berikan dua nilai murni berserta contoh yang
terdapat dalam petikan cerpen tersebut.
Jawapan
Nilai hormat-menghormati. Contohnya, Tapi
Pak Yasok tahu, Sauki tidak tergamak nak ucapkan
itu kepada dirinya.
Nilai tanggungjawab. Contohnya, Sauki, Sulida
dan Naemah semuanya masuk sekolah sehingga ke
universiti dengan hasil wayang kulit. Hasil duit
ringgit yang Pak Yasok jadi tok dalang dari satu
kampung ke kampung yang lain.
NILAI MURNI
Soalan Esei
(anda perlu mengolah ayat sendiri berdasarkan
pemahaman anda setelah membaca keseluruhan
cerpen tersebut.)
Berdasarkan cerpen Air Mata Dalang karya
Rahimidin Zahari huraikan dua nilai murni.
Jawapan
Nilai hormat-menghormati. Contohnya, Sauki
tidak tergamak untuk memberitahu Pak Yasok agar
tidak lagi bekerja sebagai dalang wayang kulit
kerana dia menghormati ayahnya.
Nilai tanggungjawab. Contohnya, Pak Yasok
membiayai persekolahan anak-anaknya hingga ke
universiti.
NILAI MURNI
Kesilapan Pelajar
1. Teknik penulisan jawapan yang salah.
Nilai ketaatan kepada perintah Allah.
Jawapan tersebut SALAH.
Jawapan sepatutnya ialah
Nilai ketaatan.
2. Memberi nilai murni yang salah.
Nilai kemaafan. Contohnya, Tahot, Ayub dan Kasim
memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mereka
selama ini yang memusuhi Sahat dan menakut-nakutkan
penduduk kampung atas arahan penghulu Sudin. (SALAH)
Nilai keinsafan. Contohnya, Tahot, Ayub dan Kasim
memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mereka
selama ini yang memusuhi Sahat dan menakut-nakutkan
penduduk kampung atas arahan penghulu Sudin. (BETUL)
PENGAJARAN
Pengajaran ialah sesuatu yang dapat dijadikan pedoman
atau iktibar.
Mulakan jawapan anda dengan Kita hendaklah ... (yang
berbentuk positif) atau Kita janganlah ... (yang berbentuk
negatif).
Cara mengesan pengajaran dalam teks prosa.
Baca petikan cerpen di bawah dan cari unsur nasihat
yang ingin disampaikan.
Pak Yasok benar-benar berasa terhiris akan kata-
kata itu. Sepanjang hidupnya sebagai dalang wayang
kulit, itulah penghinaan yang paling hina yang pernah
diterimanya. Tok siak, pak lebai, dan imam masjid di
kampungnya tak pernah menghina kerja-kerja seni Pak
Yasok sebegitu rupa. Pak Yasok ke surau dan ke masjid
seperti orang lain juga. Pak Yasok tetap berzakat dan
menziarahi saudara jauh dekat yang sakit demam dan
mati relai. Semuanya Pak Yasok pergi.
Dipetik daripada cerpen Air Mata Dalang
karya Rahimidin Zahari
PENGAJARAN
Pengajaran yang dapat dikesan ialah:
Kita janganlah menghina seseorang. (Sepanjang
hidupnya sebagai dalang wayang kulit, itulah
penghinaan yang paling hina yang pernah
diterimanya).
Kita hendaklah taat kepada perintah Allah. (Pak
Yasok ke surau dan ke masjid seperti orang lain
juga./ Pak Yasok tetap berzakat).
Kita hendaklah mengeratkan tali persaudaraan
dengan saudara-mara. (Pak Yasok tetap berzakat
dan menziarahi saudara jauh dekat yang sakit
demam dan mati relai)
PENGAJARAN
Soalan Struktur
(Untuk menulis contoh bagi soalan struktur, anda boleh
salin ayat daripada petikan).
Berikan dua pengajaran berserta contoh yang terdapat
dalam petikan cerpen tersebut.
Jawapan
Kita janganlah menghina seseorang. Contohnya,
sepanjang hidupnya sebagai dalang wayang kulit, itulah
penghinaan yang paling hina yang pernah diterimanya.
Kita hendaklah taat kepada perintah Allah.
Contohnya, Pak Yasok ke surau dan ke masjid seperti
orang lain juga./ Pak Yasok tetap berzakat.
Kita hendaklah mengeratkan tali persaudaraan
dengan saudara-mara. Contohnya, Pak Yasok tetap
berzakat dan menziarahi saudara jauh dekat yang sakit
demam dan mati relai.
PENGAJARAN
Soalan Esei
(anda perlu mengolah ayat sendiri berdasarkan
pemahaman anda setelah membaca keseluruhan cerpen
tersebut.)
Berdasarkan cerpen Air Mata Dalang karya Rahimidin
Zahari, jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam
cerpen tersebut.
Jawapan
Kita janganlah menghina seseorang.
Contohnya, Pak Yasok benar-benar terasa dengan
penghinaan daripada menantunya.
Kita hendaklah taat kepada perintah Allah.
Contohnya, Pak Yasok bersolat di surau dan
mengeluarkan zakat.
Kita hendaklah mengeratkan tali persaudaraan
dengan saudara-mara. Contohnya, Pak Yasok menziarahi
saudara-maranya yang sakit atau jika ada kematian.
PENGAJARAN
Kesilapan pelajar
Jawapan yang tidak lengkap.
Kita hendaklah taat.
Jawapan tersebut SALAH.
Jawapan sepatutnya ialah
Kita hendaklah taat kepada perintah Allah.
LATAR MASYARAKAT
Latar masyarakat ialah corak kehidupan masyarakat
sama ada dari segi politik, ekonomi, kepercayaan dan
sebagainya. Ini termasuklah sama ada masyarakat desa
atau masyarakat kota, masyarakat majmuk atau
masyarakat satu kaum, agama yang dianuti,
kepercayaan, adat resam, corak pemerintahan, cara
mereka bermasyarakat dan sebagainya.
Contoh:
1. Masyarakat seniman. Contohnya, “Aku” seorang
pelukis, Daiman Kreko seorang penulis dan Dol
seorang penyanyi rock.
2. Masyarakat kampung. Contohnya, keluarga”aku”,
keluarga Pak Mid dan keluarga Tuk Nyan tinggal di
kampung.
LATAR MASYARAKAT
3. Masyarakat petani. Contohnya, Pak Mid dan
Tuk Nyan bekerja sebagai petani.
4. Masyarakat yang beragama Islam. Contohnya,
Pak Yasuk dan orang-orang kampung
menunaikan solat isya berjemaah di surau.
5. Masyarakat yang tidak berpendidikan.
Contohnya, kebanyakan penduduk Kampung
Kuah tidak pernah bersekolah.
6. Masyarakat yang berpendidikan tinggi.
Contohnya, Zaki, Anna dan Dr. Chan belajar di
universiti.
7. Masyarakat penjajah. Contohnya, Light dan Mr.
Blackway.
LATAR MASYARAKAT
8. Masyarakat istana. Contohnya, Sang Nata,
Permaisuri dan Raden Inu Kertapati.
9. Masyarakat dewa. Contohnya, Dewata Mulia Raya,
Betara Guru, dan Betara Kala.
10. Masyarakat haiwan. Contohnya, anak helang, anak
tikus dan anak naga.
11. Masyarakat berbilang kaum. Contohnya, Zaki
berbangsa Melayu, Dr. Chan berbangsa Cina dan
Anna kacukan Inggeris dan Melayu.
12. Masyarakat yang patuh kepada perintah raja.
Contohnya, rakyat jelata patuh kepada arahan Sang
Nata membawa mayat Raden Menteri dan Ken
Tambohan pulang ke istana.
NOTA: Contoh yang diberikan mestilah lebih daripada
satu watak.
LATAR MASYARAKAT
Baca petikan cerpen di bawah dan cuba kesan latar
masyarakat yang terdapat dalam petikan tersebut.
Sahat semakin diusik perasaan bersalah dan
kesal apabila terdengar suara orang membaca
surah Yasin ketika berdiri di pintu rumah Penghulu
Sudin. Kelihatan Mak Senah, isteri Penghulu Sudin
dan Jamilah, anak tunggal Penghulu Sudin
mengesat air mata masing-masing menghadap
Penghulu Sudin yang berbaring di atas katil.
Beberapa orang kampung termasuk Imam Haji Ali
dan Bilal Haji Amid cuba mengangkat Penghulu
Sudin yang tercunggap-cunggap ke dalam
ambulans dan seterusnya dihantar ke hospital.
Sahat, Tahot, dan Ayub turut membantu
mengangkat Penghulu Sudin yang badannya gempal.
Dipetik daripada cerpen Bukit Emas
karya Mufidah Hanum Yusuf
LATAR MASYARAKAT
Latar masyarakat yang dapat dikesan ialah:
1. Masyarakat yang penyayang.
(kelihatan Mak Senah, isteri Penghulu Sudin dan
Jamilah, anak tunggal Penghulu Sudin mengesat
air mata masing-masing menghadap Penghulu Sudin
yang berbaring di atas katil).
2. Masyarakat yang sedia memberi pertolongan.
(Beberapa orang kampung termasuk Imam Haji Ali
dan Bilal Haji Amid cuba mengangkat Penghulu Sudin
yang tercunggap-cunggap ke dalam ambulans dan
seterusnya dihantar ke hospital).
3. Masyarakat yang beragama Islam.
(Imam Haji Ali dan Bilal Haji Amid)
LATAR MASYARAKAT
Soalan Struktur
(Untuk menulis contoh bagi soalan struktur, anda boleh
salin ayat daripada petikan).
Berikan dua latar masyarakat berserta contoh yang
terdapat dalam petikan cerpen tersebut.
Jawapan
Masyarakat yang penyayang. Contohnya, kelihatan
Mak Senah, isteri Penghulu Sudin dan Jamilah, anak
tunggal Penghulu Sudin mengesat air mata masing-
masing menghadap Penghulu Sudin yang berbaring di
atas katil.
Masyarakat yang sedia memberi pertolongan.
Contohnya, beberapa orang kampung termasuk Imam
Haji Ali dan Bilal Haji Amid cuba mengangkat Penghulu
Sudin yang tercunggap-cunggap ke dalam ambulans
dan seterusnya dihantar ke hospital.
Masyarakat yang beragama Islam. Contohnya,
Imam Haji Ali dan Bilal Haji Amid.
LATAR MASYARAKAT
Soalan Esei
(Anda perlu mengolah ayat sendiri berdasarkan
pemahaman anda setelah membaca keseluruhan cerpen
tersebut.)
Berdasarkan cerpen Bukit Emas karya Mufidah Hanum
Yusuf, huraikan dua latar masyarakat.
Jawapan
Masyarakat yang penyayang. Contohnya, ahli
keluarga Penghulu Sudin berasa sedih melihat keadaan
Penghulu Sudin yang terlantar sakit.
Masyarakat yang sedia memberi pertolongan.
Contohnya, orang-orang kampung membantu mengangkat
Penghulu Sudin ke dalam ambulans untuk dibawa ke
hospital.
Masyarakat yang beragama Islam. Contohnya,
Imam Haji Ali dan Bilal Haji Amid.
LATAR MASYARAKAT
Kesilapan Pelajar
1. Contoh yang diberi hanya satu watak.
Masyarakat yang taat kepada perintah Allah. Contohnya,
Pak Yasok menunaikan solat di masjid.
Jawapan tersebut salah kerana hanya ada satu watak
sahaja iaitu Pak Yasok
2. Contoh yang diberi kenalah jelas pelakunya.
Latihan menabuh gendang dihentikan jika ada kematian
atau ada jiran yang sakit. (SALAH)
Jawapan sepatutnya ialah
Anak-anak muda menghentikan latihan menabuh gendang
jika ada kematian atau ada jiran yang sakit
GAYA BAHASA PROSA
(kecuali asonansi, aliterasi, anafora, epifora, responsie)
Metafora Perbandingan terus Peribahasa
Personifikasi Simile Kata ganda
Repitisi kata Repitisi ayat
Perlambangan Repitisi frasa Sarkasme
Dialek
Hiperbola Sinkope Inversi
Bahasa istana Paradoks
Bahasa asing
Bahasa arkaik
GAYA BAHASA PROSA
1. Metafora
Dia telah melihat benih yang ditanamnya itu sedang
tumbuh rendang dengan daun-daun persahabatan
yang sangat hijau.
2. Personifikasi
Angin lautan mencuri-curi masuk meredah celah-celah
kayu, membuat badannya mulai terasa dingin.
3. Simile
Dia sedar dirinya telah terperangkap, seperti tikus
melekat pada perangkap besi.
4. Perlambangan
Letakkan Ture ditangan kirinya, dia akan menyepuh
emas pada tanah timur laut ini dengan tangan
kanannya.
GAYA BAHASA PROSA
5. Hiperbola
Begitu hodoh dan busuk sampai kalam, dakwat dan
kertas tidak berupaya mencatatnya.
6. Perbandingan terus
Tina adalah lambang kasih sayang kita.
7. Repitisi kata
Dia menyelongkar tanpa berbunyi. Mencuri tanpa
menghabisi. Menyorok tanpa jejak. Tidur tanpa
dengkur.
8. Repitisi frasa
Peduli apa perasaan ibunya yang kelak mendapatinya
hilang. Peduli apa perasaan kawan-kawannya yang
kini mungkin telah menyedari dia tiada di pantai lagi.
GAYA BAHASA PROSA
9. Repitisi Ayat
Tidak, mak. Biar Anna balik dulu. Mak tak salah apa-
apa. Cuma saya dan Zaki. Itu saja. Cuma saya dan
Zaki.
10. Paradoks
Aku cuba memberi engkau kebahagiaan, kaukata
penjara?
11. Bahasa asing
Bahasa Jepun. Contohnya, Lelaki tua itu meneguk
sake-nya lagi.
12. Dialek
Berapa kole tuan pekena todi di party tu tadi?
GAYA BAHASA PROSA
13. Peribahasa
Dia panas baran, seperti mendiang bapanya,
tapi boleh juga diajak berunding.
14. Kata ganda
Jeneral terpinga-pinga.
15. Sarkasme
“Celaka!” bentaknya.
16. Sinkope
“Bukankah saya dah kata, saya ini sudah tua
dan nyanyuk. Tidak sihat lagi untuk pikul tugas-
tugas politik di Ture ini.”
GAYA BAHASA PROSA
17. Inversi
Telah bertahun-tahun pegawai itu menanam
pengaruhnya di Ture.
18. Bahasa istana Cau, “Mari Laksamana,
Maka titah Phra
duduk di bawahku.”
19. Bahasa arkaik
Pada bicara kita, kita ada menengar khabar
Patani;
negeri baharu diperbuat, namanya
suruh
pada bicara kita, kita hendak
alahkan.
GAYA BAHASA PROSA
Malam itu, aku kira malam keramat apabila Along dan
Achik yang bertahun-tahun tidak bertegur sapa
menampakkan tanda akan berdamai. Air dicencang tidak
akan putus dan biduk berlalu kiambang pasti bertaut. Entah,
aku tidak tahu punca persengketaan mereka. Kata abah, hal
orang lelaki. Malam itu malam kenangan yang akan aku ingat
sampai bila-bila.
Selepas tiga bulan berlalu, keluarga kami jadi murung
kerana dilanda musibah yang paling memedihkan. Ratu hati
kami pergi menghadap Ilahi. Aku terasa sepi sejak emak
hilang daripada kami kerana emak tempat kami bermanja.
Rumah ini seakan tidak bermaya. Aku tahu yang paling terasa
kehilangan ialah abah. Selama ini emak tempat abah
mengandar kasih, melenyap sepi hatinya dan emak teman
hidup abah yang paling setia. Aku cuba menemani abah,
mengisi ruang-ruang sepi yang ditinggalkan oleh emak itu.
Dipetik daripada cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah
karya Fauziah Mohd Ismail
Nyatakan empat gaya bahasa berserta contoh yang terdapat
dalam petikan cerpen tersebut.