CIRI-CIRI SASTERA EPIK
Soalan
... . Maka dibedilnya pula oleh Jepun itu akan Laksamana;
Laksamana pun amarah lalu dibacanya pustakanya. Maka
Maharaja Setia pun melanggar sebuah kulim Jepun itu. Maka
dibedilnya pula oleh Jepun itu. Maka bedilnya itu pun tiada
berbunyi lagi sehingga asapnya juga keluar. Maka segala
Jepun itu pun hairan akan dirinya, maka lalu menghunus
pedangnya hendak memarang Laksamana. Maka pedang itu
pun jatuh pada tangannya. Maka perahu Jepun itu pun
alahlah. Maka Laksamana pun melanggar sebuah lagi pada
panglima itu. Maka Laksamana itu pun melompat naik
dengan segala orangnya lalu mengamuk. Maka segala Jepun
itu pun habis berterjunan ke air. Setelah itu maka segala
Jepun itu pun alahlah.
Dipetik daripada Sastera Epik,
Hang Tuah Diutus ke Siam
Nyatakan dua ciri sastera epik berserta contoh yang
terdapat dalam petikan sastera epik tersebut.
CIRI-CIRI SASTERA EPIK
Jawapan
Sastera epik mengisahkan tentang tokoh wira yang
menjadi kebanggaan bangsanya. Contohnya, Laksamana
Hang Tuah.
Tokoh wira tersebut mempunyai sifat kepahlawanan,
keberanian dan kegagahan yang sangat unggul. Contohnya,
Laksamana Hang Tuah dapat mengalahkan pendekar Jepun
yang menyerangnya semasa Laksamana Hang Tuah dan
rombongannya dalam perjalanan pulang ke Melaka.
Tokoh wira tersebut mempunyai unsur luar biasa.
Contohnya, Hang Tuah membaca pustakanya menyebabkan
meriam pahlawan Jepun tidak berfungsi./ Pedang di tangan
orang-orang Jepun yang hendak memarang Laksamana jatuh.
Kelemahan Pelajar
Ayat untuk isi jawapan tidak lengkap.
Unsur luar biasa. Contohnya, Hang Tuah membaca
pustakanya menyebabkan meriam pahlawan Jepun tidak
berfungsi. (SALAH)
Tokoh wira tersebut mempunyai unsur luar biasa. Contohnya,
Hang Tuah membaca pustakanya menyebabkan meriam
pahlawan Jepun tidak berfungsi. (BETUL)
CIRI-CIRI SASTERA HIKAYAT
1. Latar tempat ialah di alam nyata. Contohnya, peristiwa-
peristiwa dalam cerita ini berlaku di rumah budak miskin/
di rumah syahbandar/ di istana raja/ di hutan/ di kolam/ di
Tasik Hijau/ di rumah orang tua/ di Pulau Cahaya
Purnama.
NOTA: Terdapat banyak pilihan contoh. Anda berikan
sekurang-kurang dua contoh.
2. Watak-wataknya terdiri daripada manusia biasa, raja,
dewa dan juga haiwan. Contohnya, watak manusia biasa
ialah budak miskin, bonda budak miskin, dan orang tua,
watak raja pula ialah raja di negeri tempat tinggal budak
miskin dan Raja Indera Maha Dewa, watak haiwan pula
ialah anak ular naga, anak helang dan anak tikus, watak
dewa pula ialah Betara Kala.
NOTA: Anda perlu memberi dua jenis watak pada fakta
dan contoh.
3. Terdapat unsur pengembaraan. Contohnya, budak miskin
mengembara di dalam hutan untuk mencari anak ular
naga yang telah hilang.
CIRI-CIRI SASTERA HIKAYAT
4. Terdapat unsur magis. Contohnya, cincin hikmat boleh
menyediakan pelbagai jenis makanan makanan
dengan segera.
NOTA: Anda boleh juga memberi unsur magis yang
terdapat pada tongkat sakti, parang puting dan buah
mempelam.
5. Adanya unsur percintaan. Contohnya, percintaan
antara Raja Indera Maha Dewa dengan isterinya.
6. Susunan peristiwa disusun secara kronologi.
Contohnya, cerita ini bermula dengan kisah
persahabatan antara budak miskin dengan anak ular
naga, anak helang dan anak tikus. Mereka berempat
keluar membuat persembahan di merata tempat
antaranya di kampung Syahbandar dan di istana raja.
CIRI-CIRI SASTERA HIKAYAT
7. Ada unsur hiburan. Contohnya, raja dan rakyat jelata
terhibur dengan persembahan budak miskin dan anak
ular naga.
8. Cerita berakhir dengan kegembiraan. Contohnya,
budak miskin hidup senang-lenang setelah mendapat
cincin hikmat, tongkat sakti dan parang puting.
9. Percaya kepada kuasa dewa. Contohnya, Raja Indera
Maha Dewa memohon kepada dewa agar
dianugerahkan anak.
CIRI-CIRI SASTERA HIKAYAT
Soalan
Maka kata budak itu, „Apa gunanya parang puting itu?”
Maka kata orang tua itu, “Gunanya parang puting itu, boleh
kita suruh akan dia mengerat sendirinya barang apa pun dan
jikalau musuh sekalipun bolehlah kita suruh pergi ia
melawan dan boleh pula ia membesarkan dirinya.”
Maka budak itu pun sukalah mendengarkan khasiat
parang puting itu. Maka ia pun mahulah menukar parang
puting itu dengan tongkatnya. Setelah sudah ia bertukar itu
maka budak itu pun bermohonlah kepada orang tua itu lalu ia
berjalan bersama-sama dengan anak helang dan anak tikus
serta parang puting itu pun dipegangnya kepada tangannya.
Setelah itu berjalanlah ia.
Maka tiada berapa lamanya ia berjalan itu maka
sampailah ia kepada negeri tempat bondanya itu.
Dipetik daripada Sastera Hikayat,
Hikayat Parang Putting
Nyatakan dua ciri sastera hikayat berserta contoh yang
terdapat dalam petikan sastera hikayat tersebut.
CIRI-CIRI SASTERA HIKAYAT
Jawapan
Watak-wataknya terdiri daripada manusia dan juga
haiwan. Contohnya, watak manusia ialah budak miskin dan
orang tua, manakala watak haiwan ialah anak helang dan anak
tikus.
Terdapat unsur pengembaraan. Contohnya, setelah
mendapat parang puting daripada seorang tua, budak miskin
pulang ke rumahnya.
Terdapat unsur magis. Contohnya, parang puting boleh
memotong sesuatu dengan sendirinya, boleh melawan musuh
dan boleh membesarkan dirinya.
Kelemahan Pelajar
Ayat untuk isi jawapan tidak lengkap.
Unsur magis. Contohnya, parang puting boleh memotong
sesuatu dengan sendirinya, boleh melawan musuh dan boleh
membesarkan dirinya. (SALAH)
Terdapat unsur magis. Contohnya, parang puting boleh
memotong sesuatu dengan sendirinya, boleh melawan musuh
dan boleh membesarkan dirinya. (BETUL)
SOALAN PERBANDINGAN
Buatkan perbandingan berdasarkan ciri-ciri yang sama,
contohnya tentang umur, pekerjaan, minat, kelakuan dan
sebagainya. Jika terdapat ciri-ciri yang sama, gunalah
perkataan kedua-dua. Jika terdapat ciri-ciri yang berbeza,
gunalah perkataan manakala.
Soalan
Berdasarkan cerpen Bukit Emas karya Mufidah Hanum
Yusuf, nyatakan dua perbandingan antara watak Penghulu
Sudin dengan watak Sahat.
SOALAN PERBANDINGAN
Jawapan
Kedua-dua watak ini ialah penduduk di Kampung Kuah.
Penghulu Sudin ialah Penghulu Kampung Kuah
manakala Sahat ialah penduduk di kampung tersebut.
Penghulu Sudin lebih mementingkan kepentingan
dirinya manakala Sahat lebih mementingkan kepentingan
penduduk Kampung Kuah.
Penghulu Sudin tidak disukai oleh penduduk kampung
manakala Sahat disukai oleh penduduk kampung.
Penghulu Sudin bersifat pendendam manakala Sahat
sedia memaafkan kesalahan orang terhadap dirinya.
Penghulu Sudin ingin menjadikan Bukit Emas sebagai
kuari manakala Sahat ingin mengekalkan Bukit Emas sebagai
dusun durian.
Penghulu Sudin ialah watak antagonis manakala Sahat
ialah watak protagonis
Kelemahan Pelajar
Pelajar menulis jawapan dalam kolum. Jawapan sepatutnya
ditulis dalam bentuk esei yang menunjukkan perbandingan.
PENGKARYAAN
DRAMA
1. Patuh kepada kehendak soalan dari segi tema dan
jumlah dialog.
2. Kekalkan watak yang sedia ada dalam petikan.
3. Nama pelakon ditulis dalam huruf besar.
4. Ada aksi pelakon (tulis dalam kurungan)
5. Selang sebaris antara dialog.
6. Kembangkan setiap dialog sekurang-kurangnya dalam
tiga ayat.
Kelemahan Pelajar
1. Tidak menepati tema.
2. Jumlah dialog kurang daripada yang dinyatakan
di kertas soalan.
3. Dialog terlalu pendek. Anda sepatutnya kembangkan
setiap dialog sekurang-kurangnya dalam tiga ayat.
4. Tidak menepati ciri-ciri penulisan drama (selang sebaris
antara dialog, nama watak ditulis dalam huruf besar, dan
ada pergerakan watak yang ditulis dalam kurungan)
PENGKARYAAN
CERPEN & NOVEL
1. Patuh kepada kehendak soalan dari segi tema dan
jumlah perkataan.
2. Kekalkan watak yang sedia ada dalam petikan.
3. Hasilkan cerita baru.
4. Sekurang-kurangnya masukkan dua teknik plot.
5. Pastikan ayat yang gramatis dan ejaan yang betul.
Kelemahan Pelajar
1. Tidak menepati tema.
2. Jumlah perkataan kurang daripada yang dinyatakan di
kertas soalan.
3. Teknik plot satu sahaja. Anda perlu menggunakan
sekurang-kurangnya dua teknik plot.
DIDOAKAN SEMOGA ANDA LULUS
KERTAS KESUSASTERAAN MELAYU
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
DENGAN
CEMERLANG (A+)