The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEKNIK MENJAWAB KM SPM_BAHAGIAN 3 (PROSA)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jalil5115, 2021-01-27 07:05:12

TEKNIK MENJAWAB KM SPM_BAHAGIAN 3 (PROSA)

TEKNIK MENJAWAB KM SPM_BAHAGIAN 3 (PROSA)

GAYA BAHASA PROSA

Jawapan
Kata ganda. Contohnya, bertahun-tahun/ ruang-ruang/ bila-bila.
Repitisi kata. Contohnya, malam/ aku/ abah/ emak/ kami.
Repitisi frasa. Contohnya, malam itu.
Peribahasa. Contohnya, air dicencang tidak akan putus/ biduk
berlalu kiambang pasti bertaut.
Metafora. Contohnya, ruang-ruang sepi.
Perlambangan. Contohnya, ratu hati.
Personifikasi. Contohnya, rumah ini seakan tidak bermaya.
Hiperbola. Contohnya, emak tempat abah mengandar kasih.
Simile. Contohnya, rumah ini seakan tidak bermaya.

GAYA BAHASA PROSA

Kesilapan Pelajar

Pelajar memberi gaya bahasa asonansi, aliterasi,
anafora, responsie dan epifora sebagai jawapan. Gaya
bahasa tersebut tidak diterima sebagai jawapan untuk
gaya bahasa prosa.

TEKNIK PLOT

1. Teknik imbas kembali
2. Teknik imbas muka
3. Teknik suspens
4. Teknik kejutan
5. Teknik monolog dalaman
6. Teknik monolog luaran
7. Teknik pemerian
8. Teknik dialog
9. Teknik konflik

TEKNIK PLOT

1. Teknik imbas kembali ialah apabila pengarang
menggambarkan semula kisah yang telah berlaku
melalui penceritaan atau melalui ingatan watak.
Contohnya, Aku masih ingat malam itu kami
berkumpul anak-anak beranak.

2. Teknik imbas muka ialah gambaran atau bayangan
mengenai sesuatu yang akan berlaku atau belum
berlaku lagi.
Contohnya, Jeneral malah membayangkan, dia akan
mengganti tempat Tuan Wakil tua bangka dan
nyanyuk itu. Dia pun mula berfikir untuk meletak
jawatan sebagai pegawai pemerintah, dan akan
diucapkan „selamat tinggal‟ kepada pejabat,
mesyuarat bertali arus, birokrasi kacau dan
pendapatan terbatas.

TEKNIK PLOT

3. Teknik suspens ialah unsur ketegangan yang berlaku
hasil daripada konflik-konflik yang ditimbulkan oleh
watak-watak. Ini menyebabkan pembaca berada
dalam keadaan tertanya-tanya.
Contohnya, ketika Sahat dan Tahot rancak berbual-
bual di kaki Bukit Emas sambil menikmati udara
segar, tiba-tiba Ayub muncul dan kelihatan cemas.
Wajah Ayub pucat.

4. Teknik kejutan menunjukkan sesuatu kejadian itu
berlaku dengan tidak disangka-sangka atau secara
tiba-tiba.
Contohnya, berombak dada tua Penghulu Sudin dan
pucat mukanya melihat Sahat muncul dalam majlis
tersebut. Mata Penghulu Sudin memburu anak-anak
buahnya yang telah diamanahkannya untuk
memastikan Sahat tidak akan muncul dalam majlis
tersebut. Tetapi tidak seorang pun anak buahnya
nampak batang hidung.

TEKNIK PLOT

5. Teknik dialog ialah pertuturan watak-watak dalam
sesebuah karya.
Contohnya, “Nasib baik jugalah,” kata Pak Mid.
“Jadi sia-sia sajalah kamu menanam
pokok-pokok hutan tu,” kata pula Tuk Nayan seperti
dirasakan puas.

6. Teknik monolog luaran ialah teknik yang
memperlihatkan watak berbicara sendirian dalam
bentuk ucapan (bersuara).
Contohnya,
MAT PIAH: Pergi menggeruh di Padang Kota lagi

bagus. (Bercakap sendiri)

TEKNIK PLOT

7. Teknik monolog dalaman memperlihatkan watak
berkata-kata dalam hati tanpa mengeluarkan
sebarang ucapan.
Contohnya, „Pasti Tahot diutuskan oleh Penghulu
Sudin,” bisik hatinya.

8. Teknik Pemerian ialah pengarang menceritakan
secara terus sama ada tentang watak, latar atau
suasana.
Contohnya, di muka Dol pula, yang kedua menarik
perhatianku selain rambutnya yang gerbang macam
sarang tupai kena jolok itu ialah subang di
telinganya.

TEKNIK PLOT

9. Teknik konflik memperlihatkan pertentangan antara:
i. Watak dengan watak.

ZAKI: Pilihan engkau? Engkau akan menyesal, Anna.

ANNA: Tidak! Aku tak menyesal. Penyesalanku kerana
berlangsungnya perkahwinan kita ini. Penyesalanku
kerana membantah larangan daddyku. Itu saja.

ii. Watak dengan dirinya sendiri.
BLACKWAY: Bukan. Sudah beratus tahun saya berasa
bersalah atas penipuan dan pengkhianatan yang saya
dan Light lakukan terhadap Sultan Muhammad Jiwa,
Sultan Abdullah dan orang Melayu. Saya malu ... malu.

iii. Watak dengan unsur alam.
Dia memandang pada tubuhnya yang mulai susut itu. Sudah
berminggu-minggu, atau mungkin berbulan-bulan, mainan itu
belum selesai. Batang-batang gelombang terus menolak kapal
ke suatu sudut lautan. Alam gelita menyerkup sampai ke kaki
langit. Angin menerjang, dan air menyerang bersama gema
dengung nyaring. Kadang-kadang bunyinya seperti suara
seribu paus mendengus di keliling kapal.

TEKNIK PLOT

Soalan
Tiada apa-apa yang wujud atas pulau itu melainkan

sebuah rumah api dan ketulan batu-batu. Ia bukan tempat
peranginan. Tetapi kedudukannya memberi kepentingan
kepada negara yang memilikinya.

Aku masih teringat semasa kami berbual secara

online. Rosa begitu bersemangat sekali mempertahankan

negaranya.
“Pedra Branca milik Singapura!” tegasnya.
“Panggilan Pulau Batu Putih itu dengan nama apa

sekalipun tetap seketul batu yang timbul dari permukaan
laut dan berada lebih dekat dengan Teluk Ramunia
berbanding Singapura.”

Dipetik daripada cerpen Rindu Seorang Rafik

karya Nisah Hj. Haron

TEKNIK PLOT

Nyatakan dua teknik plot berserta contoh yang terdapat
dalam petikan cerpen tersebut.

Jawapan
Teknik pemerian. Contohnya, Tiada apa-apa yang

wujud atas pulau itu melainkan sebuah rumah api dan
ketulan batu-batu.

Teknik imbas kembali. Contohnya, Aku masih

teringat semasa kami berbual secara online.

Teknik dialog. Contohnya, “Pedra Branca milik
Singapura!” tegasnya.

BINAAN PLOT

Binaan plot terbahagi kepada:
1. Bahagian pengenalan cerita ialah bahagian

permulaan cerita. Dalam bahagian ini pengarang
akan memberi gambaran latar tempat atau
memperkenalkan watak-wataknya.
Anda ambil peristiwa yang pertama dalam
cereka tersebut.

2. Bahagian perkembangan cerita ialah apabila
pengarang memperkenalkan konflik-konflik
yang dialami oleh watak-watak terutama watak
utamanya.
Anda ambil peristiwa kedua dalam cereka
tersebut.

BINAAN PLOT
3. Klimaks ialah puncak cerita iaitu saat-saat yang

paling tegang dalam sesebuah cerita sebelum cerita
itu berakhir.
Anda ambil peristiwa yang berlaku sebelum cerita
berakhir.

4. Bahagian pengakhiran cerita ialah bahagian akhir
cerita.
Anda ambil peristiwa yang terakhir dalam cerita
tersebut.

NOTA:
Plot cerita yang mengikut urutan masa dikenali sebagai
plot kronologi.

Plot cerita yang tidak mengikut urutan masa dikenali
sebagai plot tidak kronologi.

BINAAN PLOT
Anda perlu memahami prosa yang dibaca dan
menyusunnya semula mengikut urutan masa. Anda hanya
perlu menyusun peristiwa sahaja bukan sinopsis. Berikut
disenaraikan peristiwa yang terdapat dalam cerpen
Namun Itulah Hakikat karya Nazel Hashim Mohamad.

1. Watak “Aku” terkenangkan peristiwa orang-orang
kampung menggelar Pak Mid sebagai orang gila
kerana menanam pokok-pokok hutan di tanah
kepunyaannya.

2. Walaupun dituduh gila oleh orang-orang kampung, Pak
Mid tidak mengendahkan sindiran orang-orang
kampung dan menganggapnya sebagai gurauan.

3. Setelah beberapa tahun kemudian, kawasan tanaman
pokok hutannya bertambah subur dan dibiarkan
semak oleh Pak Mid.

BINAAN PLOT
4. Kebanyakan ibu bapa melarang anak-anak

mereka bermain di situ dengan menyatakan
bahawa di kawasan semak itu ada harimau, ular
dan orang bunian.

5. Pada suatu hari kerajaan berhasrat membina
beberapa projek pembangunan di kampung
tempat tinggal Pak Mid.

6. Tanah rang milik Pak Mid yang ditanam pokok-
pokok hutan turut dipilih oleh kerajaan untuk
projek pembangunan tersebut dan Pak Mid
diberi pampasan oleh kerajaan.

7. Pak Mid sekeluarga hidup senang-lenang hasil
duit pampasan yang diterimanya.

BINAAN PLOT

Soalan (1)

Jelaskan empat binaan plot cerpen Namun Itulah Hakikat

karya Nazel Hashim Mohamad.

Jawapan
Plot cerpen ini berbentuk kronologi kerana perisiwa

di dalam cerpen ini disusun mengikut urutan masa.
Cerita dimulakan dengan memaparkan watak “aku”

terkenangkan peristiwa orang-orang kampung menggelar
Pak Mid sebagai orang gila kerana menanam pokok-pokok
hutan di tanah kepunyaannya.

Perkembangan cerita seterusnya ialah walaupun
dituduh gila oleh orang-orang kampung, Pak Mid tidak
mengendahkan sindiran mereka malah menganggapnya
sebagai gurauan.

BINAAN PLOT

Klimaks kepada cerpen ini ialah tanah rang milik
Pak Mid yang ditanam pokok-pokok hutan turut dipilih
oleh kerajaan untuk projek pembangunan tersebut dan
Pak Mid diberi pampasan oleh kerajaan.

Cerita berakhir dengan Pak Mid sekeluarga hidup
senang-lenang hasil duit pampasan yang diterimanya.

BINAAN PLOT

Soalan (2)
Klimaks kepada cerpen Namun Itulah Hakikat karya Nazel Hashim
Mohamad ialah tanah rang milik Pak Mid yang ditanam pokok-
pokok hutan turut dipilih oleh kerajaan untuk projek pembangunan
tersebut dan Pak Mid diberi pampasan oleh kerajaan.

Senaraikan tiga peristiwa yang menuju kepada klimaks cerpen
tersebut.

Anda senaraikan tiga peristiwa yang berlaku sebelum klimaks
cerpen tersebut.

Jawapan
Setelah beberapa tahun kemudian, kawasan tanaman pokok
hutannya bertambah subur dan dibiarkan semak oleh Pak Mid.

Kebanyakan ibu bapa melarang anak-anak mereka bermain di situ
dengan menyatakan bahawa di kawasan semak itu ada harimau,
ular dan orang bunian.

Pada suatu hari kerajaan berhasrat membina beberapa projek
pembangunan di kampung tempat tinggal Pak Mid.

PERANAN WATAK

Peranan watak bermaksud peranan yang ada pada setiap
watak sama ada sebagai bapa, ibu, abang, kakak, adik,
anak, suami, isteri, sahabat, guru, doktor, pemilik kapal,
penasihat, ketua negara sesebuah negara dan
sebagainya.

Soalan
Berdasarkan novel Naratif Ogonshoto karya Anwar
Ridhwan, huraikan dua peranan watak Presiden.

PERANAN WATAK

Jawapan

Presiden sebagai ketua negara. Contohnya,
Presiden ialah ketua negara Ogonshoto

Presiden sebagai pemimpin parti politik.
Contohnya, Presiden ialah pemimpin sebuah parti politik
di Ogonshoto

Presiden sebagai anak. Contohnya, Presiden ialah
anak kepada seorang wanita di Malagana.

Presiden sebagai pelajar. Contohnya, Presiden
belajar di sebuah sekolah di Eropah.

Presiden sebagai suami. Contohnya, Presiden ialah
suami kepada seorang perempuan yang bergelar „Ju‟

Presiden sebagai anak angkat. Contohnya,
Presiden ialah anak angkat kepada seorang nakhoda di
Eropah.

KONFLIK ANTARA WATAK

Konflik antara watak memperlihatkan pertentangan antara
watak dengan satu watak yang lain.

Teknik Menjawab Soalan
Mulakan setiap isi jawapan dengan Konflik antara siapa
dengan siapa.
Contoh: Konflik antara Presiden dengan mahasiswa.

Anda perlu meletakkan watak yang mencetuskan konflik
terlebih dahulu di permulaan ayat dan watak yang terkena
akibat konflik tersebut di akhir hayat.

Lihat contoh berikut:
“Hai si celaka, tidakkah engkau tahu bahawa engkau

ini orang tawanan? Patutkah engkau bersuamikan raja
bangsawan? Engkau memang tidak menaruh perasaan malu.
Adapun hatiku sangat sakit kepadamu.

Ken Tambohan tidak berkata apa-apa. Ia hanya
mengeluarkan lautan air mata. Bagi pihak permaisuri pula,
kemurkaannya menyala-nyala keluar dari dalam dadanya.

KONFLIK ANTARA WATAK

Dalam petikan tersebut, yang memulakan konflik ialah
Permaisuri, bukan Ken Tambuhan.

Oleh itu
Konflik antara Ken Tambohan dengan Permaisuri (SALAH)
Konflik antara Permaisuri dengan Ken Tambohan (BETUL)

Soalan

Berdasarkan drama Mat Piah dan Mr. Blackway karya

Mahizan Husain, jelaskan dua unsur konflik.

Jawapan
Konflik antara Mat Piah dan Mr. Blackway.

Contohnya, Mat Piah marah kepada Blackway kerana
bersubahat dengan Francis Light untuk menipu Sultan
Kedah bagi mendapatkan Pulau Pinang.

Konflik antara Mr. Blackway dengan Mat Piah.
Contohnya, Mr. Blackway memarahi Mat Piah kerana cuba
mempermainkannya.

KONFLIK ANTARA WATAK
Kelemahan Pelajar
Contoh tidak selari dengan isi jawapan.
Konflik antara Mat Piah dengan Mr. Blackway. Contohnya,
Mr. Blackway memarahi Mat Piah kerana cuba
mempermainkannya. (SALAH).

Konflik antara Mr. Blackway dengan Mat Piah. Contohnya,
Mr. Blackway memarahi Mat Piah kerana cuba
mempermainkannya. (BETUL).

LATAR TEMPAT

Peristiwa yang berlaku di sesuatu tempat.

Soalan Struktur
Mereka minum-minum di kedai kopi, bergaul dengan

penduduk tempatan, atau berbual-bual dengan nelayan di
pangkalan. Jika kisah penyamaran timbul, cepat-cepatlah
mereka memberi pendapat bahawa kisah penyamaran itu
karut! Si anu yang saya kenal betul-betul memberitahu,
dia yang menyambut dan menghantar presiden ke istana.
Dia sentiasa membantu tugas-tugas Presiden di istana,
sampai beberapa jam tadi sebelum saya ke Tubua ini, dia
masih bersama-sama Presiden.

Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto

karya Anwar Ridhwan

Nyatakan dua latar tempat berserta contoh yang terdapat
dalam petikan novel tersebut.

LATAR TEMPAT
Jawapan

Kedai kopi. Contohnya, mereka minum-minum di
kedai kopi, bergaul dengan penduduk tempatan, atau
berbual-bual dengan nelayan di pangkalan.

Pangkalan. Contohnya, mereka minum-minum di
kedai kopi, bergaul dengan penduduk tempatan, atau
berbual-bual dengan nelayan di pangkalan.

Istana. Contohnya, dia sentiasa membantu tugas-
tugas Presiden di istana.

Tubua. Contohnya, sampai beberapa jam tadi
sebelum saya ke Tubua.

NOTA: Jika hanya terdapat nama tempat tetapi tidak ada
peristiwa yang berlaku, latar tempat tersebut tidak boleh
diambil sebagai jawapan.

Bukan juga seperti Kota Paris dan London.

Jawapan di atas tidak dapat diterima kerana tidak ada
peristiwa yang berlaku di kedua-dua tempat tersebut.

LATAR TEMPAT

Soalan Esei
Berdasarkan cerpen Rindu Seorang Rafik karya Nisah Hj. Haron,
huraikan empat latar tempat.
Untuk soalan esei, pelajar perlu menyatakan peristiwa atau
kepentingan tempat tersebut.

Jawapan
Di Singapura/ Woodlands Avenue iaitu tempat tinggal Rosa.
Di Auditorium DBKL iaitu tempat “aku”, Rosa dan Irda

menonton dramatari Kunang-kunang Gunung Ledang.
Di Istana Keadilan, The Hague, Belanda iaitu tempat

perbicaraan antara Malaysia dan Indonesia tentang hak kedaulatan
Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan.

Di hotel tempat penginapan “aku” di Belanda iaitu tempat
“aku” menerima e-mel daripada Rosa yang menjelaskan sebab dia
menyepi selama ini.

LATAR TEMPAT
Kesilapan Pelajar
1. Untuk soalan struktur, latar tempat di dalam contoh

tidak digaris.

2. Untuk soalan esei, pelajar menyenaraikan latar tempat
tanpa peristiwa yang berlaku.

LATAR MASA
Masa berlakunya sesuatu peristiwa.

Soalan
Dalam tempoh seratus hari pertama Presiden baharu
berkuasa, beliau akan mengunjungi beberapa wilayah
Ogonshoto. Satu daripadanya ialah Aitu. Presiden akan
datang ke Aitu dua minggu lagi, tetapi kedatangan itu
bukan sesuatu yang rasmi kerana Presiden akan berada di
Aitu pada hujung minggu sahaja. Masa kurang lebih dua
hari itu digunakan oleh Presiden untuk merancang
pembangunan Aitu, serta mengendali satu sayembara.

Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto

karya Anwar Ridhwan

Nyatakan dua latar masa beserta contoh peristiwa yang
terdapat dalam petikan novel tersebut.

LATAR MASA

Jawapan

Seratus hari pertama. Contohnya, dalam tempoh
seratus hari pertama Presiden baharu berkuasa, beliau
akan mengunjungi beberapa wilayah Ogonshoto.

Dua minggu. Contohnya, Presiden akan datang ke
Aitu dua minggu lagi, tetapi kedatangan itu bukan sesuatu
yang rasmi kerana Presiden akan berada di Aitu pada
hujung minggu sahaja.

Hujung minggu. Contohnya, Presiden akan datang
ke Aitu dua minggu lagi, tetapi kedatangan itu bukan
sesuatu yang rasmi kerana Presiden akan berada di Aitu
pada hujung minggu sahaja.

Dua hari. Contohnya, masa kurang lebih dua hari
itu digunakan oleh Presiden untuk merancang
pembangunan Aitu, serta mengendali satu
sayembara.

Kesilapan Pelajar

Latar masa di dalam contoh tidak digaris.

SUDUT PANDANGAN

Sudut pandangan ialah kedudukan pengarang dalam sesebuah
cerita sama ada di dalam cerita sebagai salah satu watak atau di
luar cerita sebagai pencerita.

Sudut pandangan terbahagi kepada:

Sudut pandangan orang pertama.

Pengarang menggunakan kata ganti nama diri aku, saya dan kami,
iaitu pengarang turut terlibat dalam cerita tersebut.

Contoh: Aku kurang pasti sebab Kreko membawa Dol, kerana kami
hanya berjanji untuk bermain dua orang saja.

Sudut pandangan orang ketiga.

Pengarang tidak terlibat dalam cerita. Pengarang hanya sebagai
pencerita. Pengarang menggunakan kata ganti nama diri dia, ia,
mereka atau nama watak.

Contoh:

1. Tiga bulan dulu, dia cuma memakai pakaian rekaan pereka
terkenal.

2. Penduduk-penduduk kampung tertanya-tanya akan agenda
randau.

3. Tetapi mereka tidak boleh berbuat lebih

daripada itu.

4. Sharifah menangis teresak-esak mengenangkan nasibnya.

SUDUT PANDANGAN
NOTA:
1. Contoh yang anda berikan ialah contoh yang terdapat

dalam ayat bukan dialog.
Contoh: “Ya saya.” Anak muda itu mengangguk-angguk.
Dia amat kecewa kerana Pak Supir yang membawanya
hampir sepagi itu tidak dapat membantu apa-apa untuk
menyelesaikan masalahnya.

Perkataan “saya” dalam petikan tersebut tidak boleh
dijadikan contoh kerana perkataan tersebut ialah
dialog.

2. Jika dalam petikan itu terdapat contoh untuk sudut
pandangan orang pertama dan sudut pandangan orang
ketiga, pilihlah contoh untuk sudut pandangan orang
pertama.
Contoh: Aku hampir mati akal apabila panggilan
telefonku pula tidak berangkat. Mustahil dia menukar
telefon bimbit dan telefon apartmennya serentak tanpa
memaklumkan kepadaku. Dia tahu yang aku
mencarinya.

SUDUT PANDANGAN
Soalan

Aku memulakan permainanku itu dari rambut di
kepala Dol yang gerbang, gondrong, panjang, pintal-
memintal, kusut-masai itu. Setiap kali aku gariskan
rambut-rambut yang kusut-masai kepunyaan Dol itu, aku
teringat pada sarang tupai di kampungku, entah beberapa
tahun yang lalu.

Aku masih kecil waktu itu. Dan aku bersama-sama
kawan-kawan di kampung memang nakal, suka menjolok
sarang.

Dipetik daripada cerpen 00000000000

karya Shahnon Ahmad

Nyatakan sudut pandangan beserta tiga contoh yang
terdapat dalam petikan cerpen tersebut.

SUDUT PANDANGAN

Jawapan
Sudut pandangan orang pertama.
Contohnya,
i. Aku memulakan permainanku itu dari rambut di kepala

Dol yang gerbang, gondrong, panjang, pintal-memintal,
kusut-masai itu.

ii. Setiap kali aku gariskan rambut-rambut yang kusut-
masai kepunyaan Dol itu, aku teringat pada sarang
tupai di kampungku, entah beberapa tahun yang lalu.

iii. Aku masih kecil waktu itu.

iv. Dan aku bersama-sama kawan-kawan di
suka menjolok
kampung memang nakal,

sarang.

SUDUT PANDANGAN

Soalan
Pak Yasok mengangkat muka dari meja kerja di

depan jendela. Dia memandang sebuah kereta Kembara
JFX 995 yang membelok masuk ke halaman rumahnya.
Siapakah yang ke mari dalam hujan-hujan begini?
Berdetik di dalam hati kecil Pak Yasok. Kereta itu masuk
ke dalam halaman rumahnya. Enjin dimatikan dan seorang
anak gadis dengan memikul beg sandang berlari ke
beranda rumahnya. Dia termengah-mengah, mengesat
kepalanya yang basah dan sedikit lembap oleh rembesan
hujan. Dia terbersin beberapa kali. Lalu, dia mengeluarkan
sapu tangannya dari poket jean lusuh dan mengesat-
ngesat rambutnya yang hitam lebat itu.

Dipetik daripada cerpen Air Mata Dalang

karya Rahimidin Zahari

Nyatakan sudut pandangan beserta tiga contoh yang
terdapat dalam petikan cerpen tersebut.

SUDUT PANDANGAN

Jawapan
Sudut pandangan orang ketiga.
Contohnya,
i. Pak Yasok mengangkat muka dari meja kerja di depan

jendela.

ii. Dia memandang sebuah kereta Kembara JFX 995 yang
membelok masuk ke halaman rumahnya.

iii. Berdetik di dalam hati kecil Pak Yasok.

iv. Dia termengah-mengah, mengesat kepalanya yang basah
dan sedikit lembap oleh rembesan hujan.

v. Dia terbersin beberapa kali.

vi. Lalu, dia mengeluarkan sapu tangannya dari poket jean lusuh
dan mengesat-ngesat rambutnya yang hitam lebat itu.

Kesilapan Pelajar
1. Contoh ganti nama diri yang dipilih tidak digaris.
2. Contoh diambil daripada dialog.

UNSUR SEJARAH
1. Terdapat tokoh bersejarah atau watak bersejarah.

2. Ada peristiwa bersejarah.

3. Latar masanya ialah latar masa bersejarah.

4. Latar tempatnya ialah tempat bersejarah.

5. Sistem pemerintahan bersejarah iaitu sistem
pemerintahan bercorak fuedal.

6. Ada jawatan bersejarah.

7. Ada adat-istiadat bersejarah.

8. Ada peralatan bersejarah.

9. Ada kenderaan bersejarah untuk kenaikan raja.

NOTA: Perkataan bersejarah perlu ada dalam jawapan
anda.

UNSUR SEJARAH

Soalan
Sebermula Raja Melaka hendak mengutus ke Benua

Siam. Maka pada hari duduk bersemayam maka baginda
pun bertitah, “Hai, mamak Bendahara, akan sekarang kita
hendak mengutus ke Benua Siam, minta beli gajah pada
raja barang empat ekor yang jantan, dua ekor betina!
Siapa baik kita suruhkan?” Maka sembah Bendahara,
“Daulat Tuanku Syah Alam, patik mohonkan ampun dan
kurnia; jikalau lain daripada Laksamana adalah lambat
pergi datang.”

Dipetik daripada Sastera Epik;
Hang Tuah Diutus ke Siam

Berikan dua unsur sejarah berserta contoh yang terdapat
dalam petikan prosa tradisional tersebut.

UNSUR SEJARAH

Jawapan
Terdapat tokoh bersejarah. Contohnya, Raja

Melaka.
Latar tempatnya ialah tempat bersejarah.

Contohnya, negeri Melaka.
Ada jawatan yang bersejarah. Contohnya,

Bendahara.
Ada kenderaan bersejarah untuk kenaikan raja.

Contohnya, gajah.

Kelemahan Pelajar
1. Tidak menulis perkataan bersejarah pada isi jawapan.
2. Salin ayat dalam petikan sebagai contoh. Anda

sepatutnya olah ayat sendiri sebagai contoh.

SEJARAH PERKEMBANGAN DRAMA,
DEFINISI DRAMA REALISME &
GENRE PROSA TRADISIONAL

SEJARAH PERKEMBANGAN DRAMA DI MALAYSIA
Tahun 1940-an : Drama bangsawan
Tahun 1950-an : Drama sandiwara
Tahun 1960-an : Drama realisme

DEFINISI DRAMA REALISME
Drama realisme ialah drama yang menggambarkan
kehidupan masyarakat sebenar.

GENRE PROSA TRADISIONAL
Sastera Panji : Raden Puspa Kencana
Sastera Epik : Hang Tuah Diutus ke Siam
Sastera Hikayat: Hikayat Parang Puting

TEKNIK PENULISAN DRAMA/ CIRI-CIRI DRAMA

1. Ada babak
2. Ada pelakon
3. Ada aksi pelakon (dalam teks ditulis dalam kurungan)
4. Ada dialog
5. Ada adegan
6. Ada skrip

TEKNIK PENULISAN DRAMA/ CIRI-CIRI DRAMA

Soalan
BABAK KETIGA

(Dalam alunan muzik kedengaran bunyi kereta berhenti. Pintu
dibuka dan ditutup beberapa kali. DOKTOR CHAN masuk
dengan pakaian doktornya).

DR. CHAN (tenang): Helo Zaki, helo Puan Zaki.

ZAKI: Oh, Dr. Chan. Bagaimana kautahu?

DR. CHAN: Saya ke rumah. Ibumu bilang engkau ke airport.

Ada hal penting katanya. Dan dia minta saya bawa sama.

Dipetik daripada drama drama Anna

karya Kemala

Jelaskan dua teknik penulisan drama yang terdapat dalam
petikan drama tersebut.

TEKNIK PENULISAN DRAMA/ CIRI-CIRI DRAMA

Jawapan
Ada babak. Contohnya, Babak Ketiga
Ada pelakon. Contohnya, Dr. Chan
Ada aksi pelakon. Contohnya, Doktor Chan masuk

dengan pakaian doktornya.
Ada dialog. Contohnya,

ZAKI: Oh, Dr. Chan. Bagaimana kautahu?
Ada skrip. Contohnya,

BABAK KETIGA

(Dalam alunan muzik kedengaran bunyi kereta berhenti. Pintu
dibuka dan ditutup beberapa kali. DOKTOR CHAN masuk
dengan pakaian doktornya).

DR. CHAN (tenang): Helo Zaki, helo Puan Zaki.

ZAKI: Oh, Dr. Chan. Bagaimana kautahu?

Kelemahan Pelajar
Ayat untuk isi jawapan tidak lengkap.
Pelakon. Contohnya Zaki. (SALAH)
Ada pelakon. Contohnya, Zaki. (BETUL)

CIRI-CIRI DRAMA REALISME

1. Latar masanya ialah pada masa sekarang.
2. Latar tempatnya ialah di alam nyata.
3. Watak-wataknya ialah masyarakat zaman sekarang.
4. Bahasa yang digunakan ialah bahasa Melayu moden.

CIRI-CIRI DRAMA REALISME dia. Anna

Soalan
ZAKI: Kasihan Anna. Aku tak salahkan

belum dapat memahami aku, doktor.

DR. CHAN: Sabar, Zaki. Berikan dia waktu yang
cukup. Kauhadapilah peristiwa ini dengan tenang.

Selepas ini, kuharap engkau akan bahagia,
bersama dengan ibumu dan Tina ...

(Bunyi kapal terbang yang semakin jelas kedengaran.
Kemudian beransur-ansur bergerak meninggalkan lapangan
terbang. Bunyinya kian menjauh. DR. CHAN dan ZAKI sambil
membimbing TINA dan menyorong kerusi roda MAK MUNAH
menuju ke kereta di sebelah kanan keluar meninggalkan
ruangan). (Muzik).

Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway

karya Mahizan Husain

Nyatakan dua ciri drama realisme berserta contoh yang
terdapat dalam petikan drama tersebut.

CIRI-CIRI DRAMA REALISME

Jawapan
Latar tempatnya di alam nyata. Contohnya,

lapangan terbang.
Watak-watak nya terdiri daripada masyarakat

zaman sekarang. Contohnya, Dr. Chan.
Bahasa yang digunakan ialah bahasa Melayu

moden. Contohnya, kapal terbang/ kerusi roda/ kereta.

Kelemahan Pelajar
1. Ayat untuk isi jawapan tidak lengkap.

Di alam nyata. Contohnya, lapangan terbang.
(SALAH)
Latar tempatnya di alam nyata. Contohnya, lapangan
terbang. (BETUL)
2. Salin ayat dalam petikan sebagai contoh. Anda
sepatutnya mengolah ayat sendiri sebagai contoh.

CIRI-CIRI SASTERA PANJI

1. Ada wira dan wirawati. Contohnya, watak wira dalam
sastera panji tersebut ialah Raden Inu Kertapati/
Raden Menteri. Watak wirawatinya ialah Raden Puspa
Kencana/ Ken Tambohan.

2. Berlatarkan sejarah negeri Jawa. Contohnya, latar
tempatnya di Cempaka Jajar/ Jenggala/ Banjar Kulon.

3. Watak-wataknya daripada kalangan putera dan puteri
Raja Jawa. Contohnya, Raden Inu Kertapati/ Raden
Menteri dan Raden Puspa Kencana/ Ken Tambohan.

4. Terdapat watak pembantu. Contohnya, Wira Wani/ Wira
Karta/ Ken Tadahan/ Ken Penglipur.

5. Tema ceritanya tentang percintaan antara wira dan
wirawati. Contohnya, percintaan antara Raden Inu
Kertapati/ Raden Menteri dengan Raden Puspa
Kencana/ Ken Tambohan.

CIRI-CIRI SASTERA PANJI

6. Cerita berakhir dengan kebahagiaan atau kegembiraan.
Contohnya, Raden Inu Kertapati/ Raden Menteri dan
Raden Puspa Kencana/ Ken Tambohan hidup bahagia
setelah menempuh pelbagai rintangan dalam hidup
mereka/ ditabalkan sebagai Ratu dan Suri Kuripan.

7. Ada unsur luar biasa. Contohnya, Betara Kala
menghidupkan semula Raden Inu Kertapati/
Raden Menteri dan Raden Puspa Kencana/ Ken
Tambohan.

8. Amalan percaya kepada mimpi. Contohnya,

Raden Menteri dan Ken Tambohan tertanya-

tanya akan takbir/ alamat mimpi mereka setelah

bangun dari tidur.

9. Ada unsur pengembaraan. Contohnya, Raden
Menteri mengembara semasa keluar pergi

berburu/ Betara Kala mengembara dari

kayangan turun ke bumi untuk menghidupkan

Raden Menteri dan Ken Tambohan.

CIRI-CIRI SASTERA PANJI

Soalan
Apabila tiba di tempat itu, oleh Betara Kala diambilnya

kembang ganda pura dan kembang wijaya mala lalu
disapunya ke badan Raden Menteri dan Ken Tambohan serta
berkata, “Hiduplah engkau daripada mati.”

Telah genap tiga kali Betara Kala melakukan
perbuatan itu, maka Raden Menteri dan Ken Tambohan pun
membuka mata serta menggerakkan tubuh. Seketika
kemudian bangunlah mereka sihat seperti sediakala. Sedikit
pun tiada cacatnya. Maka tiada terhingga lagi sukanya hati
Sang Nata melihat anakanda suami isteri telah hidup kembali
itu. Dosa Permaisuri pun diampuni oleh baginda.

Setelah itu dihidupkan pula Ken Penglipur dan Ken
Tadahan. Kemudian baliklah Betara Kala ke keinderaan.

Dipetik daripada Sastera Panji,

Raden Menteri dan Ken Tambohan Hidup Kembali

Nyatakan tiga ciri sastera panji berserta contoh yang
terdapat dalam petikan sastera panji tersebut.

CIRI-CIRI SASTERA PANJI

Jawapan

Ada watak dewa. Contohnya, Betara Kala.

Ada unsur luar biasa. Contohnya, Betara Kala
menghidupkan Raden Menteri dan Ken Tambohan yang telah
mati.

Watak-wataknya terdiri daripada anak-anak Raja Jawa.
Contohnya, Raden Menteri.

Ada gelaran Raden pada watak anak raja. Contohnya,
Raden Menteri.

Cerita berakhir dengan kegembiraan. Contohnya, Sang
Nata sangat suka hati apabila melihat Raden Menteri dan Ken
Tambohan dapat dihidupkan kembali oleh Betara Kala.

Latar tempatnya bukan sahaja di dunia tetapi juga di
kayangan. Contohnya, Betara Kala kembali ke kayangan selepas
menghidupkan Raden Menteri dan Ken Tambohan.

Ada unsur pengembaraan. Contohnya, selepas
menghidupkan Raden Menteri dan Ken Tambohan, Betara Kala
kembali ke kayangan.

Kelemahan Pelajar
Ayat untuk isi jawapan tidak lengkap.
Dewa. Contohnya, Betara Kala. (SALAH)
Ada watak dewa. Contohnya, Betara Kala. (BETUL)

CIRI-CIRI SASTERA EPIK

1. Cerita tertumpu kepada seorang watak wira yang
menjadi tokoh bangsa. Contohnya, Hang Tuah/
Laksamana.

2. Watak wira ini memiliki sifat kepahlawanan/
keberanian/ kegagahan. Contohnya, Hang Tuah/
Laksamana dapat mengalahkan pendekar Jepun yang
bernama Cin Cu/ mengalahkan pendekar-pendekar
Jepun yang marah apabila Hang Tuah/ Laksamana
membunuh Cin Cu/ mengalahkan orang-orang Jepun
yang menyerang rombongan dari Melaka yang dalam
perjalanan balik ke Melaka.

3. Sastera epik ini mempunyai watak yang ramai.
Contohnya, dalam cerita ini terdapat masyarakat
Melayu Melaka, masyarakat Siam dan masyarakat
Jepun.

CIRI-CIRI SASTERA EPIK

4. Latar tempatnya yang luas. Contohnya, di Melaka, Patani,
Bukit Seguntang dan benua Siam.

5. Tokoh wira tersebut mempunyai unsur luar biasa.
Contohnya, Laksamana/ Hang Tuah membaca pustakanya
menyebabkan bedil/ meriam orang-orang Jepun yang
menyerangnya/ rombongan dari Melaka tidak berfungsi.

6. Sastera epik ini menggambarkan sistem sosiobudaya/
adat istiadat masyarakat pada masa dahulu. Contohnya,
adat mengutus surat untuk dihantar oleh Raja Melaka
kepada Raja Siam/ adat menghadap raja Siam/ adat
menyambut surat yang dihantar oleh Raja Melaka kepada
Raja Siam/ adat memberi persalinan kepada orang yang
berbakti kepada raja.

7. Sistem pemerintahan bercorak feudal. Contohnya,
negeri Melaka/ benua Siam mengamalkan sistem
pemerintahan feudal.


Click to View FlipBook Version