The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FINAL TPKP E4_compressed

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ABBA, 2024-02-12 18:03:33

FINAL TPKP E4

FINAL TPKP E4_compressed

TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM Bidang Kuasa Kategori Nilai Pelupusan Ketua Jabatan Kejuruteraan Bio-Medikal Peralatan Perubatan Kurang RM50,000.00 Ketua Jurutera Peralatan Bukan Perubatan Kurang RM50,000.00 Ketua Jabatan Teknologi Maklumat Peralatan ICT Kurang RM50,000.00 Ketua Jabatan Perolehan Bekalan dan Ubat Kurang RM50,000.00 Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JPAK) Semua Kategori RM50,001.00 hingga RM500,000.00 Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) Semua Kategori RM500,001.00 ke atas iii. Pengesahan kewujudan fizikal aset dilakukan oleh Lembaga Pemeriksa Pelupusan yang dilantik oleh Pegawai Pengawal sebelum pelupusan aset dilakukan. iv. Maklumat aset yang dilupuskan perlu dikemaskini dalam Daftar Aset. v. Pengeluaran Sijil Pelupusan Aset bagi pengesahan aset telah dilupuskan mengikut kaedah yang telah diluluskan. 6) Kehilangan dan Hapus Kira Aset i. Ketua Jabatan/Unit perlu membuat laporan polis dan memaklumkan kepada Jabatan Keselamatan dan Ketua Akauntan dalam tempoh 24 jam selepas kehilangan diketahui. ii. Ketua Jabatan/Unit atau penyelia yang bertanggungjawab ke atas kehilangan hendaklah menyediakan Laporan Awal kehilangan dan diserahkan kepada Ketua Akauntan dalam tempoh dua (2) hari bekerja selepas kehilangan dilaporkan. AM2.8 TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA 124


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM iii. Pegawai Pengawal hendaklah mengatur siasatan awal mengikut keperluan mengenai kehilangan dan melantik Jawatankuasa Penyiasat dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh Laporan Awal ditandatangani menggunakan Borang Pelantikan Jawatankuasa Penyiasat Aset Alih Kerajaan. iv. Ketua Jawatankuasa Penyiasat mestilah dari kumpulan Pengurusan dan Profesional. Mereka mestilah tidak terlibat dengan kehilangan dan bukan dari Jabatan/Unit Pengguna yang berlaku kehilangan. v. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menyediakan Laporan Akhir dan mengemukakan kepada Urusetia Kehilangan dan Hapus Kira dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pelantikan. vi. Urusetia Kehilangan dan Hapus Kira mengemukakan permohonan hapus kira aset berdasarkan had kuasa yang ditetapkan. vii. Melaksanakan tindakan pelarasan dalam daftar aset selepas kelulusan pihak berkuasa melulus diperolehi. 7) Pelabelan Aset Semua aset hendaklah diberi tanda pengenalan dengan cara melabel, mengecat, mencetak timbul bagi menunjukkan tanda Hak Kerajaan Malaysia (HKM) dan nama Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di tempat yang mudah dilihat dan sesuai pada aset berkenaan. 8) Pengurusan Kenderaan Bagi penggunaan, penyimpanan, pemeriksaan dan penyelenggaraan kenderaan hendaklah merujuk kepada Bab 24 Pengurusan Kenderaan. 9) Susut Nilai Aset Semua aset PPUM disusutnilai secara bulanan mengikut kadar susut nilai yang telah ditetapkan berdasarkan tarikh pentauliahan/Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)/Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC). 10) Penjejasan Aset i. Penjejasan Nilai Aset Tidak Menjana Tunai MPSAS 17 – HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN 125


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM Menentukan prosedur yang digunakan oleh entiti bagi mengenal pasti sama ada aset tidak menjana tunai terjejas dan memastikan kerugian penjejasan nilai diiktiraf. Piawaian ini juga menetapkan bila entiti perlu menimbal balik kerugian penjejasan nilai dan menentukan pendedahan. ii. Penjejasan Nilai Aset Menjana Tunai Menetapkan prosedur yang digunakan oleh entiti bagi menentukan sama ada aset menjana tunai terjejas dan memastikan kerugian penjejasan nilai diiktiraf. Piawaian ini juga menentukan bila entiti perlu menterbalikkan kerugian penjejasan nilai dan menetapkan pendedahan. MPSAS 21 – PENJEJASAN NILAI ASET TIDAK MENJANA TUNAI MPSAS 26 – PENJEJASAN NILAI ASET MENJANA TUNAI 126


PENGURUSAN STOR BAB 23


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM 23 PENGURUSAN STOR 23. 1 Kenyataan Dasar Pengurusan Stor secara amnya meliputi pengendalian sesuatu bekalan yang merangkumi proses penerimaan, merekod, penyimpanan, pengeluaran, pemeriksaan, keselamatan, kebersihan, pelupusan, kehilangan dan hapus kira. 23.2 Skop 1) Pengurusan Stor perlu dilaksanakan secara teratur, cekap dan berkesan bagi memastikan stok sentiasa ada apabila dikehendaki dan menepati kehendak pelanggan. 2) Kualiti stok perlu sentiasa terjamin dengan cara memberi perlindungan, penjagaan dan penyelenggaraan yang sewajarnya semasa dalam simpanan. 3) Pengurusan Kawalan Stor dilaksanakan bagi memastikan stok pada paras keperluan yang sesuai dapat disediakan untuk memenuhi keperluan pelanggan pada setiap masa. Bagi tujuan tersebut penggunaan ruang simpanan, kos memesan, harga pembelian dan modal yang terlibat hendaklah diambil kira supaya stok berlebihan dan pembaziran dapat dielakkan. 23.3 Kuasa dan Tanggungjawab 1) Pegawai Pengawal hendaklah memastikan bahawa Pengurusan Stor dilaksanakan secara teratur, cekap dan berkesan. 2) Pegawai Pengawal juga bertanggungjawab meluluskan pelarasan stok di Penyata Pelarasan Stok. 3) Pegawai Pengawal berkuasa melantik pegawai-pegawai yang terlibat di dalam pengiraan stok. 4) Ketua Jabatan Perolehan bertanggungjawab menyediakan Laporan Kedudukan Stok dan Laporan Suku Tahun Pengurusan Stor kepada Pegawai Pengawal. 5) Sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan stok semasa penyimpanan, Ketua/Pegawai Stor berkenaan perlu memaklumkan AM 6.1 TATACARA PENGURUSAN STOR KERAJAAN (TPS) PENDAHULUAN 127


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM kepada Ketua Jabatan Perolehan untuk menyiasat dan melaporkan kepada Pegawai Pengawal. Ketua/Pegawai Stor berkenaan perlu mengambil tindakan pencegahan/penambahbaikan berdasarkan laporan kehilangan stok tersebut agar kejadian yang sama tidak berulang. 6) Ketua Jabatan stor berkenaan perlu memastikan stok sentiasa di tahap yang mencukupi, terkawal dan selamat. 7) Ketua Jabatan Perolehan hendaklah mengambil tindakan ke atas syor pindahan, pelupusan, hapus kira atau pelarasan stok yang dinyatakan di dalam Laporan Pemeriksaan/Verifikasi Stor seperti berikut: i. Syor pindahan stok dikemukakan kepada Pegawai Pengawal untuk kelulusan. ii. Syor pelupusan dan hapus kira stok hendaklah diambil tindakan. iii. Syor pelarasan stok (kekurangan atau lebihan) disebabkan kesilapan pengiraan. 8) Ketua Jabatan Perolehan hendaklah menyemak, mengesah, mengesyorkan penambahbaikan dan mengemukakan Laporan Pemeriksaan/Verifikasi Stor dan Laporan Tahunan Keseluruhan Pengurusan Stor kepada Pegawai Pengawal untuk kelulusan. 9) Ketua Jabatan Stor Utama yang berkenaan hendaklah mengambil tindakan ke atas syor penambahbaikan setelah mendapat kelulusan Pegawai Pengawal. 10) Ketua Jabatan Perolehan hendaklah melaksanakan pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa (berdasarkan keperluan). 11) Pegawai stor hendaklah mengambil tindakan pelarasan stok apabila terdapat stok lebihan atau berkurangan disebabkan kesilapan pengiraan semasa pengiraan, pemeriksaan dan verifikasi stor. 12) Jabatan Perolehan hendaklah melaporkan Laporan Pemverifikasi Baki dan Nilai Stok dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) untuk pemakluman. AK 8.5.4 MRD-002- 028-E01 128


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM 23.4 Prosedur 1) Penerimaan Semua penerimaan bekalan hendaklah melalui Stor Utama atau Stor Unit. Proses penerimaan dilaksanakan untuk memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi iaitu: i. Memastikan setiap bekalan stor yang diterima menepati spesifikasi yang ditetapkan. ii. Menentukan kualiti dan kuantiti sebenar mengikut pesanan. iii. Memastikan barang-barang stor diterima dalam keadaan yang baik, sempurna dan selamat digunakan. 2) Merekod Stok Semua jenis stor hendaklah merekodkan stok yang diterima dengan menggunakan sistem yang telah ditetapkan bagi tujuan: i. Mengetahui kedudukan stok simpanan. ii. Memastikan bilangan dan fizikal stok sentiasa tepat. iii. Mengawal paras stok. 3) Penyimpanan i. Penyimpanan stok yang sistematik dapat membantu supaya stok tidak mudah rosak, senang dikeluarkan dan penggunaan ruang yang optimum. ii. Susun atur ruang stor hendaklah digunakan sepenuhnya dengan mengambil kira faktor keselamatan, kemudahan pengeluaran, verifikasi dan kekemasan stor. 4) Pengeluaran Pengeluaran stok di semua stor hendaklah mendapatkan kebenaran Pegawai Stor atau pegawai yang diberi arahan bertulis oleh Ketua Jabatan. Pengeluaran stok hendaklah mengikut sistem Masuk Dahulu Keluar Dahulu (MDKD) dan juga bergantung kepada tarikh luput stok. Sistem pengeluaran yang cekap dan teratur dapat mengelakkan perkara-perkara berikut: i. Pengeluaran tanpa kebenaran. ii. Pengeluaran yang tidak mengikut kuantiti dan tidak seperti yang dipesan. iii. Stok yang telah lama disimpan tidak dikeluarkan. 5) Pemeriksaan i. Objektif verifikasi stok adalah seperti berikut: AM6.2 TATACARA PENGURUSAN STOR KERAJAAN (TPS) PENERIMAAN AM6.3 TATACARA PENGURUSAN STOR KERAJAAN (TPS) MEREKOD STOK AM6.4 TATACARA PENGURUSAN STOR KERAJAAN (TPS) PENYIMPANAN AM6.5 TATACARA PENGURUSAN STOR KERAJAAN (TPS) PENGELUARAN 129


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM a. Memastikan ketepatan rekod dan fizikal stok. b. Memastikan pelarasan stok diambil tindakan. c. Memastikan stok using atau tidak boleh guna atau rosak atau tidak bergerak atau hamper luput tempoh penggunaan diambil tindakan pelupusan. d. Memastikan kehilangan stok diambil tindakan hapus kira. ii. Keanggotaan pemverifikasi stor a. Sekurang-kurangnya dua (2) orang pegawai. b. Pegawai tidak bertugas di stor yang diverifikasi. c. Pegawai mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam pengurusan stor. d. Pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional serta kumpulan Pelaksana Gred 19 ke atas atau setaraf. iii. Tugas-tugas pemverifikasi stor a. Melaksanakan verifikasi mengikut program/jadual yang telah ditetapkan sekali setahun dalam tahun yang sama bermula 1 Oktober dan berakhir pada 31 Disember bagi Stor Pusat dan Stor Utama. b. Menentukan tiada berlaku sebarang transaksi stok semasa verifikasi dilaksanakan. c. Memeriksa dan mengira baki fizikal stok secara seratus peratus (100%) dan membuat perbandingan dengan rekod dalam sistem. d. Menyediakan laporan hasil pemverifikasi stor. e. Melaporkan pengurusan stor secara keseluruhan iaitu organisasi stor, kawalan stok, penerimaan, merekod, penyimpanan, pengeluaran, pengiraan/pemeriksaan/ verifikasi, keselamatan/kebersihan/pelupusan, kehilangan/hapus kira dan nilai pegangan stok di setiap stor. f. Tindakan susulan perlu diambil ke atas laporan hasil pemverifikasi stok seperti pelarasan stok sekiranya ada. 6) Keselamatan dan Kebersihan i. Keselamatan dan kebersihan stor hendaklah diberi perhatian. Stor hendaklah mempunyai sistem kawalan keselamatan yang sesuai, mencukupi dan berkesan bagi memastikan keselamatan stor dan stok terpelihara. AM6.6 TATACARA PENGURUSAN STOR KERAJAAN (TPS) PEMERIKSAAN AM6.7 TATACARA PENGURUSAN STOR KERAJAAN (TPS) KESELAMATAN DAN KEBERSIHATAN 130


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM ii. Stor perlu dilengkapkan dengan sistem kawalan kebakaran yang sesuai. Ketua Jabatan dan Pegawai Stor hendaklah memastikan stor sentiasa bersih supaya kualiti stok terjamin. 7) Pelupusan Pelupusan hendaklah dilaksanakan ke atas stok yang didapati rosak, luput tempoh penggunaan, tidak boleh digunakan, tidak diperlukan, tidak bergerak, melebihi keperluan dan disyorkan selepas pengiraan stok, pemeriksaan stok atau verifikasi stor. Pelupusan hendaklah mematuhi tatacara/peraturan yang telah ditetapkan. i. Kuasa melulus pelupusan a. Pelupusan bekalan dan ubat bawah RM50,000.00 diluluskan oleh Ketua Jabatan Perolehan. b. Pelupusan bekalan dan ubat melebihi RM50,000.00 perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JPAK). ii. Kaedah pelupusan Kaedah pelupusan adalah berdasarkan tatacara yang ditetapkan. 8) Kehilangan dan Hapus Kira i. Hapus kira kehilangan stok hendaklah dilaksanakan apabila berlaku kecurian, kebakaran, bencana alam, kesusutan dan seumpamanya dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan. ii. Bahagian Pengurusan Stor, Jabatan Perolehan bertanggungjawab sebagai Urusetia Kehilangan dan Hapus Kira stok. Kesemua pelaporan adalah mengikut garis panduan kehilangan dan hapus kira stok. iii. Kuasa melulus hapus kira stok Permohonan hapus kira stok hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Pengawal untuk kelulusan. iv. Proses hapus kira stok Proses hapus kira adalah berdasarkan tatacara yang ditetapkan. AM6.8 TATACARA PENGURUSAN STOR KERAJAAN (TPS) PELUPUSAN AM6.9 TATACARA PENGURUSAN STOR KERAJAAN (TPS) KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA 131


PENGURUSAN KENDERAAN BAB 24


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM 24 PENGURUSAN KENDERAAN 24. 1 Kenyataan Dasar Pengurusan Kenderaan ini adalah bertujuan untuk memastikan pengurusan kenderaan PPUM dilaksanakan dengan berkesan dan teratur. 24.2 Skop Menguruskan penggunaan, penyimpanan, pemeriksaan, penyelenggaraan dan keselamatan Kenderaan PPUM. 24.3 Kuasa dan Tanggungjawab 1) Tanggungjawab Pegawai Kenderaan i. Menguruskan perolehan, penyelenggaraan, pemeriksaan, keselamatan dan pelupusan Kenderaan PPUM selaras dengan peraturan semasa. ii. Memastikan sistem perekodan dan pengurusan fleet Kenderaan PPUM yang kemas dan teratur. iii. Menyemak kos penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan. Sekiranya kos tersebut meragukan, laporan hendaklah dibuat kepada Ketua Jurutera dan Jurutera Mekanikal bagi mendapatkan laporan teknikal dan syor mengenai masalah tersebut. iv. Menerangkan tanggungjawab pemandu kepada semua pemandu di bawah seliaannya. v. Memberi perhatian kepada aspek keselesaan, tatasusila dan kebajikan pemandu. vi. Menguruskan pemeriksaan kesihatan pemandu, sekiranya perlu. vii. Memantau penggunaan Kad Sistem Bayaran Tol Tanpa Resit dan SmartTAG, Kad Inden bahan api dan merekodkan notis kesalahan lalu lintas/saman dalam Buku Log. viii. Memastikan kenderaan dan kelengkapan berfungsi dengan baik semasa pertukaran pemandu. ix. Memaklumkan kepada pegawai yang mempunyai pemandu sendiri supaya mengambil perlindungan insurans. x. Memastikan bahawa semua tindakan diambil apabila berlaku kemalangan mengikut tatacara yang telah ditetapkan. WP 4.1 PENGURUSAN KENDERAAN KERAJAAN 132


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM xi. Mengatur pemeriksaan berkala di bengkel berkaitan. xii. Meluluskan tempahan kenderaan. 2) Tanggungjawab Pembantu Pegawai Kenderaan i. Membantu Pegawai Kenderaan bagi melaksanakan urusan pengagihan tugas dan penjadualan pemandu. ii. Membantu Pegawai Kenderaan bagi melaksanakan pengagihan Kad Sistem Bayaran Tol Tanpa Resit, SmartTAG dan Kad Inden. iii. Membantu Pegawai Kenderaan menguruskan tempahan kenderaan. 3) Tanggungjawab Pemandu i. Melaksanakan Arahan Harian kepada Pemandu seperti yang dinyatakan dalam Buku Log. ii. Memastikan kenderaan diselenggarakan mengikut jadual yang ditetapkan dan melaporkan sebarang kerosakan kepada Pegawai Kenderaan. iii. Sekiranya berlaku kemalangan, rekodkan butiran kemalangan dan buat laporan kepada Pegawai Kenderaan dan Polis mengikut peraturan yang ditetapkan. iv. Semua pergerakan kenderaan hendaklah berdasarkan arahan tugas yang dikeluarkan oleh Pegawai Kenderaan. Pemanduan tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan berdasarkan peraturan yang berkuatkuasa. v. Memastikan keselamatan kenderaan termasuk aksesori dan barang-barang dalam kenderaan. Pemandu boleh dikenakan tindakan tatatertib dan/atau surcaj berdasarkan peraturan semasa jika berlaku kemalangan, kehilangan dan kerosakan kerana kecuaiannya. vi. Memastikan kenderaan dalam keadaan bersih setiap hari. 24.4 Prosedur 1) Pegawai Yang Layak Dibekalkan Kereta Rasmi Jawatan. Kereta Rasmi Jawatan layak diperuntukkan kepada pegawai seperti berikut: i. Pegawai Perkhidmatan Awam Gred Utama/ Khas C dan ke atas atau setaraf mengikut kelayakan masing-masing. 133


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM ii. Pegawai Gred Utama/Khas B dan ke atas atau setaraf bagi Pegawai Institusi Pengajian Tinggi Awam mengikut kelayakan masing-masing dan mesti mendapatkan kelulusan dari Mesyuarat Pengurusan. 2) Jenis Kenderaan Kenderaan yang ditetapkan bagi Kereta Rasmi Jawatan dan Kenderaan PPUM adalah seperti berikut; i. Kereta Rasmi Jawatan Model kereta yang diperuntukan sebagai Kereta Rasmi Jawatan kepada pegawai yang berkelayakan adalah berpandukan kepada Pekeliling Perbendaharaan semasa. ii. Kenderaan PPUM Kenderaan Jabatan terdiri daripada jenis kenderaan mengikut kesesuaian penggunaan antaranya kereta, van penumpang bas, motosikal dan lori. 3) Penggunaan Kenderaan Kenderaan PPUM hendaklah digunakan bagi Tugas Rasmi sahaja kecuali Kereta Rasmi Jawatan. i. Penggunaan Kereta Rasmi Jawatan a. Kereta Rasmi Jawatan dibekalkan untuk kegunaan urusan rasmi pegawai. Walau bagaimanapun, pegawai dibenarkan menggunakannya untuk urusan persendirian, khusus untuk pegawai berkenaan sahaja.Borang Inden Penyiapan Kerja bagi tujuan persetujuan bayaran. b. Pegawai tidak layak menerima kemudahan Kereta Rasmi Jawatan, Kad Sistem Bayaran Tol Tanpa Resit, SmartTAG dan Kad Inden dalam keadaan berikut: Digantung kerja. Cuti tanpa gaji atas sebab persendirian bagi tempoh tiga (3) bulan dan ke atas selain sebab kesihatan diri dan keluarga seperti yang ditetapkan dalam Perintah Am Bab C; atau Cuti belajar bergaji penuh/menghadiri kursus jangka masa panjang di luar negeri. c. Pegawai yang hilang kelayakan hendaklah memulangkan kemudahan Kereta Rasmi Jawatan, Kad Sistem Bayaran Tol Tanpa Resit, SmartTAG dan Kad Inden dengan kadar segera. 134


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM ii. Penggunaan Kenderaan PPUM Kenderaan PPUM hendaklah digunakan untuk tujuan rasmi sahaja secara guna sama oleh pegawai-pegawai yang tidak dibekalkan dengan Kereta Rasmi Jawatan. Tindakan tatatertib dan/atau surcaj boleh diambil ke atas pegawai yang menyalahgunakan untuk tujuan persendirian. 4) Kemudahan Pemandu Kepada Pegawai Yang Dibekalkan Kereta Rasmi Jawatan. i. Kelayakan kemudahan pemandu bagi Pegawai Gred Utama B/Khas A dan ke atas atau setaraf adalah mengikut kelayakan masing-masing berdasarkan peraturan yang berkuatkuasa. ii. Pegawai Gred Khas B dan C serta Gred Utama C atau yang setaraf tidak diperuntukkan dengan pemandu. Pegawai boleh mengaji pemandu sendiri. 5) Spesifikasi dan Aksesori Kenderaan i. Kereta Rasmi Jawatan dan Kenderaan PPUM adalah dilengkapkan dengan aksesori asas dan aksesori tambahan seperti mana dipersetujui oleh Perbendaharaan dari semasa ke semasa. ii. Pengubahsuaian spesifikasi/tambahan aksesori bagi kenderaan hak milik PPUM adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat kelulusan bertulis daripada Pegawai Pengawal tertakluk kepada kesesuaiannya dengan fungsi kenderaan tersebut dan undang-undang/peraturan yang berkuatkuasa. 6) Bekalan Bahan Api Kenderaan Kenderaan PPUM hendaklah menggunakan bahan api yang lebih menjimatkan dan bersesuaian dengan kenderaan tersebut. 7) Sistem Bayaran Tol Tanpa Resit dan SmartTAG i. Sistem Bayaran Tol Tanpa Resit dan SmartTAG Bagi Kenderaan Rasmi Jawatan. a. Dibekalkan kepada pegawai yang diperuntukan Kereta Rasmi Jawatan bagi tujuan pembayaran tol bagi perjalanan bertugas rasmi sahaja termasuk perjalan pergi balik rumah/pejabat dan pembayaran tempat letak kereta (parkir) di lokasi tugas rasmi sahaja. 135


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM b. Kad hendaklah disimpan oleh pegawai tersebut. c. Nilai maksimum kad pada setiap bulan adalah RM500.00. d. Kad hanya ditambah nilai berdasarkan baki pada bulan tersebut. e. Kad perlu dikembalikan kepada Jabatan Kejuruteraan apabila pegawai tidak lagi berkhidmat di PPUM. ii. Sistem Bayaran Tol Tanpa Resit dan SmartTAG Bagi Kenderaan PPUM a. Kad disimpan oleh Pegawai Kenderaan dan diberi kepada pemandu apabila diarah menjalankan tugas yang memerlukan bayaran tol. b. Format Buku Pergerakan dan Penggunaan Kad Sistem Bayaran Tanpa Resit hendaklah dikemaskini dan disimpan selamat oleh Pegawai Kenderaan. Adalah menjadi tanggungjawab Pegawai Kenderaan untuk memastikan semua butiran penggunaan kad dimasukkan ke dalam buku rekod sebelum kad diberikan kepada pemandu. c. Setiap pemandu Kenderaan PPUM hendaklah merekodkan butiran penggunaan kad berkenaan di dalam Buku Rekod Pergerakan dan Penggunaan Kad Sistem Bayaran Tol Tanpa Resit sebaik sahaja selesai menjalankan tugas. iii. Kad Sistem Bayaran Tol Tanpa Resit dan SmartTAG boleh dibeli/tambah nilai daripada syarikat pembekal kad. iv. Kehilangan kad dan SmartTAG adalah menjadi tanggungjawab pegawai yang menggunakannya dan hendaklah dilaporkan kepada Pegawai Kenderaan untuk tindakan bagi mendapatkan baki nilai kad/kad ganti. Sekiranya baki nilai kad tidak dapat dituntut, kehilangan kad tersebut hendaklah dilaporkan sebagai kehilangan wang awam. Kehilangan kad dan SmartTAG yang disebabkan kecuaian pegawai hendaklah diganti oleh pegawai tersebut. 8) Buku Log Setiap Kenderaan PPUM hendaklah dibekalkan dengan Buku Log bagi tujuan mengawal dan memantau penggunaan kenderaan. Buku Log hendaklah dikemaskini oleh pemandu bagi setiap perjalanan dan penyelenggaraan kenderaan. 136


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM i. Notis Kesalahan Lalu Lintas/Saman. a. Pemandu Kenderaan PPUM hendaklah mematuhi sepenuhnya undang-undang dan peraturan lalu lintas. b. Pemandu adalah bertanggungjawab menyelesaikan notis kesalahan lalu lintas/saman dikeluarkan oleh pihak berkuasa (Polis Diraja Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Pengangkutan Jalan dan pihak-pihak lain) jika kesalahan dilakukan oleh pemandu. c. Sekiranya sesuatu kesalahan lalu lintas dilakukan oleh pemandu atas arahan pegawai pengguna, maka pegawai tersebut hendaklah bertanggungjawab untuk menyelesaikan notis kesalahan lalu lintas/saman tersebut dengan syarat arahan untuk melakukan kesalahan berkenaan hendaklah dicatat dalam Buku Log dan disahkan oleh pegawai pengguna. 9) Tempat Simpanan Kenderaan Semua Kenderaan PPUM kecuali Kereta Rasmi Jawatan hendaklah disimpan di dalam kawasan Depoh Kenderaan yang telah disediakan semasa tidak digunakan. 10) Keselamatan Kenderaan i. Kenderaan PPUM hendaklah sentiasa dikunci dengan selamat apabila tidak digunakan. Semua set kunci disimpan oleh Pegawai Kenderaan atau pegawai yang diberi kuasa semasa kenderaan tidak digunakan. Satu set kunci hendaklah diberi kepada pemandu semasa bertugas. Bagi Kenderaan Rasmi Jawatan, semua set kunci hendaklah diserahkan kepada pengguna. ii. Kenderaan PPUM hendaklah diletakkan di tempat tidak berisiko tinggi bagi mengelakkan kemalangan atau kecurian. 11) Perlindungan Insurans i. Semua Kenderaan PPUM dilindungi di bawah skim perlindungan insurans individu. Sekiranya kenderaan tersebut disalahgunakan, pegawai berkenaan adalah bertanggungjawab ke atas segala tuntutan. Tindakan tatatertib dan/atau surcaj atau kedua-duanya boleh dikenakan ke atas pegawai yang terlibat. 137


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM ii. Bagi Kereta Rasmi Jawatan, pengguna dikehendaki bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan kerugian dari mana-mana pihak bersakit dengan kegunaan kereta itu secara persendirian. Walau bagaimanapun, sekiranya Kereta Rasmi Jawatan hak milik PPUM tersebut memerlukan pembaikan, kos pembaikan adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak PPUM. 12) Kemalangan Kenderaan PPUM Kemalangan yang melibatkan kenderaan PPUM perlu membuat laporan mengikut Arahan Kerja yang telah ditetapkan. 13) Kemudahan Membersih Kenderaan Tugas pencucian dan kebersihan kenderaan adalah dibawah tanggungjawab pemandu. 138


PENGURUSAN PELABURAN BAB 25


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM 25 PENGURUSAN PELABURAN 25. 1 Kenyataan Dasar Memastikan penggunaan dana atau lebihan untuk pelaburan yang berisiko rendah bagi memperolehi kadar pulangan optimum. 25.2 Skop Hanya dana atau lebihan dana dari PPUM dan Kumpulan Wang Amanah PPUM boleh dilaburkan di dalam bank dan institusi-institusi kewangan yang mengamalkan prinsip islam dan diluluskan untuk menerima deposit daripada jabatan/agensi/syarikat kerajaan. 25.3 Kuasa dan Tanggungjawab 1) Jawatankuasa Tetap Kewangan (JTK) PPUM bertanggungjawab bagi: i. Mengenalpasti sumber-sumber yang berpotensi untuk menambah pendapatan dalaman PPUM ii. Menimbang dan meluluskan penempatan pelaburan yang berisiko rendah ke atas dana yang belum digunakan bagi meningkatkan pendapatan. 2) Ketua Akauntan PPUM hendaklah memastikan setiap pelaburan yang dijalankan mematuhi prosedur yang ditetapkan dengan jadual kematangan deposit atau pelaburan hendaklah sentiasa dikemaskini secara berkala dengan; i. Menyemak penyata atau sijil pelaburan yang matang bagi setiap pelaburan PPUM dan Kumpulan Wang Amanah PPUM, penyata atau sijil pelaburan yang akan matang dan perancangan penggunaan wang. ii. Menentukan penempatan pelaburan baharu atau memperbaharui atau menebus pelaburan sekiranya berlaku keadaan yang memerlukan dana bagi tujuan operasi PPUM serta jangka masa pelaburan yang akan dibuat dan institusi kewangan yang akan dipilih. iii. Menyediakan jadual cadangan pelaburan. 25.4 Prosedur 1) Jenis-jenis Pelaburan dan Produk Pelaburan Islamik adalah: 139


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM i. Pelaburan Tetap ii. Pasaran Wang iii. Lain-lain jenis pelaburan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Tetap Kewangan (JTK) PPUM. 2) Kajian hendaklah dibuat terlebih dahulu dengan menghubungi institusi-institusi kewangan untuk mendapatkan kadar persaingan jangkaan keuntungan yang terbaik. 3) Rekod Pelaburan Pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Pelaburan hendaklah menyelenggara dan menyimpan semua rekod pelaburan ditempat yang selamat seperti di dalam peti mengikut prosedur yang ditetapkan. Rekod pelaburan yang berkenaan adalah seperti berikut: i. Daftar Pelaburan ii. Surat Arahan Pelaburan iii. Surat Pengesahan Pelaburan iv. Sijil-sijil Pelaburan 4) Mengkaji dan Memantau Prestasi Pelaburan Prestasi pelaburan serta pulangan ke atas pelaburan hendaklah dilaporkan kepada Jawatan Kuasa Tetap (JTK) PPUM bagi menilai keberkesanan instrument pelaburan yang dijalankan. 5) Terimaan Keuntungan atas Pelaburan Kaedah terimaan keuntungan hendaklah diterima melalui cek atau secara Electronic Funds Transfer (EFT). 140


PENGURUSAN PERLINDUNGAN INSURANS BAB 26


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM 26 PENGURUSAN PERLINDUNGAN INSURANS 26. 1 Kenyataan Dasar Pegawai Pengawal setakat mana yang boleh adalah bertanggungjawab memastikan premis, aset, pegawai dan aktiviti PPUM dilindungi oleh insurans daripada risiko yang boleh diinsuranskan. 26.2 Skop 1) Risiko yang boleh diinsuranskan yang boleh mengakibatkan kerugian kepada PPUM hendaklah diinsuranskan secara berterusan iaitu tanpa sebarang sela waktu (diantara dua polisi insurans yang menginsurankan risiko yang sama) atau (antara polisi insurans yang akan tamat dan polisi insurans yang akan berkuatkuasa selepasnya bagi risiko yang sama). 2) Pelaporan dan tuntutan mengenai risiko yang dilindungi di bawah polisi insurans hendaklah dibuat kepada Broker Insurans/Penanggung Insurans dengan kadar segera atau dalam tempoh masa yang dinyatakan di dalam polisi insurans (yang mana berkenaan). 26.3 Kuasa dan Tanggungjawab Pelaporan mengenai insiden berkaitan risiko yang dilindungi di bawah polisi insurans hendaklah dikemukakan kepada jabatan berikut untuk tujuan pemakluman dan tuntutan di bawah polisi insurans yang berkaitan: 1) Jabatan Perundangan - perlindungan Insurans Medical Malpractice Liability atau Insurans Medical Professional Liability. 2) Jabatan Kewangan - perlindungan Insurans Am 26.4 Prosedur 1) Perlindungan Insurans Medical Malpractice Liability atau Insurans Medical Professional Liability. Apabila berlaku insiden kecuaian perubatan atau terdapat dakwaan berlaku kecuaian perubatan atau tuntutan ganti rugi berkaitan 141


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM kecuaian perubatan, tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut: i. Ketua Jabatan/Unit atau penyelia hendaklah melaporkan insiden kecuaian perubatan atau dakwaan kecuaian perubatan atau tuntutan ganti rugi berkaitan kecuaian perubatan tersebut dengan seberapa segera kepada Pegawai Pengawal. ii. Pegawai Pengawal hendaklah member pemakluman mengenai insiden kecuaian peruabtan atau dakwaan kecuaian peruabtan atau tuntutan gantirugi berkaitan kecuaian peruabtan tersebut kepada Penanggung Insurans. iii. Dokumen yang berkaitan dengan pesakit dan insiden kecuaian perubatan tersebut hendaklah disimpan dengan selamat oleh Jabatan Perundangan. Manakala, rekod perubatan pesakit yang berkaitan hendaklah diklasifikasikan sebagai Fail Keselamatan dan disimpan di tempat khas di Jabatan Maklumat Pesakit. Akses kepada rekod perubatan selain daripada tujuan perawatan perlu mendapatkan kebenaran bertulis terdahulu daripada Pegawai Pengawal. iv. Laporan lengkap mengenai insiden kecuaian perubatan tersebut hendaklah dikemukakan oleh Ketua Jabatan/Unit atau penyelia yang berkenaan kepada Pegawai Pengawal dengan kadar segera. v. Pegawai Pengawal hendaklah menjalankan penyiasatan mengenai insiden kecuaian perubatan tersebut termasuk menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Perubatan sekiranya perlu. 2) Perlindungan Insurans Am i. Ketua Jabatan/Unit atau penyelia hendaklah melaporkan kejadian yang tidak diingini kepada Pegawai Pengawal, Pegawai Keselamatan dan Jabatan Kewangan. ii. Jabatan Kewangan akan memaklumkan kejadian yang tidak diingini tersebut kepada Penanggung Insurans yang berkenaan. iii. Laporan lengkap mengenai kejadian tidak diingini tersebut dikemukakan oleh Ketua Jabatan/Unit atau penyelia yang berkenaan kepada Pegawai Pengawal dengan kadar segera. 142


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM iv. Permohonan tuntutan perlindungan insurans dibuat oleh Ketua Akauntan atau pegawai yang diberi kuasa kepada Penanggung Insurans. 3) Perlindungan Insurans Kemalangan Berkelompok i. Notifikasi berkaitan kemalangan atau kematian pegawai akan dimaklumkan oleh Jabatan Sumber Manusia kepada Jabatan Kewangan dan Penanggung Insurans. ii. Dokumen sokongan adan boring tuntutan insurans yang telah lengkap diperakui oleh Ketua Jabatan Sumber Manusia atau pegawai yang diberi kuasa diserahkan kepada Jabatan Kewangan untuk direkodkan. iii. Permohonan tuntutan perlindungan insurans dibuat melalui Ketua Akauntan atau pegawai yang diberi kuasa kepada Penanggung Insurans. 4) Tawaran Tuntutan i. Pihak insurans akan mengemukakan jumlah tawaran penyelesaian tuntutan kepada PPUM selepas segala dokumen dan laporan dari pihak yang terlibat selesai. ii. Jawatankuasa Insentif, Rayuan dan Gantirugi akan meneliti tawatan tuntutan dan menentukan samada tawaran tersebut boleh diterima atau sebaliknya. iii. Bagi tuntutan insurans berkelompok, Discharge Voucher akan disahkan oleh Ketua Jabatan Sumber Manusia. iv. Pihak Insurans membuat pembayaran tuntutan selepas tawaran dipersetujui dan disahkan oleh pegawai yang diberi kuasa. 143


PENGURUSAN PEROLEHAN KERJA SECARA INDEN BAB 27


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM 27 PENGURUSAN PEROLEHAN KERJA SECARA INDEN 27. 1 Kenyataan Dasar Menjelaskan pengurusan perolehan kerja secara Inden dilaksanakan di PPUM bagi memastikan proses kerja berkesan dan teratur. 27.2 Skop Pengurusan perolehan kerja secara Inden PPUM melibatkan proses bermula dari tawaran kerja kepada kontraktor hingga pengesahan kerja yang dijalankan bagi tujuan bayaran yang nilai kerja yang tidak melebihi RM20,000.00. 27.3 Kuasa dan Tanggungjawab 1) Tanggungjawab Pegawai yang diberi kuasa/Penyelia/Jurutera i. Mengenalpasti kerja-kerja yang perlu dilakukan bagi mendapatkan persetujuan Ketua Jabatan Kejuruteraan. ii. Menyediakan spesifikasi/Bill of Quantities (BQ) dan mendapatkan sebutharga daripada syarikat yang berkelayakan. iii. Menyediakan Borang Permintaan Pembelian/Purchase Request (PR) bagi maklumat untuk penyediaan Inden kerja oleh staf Pentadbiran Kejuruteraan. 2) Tanggungjawab Penolong Akauntan i. Menyemak keperluan peruntukan bagi kerja-kerja yang terlibat. ii. Merekod permohonan perolehan kerja untuk rujukan dan pemantauan. 3) Tanggungjawab Pembantu Tadbir/Pegawai Tadbir i. Mendaftarkan maklumat permohonan dalam sistem Inden. ii. Menyemak dan memuatnaik dokumen sokongan seperti sebutharga dan sijil-sijil berkaitan. iii. Memastikan tempoh sahlaku dokumen masih aktif (valid). iv. Mengemukakan kepada Ketua Jurutera untuk kelulusan. 4) Tanggungjawab Ketua Jurutera 144


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM i. Menyemak maklumat permohonan kerja Inden yang dikemukakan. ii. Melantik Pegawai Penyelia bagi kerja-kerja yang dicadangkan bagi tujuan pemantauan dan rujukan kontraktor/PPUM. iii. Meluluskan permohonan untuk menjalankan kerja kepada kontraktor melalui Tawaran Inden Pelaksanaan Kerja yang dikemukakan secara emel yang didaftarkan. 5) Tanggungjawab Kontraktor i. Mencetak Tawaran Inden Pelaksanaan Kerja yang diterima secara emel oleh Ketua Jurutera. ii. Melengkapkan maklumat berikut: a. Borang Inden Pelaksanaan Kerja sebagai persetujuan bagi memulakan kerja. b. Borang Inden Penyiapan Kerja bagi tujuan persetujuan bayaran. iii. Mengemukakan borang yang lengkap kepada Pejabat Pentadbiran Jabatan Kejuruteraan 27.4 Prosedur 1) Kenalpasti perolehan yang ingin dijalankan bagi perolehan dalam kategori kerja sahaja. 2) Nilai bagi perolehan dan kelulusan adalah RM20,000.00 ke bawah dengan kelulusan Ketua Jurutera. 3) Kenalpasti kontraktor yang layak mengikut pengkelasan kerja: i. Kontraktor G1 – RM200,000.00 ke bawah ii. Kontraktor G2 – RM500,000.00 ke bawah iv. Kontraktor G3 – rm1,000,000.00 ke bawah 4) Terima arahan daripada Ketua Jurutera untuk mulakan perolehan kerja secara Inden. 5) Dapatkan maklumat kos bagi kerja-kerja yang terlibat dengan dua (2) kaedah seperti berikut: i. Sediakan spesifikasi/skop kerja bagi mendapatkan sebutharga daripada kontraktor; atau ii. Sediakan maklumat kos bagi kerja-kerja yang terlibat dengan merujuk kepada Jadual Kadar Harga, Jabatan Kerja 145


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM Raya (JKR) atau PPUM untuk ditawarkan kepada kontraktor bagi persetujuan. 6) Pegawai Bertanggungjawab menyediakan Borang Permintaan Pembelian/Purchase Request (PR) dan kemukakan kepada Bahagian Pentadbiran Jabatan Kejuruteraan. 7) Semak maklumat Borang Permintaan Pembelian/Purchase Request (PR) yang diterima bagi perkara berikut: i. Baki peruntukan mencukupi; ii. Maklumat pendaftaran syarikat seperti SSM/CIDB/PKK/SPKK; dan iii. Sijil-sijil berkaitan masih dalam tempoh sahlaku. 8) Staf Pentadbiran Jabatan Kejuruteraan akan mendaftarkan maklumat perolehan kerja berdasarkan Borang Permintaan Pembelian/Purchase Request (PR) melalui sistem Inden. 9) Ketua Jurutera mengemukakan Borang Inden kepada kontraktor yang terpilih untuk dilengkapkan. Borang Inden terlibat adalah seperti berikut: i. Borang Inden Pelaksanaan Kerja sebagai persetujuan bagi memulakan kerja. ii. Borang Inden Penyiapan Kerja bagi tujuan persetujuan bayaran. 10) Pegawai Bertanggungjawab menerima kembali Borang Inden Kerja daripada kontraktor bagi persetujuan menjalankan kerja dengan kos yang dipersetujui. Semakan makluman pada Borang Pelaksanaan Kerja seperti berikut: i. Maklumat Kontraktor (Nama, Jawatan, Cop Syarikat, Tandatangan, Nombor Telefon dan Tarikh). ii. Maklumat Saksi (Nama, Jawatan, Cop Syarikat, Tandatangan. Nombor Telefon dan Tarikh). 11) Jurutera atau Pegawai Bertanggungjawab member arahan bagi melaksanakan kerja sepertimana yang dipersetujui. i. Skop kerja; ii. Tempoh siap; 146


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM iii. Peraturan-peraturan yang ditetapkan seperti Borang Permit Menjalankan Kerja/Permit to Work (PTW). 12) Pegawai Bertanggungjawab atau penyelia membuat semakan kerja-kerja yang telah dijalankan mengikut spesifikasi/skop kerja yang telah ditetapkan. Jika terdapat perubahan harga atau kerja tambahan dengan alasan munasabah, maka Borang Inden baru hendaklah dikemukakan dengan menggantikan Borang Inden lama yang terbatal. 13) Jika kerja siap sepertimana yang diarahkan dalam skop, tindakan lanjut setiap pihak adalah seperti berikut: i. Kontraktor a. Lengkapkan maklumat maklumat Borang Inden Penyiapan Kerja. Pengakuan Penyiapan Kerja oleh kontraktor. Persetujuan Bayaran Muktamad. b. Sertakan maklumat untuk pembayaran berikut: Invois. Laporan Kerja Siap (Jobs Sheet). Nota Penghantaran (Delivery Order). Laporan kerja bergambar sebelum dan selepas siap. iii. PPUM a. Lengkapkan Maklumat Borang Inden Penyiapan Kerja Pengesahan Penyiapan Kerja dan Perakuan Bayaran oleh Penyelia Kerja. Kelulusan Bayaran oleh Pegawai Inden/Ketua Jurutera. b. Muatnaik Borang Inden dan dokumen pengesahan kerja dalam portal. c. Kemukakan maklumat pengesahan kerja kepada Ketua Jurutera untuk kelulusan. d. Kemaskini rekod dan selesai. 147


PENYEDIAAN DAN PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN DAN PENYATA KEWANGAN BAB 28


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM 28 PENYEDIAAN DAN PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN DAN PENYATA KEWANGAN 28. 1 Kenyataan Dasar 1) Penyediaan dan pembentangan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan (LPTK) mengikut Seksyen 5(1) Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 (Akta 240), Surat Pekeliling Am Bil.6 Tahun 2004 mengenai Penyediaan Laporan Ringkasan Kedudukan Kewangan dan Prestasi Tahunan Badan-badan Berkanun dan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PA 3.2 Penyediaan dan Pembentangan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Badan Berkanun Persekutuan (16 Ogos 2021) berdasarkan kepada prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum. 2) Penyata Kewangan PPUM hendaklah menepati keperluan Pendedahan Am (General Disclosure Requirement) dan berdasarkan kepada prinsip-prinsip perakaunan yang diterima pakai oleh PPUM. 3) LTPK PPUM dibuat bersekali dengan LTPK Universiti Malaya (UM). 28.2 Skop Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan (LPTK) PPUM disediakan untuk diaudit oleh Ketua Audit Negara serta dibentangkan kepada Lembaga Pengurus PPUM, Lembaga Pengarah Universiti Malaya (UM) dan Jemaah Menteri di Parlimen setelah berakhir suatu tahun kewangan. 28.3 Kuasa dan Tanggungjawab Pegawai Pengawal bertanggungjawab dalam penyediaan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan. 28.4 Prosedur 1) Laporan Tahunan a) Objektif Laporan Tahunan PA 3.2 PENYEDIAAN DAN PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN DAN PENYATA KEWANGAN BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN 148


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM Laporan Tahunan disediakan dengan menyatakan objektifobjektif berikut: i. Membantu pemahaman mengenai PPUM, objektif, fungsi dan operasinya termasuk program, aktiviti dan projek yang dijalankan sepanjang tahun; ii. Memberi maklumat mengenai perancangan dan hala tuju PPUM; iii. Memberi maklumat mengenai matlamat, faedah dan pencapaian outcome program, aktiviti dan projek; iv. Memberi maklumat mengenai penyediaan sumber dan bantuan oleh kerajaan; v. Memberi gambaran mengenai kedudukan kewangan secara keseluruhan; dan vi. Memberi maklumat mengenai kejayaan yang diperolehi dalam meningkatkan taraf hidup golongan sasaran khasnya dari aspek sosio-ekonomi. b) Kandungan Laporan Tahunan Laporan Tahunan bagi PPUM hendaklah sekurangkurangnya mengandungi perkara-perkara berikut: i. Perutusan Pengerusi; ii. Maklumat Pengurusan; iii. Maklumat Lembaga Pengarah; iv. Tadbir Urus Korporat; v. Laporan Penerimaan dan Penggunaan Sumber Dana Kerajaan; vi. Analisis Prestasi Kewangan; vii. Laporan Pencapaian Prestasi Program/Aktiviti/Projek; viii. Penyata Kewangan (Telah Diaudit); dan ix. Maklumat-maklumat Lain. 2) Penyediaan Penyata Kewangan a) Objektif Penyata Kewangan PPUM menyimpan akaun dan rekod kewangan lain yang sempurna mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum. Penyediaan penyata kewangan tahunan PPUM yang teratur akan melancarkan proses pengauditan serta 149


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM memberi gambaran yang benar dan saksama mengenai operasi dan kedudukan kewangan PPUM kepada pihakpihak yang berkepentingan. b) Kandungan Penyata Kewangan Penyata Kewangan yang disediakan termasuk: i. Penyata Kedudukan Kewangan; ii. Penyata Prestasi Kewangan; iii. Penyata Perubahan Aset Bersih/Ekuiti; iv. Penyata Aliran Tunai; v. Nota-nota kepada Penyata Kewangan; vi. Sijil dan Penyata yang perlu disertakan dalam Penyata Kewangan: a. Pengakuan oleh Pegawai Utama yang bertanggungjawab ke atas pengurusan kewangan PPUM; b. Penyata oleh Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengurus;dan c. Sijil Ketua Audit Negara dan Laporan Ketua Audit Negara (jika ada) ke atas Penyata Kewangan (Telah Diaudit). vii. Penyata-penyata lain yang berkaitan. 3) Tarikh-tarikh penting dalam penyediaan dan pembentangan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan adalah seperti berikut: Perkara Tarikh Penyediaan Penyata Kewangan Tahunan Tidak lewat dari 31 Mac Membentangkan Penyata Kewangan PPUM yang belum diaudit dalam Mesyuarat Lembaga Pengurus PPUM Menandatangani perakuan untuk Penyata Kewangan: Tandatangan Pegawai Utama yang bertanggungjawab ke atas pengurusan kewangan Tandatangan Pengerusi dan seorang Ahli Lembaga Pengarah PPUM Tidak lewat dari 30 April 150


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM Mengemukakan Penyata Kewangan kepada Ketua Audit Negara Tidak lewat dari 30 April Ketua Audit Negara mengaudit Penyata Kewangan PPUM Tidak lewat dari 30 Jun Menerima Penyata Kewangan yang telah diaudit dan Sijil Ketua Audit Negara Tidak lewat dari 31 Julai Membentangkan Penyata Kewangan yang diaudit (jika ada pindaan) dan penjelasan mengenai perkara yang dibangkitkan oleh pihak audit kepada Lembaga Pengurus serta menandatangani penyata Tidak lewat dari 15 Ogos Menyedia dan mengemukakan Memorandum Jemaah Menteri, Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan kepada Universiti Malaya Tidak lewat dari 30 September 151


GLOSARI UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN BAB 29


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM 29 GLOSARI UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 29.1 Arahan Perbendaharaan 1) AP11 : Kewajipan Pegawai Pengawal Berkaitan Kewangan dan Perakaunan 2) AP53 : Tanggungjawab Pegawai Pengawal 3) AP55 : Perbelanjaan Darurat 4) AP58 : Pembayaran Yang Memerlukan Kebenaran Khas 5) AP59 : Pembayaran Bagi Barang-barang dan Perkhidmatan Yang Dibekal Dengan Suci Hati Tidak Boleh Di Tahan 6) AP60 : Resit Rasmi 7) AP61 : Memberitahu Orang Awam 8) AP62 : Pindaan dan Pembatalan Resit Rasmi 9) AP63 : Kawalan Ke Atas Resit Rasmi 10) AP66 : Tatacara Kawalan Borang-borang Hasil 11) AP68 : Menyimpan Selamat Buku Resit Rasmi 12) AP69 : Kebenaran Bertulis Untuk Menerima Wang 13) AP70 : Pengeluaran Resit Rasmi 14) AP70 : Kawalan Mesin Beresit 15) AP71 : Terimaan Melalui Mel 16) AP74 : Kurangan Pungutan 17) AP75 : Lebihan Pungutan 18) AP76 : Cek Tak Laku 19) AP87 : Pulangan Balik Hasil 20) AP89A : Akaun Belum Terima 21) AP92 : Bayaran - Tanggungjawab Pegawai Pengawal dan Pegawai Yang Diwakilkannya 22) AP94 : Bayaran - Penyerahan Sebahagian Peruntukan Kepada Seorang Pegawai Lain 23) AP98 : Daftar Pembayaran 24) AP99 : Baucer Hendaklah di Sokong Dengan Dokumen Sokongan Yang Lengkap 25) AP101 : Pemberian Kuasa Menandatangani Baucer 26) AP102 : Perakuan Pegawai Pengawal Atau Wakilnya Yang Diberi Kuasa 27) AP103 : Semua Bil dan Tuntutan Bayaran Hendaklah Dibayar Dengan Segera 28) AP111: Membenarkan Panjar 29) AP111: Panjar Hendaklah Digunakan Bagi Maksud Tertentu 152


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM 30) AP112 : Permohonan Panjar 31) AP113 : Pengendalian Panjar 32) AP118 : Cek Dan Pindahan Dana Elektronik Terbatal 33) AP119 : Menandatangani Cek Atau Kelulusan Pindahan Dana Elektronik 34) AP125 : Peti Besi Atau Bilik Kebal 35) AP126: Penyimpanan Selamat Wang Tunai, Cek Dan Barang Berharga 36) AP128 : Bilik Kebal 37) AP129 : Penyimpanan Anak Kunci 38) AP129A: Peti Besi Atau Bilik Kebal Kunci Berkombinasi 39) AP130 : Kehilangan Anak Kunci 40) AP132 : Peti Besi Atau Bilik Kebal Kerajaan Tidak Boleh Mengandungi Lain Daripada Wang Awam 41) AP135 : Rekod 42) AP135 : Anak Kunci Ganti Hendaklah Digunakan 43) AP152 : Akaun Amanah Persekutuan / Negeri (Seksyen 9 Akta Tatacara Kewangan) 44) AP155 : Wang Lebihan dan Penutupan Kumpulan Wang Amanah atau Akaun Amanah 45) AP164 : Tatacara Bagi Pengendalian Akaun Amanah (Seksyen 9(3) Akta Tatacara Kewangan) 46) AP165 : Tatacara Bagi Pengendalian Akaun Amanah (Seksyen 9(3) Akta Tatacara Kewangan) 47) AP169.2 : Penggunaan Bahan, Barangan dan Perkhidmatan Tempatan dalam Perolehan Kerajaan 48) AP170 : Sebut Harga 49) AP171 : Tender 50) AP173.2 : Perolehan Darurat 51) AP174 : Spesifikasi 52) AP197.1 : Jawatankuasa Pembuka Tender / Sebut Harga 53) AP197.2 : Jawatankuasa Pembuka Tender / Sebut Harga 54) AP201.1 : Perubahan Dan Pelanjutan Tempoh Kontrak Untuk Kontrak Bekalan Dan Perkhidmatan 55) AP308 : Pemeriksaan Dalaman 56) AP309 : Pemeriksaan Mengejut 57) AP315 : Kehilangan dan Hapus Kira - Melaporkan Kehilangan Kepada Polis 58) AP316 : Kehilangan dan Hapus Kira – Laporan Awal 153


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM 59) AP316A : Kehilangan dan Hapus Kira - Tanggungjawab Ketua Jabatan 60) AP317 : Kehilangan dan Hapus Kira - Laporan Akhir 61) AP320 : Penahanan Kerja Pegawai Yang Bertanggungjawab Atas Kehilangan 62) AP321 : Penyiasatan Dan Laporan Bersama Atas Kehilangan Wang Awam Atau Aset Awam 63) AP322 : Pelarasan Kewangan Sementara Mengenai Kehilangan 64) AP323 : Hapus Kira Dan Syor Surcaj 65) AP324 : Syor Surcaj 66) AP325 : Mendapatkan Surcaj Di bawah Seksyen 21 Akta Tatacara Kewangan 1957(Akta 61) 67) AP326 : Bila Pegawai Pengawal Boleh Menghapus Kira / Melupuskan Aset Awam 68) AP327 : Kehilangan Kerana Pembayaran Lebih Atau Pembayaran Tanpa Kuasa 69) AP328 : Kerugian Yang Disebabkan Oleh Hutang Dan Tunggakan Hasil Yang Tidak Boleh Didapatkan 29.2 Pekeliling Perbendaharaan 1) PP-PA3.1: Garis Panduan Untuk Penyediaan & Pembentangan Laporan Tahunan & Penyata Kewangan Badan Berkanun Persekutuan 2) PP-PB1.1 : Bajet Berasaskan Outcome 3) PP-PB2.5 : Pindah Peruntukan Perbelanjaan Pembangunan Tahunan 4) PP-PB2.6 : Pindah Peruntukan Perbelanjaan Mengurus 5) PP-PK2.1 : Kaedah Perolehan Kerajaan 6) PP-PS3.1 : Pelaksanaan Audit Dalam di Kementerian atau Jabatan Persekutuan dan Kerajaan Negeri 7) PP-WP1.4 : Kadar dan Syarat Tuntutan Elaun,Kemudahan dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi 8) PP-WP2.2 (pindaan) : Peraturan Mengenai Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih 9) PP-WP2.2 (pindaan) : Peraturan Mengenai Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih 154


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM 10) PP-WP2.3 : Peraturan Bekalan Pakaian Seragam Serta Kemudahan dan Kadar Bekalan Kasut Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam 11) PP-WP3.2 : Peraturan dan Prosedur Pengurusan Pendahuluan Diri Bagi Bayaran Elaun Sewa Hotel dan Elaun Makan 12) PP-WP3.2 : Peraturan dan Prosedur Pengurusan Pendahuluan Diri Bagi Bayaran Elaun Sewa Hotel, Elaun Makan dan Kelulusan Elaun Pakaian Panas 13) PP-WP3.3 : Tatacara & Peraturan Mengenai Pengurusan Pendahuluan Pelbagai 14) PP-WP4.1(pindaan) : Pengurusan Kenderaan Kerajaan 15) PP-WP6.3 : Skim Ex-Gratia Bencana Kerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam 16) PP-WP9.1 : Peraturan-Peraturan Dan Syarat-Syarat Mengenai Skim Pembiayaan Komputer Bagi Anggota Perkhidmatan Awam 17) PP-WP9.3 : Skim Pembiayaan Kenderaan Mengikut Prinsip AlBai’Bithaman ‘Ajil Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Dan Pegawai Perkhidmatan Pasukan Polis 18) PP-WP10.2: Pengurusan Pembayaran Di Bawah Arahan Perbendaharaan 59 19) PP-WP10.3 : Pengurusan Kehilangan & Hapus kira Wang Awam 20) PP-WP10.4 : Tatacara Pengurusan Akaun Amanah 21) PP-WP10.6 : Penyelenggaraan dan Pelaporan Akaun Belum Terima 22) PP-WP10.8 : Panduan Had Amaun Panjar 23) PP-AM1.1 : Pengurusan Aset Kerajaan 24) PP-AM2.1 : Pendahuluan 25) PP-AM2.2 : Penerimaan 26) PP-AM2.3 : Pendaftaran 27) PP-AM2.4 : Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan 28) PP-AM2.5 : Penyelenggaraan 29) PP-AM2.6 : Pelupusan 30) PP-AM2.7 : Kehilangan dan Hapus kira 31) PP-AM6.1 : Pendahuluan 32) PP-AM6.2 : Penerimaan 33) PP-AM6.3 : Merekod Stok 34) PP-AM6.4 : Penyimpanan 35) PP-AM6.5 : Pengeluaran 36) PP-AM6.6 : Pemeriksaan 155


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM 37) PP-AM6.7 : Keselamatan dan Kebersihan 38) PP-AM6.8 : Pelupusan 39) PP-AM6.9 : Kehilangan & Hapus Kira 29.3 Perintah Am 1) PA: Perintah Am (A): Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2015 2) PA: Perintah Am (B): Elaun-elaun Dalam Perkhidmatan 29.4 Pekeliling Perkhidmatan 1) PP7/1990 : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1990 2) PP1/2014 : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2014 29.5 Surat Pekeliling Perkhidmatan 1) SPP5/1995: Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1995 – 29.6 Garis Panduan 1) GPPPS-PPUM : Garis Panduan Pembekalan Pakaian Seragam PPUM 2) TPPS-PPUM : Tatacara Pengurusan Pakaian Seragam PPUM 29.7 Minit Lembaga Pengurus PPUM 1) M7.1-LP1/2016 : Minit 7.1 Mesyuarat Lembaga Pengurus Bil 1 bertarikh 16 Februari 2016 2) MLP__(1999) : Mesyuarat Lembaga Pengurus PPUM bertarikh 13 Julai 1999 – Penubuhan Jawatankuasa Audit PPUM 3) MLP13-7-99 : Mesyuarat Lembaga Pengurus PPUM bertarikh 13 Julai 1999 – Penubuhan Jawatankuasa Audit PPUM 29.8 Surat Pekeliling Am 1) SPA3(1998) : Surat Pekeliling Am bil.3 tahun 1998 – Garis Panduan Mengenai Peranan dan Tanggungjawab Kementerian, Lembaga Pengarah dan Ketua Eksekutif dalam Pengurusan Badan Berkanun Persekutuan. 156


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM 29.9 Arahan Kerja 1) AK6.2HRD005-124-B20 : Arahan Kerja Pembayaran Elaun Bantuan Upah Jahit 2) AK-6.2-HRD-003-148 : Arahan Kerja Memproses Tuntutan Elaun Kasut 29.10 Warta Kerajaan 1) P.U(A) 190 : Peraturan-Peraturan Cukai Barang dan Perkhidmatan 29.11 Undang-undang Malaysia 1) Akta 762 : Akta Cukai Barang Dan Perkhidmatan 2014 –Bab 12 2) Akta 792 : Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan [Akta 792] 2014 3) Akta 372 : Akta Bank dan Institusi- institusi Kewangan 4) Akta 276 : Akta Bank Islam 1983 5) Akta 618 : Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 29.12 Lain-lain Pekeliling atau Dokumen 1) PPBE : Pekeliling Perkhidmatan Berkaitan Emolumen Nota : Undang-undang dan peraturan adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. 157


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM LAMPIRAN A – PENURUNAN KUASA PPUM Bil Bidang Tugas Bidang Kuasa Penurunan Kuasa 1. BELANJAWAN a) Perjanjian Program i) Dasar baru PP - ii) Dasar One-off PP - iii) Dasar Sedia Ada PP - b)Pengagihan Batas Perbelanjaan PP - c) Pindahan Peruntukan i) Antara Aktivti Dalam Program yang sama PP KA ii) Antara Objek Am Dalam Aktiviti Dan Program Yang Sama PP KA iii) Antara program PP - iv) Pembangunan <50% peruntukan asal tahunan : PP > 50% peruntukan asal tahunan: LP - JTK d) Anggaran Hasil PP - e) Pembelian Harta Modal PP - f) Pengisian Perjawatan PP - g) Perbelanjaan Bagi Perjalanan Atas Tugas Rasmi Ke Luar Negara PP - 2. WARAN PERUNTUKAN a) Waran Peruntukan PP - 3. BAYARAN a) AP 58A:Pembayaran yang memerlukan kebenaran khas PP - b) AP 55:Perbelanjaan Darurat Perbendaharaan Perbendaharaan c) AP 59: Pembayaran bagi barang-barang dan Perkhidmatan yang dibekalkan dengan suci hati tidak boleh ditahan PP - a) Baucer Bayaran PP KA / PYDK 158


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM b) Menandatangani Cek PP TPP / KA / PYDK c) Meluluskan EFT PP KA / PYDK 4. KEMUDAHAN-KEMUDAHAN a) Pendahuluan i) Tugas Rasmi Dalam Negeri Luar Negeri KJSM KJSM - - ii) Bayaran terlebih emolumen PP - iii) Perbelanjaan di bawah AP59 PP - v) Kehilangan wang awam PP - vi) Perbelanjaan di bawah AP55 (Perbelanjaan Darurat) PP - vi) Pelbagai PP <RM50,000 : KA/PYDK >RM50,000 : TPP b) Pakaian Istiadat, Black Tie & Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi PP KJSM c) Pakaian Panas PP KJSM d) Elaun Pindah Rumah PP KJSM e) Pinjaman/Pembiayaan i)Kenderaan PP TPP ii)Komputer PP TPP f) Bayaran Perubatan (Peralatan dan Ubat Khas) PP TPK g) Bayaran Mengunjungi Wilayah Asal (Sabah dan Sarawak) PP - 5. LAPORAN a) Laporan Bayaran Bil PP KA b) Laporan Suku Tahun Kewangan (JPKA) PP KA c) Laporan Pengecualian PP KA d) Laporan Pendahuluan Diri PP KA e) Laporan Pendahuluan Pelbagai PP KA f) Laporan Harta Modal dan Inventori PP KA g) Laporan Pemeriksaan Harta Modal & Inventori PP KA h) Laporan Pelupusan Aset Alih PP KA 159


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM Kerajaan i) Laporan Tindakan Surcaj/Tatatertib Aset Alih Kerajaan PP KJSM/KUITUK j) Laporan Verifikasi Stok PP KA 6. KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA a) Hapus Kira Wang Awam <RM25,000.00 : PP >RM25,000.00: LP - b) Lantikan Jawatankuasa Penyiasat PP - c) Penghantaran Laporan Awal Kehilangan PP - d) Syor Laporan Akhir PP - 7. PEMBELIAN/PEROLEHAN BEKALAN/KERJA/PERKHIDMATAN a) Perolehan melebihi RM300 juta Perbendaharaan Perbendaharaan b) Perolehan (melebihi RM100- 300 juta) LP LP c) Lembaga Perolehan A (Melebihi RM20-100 juta) PP PP d) Lembaga Perolehan B (Melebihi RM500 ribu – 20 juta) PP PP e) Jawatankuasa Sebut Harga (melebihi RM50 ribu - RM500 ribu) TPP TPP f) Jawatankuasa Sebut Harga B (melebihi RM20 ribu- RM50 ribu) KJP KJP g) Perolehan di bawah RM20 ribu KJ KJ 8. GST a) CoGSTR PP TPP / KA b) GST03 PP KA c) Dokumen Sokongan Tuntutan GST PP KA / PYDK 9. PUNGUTAN HASIL a) Resit Terimaan PP KA / PYDK b) Pembatalan Resit PP KA / PYDK c) Pengembalian (Refund) PP KA / PYDK 10. PENGURUSAN PANJAR 160


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM a) Kelulusan Pemohonan PP KA b) Rekupmen PP KA / PYDK c) Baucer PP KA / PYDK d) Pengesahan Baki PP KA / PYDK 12. PELABURAN a. Kelulusan Penempatan Baru LP JTK b. Kelulusan Penempatan Sedia ada i. Pembaharuan (Renewal) ii. Panggil Balik (Call Back) PP TPP / KA / PYDK 13. PENGURUSAN ASET a) Pelupusan i. Peralatan Bukan Perubatan. < RM50,000 PP KJK ii. Bekalan Dan Ubat. < RM50,000 PP KJP iii. Peralatan ICT. <RM50,000 PP KJTM iv. Peralatan Perubatan <RM50,000 PP KUBM v. Semua Kategori. RM50,001 - RM500,000 PP JPAK vi. Semua Kategori. RM500,001 Ke Atas PP JPKA b) Hapus Kira <RM25,000.00 : PP >RM25,000.00: LP - c) Pemeriksaan Aset PP TPP 14. PENGURUSAN STOR a) Terimaan Barang PP KJP / PYDK b) Rekod Dan Kemaskini Stok PP KJP / PYDK c) Pengeluaran Barang PP KJP / PYDK d) Pengiraan Stok PP KJP / PYDK e) Pemeriksaan Stor PP KJP / PYDK 161


TATACARA PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PPUM EDISI 4 JABATAN KEWANGAN PPUM Singkatan LP : Lembaga Pengurus PP : Pegawai Pengawal TPP : Timbalan Pengarah (Pengurusan) TPK : Timbalan Pengarah (Klinikal) JTK : Jawatankuasa Tetap Kewangan JPKA : Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun JPAK : Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan KJ : Ketua Jabatan KA : Ketua Akauntan PPUM KJSM : Ketua Jabatan Sumber Manusia KJK : Ketua Jurutera KJP : Ketua Jabatan Perolehan KJTM : Ketua Jabatan Teknologi Maklumat KUBM : Ketua Unit Bio-Medikal KUITUK : Ketua Unit Integriti dan Tadbir Urus Korporat PYDK – Pegawai Yang Diberi Kuasa 162


JABATAN KEWANGAN PPUM


Click to View FlipBook Version