“Aku bersimpati dengan kau, Ita …,” balasku pula. Ita masih
mahu meluahkan sesuatu.
“Aku ingin memiliki hatimu ….” Ternyata Ita tidak dapat lagi
membendung perasaannya. Aku jadi terkasima apabila mendengarnya.
Benarkah ini atau hanya mimpi?
“Ita ….” Aku bersuara memujuk.
“Kau terlalu mengambil berat tentang diriku. Malah, kau juga
telah dapat mengubat hatiku yang kian lara.” Ita telah menyemaikan
harapan yang menggunung tinggi padaku. Dia menawarkan cinta. Oh,
Tuhan! Aku jadi serba salah.
“Ita, aku tak terlintas sedikit pun untuk mengecewakan hatimu.
Tapi ….” Aku berhenti tiba-tiba. Terasa berat untuk kulepaskan.
Ita kuperhatikan dengan penuh tenang menanti akan jawapanku.
51
“Kita datang ke sini bukan untuk mencari cinta. Tapi untuk
mencari ilmu. Aku harap kau dapat menerima hakikat itu. Aku anggap
kau sebagai seorang kawan, tak lebih dari itu,” jelasku.
“Azman!!!” Ita terkejut.
Wajah Ita berubah. Matanya sudah digenangi air jernih.
“Sampai hati kau mengguris hatiku ….”
“Aku tetap berdoa agar suatu hari nanti, kau akan bertemu jodoh
dengan seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab dan
menyayangi dirimu.”
Di kaki langit, fajar kian menyingsing.
52
BAB 5
“Kadangkala saya mahu menjadi seperti sang camar putih.” Saripah
membetulkan rambutnya yang panjang hitam ikal mayang.
“Mengapa?” Aku membetulkan duduk di atas kerusi kayu yang
terletak di bawah pohon cemara yang rendang.
“Hidup saya terasa seolah-olah berada dalam sangkar.” Suaranya
tenggelam dalam deruan ombak.
“Ertinya selama ini Saripah tersekat oleh ayah dan ibu?”
“Ya!” angguk.
“Itu tandanya mereka sayangkan Saripah,” jelasku lagi.
53
“Saya serius, Azman!” dia merengus.
“Maafkan saya, Saripah. Saya tak bermaksud hendak
mempersendakan kata-kata Saripah itu. Sebagai seorang kawan saya
memang bersedia mendengar masalah Saripah.”
“Bagaimana caranya Azman menangani masalah yang saya
hadapi?” Saripah membiarkan saja angin timur mengusapi tubuhnya.
“Kita kongsi bersama. Setiap manusia yang hidup di atas muka
bumi ini sering dihantui dengan masalah.” Aku memutuskan perbualan
buat seketika.
Angin sungguh segar dan nyaman mengusapi seluruh tubuh.
“Kita tidak seharusnya melihat dunia dalam sahaja. Dunia luar
mesti dipentingkan juga. Sewaktu menuntut di sekolah dahulu saya
sangat aktif menganggotai Persatuan Bimbingan dan Kaunseling,”
jelasku.
“Itu pengalaman namanya,” dia cepat memintas.
54
“Sedikit sebanyak saya dapat mempelajari psikologi manusia.”
“Boleh Azman terangkan?” Saripah nampaknya sangat berminat.
“Kita terpaksa turut sama mendalami masalah rakan yang kita
bimbing itu. Setelah kita benar-benar memahami masalah yang dihadapi
olehnya.” Sekali-sekala aku dan Saripah dikejutkan oleh keriuhan suara
anak-anak kecil yang riang bermain alunan ombak di gigian pantai.
“Kita adalah manusia. Mula-mula dilahirkan sebagai bayi yang
hanya tahu menangis. Kemudian merangkak sehinggalah akhirnya kita
dewasa pandai berjalan sendiri. Menggunakan akal dan fikiran dengan
penuh kematangan,” jelasku.
Kuperhatikan Saripah benar-benar termampan dengan kata-kata
itu.
“Menarik sekali kenyataan itu.” Dia mencuit lembut bahu kiriku.
Aku cuba menguji Saripah.
“Saripah tahu apa kesimpulannya?”
55
“Silakan!” Aku macam diberi penghormatan.
“Segala suka duka yang kita layari dalam hidup ini menjadi
pengalaman dalam mendewasakan kita,” kataku lagi.
Saripah diam. Mungkin dia sudah mengerti.
“Saya mahu balik.”
“Baiklah!”
Aku dan Saripah lantas bangun.
Setibanya di rumah aku terus menyandarkan badan di atas
kusyen. Di luar cuaca amat panas sekali.
“Penat nampak,” tegur Roslan rakan serumahku yang tiba-tiba
muncul dari biliknya.
Aku memandang tepat wajah Roslan.
“Perli nampak?” Aku masih lagi sempat mengukir senyuman kecil.
“Macam mana date?”
56
“Biasa aje.”
“Yalah, biasa macam mana tu?”
“Aku dan Saripah cuma berkawan biasa saja.”
Pintu yang ternganga luas memberi kesempatan kepada angin
petang untuk menerjah masuk dan terasa begitu segar sekali apabila
menyapu seluruh tubuh.
“Yalah adat la tu. Mula-mula berkawan lepas tu bercinta. Betul
tak?” Sindirannya semakin tajam.
“Kalau macam tu bila kita berkenalan aje dengan seorang
peermpuan terus jatuh cinta,” balasku pula sambil membetulkan
duduk.
“Tapi orang perempuan ni, kalau kita ambil berat dengan diri dia
lama-kelamaan dia pasti jatuh hati dengan kita.”
“Kau pernah mengalaminya?”
“Pernah juga,” jawab Roslan yang berkulit kuning langsat.
57
“Jadi, kau percaya satu hari nanti Saripah pasti menaruh hati
pada aku?” tanyaku sambil merenung dalam-dalam wajahnya.
“Boleh jadi jugak!” dia mengangguk-anggukkan kepala.
Khairul mengangkat mukanya tinggi sedikit. Dan bersuara:
“Kau sukakan dia?”
“Hanya sebagai seorang teman.”
“Aku rasa lebih baik kau berterus terang pada dia.”
“Untuk apa?” Aku berpura-pura tidak mengerti.
“Yang kau sukakan dia.”
“Belum tiba masanya,” aku menjawab selamba.
“Kau takut bertepuk sebelah tangan?” soalnya.
“Itu tidak boleh dijadikan alasan.”
58
“Habis?” Dia masih lagi tidak berpuashati dengan jawapanku.
“Aku mahu mengenali hati budinya dulu. Umpama kata orang tak
kenal maka tak cinta.” Aku dapat membaca raut wajah Roslan. Dia
berpuashati dengan jawapan itu.
Perbualan kami yang rancak lalu terhenti. Aku menoleh ke arah
jam dinding. Pukul 7:15 malam. Sedar-sedar sudah masuk waktu
maghrib.
“Aku nak mandi dulu.”
“Pergilah!” Roslan membalas sambil mengangguk-anggukkan
kepala.
Seperti biasa selepas menunaikan solat Maghrib aku keluar untuk
makan malam. Kadangkala aku memasak sendiri terutama bila sampai
hujung bulan.
59
BAB 6
Hari Ahad. Sudah menjadi kebiasaan aku bangun awal untuk
menunaikan solat Subuh. Selepas menunaikan solat Subuh, aku lebih
gemar menghabiskan masa dengan membaca Al-Quran. Kemudian aku
akan keluar untuk bersarapan pagi di gerai yang terletak tidak jauh dari
rumah.
Seperti biasa aku akan memesan nasi lemak dan teh tarik.
Selepas bersarapan, aku singgah pula di kedai yang terletak
bersebelahan dengan gerai itu untuk membeli suratkhabar. Sampai saja
di ruang tamu rumah teres itu, aku pantas melabuhkan punggung di
atas kerusi sofa yang lembut berwarna biru air laut itu. Aku
kemudiannya lalu membuka helaian suratkhabar satu persatu untuk
mengikuti perkembangan semasa yang sedang berlaku di dalam dan
luar negeri.
60
“Kau dah sarapan, Azman?” soal Roslan. Orangnya berbadan
kurus dan berkulit kuning langsat.
“Sudah,” jawabku sambil menatap suratkhabar.
“Kau dah sarapan ke belum?” soalku pula.
“Sudah!” angguknya.
“Zaimi mana?” soalku lagi bertubi-tubi kali.
“Dia dah balik kampung semalam.”
“Kau tak ke mana hari ni?” Kuangkatkan kepala merenung
wajahnya.
“Tak!” gelengku.
“Aku rasa kau dah terlupa.” Roslan lalu tersengih.
“Kenapa?”
“Petang semalam Saripah ada telefon.”
61
“Apa katanya?”
“Dia suruh kau telefon balik,” ujarnya lagi.
Diam seketika.
“Ada hal mustahak ke?” Aku meminta penjelasan daripada Roslan.
“Rasanya begitulah,” balas Roslan pula.
Aku pantas bangun. Dan jariku ligat memutar nombor telefon
Saripah. Tuuttttt! Tuuttttt! Nada deringan bertalu-talu kali. Dan gagang
telefon pun diangkat.
“Hello!”
“Hello!” Kedengaran suara yang manja. Dan aku pasti itu adalah
Saripah.
“Saya Azman. Apa khabar?”
“Baik. Semalam ke mana?”
62
“Ke rumah kawan di Ulu Klang. Apahalnya Saripah telefon saya?”
“Azman senang ke hari ni?”
“Kenapa?” soalku lagi.
“Saya nak jumpa Azman.”
“Di mana?”
“Di Taman Tasik Titiwangsa. Boleh?”
“Ada hal mustahak ke?” soalku.
“Tidak. Cuma nak berkongsi pengalaman. Meringankan yang berat
dan meleraikan kekusutan,” balasnya.
“Baiklah. Tapi pukul berapa?”
“Sekarang juga.” Aku melihat jam di dinding.
“Pukul 10:00 pagi.”
63
“Ya!” kata Saripah lagi.
“Baiklah!” anggukku tanda setuju.
“Saya tunggu di sana nanti,” terang Saripah lagi.
“Baiklah!”
“OK, bye!”
“Bye!” Perlahan-lahan kuletakkan gagang telefon.
“Ada temu janji nampak,” ujar Roslan sambil mengukir senyuman
sinis.
Mataku tunak memandang muka Roslan yang bulat seperti bujur
sirih itu. Roslan lalu mengatur langkah dan perlahan-lahan melabuhkan
punggung di atas kerusi sofa. Di luar cuaca sudah mula terasa panas
walaupun hari masih pagi lagi. Sudah lama hujan tidak turun. Rumput
di padang permainan yang terletak berhadapan dengan rumah itu telah
bertukar warna menjadi keperangan dan kekeringan layu.
64
Bunyi kipas yang berputar ligat di ruang tamu rumah teres itu
jelas kedengaran. Mataku liar memerhatikan lukisan pemandangan air
terjun yang melekap di dinding yang dicat dengan warna kuning air itu.
Aku dan Roslan duduk bertentangan. Radio terus memutarkan lagu-
lagu berentak sentimental.
“Saripah nak jumpa aku hari ni di Taman Tasik Titiwangsa,”
jelasku lagi. Roslan tak henti-henti mengukir senyuman kecil.
“Kau bercinta ke dengan dia?” Kata-kata itu terlafaz secara
spontan dari mulutnya.
“Kau ni ada-ada aje. Aku dan dia berkawan saja. Tak lebih
daripada itu,” aku pantas mencelah.
“Yalah. Mula-mula berkawan. Lepas tu ....”
“Sudahlah tu. Kau dengan Haryati macam mana?” aku cepat
memotong.
Roslan terdiam sebentar. Entah mengapa. Aku tak pasti.
65
“Kami belum bersedia lagi mendirikan rumah tangga,” jawabnya
selamba.
“Kenapa pulak? Jangan tunggu lama-lama.”
“Benar!”
“Habis?” ulangku lagi.
“Tungguhlah nanti,” dia menjawab.
“Bila? Tahun ni atau tahun depan?” soalku lagi sambil mengukir
senyuman kecil.
“Biarlah kuasa Tuhan yang menentukan,” jawabnya dengan wajah
yang tenang.
“Baguslah tu, Roslan. Lagipun dapatlah aku dan Zaimi
menumpang makan nasi minyak,” usikku.
“Oh, itu mesti. Kau orang berdua mesti jadi pengapit aku nanti.
Boleh?”
66
“Boleh. Tak ada masalah. Tapi ….”
“Tapi apa?”
“Naik lenguhlah tangan aku dan Zaimi asyik mengipas kau aje.”
Aku dan Roslan lalu ketawa terbahak-bahak hingga hampir
memecahkan ruang tamu rumah teres itu.
Benar kata orang. Perkahwinan adalah kongsi hidup waktu
nikmat. Ia akan berlanjutan hingga ke akhir hayat. Tujuan Islam
menggalakkan perkahwinan ialah untuk membendung maksiat dari
terus berleluasa.
Aku tersentak tiba-tiba. Aku hampir terlupa. Saripah sedang
menungguku. Jam di dinding tepat menunjukkan pukul 9:30 pagi. Janji
harus ditepati. Aku bingkas bangun.
“Aku nak bersiap dulu. Terlambat pulak nanti.”
“Atau takut buah hati merajuk?” Roslan pantas menyampuk.
Aku merenung sahaja wajahnya tanpa berkata sepatah pun. Tapi
aku sempat mengukir senyuman kecil. Aku pun bergegas ke bilik untuk
bersiap.
67
“Segak betul kau hari ni, Azman,” tegur Roslan sebaik-baik sahaja
aku keluar dari bilik.
“Kenapa? Salah ke?” balasku.
“Tak salah. Tapi orang yang sedang hangat bercinta selalunya
indah. Betul tak?” Roslan tak henti-henti mengusikku.
Aku tertawa bila mendengarnya.
Begitu juga dengan Roslan hingga terangkat bahunya. Begitulah
mesranya kami seperti adik-beradik. Susah senang sentiasa bersama
menghadapinya. Jarang sekali kami bertengkar. Aku terus mengambil
kasut kulit yang berwarna hitam di dalam almari.
“Kau tak ke mana hari ni?” soalku sambil menyarung kasut. Muka
Roslan berkerut.
“Malaslah …. Aku nak berehat ….” Suaranya lemah bagaikan tak
bermaya.
“Kau tak jumpa Haryati?” sambungku lagi.
68
“Kalau hari-hari berjumpa takut jemu pulak nanti,” ujarnya
sambil mengangkat kepala.
“Dan bila jarang bertemu barulah terasa rindu. Betul tak?”
celahku pantas.
“Hah, tahu pun!”
Aku lalu mendongakkan kepala ke atas. Cuaca amat panas terik
sekali.
“Baiklah, Roslan. Aku pergi dulu!”
“Yalah!” dia sebaliknya membalas sambil mengangguk-anggukkan
kepala.
Kuaturkan langkah yang perlahan menuju ke perhentian bas. Tak
lama kemudian bas pun tiba.
Kalau mengitari bandar Kuala Lumpur kesimpulannya era
pembangunan kian terasa. Setelah negara kita mencapai kemerdekaan
kemajuan benar-benar dapat kita nikmati. Bangunan-bangunan tinggi
mencakar langit. Antara yang menjadi kemegahan ialah Menara Kuala
69
Lumpur dan KLCC. Aku amat bangga sekali menjadi anak yang
merdeka. Namun kita tidak harus lupa pada tokoh-tokoh nasionalis
yang telah berjasa dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air yang
tercinta. Sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal
dunia. Pengorbanan mereka semua adalah amat besar nilainya. Kalau
tidak sudah tentu penjajah akan terus bertapak di negara ini. Aku juga
bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana negara ini berada dalam keadaan
yang aman dan harmoni. Semua kaum bersatu padu menikmati
kekayaan bumi.
Tidak seperti sesetengah negara-negara lain di dunia yang
dihantui oleh peperangan dan kacau bilau sehingga mengorbankan
ramai nyawa termasuk kanak-kanak yang tidak berdosa. Oh, Tuhan!
Sampai bilakah kekejaman akan berakhir? Doa kecilku. Kerana merebut
kuasa manusia sanggup berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Di
manakah letaknya konsep kemanusiaan? Persoalan ini tak putus-putus
membelenggu benakku. Fikiranku bagaikan tidak mahu berhenti
berbicara dalam mencari jawapan itu.
Sedar-sedar aku telah pun sampai ke desSaripahsi yang dituju.
Jam di tangan tepat menunjukkan pukul 10:00 pagi.
70
Demikianlah cepatnya masa berlalu. Tanpa kita sedari melewati
atau meninggalkan kita. Dan yang nyata sekali masa itu adalah emas
yang paling berharga. Betapa ruginya pada mereka yang tidak
menghargai masa. Dari jauh kelihatan Nabilah sedang menungguku. Dia
tambah ayu bila mengenakan baju kurung yang berwarna merah hati.
“Dah lama menunggu?” tegurku sebaik-baik sahaja
menghampirinya.
Bahu kami saling bersentuhan. Matanya tunak merenungku. Kau
memang cantik, Saripah! Bisik hati kecilku. Wajahnya tetap ceria.
Rambutnya mengerbang sedikit ditiup angin tetapi segera
dibetulkannya.
“Tak jugak,” jawabnya pendek.
“Betul ke ni?” aku cepat memintas.
“Kenapa?” balasnya sambil mengangkat kepala.
“Tak percaya?” sambungnya lagi.
“Bukan!” aku menjawab sambil menggeleng-gelengkan kepala.
71
“Takut Saripah cuba menyembunyikan kemarahan kerana saya
terlambat.”
Saripah lantas mengukir senyuman kecil hingga memaparkan
barisan giginya yang putih berseri itu. Bibirnya merah bak delima.
Pendek kata, hati mana yang tak tertawan.
“Sebenarnya saya dah lama sampai. Jadi ….” Aku tidak sempat
menghabiskan percakapan kerana Saripah pantas mencelah.
“Saya faham!” angguknya seketika.
“Kesesakan lalulintas sudah menjadi rutin kehidupan orang di
kota.”
Aku tidak menjawab sebaliknya membisu. Mataku tajam
memandang tasik yang membiru. Satu anugerah Tuhan yang percuma
untuk makhluknya. Kelahiran Saripah juga adalah anugerah Tuhan
untukku. Aku rasa bersyukur! Doaku.
72
“Sudahlah, tu. Mari kita duduk. Tentu Saripah penat berdiri,”
kataku sambil menunjukkan ke arah salah sebuah bangku yang terletak
di bawah pohon yang rendang.
“Baiklah!” dia mengangguk tanpa membantah.
Kami sama-sama melabuhkan punggung di atas bangku yang
diperbuat daripada kayu itu. Pancaran matahari tak terasa terik kerana
dilindungi oleh pohon yang rendang itu. Kuamati wajahnya dalam-
dalam. Baru tiga bulan aku berkenalan dengannya. Dia seorang gadis
yang baik. Lemah-lembut, berbudi-bahasa dan bersopan-santun.
Alangkah beruntungnya kalau Saripah dapat menjadi suri hidupku.
Sudah! Jangan mengelamun. Dia orang yang berada sedangkan aku tak
punya apa. Dari kecil hingga dewasa aku dibesarkan dengan kemiskinan
dan tak pernah mengenal erti kemewahan. Lamunanku yang jauh
melayang itu terhenti seketika. Bak rancangan yang tergendala di kaca
televisyen.
“Selama setahun Azman hidup di kota macam mana rasanya?”
soal Saripah.
73
“Penuh dengan perit dan getir. Maklumlah kota yang besar penuh
dengan cabaran dan dugaan. Dari sinilah ia mengajar kita supaya
menjadi kuat dan tabah,” jawabku tenang.
“Kalau tidak?” Saripah mengangkat muka.
“Yang cepat akan terus berkuasa di atas. Dan yang lemah akan
terus tertindas di bawah.” Tetapi aku tidak pernah lupa pada desa yang
permai tempat aku dilahirkan. Banjaran gunung yang menghijau, sawah
padi yang terbentang luas, ketenangan air sungai serta lambaian pohon
nyiur sentiasa mengajak aku pulang.
“Adakah semua penghuni di kota kosmopolitan ini hidup di bawah
hipokrit?” Kugelengkan kepala sebagai tanda tidak bersetuju sama
sekali dengan pendapat itu. Saripah nampaknya teracung juga.
“Tidak semua begitu, Saripah. Hanya segelintir sahaja. Tapi kita
tak boleh bulat-bulat salahkan mereka. Ini timbul kerana desakan
hidup. Akhirnya yang kurang berada terpaksa menyamar seperti orang
kaya,” tegasku. Dia diam sebentar. Mungkin sedang mencari kesimpulan
74
tentang apa yang kuutarakan. Sekali-sekala terasa angin berhembus
perlahan menyapu permukaan kulit.
“Sebagai manusia tentu Azman mempunyai cita-cita, bukan?”
Kedua-dua bola mataku tepat memandang kulitnya yang putih berseri
itu bak kilauan mutiara di dasar lautan. Kutarik nafas yang panjang.
“Saya mahu berjaya dalam hidup. Dan berbakti kepada sesama
insan dengan penuh ikhlas tanpa mengharapkan balasan.” Saripah lalu
mengangguk. Di kaki langit kelihatan tompok awan biru dan putih.
Dan Taman Tasik Titiwangsa semakin ramai menyambut
kedatangan pengunjungnya terutama yang sudah berkeluarga.
Maklumlah hari minggu adalah kesempatan yang terbaik untuk
membawa keluarga bersiar-siar. Serta melapangkan otak setelah penat
seminggu suntuk bekerja.
Begitu juga dengan pasangan yang sedang bercinta inilah tempat
yang paling sesuai untuk melepaskan rindu dendam yang membara.
Tetapi dalam pada itu mereka harus beringat jangan sampai melanggar
tatasusila Islam. Alamatnya kena cekuplah dek pencegah maksiat.
75
Saban hari akhbar tempatan menyiarkan peningkatan para remaja yang
ditangkap akibat perbuatan maksiat. Dalam hal ini di mana silapnya?
Pergaulan di kalangan mereka semua ada batasnya. Peranan ibu bapa
dalam didikan agama amat penting.
“Hidup Saripah tentu dipenuhi dengan kesenangan, bukan?”
Mukanya berkerut. Matanya tidak berkelip-kelip merenungku. Getaran
kalbuku bertambah kencang seperti pukulan tong drum. Inikah yang
dinamakan cinta pandang pertama? Bisikku dalam diam. Tapi cinta itu
tak selalunya indah. Adakalanya perit bagai api yang membakar diri.
“Jangan ingat walaupun harta kita bertimbun hati ini akan
senang,” Nabilah lalu menjawab.
“Kenapa pulak?” Aku pura-pura tak mengerti sambil melunjurkan
kaki lurus dan rapat.
“Kita akan sentiasa diburu oleh ketakutan. Tambahan pula rezeki
yang kita perolehi dengan cara yang tidak diredhai oleh Tuhan.” Bijak
juga Saripah ni. Pengetahuan agamanya juga dalam. Kalau beginilah
sifatnya tentu sejak dari kecil lagi keluarganya telah menerapkan
didikan agama dengan penuh sempurna. Sebagaimana yang kita ketahui
76
agama amat penting dalam panduan hidup manusia. Tanpanya manusia
akan teraba-raba tak tentu arah seperti orang jahil.
“Itu bagi mereka yang membina segala kekayaan bermula
daripada atas,” balasku.
“Maksud Azman mereka tidak mengenal susah payah?”
“Ya!” aku membalas sambil mengangguk-anggukkan kepala.
“Mereka yang bersusah payah membina empayar kekayaan akan
sedar diri mereka. Dan mengakui bahawa diri mereka adalah lemah. Ini
menjadikan mereka tidak lupa daratan,” sambungku lagi.
Selalunya orang yang kaya amat berpengaruh dengan wang
mereka boleh membeli segala-galanya. Tetapi lain halnya pula pada si
miskin tanpa wang hidup mereka akan sengsara. Yang paling
menyedihkan timbul jurang perbezaan antara si kaya dengan si miskin.
Si kaya akan memerintah si miskin yang menjadi hamba. Si kaya
tarafnya amat tinggi dan si miskin tidak layak bercampur gaul
dengannya.
Aku lalu tunduk menginsafi kekerdilan diri ini. Perlahan-lahan
kuangkat kepala merenung wajah Nabilah yang berada di sebelahku.
77
Kita sebenarnya terlupa bahawa Tuhan menjadikan semua makhluknya
di muka bumi ini sama rata tanpa mengira kaya atau miskin. Yang
membezakan adalah ketakwaan pada-Nya.
“Mengapa mereka yang telah berjaya mengecap nikmat kekayaan
menjadi tamak?” tanya Saripah pula dengan penuh minat.
“Mereka sebenarnya dipandu oleh nafsu dan ingin terus berkuasa
di atas tanpa memikirkan bahawa hidup ini tak ubah seperti putaran
roda. Adakalanya di atas dan adakalanya di bawah. Oleh itu mereka
sanggup berbuat apa sahaja walaupun dengan jalan yang salah demi
mencapai cita-cita tersebut,” aku menjawab dengan panjang lebar.
Saripah dibelenggu diam seketika. Mungkin bersetuju dengan
jawapanku. Kerana kata orang diam selalunya bererti setuju.
Berbanding dengan angguk belum tentu lagi. Tapi bagiku lebih baik
diam agar berisi daripada berisi tapi tak berhasil.
Hidup ini harus berprinsip. Jangan jadi lalang yang ditiup angin
tak tentu arah. Akibatnya mudahlah bagi orang lain mengambil
kesempatan untuk menindas kita.
78
“Saya ingin merasa hidup dalam kesusahan,” dia mencelah tiba-
tiba.
Aku agak terkejut juga bila mendengarnya.
“Kenapa?”
“Adakalanya saya dibelit kebosanan dengan kemewahan,” ucapnya
lembut sambil matanya tajam menjeling ke arah tasik yang membiru.
“Hairan! Orang lain berdoa siang malam dan bekerja keras agar
dikurniakan kekayaan yang melimpah-ruah,” aku menyampuk pula.
Nabilah kembali semula merenungku. Aku bagaikan tidak sabar lagi
untuk mengetahui jawapan itu.
“Saya ingin berdikari, Azman. Ditakdirkan kedua-dua orang tua
saya sudah tiada lagi dapatlah saya mengatur hidup dengan sendiri
tanpa bantuan orang lain.”
“Jadi selama ini mereka berdua mengongkong hidup Saripah?”
soalku bertubi-tubi kali.
“Tidak juga!” geleng.
79
“Asalkan tahu menjaga nama baik keluarga.”
“Oh, begitu!”
Tentu ayah dan ibunya mahukan seorang lelaki yang baik dan
kuat beribadat untuk menjadi menantu mereka. Harta kekayaan dan
pangkat? Itu aku tak pasti. Aku belum lagi mengenali keluarganya.
Manusia zahirnya rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Itu sudah
menjadi adat manusia yang hidup dalam dunia materialistik. Terlalu
memandang pada kebendaan. Ciri-ciri budi pekerti kian diketepikan.
Adaketikanya ibu bapa amat tegas dalam soal jodoh anak-anak mereka.
Bukannya apa. Itu tandanya mereka amat sayang pada anak. Mereka
tidak mahu anak-anak mereka gagal menemui sinar kebahagiaan.
Ini zaman komputer majoriti anak-anak lebih gemar berkahwin
atas dasar suka sama suka. Bagiku dalam soal jodoh biarlah Tuhan
sahaja yang menentukan. Jodoh dan maut adalah di tangan-Nya. Kalau
boleh biarlah isteriku seorang yang solehah.
“Rosli pernah bercinta?” soal Saripah lagi.
“Setakat ni belum pernah. Berkawan tu ada la,” balasku.
80
“Azman nampaknya takut bermain dengan api cinta?” Dia
mengukir senyuman mesra. Tapi penuh dengan makna. Mulutku
terkunci rapat buat seketika. Dan kuperhatikan Saripah tetap tidak
berputus asa untuk mendapat reaksi jawapan itu.
“Cinta pertama sukar dilupakan. Dan bila terputus di tengah jalan
ia amat memedihkan bak tikaman sembilu yang tajam.”
Saripah pantas dilanda kebisuan. Pernahkah dia mengalami
kegagalan dalam bercinta? Malu rasanya untukku meraih kepastian
darinya. Nampak benar aku yang perasan. Takut bertepuk sebelah
tangan pulak nanti. Aku lalu memecah kesenyapan yang melanda.
“Saripah, maafkan saya kalau bertanya?” Dia pantas memalingkan
muka.
“Siapa yang bakal menjadi calon suami Saripah?”
“Saya tidak memandang pada pangkat dan rupa. Yang penting
keikhlasan di hati,” jawabnya lembut. Dan hati kecilku mula berbisik.
Nabilah kaulah seorang gadis yang paling istimewa dalam hidup ini!
81
BAB 7
Kalau dah jodoh tak ke mana. Asam di darat, ikan di laut dalam periuk
bertemu jua. Bukankah Islam amat menggalakkan perkahwinan?
Tujuannya ialah untuk mendapatkan zuriat. Alangkah indahnya menuju
ke gerbang perkahwinan! Diiringi oleh paluan kompang dan bunga
manggar. Beras kunyit ditabur, ditepungi tawar. Bersanding di atas
pelamin bagai pinang dibelah dua. Sama cantik sama padan. Sambil
dikelilingi oleh sanak-saudara dan teman-teman. Ibu dan ayah gembira
tak terhingga melihat anak mereka menempuhi kehidupan baru.
Tiap kali aku pulang ke kampung, topik kahwin pasti timbul.
Malam itu, selepas menunaikan solat Isyak aku berehat di anjung
rumah. Ayah sejak dari Maghrib tadi belum lagi balik dari surau. Bulan
82
dan bintang tetap bersinar di kaki langit yang diselubungi dengan warna
hitam pekat. Bunyi cengkerik bergema memecah kesenyapan malam.
Cahaya lampu tetap terang-benderang. Kesejukan malam terasa
membungkus seluruh badan. Desir angin yang berhembus perlahan
terasa jelas menyapu permukaan kulit.
Tak lama kemudian ibu muncul dari dapur bersama secawan kopi
‘o’ dan sepiring ubi rebus yang masih panas lagi.
“Mak tak minum sama?” pelawaku sambil meneguk perlahan air
kopi ‘o’ yang hitam pekat itu.
“Minumlah ...,” jawabnya lembut. Serentak menghampiriku. Ubi
rebus segera melepasi kerongkongku.
“Berapa lama cuti?”
“Seminggu, mak.”
“Tak lama lagi Pak Teh dan Mak Teh kau akan menerima
menantu,” ujar ibu lagi. Kuamati dalam-dalam wajahnya yang tua itu.
83
“Bila?” soalku pula sambil menghabiskan sisa-sisa kopi ‘o’ yang
masih tinggal sedikit lagi.
“Awal bulan depan,” ibu menjawab sambil membetulkan ikatan
sanggulnya agar kemas dan rapi. Aku tanpa hentinya menyoroti
persoalan itu.
“Anaknya yang mana satu?”
“Rohana anak yang bongsu.”
“Siapa bakal suaminya?” soalku bertubi-tubi kali.
“Halim,” jawab ibu.
Aku pantas mencelah bila mendengar nama itu:
“Halim, yang sama sekolah dengan saya tu?” Aku mengangkat
kepala tinggi sedikit.
“Ya!” angguk ibu pantas.
Ini yang dinamakan takdir. Jodoh dan ajal di tangan Tuhan. Kita
sebagai manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang
84
menentukan segala-galanya. Setahu aku, waktu sekolah dahulu Halim
hangat bercinta dengan Zarina yang juga kawan rapat Rohana. Aku
sangka Halim akan memilih Zarina sebagai pasangan hidupnya. Tapi
apa yang berlaku adalah sebaliknya.
“Kau ni bila lagi?” soal ibu tiba-tiba. Lamunanku yang jauh
melayang itu lalu terhenti. Aku lalu memalingkan muka merenung
wajah ibu yang tua itu.
Dialah orang yang telah melahirkanku ke dunia ini. Syurga
terletak di bawah telapak kakinya. Menderhaka jauh sama sekali.
Alamat berdosalah, neraka jahanam tempatnya. Kutarik nafas yang
panjang.
“Sabarlah, mak. Kalau dah jodoh tak ke mana.” Aku cuba
memujuk hati ibu.
Mata ibu tambah tunak. Ditambah pula dengan kerut yang timbul
di mukanya dengan tiba-tiba.
“Mak ni, bukannya apa. Risau tengok kau.”
85
“Nak risau apa, mak?” sambungku pula.
“Bila kau dah kahwin nanti sempurnalah hidup kau. Makan dan
pakai kau teratur,” tambah ibu lagi.
Diam. Kualihkan pandangan ke luar. Suasana alam yang gelap
dan pekat.
Aku kembali mengamati wajah ibu dan berkata:
“Insya-Allah, mak. Kalau dah tiba jodoh nanti mak jangan risau,
saya akan kahwin.”
“Itulah jawapan kau,” ujar ibu sambil menjeling ke arahku.
Mungkin dia sudah naik bosan.
“Mak ni dah tua. Entah esok atau lusa sampailah ajal. Alamatnya
kempunanlah mak nak menimang cucu,” rayu ibu lagi.
Mulutku seolah-olah terkunci rapat. Fikiranku berputar ligat
seperti kipas. Bila dah kahwin, tanggungjawabnya besar. Kalau boleh
biarlah isteri yang soleh. Binalah rumah tangga dengan harmoni dan
86
damai. Suami adalah ibarat nakhoda agar bahtera rumah tangga tidak
terumbang-ambing hanyut di lautan perceraian.
Ibu nampaknya masih lagi tidak berputus asa.
“Mak berkenan betul pada Hasnah, anak Pak Busu kau tu untuk
dibuat menantu. Kau macam mana, setuju?” Kedua-dua bola mata ibu
tidak berkelip-kelip memandangku.
“Nantilah, mak. Saya fikirkan dulu ...,” jawabku tenang.
“Apalagi, Azman? Budaknya baik, cantik dan berbudi bahasa.
Tambahan pula pandai mengurus rumah tangga,” desak ibu lagi agar
memenuhi kemahuannya.
Kebisuan melanda diri. Maafkan Azman, mak. Azman tak berniat
sama sekali hendak menghancurkan harapan mak. Azman bukannya
tidak sedar semua itu. Tapi, soal jodoh biarlah Azman yang
menentukannya sendiri. Getus hati kecilku.
Ini zaman komputer. Anak-anak lebih gemar menentukan jodoh
mereka sendiri.
87
Yang membimbangkan ibu bapa ialah takut nanti mereka tidak
akan dapat menemui sinar kebahagiaan. Tidak lama kemudian, kelibat
ayah muncul bersama sinaran lampu suluh. Setelah menanggalkan
selipar, perlahan-lahan dia memanjat anak tangga. Lampu suluh
dipadamkan.
“Baru pulang, ayah?” tegurku sebaik-baik sahaja dia melangkah
masuk ke anjung rumah.
“Ya, Azman,” balasnya sambil menyangkut ketayap putih pada
tiang di tengah rumah. Lampu suluh disimpan di dalam almari.
Kemudian perlahan-lahan dia menghampiriku.
“Abang nak minum?” tanya ibu pula.
“Tak payahlah, Mah. Abang dah kenyang,” balas ayah sebaik-baik
sahaja duduk bersila di atas tikar mengkuang yang usang itu. Ayah
berpaling ke arahku. Ibu bingkas bangun sambil mengutip cawan dan
piring yang telah kosong dan membawanya ke dapur.
“Berapa lama cuti?”
“Seminggu, ayah,” jawabku pula.
88
“Cuti tahun ke?” soal ayah lagi sambil menghisap rokok daun.
“Ya, ayah!” Wajahnya kian tua. Rambutnya dipenuhi uban.
Lapisan kedut menghiasi permukaan kulitnya.
Kudratnya sudah tidak berdaya lagi. Dia selalu sakit dan batuk-
batuk. Maklumlah dah tua. Demikianlah hakikatnya setiap yang muda
pasti merasai tua.
Dulu, pagi-pagi lagi dia sudah bangun. Bertemankan unggas dan
embun, membongkok menyembah pokok getah. Sebelah petang ayah
turun ke bendang tanpa menghiraukan pacat dan lintah yang melekat di
kaki. Hasil padi dan getahlah yang menyara persekolahan kami adik-
beradik. Ayah rela berkorban untuk itu semua. Dia tidak mengharapkan
agar jasanya dibalas dengan wang ringgit. Cukuplah sekadar melihat
anak-anaknya semua berjaya dalam hidup. Sungguh besar
pengorbananmu, ayah!
Sejak dari dulu lagi, ayah amat terkenal tegas dalam soal didikan
agama. Dia mahu kami semua hidup berperaturan. Bukan seperti orang
jahil yang tak tentu haluan.
89
Dari kecil hingga dewasa, aku tidak pernah merasai kemewahan.
Tanah pusaka tinggalan arwah datuk untuk ayah hanyalah sekangkang
kera. Namun aku tetap bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan
oleh Tuhan. Sekali-sekala ayah terbatuk-batuk kecil. Lamunanku
kembali terhenti. Kedua-dua bola mata ayah merenung tajam wajahku.
Malam kian larut. Namun rembulan dan bintang di langit tetap
bersinar. Angin begitu rakus sekali memeluk suasana.
“Macam mana dengan kerja kau?”
“Baik, ayah!” anggukku pantas.
“Alhamdulillah. Anggaplah kerja itu sebagai satu ibadah,”
pesannya.
“Insya-Allah, ayah!” aku terus mengangguk. Kemudian ayah terus
masuk ke bilik untuk tidur. Tinggal aku seorang diri di ruang tamu
bersama angin malam yang terus menderu.
Aku bingkas bangun dan menutup suis lampu. Perlahan-lahan
menuju ke bilik dan baring. Dinihari hampir menjelma. Mataku enggan
lelap. Puas kupusing ke kanan dan kiri. Ayah dan ibu telah lama dibuai
90
oleh mimpi yang indah. Gema cengkerik kian membelah kedinginan
malam.
“Maksiat adalah perbuatan yang ditegah oleh Allah s.w.t. Cara
yang terbaik untuk mengatasinya ialah melalui perkahwinan,” ujar
Ustaz Ghazali. Tapi dewasa ini terdapat juga segelintir kalangan lelaki
dan wanita yang takut hendak berkahwin. Alasannya ialah mereka
hendak enjoy puas-puas dulu. Sedangkan perkara yang baik kalau
dilengahkan boleh mendatangkan jahat.
Oh, Tuhan hindarkan aku daripada perbuatan maksiat. Aku tidak
mahu terlibat dengan dosa. Doaku tak putus-putus, setiap kali selepas
sembahyang. Mataku masih pejal lagi. Kuamati dinding papan itu.
Cahaya bulan yang samar-samar menyusup masuk. Akhirnya antara
sedar dan tidak aku terlelap.
Terasa waktu begitu cepat sekali berlalu. Desa yang tercinta
menyambut kelahiranku terpaksa kutinggalkan. Banjaran gunung yang
subur menghijau, sawah padi yang terbentang luas, ketenangan air
sungai dan pohon nyiur yang melambai-lambai harus dilupakan
seketika. Tugas menantiku di kota untuk terus mencari rezeki. Ibu
membekalkan makanan kegemaranku iaitu rendang ayam sebagai alas
perut dalam perjalanan nanti.
91
“Ingat pada Tuhan selalu. Sembahyang bila tiba waktunya,” pesan
ayah.
“Insya-Allah, ayah!” kuanggukkan kepala.
“Saya pergi dulu ayah, mak.” Aku memohon izin sambil mencium
tangan mereka berdua.
“Macam mana cuti di kampung?” tegur Zaimi.
“Seronok,” jawabku selamba.
“Apa topik kali ni?” soalnya lagi sambil tersengih.
“Macam biasa,” balasku serentak sambil menjeling tajam ke
arahnya.
“Kahwin?” Dia mengangkat muka.
“Ya!”
92
BAB 8
Zarah perlahan-lahan membuka telekung. Kemudian bingkas, melipat
sejadah dan meletakkannya semula di tempat asal. Suis lampu bilik
dipadamkan. Dengan langkah perlahan dia menuju ke ruang tamu.
Dia kemudiannya lalu melabuhkan punggung di kerusi empuk
berwarna hijau muda. Kedengaran suara orang memberi salam. Dia lalu
menjawab dan bingkas bangun menuju ke pintu. Saripah kelihatan
tercegat berdiri.
“Kau rupanya, Saripah. Masuklah!”
“Tak ke mana malam ni?” soalnya Saripah pula.
“Tak …!” Zarah menggelengkan kepala.
93
“Cukup bulan ni?” tanyanya lagi. Mata Zarah tunak mengamati
wajah Saripah.
“Kita harus berjimat cermat!” balas Zarah.
Pintu yang terbuka luas menyebabkan angin malam menerjah
masuk. Sesekali terasa jelas menyapu kulit.
“Jangan boros!” potong Saripah pantas. Seumur hidupnya Zarah
tidak pernah merasai kemewahan. Sejak kecil lagi dia dibelenggu
kesusahan.
“Ingat! Islam melarang pembaziran.” Demikian ingatan ayahnya.
Namun dia tetap bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan.
“Tepat sekali,” Zarah membalas sambil mengukir senyuman
berbunga.
Saripah pantas mencelah sambil mendongakkan kepala:
“Kau nak kahwin ke?”
Zarah diam. Mulutnya seolah-olah terkunci rapat. Entah
mengapa, persoalan itu bisa menyingkap wajah Asri di matanya.
94
“Entahlah!”
“Kau nampaknya seperti patah hati!” duga Saripah. Wajah Zarah
lantas berubah.
“Kadangkala hidup ini tak ubah seperti ranting,” ucap Zarah
sambil mengerutkan mukanya.
“Mudah jatuh berguguran apabila ditiup angin.”
Saripah masih tidak mengerti.
“Maksud kau?” Dia meminta kepastian. Zarah merenung
wajahnya dan berkata:
“Terlalu rapuh.”
“Hidup ini?”
“Benar!” Zarah mengangguk.
“Itu bagi mereka yang patah semangat!”
“Aku tidak menafikannya.”
95
Senyap seketika. Saripah bersuara semula memecah kebisuan
yang melanda:
“Zarah …,” ujarnya perlahan.
“Kau mesti terima hakikat bahawa Asri kini sudah dimiliki!”
Zarah diam, membisu seribu bahasa. Entah mengapa, rasa pilu
yang menyiat-nyiat menusuk sanubarinya.
Bola matanya mengamati lukisan pemandangan air terjun di
pinggir kali yang melekap di dinding. Dan kenangan silam menjelma di
ingatannya. Indah! Alangkah manisnya kalau aku dapat kembali semula
ke saat itu. Bisik hati kecil Zarah.
Pertemuan semusim lalu masih segar dan mewangi. Hari itu,
cuaca cerah. Di kaki langit bola mentari kian meninggi. Angin bertiup
sepoi-sepoi bahasa. Restoran Tasik Titiwangsa menjadi pilihan Asri dan
Zarah.
“Dah lama menunggu?” soal Asri sambil mengukir senyuman lebar
sebaik tiba.
96
“Tak juga!”
“Dah pesan?”
“Belum!” Zarah menjeling manja ke arahnya.
“Kenapa?” balas Asri.
“Tunggu cik abang, la!” sindirnya tajam.
Asri hanya tersenyum mendengar kata-kata Zarah. Demikianlah
dalam pertemuan, ada sahaja bahan bicara dan gurau senda.
“Zarah mahu makan apa?”
“Aku ikut aje!” balas Zarah sambil membetulkan rambutnya yang
mengerbang ditiup angin.
“Selera kita berbeza!” sanggah Asri.
“Tak!”
“Baiklah!” Asri angguk.
97
“Kita makan nasi.”
Zarah membalas dengan senyuman berbunga.
“Beri nasi putih dua!” pinta Asri.
“Lauknya, encik?” soal pelayan sambil mencatat. Bola mata Asri
asyik meneliti senarai makanan dan minuman yang terkandung dalam
menu.
“Tom yam campur, ikan kerapu masak masam manis, sambal
udang, sayur goreng campur dan telur goreng dadar.”
“Itu saja, encik?” tambah pelayan.
“Ya!” angguk Asri pantas.
“Zarah nak minum apa?”
“Bagi saya fresh orange.”
“Saya pun serupa.”
98
Pelayan pantas beredar. Kesenyapan mengambil tempat. Suasana
sungguh romantis dengan irama muzik sentimental mengepung seluruh
ruang restoran.
“Aku takut, Zarah!” Suara Asri memecah kebisuan.
“Takut apa?” soal Zarah. Dia kelihatan ayu bila mengenakan baju
kurung berwarna merah hati.
“Aku takut kehilanganmu!” Asri kembali menyoroti persoalan yang
terhenti itu.
Zarah ketawa kecil.
“Aku serius, Zarah!” Wajah Asri berubah.
“Kau kacak dan tampan. Tentu banyak pilihan, kan?” Zarah
merenung wajah Asri.
“Zarah ….” Ternyata dia gagal melawan perasaan. Asri
menggenggam erat jari-jemari Zarah yang lembut itu.
“Aku terlalu menyintaimu ….” Suaranya perlahan.
99
“Tapi ….” Dia terhenti.
“Dan, aku tak boleh melupakan dirimu!” Asri cepat memotong.
Senyap. Pelayan membawa makanan dan minuman yang dipesan.
Penuh tertib dia meletakkannya di atas meja.
“Silakan!” pelawa Asri.
“Terima kasih!” balas Zarah. Mereka menikmati rezeki yang
dikurniakan Allah dengan penuh rasa syukur.
Selesai makan mereka tidak lupa mengucapkan kalimah
Alhamdulillah.
Zarah merenung tasik yang biru itu. Penuh ketenangan. Wajahnya
tetap ceria. Kemudian memalingkan mukanya kepada Asri.
“Asri … perpisahan itu amat pahit bak hempedu ….”
“Aku jua begitu!” celah Asri pantas.
“Suratan takdir ….” Suara Zarah makin lemah.
100