The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CikguLinnZack, 2020-05-06 04:36:46

mewarna pelangi

“Kita harus siasat dulu sebelum mengambil sesuatu tindakan.”




Gaya Yazid tak ubah seperti seorang pegawai polis di cawangan


jenayah.




Karim merasa bosan dengan gelagat Yazid yang asyik melindungi

Zainal. Tanpa menyatakan sokongan yang padu. Kemudian dia


bersuara:

“Ah, sudahlah! Kau dengan Datuk sama saja!” Mukanya merah


macam udang kena bakar. Marah dan kecewa. Cita-citanya untuk

melihat Zainal digulingkan dari syarikat tidak tercapai.




Lantas dibantah oleh Yazid.




“Kau ni macam tak puas hati aje aku tengok.”




“Memang!” dia menjawab dengan mengangguk.




“Kalau begitu lebih baik kau lepaskan saja pada Datuk. Bukannya


aku yang menjadi sasaran!” Dia bingkas bangun serta beredar dari situ.


Karim terpinga-pinga. Macam ayam berak kapur.



Roziah merengus.





201

“Zainal setakat ini sahaja hubungan kita.” Mata Zainal tidak

berkelip-kelip memandang wajah Roziah yang sungguh jelita. Laksana


bulan yang jatuh ke riba.




Bunga-bunga teratai yang tumbuh di tepi kolam meliuk-liuk ke


kiri kanan bila ditiup angin.




Zainal menarik nafas yang panjang dan bersuara lemah:

“Aku tak salahkan kau, Roziah ....”




“Kau lebih pentingkan ikan dan laut daripada aku.”




“Kedua-duanya penting dalam hidup aku, Roziah!”




“Tapi soalnya kau menjadi seorang nelayan.”




“Aku faham, Roziah. Kehidupan sebagai nelayan lebih mengenal


kesusahan daripada kemewahan. Mungkin aku tidak dapat

membahagiakan kau. Bukan begitu?” Zainal pantas mencelah. Jemu


semakin membelit Roziah.














202

“Sudahlah, Zainal!” Dia bingkas bangun daripada kerusi kayu di

bawah pohon yang rendang. Daun-daun hijau berguguran disapu angin


timur.




“Anggaplah aku tidak pernah wujud dalam hidup kau!” Dia pantas


meninggalkan Zainal.




Namun Zainal tetap menyedari.




Antara dia dengan Roziah mempunyai jurang yang sangat dalam.

Bagai langit dengan bumi. Keluarganya orang yang berada. Ayahnya


seorang hartawan yang terkenal bergelar Tan Sri. Juga bergiat cergas di

bidang politik. Wang bertimbun-timbun. Harta kekayaan melimpah ruah


macam air sungai yang mengalir deras. Mana mungkin cinta mereka

akan bersatu? Bukankah itu namanya mencemarkan nama baik


keluarga Roziah. Anak Tan Sri berkahwin dengan seorang nelayan yang

kaya dengan angan-angan tapi miskin dari segi kebendaan.




Kalau perpisahan yang dipinta Zainal tetap merelakannya.


Biarpun dengan hati yang amat berat.














203

Namun Zainal tetap redha. Itu semua sudah suratan takdir.

Bukan kehendak dia ataupun Roziah. Manusia hanya mampu


merancang tapi Tuhan yang menentukan segala-galanya.




Angsa-angsa mengeluarkan kepala ke atas. Bulu-bulu yang putih


dan hitam terapung-apung di atas permukaan kolam yang biru. Riuh-

rendah kedengaran suara.




Panas begitu memijar sekali.




Jalur-jalur cahaya yang lurus menyinari celah-celah daun yang


hijau. Tambah dingin bak air terjun di pinggir kali bila berteduh di

bawah pohon yang rendang. Daun-daun kering berterbangan ditiup


angin petang. Rumput-rumput subur menghijau. Bunga-bunga mekar

dan mengharum membelah suasana.




Keesokan harinya, dia pun meninggalkan kota.




Tiada lagi kelihatan bangunan-bangunan yang tinggi mencakar


langit. Hidup penuh cabaran. Manusia berlumba-lumba mengejar


pembangunan. Kesesakan lalu-lintas sudah menjadi rutin kehidupan.

Hingga memusatkan fikiran. Asap dan karbon monoksida mencemarkan








204

alam sekitar serta penyakit. Bosan. Dia ingin kembali semula ke tempat

asal. Penuh dengan kemasyhuran dan kenangan silam yang indah.





Sekumpulan burung nuri bebas berterbangan ke sana sini.

Kebebasan. Sering diimpikan oleh setiap manusia. Bukannya belenggu


penindasan. Yang menyekat pergerakan manusia seperti berada di

ruang yang sempit.




Anak-anak kecil berlari-lari keriangan di atas bahu jalan yang


kecil berturapkan batu marmar. Indahnya dunia mereka yang lebih

agresif dengan permainan.




Zainal tersenyum kecil di hati.




Bola mata Zainal asyik memerhatikan gelagat mereka. Seolah-olah


ada daya tarikan. Dia dibesarkan dengan laut, sampan dan pukat.

Ombak adalah teman sepermainan. Bersama teman-teman sebaya


mengutip kepah di persisiran pantai. Kemudian dijual untuk

menampung perbelanjaan sekolah. Atas kesedaran inilah dia belajar


bersungguh-sungguh hingga dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat


universiti.










205

Setiap kali cuti semesta dia pasti turun ke laut. Bagi menampung

perbelanjaan di pusat pengajian. Dia mahu meringankan beban yang


ditanggung oleh ayahnya.




Keluarganya besar. Lapan mulut perlu disuapkan oleh ayahnya.


Ibunya pula mengambil upah menganyam dan menjual tikar

mengkuang. Sebagai anak sulung dia mempunyai tanggungjawab yang


besar serta menjadi contoh kejayaan untuk membakar semangat adik-

beradik yang lain. Dan dia telah berjaya membuktikannya. Orang miskin


juga boleh masuk universiti.




Riak-riak kolam yang tenang seakan-akan memberi kekuatan

pada dirinya.




Nasib mereka harus dibela. Suara-suara yang meminta perhatian.


Nelayan-nelayan di Pulau Saga masih lagi kekurangan teknologi moden

dalam penangkapan ikan. Dia rela mengorbankan gaji yang tinggi.


Golongan intelektual adalah teras utama untuk membantu meringankan

penderitaan golongan bawahan.





“Kenapa kau berhenti kerja, Zainal?” soal ayahnya.










206

Dia merenung wajah tua itu lama-lama. Rambutnya yang dulu

hitam kini dipenuhi oleh uban yang memutih. Garis-garis kedut melapisi


permukaan kulitnya yang hitam manis. Ayahnya batuk-batuk kecil.




Zainal menjawab:


“Dah tiba masanya, ayah.”




“Masa apa?”




Ayahnya benar-benar tidak mengerti. Dia menghisap rokok daun.

Berkepul-kepul asap yang memutih memenuhi ruang udara dan


mengipas-ngipas badannya yang kurus seperti lidi dengan kain sepintal

yang agak lusuh warnanya. Zainal kembali semula bersuara:


“Untuk membantu ayah turun ke laut,” balasnya lagi. Setelah

puas memandang laut yang membiru perlahan-lahan dia mengatur


langkah lima tapak menghampiri ayahnya dan melabuhkan punggung di

atas tikar mengkuang yang sudah usang.




“Kau berkelulusan tinggi.” Ayahnya tak putus-putus menyanggah.





“Itu tidak menjadi ukuran, ayah!” dia menggeleng-gelengkan

kepala.







207

“Lagipun ayah dah tua.”




“Ayah masih lagi bertenaga, Zainal.”




“Tapi ayah tak sihat. Selalu sahaja sakit-sakit,” ulang Zainal.




“Betul kata Zainal tu, bang,” celah ibunya tiba-tiba dari arah


dapur. Sambil membawa dua cawan air kopi ‘o’ yang hitam pekat dan

sepinggan ubi rebus yang masih panas lagi. Perlahan-lahan dia


meletakkannya di atas meja. Tanpa berlengah lagi Zainal dan ayahnya

lantas meneguk minuman yang panas itu. Ubi rebus juga segera


melepasi kerongkong Zainal.




“Syarikat lebih memerlukan tenaga kau, Zainal.” Ayahnya

meletakkan cawan ke bawah semula. Zainal terus menghabiskan sisa-


sisa air kopi. Sayup-sayup kedengaran suara ombak membelah pantai.

Pohon-pohon nyiur ke tengah ke tepi dibelai angin timur. Buah-buah


kelapa tua yang gugur bergelimpangan merata-rata di atas permukaan

pasir yang lembut.





“Di sini lebih penting, ayah.”










208

Ibunya sekadar menjadi pemerhati sahaja enggan menyampuk

walau sepatah perkataan pun. Kemudian dia bingkas bangun dan


beralih tempat ke tengah anjung untuk meneruskan kerja-kerja


menganyam tikar mengkuang. Ayahnya pantas bangun dan mencapai

jala yang tersangkut di dinding. Untuk meneliti kalau-kalau ada jaring


yang koyak perlu dijahit. Nampaknya masih elok digunakan.




“Kau tidak menyesal?” soal ayahnya tak henti-henti. Sambil

sempat mencuri pandang pada tubuh Zainal yang tegap sasa. Berambut


lurus serta berkulit kuning langsat.




“Tidak!” dia menggeleng-gelengkan kepala.




Ayahnya mengatur langkah lima tapak ke arah anak tangga. Dia

berhenti seketika dan menoleh ke belakang dan berkata:


“Tunggu apa lagi marilah!” Macam seorang ketua yang memberi

arahan kepada anak-anak buahnya.




Zainal bingkas bangun dengan penuh bersemangat menjejaki


langkah ayahnya. Ibunya memerhatikan dengan penuh minat. Hatinya


merasa bangga. Anaknya seorang lulusan universiti tidak mengejar

material. Dia sanggup menjadi seorang nelayan. Berpanas dan melawan








209

gelombang di tengah lautan. Dari duduk dalam bilik yang berhawa

dingin. Serta hidup dalam serba eksklusif.





Bayangan Zainal dan ayahnya lama-kelamaan pun hilang

daripada pandangan mata tua ibunya.




Laut yang membiru seperti melambai-lambai mengajak turun.


Rezeki sedang menanti. Gulungan ombak yang ganas adalah dugaan

harus dihadapi dengan tabah dan sabar.




Bila pulang tidak pernah kecewa. Senyuman isteri yang setia


sebagai penawar. Biarpun hasil tangkapan tidak lumayan seperti yang

diharapkan. Apabila malam menjelma mereka sering bermimpi menjadi


kaya. Rumah banglo dua tingkat serta mempunyai bot-bot yang mewah.

Tapi bila terjaga di keesokan hari semuanya telah hilang cuma rumah


usang yang mudah tumbang bila ditiup angin puting-beliung. Sampan-

sampan buruk yang mudah karam bila dipukul ribut.




Bilakah ini semua akan menjadi kenyataan? Zainal percaya pada


realiti. Bukan semata-mata mimpi yang kosong.




Udin memperalatkan nelayan-nelayan dengan muncul sebagai

pembela. Kononnya untuk meringankan penderitaan yang ditanggung





210

oleh mereka. Udin dan kuncu-kuncunya pandai berlakon. Watak mereka

lebih dahsyat daripada seekor jerung yang ganas. Dengan mengumpan


itu dan ini untuk memenangi hati mereka. Udin terkenal sebagai lintah


darat yang kerjanya menghisap darah kaum nelayan. Membeli hasil

tangkapan dengan harga yang murah tetapi menjual dengan harga yang


mahal.




Dia kaya, senang dan hidup ditimbuni dengan segala kemewahan.




Sedangkan nelayan-nelayan terus menderita. Zainal merasa sedih

melihat fenomena ini. Udin sewenang-wenangnya melakukan


penindasan. Kehidupan mereka bertambah sengsara. Kemiskinan

semakin berleluasa. Tambahan pula semenjak Udin dilantik menjadi


Pengurus Koperasi dengan memaksa nelayan-nelayan agar memilihnya.

Yang paling menyayatkan hati dia tergamak menyelewengkan bantuan


kewangan daripada pihak Majuikan.




Zainal mengeluh sendirian. Pengaruh Udin mesti dihapuskan

dahulu. Sebelum cahaya bersinar ke atas nelayan-nelayan di Pulau


Saga. Perahu terasa dibuai-buai.












211

BAB 16




Sememangnya aku gemar mengembara. Meniti pengertian dalam hidup


ini bak lautan biru yang luas. Bumi berbentuk bulat dan sentiasa

berputar di atas paksinya menjadikan siang dan malam.




Langit tidak bertiang. Angin bertiup lembut tambah menyegarkan


udara pagi. Kampung Bukit Belanga tetap hening dan nyaman.

Banjaran gunung yang hijau berdiri megah dan tambah memanjang dari


arah utara hingga selatan.




Sawah padi yang luas terbentang seperti hamparan permaidani

hijau. Pohon-pohon nyiur melambai-lambai. Seakan-akan mengajak


perantau yang tinggal di kota agar segera pulang. Kicauan unggas

bersahut-sahutan.




Aku seorang penulis bebas. Menyelami sedalam-dalamnya hidup


manusia. Terutama sekali golongan petani yang sekadar kaya-raya

dengan angan-angan tapi miskin dari segi kebendaan. Kais pagi makan


pagi, kais petang makan petang.




Akhirnya aku terlontar ke sini. Sebuah daerah yang mundur. Aku

benar-benar simpati.





212

“Tahun ini padi tak menjadi,” Pak Lah mengeluh.




“Mengapa?” Aku merenung sayu wajahnya.




“Ancaman serangga perosak dan tikus.”




“Kenapa tak minta bantuan Jabatan Pertanian?” Tanganku ligat


mencatat butir-butir penting di atas kertas. Untuk dijadikan bahan

cerita.




“Awak ni siapa?” Pak Lah dapat mengesan.




Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Pohon rumbia melenggok-


lenggok. Batang merenung dan lalang memenuhi tebing sungai. Anak

haruan dan keli bermain dengan penuh keriangan. Sebatang pohon


pinang kelihatan tidak jauh dari situ.




“Saya sebenarnya seorang penulis bebas.”




“Hidup kami lebih mengenal penderitaan daripada kesenangan.”












213

“Seharusnya mendapat perhatian daripada semua pihak.” Wajah

tua Pak Lah lantas berubah. Seperti jemu mendengar kata-kataku.





“Tiada siapa yang sudi mendengarnya.”




“Ada!” aku segera mencelah macam sang helang menyambar

mangsa sambil menganggukkan kepala.




Rambutnya dipenuhi dengan uban yang memutih. Badannya


kurus seperti lidi. Garis-garis kedut melapisi permukaan kulitnya yang

berwarna hitam manis.




“Siapa?” Dia mengangkat muka.




“Saya!”




“Apa yang awak boleh buat untuk membantu kami semua?”




“Melalui tulisan,” balasku ringkas.





“Tulisan?” Pak Lah hairan. Semakin tidak mengerti.



“Benar!” aku menganggukkan kepala.





214

“Bagaimana caranya?” Mata tua itu kutenungi dalam-dalam

umpama lautan nan luas.





“Pembaca yang arif dengan erti kemiskinan dan kemunduran

sudah pasti akan menghulurkan simpati,” aku membalas. Tapi Pak Lah


enggan menerima hakikat itu. Beban kemiskinan. Janji-janji kosong

terlalu mudah ditaburkan. Tak ubah macam mimpi yang akan hilang


apabila tersedar di waktu pagi.




“Simpati saja belum mencukupi,” sanggahnya.




Aku memandang wajah Pak Lah yang dibelit kesusahan. Aku

mengerti. Bak kata orang seperti air penawar. Bukti-bukti pembangunan


harus ada di depan mata.




“Manusia memang pandai membuat janji,” aku bersuara. Pak Lah

sebaliknya diam. Mungkin akibat kekurangan daya intelektual. Pak Lah


mendongakkan kepala tinggi di mana langit kelihatan cerah.




Bola matahari kian meninggi. Jalur-jalur cahaya amat lurus


menyinari seluruh alam semesta. Panas memijar hingga boleh

mencairkan otak macam berada dalam ketuhar. Bahangnya terasa pedih

bila menggigit-gigit permukaan kulit. Aku dan Pak Lah berteduh dalam





215

sebuah pondok usang. Beratapkan nipah dan berdindingkan buluh yang

dianyam rapi. Kuat dan kukuh. Menurut cerita Pak Lah lagi ia dibina


oleh moyangnya dulu.




Di situlah dia melepaskan penat dan lelah. Sambil minum kopi ‘o’


pekat dan mengunyah ubi rebus atau pisang goreng. Menghisap rokok

daun. Nasib Pak Lah demikian pasti. Warisan tani sudah menjadi satu


generasi ke satu generasi yang lain.




Moyangnya juga menerima nasib yang sama. Hidup tak pernah

senang. Sehingga ke akhir hayat. Kemiskinan masih merantai mereka.


Di waktu malam mereka sering bermimpi untuk menjadi kaya-raya.

Memiliki rumah banglo mewah tiga tingkat. Bila bangkit dari tidur di


waktu pagi mereka miskin pula. Kini giliran Pak Lah pula.




Dia mengeluarkan suara yang agak parau menghalau sekumpulan

burung-burung punai yang hinggap di atas batang-batang padi yang


tidak menjadi.




Pak Lah kembali semula menoleh ke arahku. Dan berkata:


“Kami semua tidak kenal dengan Jabatan Pertanian …,” ujarnya

layu seperti bunga yang kekeringan air.







216

“Habis?” Aku terkesima.




“Budin!” Pak Lah membalas pendek.




“Budin?” Aku tidak kenal dengan orang itu. Aku mula berfikir


sesuatu. Apa kaitan Budin dengan orang-orang kampung? Bagai suatu

misteri.




Aku menjadi semakin berminat untuk mengetahui dengan lebih


lanjut lagi.




“Budin tu siapa?” tanyaku pada Pak Lah.




“Lintah darat yang menghisap darah orang-orang kampung,”

sambung Pak Lah.




“Lintah darat?” aku terperanjat.




“Dia menjadi tempat kami orang-orang kampung meminjam


wang.”




“Jadi?” Lagak aku seperti seorang pemberita yang menemuramah

seorang tokoh politik yang terkenal.





217

“Sekiranya kami gagal membayar hutang maka tanah pusaka

kami akan dirampas.” Aku diam. Sekadar menggeleng-gelengkan kepala.


Budin seorang manusia yang tidak berhati perut. Zalim dan tidak


berperikemanusiaan. Lebih buas daripada haiwan.




Hati kecilku tak henti-henti ditendang oleh persoalan itu.




Budin muncul sebagai pembela. Dengan berwatak penindas. Suka

mengambil kesempatan ke atas kaum yang lemah. Memerah keringat


dan mengambil tenaga orang lain demi kepentingan diri sendiri. Dia

menjadi kaya-raya.




Sedangkan orang-orang kampung terus-menerus merana dek


kemiskinan. Budin tamakkan harta kekayaan.




Inilah yang dinamakan penghalang kemajuan. Kuasa Budin mesti

disekat agar kemiskinan yang luas dapat dibatasi seratus peratus.




Wajah yang dimakan tua itu kian tidak bermaya memandangku.





“Dia membeli segala hasil-hasil pertanian dengan harga yang

murah. Menjual dengan harga yang mahal.”







218

“Sampai begitu sekali!” Aku lalu terperanjat.




Pak Lah mengangguk lemah.




Diam. Macam berada di ruang yang kosong. Kedua-dua bola


mataku merenung sayu Pak Lah. Entah mengapa! Mulutku amat berat

untuk mengeluarkan kata-kata. Fikiranku berputar ligat bagaikan kipas


angin di atas siling yang mengapungkan hawa dingin. Suara yang

meminta pembelaan.




Kesempatan ini aku gunakan sebaik-baiknya mencatat butir-butir


cerita di atas kertas kajang yang sentiasa dibawa walau ke mana saja

sebagai teman setia.




Daun-daun kering yang gugur berterbangan ditiup angin timur.


Begitu juga dengan debu-debu merah di jalanan. Jelas sekali musim

kemarau. Sudah lama hujan tidak turun.




“Anak-anak di kampung ni semuanya buta huruf,” terang Pak


Lah.




“Mengapa perkara ini boleh berlaku?”







219

“Mereka tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran

hingga ke peringkat yang paling tinggi. Terpaksa berhenti sekolah. Dan


menyambung kerja-kerja sebagai petani.”




Aku tambah berminat. Menumpukan seluruh perhatian umpama


seorang pelajar di dalam kelas yang sedang mengikuti pembelajaran

guru.




Aku membetulkan duduk dan bersuara:


“Jadi?”




“Ada juga yang ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran.

Malangnya hasrat itu terpaksa dilupakan.”




Aku mengeluh panjang. Orang-orang Kampung Bukit Belanga


macam ditimpa bencana yang amat dahsyat sekali.




Sementara itu, aku bertambah semangat. Bahan cerita yang mesti

dibawa pulang ke kota.















220

BAB 17




Segala-galanya bermula di sini. Bukannya sebuah impian. Seolah-olah


suatu dunia yang asing bagi dirinya. Pagi baru saja menguakkan

keheningannya. Sang suria menegak di atas kepala. Jalur-jalur cahaya


kelihatan lurus menyinari alam semesta.




Saripah memesan secawan kopi ‘o’ dan sepinggan nasi lemak.

Manakala aku pula memesan teh tarik dan sepinggan roti canai. Sebagai


pengalas perut pagi itu. Sarapan amat penting dalam kehidupan. Ia

dapat menjadikan kita cergas dan bertenaga dalam melakukan


pekerjaan.




Pelayan lalu menghampiri kami berdua sambil membawa

makanan dan minuman yang telah dipesan.




Perlahan-lahan dia meletakkannya di atas meja dengan penuh


tertib.




“Terima kasih,” ucapku.




“Sama-sama,” jawabnya sambil mengukir senyuman ramah.

Kemudian pantas beredar berlalu pergi dari situ.





221

Aku lantas mengangkat muka tinggi sedikit memandang Saripah

dan berkata:


“Silakan!”




“Terima kasih,” balasnya sambil tersenyum kecil saja.




Senyap.




Dengan rasa penuh bersyukur kami menikmati rezeki yang telah


dikurniakan oleh Allah SWT. Tingkah sudu dan garpu jelas kedengaran

sekali. Suasana di kantin tetap tenang seperti biasa menerima


kunjungan pelanggannya.




Selepas makan, kami berdua tidak lupa untuk mengucapkan

kalimah Alhamdulillah. Kerana bebas daripada sebarang bencana


kebuluran dan kelaparan. Tidak seperti yang sedang berlaku di Ethiopia,

Negara Afrika. Yang menjadi mangsa bukan sahaja orang dewasa


malahan juga kanak-kanak. Kematian boleh dikatakan sering meningkat

dari sehari ke sehari. Walaupun negara-negara maju menghulurkan


bantuan makanan dan kewangan namun masalah ini tetap tidak dapat


diatasi. Ini amat menghairankanku. Mungkin satu ujian daripada

Tuhan.







222

Saripah tanpa berlengah lagi pantas memecahkan kesenyapan.




“Bagaimana dengan kerjaya Azman di bidang penerbitan?” soalnya


sambil membetulkan rambutnya yang panjang hitam ikal mayang

hingga mencecah paras bahu itu mengerbang bila ditiup angin. Yang


menyusup masuk melalui jendela yang terbuka luas. Biji mata kami

saling berlaga.




“Mencabar sekali,” aku menjawab ringkas. Sambil menghirup air


teh yang masih panas itu biarpun tinggal sedikit lagi. Bukankah Islam

melarang keras pembaziran? Kemudian perlahan-lahan aku meletakkan


gelas itu semula ke bawah.




Mata Saripah tunak.




“Maksud Azman tu, terlalu luas?”




“Ya!” aku pantas mengangguk.




“Skopnya begitu dalam,” sambungku lagi. Saripah kuperhatikan


lalu membetulkan tempat duduknya.



“Tentu Azman ni, seorang yang kaya idea?” Dia terus mendugaku.





223

Aku lalu tertawa kecil bila mendengar kata-kata yang terkeluar

daripada mulut Saripah itu. Sebaliknya dia begitu serius sekali


memerhatikan gelagatku. Tanpa berlengah lagi aku pantas menjawab:


“Tak semestinya!” aku menggelengkan kepala sebagai tanda

membantah.




Saripah lantas naik hairan apabila mendengarnya.




“Mengapa pulak?” Matanya liar memerhatikan cawan dan pinggan


yang telah kosong. Angin bertiup perlahan nyaman. Pohon-pohon bagai

menari-nari inang. Daun-daun hijau meliuk-liuk berguguran ke atas


tanah. Udara pagi sungguh segar dan nyaman.




Aku kembali semula menyoroti persoalan yang terhenti buat

seketika.




“Kalau cerita tak bermutu alamatnya kena hentamlah!”




“Tentu kau banyak membaca?” soal Saripah bertubi-tubi kali.


Seperti muntahan peluru daripada muncung senapang.




“Ya! Ia adalah teman yang sejati di kala sunyi,” balasku. Saripah

tambah ayu bila mengenakan baju kurung yang berwarna biji kundang.





224

Serta bersulamkan bola-bola manik yang kuning keemasan. Kulitnya

putih bak sutera. Memang cantik, kena pada si pemakainya.





“Bidang mana yang kau pilih?” ujar Saripah pula sambil

mengangkat kepalanya. Bibirnya merah bak delima. Rambutnya tersisir


rapi.




“Semua termasuk politik, ekonomi dan sosial,” tambahku lagi.




“Membaca juga adalah pelita hidup,” dia cepat memotong.




“Benar!” aku menyokong sambil menganggukkan kepala.




“Tanpanya kita seperti teraba-raba,” ulangku. Diam. Aku telah

pun dapat membaca. Saripah mempunyai pemikiran yang agresif.


Sebelum ini, tak pernah aku temui wanita seperti dia. Getus hati

kecilku.




Dari jauh kelihatan bangunan-bangunan yang tinggi mencakar


langit. Dayabumi menjadi lambang kemegahan Bumiputera. Tidak


kurang pula dengan Menara Kuala Lumpur dan KLCC.









225

Ini melambangkan kemajuan yang telah berjaya dinikmati setelah

negara kita mencapai kemerdekaan selama 48 tahun.





Saripah pantas mematikan lamunanku.




“Azman tentu dah banyak berjumpa dengan berbagai-bagai

karenah manusia?” dia ternyata tak henti-henti menyoalku.




Aku tidak keberatan untuk menjawab pertanyaan itu.




“Tentu sekali. Terdapat jurang perbezaan yang amat dalam antara


golongan bawahan dengan golongan atasan.”




“Jurang perbezaan yang bagaimana maksud Azman?” Kedengaran

deru kenderaan yang berlibur di atas jalan raya. Ia amat menyesakkan.


Asap dan gas beracun menyebabkan pencemaran berlaku dengan

berleluasa. Bumi tidak lagi selamat untuk didiami. Kita harus mencegah


masalah ini segera sebelum menjadi lebih teruk lagi.




Saripah kuperhatikan tetap tenang menanti jawapan.












226

“Golongan yang kaya mempunyai pengaruh yang luas. Sementara

golongan yang miskin adalah terlalu lemah. Dan selalu ditindas,”


ujarku.




“Dengan wang mereka boleh membeli segala-galanya falsafah


untuk si kaya. Bukan?” Saripah menyampuk.




“Bagi si miskin pula tanpa wang hidup mereka akan tambah

merana.” Aku serta-merta dibaluti oleh persoalan yang secara tidak


langsung itu. Saripah amat arif dalam hal-hal yang bersangkutan

dengan psikologi manusia. Dari mana dia belajar agaknya? Mungkin


daripada media massa seperti buku dan majalah.




Aku terus memberanikan diri.




“Keluarga Saripah tentu besar, kan?”




“Ya!” angguk. Sambil membetulkan garis-garis yang timbul pada

permukaan bajunya akibat ditiup angin yang masuk melalui celah-celah


jendela yang ternganga luas.




“Ayah aku seorang usahawan yang terkenal bergelar Datuk,”

terang Saripah.





227

“Tentu hidup Saripah dipenuhi dengan kemewahan?”




Saripah mengukir senyuman berbunga. Aku serius memerhatikan


gelagatnya itu. Mataku sempat mencuri pandang ke luar. Rumput-

rumput tetap subur menghijau. Biarpun tadi basah akibat disirami


embun pagi. Tapi akhirnya kering pabila terbit mentari.




Saripah mendongakkan mukanya tepat memandangku. Dan

kembali bersuara:


“Azman salah membuat tafsiran.”




Dan aku agak terkejut bila mendengarnya.




“Salah tafsiran?” Aku kehairanan. Dia sebaliknya menganggukkan

kepala.




“Benar!” balasnya selamba.




“Mengapa pulak?” Aku inginkan penjelasan.





Kerana itu baru kulitnya saja. Isinya belum tahu lagi. Persoalan

yang seperti ini harus dikupas dengan lebih mendalam. Aku pernah








228

terdengar bahawa ada orang berkata mengangguk belum bererti setuju

dan menggeleng bukan bererti salah.





Saripah lalu menjawab:

“Harta kekayaan yang melimpah-limpah adakalanya menjadikan


hidup ini bosan.” Aku serta-merta menjadi terkesima. Ternyata aku

belum berpuashati dengan jawapan yang telah diutarakannya itu.




“Jadi?”




“Mengajar kita supaya lebih bersikap sombong dan tamak,” ulang


Saripah. Aku cuma memilih untuk mengangguk diam. Entah mengapa!

Dengan tiba-tiba sahaja aku enggan meneruskan kata-kata. Mulutku


seolah-olah terkunci rapat.




Benar!




Aku sama sekali setuju dengan kata-katanya itu. Ini adalah

sebuah kenyataan yang tidak dapat dinafikan lagi. Entah mengapa! Aku


amat tertarik dengan sifat-sifatnya.




Kebisuan mengambil tempat dengan tiba-tiba.







229

Aku dan Saripah asyik melayani fikiran masing-masing. Mencari

jawapan pada satu permasalahan. Fikiranku enggan berhenti berbicara.


Berputar ligat bak kipas.




Kuamati wajahnya dalam-dalam. Cantik! Laksana bulan yang


jatuh ke riba cantiknya. Sudah! Cinta selalunya lahir daripada pandang

pertama. Bermula daripada mata kemudian perlahan-lahan jatuh ke


hati. Jangan! Satu suara cuba menahanku. Mengapa pulak? Jawapan

segera menyusul. Takut nanti bertepuk sebelah tangan. Lagipun kau tak


sepadan dengan dia. Mana mungkin keluarganya akan menerima kau?

Buat seketika persoalan itu terus berlalu pergi.




Pelayan lalu menghampiri kami semula.




Sambil mengukir senyuman kecil.




“Boleh saya ambil?”




Dan aku mendongakkan muka sedikit ke atas. Orangnya


berbadan tegap. Berambut lurus dan berkulit cerah. Agak lama juga aku


memerhatikan raut wajahnya. Kemudian aku pantas menganggukkan

kepala.







230

“Ya, silakan!”




“Terima kasih,” balasnya sambil tangannya mengutip semula


cawan dan pinggan yang telah kosong. Kemudian dia cepat berlalu pergi

dari situ.




“Kenapa pergolakan berlaku di Somalia?” Saripah memecahkan


ruang kesenyapan yang melanda buat seketika.




Aku lantas membalas renungannya yang tajam itu dan berkata:

“Semata-mata kerana ingin merebut kuasa,” jawabku ringkas


tetapi padat. Wajah Saripah yang ceria sebaliknya menjadi kerut.

Mungkin kerana memikirkan masalah itu.




“Hingga sanggup berbunuhan sesama sendiri!”




Dia amat peka dengan isu semasa. Sungguh hebat wanita ini.


Bisik hati kecilku.




Aku terus menggagahinya jua.




“Itu sajalah jalan yang singkat untuk memenuhi cita-cita

tersebut.”





231

“Yang menjadi mangsa ialah kanak-kanak dan rakyat yang tidak

berdosa,” sokong Saripah pula.





“Secara realitinya begitulah!” aku mengangguk pantas.




Aku mengutip semula kata-kata itu dalam diam. Sampai bilakah

ini semua akan berakhir? Kedamaian! Itulah yang dirindui oleh mereka


semua. Ia tak ubah seperti sebuah mimpi ngeri yang amat menakutkan.

Ledakan bom dan peluru bergegar di mana-mana. Dunia menyaksikan


mayat-mayat yang bergelimpangan bersama darah merah yang mengalir.

Tangis hiba bergema mengiringi akan kehilangan nyawa.




Terharu! Pilu terasa menyiat-nyiat di jiwaku bila menyaksikan


peristiwa yang amat menyedihkan itu di kaca televisyen. Dan

membacanya di dada akhbar. Isu ini sering aku ketengahkan sebagai


bahan artikel utama di media massa. Sekaligus mendapat perhatian

daripada orang ramai. Aku sama sekali tidak berniat hendak memburu


nama. Tapi demi sifat kasih sesama manusia.




Jauh benar aku mengelamun. Hingga sampai ke awangan


rasanya.










232

Saripah mengangkat mukanya sedikit. Aku sempat mencuri

pandang pada meja yang telah kosong. Kemudian aku lalu berkata:


“Aneh!” Aku mengerutkan muka. Memikirkan masalah yang amat


berat umpama memikul seketul batu yang besar.




“Hidup manusia memang aneh sekali!” sambungku lagi.




“Dari segi apa?” Saripah memandang wajahku dengan penuh

tepat. Kedua-dua biji matanya tidak berkelip-kelip walau sekejap pun.




“Manusia tak pernah puas,” ulangku. Persoalan itu amat dalam


seperti lautan.




“Hidup manusia tak ubah bak lautan. Di mana pasang surut silih

berganti,” balasku. Saripah sebaliknya kuperhatikan hanya diam sahaja.


Entahlah aku sendiri tak pasti. Mengapa dia enggan menyampuk?

Mungkin dia sengaja memberi peluang kepada aku untuk meluahkan


pendapat. Aku terus berfikir dulu sebelum menggulung bahas. Eh,

macam pertandingan pidato pula. Dan aku enggan membiarkan


kebisuan terus berlarutan.














233

“Sungguhpun kita sebagai manusia dikurniakan oleh Tuhan akal

dan fikiran namun ia masih belum dapat mengatasi sesuatu masalah


yang datang menimpa. Bila iman terlalu tipis.”




“Akibatnya timbullah golongan yang jahil dari segi agama,” sokong


Saripah pula.




Aku sekali lagi tidak membantah pendapat yang telah diajukan

oleh Saripah itu.




“Tepat sekali!” aku mengangguk tanda setuju.




Adakalanya manusia terlalu lalai dengan dunia hingga sanggup


melupakan akhirat. Akhirnya Tuhan menimbulkan pahala dan dosa.




“Adakah mereka semua benar-benar Islam?” Saripah semakin

tertarik pada persoalan itu. Sementara itu, angin terus menyusup


masuk melalui jendela yang ternganga luas. Hingga terasa segar

menyapu permukaan kulit.





“Menarik sekali,” ucapku ringkas.



“Mungkin Azman ada pandangan yang jauh.”





234

“Benar! Kebanyakan mereka hanya menganut Islam tradisi saja.

Tak pernah sembahyang, berpuasa malah mengeluarkan zakat.”





“Mengapa ini semua boleh timbul?”




“Kerana bagi mereka agama bukanlah satu panduan hidup.”




Saripah mengangguk diam. Mengakui kebenaran kata-kata itu.




Kita sebagai manusia adalah lemah. Hanya mampu berserah pada

Tuhan. Sentiasa berdoa untuk memohon pertolongan. Bertawakal


mengajar kita supaya lebih berusaha. Dan harus menginsafi diri bahawa

kerdil di sisinya.




“Dunia ini tak ubah seperti sebuah panggung sandiwara. Di mana


kita adalah pelakonnya. Dengan pelbagai watak,” terangku lagi.




Kemudian aku lantas menengadah ke siling. Saripah hanya

memerhatikan sahaja gelagatku itu dengan penuh minat. Setelah puas,


aku perlahan-lahan kembali semula memalingkan muka ke arahnya.


Dan bersuara:











235

“Penyair pernah berkata bahawa pabila fajar menyingsing maka

bermulalah sebuah penghidupan baru.” Aku mengutip semula kata-kata


itu.




Terhenti seketika. Aku tak sempat menghabiskan kata-kata.


Saripah begitu pantas sekali memotong:

“Dan yang nyata hidup ini diwarnai dengan penuh suka dan


duka,” katanya sambil mengangkat kepala tinggi.




“Ia menjadi pengalaman dalam mendewasakan kita!” aku

membalas sambil menganggukkan kepala.




“Tapi adakalanya hidup ini tak ubah seperti dahan yang rapuh.


Mudah jatuh bila ditiup angin.” Saripah nampaknya ingin mencari

kepastian. Dia tidak jemu mendugaku. Konsep kehidupan terlalu luas


maknanya. Dunia ini adalah suatu perjuangan untuk sampai ke

perhentian bersama bekalan yang cukup.




“Kita harus kuat dan tabah menghadapinya. Dan anggaplah setiap


kegagalan itu sebagai satu anugerah.”




“Maksud Azman daripadanya kita harus membina semula

kekuatan?”





236

“Nampaknya Saripah lebih arif dalam hal ini,” celahku pantas.




Dari raut wajahnya aku telah pun dapat membaca. Dia seperti


pernah dikecewakan. Cinta? Sudah menjadi lumrah setiap remaja. Tidak

dapat lari daripada bayangan itu. Hatiku berbelah bagi untuk


mendapatkan kata pasti daripada Saripah sendiri. Akhirnya aku gagahi

juga.




“Saripah, maafkan aku kalau bertanya?” aku bersuara tenang.


Saripah tanpa berlengah lagi pantas mengangkat kepala dan berkata:

“Kenapa?” Wajahnya tetap ceria seperi tadi.




“Tapi, ini bersangkutan dengan hal peribadi.” Aku berterus terang.


Namun dia tidak keberatan.




“Boleh, apa salahnya! Silakan!” dia menjawab sambil

menganggukkan kepala.




“Pernahkah Saripah jatuh cinta? Maksud aku sekadar ingin tahu


saja.”




Diam. Serta-merta wajahnya lantas berubah.







237

Jelas, dia pernah mengalami peristiwa yang amat menyakitkan

dalam hidupnya. Perlahan-lahan dia menundukkan kepala. Lemah dan


tak bermaya. Kemudian dia lalu melontarkan pandangan jauh ke luar.


Sebaliknya aku memerhatikan sahaja reaksinya itu dengan penuh

tajam.




Agak lama juga dia merenung wajahku. Bola mata kami saling


berlaga.




Saripah kembali semula menyimpulkan persoalan yang terhenti

buat seketika.




“Pernah ...,” dia bersuara lemah. Sangkaanku memang tepat


sekali. Dan aku lebih senang untuk memilih berdiam diri untuk

mendengar penjelasan yang lebih lanjut lagi daripadanya.




“Kerana dia tak setia ....” Ternyata Saripah sudah lama


menanggung penderitaan yang amat berat. Apakah hatinya sudah

tertutup rapat untuk bercinta lagi? Sudah! Sampai ke situ pulak.





Aku cuba menenangkan perasaan Saripah yang bergelora. Agar

melupakan kisah silam yang amat pahit bak hempedu.







238

“Cinta itu memang indah sekali.”




“Ya! Saya tidak dapat menafikannya.”




“Hadirnya ibarat embun pagi tapi akan kering pabila terbit


mentari.”




“Adakah ini semua hanya mimpi semata-mata atau sedang

berpijak di bumi nyata?” Saripah tak putus-putus mencari jawapan itu.




“Kenyataan!” ulangku. Secara realitinya impian itu tak semuanya


indah. Umpama debu-debu yang berterbangan ditiup angin lalu pergi.




“Bagaimana dengan janji setia?” Saripah semakin mendalami

bunga-bunga cinta. Terasa seolah-olah kembang mekar dan mewangi.


Seperti kasturi dari alam syurga. Tanpa berlengah lagi aku lalu

menjawab:


“Ia memang mudah sekali dilafazkan di bibir ini tapi adakalanya

entah mengapa tidak dapat ditunaikan.”





Saripah diam membisu seribu bahasa. Dia enggan meneruskan

kata-kata. Mulutnya seperti terkunci erat. Sinar matanya umpama emas

permata yang berkilauan. Mungkin dia pernah terpedaya sebelum ini.





239

Tekaku dalam diam. Lelaki zahirnya selalu mengibaratkan wanita

seperti kelopak-kelopak bunga yang kekeringan layu.





Cinta selalunya lahir daripada pandang pertama. Dari mata lalu

perlahan-lahan turun ke hati. Indahnya! Tak tergambar oleh lukisan


ataupun kata-kata. Sehari tak bertemu jiwa terasa karam. Terasa tak

berdaya untuk meneruskan hidup ini. Pertemuan dapat meleraikan


rindu yang membara. Menganyam bicara buat penghibur hati yang lara.




Tika itu tiada dikenali erti kamus duka dalam hidup ini.




Dunia berseri dipenuhi dengan warna-warna. Bara yang

digenggam tak terasa hangat sebaliknya dingin. Cinta memang menagih


seribu pengorbanan. Rela sehidup semati. Sehati dan sejiwa walau ke

mana sahaja. Lautan api pun sanggup direnangi. Andainya karam basah


berdua. Kalau boleh bintang di langit tinggi pun ingin dipetik. Begitulah

tafsirannya cinta yang suci.




Sementara itu bola matahari semakin meninggi.


















240


Click to View FlipBook Version