“Zarah ….” Mereka saling berpandangan.
“Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan
segala-galanya!”
Terhenti seketika.
“Boleh saya ambil?” pinta pelayan.
“Ya, boleh!” angguk Asri.
“Ada pesanan lagi, encik?”
Asri memandang Zarah.
“Bagi saya puding sagu dengan kopi ‘o’,” pinta Zarah pantas.
“Saya juga,” celah Asri. Pelayan segera beredar dari situ.
“Perpisahan boleh datang tanpa diduga. Bagai ombak yang ganas
menghempas pantai. Berubah segalanya!” sambung Zarah lagi.
101
Asri menarik nafas panjang. Dia benar-benar tidak mengerti.
Apakah Zarah tidak yakin pada dirinya?
“Zarah, aku ingin melamarmu!”
Kebisuan mengambil tempat semula. Kesempatan ini digunakan
oleh Asri mencuri pandang seluruh ruang restoran. Fikiran Zarah masih
enggan berhenti berbicara. Hakikatnya dia amat menyayangi Asri. Dia
rela sehidup semati. Tapi dia berasa amat berat untuk meneruskan
kata-kata.
“Zarah … adakah kau meraguinya?” Asri inginkan kepastian.
“Tidak!” Ada tikanya cinta memerlukan kesabaran. Mendengarkan
itu hati Asri tambah lega.
Di mata Asri sudah terbayang duduk bersanding di pelamin
bersama Zarah. Dikelilingi oleh sanak-saudara dan teman-teman. Ibu
ayah paling gembira melihat anak mereka menempuh hidup baru.
Alangkah indahnya!
“Sudahlah, Zarah. Kita sudah terlalu lama di sini. Mari kita pergi.”
102
“Baiklah!”
Asri memanggil pelayan meminta bil. Mereka bangun berjalan
berpimpin tangan menuju ke kaunter pembayaran.
Dan … akhirnya Asri telah memungkiri cinta setia terhadap Zarah.
Dia telah memilih Rosnani sebagai pasangan hidupnya. Bukannya
Zarah. Harapannya musnah berkecai bak kaca yang terhempas ke batu.
“Sabarlah, Zarah. Sesungguhnya hidup ini penuh dengan pelbagai
ujian ...,” ujar Saripah sambil memandangnya dengan penuh sayu dan
simpati. Zarah menunduk pilu bila mengenangkan peristiwa itu.
Titis-titis air matanya semakin banyak berguguran bersama
kepekatan malam ….
103
BAB 9
“Kita adalah seperti pengembara, Saripah. Meniti satu perjalanan yang
jauh,” kataku.
“Menarik sekali kata-kata Azman tu,” dia menjawab sambil
mengangguk-anggukkan kepala. Tiada kepastian. Sama ada dia
mengerti atau cuma berpura-pura. Bola mata kami saling berlaga. Aku
dapat merasakan sinar mata Saripah bagai kaca yang berkilau-kilauan.
“Di mana kita akan berhenti?” sambungnya lagi.
“Hingga ke sebuah pelabuhan. Bersama bekalan yang cukup,”
aku membalas.
“Azman nampaknya arif dalam bidang falsafah.”
“Tak jugak.”
“Saya berkata ikhlas, Azman.”
104
“Saya gemar membaca buku.”
“Bahan bacaan yang Azman pilih?”
“Yang bersumberkan ilmu pengetahuan am. Tanpanya kita akan
teraba-raba. Tak ubah macam berada di ruang yang gelap.”
“Selain daripada itu?” Dia seperti tidak berpuashati dengan
jawapan yang telah aku berikan itu.
“Lebih penting lagi dengan banyak membaca akan menjadikan
pemikiran kita bertambah matang dan tajam,” terangku.
“Saya rasa macam seorang pelajar yang sedang mengikuti
pembelajaran guru dalam kelas.”
“Kenapa pulak?” ujarku sambil tersenyum kecil.
“Apabila mendengar penjelasan Azman betapa pentingnya ilmu
dalam hidup manusia.”
Aku dan Saripah lantas tertawa hingga terangkat kedua-dua belah
bahu.
105
Saripah tambah ayu bila mengenakan baju kurung yang berwarna
biru air laut. Serta bersulamkan bola-bola manik yang kuning keemasan
dan berkilauan.
“Melalui tulisan Azman mengharapkan golongan bawahan akan
mendapat pembelaan. Bukan begitu?” Dia jatuh hati dengan isu
kemiskinan.
Aku mengukir seribu senyuman di hati kecil. Aku tidak
keseorangan dalam memikul perjuangan. Saripah turut berdiri teguh di
belakangku memberi sokongan. Udara berhembus segar. Saujana mata
memandang. Aku menoleh semula ke arah Saripah.
“Saya mempunyai prinsip hidup yang sendiri.”
“Boleh saya tahu?” tanya Saripah.
“Antara manusia dan Tuhan mempunyai jurang pemisah yang
amat dalam. Tuhan bersifat pencipta dan berkuasa. Manakala manusia
pula adalah lemah di sisi-Nya,” aku menjawab.
106
“Memang benar, Azman. Kita sebagai manusia hanya hidup
sementara sahaja di atas muka bumi ini.”
“Dengan matlamat untuk menimbulkan kesedaran di kalangan
pembaca. Sesungguhnya Tuhan maha agung dan pencipta.”
Saripah kelihatan berwajah ceria dan anggun. Umpama bidadari
dari syurga. Yang turun ke bumi bersama haruman kasturi.
“Kenapa manusia selalu lupa pada Tuhan?” dia menyoal dengan
penuh minat.
“Mereka lebih banyak memikirkan tentang keseronokan dunia
daripada akhirat. Akibatnya rasa takwa pada Tuhan pun hilang.”
“Kematian tidak mengenal usia tua atau muda. Apabila tiba
masanya, mahu atau tidak kita terpaksa pergi mengadap Tuhan,”
tambahnya lagi.
“Dalam dunia ni sebenarnya terdapat dua golongan manusia,
Saripah.”
“Menarik. Baru hari ni saya mendengarnya.”
107
“Saripah, nak tahu?”
“Mestilah.”
“Pertama, orang yang minta mati cepat tapi dia mati lambat.
Kedua, orang yang minta mati lambat tapi dia mati cepat,” jelasku pula.
“Kesimpulannya?” Dia memandang tepat wajahku.
“Golongan kedua lebih ramai daripada golongan pertama.”
“Biar saya tambah lagi. Manusia sebenarnya takut pada kematian.
Kalau boleh, mereka ingin hidup lebih lama lagi di atas dunia ini,” ucap
Saripah pula.
“Bukan itu saja. Mereka seharusnya mengambil iktibar daripada
peristiwa kematian. Kerana mereka akan menempuhinya pada satu hari
nanti. Kadangkala saya merasa diri ini masih lagi serba kekurangan,”
aku sebaliknya membalas.
Sepi. Tiba-tiba mengambil tempat. Macam berada di ruang yang
sunyi. Persoalan ini betul-betul meninggalkan kesan yang mendalam
dari segi maksudnya. Kami enggan berbicara. Seperti ada kuasa yang
108
mengunci rapat mulut aku dan Saripah. Pohon-pohon yang menghijau
bagai bernyanyi-nyanyi. Sambil meliuk-liuk ke kiri dan kanan. Di kaki
langit gumpalan awan hitam semakin tebal meliputi permukaannya.
Hujan akan turun. Semenjak dari pagi tadi hingga ke petang cuaca amat
panas memijar sekali. Semua ini adalah rahmat Tuhan. Kita harus
bersyukur menerimanya.
Aku tidak mahu keadaan ini berlarutan.
“Mari kita ke sana,” ujarku sambil jari telunjuk menunjukkan ke
arah restoran yang terletak berhampiran dengan taman.
“Hari pun dah nak hujan. Terlalu banyak bercakap tekak pun dah
naik kering,” tambahku lagi.
“Baiklah!” angguknya dan tidak membantah.
Aku dan Saripah bingkas bangun daripada kerusi kayu yang
terletak di bawah pohon yang rendang. Kami bernasib baik. Setibanya di
dalam restoran hujan pun turun dengan lebat. Pelanggan tidak ramai.
Boleh dikira dengan jari dalam anggaran dua tiga orang sahaja. Aku dan
Saripah memilih tempat duduk di sudut yang paling sepi. Bebas
109
daripada sebarang gangguan. Kami sama-sama memesan minuman
yang sama daripada pelayan. Dua gelas air fresh orange.
“Apakah ertinya sebenar sebuah persahabatan?” soal Saripah. Dia
nampaknya tak putus-putus mendugaku.
“Mempertahankan kejujuran dan keikhlasan tiap waktu dan
ketika,” aku menjawab sambil menarik kerusi ke depan sedikit.
“Tapi, dalam dunia ni kawan yang mudah ketawa memang ramai.
Kawan untuk menangis bersama hanyalah seorang diri,” tambah
Saripah lagi.
“Adat manusia, Saripah,” aku membalas pendek.
“Kalau difikirkan dalam-dalam, hidup manusia ni memang aneh.”
“Itu memang tidak dapat dinafikan lagi.”
“Contohnya?”
110
“Tidak ramai orang yang akan bergembira apabila melihat Saripah
berjaya. Tetapi ramai orang yang akan gembira apabila melihat Saripah
gagal,” ujarku sambil membetulkan duduk.
Terhenti buat seketika. Pelayan muncul membawa bersama
minuman yang dipesan. Dengan penuh tertib perlahan-lahan dia
meletakkan dua gelas air fresh orange di atas permukaan meja yang
berbentuk empat segi itu. Aku mengangkat muka ke atas. Pelayan
bermuka bulat dan berdahi licin.
“Terima kasih,” ucapku.
“Sama-sama!” balasnya sambil mengukir senyuman ramah.
Tanpa menunggu arahan lagi dia pantas beredar pergi dari sisi
meja.
“Silakan!” pelawaku lagi.
“Terima kasih!”
Kami sama-sama menyedut minuman. Aku kemudiannya
mengalihkan pandangan ke arah kain yang berwarna hijau muda yang
111
melitupi permukaan meja. Sekuntum mawar merah terhias indah dalam
jambangan kecil yang berwarna putih. Kesejukan alat penghawa dingin
mengepung seluruh ruang restoran. Hawanya termampan menembusi di
celah-celah dinding yang bercat putih. Irama muzik yang sentimental
sungguh menggetarkan jiwa. Saripah mendongakkan kepala tinggi
sedikit.
“Dalam hidup ni, banyak persoalan yang perlu dijawab.” Saripah
pantas melepaskan straw yang melekat di bibirnya yang merah bak
delima itu.
“Maksud, Saripah?” soalku pula sambil membetulkan duduk.
“Ada ketikanya kita dihantui dengan pelbagai masalah.”
“Hidup tanpa masalah, bukan hidup namanya, Saripah.”
“Ganjil bunyinya.”
“Kenyataan.”
“Baiklah!” ucapnya sambil mengangguk-anggukkan kepala.
112
“Saya terima.”
“Biar saya tambah. Kalau tidak kita tidak akan matang dalam
hidup ni.”
“Oh, begitu!”
“Itu yang pertama. Yang kedua pulak?” dia menyoalku dengan
penuh minat.
“Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.”
“Tak jugak, Azman!” bantah Saripah pula.
“Kenapa Saripah kata begitu?” celahku pantas.
“Adakalanya ia amat merumitkan. Dan sukar untuk kita menemui
jalan penyelesaian.”
“Jangan sampai ke tahap tu, Saripah.”
“Azman tak mengalaminya.”
113
“Siapa kata? Saya juga manusia biasa. Tak boleh lari daripada
masalah. Bagi saya, ada jalan yang terbaik untuk mengatasinya.”
“Macam mana?”
“Bukankah Tuhan telah mengurniakan kita akal dan fikiran. Oleh
itu, gunakanlah ia dengan sebaik mungkin. Saya yakin. Walau seberat
batu pun masalah yang kita hadapi akhirnya akan menemui jalan
penyelesaian juga akhirnya,” yakinku pula.
114
BAB 10
Desiran ombak sayup-sayup kedengaran menghempas pantai. Buih-
buih yang memutih berapungan di gigian. Laut tetap membiru. Camar
putih bebas berterbangan ke sana sini dan gemanya hampir
memecahkan angkasa nan luas. Angin bertiup kencang. Pohon-pohon
cemara bagai menari-nari inang. Cuaca amat cerah sekali dan bola
matahari tetap meninggi di kaki langit. Jalur-jalur cahayanya amat jelas
kelihatan sekali.
Pelayan yang memakai suit putih dan hitam lalu menghampiri
Asri dan Zarah. Kemudian menghulurkan sekeping menu.
“Pesanan cik?” ujarnya dengan penuh mesra. Orangnya berbadan
tegap. Berambut lurus dan berkulit cerah.
Asri dan Zarah sama-sama menyelak halaman menu dari satu
muka ke satu muka. Asri lantas berkata:
“Kau nak makan apa, Zarah?” Dia lalu menggelengkan kepala.
115
“Tak! Aku cuma nak minum aje. Beri saya jus oren satu,”
pintanya.
“Saya pun serupa!” Asri bersuara. Setelah selesai mencatat
pesanan yang diminta pelayan lalu beredar dari situ sambil mengutip
semula menu.
Zarah lalu mengangkat muka.
“Aku benar-benar tak mengerti, Asri. Untuk apa pertemuan ini?”
Asri membalasnya dengan senyuman berbunga dan menjawab:
“Untuk membangkitkan nostalgia silam.”
“Tak perlu!!” bantah Zarah keras.
“Tak perlu!!” ulang Asri pula. Zarah lantas menanggukkan kepala.
“Ya!”
Asri cepat mencelah:
116
“Kenapa? Bukankah saat itu amat indah sekali.” Asri mengutip
semula kenangan silam.
“Tapi, kini semuanya telah tiada lagi. Ia telah musnah menjadi
debu-debu yang berterbangan ditiup angin dan tak akan kembali lagi!”
ujar Zarah. Dia tambah ayu bila mengenakan baju kurung yang
berwarna merah hati serta bersulamkan bola-bola manik yang kuning
keemasan. Bunyi sudu dan garpu berlaga amat jelas sekali. Pelanggan
terus mengeluarkan suara labah.
Pelayan muncul semula membawa minuman. Dengan penuh tertib
dia meletakkannya perlahan-lahan di atas meja. Asri lalu mengangkat
mukanya.
“Silakan!” pelawa Asri pula.
“Terima kasih,” jawab Zarah.
Mereka sama-sama meneguk minuman. Terasa segar sekali bila
air melepasi kerongkong umpama air terjun di pinggir kali. Di luar cuaca
amat panas terik sekali. Sudah lama hujan tidak turun. Rumput-
rumput yang menghijau kian kekeringan layu keperangan.
117
“Asri, kau harus terima hakikat bahawa kau kini telah dimiliki
oleh Rosnani!”
“Tapi, aku amat menyayangimu, Zarah,” sanggah Asri pula. Zarah
lantas terperanjat bila mendengar kata-kata yang terkeluar daripada
mulut Asri.
“Kaulah satu dalam hidupku!”
Zarah tambah teracung.
“Asri, kau sedar tak apa yang kau cakapkan, ni??”
“Ini adalah satu kenyataan!” ucap Asri bertubi-tubi kali. Sambil
terus memegang erat tangan Zarah. Seolah-olah sukar melepaskannya
pergi dari sisi.
Zarah sebaliknya diam membisu seribu bahasa. Kesejukan alat
penghawa dingin mengepung seluruh ruang restoran. Kesegaran hingga
terasa menampar permukaan kulit dengan begitu ketara sekali.
“Asri ...,” ucapnya perlahan bagai tak bermaya lagi. Kedua-dua biji
mata mereka saling berlaga.
118
“Aku tak tergamak sama sekali hendak menghancurkan hati
Rosnani.”
Asri lantas menarik nafas yang panjang. Kemudian lalu
mengalihkan pandangannya ke arah manik-manik laut yang bercahaya.
Demikianlah indahnya alam semesta ciptaan Tuhan Yang Esa. Zarah
hanya memerhatikan saja gelagatnya itu. Dan Asri kembali semula
merenung Zarah. Dia lalu bersuara:
“Aku bukannya tak sayang pada dia. Tapi ....” Dia terhenti enggan
meneruskan bicara.
“Tapi apa??” Zarah semakin berminat untuk mengetahui lebih
lanjut lagi. Sambil melekatkan straw minuman pada bibirnya yang
merah bak delima itu. Asri diam.
“Kenapa, Asri??” desaknya lagi.
Akhirnya dia terpaksa mengalah jua.
“Bahtera rumah tangga kami tidak teguh. Dan dalam erti kata lain
sering bergolak,” terang Asri. Kemudian perlahan-lahan dia tunduk ke
bawah.
119
“Puncanya?” Asri mengangkat muka lemah seolah-olah tidak
bermaya lagi.
“Kami tak ada persefahaman!” celah Asri pantas.
Zarah kembali semula menyimpulkan persoalan itu.
“Apakah tujuan yang sebenarnya kau kembali padaku?”
“Aku ingin bersama dengan kau semula!” jawab Asri ringkas.
Wajah Zarah yang ceria lantas berubah.
“Begitu mudah sekali kau mengambil keputusan itu.”
“Ya!” Asri menganggukkan kepalanya.
“Kenapa?”
“Bagaimana pula dengan Rosnani?” Zarah sama sekali tidak
menyetujui kata-kata itu.
120
“Memang rasmi lelaki, suka mengambil kesempatan ke atas
kelemahan kaum wanita,” balas Zarah pantas.
“Tapi ...,” Asri cuba mencelah.
“Kau masih lagi menafikannya??” bantah Zarah keras. Asri diam
buat seketika. Entah mengapa! Dia tidak berdaya lagi untuk
meneruskan kata-kata. Mulutnya seolah-olah terkunci rapat.
“Maafkan aku, Asri! Aku tak dapat memenuhi impian kau. Demi
menjaga hati Rosnani ....” Zarah bersuara lemah. Asri dirundung
hampa. Mukanya berkerut.
“Sampai hati kau menghancurkan harapanku, Zarah!” Asri cepat
memotong.
Zarah pantas menjawab:
“Asri, pengalaman yang silam amat pahit bak hempedu.” Zarah
mengutip semula kisah-kisah itu.
“Aku akui kesilapan. Mungkin pada waktu itu aku terlalu
memandang pada kecantikan. Bukannya pada kejujuran di hati.” Asri
meluahkan rasa kesal.
121
Zarah kini benar-benar berada antara dua persimpangan. Dia
terperangkap antara rindu dan harapan.
Zahirnya dia tidak sanggup melihat Asri hanyut di lautan kecewa.
Tapi .... Amat sukar untuk dia meneruskannya. Oh, Tuhan
sesungguhnya hidup ini penuh dengan pelbagai ujian!
“Zarah, tidakkah kau merasa simpati pada diriku??” rayu Asri
lagi. Zarah terus dicengkam kebisuan. Sebaliknya dia lalu mengalihkan
pandangan ke arah laut yang membiru. Laut ada kaitannya dengan
hidup manusia, pasang surut silih berganti. Cintanya hanya mekar
seketika. Kemudian lalu merunduk layu. Namun hatinya tetap redha
menerima suratan takdir ini. Manusia hanya mampu merancang tapi
Tuhan yang menentukan segala-galanya.
Fikiran Zarah semakin dilambung dengan persoalan itu.
Pemergian Asri dari sisi mengapungkan dirinya di lautan luka.
Kerinduan sentiasa bergelora di jiwa. Terumbang-ambing bak bahtera
yang karam dipukul gelombang. Hakikatnya dia amat menyintai Asri.
Pintu hatinya telah tertutup rapat untuk menyintai lelaki lain. Tapi, kini
... Rosnani. Dia tidak mahu dituduh sebagai perampas kebahagiaan
rumah tangga orang lain.
122
“Asri ....” Suara Zarah tenggelam dalam kesejukan alat penghawa
dingin. Dia lalu mengangkat muka dan merenung wajah Asri dengan
penuh dalam.
“Aku harap kau akan menjadi seorang suami yang
bertanggungjawab!”
“Aku faham, Zarah!” jawab Asri pula sambil menganggukkan
kepala.
“Ia memang dituntut dalam Islam ....” Dia terhenti di situ. Zarah
cepat memotong:
“Aku harap kau akan kembali semula pada Rosnani. Dan
membina hidup yang baru dengan penuh aman dan harmoni.” Zarah tak
putus-putus memberi nasihat. Asri diam. Kemudian lalu menengadah ke
siling. Dia kembali semula menyingkap kata-kata itu.
“Aku tak boleh, Zarah!” Ternyata dia enggan mengalah.
Zarah lantas terkesima.
Dan dia lalu bersuara:
“Dalam melayari bahtera penghidupan rumah tangga memang
penuh dengan halangan dan rintangan yang harus ditempuhi. Dan kau
123
sebagai nakhoda mesti cekap mengemudikannya.” Buuurrrr! Buuurrrr!
Suara ombak yang tak jemu-jemu membelit pantai yang setia. Dari jauh
kelihatan sebuah kapal sedang belayar menuju ke destinasinya iaitu ke
pelabuhan.
Hidup ini adalah suatu perjuangan. Penyair pernah berkata, bila
fajar menyingsing maka bermulah penghidupan yang baru. Segala suka
dan duka akan menjadi pengalaman dalam mendewasakan kita. Dan
kita akan terus meniti hidup ini hingga sampai ke perhentiannya.
Entah mengapa! Tubuh Asri terasa lemah-longlai tak bermaya lagi.
Dia memang inginkan sebuah rumah tangga yang aman dan damai. Tapi
yang nyata impiannya tak seindah yang diharapkannya, patah dan
terapung-apung tanpa arah haluan. Oh, Tuhan akulah manusia yang
lemah! Bisik hati kecilnya tak henti-henti.
“Kau tentu tahu bukan, pungguk sejak dulu lagi sentiasa
merindukan bulan di malam hari,” ujar Asri.
“Jadi??”
“Demikianlah setianya cintaku padamu!”
124
Mata Zarah tajam memandang wajah Asri.
“Yang nyata kau, tidak boleh hidup bahagia dengan Rosnani ...,”
Zarah bersuara perlahan.
“Nampak gayanya begitulah,” balas Asri pula. Zarah terus
merangkapnya.
“Kau dah fikir perkara ini masak-masak??”.
“Aku rasa sudah!” yakin Asri lagi.
Tapi tidak dengan Zarah, dia terus membantah persoalan itu.
“Aku rasa kau silap, Asri!”
“Kenapa pulak?” Asri masih lagi berdegil dan hatinya keras seperti
batu. Dia benar-benar tidak mengerti. Mengapa Zarah asyik
mempertahankan Rosnani bukannya dia? Dia mengais-ngais persoalan
itu di hati kecilnya.
“Perceraian harus dihindarkan!” jelas Zarah lagi.
125
“Memang!” Asri menganggukkan kepala sebagai tanda setuju.
“Tapi, kalau terpaksa kita terpaksa merelakan jua walaupun
dengan hati yang berat,” balas Asri lagi.
“Sekuat mana pun lelaki akhirnya akan mengalah juga pada
perempuan,” tegas Zarah pula. Asri lalu tunduk. Kata-kata itu, tiba-tiba
saja membelenggu jiwanya. Perlahan-lahan dia mengangkat muka dan
menggelengkan kepala.
“Aku rasa tidak! Sebenarnya aku masih lagi mencari sinar
kebahagiaan dalam hidup ini.”
“Kau boleh menemui.”
“Tapi, bagaimana caranya?”
“Dengan Rosnani,” jawab Zarah ringkas. Asri lantas mengeluh.
“Ohhh ....” Dia bosan bila mendengar nama itu. Mengapa dia asyik
dikaitkan? Bukannya kau, Zarah? Bisik hati kecilnya tak henti-henti.
Kesepian mencengkam tiba-tiba.
126
Alunan ombak setia mengulit pantai. Mengubah segala-galanya.
Demikian jugalah dengan hati manusia.
Tapi, tidak dengan diri Zarah. Dia seorang wanita yang mepunyai
pendirian yang tegas. Prinsip hidupnya ialah dia tidak mahu menjadi
manusia yang hidup seperti lalang. Hatinya keras seperti batu pejal.
Sukar untuk dilembutkan.
Sementara itu, Asri adalah seorang manusia yang telah lama
merindukan kedamaian.
Hidupnya tak ubah seperti sebuah pelabuhan sepi. Yang
merindukan kapal dan bahtera untuk berlabuh.
Alangkah bosannya hidup ini! Tanpa seorang insan yang bernama
wanita di sisi. Dialah seorang lelaki yang malang. Terdampar dan
terbiar, tak siapa yang peduli di kota kehidupan. Sampai bilakah dia
harus begini? Merindukan belaian kasih sayang dan kemesraan dari
seorang wanita. Rosnani gagal memenuhi cita-citanya.
Wajah Asri jelas disapa bungkam.
127
Asri secepat kilat mengukir senyuman yang penuh berbunga.
“Tapi ....” Zarah terhenti. Dia tak sempat menghabiskan kata-kata.
Asri bagai tak sabar-sabar lagi pantas memotong:
“Tapi, apa??” Nyata dia gagal mengawal perasaan gembira. Apakah
impiannya akan terlaksana? Perlahan-lahan Zarah mengangkat muka.
Dia merenung tajam wajah Asri yang penuh dengan pengharapan itu.
“Aku hanya akan terima kau, tak lebih daripada seorang kawan,”
jawabnya spontan. Wajahnya pantas berubah. Dari penuh keriangan
lalu bertukar menjadi lesu. Sekali lagi perasaannya dibalut hampa.
128
BAB 11
Selepas menunaikan solat Asar, aku lalu mengambil keputusan untuk
bersiar-siar di sekitar kawasan hotel penginapan. Di kiri kanan hotel
penginapan terdapat kedai yang menjual barangan antik, restoran dan
gedung membeli-belah. Seorang lelaki tua berbangsa Inggeris kelihatan
sedang duduk di atas salah sebuah bangunan yang terdapat di atas
dada aspal jalan.
Kedua-dua belah matanya juga kuperhatikan tidak berkelip-kelip
melihat kenderaan yang sibuk lalu-lalang. Dari raut wajahnya aku telah
pun dapat membaca bahawa dia sedang memikirkan sesuatu. Entah
mengapa aku begitu tertarik untuk berbual dengannya. Kebetulan pula
tiada orang yang duduk di sebelahnya. Tanpa membuang masa lagi aku
terus menghampiri dirinya.
“Selamat petang,” tegurku.
“Selamat petang,” balas orang tua yang memakai topi serta
berkaca mata bulat itu sambil mendongakkan kepala tinggi sedikit
memandang tepat wajahku. Garis-garis kedut jelas kelihatan pada
129
permukaan kulit pipinya. Manakala rambutnya pula dipenuhi dengan
uban yang lebat.
“Boleh saya duduk?” kataku lagi.
“Boleh, silakan,” dia menjawab dengan rasa senang sambil
mengangguk-anggukkan kepala.
Aku lalu perlahan-lahan melabuhkan punggung di atas kerusi
yang diperbuat daripada kayu itu.
“Saya Azman,” ucapku sambil berjabat tangan dengannya.
“Saya Michael.”
“Maafkan saya kerana mengganggu ketenangan Encik Michael.”
“Oh, tidak mengapa!” ujarnya sambil menggeleng-gelengkan
kepala.
“Encik Michael dari mana?” tanyaku lagi.
“Dari England,” dia membalas ringkas.
130
“Awak datang ke sini untuk bercuti?” dia tak henti-henti
menyoalku.
“Tidak, saya sebenarnya menghadiri pertemuan penulis-penulis
dari seluruh Malaysia.”
“Berapa lama?”
“Tiga hari.”
“Oh, begitu!” dia menjawab sambil mengangguk-anggukkan
kepala.
“Berapa usia awak?” tanyanya sambil memandang tepat wajahku.
“29 tahun.”
“Usia muda seperti sehelai daun hijau yang bertaut pada sebatang
ranting. Berbanding dengan saya yang telah tua ini. Tak ubah seperti
sehelai daun kering yang menunggu masa sahaja ditiup angin lalu gugur
menyembah bumi. Sudah ditakdirkan oleh Tuhan bahawa hidup
bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian,” tambah
Encik Michael lagi.
131
“Sebagai manusia kita tidak berdaya untuk menolak kuasa
Tuhan. Tetapi bagi saya terdapat dua golongan manusia di atas dunia
ini.”
“Maksud Encik Michael?” aku pantas mencelah kerana terlalu
berminat untuk mengetahuinya.
“Pertama golongan yang minta mati lambat tetapi mereka mati
cepat. Kedua golongan yang minta mati cepat tetapi mereka mati
lambat,” terangnya padaku.
“Menarik sungguh falsafah itu,” aku menjawab pendek sambil
menganggukkan kepala.
“Tapi bagi saya golongan pertama lebih ramai di atas dunia
berbanding dengan golongan kedua,” sambungku lagi.
“Kenapa awak berkata begitu orang muda?” dia sebaliknya
menyoalku sambil tersenyum kecil.
“Manusia lazimnya tidak pernah memikirkan tentang soal
kematian. Tetapi mereka lebih mementingkan soal keseronokan hidup di
132
atas dunia ini. Bagi mereka kematian akan datang apabila usia mereka
mencecah tua nanti.”
“Saya sememangnya bersetuju dengan kata-kata awak itu.
Manusia sememangnya takut untuk menghadapi kematian. Seperkara
lagi yang awak perlu tahu ialah manusia lebih gemar melakukan
perkara yang buruk daripada perkara yang baik.”
“Aneh?” aku sebaliknya menjawab dengan ringkas.
“Hidup manusia memang aneh orang muda. Dalam dunia ini tidak
ramai manusia yang akan berasa gembira apabila melihat awak berjaya.
Tetapi sebaliknya ramai manusia akan berasa terlalu gembira melihat
awak gagal,” ujar Encik Michael pula.
Desiran angin petang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Bola matahari
tepat di atas darjah. Kelihatan juga jalur cahayanya yang lurus
menyinari seluruh alam semesta. Pohon yang menghijau bagai menari-
nari, meliuk-liuk ke kiri kanan. Daun-daun berguguran di atas dada
aspal jalan. Udara berasa begitu segar dan nyaman sekali.
“Berapa umur Encik Michael?” soalku.
133
“70 tahun,” dia menjawab ringkas.
“Tentu Encik Michael mempunyai banyak pengalaman dalam
hidup ini,” ujarku lagi.
“Kenapa awak berkata begitu, orang muda?” katanya sambil
mengukir sedikit senyuman kecil.
“Usia Encik Michael sudah hampir mencecah setengah abad.
Sedangkan saya, masih muda lagi,” aku membalas.
“Kenapa awak berminat untuk bercakap tentang pengalaman,
orang muda?” dia menyoalku sambil membetulkan duduk.
“Bagi saya pengalaman adalah guru yang paling berguna dalam
hidup ini, Encik Michael,” ucapku pula.
“Saya bersetuju sekali dengan kata-kata awak itu, orang muda.
Tapi malangnya tak semua orang suka bercakap tentang pengalaman
dalam hidup ini.” Dia sebaliknya bersuara tenang.
“Menarik sekali!” aku menjawab sambil mengangguk-anggukkan
kepala.
134
“Pengalaman tidak dapat memberi kepuasan kepada kita dalam
hidup ini, orang muda. Sebaliknya pengalaman hanya boleh
mendewasakan kita melalui himpunan rasa suka dan duka. Itulah
sebabnya hidup kita sering diibaratkan seperti air laut,” jelas Encik
Michael padaku dengan panjang lebar.
“Ini adalah kenyataan, Encik Michael. Prinsip hidup saya ialah
sentiasa mempertahankan keikhlasan dan kejujuran.”
“Saya menghormati orang seperti awak. Kalau kita sentiasa ikhlas
dan jujur maka apa yang kita lakukan dalam hidup ini akan berada
pada landasan yang betul,” katanya pula.
“Tapi untuk meletakkan diri kita pada landasan yang betul,
bukanlah satu perkara yang mudah, Encik Michael,” tambahku
sebaliknya dengan perasaan penuh minat.
“Awak tak perlu berasa aneh, orang muda,” balasnya.
“Aneh?” aku menyoalnya dengan penuh minat.
“Ya!” dia menjawab sambil mengangguk-anggukkan kepala.
135
“Itulah sebabnya maka kita tak perlu berasa hairan apabila
mendengar ada orang yang sanggup berpura-pura dalam hidup ini,”
sambung Encik Michael lagi.
“Orang yang tiada pendirian dalam hidup adalah diibaratkan
lalang yang ditiup angin,” tambahku pula.
“Tentu awak ini seorang yang banyak membaca, orang muda.”
“Membaca adalah jambatan ilmu.”
“Awak ada menulis?”
“Ada jugak.”
“Apa yang awak tulis?”
“Puisi dan cerpen.”
“Novel?”
“Belum lagi.”
136
“Kenapa?”
“Menulis novel bukanlah satu perkara yang mudah seperti
merebus sebiji telur, Encik Michael. Ia menuntut kreativiti yang tinggi.
Yang ingin kita ketengahkan sampai kepada pembaca,” jelasku pula
dengan panjang lebar.
“Selalunya apa yang awak tulis dalam puisi dan cerpen?” dia tak
henti-henti menyoalku.
“Mengenai ketuhanan, kemanusiaan dan alam semula jadi,” aku
menjawab.
“Adakah awak berasa puas apabila menulis?”
“Ya!”
“Bagaimana pula dengan soal bayaran?”
“Saya tak fikir sampai ke situ, Encik Michael kerana saya memang
minat menulis.”
137
“Bidang yang awak pilih ini memang tepat sekali,” ujar Encik
Michael.
“Tapi, saya tetap merasakan diri ini seperti seorang bayi yang baru
belajar merangkak,” aku sebaliknya menjawab.
“Kenapa awak berkata begitu, orang muda?” tanyanya pula.
“Ilmu penulisan saya memang cetek lagi. Jadi, banyak lagi yang
perlu saya pelajari dari orang yang telah berjaya dalam penulisan.” Aku
berterus terang.
“Macam mana awak boleh terangsang untuk menulis, orang
muda?”
“Saya gemar membaca puisi dan cerpen yang tersiar di dada
akhbar. Dari situlah saya mula belajar menulis.”
“Bagaimana dengan pertemuan penulis-penulis dari seluruh
Malaysia yang awak hadiri di sini?” Encik Michael nampaknya semakin
berminat untuk melanjutkan perbualan.
138
“Seronok. Saya dapat berhubung dengan dunia luar secara lebih
dekat lagi. Sebagai penulis, saya harus bertukar-tukar fikiran dan tidak
mengasingkan diri daripada orang lain,” aku sebaliknya menjawab.
“Saya bersetuju sekali dengan teori awak itu, orang muda. Awak
tidak boleh mengasingkan diri dalam batas-batas yang tertentu,”
balasnya pula.
“Bagi saya ia mencerminkan peribadi seseorang. Sejak dari kecil
lagi saya telah diasuh oleh keluarga agar menjadi manusia yang
berakhlak mulia. Dengan mengenali Tuhan dan menghormati yang tua,
menerima perkara yang baik dan membuang perkara yang buruk,” aku
berkata dengan nada yang lancar.
“Benar kata-kata awak, orang muda. Antara Tuhan dengan
manusia memang sukar untuk dipisahkan,” ucapnya lagi.
“Tuhan maha mencipta ke atas umat manusia dan seluruh alam
fana ini.” Tanpa berlengah lagi aku pantas mencelah.
“Manusia hanya mengagungkan Tuhan sahaja, orang muda tetapi
tidak menghampirinya.”
139
Aku amat mengkagumi Encik Michael. Dia begitu arif sekali dalam
hal agama. Mungkin dengan didikan keluarganya yang sempurna.
Aku kembali menyoal persoalan yang terhenti buat sementara
waktu itu.
“Memang tidak dapat dinafikan lagi kata-kata Encik Michael itu.
Dunia ini hanya sementara waktu sahaja. Apabila kita mati, maka
tinggallah segala-galanya.”
Encik Michael lalu menarik nafas panjang dan berkata:
“Kita sebagai manusia sememangnya bersifat lemah. Biarpun kita
dikurniakan dengan akal serta fikiran. Hingga tidak tahu membezakan
yang baik dan yang buruk.”
“Itulah sebabnya mengapa Tuhan menciptakan syurga yang
penuh dengan nikmat. Manakala neraka pula yang penuh dengan azab
yang pedih,” aku menambah.
Suasana begitu dingin apabila berteduh di bawah pohon yang
rendang. Bak air terjun di pinggir kali rasanya. Bahang mentari yang
panas terik hingga boleh mencairkan otak dapat ditepis.
140
“Agama sebenarnya adalah pedoman hidup, orang muda. Tapi
yang sedihnya ada golongan sanggup mempersendakan agama,” kata
Encik Michael lagi.
“Mereka adalah golongan yang jahil, Encik Michael,” aku
sebaliknya menambah.
Encik Michael diam. Dia seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
Matanya tidak berkelip-kelip walau sedikit pun. Dia kemudiannya
memandang langit biru. Setelah agak lama kemudian, baharulah dia
menoleh semula ke arahku dan bersuara:
“Awak meminati bidang politik dan ekonomi?”
“Minat jugak!” aku mengangguk-anggukkan kepala.
“Kerana gilakan kuasa, manusia di atas muka bumi ini sanggup
berperang. Akhirnya mereka tidak dapat menikmati kemajuan,
kesannya pula terhadap alam sekitar,” balasnya pula.
“Encik Michael nampaknya lebih arif dalam bidang ini. Apakah
cita-cita ulama ahli politik?” ujarku lagi dengan penuh minat.
141
“Keadilan dan kebenaran. Yang berjuang untuk membasmi
kemiskinan tumbuh macam cendawan lepas hujan, malangnya manusia
mudah lupa pada janji. Akibatnya pembangunan tidak tercapai,”
jelasnya dengan panjang lebar.
“Kita sebenarnya sependapat, Encik Michael,” aku menjawab.
142
BAB 12
Bangunan-bangunan tinggi mencakar langit. Deru kenderaan yang
berlibur di atas jalan raya umpama semut. Dari jendela kaca kelihatan
bola matahari tepat di atas darjah. Bersama jalur-jalur cahaya yang
lurus. Kesejukan alat penghawa dingin mengepung seluruh ruang bilik
mewah itu. Langsir yang berwarna merah jambu tersergam indah.
Diserikan lagi dengan permaidani yang berwarna biru laut. Serta
perabot yang antik.
Zarah berdiri tegak di sisi jendela. Sambil melontarkan pandangan
ke arah bandaraya. Hari itu, dia tambah ayu. Bila mengenakan baju
kurung yang berwarna biji kundang masak. Bersulamkan tompok-
tompok manik yang kuning keemasan.
Dari raut wajahnya yang jelita itu nyata sekali dia sedang
mengelamun. Hingga sampai ke awangan rasanya.
Tok! Tok! Tok! Lamunannya terhenti dengan serta-merta. Seperti
rancangan yang tergendala di kaca televisyen. Dia lalu menarik nafas
yang panjang. Kemudian kedua-dua biji matanya lantas menoleh ke
arah pintu. Dia pantas bersuara lembut:
“Masuk ...!”
143
Tanpa berlengah lagi jendul pintu segera terkuak. Muncul Helmi
bersama fail yang berwarna hitam di tangannya. Kemudian perlahan-
lahan dia menutup daun pintu semula.
Serentak dengan itu dia mengatur lima tapak menghampiri Zarah
yang memerhatikan gelagatnya itu dengan penuh minat.
“Assalammualaikum,” dia memberi salam sambil mengukir
senyuman kecil.
“Waalaikumsalam.” Zarah mengamati wajahnya dengan penuh
tepat sekali. Berbadan tegap serta bermisai. Berambut lurus. Sementara
kulitnya berwarna cerah.
“Cik Zarah ini dia dokumen perjanjian antara syarikat kita dengan
Syarikat Melor,” katanya sambil meletakkannya dengan penuh tertib di
atas meja yang berbentuk empat segi itu.
“Baiklah!” Zarah cuma mengangguk.
“Oh ya, Siti mana?”
“Dia cuti hari ini, Cik Zarah.”
144
“Cuti?” dia sebaliknya membalas sambil melabuhkan punggung di
atas kerusi yang eksekutif. Sambil tangannya ligat menyemak fail itu
dan kemudiannya terus menurunkan tandatangan.
“Ya, Cik Zarah. Katanya ada hal yang penting,” terang Helmi lagi.
“Oh, begitu!” dia menjawab sambil menutup semula fail yang
berwarna hitam itu dan pantas menghulurkannya pada Helmi dan dia
menyambut dengan senang sekali.
“Ada apa-apa lagi, Cik Zarah?”
Zarah sebaliknya menggelengkan kepala.
“Tak ada! Awak boleh pergi.”
Helmi akur dengan arahan itu.
“Baiklah,” katanya sambil menundukkan kepala sebagai tanda
hormat. Secepat kilat bayangan Helmi lesap di balik pintu yang terkatup
rapat semula.
145
Zarah lalu menyandarkan tubuhnya pada kerusi sambil berpusing
sedikit ke kiri dan kanan.
Sambil mengingati semula kisah-kisah silam yang pernah
dilaluinya. Penuh dengan pahit dan getir. Namun dia terpaksa menelan
jua biarpun hakikatnya amat pahit sekali bak hempedu. Walaupun yang
ingin dikecapinya ialah manisan madu. Demi suatu perjuangan dalam
hidup ini. Dia tetap kuat dan tabah menghadapinya.
“Sudahlah, tu! Orang perempuan kalau setinggi mana
pelajarannya pun, akhirnya ke ceruk dapur jugak!” ujar Pak Leman. Air
kopi yang masih panas berasap itu dihirupnya perlahan-lahan.
Kemudian kembali semula meletakkan cawan itu ke bawah. Ubi rebus
yang masih panas itu juga segera disentalnya melepasi kerongkong.
“Tak baik abang cakap macam tu. Bukankah Zarah tu, anak kita
jugak?” balas Mak Ton pula.
Pak Leman naik muak mendengar penjelasan daripada Mak Ton.
“Masa depan konon. Sudahlah! Membazirkan duit aku aje!”
“Membazir abang kata?” Mak Ton naik hairan.
146
“Dia tu, tak macam anak-anak kita yang lain. Bukannya pandai
sangat. Tak akan lulus periksa.”
“Tak baik abang merendah-rendahkan anak sendiri,” Mak Ton
tetap membantah.
“Ini adalah kenyataan. Dia layak duduk di rumah aje.
Menguruskan hal-hal rumah tangga seperti memasak, mengemas dan
menjahit.”
“Jadi, abang nak kahwinkan dia.”
“Ya!” Pak Leman mengangguk sambil menyucuhkan api pada
rokok daun. Kemudian lalu dihembusnya asap keluar. Berkepul-kepul
memutih memenuhi ruang. Di luar angin bertiup kencang. Pohon-pohon
nyiur yang tinggi mengangguk-angguk. Seperti turut merestukan kata-
kata Pak Leman.
“Dengan siapa?”
“Halim.”
“Yang kerjanya memanjat pokok kelapa, tu?” Mak Ton terperanjat.
147
“Kalau Zarah tak setuju nanti macam mana?” soal Mak Ton lagi.
Wajah Pak Leman pantas berubah.
“Setuju tak setuju lain kira. Pokoknya dia mesti kahwin jugak
dengan budak Halim, tu!” Pak Leman meninggikan suara. Mak Ton
diam. Dia masak benar dengan perangai Pak Leman. Dari dahulu
sampai sekarang tak berubah-ubah. Cakapnya tak boleh dibantah. Baik
hitam mahupun putih. Macam dia seorang aje yang betul dalam dunia
ni.
Dia terkenal di kalangan orang-orang kampung sebagai seorang
yang kuat memegang fahaman kuno.
Benar sekali, Zarah menolak cadangan ayahnya itu mentah-
mentah. Ini memuncakkan lagi api kemarahan Pak Leman.
“Apa? Kau tak setuju?” Kedua-dua biji matanya terjojol keluar.
Keningnya yang memutih itu juga turut terangkat.
“Ya, ayah ....”
Mak Ton secepat kilat lalu menyampuk:
“Sudahlah tu, bang. Dia tak mahu. Jangan dipaksa.”
148
Pak Leman memandang Mak Ton tak ubah seperti seekor singa
lapar yang mahu menerkam mangsanya. Dan berkata:
“Awak diam! Awak dengan dia sama saja. Selalu membantah
cakap saya!” Suara Pak Leman hampir memecahkan ruang anjung
rumah.
“Zarah, kau dengar sini baik-baik. Kalau kau nak tinggal dalam
rumah ni, lebih baik kau kahwin dengan Halim. Tapi kalau kau
melawan jugak cakap aku, kau boleh keluar. Faham!” tengking Pak
Leman lagi.
“Sedarlah diri kau tu, sikit. Kau tu, seorang perempuan. Yang
hanya layak duduk di ceruk dapur. Dan bukannya di bilik yang berhawa
dingin!” Pak Leman seolah-olah melepaskan protes yang telah lama
bersarang di jiwanya. Zarah lalu menangis teresak-esak.
Akhirnya dia mengambil keputusan yang nekad dengan melarikan
diri daripada rumah. Akibatnya heboh satu kampung akan berita itu.
“Huh, memang dasar anak yang tidak tahu diuntung!” Pak Leman
melepaskan perasaan geram yang tak terhingga. Sambil menggertap
rapat giginya.
149
“Itulah awak. Terlalu manjakan dia sangat!”
“Bang, pergilah cari dia. Saya bimbang. Hanya dialah satu-
satunya anak perempuan kita ...,” ujar Mak Ton sambil menangis
teresak-esak menahan tangisan.
“Ah, biarkan dia. Degil. Tak mahu dengar cakap orang tua. Saya
yakin, satu hari nanti dia pasti balik dengan rasa penuh menyesal!”
Setibanya di kota, Zarah mendapat pekerjaan di salah sebuah
kilang membuat alat-alat elektronik. Bersama dengan kawan-kawan
sekerja dia menyewa rumah di Kampung Pandan. Masyarakat sekeliling
selalu memandang serong pada mereka. Moral mereka dianggap rendah
kerana adakalanya terpaksa pulang jauh malam. Dia tidak lupa untuk
mengirim surat dan wang pada ayah dan ibunya di kampung setiap
bulan. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
“Pulangkan duit hasil titik peluh dia, tu. Satu sen pun saya tak
nak. Sebab saya tak ada anak yang bernama Zarah!”
“Kenapa abang benci sangat pada Zarah?”
150