The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sample pages of Focus TG4 KSSM (BM) Terbitan Penerbitan Pelangi Sdn Bhd

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hueychyau, 2020-04-16 01:20:10

Focus TG4 KSSM (BM) Terbitan Penerbitan Pelangi Sdn Bhd

Sample pages of Focus TG4 KSSM (BM) Terbitan Penerbitan Pelangi Sdn Bhd

KANDUNGAN

1Bab • Karangan Laporan 52
Karangan 1 – Karangan Cemerlang 53
– Sudut Uji Diri 55
Peta Konsep 1 • Karangan Syarahan/ Ceramah/ Ucapan/
2 Taklimat 55
Bahagian A Karangan Berdasarkan – Karangan Cemerlang 57
Bahan Rangsangan – Sudut Uji Diri 58
• Karangan Berita/ Rencana Akhbar 59
Ke Arah Kecemerlangan 2 – Karangan Cemerlang 59
• Zon SPM 4 – Sudut Uji Diri 61
• Tip Pemeriksa untuk Skor A 5 • Karangan Fakta 62
• Karangan Cemerlang 8 – Karangan Cemerlang 62
1 Karangan Berdasarkan Gambar 8 – Sudut Uji Diri 63
2 Karangan Berdasarkan Gambar Rajah 9 • Karangan Pendapat/ Perbincangan 64
3 Karangan Berdasarkan Ilustrasi Kartun 11 – Karangan Cemerlang 64
4 Karangan Berdasarkan Pelan 12 – Sudut Uji Diri 65
5 Karangan Berdasarkan Iklan 13 • Karangan Ulasan 66
6 Karangan Berdasarkan Petikan 14 – Karangan Cemerlang 66
7 Karangan Berdasarkan Catatan 15 – Sudut Uji Diri 68
• Karangan Gambaran/ Keperihalan 68
Sudut Uji Diri : Gambar/ Gambar Foto 16 – Karangan Cemerlang 69
Sudut Uji Diri : Gambar Rajah/ Jadual 18 – Sudut Uji Diri 70
Sudut Uji Diri : Ilustrasi Kartun 19 • Karangan Cereka/ Cerpen 71
Sudut Uji Diri : Pelan/ Peta 21 – Karangan Cemerlang 71
Sudut Uji Diri : Iklan 22 – Sudut Uji Diri 73
Sudut Uji Diri : Petikan 24 • Karangan Peribahasa/ Cogan Kata 74
Sudut Uji Diri : Catatan 25 – Karangan Cemerlang 74
– Sudut Uji Diri 75
Latihan FOKUS 27

Bahagian B Karangan Umum 30 Latihan FOKUS 76
Ke Arah Kecemerlangan 30
• Zon SPM 35 2Bab Rumusan dan Pemahaman 78
• Karangan Surat Kiriman Rasmi 37 Petikan Umum
– Karangan Cemerlang 39 78
– Sudut Uji Diri 41 Peta Konsep 79
• Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi 41 Ke Arah Kecemerlangan 79
– Karangan Cemerlang 43 • Rumusan 82
– Sudut Uji Diri 44 • Pemahaman Petikan Umum 84
• Karangan Dialog/ Wawancara 45 • Zon SPM 85
– Karangan Cemerlang 46 • Tip Pemeriksa untuk Skor A 88
– Sudut Uji Diri 47 • Sudut Uji Diri
• Karangan Perbahasan 48
– Karangan Cemerlang 50
– Sudut Uji Diri 51

v

3Bab Pemahaman Antologi • Membetulkan Ejaan dan Imbuhan 194
KOMSAS 109 – Zon SPM 201
– Tip Pemeriksa untuk Skor A 202
Peta Konsep 109 – Sudut Uji Diri 203
Ke Arah Kecemerlangan 110
• Membetulkan Penggunaan Kata atau 205
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul 113 Istilah dan Kesalahan Tatabahasa 206
– Tingkatan 4 113 – Zon SPM 206
• Analisis Cerpen 123 – Tip Pemeriksa untuk Skor A 207
• Analisis Drama 127 – Sudut Uji Diri
• Analisis Prosa Tradisional 131 209
• Analisis Puisi Tradisional 135 • Peribahasa 211
• Analisis Puisi Moden – Zon SPM 212
142 – Tip Pemeriksa untuk Skor A 212
Antologi Sejadah Rindu – Tingkatan 5 142 – Sudut Uji Diri
• Analisis Cerpen 154 214
• Analisis Drama 160 Latihan FOKUS
• Analisis Prosa Tradisional 165
• Analisis Puisi Tradisional 170 5Bab Novel 219
• Analisis Puisi Moden

4Bab Pengetahuan dan Kemahiran Peta Konsep 219
Bahasa 178 Ke Arah Kecemerlangan 220

Peta Konsep 178 Analisis Novel Tingkatan 4 222
Ke Arah Kecemerlangan 179 • Jendela Menghadap Jalan 223
• Leftenan Adnan Wira Bangsa 236
• Morfologi 179 • Di Sebalik Dinara 250
– Membina Ayat 179 • Pantai Kasih 260
– Zon SPM 185 • Sudut Uji Diri 270
– Tip Pemeriksa untuk Skor A 185
– Sudut Uji Diri 186 Analisis Novel Tingkatan 5 272
• Songket Berbenang Emas 273
• Sintaksis 188 • Tirani 287
– Menukarkan Ayat dan Menentukan • Bimasakti Menari 300
Pola Ayat 188 • Silir Daksina 316
– Zon SPM 189 • Sudut Uji Diri 331
– Tip Pemeriksa untuk Skor A 189
– Sudut Uji Diri 190 Penilaian Akhir Tahun 333
191 Jawapan 340
• Menyambung dan Memisahkan Ayat 192
– Tip Pemeriksa untuk Skor A 194
– Sudut Uji Diri

vi

Bab

1 Karangan

Fikirkan...

 Bagaimanakah cara-cara menganalisis bahan rangsangan agar tidak terpesong daripada tajuk atau kehendak soalan?
 Bagaimanakah cara-cara menyusun isi dan menggunakan penanda wacana untuk menghasilkan karangan yang baik?
 Bagaimanakah teknik menulis karangan berformat dan tidak berformat dengan cara yang betul?
 Apakah laras bahasa yang sesuai bagi penulisan setiap jenis karangan?
 Bagaimanakah cara-cara menulis pendahuluan, mengembangkan isi-isi, dan penutup dengan betul bagi setiap jenis karangan?

PETA KONSEP

Kertas 1103/1 Kertas 1103/1
Bahagian A Bahagian B

1

Bab 1 B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 1 Karangan

Bahagian A Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

Ke Arah Kecemerlangan

A Pengenalan
1. Karangan berdasarkan bahan rangsangan merupakan aspek terkini yang dikemukakan dalam Kertas 1

atau Kertas 1103/1 SPM mulai tahun 2004.
2. Karangan yang akan ditanyakan dalam kertas ini terdiri daripada satu soalan dan wajib dijawab.
3. Sebanyak 30 markah diperuntukkan bagi soalan bahagian ini manakala masa yang dicadangkan ialah

45 minit.
4. Panjang karangan anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

B Bentuk Soalan
1. Bahan rangsangan yang dikemukakan bagi Bahagian A boleh terdiri daripada:

(a) gambar
(b) gambar foto
(c) gambar rajah
(d) ilustrasi kartun
(e) iklan / poster
(f ) petikan
(g) catatan
2. Bahan rangsangan ini digunakan untuk membantu anda menghasilkan karangan mengikut tema atau
isu tertentu. Hal ini adalah sesuai dengan kehendak Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM serta
Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
3. Penulisan karangan berpandukan bahan rangsangan tersebut adalah untuk:
(a) menguji pemahaman dan pengetahuan anda terhadap bahan rangsangan;
(b) menguji kemahiran anda membuat tafsiran dan analisis daripada bahan rangsangan serta tajuk

yang diberikan;
(c) menguji pengetahuan anda tentang isu semasa;
(d) menguji peluasan idea yang berkaitan tanpa bergantung pada bahan rangsangan sahaja.
4. Anda dikehendaki menghuraikan pendapat berpandukan bahan rangsangan tersebut dan tajuk yang
diberikan.
5. Panjang karangan yang perlu anda tulis adalah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

C Aspek-aspek yang Dinilai
1. Ketepatan tajuk
Karangan hendaklah bertepatan dengan tajuk atau kehendak soalan.
2. Isi atau idea
Sekurang-kurangnya tiga isi utama dikemukakan berserta huraian. Kematangan fikiran penting dalam

membuat huraian idea supaya dapat meyakinkan pembaca.

2

BBahahasaasaMMalealyaysiua  SPM   Bab 1 Karangan  Bab 1

3. Bahasa
(a) Struktur ayat yang betul serta mudah difahami.
(b) Tiada kesalahan tatabahasa yang ketara.
(c) Kosa kata yang luas dan tepat penggunaannya.
(d) Penanda wacana yang betul dan tepat.

4. Pengolahan
(a) Pengolahan isi hendaklah menarik dan dapat dikaitkan antara satu isi dengan isi yang lain.
(b) Laras bahasa hendaklah tepat dan bersesuaian dengan jenis karangan.
(c) Pemerengganan wacana hendaklah tepat dan bersesuaian.

D Strategi Menulis Karangan
1. Karangan yang anda tulis sebaik-baiknya haruslah memenuhi kriteria yang berikut:

(a) menepati kehendak soalan;
(b) mengandungi cukup idea utama dan idea sokongan;
(c) mempunyai susunan isi yang baik, iaitu isi yang penting didahulukan dan kemudian diikuti isi

yang kurang penting;
(d) menggunakan bahasa baku;
(e) menggunakan laras bahasa yang sesuai;
(f) menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul.
2. Sebelum mula menulis karangan, baca dan telitilah arahan soalan. Patuhi kata kunci yang digunakan,
contohnya Huraikan pendapat anda.
3. Anda perlu meneliti bahan rangsangan yang dikemukakan sebelum memberikan pendapat tentang
bahan rangsangan tersebut.
4. Kaitkan karangan anda dengan tajuk dan bahan rangsangan yang diberikan. Cara ini akan membolehkan
anda memahami kehendak dan skop soalan.
5. Buat perancangan, iaitu fikirkan pendapat yang hendak anda kemukakan dan kemudian catat isi atau
pendapat tersebut sehingga menjadi tiga isi penting.
6. Langkah selanjutnya, anda perlu merangka karangan dari aspek punca, masalah, kesan, atau akibat,
serta langkah atau usaha mengatasi. Walau bagaimanapun, aspek ini bergantung pada isu dan bahan
rangsangan yang dikemukakan.
7. Kemudian, binalah rangka karangan. Rangka karangan anda seharusnya mengandungi:
(a) Pendahuluan – Tulis ayat yang berkaitan dengan kata kunci dengan tajuk dan maksud dalam

bahan rangsangan.
(b) Isi-isi penting – Mengandungi maklumat dalam bahan rangsangan dan diperluas dengan

pengetahuan anda.
(c) Penutup – Merupakan pandangan, cadangan, saranan, dan sebagainya untuk menyimpulkan idea

yang anda kemukakan.
8. Anda boleh juga menjadikan tajuk bahan rangsangan yang dikemukakan itu sebagai panduan untuk

mengemukakan pendapat.
9. Setelah yakin akan rangka karangan itu, mulakanlah penulisan karangan anda.
10. Gunakan bahasa yang ringkas, tepat, dan padat supaya penulisan anda jelas dan memenuhi had

bilangan perkataan yang ditetapkan.

3

Bab 1 B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 1 Karangan

11. Hubungan antara satu idea dengan idea yang lain perlulah dijalin dengan baik dengan menggunakan
penanda wacana.

12. Untuk memastikan karangan anda tidak terlalu pendek atau panjang, yang berikut merupakan
cadangan jumlah perkataan dalam sesuatu perenggan.

Aspek Jumlah perkataan
Pendahuluan 20 hingga 25 patah perkataan

Isi-isi penting 150 hingga 205 patah perkataan
Penutup 20 hingga 25 patah perkataan

13. Semak karangan anda secara keseluruhan setelah karangan anda siap ditulis. Pastikan ejaan dan tanda
baca yang digunakan adalah betul. Pastikan juga bahawa struktur semua ayat tidak salah.

E Aspek Pemarkahan
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, markah keseluruhan yang diperuntukkan untuk Bahagian A ialah
30. Maklumat lanjut tentang skema pemarkahan adalah seperti berikut:

Tahap Markah Kriteria
Baik 21 hingga 30
• Pendapat yang dikemukakan adalah bernas dan diperluas.
Sederhana 11 hingga 20 • Penggunaan bahasa adalah baik, iaitu tiada kesalahan ayat

Lemah 01 hingga 10 yang banyak.

• Pendapat yang dikemukakan masih bernas tetapi kurang
diperluas atau kurang sesuai.

• Terdapat beberapa kesalahan ayat.

• Pendapat yang dikemukakan kurang sesuai dan cetek.
• Banyak mengandungi kesalahan ayat.

Zon SPM

Tahun Bahan Tajuk Ulasan Soalan
2019 Rangsangan
Kebaikan-kebaikan • Dalam soalan ini, tiga keping gambar yang
2018 Gambar pusat sumber menunjukkan kemudahan di pusat sumber sekolah
sekolah diberikan.
2017 Gambar
• Calon dihendaki menghuraikan pendapat tentang
Gambar kebaikan-kebaikan pusat sumber sekolah.

Langkah-langkah • Dalam soalan ini, enam keping gambar pengangkutan
untuk menggalakkan awam diberikan.
orang ramai supaya
menggunakan • Calon dikehendaki menghuraikan pendapat tentang
pengangkutan awam langkah-langkah untuk menggalakkan orang ramai
supaya menggunakan pengangkutan awam.

Peranan Unit • Dalam soalan ini, tiga keping gambar yang menunjukkan
Bimbingan dan Unit Bimbingan dan Kaunseling diberikan.
Kaunseling di
Sekolah • Calon dikehendaki menghuraikan pendapat tentang
peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

4

BBahahasaasaMMalealyaysiua  SPM   Bab 1 Karangan 

2016 Gambar Ciri-ciri sekolah • Dalam soalan ini, tiga keping gambar yang Bab 1
2015 Gambar selamat menunjukkan persekitaran sekolah diberikan.

• Calon dikehendaki menghuraikan pendapat tentang
ciri-ciri sekolah selamat.

Tujuan mengadakan • Dalam soalan ini, tiga keping gambar yang
sambutan Hari Guru menunjukkan sambutan Hari Guru diberikan.
di peringkat sekolah
• Calon dihendaki menghuraikan pendapat tentang
tujuan sambutan Hari Guru di peringkat sekolah
diadakan.

ATip Pemeriksa untuk Skor

Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada aktiviti yang sering dilakukan dalam kalangan
masyarakat Malaysia.
Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah mewujudkan hubungan baik pelbagai kaum
di Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

HUBUNGAN BAIK PELBAGAI KAUM

Rukun Tetangga
Bergotong-royong


Meraikan Perayaan
Hari Keluarga 5

B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 1 Karangan

Bab 1

Bertegur sapa
Menziarahi pesakit

Contoh Jawapan Murid

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai rakyat yang terdiri daripada
berbagai  kaum. Pada zaman dahulu, penempatan penduduk antara kaum terpisah antara satu
sama lain mengikut pekerjaan yang mereka lakukan.  Misalnya masyarakat Melayu tinggal di
kampung-kampung sebagai petani, masyarakat India tinggal di ladang-ladang getah, manakala
kaum Cina menetap di kawasan bandar dan lombong bijih timah.  Situasi tersebut walau
bagaimanapun kian berubah apabila semakin banyak kawasan perumahan baru dibuka. 
Cara hidup penduduk masa kini banyak dipengaruhi oleh bidang pekerjaan masing-
masing. Bagi pekerja pejabat contohnya, mereka akan keluar pada awal pagi dan pulang ke
rumah pada lewat petang. Setengah  daripada mereka mengambil sikap tidak mengambil tahu
tentang perihal jiran sekeliling meskipun tinggal berdekatan. Oleh itu, beberapa langkah perlu
diambil agar dapat menimbulkan kemesraan dan hubungan baik di kalangan masyarakat 
Antara aktiviti yang dapat dilakukan seperti membersihkan kawasan tempat tinggal,
terutamanya di kawasan awam yang menjadi milik masyarakat bersama seperti balai raya dan
taman permainan secara bergotong-royong.
Selain itu, penduduk setempat boleh mengadakan Hari Keluarga dengan menjadikan
sukaneka sebagai acara utama. Penduduk harus menghadirkan diri sama ada sebagai peserta
ataupun sebagai penonton. Dengan cara ini, kemesraan antara mereka dapat dijalin. Aktiviti ini
perlu dirancang supaya semua penduduk dapat hadir, misalnya dengan mengadakan aktiviti pada
masa cuti umum apabila semua orang tidak bekerja. 
Untuk menjaga kawasan tempat kediaman pula, mereka boleh melakukannya secara
bergilir-gilir menjaga pada waktu malam dengan mengambil bahagian dalam Rukun Tetangga.
Dengan cara ini, kawasan kediaman mereka terhindar daripada kes pecah rumah atau kecurian
yang lazimnya melakukan  pada waktu tersebut.
Hubungan baik antara kaum juga dapat dijalin melalui amalan kunjung-mengunjungi
pada hari perayaan. Konsep rumah terbuka yang kerap diadakan pada musim perayaan oleh
penduduk yang menyambut perayaan tersebut membolehkan tetamu yang berlainan bangsa dan
agama turut meraikan perayaan itu bersama-sama.
Sikap penyayang dan mengambil berat tentang masalah masyarakat setempat perlu
diterapkan, misalnya menziarahi jiran yang sakit. Budaya bertegur sapa dengan jiran harus
dijadikan amalan setiap hari bagi merapatkan hubungan.

6

BBahahasaasaMMalealyaysiua  SPM   Bab 1 Karangan  Bab 1
Sebagai rakyat sebuah negara yang berbilang kaum, kita perlu melahirkan masyarakat
yang saling berkompromi. Oleh itu, peranan ibu bapa, kerajaan, dan pihak swasta penting dalam
mewujudkan sebuah negara yang sejahtera dan makmur.

Komen pemeriksa tentang kelemahan jawapan
 Kelemahan dari segi persembahan, iaitu ayat pertama sepatutnya ditulis ke dalam sedikit bagi

menunjukkan perenggan dan kesalahan dari segi bahasa, iaitu berbagai yang sepatutnya ditulis
pelbagai/berbagai-bagai.
 Kesalahan dari segi bahasa, iaitu ayat pasif kata ganti diri ketiga sepatutnya disertai dengan kata
bantu oleh dan imbuhan di…kan. Ayat tersebut sepatutnya ditulis … mengikut pekerjaan yang
dilakukan oleh mereka.
 Kelemahan dari segi persembahan, iaitu pendahuluan terlalu panjang dan tidak menjurus kepada
tajuk.
 Kelemahan dari segi persembahan, iaitu ayat tersebut masih berkisar tentang pendahuluan.
 Kesalahan dari segi bahasa, iaitu kata bilangan Setengah merupakan kata bilangan pecahan yang
menunjukkan benda yang terpecah-pecah. Kata bilangan yang betul ialah Sesetengah, iaitu kata
bilangan tidak tentu yang menunjukkan manusia atau benda yang banyak tetapi tidak tentu
bilangannya.
 Kesalahan dari segi tanda baca, iaitu tiada tanda noktah atau tanda titik di akhir ayat.
 Kelemahan dari segi persembahan, iaitu penggunaan frasa yang tidak perlu dan membazir. Ayat
itu sebaik-baiknya berakhir dengan frasa … pada masa cuti umum.
 Kesalahan dari segi bahasa, iaitu imbuhan. Perkataan yang tepat adalah berlaku, bukannya
melakukan.

Contoh Jawapan Pemeriksa

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai rakyat yang terdiri daripada
pelbagai kaum. Walau bagaimanapun, sesetengah daripada mereka mengambil sikap tidak
mengambil tahu tentang perihal jiran sekeliling meskipun tinggal berdekatan. Oleh itu, beberapa
langkah perlu diambil agar dapat menimbulkan kemesraan dan hubungan baik dalam kalangan
masyarakat.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan seperti membersihkan kawasan tempat tinggal,
terutamanya di kawasan awam yang menjadi milik masyarakat bersama seperti balai raya dan
taman permainan secara gotong-royong.

Selain itu, penduduk setempat boleh mengadakan Hari Keluarga dengan menjadikan
sukaneka sebagai acara utama. Penduduk harus menghadirkan diri sama ada sebagai peserta
ataupun sebagai penonton. Dengan cara ini, kemesraan antara mereka dapat dijalin. Aktiviti ini
perlu dirancang supaya semua penduduk dapat hadir, misalnya dengan mengadakan aktiviti pada
masa cuti umum.

Untuk menjaga kawasan tempat kediaman pula, mereka boleh melakukannya secara bergilir-
gilir pada waktu malam dengan mengambil bahagian dalam Rukun Tetangga. Dengan cara ini,
kawasan kediaman mereka terhindar daripada kes pecah rumah atau kecurian yang lazimnya
berlaku pada waktu tersebut.

7

Bab 1 B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 1 Karangan

Hubungan baik antara kaum juga dapat dijalin melalui amalan kunjung-mengunjungi pada
hari perayaan. Konsep rumah terbuka yang kerap diadakan pada musim perayaan oleh penduduk
yang menyambut perayaan tersebut membolehkan tetamu yang berlainan bangsa dan agama turut
meraikan perayaan itu bersama-sama.

Sikap penyayang dan mengambil berat tentang masalah masyarakat setempat perlu diterapkan,
misalnya menziarahi jiran yang sakit. Budaya bertegur sapa dengan jiran harus dijadikan amalan
setiap hari bagi merapatkan hubungan.

Sebagai rakyat sebuah negara yang berbilang kaum, kita perlu melahirkan masyarakat yang
saling berkompromi. Oleh itu, peranan ibu bapa, kerajaan, dan pihak swasta penting dalam
mewujudkan sebuah negara yang sejahtera dan makmur.

Karangan Cemerlang

1 Karangan Berdasarkan Gambar

Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada kehidupan seharian seorang remaja.
Huraikan pendapat anda tentang punca-punca gejala melepak dalam kalangan remaja. Panjangnya
huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

PUNCA-PUNCA REMAJA MELEPAK

Ibu bapa sibuk bekerja     Masalah keluarga

Rumah/ persekitaran yang tidak selesa     Pengaruh rakan sebaya
8

BBahahasaasaMMalealyaysiua  SPM   Bab 1 Karangan  Bab 1

Melepak bermaksud menghabiskan masa dengan percuma atau berbual-bual kosong dalam jangka
masa yang panjang tanpa mendatangkan apa-apa faedah. Banyak remaja terlibat dalam aktiviti ini.

Antara punca masalah ini berlaku ialah ibu bapa yang bekerja tidak banyak mempunyai masa
bersama-sama anak-anak di rumah. Oleh itu, anak-anak bebas melakukan apa-apa aktiviti yang
disukai oleh mereka tanpa kawalan daripada ibu bapa. Ibu bapa hanya memberikan wang dan
menaruh kepercayaan sepenuhnya terhadap anak-anak.

Selain itu, masalah keluarga turut menjadi punca. Kepincangan dalam institusi kekeluargaan
seperti ibu bapa tidak mempunyai persefahaman, berlaku perceraian, perkahwinan kali kedua bagi
ayah atau ibu, masalah kewangan, dan sebagainya menyebabkan anak-anak keluar dari rumah
untuk mengelakkan diri daripada ketegangan.

Rumah atau persekitaran yang tidak selesa juga menyebabkan remaja suka melepak. Rumah
yang sempit dengan jumlah adik-beradik yang banyak menyebabkan remaja suka menghabiskan
masa di luar rumah. Kadangkala persekitaran di rumah bising dan kotor. Remaja berasa tidak
selesa lalu kerap keluar dari rumah dan melepak di mana-mana.

Ada juga yang melepak kerana terpengaruh oleh rakan sebaya, terutama oleh rakan-rakan
yang mempunyai gaya hidup yang bebas dan enggan memikul apa-apa tanggungjawab. Mereka
melupakan masalah dengan melepak dan mengadakan pertemuan di pusat beli-belah, pusat
hiburan, dan di tepi-tepi tembok.

Aktiviti melepak yang bukan merupakan masalah baharu perlulah ditangani secara berterusan
dan berkesan. Ibu bapa mestilah memikul tanggungjawab ini supaya anak-anak tidak terlibat
dalam gejala yang lebih buruk.

2 Karangan Berdasarkan Gambar Rajah

Rajah di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada faktor yang mempengaruhi kehidupan remaja.
Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kehidupan remaja. Panjangnya
huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEHIDUPAN REMAJA i-THINK Peta Buih

Sekolah Keluarga

REMAJA

Masyarakat Agama

9

Bab 1 B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 1 Karangan

Remaja merupakan golongan yang berumur antara 12 hingga 18 tahun. Biasanya remaja belum
berumah tangga. Mereka yang telah mendirikan rumah tangga dikatakan telah meninggalkan
alam remaja mereka. Mereka yang masih dalam usia remaja menempuh kehidupan yang sangat
mencabar kerana mereka belum matang dan masih dalam peringkat pencarian identiti. Hidup
remaja masih belum mantap. Mereka mudah terpengaruh oleh unsur-unsur persekitaran
dalam proses pembentukan diri mereka.

Keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi remaja. Ibu bapa
merupakan contoh terdekat yang menjadi panduan hidup remaja sama ada secara langsung
atau tidak langsung. Peribahasa bapa borek anak rintik dan bagaimana acuan begitulah kuihnya
menunjukkan betapa besarnya pengaruh ibu bapa kepada anak-anak.

Masyarakat turut memainkan peranan dalam mempengaruhi sikap remaja. Jika masyarakat
mengambil berat tentang perihal remaja, golongan ini tidak akan melakukan sesuatu perkara
sewenang-wenangnya. Namun begitu, jika masyarakat sudah tidak mengambil kisah, maka
remaja bebas berbuat apa-apa sahaja yang disukai oleh mereka. Perkara inilah yang terjadi
kepada masyarakat di negara Barat.

Sekolah juga besar pengaruhnya kepada remaja. Hal ini demikian kerana, remaja lebih
banyak menghabiskan masa di sekolah untuk menyertai kegiatan kurikulum mahupun
kokurikulum. Bagi murid yang tinggal di asrama pula, suasana di sekolah menjadi rutin mereka.
Sekolah merupakan tempat indoktrinasi untuk menerapkan aspirasi negara kepada bakal
pewaris negara. Oleh itu, beberapa mata pelajaran tertentu diwajibkan kepada setiap murid.
Sekolah mengamalkan disiplin yang ketat seperti larangan merokok, mematuhi masa, dan
membentuk akhlak mulia. Di samping itu, peranan kaunselor sekolah perlu dipertingkatkan
bagi mengatasi masalah murid.

Kini, kehidupan beragama semakin longgar terutamanya dalam kalangan remaja. Semakin
banyak remaja yang mengabaikan tuntutan agama masing-masing. Remaja yang pegangan
agamanya kurang teguh cenderung untuk terpengaruh oleh gejala negatif. Oleh itu, semua
pihak harus memastikan remaja berada di landasan yang betul untuk memikul tugas sebagai
pewaris negara.

Dalam usaha menangani pelbagai gejala sosial yang melibatkan remaja, kerjasama
daripada semua pihak amat diperlukan. Langkah segera perlu diambil sekiranya kita mahu
melihat pemimpin negara pada masa depan merupakan tokoh yang berwibawa dan berdisiplin.

Fokus

Remaja merujuk golongan manusia yang berumur antara 12 hingga 21 tahun atau 13 hingga 25 tahun. Perkataan “remaja”
berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud menuju ke arah kematangan. Golongan ini sentiasa mempunyai perasaan
ingin mencuba untuk menjadi dewasa. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk suatu peringkat perkembangan
manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dengan peringkat dewasa. Semasa seseorang itu mengalami
zaman remaja, dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan
bahasa. Kesannya, remaja memiliki emosi yang tidak stabil dan sentiasa “bermasalah”.

10

BBahahasaasaMMalealyaysiua  SPM   Bab 1 Karangan  Bab 1

3 Karangan Berdasarkan Ilustrasi Kartun

Lihat ilustrasi kartun di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang masalah-masalah daripada kedatangan pekerja asing di Malaysia.
Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

PEKERJA ASING DI MALAYSIA

Semakin banyak kes jenayah yang dilakukan oleh
mereka kini. Mereka turut membawa wang kita ke
negara mereka. Bayangkan apabila jumlah mereka
meningkat lagi.

Lebih 1.2 juta pekerja asing di negara
kita sekarang. Mereka banyak mendirikan
setinggan.

Sejarah kedatangan pekerja asing di Malaysia bermula sejak zaman penjajahan British apabila
mereka membuka lombong bijih timah dan ladang getah. Mereka terus berada di negara ini
hinggalah kemerdekaan dicapai. Mereka seterusnya diiktiraf sebagai warganegara. Pembangunan
yang pesat di negara ini telah membuka peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor. Bidang
perindustrian dan perkilangan merupakan sektor yang memerlukan jumlah pekerja yang banyak.
Kesukaran untuk mendapatkan pekerja tempatan menyebabkan para majikan beralih kepada
pekerja asing. Pada masa ini, jumlah pekerja asing yang mendaftar secara sah di Malaysia melebihi
dua juta orang. Jumlah ini dijangka akan meningkat kepada lima juta orang pada masa depan.
Bilangan pekerja asing yang ramai ini telah menimbulkan pelbagai masalah sampingan.
Masalah pertama ialah penyediaan tempat tinggal. Sesetengah majikan memperuntukkan tempat
tinggal kepada pekerja mereka manakala sesetengahnya pula tidak berbuat demikian. Situasi ini
menambahkan masalah setinggan kerana kebanyakan daripada mereka tinggal di pinggir bandar
dan berhampiran dengan tempat kerja. Ada pekerja asing yang mendirikan rumah di tanah rizab
kerajaan seperti yang berlaku di Selangor.
Kehadiran pekerja asing di negara kita ini juga menimbulkan kebimbangan kepada
masyarakat kerana terdapat kes jenayah yang dilakukan oleh mereka. Kes kecurian, pergaduhan,
dan pembunuhan yang disiasat oleh pihak polis turut melibatkan pekerja asing. Jenayah bukan
sahaja membabitkan masyarakat mereka sendiri, malahan penduduk tempatan. Perkara ini dapat
mengancam keselamatan dan ketenteraman negara. Jumlah mereka yang banyak ini juga sukar
dikawal sekiranya berlaku sesuatu perkara buruk seperti mereka melancarkan mogok dan rusuhan
seperti yang pernah berlaku di Johor dan Negeri Sembilan.
Selain itu, setiap tahun negara kita kerugian lebih daripada RM4 bilion melalui aliran
keluar secara besar-besaran oleh pekerja asing yang menghantar wang kepada keluarga mereka.
Hal ini menjejaskan imbangan pembayaran negara dan membantutkan perkembangan ekonomi
negara.

11

Bab 1 B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 1 Karangan

Sikap mengutamakan pekerja asing dalam kalangan majikan juga menyebabkan pekerja
tempatan dibelakangkan. Masih banyak rakyat tempatan yang menganggur. Hal ini ibarat pepatah
“kera di hutan disusui, anak di rumah mati tak makan”.
Masalah yang berkaitan dengan pekerja asing seharusnya diberikan perhatian serius oleh
kerajaan. Hal ini demikian supaya, kemakmuran dan keselamatan penduduk terus terpelihara.

Fokus

Tatacara Kemasukan Pekerja Asing
Kemasukan pekerja asing dibenarkan melalui pintu masuk yang berikut:
(i) Melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Pekerja asing hendaklah mendapatkan visa dari Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara atau Kemudahan Visa On

Arrival (VOA)
(ii) Melalui pintu-pintu masuk lain
Pekerja asing dari Negara Thai dan Indonesia hendaklah mendapatkan visa dari Pejabat Perwakilan Malaysia di negara

yang berkenaan.

4 Karangan Berdasarkan Pelan

Lihat pelan di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang kebaikan amalan menabung. Panjangnya huraian hendaklah antara
200 hingga 250 patah perkataan.

Institusi Kewangan Menggalakkan Penabungan Wang

Kedai Pakaian

Jalan Ahmad Sarjan BANK
Kedai SIMPANAN
NASIONAL
Pusat Tuisyen Kedai
Maju Jaya
Jalan Sultan Jalan AS/1PusatMasjid
Padang Beli-
Majlis Jalan AS/2Belah
Daerah Klinik MAYBANK

Jalan AS/3

Kedai
Lorong Ahmad
Dewan
Orang
Ramai

Jalan Ismail

Sekolah Jalan AS (1) Sekolah Jalan AS (2)
Menengah Kebangsaan

Jalan Sekolah Lorong Sekolah
Taman Bukit Indah

Jalan Sihat

12

BBahahasaasaMMalealyaysiua  SPM   Bab 1 Karangan  Bab 1
Amalan menabung wang bermaksud menyimpan sebahagian daripada wang yang ada sama ada di
dalam tabung atau dengan membuka akaun simpanan di institusi kewangan yang terdapat di negara
kita.
Langkah menggalakkan anak-anak, terutama yang masih belajar menanamkan tabiat suka
menabung wang merupakan suatu usaha yang amat baik dan wajar dilakukan untuk masa depan
mereka sendiri. Usaha ini patut dipupuk sejak mereka kecil dan diteruskan dari masa ke masa.
Dengan adanya wang tabungan tersebut, sekurang-kurangnya mereka dapat meringankan beban
ibu bapa ketika ingin membayar yuran persekolahan atau yuran pengajian di institusi pengajian
tinggi. Terpulanglah kepada mereka untuk memilih akaun yang bersesuaian dengan kehendak
masing-masing. Cara ini sekali gus dapat melatih anak-anak sentiasa berhemat apabila memiliki
wang dengan jumlah yang banyak, membentuk tabiat berjimat cermat, dan tidak boros ketika
berbelanja.
Selain itu, wang tabungan dapat digunakan ketika menghadapi kecemasan. Dalam kehidupan
sehari-harian, kita tidak mampu menduga perkara yang akan berlaku. Sekiranya kita tidak
mempunyai tabungan, maka kita terpaksa bergolok-bergadai.
Anak-anak yang masih belajar seharusnya mengatur belanjawan masing-masing dengan cara
menyimpan sebahagian daripada wang saku dalam simpanan tetap di institusi kewangan pada
setiap bulan. Sehubungan itu, institusi kewangan patut memperkenalkan suatu skim insentif kepada
murid yang banyak menabung wang.
Kesimpulannya, dalam hal ini, jumlah tabungan tidak penting. Perkara yang lebih utama ialah
kesungguhan dan disiplin menyimpan wang yang patut disemai dalam jiwa mereka dengan harapan
mereka mampu menguruskan wang dengan cekap setelah bekerja kelak.

5 Karangan Berdasarkan Iklan

Lihat iklan di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang senario murid bekerja semasa cuti sekolah. Panjangnya huraian
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

SENARIO MURID BEKERJA SEMASA CUTI SEKOLAH

RESTORAN AKILA

MEMERLUKAN PEKERJA SAMBILAN

Peluang menambahkan pendapatan dan pengalaman
LEPASAN SEKOLAH DIGALAKKAN MEMOHON

KELAYAKAN Mengisi masa
•  Warganegara Malaysia
•  Berumur 17 tahun ke atas terluang

•  Fasih bertutur bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
•  Peramah dan suka bergaul

Sesiapa yang berminat, sila datang untuk temu duga di alamat yang berikut. Mendapat wang
saku
 Restoran Akila
343, Jalan Nagasari Utama, Menambah
70400 Seremban, pengalaman
Negeri Sembilan.

13

Bab 1 B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 1 Karangan

Musim cuti persekolahan merupakan masa yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan murid. Bagi
mereka, cuti ialah masa untuk berehat dan menyenangkan diri tanpa sebarang tugasan sekolah dan
peperiksaan.
Bagi sesetengah murid, mereka menggunakan waktu cuti dengan melancong ke destinasi
pilihan masing-masing. Mereka biasanya pergi dengan keluarga atau kawan-kawan. Namun begitu,
ada pula sebilangan kecil daripada mereka yang memilih untuk bekerja secara sambilan.
Terdapat beberapa kebaikan daripada senario tersebut. Pertamanya, mereka dapat mengisi
masa yang terluang dengan cara yang berfaedah. Daripada mereka membuang masa dengan kegiatan
yang tidak produktif seperti melepak dan sebagainya, lebih baik mereka bekerja.
Bekerja semasa cuti sekolah juga dapat memberikan wang saku untuk mereka. Pendapatan
yang diperoleh dapat digunakan untuk meringankan perbelanjaan keluarga, terutama bagi mereka
yang berasal daripada golongan yang susah. Wang itu juga dapat digunakan untuk menampung
perbelanjaan sekiranya mereka meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi seperti membayar
yuran, membeli buku, dan sebagainya.
Namun begitu, terdapat keburukan daripada senario murid bekerja semasa cuti persekolahan.
Antaranya ialah minat mereka untuk belajar kian luntur. Hal ini demikian kerana, mereka
beranggapan bahawa mereka sudah mampu berdikari dan tidak perlu bergantung pada ibu bapa
lagi. Mereka telah memperoleh sumber kewangan sendiri untuk menampung kehidupan mereka.
Kesimpulannya, bekerja semasa cuti persekolahan adalah tidak salah. Walau bagaimanapun,
pelajaran perlu diutamakan kerana tanpa pelajaran, masa depan seseorang gelap-gelita.

6 Karangan Berdasarkan Petikan

Baca petikan di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang masalah murid masa kini. Panjangnya huraian hendaklah antara
200 hingga 250 patah perkataan.

Masalah murid masa kini
Murid masa kini sering menghadapi dilema dalam hidup mereka kerana terlalu diberikan penekanan
agar mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Mereka sering dibebankan
dengan tugasan dan kerja rumah yang banyak dan diasak dengan kelas tambahan. Di samping
itu, ada ibu bapa yang menghantar anak mereka ke pusat tuisyen bagi memastikan anak mereka
menguasai setiap mata pelajaran yang akan diambil dalam peperiksaan. Masa untuk murid bermain
dan merehatkan fikiran semakin kurang. Masa untuk pengisian rohani juga terabai.

Murid masa kini merupakan pemimpin pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian, murid perlu
mempunyai ilmu yang cukup bagi memikul tugas tersebut. Sistem pendidikan negara telah digubal
untuk mencapai hasrat melahirkan individu yang berketerampilan. Murid yang menjadi golongan
sasar diwajibkan untuk mengikuti persekolahan dari tahun satu hingga tingkatan lima.
Situasi pembelajaran masa kini dilihat memberikan tekanan kepada murid untuk mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Hal ini lebih jelas dalam peperiksaan penting
seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Keputusan yang cemerlang
dalam semua peperiksaan itu, khususnya SPM akan membolehkan mereka melanjutkan pelajaran
ke institusi yang lebih baik.

14

BBahahasaasaMMalealyaysiua  SPM   Bab 1 Karangan  Bab 1

Oleh sebab kejayaan murid-murid dalam peperiksaan menjadi ukuran kecemerlangan, maka
mereka diasak dengan latihan dan kerja sekolah yang banyak oleh ibu bapa dan pihak sekolah.
Gejala tersebut dapat memberikan kesan buruk kepada pemikiran dan kesihatan mereka seperti
berasa bosan, tertekan, dan letih.
Selain waktu pembelajaran biasa di sekolah, murid-murid juga perlu mengikuti kelas
tambahan pada waktu petang, malam, hujung minggu, dan pada cuti penggal persekolahan.
Bagi ibu bapa yang berkemampuan dan mengharapkan kecemerlangan maksimum, anak mereka
dihantar ke pusat tuisyen yang kini tumbuh bak cendawan selepas hujan di mana-mana sahaja.
Jadual pembelajaran yang ketat menyebabkan murid-murid tiada masa untuk beristirahat.
Perkara yang lebih buruk lagi ialah sesetengah sekolah menggunakan waktu mata pelajaran yang
tidak diuji dalam peperiksaan seperti Pendidikan Jasmani untuk mengajar mata pelajaran lain.
Waktu senggang di rumah pula lebih banyak dihabiskan oleh murid untuk menonton televisyen.
Tekanan untuk memperoleh kecemerlangan akademik telah menyebabkan murid mengabaikan
pengisian rohani yang menjadi panduan untuk mereka menjalani kehidupan dengan lebih baik.
Kesimpulannya, ibu bapa dan guru mestilah memberikan didikan, kasih sayang, dan perhatian
sebaik-baiknya kepada murid sehingga mereka mencapai potensi sebenar dalam kehidupan harian.
Murid-murid tidak harus dibiarkan bersendirian dalam menghadapi masalah.

7 Karangan Berdasarkan Catatan

Baca catatan di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang hobi. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

HOBI
27 DISEMBER 20XX
9.30 pagi

Cuti sekolah sudah sebulan berlalu. Aku berasa amat bosan tinggal di rumah tanpa berbuat
apa-apa. Untuk menghilangkan rasa jemu, aku ke rumah Zamri.

10.00 pagi

Ketika aku sampai, Zamri tiada di rumah. Menurut ibunya, Zamri berada di belakang
rumah mereka. Rupa-rupanya Zamri sedang berkebun. Kata Zamri, dia menanam pokok-
pokok daripada jenis tumbuhan herba yang sesuai dijadikan ubat tradisional. Pelik aku
mendengarnya, tetapi hal itu benar. Zamri memberitahuku bahawa aktiviti itu telah lama
dilakukannya dan merupakan hobinya apabila ada masa terluang.

Hobi ialah aktiviti yang gemar dilakukan oleh seseorang pada masa lapang. Terdapat pelbagai hobi
yang sesuai dilakukan mengikut minat seseorang. Ada individu yang hobinya memancing ikan, ada
pula yang gemar membaca buku, menonton televisyen, berkebun, dan sebagainya.
Setiap hobi mempunyai kelebihan sendiri. Hobi membaca umpamanya, bukan sahaja dapat
mengisi masa lapang, bahkan juga menambahkan ilmu pengetahuan seseorang. Kebanyakan orang
yang gemar membaca memenuhi masa senggang mereka dengan membaca surat khabar, majalah,
atau buku cerita. Golongan akademik pula lebih suka membaca bahan bacaan ilmiah yang dapat
mencambah minda mereka.

15

Bab 1 B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 1 Karangan
Hobi berkebun sayur daripada aktiviti membuat batas, merumput, menyiram, dan sebagainya
pula memberikan manfaat kepada kesihatan tubuh kerana badan mengeluarkan peluh. Di samping
itu, seseorang yang berkebun tidak perlu membeli sayur di pasar lagi apabila sayur yang ditanam
mengeluarkan hasil. Hal ini tentu sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan. Tambahan pula, sayur
yang ditanam bebas daripada racun serangga.
Bagi mereka yang minat bersukan, banyak terdapat pilihan permainan. Walau bagaimanapun,
jenis permainan yang dipilih biasanya bergantung pada kesesuaian tempat, kemudahan padang,
dan masa lapang mereka. Bersukan merupakan cara yang paling sesuai untuk melupakan segala
masalah kerana fikiran hanya tertumpu kepada aktiviti yang dilakukan. Hobi tersebut juga dapat
menambahkan kemesraan dengan rakan atau ahli keluarga yang turut bersukan bersama-sama.
Kaum wanita pula mempunyai hobi mereka sendiri. Ada yang gemar menanam pokok bunga,
memasak, dan menjahit. Hobi tersebut bukan sahaja dapat mengisi masa yang terluang, malahan
dapat dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan, misalnya mengambil upah menjahit pakaian
atau menjual kuih-muih.
Ada pula yang gemar melakukan aktiviti lasak seperti berkayak, mendaki gunung, dan
sebagainya. Kegiatan sebegitu memerlukan ketahanan mental dan fizikal serta persediaan yang rapi
sebelum aktiviti dilakukan.
Kesimpulannya, jika kita pandai merancang masa dan aktiviti yang dijalankan, maka kita
akan memperoleh faedah daripada hobi tersebut.

1

Gambar/ Gambar Foto 2015 2016 2017 2018 2019
1. Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada sumbangan rakyat Malaysia kepada negara.
Huraikan pendapat anda tentang kelebihan mengamalkan slogan “Malaysia Boleh”. Panjangnya

huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
MALAYSIA BOLEH!

• Pembakar
semangat

• Gigih berusaha
• Meningkatkan

imej negara

16

BBahahasaasaMMalealyaysiua  SPM   Bab 1 Karangan  Bab 1

2. Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada permainan tradisional masyarakat Melayu.
Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah menghidupkan permainan tradisional.
Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

LANGKAH-LANGKAH MENGHIDUPKAN PERMAINAN TRADISIONAL

Dijadikan sebagai aktiviti Pendedahan kepada generasi Penganjuran pertandingan
kokurikulum di sekolah muda permainan tradisional

3. Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada amalan hidup berjiran.
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk memupuk semangat kejiranan. Panjangnya

huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
SEMANGAT KEJIRANAN

Peranan
individu

Peranan
keluarga

Peranan masyarakat

17

B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 1 Karangan

2

Bab 1 Gambar Rajah/ Jadual 

1. Lihat grafik di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor sekolah selamat. Panjangnya huraian hendaklah

antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Ibu bapa

Pentadbir FAKTOR- Murid
FAKTOR
SEKOLAH
SELAMAT

Kaunselor

2. Lihat grafik di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor jerebu berlaku. Panjangnya huraian hendaklah antara

200 hingga 250 patah perkataan.

FAKTOR-FAKTOR JEREBU

Pelepasan asap Pembakaran terbuka Pembukaan tanah
baharu

18

BBahahasaasaMMalealyaysiua  SPM   Bab 1 Karangan  Bab 1

3. Lihat grafik di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah menangani gejala penagihan dadah di Malaysia.

Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Kaedah rawatan LANGKAH- Penerapan aspek
yang lebih efisien LANGKAH kerohanian
MENANGANI

GEJALA
PENAGIHAN

DADAH

Kerjasama semua
pihak

3

Ilustrasi Kartun
1. Lihat ilustrasi kartun di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang punca-punca kemalangan jalan raya. Panjangnya huraian hendaklah

antara 200 hingga 250 patah perkataan.

PUNCA-PUNCA KEMALANGAN JALAN RAYA

Setiap hari ada sahaja berita tentang
kemalangan jalan raya dalam akhbar.
Kebanyakannya berpunca daripada
sikap pemandu.

Fizikal kenderaan turut menjadi punca
kemalangan. Keadaan jalan raya juga
adakalanya tidak selamat untuk digunakan.

19

B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 1 Karangan

Bab 1 2. Lihat ilustrasi kartun di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan motivasi ibu bapa kepada anak-anak. Panjangnya

huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KESAN-KESAN MOTIVASI IBU BAPA KEPADA ANAK-ANAK

Anak-anak ibu, lepas makan nanti, buat kerja Hadiah itu sebagai motivasi
sekolah, ya. Jika kalian memperoleh keputusan sahaja. Kalian perlu berusaha
yang cemerlang dalam peperiksaan, ibu dan untuk berjaya.
ayah akan memberikan hadiah.

Wah,
seronoknya!

  
3. Lihat ilustrasi kartun di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah menjaga kesihatan. Panjangnya huraian hendaklah

antara 200 hingga 250 patah perkataan.

FAEDAH-FAEDAH MENJAGA KESIHATAN

Guru Aiman selalu berpesan agar Betul. Jika kita menjaga kesihatan,
murid-murid menjaga kesihatan, kita akan lebih bersemangat dan
supaya badan kita sihat dan cergas. berkeyakinan dalam melakukan
Penyakit juga dapat kita hindari. sebarang aktiviti. Perhubungan
dengan orang lain juga bertambah
baik kerana kita bersikap positif.

20

BBahahasaasaMMalealyaysiua  SPM   Bab 1 Karangan  Bab 1

4

Pelan/Peta
1. Lihat pelan di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang pemilihan lokasi untuk memulakan perniagaan. Panjangnya

huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
PEMILIHAN LOKASI UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN

Ke Kuala Lumpur Plaza Tol Tangkak Kedai Kedai
Ke Segamat
Ke Muar

Kilang Ke Johor Bahru GEDUNG Kedai Kedai
PERNIAGAAN Taman
Perumahan
MAWAR

Kawasan Sekolah Taman
Perindustrian Rendah Perumahan
Sekolah
Menengah

2. Lihat pelan di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang kebaikan melancong dalam negara. Panjangnya huraian hendaklah

antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KEBAIKAN MELANCONG DALAM NEGARA
Pelan ke Puteri Resort

Dari Port Dickson
Padang Golf
Perkampungan Selat
Melaka

Kawasan
Pantai Morib

Dari Banting Puteri
Resort
Perkampungan
Gerai
Makan

21

Bab 1 B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 1 Karangan

3. Lihat peta di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang isu petempatan dan kependudukan. Panjangnya huraian hendaklah

antara 200 hingga 250 patah perkataan.

PETEMPATAN DAN KEPENDUDUKAN
Peta Lokasi Petempatan Awal di Malaysia

Lembah Kuala U Setinggan
Bujang Berang Teluk Pencemaran
Darvel Alam Sekitar
Gua Musang

Kota
Tampan

Pekan

Melaka Johor
Lama

Gua Niah

Kes Jenayah

5

Iklan
1. Lihat iklan di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang kesan buruk amalan merokok dalam kalangan masyarakat.

Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
AMALAN MEROKOK DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Bebas daripada Asap Rokok Setiap
Hari Khusus untuk Perokok Pasif

Asap yang disedut oleh perokok pasif mungkin mengandungi
• 3 kali lebih banyak tar
• 3 kali lebih banyak nikotin
• 5 kali lebih banyak karbon monoksida
• 50 kali lebih banyak bahan kimia yang menyebabkan penyakit kronik

berbanding dengan asap yang disedut oleh perokok

22

BBahahasaasaMMalealyaysiua  SPM   Bab 1 Karangan  Bab 1

2. Lihat iklan di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah pertandingan mencipta lagu kanak-kanak diadakan.

Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU KANAK-KANAK

Anjuran

Radio dan Televisyen Malaysia (RTM)
1. Penyertaan ini terbuka kepada warganegara Malaysia.
2. 15 buah lagu terbaik akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM2 000.00

bagi setiap lagu. Lima hadiah sagu hati akan diberikan wang tunai RM200.00 bagi
setiap lagu.
3. Syarat penyertaan, borang penyertaan, dan lagu contoh boleh didapati melalui
laman web www.karyanekanet.com.my.

Tarikh tutup permohonan pada 27 September 20XX.

3. Lihat iklan di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang masalah perumahan. Panjangnya huraian hendaklah antara 200

hingga 250 patah perkataan.
MASALAH PERUMAHAN

Baiti $

SKIM PEMBAYARAN RUMAH

a Tiada Yuran Pemprosesan
Tiada Kadar Pinjaman Asas (BLR) a Tiada Deposit Cagaran

a Pembayaran hingga 100 peratus

MEREALISASIKAN IMPIAN RUMAH IDAMAN ANDA

NIKMATI KELEBIHAN BAITI
a Pembayaran hingga 100 peratus
a Tiada yuran pemprosesan
a Tiada deposit cagaran
a Mengurangkan risiko pada masa depan
a Bayaran balik pada kadar tetap
a Kadar keuntungan menarik, terutama untuk pembiayaan berpakej
a Perlindungan Takaful Gadai Janji dan Takaful Kebakaran Jangka Panjang
a Kadar bayaran balik yang fleksibel
a Potongan harga yang menarik

Bank Islam IBU PEJABAT: BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD,
PROGRESIF, PROFESIONAL, & MESRA DARUL TAKAFUL, JALAN SULTAN ISMAIL,
P.O.BOX 11080, 50734 KUALA LUMPUR.
TEL: 603-27112930-9 (10 TALIAN) WWW.bankislam.com.my

23

Bab 1 B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 1 Karangan

6

Petikan
1. Baca petikan di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang sambutan kemerdekaan. Panjangnya huraian hendaklah antara 200

hingga 250 patah perkataan.
SAMBUTAN KEMERDEKAAN

PETALING JAYA, 18 Ogos – Semua plaza tol di seluruh negara akan menghentikan operasi
selama sepuluh minit pada malam 30 Ogos ini bagi memeriahkan sambutan detik 12 malam
yang akan diadakan di lokasi berkenaan bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan.
Dalam tempoh itu, semua lorong di plaza tol kecuali lorong kecemasan untuk ambulans dan
bomba akan ditutup bagi semua kenderaan.
Penutupan sementara itu dilakukan lima minit sebelum dan lima minit selepas 12 malam
dan membabitkan kira-kira 100 buah plaza tol termasuk lebih daripada 70 buah plaza tol di
bawah kendalian Plus Expressway Berhad (PLUS).

2. Baca petikan di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang punca-punca pembuangan sampah sarap di merata-rata tempat.

Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
PUNCA-PUNCA PEMBUANGAN SAMPAH SARAP DI MERATA-RATA TEMPAT

Tuan pengarang,
Baru-baru ini kita terkejut apabila Perdana Menteri secara terang-terangan dan penuh
emosi menyatakan kekecewaan beliau terhadap keadaan di beberapa kawasan di ibu kota
yang dicemari sampah sarap. Nampaknya teguran tersebut menjadi isu negara sehingga ada
sesetengah pihak yang melatah dan menuding jari kepada orang lain. Kita tidak harus saling
menyalahkan, sebaliknya bekerjasama untuk mengatasinya.

3. Baca petikan di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk amalan membaca dalam kalangan kanak-

kanak. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
USAHA-USAHA MEMUPUK AMALAN MEMBACA DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

Dua puluh tahun yang lalu, kisah kanak-kanak yang berkebolehan membaca pada usia tiga atau
empat tahun sering mendapat tempat istimewa di dada akhbar. Kebolehan membaca pada usia
tersebut dianggap istimewa dan mungkin hanya satu dalam seribu orang kanak-kanak yang mampu
berbuat demikian.
Hal ini demikian kerana, pada waktu itu hampir tiada sistem pembelajaran prasekolah
yang menawarkan kaedah berkesan untuk merangsang minda kanak-kanak supaya mereka
dapat membaca seawal dua tahun. Oleh itu, kanak-kanak yang mampu membaca pada usia
awal dianggap luar biasa. Pada tahun 1990-an, kewujudan pusat pembelajaran kanak-kanak
yang menawarkan pelbagai kaedah cepat membaca bagaikan cendawan tumbuh selepas
hujan. Mungkin tiada sesiapa pun menyedari bahawa kaedah cepat membaca telah mula
diperkenalkan di negara kita sejak tahun 1963. Kebanyakan penulis buku tentang kaedah cepat
membaca pada masa ini tidak pernah memaklumkan pengasas kaedah yang semakin popular
di seluruh negara itu.

24

BBahahasaasaMMalealyaysiua  SPM   Bab 1 Karangan  Bab 1

7

Catatan
1. Baca catatan di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan pengurusan masa. Panjangnya huraian hendaklah

antara 200 hingga 250 patah perkataan.
KEPENTINGAN PENGURUSAN MASA

ISNIN
7.30 pagi
Ketika bangun daripada tidur, cuaca sudah terang-benderang. Jam di dinding menunjukkan
pukul 7.30 pagi. Alamak, aku sudah terlewat! Hari ini ada ujian Matematik di kelasku.
7.50 pagi
Di perhentian bas tidak jauh dari rumahku, kulihat tiada seorang pun murid sekolah.
Sahlah bahawa aku ketinggalan bas. Aku cepat-cepat menahan sebuah teksi. Sebaik-baik
tiba di sekolah, aku terus berlari menuju ke kelasku. Guru Matematik, Cikgu Badrul
sudah berada di kelas dan ujian sudah pun bermula. Aku segera mengetuk pintu kelas
lantas meminta maaf daripada Cikgu Badrul atas kelewatanku. Nasibku baik kerana ujian
baru sahaja bermula. Aku cepat-cepat duduk di tempatku serta mengeluarkan alat tulisku.
Namun demikian, nasib masih tidak menyebelahiku. Alat tulisku tertinggal di atas meja
belajarku di rumah. Inilah padah yang terpaksa aku terima. Akibat tidur lewat malam tadi,
aku bangun lambat dan kelam-kabut.



2. Baca catatan di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah aktiviti kokurikulum di sekolah. Panjangnya huraian

hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
FAEDAH-FAEDAH AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH

20 Mei 20XX (Jumaat)
Semua peserta ekspedisi ke Gunung Kenderung berkumpul di Dataran Merdeka pada
pukul 6.30 petang. Setelah semua peserta mendaftar dan menyerahkan surat “Akur Janji”,
kami bertolak ke destinasi yang dituju pada pukul 7.00 malam dengan menaiki sebuah bas
yang disewa khas oleh penganjur. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang enam jam.
Pada pukul 1.30 pagi, kami sampai di pekan Grik. Di sini kami menunaikan solat subuh
secara berjemaah dan bersarapan beramai-ramai.
21 Mei 20XX (Sabtu)
Setelah selesai bersarapan, iaitu kira-kira pada pukul 9.00 pagi, kami bertolak ke
Kampung Pahat yang jaraknya lebih kurang lima kilometer dari pekan Grik. Kami mendengar
taklimat daripada dua orang penunjuk arah, iaitu Encik Mohd. Sharin dan Encik Nasir yang
berpengalaman dalam bidang pendakian. Mereka merupakan penduduk tempatan Kampung
Pahat. Selepas mendengar taklimat, kami diarahkan untuk memilih seorang ketua dan
penolong ketua dalam kalangan peserta. Kami memilih Saudara Mohd. Shahar bin Hashim
sebagai ketua dan Saudari Nor Ashlia Helan binti Abdullah sebagai penolong ketua. Setelah
semua peserta bersedia, kami melakukan senaman ringan. Setelah itu, kami mula bergerak
menyusuri sungai.

25

Bab 1 B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 1 Karangan

Pelbagai rintangan kami lalui, antaranya menempuh ladang lalang, paya bakau, dan
kebun rumbia yang penuh dengan nyamuk dan lecak. Setelah dua jam berjalan, akhirnya
kami sampai di kaki gunung. Kami berehat tanpa mempedulikan rakan-rakan yang lain.
Ternyata kami terlalu penat. Menurut Saudara Mohd. Shahrin, kami berada kira-kira tujuh
kilometer dari kemuncak Gunung Kenderung. Menurutnya lagi, kami sedang berada di
hutan Kerau, iaitu sebuah kawasan yang telah dicadangkan oleh kerajaan Kedah sebagai
ladang herba yang terbesar di Malaysia.
Kami memasak untuk makan tengah hari dan solat zuhur. Kami diberitahu oleh pemandu
ekspedisi bahawa anak sungai ini merupakan punca bekalan air yang terakhir sebelum tiba di
kemuncak Gunung Kenderung. Dengan itu, setiap peserta dikehendaki membawa dua botol
air untuk kegunaan sendiri. Situasi ini amat memenatkan peserta. Oleh sebab itu, empat orang
peserta ekspedisi menarik diri dan memohon dihantar pulang ke rumah.

3. Baca catatan di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor penghalang pembentukan keluarga bahagia.

Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
KELUARGA BAHAGIA

25 Ogos 20XX
7.00 pagi
Pagi-pagi lagi kami sudah berada di rumah baharu untuk membersihkan rumah
tersebut secara gotong-royong. Ayah membahagi-bahagikan tugas sebelum acara gotong-
royong itu dijalankan. Ibu dan kakak diminta untuk membersihkan serta mengemaskan
peralatan dan perkakas di bahagian dapur. Aku dan abang keduaku, Saiful pula diarahkan
untuk membersihkan semua bilik. Ayah dan abang sulungku, Hairul akan mengemaskan
ruang tamu rumah dan menyusun perabot.

7.10 pagi
Kami mula menjalankan tugas masing-masing setelah menerima arahan daripada ayah.
Aku dan Abang Saiful menyimbah keempat-empat bilik di rumah kami dengan air sabun
lantas menggosok lantai dengan berus. Habis basah kaki seluar kami akibat terkena air
sabun. Di dapur pula, kedengaran pinggan mangkuk dikeluarkan dari kotak oleh ibu dan
kakak untuk disusun di dalam kabinet. Ayah dan Abang Hairul pula riuh-rendah berbual
sambil mengelap lantai di ruang tamu.

11.00 pagi
Kami selesai menjalankan tugas masing-masing. Kini, keadaan di dalam rumah tersusun
rapi dengan perabot dan kelengkapan lain mengikut tempatnya. Rumah kami kelihatan
kemas dan ceria.

12.00 tengah hari
Ayah dan Abang Saiful yang keluar kira-kira setengah jam yang lalu pulang dengan
membawa beberapa bungkus makanan dan minuman. Kami menikmati hidangan itu setelah
penat bergotong-royong. Kami berbual-bual sambil makan. Aku berasa sungguh gembira.
Hal ini demikian kerana, aku bukan sahaja dapat duduk di rumah baharu, bahkan juga
mempunyai keluarga yang bahagia.

26

BBahahasaasaMMalealyaysiua  SPM   Bab 1 Karangan 

Latihan Bab 1

1. Lihat grafik di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah mengatasi kesesakan jalan raya. Panjangnya

huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

LANGKAH-LANGKAH Penyusunan struktur jalan raya
MENGATASI Menggiatkan kempen penggunaan kenderaan awam

KESESAKAN JALAN Penguatkuasaan undang-undang lalu lintas
RAYA

2. Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada aktiviti sambutan Bulan Kemerdekaan.
Huraikan pendapat anda tentang manfaat sambutan Bulan Kemerdekaan. Panjangnya huraian

hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

MANFAAT SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Rakyat menghayati Memupuk Memupuk semangat
erti kemerdekaan perpaduan patriotik
27

Bab 1 B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 1 Karangan

3. Gambar di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada aktiviti penerokaan hutan.
Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan aktiviti penerokaan hutan. Panjangnya huraian

hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Flora dan fauna berkurangan Kemusnahan kawasan tadahan air

KESAN-KESAN AKTIVITI PENEROKAAN HUTAN

Meningkatkan suhu Meningkatkan pencemaran air
28

BBahahasaasaMMalealyaysiua  SPM   Bab 1 Karangan  Bab 1

4. Lihat grafik di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha meningkatkan mutu sukan di Malaysia. Panjangnya

huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

USAHA Program pembangunan sukan
MENINGKATKAN MUTU Disiplin dan wawasan

SUKAN DI MALAYSIA

Jurulatih yang berkebolehan

5. Baca iklan di bawah ini dengan teliti.
Huraikan pendapat anda tentang punca-punca pencemaran sungai. Panjangnya huraian hendaklah

antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KEMPEN CINTAI SUNGAI KITA

Bersempena dengan Kempen Cintai Sungai Kita, Syarikat Air Johor dengan kerjasama
Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru akan menganjurkan pertandingan melukis poster.
Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Tingkatan 4 dan 5 sekolah menengah
kebangsaan di daerah Johor Bahru sahaja. Mereka yang berminat diminta menghubungi
guru kanan Pendidikan Seni di sekolah masing-masing.

Syarat-syarat pertandingan

1. Tajuk: “Cintai Sungai Kita”.
2. Ukuran kertas lukisan: 25 sentimeter × 35 sentimeter.
3. Penggunaan warna adalah bebas.
4. Tulis nama penuh, tahun, dan nama sekolah di sudut atas sebelah kanan belakang kertas

lukisan.
5. Mendapat pengesahan guru besar.
6. Semua lukisan mesti dihantar kepada Pengerusi Pertandingan Lukisan, Pejabat Pendidikan

Daerah sebelum 20 Julai 20XX jam 3.00 petang.
7. Semua lukisan menjadi hak milik penaja, iaitu penganjur pertandingan ini.

Hadiah

Hadiah berupa wang dan hamper akan diberi kepada pemenang pertama, kedua, dan ketiga
berserta sijil penyertaan. Lukisan terbaik akan menerima hadiah khas, iaitu baucar. Di
samping itu, dua puluh hadiah sagu hati juga disediakan bagi pertandingan ini.
Hadiah-hadiah akan disampaikan oleh Menteri Besar Johor pada 25 Julai 20XX, di Dataran
Bandar Raya Johor Bahru, pukul 9.00 pagi.

29

Bab 1 B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 1 Karangan

Bahagian B Karangan Umum

Ke Arah Kecemerlangan

A Pengenalan
1. Karangan yang akan ditanyakan dalam Kertas 1 atau Kertas 1103/1 SPM terdiri daripada lima soalan.

Soalan 5 merupakan soalan berunsur sastera.
2. Anda wajib menjawab satu soalan daripada kelima-lima soalan yang diberikan.
3. Sebanyak 100 markah diperuntukkan bagi soalan bahagian ini manakala masa yang dicadangkan

adalah satu jam 30 minit.
B Bentuk Soalan
1. Jenis-jenis karangan yang diuji dalam Kertas 1 boleh terdiri daripada:

(i) Karangan Berformat
(a) Surat kiriman rasmi
(b) Surat kiriman tidak rasmi
(c) Wawancara/Dialog
(d) Perbahasan
(e) Laporan
(f ) Syarahan/Ceramah/Ucapan/Taklimat
(g) Berita/Rencana

(ii) Karangan Tidak Berformat
(a) Fakta
(b) Pendapat/Perbincangan
(c) Ulasan
(d) Keperihalan/Gambaran
(e) Cereka/Imaginasi/Cerpen
(f) Peribahasa/Cogan Kata

2. Penulisan karangan umum tersebut adalah untuk:
(a) menilai kebolehan anda menulis karangan, mengumpulkan, memilih, dan menyusun idea-idea
yang berkaitan dengan tajuk karangan;
(b) menguji kemahiran anda menulis karangan menggunakan bahasa yang kemas, lancar, serta
mengikut struktur ayat yang betul dan gaya bahasa yang menarik yang bersesuaian dengan tajuk
karangan yang dipilih.

3. Panjang karangan yang perlu anda tulis adalah melebihi 350 patah perkataan.

C Aspek-aspek yang Dinilai
1. Ketepatan tajuk
Karangan hendaklah bertepatan dengan tajuk atau kehendak soalan.
2. Isi atau idea
Sekurang-kurangnya empat isi utama berserta huraian harus diberikan. Kematangan fikiran penting

dalam membuat huraian idea supaya dapat meyakinkan pembaca.

30

BBahahasaasaMMalealyaysiua  SPM   Bab 1 Karangan 

3. Bahasa Bab 1
(a) Struktur ayat yang betul dan mudah difahami.
(b) Tiada kesalahan tatabahasa yang ketara.
(c) Kosa kata yang luas dan tepat penggunaannya.
(d) Penanda wacana yang betul dan tepat.

D Strategi Menulis Karangan
4 Memilih Tajuk
1. Pilihlah tajuk yang benar-benar anda faham akan maksud atau kehendak soalan.
2. Anda hendaklah banyak mempunyai isi/maklumat, data, fakta, serta bukti yang dapat dihuraikan

dengan baik dan berkesan.
3. Anda perlu juga mengenal pasti kehendak tajuk supaya tidak menyeleweng daripada tajuk yang

dipilih.

4 Merangka Karangan
Rangkakan karangan mengikut:
(a) Pendahuluan/Pengenalan karangan
(b) Isi-isi penting
(c) Kesimpulan/Penutup

4 Pendahuluan/Pengenalan Karangan
1. Tulis pengenalan karangan dengan baik kerana hal ini penting dalam sesebuah karangan.
2. Pendahuluan hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
3. Terdapat pelbagai cara untuk memulakan sesebuah karangan.

(a) Mengemukakan pendapat orang lain atau sendiri.
(b) Memberikan definisi kepada tajuk karangan.
(c) Mengemukakan persoalan.
(d) Mengemukakan gambaran atau suasana.
(e) Mengemukakan kata-kata kiasan/peribahasa.
(f) Mengemukakan dialog dan sebagainya.
4. Pengenalan yang ditulis hendaklah bersesuaian dengan tajuk karangan.

Contoh Soalan
Peranan ibu bapa penting dalam membentuk akhlak remaja masa kini. Berikan pendapat anda.

Contoh   Pengenalan Peribahasa

Peribahasa Melayu berbunyi “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya” memang ada
kebenarannya dalam membentuk akhlak anak-anak. Oleh itu, peranan ibu bapa amat penting dalam
memberikan didikan agama dan moral kepada anak-anak masa kini, terutama ketika anak-anak masih
kecil.

Contoh   Pengenalan Gambaran/Suasana

Apabila kita pergi ke kompleks beli-belah, kita akan dapat melihat para remaja melepak di kaki
lima kompleks tersebut. Keadaan ini membimbangkan kerana remaja yang tidak melakukan sebarang
pekerjaan akan mudah terjerumus ke jurang penagihan dadah dan jenayah.

31

B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 1 Karangan

Bab 1 Contoh   Pengenalan Pendapat

Sejak akhir-akhir ini, banyak orang memperkatakan budaya lepak dalam kalangan remaja. Banyak
terdapat punca berlakunya budaya lepak ini. Walau apa-apa pun puncanya, peranan ibu bapa penting
dalam menangani masalah ini.
4 Isi-isi Penting
1. Murid perlu mencatat sekurang-kurangnya empat isi utama.
2. Setiap isi haruslah dihuraikan dengan jelas berserta contoh dan bukti dalam satu perenggan.
3. Susunan isi dalam perenggan boleh dibahagikan kepada:

(a) Perenggan deduktif
(b) Perenggan induktif
(c) Gabungan deduktif-induktif

Contoh Soalan
Peranan ibu bapa penting dalam membentuk akhlak remaja masa kini. Berikan pendapat anda.

Perenggan Deduktif
Dalam perenggan deduktif, murid menulis isi utama dan diikuti oleh pengembangan isi (huraian
lanjut, perbahasan, hujah, atau perbincangan) dan disertai dengan contoh atau bukti. Lihat rajah di
bawah.

Isi utama
+

Pengembangan huraian lanjut, perbahasan, hujah, atau perbincangan
+

Contoh/bukti

Contoh

Isi utama Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memberikan didikan agama
Huraian isi kepada anak-anak. Sebagai ibu bapa, mereka mestilah mengetahui ajaran agama
dengan lebih mendalam. Ibu bapa dapat menunjuk ajar anak-anak mereka
Contoh tentang nilai-nilai moral serta hukum-hakam agama yang patut dipatuhi oleh
seseorang insan. Contohnya, cara-cara menghormati orang tua, guru-guru, dan
sifat tolong-menolong sesama manusia.

Perenggan Induktif
Dalam perenggan induktif, huraian isi serta contoh dan bukti ditulis terlebih dahulu, kemudian
diikuti oleh isi utama. Hal ini dapat dilihat dalam rajah di bawah ini.

Pengembangan huraian lanjut, perbahasan, hujah, atau perbincangan
+

Contoh/bukti
+

Isi utama

32

Contoh BBahahasaasaMMalealyaysiua  SPM   Bab 1 Karangan  Bab 1
Sebagai ibu bapa, amat penting bagi mereka mengetahui ajaran agama
Huraian isi dengan lebih mendalam. Melalui cara ini, ibu bapa dapat menunjuk ajar anak-
Contoh anak mereka tentang nilai-nilai moral serta hukum-hakam agama yang patut
Isi utama dipatuhi oleh anak mereka. Contohnya, menghormati orang tua, guru-guru, serta
mempunyai sifat tolong-menolong sesama insan. Oleh itu, ibu bapa memainkan
peranan penting dalam memberikan didikan agama kepada anak-anak.

Gabungan Deduktif-Induktif
Gabungan deduktif-induktif ialah karangan yang dimulakan dengan isi utama, kemudian diikuti
oleh huraian isi, dan ditutup oleh isi utama sekali lagi. Lihat rajah di bawah ini.

Isi utama
+

Huraian isi
+

Contoh/bukti
+

Isi utama

Contoh Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memberikan didikan agama
kepada anak-anak. Sebagai ibu bapa, amat penting bagi mereka mendalami
Isi utama ajaran agama. Melalui cara ini, ibu bapa dapat menunjuk ajar anak-anak mereka
Huraian isi tentang nilai-nilai moral serta hukum-hakam agama yang patut dipatuhi oleh
seseorang insan. Contohnya, menghormati orang tua, sifat tolong-menolong
Contoh sesama insan, dan sebagainya. Oleh itu, peranan ibu bapa dalam memberikan
Isi utama didikan agama kepada anak-anak amat penting.

4 Penutup Karangan
1. Penutup karangan perlu ditulis dengan berkesan dan menarik.
2. Biasanya penutup merupakan rumusan isi yang telah dihuraikan dalam karangan.
3. Cara menulis penutup karangan:

(a) Membuat rumusan bagi semua isi yang telah dihuraikan.
(b) Membuat penegasan tentang isi atau tajuk yang dikemukakan.
(c) Memberi saranan dan pandangan berdasarkan isi yang dikemukakan.

33

Bab 1 B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 1 Karangan

Contoh

Kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa selain peranan ibu bapa, peranan pihak-pihak
lain juga penting dalam membentuk akhlak muda-mudi masa kini. Remaja yang mempunyai akhlak
yang mulia dapat membentuk generasi yang berhemah tinggi, prihatin, dan penyayang.

E Aspek Bahasa
1. Tulislah ayat yang pendek atau sederhana panjang dalam karangan anda.
2. Elakkan daripada menulis ayat yang panjang kerana dapat menyebabkan lebih banyak kesalahan

tatabahasa seperti struktur ayat dan ejaan. Anda juga akan kehilangan fokus terhadap isu yang
dihuraikan.
3. Gunakan ayat tautan (kohesi), iaitu perkaitan antara ayat dengan ayat seperti cara ini, langkah ini, oleh
itu, dan sebagainya yang akan membawa maksud keseluruhan ayat.
4. Gunakan perkataan yang tepat supaya dapat memberikan gambaran yang jelas tentang sesuatu isi yang
dihuraikan.
5. Gunakan laras bahasa yang betul dalam karangan anda.

F Kesalahan dalam Penggunaan Tatabahasa
(a) Ejaan
(b) Imbuhan – tidak menggunakan imbuhan yang betul dan tidak sesuai
(c) Penggunaan kata sendi seperti ke, di, dari, daripada, dan kata sendi yang lain
(d) Penggunaan kata istilah
(e) Penggunaan bentuk jamak
(f) Hukum D-M
(g) Ayat yang tergantung dan tidak sempurna
(h) Penggunaan peribahasa yang tidak betul dan tidak kena pada tempatnya serta tidak diketahui

maksudnya

G Kelemahan Murid
1. Tidak memenuhi kehendak soalan.
2. Penyusunan isi karangan tidak teratur.
3. Pemerengganan tidak betul.
4. Penjalinan tidak kemas.
5. Isi yang sama diulang.
6. Banyak kesalahan bahasa. (ejaan, tanda baca, pemilihan kata, dan ayat)

H Ciri-ciri Karangan yang Mantap
1. Karangan yang mantap harus mempunyai kekuatan yang dapat meyakinkan pembaca.
2. Takrif tajuk karangan mestilah tepat dan memenuhi kehendak soalan.
3. Setiap karangan mestilah mempunyai perenggan pendahuluan, perenggan isi, dan perenggan

penutup.

34

BBahahasaasaMMalealyaysiua  SPM   Bab 1 Karangan  Bab 1

4. Isi disusun mengikut keutamaan. Setiap isi perlu ditulis dalam satu perenggan dan isi berikutnya
mestilah mempunyai kaitan yang dapat mengukuhkan karangan tersebut. Jalinan isi hendaklah kemas
dan menarik.

5. Susunan ayat mestilah betul dan mudah difahami. Laras bahasa sesuai dengan tajuk karangan.
6. Kosa kata yang luas dan tepat penggunaannya. Elakkan daripada menggunakan perkataan yang

bombastik (istilah-istilah yang hebat) yang anda tidak mengetahui maksud dan penggunaannya.
7. Tiada kesalahan ejaan dan menggunakan penanda wacana yang betul serta tepat.

Zon SPM

Tahun Aspek Karangan Tajuk
1. Ulasan • Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa ibu bapa memainkan peranan
2. Perbincangan
penting bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak.
3. Laporan • Calon dihendaki mengulas pernyataan tersebut.
2019 • Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa sikap segelintir masyarakat

4. Fakta yang sering membuang sampah di merata-rata tempat dikatakan masih
berlaku di negara kita.
5. Peribahasa • Calon dihendaki membincangkan langkah-langkah untuk menangani
1. Fakta masalah tersebut.
• Soalan ini menyatakan bahawa calon sebagai setiausaha Kelab Bimbingan
2. Ulasan dan Kerjaya yang telah menganjurkan lawatan ke Ekspo Pendidikan 2019
2018 di sebuah universiti tempatan.
• Calon dihendaki menulis laporan tentang lawatan tersebut.
3. Pidato • Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa produk-produk makanan keluaran
4. Perbincangan Malaysia seperti makanan ringan, makanan dalam tin, dan makanan sejuk
beku berpotensi untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa.
• Calon dihendaki menjelaskan usaha-usaha untuk memasarkan produk
tersebut ke peringkat antarabangsa.
• Soalan ini bermuatkan peribahasa ‘jauh perjalanan, luas pemandangan,
banyak pengalaman’ yang sering dikaitkan dengan aktiviti pelancongan.
• Calon dihendaki menghuraikan faedah-faedah aktiviti pelancongan.
• Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa penglibatan dalam aktiviti
kokurikulum banyak memberikan faedah kepada murid.
• Calon dihendaki menghuraikan faedah-faedah penglibatan murid dalam
aktiviti kokurikulum.
• Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa ibu bapa perlu memupuk
sikap saling menghormati antara kaum dalam kalangan anak-anak sejak
kecil lagi.
• Calon dihendaki mengulas pernyataan tersebut.
• Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa ‘Sukan Mengukuhkan
Perpaduan’.
• Calon dihendaki menulis teks pidato itu selengkapnya.
• Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa Malaysia sentiasa menjalinkan
hubungan baik dengan negara-negara luar dalam pelbagai bidang seperti
pendidikan, sosial, dan ekonomi.
• Calon dihendaki membincangkan kepentingan-kepentingan hubungan baik
tersebut.

35

B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 1 Karangan

Bab 1 5. Sastera • Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa karya sastera seperti novel
1. Ulasan yang diadaptasi dalam bentuk drama atau filem banyak memberikan
2017 2. Fakta manfaat kepada pelbagai pihak.
2016 3. Fakta
• Calon dihendaki menjelaskan pernyataan tersebut.
4. Rencana • Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa setiap anak seharusnya
5. Sastera
1. Ceramah mempunyai impian untuk menjadi individu kebanggaan keluarga.
2. Fakta • Calon dikehendaki mengulas pernyataan tersebut.
3. Ulasan • Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa sekolah turut berperanan
4. Perbincangan
5. Sastera dalam pemupukan amalan mencintai alam sekitar dalam diri murid-murid.
• Calon dikehendaki menghuraikan peranan sekolah dalam pemupukan

amalan tersebut dalam diri murid-murid.
• Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa sebagai negara yang subur

dan kaya dengan pelbagai sumber, Malaysia seharusnya menuju ke arah
negara yang membekalkan makanan yang cukup kepada rakyatnya di
samping mengurangkan kebergantungan kepada makanan yang diimport.
• Calon dikehendaki menjelaskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara yang menghasilkan makanan yang
cukup untuk rakyatnya.
• Dinyatakan bahawa calon ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk
“Kebaikan-kebaikan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) kepada Masyarakat Antarabangsa”.
• Calon dikehendaki menulis rencana tersebut selengkapnya.
• Soalan ini bermuatkan petikan gurindam yang menjelaskan bahawa
individu bersifat pemurah mudah memperoleh pertolongan daripada
orang lain.
• Calon dikehendaki menjelaskan kelebihan-kelebihan lain yang diperoleh
individu yang bersifat pemurah.
• Soalan ini mengandaikan calon sebagai pengerusi kelab dan diminta
untuk menyampaikan ceramah.
• Tajuk ceramah calon ialah “Cara-cara Mengurangkan Risiko Kemalangan
Jalan Raya dalam Kalangan Murid”.
• Calon dikehendaki menulis teks ceramah itu selengkapnya.
• Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa remaja kini terdedah kepada
pelbagai cabaran hidup akibat pengaruh rakan sebaya, media massa,
dan budaya Barat.
• Calon dikehendaki menghuraikan peranan ahli keluarga dalam membantu
para remaja menghadapi cabaran-cabaran tersebut.
• Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa sikap kurang prihatin terhadap
alam sekitar telah menyebabkan berlakunya banjir yang membawa
pelbagai kesusahan kepada banyak pihak.
• Calon dikehendaki mengulas pernyataan tersebut.
• Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa tahap kesedaran masyarakat
tentang penyakit berbahaya yang mengancam nyawa manusia seperti
barah dan demam denggi masih rendah.
• Calon dikehendaki membincangkan pernyataan tersebut.
• Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa golongan sasterawan banyak
memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara melalui karya yang
dihasilkan, khususnya dalam pemupukan nilai-nilai murni
• Calon dikehendaki memberikan pendapat tentang cara-cara menghargai
sumbangan golongan sasterawan di negara kita.

36

1 . Laporan BBahahasaasaMMalealyaysiua  SPM   Bab 1 Karangan  Bab 1

2. Ulasan • Soalan ini menyatakan bahawa calon salah seorang sukarelawan yang
terlibat dalam memberikan bantuan kepada mangsa bencana alam.
3. Fakta
2015 • Calon dihendaki menulis laporan laporan tentang kejadian bencana alam
tersebut dan bantuan-bantuan yang telah diberikan.
4. Fakta
5. Sastera • Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa aktiviti rekreasi seperti aktiviti
melancong, berkelah, dan bersenam membawa pelbagai manfaat kepada
masyarakat.

• Calon dihendaki mengulas pernyataan tersebut.
• Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa setiap kaum di Malaysia

mengamalkan budaya warisan kaum masing-masing seperti cara
berpakaian dan adat perkahwinan.
• Calon dihendaki menjelaskan kepentingan-kepentingan mengekalkan
budaya warisan tersebut.
• Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa banyak usaha telah dijalankan
oleh pelbagai pihak untuk memastikan keamanan sejagat dapat
direalisasikan.
• Calon dihendaki menghuraikan usaha-usaha tersebut.
• Soalan ini bermuatkan pernyataan bahawa calon telah membaca karya
sastera yang mengandungi banyak perkara yang boleh dijadikan pedoman
hidup.
• Calon dihendaki menjelaskan perkara-perkara yang dapat dijadikan
pedoman dalam kehidupan kita.

Karangan Surat Kiriman Rasmi

1. Surat kiriman rasmi meliputi: (e) surat pesanan
(a) surat aduan (f) surat permohonan
(b) surat bantahan (g) surat rayuan
(c) surat edaran (pekeliling)

(d) surat jemputan/ undangan

2. Tulis perkara dengan jelas sama ada surat rayuan, aduan, permohonan, jemputan, atau sebagainya.

3. Surat kiriman rasmi bersifat formal. Oleh itu, anda mestilah menggunakan bahasa yang baku dan
ejaan serta tanda baca yang betul.

4. Isi surat
(a) Pada perenggan pertama, pengirim hendaklah memperkenalkan diri dan menjelaskan perkara/
tajuk surat.
(b) Perenggan seterusnya hendaklah menghuraikan isi-isi penting.
(c) Pada perenggan akhir, tulislah harapan pengirim.

5. Bahasa surat kiriman rasmi
(a) Bahasa hendaklah sopan.
(b) Elakkan daripada menggunakan peribahasa dan ungkapan yang dapat menyinggung perasaan
penerima.
(c) Pada perenggan pertama, eloklah menggunakan ungkapan yang sopan seperti Sukacita
dimaklumkan..., Saya dengan sukacitanya..., Saya dengan hormatnya..., dan sebagainya.
(d) Pada perenggan akhir boleh menggunakan ungkapan seperti Diharap rayuan kami mendapat
pertimbangan yang sewajarnya…, Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan daripada
pihak tuan..., dan sebagainya.

37

Bab 1 B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 1 Karangan

6. Format surat rasmi adalah seperti yang berikut.
 Alamat penuh pengirim ditulis di sudut atas sebelah kiri surat.
 Garis panjang melintang di bawah alamat pengirim.
 Nama/ Jawatan dan alamat penuh penerima ditulis di bawah garis melintang dengan menggaris
alamat terakhir penerima.
 Tarikh ditulis di sebelah kanan surat dan sebaris dengan alamat terakhir penerima. Gunakan
huruf besar bagi menulis nama bulan dan bubuh tanda noktah selepas menulis tahun.
 Panggilan hormat penerima seperti Dato’, Datin, Tuan, Puan, atau sebagainya ditulis di bawah
alamat terakhir penerima setelah diselang satu baris. Bubuh tanda koma di hujung panggilan
tersebut.
 Perkara ditulis selepas panggilan hormat penerima. Langkau satu baris kosong daripada panggilan
hormat penerima dan garis di bawahnya. Gunakan huruf besar pada setiap awal perkataan.
Noktah tidak perlu dibubuh pada akhir ayat.
 Pemerengganan diberikan nombor kecuali perenggan pertama. Mulakan perenggan pertama dan
akhir dari tepi surat.
 Pengakuan pengirim seperti Yang benar, Yang menurut perintah, dan sebagainya ditulis di sebelah
kiri setelah diselang tiga baris dari perenggan akhir atau penutup surat. Bubuh tanda koma di
akhir pengakuan pengirim.
 Kemudian, bubuh tandatangan di bawah pengakuan pengirim.
 Nama penuh pengirim ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan di bawah tandatangan.
Tulis jawatan dan persatuan yang diwakili di bawah nama pengirim.

Format Surat Kiriman Rasmi

(Alamat pengirim)

(Garisan)
(Nama dan alamat penerima surat)

D
(Tuan/ Puan/ Dato’)     (Tarikh)  
(Perkara/ Tajuk)  F
Pendahuluan 123 14243
G 2.

Isi surat

38

BBahahasaasaMMalealyaysiua  SPM   Bab 1 Karangan 

3. Bab 1

4.1444444444442444444444443 14243

2 – 6 Isi surat
5.

6.

7.

Penutup

H 321 J
(Pengakuan penulis)

(Tandatangan) I
(Nama penuh penulis)
(Jawatan penulis)



Karangan Cemerlang

Penduduk tempat anda tinggal yang kebanyakannya petani menghadapi masalah untuk mengusahakan
tanaman kerana kekurangan alatan pertanian. Selaku setiausaha jawatankuasa penduduk, anda diminta
untuk menulis surat permohonan bagi mendapatkan bantuan alatan pertanian daripada pihak pejabat
pertanian daerah. Tulis surat itu selengkapnya yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

80, Kampung Jasa Sepakat,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.

——————————————————————————————————–––———————

Pegawai Pertanian Daerah,
Pejabat Pertanian Daerah Kuala Nerang,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman. 30 JANUARI 20XX.

Tuan,
Memohon Bantuan Alatan Pertanian

39

B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 1 Karangan

Bab 1 Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya selaku setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jasa Sepakat ingin memohon bantuan alatan pertanian
bagi kemudahan penduduk kampung kami mengusahakan tanah dan seterusnya meningkatkan
hasil pertanian di kampung kami.
2. Untuk maklumat pihak tuan, kami dalam proses mengusahakan projek tanaman bersepadu
di kebun kami sebagai menyahut seruan kerajaan agar para petani mempelbagaikan hasil tanaman
mereka. Oleh itu, kami memerlukan beberapa alat penting bagi memudahkan kami mengusahakan
tanah kami untuk tujuan tersebut. Alat-alat yang kami perlukan adalah seperti yang berikut.
2.1  Tiga buah penyembur racun
2.2  Sebuah jentera pembajak
3. Oleh sebab kami tidak mempunyai alat-alat tersebut, sukar bagi kami untuk mengusahakan
tanah secara intensif bagi tujuan komersial. Hal ini menyebabkan beberapa orang penduduk
terpaksa memajakkan tanah mereka dengan bayaran yang murah untuk diusahakan dengan
tanaman kontan seperti pisang dan betik. Namun begitu, ada antara mereka yang tidak menerima
sebarang bayaran daripada pemajak setelah tanah mereka diusahakan, sebaliknya pemajak akan
menjaga pokok kelapa sawit atau getah tuan tanah itu hingga beberapa tahun. Hal ini merugikan
penduduk kerana terpaksa menunggu lama sebelum kebun tersebut mengeluarkan hasil.
4. Biasanya selepas pokok getah tua ditebang, kami akan mengusahakan tanah secara kecil-
kecilan dengan pelbagai tanaman yang biasanya berbentuk sara diri. Kebanyakan daripada kami
tidak mampu mengupah pemilik jentera pembajak kerana bayarannya mahal. Sebahagian daripada
kami pula membiarkan tanah yang baru ditanam semula menjadi semak tanpa tanaman kontan.
Jika ada jentera pembajak, kami dapat membajak dan menggemburkan tanah dengan cepat serta
mengusahakan tanah secara komersial. Oleh itu, kami amat memerlukan sebuah jentera pembajak
bagi tujuan tersebut.
5. Terdapat beberapa orang kampung yang mahir menggunakan jentera pembajak serta
mempunyai pengalaman membajak dan menggemburkan tanah. Oleh itu, pihak kami tidak
mempunyai masalah untuk menguruskan penggunaan jentera tersebut.
6. Mesin penyembur racun pula sangat penting bagi mempercepat kerja pembersihan tanah
dan menyembur racun serangga terhadap tanaman. Penggunaan penyembur racun tanpa jentera
memerlukan tenaga yang banyak, amat lambat, serta sudah kurang sesuai digunakan. Oleh itu,
kami memerlukan mesin penyembur racun bagi tujuan tersebut.
7. Kami juga telah mempunyai tapak untuk menyimpan jentera pembajak dan alat-alat
pertanian sekiranya mendapat sumbangan daripada pihak tuan.
8. Kami berharap agar pihak tuan dapat menghantar para pegawai tuan untuk meninjau
kawasan pertanian yang bakal kami usahakan dan meneliti permasalahan kami akibat tiada alatan
pertanian moden untuk mengusahakan kawasan tersebut.

9. Kami juga amat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami
agar impian kami menjadi kenyataan. Segala jasa baik dan kerjasama daripada pihak tuan kami
dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang menjalankan tugas, Fokus

...........M....o..h.a..m...a..d...N....a..s.i.r..u..d.d..i.n..................... E-mel sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan
masalah pertanian kepada [email protected]

(MOHAMAD NASIRUDDIN DAUD)
Setiausaha,
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung,
Kampung Jasa Sepakat.

40

BBahahasaasaMMalealyaysiua  SPM   Bab 1 Karangan  Bab 1

8

Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada
350 patah perkataan.
1. Kes-kes salah laku di sekolah-sekolah mutakhir ini lebih mirip kepada ala gengsterisme. Anda

berpendapat bahawa pihak sekolah harus menjalankan kajian yang serius untuk mencari punca-punca
gejala ini agar dapat diatasi dan tidak menular dalam kalangan murid. Sebagai murid yang prihatin,
anda ingin memberikan pendapat tentang punca-punca gejala ini kepada pengetua sekolah supaya
tindakan sewajarnya dapat diambil.
Tulis surat itu selengkapnya.

2. Gangguan bekalan air kerap kali berlaku di tempat anda. Gangguan ini telah menyukarkan anda
sekeluarga serta penduduk setempat melakukan aktiviti harian. Tulis sepucuk surat kepada pihak yang
berkenaan untuk mengadukan masalah tersebut.

Tulis surat itu selengkapnya.

3. Majlis perbandaran bercadang hendak memindahkan tapak pasar malam ke tempat lain. Keadaan
ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penjaja di situ. Anda sebagai setiausaha
Persatuan Penjaja Pasar Malam dikehendaki menulis sepucuk surat kepada pihak majlis perbandaran
untuk membantah tindakan tersebut.

Tulis surat itu selengkapnya dengan menyatakan sebab-sebab bantahan.

4. Baru-baru ini pemilik premis perniagaan telah menaikkan kadar sewa kedai di premis berkenaan.
Beberapa penyewa di situ termasuk anda tidak berpuas hati terhadap tindakan tersebut. Anda mewakili
penyewa di situ ingin menulis surat bagi membantah tindakan itu.

Tulis surat itu selengkapnya.

5. Masalah pencerobohan tanah kerajaan oleh pendatang asing tanpa izin sering berlaku di kawasan
kediaman anda. Selaku setiausaha jawatankuasa penduduk, anda diminta untuk menulis surat kepada
pihak yang berkenaan bagi mengadukan perkara itu.

Tulis surat itu selengkapnya.

Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

1. Surat kiriman tidak rasmi lazimnya dikirim kepada keluarga, saudara-mara, atau sahabat handai.
2. Surat kiriman tidak rasmi bersifat peribadi. Antara tujuan surat ini ditulis adalah untuk bertanyakan

khabar, menyampaikan ucapan tahniah, takziah, atau terima kasih, menceritakan sesuatu perkara, atau
sebagainya.
3. Bahasa yang baku, lembut, dan bersopan hendaklah digunakan ketika menulis surat ini. Gunakan
kata ganti nama yang sesuai untuk menggantikan panggilan penerima seperti saudara, saudari, bonda,
kanda, nenda, dan sebagainya.
4. Walau bagaimanapun, anda digalakkan untuk memasukkan peribahasa atau ungkapan yang sesuai
bagi menjadikan karangan anda lebih menarik.

41

Bab 1 B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 1 Karangan
5. Pastikan ejaan dan tanda baca yang digunakan adalah betul.
6. Karangan surat kiriman tidak rasmi mempunyai format khusus seperti yang berikut.1442443

 Alamat pengirim dan tarikh ditulis di bahagian atas sebelah kanan surat.
 Pembuka kata ditulis ke dalam sedikit selepas melangkaui dua baris dari tarikh.
 Kata ganti diri penerima seperti Ayahanda, Bonda, Saudara, Saudari, atau sebagainya ditulis
di sebelah kiri surat dan keluar sedikit.
 Isi surat ditulis mengikut perenggan (satu isi dalam satu perenggan).
 Penutup surat ditulis sejajar dengan pembuka kata.
 Pengakuan pengirim seperti Yang benar, Yang ikhlas, Sahabatmu, atau sebagainya ditulis di

sebelah kanan selepas melangkaui tiga baris kosong dari penutup.
 Tandatangan dibubuh di bawah pengakuan pengirim.
Format Surat Kiriman Tidak Rasmi

A
(Alamat pengirim)

Pendahuluan 123 144444424444443 1442443 B (Tarikh)
(Kata ganti diri pertama)

Ayahanda, C



D Isi surat






E
Penutup surat

(Pengakuan penulis) F
(Tandatangan penulis) G

42

BBahahasaasaMMalealyaysiua  SPM   Bab 1 Karangan  Bab 1

Karangan Cemerlang

Adik anda baru mendaftar masuk ke sekolah berasrama. Dia telah menulis surat kepada anda dan
menyatakan masalahnya yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru dialaminya.
Balas surat adik anda itu yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

35, Jalan Tanjung,
Felda Sri Cahaya,
85200 Jementah,
Segamat,
Johor Darul Takzim.
25 Februari 20XX.


Menemui adinda Mazuin yang dikasihi. Semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat wal afiat dan
sejahtera selalu.
Adinda,
Surat yang adinda kirim telah selamat kakanda terima dua hari yang lalu. Terima kasih
kerana adinda sudi meluangkan masa untuk menulis surat kepada kakanda walaupun sibuk dengan
pelajaran dan aktiviti kokurikulum. Apabila adinda menyatakan bahawa adinda menghadapi
masalah untuk menyesuaikan diri di asrama tempat adinda belajar, kakanda berasa sangat risau.
Kakanda segera meluangkan masa menulis surat ini kepada adinda. Semoga surat kakanda ini akan
dapat melapangkan hati adinda dan kata-kata yang kakanda tuliskan ini dapat menjadi perangsang
kepada adinda untuk meneruskan pelajaran dengan hati yang tenang.
Apabila adinda tinggal di tempat dan mengalami suasana yang baru, memang sukar untuk
menyesuaikan diri. Apatah lagi kini adinda tinggal berjauhan daripada keluarga. Tambahan pula,
sebelum ini banyak perkara dalam kehidupan adinda di rumah diuruskan oleh bonda. Kehidupan
di asrama memang memerlukan jadual yang ketat. Asrama sememangnya dibina khas untuk
murid-murid agar mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran. Adinda
perlulah bersabar. Kakanda yakin bahawa lama-kelamaan adinda akan dapat menyesuaikan diri
dengan suasana di situ.
Adinda,
Masalah yang adinda alami ini sebenarnya sering berlaku kepada sebilangan murid yang
tinggal di asrama. Ada antara mereka yang pulang ke sekolah asal masing-masing. Janganlah
sekali-kali adinda mengambil tindakan yang kurang bijak seperti itu dan belajar di sekolah yang
berhampiran dengan kampung kita. Adinda perlu ingat bahawa belajar di sekolah berasrama dapat
membantu adinda belajar dengan lebih baik dan seterusnya memperoleh kecemerlangan. Kini,
selepas adinda mendapat peluang ini, janganlah adinda mensia-siakannya. Kesempatan ini tidak
akan datang dua kali dalam hidup adinda. Banyak murid yang ingin belajar di sekolah berasrama
tetapi mereka tidak berpeluang.
Di asrama, adinda berkesempatan untuk belajar dan bergaul dengan rakan-rakan yang datang
dari pelbagai negeri. Adinda mungkin belum mengenali mereka dengan lebih rapat. Kakanda yakin
bahawa adinda akan mengalami kehidupan yang lebih seronok apabila telah berkawan dengan
mereka kelak.

43

Bab 1 B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 1 Karangan

Adinda,
Setiap orang menghadapi masalah dalam hidup mereka. Masalah adinda ini sebenarnya
kecil sahaja. Orang yang berani menghadapi masalah itulah orang yang berjaya. Satu perkara yang
perlu adinda jadikan ingatan ialah harapan ayahanda dan bonda yang ingin melihat adinda berjaya
menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya berjaya dalam hidup. Adindalah satu-satunya
harapan keluarga kita yang mempunyai potensi untuk merealisasikan harapan tersebut.
Nasihat kakanda yang terakhir sebelum kakanda menutup bicara ini ialah janganlah adinda
lupa akan Tuhan. Rajin-rajinlah bersembahyang dan berdoa agar adinda sentiasa diberikan
petunjuk, ketenangan, dan hati yang tabah. Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada kakanda
dan keluarga untuk adinda.
Sekian, terima kasih.
Kakandamu,
Khairul Anwar Jasman

9

Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada
350 patah perkataan.
1. Anda telah menonton suatu rancangan wawancara yang disiarkan melalui televisyen. Tokoh yang

diundang merupakan tokoh sasterawan. Beliau telah menyentuh perkara yang berkaitan dengan
faedah-faedah mempelajari Komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Anda ingin
memberitahu rakan anda di luar negara tentang perkara tersebut.
Tulis sepucuk surat kepada rakan anda itu.
2. Rakan anda yang berada di luar negara ingin mengetahui keadaan krisis ekonomi atau kegawatan
ekonomi yang melanda negara anda. Tulis sepucuk surat kepada rakan anda itu untuk menjelaskan
kedudukan sebenar krisis tersebut serta langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan.
Tulis surat itu selengkapnya.
3. Anda sedang menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi tempatan. Anda berhasrat hendak memiliki
sebuah komputer bagi kegunaan pembelajaran. Tulis sepucuk surat kepada keluarga anda untuk
memohon jasa baik mereka membelikan sebuah komputer. Dalam surat tersebut, nyatakan juga sebab-
sebab anda memerlukan sebuah komputer.
Tulis surat itu selengkapnya.
4. Sahabat pena anda di luar negara telah mendapat tahu tentang usaha gigih Malaysia untuk menarik
lebih banyak pelancong ke negara ini. Dia ingin mengetahui produk pelancongan yang disediakan
oleh Malaysia dengan lebih lanjut.
Jawab surat sahabat anda itu selengkapnya.
5. Sahabat anda sering mengeluh kerana banyak masa yang dihabiskan untuk mengulang kaji pelajaran,
tetapi prestasinya masih kurang memuaskan. Dia ingin meminta nasihat daripada anda sekali gus
ingin berkongsi rahsia dan petua kejayaan anda.
Jawab surat sahabat anda itu selengkapnya.

44

BBahahasaasaMMalealyaysiua  SPM   Bab 1 Karangan 

Karangan Dialog /  Wawancara
Bab 1
1. Dialog dan wawancara melibatkan sekurang-kurangnya dua orang yang berbual-bual tentang sesuatu14243 1442443 123 144424443
perkara atau isu.

2. Dalam peperiksaan, soalan tentang dialog lazimnya merangkumi perbualan biasa, iaitu secara
bersemuka atau perbualan telefon berdasarkan sesuatu situasi. Soalan tentang wawancara pula
menghendaki anda menemu ramah tokoh tertentu tentang sesuatu topik yang diberikan.

3. Perkara yang harus diambil perhatian apabila menulis karangan dialog atau wawancara adalah kedua-
dua pihak yang berbual mestilah saling bertanya dan memberikan jawapan atau pendapat.

4. Anda boleh memberikan keterangan ringkas tentang orang yang ingin diwawancara, tempat, masa,
situasi, dan sebagainya sebelum mula menulis dialog atau wawancara anda.

5. Karangan dialog dan wawancara mempunyai format yang khusus, iaitu nama orang yang bercakap
ditulis di sebelah kiri dan diikuti tanda titik bertindih. Setelah itu, tuliskan percakapan orang
tersebut.

6. Ayat-ayat yang mudah dan ringkas hendaklah digunakan dalam penulisan dialog atau wawancara.
Elakkan daripada menggunakan bahasa kasar, daerah, ayat yang menyalahi hukum tatabahasa, dan
kata singkatan seperti tak, nak, dah, dan sebagainya.

Format Karangan Dialog/ Wawancara

Pendahuluan
A

Isi wawancara (Nama pewawancara): B
Penutup D (Nama orang yang diwawancara): C
wawancara (Nama pewawancara):
(Nama orang yang diwawancara):
(Nama pewawancara):
(Nama orang yang diwawancara):

Penutup
karangan



45

B  BaahhaasasaMMaelalayysiua  SPM   Bab 1 Karangan

Karangan Cemerlang

Bab 1 Sejak akhir-akhir ini, kadar kemalangan jalan raya kian meningkat. Sebagai pemberita, anda telah
ditugaskan untuk mewawancara seorang pegawai polis bagi mendapatkan maklumat tentang punca-
punca kemalangan jalan raya dan langkah-langkah untuk mengatasinya. Panjang wawancara anda
hendaklah lebih daripada 350 patah perkataan.

B aru-baru ini, saya, Azman Othman, pemberita akhbar Semenanjung berkesempatan untuk
mewawancara Timbalan Penguasa Polis (TPP) Cawangan Trafik, iaitu Tuan Ramli Ismail pada
petang Sabtu lalu di pejabatnya. Dalam temu bual itu, TPP Ramli telah menjelaskan punca-punca
kemalangan jalan raya dan langkah untuk mengatasinya. Yang berikut ialah wawancara tersebut
sepenuhnya.

Azman: Selamat sejahtera, Tuan Ramli.

TPP Ramli: Selamat sejahtera.

Azman: Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana tuan sudi diwawancara.

TPP Ramli: Saya sedia memberikan maklumat yang berkaitan mengikut pengetahuan saya.

Azman: Sebagai pegawai yang berpengalaman, bolehkah tuan terangkan kadar kemalangan
jalan raya di negara kita yang semakin membimbangkan sejak kebelakangan ini?

TPP Ramli: Berdasarkan kajian polis, didapati bahawa kadar kemalangan jalan raya di
Malaysia berada di tahap tinggi dan membimbangkan. Pada Januari hingga Mac
tahun 20XX sahaja, sebanyak 87 668 kes telah dilaporkan berlaku.

Azman: Pada pendapat tuan, apakah punca utama kemalangan jalan raya di Malaysia?

TPP Ramli: Banyak sebab berlakunya kemalangan jalan raya. Sebab utama berlakunya kemalangan
berpunca daripada pemandu itu sendiri. Pihak kami mendapati bahawa ada pemandu
yang cuai ketika memandu tanpa mempedulikan pengguna jalan raya yang lain.
Ada juga pemandu yang memandu dalam keadaan berbahaya tanpa menghiraukan
peraturan jalan raya.

Azman: Selain sebab-sebab yang dinyatakan, apakah sebab-sebab lain berlakunya kemalangan
jalan raya?

TPP Ramli: Antara sebab lain berlakunya kemalangan jalan raya ialah pemandu yang mabuk.
Mereka menyebabkan kenderaan yang dipandu terbabas atau tidak dapat dikawal.
Terdapat juga pemandu yang membawa penumpang atau muatan yang berlebihan.
Kemalangan mudah berlaku sekiranya kenderaan itu dipandu dalam keadaan
yang laju.

Azman: Benarkah dakwaan sesetengah pihak bahawa persekitaran turut mempengaruhi
berlakunya kemalangan jalan raya?

TPP Ramli: Sebenarnya tidak dinafikan ada faktor lain yang menyebabkan kemalangan. Hal
ini termasuklah faktor mekanikal dan alam sekeliling seperti keadaan jalan raya
dan aspek luaran. Jalan raya yang licin sewaktu hujan dan pertambahan bilangan
kenderaan dapat meningkatkan kemalangan jalan raya.

Azman: Seperti yang diketahui, kemalangan jalan raya bukan sahaja memusnahkan
harta benda, bahkan juga meragut nyawa. Pelbagai langkah telah diambil untuk
mengatasinya. Bolehkah tuan jelaskan langkah-langkah yang telah diambil oleh
pihak polis untuk mengatasinya?

46

BBahahasaasaMMalealyaysiua  SPM   Bab 1 Karangan 

TPP Ramli: Berbagai-bagai cara telah dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mengurangkan kejadian Bab 1
kemalangan. Strategi yang digunakan adalah melalui sistem perundangan dengan
Azman: memperkemas peraturan dan undang-undang jalan raya, iaitu dengan meminda
TPP Ramli: Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 bagi menggantikan Road Traffic Ordinance
Act supaya menjadi lebih lengkap.
Azman: Apakah tujuan saman dikeluarkan? Apakah sekadar untuk menakutkan pengguna?
TPP Ramli: Sebenarnya pihak polis tidak boleh mengeluarkan saman sesuka hati. Saman
dikeluarkan untuk mendidik orang ramai supaya menjadi pemandu yang
Azman: menghormati peraturan serta dapat bertindak secara rasional apabila berada di
TPP Ramli: jalan raya.
Azman: Sikap cuai dan tidak bertimbang rasa sering dikaitkan dengan kemalangan jalan
TPP Ramli: raya. Bagaimanakah cara untuk mengatasi sikap cuai pemandu ini?
Pihak kami memberikan pendidikan dan kefahaman untuk menyedarkan
pengguna jalan raya supaya sentiasa bersopan ketika memandu. Antaranya
termasuklah kami telah mengadakan pameran, kempen, seminar, forum, dan
mengedarkan risalah kepada pengguna jalan raya. Di samping itu, perangkap had
laju telah dipasang di beberapa tempat di sepanjang lebuh raya seluruh negara.
Apakah tindakan lain yang akan diambil untuk mengatasi kemalangan jalan raya?
Pihak kerajaan juga telah mengambil langkah dengan membaiki jalan yang rosak
dan berlubang, memasang papan tanda amaran yang lebih banyak, dan lain-lain.
Terima kasih saya ucapkan sekali lagi atas kerjasama tuan menjelaskan semua
perkara ini.
Sama-sama.

Demikianlah wawancara saya dengan TPP Ramli Ismail tentang punca-punca kemalangan
jalan raya dan cara-cara untuk mengatasinya. Semoga dengan penjelasan ini dapat memberikan
kesedaran kepada semua pengguna jalan raya.

Keselamatan
Jalan Raya

INFO

10

Pilih satu daripada soalan di bawah ini dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada
350 patah perkataan.

1. Sebagai pengarang sebuah majalah, anda telah ditugaskan untuk mewawancara pegawai mergastua di
tempat anda tentang punca-punca yang menyebabkan spesies haiwan semakin pupus. Di samping itu,
anda juga ingin mengetahui usaha-usaha yang dilakukan bagi melindungi haiwan yang semakin pupus
itu.

Sediakan wawancara itu selengkapnya.

2. Kenaikan harga barang-barang telah membebankan para pengguna, terutama golongan yang
berpendapatan rendah. Sebagai pemberita, anda ditugaskan untuk mewawancara seorang pengguna
berhubung dengan isu kenaikan harga barangan dan masalah yang dihadapinya.

Tulis wawancara itu selengkapnya.

47


Click to View FlipBook Version