No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(1/18) Muka Surat / Page: 1 Drp / Of 17 KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET) KOD DAN NAMA PROGRAM/ PROGRAMME CODE & NAME MP-060-2:2013 AESTHETIC SERVICES TAHAP / LEVEL L2 KOD PROGRAM, KOD DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI/ PROGRAMME CODE, COMPETENCY UNIT CODE AND TITLE MP-060-2:2013-C03 MANUAL FACIAL SERVICE NOMBOR AKTIVITI KERJA DAN PENYATAAN/ WORK ACTIVITIES NUMBER AND STATEMENT 1. CHECK CLIENT CONSULTATION INFORMATION 2. CARRY OUT MANUAL FACIAL SERVICES PREPARATION 3. CARRY OUT CLIENT PREPARATION 4. PERFORM FACIAL CLEANSING 5. PERFORM FACIAL DEEP CLEANSING 6. CARRY OUT FACIAL MASSAGE 7. CARRY OUT FACIAL MASKING 8. CARRY OUT PROTECTIVE CARE PROCEDURE 9. PROVIDE HOME CARE ADVICE 10. UPKEEP SERVICE AREA NO. KOD / CODE NO:. MP-060-2:2013-C03/P(1/18) Muka Surat/ Page:1 Drp/ Of : 16 TAJUK/ TITLE: PENYEMAKAN MAKLUMAT KONSULTASI PELANGGAN TUJUAN / PURPOSE: Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang maklumat konsultasi pelanggan, jenis dan ciri kulit muka pelanggan dan keperluan pelanggan dengan lebih terperinci. BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(1/18) Muka Surat / Page: 2 Drp / Of 17 PENERANGAN / INFORMATION: Rawatan asas muka adalah perkhidmatan rawatan muka tanpa menggunakan mesin elektrik. Sebelum memulakan rawatan muka, juru estetik akan menyemak atau mengemas kini profil pelanggan dalam kad rawatan elanggan serta menyemak maklumat rundingan dalam borang persetujuan pelanggan. 1. MAKLUMAT KONSULTASI PELANGGAN 1.1 Maklumat konsultasi pelanggan merupakan borang analisa yang mengandungi semua maklumat pelanggan. Ia digunakan sebelum, semasa dan selepas rawatan. Borang ini juga sebagai rujukan ketika pelanggan kembali untuk melakukan rawatan dan perlu sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa. i) PROFIL PELANGGAN Profil pelanggan mempunyai maklumat berkaitan nama, umur, jantina, pekerjaan, nombor telefon, alamat dan lain-lain butiran peribadi pelanggan. Maklumat ini akan memudahkan juru estetik untuk menghubungi pelanggan dan menjalankan perkhidmatan selepas jualan (backup service). ii) SEJARAH PERUBATAN PELANGGAN Sejarah perubatan merujuk kepada butiran lengkap tentang keadaan kesihatan pelanggan. Setiap pelanggan mempunyai keadaan kesihatan dan kemungkinan alahan kepada ubatan yang berbeza. Maklumat ini amat penting dicatat dalam kad perkhidmatan bagi memudahkan juru estetik memberi khidmat nasihat yang bersesuaian, juga mengelakkan kemudaratan jika menggunakan ubatan yang menyebabkab alahan kepada pelanggan. Butiran sejarah perubatan adalah seperti: a. Jenis alahan (jika ada) b. Pengambilan ubatan c. Sejarah perubatan (pembedahan dll d. Penyakit yang dihadapi
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(1/18) Muka Surat / Page: 3 Drp / Of 17 iii) GAYA HIDUP PELANGGAN Gaya hidup merupakan corak kehidupan seseorang yang kebiasaannya dikaitkan dengan amalan pemakanan (diet) dan aktiviti fizikal (tabiat) yang dijalankan seharian. Setiap pelanggan berbeza dari segi amalan pemakanan dan tata cara kehidupan yang mana ini akan mempengaruhi tahap kesihatan individu. Maklumat tentang gaya hidup pelanggan memudahkan juru estetik memberikan khidmat nasihat yang bersesuaian agar dapat membantu pelanggan mendapatkan kesan rawatan yang dikehendaki (kulit muka berseri) dengan jenis rawatan yang bersesuaian dengan kulit muka pelanggan. Aspek-aspek gaya hidup yang mempengaruhi kesihatan kulit: a. Tabiat kehidupan • minum minuman beralkohol boleh memberi kesan garis-garis halus dan tanda dehidrasi dan bengkak pada kulit muka. Alkohol boleh menyebabkan kulit kelihatan lebih berusia. • merokok akan menyebabkan kulit menjadi kendur, menghasilkan garis halus dan warna kulit tidak sekata kesan daripada kandungan nikotin dan tar yang menghalang penyerapan nutrien dan oksigen oleh kulit. b. Tabiat makan (diet) • Mengambil makanan yang digoreng, berminyak serta mengandungi lemak dan karbohiderat yang tinggi menyebabkan pengeluaran sebum yang berlebihan yang mengakibatkan kulit mempunyai masalah jerawat atau kasar. • Pengambilan diet yang kaya dengan vitamin, mineral, antioksidan dan pelbagai khasiat pemakanan akan merangsang pertumbuhan kulit yang sihat. c. Senaman Senaman yang bersesuaian mengikut tahap umur merangsang pengambilan oksigen yang mencukupi dalam badan dan meningkatkan pengaliran darah, secara tidak langsung nutrien dapat diserap dengan berkesan dan juga melegakan tekanan. Senaman juga dapat menggalakkan tidur yang berkualiti, sel-sel kulit akan menjadi lebih ceria apabila mendapat rehat yang mencukupi.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(1/18) Muka Surat / Page: 4 Drp / Of 17 d. Tekanan dan emosi Tekanan dan emosi akan memburukkan keadaan kulit terutamanya kepada kulit yang mempunyai masalah jerawat, ekzema dan psoriasis. Badan akan mengeluarkan hormon (kortisol) yang meningkatkan pengeluaran sebum yang menyebabkan masalah jerawat bertambah serius. e. Faktor persekitaran Kerap terdedah kepada cahaya matahari/ uv rays, udara yang kotor serta suhu persekitaran yang terlalu sejuk atau panas akan mempengaruhi keadaan kulit muka. iv) KEMAMPUAN DAN KATEGORI PELANGGAN Keperluan dan kemampuan pelanggan adalah faktor yang paling utama dalam menentukan jenis produk dan perkhidmatan yang disarankan kepada pelanggan. Maka, juru estetik perlu peka dan prihatin tentang keperluan pelanggan bagi menjamin sesi konsultasi dapat dijalankan dengan berkesan. Secara umum, pelanggan dapat dikategorikan kepada jenis-jenis berikut: a. Pelanggan Setia Pelanggan setia adalah sedikit sahaja dari kalangan pelanggan yang lain, namun pelanggan setia ini menggalakkan lebih banyak jualan dan keuntungan berbanding pelanggan lain kerana ini merupakan golongan orang-orang yang berpuas hati. Pelanggan setia ini kerap datang ke salun untuk mendapatkan rawatan dan perkhidmatan juru estetik. Jadi, hendaklah sentiasa berhubung dan berinteraksi dengan mereka kerana mereka ini mahukan perhatian individu dan mereka juga mahukan kehormatan dan kesopanan apabila berinteraksi dengan mereka. b. Pelanggan Diskaun Pelanggan diskaun ini juga adalah golongan pelanggan yang kerap datang ke salun tetapi ketika salun mempunyai diskaun ke atas produk yang berjenama. Namun, ada juga yang datang kerap tetapi hanya untuk membeli produk yang rendah dan murah harganya. Sekiranya lebih diskaun atau promosi, maka, makin keraplah golongan ini akan datang ke salun.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(1/18) Muka Surat / Page: 5 Drp / Of 17 c. Pelanggan Impulsif Impulsif adalah golongan pelanggan yang sukar untuk diyakinkan walaupun produk tersebut adalah berkualiti. Golongan ini mempunyai semua butiran mengenai produk yang hendak dibeli dan akan membeli apa sahaja yang didapati baik dan produktif. Mengendalikan pelanggan ini adalah satu cabaran kerana mereka mempunyai pengetahuan tentang produk yang hendak dibelinya. Jika pelanggan impulsif ini dilayan sebaiknya, berkemungkinan mereka akan meninggikan peratusan jualan juru estetik. d. Pelanggan Bila Perlu Pelanggan ini hanya cenderung membeli barang berasaskan keperluan mereka yang lazim atau mempunyai keperluan khusus untuk mereka. Ini adalah pelanggan yang setia tetapi jarang datang ke salun. Golongan ini adalah golongan yang sukar untuk memuaskan hati mereka. Juru estetik hendaklah menangani secara positif dengan menerangkan cara dan sebab untuk mereka bertukar ke produk atau jenama lain supaya mereka tertarik untuk membeli. Pelanggan ini juga boleh hilang sekiranya juru estetik tidak bijak menanganinya. e. Pelanggan Biasa Pelanggan ini adalah pelanggan yang kurang memberikan keuntungan dan kadang-kala mereka sendiri tidak pasti untuk membeli apa yang diperlukan. Pelanggan-pelanggan ini biasanya menghabiskan masa untuk melawat salun dan hanya mengesahkan keperluan mereka terhadap produk. Mereka juga akan menyiasat ciri-ciri produk yang paling terkenal di pasaran tetapi tidak membeli di mana-mana salun atau menunjukkan minat untuk membeli. Untuk menangani pelanggan seperti ini, juru estetik perlu bijak menerangkan pelbagai kesan positif produk supaya mereka tertarik dengan produk.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(1/18) Muka Surat / Page: 6 Drp / Of 17 BORANG KONSULTASI PELANGGAN MAKLUMAT PERIBADI Nama : Lily binti Suhaimi Umur : 24 Tahun Alamat : 245 Jalan Melati, Jantina : Perempuan Taman Mewah, Tarikh lahir : 1 Januari 1996 21700 Kuala Berang No telefon : 013-9384000 Terengganu Pekerjaan : Pelajar Email : [email protected] : : Butiran Respon Pelanggan SEJARAH PERUBATAN Alahan habuk/ makanan laut / asap/ herba / lain-lain ( Tiada ) Pengambilan ubatan Ya - ( ) bulan/ tidak Pernah menjalani pembedahan dan bila? ya / tidak ( Tidak ) Penyakit yang dihidapi (kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, ashma) GAYA HIDUP Produk penjagaan kulit yang sedang digunakan Safi Rania Kekarapan terdedah di bawah matahari Jarang / Selalu / Kerap Waktu Tidur (7-8 Jam sehari) cukup / tidak mencukupi Diet Pengambilan air sehari ( 2 ) liter / ( ) gelas Tabiat merokok ya / tidak Saya sahkan maklumat yang diberikan di atas adalah benar Tandatangan pelanggan Tandatangan Juruestetik Nama pelanggan Lily binti Suhaimi Nama Juruestetik Hanafiah binti Ali Tarikh 14 Februari 2020 Tarikh 14 Februari 2020 Rajah 1: Borang Konsultasi Pelanggan
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(1/18) Muka Surat / Page: 7 Drp / Of 17 2. JENIS SERTA CIRI KULIT MUKA PELANGGAN 2.1 Jenis kulit muka perlu dikenalpasti sebelum melakukan rawatan supaya rawatan yang dilakukan bersesuai dengan kulit muka pelanggan. i) LAPISAN KULIT Kulit terbahagi kepada tiga bahagian iaitu epidermis, dermis dan hipodermis. Rajah 2: Lapisan Kulit a. Lapisan Epidermis Epidermis ialah bahagian paling luar dan kebanyakannya merupakan sel mati. Epidermis terbahagi kepada 5 lapisan iaitu : • Lapisan Korneum • Lapisan Lusidum • Lapisan Granulosum • Lapisan Spinosum • Lapisan Germinativum b. Lapisan Dermis • Lapisan kulit dibawah lapisan epidermis • Mengandungi tisu penghubung yang bertindak sebagai lapisan pelindung yang melindungi badan daripada tekanan dan kecederaan. • Merupakan satu lapisan tisu penyambung hidup dan adalah lebih tebal daripada epidermis. c. Hipodermis • Berada di bawah lapisan dermis. • Mengandungi tisu adipos (lemak). • Melindungi dan membekalkan tenaga kepada badan.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(1/18) Muka Surat / Page: 8 Drp / Of 17 • Memberikan kontur dan bentuk kepada badan. Rajah 3 : Lapisan atas Kulit Epidermis ii) JENIS DAN CIRI KULIT MUKA Jadual 1: Jenis dan Ciri kulit Muka Jenis Kulit Ciri-Ciri Kulit Normal Permukaan halus, tegang dan pejal. Lembut dan licin. Segar dan berseri. Lembap (moist). Tiada bintik-bintik atau jerawat. Kulit Berminyak Liang-liang roma terbuka, kasar, berkilat dan berminyak terutamanya di bahagian dahi, hidung dan dagu. Mudah berjerawat dan berbintik-bintik. Warnanya pudar. Kulit Kering Tegang dan mudah berkedut terutama di keliling mata dan bibir. Bersisik dan mengelupas. Kulit berasa tegang selepas dicuci. • Normal • Kering • Berminyak • Kombinasi • Matang
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(1/18) Muka Surat / Page: 9 Drp / Of 17 Jenis Kulit Ciri-Ciri Kulit Kombinasi Kulit jenis ini adalah campuran kulit biasa, berminyak dan kering. Bahagian “T” kulit muka berminyak (dahi, hidung & dagu). bahagian lain biasa atau kering. Kulit Matang Kering. Berkedut Sensitif terhadap suhu persekitaran dan berasa gatal. Mempunyai tompok hitam dan berjeragat. Warna kulit kusam dan tidak sekata. Kulit Berjerawat Akne biasa/ Vulgaris Terdapat papul, pustul, komedon, kecelaan, dan liang roma tersumbat pada kulit di bahagian muka, dada dan belakang badan. Akne Roasasea Biasanya terdapat di bahagian hidung, pipi dan dahi. Warna kulit kemerahmerahan. Terdapat papul, pustul dan liang roma tersumbat tetapi mungkin tiada komedon. Merupakan jenis akne yang kronik. Mudah terjadi jika selalu mengambil makanan pedas dan berempah. Sentiasa terdedah pada haba panas. Mengambil alkohol berlebihan Kuit Sensitif Mudah terjadi pada kulit kering tetapi boleh juga terjadi pada semua jenis kulit. Warna kulit kemerahmerahan terutama sekali pada pipi. Kulit berasa lebih panas apabila terdapat kapilari halus yang pecah. Kelihatan lemah, nipis dan kemungkinan berasa gatal.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(1/18) Muka Surat / Page: 10 Drp / Of 17 iii) Menganalisis Kulit Muka pelanggan Rajah 4: Contoh skin analyser. a. Cara menganalisis kulit muka pelanggan menggunakan skin analyser. Kenal pasti kulit muka pelanggan dengan menggunakan skin analyser. Pastikan kulit muka pelanggan bersih, kering dan bebas minyak. Pasangkan skin scanner mengikut manual. Sambungkan skin scanner pada TV atau komputer. Kenal pasti jenis kulit muka pelanggan. Tutup suis skin scanner. Pilih dan pasangkan kanta pada skin scanner (jika perlu). Pasangkan suis dan sentuhkan kanta skin scanner pada muka pelanggan. 1 2 3 4 5 6 7
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(1/18) Muka Surat / Page: 11 Drp / Of 17 b. Borang Analisis Kulit BORANG ANALISIS KULIT 6) JENIS KULIT MUKA 7) WARNA KULIT 8) TEKSTUR KULIT Normal (n) Sekata (sk) Halus (hl) Berminyak (m) / Kuning langsat (kl) Kasar (ks) Kering (k) Sawo matang (sm) / Kasap (kp) / Kombinasi normal-berminyak (nm) Gelap (g) Nipis (np) Kombinasi normal – kering (nk) Cerah (c) Licin (lc) 9) MASALAH KULIT MUKA 10)KEADAAN LIANG ROMA 11) INDIKASI KONTRA Jerawat / Normal a) Alergik Jeragat Terbuka / b) Tahi lalat Halus c) Bintik hitam / d) Bintik putih / e) Kedut f) Rajah 5: Borang Analisis Kulit 3. KEPERLUAN PELANGGAN 3.1 Mengendali pelanggan adalah kompetensi yang paling penting bagi seorang Juru estetik. Pelanggan akan berpuas hati sekiranya keperluan mereka dapat dipenuhi dan mereka akan berkunjung lagi kerana keyakinan atas produk dan perkhidmatan yang diberikan. Mereka juga akan memainkan peranan sebagai refferal pada masa akan datang, secara tidak langsung akan mempertingkatkan prestasi perniagaan salun. i) ASPEK PERKHIDMATAN, PRODUK DAN LAYANAN ISTIMEWA a. Kualiti Perkhidmatan: • Kebersihan dan keselamatan Jerawat ♦ Jeragat ░ Tahi lalat ● Bintik hitam ▪ Bintik putih ○ Kedut ≈ Liang terbuka # Liang halus * Rekodkan hasil analisis kulit pelanggan menggunakan simbol berikut dengan membuat lakaran pada rajah muka: ♦ ♦ # #
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(1/18) Muka Surat / Page: 12 Drp / Of 17 •Menepati masa • Ketepatan fakta • Keseragaman • Memenuhi kehendak pelanggan • Menjaga kepuasan pelanggan •Cekap b. Produk •Bersesuaian dengan pelanggan •Dalam keadaan baik dan sempurna •Kos berpatutan c. Layanan Istimewa Kemesraan, bertimbang rasa dan prihatin Inovatif Berintegriti Praktikal Fleksibel Topik perbualan yang boleh diamalkan semasa berbincang dengan pelanggan adalah masalah kulit yang dihadapi , tujuan dan kehendak, gaya hidup pelanggan, pelancongan dan trend semasa pakaian dan persolekan. ii) JENIS PRODUK DAN PAKEJ PERKHIDMATAN Rajah 6: Contoh Produk Perkhidmatan Fasial
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(1/18) Muka Surat / Page: 13 Drp / Of 17 Rajah 7: Contoh Pakej Perkhidmatan iii) KAEDAH PEMBAYARAN Pelanggan yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan di salun boleh melakukan bayaran melalui pelbagai cara. Antaranya adalah: Rajah 8: Kaedah Pembayaran Cara-cara pembayaran: a. Pemindahan Wang (melaui pemindahan bank atas talian) Pembayaran dilakukan oleh seseorang menggunakan wang dalam akaun banknya untuk dipindahkan ke akaun orang lain yang menggunakan sistem itu (online).
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(1/18) Muka Surat / Page: 14 Drp / Of 17 b. Kupon/ Voucher Diskaun Kupon atau voucher ini diberikan kepada pelanggan semasa promosi jualan atau sempena promosi perayaan. Ia boleh digunakan semasa pembayaran dibuat, potongan akan diberikan berdasarkan nilai kupon/ voucher. c. Bayaran Ansuran Pembayaran yang dibuat beberapa kali sehingga selesai hutang. Biasanya kaedah bayaran ini hanya diberikan kepada pelanggan tetap yang telah lama melanggani salun. Jumlah bayaran yang diterima akan direkodkan dalam kad persetujuan pelanggan yang mempunyai maklumat pakej promosi dan kaedah bayaran yang dipersetujui. d. Kad Kredit Kad yang membolehkan pelanggan membuat pembelian barangan atau perkhidmatan secara kredit. Jumlah wang yang boleh dibelanjakan bergantung kepada baki kredit pada kad tersebut. iv) PROMOSI/ DISKAUN Promosi jualan bermaksud rangsangan secara langsung yang menawarkan insentif atau nilai yang lebih ke atas produk atau perkhidmatan. Cara jualan ini adalah bagi tempoh masa yang singkat mengikut musim perayaan atau sambutan event tertentu. Ia bertujuan menarik pelanggan baharu dan menggalakkan pelanggan membeli. Tujuan promosi adalah untuk menarik perhatian, memujuk, meyakinkan, mengingatkan, menyedarkan atau mengajar pelanggan. a. Promosi Jualan Rajah 9: Contoh Brosur Promosi
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(1/18) Muka Surat / Page: 15 Drp / Of 17 b. Promosi Keahlian Rajah 10: Contoh Promosi Keahlian c. Promosi Kupon/ Voucher Diskaun Rajah 11: Contoh Promosi Kupon Diskaun
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(1/18) Muka Surat / Page: 16 Drp / Of 17 3.2 Borang Persetujuan Pelanggan merupakan pelanggan telah bersetuju untuk melakukan rawatan dan pelanggan perlu menandatangani borang tersebut. i) BORANG PERSETUJUAN PELANGGAN Rajah 12: Borang Persetujuan Pelanggan BORANG PERSETUJUAN PELANGGAN CADANGAN PERKHIDMATAN: Rawatan muka Kulit berminyak REKOD RAWATAN: Saya sahkan maklumat yang diberikan di atas adalah benar. Saya bersetuju menerima rawatan yang disarankan dan penerangan jelas mengenai rawatan telah disampaikan dan saya bersetuju untuk mematuhi cadangan penjagaan selepas menjalani rawatan ini. Tandatangan pelanggan: Tandatangan Juruestetik: Nama pelanggan: Lily binti Suhaimi Nama J uruestetik: Hanafiah binti Ali Tarikh: 14 Februari 2020 Tarikh: 14 Februari 2020 Tarikh Pakej Rawatan Produk Kaedah Bayaran Catatan T.T Pelanggan T.T Juruestetik 14 Februari 2020 Rawatan muka kulit berminyak Set kulit berminyak Tunai Temujanji susulan 28 Februari 2020
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(1/8) Muka Surat / Page: 17 Drp / Of 17 SOALAN / QUESTIONS: Jawab semua soalan. 1. Nyatakan tiga (3) jenis kulit muka. a. ___________________________________________________________________ b. ___________________________________________________________________ c. ___________________________________________________________________ 2. Nyatakan empat (4) cara pembayaran yang boleh dilakukan oleh pelanggan. a. ___________________________________________________________________ b. ___________________________________________________________________ c. ___________________________________________________________________ d. ___________________________________________________________________ RUJUKAN / REFERENCES: 1. Susan Cressy (2004). Beauty Therapy Fact File 4th Edition, Heineman Inspiring Generations. 2. Google Search Engine (2014). Gambar Pekerjaan, 6 Ogos 2014, 16:45
KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET) KOD DAN NAMA PROGRAM/ PROGRAMME CODE & NAME MP-060-2:2013 AESTHETIC SERVICES TAHAP / LEVEL L2 KOD PROGRAM, KOD DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI/ PROGRAMME CODE, COMPETENCY UNIT CODE AND TITLE MP-060-2:2013-C03 MANUAL FACIAL SERVICE NOMBOR AKTIVITI KERJA DAN PENYATAAN/ WORK ACTIVITIES NUMBER AND STATEMENT 1. CHECK CLIENT CONSULTATION INFORMATION 2. CARRY OUT MANUAL FACIAL SERVICES PREPARATION 3. CARRY OUT CLIENT PREPARATION 4. PERFORM FACIAL CLEANSING 5. PERFORM FACIAL DEEP CLEANSING 6. CARRY OUT FACIAL MASSAGE 7. CARRY OUT FACIAL MASKING 8. CARRY OUT PROTECTIVE CARE PROCEDURE 9. PROVIDE HOME CARE ADVICE 10. UPKEEP SERVICE AREA NO. KOD / CODE NO:. MP-060-2:2013-C03/P(2/18) Muka Surat/ Page: 1 Drp/ Of 14 TAJUK/ TITLE: PERSEDIAAN FASIAL MANUAL TUJUAN / PURPOSE: Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang persediaan ruang perkhidmatan fasial manual yang kondusif, susun atur bahan, alatan serta kelengkapan mengikut aliran kerja berdasarkan prinsip ergonomik, bahan, alatan, mesin serta kelengkapan fasial manual, jenis fungsi produk fasial manual serta bahan pupur muka dan amalan keselamatan serta kebersihan diri dengan lebih terperinci. BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(2/18) Muka Surat / Page: 2 Drp / Of 12 PENERANGAN / INFORMATION: Persediaan awal bertujuan untuk melancarkan proses kerja dilakukan. Persediaan awal meliputi persediaan bahan, alatan dan pelanggan. 1. PERSEDIAAN RUANG PERKHIDMATAN FASIAL MANUAL YANG KONDUSIF 1.1 Penyediaan tempat dan ruang yang kondusif dapat memastikan perkhidmatan yang berkesan dan menjadi tarikan kepada pelanggan. Rajah 1: Bilik Perkhidmatan Fasial Muka i) RUANG KERJA Juruestetik perlu menyemak buku temu janji untuk melihat kesediaan bilik/ ruang kerja mengikut tarikh dan masa yang dikehendaki oleh pelanggan. Tindakan ini adalah untuk mengelakkan pertindihan temu janji yang akan menyebabkan ketidakselesaan dan rasa tidak puas hati pelangan. ii) SUSUN ATUR UNIT KERJA Semua bahan, alatan dan kelengkapan yang diperlukan untuk perkhidmatan fasial manual perlu disediakan lebih awal supaya tidak kelam kabut apabila pelanggan tiba. Susun atur bahan, alatan dan kelengkapan di atas troli disusun dengan mengambil kira prinsip ergonomik dan mengikut aliran kerja supaya proses kerja sistematik dan teratur. iii) KEADAAN SALUN Keadaan salun dari segi pencahayaan, pengudaraan, suhu bilik dan wangian perlu diberi perhatian serius agar dapat menghasilkan suasana salun yang tenang, nyaman dan kondusif. Keselesaan pelanggan adalah salah satu faktor utama dalam menentukan kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(2/18) Muka Surat / Page: 3 Drp / Of 12 2. BAHAN, ALATAN, MESIN SERTA KELENGKAPAN FASIAL MANUAL 2.1 Bahan,alatan mesin serta kelengkapan perlu disediakan sebelum rawatan dimulakan. Produk yang dipilih hendaklah berdasarkan jenis kulit muka. Bahan dan peralatan disusun di atas troli dengan kemas dan teratur serta mengikut aliran kerja supaya memudahkan juruestetik menjalankan tugasan. i) ALATAN FASIAL MANUAL Comedon extractor Jam Papan penanda Berus pupur Mangkuk air Mangkuk pupur Spatula Span fasial/ Disposable tissue fasial ii) KELENGKAPAN RUANG KERJA FASIAL MANUAL Katil fasial Kerusi fasial Troli fasial
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(2/18) Muka Surat / Page: 4 Drp / Of 12 iii) PERKAKASAN FASIAL MANUAL Magnifying lamp Pengewap muka Kabinet ultra lembayung iv) BAHAN FASIAL MANUAL Consumable Kain gauze Putik kapas Pelitup muka Tisu muka Kapas fasial Hand Sanitizer Non-consumable Kot juruestetik Gaun fasial Non-consumable Ben Rambut Alas katil fasial Selimut/ Tuala besar Tuala kecil
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(2/18) Muka Surat / Page: 5 Drp / Of 12 v) PRODUK FASIAL MANUAL Pembersih solekan Pembersih Penyegar Krim/ minyak/ gel urut Pelembap Skrub Pupur mengeras/ Pupur tidak mengeras 3. JENIS,FUNGSI PRODUK SERTA BAHAN PUPUR MUKA FASIAL MANUAL 3.1 Pemilihan produk fasial dan bahan pupur perlu sesuai dengan kulit muka. Produk Jenis Fungsi i) PEMBERSIH • Pembersih susu (Cleansing milk) • Membersihkan kulit muka tetapi bukan secara mendalam. • Sesuai untuk kulit muda dan semua jenis kulit. • Kurang sesuai untuk kulit matang yang kering.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(2/18) Muka Surat / Page: 6 Drp / Of 12 Produk Jenis Fungsi Pembersih gel/ tidak berbuih (Cleansing gel) • Sesuai untuk semua jenis kulit. • Sesuai untuk kulit kering. Dapat membersihkan solekan dengan lebih sempurna. Pembersih berbuih (Cleansing foam) • Sesuai untuk kulit berminyak kerana ia mengandungi alkohol dan astringen yang boleh mengurangkan sebum serta memberi kesan kering pada kulit. Pembersih krim (Cleansing cream) • Sesuai untuk semua jenis kulit. • Sangat sesuai untuk kulit kering. • Dapat membersihkan solekan dengan lebih sempurna. Pembersih cecair (Liquid cleanser) • Sesuai untuk semua jenis kulit. • Boleh digunakan pada semua bahagian muka termasuk kulit di sekeliling mata. • Larut dalam air. • Boleh dibilas dengan air. Sabun muka (Face soap) • Sangat mudah digunakan. • Harga lebih murah. Kulit terasa kesat kerana pH kulit berubah. ii) SKRUB • Menanggalkan sel kulit mati pada wajah. iii) KRIM URUT Massage oil / cream • Digunakan semasa mengurut muka. • Melicinkan pergerakan urutan.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(2/18) Muka Surat / Page: 7 Drp / Of 12 Produk Jenis Fungsi iv) PUPUR Pupur Mengeras Pupur tanah liat • Mengurangkan jerawat. • Mengurangkan pengeluaran sebum pada kulit. • Mengecilkan liang roma. • Memutihkan bekas parut. • Menegangkan kulit matang. Pupur tidak Mengeras Pupur biologi • Melembapkan dan menyuburkan kulit muka. • Meredakan iritasi pada kulit. Pupur komersial • Pupur jenis ini biasanya diliputi dengan serum yang kaya dengan vitamin dan mineral. • Memutih dan menegangkan kulit muka. Melembapkan kulit muka. v) PENYEGAR Astringen • Sesuai untuk kulit berminyak yang tidak sensitif. • Memberikan kesan sejuk dan segar. Cepat tersejat daripada kulit. Toner • Sesuai untuk kebanyakan jenis kulit kecuali kulit kering, matang dan sensitif. • Memberikan kesan sejuk. • Cepat tersejat daripada kulit.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(2/18) Muka Surat / Page: 8 Drp / Of 12 Produk Jenis Fungsi vI) PELEMBAP Pelembap krim • Mengawal pengeluaran sebum di samping melembapkan dan melindungi kulit. • Sesuai untuk kulit kering. • Sangat sesuai untuk tempat bercuaca dingin. • Dapat memberi perlindungan yang tahan lebih lama berbanding dengan jenis pelembap yang lain. Pelembap losyen • Sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi. • Pelembap yang paling selesa di pakai kerana kulit tidak berasa kesan berminyak. • Memberikan kelembapan yang mencukupi dan sesuai walaupun kulit berjerawat. • Mengawal pengeluaran sebum di samping melembapkan dan melindungi kulit. 4. SUSUN ATUR BAHAN, ALATAN SERTA KELENGKAPAN FASIAL MANUAL MENGIKUT ALIRAN KERJA BERDASARKAN PRINSIP ERGONOMIK 4.1 Ergonomik merupakan hubungan antara persekitaran tempat kerja dengan manusia untuk mengatasi pelbagai jenis risiko bahaya terhadap para pekerja. Ianya diaplikasikan di tempat kerja agar kesihatan dan keselamatan pekerja terjamin. Rajah 2: Susun Atur Bahan dan Alatan di Troli Mangkuk pupur Mangkuk air Produk fasial Bakul sampah Bahan fasial Alatan fasial
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(2/18) Muka Surat / Page: 9 Drp / Of 12 i) SUSUN ATUR BAHAN DAN ALATAN DI ATAS TROLI a. Tingkat atas Bahan dan alatan kecil yang hendak diguna terlebih dahulu hendaklah diletak dihadapan dan terdekat dengan juruestetik. Juruestetik mesti mengenal pasti yang mana perlu digunakan dan hendaklah mengikut turutan dalam melaksankannya. Jika perlu juruestetik boleh melebelkan yang mana perlu digunakan dahulu dan bahan yang sudah diguna dan tidak diperlukan lagi boleh diletak kebelakang . b. Tingkat Tengah Alatan yang diletak di atas tingkat ini ialah mangkuk air kerana memberikan keselesaan kepada juruestetik melakukan kerja. c. Tingkat Bawah Biasanya diletakkan tuala besar dan tuala kecil untuk kegunaan sebelum dan selepas pelaksanaan pembersihan kulit muka. Rajah 3: Ruang Kerja Fasial Muka Kerusi Troli Katil fasial Tuala Ben Rambut Gaun Fasial Tuala Selimut
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(2/18) Muka Surat / Page: 10 Drp / Of 12 ii) SUSUN ATUR RUANG KERJA FASIAL MUKA a. Katil fasial •Pastikan katil berada dalam keadaan yang baik untuk digunakan. •Pastikan alas katil dan selimut bersih. Ia hendaklah ditukar setiap kali selepas perkhidmatan pelanggan dilakukan. •Alas katil hendaklah sentiasa dikemas. Bunga atau tuala yang digubah boleh letak di atas katil sebagai hiasan. •Pilihan warna lembut digalakkan. b. Kerusi fasial • Kerusi fasial juruestetik perlu dibuat daripada bahan yang kukuh dan mantap agar dia dapat menjalankan perkhidmatan dengan lebih yakin dan selamat. c. Bakul sampah • Bakul sampah perlu disediakan berdekatan dengan katil rawatan bagi memudahkan juruestetik membuang bahan yang sudah digunakan seperti kertas tisu atau kapas. Persediaan ini juga dapat menjamin kebersihan ruang kerja. d. Selimut • Selimut untuk pelanggan mestilah bersih dan tidak terlalu lusuh. Pilihan warna juga mestilah bersesuian dengan warna dinding ruang kerja. 5. AMALAN KESELAMATAN SERTA KEBERSIHAN DIRI SEMASA BEKERJA 5.1 Amalan keselamatan dan kebersihan dapat memastikan suasana kerja dalam persekitaran tempat kerja yang teratur dan selamat tanpa berlakunya kemalangan ataupun kecederaan.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(2/18) Muka Surat / Page: 11 Drp / Of 12 i) AMALAN KESELAMATAN JURUESTETIK SEMASA BEKERJA a) Pakai kelengkapan perlindungan diri yang sesuai semasa melakukan kerja. b) Elakkan memberi perkhidmatan semasa berada dalam keadaan yang tidak sihat. c) Lakukan kerja dengan cermat dan berhati-hati. d) Kerja dilakukan mengikut peraturan dan prosedur yang betul. e) Tanggalkan aksesori dan barang kemas di tangan sebelum melakukan perkhidmatan rawatan. f) Mengenal pasti indikasi kontra sebelum rawatan. g) Menyatakan kesan rawatan yang dilakukan kepada pelanggan. iii) AMALAN KEBERSIHAN JURUESTETIK SEMASA BEKERJA a) Berpakaian kemas, bersih dan selesa. b) Pastikan kuku juruestetik pendek. c) Bersihkan tangan sebelum melakukan perkhidmatan rawatan. d) Gunakan sarung tangan pakai buang jika perlu. e) Gunakan alat yang telah disteril semasa memberikan rawatan.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(2/18) Muka Surat / Page: 12 Drp / Of 12 SOALAN / QUESTIONS: Jawab semua soalan. 1. Nyatakan tiga (3) alatan fasial muka. a. ___________________________________________________________________ b. ___________________________________________________________________ c. ___________________________________________________________________ 2. Nyatakan lima (5) amalan keselamatan juruestetik semasa bekerja a. _____________________________________________________________________ b. _____________________________________________________________________ c. _____________________________________________________________________ d. ___________________________________________________________________________ e. ___________________________________________________________________________ RUJUKAN/REFERENCE : 1. Wong Jooo Lian, Chin Wee Kin, Nawawi bin Mohd.Jan, 2005, Persolekan Tingkatan 4 dan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Rohani Marude, 1989, Seni Kecantikan, Dewan Bahasa dan Pustaka 3. Chin Wee Kin, Ajizah binti Sudiman@ Mohd Shahed, Wong Joo Lian, Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut Tingkatan 5, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Lorraine Nordmann, 2019, Beauty Basic 1, Cengage Lerning.
KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET) KOD DAN NAMA PROGRAM/ PROGRAMME CODE & NAME MP-060-2:2013 AESTHETIC SERVICES TAHAP / LEVEL L2 KOD PROGRAM, KOD DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI/ PROGRAMME CODE, COMPETENCY UNIT CODE AND TITLE MP-060-2:2013-C03 MANUAL FACIAL SERVICE NOMBOR AKTIVITI KERJA DAN PENYATAAN/ WORK ACTIVITIES NUMBER AND STATEMENT 1. CHECK CLIENT CONSULTATION INFORMATION 2. CARRY OUT MANUAL FACIAL SERVICES PREPARATION 3. CARRY OUT CLIENT PREPARATION 4. PERFORM FACIAL CLEANSING 5. PERFORM FACIAL DEEP CLEANSING 6. CARRY OUT FACIAL MASSAGE 7. CARRY OUT FACIAL MASKING 8. CARRY OUT PROTECTIVE CARE PROCEDURE 9. PROVIDE HOME CARE ADVICE 10. UPKEEP SERVICE AREA NO. KOD / CODE NO:. MP-060-2:2013-C03/P(3/18) Muka Surat/ Page: 1 Drp/ Of 7 TAJUK/ TITLE: PERSEDIAAN PELANGGAN TUJUAN / PURPOSE: Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang teknik mengendalikan pelanggan, pakaian pelanggan semasa fasial manual, amalan keselamatan serta kebersihan pelanggan, penyimpanan barangan milik pelanggan di tempat yang selamat dan teknik serta prosedur persediaan pelanggan dengan lebih terperinci. BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(3/18) Muka Surat / Page: 2 Drp / Of 6 PENERANGAN / INFORMATION: Persediaan pelanggan bertujuan untuk melancarkan proses kerja dilakukan. Persediaan pelanggan meliputi teknik menangani pelanggan, teknik dan prosedur persediaan pelanggan serta jenis pakaian perkhidmatan yang sesuai untuk pelanggan. 1. TEKNIK MENGENDALIKAN PELANGGAN 1.1 Pengendalian pelanggan sebelum, semasa dan selepas secara bersemuka memerlukan kemahiran dan amalan etika yang baik. i) Mengalu-alukan kedatangan pelanggan. ii) Memastikan pelanggan dilayan dengan adil dan saksama. iii) Memastikan pelanggan selesa dan tenang. iv) Berkomunikasi dengan mesra dan menggunakan bahasa yang sopan untuk mendapatkan maklumat daripada pelanggan. v) Memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. vi) Sentiasa hormat kepada pelanggan. vii) Sentiasa mengucapkan terima kasih dan menggalakkan pelanggan supaya membuat rawatan ulangan mengikut keperluan. 2. PAKAIAN PELANGGAN SEMASA FASIAL MANUAL 2.1Penggunaan pakaian yang sesuai untuk pelanggan semasa perkhidmatan secara tidak langsung memberi perlindungan terhadap pencemaran. Penggunaan dan pemilihan pakaian seragam yang berwarna cerah, bersih dan sesuai juga penting supaya kekotoran akan mudah dikesan. i) Gaun Fasial Dipakai oleh pelanggan semasa melakukan rawatan. ii) Jubah Fasial Pakaian persalinan sementara yang dipakai oleh pelanggan sebelum dan selepas menukar pakaian.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(3/18) Muka Surat / Page: 3 Drp / Of 6 3. AMALAN KESELAMATAN SERTA KEBERSIHAN PELANGGAN 3.1Suasana persekitaran yang kemas, selesa dan selamat akan membuat pelanggan berasa selesa untuk mendapatkan perkhidmatan. Setiap alatan dan kelengkapan hendaklah disusun rapi dan berada dalam keadaan yang bersih. i) Amalan Keselamatan Semasa Persediaan Pelanggan. a) Tanggalkan aksesori dan barang kemas sebelum memulakan perkhidmatan. (i) Amalan Kebersihan Semasa Persediaan Pelanggan. a) Pastikan gaun fasial yang bersih untuk setiap pelanggan. 4. PENYIMPANAN BARANGAN MILIK PELANGGAN DI TEMPAT YANG SELAMAT 4.1 Barang milik pelanggan hendaklah dijaga dan disimpan di tempat yang selamat. i) Peti Simpanan Berkunci Menyimpan barangan berharga milik pelanggan seperti tas tangan dan barang kemas. Kunci peti diserahkan kepada pelanggan untuk elak daripada kecurian. Rajah 2: Peti Simpanan Berkunci
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(3/18) Muka Surat / Page: 4 Drp / Of 6 ii) Almari Berkunci Menyimpan barangan milik pelanggan seperti tas tangan, barang kemas dan pakaian.Kunci peti diserahkan kepada pelanggan untuk elak daripada kecurian. Rajah 3: Almari Berkunci 5. TEKNIK SERTA PROSEDUR PERSEDIAAN PELANGGAN 5.1 Persediaan pelanggan merupakan langkah kerja yang perlu dilakukan sebelum rawatan dilakukan. i)Minta pelanggan menukar pakaian dengan gaun fasial. ii) Minta pelanggan tanggalkan aksesori dan simpan di tempat yang selamat. iii) Mengiringi pelanggan ke unit perkhidmatan setelah semua keperluan telah lengkap disediakan. Persilakan pelanggan ke katil fasial. • Baring dan selimutkan pelanggan dengan cermat. iv) Balutkan rambut pelanggan dengan tuala dan kemaskan dengan ben rambut. • Lipat tuala dan letak pada bahagian kepala katil fasial.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(3/18) Muka Surat / Page: 5 Drp / Of 6 • Angkat satu penjuru tuala ke tengah dahi. • Kemaskan dengan ben rambut. • Angkat satu lagi penjuru tuala dan silangkan. v) Pastikan pelanggan berada dalam keadaan selesa. iv) Amalkan kebersihan dan keselamatan semasa bekerja.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(3/18) Muka Surat / Page: 6 Drp / Of 6 SOALAN / QUESTIONS: Jawab semua soalan. 1. Terangkan cara membalut pelanggan berdasarkan rajah. 2. Nyatakan dua (2) alatan yang diperlukan untuk menyediakan pelanggan? a.__________________________________________________________________ b.__________________________________________________________________ RUJUKAN/REFERENCE : 1. Wong Jooo Lian, Chin Wee Kin, Nawawi bin Mohd.Jan, 2005, Persolekan Tingkatan 4 dan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Rohani Marude, 1989, Seni Kecantikan, Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Chin Wee Kin, Ajizah binti Sudiman@ Mohd Shahed, Wong Joo Lian, Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut Tingkatan 5, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Lorraine Nordmann, 2017, The Foundations Beauty Therapy Level 2, Gengage Learning. __________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________
KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET) KOD DAN NAMA PROGRAM/ PROGRAMME CODE AND NAME MP-060-2:2013 AESTHETIC SERVICES TAHAP / LEVEL L2 KOD PROGRAM, KOD DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI/ PROGRAMME CODE, COMPETENCY UNIT CODE AND TITLE MP-060-2:2013-C03 MANUAL FACIAL SERVICE NOMBOR AKTIVITI KERJA DAN PENYATAAN/ WORK ACTIVITIES NUMBER AND STATEMENT 1. CHECK CLIENT CONSULTATION INFORMATION 2. CARRY OUT MANUAL FACIAL SERVICES PREPARATION 3. CARRY OUT CLIENT PREPARATION 4. PERFORM FACIAL CLEANSING 5. PERFORM FACIAL DEEP CLEANSING 6. CARRY OUT FACIAL MASSAGE 7. CARRY OUT FACIAL MASKING 8. CARRY OUT PROTECTIVE CARE PROCEDURE 9. PROVIDE HOME CARE ADVICE 10. UPKEEP SERVICE AREA NO. KOD / CODE NO:. MP-060-2:2013-C03/P(4/18) Muka Surat / Page: 1 Drp / Of 5 TAJUK / TITLE: PENGENALAN BERSIH MUKA TUJUAN / PURPOSE: Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang tujuan membersih muka, jenis bahan pembersih muka, fungsi dan maklumat produk dengan lebih terperinci. BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(4/18) Muka Surat / Page:2 Drp / Of 5 PENERANGAN / INFORMATION: Rawatan muka adalah sejenis perkhidmatan profesional untuk membaiki keadaan kulit. Berikut merupakan beberapa tujuan dan faedah merawat muka. 1. TUJUAN MEMBERSIH MUKA 1.1 Membersih muka secara teratur dapat membantu merawat kulit menjadi lebih bersih dan sihat. i) TUJUAN MEMBERSIH MUKA a. Membaiki keadaan kulit muka. b. Membersihkan kulit muka dengan sempurna. c. Mengekalkan keanjalan kulit.. d. Mengekalkan kesihatan kulit. e. Merehatkan dan mengurangkan tekanan pada kulit muka ii) FAEDAH MEMBERSIH MUKA a. Membersihkan lapisan epidermis kulit dengan mendalam. b. Merangsang peredaran darah. c. Membuang bahan toksik dari kulit. d. Merehatkan saraf dan otot fasial. e. Membaiki keadaan kulit muka yang kering, berminyak dan bermasalah. f. Melambatkan proses penuaan kulit. g. Mengurangkan kedutan pada kulit muka. h. Mempercepat fungsi dan pertumbuhan kulit 2. JENIS BAHAN PEMBERSIH MUKA, FUNGSI SERTA MAKLUMAT PRODUK 2.1 Pembersih muka adalah produk penjagaan muka yang digunakan untuk membuang bahan solekan, sel-sel kulit mati, minyak kotoran dan lain-lain jenis bahan pencemar yang melekat di kulit muka. Ini membantu untuk membuka liang pori bagi tujuan pembersihan secara intensif serta mencegah daripada penyakit kulit. i) JENIS BAHAN PEMBERSIH MUKA. a. Krim b. Losyen c. Foam wash
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(4/18) Muka Surat / Page:3 Drp / Of 5 d. Gel e. Sabun muka f. Susu ii) FUNGSI SERTA MAKLUMAT PRODUK Jenis bahan Pembersih muka Fungsi Maklumat Produk a. Krim • Sangat sesuai untuk kulit normal dan kering. • Dapat membersihkan solekan dengan lebih sempurna. • Tidak sesuai untuk kulit berminyak. • Boleh digunakan untuk urutan pembersihan secara mendalam. b. Losyen • Sesuai untuk semua jenis kulit. • Boleh digunakan pada semua bahagian muka termasuk kulit di sekeliling mata. • Merawat kulit berminyak • Larut dalam air. • Boleh dibilas dengan air. c. Foam wash • Sangat sesuai untuk kulit normal, berminyak dan kombinasi. • Mudah dan cepat digunakan. • Tidak sesuai untuk kulit kering dan kulit sensitif. d. Gel • Sesuai untuk semua kulit kecuali kulit kering dan sensitif. • Kulit berasa bersih dan segar. • Bertidak sebagai agen penghapus lebihan minyak di permukaan kulit
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(4/18) Muka Surat / Page:4 Drp / Of 5 Jenis bahan Pembersih muka Fungsi Maklumat Produk e. Sabun muka • Membersih kulit normal dan berminyak. • Tidak sesuai untuk kulit sensitif. • Sangat mudah digunakan. • Kulit terasa bersih dan segar. • Harga lebih murah. f. Susu • Sesuai untuk normal dan kulit kering. • Sesuai untuk menanggalkan bahan solekan. • Tidak sesuai untuk kulit berminyak. • Merawat kulit kering yang biasanya terdedah kepada sensitif. • Merawat kulit sensitif.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(4/18) Muka Surat / Page:5 Drp / Of 5 SOALAN / QUESTIONS: Jawab semua soalan. 1. Nyatakan lima (5) tujuan membersih muka.. a. ___________________________________________________________________ b. ___________________________________________________________________ c. ___________________________________________________________________ d. ___________________________________________________________________ e. ___________________________________________________________________ 2. Nyatakan tiga (3) jenis bahan pembersih muka. a. ___________________________________________________________________ b. ___________________________________________________________________ c. ___________________________________________________________________ RUJUKAN / REFERENCES: 1. Wong Jooo Lian, Chin Wee Kin, Nawawi bin Mohd.Jan, Persolekan Tingkatan 4 dan 5,Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Chin Wee Kin, Ajizah binti Sudiman@ Mohd Shahed, Wong Joo Lian, Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut Tingkatan 5, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Lorraine Nordmann, 2017, The Foundations Beauty Therapy Level 2, Gengage Learning. 4. Lorraine Nordmann, 2019, Beauty Basic 1, Cengage Lerning.
KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET) KOD DAN NAMA PROGRAM/ PROGRAMME CODE AND NAME MP-060-2:2013 AESTHETIC SERVICES TAHAP / LEVEL L2 KOD PROGRAM, KOD DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI/ PROGRAMME CODE, COMPETENCY UNIT CODE AND TITLE MP-060-2:2013-C03 MANUAL FACIAL SERVICE NOMBOR AKTIVITI KERJA DAN PENYATAAN/ WORK ACTIVITIES NUMBER AND STATEMENT 1. CHECK CLIENT CONSULTATION INFORMATION 2. CARRY OUT MANUAL FACIAL SERVICES PREPARATION 3. CARRY OUT CLIENT PREPARATION 4. PERFORM FACIAL CLEANSING 5. PERFORM FACIAL DEEP CLEANSING 6. CARRY OUT FACIAL MASSAGE 7. CARRY OUT FACIAL MASKING 8. CARRY OUT PROTECTIVE CARE PROCEDURE 9. PROVIDE HOME CARE ADVICE 10. UPKEEP SERVICE AREA NO. KOD / CODE NO:. MP-060-2:2013-C03/P(5/18) Muka Surat / Page: 1 Drp / Of68 TAJUK / TITLE: PROSEDUR MEMBERSIH MUKA TUJUAN / PURPOSE: Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang teknik serta prosedur membersih muka, cara melayan respon pelanggan dan amalan prinsip ergonomik semasa bekerja dengan lebih terperinci. BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(5/18) Muka Surat / Page:2 Drp / Of 6 PENERANGAN / INFORMATION: Membersih muka adalah penting dalam mengekalkan kulit yang sihat. Setiap bahagian muka yang hendak dibersih, memerlukan teknik khas dalam menyingkirkan kekotoran. 1. TEKNIK SERTA PROSEDUR MEMBERSIH MUKA 1.1 Membersih muka dengan teknik yang betul dapat memberi kesegaran pada kulit muka. i) PERSEDIAAN AWAL a. Menyediakan alatan, bahan dan pelanggan mengikut aliran kerja. b. Mensteril tangan sebelum melakukan perkhidmatan. c. Menerangkan kepada pelanggan berkenaan tujuan dan prosedur membersih muka. ii) MEMBERSIH BIBIR DAN MATA DENGAN PEMBERSIH SOLEKAN. a. Letakkan sedikit bahan pembersih pada kapas. b. Bersihkan bibir pelanggan dari sudut ke sudut ke tengah bibir. c. Letakkan sedikit bahan pembersih. Bersihkan kelopak mata dan bulu mata. d. Bersihkan bahagian mata dari sudut luar ke dalam. iii) MEMBERSIH LEHER DAN MUKA DENGAN PEMBERSIH MUKA. a. Letakkan produk di atas tapak tangan dan campurkan sedikit air suam. b. Usap dengan lembut di atas permukaan kulit bermula dari leher hingga dahi. c. Lakukan pergerakan bulatan secara perlahan-lahan dengan menggunakan perut jari.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(5/18) Muka Surat / Page:3 Drp / Of 6 a. Bersihkan bahagian leher. b. Bersihkan bahagian dagu. c. Bersihkan pipi kiri dan kanan. d. Bersihkan bahagian hidung. e. Bersihkan bahagian dahi f. Bersihkan keliling mata . . iv) MEMBERSIH SISA BAHAN PEMBERSIH MUKA a. Bersihkan bahagian mata. b. Bersihkan bahagian leher. c. Bersihkan bahagian dagu dan rahang. d. Bersihkan bahagian pipi kanan dan kiri. e. f. g. e. Bersihkan bahagian hidung. f. Bersihkan bahagian dahi. g. Petapkan muka dengan tisu fasial.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(5/18) Muka Surat / Page:4 Drp / Of 6 2. CARA PANTAU REAKSI PELANGGAN SEPANJANG PERKHIDMATAN 2.1 Pelanggan adalah satu faktor penentu kejayaan dalam perniagaan. Melayan dengan cara yang baik membuatkan pelanggan berpuas hati dan perniagaan akan berkembang. i) PANTAU REAKSI PELANGGAN SECARA SOPAN Maklumkan kepada pelanggan untuk melakukan membersih muka dan tujuan dengan sopan. Mendapatkan respon daripada pelanggan semasa membersih muka dijalankan supaya pelanggan berada dalam keadaan yang selesa. Pantau reaksi pelanggan melalui gerak badan sepanjang rawatan dijalankan. 3. PRINSIP ERGONOMIK SEMASA BEKERJA 3.1 Maksud perkataan ergonomik adalah ilmu ergonomi, ilmu tentang rekaan dan cara susun atur yang mempengaruhi kecekapan pekerja. i) KEBAIKAN MENGAMALKAN PRINSIP ERGONOMIK a. Mengurangkan pengulangan pergerakan, secara langsung menjimatkan masa dan tenaga (kurang penat) semasa membersih muka. b. Meningkatkan prestasi kerja (masa singkat kerja lebih). c. Susun bahan dan alatan kecil di atas troli yang mengikut aliran kerja mengurangkan pergerakan kerana keperluan mudah dicapai. d. Persekitaran yang kondusif juga menggalakkan kelancaran aktiviti semasa membersih muka. e. Amalan postur yang baik semsa melakukan deep cleansing dapat mengurangkan ketegangan pada otot dan mengelakkan kelesuan dan kesakitan pada tubuh badan. ii) POSTUR BADAN a. Kebaikan mengamalkan postur badan yang baik semasa melakukan deep cleansing. •Mengurangkan ketegangan otot. •Mengurangkan keletihan semasa melakukan kerja. •Mengelakkan kesakitan pada tulang dan sendi. •Menampilkan gaya diri yang baik dan menarik.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(5/18) Muka Surat / Page:5 Drp / Of 6 b. Cara duduk semasa melakukan kerja membersih muka • Duduk tegak. • Berat badan tertumpu pada bahagian punggung. • Rapatkan kaki dan peha. • Otot pinggang berada dalam keadaan rehat. • Pusingkan kaki kiri ke luar pada sudut 45°. •Juruestetik hendaklah memastikan ketinggian badan dengan katil fasial bersesuai supaya kerja dapat dilakukan dengan selesa. iii) SUSUN ATUR RUANG KERJA a. Prinsip susun atur ruang kerja yang ergonomik. • Mengurangkan pengulangan pergerakan yang berlebihan semasa melakukan kerja deep cleansing. Barang keperluan rawatan mudah dicapai untuk digunakan. • Membenarkan pergerakan yang lancar dan amalan postur yang baik dalam saiz ruang yang selesa.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(5/18) Muka Surat / Page:6 Drp / Of 6 SOALAN / QUESTIONS: Jawab semua soalan. 1. Terangkan cara membersih bibir dan mata dengan pembersih solekan. a. ___________________________________________________________________ b. ___________________________________________________________________ c. ___________________________________________________________________ d. ___________________________________________________________________ 2. Nyatakan tiga (3) kebaikan mengamalkan prinsip ergonomik semasa bekerja. a. ___________________________________________________________________ b. ___________________________________________________________________ c. ___________________________________________________________________ RUJUKAN / REFERENCES: 1. Wong Jooo Lian, Chin Wee Kin, Nawawi bin Mohd.Jan, Persolekan Tingkatan 4 dan 5,Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Chin Wee Kin, Ajizah binti Sudiman@ Mohd Shahed, Wong Joo Lian, Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut Tingkatan 5, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Lorraine Nordmann, Beauty Basics The Official Guide To Level 1, Cengage Learning EMEA. 4. Lorraine Nordmann, Beauty Theraphy The Foundations Level 2, Cengage Learning EMEA.
KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET) KOD DAN NAMA PROGRAM/ PROGRAMME CODE AND NAME MP-060-2:2013 AESTHETIC SERVICES TAHAP / LEVEL L2 KOD PROGRAM, KOD DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI/ PROGRAMME CODE, COMPETENCY UNIT CODE AND TITLE MP-060-2:2013-C03 MANUAL FACIAL SERVICE NOMBOR AKTIVITI KERJA DAN PENYATAAN/ WORK ACTIVITIES NUMBER AND STATEMENT 1. CHECK CLIENT CONSULTATION INFORMATION 2. CARRY OUT MANUAL FACIAL SERVICES PREPARATION 3. CARRY OUT CLIENT PREPARATION 4. PERFORM FACIAL CLEANSING 5. PERFORM FACIAL DEEP CLEANSING 6. CARRY OUT FACIAL MASSAGE 7. CARRY OUT FACIAL MASKING 8. CARRY OUT PROTECTIVE CARE PROCEDURE 9. PROVIDE HOME CARE ADVICE 10. UPKEEP SERVICE AREA NO. KOD / CODE NO:. MP-060-2:2013-C03/P(6/18) Muka Surat/ Page:1 Drp/ Of 4 TAJUK/ TITLE: PENGENALAN DEEP CLEANSING TUJUAN/ PURPOSE: Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang tujuan, kesan, jenis dan fungsi membersih muka dengan deep cleansing dengan terperinci. BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(6/18) Muka Surat / Page: 2 Drp / Of 4 PENERANGAN / INFORMATION: Deep cleansing merupakan rawatan membersih kulit secara mendalam dan mensasarkan masalah kulit seperti jerawat, dehidrasi dan garis-garis halus. 1. TUJUAN SERTA KESAN MEMBERSIH MUKA DENGAN DEEP CLEANSING 1.1 Deep cleansing adalah teknik membersih muka yang boleh dilakukan sekurangnya 2 kali seminggu untu mencegah daripada sisa solekan dan debu yang tersumbat pada pori-pori kulit. i) TUJUAN DAN KESAN MEMBESIH MUKA DEEP CLEANSING a. Membersihkan kekotoran dan sel-sel mati daripada kulit secara mendalam supaya kulit menjadi lebih ceria dan muda (rejuvenate). b. Melembut dan mencairkan sebum supaya liang roma kulit tidak tersumbat. c. Mempercepat proses pengelupasan sel mati dan pemulihan sel (desquamate). 2. JENIS SERTA FUNGSI PRODUK DEEP CLEANSING 2.1 Deep cleansing mempunyai pelbagai jenis dan boleh dipilih mengikut kesesuai jenis kulit muka. i) JENIS SERTA FUNGSI Jenis Deep cleansing Pengelupasan wajah (Exfoliation) •Proses membuang sel kulit mati si stratum corneum, lapisan atas kulit untuk meningkatkan pengantian sel. •Menjadikan kulit lebih halus dan cerah dalam jangka masa yang lama. Skrub •Membantu menanggalkan sel kulit mati secara mendalam.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(6/18) Muka Surat / Page: 3 Drp / Of 4 ii) KANDUNGAN PRODUK DEEP CLEANSING Isi kandungan bahan deep cleansing c) Kimia Contohnya Diethanolamine, Triethanolamine (TEA, DEA), Minyak mineral, haruman, alkohol, urea a) Organik Bahan yang berasaskan tumbuhan atau buah seperti aloe vera, avocado, timun, tomato, oat b) Sabun Contohnya sabun beras, sabun berubat, sabun kolagen
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(6/18) Muka Surat / Page: 4 Drp / Of 4 SOALAN / QUESTIONS: Jawab semua soalan. 1. Nyatakan tiga (3) tujuan melakukan rawatan deep cleansing. a. ___________________________________________________________________ b. ___________________________________________________________________ c. ___________________________________________________________________ 2. Nyatakan tiga (3) jenis produk deep cleansing. a. ___________________________________________________________________ b. ___________________________________________________________________ c. ___________________________________________________________________ RUJUKAN / REFERENCES: 1. Wong J.L, Chin W.K dan Nawawi M. Jan (2005). Persolekan Tingkatan 4 dan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. http://www.khanapakana.com/article/f716d0ba-afae-4d3b-906a-48a26591b95a/facialsteps-with-hand-movements. 5 Ogos 2014, 10.05 a.m 3. http://belogayamgoreng.blogspot.com/2012/12/mari-mengenal-bahan-kimia-dalamproduk.html. 27 Ogos 2014, 9.40 a.m