No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(13/18) Muka Surat / Page:5 Drp / Of 10 b) Pupur komersial Pupur komersial merupakan cara penjagaan kuit wajah yang senang dan mudah digunakan. Antara fungsi pupur topeng adalah sebagai kelembapan, antipenuaan, mengecilkan liang pori dan mencerahkan kulit wajah. Jenis Pupur Komersial iii) BAHAN CAMPURAN PUPUR Bahan campuran pupur adalah air atau bahan aktif lain bergantung pada kesan yang dikehendaki. Jadual 3: Bahan Campuran Pupur dan Fungsinya Bahan campuran pupur Fungsi a) Air Mawar • Menyegarkan. • Menyejukkan. Rubber mask Mask topeng Cream mask
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(13/18) Muka Surat / Page:6 Drp / Of 10 Bahan campuran pupur Fungsi b) Witch Hazel • Merangsang. • Menyejukkan dan menyegarkan. • Mengecutkan. Mengeringkan. c) Minyak Zaitun • Melembutkan. • Melembapkan. Menyuburkan d) Gliserin • Melembutkan. • Melembapkan. • Menyuburkan. e) Air Bunga Oren • Menyegarkan. • Menyejukkan. • Merangsang. 3. CARA PENYEDIAAN PUPUR MUKA 3.1 Cara penyediaan pupur berbeza mengikut keperluan. Antara penyediaan pupur adalah seperti di bawah; i) PUPUR TANAH LIAT Keperluan Asas untuk Menyediakan Pupur Tanah Liat. Keperluan asas untuk menyediakan pupur tanah liat adalah seperti yang berikut: • Berus pupur • Spatula/ sudu kecil • Mangkuk pupur
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(13/18) Muka Surat / Page:7 Drp / Of 10 Cara membancuh pupur tanah liat. • Sukat bahan serbuk ke dalam mangkuk pupur dengan sudu. • Tambah bahan cecair dan kacau dengan berus pupur sehingga menjadi pes. • Tambah setitik dua minyak (jika perlu). Jadual 4: Sukatan Bancuhan Pupur Mengikut Jenis Kulit Muka Jenis Kulit Cara Membancuh Tempoh Kering 1 bahagian magnesium, 1 bahagian kalamin, beberapa titik air mawar 10-15 minit 2 bahagian oatmeal, 4 sudu minyak zaitun (sapu atas kain kasa) 10-15 minit Sensitif 3 bahagian kalamin, beberapa titik air mawar 10-15 minit 1 bahagian gum tragacanth, 1 bahagian kalamin, beberapa titik air mawar Berminyak 3 bahagian magnesium, 2 bahagian kaolin, beberapa titk witch hazel 2 bahagian magnesium, 1 bahagian sulfur, 10-15 minit beberapa titk witch hazel 3 bahagian Fuller Earth, beberapa titk Witch Hazel Berjerawat ½ sudu garam epsom, 2 bahagian kaolin, 2 bahagian magnesium, beberapa titk Icthamol 10-15 minit 2 bahagian kalamin, 1 bahagian magnesium, beberapa titik mir Mawar normal 1 bahagian Kaolin, 1 bahagian magnesium karbonat, beberapa titik air mawar 10-15init ii) PUPUR BIOLOGI Keperluan asas untuk menyediakan pupur biologi. Keperluan asas untuk menyediakan pupur biologi adalah seperti yang berikut: • Berus pupur. • Spatula/ sudu kecil.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(13/18) Muka Surat / Page:8 Drp / Of 10 • Mangkuk pupur. • Pengisar • Pisau Cara membancuh pupur biologi. • Bahan pupur perlu dibuang kulit dan dilecek atau dikisar. • Sukat bahan serbuk ke dalam mangkuk pupur dengan sudu. • Tambah bahan cecair dan kacau dengan berus pupur sehingga menjadi pes. • Tambah setitik dua minyak (jika perlu). iii) PUPUR KOMERSIAL Keperluan asas menyediakan pupur komersial. Keperluan asas untuk menyediakan pupur segera adalah seperti yang berikut: • Spatula • Mangkuk pupur Cara membancuh pupur komersial jenis rubber mask(serbuk) • Masukkan pupur ke dalam mangkuk. • Tambah bahan cecair dan kacau dengan spatula sehingga menjadi pes.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(13/18) Muka Surat / Page:9 Drp / Of 10 SOALAN / QUESTIONS: Jawab semua soalan. 1. Nyatakan dua (2) jenis pupur mengeras ( setting mask) (2) pupur tidak mengeras ( nonsetting mask) (i) Tanah liat a. _______________________________________________________ b. _______________________________________________________ c. _______________________________________________________ (ii) Pupur biologi a. _____________________________________________________ b. _________________________________________________________ 2. Nyatakan lima (5) tujuan menggunakan pupur. a. ___________________________________________________________________________ b. ___________________________________________________________________________ c. ___________________________________________________________________________ d. ___________________________________________________________________________ e. ___________________________________________________________________________ RUJUKAN / REFERENCES: 1. Wong Jooo Lian, Chin Wee Kin, Nawawi bin Mohd.Jan, Persolekan Tingtkatan 4 dan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Chin Wee Kin, Ajizah binti Sudiman@ Mohd Shahed, Wong Joo Lian, Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut Tingkatan 5, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Clara L. Chee, Facial Textbook, Clara International Beauty Treatment Centre & Therapy Academy, Kuala Lumpur. 4. Lorraine Nordmann, Beauty Basics The Official Guide To Level 1, Cengage Learning EMEA.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(13/18) Muka Surat / Page:10 Drp / Of 10 5. Lorraine Nordmann, Beauty Theraphy The Foundations Level 2, Cengage Learning EMEA.
KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET) KOD DAN NAMA PROGRAM/ PROGRAMME CODE AND NAME MP-060-2:2013 AESTHETIC SERVICES TAHAP / LEVEL L2 KOD PROGRAM, KOD DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI/ PROGRAMME CODE, COMPETENCY UNIT CODE AND TITLE MP-060-2:2013-C03 MANUAL FACIAL SERVICE NOMBOR AKTIVITI KERJA DAN PENYATAAN/ WORK ACTIVITIES NUMBER AND STATEMENT 1. CHECK CLIENT CONSULTATION INFORMATION 2. CARRY OUT MANUAL FACIAL SERVICES PREPARATION 3. CARRY OUT CLIENT PREPARATION 4. PERFORM FACIAL CLEANSING 5. PERFORM FACIAL DEEP CLEANSING 6. CARRY OUT FACIAL MASSAGE 7. CARRY OUT FACIAL MASKING 8. CARRY OUT PROTECTIVE CARE PROCEDURE 9. PROVIDE HOME CARE ADVICE 10. UPKEEP SERVICE AREA NO. KOD / CODE NO:. MP-060-2:2013-C03/P(14/18) Muka Surat/ Page: 1 Drp / Of 7 TAJUK / TITLE: PROSEDUR PUPUR MUKA TUJUAN / PURPOSE: Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang teknik serta prosedur menyapu pupur, cara melayan respon pelanggan dan amalan prinsip ergonomik semasa bekerja dengan lebih terperinci. BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(14/18) Muka Surat / Page:2 Drp / Of 7 PENERANGAN / INFORMATION : Pupur muka ialah campuran bahan pepejal dengan bahan cecair yang digunakan untuk merawat masalah kulit tertentu. Bahan pepejal pupur ialah tanah liat iaitu bahan biologikal. Bahan cecair pula ialah air atau bahan aktif lain bergantung pada kesan yang dikehendaki. 1. TEKNIK SERTA PROSEDUR MENYAPU DAN MEMBERSIH PUPUR MUKA 1.1 Cara penggunaan pupur hendaklah mengikut teknik dan prosedur yang betul untuk mendapatkan kesan yang terbaik. i) LANGKAH AWAL a. Menyediakan bahan, alatan dan pelanggan mengikut aliran kerja. b. Mensteril tangan sebelum melakukan perkhidmatan. c. Membersih kulit muka pelanggan. d. Membersih kulit muka pelanggan dengan pembersih solekan. e. Membersih kulit muka pelanggan dengan pembersih muka. f. Menganalisis kulit muka. g. Melakukan deep cleansing pada kulit muka. h. Mengewap kulit muka. i. Mengurut muka pelanggan. j. Terangkan kesan dan tempoh masa sapuan pupur. k. Sediakan pupur mengikut jenis kulit dan berdasarkan hasil yang dikehendaki oleh pelanggan.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(14/18) Muka Surat / Page:3 Drp / Of 7 ii) TEKNIK SERTA PROSEDUR MENYAPU DAN MEMBERSIH PUPUR MUKA. a. Menyapu serta membersih pupur muka tanah liat. Tutup kedua- dua mata pelanggan. Letakkan kain gauze di atas muka. Sapukan pupur di muka dengan kemas. Biarkan pupur kering selama 10- 20 minit. (mengikut jenis kulit muka) Petap pupur dengan span basah. Tanggalkan kain gauze bermula dari leher hingga ke dahi. Bersihkan pupur pada leher dan muka dengan menggunakan span lembap dan air suam hingga bersih. Petapkan muka dengan tisu. Info tambahan Jenis Kulit Tempoh masa membubuh pupur Kulit normal 10-15 minit Kulit berminyak 15-20 minit Kulit kering 8-10 minit Kulit kombinasi 8-15 minit
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(14/18) Muka Surat / Page:4 Drp / Of 7 b. Menyapu serta membersih pupur segera (Mask Topeng) Sediakan pupur mengikut jenis kulit Tutup kedua-dua mata pelanggan dengan kapas lembap/ timun. Letakkan mask pada muka pelanggan dengan kemas. (Biarkan mask selama 10- 20 minit). (mengikut arahan pengeluar) Menanggalkan pupur. v) Bersihkan muka dengan span dan air suam hingga bersih. vi) Petapkan muka dengan tisu. 2. PANTAU REAKSI PELANGGAN SEPANJANG PERKHIDMATAN 2.1 Pelanggan adalah satu faktor penentu kejayaan dalam perniagaan. Melayan dengan cara yang baik membuatkan pelanggan berpuas hati dan perniagaan akan berkembang. i) PANTAU REAKSI PELANGGAN SECARA SOPAN Maklumkan kepada pelanggan untuk pemakaian pupur muka dan tujuan dengan sopan. Mendapatkan respon daripada pelanggan semasa memakai pupur dijalankan supaya pelanggan berada dalam keadaan yang selesa. . Pantau reaksi pelanggan melalui gerak badan sepanjang rawatan dijalankan.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(14/18) Muka Surat / Page:5 Drp / Of 7 3. PRINSIP ERGONOMIK SEMASA BEKERJA 3.1 Maksud perkataan ergonomik adalah ilmu ergonomi, ilmu tentang rekaan dan cara susun atur yang mempengaruhi kecekapan pekerja. i) KEBAIKAN MENGAMALKAN PRINSIP ERGONOMIK a. Mengurangkan pengulangan pergerakan, secara langsung menjimatkan masa dan tenaga (kurang penat) memakai pupur. b. Meningkatkan prestasi kerja (masa singkat kerja lebih). c. Susun atur bahan dan alatan kecil di atas troli mengikut aliran kerja mengurangkan pergerakan kerana keperluan mudah dicapai. d. Persekitaran yang kondusif juga menggalakkan kelancaran aktiviti semasa bekerja. e. Amalan postur yang baik mengurangkan ketegangan pada otot dan mengelakkan kelesuan dan kesakitan pada tubuh badan. ii) POSTUR BADAN a. Kebaikan mengamalkan postur badan yang baik semasa menyapu pupur • Mengurangkan ketegangan otot. • Mengurangkan keletihan semasa melakukan kerja. • Mengelakkan kesakitan pada tulang dan sendi. • Menampilkan gaya diri yang baik dan menarik. a. Cara duduk semasa melakukan kerja membersih muka • Duduk tegak. • Berat badan tertumpu pada bahagian punggung. • Rapatkan kaki dan peha. • Otot pinggang berada dalam keadaan rehat. • Pusingkan kaki kiri ke luar pada sudut 45°. • Juruestetik hendaklah memastikan ketinggian badan dengan katil fasial bersesuai supaya kerja dapat dilakukan dengan selesa.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(14/18) Muka Surat / Page:6 Drp / Of 7 iii) SUSUN ATUR RUANG KERJA Prinsip susun atur ruang kerja yang ergonomik semasa menyapu pupur. • Mengurangkan pengulangan pergerakan yang berlebihan semasa bekerja. Barang keperluan rawatan mudah dicapai untuk digunakan. • Membenarkan pergerakan yang lancar dan amalan postur yang baik dalam saiz ruang yang selesa.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(14/18) Muka Surat / Page:7 Drp / Of 7 SOALAN / QUESTIONS: Jawab semua soalan. 1. Namakan dua (2) alatan yang digunakan untuk menyapu pupur muka. a. ____________________________________________________________________ b. ____________________________________________________________________ 2. Nyatakan dua (2) jenis bahan yang digunakan semasa membancuh pupur mengeras. a. ____________________________________________________________________ b. ____________________________________________________________________ RUJUKAN / REFERENCES: 1. Wong Jooo Lian, Chin Wee Kin, Nawawi bin Mohd.Jan, Persolekan Tingtkatan 4 dan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Chin Wee Kin, Ajizah binti Sudiman@ Mohd Shahed, Wong Joo Lian, Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut Tingkatan 5, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Clara L. Chee, Facial Textbook, Clara International Beauty Treatment Centre & Therapy Academy, Kuala Lumpur. 4. Lorraine Nordmann, Beauty Basics The Official Guide To Level 1, Cengage Learning EMEA. 5. Lorraine Nordmann, Beauty Theraphy The Foundations Level 2, Cengage Learning EMEA.
KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET) KOD DAN NAMA PROGRAM/ PROGRAMME CODE AND NAME MP-060-2:2013 AESTHETIC SERVICES TAHAP / LEVEL L2 KOD PROGRAM, KOD DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI/ PROGRAMME CODE, COMPETENCY UNIT CODE AND TITLE MP-060-2:2013-C03 MANUAL FACIAL SERVICE NOMBOR AKTIVITI KERJA DAN PENYATAAN/ WORK ACTIVITIES NUMBER AND STATEMENT 1. CHECK CLIENT CONSULTATION INFORMATION 2. CARRY OUT MANUAL FACIAL SERVICES PREPARATION 3. CARRY OUT CLIENT PREPARATION 4. PERFORM FACIAL CLEANSING 5. PERFORM FACIAL DEEP CLEANSING 6. CARRY OUT FACIAL MASSAGE 7. CARRY OUT FACIAL MASKING 8. CARRY OUT PROTECTIVE CARE PROCEDURE 9. PROVIDE HOME CARE ADVICE 10. UPKEEP SERVICE AREA NO. KOD / CODE NO:. MP-060-2:2013-C03/P(15/18) Muka Surat/ Page: 1 Drp/ Of 8 TAJUK/ TITLE: PENGENALAN BAHAN PELINDUNG KULIT TUJUAN/ PURPOSE: Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang tujuan, jenis dan kelebihan menggunakan bahan pelindung kulit dengan lebih terperinci. BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(15/18) Muka Surat / Page:2 Drp / Of 8 PENERANGAN / INFORMATION: Kulit perlu dilindungi untuk menghalang daripada selaran matahari. 1. TUJUAN MENGGUNAKAN BAHAN PELINDUNG 1.1 Bahan pelindung kulit digunakan bagi tujuan melindungi kulit daripada sinaran matahari dan mengelak kulit daripada menjadi gelap. i) PENYEGAR Penyegar biasanya digunakan selepas menggunakan pembersih iaitu selepas kulit muka dibersihkan dengan sempurna. Ia boleh digunakan dengan kapas, iaitu dengan meletakkan sedikit bahan penyegar pada kapas dan petap pada kulit muka atau terus dituang sedikit pada tapak tangan lalu disapu dengan rata pada keseluruhan muka. a. Tujuan menggunakan penyegar adalah: • Menyempurnakan pembersihan kulit muka dan leher. • Membersihkan kulit muka dengan lebih sempurna dari kesan bahan pembersih. • Meneutralkan semula pH kulit muka andainya bahan pembersih terlalu berasid atau alkali. • Mengembalikan liang roma ke bentuk asal selepas terbuka semasa pembersihan. • Menghalang terjadinya liang-liang roma yang besar pada kulit muka. • Menegangkan keadaan kulit. • Merangsang peredaran darah di bawah kulit. • Membersih dan menyegarkan kulit muka. ii) PELEMBAP Pelembap biasanya dipakai selepas memakai penyegar. Kebanyakan pelembap terdiri daripada bahan semulajadi yang lazimnya dapat membantu memelihara kulit dari kehilangan cecair semula jadi akibat sinaran lembayung
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(15/18) Muka Surat / Page:3 Drp / Of 8 serta dapat membantu melambatkan proses penuaan dan pembentukan kedut-kedut di sekitar mata dan bibir. a. Tujuan Menggunakan Pelembap • Melindungi kulit dari menjadi kering akibat terdedah kepada cahaya matahari. • Melindungi kulit dari menjadi kering akibat suhu yang terlalu tinggi dan udara persekitaran yang kering. • Membantu melembapkan kulit matang yang kering kerana kekurangan lembapan minyak asli. • Melicin dan melembutkan kulit muka. • Melambatkan proses penuaan kulit. iii) UV (SUNBLOCK) Sunblock membantu melindungi kulit daripada cahaya UVA dan UVB yang boleh mendatangkan iritasi pada kulit wajah. Tujuan Menggunakan Sunblock • Melindungi kulit kulit muka daripada sinaran uv. • Memberi kesan yang cantik dan tona kulit muka yang sekata. • Mengelakkan kulit muka daripada selaran matahari. 2. JENIS, KELEBIHAN SERTA KELEMAHAN BAHAN PELINDUNG KULIT 2.1 Pemilihan bahan pelindung kulit yang betul dapat membantu penjagaan wajah dengan berkesan. i) PENYEGAR Jenis Penyegar Kelebihan Kelemahan a) Astrigen dengan alkohol • Sesuai untuk kulit berminyak yang tidak sensitif • Memberikan kesan sejuk dan segar. • Cepat tersejat daripada kulit. • Mengering dan mengurangkan kelembapan kulit. Oleh itu keseimbangan pH kulit terganggu. • Banyak sebum terbuang,
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(15/18) Muka Surat / Page:4 Drp / Of 8 Jenis Penyegar Kelebihan Kelemahan oleh itu kulit mudah dijangkiti bakteria jika pelembap tidak digunakan. • Menipiskan dan memedihkan kulit. • Menyebabkan kapilari mudah pecah. b) Astrigen tanpa alkohol • Sesuai untuk kulit berminyak • Tidak memberikan kesan sejuk dan segar. • yang sensitif. • Mengurangkan sebum pada kulit tanpa mengurangkan kelembapan kulit. • Sesuai untuk kebanyakan jenis kulit berminyak dan kombinasi kerana kesannya yang lemah dan lembut. • Acid mantle pada kulit terpelihara. c) Toner dengan alkohol • Sesuai untuk kebanyakan jenis kulit kecuali kulit kering, matang dan sensitif. • Memberikan kesan sejuk dan sejuk. • Cepat tersejat daripada kulit. • Menipiskan dan memedihkan kulit. • Menyebabkan kapilari mudah pecah. Mengurangkan kelembapan. d) Toner tanpa alkohol (penyegar) • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit • Kurang memberikan kesan sejuk dan segar. e) Losen berubat • Mempunyai agen antibakteria. • Sesuai untuk kulit soborea dan berjerawat. • Tidak boleh digunakan untuk tempoh berpanjangan kerana boleh mengeringkan dan mengurangkan kelembapan kulit.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(15/18) Muka Surat / Page:5 Drp / Of 8 ii) PELEMBAP Jenis Pelembap Kelebihan a) Krim • Mengawal pengeluaran sebum di samping melembapkan dan melindungi kulit. • Sesuai untuk kulit normal dan kulit kering • Sangat sesuai untuk tempat bercuaca dingin. b) Losyen/ liquid • Sesuai untuk kebanyakan jenis kulit berminyak dan kombinasi • Pelembap yang paling selesa di pakai kerana kulit tidak berasa kesan berminyak. • Memberikan kelembapan yang mencukupi dan sesuai walaupun kulit berjerawat. • Mengawal pengeluaran sebum di samping melembapkan dan melindungi kulit. Memilih Pelembap Mengikut Jenis Kulit Muka • Krim sesuai untuk kulit jenis normal dan kulit kering tetapi tidak sesuai untuk kulit berminyak. Ia mempunyai kandungan minyak agak tinggi berbanding losen walaupun cara pembuatan krim dan losen adalah sama. Krim lebih pekat dan berminyak. Rajah 1: Pelembap Jenis Krim • Losen mempunyai kandungan air yang lebih banyak berbanding dengan krim. Oleh sebab itu, jika memakai pelembap jenis losen, ia mudah meresap ke dalam kulit berbanding dengan krim. Losen biasanya sesuai untuk semua jenis kulit. Selalunya losen diletakkan di dalam botol berpam kerana ia cair sedikit.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(15/18) Muka Surat / Page:6 Drp / Of 8 Rajah 2: Pelembap Jenis Losen iii) UV (SUNBLOCK) a. Jenis UV yang Dipancarkan oleh Matahari Rajah 4: Jenis UV Pancaran Matahari b. Kesan UV Pada Kulit Muka Rajah 5: Kesan UV Pada Kulit Muka
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(15/18) Muka Surat / Page:7 Drp / Of 8 Kedua-dua sinar ultraviolet ini (UVA & UVB) boleh meningkatkan risiko kanser kulit. Terdedah kepada sinar UVA pada jangka masa panjang.akan mempercepatkan proses penuaan kulit dan penghasilan pigmentasi. c. Pemilihan Sunblock • Sunblock adalah produk yang melindungi kulit daripada pancaran matahari, ia mempunyai pelbagai SPF (sun protection factor). Pemilihan SPF sunblock adalah berdasarkan aktiviti harian yang dijalankan. Gunakan sunblock dengan SPF 30 jika aktiviti harian tidak banyak terdedah kepada cahaya matahari. Sunblock SPF 50 digunakan jika menjalankan aktiviti di tempat yang terdedah secara langsung kepada pancaran matahari sepanjang hari. • Kulit kering Pilih sunblock yang ada formula melembapkan kulit muka. Bahan yang digunakan untuk melembapkan kulit kulit muka ialah lanolin, ekstrak minyak buah-buahan atau almond. Selain daripada itu, Kandungan Dimethicone juga sangat baik untuk kulit. Sunblock terdapat dalam bentuk krim, minyak atau losyen. • Kulit yang mempunyai alahan/ berjerawat/breakout Kulit sensitif memerlukan penjagaan yang lebih teliti. Pastikan bahan pelindung UV tidak mengandungi alcohol, paraben dan pewangi. Pilih sunblock daripada light cream, ia lebih mudah meresap dan kurang berminyak. • Kulit yang mempunyai tona tidak sekata/ kulit gelap Pilih sunblock daripada light cream, ia lebih mudah meresap dan kurang berminyak.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(15/18) Muka Surat / Page:8 Drp / Of 8 SOALAN / QUESTIONS: Arahan: Jawab semua soalan. 1. Senaraikan dua (2) jenis pelembab serta jenis kulit muka yang sesuai. a. ___________________________________________________________________ b. ___________________________________________________________________ 2. Apakah kelebihan menggunakan penyegar jenis astringen? ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ RUJUKAN / REFERENCES: 1. Wong Joon Lian, Chin Wee Kin, Nawawi bin Mohd Jan, 2005. Persolekan Tingkatan 4 dan 5, Modul Pembelajaran Aliran Vokasional, Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Lamah Abd. Ghani, Zaitun Zakiah Mohd Noor, Norli Mohd Nor, 2003. Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut Tingkatan 4, Modul Mata Pembelajaran Vokasional, Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Chin Wee Kin, Ajizah Binti Sudiman@Mohd Shahed, Wong Joon Jian, 2004. Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut Tingkatan 5, Modul Pembelajaran Vokasional, Dewan Bahasa dan Pustaka.
KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET) KOD DAN NAMA PROGRAM/ PROGRAMME CODE AND NAME MP-060-2:2013 AESTHETIC SERVICES TAHAP / LEVEL L2 KOD PROGRAM, KOD DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI/ PROGRAMME CODE, COMPETENCY UNIT CODE AND TITLE MP-060-2:2013-C03 MANUAL FACIAL SERVICE NOMBOR AKTIVITI KERJA DAN PENYATAAN/ WORK ACTIVITIES NUMBER AND STATEMENT 1. CHECK CLIENT CONSULTATION INFORMATION 2. CARRY OUT MANUAL FACIAL SERVICES PREPARATION 3. CARRY OUT CLIENT PREPARATION 4. PERFORM FACIAL CLEANSING 5. PERFORM FACIAL DEEP CLEANSING 6. CARRY OUT FACIAL MASSAGE 7. CARRY OUT FACIAL MASKING 8. CARRY OUT PROTECTIVE CARE PROCEDURE 9. PROVIDE HOME CARE ADVICE 10. UPKEEP SERVICE AREA NO. KOD / CODE NO:. MP-060-2:2013-C03/P(16/18) Muka Surat/ Page: 1 Drp/ Of 6 TAJUK/ TITLE: PROSEDUR PENGGUNAAN BAHAN PELINDUNG KULIT TUJUAN/ PURPOSE: Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang teknik serta prosedur penggunaan bahan pelindung kulit dan amalan prinsip ergonomik semasa bekerja dengan lebih terperinci. BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(16/18) Muka Surat / Page:2 Drp / Of 6 PENERANGAN / INFORMATION: Penggunaan bahan pelindung kulit seperti penyegar, pelembap dan pelindung UV adalah satu prosedur yang penting bagi menjaga kesegaran dan kelembapan kulit serta melindungi kulit daripada kecelaan dan sinaran matahari yang merbahaya. 1. TEKNIK SERTA PROSEDUR PENGGUNAAN BAHAN PELINDUNG KULIT 1.1 Penyegar, pelembap dan pelindung UV perlu dibubuh dengan teknik yang betul mengikut turutan. i) LANGKAH AWAL a. Menyediakan bahan, alatan dan pelanggan mengikut aliran kerja. b. Mensteril tangan sebelum melakukan perkhidmatan. c. Membersih kulit muka pelanggan. d. Membersih kulit muka pelanggan dengan pembersih solekan. e. Membersih kulit muka pelanggan dengan pembersih muka. f. Menganalisis kulit muka. g. Melakukan deep cleansing pada kulit muka. h. Mengewap kulit muka. i. Mengurut muka pelanggan. j. Membubuh pupur k. Maklumkan tujuan membubuh penyegar dan pelembap kepada pelanggan.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(16/18) Muka Surat / Page:3 Drp / Of 6 ii) TEKNIK DAN PROSEDUR MEMETAP PENYEGAR a. Letak penyegar pada kapas. b. Petapkan penyegar pada muka.Kemudian, petap dengan lembut menggunakan perut jari. c. TEKNIK DAN PROSEDUR MENYAPU PELEMBAP • Dengan menggunakan jari telunjuk, bubuh 5 titik pelembap di kulit muka. • Kemudian ratakan ke seluruh kulit muka disertai pemijitan ringan agar pelembap lebih cepat meresap. • Pastikan pelembap benar-benar rata ke seluruh kulit muka. d. TEKNIK DAN PROSEDUR MENYAPU SUNBLOCK • Dengan menggunakan jari telunjuk, bubuh 5 titik sunblock di muka. • Kemudian ratakan ke seluruh muka, leher dan telinga. • Mengusap dengan gerakan ringan agar pelembap lebih cepat meresap ke kulit muka. • Pastikan sunblock diratakan ke seluruh muka. 2. PRINSIP ERGONOMIK 2.1 Maksud perkataan ergonomik adalah ilmu ergonomi, ilmu tentang rekaan dan cara susun atur yang mempengaruhi kecekapan pekerja. i) KEBAIKAN MENGAMALKAN PRINSIP ERGONOMIK a. Mengurangkan pengulangan pergerakan, secara langsung menjimatkan masa dan tenaga (kurang penat) semasa menyapu bahan pelindung. b. Meningkatkan prestasi kerja (masa singkat kerja lebih).
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(16/18) Muka Surat / Page:4 Drp / Of 6 c. Susun atur bahan dan alatan kecil di atas troli yang mengikut aliran kerja mengurangkan pergerakan kerana keperluan mudah dicapai. d. Persekitaran yang kondusif juga menggalakkan kelancaran aktiviti semasa bekerja. e. Amalan postur yang baik mengurangkan ketegangan pada otot dan mengelakkan kelesuan dan kesakitan pada tubuh badan. ii) POSTUR BADAN a. Kebaikan mengamalkan postur badan yang baik semasa meletak bahan pelindung • Mengurangkan ketegangan otot. • Mengurangkan keletihan semasa melakukan kerja. • Mengelakkan kesakitan pada tulang dan sendi. • Menampilkan gaya diri yang baik dan menarik. a. Cara duduk semasa melakukan kerja membersih muka • Duduk tegak. • Berat badan tertumpu pada bahagian punggung. • Rapatkan kaki dan peha. • Otot pinggang berada dalam keadaan rehat. • Pusingkan kaki kiri ke luar pada sudut 45°. • Juruestetik hendaklah memastikan ketinggian badan dengan katil fasial bersesuai supaya kerja dapat dilakukan dengan selesa. iii) SUSUN ATUR RUANG KERJA Prinsip susun atur ruang kerja yang ergonomik semasa meletak bahan pelindung • Mengurangkan pengulangan pergerakan yang berlebihan semasa bekerja. Barang keperluan rawatan mudah dicapai untuk digunakan. • Membenarkan pergerakan yang lancar dan amalan postur yang baik dalam saiz ruang yang selesa.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(16/18) Muka Surat / Page:5 Drp / Of 6 SOALAN / QUESTIONS: Arahan: Jawab semua soalan. 1. Bagaimanakan cara untuk mengaplikasi penyegar pada muka mengikut turutan yang betul? a) ___________________________________________________________________ b) ___________________________________________________________________ c) ___________________________________________________________________ 2. Bagaimanakan cara untuk mengaplikasi pelembap pada muka mengikut turutan yang betul. a) ___________________________________________________________________ b) ___________________________________________________________________ c) ___________________________________________________________________ RUJUKAN / REFERENCES: 1. Wong Joon Lian, Chin Wee Kin, Nawawi bin Mohd Jan, 2005. Persolekan Tingkatan 4 dan 5, Modul Pembelajaran Aliran Vokasional, Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Lamah Abd. Ghani, Zaitun Zakiah Mohd Noor, Norli Mohd Nor, 2003. Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut Tingkatan 4, Modul Mata Pembelajaran Vokasional, Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Chin Wee Kin, Ajizah Binti Sudiman@Mohd Shahed, Wong Joon Jian, 2004. Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut Tingkatan 5, Modul Pembelajaran Vokasional, Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Lorraine Nordmann, Beauty Basics The Official Guide To Level 1, Cengage Learning EMEA.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(16/18) Muka Surat / Page:6 Drp / Of 6 5. Lorraine Nordmann, Beauty Theraphy The Foundations Level 2, Cengage Learning EMEA.
KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET) KOD DAN NAMA PROGRAM/ PROGRAMME CODE AND NAME MP-060-2:2013 AESTHETIC SERVICES TAHAP / LEVEL L2 KOD PROGRAM, KOD DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI/ PROGRAMME CODE, COMPETENCY UNIT CODE AND TITLE MP-060-2:2013-C03 MANUAL FACIAL SERVICE NOMBOR AKTIVITI KERJA DAN PENYATAAN/ WORK ACTIVITIES NUMBER AND STATEMENT 1. CHECK CLIENT CONSULTATION INFORMATION 2. CARRY OUT MANUAL FACIAL SERVICES PREPARATION 3. CARRY OUT CLIENT PREPARATION 4. PERFORM FACIAL CLEANSING 5. PERFORM FACIAL DEEP CLEANSING 6. CARRY OUT FACIAL MASSAGE 7. CARRY OUT FACIAL MASKING 8. CARRY OUT PROTECTIVE CARE PROCEDURE 9. PROVIDE HOME CARE ADVICE 10. UPKEEP SERVICE AREA NO. KOD / CODE NO:. MP-060-2:2013-C03/P(17/18) Muka Surat/ Page: 1 Drp/ Of 11 TAJUK/ TITLE: CADANGAN PENJAGAAN KULIT MUKA DI RUMAH TUJUAN/ PURPOSE: Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang cara merekod serta mendapatkan maklum balas pelanggan, khidmat nasihat, produk penjagaan kulit muka di rumah dan cara kemas kini rekod konsultasi serta menetapkan temu janji pelanggan dengan lebih terperinci. BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(17/18) Muka Surat / Page:2 Drp / Of 10 PENERANGAN / INFORMATION: Maklum balas pelanggan adalah informasi yang diperolehi daripada pelanggan berkaitan produk atau perkhidmatan yang telah diberikan kepada mereka. Maklum balas ini boleh jadi positif atau negatif dan ia sangat berguna dalam membuat penambahbaikan perkhidmatan. 1. CARA MEREKOD SERTA MENDAPATKAN MAKLUM BALAS PELANGGAN 1.1 Maklum balas boleh berbentuk ucapan, penghargaan atau aduan yang timbul daripada ketidakpuasan hati pelanggan berkenaan perkhidmatan yang diterima. i) KEPENTINGAN MAKLUM BALAS PELANGGAN ii) MENDAPATKAN MAKLUM BALAS PELANGGAN Rajah 1: Cara Mendapatkan Maklum Balas Pelanggan Kepentingan Maklum Balas Pelanggan Maklumat tersebut dapat digunakan untuk membangunkan perniagaan dengan lebih baik. Cara terbaik untuk mengumpul maklumat mengenai kepuasan pelanggan bagi menjadikannya sebagai referral. Sediakan mekanisme proaktif untuk galakan pelanggan beri maklum balas Sediakan borang aduan dan maklum balas di semua kaunter perkhidmatan Sediakan peti aduan dan maklum balas berhampiran kaunter perkhidmata Pelbagaikan saluran aduan dan maklum balas Tugaskan staf untuk uruskan aduan/ maklum balas pada setiap hari Wujudkan mekanisme rundingan dan khidmat nasihat untuk tingkat kerjasama organisasi dan
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(17/18) Muka Surat / Page:3 Drp / Of 10 • Selepas siap pembersihan kulit muka secara manual dilakukan, berikan cermin muka kepada pelanggan untuk menilai hasil pembersihan kulit muka. • Berfikiran terbuka dan terima segala kritikan daripada pelanggan. • Rekod semua maklumbalas daripada pelanggan dengan jujur. • Pastikan pelanggan berpuas hati dengan hasil pembersihan kulit muka. • Minta pelanggan mengisi borang maklum balas seperti contoh dibawah: Selepas selesai memberi perkhidmatan fasial muka, maklum kepada pelanggan untuk meneliti dan menilai hasil perkhidmatan. Cara Mengumpul Maklum Balas Pelanggan Berbual-bual dengan mesra untuk mendapatkan maklum balas daripada pelanggan. Berfikiran terbuka dan terima segala komen dan kritikan daripada pelanggan. Minta pelanggan melengkapkan kad maklum balas pelanggan. Dokumentasi kad Maklum Balas Pelanggan.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(17/18) Muka Surat / Page:4 Drp / Of 10 iii) BORANG MAKLUM BALAS PELANGGAN Rajah 2: Contoh Borang Maklum Balas Pelanggan BORANG MAKLUM BALAS PELANGGAN PERKHIDMATAN TERAPI MUKA YANG TELAH DIJALANKAN: Rawatan muka kulit berminyak ……………………………………………………………………………………….. MAKLUM BALAS PELANGGAN Sila tandakan (/) dalam ruang yang disediakan: 5- Sangat setuju 4- Setuju 3- Kurang setuju 2- Tidak setuju 1- Tidak berkenaan ************************************************************************************************************ a) Jenis perkhidmatan yang ditawarkan dapat memenuhi kehendak pelanggan. b) Penyambut tetamu yang mesra pelanggan dan beretika. c) Juruestetik memberikan penerangan yang jelas sebelum, semasa dan selepas rawatan. d) Juruestetik berkomunikasi dengan bahasa yang sopan dan berhemah tinggi. * Komen/ cadangan lain untuk mempertingkatkan pengurusan dan perkhidmatan pelanggan? ……………………………………………………………………………………………………………. ……………………………………………………………………………………………………………. Tandatangan Pelanggan: Tandatangan Juruestetik: …………………………….. ……………………………. 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1 5 4 3 2 1
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(17/18) Muka Surat / Page:5 Drp / Of 10 2. KHIDMAT NASIHAT PENJAGAAN KULIT MUKA DI RUMAH 2.1 Khidmat nasihat diberi selepas selesai rawatan bagi tujuan membantu pelanggan menjaga kulit muka di rumah. i) CARA PENJAGAAN KULIT MUKA DI RUMAH SELEPAS MELAKUKAN PERKHIDMATAN FASIAL MANUAL 3. PRODUK PENJAGAAN KULIT MUKA DI RUMAH 3.1 Rutin penjagaan wajah harian adalah membersih muka, memakai penyegar dan pelembap. i) PEMBERSIH MUKA Bahan pembersih muka berbentuk susu, krim, cecair berbuih, gel atau sabun muka. ii) PENYEGAR Penyegar digunakan untuk kulit muka normal, kering atau kombinasi. Manakala astringen untuk kulit berminyak. iii)PELEMBAP Pelembap dalam bentuk krim dan losen. Memakai pelembap selepas pencucian. Menerangkan kesan kepada kulit muka akibat tidak mencuci solekan dengan betul. Menasihati pelanggan agar mencuci muka dengan bersih. Mensyorkan produk yang sesuai mengikut jenis keadaan kulit muka. Kesan - kesan jika tidak mencuci dengan betul: • Kulit muka boleh berjerawat. • Liang roma tersumbat. • Kulit bermasalah seperti milia dan komedon. Membersih pada waktu pagi dan malam dengan pembersih yang sesuai dengan kulit muka. Menggunakan penyegar untuk menyegarkan kulit muka Menggunakan krim pelembap pada waktu malam jika kulit kering, gunakan losyen pelembap yang mild untuk waktu siang. Menggunakan essence, serum, pupur, krim mata (jika perlu)
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(17/18) Muka Surat / Page:6 Drp / Of 10 iv)PELINDUNG UV Sunscreen atau sunblock dalam bentuk losen, krim dan gel yang bertindak sebagai bahan pelindung kulit. 4. CARA KEMAS KINI REKOD KONSULTASI SERTA MENETAPKAN TEMU JANJI PELANGGAN 4.1 Borang konsultasi pelanggan dan borang temu janji perlu dikemaskini bagi rujukan semasa rawatan akan datang. i) BORANG KONSULTASI PELANGGAN BORANG KONSULTASI PELANGGAN MAKLUMAT PERIBADI Nama : Alissa binti Ali Umur : 27 Tahun Alamat : Lot 2511 Jalan Perdana Jantina : Perempuan Taman Bertam Tarikh lahir : 2 Mei 1994 21700 Kuala Berang, Terenggan No telefon : 0123442222 Pekerjaan : Guru Email : [email protected] Butiran Respon Pelanggan SEJARAH PERUBATAN Alahan habuk/ makanan laut / asap/ herba / lain-lain ( Tiada ) Pengambilan ubatan Ya - ( ) bulan/ tidak Pernah menjalani pembedahan dan bila? ya / tidak ( ) Penyakit yang dihidapi ( kencing manis, darah tinggi, sakit jantungm ashma) Tiada GAYA HIDUP Produk penjagaan kulit yang sedang digunakan Safi Rania ekarapan terdedah di bawah matahari Jarang / Selalu / Kerap Waktu Tidur (7-8 Jam sehari) cukup / tidak mencukupi Diet Ya Pengambilan air sehari ( ) liter / ( 8 ) gelas Tabiat merokok ya / tidak
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(17/18) Muka Surat / Page:7 Drp / Of 10 BORANG ANALISIS KULIT 6) JENIS KULIT MUKA 7) WARNA KULIT 8) TEKSTUR KULIT Normal (n) Sekata (sk) Halus (hl) Berminyak (m) / Kuning langsat (kl) / Kasar (ks) / Kering (k) Sawa matang (sm) Kasap (kp) Kombinasi normal-berminyak (nm) Gelap (g) Nipis (np) Kombinasi normal – kering (nk) Cerah (c) Licin (lc) 9) MASALAH KULIT MUKA 10)KEADAAN LIANG ROMA 11) INDIKASI KONTRA Jerawat / Normal a) - Jeragat Terbuka / b) Tahi lalat Halus c) Bintik hitam / d) Bintik putih / e) Kedut f) Jerawat ♦ Jeragat ░ Tahi lalat ● Bintik hitam ▪ Bintik putih ○ Kedut ≈ Liang terbuka # Liang halus * Rekodkan hasil analisis kulit pelanggan menggunakan simbol berikut dengan membuat lakaran pada rajah muka: ♦# ○ ▪ # ♦ ♦
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(17/18) Muka Surat / Page:8 Drp / Of 10 BORANG PERSETUJUAN PELANGGAN CADANGAN PERKHIDMATAN: Rawatan Kuit Muka berminyak REKOD RAWATAN: Saya sahkan maklumat yang diberikan di atas adalah benar. Saya bersetuju menerima rawatan yang disarankan dan penerangan jelas mengenai rawatan telah disampaikan dan saya bersetuju untuk mematuhi cadangan penjagaan selepas menjalani rawatan ini. Tandatangan pelanggan: Tandatangan Juruestetik: Nama pelanggan: Alissa binti Ali Nama Juruestetik: Farah Tarikh: 24/7/2020 Tarikh: : 24/7/2020 Tarikh Pakej Rawatan Produk Kaedah Bayaran Catatan T.T Pelangg T.T Jurueste 24/7/ 2020 Rawatan asas muka kulit berminyak Clara 120.00 Iritasi kulit (Kemerahmerahan) Info Tambahan: • Iritasi kulit ( contra action) mungkin terjadi semasa atau selepas rawatan dilakukan (sekiranya ada).
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(17/18) Muka Surat / Page:9 Drp / Of 10 ii) BORANG TEMU JANJI PELANGGAN • Setelah perbincangan dilakukan diantara pelanggan dan juruestetik, cadangkan masa dan tarikh yang sesuai untuk rawatan susulan. • Apabila masa dan tarikh telah dipersetujui, juruestetik akan mencatat nama pelanggan dalam buku temu janji dan kad temu janji rawatan sebagai peringatan kepada pelanggan. • Serahkan kad temu janji rawatan kepada pelanggan pada akhir sesi. BORANG TEMU JANJI PELANGGAN BUTIRAN PERIBADI JANTINA Nama Alissa binti Ali Perempuan Telefon (HP) 0123442222 Umur PEKERJAAN Guru 27 Tahun Tarikh daftar 24/7/2020 Perkhidmatan Terapi Muka yang telah dijalankan: Rawatan khas muka kulit berminyak TARIKH TEMU JANJI RAWATAN SUSULAN Tarikh Masa Jenis Rawatan Tandatangan pelanggan Tandatangan Juruestetik Catatan 10/10/ 2020 2.00 ptg Rawatan khas muka kulit berminyak
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(17/18) Muka Surat / Page:10 Drp / Of 10 SOALAN/ QUESTIONS 1. Nyatakan tiga (3) produk asas penjagaan kulit muka di rumah. a) ____________________________________________________________________ b) ____________________________________________________________________ c) ____________________________________________________________________ 2. Berikan tiga (3) cara untuk mendapat maklum balas pelanggan? a) ____________________________________________________________________ b) ____________________________________________________________________ c) ____________________________________________________________________ RUJUKAN / REFERENCES: 1. Wong Joon Lian, Chin Wee Kin, Nawawi bin Mohd Jan, 2005. Persolekan Tingkatan 4 dan 5, Modul Pembelajaran Aliran Vokasional, Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Lamah Abd. Ghani, Zaitun Zakiah Mohd Noor, Norli Mohd Nor, 2003. Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut Tingkatan 4, Modul Mata Pembelajaran Vokasional, Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Chin Wee Kin, Ajizah Binti Sudiman@Mohd Shahed, Wong Joon Jian, 2004. Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut Tingkatan 5, Modul Pembelajaran Vokasional, Dewan Bahasa dan Pustaka.
KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET) KOD DAN NAMA PROGRAM/ PROGRAMME CODE AND NAME MP-060-2:2013 AESTHETIC SERVICES TAHAP / LEVEL L2 KOD PROGRAM, KOD DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI/ PROGRAMME CODE, COMPETENCY UNIT CODE AND TITLE MP-060-2:2013-C03 MANUAL FACIAL SERVICE NOMBOR AKTIVITI KERJA DAN PENYATAAN/ WORK ACTIVITIES NUMBER AND STATEMENT 1. CHECK CLIENT CONSULTATION INFORMATION 2. CARRY OUT MANUAL FACIAL SERVICES PREPARATION 3. CARRY OUT CLIENT PREPARATION 4. PERFORM FACIAL CLEANSING 5. PERFORM FACIAL DEEP CLEANSING 6. CARRY OUT FACIAL MASSAGE 7. CARRY OUT FACIAL MASKING 8. CARRY OUT PROTECTIVE CARE PROCEDURE 9. PROVIDE HOME CARE ADVICE 10. UPKEEP SERVICE AREA NO. KOD / CODE NO:. MP-060-2:2013-C03/P(18/18) Muka Surat/ Page:1 Drp/ Of 14 TAJUK / TITLE: PENYELENGGARAAN TEMPAT KERJA TUJUAN / PURPOSE: Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang kaedah membersih, menyimpan, mengurus bahan,alatan serta kelengkapan fasial muka, prosedur pensterilan dan kaedah mengendali sisa bahan salun dengan lebih terperinci. BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(18/18) Muka Surat/ Page:2 Drp/ Of 14 PENERANGAN / INFORMATION: Selepas perkhidmatan dijalankan, penyelenggaran unit kerja, bahan dan alatan perlu dilakukan supaya sesi perkhidmatan seterusnya boleh berjalan dengan lancar. Perkara yang perlu diambil kira termasuklah pensterilan alatan, penyimpanan dan penyemakan stok, serta pembersihan kawasan unit kerja. 1. KAEDAH MEMBERSIH ALATAN SERTA KELENGKAPAN FASIAL MUKA 1.1 Setiap kali selepas perkhidmatan dilakukan, semua alatan dan kelengkapan perlu dibersihkan atau disterilkan dengan sempurna untuk memastikan unit kerja selamat untuk digunakan. Pembersihan merupakan pembuangan kotoran dan sisa yang menyeluruh menggunakan cara fizikal dan sabun pencuci mengikut kaedah tertentu, manakala pensterilan ialah kaedah mengurangkan atau membasmi jumlah mikroorganisma ke tahap yang selamat. TATACARA PEMBERSIHAN Kenal pasti alatan dan kelengkapan yang perlu dibersih atau disterilkan. Kenal pasti kaedah pembersihan yang perlu dilakukan. Melakukan pembersihan dan pensterilan mengikut prosedur. Menyimpan alatan dan kelengkapan di tempat yang sesuai.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(18/18) Muka Surat/ Page:3 Drp/ Of 14 Rajah 1: Kaedah Membersih Alatan dan Kelengkapan ALATAN DAN KELENGKAPAN KAEDAH MEMBERSIH DAN MENSTERIL • Magnifying Lamp • Balang pengewap muka • Membersih kelengkapan • Mensteril secara kimia (antiseptik) • Tuala • Gaun fasial • Kot juru estetik • Ben rambut • Membersih alatan • Mensteril secara fizikal (haba kering) • Comedone extractor • Spatula • Span fasial • Berus pupur • Membersih alatan • Mensteril secara fizikal (sinar ultralembayung)
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(18/18) Muka Surat/ Page:4 Drp/ Of 14 i) PROSEDUR MEMBERSIH ALATAN ii) PROSEDUR MEMBERSIH KELENGKAPAN a) Buang dahulu sisa (jika ada) ke dalam tong sampah yang disediakan. Ini bertujuan untuk memastikan sisa tersebut tidak tersumbat. b) Bilas alatan dengan air untuk menghilangkan kotoran atau baki sisa tersebut supaya proses mencuci dapat dilakukan dengan lebih sempurna. c) Bersihkan alatan menggunakan bahan pencuci yang sesuai. d) Bilas alatan dengan bersih dan tiada lagi kesan bahan pencuci. Keringkan menggunakan tuala bersih atau tisu kering. e) Sterilkan alatan tersebut mengikut kaedah pensterilan yang sesuai. f) Simpan alatan tersebut di tempat yang sesuai dan selamat. (i) Buang sisa atau kotoran yang melekat pada kelengkapan. (ii) Lap kelengkapan menggunakan bahan pencuci dan bersihkan. (iii) Sterilkan kelengkapan mengikut kaedah pensterilan yang sesuai. (iv) Simpan kelengkapan di tempat yang sesuai.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(18/18) Muka Surat/ Page:5 Drp/ Of 14 2. JENIS SERTA PROSEDUR PENSTERILAN 2.1 Pensterilan ialah suatu proses membasmi kuman pada peralatan yang digunakan dalam salun kecantikan. Pensterilan penting bagi juruestetik kerana amalan ini dapat mencegah pembiakan dan membunuh bakteria. Bakteria terdapat di meratarata tempat terutamanya di tempat yang kotor dan berhabuk. Ia akan membiak dengan cepat di tempat yang gelap, lembap, panas dan kotor. Salun kecantikan merupakan tempat yang mudah bagi pembiakan bakteria atau kuman kerana salun dikunjungi oleh ramai pelanggan yang menggunakan peralatan yang sama di salun. Oleh itu, untuk menjamin keselamatan dari segi kebersihan dan kesihatan juruestetik dan pelanggan , semua peralatan perlu disteril sebelum dan selepas digunakan. i) JENIS PENSTERILAN Kaedah pensterilan yang biasa dilakukan di salun kecantikan adalah kaedah pensterilan secara fizikal yang melibatkan penggunaan haba lembap, haba kering dan sinar ultralembayung dan kaedah pensterilan secara kimia, iaitu menggunakan antiseptik dan desinfektan. JENIS PENSTERILAN ♥ Haba lembap ♥ Haba kering ♥ Sinar ultralembayung ♥ Antiseptik ♥ Desinfektan PENSTERILAN SECARA FIZIKAL PENSTERILAN SECARA KIMIA
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(18/18) Muka Surat/ Page:6 Drp/ Of 14 a. Pensterilan secara fizikal Terdapat tiga kaedah pensterilan secara fizikal iaitu dengan menggunakan haba lembap,haba kering dan sinar ultralembayung. Haba lembap atau wap Haba kering Sinar ultralembayung ♥ Merebus ataupun menstim peralatan yang digunakan. ♥ Wap digunakan dalam bidang perubatan untuk membunuh bakteria dan spora. ♥ Menjemur atau mendedahkan pada haba. ♥ Sinar ini diperolehi daripada cahaya matahari atau daripada kabinet ultralembayung (sterilizer) yang boleh membunuh kuman. LANGKAH KERJA • Masukkan alatan ke dalam bekas berisi air. • Rebus atau stim alatan selama 20 – 30 minit. • Keluarkan dan lap sehingga kering. • Simpan di tempat yang sesuai. LANGKAH KERJA • Jemur alatan seperti tuala di bawah panas matahari. • Biarkan sehingga kering. • Lipat dan simpan di tempat yang sesuai. LANGKAH KERJA • Masukkan alatan ke dalam kabinet ultralembayung. • Pasangkan suis dan biarkan selama 20 minit. • Keluarkan dan simpan di tempat yang sesuai.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(18/18) Muka Surat/ Page:7 Drp/ Of 14 b. Pensterilan secara kimia Pensterilan secara kimia melibatkan penggunaan bahan kimia yang boleh membunuh kuman. Juru estetik perlu berhati-hati dalam mengendalikan prosedur ini dan sentiasa perlu mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan. Antiseptik Desinfektan ♥ Bahan yang digunakan untuk membasmi kuman. ♥ Boleh digunakan pada kulit secara terus. ♥ Digunakan untuk membasmi kuman pada peralatan. ♥ Bertoksik pada kulit jika terdedah dalam jangka masa yang terlalu lama. KAEDAH • Bersihkan alatan daripada sebarang kotoran. • Tuangkan sedikit antiseptik pada kapas kering atau sembur pada alatan. • Lap bahagian alatan tersebut. KAEDAH • Sediakan larutan desinfektan mengikut arahan pengeluar. • Rendam alatan mengikut masa yang ditentukan. • Keluarkan alatan, bilas dengan air bersih. • Keringkan dengan tisu kering atau tuala bersih. • Simpan di tempat yang sesuai.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(18/18) Muka Surat/ Page:8 Drp/ Of 14 c. Langkah keselamatan mensteril secara kimia d. Peraturan pensterilan Semua alatan hendaklah di bersihkan dahulu sebelum di steril. Sapukan permukaan alat elektrik dengan kapas yang di lembapkan dengan 70 % alcohol untuk mensterilnya. Semua alatan seperti mangkuk hendaklah di steril sebelum di gunakan untuk pelanggan lain. Semua alatan yang sedang digunakan hendaklah di letakkan di atas permukaan yang bersih atau dalam bekas yang bersih. LANGKAH KESELAMATAN MENSTERIL SECARA KIMIA Bahan-bahan kimia hendaklah dibeli dalam kuantiti yang kecil. Simpan bahan di tempat yang sejuk, bersih dan kering. Bahan kimia mudah menjadi rosak apabila terkena air, cahaya atau haba. Bahan kimia hendaklah disukat dengan cermat. Semua bekas untuk menyimpan bahan kimia hendaklah dilabel dengan terang, ditutup rapat dan disimpan di tempat yang berkunci. Jangan hidu bahan atau larutan kimia. Sebelum menggunakan bahan kimia, pastikan baca label pada botol atau bekasnya dan ikuti arahan yang ditetapkan. Berhati-hati apabila mencairkan bahan kimia supaya tidak tertumpah. Gunakan penyepit apabila hendak menyimpan atau mengeluarkan peralatan dari kabinet steril yang panas untuk mengelakkan daripada melepuh. Sediakan peti pertolongan cemas yang lengkap dalam salun. Pastikan semua alatan bersih dan tidak berminyak sebelum menggunakan kabinet ultra lembayung
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(18/18) Muka Surat/ Page:9 Drp/ Of 14 3. KAEDAH MENYIMPAN BAHAN, ALATAN SERTA KELENGKAPAN FASIAL MUKA 3.1 Semua bahan, alatan dan kelengkapan fasial muka perlu disimpan di tempat yang sesuai mengikut kategori. Ini untuk memudahkan juru pedikur menguruskan dan memantau kadar penggunaan dan memastikan semua bahan, alatan dan kelengkapan dalam keadaan yang selamat dan sedia digunakan. Bahan dan alatan yang belum digunakan hendaklah disimpan di dalam stor dan dikeluarkan jika diperlukan sahaja. Bahan dan alatan yang telah dikeluarkan disimpan di atas troli dan digunakan untuk perkhidmatanseterusnya. Rajah 2: Contoh Tempat Penyimpanan Alat dan Bahan Produk fasial muka (spirit surgikal, pembersih,deep cleansing,minyak urut, penyegar, pelembap dan Bahan fasial muka (kapas fasial, gauze, tisu,kapas mata) Alatan (berus pupur, spatula, comedone extractor dan lain-lain)
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(18/18) Muka Surat/ Page:10 Drp/ Of 14 i) KAEDAH MENYIMPAN BAHAN Semua bahan fasial muka perlu disimpan mengikut kategori dan dilabelkan dengan jelas. Bahan yang baru diterima dan belum digunakan hendaklah disimpan di dalam stor atau kabinet yang bertutup. Bahan yang telah digunakan boleh di letakkan di atas troli dan sedia digunakan apabila diperlukan. Rajah 2: Contoh Cara Penyimpanan Bahan ii) KAEDAH MENYIMPAN ALATAN Alatan fasial muka perlu dijaga dengan baik dan disimpan di tempat yang sesuai. Biasanya, alatan disimpan bersama di atas troli untuk memudahkan juru estetik melakukan perkhidmatan. iii) KAEDAH MENYIMPAN KELENGKAPAN Semua kelengkapan perlu disimpan di tempat yang sesuai untuk keselamatan dan memudahkan juru estetik mengenal pasti kelengkapan yang diperlukan. Rajah 3: Contoh Penyimpanan Kelengkapan Info Tambahan: • Peralatan seperti comedone extractor, spatula besi yang telah disteril disimpan dalam bekas yang bertutup.
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(18/18) Muka Surat/ Page:11 Drp/ Of 14 4. KAEDAH MENGURUS STOK BAHAN SERTA PRODUK FASIAL MUKA 4.1 Stor adalah tempat bagi melaksanakan penerimaan, perekodan, penyimpanan penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok. Stok bermaksud barangbarang belum guna (selain aset tetap) dan perlu disimpan untuk tujuan operasi atau penyelenggaraan. i) KATEGORI STOK Kategori stok biasanya terbahagi kepada dua, iaitu stok barang kekal dan stok habis guna. ii) PENGURUSAN STOK Setiap stok perlu diurus dengan baik untuk memastikan stok yang sedia ada sentiasa berkualiti dan mencukupi untuk memenuhi keperluan pelanggan. Pengurusan stok melibatkan proses membeli dan menerima stok. Stok tersebut perlu direkod sebelum disimpan di dalam stor dan dikeluarkan apabila perlu. Pemeriksaan stok perlu dilakukan secara berkala untuk memastikan jumlah stok adalah sama seperti yang direkod. Pelupusan stok dilakukan jika stok telah rosak dan tidak diperlukan lagi. KATEGORI STOK STOK BARANG KEKAL • Barang yang tidak luak • Perlu daftar harta modal/ inventori • Rekod penempatan STOK BAHAN HABIS GUNA • Barang luak • Rekod penerimaan • Rekod keluar masuk
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(18/18) Muka Surat/ Page:12 Drp/ Of 14 5. KAEDAH MENGENDALI BAHAN SISA SALUN 5.1 Pengendalian bahan sisa salun yang betul merupakan salah satu aspek penting dalam pengurusan salun yang baik. Oleh itu, juru estetik perlu mengenal pasti jenis bahan sisa salun dan cara mengendalikannya. Cara pembuangan bahan sisa yang salah boleh membahayakan alam sekitar dan menyebabkan pencemaran. i) PROSEDUR MENGENDALI SISA BAHAN SALUN Sisa bahan salun terdiri daripada bahan buangan umum (general waste), bahan kimia dan bahan yang boleh dikitar semula. Cara pengendalian sisa salun adalah berbeza mengikut jenis sisa tersebut. PENGURUSAN STOK (i) Membeli stok (ii) Merekod stok (v) Memeriksa stok (iv) Mengeluar stok (iii) Menyimpan stok (vi) Melupus stok
No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(18/18) Muka Surat/ Page:13 Drp/ Of 14 Jenis Sisa Bahan Salun Prosedur Mengendali Sisa Bahan Salun Bahan Buangan Umum Tisu Kapas fasial gauze • Buang sisa dalam tong sampah bertutup. Bahan Kimia Pembersih muka Deep cleansing Spirit surgikal Minyak urut • Buang sisa cecair ke dalam sinki. • Alirkan air paip sehingga tiada bau atau warna. Bahan Kitar Semula Kertas Kaca Tin dan plastik • Kenal pasti kategori bahan kitar semula tersebut. • Masukkan ke dalam tong kitar semula yang disediakan mengikut kategori. Tin / plastik Kaca Kertas