The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norshafazilah, 2024-04-15 19:54:33

C03 MANUAL FACIAL SERVICE

NOTA MANUAL FACIAL SERVICE

KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET) KOD DAN NAMA PROGRAM/ PROGRAMME CODE AND NAME MP-060-2:2013 AESTHETIC SERVICES TAHAP / LEVEL L2 KOD PROGRAM, KOD DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI/ PROGRAMME CODE, COMPETENCY UNIT CODE AND TITLE MP-060-2:2013-C03 MANUAL FACIAL SERVICE NOMBOR AKTIVITI KERJA DAN PENYATAAN/ WORK ACTIVITIES NUMBER AND STATEMENT 1. CHECK CLIENT CONSULTATION INFORMATION 2. CARRY OUT MANUAL FACIAL SERVICES PREPARATION 3. CARRY OUT CLIENT PREPARATION 4. PERFORM FACIAL CLEANSING 5. PERFORM FACIAL DEEP CLEANSING 6. CARRY OUT FACIAL MASSAGE 7. CARRY OUT FACIAL MASKING 8. CARRY OUT PROTECTIVE CARE PROCEDURE 9. PROVIDE HOME CARE ADVICE 10. UPKEEP SERVICE AREA NO. KOD / CODE NO:. MP-060-2:2013-C03/P(7/18) Muka Surat/Page: 1 Drp/ Of 9 TAJUK/ TITLE: PROSEDUR DEEP CLEANSING TUJUAN/ PURPOSE: Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang teknik serta prosedur membersih muka dengan deep cleansing, pengendalian pengewap muka, cara melayan respon pelanggan dan amalan prinsip ergonomik semasa bekerja dengan lebih terperinci. BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(7/18) Muka Surat / Page: 2 Drp / Of 9 PENERANGAN / INFORMATION: Deep Cleansing bertujuan menbersih muka secara mendalam bagi menghilangkan minyak, mengelakkan liang roma tersumbat yang dapat mengelak daripada terjadinya jerawat. 1. TEKNIK SERTA PROSEDUR MEMBERSIH MUKA DENGAN DEEP CLEANSING 1.1 Ada pelbagai cara untuk melakukan deep cleansing. Antara cara yang selalu digunakan di salun kecantikan ialah pergerakan membulat ke atas (circular movement) dan geseran. i) PERSEDIAAN AWAL a. Menyediakan bahan, alatan dan pelanggan mengikut aliran kerja. b. Mensteril tangan sebelum melakukan perkhidmatan. c. Membersih kulit muka pelanggan. d. Menerangkan prosedur melakukan deep cleansing dan mengewap muka dan kesannya kepada kulit. ii) PROSEDUR DEEP CLEANSING MENGGUNAKAN SKRUB a. Bubuh dan ratakan bahan skrub di leher, dagu, pipi, hidung dan dahi menggunakan jari atau berus. b. Lakukan gerakan membulat yang lembut dari bawah ke atas di bahagian leher dan di sepanjang garisan rahang sehingga ke telinga (berulang kali). c. Membersih di bahagian dagu secara geseran (berulang kali). d. Membersih di bahagian pipi kiri dan kanan dengan gerakan membulat (berulang kali).


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(7/18) Muka Surat / Page: 3 Drp / Of 9 2. PENGENDALIAN PENGEWAP MUKA 2.1 Pengewapan wajah adalah penting dalam membantu membersihkan kotoran yang melekat di pori-pori wajah. Pengewapan boleh dilakukan dengan menggunakan wap ozon atau tanpa ozon.Ozon terbentuk apabila sinar ultralembayung bertidak balas dengan oksigen di udara. Pengewapan ozon dapat memberikan kesan pada lapisan epidermis sehingga lapisan hipodermis kulit kerana pengaliran darah dirangsang. Oksigen aktif dari penguraian ozon boleh mengenyah kuman, menyembuhkan dan mengeringkan lapisan epidermis kulit. Oleh itu, pengewapan ozon amat berkesan untuk merawat jerawat, kulit seborea dan berminyak. e. Gosok secara membulat di cuping hidung dan menggelongsor di batang hidung. f. Membersih di bahagian dahi dengan gerakan membulat hingga ke hujung mata(urut tekan). g. Dari bahagian dalam sudut mata, urut tekan dengan perlahan menggunakan jari tengah sehingga ke bahagian dalam sudut mata. h. Bersihkan skrub dengan air suam menggunakan span lembap. i. Petapkan muka dan leher dengan tisu.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(7/18) Muka Surat / Page: 4 Drp / Of 9 Rajah 1: Mengewap Muka i) INDIKASI DAN INDIKASI KONTRA PENGEWAPAN MUKA Sebelum melakukan perkhidmatan mengewap muka, juruestetik harus mengetahui indikasi dan indikasi kontra. Indikasi Indikasi Kontra • Kulit berminyak • Kulit kombinasi • Kulit seborea • Akne vulgaris • Kulit hipersensitif • Luka • Akne rosasea • Bengkak • Eritema • Selepas rawatan haba • Radang kulit • Penyakit asma • Cedera akibat selaran matahari • Histeria • Epilepsi • Kapilari darah pecah • Migrain ii) LANGKAH KESELAMATAN MENGEWAP MUKA a. Pastikan pengewap muka berada dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan. b. Isikan balang air sehingga paras yang ditetapkan. c. Pastikan sekurang-kurangnya 2/3 air suling ada dalam balang pengewap muka. d. Tutup mata pelanggan sebelum menggunakannya.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(7/18) Muka Surat / Page: 5 Drp / Of 9 e. Wap muka perlu berada pada jarak 36cm hingga 40 cm dari kulit muka pelanggan Jenis Kulit JaraK Pengewap Masa Mengewap Normal 30 cm 10-15 minit Kulit Kering 38 cm 5-10 minit Kulit berminyak 25-30 cm 10-15 minit iii) LANGKAH KERJA MENGEWAP MUKA a. Pastikan balang diisi dengan air suling (2/3). b. Buka suis wap untuk memanaskan. c. Tutup kedua-dua belah mata pelanggan dengan kapas lembap. d. Halakan pengewap ke muka pelanggan setelah wap keluar dan buka ozon jika perlu. e. Minta respon pelanggan sama ada hembusan wap mengganggu pernafasannya atau tidak supaya pelanggan tidak lemas. f. Masa mengewap adalah mengikut keperluan rawatan dan jenis kulit muka. (anggaran masa biasa 5 hingga 10 minit). g. Alihkan pengewap dari muka pelanggan dan tutup suiz. h. Petap muka pelanggan dengan tisu Adakah anda selesa dengan suhu wap?


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(7/18) Muka Surat / Page: 6 Drp / Of 9 i. Keluarkan bintik dengan menggunakan comedone extractor. j. Bersihkan muka dengan air suam menggunakan span fasial. iv) KESAN MENGEWAP MUKA a. Membaiki peredaran darah. b. Membuka liang roma kulit. c. Melembutkan bintik putih dan dan bintik hitam supaya memudahkan pengeluarannya. d. Melembutkan dan melembapkan lapisan kulit luar. e. Menolong proses perkumuhan toksin dan kotoran daripada kulit. f. Membaiki metabolism sel kulit. 3. CARA PANTAU REAKSI PELANGGAN SEPANJANG PERKHIDMATAN 3.1 Pelanggan adalah satu faktor penentu kejayaan dalam perniagaan. Melayan dengan cara yang baik membuatkan pelanggan berpuas hati dan perniagaan akan berkembang. i) PANTAU REAKSI PELANGGAN SECARA SOPAN Maklumkan kepada pelanggan untuk melakukan deep cleansing dan tujuan dengan sopan. Mendapatkan respon daripada pelanggan semasa deep cleansing dijalankan supaya pelanggan berada dalam keadaan yang selesa. . Pantau reaksi pelanggan melalui gerak badan sepanjang rawatan dijalankan. Info tambahan: *Semasa mengeluarkan bintik, mata pelanggan juga boleh di tutup dengan kapas lembap supaya tidak berlaku pengaliran air mata.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(7/18) Muka Surat / Page: 7 Drp / Of 9 4. PRINSIP ERGONOMIK 4.1Maksud perkataan ergonomik adalah ilmu ergonomi, ilmu tentang rekaan dan cara susun atur yang mempengaruhi kecekapan pekerja. i) KEBAIKAN MENGAMALKAN PRINSIP ERGONOMIK a. Mengurangkan pengulangan pergerakan, secara langsung menjimatkan masa dan tenaga (kurang penat) semasa melakukan deep cleansing. b. Meningkatkan prestasi kerja (masa singkat kerja lebih). c. Susun atur bahan dan alatan kecil di atas troli yang mengikut aliran kerja mengurangkan pergerakan kerana keperluan mudah dicapai. d. Persekitaran yang kondusif juga menggalakkan kelancaran aktiviti semasa bekerja. e. Amalan postur yang baik mengurangkan ketegangan pada otot dan mengelakkan kelesuan dan kesakitan pada tubuh badan. ii) POSTUR BADAN a. Kebaikan mengamalkan postur badan yang baik semsaa melakukan deep cleansing. • Mengurangkan ketegangan otot. • Mengurangkan keletihan semasa melakukan kerja. • Mengelakkan kesakitan pada tulang dan sendi. • Menampilkan gaya diri yang baik dan menarik. a. Cara duduk semasa melakukan kerja membersih muka • Duduk tegak. • Berat badan tertumpu pada bahagian punggung. • Rapatkan kaki dan peha. • Otot pinggang berada dalam keadaan rehat. • Pusingkan kaki kiri ke luar pada sudut 45°. • Juruestetik hendaklah memastikan ketinggian badan dengan katil fasial bersesuai supaya kerja dapat dilakukan dengan selesa.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(7/18) Muka Surat / Page: 8 Drp / Of 9 iii) SUSUN ATUR RUANG KERJA Prinsip susun atur ruang kerja yang ergonomik: • Mengurangkan pengulangan pergerakan yang berlebihan semasa melakukan kerja deep cleansing. Barang keperluan rawatan mudah dicapai untuk digunakan. • Membenarkan pergerakan yang lancar dan amalan postur yang baik dalam saiz ruang yang selesa.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(7/18) Muka Surat / Page: 9 Drp / Of 9 SOALAN / QUESTIONS: Jawab semua soalan. 1. Nyatakan tiga (3) indikasi kontra pengewapan muka. a. ___________________________________________________________________ b. ___________________________________________________________________ c. ___________________________________________________________________ 2. Nyatakan tiga (3) langkah keselamatan mengewap muka. a. ___________________________________________________________________ b. ___________________________________________________________________ c. ___________________________________________________________________ RUJUKAN / REFERENCES: 1. Wong J.L, Chin W.K dan Nawawi M. Jan (2005). Persolekan Tingkatan 4 dan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. http://www.khanapakana.com/article/f716d0ba-afae-4d3b-906a-48a26591b95a/facialsteps-with-hand-movements. 5 Ogos 2014, 10.05 a.m 3. http://belogayamgoreng.blogspot.com/2012/12/mari-mengenal-bahan-kimia-dalamproduk.html. 27 Ogos 2014, 9.40 a.m 4. Lorraine Nordmann, Beauty Basics The Official Guide To Level 1, Cengage Learning EMEA. 5.Lorraine Nordmann, Beauty Theraphy The Foundations Level 2, Cengage Learning EMEA.


KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET) KOD DAN NAMA PROGRAM/ PROGRAMME CODE AND NAME MP-060-2:2013 AESTHETIC SERVICES TAHAP / LEVEL L2 KOD PROGRAM, KOD DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI/ PROGRAMME CODE, COMPETENCY UNIT CODE AND TITLE MP-060-2:2013-C03 MANUAL FACIAL SERVICE NOMBOR AKTIVITI KERJA DAN PENYATAAN/ WORK ACTIVITIES NUMBER AND STATEMENT 1. CHECK CLIENT CONSULTATION INFORMATION 2. CARRY OUT MANUAL FACIAL SERVICES PREPARATION 3. CARRY OUT CLIENT PREPARATION 4. PERFORM FACIAL CLEANSING 5. PERFORM FACIAL DEEP CLEANSING 6. CARRY OUT FACIAL MASSAGE 7. CARRY OUT FACIAL MASKING 8. CARRY OUT PROTECTIVE CARE PROCEDURE 9. PROVIDE HOME CARE ADVICE 10. UPKEEP SERVICE AREA NO. KOD / CODE NO:. MP-060-2:2013-C03/P(8/18) Muka Surat / Page: 1 Drp / Of 8 TAJUK / TITLE: PENGENALAN URUTAN MUKA TUJUAN / PURPOSE: Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang tujuan mengurut muka, anatomi serta fisiologi muka dengan lebih terperinci. BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(8/18) Muka Surat / Page:2 Drp / Of 8 PENERANGAN / INFORMATION: Mengurut muka dengan cara dan teknik yang betul dapat memberikan keselesaan dan ketenangan kepada pelanggan apabila dilakukan dengan teknik urutan yang tepat dan betul. 1. TUJUAN MENGURUT MUKA 1.1 Pengurutan merupakan perbuatan memicit, menggosok dan menekan dengan jari atau tangan untuk menyegarkan dan menyembuhkan penyakit. i) TUJUAN URUT MUKA a. Struktur kulit akan menjadi segar dan sihat. b. Kulit akan menjadi lembut, licin dan tidak berkeredut. c. Pergerakan darah dan nadi akan bertambah. d. Otot-otot akan menjadi tegang, saraf akan segar dan badan bertambah selesa. e. Menolong membersih dan mengeluarkan sebarang kekotoran dari kulit. f. Menolong memecahkan lemak. g. Menolong menghilangkan sengal-sengal tulang. h. Membaiki keanjalan kulit. 2. ANATOMI SERTA FISIOLOGI MUKA 2.1 Kulit menyelaputi keseluruhan badan dan ia juga adalah bersambungan daripada lapisan membran yang melapisi orifis badan manusia.Ia mengawal struktur-struktur di bawahnya daripada kecederaan dan dijangkiti kuman. Kulit juga mengawal saraf-saraf penghujung yang sensitif terhadap suhu, sakit dan sentuhan. i) SISTEM LIMFA Ia terdiri daripada kapilari-kapilari darah, saraf-saraf limfa, duktus-duktus limfa dan nodus-nodus (Kelenjar limfa). Kesemua di atas mengandungi cecair limfa dan ia berwarna ‘straw’ dan merupakan cecair alkali yang terdiri daripada air, sel darah putih, protein dan bakteria. Cecair ini mengalir dalam seluruh sistem limfa. Sistem limfa adalah


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(8/18) Muka Surat / Page:3 Drp / Of 8 sebahagian daripada sistem peredaran darah, yang terditi daripada rangkaian saluran yang dipanggil saluran limfa yang membawa cecair jernih yang dipanggil limfa ke arah jantung. Cecair limfa mesti ditapis melalui nodus limfa sebelum mengalir balik ke darah. Nodus limfa merupakan organ berbentuk bujur dalam sistem imun yang luas teredar di seluruh badan termasuk ketiak dan perut serta ditautkan oleh saluran limfa. a. Fungsi cecair limfa • Mengeluarkan bahan buangan dari tisu. • Menentang penyakit berjangkit. b. Fungsi nodus limfa • Menapis mikro-organisma dan lain-lain bahan yang merbahayakan serta menghapuskannya. • Menghasilkan limfosites yang baharu. • Membentuk antibodies dan antitoksin. • • • • • • • • • • • • Rajah 1: Nodus Limfa di Muka dan Leher


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(8/18) Muka Surat / Page:4 Drp / Of 8 ii) STRUKTUR KULIT Kulit merupakan organ yang terbesar bagi badan manusia. Ia menutupi badan dan melindungi lapisan-lapisan bawah kulit. Kulit yang paling nipis adalah di bahagian muka, kelopak mata dan bibir, manakala kulit yang paling tebal terdapat di bahagian tapak tangan dan tapak kaki. Kulit yang sihat adalah sederhana lembap, lembut, gebu, berasid dan bebas dari segala kecelaan atau penyakit kulit. Rajah 2: Struktur Kulit a. Lapisan Kulit Kulit dibahagi kepada tiga bahagian iaitu : • Epidermis • Dermis • Hipodermis Lapisan Epidermis Epidermis ialah bahagian paling luar dan kebanyakannya merupakan sel mati. Epidermis terbahagi kepada 5 lapisan iaitu: Lapisan Korneum Lapisan Lusidum Lapisan Granulosum Lapisan Spinosum Lapisan Germinativum


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(8/18) Muka Surat / Page:5 Drp / Of 8 Lapisan Dermis Lapisan kulit di bawah lapisan epidermis. Ia mengandungi tisu penghubung yang bertindak sebagai lapisan pelindung yang melindungi badan daripada tekanan dan kecederaan. Ia merupakan satu lapisan tisu penyambung hidup dan adalah lebih tebal daripada epidermis. Lapisan Hipodermis Lapisan ini berada di bawah lapisan dermis. Ia mengandungi tisu adipos (lemak). Selain daripada melindungi dan membekalkan tenaga kepada badan, ia juga memberikan kontur dan bentuk kepada badan. iii) FUNGSI KULIT a. Perangsang Kulit akan bergerak balas kepada kepanasan, kesejukan, sentuhan, tekanan dan kesakitan. b. Mengimbangkan kepanasan badan Badan yang sihat memelihara suhu yang tetap dari 37° atau 98.4°F. c. Penyerapan Kulit hanya boleh menyerap ubat dan krim yang tertentu, ia boleh masuk ke badan dan merangsang badan. d. Perlindungan Kulit merupakan salah satu anggota perlindungan yang penting bagi badan. Ia melindungi organ-organ yang dalam dan halus, juga bertindak sebagai tembok utama bagi menghalang kemasukan mikro-organisma dan lain-lain anasir yang merbahayakan.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(8/18) Muka Surat / Page:6 Drp / Of 8 e. Ekskresi Ia dihasilkan oleh kelenjar peluh dimana peluh adalah dikeluarkan dari kulit. Perpeluhan mengandungi air, garam, bahan-bahan buangan dan lain-lain bahan kimia seperti urea. f. Sekrisi Sebum dikeluarkan dari kelenjar-kelenjar sebaceous dalam kulit. Sebum masuk ke folikel rambut dan melincirkan batang rambut dan juga memelihara pelinciran, kelembutan dan supaya tidak ditembusi air. Sebum mengandungi bahan asid yang mempunyai tindakan anti-infeksi yang sederhana dan ini akan melindungi kulit dan tindakan kuman. Sebum juga memelihara kulit dan kehilangan lembapan dan kepanasan. IV) SISTEM OTOT MUKA Sistem otot adalah salah satu sistem yang penting dalam badan. Pergerakan terhasil daripada penguncupan dan pemanjangan otot. Selain itu ia juga menentukan magnitud pergerakan. Perkataan “muscle” berasal daripada perkataan Latin iaitu musculus. Mus daripada perkataan itu bermakna tikus. Otot dalam tubuh badan kita terdiri lebih daripada 600 otot skeletal. Otot pada muka bukan sahaja dihubungkan kepada tulang, ia juga dihubungkan kepada otot-otot muka yang lain dan juga ke kulit muka. Otot Frontalis : Mengangkat alis mata Otot Orbikularis Okuli: Menutup kelopak mata Otot Orbikularis Oris: Mengerutkan bibir Rajah 3: Otot Muka


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(8/18) Muka Surat / Page:7 Drp / Of 8 Rajah 4: Pergerakan Otot v) SISTEM RANGKA TULANG MUKA Rajah 5: Tulang Muka Manusia Fungsi tulang tengkorak adalah memberi bentuk kepada kepala dan melindungi otak. Tulang tengkorak tersusun atas tulang yang berbentuk pipih. Ia terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian kepala (tempurung kepala) dan bahagian muka. Tulang bahagian muka meliputi tulang rahang atas, tulang rahang bawah, tulang pipi, tulang lelangit, tulang air mata dan tulang lidah. Pergerakan otot Pergerakan voluntari •Pergerakan dibawah kawalan sedar •seseorang itu mampu untuk mengawal dan mengatur pergerakannya • Contohnya seperti berlari, berjalan dan membaca. Pergerakan involuntari • Pergerakan yang dilakukan diluar kawalan. • Pergerakan itu tetap akan berlaku walaupun seseorang itu tidak menyedarinya. • Antara contohnya ialah denyutan jantung.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(8/18) Muka Surat / Page:8 Drp / Of 8 SOALAN / QUESTIONS: Arahan: Jawab semua soalan. 1. Nyatakan lima (5) tujuan dan kesan mengurut muka. a. _________________________________________________________________ b. _________________________________________________________________ c. _________________________________________________________________ 2. Nyatakan lima (5) jenis lapisan epidermis. a. _________________________________________________________________ b. _________________________________________________________________ c. _________________________________________________________________ d. _________________________________________________________________ e. _________________________________________________________________ RUJUKAN / REFERENCES: 1. Wong Joo Lian, Chin Wee Kin, Nawawi bin Mohd.Jan, Persolekan Tingkatan 4 dan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Chin Wee Kin, Ajizah binti Sudiman@ Mohd Shahed, Wong Joo Lian, Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut Tingkatan 5, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Lorraine Nordmann, Beauty Basics The Official Guide To Level 1, Cengage Learning EMEA. 4. Lorraine Nordmann, Beauty Theraphy The Foundations Level 2, Cengage Learning EMEA.


TAJUK / TITLE: PRODUK URUTAN MUKA TUJUAN / PURPOSE: Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang jenis bahan mengurut muka dengan lebih terperinci. KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET) KOD DAN NAMA PROGRAM/ PROGRAMME CODE AND NAME MP-060-2:2013 AESTHETIC SERVICES TAHAP / LEVEL L2 KOD PROGRAM, KOD DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI/ PROGRAMME CODE, COMPETENCY UNIT CODE AND TITLE MP-060-2:2013-C03 MANUAL FACIAL SERVICE NOMBOR AKTIVITI KERJA DAN PENYATAAN/ WORK ACTIVITIES NUMBER AND STATEMENT 1. CHECK CLIENT CONSULTATION INFORMATION 2. CARRY OUT MANUAL FACIAL SERVICES PREPARATION 3. CARRY OUT CLIENT PREPARATION 4. PERFORM FACIAL CLEANSING 5. PERFORM FACIAL DEEP CLEANSING 6. CARRY OUT FACIAL MASSAGE 7. CARRY OUT FACIAL MASKING 8. CARRY OUT PROTECTIVE CARE PROCEDURE 9. PROVIDE HOME CARE ADVICE 10. UPKEEP SERVICE AREA NO. KOD / CODE NO:. MP-060-2:2013-C03/P(9/18) Muka Surat / Page: 1 Drp / Of 5 BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(9/18) Muka Surat / Page:2 Drp / Of 5 PENERANGAN / INFORMATION: Terdapat pelbagai bahan yang boleh digunakan dalam urutan muka mengikut kesesuaian jenis kulit muka. Urutan muka memberi peluang untuk kulit menyerap kandungan produk yang anda gunakan. Haba dari tangan dan yang terhasil ketika proses urutan membantu produk masuk ke dalam kulit dengan lebih baik. Inilah sebabnya anda perlu memilih produk terbaik yang bersesuaian dengan keperluan kulit masing-masing. 1. JENIS BAHAN URUT MUKA 1.1Bahan mengurut muka adalah perlu bagi mengelakkan kulit daripada melecet. i) JENIS BAHAN URUT MUKA ii) JENIS KULIT DAN BAHAN URUT MUKA a. Kulit Normal • Minyak argan - Merupakan minyak yang kaya dengan vitamin E. - Membantu mencegah kerosakan kulit, bintik gelap dan garis halus. a. Minyak Sesuai untuk kulit; • Normal • Kering b.Gel Sesuai untuk kulit; •Normal •Berminyak • Kombinasi c. Krim Sesuai untuk kulit; •Normal •Berminyak •Kering •Kombinasi


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(9/18) Muka Surat / Page:3 Drp / Of 5 b. Kulit Berminyak •Minyak Jojoba - Merupakan sejenis minyak yang kerap digunakan dalam urutan muka. - Mempunyai tekstur yang ringan. - Sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi. - Dapat mengawal sebum dan kawasan berminyak. • Minyak biji anggur - Sesuai untuk kulit berminyak. - Melembapkan kulit secara sederhana. - Membantu membersihkan kulit. c. Kulit Kering • Minyak badam - Sesuai untuk kulit jenis kering dan kulit yang mempunyai masalah (ekzema). - Kandungan vitamin A yang tinggi. • Minyak marula - Sesuai untuk kulit kering. - Kadar penyerapan yang tinggi. d. Kulit Berjerawat • Minyak delima - Merupakan minyak antibakteria dan anti radang. - Membantu melawan bakteria. - Mengawal kulit yang mempunyai masalah radang. - Mempunyai tekstur yang ringan. (tidak menyebapkan kulit menjadi terlalu lembap). • Minyak biji bunga ros - Dapat merawat kulit yang kemerahan. - Tidak berbahaya digunakan pada kulit yang bermasalah.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(9/18) Muka Surat / Page:4 Drp / Of 5 - Dapat menghilangkan parut jerawat dan mengurangkan kemerahan. e. Kulit Sensitif • Minyak moringa - Merupakan minyak antioksidan. - Dapat melindungi kulit daripada radikal bebas. - Membantu dan membaiki kulit daripada menjadi terlalu kering dan rosak. - Mempunyai tekstur yang ringan. (tidak terlalu melembapkan kulit) • Minyak alor vera - Merupakan minyak anti radang, antioksidan dan antibakteria. - Sesuai untuk kulit sensitif, berminyak dan berjerawat.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(9/18) Muka Surat / Page:5 Drp / Of 5 SOALAN / QUESTIONS: Arahan: Jawab semua soalan. 1. Nyatakan dua (2) medium urutan yang sesuai digunakan untuk jenis kulit berminyak. a. _____________________________________________________________ b. _____________________________________________________________ 2. Nyatakan dua (2) medium urutan yang sesuai digunakan untuk jenis kulit kering. a. _____________________________________________________________ b. _____________________________________________________________ RUJUKAN / REFERENCES: 1. Wong Joo Lian, Chin Wee Kin, Nawawi bin Mohd.Jan, Persolekan Tingkatan 4 dan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Chin Wee Kin, Ajizah binti Sudiman@ Mohd Shahed, Wong Joo Lian, Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut Tingkatan 5, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. https://www.marieclaire.com/beauty/a22076124/best-face-oils/


TAJUK / TITLE: PERMASALAHAN KULIT MUKA TUJUAN / PURPOSE: Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang masalah kulit muka, indikasi serta indikasi kontra dalam urut muka dengan lebih terperinci. KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET) KOD DAN NAMA PROGRAM/ PROGRAMME CODE AND NAME MP-060-2:2013 AESTHETIC SERVICES TAHAP / LEVEL L2 KOD PROGRAM, KOD DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI/ PROGRAMME CODE, COMPETENCY UNIT CODE AND TITLE MP-060-2:2013-C03 MANUAL FACIAL SERVICE NOMBOR AKTIVITI KERJA DAN PENYATAAN/ WORK ACTIVITIES NUMBER AND STATEMENT 1. CHECK CLIENT CONSULTATION INFORMATION 2. CARRY OUT MANUAL FACIAL SERVICES PREPARATION 3. CARRY OUT CLIENT PREPARATION 4. PERFORM FACIAL CLEANSING 5. PERFORM FACIAL DEEP CLEANSING 6. CARRY OUT FACIAL MASSAGE 7. CARRY OUT FACIAL MASKING 8. CARRY OUT PROTECTIVE CARE PROCEDURE 9. PROVIDE HOME CARE ADVICE 10. UPKEEP SERVICE AREA NO. KOD / CODE NO:. MP-060-2:2013-C03/P(10/18) Muka Surat / Page:1 Drp / Of 7 BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(10/18) Muka Surat / Page:2 Drp / Of 7 PENERANGAN / INFORMATION: Mengenal pasti masalah kulit merupakan prosedur yang utama sebelum mengurut muka. Ini bertujuan supaya juru estetik dapat memilih bahan yang sesuai digunakan untuk pelanggan yang mempunyai masalah-masalah kulit tertentu. 1. MASALAH KULIT MUKA 1.1 Sebelum mengurut muka, juru estetik hendaklah mengetahui jenis masalah kulit serta indikasi dan indikasi kontra pelanggan. i) JENIS MASALAH KULIT MUKA a. Komedon (black head) Komedon dikenali juga sebagai bintik hitam (black head). Terjadi pada liang roma yang terbuka. Berwarna hitam kerana dioksidakan oleh udara. Terjadi disebabkan kelenjar kulit muka mengeluarkan terlalu banyak sebum dan minyak. Sebum dan minyak menyebabkan liang roma tersumbat. Sebum ini menjadi keras di bahagian folikel rambut kulit muka. b. Bintik putih (white head) Bintik putih dikenali juga sebagai white head. Terjadi pada liang roma yang tertutup. Berwarna putih kerana tidak dioksidakan oleh udara. Susah untuk dikeluarkan berbanding bintik hitam kerana liang roma belum terbuka.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(10/18) Muka Surat / Page:3 Drp / Of 7 c. Papules Papules adalah komedon yang menjadi radang, membentuk benjolan merah pada kulit muka. Jenis jerawat ini sensitif pada sentuhan. d. Pustul Jerawat ini berwarna kemerahan di pangkal dan bernanah di bahagian atas. e. Milia Milia banyak muncul di wajah, biasanya di bahagian kelopak mata dan pipi. Terjadi akibat kulit mengelupas dan sel kulit mati yang terperangkap di dalam kulit f. Acne Rosacea Rosacea dapat dilihat melalui kulit kemerahan akibat stres, makanan pedas, wain merah atau perubahan suhu. Pergerakan darah yang berpunca daripada faktor ini turut menyebabkan jerawat pada muka yang biasanya hadir dengan rosacea.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(10/18) Muka Surat / Page:4 Drp / Of 7 g.Kapilari Darah Pembetukan kapilari di muka adalah disebabkan kerap bersauna, selalu terdedah di bawah cahaya matahari, solarium akan mengeringkan kulit dan menyebabkan epidermis kehilangan keanjalannya. Kekurangan vitamin dan mineral dalam badan, merokok dan pengambilan alcohol, keturunan yang mempunyai rosacea akan mengurangkan nada vascular dan penyebab pembentukan kapilari darah. h. Keloid Benjolan pada bahagian parut yang berjadi akibat kecederaan di kulit akibat pertumbuhan secara berlebihan pada tisu parut. i. Skin Tag Skin tag dikaitkan dengan kegemukan, masalah gula dalam badan, diabetes dan kehamilan. Terjadi ketika pembuluh darah dan serat kologen membentk daging kecil yang tumbuh di permukaan kulit. j. Acne Vulgaris Ketidakseimbangan hormon dalam badan semasa akil baligh mempengaruhi aktiviti kelenjar sebum dan menyebabkan peningkatan pengeluaran sebum. Sebum yang tersumbat akan menyebabkan jangkitan bakteria pada tisu di sekitarnya.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(10/18) Muka Surat / Page:5 Drp / Of 7 2. INDIKASI SERTA INDIKASI KONTRA URUT MUKA 2.1 Juru estetik hendaklah mengetahui indikasi dan indikasi kontra pada pelanggan sebelum melakukan urutan muka. i) INDIKASI Indikasi • Kulit muka yang kurang cerah dan kuning pucat. • Kulit muka yang normal, kering dan matang. • Otot fasial yang kurang anjal. • Pelanggan dalam keadaan tertekan. • Kulit muka berminyak. k. Tahi Lalat Disebabkan oleh adanya melanosit yang berkumpul pada satu tempat di permukaan kulit. Melanosit yang tidak menyebar ke permukaan kulit akan membentuk pigmen untuk menutupi permukaan kulit. l. Parut Terjadi apabila tisu atau kulit tercedera, badan akan menghasilkan sejenis protein iaitu kologen. Kolegen membantu proses pemyembuhan dengan menghasilkan jaringan yang menguatkan tisu yang tercedera. Selepas beberapa bulan, kolegen dan saluran darah baru terbentuk dengan aktif dan menyebabkan parut terhasil.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(10/18) Muka Surat / Page:6 Drp / Of 7 ii) INDIKASI KONTRA Indikasi Kontra • Tanda lebam. • Kulit hipersensitif. • Selaran matahari. • Radang kulit. • Gigitan dan sengatan seranggan. • Luka • Jerawat dan bernanah. • Akne rosesea. • Akne vulgaris. • Penyakit asma. • Sinus. • Pembedahan di bahagian muka yang belum sembuh. • Histeria


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(10/18) Muka Surat / Page:7 Drp / Of 7 SOALAN / QUESTIONS: Arahan: Jawab semua soalan. 1. Nyatakan lima (5) indikasi kontra mengurut muka. a. ____________________________________________________________ b. ____________________________________________________________ c. ___________________________________________________________ 2. Namakan dua (2) masalah kulit muka. a. ____________________________________________________________ b. ____________________________________________________________ RUJUKAN / REFERENCES: 1. Wong Joo Lian, Chin Wee Kin, Nawawi bin Mohd.Jan, Persolekan Tingkatan 4 dan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Chin Wee Kin, Ajizah binti Sudiman@ Mohd Shahed, Wong Joo Lian, Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut Tingkatan 5, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka.


TAJUK / TITLE: PENGURUTAN MUKA TUJUAN / PURPOSE: Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang jenis gerakan asas dan teknik urutan muka dengan lebih terperinci. KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET) KOD DAN NAMA PROGRAM/ PROGRAMME CODE AND NAME MP-060-2:2013 AESTHETIC SERVICES TAHAP / LEVEL L2 KOD PROGRAM, KOD DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI/ PROGRAMME CODE, COMPETENCY UNIT CODE AND TITLE MP-060-2:2013-C03 MANUAL FACIAL SERVICE NOMBOR AKTIVITI KERJA DAN PENYATAAN/ WORK ACTIVITIES NUMBER AND STATEMENT 1. CHECK CLIENT CONSULTATION INFORMATION 2. CARRY OUT MANUAL FACIAL SERVICES PREPARATION 3. CARRY OUT CLIENT PREPARATION 4. PERFORM FACIAL CLEANSING 5. PERFORM FACIAL DEEP CLEANSING 6. CARRY OUT FACIAL MASSAGE 7. CARRY OUT FACIAL MASKING 8. CARRY OUT PROTECTIVE CARE PROCEDURE 9. PROVIDE HOME CARE ADVICE 10. UPKEEP SERVICE AREA NO. KOD / CODE NO:. MP-060-2:2013-C03/P(11/18) Muka Surat / Page:1 Drp / Of 8 BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(11/18) Muka Surat / Page:2 Drp / Of 8 PENERANGAN / INFORMATION: Gerakan asas dalam urutan muka merupakan gerakan yang perlu diketahui oleh juru estetik sebelum meneruskan sesi urutan. Gerakan asas kerap digunakan berulang kali dalam setiap turutan mengurut. 1. JENIS GERAKAN ASAS URUTAN MUKA 1.1 Terdapat pelbagai jenis urutan yang mampu mendatangkan kesihatan dan melancarkan peredaran darah.Setiap urutan juga mempunyai kebaikan yang berbeza. i) GERAKAN ASAS URUTAN MUKA


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(11/18) Muka Surat / Page:3 Drp / Of 8 2. TEKNIK URUTAN MUKA 2.1 Teknik urutan muka yang betul dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan ketegangan wajah. i) URUT USAP (EFFLEURAGE) Palmer stroking Fan stroking Finger stroking Penerangan Kesan • Tapak tangan atau jari mengelongsor di atas permukaan kulit dengan lembut. • Urutan ini menggunakan tekanan yang sama rata dan lembut dan di arahkan ke jantung dan nodus limfa. • Gerakan yang bersambung ini biasa dilakukan pada awal dan akhir urutan. • Gerakan ini digunakan untuk memastikan gerakan urutan berterusan antara satu sama lain. • Merangsang peredaran darah. • Merangsang peredaran limfa dan membantu pembuangan bahan kumuh. • Membuang sel mati pada lapisan epidermis. • Mengendurkan gentian otot yang tegang. • Menyediakan kulit untuk pengurutan seterusnya.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(11/18) Muka Surat / Page:4 Drp / Of 8 ii) GESERAN (FRICTIONS) Penerangan Kesan • Gerakan bulatan kecil atau menggunting dengan menggunakan hujung jari. • Geseran boleh dilakukan dengan kadar tekanan lembut atau kuat. • Jari hantu digunakan untuk geseran kuat dan jari manis digunakan untuk geseran lembut. • Merangsang kulit dan tisu. • Merangsang peredaran darah dan limfa. • Membaiki aktiviti kelenjar. • Merehatkan otot yang tegang.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(11/18) Muka Surat / Page:5 Drp / Of 8 iii) URUT TEKAN (PETRISSAGE) Kneading Knucling Pinching Penerangan Kesan • Gerakan ini menekan tisu lembut pada tulang. • Gerakan ini lebih mendalam dan kadar tekanannya lebih kuat daripada urut usap. • Tekanan gerakan ditujukan ke arah satu atau sekumpulan otot atau nodus limfa. • Untuk menghasilkan kadar tekanan yang kuat, gerakan hendaklah dilakukan perlahan-lahan. • Merehatkan otot yang tegang. • Membaiki dan menguatkan ketegangan otot. • Mengurangkan dan merembeskan asid lantik dari otot dengan lebih berkesan. • Mengurangkan keletihan. • Membuang sel mati pada lapisan epidermis. • Membaiki fungsi dan pemulihan sel. • Merangsang peredaran limfa dan membaiki proses perkumuhan.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(11/18) Muka Surat / Page:6 Drp / Of 8 iv) URUT TEPUK (TAPOTEMENT) Tepukan piano Whipping Penerangan Kesan • Gerakan ini dilakukan dengan tapak tangan atau jari. • Gerakan ini lebih pantas dan merangsang kulit. • Urut tepuk dilakukan dengan kadar tekanan lembut. • Merangsang dan menghasilkan eritema pada permukaan kulit. • Menegangkan dan menguatkan tisu kulit. • Merangsang pengaliran darah dan saraf.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(11/18) Muka Surat / Page:7 Drp / Of 8 v) URUT GEGAR (VIBRATIONS) Penerangan Kesan • Pengurutan dilakukan dengan meletakkan tapak tangan atau perut jari di atas permukaan kulit dan menggegarkan tangan secara berterusan. • Urut gegar boleh dilakukan pada satu tempat atau bergerak di beberapa bahagian. • Gerakan ini biasanya bermula dari bahagian bawah muka menghala ke atas. • Merehatkan dan mengurangkan tekanan. • Merangsang hujung saraf. • Melegakan dan menghilangkan kesakitan otot. • Mengurangkan keletihan.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(11/18) Muka Surat / Page:8 Drp / Of 8 SOALAN / QUESTIONS: Arahan: Jawab semua soalan. 1. Nyatakan lima (5) gerakan asas dalam mengurut muka. a. ____________________________________________________________ b. ____________________________________________________________ c. ____________________________________________________________ d. ____________________________________________________________ e. ____________________________________________________________ 2. Namakan dua (2) jenis urut tepuk. a. ____________________________________________________________ b. ____________________________________________________________ RUJUKAN / REFERENCES: 1. Wong Joo Lian, Chin Wee Kin, Nawawi bin Mohd.Jan, Persolekan Tingkatan 4 dan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Chin Wee Kin, Ajizah binti Sudiman@ Mohd Shahed, Wong Joo Lian, Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut Tingkatan 5, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Lorraine Nordmann, Beauty Basics The Official Guide To Level 1, Cengage Learning EMEA. 4. Lorraine Nordmann, Beauty Theraphy The Foundations Level 2, Cengage Learning EMEA.


KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET) KOD DAN NAMA PROGRAM/ PROGRAMME CODE AND NAME MP-060-2:2013 AESTHETIC SERVICES TAHAP / LEVEL L2 KOD PROGRAM, KOD DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI/ PROGRAMME CODE, COMPETENCY UNIT CODE AND TITLE MP-060-2:2013-C03 MANUAL FACIAL SERVICE NOMBOR AKTIVITI KERJA DAN PENYATAAN/ WORK ACTIVITIES NUMBER AND STATEMENT 1. CHECK CLIENT CONSULTATION INFORMATION 2. CARRY OUT MANUAL FACIAL SERVICES PREPARATION 3. CARRY OUT CLIENT PREPARATION 4. PERFORM FACIAL CLEANSING 5. PERFORM FACIAL DEEP CLEANSING 6. CARRY OUT FACIAL MASSAGE 7. CARRY OUT FACIAL MASKING 8. CARRY OUT PROTECTIVE CARE PROCEDURE 9. PROVIDE HOME CARE ADVICE 10. UPKEEP SERVICE AREA NO. KOD / CODE NO:. MP-060-2:2013-C03/P(12/18) Muka Surat / Page:1 Drp/ O9f TAJUK / TITLE: PROSEDUR URUTAN MUKA TUJUAN / PURPOSE: Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang teknik serta prosedur urut muka, cara melayan respon pelanggan dan amalan prinsip ergonomik semasa bekerja dengan lebih terperinci. BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(12/18) Muka Surat/ Page:2 Drp/ Of 9 PENERANGAN / INFORMATION: Mengurut muka perlu dilakukan mengikut langkah yang betul serta menggunakan teknik dan gerakan asas yang dipelajari sebelum ini. Urutan muka perlu dilakukan bermula pada bahagian leher, dada dan seterusnya ke bahagian muka. Urutan muka perlu dilakukan dengan lembut dan perlahan-lahan supaya dapat memberi keselesaan dan ketenangan kepada pelanggan. 1. TEKNIK SERTA PROSEDUR URUT MUKA 1.1 Urutan pada muka perlu dilakukan mengikut teknik dan prosedur yang betul supaya muka kelihatan berseri dan sihat. i) PERSEDIAAN AWAL a. Menyediakan bahan, alatan dan pelanggan mengikut aliran kerja. b. Mensteril tangan sebelum melakukan perkhidmatan. c. Membersih kulit muka pelanggan. d. Melakukan deep cleansing. e. Mengewap muka dan mengeluarkan bintk. f.Menerangkan teknik dan prosedur melakukan urutan muka. ii) LANGKAH MENGURUT MUKA a. Sediakan alatan, bahan dan pelanggan. b. Kenal pasti indikasi kontra pengurutan muka pada kulit muka. c. Bubuh dan ratakan minyak urut di dada, bahu, belakang, leher dan muka dengan cukup dan rata.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(12/18) Muka Surat/ Page:3 Drp/ Of 9 d. Urut di dada, bahu, belakang, leher dan muka. Urut usap di leher hingga ke belakang cuping telinga.Urut tekan di belakang telinga. Urut usap di dada. Urut usap di bahu hingga ke belakang badan. Guna kedua-dua perut ibu jari, urut tekan dibelakang badan dengan gerakan secara membulat. Letakkan tapak tangan di belakang badan, urut tekan dengan perlahan secara putaran. Letakkan tangan di belakang leher (cupped), lakukan urutan gegar. Pergerakan secara berputar dari bawah leher ke bawah dagu dan akhiri urut tekan di telinga. Letakkan tapak tangan kiri dan kanan bersama-sama secara cup. Urut usap berselang seli dari bawah leher hingga ke rahang di bawah dagu.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(12/18) Muka Surat/ Page:4 Drp/ Of 9 Pergerakan knucling dari bawah leher hingga ke bawah dagu.(urut tekan) Letakkan perut ibu jari di tengah dagu. Tolak ibu jari ke bawah, kemudian tolak ibu jari ke arah kiri dan kanan secara berulang-ulang.(urut geseran) Pergerakan berpusar dengan menggunakan ibu jari di dagu dan mengguli secara bulatan di rahang hingga ke telinga secara berulang-ulang.(urut tekan) Pergerakan berputar di sekeliling mulut menggunakan ibu jari secara berulangulang.(urut tekan) Tekan jari di bawah dagu dan tarik jari dari dagu ke dahi.(urut usap dan urut tekan) Pergerakan kipas di dahi secara berselang-seli. (urut usap dan tekan) Pergerakan mengelongsor di bawah mata dan atas kelopak mata.(urut usap)


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(12/18) Muka Surat/ Page:5 Drp/ Of 9 Pergerakan berpusing di dagu, hidung hingga ke pelipis mata.Ulang langkah dari awal. (urut tekan) Cubitan lembut di bahagian bawah dagu kiri ke kanan. Urut tepuk di bawah dagu. Urut usap di bawah dagu hingga ke telingga.(urut usap dan urut tekan) Urut usap dengan menggunakan ibu jari di bahagian pipi dan picit secara lembut. Lakukan rentak piano di bahagian pipi dengan menggunakan jari telunjuk, jari tengah dan jari manis.( urut tepuk) Urut tekan dengan pergerakan buku lima di bahagian rahang.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(12/18) Muka Surat/ Page:6 Drp/ Of 9 Tarik pipi secara berselang seli.(urut usap) Menarik kening dari pangkal ke hujung kening dengan jari berbentuk V. (urut usap dan tekan) Pergerakan berpusing di bawah mata dan menggelungsur di kening.(urut usap dan urut tekan) Urut usap disekeliling mata dengan gerakan menggelongsor. Akhiri dengan urut usap di dada, leher, muka dan dahi. Bersihkan bahan urutan dengan air. Memetap kering degan tisu fasial.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(12/18) Muka Surat/ Page:7 Drp/ Of 9 2. CARA PANTAU REAKSI PELANGGAN 2.1 Pelanggan adalah satu faktor penentu kejayaan dalam perniagaan. Melayan dengan cara yang baik membuatkan pelanggan berpuas hati dan perniagaan akan berkembang. i) PANTAU REAKSI DENGAN PELANGGAN SECARA SOPAN Maklumkan kepada pelanggan tujuan mengurut muka dengan sopan. Mendapatkan respon daripada pelanggan semasa mengurut dijalankan supaya pelanggan berada dalam keadaan yang selesa. Pantau reaksi pelanggan melalui gerak badan sepanjang rawatan dijalankan. 3. AMALAN PRINSIP ERGONOMIK SEMASA BEKERJA 3.1 Maksud perkataan ergonomik adalah ilmu ergonomi, ilmu tentang rekaan dan cara susun atur yang mempengaruhi kecekapan pekerja. i) KEBAIKAN MENGAMALKAN PRINSIP ERGONOMIK a. Mengurangkan pengulangan pergerakan, secara langsung menjimatkan masa dan tenaga (kurang penat) semasa mengurut muka. b. Meningkatkan prestasi kerja (masa singkat kerja lebih). c. Susun atur bahan dan alatn kecil di atas troli yang mengikut aliran kerja mengurangkan pergerakan kerana keperluan mudah dicapai. d. Persekitaran yang kondusif juga menggalakkan kelancaran aktiviti semasa bekerja. e. Amalan postur yang baik mengurangkan ketegangan pada otot dan mengelakkan kelesuan dan kesakitan pada tubuh badan. ii) POSTUR BADAN a. Kebaikan mengamalkan postur badan yang baik semsa mengurut muka • Mengurangkan ketegangan otot. • Mengurangkan keletihan semasa melakukan kerja. • Mengelakkan kesakitan pada tulang dan sendi. • Menampilkan gaya diri yang baik dan menarik. •


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(12/18) Muka Surat/ Page:8 Drp/ Of 9 a. Cara duduk semasa melakukan kerja membersih muka • Duduk tegak. • Berat badan tertumpu pada bahagian punggung. • Rapatkan kaki dan peha. • Otot pinggang berada dalam keadaan rehat. • Pusingkan kaki kiri ke luar pada sudut 45°. •Juruestetik hendaklah memastikan ketinggian badan dengan katil fasial bersesuai supaya kerja dapat dilakukan dengan selesa. iii) SUSUN ATUR RUANG KERJA Prinsip susun atur ruang kerja yang ergonomik: • Mengurangkan pengulangan pergerakan yang berlebihan semasa mengurut muka. Barang keperluan rawatan mudah dicapai untuk digunakan. • Membenarkan pergerakan yang lancar dan amalan postur yang baik dalam saiz ruang yang selesa.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(12/18) Muka Surat/ Page:9 Drp/ Of 9 SOALAN / QUESTIONS: Arahan: Jawab semua soalan. 1. Nyatakan dua (2) jenis urutan di bahagian pipi. a. ________________________________________________________ b. ________________________________________________________ 2. Nyatakan dua (2) jenis urutan di bahagian mata. a. ________________________________________________________ b. ________________________________________________________ RUJUKAN / REFERENCES: 1. Wong Joo Lian, Chin Wee Kin, Nawawi bin Mohd.Jan, Persolekan Tingkatan 4 dan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Chin Wee Kin, Ajizah binti Sudiman@ Mohd Shahed, Wong Joo Lian, Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut Tingkatan 5, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Lorraine Nordmann, Beauty Basics The Official Guide To Level 1, Cengage Learning EMEA. 4. Lorraine Nordmann, Beauty Theraphy The Foundations Level 2, Cengage Learning EMEA.


KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET) KOD DAN NAMA PROGRAM/ PROGRAMME CODE AND NAME MP-060-2:2013 AESTHETIC SERVICES TAHAP / LEVEL L2 KOD PROGRAM, KOD DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI/ PROGRAMME CODE, COMPETENCY UNIT CODE AND TITLE MP-060-2:2013-C03 MANUAL FACIAL SERVICE NOMBOR AKTIVITI KERJA DAN PENYATAAN/ WORK ACTIVITIES NUMBER AND STATEMENT 1. CHECK CLIENT CONSULTATION INFORMATION 2. CARRY OUT MANUAL FACIAL SERVICES PREPARATION 3. CARRY OUT CLIENT PREPARATION 4. PERFORM FACIAL CLEANSING 5. PERFORM FACIAL DEEP CLEANSING 6. CARRY OUT FACIAL MASSAGE 7. CARRY OUT FACIAL MASKING 8. CARRY OUT PROTECTIVE CARE PROCEDURE 9. PROVIDE HOME CARE ADVICE 10. UPKEEP SERVICE AREA NO. KOD / CODE NO:. MP-060-2:2013-C03/P(13/18) Muka Surat/ Page:1 Drp/ Of 9 TAJUK / TITLE: PENGENALAN PUPUR MUKA TUJUAN / PURPOSE: Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada pelatih tentang tujuan, jenis, fungsi dan cara penyediaan pupur muka dengan lebih terperinci. BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(13/18) Muka Surat / Page:2 Drp / Of 10 PENERANGAN / INFORMATION : Pupur muka dapat membantu mengembalikan kelembapan kult muka.Selain itu, mampu menegangkan kulit dan melambatkan proses penuaan seperti kedutan kulit dan garis halus. Pupur mempunyai pelbagai jenis kegunaannya yang berbeza bergantung kepada jenis kulit muka. 1. TUJUAN MENGGUNAKAN PUPUR MUKA 1.1 Penggunaan pupur secara konsisten dan teratur dapat membantu mendapatkan wajah cantik, kulit yang halus dan menyingkirkan lapisan kulit mati. Antara tujuan lain adalah; i) Merangsang peredaran darah. ii) Membaiki tekstur kulit. iii) Menghaluskan pori-pori kulit. iv) Meredakan dan melegakan iritasi atau radang kulit. v) Menyerap sebum yang berlebihan. vi) Membersihkan sel mati pada lapisan epidermis. vii) Melembapkan, melembutkan dan menyuburkan kulit. viii) Menegangkan dan menyegarkan kulit. 2. JENIS SERTA FUNGSI PUPUR MUKA 2.1 Setiap pupur mempunyai fungsi yang berbeza. Pupur boleh dikategorikan kepada dua iaitu: i) PUPUR MENGERAS a) Pupur tanah liat Pupur tanah liat biasanya ialah sejenis pupur yang mengeras. Tanah liat ialah serbuk yang diperoleh dari bumi. Serbuk ini dibersihkan dan ditapis untuk kegunaan rawatan muka.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(13/18) Muka Surat / Page:3 Drp / Of 10 Jadual 1: Jenis Pupur Tanah Liat dan Fungsinya. Jenis Pupur Tanah Liat Fungsi a) Kalamin • Meredakan. • Menenangkan. • Mengurangkan eritima. b) Fuller’s Earth • Membersihkan dengan mendalam. • Mengeringkan sebum. • Sangat merangsang kulit. • Menghasilkan eritema. c) Koalin • Menyerap sebum dan kekotoran lapisan luar kulit. • Merangsang peredaran darah dan limfa. • Mengecutkan tisu. • Mengeringkan jerawat. d) Magnesim Karbonat • Merangsang. • Kesan astringen. • Menyegar. e) Sulfur • Merangsang. • Sangat mengeringkan kulit. • Membuang lapisan sel mati. • Membunuh kuman.


No. Kod / Code No. MP-060-2:2013-C03/P(13/18) Muka Surat / Page:4 Drp / Of 10 ii) PUPUR TIDAK MENGERAS a) Pupur biologi Pada umumnya, pupur biologi ialah pupur yang tidak mengeras. Pupur biologi boleh digunakan bersama-sama dengan bahan pupur tanah liat dan tidak mengeras. Pupur ini mudah ditanggal dan dibersihkan. Jadual 2: Jenis Pupur Biologi untuk Pelbagai Jenis Kulit. Jenis Bahan Sesuai untuk jenis kulit a) Betik • Kulit normal • Kulit sensitif b) Pisang • Kulit kering c) Timun • Kulit berminyak • Kulit berjerawat d) Jus limau • Kulit berminyak • Kulit berjerawat e) Tomato • Kulit berjerawat f) Telur • Putih telur – Kulit normal, kulit kombinasi. • Kuning telur – Kulit kering. g) Oat • Semua jenis kulit. h) Madu • Semua jenis kulit.


Click to View FlipBook Version