The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hazlee.amanjaya, 2021-01-27 00:49:20

TASAWWUR ISLAM TING 4

Tasawwur_Islam_Tingkatan_4

KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA

TASAWWUR
ISLAM

Tingkatan 4

RUKUN NEGARA

Bahawasanya Negara Kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak;

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokrasi;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia,
berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip

yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

(Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

TASAWWUR ISLAM

4TINGKATAN

Penulis Dr. Mohd Nizam bin Sahad
Dr. Suhaila binti Abdullah
Mohd Nor Alias bin Mohammed Jais

Editor Mohd Farid bin Onn
Siti Nor Fatimah binti Ramli

Pereka Bentuk Wan Roziah binti Wan Ali
Ilustrator Nurul Nazihah binti Mohd Som
Mohamad Isnin bin Zainuddin

Jurugambar Rahmat Hidayat bin Abdul Rahman
Juruvideo Nur Tauffik bin Aris

2019

KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA

No. Siri Buku: 0119 PENGHARGAAN

KPM2019 ISBN 978-967-388-497-1 Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama
banyak pihak. Sekalung penghargaan dan
Cetakan Pertama 2019 terima kasih ditujukan kepada semua pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia yang terlibat:

Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan di • Jawatankuasa Penambahbaikan
dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan Pruf Muka Surat,
semula, disimpan dalam cara yang boleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam Kementerian Pendidikan Malaysia.
sebarang bentuk atau cara, baik dengan cara
elektronik, mekanik, penggambaran semula • Jawatankuasa Penyemakan
mahupun dengan cara perakaman tanpa Pembetulan Pruf Muka Surat,
kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk
kepada perkiraan royalti atau honorarium. • Jawatankuasa Penyemakan
Naskhah Sedia Kamera,
Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
Malaysia oleh: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Telaga Biru Sdn. Bhd. (Co. No. 429118-A)
No. 28, Jalan Tembaga SD 5/2A, • Penyelaras Projek dan Pegawai Teknikal
Sri Damansara Industrial Park, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
52200 Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tel: 03-6275 4070
Faks: 03-6275 4110 • Bahagian Pembangunan Kurikulum,
E-mel: [email protected] Kementerian Pendidikan Malaysia.

Reka Letak dan Atur Huruf: • Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.
Telaga Biru Sdn. Bhd.
Muka Taip Teks: Franklin Gothic Medium • Panel Penyemak Luar.
Saiz Muka Taip Teks: 11 poin
• Semua pihak yang terlibat secara langsung
Dicetak oleh: atau tidak langsung dalam menjayakan
Tihani Cetak Sdn. Bhd., penerbitan buku.
No. 1 Jalan SB Jaya 15,
Taman Industri SB Jaya, Sekalung Senarai Halaman
47000 Shah Alam, Selangor. Penghargaan Kod QR

KANDUNGAN IV
V
Pendahuluan
Pengenalan Ikon

Tema: Islam Sebagai al-Din 1
Pelajaran 1: Islam Adalah Cara Hidup 2
Pelajaran 2: Akidah Menurut Islam 13
Pelajaran 3: Ibadah Menurut Islam 22
Pelajaran 4: Akhlak Menurut Islam 31
Pelajaran 5: Prinsip Pandangan Hidup Islam 43

Tema: Manusia Sebagai Hamba dan Khalifah Allah SWT 55
Pelajaran 6: Fitrah Kejadian Insan 56
Pelajaran 7: Tanggungjawab Sebagai Hamba dan Khalifah Allah SWT 67
Pelajaran 8: Peranan Wahyu dan Akal 78

Tema: Sistem Sosial Islam 88
Pelajaran 9: Asas Sistem Sosial Islam 89
Pelajaran 10: Sistem Kekeluargaan Menurut Islam 99
Pelajaran 11: Prinsip Pergaulan Menurut Islam 110
Pelajaran 12: Hiburan Menurut Islam 120
Pelajaran 13: Kesenian Menurut Islam 128

Rujukan 137
iii

PENDAHULUAN

Buku teks Tasawwur Islam Tingkatan 4 ditulis berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, mental,
emosi, rohani dan intelek.

Buku teks ini turut mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai serta
memasukkan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Elemen Kemahiran
Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) dan Elemen Merentas Kurikulum (EMK). Di samping
itu, buku ini memberi penekanan dan fokus kepada Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) serta Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang berpusatkan murid yang
menekankan aspek inkuiri dan pembelajaran berasaskan projek. Kandungannya
mengandungi ilustrasi, gambar, peta minda, penyendal dan ikon-ikon tertentu supaya
dapat memberikan penghayatan dan kefahaman dengan lebih mudah dan berkesan
kepada murid. Buku ini turut mengandungi aktiviti yang menyeronokkan dan uji
diri bagi tujuan pentaksiran. Selain itu, Quick Response Code (QR Code) dan Kuiz
Interaktif Kahoot turut disertakan bagi meningkatkan rasa seronok semasa proses
pembelajaran.

Terdapat tiga tema utama yang terkandung dalamnya 13 pelajaran bagi Tasawwur
Islam Tingkatan 4. Tiga tema utama tersebut ialah Islam Sebagai al-Din, Manusia
Sebagai Hamba dan Khalifah Allah dan Sistem Sosial Islam.

Tema Islam Sebagai al-Din membekalkan murid dengan kemahiran memahami
dan menilai kepentingan melaksanakan prinsip-prinsip pandangan hidup Islam dan
keistimewaannya. Tema ini juga dirangka bagi membolehkan murid mengamalkan
Islam sebagai al-Din secara syumul dan menjadikannya sebagai asas dalam tindakan
serta panduan dalam kehidupan.

Tema Manusia Sebagai Hamba dan Khalifah Allah pula membekalkan murid dengan
kemahiran memahami dan menilai kepentingan insan sebagai hamba dan khalifah
sehingga boleh melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah SWT
melalui pimpinan wahyu dan akal dalam kehidupan.

Tema Sistem Sosial Islam pula membekalkan murid dengan kemahiran memahami
dan menilai kepentingan pelaksanaan tatacara kehidupan Islam sebagai asas dalam
penyempurnaan hak asasi manusia serta mengamalkannya secara syumul untuk
pembentukan masyarakat rabbani.

Diharapkan buku ini dapat memenuhi matlamat dan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan prinsip-prinsip Maqasid Syariah dalam melahirkan murid yang mampu
memahami Islam secara syumul dan menangkis salah faham terhadap Islam serta
bertanggungjawab membangunkan tamadun bangsa dan negara demi kesejahteraan
hidup di dunia dan akhirat.

iv

PENGENALAN IKON

STANDARD KANDUNGAN DAN PEMBELAJARAN: Pengetahuan dan
kemahiran yang akan dicapai setelah mempelajari sesuatu tajuk atau unit.

NILAI PENGHAYATAN: Nilai murni bertujuan untuk menambah penghayatan
murid.

INFORMASI: Maklumat tambahan dan pengetahuan baru mengenai topik
yang dipelajari.

GLOSARI: Daftar kata berserta maksud dan dilengkapi dengan penjelasan
lain yang sesuai.

NOTA GURU: Memberi panduan kepada guru semasa melakukan aktiviti
pembelajaran.

INTERAKSI: Aktiviti yang menerapkan elemen Kemahiran Pembelajaran
Abad ke-21 (PAK-21) dan Elemen Merentas Kurikulum (EMK).

UJI DIRI: Menilai kefahaman murid pada setiap pelajaran.

Learning Trios SIMULASI: Mendidik murid menggunakan ilmu yang telah dipelajari untuk
A-B-C menganalisis dan menilai sesuatu situasi secara kritis.

REFLEKSI: Senarai semak untuk menguji kefahaman dan pelaksanaan
tentang perkara yang dipelajari oleh murid.

KBAT: Soalan-soalan yang dibina untuk membangunkan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi murid.

KOD QR: Maklumat dan bahan rujukan tambahan daripada Internet.

KAHOOT: Guru menjalankan latihan berbentuk kuiz interaktif melalui aplikasi
Kahoot. Layari laman sesawang https://kahoot.com/ atau muat turun
aplikasi Kahoot dari Google Playstore atau Apple Apps Store.

v

PAK-21

( )Pembelajaran abad ke-21 PAK-21

Pembelajaran berpusatkan murid dengan menumpukan kepada lima piawaian asas
iaitu komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis, kreativiti serta nilai dan sahsiah (4K1N).
Terdapat 25 elemen yang boleh diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui
buku ini.

1 Pembentangan 14 Rotating Review
2 Learning Trios A-B-C 15 Stesen
3 Table Cloth 16 Hot Seat
4 Kajian Lapangan 17 Role Play
5 Peta Pemikiran 18 Round Robin
6 Pembelajaran Penyelesaian Masalah 19 Four Corners
7 Round Table 20 Windows Pane
8 Hasil Sendiri 21 Eksperimen
9 Kad Situasi 22 Expert Group
10 Rally Table 23 Personal Learning Experiences
11 Team Word-Web 24 Gallery Walk
12 Deklamasi Sajak/Nyanyian
13 Rush Idea 25 Survey

Sumber: https://www.pendidik2u.my/
pembelajaran-abad-ke-21-pak21/

vi

ISLAM SEBAGAI
AL-DIN

Pelajaran 1 : Islam Adalah Cara Hidup
Pelajaran 2 : Akidah Menurut Islam
Pelajaran 3 : Ibadah Menurut Islam
Pelajaran 4 : Akhlak Menurut Islam
Pelajaran 5 : Prinsip Pandangan Hidup Islam

1

Pelajaran !!‫َ َحح َّيَّي َ َع َع َللىىاالل َفََّصَل ِل ِحة‬

1

Islam Adalah
Cara Hidup

Standard
Kandungan

• Mengamalkan Islam sebagai
al-Din dan melaksanakan
tuntutannya dalam kehidupan.

Standard
Pembelajaran

• Menyatakan maksud Islam
sebagai al-Din.

• Menjelaskan pengertian
Islam, Iman dan Ihsan.

• Menghuraikan Rukun Islam,
Rukun Iman dan Ihsan.

• Menilai kepentingan
mengamalkan Rukun Iman,
Rukun Islam dan Ihsan dalam
kehidupan.

• Mencadangkan tindakan
yang boleh dilakukan untuk
mengamalkan Islam sebagai
al-Din secara syumul dan
menjadikannya sebagai asas
tindakan serta panduan
dalam kehidupan.

2

1.1.1 Maksud Islam Sebagai al-Din

Islam ialah agama Allah SWT untuk seluruh Nilai Penghayatan
manusia.
Agama Islam yang telah disempurnakan dan
Islam sebagai al-Din bermaksud Islam diredai Allah SWT adalah nikmat terbesar
adalah cara hidup yang lengkap merangkumi bagi umat manusia sehingga mereka tidak
akidah, ibadah dan akhlak. memerlukan selainnya.

Allah SWT berfirman,

‫ ﭼ‬...‫ﭽﭸﭹﭺ ﭻﭼ‬

Ertinya: “Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam...”

(Surah Ali ‘Imran 3: 19)

1

Memandu arah hidup
manusia supaya

mengikut syariat Islam.

2 Sebab manusia 4
perlu kepada
Cara hidup Islam ialah Islam sebagai Islam menjadi
jalan untuk mendapat cara hidup asas tatacara
kebahagiaan di dunia perhubungan manusia
untuk mencapai
dan akhirat. keharmonian hidup
bermasyarakat.

3 Akal manusia terbatas untuk
mengetahui hakikat kebenaran

sesuatu perkara.

Interaksi Nota Guru

Secara berkumpulan, bincangkan konsep “Islam Guru meminta murid mengemukakan dalil Islam
Sebagai Satu Cara Hidup dalam Pergaulan di sebagai al-Din.
Sekolah”. Bentangkan hasil perbincangan anda.
3

1.1.2 Pengertian Islam, Iman dan Ihsan

Islam Adalah Cara Hidup Islam

Bahasa: Bermaksud sejahtera, selamat dan
Istilah: penyerahan.

Taat dan patuh kepada perintah Allah
SWT, meninggalkan larangan-Nya, beroleh
kesejahteraan dan keselamatan apabila
berserah kepada-Nya.

Iman

Pengertian Bahasa: Yakin dan percaya.
Islam,
Iman Istilah: Membenarkan dengan hati, berikrar dengan
dan lisan dan beramal dengan anggota badan
Ihsan terhadap segala perintah dan suruhan
Allah SWT.

Ihsan

Bahasa: Berbuat kebaikan.

Istilah: Kesungguhan dalam melakukan sesuatu
ibadah dan pekerjaan semata-mata kerana
Allah SWT.

Interaksi Learning Trios
A-B-C
Berdasarkan aktiviti Learning Trios A-B-C, bincangkan Islam, Iman dan Ihsan sebagai
komponen utama Islam sebagai al-Din.

4

1.1.3 Rukun Islam, Rukun Iman dan Ihsan

Rukun Islam, Rukun Iman dan Ihsan termaktub dalam sebuah hadis yang Hadis Jibrail
masyhur yang dikenali sebagai “Hadis Jibrail”.

1 Rukun
Mengucap dua kalimah Islam

syahadah. 2
Menunaikan solat fardu
• Penyaksian bahawa tiada tuhan lima waktu sehari semalam.
melainkan Allah SWT dan bersaksi
bahawa Nabi Muhammad SAW • Ibadah yang mengandungi
merupakan utusan Allah SWT. perkataan dan perbuatan yang
dimulai dengan takbiratulihram dan
• Penyaksian ini adalah asas kepada disudahi dengan salam.
penerimaan sesuatu ibadat oleh
Allah SWT. • Solat yang diwajibkan ialah Subuh,
Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak.
3
4
Mengeluarkan zakat. Berpuasa pada bulan

• Ibadah dengan cara mengeluarkan Ramadan.
harta yang tertentu pada kadar tertentu
dengan syarat-syarat tertentu. • Ibadah dengan cara menahan diri
daripada melakukan perkara-perkara
• Zakat tersebut ialah zakat fitrah dan yang membatalkan puasa dari terbit
zakat harta. fajar sehingga terbenam matahari
berserta niat.
5
Mengerjakan haji bagi • Puasa wajib selama sebulan bagi
mereka yang mampu. yang cukup syarat-syaratnya.

• Melakukan ibadah haji sekali seumur Glosari
hidup dengan syarat- syarat tertentu.
Rukun: Asas atau prinsip yang mendasari sesuatu.
• Berkemampuan dalam aspek harta
dan kesihatan.

5

Islam Adalah Cara Hidup • Yakin dan percaya • Yakin dan percaya • Yakin dan percaya
kewujudan malaikat kewujudan Allah SWT bahawa segala yang
sebagai makhluk serta menunaikan berlaku kepada
Allah SWT yang segala perintah-Nya dan manusia dan alam
diciptakan daripada meninggalkan segala keseluruhannya
cahaya dan sentiasa larangan-Nya. telah ditetapkan oleh
taat menjalankan Allah SWT.
tugas yang 2 1
ditetapkan oleh Beriman Beriman 6
Allah SWT. kepada kepada Beriman
Malaikat Allah SWT kepada
• Yakin dan percaya Qadak dan
bahawa Allah SWT 3 Rukun
menurunkan kitab- Beriman Iman Qadar
kitab kepada para kepada Kitab-
rasul-Nya sebagai kitab-Nya 4 5
panduan hidup Beriman Beriman
manusia. kepada Para kepada Hari
Nabi dan Akhirat

Rasul • Yakin dan percaya bahawa
alam ini akan musnah.
• Yakin dan percaya para nabi Semua manusia akan
dan rasul ialah lelaki pilihan dibangkitkan semula dan
Allah SWT yang diberikan dihisab untuk menerima
wahyu kepada mereka. balasan-Nya sama ada
syurga atau neraka.

Nota Guru Glosari

Guru membimbing murid Qadak: Sesuatu yang berlaku kepada makhluk Allah SWT
mengadakan perbincangan tentang semasa hidupnya.
setiap Rukun Islam dan Rukun Iman
serta menghayati pelaksanaannya. Qadar: Sesuatu hal yang telah ditentukan oleh Allah
SWT yang akan berlaku kepada makhluk-Nya,
6 sebelum makhluk itu dijadikan.

Ihsan

• Ihsan merupakan keadaan di mana manusia melakukan ibadah dan pekerjaan dengan
penuh kesungguhan semata-mata kerana Allah SWT.

• Ihsan terhasil daripada gabungan sifat ikhlas serta perasaan takut dan tunduk kepada
Allah SWT.

• Ihsan akan mendorong manusia untuk sentiasa mempertingkat kualiti ibadah dan pekerjaan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Ihsan ialah kamu menyembah Allah SWT seolah-olah kamu melihat-Nya dan sekiranya
kamu tidak dapat melihat-Nya, maka yakinlah Allah SWT melihat perbuatan dan
amalan kamu.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Apakah contoh aplikasi nilai Kita berbuat baik kerana tahu Allah
Ihsan dalam kehidupan? Maha Mengawasi kita dan ada balasan
baik di akhirat nanti. Saya suka tolong
Belas kasihan kepada haiwan
kerana Allah SWT Maha Pengasih jiran saya walaupun kami berlainan
agama dan bangsa.
dan Maha Penyayang.

Allah SWT Maha
Mendengar. Kita tidak
boleh mengumpat dan
mengata orang lain.

Nota Guru

• Guru memastikan murid menghayati nilai Ihsan dalam kehidupan.
• Sumbang saran tentang contoh-contoh lain nilai Ihsan yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan.

7

1.1.4 Kepentingan Rukun Islam, Rukun Iman dan Ihsan

Islam Adalah Cara Hidup Kepentingan Rukun Islam ISLAM

• Asas ketaatan kepada ajaran Islam. Syahadah
• Menjamin hubungan baik antara manusia dengan Allah SWT. Solat
• Merupakan kunci kejayaan di dunia dan akhirat. Zakat
• Membawa kebahagiaan dalam hidup manusia. Puasa
Haji

Kepentingan Rukun Iman

• Iman merupakan syarat amalan diterima oleh Allah SWT.
• Rukun Iman menghubungkan makhluk dengan Allah SWT dari

sudut kepercayaan dan keyakinan yang bersumberkan wahyu.
• Menegaskan konsep mengesakan Allah SWT sebagai ajaran

yang dibawa oleh semua nabi dan rasul.

Kepentingan Ihsan

• Merasakan Allah SWT mengawasi dan melihat segala gerak-geri
manusia sepanjang masa.

• Mengajar manusia untuk berbuat baik kepada manusia dan
makhluk yang lain.

• Mewujudkan masyarakat yang harmoni.

Interaksi Table Cloth

Melalui aktiviti Table Cloth, bentuk tiga kumpulan yang akan berbincang dan menulis
kesan Rukun Islam, Rukun Iman dan Ihsan kepada individu, masyarakat dan negara.

8

1.1.5 Islam Adalah Cara Hidup yang Lengkap

Allah SWT berfirman,

‫ﭼ‬...‫ﭽﭻﭼﭽﭾﭿﮀﮁﮂﮃﮄﮅ‬

Ertinya: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu dan

Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redakan Islam itu

menjadi agamamu.” (Surah al-Ma’idah 5: 3)

1 Islam ialah agama yang sempurna dan lengkap.
Apakah tindakan yang boleh kita lakukan untuk
Membaca, menghayati
dan mengamalkan menjadikan Islam sebagai cara hidup?
al-Quran.
6
Mendalami ilmu asas

Islam yang terdiri
daripada akidah, syariah

dan akhlak.

2 4 5
Menjadikan Rasulullah
SAW sebagai contoh ikutan Menghayati sirah Menghayati dan
dalam segala tindakan. perjuangan para sahabat melaksanakan Rukun

3 dan salafusoleh. Islam, Rukun Iman
Menghayati dan Ihsan.
sirah perjuangan
Rasulullah SAW.

Nota Guru Glosari

Guru meminta murid mencadangkan tindakan Salafusoleh: Golongan umat Islam generasi
lain yang boleh dilakukan untuk mengamalkan terdahulu yang hidup dalam kurun
Islam sebagai al-Din secara syumul. pertama sehingga kurun ketiga Hijrah.

9

Islam Adalah Cara Hidup Simulasi

Berdasarkan situasi berikut, nyatakan tindakan anda untuk mengamalkan Islam sebagai al-Din
secara syumul dan menjadikannya sebagai asas tindakan serta panduan dalam kehidupan.

1 Ketika makan di sebuah restoran
yang ramai pelanggan, saya terlihat
gantungan tangkal azimat di dalam
restoran tersebut.

2 Anda melihat kawan anda
sering solat berjemaah, namun
beliau tidak menutup aurat
ketika keluar dari rumah.

3 Faruq sering solat tahajud tetapi dia
juga suka memberitahu kawan-kawan
tentang amalan tersebut.

4 Jiran saya seorang usahawan berjaya
dan selalu membantu golongan fakir
dan miskin, namun beliau bersikap
sombong dengan orang lain.

5 Ramai orang yang berpuasa, tetapi tidak Penjual di Tak baik kamu
menjaga lisan dan pandangan.
gerai ini kata begitu.
peng !!! Kita berada !!!

Contoh Situasi 1

Tindakan yang sepatutnya saya lakukan Kepentingan

Saya akan menasihati pengusaha restoran Menyedari kepentingan bekerja
tersebut supaya berhati-hati dalam mengamalkan mencari rezeki dan akidah yang saling
perkara yang boleh menjejaskan akidahnya. berkait rapat.

10

Aktiviti

1 Hasilkan buku skrap tentang keperibadian Rasulullah SAW secara berkumpulan. Aktiviti Buku
Sila imbas kod QR untuk melihat langkah-langkah penghasilannya. Skrap

2 Layari Internet dan cari kisah hidup pelajar yang cemerlang dalam pelajaran. Kaitkan kisah
mereka dengan konsep qadak dan qadar.

3 Jelaskan sebab manusia perlu kepada al-Din menggunakan peta pemikiran di bawah.

Sebab manusia perlu
kepada al-Din

4 Guru menguji kefahaman murid tentang Islam Adalah Cara Hidup dengan
menjawab kuiz interaktif melalui aplikasi Kahoot. Sila imbas di sini.

11

Uji Diri

Islam Adalah Cara Hidup Jawab soalan-soalan berikut. .

1 Antara ciri keunggulan agama Islam sebagai al-Din ialah

A menggalakkan perkembangan sains dan teknologi
B bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia
C bertepatan dengan arus kemodenan
D membenarkan amalan berpoligami

2 Kalimah merujuk kepada penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan

Allah SWT dan menyaksikan bahawa Nabi Muhammad SAW ialah utusan Allah SWT.

A sa‘adah B syahadah
C tauhid D syumul

3 Lengkapkan penyataan berikut.

i. Ibadah bermaksud mengeluarkan harta tertentu pada kadar tertentu

dengan syarat-syarat tertentu.

ii. ialah kamu menyembah Allah SWT seolah-olah kamu melihat-Nya

dan jika kamu tidak melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia melihat kamu.

iii. Malaikat mendatangi Rasulullah SAW untuk mengajar tentang Islam.

4 Padankan situasi berikut dengan istilah yang sesuai.

Situasi Istilah

Ali takut melakukan maksiat kerana yakin Allah SWT IHSAN
Maha Melihat. IMAN

Ahmad seorang usahawan berjaya yang tidak mengabaikan
pembayaran zakat.

Salmah konsisten berbuat baik dan menyeru kawan- ISLAM
kawannya berbuat kebaikan kerana percaya dan yakin
akan balasan baik di akhirat nanti.

5 Sifat Ihsan dapat membantu mengawal tingkah laku negatif dalam penggunaan telefon
pintar dalam kalangan murid. Berikan hujah anda.

12

Pelajaran

2

Akidah
Menurut

Islam

Standard
Kandungan

• Melaksanakan pegangan
akidah yang memenuhi
tuntutan hukum syarak.

Standard
Pembelajaran

• Menyatakan konsep akidah
menurut hukum syarak.

• Menjelaskan amalan yang
berkaitan dengan pegangan
akidah dalam Islam.

• Menilai kepentingan
melaksanakan amalan
akidah yang menepati
tuntutan hukum syarak.

• Mencadangkan amalan
yang dapat membuktikan
pegangan akidah bagi
memenuhi tuntutan
hukum syarak.

13

Akidah Menurut Islam 1.2.1 Konsep Akidah Nama-nama Allah SWT
Zat Allah SWT
Akidah ialah keyakinan yang teguh
terhadap kewujudan Allah SWT serta sifat- Sifat-sifat Allah SWT
sifat kesempurnaan-Nya berdasarkan Perbuatan (Af‘al)
dalil naqli dan aqli. Allah SWT

Konsep Ketuhanan (Ilahiyyah) Sifat-sifat
Akidah Wajib Rasul
Kenabian dan Kerasulan (Nubuwwah) Sifat-sifat
Mustahil Rasul
Perkara-perkara Ghaib
(Ghaibiyyah) Kitab

Glosari Tujuan
Perutusan
Nabi: Lelaki pilihan Allah SWT yang
diberikan wahyu kepadanya • Perkara yang tidak dapat dilihat dan
dan tidak diperintahkan tersembunyi serta tidak nampak
menyampaikannya kepada pada pandangan mata kasar.
orang lain.
• Hanya diketahui oleh manusia
Rasul: Lelaki pilihan Allah SW T melalui wahyu iaitu al-Quran dan
yang diberikan wahyu dan al-Sunnah yang sahih.

diperintahkan menyampaikannya • Manusia wajib percaya dan yakin
akan kewujudan perkara ghaib
kepada orang lain. yang dikhabarkan oleh para nabi
dan rasul.
Interaksi

Berdasarkan kaedah catat dan kongsi, bincang perihal perkara-perkara nubuwwah secara berkumpulan
dan kongsi maklumat tersebut dengan kumpulan yang lain.

14

Dalil Nama-
nama Allah

Allah SWT memiliki nama-nama yang indah (Asma’ al-Husna). Nama yang paling
agung ialah Allah.

Setiap mukalaf perlu meyakini Allah SWT itu wujud, tetapi hakikat Zat Allah SWT tidak dapat
diketahui oleh manusia.

Sifat-sifat Allah

Sifat-sifat Allah SWT banyak dan tidak terbatas jumlahnya. Antara yang wajib
diketahui ialah 20 Sifat Wajib, 20 Sifat Mustahil dan 1 Sifat Harus.

Perbuatan Allah SWT adalah setiap perlakuan yang dilakukan oleh-Nya dengan penuh
kebijaksanaan dan keadilan berdasarkan kekuasaan-Nya (Qudrat) dan kehendak-Nya (Iradat).

Benar (As-siddiq), amanah (Al-Amanah), menyampaikan (At-Tabligh) dan bijaksana (Al-Fatanah).
Bohong (Al-Kizb), pecah amanah (Al-Khianah), menyembunyikan (Al-Kitman) dan bodoh (Al-Baladah).

Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran. 25 Rasul
Dalil Perkara
• Menyeru manusia mentauhidkan dan menyembah Allah SWT. Ghaibiyyah
• Mengajar manusia cara beribadat yang betul.
• Menunjukkan cara hidup yang benar dan lengkap.

• Malaikat, Iblis, Syaitan, Jin
• Qadak dan Qadar
• Barzakh, Hari Kiamat, Mahsyar, Hisab, Titian, Syurga dan Neraka

Allah SWT berfirman,

‫ﭼ‬...‫ﭽﭴﭵﭶﭷﭸﭹﭺﭻﭼﭽﭾﭿ‬

Ertinya: “Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan dalam kalangan setiap
umat seorang rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka), ‘Hendaklah
kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut (syaitan, berhala, roh-roh serta apa
sahaja yang disembah selain Allah)...’”

(Surah al-Nahl 16: 36)

15

1.2.2 Amalan yang Berkaitan dengan Pegangan Akidah

Akidah Menurut Islam Berasaskan tauhid. 14 Berpegang dengan dalil
naqli dan aqli.
Bertepatan dengan Pegangan
al-Quran dan al-Sunnah. Akidah yang Berlandaskan ilmu,
iman dan amal.
Benar
23

Tahap iman manusia boleh bertambah dan berkurang. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berusaha
melakukan amal yang baik supaya dapat merasai kemanisan iman. Antara amalan yang amat
berkaitan dengan pegangan akidah dalam Islam adalah seperti berikut:

1 • Berzikir akan 2

Berdoa • Berdoa ialah senjata Berzikir menenangkan jiwa
kepada orang Mukmin.
Allah SWT mengingati orang beriman.
• Yakin bahawa Allah SWT
memperkenankan doa Allah SWT • Amalan berzikir amat
orang yang bertakwa. disukai Allah SWT.

3 • Berserah kepada Allah 4

Bertawakal SWT setelah berusaha dan Bertaubat • Memperbanyak istighfar.
berdoa.
• Menyesal dan tidak
• Yakini ketentuan baik mengulangi kesilapan
daripada Allah SWT. yang telah dilakukan.

5 • Menilai dan melihat 6
kekurangan diri.
• Berusaha bersungguh-
sungguh melawan nafsu. Muhasabah • Bertaubat atas
kesilapan dan
Mujahadah • Meningkatkan ibadah memperbaiki diri.
untuk beroleh keredaan
Allah SWT.

Nota Guru Informasi

Guru membimbing murid Apakah maksud dalil naqli dan aqli?
memberikan cadangan amalan Dalil naqli ialah dalil yang bersumberkan nas al-Quran dan al-Sunnah.
yang boleh mengukuhkan Dalil aqli pula ialah dalil yang lahir daripada akal yang sejahtera.
pegangan akidah mereka.

16

1.2.3 Kepentingan Amalan Akidah Menurut Islam

1 Syarat utama 2 Benteng daripada 3 Tunjang kekuatan
amalan diterima perkara syirik, umat Islam.
oleh Allah SWT. khurafat dan bidaah.

Kepentingan Pelaksanaan Amalan
Akidah Mengikut Syarak

4 Beroleh rahmat 5 Membentuk jati 6 Penentu
dan keberkatan diri sebagai kebahagiaan
daripada Allah SWT. Muslim sejati. di dunia dan akhirat.

Nota Guru Interaksi

Guru membimbing murid menilai Bincangkan implikasi pelaksanaan ibadah tanpa
kepentingan amalan akidah. pegangan akidah yang betul.

17

1.2.4 Pembuktian Akidah yang Benar

Antara amalan yang dapat membuktikan pegangan akidah yang benar termasuklah:

Akidah Menurut Islam

1 Memohon perlindungan hanya kepada 2 Bersyukur apabila beroleh kejayaan

Allah SWT. dalam kehidupan.

3 Sentiasa ikhlas dalam amalan. Sumber:
http://www.
muftiselangor.gov.
my/senarai-mufti-
di-media/250-30-
ajaran-sesat

4 Menjauhi fahaman yang menyeleweng

daripada ajaran Islam.

5 Reda dengan ketentuan Allah SWT. 6 Menjauhi amalan tilik nasib atau

ramalan bintang kelahiran.

Nota Guru

Guru meminta murid mencadangkan amalan lain yang boleh dilakukan oleh murid untuk
membuktikan pegangan akidah yang benar.

18

Simulasi

Analisis situasi berikut dan bincangkan cara mempraktikkan pegangan akidah yang benar.

Farah akan Situasi 1 Fitri akan menjalani
menduduki Situasi 2 pembedahan pintasan
peperiksaan SPM. jantung pada minggu
Situasi 3
Hayati berasa iri hati Situasi 4 hadapan.
dengan kejayaan Aliya
mendapat kenaikan Situasi 5 Zarif telah terjumpa
Situasi 6 beg tangan
pangkat.
penumpang yang
Rozi masih belum tercicir di dalam bas.
dinaikkan pangkat
walaupun telah lama Rafi mengajak Linda
berhibur di pusat
berkhidmat. karaoke.

Nota Guru

• Minta murid menjelaskan sebab kepada jawapan yang diberikan.
• Guru boleh mencadangkan situasi lain.

19

Aktiviti

Akidah Menurut Islam 1 Senaraikan nama-nama Allah SWT dalam surah al-Fatihah berserta maknanya.

2 Ciptakan sebuah puisi yang bertemakan sifat-sifat Allah SWT dan persembahkannya
di hadapan kelas.

3 Lakarkan peta pemikiran bagi sifat-sifat Allah SWT yang telah anda pelajari.

4 Laksanakan aktiviti Round Table untuk membincangkan:
i. Allah SWT Maha Pencipta.
ii. Allah SWT Maha Pemberi Rezeki.
iii. Allah SWT Maha Pentadbir.

5 Melalui Internet, cari artikel mengenai perkara-perkara ghaib dan bentangkan hasil dapatan
anda di hadapan kelas.

6 Lengkapkan peta pemikiran di bawah.

Sebab Akibat

Terpesong dari
landasan akidah

yang benar

7 Guru menguji kefahaman murid tentang Akidah Menurut Islam dengan
menjawab kuiz interaktif melalui aplikasi Kahoot. Sila imbas di sini.

20

Uji Diri

Jawab soalan-soalan berikut.

1 Kepercayaan dan keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah SWT serta sifat-sifat
kesempurnaan berdasarkan dalil naqli dan aqli.



Penyataan di atas merujuk kepada .

A akidah B akhlak

C syariat D ibadah

2 Berikut merupakan antara sifat wajib bagi rasul.

I Amanah II Tabligh

III Nubuwwah IV Siddiq

A I, II dan III B I, II dan IV
C I, III dan V D II, III dan IV

3 Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
i. Berdasarkan rajah di bawah, berikan bukti tentang kewujudan dan kekuasaan Allah SWT.

Kejadian langit
dan bumi

Bukti Kewujudan
dan Kekuasaan

Allah SWT

ii. Berdasarkan rajah di bawah, nyatakan contoh-contoh alam ghaib.
Alam Ghaib

4 Nyatakan tiga amalan akidah yang menepati hukum syarak.
5 Jelaskan tiga kepentingan amalan akidah yang menepati hukum syarak.
6 Allah SWT Maha Berkuasa dan Allah SWT Maha Berkehendak. Pada pendapat anda, apakah

yang akan terjadi jika manusia mengingkari sifat-sifat Allah SWT tersebut.

21

Pelajaran

3

Ibadah
Menurut

Islam

Standard
Kandungan

• Mengamalkan ibadah yang
memenuhi tuntutan hukum
syarak.

Standard
Pembelajaran

• Menyatakan konsep ibadah
menurut hukum syarak.

• Menjelaskan amalan yang
berkaitan ibadah dalam Islam.

• Menilai kepentingan
melaksanakan ibadah yang
menepati tuntutan hukum
syarak.

• Mencadangkan ibadah yang
wajib dilaksanakan bagi
memenuhi tuntutan hukum
syarak.

22

1.3.1 Konsep Ibadah dalam Islam

Ibadah bermaksud pengabdian kepada Allah SWT melalui perbuatan, perkataan dan pengakuan
hati yang ikhlas semata-mata kepada-Nya yang berlandaskan syariat Allah SWT.

Allah SWT berfirman,

‫ﭽﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭼ‬

Ertinya: “Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka
menyembah-Ku.”

(Surah al-Dzariyat 51: 56)

1 Nilai
Penghayatan
Keikhlasan menjadi asas
penerimaan ibadah di sisi • Hubungan akidah dan
ibadah sangat erat.
Allah SWT.
• Akidah merupakan ikatan
2 Konsep 4 hati dan perasaan manusia
Ibadah kepada Allah SWT.
Kewajipan Ibadah
menuruti 3 melibatkan • Ibadah merupakan gerak
perintah yang segala kegiatan langkah manusia bagi
disyariatkan manusia dari meneguhkan hubungan
dan tidak segi rohani dan antara manusia dengan
mengada- Allah SWT.
adakan ibadah. jasmani.

Tujuan hidup manusia
adalah untuk beribadah

kepada Allah SWT.

Interaksi

Bincangkan dalam kumpulan tujuan anda beribadah. Bentangkan hasil perbincangan anda.

23

Pembahagian Ibadah

Asas Sistem Sosial Islam Ibadah Khusus Ibadah Umum

Semua amalan khusus Semua amalan kebaikan yang disyariatkan
yang disyariatkan oleh oleh Allah SWT bagi menghubungkan
Allah SWT sama ada
manusia dalam sesebuah masyarakat demi
fardu atau sunat. kebaikan dan keharmonian hidup bersama.

Fardu Ain Sunat Fardu Ain Sunat

Contoh: Contoh: Contoh: Contoh:
• Solat fardu • Solat sunat • Bekerja • Membuang benda
• Mengeluarkan • Puasa sunat • Belajar
yang bahaya dari
zakat jalanan

Fardu Kifayah Fardu Kifayah

Contoh: Contoh:
• Solat jenazah • Membuat penyelidikan
• Mengurus • Bekerja sebagai doktor

jenazah

Sumber: Mohammad Zaini Yahaya et. al. (2015).

Informasi Glosari

Dua Syarat Ibadah: Fardu Ain: Kewajipan individu atas suatu amalan yang
• Ikhlas: Ibadah dilakukan dituntut secara tegas oleh syarak ke atas setiap mukalaf.
Pengamalannya mendapat pahala dan pengabaian tanpa
hanya kerana Allah uzur syari‘e mendapat dosa.
SWT semata-mata dan
mengharapkan keredaan-Nya. Fardu Kifayah: Kewajipan secara kolektif yang merujuk
• Ittiba‘ as-Sunnah (Mengikut kepada suatu amalan yang dituntut oleh syarak ke
Sunnah): Ibadah dilakukan atas seluruh kaum Muslimin secara umum untuk
sebagaimana yang mengerjakannya. Apabila sebahagian daripada mereka
disyariatkan oleh Allah dan melaksanakannya, maka sebahagian yang lain terlepas
rasul-Nya. daripada kewajipan tersebut.

24

1.3.2 Amalan yang Berkaitan dengan Ibadah

Solat • Solat lima waktu sehari semalam.
Fardu
• Amalan pertama yang akan dihisab.

• Kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan walaupun dalam
keadaan sakit atau darurat.

Zakat • Sedekah wajib.
• Terbahagi kepada zakat fitrah dan zakat harta.
• Memberikannya kepada asnaf.

Belajar • Kewajiban yang penting sebagai individu Muslim.
• Perintah iqra’ (baca) sebagai proses belajar.
• Mempelajari ilmu yang bermanfaat.

Solat • Merupakan salah satu kewajipan dalam pengurusan jenazah.
Jenazah
• Solat jenazah mempunyai tujuh rukun iaitu niat, berdiri
bagi yang mampu, bertakbir empat kali, membaca surah
al-Fatihah, membaca selawat, doa kepada jenazah dan
memberi salam.

Penyelidikan • Melakukan penyelidikan dan inovasi yang mendatangkan
manfaat kepada masyarakat.

• Memajukan umat Islam supaya tidak mundur dan dizalimi
oleh orang lain.

Glosari Asnaf Zakat
Tarikh capaian:
Asnaf: Kelompok yang berhak menerima zakat iaitu asnaf fakir, asnaf miskin, 13 Julai 2019
asnaf amil, asnaf mualaf, asnaf riqab, asnaf gharimin, asnaf fisabilillah,
asnaf ibnu sabil.

25

1.3.3 Kepentingan Ibadah Menurut Islam Kemanisan
dalam Beribadah
Setiap amalan ibadah pasti mengandungi hikmah tertentu. Antara kepentingan
ibadah dalam Islam adalah seperti berikut: Tarikh capaian:
12 April 2019

Asas Sistem Sosial Islam Lafaz • Menjadi bukti penyaksian Allah SWT Muslim
Syahadah sebagai pencipta dan Nabi Muhammad Cemerlang
SAW sebagai utusan Allah SWT.
Solat
• Syarat menjadi seorang Muslim.
Puasa
• Meneguhkan hubungan manusia
Bekerja dengan Allah SWT.
Belajar
• Meningkatkan ketakwaan.
• Meningkatkan hubungan baik dalam

masyarakat melalui solat berjemaah.

• Mendidik hawa nafsu.
• Merehatkan sistem pencernaan.
• Merasai kesusahan orang miskin.

• Mencari nafkah dikategorikan
sebagai ibadah.

• Hidup mulia dan tidak membebankan
orang lain.

• Menambahkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran.

• Membangunkan tamadun agama,
bangsa dan negara.

Interaksi Nota Guru

Secara berkumpulan, bincangkan cara anda Guru meminta murid menyenaraikan
untuk memberikan sumbangan kepada kepentingan ibadah-ibadah lain.
masyarakat melalui ibadah umum.

26

1.3.4 Pelaksanaan Ibadah Wajib

Ibadah wajib perlu dihayati dan diamalkan dalam kehidupan. Antara ibadah wajib yang perlu
dilaksanakan ialah:

Menjaga solat lima waktu. Marhaban Ya Ramadan Melaksanakan ibadah
haji dan umrah apabila
Berpuasa penuh di bulan memenuhi syarat wajibnya.
Ramadan jika tiada
keuzuran syari‘e.

Mengeluarkan zakat untuk Bekerja untuk memenuhi Menjalankan penyelidikan
membantu mereka yang keperluan hidup dan dan pembangunan
memerlukan. memberi nafkah kepada dalam bidang sains untuk
tanggungan. menghasilkan produk yang
diperlukan masyarakat.

Nilai Penghayatan

Cara Meningkatkan Kualiti Ibadah Nota Guru

• Sentiasa mengingati Allah SWT ketika Guru membimbing pelajar
melakukan pekerjaan. mencadangkan ibadah-ibadah lain
yang perlu dilakukan bagi memenuhi
• Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang tuntutan hukum syarak.
ibadah khusus dan umum.

• Berdamping dengan orang soleh dan berilmu.
• Sabar dan istiqamah dalam melakukan ibadah.
• Memahami hikmah di sebalik kewajipan

sesuatu ibadah.

27

Simulasi

1 Analisis situasi berikut dan nyatakan kewajiban ibadah yang perlu dilaksanakan bagi
memenuhi tuntutan hukum syarak.

Asas Sistem Sosial Islam Situasi 1 Situasi 2 Situasi 3

Remy mahu solat dalam Aminah memiliki Ali diserang
keadaan tangannya barangan kemas yang penyakit gastrik
berbalut kerana luka. pada bulan puasa.
banyak.

Situasi 4 Situasi 5

Salman mendapat Ahmad mendengar
tawaran melanjutkan laungan azan Jumaat
pengajian di luar negara,
namun ibunya meminta ketika sedang
bantuan Salman untuk membeli-belah.

menyara adik-adik
memandangkan ayahnya

telah meninggal dunia.

Refleksi

2 Lengkapkan senarai semak di bawah tentang pelaksanaan ibadah yang telah berjaya

anda laksanakan. Tandakan () pada ‘Ya’ atau () pada ‘Tidak’.

Bil. Penyataan Ya/Tidak
1 Saya mengetahui maksud dua kalimah syahadah.

2 Saya menutup aurat dengan sempurna.
3 Saya menunaikan solat fardu lima waktu sehari semalam.
4 Saya solat fardu dengan khusyuk.
5 Saya sentiasa menunaikan solat fardu secara berjemaah.
6 Saya berpuasa pada bulan Ramadan.
7 Saya memahami bahawa zakat fitrah dibayar oleh penjaga.
8 Saya memahami tuntutan haji berserta syarat-syarat kewajipannya.
9 Saya belajar dengan niat yang ikhlas.
10 Saya membuang benda yang berbahaya dari jalanan.

Skor Ya = 1 Tidak = 0

Markah 7 hingga 10: Tahniah! Anda seorang Muslim yang menunaikan tuntutan ibadah.
Markah 4 hingga 6: Anda perlu meningkatkan ibadah anda.
Markah 0 hingga 3: Anda perlu lebih banyak berusaha dan melaksanakan ibadah.

28

Aktiviti

1 Hasilkan nota poket mingguan untuk meningkatkan kuantiti dan Nota Poket
kualiti ibadah anda. Sila imbas kod QR untuk melihat langkah-langkah
penghasilannya.

2 Bina peta pemikiran tentang ibadah khusus dan ibadah umum secara berkumpulan.
Kemudian bentangkan hasil tugasan di hadapan kelas.

3 Layari Internet dan kumpulkan gambar yang menunjukkan perlakuan ibadah umum.
Bentang dan ceritakan tentang gambar tersebut di hadapan kelas.

4 Laksanakan aktiviti Round Table. Setiap murid dikehendaki mencatatkan Round Table
satu isi bagi amalan sunat harian yang pernah dilakukan dalam sekeping
kertas yang diedarkan oleh guru. Jawapan yang dicatat perlu berbeza dengan
jawapan yang telah diberikan.

5 Cari maklumat melalui Internet tentang zakat secara berkumpulan dan bincangkan
cara sistem zakat mampu meningkatkan sosioekonomi masyarakat Islam. Bentangkan
hasil dapatan anda.

6 Bincangkan dalam kumpulan tujuan beribadah. Bentangkan hasil perbincangan anda.

7 Laksanakan aktiviti Gallery Walk bagi meningkatkan kesedaran mengenai Gallery Walk
kepentingan dan kesempurnaan ibadah dalam Rukun Islam.

29

Uji Diri

Asas Sistem Sosial Islam Jawab soalan-soalan berikut.

1 Antara yang berikut, yang manakah bukan tujuan Allah SWT mewajibkan zakat?

A Membantu orang susah.
B Menyucikan harta dan jiwa.
C Menghapuskan sifat bakhil.
D Menjadi pemisah antara iman dengan kufur.

2 Lengkapkan penyataan berikut berdasarkan pilihan jawapan yang diberikan.

Menuntut ilmu Riak Wakaf

Hadis Zakat Solat

i. Antara perkara yang boleh merosakkan ibadah ialah .

ii. Cara melaksanakan solat dihuraikan secara terperinci melalui .

iii. ialah contoh bagi ibadah umum.

iv. mengukuhkan hubungan kita dengan Allah SWT.

3 Huraikan maksud ibadah dalam Islam berserta dalil.
4 Nyatakan tiga kepentingan ibadah menurut Islam.

Suasana Solat Jumaat Suasana Solat Subuh

5 Wujud perbezaan jumlah makmum dalam gambar di atas. Pada pandangan anda,
mengapakah hal ini berlaku?

30

Pelajaran

4

Akhlak
Menurut

Islam

Standard
Kandungan

• Mengamalkan akhlak yang
memenuhi tuntutan hukum
syarak.

Standard
Pembelajaran

• Menyatakan konsep akhlak
menurut hukum syarak.

• Menjelaskan amalan yang
berkaitan dengan akhlak
dalam Islam.

• Menilai kepentingan
melaksanakan amalan
akhlak yang menepati
tuntutan hukum syarak.

• Mencadangkan amalan
akhlak yang wajib
dilaksanakan bagi memenuhi
tuntutan hukum syarak.

31

1.4.1 Konsep Akhlak Islam

Maksud Akhlak

Akhlak ialah sifat yang tertanam dalam jiwa yang mendorong sesuatu perbuatan dan
perlakuan tanpa memerlukan pertimbangan yang mendalam.

Sabda Rasulullah SAW:

.‫ا ْل ِب ُّر ُح ْس ُن اْل ُخ ُل ِق َوْالِإ ْث ُم َما َحا َك ِفي َن ْف ِس َك َو َك ِر ْه َت َأ ْن َي َّطِل َع َع َل ْي ِه ال َّنا ُس‬

Ertinya: “Kebaikan itu adalah akhlak yang mulia dan dosa adalah apa yang
terasa mengganggu jiwamu, dan engkau tidak suka jika diketahui manusia.”

(Riwayat Muslim)

1 4

Bersumberkan al-Quran Tetap dan tidak
dan al-Sunnah berubah sepanjang

zaman

Ciri-ciri 3
Akhlak
Menurut Meliputi semua
Islam aspek kehidupan

2

Berlandaskan fitrah
kejadian manusia

32

Pembahagian Akhlak Akhlak Mazmumah

Akhlak Mahmudah Akhlak terkeji yang dilarang oleh
al-Quran dan al-Sunnah daripada
Akhlak terpuji yang bersumberkan diamalkan.
wahyu al-Quran dan al-Sunnah.

Contoh Akhlak Mahmudah Contoh Akhlak Mazmumah

Akhlak dengan • Reda • Putus asa
Allah SWT • Bersyukur • Kufur

Akhlak • Menghormati orang lain • Memandang hina orang lain
dengan manusia • Amanah • Khianat

Akhlak • Menjaga kebersihan • Pengotor
dengan alam • Memelihara alam sekitar • Mencemarkan alam sekitar

Informasi

Proses Penyucian Jiwa

Mengosongkan jiwa Bermatlamat mencari Mahmudah vs
daripada sifat buruk. keredaan Allah SWT. Mazmumah

Menghias jiwa dengan Mengindahkan pekerti 33
sifat-sifat terpuji. melalui kelakuan lahiriah.

Akhlak Menurut Islam 1.4.2 Amalan Berkaitan Akhlak

Allah SWT memuji ketinggian akhlak Rasulullah SAW dalam al-Quran al-Karim.

Firman Allah SWT,

‫ﭽﮛﮜ ﮝﮞﮟ ﭼ‬

Ertinya: “Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai budi pekerti
yang tinggi.”

(Surah al-Qalam 68: 4)

Kisah1 Penyabar

Contoh:

Apabila usaha dakwah Nabi Muhammad
SAW di Mekah berhadapan ancaman yang
kuat, Baginda SAW meneruskan dakwahnya
ke Taif. Taif merupakan kawasan tanah tinggi,
berada sejauh 135 km dari Mekah.

Namun demikian, penduduknya menolak
dakwah Baginda SAW. Mereka juga mencemuh,
mengejek dan membaling batu kepadanya.
Rasulullah SAW berjalan keluar dari Kota Taif dalam
keadaan cedera dan keletihan.

Malaikat Jibrail mendengar keluhan Baginda SAW
lalu meminta kebenaran untuk menghempap mereka
dengan dua gunung. Lalu jawab Baginda SAW, Masjid Ku‘ atau Masjid Siku merupakan

“(Tidak) namun aku berharap supaya Allah SWT tempat Rasulullah SAW berlindung ketika
melahirkan daripada anak keturunan mereka orang diserang oleh penduduk Taif.

yang beribadah kepada Allah SWT semata-mata, tidak
menyekutukan-Nya dengan apa pun jua.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Contohilah sifat sabar Rasulullah SAW yang lahir daripada kematangan hati dan akal serta
bersedia untuk berkongsi kebaikan dengan orang lain.

Nota Guru

• Guru membimbing murid melakukan sumbang saran faktor pembentukan akhlak melalui
informasi daripada bahan-bahan di Internet melalui carian kata kunci “Pembentukan Akhlak”.

34

Kisah2 Pemaaf

Contoh:
Setelah umat Islam berjaya membuka kota Mekah,
Rasulullah SAW telah menyampaikan ucapan yang
bemaksud, “Hai sekalian orang Quraisy, apa yang
kamu sangka akan aku lakukan kepada kamu?” Mereka
menjawab, “Kebaikan, kerana engkau ialah saudara yang
mulia dan anak kepada saudara yang mulia.”

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya aku
berkata kepadamu sebagaimana Nabi Yusuf a.s. berkata
kepada saudara-saudaranya. Pada hari ini tidak ada
celaan terhadapmu. Pergilah, kamu semua dibebaskan.”
(Riwayat al-Baihaqi)

Baginda SAW merupakan seorang yang penyayang dan pemaaf. Baginda SAW tidak pernah
membalas dendam meskipun berkuasa untuk menuntut balas.

Kisah3 Pemurah

Contoh:
Baginda Nabi Muhammad SAW disifatkan
sebagai seorang yang amat pemurah dan lebih
pemurah lagi apabila menjelang bulan Ramadan.

Dalam satu riwayat, Anas r.a. berkata: “Tidaklah
Rasulullah SAW diminta sesuatu melainkan Baginda
SAW memberinya.”

Telah datang seorang lelaki meminta kepadanya, lalu
Baginda SAW memberikan kepada orang itu kambing
yang banyak sehingga memenuhi antara dua gunung. Lelaki
tersebut kembali kepada kaumnya dan berkata: “Hai kaumku
masuklah Islam, sesungguhnya Muhammad memberi suatu
pemberian seperti pemberian orang yang tidak takut miskin.”
(Riwayat Muslim)

Sifat pemurah Nabi Muhammad SAW mencapai peringkat Itsar iaitu mengutamakan orang
lain berbanding dirinya. Sifat ini merupakan sifat tertinggi dalam kemurahan hati.

Interaksi Faktor
Pembentukan
Kumpulkan kisah lain yang menunjukkan kemuliaan akhlak Rasulullah SAW.
Bentangkan faedah dan kepentingan akhlak tersebut. Akhlak

35

Akhlak Menurut Islam 1.4.3 Kepentingan Akhlak Menurut Islam

Islam amat memberi penekanan kepada
pembinaan akhlak. Hal ini selari dengan tujuan
Nabi Muhammad SAW dilantik sebagai rasul.

Sa.b‫ق‬dِ ‫ل‬aَ ‫خ‬Rْ ‫ َأ‬a‫ْال‬s‫م‬uَ ‫ِر‬l‫ا‬u‫َك‬ll‫م‬aَ ‫م‬hَ ‫م‬Sِّ ‫َت‬A‫ل ُأ‬Wِ ‫ُت‬, ‫ِإ َّن َما ُب ِع ْث‬ Individu

Ertinya: “Sesungguhnya aku diutus • Membina jati diri yang baik
untuk menyempurnakan akhlak mengikut al-Quran dan al-Sunnah.
yang mulia.”
• Melahirkan individu yang bertakwa.
(Riwayat Ahmad)




Akhlak terpuji akan mewujudkan suasana
aman dan memberi ruang memperbaiki potensi
manusia serta menambah produktiviti.

Akhlak ialah cerminan dari dalam diri
seseorang yang mempunyai ilmu dan adab.
Tuntutlah ilmu dengan beradab dan berakhlak.

Keluarga

• Membentuk sebuah keluarga
bahagia.

• Saling bertolak ansur dan bantu-
membantu.

36

Cara Memupuk Akhlak Mulia

Masyarakat Mentaati perintah 1
Allah SWT dan
• Melahirkan masyarakat yang harmoni. Rasul-Nya.
• Meneguhkan perpaduan masyarakat.
Mencontohi dan
Kepentingan
Akhlak 2 meneladani
Menurut Rasulullah SAW
Islam yang berpekerti

mulia.

Sentiasa berdoa 3
memohon dihiasi

akhlak mulia.

4 Mujahadah
dalam
memperbaiki diri.

Sentiasa 5
bermuhasabah

diri.

Negara 6 Bersabar dan
istiqamah dalam
• Membina negara sejahtera dan dirahmati Allah berakhlak mulia.
SWT.

• Meningkatkan imej negara.

Interaksi Akhlak Terpuji
Tarikh capaian:

02 Mei 2019

Bincangkan kepentingan akhlak menurut Islam dalam pelbagai situasi.

37

Akhlak Menurut Islam 1.4.4 Pengamalan Akhlak Islam

Akhlak Islam perlu dihayati dan diamalkan dalam kehidupan. Antara amalan akhlak Islam yang
boleh dilakukan termasuklah:

Hormat-menghormati
• Saling menghormati sesama rakan tanpa mengira bangsa

dan agama.
• Memuliakan tetamu tanpa mengira kedudukan.

Prihatin
• Bersimpati dengan penderitaan orang lain.
• Sentiasa ada usaha dan inisiatif membantu.

Tolong-menolong
• Suka menghulurkan bantuan seperti membantu rakan

yang berada dalam kesusahan.
• Cepat membantu apabila orang lain memerlukan

pertolongan.

Kasih Sayang
• Mengeratkan silaturahim dan merapatkan ukhuwah

sesama manusia.
• Mengelakkan pergaduhan dan permusuhan.

Nota Guru

Guru meminta murid mencadangkan amalan akhlak terpuji yang wajib dilaksanakan bagi memenuhi
tuntutan hukum syarak.
38

Simulasi

Amalkan Kebaikan Hindari Keburukan

Secara berpasangan, jalankan aktiviti di bawah melalui kad situasi yang diberikan.

KAD 1 KAD 2

Anda sering mendengar pertengkaran Anda bersama rakan sedang
dalam keluarga jiran sehingga menikmati makan tengah hari.
Tiba-tiba anda didekati oleh seorang
mengganggu ketenteraman anda. pengemis, sedangkan dalam
Apakah tindakan dan akhlak yang saku anda tiada langsung wang.
perlu anda tunjukkan kepada jiran Bagaimana anda membantunya?

anda?

KAD 3 KAD 4

Hilmi selalu lewat masuk ke kelas, Adik anda telah terpengaruh dengan
sedangkan guru telah memulakan rakan-rakan yang merokok sehingga

pengajaran. Ramalkan kesan dia juga turut merokok. Nyatakan
tindakan Hilmi dan nyatakan cara tindakan anda.

anda menanganinya.

Cara menjalankan aktiviti:

1 Pilih salah satu kad situasi.
2 Bincang bersama pasangan anda cara menangani isu dan situasi yang
diberi dengan berhemah dan akhlak terpuji.
3 Tampalkan hasil perbincangan anda secara kreatif pada dinding kelas.
4 Semua murid melakukan aktiviti Gallery Walk untuk melihat dan memberi
komen terhadap hasil kerja rakan yang lain.

Nota Guru

Guru boleh menambahkan kad situasi yang sesuai.

39

Aktiviti

Akhlak Menurut Islam 1 Laksanakan aktiviti survey secara berkumpulan tentang akhlak mahmudah dan akhlak
mazmumah dalam kalangan murid. Bentangkan hasil dapatan di hadapan kelas.

2 Lakukan aktiviti Rush Idea untuk meminta pendapat murid mengenai faktor- Rush Idea
faktor keruntuhan akhlak remaja.

3 Hasilkan dialog yang sesuai berdasarkan situasi berikut, kemudian lakonkannya di
hadapan kelas.

Bil. Perkara Situasi

i Murid dengan ibu Ibu meminta tolong anda untuk
menyidai pakaian.

ii Murid dengan jiran bukan Jiran anda yang bukan beragama Islam

beragama Islam menjemput anda sekeluarga datang ke

majlis perkahwinan anaknya.

iii Murid dengan rakan Rakan anda mahu meminjam duit
untuk membeli makanan.

iv Murid dengan guru Guru menegur sikap murid yang selalu
datang lambat.

4 Guru menguji kefahaman murid tentang Akhlak Menurut Islam dengan
menjawab kuiz interaktif melalui aplikasi Kahoot. Sila imbas di sini.

40

5 Lengkapkan senarai semak di bawah tentang pengamalan akhlak Islam.
Tandakan () pada penyataan yang anda setuju atau () pada tidak setuju.

Bil. Senarai Semak (/)

1 Saya pernah merokok.

2 Saya tidak pernah melepak.

3 Saya suka membantu jiran.

4 Saya seorang yang panas baran.

5 Saya sayang guru.

6 Saya selalu mentaati perintah ibu bapa.

7 Saya sering menziarahi saudara mara ketika mereka sakit.

8 Saya tidak suka menggunakan bahasa percakapan yang kasar dan kesat.

9 Saya membalas kejahatan dengan kejahatan.

10 Saya sukar memaafkan orang lain.

6 Bincangkan kesan pengamalan akhlak seperti di atas.
7 Kongsikan pengamalan akhlak Islam lain yang telah berjaya anda laksanakan.

41

Uji Diri

Jawab soalan-soalan berikut.

Akhlak Menurut Islam Akhlak terkeji yang dilarang oleh al-Quran dan al-Sunnah daripada diamalkan.

1 Penyataan berikut merupakan definisi kepada .

A akhlak mahmudah B dosa
C akhlak mulia D akhlak mazmumah

2 Berikut merupakan ciri-ciri akhlak menurut Islam kecuali .

A bersumberkan al-Quran B meliputi semua aspek
dan al-Sunnah kehidupan

C berubah mengikut D berlandaskan fitrah
peredaran zaman kejadian manusia

3 Lengkapkan pernyataan berikut dengan pilihan jawapan yang betul.

sedekah akhlak berzina bertakwa hasad zakat

i. Rasulullah SAW diutuskan kepada manusia untuk menyempurnakan
yang baik.

ii. Islam menggalakkan amalan kepada golongan fakir miskin.

iii. kepada Allah SWT menjadi kayu ukur kemuliaan seseorang hamba di
sisi-Nya.

iv. adalah perbuatan keji kerana perbuatan itu boleh mengganggu nasab
atau keturunan manusia.

4 Berdasarkan gambar di atas, cadangkan cara anda untuk membantu meningkatkan kualiti
hidup mereka.

42


Click to View FlipBook Version