Pelajaran
5
Prinsip
Pandangan
Hidup Islam
Standard
Kandungan
• Mengamalkan prinsip
pandangan hidup Islam dalam
semua aspek kehidupan.
Standard
Pembelajaran
• Menyatakan pengertian
Rabbaniyyah, Syumuliyyah,
Waqi‘iyyah, ‘Alamiyyah,
Thabat dan Murunah.
• Menerangkan ciri-ciri
Rabbaniyyah, Syumuliyyah,
Waqi‘iyyah, ‘Alamiyyah,
Thabat dan Murunah.
• Menjelaskan keistimewaan
prinsip pandangan hidup
Islam dalam kehidupan
manusia.
• Menilai kepentingan
mengamalkan prinsip hidup
Islam dalam semua aspek
kehidupan.
• Mencadangkan amalan
prinsip hidup Islam yang boleh
dijadikan sebagai kaedah
penyelesaian kepada isu dan
persoalan ummah.
43
Prinsip Pandangan Hidup Islam 1.5.1 Pengertian Rabbaniyyah, Syumuliyyah, Waqi‘iyyah,
‘Alamiyyah, Thabat dan Murunah
1
Rabbaniyyah
2
Syumuliyyah
Prinsip 3
Pandangan
Hidup Islam ‘Alamiyyah
4
Waqi‘iyyah
5
Thabat
dan
Murunah
44
Ketuhanan iaitu segala hukum, konsep, prinsip, 3
nilai dan peraturan yang terkandung dalam
Islam adalah bersumberkan wahyu Allah SWT.
Lengkap iaitu agama Islam yang dibawa oleh Nabi
Muhammad SAW lengkap dan sempurna serta
meliputi kehidupan di dunia dan akhirat.
Sarwajagat iaitu Islam ialah agama yang sesuai bagi semua
manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan zaman.
Realiti Islam ialah agama praktikal, mampu
diamalkan oleh semua golongan manusia.
Thabat Murunah
Tetap dan teguh iaitu perkara yang tetap Luwes atau anjal iaitu boleh berubah
(qat‘iyy), tidak boleh diubah dasar, prinsip mengikut kesesuaian, namun masih
serta pelaksanaannya menurut Islam. tetap pada prinsip asasnya.
45
1.5.2 Ciri-ciri Prinsip Pandangan Hidup Islam
Prinsip Pandangan Hidup Islam Rabbaniyyah Syumuliyyah ‘Alamiyyah
Islam ialah agama yang Kesempurnaan hanya milik Kedudukan manusia
diwahyukan oleh Allah SWT. Allah SWT. sebagai sebaik-baik
kejadian.
Islam dan seluruh makhluk Islam tidak terikat dengan
merupakan hak milik masa, tempat dan ruang Nilai keadilan Islam
Allah SWT. tertentu. bersifat sejagat.
Islam ialah satu pegangan Manusia dibekalkan dengan Islam sentiasa
yang jitu dan bersih daripada akal dan syariat yang lengkap menegakkan kebenaran
kekurangan, kejahilan dan sesuai dengan tanggungjawab dan mencegah
dorongan hawa nafsu. sebagai hamba dan khalifah kemungkaran.
Allah SWT.
Allah SWT sebagai pemberi Islam menjamin hak
peraturan hidup. asasi manusia.
Waqi‘iyyah Thabat Murunah
Praktikal dan mampu Akidah, kepercayaan dan Islam agama yang mudah.
diamalkan. keyakinan terhadap
Allah SWT sebagai Tuhan Dilaksanakan mengikut
Menyelesaikan masalah Yang Masa Esa dan tiada keadaan dan kemampuan.
kehidupan. sekutu bagi-Nya.
Menekankan kesederhanaan Ibadat khusus seperti
dan keseimbangan hidup. solat fardu, puasa, haji
dan zakat telah ditetapkan
cara pelaksanaannya oleh
syariat Islam.
Ketetapan hukum syariah
seperti hudud, qisas, diat
dan takzir.
Nota Guru
Guru melaksanakan aktiviti sumbang saran berkaitan contoh bagi ciri-ciri prinsip pandangan hidup
Islam yang telah mereka pelajari.
46
1.5.3 Keistimewaan Prinsip Pandangan Hidup Islam
Antara keistimewaan prinsip pandangan hidup Islam termasuklah:
1 Sesuai dengan fitrah dan akal manusia
• Selaku pencipta manusia, Allah SWT lebih mengetahui fitrah kejadian manusia.
• Wahyu yang diturunkan sesuai dengan fitrah dan akal manusia.
2 Bersifat jelas dan praktikal
• Peraturan dan panduan hidup dalam al-Quran dan al-Sunnah amat jelas dan praktikal.
• Mudah dilaksanakan dan tidak membebankan.
3 Sesuai dengan peranan sebagai khalifah
• Manusia ialah pengganti dalam melaksanakan ajaran Islam.
• Bertujuan untuk memakmurkan kehidupan dan kesejahteraan manusia.
4 Keseimbangan
• Seimbang dari sudut rohani dan jasmani.
• Seimbang dalam hubungan dengan Allah SWT, manusia dan alam sekitar.
5 Mementingkan budaya ilmu
• Mengangkat darjat manusia dengan penguasaan ilmu pengetahuan.
• Membina ketamadunan dan kemajuan hidup berdasarkan ilmu.
6 Rahmat bagi sekalian alam
• Islam membawa rahmat kepada semua makhluk.
• Islam mementingkan nilai kasih sayang dan persaudaraan.
Interaksi Canva.com
Tarikh capaian:
Berdasarkan maklumat tentang ciri-ciri Rabbaniyyah dalam Internet, hasilkan 05 Oktober 2018
infografik yang sesuai.
47
1.5.4 Kepentingan Mengamalkan Prinsip Hidup Islam
Prinsip Pandangan Hidup Islam Melalui aktiviti PdPc secara inkuiri terpimpin di dalam kelas, guru mata pelajaran Tasawwur Islam
memberikan gambar-gambar berkaitan kepentingan prinsip pandangan hidup Islam kepada
murid. Murid diminta menyenaraikan dan berbincang perkara yang mereka lihat. Kemudian,
mereka perlu membuat perkaitan antara gambar dengan kepentingan mengamalkan prinsip
hidup Islam. Seterusnya, mereka perlu membentangkan hasil penelitian mereka di hadapan kelas.
Prinsip Rabbaniyyah dalam Islam Islam tidak memisahkan agama
sangat penting bagi saya memahami daripada norma kehidupan.
tujuan kehidupan. Segala yang ada di
dunia ini adalah sementara, akhirat Malah, Islam meraikannya dan
menetapkan sistem yang cukup
ialah destinasi sebenar. Allah SWT lengkap merangkumi seluruh aspek
telah memberikan panduan yang jelas kehidupan. Itulah prinsip Syumuliyyah.
dan benar kepada saya.
IslamyaandgaBlaehnAargama Islam sebagai Sistem Kehidupan
ISLAM SEBAGAI SISTEM SISTEM PERUNDANGAN
KEHIDUPAN & KEHAKIMAN
SISTEM KHALIFAH
& HAMBA
SISTEM SOSIAL ISLAM SISTEM PEMERINTAHAN &
PENTADBIRAN
SISTEM EKONOMI
Nota Guru
• Guru memastikan murid menghayati kepentingan mengamalkan prinsip hidup Islam.
• Guru boleh menambah lagi pelbagai gambar lain berkaitan prinsip hidup Islam.
48
Prinsip ‘Alamiyyah ialah prinsip utama Selain mendatangkan manfaat dan
dalam bidang kemanusiaan. Sikap kebaikan, syariat yang ditetapkan
diskriminasi perkauman sangat oleh Allah SWT sebenarnya adalah
praktikal. Kesemuanya mampu
ditentang oleh Islam. Keadilan adalah untuk kita lakukan. Jika terdapat
untuk semua. kesukaran, pasti ada pemudah cara.
Itulah prinsip Thabat dan Murunah.
Islam ialah agama praktikal. Setiap
suruhan dan tegahan mempunyai
manfaat rohani dan jasmani. Kita perlu
mengkajinya dengan lebih mendalam.
MIDebnisagkdhraaimhpiuHnsaakjsiain Solat dari Perspektif Sains Rukhsah dalam Solat
Interaksi
IslamQsResLuINaiKdiamalkan sepanjang zaman. Buktikan penyataan tersebut dengan menghasilkan satu
peta pemikiran.
49
1.5.5 Islam Sebagai Penyelesaian
Prinsip Pandangan Hidup Islam Ustaz Safwan telah meminta murid-murid membincangkan isu dan persoalan ummah yang
berlaku dalam kalangan masyarakat. Melalui prinsip pandangan hidup Islam yang telah mereka
pelajari, murid-murid dikehendaki mencadangkan kaedah penyelesaian bagi isu-isu tersebut.
Setiap kumpulan akan Banyak berlaku salah faham Hikmah pembahagian
membincangkan isu mengenai hukum faraid atau pada kadar tersebut
yang telah diberikan tadi. pembahagian harta pusaka
Kamu boleh mulakan dalam masyarakat sekarang. kerana kewajipan
perbincangan sekarang. memberi nafkah adalah
pada pihak lelaki.
Hukum faraid telah ditetapkan dalam
al-Quran. Bahagian seorang anak lelaki
adalah sama dengan dua bahagian
anak perempuan.
Adakah Islam mencabuli
hak asasi manusia?
Hak asasi bermaksud hak-hak Melalui prinsip hidup Islam yang kita pelajari,
asas yang wajib diberikan sama sekali tiada pencabulan hak asasi
kepada setiap individu. terhadap manusia dalam Islam. Kita perlu
menjelaskan kepada masyarakat tentang
Contohnya, hak keamanan, hak konsep keadilan sejagat dalam Islam.
pendidikan dan lain-lain lagi.
Nota Guru
Guru membimbing murid untuk membincangkan isu dan permasalahan ummah serta mencadangkan
amalan prinsip hidup Islam yang boleh dijadikan sebagai kaedah penyelesaian.
50
Simulasi
Berdasarkan situasi berikut, nyatakan tindakan yang boleh diambil sebagai langkah merealisasikan
amalan prinsip hidup Islam sebagai kaedah penyelesaian kepada isu dan persoalan ummah.
1 2 Dalam satu majlis forum,
Majikan melarang anda anda mendengar ahli panel
menutup aurat ketika bekerja mempertikaikan autoriti suami
bagi tujuan melariskan jualan.
dalam menjatuhkan talak.
3 4
Jiran anda berlainan agama
Kenalan anda dari Eropah menjemput anda ke rumah
bertanyakan tentang terbuka beliau sempena hari
perayaan.
kesesuaian Islam pada zaman
milenium.
5
Anda sedang berjalan menuju
ke masjid lalu terserempak
dengan sekumpulan remaja
yang sedang melepak setelah
azan berkumandang.
Contoh Situasi 1
Tindakan yang sepatutnya saya lakukan Kepentingan
Saya akan memberitahu secara berhemah Mempertahankan prinsip hidup Islam
kepada majikan saya bahawa menutup aurat Rabbaniyyah iaitu segala hukum, konsep dan
adalah kewajipan agama yang tidak boleh prinsip nilai dan peraturan yang terkandung
saya tinggalkan. dalam Islam adalah bersumberkan wahyu
Allah SWT dan wajib dipatuhi.
Nota Guru
Minta murid memberikan situasi lain yang memerlukan kepada penyelesaian menggunakan amalan
prinsip hidup Islam.
51
Aktiviti
Prinsip Pandangan Hidup Islam 1 Secara berkumpulan, persembahkan dalam bentuk peta pemikiran perkara berikut:
a. Prinsip pandangan hidup Islam.
b. Kepentingan mengamalkan prinsip pandangan hidup Islam sebagai seorang murid.
2 “Budaya gengsterisme dalam kalangan murid boleh mengganggu Rally Table
ketenteraman awam dan merosakkan masa depan mereka.”
Melalui aktiviti Rally Table, murid memberikan respons berdasarkan
prinsip Waqi‘iyyah dalam penyelesaian masalah di atas.
3 Secara berkumpulan, layari Internet dan kaji isu-isu ajaran sesat.
Berdasarkan dapatan anda, bincangkan cara anda menyelesaikan isu-isu ajaran sesat
berdasarkan prinsip Thabat.
4 Uji kefahaman anda berkaitan Prinsip Pandangan Hidup Islam dengan
menjawab kuiz interaktif melalui aplikasi Kahoot. Sila imbas di sini.
52
5 Lengkapkan teka silang kata di bawah:
3 Y
1A
2 4U 5H 6
1 3 U
2
B Menegak
O R 1 Lawan praktikal.
2 Perkara yang dinyatakan
B Y
A secara tetap atau qat‘iyy,
4 tidak boleh dipinda dan
diubah dasar, prinsip
Melintang serta pelaksanaannya.
3 Perintah atau kalam
1 Islam tidak mengharamkan sesuatu perkara melainkan Allah SWT yang
perkara itu membawa kemudaratan kepada manusia. disampaikan kepada
para rasul-Nya melalui
2 Luwes atau anjal. perantaraan malaikat
3 Hukum jenayah Islam. Jibrail a.s.
4 Menjadi rahmat untuk sekalian alam, menjadi petunjuk 4 Segala hukum,
konsep, prinsip, nilai
kepada seluruh umat manusia dan merupakan peraturan dan peraturan yang
untuk manusia sejagat pada semua masa dan tempat. terkandung dalam Islam
adalah bersumberkan
wahyu Allah SWT.
5 Merupakan destinasi
sebenar bagi manusia.
6 Meliputi seluruh aspek
kehidupan manusia dari
urusan peribadi, keluarga,
masyarakat, negara dan
antarabangsa.
53
Uji Diri
Jawab soalan-soalan berikut.
Islam ialah agama yang sempurna yang mengandungi peraturan hidup untuk
kesejahteraan hidup manusia di dunia dan akhirat.
1 Penyataan ini merujuk kepada .
A ‘Alamiyyah B Rabbaniyyah
C Syumuliyyah D Waqi‘iyyah
Ali melakukan solat jamak dan qasar ketika
bermusafir dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.
2 Situasi di atas menjelaskan Prinsip Pandangan Hidup Islam .
I Murunah II Thabat
III Waqi‘iyyah IV Syumuliyyah
A I dan II B II dan III
C III dan IV D I dan IV
3 Suaikan antara prinsip pandangan hidup Islam dengan pengertiannya:
Thabat Luwes atau anjal iaitu boleh berubah mengikut
Murunah kesesuaian, namun masih tetap atas prinsip.
Rabbaniyyah
‘Alamiyyah Ketuhanan iaitu segala hukum, konsep,
prinsip, nilai dan peraturan dalam Islam adalah
bersumberkan wahyu Allah SWT.
Tetap dan teguh serta tidak berubah dari segi
dasar dan pelaksanaan.
4 Jelaskan tiga Prinsip Pandangan Hidup Islam.
5 Jelaskan dua bukti ajaran Islam bersifat ‘Alamiyyah.
Perasaan tidak puas hati dipercayai menjadi punca kes buli yang berlaku di sebuah sekolah
rendah yang rakaman videonya tular di laman-laman sosial.
6 Huraikan cara penyelesaian masalah di atas berdasarkan prinsip Waqi‘iyyah.
54
MANUSIA SEBAGAI
HAMBA DAN
KHALIFAH ALLAH SWT
Pelajaran 6 : Fitrah Kejadian Insan
Pelajaran 7 : Tanggungjawab Sebagai Hamba
dan Khalifah Allah SWT
Pelajaran 8 : Peranan Wahyu dan Akal
55
Pelajaran
6
Fitrah
Kejadian
Insan
Standard
Kandungan
• Memelihara tuntutan fitrah
kejadian insan dalam
pembentukan jati diri.
Standard
Pembelajaran
• Menyatakan maksud insan.
• Menerangkan proses kejadian
insan menurut al-Quran.
• Menjelaskan peringkat dan
hakikat sebenar alam yang
perlu dilalui oleh manusia
untuk menjadi insan kamil.
• Menghuraikan keistimewaan
insan yang dikurniakan akal
untuk membentuk jati diri.
• Menilai kepentingan
memelihara fitrah kejadian
insan sebagai hamba dan
khalifah Allah SWT.
• Mencadangkan tindakan yang
sesuai dilaksanakan untuk
mengembalikan manusia
kepada fitrahnya yang sebenar.
56
2.1.1 Maksud Insan
Insan ialah makhluk ciptaan Allah SWT yang dikurniakan akal dan ditugaskan untuk mengabdikan
diri kepada Allah SWT serta memakmurkan alam.
Allah SWT telah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian.
Allah SWT berfirman,
ﭽﭛﭜﭝﭞﭟﭠ ﭡ ﭼ
Ertinya: “Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dalam bentuk yang
sebaik-baiknya.”
(Surah al-Tin 95: 4)
Kronologi Kisah Penciptaan Nabi Adam a.s.
Manusia pertama yang diciptakan oleh Allah SWT ialah Adam a.s. Baginda
ialah Abu al-Basyar (bapa semua manusia). Allah SWT menciptakan
Adam a.s. dari segumpal tanah. (Surah Sad 38: 71)
Allah SWT memberitahu kepada para malaikat bahawa Dia akan
menciptakan manusia di muka bumi. Mendengar hal ini, malaikat bertanya
kepada Allah SWT tentang hikmah penciptaan manusia di muka bumi.
(Surah al-Baqarah 2: 30)
Setelah Adam a.s. diciptakan, Allah SWT memerintahkan para malaikat
dan jin untuk sujud memberikan penghormatan sebagai memuliakan
baginda a.s. (Surah al-Baqarah 2: 34)
Allah SWT mempersilakan Adam a.s. untuk tinggal di dalam syurga
bersama pasangan yang dijadikan untuknya iaitu Hawa. Kedua-duanya
dibenarkan untuk menikmati semua kenikmatan di dalam syurga, kecuali
memakan satu jenis buah. (Surah al-Baqarah 2: 35)
Iblis telah berasa iri hati dan dengki dengan kemuliaan yang dikurniakan Kisah
Nabi Adam a.s.
kepada Adam a.s. Dia telah ingkar dengan perintah Allah SWT dan meminta
57
terus hidup untuk menjerumuskan anak cucu Nabi Adam a.s. ke jalan yang
sesat dan merosakkan fitrah kejadian mereka. (Surah al-A‘raf 7: 12-17)
Fitrah Kejadian Insan 2.1.2 Proses Kejadian Insan Sperma lelaki dan ovum 1
perempuan bercantum dan
Proses kejadian insan menurut al-Quran adalah disenyawakan di dalam rahim
selari dengan kajian sains. perempuan (permanian).
Allah SWT berfirman, NUTFAH
ﭽﮕ ﮖ ﮗ ﮘ ﮙ ﮚ ﮛ (CONCENTRATION)
ﮜﮝﮞﮟﮠﮡﮢﮣ ‘IZAM dan LAHM 4
ﮤ ﮥﮦﮧﮨﮩ (EMBRIO)
ﮪﮫ ﮬﮭ Daging akan membaluti
tulang sehingga membentuk
ﮮﮯﮰﮱﯓﯔ lembaga manusia yang
sempurna fizikalnya.
ﯕﯖﯗﯘﯙﯚﯛ ﭼ
Ertinya: “Dan sesungguhnya Kami
telah menciptakan manusia daripada
pati (yang berasal) daripada tanah.
Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis)
air benih pada penetapan yang kukuh;
kemudian Kami ciptakan air benih itu
menjadi sebuku darah beku. Lalu Kami
ciptakan darah beku itu menjadi seketul
daging; kemudian Kami ciptakan daging
itu menjadi beberapa tulang; kemudian
Kami balut tulang-tulang itu dengan
daging. Setelah sempurna kejadian itu,
Kami bentuk dia menjadi makhluk yang
lain sifat keadaannya. Maka, nyatalah
kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-
baik Pencipta.”
(Surah al-Mu’minun 23: 12–14)
58
Percantuman Alaqah akan menjadi seketul
nutfah menjadi daging. Pada peringkat ini
segumpal darah. terbentuk tangan, kepala, kaki
dan tulang rusuk.
ALAQAH
2 MUDGHAH 3
(ZIGOT)
(EMBRIO)
JANIN 5 BAYI Proses
(FETUS) (INFANT) 6 Kejadian Insan
Tarikh capaian:
Dilahirkan ke dunia apabila 05 Mei 2019
cukup tempohnya.
Pada peringkat ini, Allah SWT
akan meniupkan roh ke
dalam tubuh janin yang
berumur empat bulan.
Nilai Penghayatan
1 Sentiasa mengingati asal usul kejadian agar sentiasa bersyukur.
2 Sentiasa menggunakan nikmat Allah SWT di jalan yang diredai.
59
2.1.3 Peringkat Alam yang Dilalui Manusia
Setiap manusia akan menempuh lima peringkat alam:
Fitrah Kejadian Insan 1 ALAM ROH 2 ALAM RAHIM 3 ALAM DUNIA
• Alam roh ialah alam • Merujuk kepada alam • Iaitu alam nyata yang kita
yang dirahsiakan ketika manusia dalam diami saat ini. Allah SWT
oleh Allah SWT. Roh kandungan ibunya. mencipta alam ini sebagai
bermaksud nyawa tempat untuk manusia
yang menyebabkan • Ditiupkan roh, beribadah dan menjadi
jasad hidup dan ditetapkan ajal, rezeki khalifah-Nya.
bergerak. dan amalannya.
• Alam sementara manusia diuji.
• Manusia berikrar
dan mengakui akan
keesaan Allah SWT.
4 ALAM BARZAKH/ALAM KUBUR 5 ALAM AKHIRAT
• Alam yang memisahkan antara alam • Alam akhirat ialah alam yang kekal
dunia dengan alam akhirat. Barzakh dan abadi setelah terjadi kiamat.
menjadi tempat persinggahan sementara Allah SWT memberikan balasan
menunggu hari kiamat sesudah kematian. kepada para hamba-Nya atas segala
amalan mereka selama di dunia.
• Soalan Munkar dan Nakir.
• Buku amalan, timbangan (al-Mizan),
• Nikmat dan seksaan kubur. titian sirat, syurga dan neraka.
Informasi Hikmah Beriman
dengan Perkara
ALAM MUSYAHADAH: Alam nyata yang dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akal
manusia tentang kewujudannya seperti manusia, haiwan dan tumbuhan. Ghaib
ALAM GHAIB: Alam yang tidak dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akal. Kewujudannya
hanya dapat diketahui dan diyakini daripada penjelasan al-Quran dan al-Sunnah seperti
alam barzakh, alam mahsyar, syurga dan neraka.
60
2.1.4 Keistimewaan Insan
Allah SWT berfirman,
ﭽﮏﮐ ﮑﮒﮓﮔﮕﮖﮗﮘﮙﮚ
ﮛﮜﮝﮞﮟﮠ ﭼ
Ertinya: “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami
telah memberi mereka menggunakan pelbagai kenderaan di daratan dan lautan
serta Kami telah memberikan rezeki kepada mereka daripada apa-apa yang
baik serta Kami telah utamakan mereka dengan selebih-lebihnya ke atas banyak
makhluk yang telah Kami ciptakan.”
(Surah al-Isra’ 17: 70)
1 4
Dikurniakan akal Dianugerahkan
fikiran. rasul sebagai
pembimbing.
Keistimewaan
Insan
2 3
Diberikan kitab Diberi
sebagai panduan. tanggungjawab
sebagai
khalifah.
61
2.1.5 Kepentingan Memelihara Fitrah Kejadian Insan
Fitrah Kejadian Insan Allah SWT berfirman,
ﭼ...ﭽﯭﯮﯯﯰﯱﯲﯳﯴﯵﯶﯷﯸﯹ ﯺﯻﯼ
Ertinya: “Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada
mereka (yang Musyrik) itu; siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu ia
hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya? Sudah tentu
mereka akan menjawab, Allah.”
(Surah al-‘Ankabut 29: 63)
2 1 5
Mengukuhkan Mendapat Dapat
keimanan dan keredaan dan memakmurkan
petunjuk Allah
menyemai bumi.
ketakwaan. SWT.
Kepentingan
Memelihara
Fitrah Kejadian
Insan
3 4
MMenegnuekriumhkaan MMeemnebreimntauk
kekiembaenanradnan kkeebheidnuapraann
damnemnyeenmolaik ydaanng mamenaonladkan
kheabramtiloanni.
kkeetbaaktwilana.n.
Manusia perlu memelihara fitrah
kejadian insan sebagai hamba dan
khalifah Allah SWT.
62
2.1.6 Tindakan untuk Memelihara Fitrah Kejadian Insan
Antara cara untuk memelihara fitrah kejadian insan sebagai hamba dan khalifah Allah SWT
termasuklah:
Saya akan menjaga sikap dan tingkah laku, memupuk akhlak
mulia dan menjaga kesucian diri.
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya berjayalah
orang yang menjaga fitrahnya (dengan iman dan amal kebajikan),
tetapi akan rugi orang yang mengotori fitrahnya sendiri (dengan
sebab kekotoran maksiat).” (Surah al-Syams 91: 9–10)
Saya akan berusaha untuk menjadikan keluarga saya keluarga
yang dibina atas ketakwaan dan kasih sayang agar kehidupan
kami tenteram.
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan bertakwalah kepada
Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-
Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat
kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi)
kamu.” (Surah al-Nisa’ 4: 1)
Saya akan mengambil berat, membantu dan membimbing rakan-
rakan supaya mereka sentiasa positif melakukan kebaikan.
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sebenarnya orang-orang
yang beriman itu adalah bersaudara.” (Surah al-Hujurat 49: 10)
Saya wajib melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab,
berlaku adil dan menjauhi kezaliman.
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyuruh
kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya
(yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum
antara manusia, hukumlah dengan adil.” (Surah al-Nisa’ 4: 58)
Nota Guru
Guru membimbing murid melaksanakan sumbang saran berkaitan cara memelihara fitrah kejadian
insan sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.
63
Fitrah Kejadian Insan Simulasi
Berdasarkan situasi berikut, nyatakan tindakan yang perlu diambil sebagai langkah
mengembalikan manusia kepada fitrah sebenar.
Situasi
Anda bersama rakan bermain bola sepak di padang. Sedang asyik bermain, azan
berkumandang menandakan masuk waktu Solat Asar.
Anda bercuti bersama keluarga di suatu pusat perkelahan. Apabila hendak
mendirikan khemah, didapati kawasan tersebut dipenuhi sampah sarap yang
ditinggalkan oleh pengunjung.
Jiran anda menghadapi kecemasan kerana anaknya dipatuk ular ketika anda
hendak ke sekolah.
Ketika menghadiri rumah terbuka rakan di hari raya, anda melihat ramai tidak
menutup aurat dengan sempurna.
Rakan-rakan sekelas anda sering menggunakan perkataan-perkataan kasar dan
kesat ketika berbicara.
Contoh
Situasi 1 Tindakan
Anda bersama rakan bermain bola sepak Saya akan berhenti bermain bola,
di padang. Sedang asyik bermain, azan kemudian mengajak rakan-rakan
berkumandang menandakan masuk waktu dengan berhemah agar mereka
solat asar. berhenti untuk menunaikan Solat
Asar secara berjemaah.
Nota Guru
Guru membimbing murid mencadangkan tindakan bagi mengembalikan manusia kepada fitrah
sebenar dalam pelbagai situasi kehidupan.
64
Aktiviti
1 Laksanakan aktiviti Team Word-Web tentang kisah Nabi Lut a.s. berkaitan Team Word-Web
perkara berikut:
a) Latar belakang Nabi Lut a.s.
b) Cabaran-cabaran yang diterima oleh Nabi Lut a.s. dalam berdakwah.
c) Kisah kaum Nabi Lut a.s. yang menyimpang daripada fitrah sebenar.
d) Faktor penolakan fitrah oleh kaumnya.
2 Laksanakan aktiviti pin-up dalam kumpulan, tindakan yang perlu dilakukan berdasarkan
perkara berikut:
a) Cara memelihara fitrah kejadian insan.
b) Sebab dan akibat penolakan memelihara fitrah kejadian insan.
3 Cipta sajak bertajuk “Insan”. Deklamasikan sajak tersebut di hadapan kelas.
4 Ateisme ialah fahaman yang menolak kewujudan tuhan dan amalan beragama.
Golongan ini mempunyai pengikut yang ramai sejak kebelakangan ini. Bincangkan
dalam kumpulan, mengapa golongan ini menolak fahaman beragama?
5 Bina peta pemikiran yang sesuai berkaitan kepentingan memelihara fitrah kejadian
insan sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.
6 Guru menguji kefahaman murid tentang Fitrah Kejadian Insan dengan
menjawab kuiz interaktif melalui aplikasi Kahoot. Sila imbas di sini.
65
Uji Diri
Jawab soalan-soalan berikut.
Fitrah Kejadian Insan 1 Berikut merupakan ciri-ciri keistimewaan manusia kecuali .
A mempunyai naluri untuk mencipta dan mendapatkan sesuatu.
B berkemampuan untuk memikirkan tentang zat-zat Allah SWT.
C mempunyai kekuatan akal untuk berfikir kebesaran Tuhan-Nya.
D berkemampuan untuk menerima amanah Allah SWT sebagai khalifah di muka bumi.
2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
i. Insan ialah makhluk Allah SWT.
ii. Menurut Islam, ketika janin berusia Allah SWT meniupkan roh ke
dalam jasad manusia.
iii. adalah unsur utama yang membezakan manusia dengan makhluk
lain ciptaan Allah SWT.
iv. Allah SWT menjadikan manusia sebagai atau pentadbir di atas
muka bumi.
v. Asal usul kejadian insan adalah bermula daripada penciptaan yang
berasal daripada tanah.
3 Apakah maksud insan?
4 Jelaskan tiga keistimewaan insan berbanding makhluk lain.
5 Nyatakan maksud Alam Roh dan Alam Barzakh.
6 Mahsyar ialah tempat perhimpunan agung bagi seluruh makhluk di akhirat setelah
dibangkitkan dari kubur. Sebagai seorang Muslim, apakah persediaan anda bagi menghadapi
keadaan semasa di Mahsyar?
Keyakinan terhadap al-Mizan boleh membentuk keperibadian
diri murid yang baik.
7 Berdasarkan penyataan di atas, berikan hujah anda.
66
Pelajaran
7
Tanggungjawab
Sebagai Hamba
dan Khalifah
Allah SWT
Standard
Kandungan
• Melaksanakan tanggungjawab
sebagai hamba dan khalifah
Allah SWT dalam kehidupan.
Standard
Pembelajaran
• Menyatakan konsep hamba
dan khalifah Allah SWT.
• Menjelaskan tanggungjawab
manusia sebagai hamba dan
khalifah Allah SWT.
• Menilai kepentingan
melaksanakan tanggungjawab
manusia sebagai hamba dan
khalifah Allah SWT.
• Mencadangkan tindakan yang
sesuai untuk menyempurnakan
tanggungjawab sebagai hamba
dan khalifah Allah SWT.
• Melaksanakan tanggungjawab
sebagai hamba dan khalifah
Allah SWT.
67
Tanggungjawab sebagai Hamba dan Khalifah Allah SWT 2.2.1 Konsep Hamba dan Khalifah Allah SWT
Maksud Hamba dan Khalifah
Hamba Khalifah
Manusia sebagai hamba Allah Manusia sebagai khalifah
SWT bermaksud manusia wajib Allah SWT bermaksud
mengabdikan diri hanya kepada
Allah SWT dengan mematuhi manusia wajib mentadbir dan
memakmurkan bumi selari
segala suruhan-Nya dan dengan kehendak syariat.
menjauhi segala larangan-Nya.
Hubungan Hamba dan Khalifah
1 Hakikat manusia sebagai hamba Allah
SWT bukanlah satu penghinaan sebaliknya
satu kemuliaan.
2 Keistimewaan manusia sebagai hamba
dan khalifah Allah SWT ialah anugerah
dan amanah yang tidak dimiliki oleh
makhluk lain.
3 Hubungan hamba dengan khalifah Allah SWT
dapat dijelmakan dengan konsep penyerahan
diri kepada Allah SWT dalam akidah, syariat
dan akhlak.
Nilai Penghayatan
Walaupun manusia sebagai khalifah di muka bumi, gelaran hamba sentiasa mengingatkannya
kepada Allah SWT Yang Maha Berkuasa.
68
TUJUAN PENCIPTAAN MANUSIA
Mengabdikan diri kepada Memakmurkan bumi Allah SWT
Allah SWT. berdasarkan syariat Allah SWT.
Allah SWT berfirman, Allah SWT berfirman,
ﭽﭳ ﭴﭵﭶ ﭽﰈﰉﰊ ﰋﰌ
ﭷﭸﭹﭼ ﰍﰎﰏﰐﰑ
Ertinya: “Dan(ingatlah)Aku ﭼ...ﰒ ﰓﰔﰕ
tidak menciptakan jin dan
manusia melainkan untuk Ertinya: “Dan Dialah yang menjadikan
mereka menyembah dan kamu khalifah di bumi dan
beribadat kepada-Ku.” meninggikan sesetengah kamu atas
sesetengahnya yang lain beberapa
(Surah al-Dzariyat 51: 56) darjat kerana Ia hendak menguji kamu
pada apa yang telah dikurniakan-Nya
kepada kamu ...”
(Surah al-An‘am 6: 165)
69
Tanggungjawab sebagai Hamba dan Khalifah Allah SWT 2.2.2 Tanggungjawab Manusia Sebagai Hamba dan
Khalifah Allah SWT
Allah dan Rasul Manusia Alam
1. Menyembah Allah SWT 1. Menjalinkan hubungan 1. Mentadbir dan
Yang Maha Esa tanpa silaturahim sesama memakmurkan alam
mensyirikkan-Nya. manusia. secara terancang.
2. Mematuhi segala 2. Memelihara hak 2. Menggunakan sumber
perintah Allah SWT serta sesama manusia seperti alam semula jadi secara
menjauhi larangan-Nya. memelihara hak jiran. bijaksana dan efektif.
3. Bersyukur atas nikmat 3. Mengamalkan nilai murni 3. Memelihara alam
Allah SWT dan sentiasa dalam masyarakat dengan daripada pencemaran
mengingati-Nya dengan konsep amar makruf nahi dengan tidak membuang
zikrullah. mungkar. sampah merata-rata.
4. Berselawat dan 4. Sentiasa hormat- 4. Menggiatkan usaha
meneladani sunnah menghormati sesama pemuliharaan alam bagi
Rasulullah SAW. masyarakat. menjaga kelangsungan
hidup flora dan fauna.
70
2.2.3 Kepentingan Melaksanakan Tanggungjawab Manusia
Sebagai Hamba dan Khalifah Allah SWT
1 Agama 2 Pendidikan
• Syariat dan undang-undang Islam • Melahirkan masyarakat madani
dapat dilaksanakan. yang bertakwa.
• Rakyat berpegang teguh dengan ajaran • Masyarakat mendapat pendidikan
agama Islam yang sebenar. rohani, fizikal, mental dan emosi
yang seimbang.
• Nilai murni dan akhlak mulia dapat
dihayati dan dipraktikkan oleh • Melahirkan tenaga pakar untuk
masyarakat. mentadbir dan memakmurkan alam ini.
3 Politik 4 Ekonomi
• Melahirkan pemimpin yang berintegriti. • Ekonomi maju dan pesat.
• Kestabilan politik terjamin dan • Pembangunan negara dapat dijalankan
melancarkan urusan pentadbiran negara. dengan lancar.
• Negara menjadi aman dan sejahtera. • Merapatkan jurang ekonomi dalam
kalangan masyarakat.
5 Sosial
• Perpaduan dapat dikekalkan.
• Masyarakat hidup dengan toleransi dan saling menghormati.
• Wujud keharmonian dalam masyarakat.
Nota Guru Glosari
Sumbang saran tentang tanggungjawab oleh Madani: Masyarakat dan generasi yang
murid sebagai hamba dan khalifah Allah SWT. maju dari segi pemikiran,
kerohanian dan kebendaan.
71
Tanggungjawab sebagai Hamba dan Khalifah Allah SWT Antara punca dan kesan pengabaian tanggungjawab oleh manusia sebagai hamba dan khalifah
Allah SWT termasuklah:
Punca Kesan
Syariat Islam tidak Berlaku keruntuhan
dilaksanakan. akhlak dan jenayah
berleluasa.
Mengabaikan Pengabaian Masyarakat akan
pendidikan. Tanggungjawab kekurangan ilmu
Kelemahan urusan Manusia dan jahil.
pentadbiran dan salah Sebagai Hamba
Hilang kepercayaan
guna kuasa. dan Khalifah kepada pemimpin
Allah SWT dan negara akan
Masyarakat bersikap
malas dan memilih mundur.
pekerjaan. Ekonomi tidak
membangun.
Hilang sikap hormat- Berlaku perpecahan
menghormati antara dan diskriminasi
masyarakat. dalam masyarakat.
72
2.2.4 Tindakan Sebagai Hamba dan Khalifah Allah SWT
Antara aktiviti yang sesuai untuk melaksanakan tindakan sebagai hamba dan khalifah
Allah SWT dalam kehidupan termasuklah:
Kempen Kitar Semula Bengkel Kemahiran dan Inovasi
• Membentuk diri supaya sentiasa • Menjana pemikiran kreatif dan kritis.
menjaga kebersihan. • Menggunakan akal dalam mencipta
• Memupuk masyarakat supaya sesuatu yang dapat dimanfaatkan oleh
mencintai dan menyayangi orang lain.
alam sekitar. • Memupuk persefahaman antara murid.
Kursus Kepimpinan Sekolah Kem Jati Diri
• Melatih diri menjadi pemimpin • Membentuk keyakinan diri dan
yang baik. kekuatan rohani.
• Mengamalkan “Amar Makruf • Memberi kesedaran tentang manusia
Nahi Mungkar”. sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.
Nota Guru
Guru meminta murid:
• Mencadangkan aktiviti lain yang boleh dilakukan oleh murid bagi melaksanakan tanggungjawab
sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.
• Menjelaskan kepentingan dalam aktiviti yang dijalankan oleh murid.
• Membincangkan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan aktiviti tersebut.
73
Tanggungjawab sebagai Hamba dan Khalifah Allah SWT Simulasi
Analisis situasi berikut dan bincangkan tindakan anda sebagai seorang hamba dan khalifah
Allah SWT di muka bumi.
Anda melihat kemalangan berlaku di
hadapan mata sewaktu pulang dari
sekolah.
Anda sering melihat rakan baik anda
dibuli oleh rakan-rakan lain.
Selaku Pengerusi Kelab Lestari Alam,
cadangkan tindakan penjagaan alam
sekitar di sekolah anda.
Anda merupakan pembantu jurulatih
kelab bola sepak di sekolah. Semasa
sesi latihan, beberapa orang ahli pasukan
meminta kebenaran anda untuk keluar
menunaikan solat.
Nota Guru Nilai Penghayatan
Guru meminta murid menyatakan tindakan Manusia memikul amanah yang paling besar
mereka untuk memelihara sistem sosial, sebagai hamba dan khalifah Allah SWT di muka
pendidikan serta ekonomi sebagai hamba dan bumi. Manusia akan dipertanggungjawabkan
khalifah Allah SWT. di hadapan Allah SWT jika mengabaikan tugas
kepimpinan ini.
74
2.2.5 Melaksanakan Tanggungjawab Sebagai
Hamba dan Khalifah Allah SWT
Lengkapkan senarai semak di bawah tentang pelaksanaan tanggungjawab sebagai hamba
dan khalifah Allah SWT yang telah berjaya anda laksanakan. Tandakan () pada ‘Ya’ atau ()
pada ‘Tidak’.
Bil. Penyataan Ya Tidak
1 Saya mendirikan solat pada awal waktu.
2 Saya mengurangkan penggunaan plastik untuk memelihara alam.
3 Saya berdoa dan berzikir setiap kali selepas solat.
4 Saya membantu jiran yang memerlukan bantuan.
5 Saya membakar sampah di tempat tertutup.
6 Saya meluahkan rasa tidak puas hati kepada orang lain di laman sosial.
7 Saya membuang sisa makanan ke dalam tong sampah.
8 Saya berbakti kepada tanah dengan menanam pokok.
9 Saya mengucapkan terima kasih jika mendapat hadiah.
10 Saya bersungguh-sungguh menuntut ilmu.
Skor Ya = 1 Tidak = 0
Markah 7 hingga 10: Tahniah! Anda seorang yang sentiasa melaksanakan
tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.
Markah 4 hingga 6: Anda perlu tingkatkan tanggungjawab sebagai hamba dan
khalifah Allah SWT.
Markah 0 hingga 3: Anda perlu berubah sikap untuk lebih bertanggungjawab sebagai
hamba dan khalifah Allah SWT.
Kongsi pengalaman usaha-usaha Apakah nasihat anda
yang pernah anda lakukan untuk kepada sahabat yang suka
melaksanakan tanggungjawab membuang masa melakukan
perkara yang tidak berfaedah?
sebagai hamba dan khalifah
Allah SWT.
Nota Guru
Guru menambah item senarai semak mengikut kesesuaian.
75
Tanggungjawab sebagai Hamba dan Khalifah Allah SWT Aktiviti
1 Dalam kumpulan, laksanakan sumbang saran berkaitan perkara berikut: Rush Idea
i. Perkara mungkar yang sering berlaku di kawasan tempat tinggal anda.
ii. Punca berlaku kemungkaran tersebut.
iii. Cara penyelesaian kemungkaran tersebut.
2 Hasilkan hiasan dinding menggunakan kaligrafi tulisan khat bertemakan:
i. Solat Tiang Agama.
ii. Cintai Sungai Kita.
iii. Amar Makruf Nahi Mungkar.
iv. Sayangi Nyawa Anda.
3 Berdasarkan gambar di bawah, laksanakan aktiviti Rush Idea untuk
menyenaraikan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.
i ii iii
iv v vi
76
Uji Diri
Jawab soalan-soalan berikut.
1 Perkara yang membezakan antara insan dengan haiwan ialah .
A hawa nafsu B berbudaya
C akal fikiran D berkeluarga
2 Pilih penyataan yang menunjukkan tanggungjawab insan terhadap alam.
I Menjaga habitat haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
II Memelihara dan memulihara alam daripada kerosakan.
III Melakukan pembakaran terbuka untuk membersihkan sampah.
IV Menggunakan nikmat pemberian Allah SWT dengan sebaik-baiknya.
A I, II dan III B I, II dan IV
C I, III dan IV D II, III dan IV
3 Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
i. Sebagai manusia, kita dikehendaki kepada Allah SWT sebagai tanda
bersyukur.
ii. Saling menghormati dan bertoleransi adalah tanggungjawab manusia kepada
.
iii. Kita hendaklah merenung dan berfikir kejadian insan sebagai bukti
Allah SWT.
iv. Insan ialah makhluk berbudaya dan yang sentiasa meningkatkan taraf hidup.
4 Nyatakan dua tanggungjawab manusia terhadap Allah SWT.
5 Terangkan dua akibat sekiranya manusia mengabaikan tanggungjawab terhadap alam.
STATISTIK PENDAFTARAN PERCERAIAN Sumber:
MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA 2013-2017 http://www.data.gov.my/
data/ms_MY/dataset/
2013: 49 728 statistik-pendaftaran-
2014: 54 113 perceraian-mahkamah-
2015: 58 704 syariah-seluruh-malaysia/
2016: 61 094
2017: 60 088
6 Berdasarkan statistik di atas, kes penceraian pasangan suami isteri di negara ini semakin
meningkat. Pada pendapat anda, bagaimanakah konsep hamba dan khalifah dapat
mengatasi masalah ini?
77
Pelajaran
8
Peranan
Wahyu dan
Akal
Standard
Kandungan
• Menggunakan wahyu dan
akal sebagai panduan
untuk menyempurnakan
tanggungjawab sebagai hamba
dan khalifah Allah SWT.
Standard
Pembelajaran
• Menyatakan pengertian
wahyu dan akal.
• Menerangkan fungsi wahyu
dan akal dalam kehidupan
manusia.
• Menjelaskan kedudukan
wahyu dan akal dalam
menyempurnakan
tanggungjawab.
• Menghuraikan perkara
dan tindakan yang boleh
merosakkan akal.
• Menilai kepentingan
berpegang dengan wahyu
dalam memelihara akal.
• Menyelaraskan peranan
antara wahyu dan akal
untuk menyempurnakan
tanggungjawab sebagai
hamba dan khalifah.
78
2.3.1 Pengertian Wahyu dan Akal
Wahyu Akal
Pengertian Pengertian
Kalam Allah SWT yang disampaikan kepada Keupayaan berfikir yang dikurniakan
para nabi dan rasul melalui perantaraan oleh Allah SWT kepada manusia untuk
malaikat Jibrail a.s. atau terus daripada membezakannya dengan haiwan.
Allah SWT.
Ciri-ciri Ciri-ciri
• DatangdaripadaAllahSWT yangkebenarannya • Anugerah paling istimewa yang
adalah mutlak. dikurniakan oleh Allah SWT kepada
manusia untuk berfikir.
• Diturunkan kepada nabi dan rasul sahaja,
bukan kepada orang awam. • Akal membezakan manusia dengan
haiwan.
• Penurunan wahyu adalah melalui perantaraan
malaikat Jibrail a.s., mimpi yang benar, suara • Akal tidak mampu memikirkan perkara
di sebalik tabir atau Allah SWT mengilhamkan ghaib.
ke dalam hati Rasulullah SAW.
• Akal sentiasa berubah dan berkembang.
• Kesuciannya terpelihara sehingga hari kiamat.
• Wahyu terhenti dan tidak diturunkan selepas
kewafatan Rasulullah SAW.
Dalil Dalil
Firman Allah SWT: Firman Allah SWT:
ﭽﮗﮘﮙﮚ ﮛﮜ ﮝﮞ ﭼ ﭽﮗﮘﮙﮚﮛﮜﮝ ﮞﮟ ﭼ
Ertinya: “Sesungguhnya Kamilah yang Ertinya: “Sesungguhnya Kami telah jelaskan
menurunkan al-Dzikr (wahyu al-Quran) dan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika
Kamilah yang akan menjaganya.” kamu mahu berfikir.”
(Surah al-Hijr 15: 9) (Surah Ali ‘Imran 3: 118)
79
2.3.2 Fungsi Wahyu dan Akal
Peranan Wahyu dan Akal Fungsi Wahyu
Terhadap Akidah Terhadap Ibadah Terhadap Akhlak
Panduan dan pedoman bagi Sebagai sumber utama Panduan dalam
akidah yang sahih. syariat Islam. pembentukan akhlak
mulia.
Memperbaiki dan Membimbing dan
membetulkan akidah membetulkan tatacara Menetapkan hukum-
manusia. beribadat. hukum praktis yang
berkaitan dengan akhlak.
Menerang dan menjelaskan Ganjaran dan balasan
perkara ghaib seperti beribadah ditetapkan Membimbing masyarakat
syurga, neraka dan oleh wahyu. untuk berinteraksi antara
titian sirat. satu sama lain.
Keistimewaan al-Quran Informasi
• Kandungan al-Quran benar dan tidak ada Anatomi al-Quran:
keraguan. • 114 Surah
• 30 Juzuk
• Kandungan dan hukum al-Quran kekal • 6 236 Ayat
sehingga hari kiamat. • Jumlah surah Makkiah
• Panduan al-Quran meliputi pelbagai aspek adalah sebanyak 86.
seperti akidah, ibadah, akhlak dan lain-lain. • Jumlah surah Madaniah
• Membaca dan mendengar al-Quran dikira adalah sebanyak 28.
sebagai ibadah dan mendapat pahala.
Nilai Penghayatan
• Sentiasa bersyukur kepada Allah
SWT yang telah mengurniakan
wahyu dan akal.
80
Fungsi Akal
Memahami Memahami dan Memahami dan
hakikat memikirkan membuktikan
wahyu firman kebenaran Islam.
kebesaran dan Allah SWT.
kekuasaan 3
Allah SWT. 2
1
Mempelajari Membezakan Memikirkan
cara-cara untuk antara perkara kejadian makhluk
mendekat diri dan kebenaran (hak)
beribadat kepada dengan perkara dan alam.
kesesatan (batil).
Allah SWT. 6
5
4 Wahyu dan
Akal
Tarikh capaian:
25 Jun 2019
Interaksi
Secara berkumpulan, bincangkan kelebihan berfikir bagi seorang pelajar.
81
Peranan Wahyu dan Akal 2.3.3 Kedudukan Wahyu dan Akal
Islam meletakkan wahyu dan akal di kedudukan yang sama penting. Wahyu
memandu akal dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah
Allah SWT.
Kedudukan Wahyu
Wahyu merupakan sumber dan panduan kepada setiap manusia.
Menjadi rujukan utama dalam menentukan hukum-hakam.
Sebagai pemisah antara hak dengan batil.
Pemikiran yang bertentangan dengan wahyu dianggap salah dan sesat.
Sebagai petunjuk mutlak yang tidak terpengaruh dengan suasana
ataupun peristiwa.
Kedudukan Akal
Kurniaan Allah SWT yang paling istimewa kepada manusia.
Membantu memahami kandungan wahyu.
Menjadi syarat dalam mempelajari ilmu.
Menjadi syarat penerimaan taklif Syariat Islamiah bagi manusia yang sempurna akal.
Mempunyai keterbatasan untuk menjelaskan sesuatu seperti perkara ghaib.
82
2.3.4 Perkara yang Merosakkan Akal
Penyalahgunaan bahan terlarang
seperti dadah dan syabu.
Gejala negatif dan maksiat
seperti membaca atau
menonton bahan-bahan lucah.
Mengambil makanan dan
minuman yang memabukkan serta
merosakkan akal seperti arak.
Memikirkan perkara di luar
kemampuan akal seperti
memikirkan tentang zat Allah SWT.
Nota Guru Interaksi
Guru berbincang dengan pelajar tentang Pilih satu daripada tajuk berita di atas dan cari
perkara lain yang merosakkan akal dan maklumat tentang badan kerajaan atau badan
cara mengatasinya. bukan kerajaan yang boleh membantu mereka
mengatasi masalah yang dihadapi.
83
Peranan Wahyu dan Akal 2.3.5 Kepentingan Wahyu dalam Memelihara Akal
Akal perlu dibimbing oleh wahyu kerana kemampuan akal terbatas dan terdedah kepada
kesilapan. Antara kepentingan wahyu dalam memelihara akal termasuklah:
• Wahyu memerintahkan 1
manusia menggunakan akal
sepenuhnya. • Wahyu membimbing akal
2 dalam memelihara kebenaran
• Wahyu memastikan kesahihan
ibadah yang dilaksanakan oleh akidah dan iman.
manusia.
3
• Wahyu memelihara akal
supaya berfikir dan bertindak • Wahyu mempengaruhi akal
secara logik serta selari dengan 4 untuk menghasilkan kemuliaan
tuntutan syarak.
akhlak dan tingkah laku.
Contoh
Saranan Wahyu 5
Memelihara 6 • Wahyu melarang perkara yang
Akal merosakkan akal seperti arak.
Nilai Penghayatan
• Sentiasa membaca, memahami dan beramal dengan wahyu Allah SWT.
• Sentiasa bertindak berpandukan al-Quran dan timbang tara akal dengan bijak.
84
2.3.6 Keselarasan Wahyu (al-Quran) dan Akal 2
Situasi 1 Aktiviti seks songsang
bertentangan dengan tuntutan
1
wahyu (al-Quran). Perkara
Mengapa gejala seks ini telah terbukti membawa
songsang ditegah dalam penyakit dan meruntuhkan nilai
Islam sedangkan perkara
tersebut merupakan hak akhlak dan moral.
kebebasan individu?
4 3
Tepat sekali. Allah SWT berfirman yang Kebebasan itu mestilah
bermaksud, “Dan kalaulah kebenaran dihadkan supaya tidak
membawa mudarat.
itu tunduk mengikut nafsu mereka,
nescaya rosak binasalah langit dan 2 Walaupun menguntungkan,
namun riba menzalimi orang
bumi, serta segala yang ada.” lain. Wahyu melarang kita
(Surah al-Mu’minun 23: 17) melakukan kezaliman di
muka bumi.
Situasi 2
1 Mengapa riba diharamkan
dalam Islam sedangkan perkara
tersebut menguntungkan?
3 Bagus Laila. Itulah perbezaan
antara akal yang terpandu oleh
wahyu dengan akal yang hanya
mementingkan keuntungan
semata-mata.
Nota Guru
Guru membimbing murid mencadangkan tindakan lain bagi menyelesaikan masalah yang berbeza
berpandukan wahyu dan akal.
85
Aktiviti
1 Lakarkan peta buih tentang perbezaan antara ciri wahyu dengan akal.
Peranan Wahyu dan Akal 2 Laksanakan aktiviti Rotating Review untuk membincangkan peranan Rotating Review
wahyu dalam memelihara akal berserta contoh.
3 Jalankan aktiviti permainan Stesen Minda Akhirat. Sila imbas di sini. Aktiviti Stesen
Minda Akhirat
4 Cari maklumat melalui Internet tentang akal dan wahyu dari perspektif Islam.
5 Ciptakan slogan bagi menyedarkan masyarakat tentang kepentingan memelihara akal.
6 Sumbang saran dalam kumpulan membincangkan tentang punca kerosakan akal dan
cara mengatasinya. Kemudian bentangkan di hadapan kelas.
7 Guru menguji kefahaman murid tentang Peranan Wahyu dan Akal dengan
menjawab kuiz interaktif melalui aplikasi Kahoot. Sila imbas di sini.
Uji Diri
Jawab soalan-soalan berikut. .
1 Berikut adalah ciri-ciri wahyu kecuali
A wahyu diturunkan kepada semua manusia
B kandungan wahyu terpelihara sehingga hari kiamat
C kebenaran wahyu adalah mutlak
D wahyu tidak diturunkan selepas kewafatan Rasullah SAW
86
2 Akal fikiran sangat memerlukan bimbingan wahyu untuk .
I mengetahui hukum-hakam syariat Islam
II memikirkan zat dan hakikat Allah SWT
III memikirkan hakikat pahala dan dosa
IV mengetahui perkara-perkara ghaib B I, II dan IV
A I, II dan III D II, III dan IV
C I, III dan IV
3 Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
i. Malaikat menyampaikan wahyu Allah SWT kepada para nabi dan rasul.
ii. Fungsi akal adalah dapat membezakan antara perkara dengan perkara
kesesatan.
iii. Apabila manusia menyalahgunakan , mereka akan menjadi hina dan
tarafnya lebih hina daripada haiwan.
4 Tuliskan istilah yang bersesuaian di dalam ruangan yang disediakan.
i. Kemampuan berfikir yang dikurniakan Allah SWT kepada manusia
untuk membezakannya dengan haiwan atau makhluk lain.
ii. Ilham atau perintah daripada Allah SWT yang disampaikan kepada
para nabi dan rasul melalui perantaraan malaikat Jibrail a.s. atau
secara terus daripada Allah SWT.
5 Tandakan () pada penyataan yang betul dan tandakan () pada penyataan yang salah.
i. Akal ialah alat yang berfungsi untuk berfikir.
ii. Akal dianugerahkan kepada semua makhluk.
iii. Wahyu masih diturunkan lagi selepas kewafatan Rasulullah SAW.
iv. Wahyu kekal sehingga hari kiamat.
6 Terangkan dua peranan akal dalam kehidupan manusia.
Arak diharamkan oleh syarak kerana ia merosakkan akal.
7 Mengapakah masih ada segelintir masyarakat masih melakukan amalan yang tidak sihat
ini. Bagaimanakah cara anda untuk mengatasi masalah ini?
87
SISTEM SOSIAL
ISLAM
Pelajaran 9 : Asas Sistem Sosial Islam
Pelajaran 10 : Sistem Kekeluargaan Menurut Islam
Pelajaran 11 : Prinsip Pergaulan Menurut Islam
Pelajaran 12 : Hiburan Menurut Islam
Pelajaran 13 : Kesenian Menurut Islam
88
Pelajaran
9
Asas Sistem
Sosial Islam
Standard
Kandungan
• Mengamalkan adab dan
etika berasaskan Sistem
Sosial Islam.
Standard
Pembelajaran
• Menyatakan konsep Sistem
Sosial Islam.
• Menerangkan adab dan etika
berdasarkan Sistem Sosial
Islam.
• Menghurai dan mengaplikasi
hak asasi manusia sebagai
adab dan etika berdasarkan
Sistem Sosial Islam.
• Menilai keistimewaan Sistem
Sosial Islam dan kepentingan
melaksanakannya dalam
kehidupan.
• Mencadangkan tindakan yang
sesuai dilaksanakan bagi
merealisasikan Sistem Sosial
Islam dalam kehidupan.
89
3.1.1 Konsep Sistem Sosial Islam
Sistem Sosial Islam ialah sistem yang mengawal dan memberi panduan berkaitan cara manusia
berhubung antara satu sama lain.
Asas Sistem Sosial Islam Al-Quran Kalam Allah SWT yang diturunkan melalui malaikat
Jibrail a.s. kepada Rasulullah SAW untuk diamalkan
dan disampaikan kepada umat manusia.
Sumber Al-Sunnah Segala perkara yang disandarkan kepada Nabi
Utama Al-Ijmak Muhammad SAW dari segi perkataan, perbuatan,
Sistem pengakuan, sifat fizikal atau akhlak.
Sosial
Islam Kesepakatan para ulama mengenai sesuatu hukum
syarak berasaskan al-Quran dan al-Sunnah selepas
kewafatan Rasulullah SAW.
Al-Qias Menyamakan sesuatu hukum yang tiada nasnya
dengan sesuatu hukum yang ada nasnya disebabkan
adanya persamaan illah (sebab) hukum.
Allah SWT berfirman,
ﭽﭵﭶﭷ ﭸﭹﭺﭻﭼ ﭽﭾﭿﮀﮁ ﮂﮃ
ﮄﮅﮆﮇﮈ ﮉﮊﮋﭼ
Ertinya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada
lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku
puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara
kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,
lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)”.
(Surah al-Hujurat 49: 13)
Matlamat • Mendapatkan keredaaan Allah SWT.
sistem
sosial • Melaksanakan tugas sebagai khalifah untuk mentadbir dan
Islam memakmurkan alam.
90 • Melaksanakan hak dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.
• Mencapai kesejahteraan dan keharmonian hidup di dunia dan akhirat.
3.1.2 Adab dan Etika Berdasarkan Sistem Sosial Islam
1 Menghormati 5
kepelbagaian
Berpandukan budaya dan adat
al-Quran dan resam.
al-Sunnah.
2 Adab dan Mengamalkan
Etika akhlak mulia pada
Perhubungan atas setiap masa.
dasar iman dan takwa
kepada Allah SWT. 4
3 Mengutamakan
kepentingan
umum berbanding
kepentingan individu.
Interaksi Glosari
Berdasarkan Sistem Sosial Islam, murid Adab: Tingkah laku sopan, berbudi
membincangkan secara berkumpulan tentang bahasa, pekerti yang halus dan
sifat-sifat mahmudah dalam pergaulan. mulia.
Pengenalan Etika: Prinsip moral atau nilai-nilai
Sistem Sosial akhlak yang menjadi pegangan
seseorang individu atau sesuatu
Islam kumpulan manusia.
Tarikh capaian:
28 Januari 2019
91
3.1.3 Hak Asasi Manusia
Asas Sistem Sosial Islam Islam amat mementingkan aspek hak asasi manusia. Hak asasi manusia ialah hak-hak asas
yang diperlukan oleh setiap manusia untuk menjalani kehidupan dengan sejahtera. Antara hak
asasi manusia yang dijamin oleh Islam termasuklah:
1 Kebebasan Beragama 2 Kebebasan Bersuara
• Islam tidak memaksa orang bukan Islam • Islam menjamin kebebasan bersuara bagi
untuk menganuti agama Islam. Penganutan mengemukakan pendapat masing-masing.
agama Islam adalah berdasarkan kerelaan
hati setiap individu tersebut. • Islam mengharamkan perbuatan yang boleh
merosakkan perpaduan masyarakat seperti
• Islam memberi kebebasan kepada menyebarkan fitnah dan mengadu domba.
penganut agama lain untuk mengamalkan
agama mereka.
3 Perlindungan Nyawa 4 Kehormatan Diri
• Islam meletakkan nyawa manusia sebagai • Islam mewajibkan manusia memelihara
sesuatu yang sangat berharga. kehormatan diri agar tidak dipandang hina
oleh orang lain.
• Pelaksanaan undang-undang Islam
bertujuan menegakkan keadilan dan • Masyarakat Islam perlu menghindar
melindungi nyawa manusia. perbuatan yang boleh mencemarkan
maruah diri seperti zina, pergaulan bebas
5 Pemilikan Harta dan sebagainya.
6 Keamanan dan Keselamatan
• Islam menganjurkan agar manusia berusaha • Islam menjamin keamanan dan kesejahteraan
meningkatkan taraf hidup dan mencari rezeki
secara halal. dalam kehidupan manusia.
• Harta yang diperoleh hendaklah digunakan • Keselamatan dan kebebasan Hukum
untuk menyara keperluan hidup seharian dan Jenayah Islam
membantu golongan yang memerlukan.
golongan bukan Islam turut Tarikh capaian:
14 Mei 2019
terjamin jika mereka tinggal
dalam negara Islam.
Interaksi
Secara berkumpulan, kumpulkan maklumat dari Internet tentang Hukum Jenayah Islam. Bentangkan
hasil dapatan anda.
92