3.1.4 Keistimewaan Sistem Sosial Islam
1 Bersumberkan al-Quran 2aBle-rSsuunmnabherkAMasanesnaijlaM-gQaaunHuraasnkia&
dan al-Sunnah
• Menjamin hak asasi manusia meliputi hak untuk
• aMnetnajraalinmkaaBannle-uprSsesuirauhnumnbbaeburnhetgerakranasndkaaannl-pQpeuargnraaduunlaa&nn hidup, persamaan darjat, hak untuk mendapat
keadilan, pemilikan harta dan kebebasan
wahyu dan peraturan yang ditetapkan oleh mengamalkan ajaran agama masing-masing.
Allah SWT.
• Merealisasikan keadilan sosial kepada seluruh
• Pembentukan dan pentadbiran masyarakat ahli masyarakat berteraskan kepada prinsip
bersumberkan kepada prinsip akidah, syariah keadilan dalam Islam.
dan akhlak.
• Menyemai sikap saling memahami antara
• Bermatlamat untuk mencapai kesejahteraan ahli masyarakat.
dan keharmonian hidup di dunia dan akhirat.
Menjadikan keluarga Membangunkan modal
3 sebagai asas 4 insan yang berilmu dan
masyarakat sejahtera berakhlak mulia
• Mewujudkan individu yang berkualiti, • Mementingkan penguasaan ilmu pengetahuan
berperilaku mulia dan berakhlak dan memberikan peluang untuk mendapatkan
terpuji melalui pendidikan dan asuhan pendidikan kepada seluruh ahli masyarakat.
dalam keluarga.
• Menitikberatkan pemupukan akhlak mulia
• Melahirkan anggota masyarakat yang yang dapat melahirkan perpaduan, kasih
bertakwa yang sentiasa menyeru kepada sayang dan perasaan hormat-menghormati
kebaikan dan mencegah kemungkaran. dalam masyarakat.
• Keharmonian institusi kekeluargaan • Melahirkan individu yang terdidik dengan
merupakan asas kepada kesejahteraan ilmu pengetahuan dan akhlak mulia sebagai
masyarakat dan negara. modal insan yang dapat menjalankan
amanah untuk membangunkan negara pada
masa akan datang.
Interaksi
Secara berkumpulan, hasilkan peta pemikiran tentang perbezaan Sistem Sosial Islam dengan
Sistem Sosial Bukan Islam.
93
Kepentingan Sistem Sosial Islam
Asas Sistem Sosial Islam 1 Agama 2 Politik 3 Ekonomi
• Melahirkan • Menjamin kestabilan • Menegakkan
masyarakat yang politik. keadilan ekonomi
mentaati perintah dalam masyarakat
Allah SWT dalam • Memastikan berdasarkan kepada
kehidupan. pemerintahan sistem jual beli dan
dilaksanakan dengan mengharamkan riba.
adil dan amanah.
• Memberi kebebasan
kepada semua pihak
berusaha mencari
harta dan memiliki
kekayaan secara halal.
4 Pendidikan 5 Perpaduan
• Membangunkan • Mewujudkan masyarakat
sistem pendidikan yang saling hormat-
holistik yang meliputi menghormati antara satu
ilmu fardu ain dan sama lain.
fardu kifayah.
Interaksi
Secara berkumpulan, teliti maklumat mengenai kepentingan Sistem Sosial Islam kemudian laksanakan
aktiviti Hot Seat tentang implikasi jika Sistem Sosial Islam tidak dilaksanakan dalam kehidupan seharian.
94
3.1.5 Merealisasikan Sistem Sosial Islam
dalam Kehidupan
Antara tindakan yang sesuai bagi merealisasikan Sistem Sosial Islam dalam kehidupan
termasuklah:
Gotong-royong Program RIMUP
(Rancangan Integrasi
Murid untuk
Perpaduan)
• Membantu masyarakat setempat • Menjalinkan hubungan baik antara murid
membersihkan persekitaran kawasan daripada pelbagai kaum.
perumahan.
• Mewujudkan persefahaman antara murid
• Memupuk semangat perpaduan dalam berbilang bangsa dan agama.
kalangan masyarakat.
• Melahirkan perasaan saling menghormati
• Mewujudkan suasana saling membantu perbezaan dan menghargai antara satu
untuk kebaikan bersama. sama lain.
Sukaneka Nota Guru
• Memupuk perpaduan dalam Guru meminta murid:
masyarakat. • Mencadangkan aktiviti lain yang
• Mewujudkan semangat bekerjasama boleh dilakukan oleh murid untuk
dalam kumpulan. merealisasikan Sistem Sosial Islam.
• Menjelaskan penghayatan ciri-ciri
• Menjalinkan perasaan muhibah antara Sistem Sosial Islam dalam aktiviti yang
peserta yang terlibat. dijalankan oleh murid.
• Membincangkan cabaran yang dihadapi
dalam pelaksanaan aktiviti tersebut.
95
Simulasi
Berdasarkan situasi berikut, nyatakan tindakan yang perlu diambil sebagai langkah merealisasikan
adab dan etika berasaskan Sistem Sosial Islam.
Asas Sistem Sosial Islam 12
Terdapat seorang wanita Ketika berjalan di sebuah
yang mengemis sambil pasar raya, anda terlihat
mendukung anak kecil di sekumpulan sukarelawan
tepi jalan sekitar kawasan sedang mengadakan kempen
kediaman anda. derma darah.
3 4
Rakan anda tidak dapat Bapa saudara anda telah
membeli makanan mengalami kemalangan,
disebabkan masalah namun anda tidak dapat
kewangan keluarganya. menziarahinya kerana
kekangan masa.
5 6
Jiran anda amat Sudah dua tahun abang
memerlukan wang untuk anda tidak pulang ke
merawat anaknya yang
rumah kerana berselisih
sakit tenat di hospital. faham dengan ayah.
Contoh Tindakan yang Sepatutnya Kepentingan
Situasi Saya Lakukan
Memupuk amalan bersedekah
Saya membantunya dengan dan tolong-menolong antara
1 memberikan keperluan asas dan satu sama lain.
membawanya ke pihak berwajib.
Nota Guru
Minta murid memberikan situasi lain yang berlaku dalam masyarakat berdasarkan pengalaman
mereka dalam bentuk perbincangan.
96
Aktiviti Round Table
1 Laksanakan aktiviti Round Table untuk membincangkan cara anda
beradab dengan jiran yang berlainan agama di tempat anda.
2 Secara berkumpulan, hasilkan peta pemikiran berkaitan adab dan etika dalam Sistem
Sosial Islam.
3 Dengan melayari laman sesawang SUHAKAM, kenal pasti hak asasi manusia. SUHAKAM
Tarikh capaian:
25 November 2018
4 Hasilkan infografik secara berkumpulan tentang peranan Sistem Sosial Islam dalam
memupuk perpaduan antara masyarakat.
5 Laksanakan satu aktiviti kebajikan di sekolah anda secara berkumpulan kemudian
sediakan laporan bertulis dan kaitkannya dengan pelaksanaan Sistem Sosial Islam
dalam kehidupan.
6 Bina peta buih untuk menerangkan keistimewaan Sistem Sosial Islam yang direalisasikan
melalui ibadah zakat.
7 Selesaikan cari kata di bawah.
KHAL I F AHONE TA 1 Antara faktor penting dalam sistem
sosial Islam.
E S D A N K R N ME S T O 2 Peranan manusia dalam
RF AI TOL E RANSI memakmurkan alam.
3 Hubungan antara manusia.
J ABAEABE RI L DU 4 Tingkah laku yang sopan.
A Q B N R S K R A MP UT 5 Bertolak ansur dalam hubungan
sesama manusia.
S K I R A D R WMH N B A 6 Hasil keimanan yang mendalam.
ABE CKP AUAT I UT 7 Manusia yang tinggal berdekatan
antara satu sama lain.
MB E B S UN G GUN GJ 8 Masyarakat pelbagai kaum.
A N UA I Y MA K I T E F 9 Sistem akhlak dan perilaku manusia.
10 Perbuatan baik kepada manusia lain.
L D Z N A R I J I K MA H Takwa Adab Kerjasama
Jiran Toleransi Khalifah
I I GH K T A H A X Y MD Majmuk Interaksi
Budi
F E R H K A N L Q MP S V Etika
97
Uji Diri
Jawab soalan-soalan berikut.
Asas Sistem Sosial Islam 1 Berikut adalah sumber Sistem Sosial Islam kecuali .
A al-Quran B al-Sunnah
C qias D qisas
2 Berikut adalah kepentingan Sistem Sosial Islam kecuali .
A memberi kebebasan mencari harta
B memastikan keseimbangan rohani dan jasmani
C menyeru anggota masyarakat ke arah kebaikan
D mengukuhkan semangat perkauman
3 Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
ijmak interaksi toleransi politik keluarga qias
i. Tujuan Sistem Sosial Islam adalah untuk mewujudkan yang harmoni dalam
kehidupan manusia.
ii. bermaksud kesepakatan para mujtahid daripada kaum Muslimin dalam
suatu masa atas hukum syarak.
iii. Penghayatan prinsip penting bagi mewujudkan perpaduan dalam
masyarakat majmuk.
iv. Institusi merupakan unit asas dalam pembentukan masyarakat
dan negara.
4 Huraikan tiga kepentingan Sistem Sosial Islam.
5 Jelaskan tiga keistimewaan Sistem Sosial Islam.
6 Berdasarkan gambar di atas, huraikan tindakan anda untuk merealisasikan keadilan sosial
dalam membantu golongan tersebut.
98
Pelajaran
10
Sistem
Kekeluargaan
Menurut Islam
Standard
Kandungan
• Mengamalkan Sistem
Kekeluargaan Islam dalam
kehidupan.
Standard
Pembelajaran
• Menyatakan konsep
kekeluargaan Islam.
• Menjelaskan peranan ahli
keluarga dalam Sistem
Kekeluargaan Islam.
• Menilai kepentingan
membina keluarga
berasaskan tuntutan syarak.
• Mencadangkan tindakan
yang sesuai dilakukan
untuk membina keluarga
berasaskan tuntutan syarak.
• Melaksanakan
tanggungjawab sebagai ahli
keluarga berasaskan Sistem
Kekeluargaan Islam.
99
Sistem Kekeluargaan Menurut Islam 3.2.1 Konsep Kekeluargaan Islam
Keluarga ialah unit sosial yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau
pengambilan anak angkat. Keluarga asas terdiri daripada suami, isteri dan anak-anak.
Allah SWT berfirman,
ﭽﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ
ﮕﮖﮗ ﮘﮙﮚﮛﮜ ﮝﮞﭼ
Ertinya: “Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya,
bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu
sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya
antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya
yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan bagi orang yang berfikir. ”
(Surah al-Rum 30: 21)
Ciri-ciri Kekeluargaan Islam
1 Dibina berdasarkan ketaatan kepada Allah SWT.
2 Sentiasa mengamalkan akhlak mulia dan Informasi
contoh teladan yang baik.
Rukun Nikah:
3 Melaksanakan peranan dan tanggungjawab • Suami
• Isteri
masing-masing. • Dua orang saksi
• Wali
4 Sentiasa berkomunikasi secara positif. • Akad (ijab dan kabul)
5 Sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain.
100
Melahirkan generasi Menjaga kehormatan
yang bertakwa kepada manusia.
Allah SWT. 7
1 Melaksanakan
tanggungjawab
Membentuk 2 Matlamat 6 manusia sebagai
kesempurnaan Institusi 5
akhlak mulia. Kekeluargaan hamba dan
khalifah.
Islam
Menjamin
3 4 keutuhan sosial
dan ekonomi.
Memastikan
kelangsungan zuriat
manusia melalui
ikatan pernikahan
yang sah.
Dapat melaksanakan
ajaran Islam dalam
semua aspek
kehidupan.
101
Sistem Kekeluargaan Menurut Islam 3.2.2 Peranan Ahli Keluarga Peranan Ahli Keluarga
SUAMI ISTERI
• Berperanan sebagai pemimpin keluarga. • Taat kepada suami dalam
• Memastikan setiap ahli keluarga hal-hal yang tidak bertentangan
dengan perintah Allah SWT.
mentaati perintah Allah SWT dan
menjauhi larangan-Nya. • Menjaga rahsia rumah tangga.
• Menyediakan keperluan asas seperti • Mengurus hal ehwal rumah
makanan, minuman, pakaian dan
tempat tinggal. tangga seperti menjaga harta
• Melindungi ahli keluarga. suami dengan baik.
• Memberi pendidikan yang sempurna • Membantu suami dalam
kepada ahli keluarga. mendidik anak-anak.
• Berlaku adil jika berpoligami.
Peranan Bersama Suami
dan Isteri
• Memelihara dan mendidik anak dengan baik.
• Menghubungkan silaturahim antara kedua-dua belah keluarga.
• Menunaikan hak kepada pasangan.
• Memberikan layanan mesra dan menghormati antara satu sama lain.
• Nasihat-menasihati ke arah kebaikan.
• Mengamalkan akhlak mulia dan bersopan dalam pergaulan sesama ahli keluarga.
• Memelihara kehormatan diri dan maruah.
• Membantu melengkapkan antara satu sama lain.
• Menjaga keterampilan dan kebersihan diri.
102
ANAK Informasi
• Mematuhi ajaran agama. Allah SWT berfirman yang bermaksud,
• Menjauhi perbuatan mungkar. “Lelaki (suami) itu pemimpin bagi perempuan
(isteri) kerana Allah telah melebihkan
• Mematuhi nasihat daripada ibu bapa. sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian
yang lain (perempuan) dan kerana mereka
• Menghormati ibu bapa. (lelaki) telah memberikan nafkah daripada
hartanya ...”
• Berbakti kepada ibu bapa.
(Surah al-Nisa’ 4: 34)
• Berkomunikasi dengan sopan.
• Membantu ibu bapa di rumah.
• M e n j a g a m a r u a h i b u b a p a d a n
keluarga.
• Menghormati rakan kedua-dua ibu
bapa.
• Mendoakan ibu bapa ketika masih hidup
atau telah meninggal dunia.
Sabda Rasulullah SAW:
. َوَأ َنا َخ ْي ُرُك ْم ِ َل ْهِلي،َخ ْي ُرُك ْم َخ ْي ُرُك ْم ِ َل ْهِل ِه
Ertinya: “Sebaik-baik kamu adalah sebaik-baik kamu terhadap keluargamu
dan aku adalah terbaik daripada kamu terhadap keluargaku.”
(Riwayat Ibnu Majah)
103
3.2.3 Kepentingan Pembinaan Keluarga
Sistem Kekeluargaan Menurut Islam Memenuhi naluri semula jadi manusia
untuk hidup berpasangan berdasarkan 1
lunas syarak.
2 Mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
Memelihara diri daripada maksiat 3
dan penyakit.
Membina ahli keluarga yang terdidik
Membentuk masyarakat yang 4 dengan nilai-nilai Islam.
bertamadun berteraskan syariat Islam.
5
Menjalinkan cinta dan kasih sayang
berlandaskan peraturan syariat. 6 Memastikan kelangsungan zuriat
manusia melalui ikatan pernikahan
7 yang sah.
Interaksi Nilai Penghayatan
Melalui aktiviti Role Play, kumpulan anda Firman Allah SWT yang bermaksud,
dikehendaki melakonkan sketsa sebuah
keluarga bahagia dengan memainkan “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan
peranan masing-masing selaku ayah, ibu makhluk-makhluk semuanya berpasangan;
dan anak. sama ada daripada yang ditumbuhkan
oleh bumi atau daripada diri mereka
Role Play ataupun daripada apa yang mereka tidak
mengetahuinya.”
104
(Surah Yasin 36: 36)
3.2.4 Pembinaan Keluarga Islam
Antara tindakan yang sesuai bagi merealisasikan pembinaan keluarga Islam termasuklah:
Solat berjemaah Makan bersama
• Dapat mengeratkan hubungan • Menikmati hidangan bersama-sama antara
kekeluargaan dan hubungan dengan cara kita bersyukur kepada Allah SWT terhadap
Allah SWT. rezeki yang dikurniakan.
• Melalui solat berjemaah, ahli keluarga • Waktu makan antara waktu yang paling sesuai
juga dapat berdoa bersama-sama, untuk berkumpul dan berbual santai.
bersalaman dan bermaafan.
Meraikan Kejayaan
Beriadah dan berekreasi
• Dapat meluangkan masa yang berkualiti • Mengeratkan hubungan dan kasih sayang
bersama-sama. antara ahli keluarga.
• Ahli keluarga perlu sihat tubuh badan dan • Membantu meningkatkan kepekaan dan
fikiran bagi menjayakan segala aktiviti kemampuan sosial ibu bapa dan anak.
dalam kehidupan seharian.
Nota Guru
Guru meminta murid:
• Mencadangkan tindakan lain yang sesuai dilakukan untuk membina keluarga berasaskan
tuntutan syarak.
• Menjelaskan penghayatan ciri-ciri Sistem Kekeluargaan Menurut Islam dalam tindakan yang
dicadangkan oleh murid.
• Membincangkan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan aktiviti tersebut.
105
Sistem Kekeluargaan Menurut Islam Simulasi
Analisis situasi berikut dan bincangkan tindakan yang sesuai bagi mewujudkan
keharmonian keluarga:
1 Imbammbuyiemteakinnhyiybatynea.ezyrnratiWtagnatigiiaaadiaklnkaakatkmtuinivvmiekitbtineeiragstmieageikrdblasauaeiemtmhnbraaumaarttknkaekaaannennnpdrnyauadyanknia.aai, 2 pmipSbaaoueddnfnaiyaygasauemwrtugieaasempkmpthiuneautrrajnulabinmaepggelaimaamnauigbnnm.gagdecNumiaa.kbmbeaudnukatnuui,
3 Encik Jamal menghadapi 4 Mddkaaeuntrsuatknmanafyeasanaddktiamiitnp.agasgtuakblkeardintiakeabhsaorhasapmwitaaal
masalah kesihatan dan tidak
dapat bekerja. Isterinya juga
tidak bekerja. Apakah yang
mereka perlu lakukan?
5 JmsAdaapienalaannmhktauabfhahailnhotytailinaemnd.hgaSaJgkaenaanrtlnainnraygbahaem?nbrgeserarpleamekkraaluu. 6 SabhydeaairlktkyeiabgrneagrndagradelnimekheteAihrrz.iw.riMalaemureepkruuanpsdaeakrliaanmng
Interaksi
Secara berkumpulan, hasilkan poster bertemakan kekeluargaan kemudian bentangkan poster
tersebut di hadapan kelas.
106
3.2.5 Pelaksanaan Tanggungjawab Ahli Keluarga
Bagi memastikan pelaksanaan tanggungjawab ahli keluarga, murid diminta mengisi senarai
semak berikut. Tandakan () pada skala yang sesuai dengan diri anda.
Skala
Bil. Penyataan 2 10
1 Saya mematuhi ajaran agama.
2 Saya menjauhi perbuatan mungkar.
3 Saya mematuhi nasihat daripada ibu bapa.
4 Saya menghormati ibu bapa.
5 Saya berbakti kepada ibu bapa.
6 Saya berkomunikasi dengan sopan.
7 Saya membantu ibu bapa di rumah.
8 Saya menjaga maruah ibu bapa dan keluarga.
9 Saya menghormati rakan kedua-dua ibu bapa.
10 Saya mendoakan ibu bapa ketika masih hidup atau telah
meninggal dunia.
Sentiasa Skala Tidak Pernah
(2 markah) (0 markah)
Kadang-kadang
(1 markah)
Skor Anda telah melaksanakan tanggungjawab Nota Guru
kekeluargaan Islam dengan baik. Teruskan
Markah 16 usaha! Guru membimbing
hingga 20: murid melaksanakan
Anda perlu meningkatkan kefahaman tanggungjawab sebagai ahli
Markah 6 prinsip kekeluargaan dalam Islam. keluarga berasaskan Sistem
hingga 15: Kekeluargaan Islam.
Anda perlu lebih banyak berusaha
Markah 0 mendalami dan menghayati prinsip
hingga 5: kekeluargaan dalam Islam.
107
Sistem Kekeluargaan Menurut Islam Aktiviti Round Robin
1 Laksanakan aktiviti Round Robin secara berkumpulan tentang cara anda
menjalankan aktiviti bagi mengeratkan ikatan kekeluargaan bersama-
sama keluarga dan bentangkan hasil dapatan kajian di hadapan kelas.
2 Cari maklumat melalui Internet secara berkumpulan berkaitan cara untuk mengukuhkan
institusi kekeluargaan Islam dan lakarkan dalam bentuk peta pemikiran yang sesuai.
3 Laksanakan aktiviti sumbang saran tindakan yang perlu dilakukan apabila berlakunya
situasi berikut dalam sesebuah keluarga:
i. Perbalahan antara adik-beradik.
ii. Adik-beradik yang leka bermain telefon pintar masing-masing.
4 Tuliskan catatan harian mengenai pelaksanaan tanggungjawab anda sebagai
seorang anak.
5 Bincangkan secara berkumpulan, apakah faktor-faktor yang menyebabkan keruntuhan
rumah tangga?
6 Lengkapkan peta pemikiran di bawah.
Sebab Akibat
Anak menghantar
ibu bapa ke rumah
orang tua
7 Guru menguji kefahaman murid tentang Sistem Kekeluargaan Menurut
Islam dengan menjawab kuiz interaktif melalui aplikasi Kahoot. Sila imbas
di sini.
108
Uji Diri
Jawab soalan-soalan berikut.
1 Manakah antara berikut merupakan konsep kekeluargaan Islam?
A Perkahwinan bertujuan untuk memiliki harta.
B Perkahwinan atas dasar ketaatan kepada Allah SWT.
C Mengeratkan hubungan percintaan sebelum berkahwin.
D Menyamaratakan taraf kedudukan antara suami dengan isteri.
2 Berikut merupakan kepentingan menunaikan tanggungjawab antara suami dengan isteri
kecuali .
A memastikan keharmonian keluarga
B mewujudkan ketaatan isteri kepada suami
C memberi kebebasan kepada isteri untuk mencari nafkah
D melaksanakan keadilan kepada suami, isteri dan anak-anak
3 Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
i. Perkahwinan merupakan Rasulullah SAW.
ii. Institusi kekeluargaan Islam dibina atas dasar kepada Allah SWT.
iii. kepada ibu bapa merupakan antara tanggungjawab anak ketika ibu
bapa sudah tua dan uzur.
4 Huraikan dua tanggungjawab suami (bapa) bagi mengelakkan masalah sosial dalam
kalangan ahli keluarganya.
5 Jelaskan tiga kepentingan perkahwinan dalam Islam.
6 Berdasarkan gambar di atas, bagaimanakah cara anda dapat merealisasikan slogan
“Rumahku Syurgaku”?
109
Pelajaran
11
Prinsip
Pergaulan
Menurut Islam
Standard
Kandungan
• Mengamalkan prinsip
pergaulan Islam dalam
kehidupan.
Standard
Pembelajaran
• Menyatakan konsep
pergaulan dalam Islam.
• Menjelaskan adab pergaulan
dalam Islam.
• Menghuraikan sifat
mahmudah dalam
pergaulan Islam.
• Menilai kepentingan
mengamalkan prinsip-
prinsip pergaulan menurut
hukum syarak.
• Melaksanakan prinsip
pergaulan Islam dalam
kehidupan sebagai usaha
untuk membentuk ummah
sejahtera.
110
3.3.1 Konsep Pergaulan dalam Islam
Pergaulan dalam Islam pula merujuk kepada komunikasi antara seorang individu dengan individu
lain berteraskan syariat Islam.
Allah SWT berfirman,
ﭼ...ﭽﭵﭶﭷ ﭸﭹﭺﭻﭼ ﭽﭾﭿ
Ertinya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan
kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu
berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan
(dan beramah mesra antara satu dengan yang lain) ...”
(Surah al-Hujurat 49: 13)
Islam menggalakkan pergaulan yang memberikan manfaat kepada umatnya. Kita wajib
mengambil kira batas-batas mahram, jantina dan juga jenis aktiviti yang dijalankan dalam
pergaulan. Islam tidak melarang pergaulan antara lelaki dengan perempuan asalkan mengikut
prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh syarak.
Asas Pergaulan
Saling Mengenali Saling Memahami Saling Bekerjasama
(Ta‘aruf) (Tafahum) (Ta‘awun)
• Memberi salam ketika • Bersikap lapang dada dan • Saling tolong-
bertemu. pemaaf. menolong ke arah
kebaikan.
• Mengenal latar • Saling nasihat-menasihati.
belakang antara satu • Prihatin antara satu
sama lain. • Menjauhi sikap adu domba sama lain.
(namimah).
• Berkomunikasi dengan • Menghulurkan
sopan. bantuan kepada
golongan yang
memerlukan.
111
Prinsip Pergaulan Menurut Islam Allah SWT berfirman,
ﭼ...ﭽﯭﯮﯯﯰﯱﯲﯳ ﯴﯵ ﯶﯷ
Ertinya: “Hendaklah kamu tolong-menolong dalam perkara
kebaikan dan ketakwaan dan janganlah pula kamu
tolong-menolong dalam perkara yang mendatangkan
dosa dan permusuhan ...”
(Surah al-Ma’idah 5: 2)
Bermatlamatkan Mengutamakan keamanan
keimanan. dan keharmonian.
1 6
Berlandaskan Prinsip Bekerjasama dalam
syariat Islam. 2 Pergaulan 5 perkara kebaikan dan
mencegah kejahatan.
3 4
Memberikan panduan Menghormati antara satu
berinteraksi sesama manusia sama lain.
berdasarkan ajaran Islam.
Nilai Penghayatan
Pandangan Sayyid Qutb:
“Terdapat tiga perkara penting yang menjadi asas keadilan sosial iaitu kebebasan jiwa, kesamarataan
kemanusiaan dan jaminan sosial yang kukuh”.
112
3.3.2 Adab Pergaulan dalam Islam
Islam menggalakkan umatnya agar sentiasa mengamalkan akhlak mulia dalam pergaulan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Janganlah kamu berhasad dengki, tipu-menipu, benci-membenci, berpaling
muka, dan janganlah (berebut) membeli atau menjual (barang) yang sedang
dibeli atau dijual oleh orang lain. Dan jadilah engkau sekalian hamba Allah SWT
yang bersaudara. Seseorang Muslim itu adalah saudara bagi Muslim yang lain
dan tidak boleh menzaliminya …”
(Riwayat Muslim)
1 6
Menjaga tutur kata Menjaga batasan
supaya tidak menyakiti aurat.
hati orang lain.
Berlaku adil dan Adab Menjaga batasan 5
Pergaulan pergaulan antara
2 ihsan terhadap dalam Islam
semua manusia. lelaki dengan
perempuan.
Menghormati dan Bersangka baik.
tidak menghina
4
orang lain.
3
113
3.3.3 Sifat Mahmudah dalam Pergaulan
Prinsip Pergaulan Menurut Islam Apakah maksud sifat Sifat mahmudah dalam
mahmudah dalam pergaulan ialah sifat terpuji
pergaulan? yang diamalkan oleh seseorang
individu semasa berinteraksi
dengan orang lain.
Contoh Sifat Mahmudah dalam Pergaulan
1 Ikhlas 2 Benar 3 Amanah
Melakukan sesuatu Bersikap benar dalam Melaksanakan tanggungjawab
kebaikan semata-mata percakapan, perbuatan dan mengikut prosedur serta tidak
kerana Allah SWT. niat di dalam hati. mempunyai kepentingan
peribadi.
5 Sopan 6 Menghormati 7 Bersangka
baik
Beradab sopan dan berbudi Mengamalkan sikap
bahasa dalam pergaulan menghormati terhadap Berfikiran positif terhadap
dengan semua pihak. ahli keluarga, kenalan dan semua pihak.
juga antara sesama ahli
masyarakat.
114
Rasulullah SAW bersabda, Bekerjasama dalam menuntut ilmu.
“Tidak beriman seseorang daripada
kamu sehinggalah dia mengasihi Informasi
saudaranya sebagaimana dia Cara-cara Memupuk Sifat Mahmudah:
mengasihi dirinya sendiri.” • Mempelajari ilmu yang benar.
• Dilatih dan dipupuk sejak kecil.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim) • Mempraktikkan sifat mahmudah
4 Penyayang dalam pergaulan sesama manusia.
• Menggalakkan kesediaan setiap
Saling menyayangi antara
sesama ahli masyarakat. individu untuk sentiasa mengamalkan
nilai-nilai Islam.
8 Bekerjasama • Membudayakan sifat mahmudah
pada seluruh lapisan masyarakat.
Melakukan sesuatu Contoh Akhlak Mahmudah
secara bersama-sama dan Rasulullah SAW:
melakukan yang terbaik Akhlak Mahmudah
untuk mencapai kejayaan. Rasulullah SAW
Interaksi
Secara berkumpulan, hasilkan sketsa tentang
sifat mahmudah dalam pergaulan.
115
3.3.4 Kepentingan Prinsip Pergaulan Islam
Prinsip Pergaulan Menurut Islam Memelihara mmsmheaaametMursmmbyesaaamoarnhnmabtaiku,emaasnatlaitanudylitiannkaan.gnrag Melahirkan manusia
kesucian dan yang bertakwa,
maruah umat Islam. istiqamah dan
berdisiplin.
Mengukuhkan Mewujudkan
institusi masyarakat yang
perkahwinan. bersatu padu.
mMeydelaanirkAngiulgdhlkaaidnahridnmipSapaWuredkrkTraak.anai ra kadlbakaeennrrgMlumeanlneuatnuakmghsseaaaialsnadtykaaaskeklraaachmnkalaarakt. mpMeeernlmaykabulaaanhntiefyiratarnsagh.
Interaksi Four Corners
Lakukan akiviti Four Corners berkaitan kepentingan mengamalkan prinsip pergaulan
menurut hukum syarak.
116
3.3.5 Pelaksanaan Prinsip Pergaulan Islam
KES BSTUATAISNTGIKBAYI 1 Berdasarkan statistik di sebelah, murid
berbincang secara berkumpulan dan
JUMLAH KES 2011-2016 membuat peta pemikiran yang sesuai
di Malaysia tentang:
TAHUN JUMLAH Punca Kesan Cara
mengatasi
2013 98
2014 103
2015 111
2016 115
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
2 Lengkapkan senarai semak di bawah tentang pelaksanaan prinsip pergaulan Islam yang
telah berjaya anda laksanakan. Tandakan () pada ‘Ya’ atau () pada ‘Tidak’.
Bil. Penyataan Ya Tidak
1 Saya sentiasa mencari peluang untuk membantu rakan-rakan.
2 Saya menggunakan perkataan yang berhemah apabila berinteraksi dengan orang
yang lebih tua.
3 Saya mengucapkan terima kasih apabila menerima bantuan.
4 Saya bersedia memaafkan orang lain apabila mereka meminta maaf.
5 Saya gemar melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong.
6 Saya segera melaporkan kejadian yang mencurigakan kepada ibu bapa atau jiran.
7 Saya memberi tumpuan semasa berbual dengan orang lain.
8 Saya memberikan tempat duduk kepada orang tua dan wanita mengandung
ketika menaiki perkhidmatan awam.
9 Saya mengambil makanan secara sederhana dalam sesuatu jamuan makan agar
tidak membazir.
10 Saya beratur untuk mendapatkan sesuatu perkhidmatan di kaunter.
Skor Ya = 1 Tidak = 0 Nota Guru
Markah 7 Syabas, anda melaksanakan Prinsip Pergaulan Guru membimbing murid
hingga 10: Islam dengan baik! menghayati dan melaksanakan
Markah 4 Anda perlu meningkatkan usaha untuk prinsip pergaulan Islam dalam
hingga 6: melaksanakan Prinsip Pergaulan Islam. membendung pergaulan bebas.
Markah 0 Ayuh berusaha lebih gigih untuk melaksanakan
hingga 3: Prinsip Pergaulan Islam.
117
Aktiviti
Prinsip Pergaulan Menurut Islam Round Table
1 Kes pecah rumah sering berlaku di kawasan tempat tinggal anda. Melalui
kaedah Round Table, bincangkan secara berkumpulan tindakan yang perlu
dilakukan bagi menangani masalah tersebut.
2 Secara berkumpulan, hasilkan Pelan Perancangan Projek Kejiranan untuk Projek Perpaduan
Masyarakat
meningkatkan ilmu dan kesedaran tentang kepentingan mengamalkan sifat
mahmudah dalam pergaulan masyarakat.
3 Berdasarkan rajah di bawah, laksanakan aktiviti Windows Pane tentang Windows Pane
tindakan memupuk amalan hormat-menghormati yang semakin terhakis
dalam kalangan masyarakat.
a Bersahabat Amalan d Beriadah
b Bermuamalat Hormat- e Bekerja
menghormati
c Belajar f Memandu
4 Berdasarkan situasi di bawah, bincangkan adab pergaulan Islam yang perlu Expert Group
diterapkan melalui aktiviti Expert Group.
i ii iii iv v
Antara kaum Antara Antara
Antara lelaki ibu bapa Antara jiran
dengan dengan dengan golongan tetangga
agama yang muda dengan
perempuan anak-anak
berbeza tua
5 Laksanakan aktiviti pertandingan pidato yang bertajuk “Kepentingan Prinsip Pergaulan Islam”.
6 Secara berkumpulan, hasilkan infografik tentang Prinsip Pergaulan Islam dan bentangkan
di dalam kelas.
118
Uji Diri
Jawab soalan-soalan berikut.
1 Ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh umat Islam dalam pergaulan dengan masyarakat berbilang
kaum ialah .
A akhlak mulia B penguatkuasaan undang-undang
C mengasingkan diri D beragama
2 Berdasarkan Sistem Sosial Islam, prinsip pergaulan dalam sebuah masyarakat majmuk
perlulah berdasarkan kepada .
A salasilah keturunan B persaingan ekonomi
C kepentingan peribadi D prinsip hormat-menghormati
3 Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
i. Sifat merupakan sifat terpuji dalam akhlak seseorang semasa berinteraksi
dengan orang lain.
ii. Antara sifat mahmudah dalam pergaulan ialah membantu rakan yang
susah tanpa mengharapkan balasan daripadanya.
iii. Istilah merupakan satu konsep pergaulan Islam yang bermaksud saling
bekerjasama.
iv. merujuk kepada pelaksanaan tanggungjawab mengikut prosedur serta
tidak mempunyai kepentingan peribadi.
4 Huraikan tiga adab pergaulan dalam keluarga menurut perspektif Islam.
5 Jelaskan kepentingan sifat mahmudah dalam kehidupan bermasyarakat berserta contoh
yang sesuai.
“Akhlak merupakan cerminan hati budi
yang tertanam dalam diri seseorang.”
6 Berdasarkan penyataan di atas, berikan hujah anda bagaimana penyataan tersebut
dapat dicapai?
119
Pelajaran
12
Hiburan
Menurut Islam
Standard
Kandungan
• Melaksanakan adab dan
etika berhibur menurut
Islam untuk diamalkan
dalam kehidupan.
Standard
Pembelajaran
• Menyatakan konsep hiburan
menurut Islam.
• Menjelas dan
melaksanakan adab dan
etika berhibur menurut
Islam dalam kehidupan.
• Menilai kepentingan
mengamalkan adab dan
etika berhibur menurut
Islam dalam kehidupan.
• Mencadangkan tindakan
yang boleh dilakukan
semasa berhibur menurut
Islam dalam kehidupan.
• Mengamalkan adab
berhibur yang bertepatan
dengan perspektif Islam.
120
3.4.1 Konsep Hiburan Menurut Islam
Hiburan dalam Islam merujuk kepada sesuatu perkara yang dapat menghiburkan dan
menggembirakan hati seseorang yang selari dengan kehendak syarak.
Diriwayatkan daripada Aisyah r.ha. katanya,
“Aku telah diziarahi oleh Abu Bakar r.a. di rumahku. Ketika itu di sampingku
ada dua orang gadis hamba daripada golongan Ansar sedang mendendangkan
syair golongan Ansar pada hari Bu‘aths. Aishah r.ha. berkata, ‘Sebenarnya
mereka berdua bukanlah penyanyi.’ Abu Bakar r.a. berkata, ‘Patutkah ada
nyanyian syaitan di rumah Rasulullah SAW dan pada hari raya pula?’ Lalu,
Rasulullah SAW bersabda, ‘Wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kaum itu
mempunyai hari raya dan ini ialah hari raya kita!’”
(Riwayat Ibn Majah)
Konsep Hiburan dalam Islam Manfaat Hiburan
1 Bertujuan mengagungkan
Allah SWT dan mendidik jiwa.
2 Berhibur selari dengan
kehendak syariat.
3
Meliputi aspek iman dan akhlak.
4
Hiburan sebagai memenuhi
tuntutan fitrah manusia.
5 Membangunkan potensi umat
Islam dalam seni hiburan.
121
3.4.2 Adab dan Etika dalam Berhibur Menurut Islam
Adab dan Etika Hiburan
Hiburan Dalam Islam Hiburan yang boleh meningkatkan Menghasilkan karya hiburan
keimanan. yang asli.
Hiburan yang tidak bercanggah Berhibur secara sederhana dan tidak
dengan syarak. melampaui batas.
Hiburan yang berteraskan nilai Tiada unsur yang merosakkan
akhlak Islam. akidah dan maksiat.
Sentiasa memelihara ibadah wajib Tidak mengganggu atau
ketika berhibur. menzalimi orang lain.
3.4.3 Kepentingan Adab dan Etika Berhibur Menurut Islam
1 4
Meningkatkan Menghasilkan hiburan yang
keimanan dan selari dengan nilai akhlak Islam.
ketakwaan kepada
Allah SWT.
Kepentingan 3
Adab dan Etika
Menjaga jiwa dan
Hiburan maruah diri.
2 Hindari Hiburan
Melampau
Mengetahui batasan manusia
dalam berhibur.
122
3.4.4 Hiburan dalam Kehidupan
Firdaus dilantik sebagai pengelola Konsert Amal dan diminta untuk menyediakan garis
panduan yang perlu dipatuhi semasa penganjuran program tersebut. Antara garis panduan
yang telah ditetapkan termasuklah:
1 Bertujuan untuk perkara kebaikan.
2 Betulkan niat mengadakan program untuk
mendapatkan keredaan Allah SWT.
3 Program hendaklah mendapat kelulusan
daripada pihak berkuasa.
4 Memakai pakaian yang sopan dan menutup
aurat.
5 Tiada pergaulan bebas antara lelaki dengan
perempuan.
6 Lirik lagu yang tidak bercanggah dengan
hukum syarak.
7 Gaya persembahan yang tidak mengundang
maksiat.
8 Menghormati waktu solat.
9 Amanah terhadap wang yang dikumpulkan
daripada program tersebut.
10 Memastikan kemudahan awam mencukupi
untuk keselesaan hadirin.
Nota Guru
Guru membimbing murid melaksanakan sumbang saran tentang pelbagai situasi hiburan masa kini dan
tindakan yang sesuai mengikut syarak.
123
Hiburan Dalam Islam Simulasi
Analisis situasi berikut dan bincangkan tindakan yang perlu dilakukan berdasarkan adab
dan etika berhibur dalam Islam.
Situasi 1
Rakan anda mengajak anda
ke pusat karaoke.
Situasi 3 Situasi 2
Anda menghadiri majlis Anda bersama-sama rakan
perkahwinan jiran anda. sedang bermain game di
Muzik yang dipasang terlalu kafe siber. Azan maghrib
kuat sehingga mengganggu berkumandang.
ketenteraman.
Situasi 4
Situasi 5 Siti seorang penulis lirik
Sarah meminati seni tarian sejak yang berbakat. Lirik lagu
kecil. Apabila meningkat remaja, ibu bertemakan cinta menjadi
Sarah tidak membenarkan beliau kegemarannya.
terlibat dalam seni tarian lagi.
124
3.4.5 Aplikasi Hiburan sebagai Ibadah
Lengkapkan senarai semak di bawah tentang aplikasi hiburan sebagai ibadah dalam kehidupan
yang telah berjaya anda laksanakan. Tandakan () pada penyataan yang anda setuju atau ()
pada tidak setuju.
1 Saya menyukai dendangan nasyid yang meningkatkan
kSSeaiamyyaaamntaeindn.agkhinsduakrai lamguenyagnhgadmireinkgoanndseurntgihuibnsuurar nlucyaahn.g
2
3
45671890 dSmSmSmpiSaaaSSaSekteeyayekaaeyleaanrayantyylagsieayyagaldvtaaaeaveeiegutmthiirgtmksiinetalidetayahragmepiaaimeindanaanrkmnpana.dragbm.ernakaserhemryehumzbsebana.bkeeaneagnaemkmsrtkiseirkbakmabbkutueniaiaaokkterptichnankaanamaanugrykmnapmmsueaseisrenleiaaetaarnybamjnmlnbaaagaidalnakgyagahaqayuikahiinainnbdnalihguhgaueansi.mbnrnakam.auglat-anueQradnatnnuiybnmurayepaItbanneunenedgntptrreyueiguaaamrkmnnunsbsehrpgeouaeniutsdbrtlgakiiuusasaaanemrilpnan.a.mdarnIksuabpaldsnaianlaagmasnit.i
Skor Setuju = 1 Tidak Setuju = 0
Markah 7 hingga 10: Syabas, anda mengaplikasikan hiburan sebagai ibadah!
Markah 4 hingga 6:
Anda perlu meningkatkan usaha untuk mengaplikasikan
Markah 0 hingga 3: hiburan sebagai ibadah.
Ayuh berusaha lebih gigih untuk untuk mengaplikasikan
hiburan sebagai ibadah.
Nota Guru
• Guru membimbing murid untuk mengamalkan adab dan etika berhibur menurut Islam.
125
Aktiviti
Hiburan Dalam Islam 1 Berikut merupakan jenis-jenis hiburan dalam masyarakat. Bincangkan dalam kumpulan
tentang adab dan etika berhibur serta bentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.
Bermain permainan
komputer
Mendengar radio Mendengar muzik
Membaca novel Jenis-jenis Menonton televisyen
Bersukan Hiburan Menonton filem
Tarian Alunan zikir
Menyanyi Nasyid
2 Murid mencari satu klip video berkaitan hiburan di Internet dan beri ulasan terhadap klip
video tersebut.
3 Dengan menggunakan infografik yang sesuai, huraikan hiburan yang digemari oleh
golongan remaja masa ini dan pandangan Islam mengenainya.
4 Bincangkan bagaimana menjadikan hiburan sebagai ibadah dalam kehidupan remaja
Muslim. Bentangkannya di hadapan kelas.
5 Dengan menggunakan kaedah Personal Learning Experiences, kongsikan Personal Learning
pengalaman menghadiri program hiburan berunsurkan Islam kepada rakan Experiences
sekelas anda.
6 Tulis sebuah lirik lagu bertemakan ketuhanan berdasarkan irama lagu yang Lagu Rakyat
berjudul “Keagungan Tuhan” dan persembahkannya secara berkumpulan Tarikh capaian:
di hadapan kelas melalui irama lagu rakyat yang anda tahu.
05 Jun 2019
126
Uji Diri
Jawab soalan-soalan berikut.
1 Berikut merupakan konsep hiburan dalam Islam kecuali .
A bertujuan mendidik jiwa B menghasilkan ketenangan sanubari
C memenuhi tuntutan fitrah D melayan hawa nafsu
2 Apakah kepentingan menghayati adab semasa berhibur?
A Menjaga maruah diri B Kebebasan berhibur sesuka hati
C Hiburan untuk memenuhi masa lapang D Mengutamakan keseronokan berhibur
3 Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
i. Islam membenarkan manusia berhibur asalkan hiburan tersebut tidak melanggar batas
.
ii. Antara manfaat hiburan dalam Islam adalah agar manusia dapat fikiran.
iii. Hiburan tanpa batasan akan merosakkan dan menjerumuskan manusia
ke lembah maksiat.
iv. Adab yang perlu dihayati apabila terdapat lelaki dan perempuan dalam sesuatu majlis
ialah berpakaian menutup .
4 Senaraikan tiga contoh hiburan yang diharuskan dalam Islam.
5 Huraikan tiga adab dan etika berhibur dalam Islam.
6 Jelaskan tiga cara mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan hiburan yang
melalaikan.
“Terdapat segelintir remaja yang gemar mengunjungi
pusat-pusat hiburan yang menyajikan hiburan berbentuk
nyanyian, tarian, muzik yang kuat dan pergaulan bebas
untuk mencari ketenangan jiwa.”
7 Berikan pandangan anda kenapa perkara tersebut berlaku?
127
Pelajaran
13
Kesenian
Menurut Islam
Standard
Kandungan
• Melaksanakan adab dan
etika kesenian menurut
Islam untuk diamalkan
dalam kehidupan.
Standard
Pembelajaran
• Menyatakan konsep kesenian
menurut Islam.
• Menjelas dan melaksanakan
adab dan etika kesenian
menurut Islam dalam
kehidupan.
• Menilai kepentingan
mengamalkan adab dan
etika kesenian menurut Islam
dalam kehidupan.
• Mencadangkan adab dan
etika kesenian menurut Islam
dalam kehidupan.
• Mengamalkan adab dan etika
kesenian yang bertepatan
dengan perspektif Islam.
128
3.5.1 Konsep Kesenian Islam
Kesenian Islam bermaksud aktiviti seni atau hasil karya yang dicipta dengan menggunakan
bakat dan kreativiti manusia bagi menzahirkan keindahan dan kehalusan yang menepati syarak.
Terdapat banyak ayat al-Quran yang menceritakan keagungan seni ciptaan Allah SWT
pada alam ini. Antaranya:
Allah SWT berfirman,
ﭽﮁﮂﮃﮄﮅﮆﮇﮈ ﮉﮊﮋﮌ
ﭼ...ﮍﮎﮏﮐﮑ ﮒﮓﮔ
Ertinya: “Bahkan siapakah yang telah mencipta langit dan bumi dan
menurunkan hujan dari langit bagi kamu? Lalu Kami tumbuhkan dengan
air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang subur menghijau) dengan indahnya,
yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya...”
(Surah al-Naml 27: 60)
1 5
Mengagungkan Membangun
Allah SWT. potensi umat Islam.
2 Konsep 4
Kesenian
Berteraskan Bersifat
syariat Islam. Islam menyeluruh
meliputi fizikal
3 dan kerohanian.
Meliputi aspek
iman dan akhlak.
129
3.5.2 Adab dan Etika Kesenian Menurut Islam
Adab dan Etika Kesenian Islam
Kesenian Menurut Islam 1 Menghasilkan kesenian yang 5 Mencipta karya yang asli.
boleh meningkatkan keimanan.
6 Berkarya secara sederhana
2 Hasil seni yang tidak bercanggah dan tidak melampaui batas.
dengan syarak.
7 Tiada unsur merosakkan akidah
3 Kesenian yang berteraskan nilai dan maksiat.
akhlak Islam.
8 Tidak mengganggu atau
4 Sentiasa memelihara ibadah menzalimi orang lain.
wajib ketika berkarya.
Islam tidak melarang Seni dalam
kesenian. Islam hanya Tamadun Islam
Tarikh capaian:
menolak seni yang 06 September 2019
melanggar batasan agama
dan akhlak.
Apakah pandangan Rasulullah SAW bersabda
Islam tentang yang bermaksud,
kesenian, cikgu? “Sesungguhnya Allah itu indah,
Dia suka akan segala yang indah.”
(Riwayat Muslim)
130
Refleksi
Guru Tasawwur Islam di sebuah sekolah telah membawa murid kelasnya mengadakan
lawatan ke Muzium Kesenian Islam. Berikut adalah perbualan semasa sesi lawatan tersebut.
Kurator: Selamat datang Cikgu Redza dan para murid ke Muzium Kesenian Islam. Muzium ini
merupakan muzium terbesar di Asia Tenggara. Terdapat lebih kurang 9000 artifak
seni di muzium ini. Koleksi yang terdapat di sini mencerminkan gambaran sebenar
penghasilan seni dunia Islam.
Murid boleh melihat artifak berkaitan model-model masjid yang dipamerkan
termasuklah Masjidilharam dan kitab suci al-Quran bersaiz ibu jari anda. Selain itu,
terdapat juga tulisan khat, tembikar, serta Galeri Senjata dan Perisai yang boleh
dikunjungi oleh anda semua.
Guru: Terima kasih Encik Muhammad atas penerangan ini.
Murid: Cikgu, bagaimanakah seniman melaksanakan adab dan etika dalam kesenian Islam?
Guru: Bagus soalan kamu itu, Anis. Seniman Islam perlu menghasilkan karya yang menepati
prinsip-prinsip Islam seperti mentauhidkan Allah SWT, menghasilkan seni yang boleh
meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT, mencipta seni yang
boleh menyampaikan mesej positif, tidak lalai daripada mengingati Allah SWT, tidak
melanggar batas syariat dan tidak berlebihan mengagungkan seni.
Baiklah, semua murid boleh terus melihat barangan pameran yang ada di sekitar
muzium ini.
Interaksi Nota Guru
• Rancang bersama rakan sekelas untuk mengadakan Guru membimbing murid
lawatan ke Muzium Kesenian Islam. membincangkan dialog
berkaitan adab dan etika
• Catat hasil dapatan tentang Adab dan Etika Kesenian kesenian menurut Islam.
Menurut Islam dalam karya dan artifak yang dipamerkan.
131
3.5.3 Kepentingan Adab dan Etika Kesenian
Menurut Islam
Kesenian Menurut Islam Mengakui dan meyakini 4 Mengetahui batasan
manusia dalam berkarya.
1 Kekuasaan Allah SWT
Yang Maha Berkuasa lagi
Maha Menciptakan.
Meningkatkan Memberi panduan
2 keimanan dan 5 dalam menghasilkan
ketakwaan kepada seni yang menepati
Allah SWT. nilai-nilai akhlak Islam.
3 Memenuhi fitrah 6 Mempamerkan
manusia yang menyukai kecemerlangan
keindahan selari tamadun Islam.
dengan syarak.
Glosari
Estetika: Cabang falsafah yang mengkaji konsep berkaitan keindahan, cita rasa dan lain-lain.
Interaksi Nilai Penghayatan
Berdasarkan perbincangan dalam kumpulan, Ibn Khaldun menyatakan bahawa “Seni itu
murid melakarkan infografik berkaitan adalah kebenaran, keindahan dan kebaikan di
kepentingan menghayati adab dan etika mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika,
Kesenian Islam oleh karyawan Muslim. etika dan logik”.
132
3.5.4 Kesenian dalam Kehidupan
1 Analisis situasi berikut dan bincangkan tindakan yang perlu dilakukan supaya individu
yang terlibat dapat mempraktikkan adab dan etika kesenian Islam.
Situas i 1 Abdullah mempunyai bakat seni melukis yang hebat. Beliau mendapat banyak
tempahan melukis potret wanita.
Yusuf ingin menyertai pertandingan seni ukiran yang diadakan di Perbadanan Situasi 2
Kemajuan Kraftangan Malaysia. Beliau perlu memilih motif yang ingin diukir.
Situasi 3 Hafiz merupakan seorang pengusaha batik. Proses mencanting batik
memerlukan ketelitian yang biasanya memakan masa yang agak panjang.
Saiful meminati bidang penulisan. Dia ingin memasuki pertandingan Situasi 4
menulis novel bertemakan ‘Cinta’.
Situasi 5 Adam merupakan seorang tukang emas yang menghasilkan pelbagai jenis
barangan kemas untuk perhiasan wanita. Adakalanya beliau mendapat
tempahan untuk membuat aksesori daripada emas untuk lelaki.
2 Berikut merupakan manifestasi penghayatan adab dan etika dalam Kesenian
Islam. Pilih salah satu jenis kesenian dan bincangkan adab dan etika dalam
kesenian tersebut.
Seni Khat dan Kaligrafi Seni Reka Fesyen
Seni Seramik Seni Fotografi
Nota Guru
Guru membimbing murid dalam pertimbangan dan tindakan yang dicadangkan oleh mereka.
133
3.5.5 Aplikasi Kesenian sebagai Ibadah
Kesenian Menurut Islam Lengkapkan senarai semak di bawah berdasarkan pengamalan adab dan etika kesenian
menurut Islam. Tandakan () pada ‘Ya’ atau () pada ‘Tidak’ dan berikan sebab kepada pilihan
jawapan anda.
Bil. Situasi Ya Tidak
1 Saya menyukai seni lukisan bermotifkan alam sekitar.
2 Saya menghias kediaman saya dengan khat al-Quran.
3 Saya membeli pakaian mengikut fesyen terkini.
4 Saya gemar menghayati keindahan seni bina masjid.
5 Saya membeli barangan kulit tanpa mengambil kira jenis
kulit yang digunakan.
6 Saya menyukai lukisan pemandangan alam yang
menggunakan cat minyak kerana warnanya lebih menarik.
7 Saya suka menghias rumah dengan ukiran patung haiwan
dan manusia.
8 Saya yakin kemahiran asas dalam seni mempertahankan
diri penting untuk melindungi diri.
9 Saya tidak kisah untuk memakai pakaian yang mempunyai
simbol bertentangan dengan syariat Islam.
10 Saya menggemari seni tenunan songket yang bermotif
tumbuhan kerana ia memperlihatkan keunikan seni tekstil
masyarakat Melayu.
Kongsikan kegiatan seni yang Nyatakan kesan
anda minati kepada rakan sekiranya adab dan etika
anda dan adab serta etika berhibur menurut Islam
yang perlu anda patuhi.
tidak dipatuhi.
Nota Guru
Guru membimbing murid untuk mengamalkan adab dan etika kesenian menurut Islam.
134
Aktiviti
1 Dengan melayari Internet, hasilkan peta pemikiran tentang keunikan seni busana di
beberapa buah negara Islam berserta penerangan yang berkaitan.
2 Hasilkan infografik berkaitan keistimewaan seni bina Islam yang terdapat di seluruh dunia.
Tampalkan di dinding kelas untuk aktiviti Bus Stop.
3 Secara berkumpulan, gunakan perisian Movie Maker atau aplikasi di telefon bimbit yang
bersesuaian, sediakan satu video pendek berbentuk dokumentari berkaitan keunikan seni
yang anda minati. Kongsikan kepada rakan anda.
4 Guru mengadakan pertandingan persembahan kesenian Islam. Murid turut Borang
diminta membentangkan adab dan etika yang diterapkan dalam persembahan Penilaian
mereka. Juri perlu mengisi borang penilaian bagi menilai persembahan,
penghayatan dan pengamalan adab serta etika kesenian Islam.
5 Secara berkumpulan, bincang dan lengkapkan rajah di bawah.
Sebab Akibat
Pengabaian Adab
dan Etika Kesenian
Islam
6 Guru menguji kefahaman murid tentang Kesenian Menurut Islam dengan
menjawab kuiz interaktif melalui aplikasi Kahoot. Sila imbas di sini.
135
Uji Diri
Jawab soalan-soalan berikut.
Kesenian Menurut Islam 1 Berikut merupakan konsep kesenian Islam kecuali .
A menekankan keindahan. B meningkatkan keimanan.
D berteraskan hawa nafsu.
C bermatlamatkan keagamaan.
2 Antara aspek yang perlu dititikberatkan dalam penghasilan kesenian Islam ialah
A. penggunaan warna B penghayatan akhlak
C pengukiran patung D pengukuhan pendapatan
3 Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
i. Islam merupakan aktiviti atau karya yang dicipta menggunakan bakat
dan kreativiti bagi menzahirkan keindahan yang menepati syarak.
ii. Antara adab dan etika kesenian Islam menurut Islam yang perlu dihayati oleh
seniman ialah ialah mencipta yang asli.
iii. Penghasilan seni yang berinspirasikan ayat al-Quran mampu
meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
iv. merupakan cabang falsafah yang mengkaji konsep berkaitan keindahan.
4 Terangkan tiga adab dan etika kesenian menurut Islam.
5 Jelaskan dua adab yang perlu dipatuhi oleh seorang pelukis Muslim semasa menjalankan
aktiviti melukis.
“Terdapat banyak karya seni lukisan yang tidak menepati Adab
dan Etika Kesenian Menurut Islam”.
6 Kemukakan pendapat anda.
136
Rujukan
Ab Halim Tamuri & Zarin Ismail. (2002). Pendidikan Akhlak dalam KBSM: Persepsi Pelajar
Terhadap Konsep Akhlak. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Kebangsaan (Siri 1).
Al-Jaza’iri, Abu Bakr. (T.th.). ‘Aqidah al-Mu’min. T.t: Al-Maktabah al-Taufiqiyyah.
Al-Maidani, ‘Abd al-Rahman Hasan Habannakah. (2002). Al-‘Aqidah al-Islamiyyah. Damsyik:
Darul al-Qalam.
HAMKA. (1995). Falsafah Hidup. Singapura: Pustaka Nasional PTE LTD.
Haron Din et. al. (2012). Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Haron Din. (2007). Islam: Ada Apa dengan Islam?. Batu Caves: PTS Millenia.
Mahayudin Yahya. (2004). Tamadun Islam. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mohd Ali Abu Bakar. (1986). Kejadian Manusia dan Perjuangan Hidup. Kota Bharu: Pustaka
Aman Press Sdn. Bhd.
Mohd Asri Abdullah et. al. (2006). Prinsip-prinsip Asas Islam: Islam dan Akidah. Shah Alam:
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA.
Mohd Nizam Sahad. (2014). Tafsir Maudhu‘iy Akidah. Jil. 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mohammad Zaini Yahaya et. al. (2015). Tafsir Maudhu‘iy Ibadah. Jil. 1. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Muammar Ghaddafi Hanafiah et. al. (2015). Tafsir Maudhuiy: Masyarakat & Pembangunan
Sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Uthman el-Muhammady. (1988). Akhlak dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Murtadha Mutahari. (1984). Perspektif al-Quran Tentang Manusia dan Agama. Bandung:
Penerbit Mizan.
137
Othman Mohd. Yatim. (1989). Warisan Kesenian dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Paizah Ismail. (2003). Kekeluargaan Islam Menurut al-Quran dan al-Sunnah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ramlan Ahmad & Nor Aishah Raduan. (2010). Buku Teks Tasawwur Islam Tingkatan 4. Shah
Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd.
Rijaluddin Yahya et. al. (2015). Tafsir Maudhuiy: Akhlak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Safaee Zakaria & Moh Zin Daud. (2013). Buku Teks Tasawwur Islam Tingkatan 5. Kota Bharu:
Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.
Said Ibrahim. (2000). Aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah. Kuala Lumpur: Darul Ma’rifah.
Sayyid Sabiq. (2000). Al-‘Aqa’id al-Islamiyyah. Kaherah: Dar al-Fath lil ‘alami al-‘Arabi.
Shahnon Ahmad. (1981). Kesusasteraan dan Etika Islam. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Sidi Gazalba. (1977). Pandangan Islam Tentang Kesenian. Kuala Lumpur: Polygraphyc Sdn.
Bhd.
Suhaila Abdullah et. al. (2015). Tafsir Maudhuiy: Ilmu dan Tamadun. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Wan Nordin Wan Abdullah et. al. (2015). Tafsir Maudhuiy: Kekeluargaan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yusuf al-Qaradhawi. (2000). Kemanisan Iman. (Penterjemah: Mahmud Hj Ahmad). Kuala
Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Yusuf al-Qardhawi. (1998). Fiqh al-Daulah dalam Perspektif al-Quran dan al-Sunnah.
(Penterjemah: Kathur Suhardi). Jakarta: Pustaka al-Kautsar.
Yusuf al-Qardhawi. (2002). Seni dan Hiburan dalam Islam. (Penterjemah: Muhammad
Baihaqi). Selangor: Al-Hidayah.
138