The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SMK METHODIST (SEK-AEB1036), 2023-03-18 22:02:47

Buku Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah 2023/2024

SMK Methodist Ayer Tawar

Keywords: SMK Methodist Ayer Tawar

BAB 5 : PENGURUSAN KOKURIKULUM SMK METHODIST AYER TAWAR 151 5.4.4 Tatacara Pelaksanaan Kokurikulum Aktiviti / Proses Kerja Keterangan Instrumen Penubuhan jawatankuasa pengurusan kokurikulum sekolah ▪ Jawatankuasa induk ▪ Jawatankuasa kelab dan persatuan ▪ Jawatankuasa sukan dan permainan ▪ Jawatankuasa unit beruniform ▪ Jawatankuasa majlis sukan sekolah ▪ Jawatankuasa rumah sukan ▪ Jawatankuasa pemantauan ▪ Carta organisasi induk ▪ Carta organisasi setiap unit ▪ Senarai tugas dan tanggungjawab setiap jawatankuasa Pendaftaran kelab/ persatuan / unit uniform ▪ Menghantar surat permohonan penubuhan kelab / persatuan / unit uniform / sukan permainan ▪ Menyediakan perlembagaan dan membuat permohonan pendaftaran sama ada daripada PGB atau badan induk unit uniform ▪ Menghantar borang pendaftaran kepada badan induk (unit uniform) ▪ Pengesahan dan pendaftaran ▪ Surat permohonan penubuhan kelab / persatuan / unit uniform / sukan permainan ▪ Surat kelulusan penubuhan ▪ Surat permohonan pengesahan dan pendaftaran perlembagaan unitunit kokurikulum ▪ Borang pendaftaran kepada badan induk (unit uniform) ▪ Surat pengesahan pendaftaran dan nombor pendaftaran Melantik guru penasihat ▪ Mengeluarkan surat lantikan kepada guru penasihat unit-unit kokurikulum ▪ Surat pelantikan guruguru penasihat Pendaftaran murid kokurikulum ▪ Memastikan pendaftaran murid dalam kokurikulum dilakukan secara sama rata antara semua kelab / persatuan dengan unit uniform ▪ Memastikan semua murid mendaftar dalam sekurang-kurangnya tiga (3) unit iaitu kelab / persatuan, sukan / permainan dan unit uniform ▪ Slip pendaftaran kokurikulum ▪ Kad daftar kokurikulum Penyediaan Takwim Tahunan Kokurikulum ▪ Disediakan pada akhir tahun sebelumnya ▪ Memastikan perkara-perkara yang berikut dilaksanakan: 1. Mesyuarat AJK sekurang- kurangnya tiga (3) kali setahun 2. Memastikan perjumpaan minimum dua belas (12) kali setahun untuk kelab / persatuan dan unit uniform 3. Memastikan aktiviti wajib dan program induk ditakwimkan dan dilaksanakan ▪ Takwim Kokurikulum ▪ Minit mesyuarat agong ▪ Minit mesyuarat jawatankuasa


BAB 5 : PENGURUSAN KOKURIKULUM SMK METHODIST AYER TAWAR 152 Aktiviti / Proses Kerja Keterangan Instrumen Pelantikan jawatankuasa murid ▪ Mengeluarkan surat pelantikan jawatan kuasa murid dan memaklumkan kepada ibu bapa. ▪ Mengadakan upacara penyerahan surat pelantikan tersebut ▪ Surat penurunan kuasa kepada jawatankuasa ▪ Senarai tanggungjawab anggota jawatankuasa Pemantauan aktiviti kokurikulum sekolah ▪ Menubuhkan satu jawatankuasa pemantauan kegiatan kokurikulum yang terdiri daripada: 1. Pengerusi: PGB 2. Naib Pengerusi: PK Kokurikulum 3. Setiausaha: Penyelaras Kokurikulum 4. Anggota: 4.1 Penyelaras kelab / persatuan 4.2 Penyelaras sukan dan permainan 4.3 Penyelaras unit uniform ▪ Laporan pemantauan Penyediaan buku / fail laporan kegiatan kokurikulum ▪ Menyediakan buku laporan kegiatan kokurikulum (mingguan) mengikut format yang ditetapkan ▪ Memastikan buku laporan tersebut dilengkapkan setiap kali perjumpaan dan diserahkan kepada PK Kokurikulum untuk semakan dan pengesahan ▪ Memastikan perkara-perkara yang terkandung di dalam buku laporan dilengkapkan seperti: 1. Senarai anggota jawatankuasa 2. Analisis enrolmen 3. Senarai keanggotaan 4. Perancangan aktiviti tahunan 5. Rekod kehadiran 6. Laporan aktiviti mingguan 7. Analisis aktiviti mengikut bulan 8. Rekod pencapaian murid 9. Minit Mesyuarat Agung 10. Laporan akhir tahun 11. Markah penilaian ▪ Buku laporan / fail kegiatan Kokurikulum Penyediaan kertas kerja program dan permohonan lawatan ▪ Memastikan kertas kerja yang lengkap disediakan bagi semua aktiviti atau program yang melibatkan kewangan kerajaan dan sekolah ▪ Permohonan dan kelulusan PPD / JPN adalah perlu bagi program lawatan ▪ Kertas kerja program


BAB 5 : PENGURUSAN KOKURIKULUM SMK METHODIST AYER TAWAR 153 Aktiviti / Proses Kerja Keterangan Instrumen Borang Kawalan Keselamatan Murid ▪ Setiap pergerakan murid di luar sekolah mestilah mendapat kelulusan PGB ▪ Borang kawalan keselamatan murid berserta surat kebenaran ibu bapa mesti disediakan dengan mendapat kelulusan pihak ibu bapa / penjaga ▪ Borang Kawalan Keselamatan Murid ▪ Borang kebenaran ibu bapa / penjaga ▪ Surat makluman kepada ibu bapa / penjaga Laporan kegiatan dan pertandingan kokurikulum ▪ Memastikan setiap kegiatan dan pertandingan dilaporkan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh kegiatan dan difailkan ▪ Mengisi senarai nama murid yang terlibat dalam aktiviti untuk diberi sijil-sijil yang berkaitan ▪ Laporan kegiatan kokurikulum ▪ Sijil-sijil yang berkaitan Sistem fail kokurikulum ▪ Memastikan sistem fail kokurikulum yang sistematik diwujudkan ▪ Menyemak fail sekurang-kurangnya dua (2) bulan sekali ▪ Memastikan dua puluh dua (22) item difailkan ▪ Sistem fail kokurikulum ▪ Senarai semak pengurusan fail kokurikulum Buku Penilaian Kokurikulum Murid (Format KPM) Sijil Penilaian Kokurikulum ▪ Memastikan ada buku penilaian kokurikulum murid mengikut format KPM ▪ Memastikan semua murid telah memiliki buku penilaian kokurikulum tersebut ▪ Memastikan penilaian markah 10% kokurikulum direkodkan dalam Buku Penilaian Kokurikulum Murid ▪ Memastikan sistem penilaian dilakukan dengan tepat mengikut penilaian Kementerian Pendidikan ▪ Memastikan buku-buku penilaian ini ditandatangani oleh ibu bapa dan disimpan dalam fail peribadi murid ▪ Buku rekod penilaian kokurikulum murid ▪ Sijil penilaian kokurikulum murid ▪ Data online PAJSK Sijil-Sijil diedar dan direkod ▪ Memastikan murid yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum diberi sijil-sijil: 1. Sijil Penyertaan 2. Sijil Penghargaan ▪ Pemberian sijil-sijil ini mesti direkodkan ▪ Sijil Penghargaan ▪ Sijil Penyertaan


BAB 5 : PENGURUSAN KOKURIKULUM SMK METHODIST AYER TAWAR 154 Aktiviti / Proses Kerja Keterangan Instrumen Pengurusan Kewangan Sekolah ▪ PK Kokurikulum memastikan jumlah peruntukan kokurikulum telah diperoleh daripada sumber-sumber yang berikut: 1. Peruntukan kewangan KPM 2. Peruntukan SUWA 3. Peruntukan bantuan pakaian seragam unit uniform 4. Peruntukan-peruntukan lain ▪ Menyediakan Anggaran Belanja Mengurus untuk tahun yang berikutnya ▪ Membuat pemantauan kewangan kokurikulum dari semasa ke semasa ▪ Laporan kewangan kokurikulum ▪ Laporan prestasi ▪ Perbelanjaan kokurikulum Pascanilai Kegiatan Kokurikulum ▪ PK Kokurikulum membentangkan pascanilai kegiatan kokurikulum sekolah untuk tahun semasa ▪ Membuat perbandingan pascanilai dengan tahun-tahun sebelumnya ▪ Membuat cadangan penambahbaikan aktiviti kokurikulum untuk tahun yang berikutnya ▪ Laporan pascanilai (kekuatan, kelemahan, penambahbaikan, rumusan) ▪ Kertas cadangan ▪ Penambahbaikan aktiviti kokurikulum


155


BAB 6 : PENGURUSAN UNIT PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN SMK METHODIST AYER TAWAR 156


PENGURUSAN PENTAKSIRAN & PEPERIKSAAN 157 PENGURUSAN PEPERIKSAAN DALAMAN Penyediaan jadual waktu peperiksaan Makluman tarikh akhir pengurusan peperiksaan Dasar pengurusan pentaksiran dan peperiksaan Setiausaha menerima soalan Pengurusan percetakan Pengurusan kertas soalan selepas dicetak Taklimat jadual pengawasan/peraturan peperiksaan Penyediaan bilik keputusan peperiksaan Keputusan peperiksaan kepada pelajar Analisis peperiksaan


PENGURUSAN PENTAKSIRAN & PEPERIKSAAN 158 CARTA ALIR PENGURUSAN PENYEDIAAN SOALAN GURU MATA PELAJARAN MENYEDIAKAN DRAF SOALAN GURU MATA PELAJARAN MENYERAHKAN DRAF SOALAN KEPADA KETUA PANITIA UNTUK SEMAKAN DAN TANDATANGAN Tidak diterima GURU MATA PELAJARAN MEMBETULKAN DRAF SOALAN Diterima KETUA PANITIA MENYERAHKAN DRAF SOALAN KEPADA GURU KANAN UNTUK PENGESAHAN DAN TANDA TANGAN Tidak diterima GURU MATA PELAJARAN MEMBETULKAN DRAF SOALAN Diterima SU PEPERIKSAAN MENYERAHKAN SOALAN KEPADA PEMBANTU AM PEJABAT UNTUK CETAKAN GURU MATA PELAJARAN MENGAMBIL SOALAN YANG SIAP DICETAK, MENGAGIHKAN IKUT KELAS, MELENGKAPKAN BORANG B DAN MENGHANTAR KE BILIK OPERASI PEPERIKSAAN SELESAI


PENGURUSAN PENTAKSIRAN & PEPERIKSAAN 159 CARTA ALIR PENGURUSAN MARKAH UJIAN/PEPERIKSAAN GURU MATA PELAJARAN 1. Semak skrip jawapan 2. Serah skrip jawapan yang telah disemak kepada pelajar 3. Bincangkan jawapan dengan pelajar 4. Tentukan markah Salah Betul Guru mata pelajaran membetulkan markah GURU MATA PELAJARAN 1. Rekodkan markah ke sistem SAPS 2. Kemaskini rekod head count peribadi GURU TINGKATAN 1. Pastikan senarai nama pelajar di SAPS adalah kemaskini 2. Semak status key in markah semua guru GURU TINGKATAN 1. Cetak lembaran markah 2. Pastikan semua markah telah di ‘key in’ dengan betul 3. Sediakan slip keputusan (jika perlu) - kedatangan, ulasan SETIAUSAHA PEPERIKSAAN 1. Kemaskini data head count (HC5) 2. Cetak semua analisis keputusan dan slip keputusan (jika perlu) KETUA PANITIA 1. Sediakan post mortem mata pelajaran 2. Kemaskini head count (HC5) 3. Perbincangan dalam mesyuarat audit kurikulum panitia. 4. Failkan data PENGETUA / PENOLONG KANAN / GURU KANAN 1. Mesyuarat audit kurikulum sekolah 2. Failkan data SELESAI


PENGURUSAN PENTAKSIRAN & PEPERIKSAAN 160 PANDUAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 1 PENGGUBAL SOALAN 1.1 Guru/Panel penggubal dipilih oleh AJK panitia mata pelajaran semasa mesyuarat panitia. 1.2 Bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, draf set soalan bagi peperiksaan percubaan perlu disediakan oleh satu panel penggubal soalan yang dianggotai oleh ahli panitia mata pelajaran yang terlibat. 1.3 Draf soalan hendaklah disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan. 1.4 Draf soalan perlu disediakan mengikut format Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dan peperiksaan SPM. 1.5 Setiap draf soalan yang disediakan perlu akur pada Jadual Spesifikasi Item (JSI) yang telah ditentukan bagi setiap mata pelajaran. 1.6 Dilarang sama sekali mengambil sebarang soalan secara bulat-bulat daripada sebuah buku rujukan atau mana-mana bahan. 1.7 Dilarang sama sekali memasukkan unsur anti kerajaan, menghasut, menghina atau berbau politik pada mana-mana soalan. 1.8 Soalan perlu ditaip dengan kemas dan jelas. Fotokopi daripada buku adalah dilarang sama sekali. 1.9 Penggubal soalan perlu memaksimumkan penggunaan ruang untuk mengelakkan pembaziran kertas. 1.10 Kertas soalan yang disediakan mestilah dalam keadaan sifar kesalahan. 1.11 Dua set soalan perlu disediakan bagi semua jenis peperiksaan percubaan. Set kedua merupakan set yang akan digunakan sebagai set sandaran (back-up). 1.12 Skema yang jelas dan boleh dipercayai perlu dihantar bersama draf soalan untuk semakan Ketua Panitia atau Guru Kanan. 1.13 Penggubal perlu memperbaiki semula sebarang kesilapan yang ditemui atau menggantikan soalan yang tidak diterima dengan soalan yang baharu. Semakan kali kedua oleh Ketua Panitia atau Guru Kanan perlu dibuat sebelum cetakan. 1.14 Saiz kertas : A4 Font : Times New Roman/Arial, saiz 10 hingga 12 Margin : 0.5” (top, bottom, left, right)


PENGURUSAN PENTAKSIRAN & PEPERIKSAAN 161 1.15 Format muka depan. Jika soalan disediakan oleh guru mata pelajaran, Contoh format muka depan bagi pentaksiran peperiksaan Menengah Atas DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH, DISAHKAN OLEH, ……………………….. ………………….. ……………………… ( Nama penyedia soalan) (Nama Ketua Panitia) (Nama Guru Kanan) NAMA : ……………………………………….. KELAS : ……………… SMK METHODIST AYER TAWAR UJIAN 2 NOVEMBER TAHUN 2022 PENDIDIKAN ISLAM T4 1223/1 2 Jam JANGAN BUKA KERTAS UJIAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi lima soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan hendaklah ditulis di dalam kertas jawapan yang disediakan oleh pelajar sendiri. 4. Kertas soalan dan kertas jawapan hendaklah diserahkan kepada guru pada akhir peperiksaan. Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak. Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh ………………………… ………………………… ………………………… [Nama penyedia soalan) (Nama Ketua Panitia) (Nama Guru Kanan)


PENGURUSAN PENTAKSIRAN & PEPERIKSAAN 162 Contoh format muka depan bagi pentaksiran peperiksaan Menengah Rendah UJIAN AKHIR TAHUN SESI AKADEMIK TINGKATAN 3 SESI 2022 / 2023 _______________________________________________________________________________________________ PENDIDIKAN MORAL 1 JAM 30 MINIT NAMA NO. KAD PENGENALAN TINGKATAN ARAHAN : 1. Buka kertas ujian ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama, nombor kad pengenalan dan kelas anda pada ruang yang disediakan. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruang jawapan yang disediakan di dalam kertas ujian ini. 4. Kertas ujian ini hendaklah diserahkan kepada guru bertugas pada akhir ujian. Untuk Kegunaan Pemeriksa Nama Pemeriksa : Bahagian Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh A 1 - 25 25 B 1 - 10 10 C a-j 10 D 1-7 25 Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh ………………………… ………………………… ………………………… [Nama penyedia soalan) (Nama Ketua Panitia) (Nama Guru Kanan)


PENGURUSAN PENTAKSIRAN & PEPERIKSAAN 163 1.16 Arahan yang jelas perlu dicatat di muka depan kertas soalan. Sebarang ketidakpatuhan pada arahan boleh menyebabkan markah pelajar ditolak. 1.17 Penggubal soalan perlu mengambil soalan yang telah siap dicetak dari bilik cetakan. Pastikan setiap muka surat telah dicetak dengan jelas. Setiap set soalan perlu disusun dan di kokot dengan teliti supaya tiada muka surat yang terlangkau. Set-set yang siap perlu dibilang berdasarkan jumlah pelajar di setiap kelas yang terlibat. 1.18 Pastikan kertas jawapan OMR, kertas graf atau bahan-bahan lain yang diperlukan telah dikepilkan bersama kertas soalan. Unit Pentaksiran dan Peperiksaan hanya menyediakan kertas jawapan OMR manakala kertas graf, kertas lukisan atau bahan-bahan lain perlu disediakan oleh panitia mata pelajaran masing-masing. 1.19 Pastikan semua set soalan yang lengkap dihantar ke bilik operasi peperiksaan pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan. 1.20 Sebarang ralat yang dikesan dalam soalan perlu diperbetulkan sebelum peperiksaan bermula. Penggubal soalan perlu bersedia pada hari peperiksaan untuk memastikan kelancaran urusan peperiksaan.


PENGURUSAN PENTAKSIRAN & PEPERIKSAAN 164 2 PENGAWAS PEPERIKSAAN 2.1 Pengawasan peperiksaan pada asasnya adalah berdasarkan jadual waktu peribadi guru. Walau bagaimanapun guru perlu menyemak jadual pengawasan yang disediakan oleh setiausaha peperiksaan untuk mengetahui waktu pengawasan sebenar. Guru perlu merancang/menyelaras jadual pengawasan dengan ‘guru sebelum/selepas’ terlebih dahulu untuk elakkan sebarang salah faham tentang waktu pengawasan. 2.2 Guru yang bertugas pada waktu pertama setiap hari Isnin (Perhimpunan) ialah guru kelas. 2.3 Guru yang bertugas perlu memulakan peperiksaan mengikut masa yang ditetapkan dalam jadual peperiksaan. Soalan perlu diambil dari bilik peperiksaan sebelum peperiksaan bermula (Guru perlu berada di bilik/dewan peperiksaan selewat-lewatnya 10 minit sebelum peperiksaan bermula). 2.4 Guru yang bertugas perlu sentiasa peka semasa mengawasi peperiksaan/ujian. Perbuatan memeriksa kertas soalan, membaca surat khabar atau majalah, menggunakan telefon/ lap top/ipad semasa mengawas peperiksaan adalah dilarang sama sekali. 2.5 Guru perlu maklum bahawa pelajar tidak dibenarkan keluar ke tandas semasa peperiksaan berlangsung kecuali kecemasan sahaja. 2.6 Guru yang memulakan kertas perlu: 2.6.1 berada di kelas/dewan 10 minit lebih awal. 2.6.2 menulis tajuk peperiksaan dan masa diperuntukkan di papan putih 2.6.3 memastikan kelas berada dalam keadaan bersih dan terkawal. 2.6.4 memastikan pelajar hanya membawa alatulis yang dibenarkan. 2.6.5 memastikan beg pelajar diletakkan di tempat yang sesuai. 2.6.6 memulakan peperiksaan tepat pada waktu. 2.6.7 mencatat kehadiran dan nama pelajar tidak hadir pada Borang B. 2.6.8 memaklumkan pelajar bahawa sebarang perbuatan yang mencurigakan (meniru) akan diambil tindakan. 2.6.9 membacakan arahan peperiksaan yang disediakan. 2.7 Guru yang mengutip kertas perlu: 2.7.1 memastikan masa menjawab yang diperuntukkan telah dipatuhi. Pelajar tidak dibenarkan keluar lebih awal dari masa yang ditetapkan. 2.7.2 membuat pengumuman berikut: “ Masa menjawab tinggal 30 minit lagi. Calon tidak dibenarkan keluar” 2.7.3 memaklumkan pelajar bahawa sebarang kertas jawapan yang lewat dihantar tidak akan diterima. 2.7.4 mengira jumlah skrip jawapan dan mencatatkan jumlahnya di Borang B. 2.7.5 melengkapkan Borang B. 2.7.6 memastikan Borang B dikepilkan bersama skrip jawapan. 2.7.7 menyerahkan sendiri skrip jawapan kepada pemeriksa atau Setiausaha Peperiksaan (Jika guru yang berkenaan tidak hadir).


PENGURUSAN PENTAKSIRAN & PEPERIKSAAN 165 2.8 Guru bertugas perlu memastikan kes salah laku diuruskan mengikut prosedur. Borang Pengesanan Meniru perlu dilengkapkan. Borang tersebut mesti diserah kepada Unit Disiplin untuk siasatan. Bahan bukti seperti nota dan sebagainya perlu diserahkan kepada Unit Disiplin untuk dijadikan bukti kes. Walau bagaimanapun, pelajar yang disyaki meniru tersebut perlu dibenarkan untuk terus menjawab soalan peperiksaan bagi kertas tersebut. 3 GURU MATA PELAJARAN 3.1 Setiap guru mata pelajaran yang menyemak kertas jawapan pelajar perlu patuh pada tarikh akhir ‘kunci masuk’ markah. Rujuk tarikh akhir tadbir urus soalan. 3.2 Guru mata pelajaran yang menyemak kertas soalan tidak dibenarkan menambah markah pelajar tanpa sebab yang konkrit. Skema yang dibekalkan oleh panitia masing-masing perlu dijadikan sebagai panduan. 3.3 Kertas soalan yang telah siap disemak perlu dikembalikan kepada pelajar dan markahnya dimaklumkan kepada pelajar. 3.4 Markah muktamad mesti di ‘kunci masuk’ oleh guru mata pelajaran dalam SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah) atau secara offline. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali memasukkan markah bagi pihak guru. 3.5 Bagi mata pelajaran yang diajar oleh dua orang guru atau lebih, gunakan kata laluan seorang guru sahaja. 3.6 Garis panduan pemarkahan bagi pelajar yang tidak hadir i) ‘TH’ jika ada sijil sakit/surat daripada ibu bapa atau mewakili sekolah/daerah/negeri/negara. (Rekod kedatangan telah ditanda ‘S’ atau ‘K’) ii) ‘Ponteng’ jika tiada sijil sakit atau surat daripada ibu bapa. (Rekod kedatangan telah di tanda 0) 3.7 Garis panduan untuk merekod di SAPS 3.7.1 ‘TH’ bagi pelajar yang tidak hadir (TH) 3.7.2 ‘0’ bagi pelajar yang ponteng 3.7.3 ‘0’ bagi pelajar yang mendapat markah ‘0’ 3.8 Garis panduan untuk merekod secara offline 3.8.1 ‘X’ bagi pelajar yang tidak hadir (TH) 3.8.2 ‘0’ bagi pelajar yang ponteng 3.8.3 ‘0’ bagi pelajar yang mendapat markah ‘0’ 3.9 Pada asasnya, pihak sekolah tidak akan menyediakan jadual waktu khas untuk kes-kes pelajar tidak dapat hadir mana-mana kertas peperiksaan. Walau bagaimanapun, pelajar boleh memohon untuk dipertimbangkan menduduki kertas peperiksaan tertunda bagi mata pelajaran tersebut. Markah yang diperoleh boleh diambilkira untuk direkodkan. 3.10 Jadual waktu tertunda hanya akan disediakan untuk peperiksaan penting seperti Peperiksaan Percubaan sahaja. 3.11 Bagi pelajar yang mengambil lebih dari pakej mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah, jadual khas tidak akan disediakan. Pelajar boleh menduduki kertas tersebut dan markah akan diambilkira untuk pelaporan keputusan. 3.12 Guru mata pelajaran tidak dibenarkan menambah markah pelajar atas tujuan memperbaiki gred.


PENGURUSAN PENTAKSIRAN & PEPERIKSAAN 166 3 GURU TINGKATAN 3.1 Guru Tingkatan perlu memastikan senarai nama pelajar di kelasnya sentiasa lengkap dan terkini di dalam sistem APDM. Sebarang perubahan yang dibuat perlu dimaklumkan pada Setiausaha Peperiksaan untuk dikemaskini di SAPS atau aplikasi peperiksaan secara offline. 3.2 Pastikan lembaran markah telah dicetak untuk semakan dengan pelajar terlebih dahulu. 3.3 Pastikan semua maklumat di slip keputusan adalah betul dan lengkap sebelum sebarang cetakan dibuat. 3.4 Jumlah kehadiran pelajar yang diambilkira dalam slip keputusan pelajar adalah seperti berikut: i) Peperiksaan Pertengahan Tahun – sehingga hari terakhir persekolahan penggal pertama. ii) Ujian Akhir Sesi Akademik dan Peperiksaan Pertengahan Tahun – sehingga hari terakhir dalam bulan peperiksaan tersebut. iii) Peperiksaan Percubaan SPM – sehingga hari terakhir dalam bulan peperiksaan tersebut. 3.5 Slip keputusan pelajar perlu dicetak di kertas yang berlogo sekolah sahaja. Semua urusan percetakan perlu dibuat di bilik peperiksaan. Slip yang telah siap perlu diserahkan kepada Pengetua untuk ditandatangan. 3.6 Slip yang telah siap perlu diserahkan kepada ibu bapa atau penjaga pelajar untuk di tandatangani pada tarikh yang ditetapkan. 3.7 Semua slip keputusan perlu dimasukkan ke dalam fail berpoket yang berwarna biru (dibeli dari koperasi sekolah).


PENGURUSAN PENTAKSIRAN & PEPERIKSAAN 167 4 PENYELARAS TINGKATAN 4.1 Penentuan naik kelas bagi pelajar yang tidak hadir Peperiksaan Akhir Tahun: 4.1.1 Pelajar yang tiada kedudukan dalam kelas/tingkatan kerana tidak hadir peperiksaan akhir tahun akan ditentukan kelasnya berdasarkan markah Peperiksaan Pertengahan Tahun mereka. Bagi pelajar yang tiada markah Peperiksaan Pertengahan Tahun pula, mereka akan dikekalkan di kelas yang sama. Walau bagaimanapun, pertimbangan akan dibuat berdasarkan kes-kes terpencil. 4.1.2 Gred TH (Tidak Hadir) hanya boleh diberikan jika pelajar tidak hadir ke sekolah bersebab. Jika tiada sebab, markah ‘0’ diberikan. 5 GURU PENGIRING/PENASIHAT KELAB/PERSATUAN/BADAN BERUNIFORM/SUKAN 5.1 Guru pengiring/penasihat bertanggungjawab untuk memaklumkan Setiausaha Peperiksaan jika terlibat membawa pelajar menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh KPM/JPN/PPD semasa peperiksaan. 5.2 Guru pengiring/penasihat bertanggungjawab memastikan pelajar yang terlibat menjawab soalan peperiksaan mengikut masa yang diperuntukan di bawah pengawasan guru pengiring/penasihat tersebut. 5.3 Guru pengiring/penasihat bertanggungjawab memastikan skrip jawapan pelajar diserahkan ke bilik operasi peperiksaan semula untuk tujuan semakan. 6 KETUA PANITIA 6.1 Ketua panitia perlu menyerahkan senarai nama penggubal soalan mengikut jenis-jenis peperiksaan kepada setiausaha peperiksaan selewat-lewatnya pada minggu ke dua selepas sekolah dibuka. Rujuk contoh format berikut: Matapelajaran: Bil Jenis Peperiksaan Ting Kertas Nama Penggubal Soalan 1 Ujian 1 2 Peperiksaan Pertengahan Tahun 3 Ujian 2 4 Peperiksaan Percubaan SPM


PENGURUSAN PENTAKSIRAN & PEPERIKSAAN 168 6.2 Ketua panitia perlu menyemak draf soalan yang disediakan oleh penggubal soalan (rujuk carta alir pengurusan penyediaan soalan). Jika draf yang disediakan menepati kehendak JSI, serahkan draf tersebut kepada Guru Kanan untuk pengesahan. Jika sebaliknya, Ketua panitia perlu mengarahkan penggubal soalan untuk membuat pembetulan atau penambahbaikan sebelum disahkan oleh Guru Kanan. Rujuk tadbirurus soalan untuk mematuhi tarikh-tarikh akhir yang telah dirancang. 6.3 Ketua Panitia perlu menyediakan post mortem mata pelajaran berdasarkan data yang diberikan oleh setiausaha peperiksaan selepas setiap kali peperiksaan. Post mortem ini akan dibincangkan semasa mesyuarat audit mata pelajaran. 6.4 Ketua Panitia perlu kemaskini maklumat headcount dari semasa ke semasa. 7 PELAJAR 7.1 Penggunaan cecair pemadam dan kertas pelekat semasa peperiksaan tidak dibenarkan. 7.2 Hanya ‘test-pad’ sekolah sahaja dibenarkan. Pelajar boleh meletakkan bilangan helaian ‘test pad’ yang diperlukan sahaja di atas meja masing-masing. ‘Test-pad’ yang lebih perlu diletakkan di lantai. 7.3 Bekas pensil tidak boleh dibawa masuk ke dalam dewan/kelas peperiksaan. 7.4 Beg pelajar perlu disusun dengan kemas di hadapan atau di belakang kelas/dewan peperiksaan 7.5 Pelajar tidak dibenarkan bercakap semasa peperiksaan sedang berlangsung. 7.6 Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas/dewan peperiksaan sebelum tamat masa. 7.7 Peralatan seperti alatulis yang lengkap perlu disediakan sebelum memasuki kelas/dewan peperiksaan. Pelajar Pelajar tidak dibenarkan ke tandas semasa peperiksaan sedang berlangsung. Pelajar perlu dimaklumkan berkenaan hal ini sebelum peperiksaan dimulakan. Walau bagaimanapun dalam keadaan kecemasan, pelajar dibenarkan keluar ke tandas selepas mengisi borang kebenaran keluar. 7.8 Kehadiran adalah seperti pada hari persekolahan biasa walau pun tiada kertas atau kertas mula lewat. PdPc akan diadakan seperti biasa jika tiada kertas yang dijadualkan. 7.9 Sijil sakit yang telah disahkan oleh pengetua perlu diserahkan kepada guru kelas jika pelajar tidak hadir. 7.10 Pelajar yang tidak dapat hadir semasa peperiksaan percubaan (atas sebab-sebab tertentu) perlu memaklumkan hal tersebut lebih awal kepada Pengetua secara bertulis. Jadual waktu khas akan disediakan dan pelajar perlu menjawab soalan set ke dua yang telah disediakan oleh panitia mata pelajaran. 1. tidak dibenarkan meminjam daripada rakan-rakan.


PENGURUSAN PENTAKSIRAN & PEPERIKSAAN 169 7.11 Pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah semasa ujian atau peperiksaan pertengahan/akhir tahun tidak perlu menduduki semula ujian/peperiksaan tersebut. 7.12 Sebarang perbuatan meniru atau memberi tiru akan dikenakan tindakan tegas. Markah ‘0’ akan diberikepada kedua-dua pihak yang terlibat. Salah laku tersebut juga akan direkod di kad merah pelajar. 7.13 Pelajar yang menghidap penyakit berjangkit (campak, cacar, sakit mata) perlu memaklumkan guru kelas dengan segera. 7.14 Pelajar dianggap melakukan kes salah laku jika melakukan kategori salah laku berikut: i. meniru - contoh: memberi peluang kepada kawan untuk meniru atau menolong menjawab sesuatu soalan atau meniru dari kawan ii. menyeludup - contoh: membawa apa-apa buku, nota, kertas, dojkumen, gambar atau apa-apa peranti lain kecuali apa yang dibenarkan oleh pengawas ke dalam/ke luar dari bilik/dewan peperiksaan iii. mendapat bantuan - contoh: orang luar menyampaikan jawapan atau maklumat kepada pelajar atau pengawas peperiksaan membantu atau membiarkan pelajar meniru iv. menyamar - contoh: orang luar menyamar sebagai pelajar v. melanggar peraturan peperiksaan - contoh: pelajar mengedarkan kertas jawapan untuk dijadikan panduan atau menggunakan isyarat. contoh: pelajar mengambil nota dan membuat rujukan di luar dewan peperiksaan contoh: pelajar menulis nota pada anggota badan, dinding atau meja tulis contoh: menipu atau cuba menipu atau berkelakuan dengan cara yang boleh dianggap sebagai menipu atau cuba menipu.


PENGURUSAN PENTAKSIRAN & PEPERIKSAAN 170 PENGURUSAN HEAD COUNT SEKOLAH 2023 1) SPM 1. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Negeri (MJKN) Bil 3/2017 yang telah menetapkan beberapa perkara untuk tindakan pihak sekolah. Cabutan maklum balas mesyuarat yang perlu diambil tindakan oleh unit penilaian dan peperiksaan adalah seperti berikut: i. Setiap pelajar perlu disasarkan pertambahan markah antara 15 hingga 30 markah untuk mencapai sasaran minimum peningkatan prestasi berdasarkan Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 4 ii. Setiap pelajar mesti mengetahui markah yang perlu disumbangkan bagi membantu prestasi pencapaian masing-masing. 2. Panduan Headcount SPM 2023 : TOV : Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 4 Tahun 2022 OTI1/AR1 : Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 Tahun 2022 OTI2/AR2 : Ujian 1 Tingkatan 5 Tahun 2023 OTI3/AR3 : Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 5 Tahun 2023 OTI4/AR4 : Peperiksaan Percubaan Tingkatan 5 Tahun 2023 Maklumat TOV dalam sistem headcount SAPS secara automatiknya adalah sama dengan ujian 1 Tingkatan 5 2023. Oleh itu, setiap guru mata pelajaran perlu mengemaskini markah tersebut kepada markah Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 4 2022. Guru mata pelajaran juga perlu melengkapkan maklumat ETR dalam sistem headcount SAPS (rujuk ketua panitia). 3. Ujian 1 Tingkatan 5 Tahun 2023 hendaklah merangkumi semua topik Tingkatan 4 dan topik Tingkatan 5. Peruntukan masa minima bagi setiap kertas ialah 2 jam. 4. Soalan Peperiksaan Percubaan yang digubal perlu akur dengan JSI yang akan dimuat naik dalam portal JPN. 5. Semua ketua panitia perlu sentiasa mengemaskini maklumat headcount bagi panitia masing-masing. Post mortem perlu dibuat dan dilaporkan semasa mesyuarat audit mata pelajaran. 2) TINGKATAN 4 1. Berikut adalah maklumat yang perlu dikemaskini dalam sistem headcount SAPS: TOV = Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 4 2022 (Sistem SAPS secara automatiknya akan meletakkan markah Ujian 1 sebagai TOV) ETR = Setiap pelajar perlu disasarkan pertambahan markah antara 15 hingga 30 markah daripada markah Ujian 1 tingkatan 4. 2. Format dan peruntukan masa bagi Ujian 1 Tingkatan 4 perlu diputuskan semasa mesyuarat panitia mata pelajaran masing-masing.


PENGURUSAN PENTAKSIRAN & PEPERIKSAAN 171 3. Format Peperiksaan PertengahanTahun dan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 perlu akur dengan JSI yang disediakan oleh panitia masing-masing. 3) LAIN-LAIN 1. Sukatan Pelajaran bagi tahun 2023 mestilah diselesaikan berdasarkan tarikh-tarikh berikut: i) Tingkatan 1, 2 dan 3 : awal Disember ii) Tingkatan 4 : akhir November iii) Tingkatan 5 : pertengahan Oktober 2. Semua kerja kursus pelajar perlu disiapkan mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan. Sebarang kelewatan perlulah dimaklumkan kepada pihak pentadbir supaya tindakan segera dapat diambil.


PENGURUSAN PENTAKSIRAN & PEPERIKSAAN 172 PEMBERIAN GRED/PANGKAT Pemberian gred/pangkat di peringkat sekolah adalah seperti berikut: 1 TINGKATAN 1, 2 DAN 3 - Ini adalah gred markah bagi Ujian 1, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Ujian 2 bagi peringkat sekolah Peringkat Markah Takrif A 85 - 100 Cemerlang B 70 - 84 Kepujian C 60 - 69 Baik D 50 - 59 Memuaskan E 40 – 49 Mencapai tahap minimum F 00 - 39 Belum mencapai tahap minimum TH Tidak hadir * JIKA SEMUA SUBJEK MENDAPAT E MASIH DIKIRA MENGUASAI, TETAPI JIKA ADA WALAUPUN 1 SUBJEK MENDAPAT F MAKA KEPUTUSANNYA TIDAK MENGUASAI. 2 TINGKATAN 4 DAN 5 Gred Markah Takrif A+ 90 – 100 Cemerlang tertinggi A 80 – 89 Cemerlang tinggi A- 70 – 79 Cemerlang B+ 65 – 69 Kepujian tertinggi B 60 – 64 Kepujian tinggi C+ 55 – 59 Kepujian atas C 50 – 54 Kepujian D 45 – 49 Lulus atas E 40 – 44 Lulus G 01 - 39 Gagal TH 00 - 00 Tidak hadir *MURID TINGKATAN 4 DAN 5 : SUBJEK WAJIB LULUS IALAH BAHASA MELAYU DAN SEJARAH


PENGURUSAN PENTAKSIRAN & PEPERIKSAAN 173 TAKWIM PENTAKSIRAN & PEPERIKSAAN 2023 1 PEPERIKSAAN PUSAT JENIS TARIKH Ujian Akhir Sesi Akademik Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan(SPMU) - Ujian Lisan - Ujian Bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) - Pentaksiran Pendidikan Kesenian - Ujian Lisan - Ujian Bertulis 2 PEPERIKSAAN DALAMAN BIL JENIS PEPERIKSAAN TARIKH PEPERIKSAAN UJIAN 1 Ujian 1 Tingkatan 1, 2 dan 3 Tingkatan 4 dan 5 2 Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 1, 2 dan 3 Tingkatan 4 dan 5 3 Ujian 2 Tingkatan 1, 2 dan 3 Tingkatan 4 dan 5 4 Peperiksaan Percubaan SPM 5 Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4


174


Click to View FlipBook Version