SENARAIKAN
APA YANG KAMU DAPAT DARI
TAYANGAN VIDEO TADI?
1. KILANG
2. BARANGAN
3. JUMLAH PENGELUARAN SECARA
BESAR-BESAR
4. MENGGUNAKAN TEKNOLOGI
MESIN
5. MENGGUNAKAN JUMLAH MODAL
YANG BESAR
6. BERLAKU PENGKHUSUSAN
KERJA
7. PEKERJA
8. PENGUSAHA
OBJEKTIF PEMBELAJARAN :-
• MENERANGKAN KONSEP INDUSTRI
• MENJELASKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT INDUSTRI
ENGLAND
• MENJELASKAN FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMBAWA KEPADA PERKEMBANGAN
MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND
KRITERIA KEJAYAAN :-
• Dapat menerangkan 4 aspek penting tentang
konsep industri dengan betul
• Dapat menjelaskan sekurang-kurangnya 5/7 ciri
masyarakat industri England dengan betul
• Dapat menjelaskan sekurang-kurangnya 5/7 faktor
perkembangan masyarakat industri di England
dengan betul
ENGLAND
M A S YA R A K AT I N D U S T R I
DEFINISI
MASYARAKAT
INDUSTRI
PENGERTIAN MASYARAKAT INDUSTRI
• Merujuk kepada masyarakat yang terlibat dalam bidang perindustrian.
• Masyarakat ini dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung
kepada pengeluaran secara besar-besaran
• Masyarakat ini terlibat dalam pengeluaran barangan serta
perkhidmatan dengan menggunakan mesin.
• Masyarakat ini terdiri kepada 2 golongan iaitu pengusaha industri dan
pekerja industri
• Istilah masyarakat industri mula-mula diperkenalkan oleh seorang
tokoh sosialis Perancis, iaitu Saint-Simon.
KELAS SOSIAL BARANGAN &
(PENGUSAHA VS PERKHIDMATAN
(TEKNOLOGI MESIN)
PEKERJA)
INDUSTRI
PENGELUARAN SECARA PENGKHUSUSAN KERJA
BESAR-BESARAN &
(KILANG)
MODAL YANG BESAR
PENGENALAN
• Kemunculan masyarakat industri bermula selepas tercetusnya
Revolusi Perindustrian di England pada abad ke 18 Masihi.
Masyarakat industri merupakan masyarakat yang bergantung kepada
sektor perindustrian. Masyarakat industri terlibat dalam
pengeluaran barangan serta memberi perkhidmatan dengan
menggunakan mesin .
• Revolusi Perindustrian bermula di England selepas berlaku perubahan
yang pesat dalam bidang pertanian dan dikaitkan dengan penemuan
mesin wap di Eropah. Masyarakat industri menggantikan ledakan
masyarakat agraria yang muncul pada zaman pra-industri. Masyarakat
industri dicirikan menerusi kegiatan ekonomi, pengkhususan kerja,
mobiliti sosial, kemunculan kelas, urbanisasi dan kemajuan sains dan
teknologi.
• Masyarakat ini terdiri daripada dua golongan, iaitu pengusaha industri
dan pekerja industri.
• Istilah 'masyarakat industri' mula-mula diperkenalkan oleh seorang
tokoh sosialis Perancis, iaitu Saint-Simon. Namun begitu, idea
berhubung dengan konsep masyarakat industri telah muncul lebih
awal lagi. Dalam konteks ini, seorang tokoh berbangsa Scott
mengemukakan konsep 'masyarakat komersial' dalam penulisan beliau.
Menjelang abad ke-19, tokoh sosiologi terkenal seperti Herbert
Spencer, Auguste Comte, Max Weber, dan Karl Marx menggunakan
istilah ini secara meluas.
SAINT-SIMON
CIRI – CIRI
MASYARAKAT INDUSTRI
ENGLAND
KEGIATAN PENGKHUSUSAN MOBILITI SOSIAL
EKONOMI : KERJA Berlaku apabila
taraf hidup
Perindustrian Akibat penggunaan meningkat
(Pengeluaran besar- mesin secara meluas
KEMUNCULAN
besaran) CIRI-CIRI KELAS
MASYARAKAT
PERKEMBANGAN MASYARAKAT : Kelas
SAINS DAN INDUSTRI kapitalis & pekerja
TEKNOLOGI
MASYARAKAT URBANISASI
SEMANGAT LITERASI Akibat penghijrahan
KEUSAHAWANAN Iaitu
penduduk luar
berpendidikan bandar
(1) KEGIATAN EKONOMI
• Kegiatan ekonomi
(i) Kegiatan tertumpu kepada pengeluaran barang secara besar-besaran.
(ii) Mempunyai kemahiran dalam pengendalian mesin yg digunakan secara meluas
dalam pengeluaran barangan.
(iii) Apabila mesin digunakan secara meluas dalam perindustrian, pekerja kilang
beralih ke sektor industri perkhidmatan.
(iv) Pada peringkat awal, masyarakat industri di England bekerja di kilang-kilang
tekstil
(v) Masyarakat bergantung kepada sektor perindustrian sebagai sumber pekerjaan
dan punca pendapatan bagi menyara hidup
• Masyarakat industry di England menjalankan kegiatan ekonomi yang memberi
tumpuan kepada pengeluaran barang secara besar-besaran. Kegiatan ekonomi
masyarakat industri tertumpu kepada sektor perindustrian dan perlombongan.
• Mereka memberi tumpuan kepada perusahaan tertua di England. Kilang kapas
pertama didirikan pada tahun 1790.
• Selain itu, masyarakat industri juga menjalankan aktiviti ekonomi dalam sektor
perlombongan. Longgokan sumber bahan mentah yang banyak telah
menyumbang kepada perkembangan perindustrian di England seperti arang
batu dan bijih besi.
• Bekalan arang batu banyak terdapat di wilayah New Castle dan Wales. England
muncul sebagai pengeluar keluli terbesar dunia. Pada tahun 1860 England
mengeluarkan 80 juta tan metrik arang batu dan 225000 tan metrik keluli.
(2) PENGKHUSUSAN KERJA
• Pengkhususan kerja
(i) Penggunaan mesin secara meluas dalam bidang
perindustrian menyebabkan berlaku pengkhususan kerja.
(ii) Pekerja-pekerja hanya melakukan sebahagian daripada
kerja menghasilkan sesuatu barang (pengkhususan kerja)
(iii)Pembahagian kerja mengurangkan kos operasi serta
meningkatkan pengeluaran.
• Mempunyai pengkhususan pekerjaan yang tersendiri. Masyarakat
tertumpu dalam sektor pekerjaan perkilangan dan mempunyai pekerjaan
yang tetap. Penggunaan mesin juga telah digunakan secara meluas.
• Oleh yang demikian, pekerja yang mempunyai kemahiran dan
menghasilkan sesuatu barangan amat diperlukan dalam kelompok
masayarakat ini. Pekerja hanya perlu melakukan sebahagian kerja bagi
mneghasilkan sesuatu barangan.
• Secara tidak langsung, pembahagian kerja dan pengeluaran secara besar-
besaran telah mengurangkan kos operasi serta meningkatkan pengeluaran.
Penggunaan mesin menyemai benih oleh Jethro Tull membolehkan proses
pembajakan berjalan lancar dan telah menambahkan hasil pengeluaran.
(3) MOBILITI SOSIAL
• Mobiliti sosial
(i) Perkembangan pesat dalam bidang perindustrian
menyebabkan taraf hidup golongan pekerja meningkat.
(ii) Peningkatan pengeluran menyebabkan mereka mendapat
pendapatan yang tinggi.
(iii)Hal ini telah meletakkan asas bagi kemunculan golongan
kelas menengah masyarakat.
• Mobiliti Sosial telah berlaku dalam masyarakat industri. Kumpulan
masyarakat ini telah berubah dengan wujudnya kelas pekerja dan
individu yang tumbuh dengan pesat dalam aspek saiz mahupun
kepentingan.
• Ini kerana taraf hidup golongan pekerja telah meningkat. Peningkatan
dalam pengeluaran menyebabkan mereka menerima pendapatan yang
tinggi. Ini meletakkan asas bagi kemunculan kelas menengah dalam
masyarakat.
• Golongan kelas menengah terdiri daripada golongan yang memiliki
kilang, para peniaga, peguam dan jurutera. Golongan ini berkeinginan
dan bersedia menerima risiko untuk mendapatkan kekayaan.
(4) KEMUNCULAN KELAS
• Kemunculan kelas
(i) Tergolong kepada 2 kelas iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja
(ii) Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang,tuan tanah dan
pengusaha lombong.
(iii) Golongan pekerja amat bergatung kepada golongan kapitalis
(iv) Selepas berlaku peningkatan dalam pengeluaran, muncul golongan
profesional.
(v) Perkembangan ini meningkatkan taraf hidup golongan pekerja.
• Ciri masyarakat industry seterusnya ialah kemunculan kepada dua
kelas iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja. Kelas kapitalis terdiri
daripada pemilik kilang, tuan tanah dan pengusaha lombong. Kelas
pekerja pula ialah buruh dan pekerja kilang di kilang tekstil, kilang
kimia dan kejuruteraan elektrik.
• Golongan pekerja amat bergantung kepada golongan kapitalis. Pada
peringkat awal, proses perindustrian membawa kesengsaraan
kepada rakyat biasa yang bekerja sebagai buruh di kilang.
• Namun, selepas berlaku peningkatan dalam pengeluaran muncul
golongan profesional. Perkembangan ini menyebabkan taraf
kehidupan golongan pekerja meningkat.
(5) URBANISASI
• Urbanisasi
(i) Selepas tercetus revolusi perindustrian, ramai penduduk luar bandar
berhijrah ke bandar untuk bekerja di kilang.
(ii) Fenomona ini melahirkan proses urbanisasi khususnya di bandar
perindustrian.
(iii) Perkembangan ini menyebabkan pertambahan penduduk secara
mendadak di kawasan bandar.
(iv) Penghijrahan pekerja beramai-ramai menyebabkan kesesakan di
kawasan bandar perindustrian
• Ciri seterusnya ialah perkembangan dalam bidang perindustrian
telah membawa kepada perpindahan penduduk dari kawasan luar
bandar ke kawasan bandar. Masyarakat industri merupakan
masyarakat yang tinggal di bandar-bandar perindustrian
• Ini kerana, proses migrasi telah berlaku ke kawasan bandar secara
pesat. Para imigran ini bekerja di kilang atau sebagai pengusaha
industri. Misalnya penghijrahan penduduk Ireland ke bandar-bandar
besar di England.
• Menjelang tahun 1851 bandar-bandar seperti Lancashire, Yorkshire
dan Nottinghamshire menjadi tumpuan penduduk. Perkembangan
ini membawa kepada proses urbanisasi.
(6) MASYARAKAT LITERASI
• Masyarakat literasi
(i) Terdiri daripada kelompok masyarakat yang memiliki ilmu dalam
bidang pendidikan
(ii) Perubahan kehidupan masyarakat membawa kepada kehidupan yang
lebih sihat dan mementingkan pendidikan
(iii) Masyarakat mula terdedah kepada unsur-unsur demokrasi &
memperjuangkan kepentingan mereka melalui politik
• .Ciri masyarakat industri seterusnya ialah sebuah masyarakat
literasi. Mereka terdiri daripada kelompok masyarakat yang memiliki
ilmu dalam bidang pendidikan.
• Ini kerana, kemajuan dalam industri telah menyebabkan perubahan
kehidupan masyarakat kepada gaya hidup yang mewah,pertambahan
sistem komunikasi dan pengangkutan, kehidupan yang lebih sihat
dan mementingkan pendidikan.
• Oleh itu, masyarakat ini mula terdedah kepada unsur-unsur
demokrasi dan memperjuangkan kepentingan mereka melalui
politik.Perjuangan mereka adalah melalui parlimen dan sebanyak 61
wakil kelas menengah berada di Parlimen pada pertengahan abad
18