The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAB 4 - MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-04337667, 2021-08-24 00:49:58

MASY. INDUSTRI ENGLAND

BAB 4 - MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND

•KEMUNCULAN BANDAR PERUSAHAAN

(i) Revolusi perindustrian menyebabkan penduduk berhijrah
ke bandar untuk bekerja di kilang

(ii) Muncul bandar perusahaan baru seperti Manchester dan
Birmingham.

(iii)Pertambahan penduduk menyebabkan keadaan hidup
menjadi teruk, antara masalah yg dihadapi ialah sistem
perparitan,sistem kumbahan,peredaran udara dan sistem
bekalan air.

Revolusi Perindustrian menyebabkan penduduk berhijrah ke bandar untuk
bekerja di kilang. Perkembangan ini menyebabkan muncul bandar
perusahaan seperti Manchester dan Birmingham. Pertambahan penduduk
di kawasan bandar perusahaan menyebabkan keadaan hidup menjadi
teruk. Antara masalah yang dihadapi oleh penduduk bandar di England
adalah seperti sistem perparitan, sistem kumbahan, peredaran udara dan
sistem bekalan air yang tidak baik.

Revolusi Perindustrian juga menyebabkan perdagangan antarabangsa
berkembang dengan pesat. Pedagangan antara bangsa tidak terhad kepada
komoditi, malah melibatkan pengeluaran barang industri secara
besar besaran. Kerajaan England melaksanakan dasar perdagangan bebas
sepenuhnya dalam sektor perindustrian dan pertanian dan memansuhkan
tarif import bahan-bahan mentah bagi meningkatkan perdagangan
antarabangsa dan meluaskan pasaran.

PERDAGANGAN

(i) Perdagangan antarabangsa menjadi pesat.

(ii) Perdagangan antarabangsa tidak terhad kepada komoditi seperti
emas,perak atau rempah-ratus, kini melibatkan pengeluaran
barangan industri seperti arang batu,jentera,besi dan tembaga.

(iii) Perdagangan antarabangsa menyebabkan negara industri
menghasilkan pengeluaran secara besar-besaran.

(iv) England melaksanakan dasar perdagangan bebas dan memansuhkan
tarif import bagi meningkatkan perdagangan antarabangsa.

Revolusi Perindustrian juga menyebabkan
perdagangan antarabangsa berkembang dengan
pesat. Perdagangan antarabangsa menyebabkan
negara industri menghasilkan pengeluaran secara
besar-besaran. Bagi meningkatkan perdagangan
antarabangsa, England melaksanakan dasar
perdagangan bebas sepenuhnya dalam sektor
perindustrian dan pertanian

KEMAJUAN DALAM BIDANG PENGANGKUTAN

(i) Sistem pengangkutan yang baik disediakan untuk memudahkan
pergerakan barangan dan pemasaran.

(ii) Hal ini menyebabkan jalan raya dan jalan kereta api dapat dibina dan
pengangkutan laut dapat dijalankan.

(iii) Tokoh yang memberi sumbangan dlm pembinaan jalan raya ialah John
Metcalf,Thomas Telford dan John McAdam.

(iv) Kemajuan dalam teknologi pembinaan jalan raya menyebabkan
penggunaan kereta kuda dan kereta sorong meningkat.

(v) Selain itu, berlaku kemajuan dalm pembinaan lokomotif dan
pengangkutan kereta api.

Revolusi Perindustrian menyebabkan kemajuan dalam sistem
pengangkutan memudahkan pergerakan barangan dan pemasaran.
John Metcalf memperbaiki sistem saliran di jalan raya. Thomas Telford
membina jalan raya dalam dua lapisan. John McAdam membina jalan
raya dengan menggunakan batu hancur dan jalan raya tar. Kemajuan
ini menyebabkan penggunaan kereta kuda dan kereta sorong
meningkat.

Richard Trevithick mencipta lokomotif untuk menarik gerabak pada
tahun 1801. George Stephenson mereka lokomotif berkuasa wap pada
tahun 1825. Kereta api pertama di Britain beroperasi antara
manchester dengan Liverpool pada tahun 1829. Sistem pengangkutan
laut berkembang ekoran daripada kemajuan dalam teknologi
pembinaan kapal. James Bridley membina Terusan Worsley untuk
mengangkut batu ke bandar perusahaan Manchester













PERKEMBANGAN INDUSTRI ARANG BATU,

BESI & KELULI

Revolusi Peridustrian menyebabkan permintaan untuk besi dan keluli
meningkat.

Perkembangan ini menyebabkan permintaan untuk bekalan arang batu
turut meningkat. Menjelang tahun 1860, England mengungguli negara lain
dalam pengeluaran arang batu. Abraham Darby the Elder, Abraham Darby
the Younger, Henry Cort, Benjamin Hunstmen, Sir William Siemens, dan
Sir Henry Bessemer merupakan tokoh dalam penghasilan bijih besi dan
keluli.

Revolusi Perindustrian menyebabkan permintaan untuk arang batu, besi dan
keluli meningkat. Arang batu diperlukan dalam kuantiti yang banyak untuk
melebur bijih besi. Arang batu terdapat dalam kuantiti yang besar di New 27
Castle dan Wales. Kemajuan yang pesat dalam industri besi, keluli dan arang
batu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri di England.

Abraham Darby the Elder memajukan kaedah melebur besi dengan bahan
bakar daripada arang batu yang dipanggil Coke pada tahun 1712. Abraham
Darby the Younger memperbaiki hasil ciptaan ayahnya dengan menggunakan
relau bagas pada pertengahan abad ke-18. Henry Cort menemui kaedah
menghasilkan besi yang lebih kuat. Benjamin Hunstmen menghasilkan keluli
yang berkualiti tinggi. Sir William Siemens menemui kaedah yang lebih baik
dalam penghasilan keluli pada tahun 1865 dan Sir Henry Bessemer menemui
kaedah mengurangkan masa yang diperlukan untuk menghasilkan keluli
daripada bijih besi.



PERTAMBAHAN
PENDUDUK

PENGKHUSUSAN KERJA & PERUBAHAN
PENGELUARAN SECARA GAYA HIDUP

BESAR-BESARAN

KESESAKAN DI KESAN KEMUNCULAN
BANDAR SOSIAL GOLONGAN KELAS

PERINDUSTRIAN MENENGAH

KEPUPUSAN KEMUNCULAN
INDUSTRI KECIL GOLONGAN
PROLETARIAT

KESAN SOSIAL

• Pertambahan penduduk
• Perubahan gaya hidup
• Kemunculan golongan kelas menengah
• Kemunculan golongan proletariat
• Kepupusan industri kecil
• Kesesakan di bandar perindustrian
• Pengkhususan kerja dan pengeluaran besar-besaran
• Eksploitasi terhadap pekerja wanita dan kanak-kanak

• PERTAMBAHAN PENDUDUK

(i) Antara tahun 1800 dan 1850, bilangan penduduk di England meningkat dua
kali ganda.

(ii) Faktor pertambahan penduduk :-

(a) Peningkatan taraf hidup penduduk

(b) Kemajuan dalam kesihatan

(c) Penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar

(d) Migrasi penduduk dari Ireland

(iii) Kawasan yang mengalami pertambahan penduduk adalah Nottinghamshire,
Staffordshire, Warwickshire dan Lancashire.

(iv) Penghijrahan penduduk ke luar negara seperti India, Australia dan China
berlaku kerana pertambahan penduduk.

Pertambahan penduduk meningkat dua kali ganda, sekitar tahun
1800 dam 1850. Pada tahun 1800, bilangan penduduk di England
bejumlah 11 juta dan meningkat kepada 21 juta orang pada tahun
1850.

Antara faktor yang menyebabkan berlaku pertambahan penduduk
ialah: Peningkatan taraf hidup penduduk, Kemajuan dalam kesihatan,
Pengurangan kadar kematian di dalam dan luar Negara, Penghijrahan
penduduk dari luar Bandar ke Bandar dan Migrasi penduduk dari
Ireland. Pertambahan penduduk menyebabkan berlakunya
penghijrahan penduduk keluar ke negara seperti India, Australia dan
China.

• PERUBAHAN GAYA HIDUP

(i) Ramai golongan muda berhijrah ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan.
(ii) Suasana kehidupan di bandar telah menyebabkan ikatan kekeluargaan mula merosot.
(iii) Menyebabkan berlaku masalah sosial seperti jenayah dan pelacuran.
(iv) Dalam pada itu, kejayaan seseorang individu ditentukan oleh bakat dan kekayaan yang dimilikinya.
(v) Status keturunan tidak mentukan kejayaan seseorang.

• KEMUNCULAN GOLONGAN KELAS MENENGAH

(i) Golongan kelas menengah mempunyai kuasa politik.
(ii) Golongan ini berjuang untuk mendapatkan perwakilan di parlimen bagi menyuarakan hak dan

kepentingan mereka.
(iii) Mereka menuntut hak-hak ekonomi serta hak golongan pekerja dalam parlimen
(iv) David Ricardo, tokoh yg memperjuangkan hak golongan pekerja di Parlimen England.
(v) Pada abad ke-18, ramai anggota Parlimen England terdiri daripada golongan kelas menengah.
(vi) Mereka berjaya mempertahankan hak mereka dengan akta-akta bagi menjaga kepentingan politik dan

ekonomi.

Golongan ini berjuang untuk mendapatkan perwakilan di parlimen
bagi menyuarakan hak dan kepentingan mereka. Mereka menuntut
hak-hak ekonomi serta golongan pekerja dalam parlimen. Antara
tokoh yang terlibat untuk memperjuangkan hak pekerja dalam
parlimen England ialah David Ricardo. Pada abad ke-18 ramai anggota
parlimen England terdiri daripada golongan kelas menengah.

Mereka berjaya mempertahankan hak mereka dengan meluluskan
akta-akta bagi menjaga kepentingan politik dan ekonomi mereka.
Antara akta yang diluluskan oleh parlimen British bagi
mempertahankan golongan menengah adalah: Pada tahun 1813 -
Pemansuhan monopoli Syarikat HIndia Timur dan 1814 – Pemansuhan
Akta Perantis.

• KEMUNCULAN GOLONGAN PROLETARIAT

(i) Muncul kelas pekerja yang dikenali sebagai golongan proletariat.
(ii) Terdiri daripada pekerja yang bekerja di kilang-kilang perindustrian.
(iii) Pengenalan jentera berkuasa wap menyebabkan tenaga manusia tidak diperlukan dalam sektor

perindustrian. Oleh itu, ramai pekerja kehilangan pekerjaan dan berlaku pengangguran.
(iv) Golongan ini melancarkan gerakan yang dikenali sebagai Gerakan Luddite bagi membantah

penggunaan jentera di kilang-kilang.

• KEPUPUSAN INDUSTRI KECIL

(i) Revolusi Perindustrian menyebabkan ramai pekerja berhijrah ke bandar untuk bekerja di kilang
perindustrian.

(ii) Perkembangan ini menyebabkan industri kecil yang dijalankan di kawasan luar bandar terjejas.

KESESAKAN DIBANDAR

PERINDUSTRIAN

• Penghijrahan penduduk dari kawasan luar Bandar menyebabkan
berlaku kesesakan dibandar perindustrian. Antara Bandar yang
mengalami kesesakan ialah Manchester, Liverpool, Leeds, dan Lyons.
Kesesakan ini menyebabkan timbul masalah peumahan, kesihatan dan
sanitasi.

• Persekitaran yang kotor menyebabkan penduduk terdedah kepada
penyakit berjangkit seperti kolera, taun dan batuk kering kerana
Bandar yang sesak tidak mempunyai sistem kumbahan, peredaran
udara dan sistem bekalan air yang baik.

PENGKHUSUSAN KERJA &
PENGELUARAN BESAR-BESARAN

• Revolusi perindustrian menyebabkan berlskunys
pengkhususan kerja dan pengeluaran secara besar-
besaran. Pengkhususan kerja telah mengurangkan kos
operasi pengeluaran dan meningkatkan pengeluaran.

EKSPLOITASI TERHADAP PEKERJA

WANITA & KANAK-KANAK

• Kaum wanita dan kanak-kanak sering diambil untuk bekerja di kilang dan lombong
arang batu. Kemalangan sering berlaku yang melibatkan wanita dan kanak-kanak.
Pekerja wanita dan kanak-kanak dipaksa bekerja berjam-jam dengan pendapatan yang
rendah. Eksploitasi ini berlaku kerana tiada batasan had masa bekerja. Umpamanya
buruh kanak-kanak dipaksa bekerja dikilang selama 13 hingga 15 jam sehari.

• Penindasan ini menyebabkan kerajaan mengambil langkah untuk membela nasib
mereka. Pada tahun 1833, kerajaan meluluskan Akta kilang yang mengehadkan masa
bekerja bagi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun selama 8 jam sehari. Pada tahun
1842, parlimen meluluskan Akta Lombong yang melarang kanak-kanak perempuan
dan wanita bekerja do lombong arang batu. Pada tahun 1847, Akta Sepuluh Jam yang
mengehadkan masa bekerja bagi wanita dalam industri tekstil selama 10 jam sehari
diperkenalkan.



PENUTUP

Perkembangan Revolusi Perindustrian telah memberikan kesan yang sangat mendalam
kepada negara England dalam bidang ekonomi. Perkembangan ini sekaligus meningkatkan
kemajuan negara England dalam bidang ekonomi.

Revolusi perindutrian yang tercetus di England pada abad ke-18 dan abad ke-19 telah
meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap Negara Eropah. Revolusi ini telah
melahirkan masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat industri. Masyarakat industri
merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor perindustrian sebagai sumber
kehidupan mereka. Masyarakat industri mempunyai kedudukan sosial yang menarik dalam
sebuah masyarakat. Masyarakat ini tinggal di kawasan Bandar dan terlibat secara langsung
dalam sektor perindustrian.

Masyarakat ini juga terdiri daripada golongan proletariat (kelas pekerja) dan pengusaha
kilang-kilang. Kemunculan masyarakat industri menybabkan muncul pertubuhan dan
pergerakan yang memperjuangkan hak dan nasib golongan pekerja yang tertindas.
Perkembangan ini menyebabkan perubahan dalam sistem sosial di negar Eropah.




Click to View FlipBook Version