(7) KEMAJUAN SAINS & TEKNOLOGI
• Kemajuan sains & teknologi
(i) Masyarakat mempunyai pengetahuan & kelengkapan yang mencukupi
(ii) Masyarakat industry mempunyai pengetahuan dalam bidang &
teknologi
(iii) Menerapkan pengetahuan & teknologi baharu dalam pertumubuhan
sector perindustrian
(iv) Menyebabkan lahir golongan saintis yang menghasilkan mesin baharu
bagi kegunaan perindustrian
(v) Peringkat awal, mesin berkuasa wap dihasilkan oleh Thomas
Newcomen & James Watt
• Masyarakat industri di England mempunyai pengetahuan dan
kelengkapan yang mencukupi untuk mendahului negara-negara lain
dalam perindustrian. Beberapa rekaan dan ciptaan ditemui. Para
pencipta diberikan hak paten untuk hasil ciptaan mereka.
• Selain itu, antara pencapaian teknologi terawal ialah penghasilan
tenaga wap melalui pembakaran arang batu. Thomas New Comen
mencipta enjin berkuasa wap pada tahun 1702. Enjin ini digunakan
dalam perusahaan melombong arang batu.
• James Watt juga telah memperbaiki enjin rekaan Thomas
Newcomen. Enjin ciptaan beliau digunakan di England dan juga
dieksport.
FAKTOR-FAKTOR
PERKEMBANGAN
MASYARAKAT INDUSTRY
DI ENGLAND
KEMAJUAN SAINS PERTAMBAHAN
& TEKNOLOGI PENDUDUK
KELEMAHAN FAKTOR KEKAYAAN BAHAN
NEGARA- PERKEMBANGAN MENTAH
NEGARA LAIN PERKEMBANGAN
MERKANTILISME
KEADAAN IKLIM REVOLUSI
DI ENGLAND PERTANIAN
FAKTOR PERKEMBANGAN REVOLUSI
PERINDUSTRIAN
• Pertambahan penduduk
• Kekayaan bahan mentah
• Kemajuan pengangkutan
• Perkembangan merkantilisme
• Modal mencukupi
• Pengaruh reformasi England
• Revolusi Pertanian
• Iklim yang sesuai untuk Perindustrian
• Kelemahan negara-negara lain
• Kemajuan sains dan teknologi
• Kestabilan politik di England
• Peranan Adam Smith
• Peranan golongan Puritan
• Semangat keusahawanan
(1) PERTAMBAHAN PENDUDUK
• Pertambahan penduduk
(i) Pertambahan penduduk menyebabkan wujud bekalan buruh tenaga
buruh yang mecukupi untuk bekerja di sektor perkilangan.
(ii) Pertambahan penduduk juga mewujudkan pasaran bagi barangan
keluaran kilang perindustrian.
(iii) Peningkatan penduduk di tanah jajahan telah menyediakan pasaran
yang luas bagi barangan yang dikeluarkan oleh kilang di England.
Menyumbangkan kepada pertambahan penduduk yang meningkat dua kali ganda di
England tahun 1800 dan 1850. Pada tahun 1850 lebih separuh populasi England tinggal
di pekan dan di bandar.
Pada tahun 1851, penduduk dari Ireland telah berhijrah beramai-ramai ke England.
Kawasan yang mengalami penduduk ialah Lancashire, West Riding di Yorkshire,
Warwickshire, Nottinghamshire dan Staffordshire.
Penghijrahan ini telah membawa kepada penyertaan Ireland-England dan penduduk
tertumpu kepada pekerjaan dalam industri tekstil.
Menggalakkan masyarakat England pada usia muda dan peroleh ramai anak.
Kelahiran yang tinggi menyebabkan England menyumbangkan kepada penggunaan
tenaga buruh kanak-kanak dalam perlombongan arang batu.
Pada abad ke-19 sahaja, kanak-kanak yang berusia 15 tahun adalah seramai 40%
daripada keseluruhan penduduk England.
Kepesatan pertambahan penduduk membawa kepada
perkembangan Revolusi Perindustrian.
Pertambahan ini menyumbang kepada bekalan tenaga
buruh yang mencukupi untuk sector perkilangan
Pertambahan penduduk telah mewujudkan pasaran bagi
barangan keluaran kilang-kilang perindustrian di England.
Selain itu, penghijrahan pekerja dari Ireland dan Scotland
turut membawa kepada pertambahan tenaga kerja yang
ramai untuk bekerja di sector perkilangan. Seterusnya,
dapat menyokong Revolusi Perindustrian di England
Irish emigrants leaving
Queenstown for New York,
(1874), Library of Congress,
Washington
(2) KEKAYAAN BAHAN MENTAH
• Kekayaan bahan mentah
(i) Terdapat bekalan mentah yang banyak seperti arang batu
dan bijih besi di England.
(ii) Bekalan arang batu banyak terdapat di wilayah New
Castle dan Wales.
(iii)Penguasaan tanah-tanah jajahan di Asia dan Afrika turut
menjamin bekalan bahan mentah yang mencukupi untuk
kilang-kilang perindustrian di England.
Kekayaan bahan mentah seperti hasil pertanian & hasil bumi
telah membawa kepada perkembangan revolusi
perindustrian di England
Perkembangan pesat dalam sector pertanian telah
menambahkan pengeluaran makanan di England.
Pertambahan pengeluaran makanan ini dapat menampung
bekalan makanan kepada penduduk England yang semakin
bertambah.
Malahan, sector pertanian juga menyumbang kepada
perkembangan sector perusahaan tekstil di England.
Sektor pertanian telah menjadi penyumbang bahan mentah
dalam perusahaan tekstil.
Selain bahan mentah daripada hasil pertanian, England
juga mempunyai bekalan bahan mentah seperti arang
batu dan bijih besi.
Bekalan arang batu yang banyak terdapat di wilayah New
Castle & Wales serta kawasan jajahan di Asia & Afrika
turut menjamin bekalan bahan mentah yang mencukupi
dan berterusan untuk kilang-kilang perindustrian di
England
Kesannya, membawa kepada perkembangan
perindustrian besi dan jentera di England
BIJIH
BESI
(3) KEMAJUAN PENGANGKUTAN
• Kemajuan pengangkutan
(i) Kemajuan dalam bidang penganggukatan membantu pengagihan
barangan ke seluruh negara.
(ii) Penggunaan kuasa wap membantu perkembangan sistem
penganggukatan seperti kereta api dan kapal laut.
(iii) Rekaan gerabak berkuasa wap membolehkan
(a) gerabak dipacu dengan laju.
(b) Enjin menarik lebih banyak gerabak barangan dan pekerja kilang.
Kemajuan dalam bidang perkapalan, jalanraya, kereta api dan
terusan.
Terusan Worsley yang pertama dibina pada tahun 1761 digunakan
untuk membawa arang batu.
Penciptaan lokomotif atau jentera wap untuk menarik gerabak.
Landasan kereta api moden pertama dibina di England pada 1825
yang menghubungkan lombong arang batu Durham di Stockton
dengan Darlingston. Pada tahun 1806-1859, London- Bristol-South
Wales dan 1875 London dengan Birmingham.
Kemajuan dalam bidang pengangkutan yang membantu
mengagihkan barangan ke seluruh negara turut menyumbang
kepada perkembangan Revolusi Perindustrian.
Misalnya, penggunaan kenderaan berkuasa wap telah membantu
perkembangan sistem pengangkutan seperti kereta api dan kapal
laut. England mula membina kapal besi dan menggantikan rangka
kayu sebagai dinding.
Selain itu, kapasiti kapal yang lebih besar serta berkuasa wap telah
membolehkan kapal-kapal ini mengangkut lebih banyak kargo.
Rekaan gerabak berkuasa wap juga menyebabkan lebih banyak
barangan dan pekerja dapat diangkut. Ditambah pula dengan
pembinaan lebih banyak landasan kereta api yang merancakkan
perlombongan arang batu dan logam lain
(4) PERKEMBANGAN MERKANTILISME
• Perkembangan merkantilisme
(i) Menyediakan kekayaan & modal untuk mempelopori revolusi
perindustrian
(ii) Sistem merkantilisme menyediakan kekayaan dan modal untuk
mempelopori revolusi perindustrian
(iii) Sistem merkantilisme menekankan pemberian latihan kemahiran untuk
pekerja-pekrja menerusi dasar apprentice
(iv) Dasar ini juga menyediakan ramai tenaga buruh yang terlatih dan
mudah diserapkan dalam mana-mana industri
(5) REVOLUSI PERTANIAN
• Revolusi pertanian
(i) Revolusi pertanian menyebabkan berlakunya peningkatan daam
pengeluaran hasil pertanian
(ii) Peningkatan dalam hasil pertanian disebabkan oleh sistem pemagaran
tanah yang diperkenalkan semasa revolusi pertanian
(iii) Perkembangan ini menyebabkan bekalan makanan bagi penduduk
semakin mencukupi
(iv) Hal ini menyebabkan England tidak perlu mengimport makanan dari
luar negara. Dana lebihan hasil pertanian dilaburkan dalam bidang
perindustrian.
Pada zaman perindustrian masyarakat petani di england telah memulakan sistem
tanah berpagar untuk menggantikan tanah lapang.
Parlimen England telah mengeluarkan akta berhubung dengan proses pembahagian
tanah awam kepada pemilikan secara perseorangan.
Melalui akta ini, tanah awam yang hendak dijadikan hak persendirian perlu
mendapatkan kelulusan parlimen. Buktinya antara tahun 1761-1792, hampir 5 000 000
ekar tanah dipagar.
Meninggalkan kesan terhadap petani uang memiliki tanah yang kecil.
Sistem tanaman bergilir Norfolk dan tanaman baru telah diperkenalkan. Kesannya,
mengekalkan kesuburan tanah serta meningkatkan produktiviti ladang.
Bagi menyuburkan tanah, kemajuan sains berjaya memperkenalkan baja tiruan kepada
masyarakat petani.
Cara menebus guna tanah, menggunakan sistem guna tanah secara heavy manuring,
iaitu menjadikan kawasan tanah berpasir sebagai tempat penanaman gandum yang
subur.
(6) KEADAAN IKLIM DI ENGLAND
• Keadaan iklim di England
(i) Membantu perkembangan dalam bidang perindustrian
(ii) Perkembangan perusahaan kapas di Lancashire di sebabkan oleh
keadaan iklim yang sesuai di England
(iii) Iklim lembab sesuai untuk menjalankan kegiatan memintal dan
menenun kain-kain kapas
(iv) Anak-anak sungai di sekeliling Yorkshire menyediakan bekalan air yang
mencukupi untuk membasuh, meluntur dan mencelup bulu yang
digunakan dalam industry tekstil
(7) KELEMAHAN NEGARA-NEGARA
LAIN
• Kelemahan negara-negara lain
(i) Negara Jerman tidak dapat bersaing dengan England dalam sector
perindustrian kerana kokongan adat, kemajuan ekonomi yang tidak
menyeluruh, cukai tinggi dan sekatan yang dikenakan terhadap bidang
perindustrian
(ii) Negara Perancis pula ketinggalan dalam bidang perindustrian keranan
penekanan dalam bidang ketenteraan, sistem politik yang bersifat
autokrasi, percubaan kerajaan untuk mengawal industry dan cukai
yang tinggi dikenakan terhadap pengusaha industry
(iii) Perkembangan ini memudahkan England menguasai perindustrian
(8) KEMAJUAN SAINS & TEKNOLOGI
• Kemajuan sains & teknologi
(i) Menyumbang kepada peningkatan perindustrian di England.
(ii) Perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi menyebebkan
beberapa rekaan dan ciptaan ditemui. Oleh itu, penciptaan mesin
baharu menggalakkan perkembangan kegiatan perindustrian di
England.
(iii) Tambahan pula, para pencipta diberikan paten untuk hasil ciptaan
mereka bagi orang lain meniru hasil sesuatu ciptaan.perkembangan ini
menggalakkan orang ramai untuk mencipta mesin baharu bagi
kegunaan perindustrian.
KESIMPULAN
Revolusi perindustrian menyebabkan England berubah daripada Negara
agraria
kepada Negara perindustrian.
Revolusi perindustrian juga membawa kepada pengenalan kuasa
jentera,pengumpulan modal yang meningkatkan pemesatan
ekonomi di England dan penambahan bilangan kelas pekerja serta kelas
pertengahan baru yang terdiri daripada pemilik kilang, saudagar, dan
peniaga
KESAN-KESAN REVOLUSI
PERINDUSTRIAN DI
ENGLAND
PENGENALAN
• Revolusi perindustrian bermaksud proses perubahan sebuah ekonomi yang mudah kepada
satu ekonomi yang kompleks.
• Revolusi perindustrian berlaku dalam 2 tahap iaitu tahap pertama berlaku di England pada
tahun (1760 – 1860). Manakala tahap kedua pula revolusi perindustrian telah berkembang
ke bahagian barat benua Eropah, Amerika Syarikat, Rusia dan Jepun antara tahun (1860 –
1914).
• Revolusi Perindustrian juga memperlihatkan England berubah daripada negara agraria
(pertanian) kepada negara perindustrian serta menyebabkan berlakunya pertumbuhan
kadar urbanisasi yang pesat dan pertambahan penduduk yang tinggi.
• Revolusi perindustrian yang berlaku di England telah mendatangkan pelbagai kesan dalam
bidang ekonomi. Antara kesan Revolusi Perindustrian dalam bidang ekonomi ialah
kemajuan dalam pertanian, perkembangan dalam industri tekstil, kemunculan bandar
perusahaan, perdagangan, kemajuan dalam pengangkutan serta perkembangan dalam
industri batu, besi,dan keluli.
PERKEMBANGAN KEMAJUAN PERKEMBANGAN
INDUSTRI ARANG DALAM DALAM
BATU, BESI & PERTANIAN INDUSTRI
KELULI TEKSTIL
KESAN KEMUNCULAN
KEMAJUAN EKONOMI BANDAR
DALAM BIDANG PERUSAHAAN
PENGANGKUTAN PERDAGANGAN
KEMAJUAN DALAM PERTANIAN
• Pengenalan sistem ladang
(i) Revolusi perindustrian menyebabkan berlaku perubahan dalam
sistem pemilikan tanah pertanian.
(ii) Sistem Pemagaran Tanah Pertanian diperkenalkan menggantikan
sistem Tanah Terbuka (Open Field System) kesannya muncul ladang
lebih luas.
(iii) Melalui Akta Pemagaran Tanah banyak tanah awam dijadikan tanah
ladang yang lebih luas.
(iv) Antara tahun 1761-1792 hampir 500 000 ekar tanah disatukan. Oleh
itu, kerajaan memperkenalkan teknologi moden dalam bidang
pertanian.
• Sistem tanaman bergilir
(i) Sistem tanaman bergilir diperkenalkan oleh Lord Townshend
(ii) Dalam sistem ini,tanah rang (tanah yang dibiarkan) tidak wujud kerana ditanam dengan
rumput untuk mengekalkan kandungan nitrogen dalam tanah.
• Sistem pegurusan ladang
(i) Sistem pengurusan ladang yang teratur dan sistematik diperkenalkan oleh Coke of Holkham.
(ii) Beliau memberi sumbangan dalam kaedah menebus guna tanah pertanian.
(iii) Beliau memperkenalkan kaedah heavy-manuring, tanaman akar dan sistem pemajakan jangka
panjang.
• Kaedah penternakan baharu
(i) Robert Bakewell memperkenalkan kaedah baharu dalam penternakan biri-biri dan lembu.
(ii) Mempercepatkan pembesaran binatang ternakan dan menghasilkan baka biri-biri yang
terbaik.
(iii) Melalui kaedah baharu ini,bekalan daging dan susu telah meningkat secara mendadak.
• Penggunaan baja tiruan
(i) Kemajuan dalam bidang sains telah menyebabkan baja tiruan diperkenalkan.
(ii) Penggunaan baja tiruan menyebabkan kesuburan tanah pertanian dapat ditingkatkan.
Revolusi Perindustrian telah menyebabkan berlaku perubahan dalam sistem
pemilikan tanah perjanjian. Sistem Pemagaran Tanah Pertanian
diperkenalkan menggantikan Sistem Tanah Terbuka. Melalui Akta
Pemagaran Tanah banyak tanh awam dijadikan tanah ladang yang lebih luas.
Sistem tanaman bergilir diperkenalkan oleh Lord Townshed. Dalam sistem
penggiliran tanaman, tanah rang tidak wujud. Sebaliknya tanah rang
ditanam dengan tanaman rumput untuk mengekalkan kandungan nitrogen
di dalam tanah.
Sistem pengurusan ladang yang teratur dan sistematik diperkenalkan oleh
Coke of Holkham. Beliau memberI sumbangan dalam kaedah menebus
guna tanah pertanian. Beliau memperkenalkan tanaman akar seperti lobak
putih, parnsnip, Swedes, dan mangolds. Robert Bakewell memperkenalkan
kaedah baharu dalam penternakan biri-biri dan lembu. Beliau
mempercepatkan pembesaran binatang ternakan dan menghasilkan baka
biri-biri yang terbaik.
Petani juga mengamalkan sistem pertanian campuran yang
melibatkan aktiviti pertanian dan penternakan. Petani juga
terlibat dalam menanam rumput dalam kawasan pertanian yang
sama. Penglibatan dalam aktiviti pertanian dan penternakan
menambahkan pendapatan petani. Kemajuan dalam pertanian
menyebabkan pelbagai kaedah baharu diperkenalkan. Jethro Tull
telah memperkenalkan alat penggali dan penabur benih. Alat ini
digunakan untuk menggali lubang dan menabur benih pada jarak
tertentu. Kaedah ini juga memudahkan petani kerja
menggemburkan dan membersihkan tanah pertanian.
• PERKEMBANGAN DALAM INDUSTRI TEKSTIL
(i) Penemuan mesin baharu menyebabkan industri tekstil berkembangan
dengan pesat.
(ii) CIPTAAN
TOKOH
JOHN KaY MENCIPTA MESIN PENENUN DIKENALI
SEBAGAI FLYING SHUTTLE
JAMES HARGREAVES MINCIPTA SPINNING JENNY
EDMUND CARTWIGHT MENCIPTA MESIN PENENUN
MENGGUNAKAN KUASA AIR
SIR RICHARD ARKWRIGHT MENCIPTA PEMINTAL BENANG DIKENALI
SEBAGAI WATER FRAME
SAMUEL CROMPTON MENCIPTA MESIN PEMINTAL DIKENALI
SEBAGAI MULE
(iii) Penciptaan mesin ini meningkatkan pengeluaran kapas di England.
Revolusi Perindustrian telah menyebabkan berlaku kemajuan dalam
industri tekstil. Kemajuan mesin baharu menyebabkan industri tekstil
berkembang dengan cepat. John Kay mencipta mesin penenun yang
dikenali sebagaiFlying Shuttle pada tahun 1733. James Hargreaves
mencipta mesin pemintal benang yang dikenali sebagai Spinning Jenny
pada tahun 1765.
Edmund Cartwight mencipta mesin menenun kain yang menggunakan
kuasa air. Sir Richard Arkwright mencipta mesin pemintal benang yang
dikenali sebagai Water Frame yang menggunakan kuasa wap pada
tahun 1769. Samuel Crompton mencipta mesin pemintal yang dikenali
sebagai Mule yang dapat mempertingkatkan pengeluaran tekstil
sehingga sepuluh kali ganda.Penciptaan mesin ini telah meningkatkan
pengeluaran kain kapas di England. Perkembangan ini menyebabkan
ramai penduduk di England mencari pekerjaan di kilang-kilang.