The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PANDUAN PENGAJARAN KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kss.pkk07, 2021-03-22 21:42:16

PANDUAN PENGAJARAN KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN

PANDUAN PENGAJARAN KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN

1.0 BOLA JARING

1.1 Keperluan Permainan Bola Jaring

a) Peraturan dan undang-undang permainan

Bilangan Setiap pasukan terdiri 7 pemain dan 5 pemain simpanan
pemain
Tempoh Terdapat dua bahagian iaitu selama dua puluh (20) mini setiap
permainan separuh masa. Masa rehat 5 minit.

Pasukan akan bertukar Kawasan Gol pada akhir separuh masa.

Pengadil Permainan dipengadili oleh 2 orang pengadil.

Memulakan Permainan dimulakan dan dimulakan semula selepas setiap
permainan jaringan gol.
Hantaran Tengah diambil secara bergilir-gilir selepas setiap
jaringan gol.

Gerak kaki Pemain tidak dibenarkan mengheret atau mengerakkan kaki
‘Held ball’ mendarat.

Pemain tidak dibenarkan memegang bola lebih dari 3 saat.

Lebih Bola tidak boleh dihantar lebih daripada keseluruhan satu
kawasan kawasan tanpa disentuh atau ditangkap terlebih dahulu oleh mana--
mana pemain yang dibenarkan.

off side Pemain dengan atau tanpa bola dianggap keluar kawasan jika
memasuki mana-mana kawasan selain daripada kawasan
bermainnya.

Halangan Pemain tidak dibenarkan menghalang pihak lawan yang hendak
menjaringkan dan menghantar bola.

Sentuhan Pemain tidak dibenarkan sama sekali melakukan sentuhan
dengan pemain lawan, sama ada secara sengaja atau tidak
sengaja.

Memainkan Apabila menerima bola, dimana bola telah dimiliki sepenuhnya, bola

semula terjatuh dan mengambilnya semula. Situasi ini dipanggil sebagai
‘Re-play’ ‘re-play’.

b) Pakaian dan peralatan permainan

1. Bibs
Dua set bibs/tampalan berhuruf menunjukkan posisi permainan seperti
berikut:

Rajah 1.1:Bibs
1

GK - Goal Keeper
GD - Goal Defence
WD - Wing Defence
C - Centre
WA - Wing Attack
GA - Goal Attack
GS - Goal Shooter

2. Bola
Bola yang digunakan bagi semua tahap umur ialah saiz 5. Bola getah
atau bola kulit sahaja digunakan dalam permainan bola jaring.

a) Bola Kulit b) Bola Getah

Rajah 1.2: Jenis bola

3. Pakaian
Satu pasukan perlu memakai pakaian yang seragam. Pakaian dan kasut
yang sesuai seperti gambar-gambar berikut:

Rajah 1.3(a): Pakaian
Rajah 1.3(b): Kasut

2

c) Bentuk dan saiz gelanggang
 Gelanggang permainan bola jaring berbentuk segi empat sama.
 Ukuran dan saiz gelanggang adalah seperti dalam gambar rajah berikut:

Rajah 1.4: Bentuk dan saiz gelanggang Bola Jaring
d) Etika permainan

i. Pengurus pasukan bertanggungjawab sepenuhnya memastikan setiap
pegawai dan pemain termasuk penyokong mematuhi kepada etika dan
tingkah laku yang dihormati.

ii. Tindakan yang bersesuaian boleh diambil terhadap mana-mana
pegawai, pemain dan penyokong yang bertindak tidak mengikut
peraturan atau objektif pertandingan. Tindakan meliputi hal-hal seperti
penggantungan mana-mana pasukan, pegawai atau pemain dari
penglibatan bagi sebarang jangkamasa yang sesuai.

iii. Sebarang penipuan dalam perkara kelayakan pemain atau sama ada
sengaja atau tidak sengaja adalah bertentangan dengan etika
permainan. Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan keluar
padang permainan adalah perbuatan biadab yang harus dielakkan dan
tidak sepatutnya diamalkan.

iv. Pemain perlu hormat dan mematuhi peraturan dalam permainan dari
aspek pakaian dan tingkah laku semasa dalam permainan.

3

1.2 Istilah-istilah dalam permainan

BAHASA MALAYSIA BAHASA BAHASA BAHASA
INGGERIS MALAYSIA INGGERIS
Bulatan menjaring Shooting circle Kawasan gol Goal third
Bulatan tengah Centre circle kawasan bermain Playing area
Dua separuh masa Position of
Two halves Kedudukan pemain players
Infringement
Empat suku Four quarters Kesalahan Out of court
Garisan sempadan Boundary lines Keluar gelanggang Free throw
Garisan tepi Side line Lemparan percuma Throw in
Garisan gol Goal line Lemparan masuk Interval
Gangguan Interference Masa rehat Duration of
Gerakan kaki Footwork Masa permainan play
Marking
Halangan Obstruction Mengawal Dodging
Hantaran aras dada Chest pass Mengelak Time keeper
Hantaran aras bahu Shoulder pass Penjaga masa Substitute
Hantaran bawah Under arm pass / Pemain ganti
bahu/sisi side pass Pivot
Hantaran atas kepala Paksi / pasak
Overhead / Intercept
Hantaran lantun soccer pass Pintas sekat Half time
Hantaran tengah Bounce pass Separuh masa Body contact
Jaringan penalti Centre pass Sentuhan badan Goal post
Kawasan tengah Penalty shot Tiang gol
Centre third

1.3 Format permainan dan pertandingan

a) Pertandingan Kalah Mati

Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan
terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir. Sistem ini sangat sesuai
dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi
kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber
manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu
pasukan atau peserta.

Kelebihan
• Boleh dijalankan dalam masa yang singkat;
• Cepat memilih pemenang;
• Boleh dijalankan dengan peralatan yang terhad;
• Seronok untuk ditonton; dan
• Penyertaan ramai.

Kelemahan
• Pasukan yang menjadi johan, boleh jadi bukan yang benar-benar terbaik;
• Separuh daripada pasukan akan terkeluar selepas pusingan pertama; dan
• Kemungkinan ada di antara pemain dari pasukan yang kalah langsung tiada

peluang bermain.

4

Cara mengira bilangan pasukan atau peserta menunggu (bye). Bilangan
menunggu (bye) dalam sistem pertandingan ini boleh dikira dengan menggunakan
angka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya.

Sebagai contoh, terdapat 7 pasukan yang bertanding. Angka yang lebih dari 7
ialah 8. Maka 8 tolak 7 ialah 1. Cara Ini bermakna ada 1 pasukan menunggu (bye).
Carta untuk sistem kalah mati ialah seperti berikut:

Contoh jadual pertandingan kalah mati

b) Pertandingan Liga

Merupakan satu-satunya pertandingan yang sesuai dijalankan sekiranya
pertandingan itu bertujuan memilih pasukan yang terbaik. Perkara-pekara yang
perlu diambil perhatian :

• Masa yang mencukupi;
• Kewangan yang ada;
• Bilangan pengadil; dan
• Kemudahan dan peralatan yang ada.

Pertandingan boleh dijalankan dalam
• Liga satu pusingan; dan
• Liga berkumpulan

c) Carta keputusan pertandingan

Pasukan A B C D E Menang Kalah Mata Kedudukan

A Contoh Carta Keputusan Pertandingan Liga Satu Pusingan
B
C
D
E

Kumpulan A

Pasukan A B C Menang Kalah Mata Kedudukan

A
B
C

5

Pasukan ABC Kumpulan B Kedudukan
A Menang Kalah Mata
B
C

Contoh Carta Keputusan Pertandingan Liga Berkumpulan

d) Kiraan Mata

Kiraan mata dalam permainan bola jarring

 1 jaringan = 1 mata
Pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira sebagai pemenang dalam
permainan tersebut.

Kiraan mata dalam pertandingan (liga) bola jarring

 Menang = 3 mata
 Seri = 1 mata
 kalah = 0 mata

Pasukan yang mengumpul mata dalam pertandingan dikira sebagai
pemenang keseluruhan pertandingan/kejohanan bola jaring.

1.4 Teknik-teknik asas permainan

Strategi Menghantar Menyambut
asas Gerak kaki
Kemahiran
menyerang Asas
dan
Permainan Bola
bertahan Jaring

Hantaran
tengah,
hantaran
bebas dan
lemparan
masuk

Menjaring Mengawal
dan

mengelak

6

a) Jenis-jenis hantaran
 Hantaran aras bahu

Rajah 1.5:(i) Cara Memegang bola (ii) Pergerakan awal sebelum melakukan
hantaran (iii) Kedudukan badan selepas melakukan hantaran

 Hantaran aras dada

Rajah 1.6:(i) Cara Memegang bola (ii) Kedudukan tangan setelah bola
ditolak (iii) Kedudukan badan semasa menolak bola

 Hantaran lantun

Rajah 1.7(i): Cara Memegang bola dan kedudukan badan (Posisi bersedia)

Rajah 1.7(ii): Kedudukan badan selepas hantaran lantun

7

 Hantaran aras kepala (Lob)

Rajah 1.8:(i) Cara memegang bola
(ii) Pergerakan awal sebelum melakukan hantaran

(iiI) Kedudukan tangan selepas bola dilepaskan

 Hantaran rendah / sisi / bawah
i. Teknik yang sama seperti melakukan hantaran atas bahu.
ii. Tangan kanan yang dihayun ke belakang hendaklah berada pada
paras pinggang.
iii. Tolak bola dengan menggunakan pergelangan tangan sambil
menukarkan berat badan dari kaki belakang ke kaki hadapan.

Rajah 1.9: Teknik hantaran rendah
b) Teknik-teknik menyambut dan melontar

 Bola aras dada
 Kedua tangan dihulur lurus kearah bola.
 Tangan terbuka dan jari-jari diregangkan.
 Siku dibengkokkan dan bola dirapatkan dengan badan.
 Kedudukan kaki berjarak untuk imbangan badan.

 Bola lantun (paras pinggang)
 Bola disambut/dihantar dengan kedua tangan di hadapan badan pada
paras pinggang.
 Pastikan bola disambut/dihantar dengan jari-jari dan tidak dengan
tapak tangan.

8

c) Teknik-teknik menjaring dan menjaga gol

Menjaring

Jaringan statik
 Berdiri secara seimbang. Kaki berjarak. Bola letak diatas jari-jari dan

bebola tangan.
 Melihat sasaran. Rendahkan badan (bengkokkan lutut) dan bola dibawa

ke atas kepala.
 Sambil meluruskan lutut, siku tangan yang memegang bola diluruskan

untuk menolak bola kearah sasarannya. Tindakan flick dengan
pergelangan tangan dilakukan pada saat akhir dalam mengarahkan
bola ke bulatan.
 Pindahkan berat badan ke kaki depan apabila menolak bola.

Jaringan melompat
 Persediaan adalah seperti untuk jaringan statik dengan dua belah

tangan.
 Peserta perlu melompat sambal menolak bola kearah sasarannya

sebelum mendarat.

Jaringan berlari
 Penjaring perlu memastikan ruang yang mencukupi untuk dapat

bergerak dalam bulatan gol.
 Sebaik sahaja penjaring menerima hantaran, ia akan terus melangah

dan melompat untuk melepaskan bola ke sasarannya tanpa melanggar
peraturan gerak kaki.
 Ia akan melonjak di atas kaki yang bertentangan dengan tangan yang
memegang bola.

Menjaga

Contoh 1
Mengawal serangan dari hantaran tengah. Pemain pihak bertahan mengawal
dengan mengamalkan satu kawal satu.

 WD cuba sekat hantaran kepada WA.
 GD mengawal GA.
 GK sedia memintas hantaran jauh daripada C kepada GS musuh.

Rajah 1.10: GD mengawal GA

9

Contoh 2
 GA berlari ke kawasan tengah untuk kawal GD lawan.
 WA mengawal WD lawan untuk sekat hantaran dari GK.
 C, WD, GD dan GK mengawal pemain lawan yang lain.
Contoh 3
Mengawal serangan dari hantaran WA. Pihak bertahan mengamalkan sistem
kawalan zon.
 Penyerang WA di kawasan tengah dikawal oleh C.
 WD mengawal penjaring GS.
 GD mengawal GA yang bergerak ke kawasan bulatan gol.

Rajah 1.11: WD mengawal penjaring GS
Contoh 4
Mengawal dalam bulatan gol
 GK dan GD kawal bahagian masing-masing apabila pihak lawan

terpaksa dikawal dalam bulatan gol.

Rajah 1.12: Mengawal dalam bulatan gol
d) Kaedah bertahan dan menyerang

Bertahan
Teknik mengawal penting dalam permainan:

10

(i) Pemain yang mengawal atau bertahan hendaklah berdiri berhadapan
dengan pemain yang menyerang. Jarak kedua-dua pemain ialah 1.3
meter dari kaki hadapan penyerang. Tangan pemain yang mengawal
mestilah diletakkan di belakang atau rapat dengan badan.

(ii) Pemain hendaklah menoleh ke belakang sekali-sekala bagi
memerhatikan di mana bola berada di samping terus mengawal pemain
lawan masing- masing.

(iii) Pemain dibolehkan menghulurkan tangan untuk cuba menghalang bola
sambil bergerak ke arahnya, dengan syarat jarak antara pemain
pertahanan dengan pemain penyerang adalah pada jarak yang
dibenarkan.

(iv) Dalam apa jua cara mengawal, pemain tidak dibenarkan menyentuh
pihak lawan.

Untuk mengawal pemain yang mempunyai bola, pemain penghalang
boleh menggunakan sebelah atau dua belah tanganya yang dihulurkan ke
arah tangan pemain lawan supaya ia berada di antara jarak balingan dan arah
jarak balingan itu. Undang-undang gerak kaki mesti dipatuhi dalam cara
kawalan ini.

Mengawal Zon

Tujuan mengawal cara begini ialah untuk mengawal sesuatu kawasan
bermain bagi mengelirukan pihak lawan dan dalam pada masa yang sama
mengucar- ngacirkan strategi pasukan penyerang.

Cara ini akan membantu pasukan pertahanan merampas bola daripada
pihak lawan. Kawalan cara ini boleh dilakukan di mana-mana bahagian
gelanggang tetapi biasanya dilakukan di bahagian tengah dan pertahanan
dalam bulatan jaringan.

Menyerang

i. Straight Line Attack

Strategi asas serangan yang melibatkan semua pemain untuk
melancarkan serangan dalam satu garisan lurus.

Rajah 1.13: Straight Line Attack

11

ii. Cross-Court Attack
 GK menguasai bola dan hantar kepada WD,
 WD kepada GD yang akan menghantar bola secara menyilang
gelanggang kepada C,
 C kepada WA,
 WA kepada GA,
 GA kepada GS.

Rajah 1.14: Cross-Court Attack
Pergerakkan pemain-pemain selepas menghantar bola
membolehkan mereka mengganggu perhatian pemain lawan dan
membantu pemain sepasukannya.
iii. Serangan Dari Lemparan Masuk
 Serangan lemparan masuk WD kepada C
 C kepada GA
 GA kepada GS atau kepada WA dan C sebagai alternatif jika GS
dikawal ketat.

Rajah 1.15: Serangan Dari Lemparan Masuk
e) Gerakan kaki

i. Mendarat Atas Sebelah Kaki
Pemain boleh mendarat dengan menggunakan kaki kanan dan diikuti

dengan kaki kiri. Untuk mengimbangkan badan, pemain hendaklah
melontarkan bola sebelum kaki yang mula mendarat tadi memijak lantai
semula.

12

Selepas menangkap bola, pemain akan mendarat pada sebelah kaki,
melompat dari kaki yang sama ke kaki yang satu lagi dan melompat semula
sebelum melepaskan bola. Ini akan memberinya peluang untuk
mengimbangkan diri dan bergerak jauh di samping memberi kekuatan
kepada lontaran bola yang seterusnya.

ii. Mendarat Atas Dua Belah Kaki

Selepas menerima bola, pemain boleh;

 Mendarat di atas kedua belah kaki, melangkah dengan sebelah kaki
serta membaling bola.

 Pemain dibenarkan mendarat di atas kedua belah kaki secara
serentak dan kemudiannya terus melompat dengan dua belah kaki
tersebut tetapi bola mestilah dibaling kepada rakan pasukan yang
lain sebelum mendarat semula.

 Dalam pendaratan kedua-dua kaki ini, pemain boleh memilih sebelah
kaki sebagai paksi untuk membolehkannya berpusing beberapa kali
pada kaki yang satu lagi sebelum menghantar bola kepada ahli
pasukan yang lain. Ini bertujuan untuk membolehkan pemain yang
sedang memegang bola mencari dan memerhatikan kepada siapa
seterusnya bola akan dihantar.

1.5 Strategi permainan

Strategi permainan merupakan satu rancangan tindakan yang dilancarkan oleh
pemain-pemain untuk mencapai matlamat pasukan iaitu mendapat kemenangan
melalui jaringan. Strategi permainan terbahagi kepada dua iaitu strategi menyerang
dan strategi bertahan.

Strategi menyerang

a) Strategi Hantaran Tengah

Strategi seperti ini bermula dari pemain tengah C. Pemain C membaling
bola kepada WD untuk hantaran pertama sebaik sahaja pengadil meniupkan
wisel. WD pula akan cuba menghantar bola kepada WA yang sedang berada
dalam kawasan lawan. WA menghantar bola kepada GS untuk hantaran ketiga,
dan akhir sekali GS membuat hantaran keempat kepada GA yang sudah pun
berada dalam kawasan jaringan. Dengan demikian GA berpeluang membuat
jaringan gol.

Melalui strategi ini, tiga atau empat hantaran bola diperlukan, bermula
dengan hantaran tengah dan berakhir dengan hantaran penjaring gol. Yang
penting ialah setiap pemain hendaklah berusaha mencari ruang yang baik agar
pemain pasukan lawan tidak dapat menghalangnya. Untuk itu, pemain-pemain
perlu bergerak dengan lebih pantas.

13

Rajah 1.16: Strategi Hantaran Tengah

b) Strategi Hantaran Ke Dalam

Strategi ini bertujuan untuk menyerang dan juga bertahan. Ini bergantung
kepada pasukan mana yang sedang menguasai bola. Apabila bola dikeluarkan
oleh pasukan lawan melepasi kawasan belakang pasukan pertama, bola akan
dilontar masuk oleh pasukan pertama. Ini bererti pasukan yang bertahan akan
bertindak sebagai penyerang untuk melaksanakan strategi ini. Pemain GK
akan memulakan gerakan dengan menghantar masuk bola kepada pemain
GD.

Kedudukan awal pemain GD, kini berubah kepada kedudukan GD2
(gerakan ini hendaklah pantas). Ini bererti pemain GD sudah melarikan diri
daripada kawalan atau kedudukan awalnya. Pemain WD juga akan bergerak
pantas dari WD1 ke WD2 untuk menerima hantaran daripada pemain GD.
Apabila gerakan bola tiba kepada WD2, pasukan ini yang pada mulanya
berada pada kedudukan bertahan akan bertukar sebagai pasukan menyerang.

Strategi bertahan

a) Strategi Pertahanan

Pertahanan juga memerlukan strategi supaya setiap serangan pasukan
lawan dapat dipatahkan dan setiap percubaan membuat jaringan dapat
digagalkan. Ia juga bertujuan merampas bola sekali gus menukar kedudukan
daripada posisi bertahan kepada menyerang. Bertahan bererti mengawal
pasukan lawan.

Pemain yang berpengalaman akan memilih bermacam-macam cara
untuk membuat pertahanan yang baik, kerana jika pertahanan lemah atau tidak
teratur, pihak lawan dengan mudahnya dapat membolosi barisan pertahanan
untuk membuat serangan.

14

2.0 BOLA KERANJANG

2.1 Keperluan permainan bola keranjang

a) Peraturan dan undang-undang permainan

Bil Peraturan Penerangan

1 Permainan dibahagikan kepada 4 waktu yang

mengandungi masa 10 minit setiap waktu dengan

Masa masa 2 minit rehat antaranya (4 x 10 minit).

permainan

10 Minit rehat antara waktu 2 & 3 sebagai separuh

masa perlawanan.

2 Permainan akan dimulakan dengan 5 orang pemain

Permulaan bagi setiap pasukan.

permainan

Permainan hendaklah dimulakan pengadil dengan
“Jump Ball” di bulatan tengah.

3 “Jump Ball” diadakan pada permulaan permainan

Jump ball sahaja dengan pengadil melambungkan bola di

bulatan tengah.

4 Jaringan gol dihasilkan bila bola hidup (dalam
Jaringan gol permainan) memasuki keranjang.

Pasukan yang menjaringkan gol dapat 2 mata, 3
mata bagi jaringan gol dalam kawasan 3 mata . (3
mata tidak diperuntukkan dalam bola keranjang mini.)

Pihak lawan akan memulakan permainan dengan
lontaran dalam.
5 Dua atau tiga jaringan bebas diberikan kepada
Jaringan bebas seseorang pemain yang telah difoulkan semasa dia
hendak menjaringkan gol.

Setiap jaringan yang berjaya dari jaringan bebas
dikira 1 mata.
6 Bola keluar Bola dikira keluar apabila ia terkena lantai atau
benda-benda lain di luar gelanggang

7 Lontaran ke Seseorang pemain hendaklah membuat lontaran ke

dalam dalam dari luar batasan di tempat yang ditunjuk oleh

pengadil dalam masa 5 saat.

8 Pemain luar Seseorang pemain dikira keluar batasan gelanggang

batasan apabila dia menyentuh batasan sama ada di atas

gelanggang atau di luar garisan.

Bola dikira di luar batasan gelanggang apabila bola
itu tersentuh seseorang pemain di luar batasan
gelanggang.
9 Peraturan 3 Seseorang pemain ditegah berada di dalam kawasan
saat larangan pasukan

15

Lawannya lebih dari tiga saat bila pasukannya
sedang menguasai bola.

10 Peraturan 5 Seseorang pemain yang sedang memegang bola
saat dengan tidak menghantar, menjaring gol, mengguling
atau menggelecek lebih daripada 5 saat dikira
perlanggaran peraturan.

11 Peraturan 8 Pasukan sedang menguasai bola tidak boleh
saat mengawal atau menguasai bola di lapangan
belakang gelanggang lebih dari 8 saat.

12 Peraturan 24 Pasukan yang menguasai bola hendaklah cuba
saat melakukan jaringan gol dalam tempoh 24 saat.

Jaringan gol yang tidak kena ‘ring’ akan dikira tidak
berjaya dan 24 saat akan diteruskan.

13 Time-out Waktu pertama dan waktu kedua mempunyai 2 kali

time-out.

Waktu ketiga dan waktu keempat mempunyai 3 kali

time-out.

14 Kesalahan Setiap pemain cuma boleh lakukan lima kali

(foul) kesalahan.

15 Lontaran Masuk Permainan dimulakan dengan satu kali ‘Jump Ball’

Bergilir-gilir ( sahaja.

Alternative Sekiranya berlaku ‘Jump Ball’ kedua pasukan akan
Possession

Procedure) mengambil giliran untuk melakukan lontaran masuk.

b) Peralatan permainan

i. Bola latihan / pertandingan

(Dewasa)

Rajah 2.1: Saiz bola

16

Jenis bola : Kulit / kulit sintetik
 Kejohanan : Kulit / Kulit sintetik / Getah
 Latihan

ii. Pakaian (Jersi) pertandingan

 Nombor (depan) : sekurang-kurangnya 10 cm tinggi, 2 cm lebar
 Nombor (belakang) : sekurang-kurangnya 20 cm tinggi dan 2 cm lebar
 Nombor jersi pasukan wajib dari nombor 4 hingga 15.

Rajah 2.2: Pakaian sukan Bola Keranjang
c) Bentuk dan saiz gelanggang

Rajah 2.3: Bentuk dan saiz gelanggang

17

2.2 Menerangkan istilah-istilah dalam permainan

BAHASA BAHASA BAHASA BAHASA
MALAYSIA INGGERIS MALAYSIA INGGERIS
Bola mati Dead ball Mara dengan Advance with
bola the ball
Bola rebutan Held ball Helaian markah Score sheet
Faul berganda Multiple foul Masa rehat Interval of play
Faul dua pihak Double foul Masa tambahan Extra time /
periods
Faul penyingkiran Disqualifying foul Mengandang Screening
Faul perseorangan Personal foul Menguasai bola Control of ball
Faul sengaja Intentional foul Papan tampan Back-board
Faul teknik Technical foul Peraturan 10 saat Ten-second rule
Garis lemparan Free throw line Peraturan 3 saat Three-second
bebas rule
Gelanggang Playing court Peraturan 30 saat Thirty-second
permainan rule
Gol terus Field goal Pencatat markah Scorer
Kawasan larangan Restricted area Pengganti Substitute
Keranjang pihak Opponents Penjaga masa Time keeper
lawan basket
Lemparan bebas Free throw Sentuhan Contacts
Lima kali faul Five fouls Simpai Rings

2.3 Format permainan dan pertandingan

a) Pertandingan Kalah Mati

Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan.
Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir.
Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat
banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan, tempat,
kemudahan, peralatan dan sumber manusia. Sistem ini bukan teknik yang
terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.

Kelebihan

• Boleh dijalankan dalam masa yang singkat.
• Cepat memilih pemenang.
• Boleh dijalankan dengan peralatan yang terhad.
• Seronok untuk ditonton.
• Penyertaan ramai.

Kelemahan

• Pasukan yang menjadi johan, boleh jadi bukan yang benar-benar terbaik;
• Separuh daripada pasukan akan terkeluar selepas pusingan pertama; dan
• Kemungkinan ada di antara pemain dari pasukan yang kalah langsung tiada

peluang bermain.

18

Cara mengira bilangan pasukan atau peserta menunggu (bye).
Bilangan menunggu (bye) dalam sistem pertandingan ini boleh dikira dengan
menggunakan angka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya.

Sebagai contoh, terdapat 7 pasukan yang bertanding. Angka yang
lebih dari 7 ialah 8. Maka 8 tolak 7 ialah 1. Cara Ini bermakna ada 1 pasukan
menunggu (bye). Carta untuk sistem kalah mati ialah seperti berikut:

Contoh jadual pertandingan kalah mati

b) Pertandingan liga

Merupakan satu-satunya pertandingan yang sesuai dijalankan sekiranya
pertandingan itu bertujuan memilih pasukan yang terbaik. Perkara-pekara
yang perlu diambil perhatian:

 Masa yang mencukupi;
 Kewangan yang ada;
 Bilangan pengadil; dan
 Kemudahan dan peralatan yang ada.

Pertandingan boleh dijalankan dalam
 Liga satu pusingan; dan
 Liga berkumpulan;

Pasukan A B C D E Menang Kalah Mata Kedudukan

A
B
C
D
E

Contoh Carta Keputusan Pertandingan Liga Satu Pusingan

Kumpulan A Kedudukan

Pasukan A B C Menang Kalah Mata

A
B
C

19

Kumpulan B
Pasukan A B C Menang Kalah Mata Kedudukan

A
B
C

Contoh Carta Keputusan Pertandingan Liga Berkumpulan

c) Kiraan mata
 Lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2 mata
 di luar lengkungan bernilai 3 mata
 lontaran percuma bernilai 1 mata.

Pasukan yang mengumpul point paling banyak adalah pemenang
perlawanan.

2.4 Mempraktik teknik-teknik asas permainan

Menghantar

Strategi Menyambut
serangan

Kemahiran asas
permainan bola

keranjang

Strategi Mengelecek
pertahanan

Menjaring Mengawal
dan

mengadang

a) Jenis-jenis hantaran
i. Hantaran aras dada
Digunakan untuk hantaran jarak dekat, pantas dan tepat.

20

Rajah 2.4: Hantaran paras dada
ii. Hantaran lantun

Biasanya dilakukan secara mengejut untuk mengatasi pihak lawan yang
mengawal rapat. Bola dilantunkan pada masa yang sesuai supaya tidak
dipintas-sekat oleh pihak lawan. Lantunan dibuat dengan sebelah atau dua
belah tangan secara menolak bola kepada penerima.

Rajah 2.5: Hantaran lantun
iii. Hantaran rendah

Rajah 2.6: Hantaran rendah
Hantaran rendah atau dari bawah/belakang merupakan teknik yang
sesuai untuk memberi bola kepada kawan yang bergerak berhampiran
dengan pemilik bola ataupun semasa pihak yang mengawal itu mengangkat
tinggi tangannya untuk mengadang.

21

iv. Hantaran atas

Cara yang boleh diamalkan apabila pemain hendak membuat hantaran
tinggi kepada kawannya. Seringkali cara ini dilakukan supaya bola tidak
dipintas sekat oleh pihak yang mengawal dengan keadaan tangannya ke atas.

Rajah 2.7: Hantaran atas
b) Teknik-teknik menjaring

Terdapat lima jenis jaringan dalam permainan bola keranjang:
i. Jaringan tolak (dengan sebelah atau dua belah tangan)

Rajah 2.8: Jaringan tolak

ii. Jaringan lompat

Rajah 2.9: Jaringan lompat

22

iii. Jaringan layang

Rajah 2.10: Jaringan layang
iv. Jaringan lengkung

Rajah 2.11: Jaringan lengkung
v. Jaringan lemparan bebas

Rajah 2.12: Jaringan lemparan bebas
c) Teknik-teknik menyambut

Terdapat tiga cara menyambut bola:
i. Menyambut bola secara statik pada aras pinggang, bawah aras

pinggang dan di atas kepala.
ii. Menyambut bola sambil berlari.
iii. Menyambut bola secara melompat.

23

Rajah 2.13: Teknik menyambut bola

Oleh kerana terdapat pelbagai jenis hantaran dilakukan semasa
permainan, maka para pelajar juga perlu mempelajari cara-cara menyambut
bola.

d) Kaedah bertahan dan menyerang

Bertahan (Teknik mengawal)

i. Amalkan gaya peninju (boxer stance) apabila berhadapan dengan
pemain yang membawa bola.

ii. Berada di antara pihak lawan yang dikawal dan jaring sendiri.
iii. Gerakkan secaras berganti-ganti sebelah tanganke atas dan sebelah lagi

ke sisi rendah (rendah) untuk mengganggu pergerakkan lawan
iv. Bergerak secara langkah boxer suffle semasa mengawal.
v. Apabila mengawal pengelecek, pemain akan menepis bola dengan

sebelah tangan semasa bola melantun naik. Sebelah tangan yang bebas
pula cuba mengadang jika pengelecek menggunakan gerak keliru dan
tukar halanya.

Rajah 2.14: Teknik mengawal

24

Menyerang
Dalam permainan bola keranjang, serang dilakukan secara serentak

oleh semua pemain dalam pasukan. Serangan dilakukan secara dinamik
dan agresif untuk meletakkan tekanan terhadap pasukan lawan. Semasa
serangan dilakukan, pemain perlu mempunyai keupayaan fizikal yang tinggi
dan juga fokus yang tinggi kerana adalah sangat sukar untuk pemain untuk
melakukan serangan secara aktif dan memberi tekanan kepada pasukan
lawan secara berterusan sepanjang permainan.

Rajah 2.15: Teknik menyerang

2.5 Strategi permainan bola keranjang
a) Strategi bertahan
Dua sistem asas yang biasa diamalkan semasa mengawal atau
bertahan adalah sistem seorang kawal seorang dan sistem zon.
i. Sistem seorang kawal seorang

Rajah 2.16: Sistem seorang kawal seorang

25

Setiap pemain ditugaskan mengawal seoarang pemain lawan
tidak kira ke mana pemain yang dikawal bergerak. Semasa mengawal
pemain hendaklah memastikan bahawa pemain yang dikawal:

 Tidak bergerak menghampiri kawannya yang menguasai bola.
 Tidak berpeluang untuk membuat hantaran.
 Sukar hendak membuat jaringan.

ii. Sistem pertahanan zon

Setiap pemain bertahan akan menjaga suatu bahagian kawasan
yang tertentu. Seseorang pemain itu akan mengawal pemain lawan yang
bergeak ke kawasan tersebut.

Susunan pemain untuk pertahanan zon boleh diatur seperti sistem:
 2:3
 2:1:2
 3:2

Penggunaan sistem adalah bergantung kepada corak serangan
daripada pihak lawan yang menguasai bola.

Rajah 2.17: Sistem pertahanan zon

26

b) Strategi menyerang
i. Gerakeliru
 Pasukan yang menguasai bola dengan serta-merta hendaklah bergerak
dengan pantas ke jaring untuk membuat jaringan.
 Pergerakan bola boleh secara menghantar atau mengelecek oleh
pemain-pemain.
 Pemain-pemain yang menyerang hendaklah membebaskan dirinya dari
kawalan supaya dapat membantu kawannya yang memiliki bola dan
juga pasukannya.
 Untuk menyulitkan tugas pihak pengawal, pemain-pemain yang
menyerang perlu sentiasa bergerak untuk mencari ruang dan
mewujudkan tempat kosong, bertukar-tukar tempat, dan bersedia
‘memotong’ untuk menerima bola atau sebagai gerakeliru untuk menipu
pihak lawan.
Contoh gerakeliru
 Melompat untuk menjaring tetapi menghantar bola kepada kawan
yang lebih sedia untuk menjaring.
 Selepas menyambut bola, angkat bola untuk membuat hantaran
tetapi tukar kepada mengelecek bola.
 Pemain pivot memusingkan badan dan terus menjaring.

ii. Serangan terobos deras (fast break)
 Pasukan yang pantas, cekap menghantar dan menyambut bola semasa
berlari boleh mencuba serangan terobos deras apabila mendapat
peluang.
 Tujuan serangan adalah untuk membuat jaringan sebelum pihak lawan
dapat atau sempat mengatur pertahanannya.
Serangan terobos deras boleh dilakukan sebaik saja:
 Pemain mendapat bola yang melantun balik dari papan tampan.
 Jaringan dibuat.
 Balingan percuma dilakukan.

27

3.0 BOLA TAMPAR
3.1 Keperluan permainan bola tampar
a) Peraturan dan undang-undang permainan

1 Pertandingan bola tampar diadili oleh dua orang pengadil, iaitu pengadil pertama
dan pengadil kedua.

2 Setiap pasukan perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya enam orang pemain
dan tidak melebihi 12 orang pemain yang berdaftar.

3 Servis hanya boleh dilaksanakan selepas pengadil pertama meniup wisel.
4 Servis perlu dilakukan oleh setiap pemain mengikut giliran yang sah
5 Pemain yang melakukan servis tidak dibenarkan memijak garisan belakang.
6 Setiap pemain boleh menyentuh bola sekali sahaja. Pemain boleh menyentuh

bola dengan mana-mana bahagian badan.
7 Setiap pasukan hanya boleh menyentuh atau memainkan bola dengan tiga

sentuhan sebelum menghantar ke gelanggang pihak lawan. Pengiraan ini tidak
termasuk sentuhan bagi mengadang.
8 Mengadang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan hadapan
9 Pemain barisan belakang boleh melakukan rejaman tetapi dari luar kawasan
serangan.
10 Pemain dilarang menyentuh mana-mana bahagian jarring atau memasuki
kawasan pihak lawan.
11 Setiap pasukan boleh meminta dua kali ‘time out’ dalam satu set permainan
dengan kebenaran pengadil.
12 Setiap pasukan boleh melakukan enam pertukaran dalam setiap set permainan
bila-bila masa dengan kebenaran pengadil. Pemain yang ditukar perlu diganti
dengan pemain yang sama apabila pertukaran dibuat semula.
13 Mata kemenangan ialah 25 mata yang dikira secara pengiraan pingpong.
Apabila kedudukan mata 24-24, lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan
kemenangan.
14 Set penentuan, hanya 15 mata sahaja digunakan dengan lebihan dua mata
diperlukan untuk menentukan kemenangan.
15 Antena berfungsi untuk memastikan bola masih berada dalam kawasan
permainan semasa bola masuk ke kawasan pihak lawan.Kita perlu menguasai
semua kemahiran asas permainan bola tampar untuk menjadi pemain yang baik.

28

b) Peralatan permainan

i. Jaring

Tinggi jaring diukur dari tengah gelanggang permainan. Tingginya pada
kedua-dua garisan tepi mestilah sama dan tidak melebihi 2cm daripada
ukuran rasminya.

Rajah 3.1: Jaring

Kategori Ketinggian jaring (Meter/M)

Lelaki dewasa 2.43
Lelaki bawah 18 2.43
Lelaki bawah 15 2.35

Perempuan dewasa 2.24
Perempuan bawah 18 2.24
Perempuan bawah 15 2.20

ii. Bola

Bola saiz 5 berbentuk sfera diperbuat daripada kulit lentur atau kulit
sintetik dengan satu pundi di dalamnya diperbuat daripada getah atau bahan
serupa.

Rajah 3.2: Bola tampar
iii. Antena

Antena ialah satu batang mudah lentur yang diperbuat daripada serabut
kaca atau bahan-bahan yang serupa, dan berukuran 1.80m panjang dan

29

berukur lilit 10mm. Kedua-dua antena adalah sebahagian daripada jaring dan
menghadkan ruang lintasan bola atas jaring.

Rajah 3.3: Antena jaring bola tampar
iv. Penyukat tekanan udara

Tekanan udara bola adalah 0.300 – 0.325 kg/sm2 (4.26 – 4.61 psi).

Rajah 3.4: Penyukat tekanan udara
v. Pakaian

Saiz nombor depan minimum 15cm dan lebar nombor 2cm. Jalur 8cm x
2cm bawah nombor depan untuk tanda kapten.

Rajah 3.5 (a): Pandangan baju depan

30

Saiz nombor belakang minimum 20cm dan lebar nombor 2cm.

Rajah 3.5 (b): Pandangan baju belakang
c) Bentuk dan saiz gelanggang

Rajah 3.6: Saiz dan bentuk gelanggang bola tampar
d) Etika permainan

i. Pengurus pasukan bertanggungjawab sepenuhnya memastikan setiap
pegawai dan pemain termasuk penyokong mematuhi kepada etika dan
tingkah laku yang dihormati.
31

ii. Tindakan yang bersesuaian boleh diambil terhadap mana-mana
pegawai, pemain dan penyokong yang bertindak tidak mengikut
peraturan atau objektif pertandingan. Tindakan meliputi hal-hal seperti
penggantungan mana-mana pasukan, pegawai atau pemain dari
penglibatan bagi sebarang jangkamasa yang sesuai.

iii. Sebarang penipuan dalam perkara kelayakan pemain atau sama ada
sengaja atau tidak sengaja adalah bertentangan dengan etika
permainan. Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan keluar
gelanggang permainan adalah perbuatan biadab yang harus dielakkan
dan tidak sepatutnya diamalkan.

iv. Pemain perlu hormat dan mematuhi peraturan dalam permainan dari
aspek pakaian dan tingkah laku semasa dalam permainan.

3.2 Istilah-istilah dalam permainan

BAHASA BAHASA BAHASA BAHASA
MALAYSIA INGGERIS MALAYSIA INGGERIS
Antena Antennae Mengadang Blocking
Aturan edaran Rotation order Mengumpan Setting
Bola dalam Ball in Mengumpan Back set
belakang
Bola keluar Ball out Mengumpan Jump set
cara lompat
Bola sentuh Touch ball Masa berhenti Time out
Bola mati Dead ball Merejam/smesy Spike
Bantahan Protest Penjaga Linesman
garisan
Dua sentuhan Double contact Pengganti Substitute
(pemain)
Empat sentuhan Four hit Pencatat Scorer
mata/skor
Faul serentak Simultaneous foul Referi First / second
pertama/kedua referee
Garis belakang Base line Servis Service, to
serve
Garis serangan Attack line Servis semula Reserve
Garis sempadan Boundary line Servis dari Underarm
bawah service
Garis tengah Centre line Servis dari atas Overhead
service
Had gelanggang Limit of court Servis gaya Tennis service
tenis
Kawasan servis Service area / Servis kincir- Windmill service
angin
zone Sentuhan tak Illegal service
sah
Kawasan serangan Attack area / zone Susunan Attack / defend
(menyerang / formation
Kawasan Substitution zone bertahan)
penggantian Tanda tepi Side marker

Kedudukan pemain Position of player

32

Helaian skor Score sheet Tepi jaring yang Superior edge
Kertas edaran Rotation slip
paling atas of the net

3.3 Format permainan dan pertandingan

a) Pertandingan Kalah Mati

Pertandingan cara ini adalah paling mudah dan ringkas dikelolakan.
Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir. Sistem ini
sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan
tetapi kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan
sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan
sesuatu pasukan atau peserta.

Kelebihan

• Boleh dijalankan dalam masa yang singkat;
• Cepat memilih pemenang;
• Boleh dijalankan dengan peralatan yang terhad;
• Seronok untuk ditonton; dan
• Penyertaan ramai.

Kelemahan

• Pasukan yang menjadi johan, boleh jadi bukan yang benar-benar
terbaik;

• Separuh daripada pasukan akan terkeluar selepas pusingan pertama;
dan

• Kemungkinan ada di antara pemain dari pasukan yang kalah
langsung tiada peluang bermain.

Cara mengira bilangan pasukan atau peserta menunggu (bye). Bilangan
menunggu (bye) dalam sistem pertandingan ini boleh dikira dengan menggunakan
angka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya.

Sebagai contoh, terdapat 7 pasukan yang bertanding. Angka yang lebih dari
7 ialah 8. Maka 8 tolak 7 ialah 1. Cara Ini bermakna ada 1 pasukan menunggu
(bye). Carta untuk sistem kalah mati ialah seperti berikut:

b) Pertandingan Liga

Merupakan satu-satunya pertandingan yang sesuai dijalankan sekiranya
pertandingan itu bertujuan memilih pasukan yang terbaik. Perkara-pekara yang
perlu diambil perhatian:

• Masa yang mencukupi;
• Kewangan yang ada;
• Bilangan Pengadil; dan
• Kemudahan dan peralatan yang ada.

Pertandingan boleh dijalankan dalam
• Liga satu pusingan; dan
• Liga berkumpulan

33

c) Carta keputusan pertandingan

Pasukan A B C D E Menang Kalah Mata Kedudukan
Contoh Carta Keputusan Pertandingan Liga Satu Pusingan
A
B
C
D
E

Pasukan A B C Kumpulan A Kedudukan
A Menang Kalah Mata
B
C

Pasukan ABC Kumpulan B Kedudukan
A Menang Kalah Mata
B
C

Contoh Carta Keputusan Pertandingan Liga Berkumpulan

d) Kaedah kiraan mata

 Satu set (kecuali set penentuan akan dimenangi oleh Pasukan yang
terlebih dahulu mencapai mata ke-25 dengan kelebihan / pendahuluan
dua (2) mata.

 Dalam keadaan seri pada 24 – 24, permainan akan diteruskan sehingga
kelebihan / pendahuluan dua (2) dicapai.

 Bagi perlawanan peringkat kumpulan dan separuh akhir, perlawanan
akan dimenangi oleh pasukan yang terlebih dahulu memenangi dua (2)
set. Mata penamat bagi set penentuan adalah 15 mata dengan kelebihan
/ pendahuluan dua (2) mata.

 Perlawanan akhir akan dimenangi oleh Pasukan yang terlebih dahulu
memenangi tiga (3) set. Mata penamat bagi set penentuan adalah 15
mata dengan kelebihan / pendahuluan dua (2) mata.

34

3.4 Teknik-teknik asas permainan

Menyangga

Mengadang Mengumpan

Kemahiran
Asas

Permainan
Bola Tampar

Merejam Servis

a) Jenis-jenis servis

Antara kemahiran asas servis ialah servis bawah tangan dan servis atas
kepala.

Rajah3.7(i): Pukulan servis bawah Rajah 3.7(ii): Pukulan servis atas

Kepentingan servis antaranya ialah:

i. Mengikut peraturan permainan bola tampar, sesuatu pasukan mesti
berada dalam kedudukan membuat servis untuk mendapatkan skor.
Oleh itu pasukan yang memiliki pemain handal membuat servis
berpeluang untuk mendapatkan skor dan mengekalkan servis.

ii. Semasa seseorang pemain membuat servis dengan darjah lontaran
tertentu, pemain tersebut boleh menentukan di mana kedudukan bola
yang hendak dihantar olehnya. Satu servis yang kuat dan pantas boleh
membuatkan pemain yang lemah daripada pasukan lawan yang
menerima hantaran bola tersebut membuat kesilapan seperti terlepas
bola, membuat faul atau membuat hantaran lemah (poor pass).

35

b) Teknik-teknik mengumpan dan menyangga

i) Mengumpan

Mengumpan ialah kemahiran menghantar dan menyediakan bola untuk
memudahkan rakan sepasukan melakukan rejaman. Mengumpan boleh
dilakukan sama ada di tepi jaring atau tengah gelanggang mengikut strategi
permainan. Kemahiran ini memerlukan persefahaman yang tinggi antara
pengumpan dengan pemain yang akan melakukan rejaman.

Mengumpan atau membuat umpanan (setting) adalah pergerakan di
mana pemain setter akan menghantar bola mengikut ketinggian dan arah
tertentu kepada rakannya bagi membolehkannya pasukan membuat rejaman
untuk memperolehi mata. Tanpa umpanan yang baik dan tepat daripada
setter, ia akan menyulitkan perejam. Pengumpan dan perejam mestilah
memiliki tahap persefahaman yang tinggi. Pengumpan seharusnya tahu akan
arah dan corak lambungan bola yang dikehendaki perejam sebelum dia
membuat rejaman. Dua perkara asas dalam kemahiran membuat umpanan
ialah pergerakan badan dan kaki yang harus selesa dan seimbang. Tangan
diletakkan di hadapan muka dengan ibu jari serta jari jari lain mengucup.

Rajah 3.8: Teknik mengumpan

ii) Menyangga

Rajah 3.9: Teknik menyangga
Menyangga ialah kemahiran menerima dan menghantar bola dengan
kedua-dua belah tangan. Kemahiran ini digunakan untuk menahan dan
mengawal bola servis atau rejaman pihak lawan. Hantaran bawah tangan juga
dikenali sebagai hantaran menyangga atau dig. Hantaran ini dilakukan pada

36

aras bawah tangan yang menggunakan dua belah tangan dan merupakan
jenis hantaran yang lazim digunakan dalam permainan bola tampar.

Kemahiran menyangga juga digunakan apabila bola berada terlalu
dekat dengan lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik
untuk menggunakan hantaran atas kepala. Kemahiran dig juga digunakan
sebagai teknik menahan, terutamanya untuk menyelamatkan hantaran dan
juga mengawal semula bola.

Teknik-teknik Menyangga:

Rajah 3.10: Teknik menyangga (Kedudukan jari dan lengan)
i. Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari.
ii. Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain.
iii. Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan

diluruskan ke hadapan.
iv. Kaki dijarakkan dengan sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut

dibengkokkan untuk menerima hantaran.
v. Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap

sasaran sebelum bermain bola.
vi. Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum.
vii. Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola.
viii. Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil.
ix. Kendurkan bahagian atas tubuh.
x. Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut

dengan baik oleh ahli pasukan yang lain.
c) Teknik-teknik merenjam dan menghadang

i) Merenjam

Rajah 3.11: Teknik pukulan rejaman
Merejam ialah kemahiran menyerang dengan memukul bola secara
kencang ke dalam gelanggang pihak lawan. Tujuannya adalah untuk

37

mendapatkan mata servis lawan. Rejaman boleh dilakukan dengan baik
apabila bola berada dekat dengan jaring. Pemain barisan belakang hanya
boleh melakukan rejaman di belakang garisan serangan.

Kemahiran merejam digunakan oleh pemain serangan untuk
mendapatkan skor atau mata dengan membuat pukulan smesy (smash) ke
dalam gelanggang pihak lawan. Anda perlu bersedia berdiri berdekatan jaring
dan menghadap ke arah bola yang akan dihantar oleh rakan sepasukan anda.
Semasa bola mula menjunam turun, anda perlu melompat tinggi ke udara dan
menghayunkan tangan anda ke atas untuk memukul bola masuk ke dalam
gelanggang pihak lawan.

ii) Menghadang

Rajah 3.12: Teknik menghadang

Menghadang ialah kemahiran menghalang rejaman pihak lawan yang
dilakukan dekat dengan jaring pada aras atas jaring. Pengadang adalah
lapisan pertahanan yang pertama menghalang serangan pihak lawan.
Kemahiran ini memerlukan ketepatan mengagak rejaman lawan dan kuasa
otot kaki ketika melompat. Menghadang hanya boleh dilaksanakan oleh
pemain barisan hadapan.

Lazimnya tindakan menghadang diamalkan untuk menentang rejaman
oleh pihak lawan. Hadangan yang berkesan akan menyebabkan bola mati
dalam gelanggang pihak yang membuat rejaman.

Cara-cara menghadang:

i) Menolak kedua-dua belah kaki, tangan diluruskan ke atas.
ii) Bahagian lengan dan tapak tangan condong ke sebelah pihak lawan.

3.5 Strategi permainan

i. Formasi serangan 4:2

 Menggunakan 4 orang pemain yang bertindak sebagai perenjam dan 2 orang
pemain di barisan belakang.

 Pengumpan bola sentiasa di hadapan.
 Pengumpan melakukan umpanan dari tengah hadapan kepada perenjam yang

berada di kiri, kanan atau dua orang perenjam dari belakang.
 Pasukan penyerang mempunyai pilihan untuk merenjam bola di atas jaring

sama ada sentuhan pertama atau kedua sebagai serangan mengejut.

38

Rajah 3.13: Formasi serangan 4:2
ii. Formasi serangan 5:1

 5 orang pemain bertindak sebagai perejam manakala seorang lagi sebagai
pengumpan.

 Pengumpan berada di barisan belakang dan tiga orang pemain barisan depan
bertindak sebagai perejam.

 Pengumpan boleh bertukar ke hadapan pada bila-bila masa.

Rajah 3.14: Formasi serangan 5:1
 Apabila pengumpan berada di barisan hadapan, salah seorang perejam kiri

atau kanan boleh bertindak sebagai pengacah bagi mengelirukan lawan.
 Perejam terdekat dengan bola boleh berperanan sebagai pengumpan.

iii. Formasi bertahan barisan hadapan (player-up)
 Formasi bertahan barisan hadapan menekankan aspek mengadang di
atas jaring melibatkan seorang atau dua pemain.
39

 Ketika bertahan , pemain perlu bijak menjangka pergerakkan bola yang
direja.

 pengadang tengah boleh membuat adangan hampir semua bola yang di
rejam.

 Terdapat beberapa posisi pemain semasa melakukan adangan
bergantung kepada bola yang direjam. Posisi tersebut dinyatakan dalam
situasi yang berikut.

iv. Formasi bertahan barisan belakang
 Formasi ini memerlukan barisan pemain belakang untuk menyangga
atau melambungkan bola yang berjaya melepasi adangan.
 Kedudukan pemain akan berubah mengikut situasi bola yang direjam
oleh pihak lawan.
 Situasi tersebut digambarkan seperti yang berikut:

40

41

4.0 TENPIN BOLING

4.1 Keperluan Permainan Tenpin Boling
a) Peraturan dan undang-undang permainan
Sebarang pertandingan Tenpin Boling ini akan dijalankan mengikut
Peraturan Pertandingan Malaysian Tenpin Boling Congress (MTBC).

Rajah 4.1: Logo MTBC

Kejadian di luar jangkaan dan tidak terdapat dalam peraturan berkenaan
akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan MTBC.

b) Peralatan permainan

i. Bola boling

Rajah 4.2: Bola boling

 Pemain akan naik ke pelantar lorong tersebut dengan bola yang
beratnya di antara 6 hingga 17 paun (2.7 - 7.7 kg).

 Bola ini memiliki 3 lubang untuk meletakkan jari-jari pemain. Jari yang
diguna ketika bermain adalah ibu jari, jari tengah dan jari manis.

ii. Pin

Rajah 4.3: Pin boling

42

 Terdiri dari 10 pin yang berbentuk seperti botol. Diatur supaya
berbentuk segitiga dengan pin nombor 1 terletak di hujung bawah dan
pin nombor 10 terletak di bahagian atas sebelah kanan.

iii. Kasut dan Stokin

Rajah 4.4: Kasut dan stokin boling
 Kasut dan stokin yang sesuai dan selesa harus digunakan oleh

pemain. Namun begitu, terdapat kasut khas untuk pemain boling bagi
memudahkan pembalingan dan memelihara kawasan balingan dan
lorong boling. Kasut khas ini juga perlu dipakai oleh setiap pemain.
c) Bentuk dan saiz gelanggang
Ukuran lorong

Rajah 4.5: Saiz dan bentuk gelanggang boling
 Di kiri dan kanan lorong terdapat 2 longkang yang akan mengutip bola

yang melencong ke luar.
 20 kaki (6m) kehadapan adalah ruangan untuk pemain bergerak, dan

baki 40 kaki (12m) lagi adalah untuk bola bergolek ke arah 10 pin yang
disusun secara segi tiga di hujung lorong.
d) Etika permainan Tenpin Boling
 Jangan mengambil terlalu banyak masa ketika hendak membuat
balingan.

43

 Mengambil sedikit masa untuk menumpukan perhatian adalah lebih
praktikal daripada mengambil masa yang terlalu panjang.

 Bersedia untuk memasuki lorong apabila ia adalah giliran anda untuk
mengelakkan "slow bowling" dalam permainan.

 Hanya seorang bowler boleh bermain pada satu masa dalam dua lorong
bersebelahan.

 Sekiranya terdapat sebarang perdebatan, bowler yang berada di sebelah
kanan perlu diutamakan untuk membuat balingan pertama.

 Namun, bowler di kiri juga boleh berbuat demikian kerana kebanyakan
pemain selalunya akan tersasar ke sebelah kanan lorong apabila selesai
membuat balingan.

 Ia boleh mengakibatkan pertembungan jika masing-masing membuat
balingan yang serentak.

 Penonton atau orang yang tidak bermain hendaklah duduk di belakang
bowler yang sedang bermain. Ini adalah untuk mengelakkan gangguan.

 Membuat bising, sorakan, sokongan atau bunyi-bunyian yang tidak
diperlukan pada bila-bila semasa bermain adalah dilarang.

 Konsentrasi pemain harus diutamakan kerana permainan boling adalah
sukan yang tidak memerlukan jeritan yang kuat seperti bola sepak.

4.2 Istilah-istilah dalam permainan tenpin boling

Dalam permainan tenpin boling terdapat beberapa istilah khas yang perlu
diketahui oleh pemain. Ia sangat membantu pemain untuk memahami peraturan
permainan, bagaimana mata diberikan, cara mengira skor dan sebagainya.

Berikut adalah istilah-istilah yang harus difahami:

Bil Istilah Penerangan

1 Strike Menjatuhkan kesemua pin sekaligus pada balingan pertama.

Menjatuhkan atau menghabiskan baki pin atau kesemua pin
2 Spare pada balingan kedua.

Bola mengenai pin 1 iaitu head pin pada balingan pertama.

Kes sebegini biasanya akan mengakibatkan terjadi rongga di
antara pin yang tertinggal sama ada pin 7 dan 10 ataupun pin
7 dan 9 ataupun pin 8 dan 10 dan lain-lainnya.
3 Split
Dalam formasi ini, sulit bagi seseorang pemain mendapatkan
spare terutama jika dia memiliki split 7-10 yang merupakan
split yang paling susah untuk dijatuhkan

4 Turkey 3 kali strike dilakukan berturut-turut.

Open Pemain tidak berjaya menjatuhkan sebarang pin dalam
5 frame balingannya.

44

4.3 Format permainan dan pertandingan

Pemarkahan

Satu permainan tenpin boling terdiri daripada 10 bingkai, dengan skor minimum
sifar dan maksimum 300. Setiap bingkai terdiri daripada dua peluang untuk
mengalahkan sepuluh pin.

Untuk setiap strike, markahnya adalah 10 + jumlah jatuhan pin untuk dua
balingan seterusnya.

Contoh:

Frame 1 – 10 (Strike) markah = 10 + x + x
Frame 2 – 8
Frame 2 – 1 markah = 8 + 1

Dengan jumlah markah bagi frame 1 adalah 10 +8 +1 = 19

Untuk setiap spare, markahnya adalah 10 + jumlah jatuhan pin untuk satu
balingan seterusnya.

Contoh:

Frame 1 – 8
Frame 1 – 2 (Spare) markah = 10 + x
Frame 2 – 7
Frame 2 – 2 markah = 7 + 2

Dengan jumlah markah bagi frame 1 adalah 10 + 7 = 17

Pada papan mata, strike akan digantikan dengan huruf “ X “ dan spare dengan
lambang “ / ”.

Contoh pengiraan markah

Frame 1 : 9 + 1 + 10 = 20

Frame 2 : 10 + 8 + 2 = 20

Frame 3 : 8 + 2 + 7 = 17

Frame 4 : 7+1=8

Frame 5 : 10 + 10 + 7 = 27

Frame 6 : 10 + 7 + 3 = 20

Frame 7 : 7 + 3 + 10 = 20

Frame 8 : 10 + 10 + 10 = 30

Frame 9 : 10 + 10 + 9 = 29

Frame 10 : 10 + 9 + 1 = 20

Jumlah markah = 211

45

4.4 Teknik-teknik asas permainan
Berdiri

Balingan bola Kemahiran Asas Melangkah
Permainan Tenpin

Boling

Pegangan
bola

a) Berdiri dan langkah

Rajah 4.6: Posisi berdiri

Posisi berdiri

 Kedudukan kedua-dua belah kaki dan tangan dalam keadaan cara
berdiri.

 Cengkam bola boling dengan tangan kanan anda sementara tangan kiri
menyokong bola.

 Tangan hendaklah berada di bawah bola.
 Gunakan titik ketika anda berdiri, dan tetapkan bahu anda pada sudut 90

darjah kearah sasaran.
 Pastikan anda memegang kuat dan pergelangan tangan anda tetap lurus.
 Siku lengan anda harus dirapatkan berhampiran dengan pinggul anda.
 Bengkokkan lutut dan kaki anda tetap tepat ke arah pin boling.

46

Teknik langkah

i. Langkah 1

 Sebelum mengambil langkah pertama, pastikan berdiri tegak dan tetap
seimbang.

Rajah 4.7: Posisi langkah 1

 Semasa berdiri, keluarkan satu kaki di depan dan satu kaki di belakang.
 Pada langkah pertama pindahkan kaki kanan melangkah satu langkah

ke hadapan, sementara pada masa yang sama lengan kanan menolak
bola jauh dari tubuh dan ke arah kaki kanan.
 Bola boling harus berada betul-betul di atas kaki kanan apabila langkah
1 berakhir.
 Tangan kiri perlu terus menyokong berat bola melalui langkah pertama.
 Pemain kidal bergerak mengambil langkah pertama dengan kaki kiri
mereka, sementara menggunakan lengan kiri mereka untuk mendorong
bola keluar dan ke bawah kaki kiri mereka.

ii. Langkah 2

 Untuk memulakan langkah kedua, letakkan tangan kanan anda di
sebelah lutut kanan anda.

 Mulakan hayunan bola dengan membawa kaki kiri ke hadapan sambil
menggerakkan bola membentuuk lengkungan ke bawah.

 Semasa lengan kanan dihayun ke bawah, lepaskan bola boling ketika
hampir mencecah pergelangan kaki anda. Kemudian, diikuti dengan
hayun tangan anda ke atas.

Rajah 4.8: Posisi langkah 2

47

 Hayunan lengan anda sepatutnya membentuk separuh bulatan
dan mengikut lengan anda melepasi garisan batal.

 Tangan kanan anda perlu melengkapkan balingan semasa langkah
kedua bermula.

 Bola boling sepatutnya berada di sebelah kiri betis semasa langkah 2
berakhir.

iii. Langkah 3

Rajah 4.9: Posisi langkah 3
 Berlaku ketika kepala bola dihayun ke belakang.
 Sambil menjaga postur tubuh supaya lurus, hayun lengan anda ke atas

dan gerakkan kaki kiri anda ke belakang.
 Gerakkan kaki kanan ke hadapan dan hayunkan bola kembali sehingga

ke titik tertinggi.
 Bola boling perlu berkedudukan begitu dengan bahu anda.
iv. Langkah 4
 Bawa bola boling ke bawah dan letakkan kaki kanan ke tepi dan

dibelakang kaki kiri.
 Semasa pergerakan kaki, rendahkan pinggul dan menyesuaikan berat

badan sehingga berakhir di posisi duduk dengan bahagian bawah tubuh
dibengkokkan sekitar 15 darjah ke depan.

Rajah 4.10: Posisi langkah 4

48

 Pengaturan masa yang baik sangat penting untuk menjadi pakar boling.
 Menjauhi awal atau akhir waktu. Awal waktu adalah ketika bola

membawa kaki ke baris batal. Akhir masa adalah ketika kaki di depan
ayunan.
 Ada pemain yang menggunakan 5 langkah untuk bermain boling,
dimana seseorang mengambil langkah kecil pada kaki kiri mereka untuk
memulakan melompat.
 Selalu memperhatikan kedudukan dan pastikan anda mengelakkan
meluncur melewati garis pelanggaran pada langkah 4, melepasi garis
batal disebut titik batal, dan mendapatkan sifar untuk balingan tersebut
walaupun pin jatuh.
Posisi terakhir

Rajah 4.11: Posisi langkah terakhir
 Setelah selesai membaling bola boling, anda perlu memastikan lutut kaki

anda dibengkokkan 45 darjah ke hadapan.
 Anda perlu bergerak ke hadapan sedikit sebanyak 15 darjah.
 Jika anda melihat dari tepi, hidung, lutut dan kaki harus berada dalam

sebuah garis lurus seperti yang anda luncurkan sampai baris.
 Jika anda melihat dari belakang, kaki kanan anda mesti menyilang,

lengan kanan mengarah ke atas dan lengan kiri lurus untuk membantu
anda menjaga keseimbangan anda.
 Kedudukan kaki anda harus betul-betul di bawah kepala anda dalam
garis lurus.
 Anda juga ingin membentuk garis menyerong di tubuh anda dengan kaki
kanan dan lengan kanan.
b) Pegangan bola
i. Teknik Konvensional
 Teknik yang umum digunakan.
 Teknik yang paling banyak digunakan oleh pemain pemula.
 Kedudukan lubang untuk jari manis dan jari tengah lebih rapat dengan

lubang untuk ibu jari.

49

ii. Teknik Hujung Jari

 Ini adalah berlawanan dengan cara memegang sebelumnya kerana
penempatan lubang untuk jari manis dan jari tengah adalah jauh dari
lubang untuk ibu jari.

 Teknik ini biasanya dikhaskan untuk profesional dan membolehkan
pemain membengkokkan bola ke arah pin dan menjatuhkannya
dengan lebih mudah.

iii. Teknik Semi Hujung Jari

 Teknik ini adalah gabungan kedua-dua teknik pegangan konvensional
dan teknik hujung jari.

 Profesional boleh menggunakan kaedah ini dalam setiap permainan
aksi.

iv. Teknik Sarge Easter

 Mungkin tidak begitu popular tetapi sebenarnya kaedah ini juga
dikenali sebagai gabungan antara pegangan hujung jari dan
konvensional, tetapi hasilnya agak berbeza dengan teknik semi
hujung jari.

 Penempatan jari telunjuk dan ibu jari pemain seperti dalam teknik
cengkaman hujung jari, tetapi khusus untuk jari manis, ia serupa
dengan teknik konvensional.

 Semasa menggunakan kaedah ini, pemain akan merasakan
penurunan tekanan pada jari manis dan juga putaran bola serta
kemampuan untuk mengait.

c) Balingan

Rajah 4.12: Teknik balingan

i. Teknik Balingan Straight

 Permulaan

 Pastikan anda berdiri tegak dengan kaki kanan berada ditengah2
antara titik 1 dgn titik 2 sebelah kiri dari dot tengah (anggaplah dot
tengah sebagai 0).

 Ini bermakna tangan kanan anda betul2 berada ditengah atau
hampir dgn dot tengah.

 Bagi yang gunakan tangan kiri utk membaling sama iaitu kaki kiri
anda mesti berada ditengah2 antara dot 1 dgn dot 2 sebelah kanan
dari dot tengah.

50


Click to View FlipBook Version