The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PANDUAN PENGAJARAN KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kss.pkk07, 2021-03-22 21:42:16

PANDUAN PENGAJARAN KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN

PANDUAN PENGAJARAN KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN

 Pegangan Bola.
 Setelah ketiga jari dimasukan pastikan anak jari berada dalam jarak
2cm dekat dengan lubang jari manis, manakala jari telunjuk berada
dalam jarak lebih sedikit 3cm dari lubang jari hantu. Bahu mesti
tegak.

 Ketika Balingan
 Waktu nak baling pergerakan badan menuju kedepan mesti selari
dengan line.
 Turunkan bola tidak boleh mengejut bahkan hendaklah
melunjurkan tangan lurus ke depan dan turunkan ke bawah dan
hayun ke belakang terus baling.
 Ketika bola hampir dilepaskan pemain perlu melihat serentak line
tengah dengan ibu jari sebaris dengan line tengah kemudian baling.
 Pastikan kelajuan balingan anda. Kerana balingan perlahan akan
membuatkan bola cepat membelok.

ii. Teknik Balingan Hook

Rajah 4.13: Teknik balingan Hook
 Ibu jari anda harus keluar dari bola terlebih dahulu, meninggalkan

kedua jari boling anda untuk mengawal mata kail bola. Ini mendorong
peningkatan, putaran dan yang paling penting - ketepatan.
 Langkah seterusnya, semasa melepaskan bola, anda perlu
menjentikkan jari semasa melepaskannya. Pada titik di mana anda
merasakan ibu jari anda keluar dari bola adalah ketika anda mula
mengangkat dengan jari anda. Cuba rasakan bola di hujung jari dan
angkat ketika anda bersiap-siap untuk melepaskan bola.
 Langkah terakhir berjalan seiring dengan langkah sebelumnya.
Semasa anda mengangkat dengan jari, anda harus memutar tangan
dan pergelangan tangan berlawanan arah jam ke kedudukan jabat
tangan. Ikuti dengan mengarahkan bola anda dan pastikan ia berada
di kedudukan yang sama untuk mengelakkan kecederaan.

51

iii. Teknik Balingan Spin

Rajah 4.14: Teknik Balingan Spin

 Bola dilepaskan dari semua jari dengan serentak.
 Kedudukan ibu jari adalah di bawah masa dilepaskan dan dua jari lagi

di atas.
 Spin dihasilkan menerusi pergerakan pergelangan tangan (wrist) yang

dibuat sejurus sebelum bola dilepaskan.
 Follow through dilakukan selepas bola dilepaskan dengan semua jari

ke atas menunjukkan ke arah sasaran.
 Tangan berada dihadapan badan/kaki semasa bola dilepaskan.

4.5 Strategi permainan

a) Membuat 'Spare'

 Merupakan kunci untuk mendapat skor yang bagus.
 Pemain boling berpengalaman berkata 'jika tidak dapat strike, dapatkan

spare sehingga tamat permainan'.
 Untuk memperolehi spare, bergerak ke sisi yang berlawanan dari arah pin

yang tinggal.
 Spare' akan berlaku berdasarkan sasaran bola yang terdekat dengan

pemain.

Tiga cara untuk mendapatkan 'Spare' :

 Penghantaran bola yang konsisten.
 Ayunan lengan yang konsinsten.
 Golekkan bola melebihi target.

b) Pemain berpasukan

 Boling adalah permainan individu.
 Ada yang bermain secara berpasangan atau berkumpulan untuk

bersaing dengan kumpulan lain semasa di dalam pertandingan boling.
 Setiap skor pemain akan dijumlahkan untuk dijadikan markah

berpasangan atau markah kumpulan.
 Kumpulan yang mempunyai markah tertinggi akan menjadi pemenang.

c) Teknik sasaran

 Kebanyakan pemain menggunakan salah satu asas teknik sasaran untuk
mendapatkan balingan yang tepat sama ada pin boling atau titik boling.

52

d) Pin boling
 Pemain menggunakan teknik ini untuk memfokuskan mata mereka pada
pin dari awal hingga seterusnya.
 Untuk meneruskan permainan, pilihan saku 1-3 untuk pemain kidal atau
saku 1-2 untuk sebagai matlamat mereka untuk bola pertama.
 Jika ke semua 10 pin tidak turun pada balingan bola pertama, mereka
memfokuskan mata mereka pada sisa pin boling ketika balingan bola
kedua.

e) Titik boling
 Selain mendapatkan saku 60 kaki menerusi lorong bola, pemain perlu
gunakan salah satu daripada dua set tujuh tanda titik yang diletakkan
pada atas lorong.
 Terdapat titik-titik 6-8 meter di luar garis batal, atau anak panah sekitar
15 kaki di atas lorong.
Ia berfungsi sebagai:
 Pemain dapat membayangkan bola mereka akan jatuh di atas papan
dan bola bergolek di atas papan mana sepanjang menuju ke arah
pin bowling.
 Pemain perlu membayangkan terlebih dahulu bermula sejak mereka
membuat balingan bola ke titik sasaran bagi mendapatkan lintasan
bola yang tepat.

f) Bola lurus
 Bola lurus bergerak dalam garisan lurus dan akan melencong ke arah
lain kerana ia cenderung menolak kearah pin boling.
 Sebelah kanan headpin tidak mungkin akan mendapatkan 'strike'.
 Titik lurus bukanlah titik yang berkesan untuk dijadikan sasaran.
 Bola perlu digolekkan berhampiran dengan anak panahkedua, bukan di
tengah-tengah lorong, di mana bola akan memiliki peluang yang lebih
baik untuk mendapatkan 'strike' dan mendapatkan aksi balingan pin yang
baik.

53

5.0 BADMINTON

5.1 Keperluan permainan badminton

a) Peraturan dan undang-undang permainan

i. Undang-Undang

Asas Permainan badminton memerlukan gelanggang, raket dan bulu
tangkis. Badminton boleh dimainkan dengan 2 orang atau 4 orang pemain.
Semua lapisan peringkat umur sama ada lelaki atau perempuan boleh
bermain badminton. Badminton juga boleh dimainkan secara suka-suka
untuk mengisi masa lapang atau secara pertandingan. Terdapat acara
berpasukan dan individu. Dalam acara individu iaitu perseorangan lelaki
dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta bergu campuran. Piala Thomas
/ Uber dan Piala Sudirman ialah acara berpasukan.

ii. Memulakan Permainan

 Bagi memulakan satu permainan, undian dibuat terlebih dahulu. Bulu
tangkis atau syilling boleh digunakan dalam undian.

 Pemenang boleh memilih untuk memulakan servis, menerima servis
atau memilih petak gelanggang.

 Pihak yang kalah, akan menerima pilihan yang berikutnya.

iii. Sistem Pengiraan Mata

 Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata rali (‘The best
of three ‘game’s’).

 Mata akan diberikan kepada mana-mana pemain yang memenangi rali.
 Perbezaan 2 mata diperlukan untuk menang. Jika tidak, permainan

diteruskan hingga 29-29. Pemain/pasangan pertama mencapai mata 30
dikira sebagai pemenang.
 Dalam acara perseorangan jika pemain mendapat mata genap servis
dilakukan di sebelah kanan gelanggang pemain dan sebaliknya.
 Dalam acara beregu jika mata genap pemain sebelah kanan akan
membuat servis dan sebaliknya.

iv. Masa Rehat

 Setelah mana-mana pemain atau pasangan mencapai mata 11, rehat
selama 60 saat akan diberikan.

 Rehat antara ‘game’ selama dua minit diberikan apabila sesuatu ‘game’
tamat.

v. Servis

 Tidak boleh melengahkan servis selepas mengayun raket ke belakang.
 Pemain yang membuat servis dan menerima servis tidak dibenarkan

memijak garisan gelanggang.
 Kedua-dua belah kaki sentiasa menyentuh lantai gelanggang dan

dalam keadaan tetap.

54

 Bahagian gabus bulu tangkis perlu disentuh dahulu semasa membuat
servis.

 Bulu tangkis mesti berada di bawah paras pinggang dan batang (shaft)
mesti menghala ke bawah semasa melakukan servis.

 Servis dilakukan setelah penerima telah bersedia.

vi. Servis Batal

 Bulu tangkis disentuh oleh rakan sebelum penerima yang sepatutnya
menerima servis. Bulu tangkis melepasi bawah jaring.

 Bulu tangkis jatuh di luar gelanggang servis.
 Bulu tangkis melekat seketika di permukaan raket.
 Bulu tangkis dipukul dua kali berturut-turut.
 Bulu tangkis tersangkut dijaring setelah melepasi jaring semasa

membuat servis.

vii. Servis Semula

(Let) Diberikan sekiranya:-
 Penerima belum bersedia dan tidak mencuba.
 Pembuat servis dan penerima melakukan kesalahan serentak.
 Bulu tangkis melekat dijaring selepas melepasi jaring.
 Semasa permainan, gabus pada bulu tangkis tercabut.
 Pemain diganggu oleh jurulatih pihak lawan. Pengadil tidak dapat

membuat keputusan.

viii. Larangan Untuk Pemain

 Jangan sengaja melambat-lambatkan permainan.
 Jangan sengaja merosak atau mengubahsuai bulu tangkis untuk

menukar kelajuan.
 Tidak memijak garis semasa membuat servis, menyentuhi jaring atau

pemain menyentuh papan iklan.
 Tidak berkelakuan kasar.
 Jangan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran pengadil.

ix. Berlaku Batal

Sekiranya;
 Menyentuh jaring atau tiang dengan anggota badan, raket atau pakaian.
 Raket melepasi atas atau bawah jaring dan mengganggu pihak lawan.
 Mengganggu pihak lawan dengan laungan kuat atau menggunakan

isyarat tangan.

x. Perlawanan Perseorangan

 Pemain akan membuat servis pertama dari petak servis kanannya.
 Mata genap di petak kanan dan kiri bagi mata bilangan ganjil.
 Pembuat servis akan membuat servis secara melintang kepada pihak

lawan.
 Pemain yang menang dalam ‘game’ pertama akan memulakan servis

dalam ‘game’ berikutnya.

55

xi. Perlawanan Beregu
 Pada permulaannya, pembuat servis pertama akan membuat servis

dari gelanggang servis kanan.
 Pasangan bergu yang menang rali akan bertukar petak servis dan

lawan kekal dalam petak servis masing-masing.
 Jika pembuat servis itu kalah dalam rali, servis akan diberikan kepada

pihak lawan.
 Semasa membuat servis, rakan pembuat servis dan rakan penerima

servis boleh berdiri di mana-mana tempat dalam petak tetapi tidak
menghalang pandangan pembuat servis dan penerima servis.
 Pasangan yang menang ‘game’ itu, akan memulakan ‘game’
berikutnya.

b) Peralatan permainan

i. Raket

Rajah 5.1: Raket

ii. Bulu Tangkis

Rajah 5.2: Bulu tangkis
iii. Tiang dan jaring gelanggang

Rajah 5.3: Tiang dan jaring badminton

56

iv. Pakaian dan kasut

Rajah 5.4: Pakaian dan kasut
c) Bentuk dan saiz gelanggang

 Bentuk gelanggang badminton berbentuk segi empat tepat berukuran
13.40m x 6.10m. Lebar garisan 40mm .

 Tinggi jaring 1.55m di tiang dan 1.524m di tengah gelanggang
 Untuk perseorangan dan beregu, kawasan garisan pendek dikira keluar

(out) semasa servis.
 Dalam beregu, kawasan antara garisan belakang gelanggang (long) dan

garisan servis beregu (short) adalah luar (out) semasa servis.
 Dalam beregu, kawasan gelanggang 6.10m x 13.40m digunakan.
 Manakala perseorangan adalah 5.18m x 13.40m.

Rajah 5.5: Bentuk dan saiz gelanggang
d) Etika permainan

 Biasakan memanaskan badan sebelum bermain badminton, sekurang-
kurangnya pemanasan individu, bermula dengan menggerakkan kepala,
bahu, lekuk dan kaki.

57

 Memanaskan badan dengan lawan adalah kewajiban.
 Minta bulu tangkis dengan sopan, dan lemparkan ke tengah gelanggang

untuk mencari siapa yang akan memulakan pukulan servis terlebih
dahulu, jika bulu tangkis menghala ke arah anda itu bermakna anda
adalah orang yang berhak untuk melakukan pukulan servis terlebih
dahulu.
 Pemain yang akan menerima pukulan servis daripada lawan boleh
meminta masa untuk bersedia, tetapi tidak boleh lebih daripada 10 saat.
 Pastikan lawan sudah bersedia sebelum melakukan pukulan servis.
 Elakkan mengucapkan kata-kata yang berunsur negatif dan melakukan
aksi-aksi provokasi terhadap lawan semasa perlawanan berlangsung.

5.2 Istilah-istilah dalam permainan

ISTILAH MAKSUD
Pukulan yang dilepaskan dengan posisi tangan menghadap
Backhand ke depan. Backhand dilakukan untuk mengembalikan bola
Deep Service yang mengarah ke sisi kiri badan.
Servis tajam melambung ke arah sudut gelanggang untuk
Drive memaksa pemain lawan mengembalikan bola dengan lob
Dropshot yang defensif dan mudah diserang.
Footwork Pukulan mendatar yang dilepaskan dengan posisi raket
Forehand sejajar dengan kepala.
Jumping Smash Pukulan mematikan yang dilepaskan dengan tenaga ringan
sehingga bola menukik dalam gerakan mirip jatuh.
Lob Teknik gerakan kaki.
Net Clear Pukulan yang dilepaskan dengan posisi tangan wajar
kembalikan dari backhand.
Net Drop Pukulan smash yang dilepaskan sambil melompat.

Overhead Pukulan keras yang menghasilkan pukulan bulu tangkis
Service lambung.
Smash Pukulan untuk mengakhiri permainan netting, dilakukan
Netting dengan memberikan bola lob jauh ke belakang sudut
gelanggang lawan.
Attacking Clear Bola diarahkan untuk jatuh ke gelanggang lawan tepat dekat
Deception dengan net. Biasanya digunakan untuk memulakan
Defence permainan net.
Pukulan yang dilepaskan dengan posisi raket berada di atas
kepala.
Pukulan awal dari pemain untuk memulakan permainan.

Pukulan deras yang laju dan menjunam kearah gelanggang
lawan.
Pukulan yang dilakukan dekat dengan jarring.

Sebuah serangan yang menghantar bulu tangkis ke
bahagian belakang gelanggang pihak lawan.
Gerakan menipu lawan dengan cara mengubah arah dan
kelajuan bulu tangkis secara mendadak.
Merupakan posisi bertahan untuk mengembalikan serangan
lawan.

58

5.3 Format permainan dan pertandingan

a) Pertandingan Kalah Mati

Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang
akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir. Sistem ini sangat
sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan
tetapi kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan
dan sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur
keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.

Kelebihan

• Boleh dijalankan dalam masa yang singkat;
• Cepat memilih pemenang;
• Boleh dijalankan dengan peralatan yang terhad;
• Seronok untuk ditonton; dan
• Penyertaan ramai.

Kelemahan

• Pasukan yang menjadi johan, boleh jadi bukan yang benar-benar terbaik;
• Separuh daripada pasukan akan terkeluar selepas pusingan pertama; dan
• Kemungkinan ada di antara pemain dari pasukan yang kalah langsung

tiada peluang bermain.

Cara mengira bilangan pasukan atau peserta menunggu (bye).
Bilangan menunggu (bye) dalam sistem pertandingan ini boleh dikira dengan
menggunakan angka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya.

Sebagai contoh, terdapat 7 pasukan yang bertanding. Angka yang lebih
dari 7 ialah 8. Maka 8 tolak 7 ialah 1. Cara Ini bermakna ada 1 pasukan
menunggu (bye). Carta untuk sistem kalah mati ialah seperti berikut:

Contoh jadual pertandingan kalah mati

b) Pertandingan Liga

Merupakan satu-satunya pertandingan yang sesuai dijalankan
sekiranya pertandingan itu bertujuan memilih pasukan yang terbaik. Perkara-
pekara yang perlu diambil perhatian:

• Masa yang mencukupi;
• Kewangan yang ada;
• Bilangan Pengadil; dan

59

• Kemudahan dan peralatan yang ada.
Pertandingan boleh dijalankan dalam
• Liga satu pusingan; dan
• Liga berkumpulan

Contoh carta keputusan pertandingan liga satu pusingan

Contoh carta keputusan pertandingan liga berkumpulan
c) Kiraan mata

 Memenangi 2 daripada 3 game.
 Game dimenangi oleh pihak yang mencapai 21 mata dahulu.
 Pihak yang menang dalam sesuatu rally akan mendapat satu mata.

60

 Jika kedudukan sama 20 mata, pihak yang dapat mendahului 2
perbezaan mata akan menang.

 Jika 29 mata sama, pihak yang mendapat mata yang ke 30 menang dikira
sebagai pemenang.

d) Pertukaran petak gelanggang

 Di akhir game pertama.
 Di akhir game kedua, sekiranya terdapat game ketiga.
 Game ketiga (kiraan mata pihak yang mendahului mencapai mata ke 11).
 Apabila para pemain tidak menukar petak gelanggang – hendaklah

bertukar sebaik sahaja kesilapan disedari dan skor tetap sama dan tidak
berubah.

5.4 Teknik-teknik asas permainan

Pegangan
Raket

Jenis Kemahiran Lakuan
Pukulan Asas Sedia Dan
Gerak Kaki
Permainan
Badminton

a) Jenis-jenis pukulan

i. Pukulan Hadapan

Pukulan hadapan digunakan untuk menyerang pihak lawan.
Pukulan bulu tangkis laju dan deras.

 Pegang raket mengikut teknik pegang depan.
 Bawa raket ke belakang dengan siku.
 Pergerakan pergelangan tangan dikunci.
 Ayun raket ke hadapan dengan kontak bulu tangkis separas dengan

ketinggian jaring.

ii. Pukulan Kilas

Pukulan kilas digunakan untuk bertahan. Kadang-kadang
digunakan untuk mematikan bulu tangkis melalui smesy kilas.

 Pada kedudukan sedia.
 Pegang raket mengikut teknik pegang kilas.

61

 Kilas pinggang sambil siku fleksi menyilang dada.
 Ayun raket ke hadapan dan dan kontak bulu tangkis pada paras bahu.

Rajah 5.6: Pukulan Kilas

iii. Pukulan Lob

Rajah 5.7: Pukulan Lob

62

Pukulan lob digunakan untuk bertahan serta menyukarkan pihak lawan
melakukan serangan. Pukulan ini dapat memberi masa dan kesempatan
pemain kembali ke posisi bersedia.

 Pada kedudukan sedia.
 Pegang raket dengan teknik pegang depan.
 Bawa raket ke belakang atas kepala. Siku fleksi sambil kepala

didongakkan.
 Bawa raket ke hadapan atas kepala dengan siku fleksi.
 Kontak bulu tangkis semasa ia berada di atas kepala.
iv. Pukulan Smash

Rajah 5.8: Pukulan Smash
Pukulan smash boleh dilakukan ketika bulu tangkis berada tinggi di
udara. Ia digunakan untuk menamatkan rally atau mencipta ruang.
Sasarannya ialah ke ruang kosong gelangang lawan.

 Pandang bulu tangkis.
 Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.
 Ayun raket ke belakang dengan siku bengkok.
 Sebelah tangan lagi lurus ke atas.
 Ayun raket ke hadapan dengan lengan lurus.

63

b) Servis
i. Teknik memulakan servis
 Forehand service (servis depan)

Rajah 5.9: Teknik memulakan servis
(Forehand service)

 Servis kilas

Rajah 5.10: Teknik memulakan servis (Servis kilas)
64

ii. Pergerakkan teknik servis

• Forehand service

Rajah 5.11: Pergerakkan teknik servis (Forehand service)
 Baseline service

Rajah 5.12: Pergerakkan teknik servis (Baseline service)
 Service kilas

Rajah 5.13: Pergerakkan teknik servis (Service kilas)

65

c) Pergerakkan membalas hantaran
i. Membalas hantaran servis

Rajah 5.14: Membalas hantaran servis
ii. Membalas hantaran tinggi

Rajah 5.15: Membalas hantaran tinggi

66

iii. Membalas hantaran rendah

Rajah 5.16: Membalas hantaran rendah
67

iv. Forehand return

Rajah 5.17: Membalas hantaran rendah (Forehand return)
68

v. Membalas servis hantaran lawan

Rajah 5.18: Membalas servis hantaran lawan
vi. Membalas hantaran bola rendah

Rajah 5.19: Membalas hantaran bola rendah
69

vii. Membuat hantaran bola tinggi ketika berada di hadapan

Rajah 5.20: Membuat hantaran bola tinggi ketika berada di hadapan
70

viii. Bersedia membalas pukulan tinggi dan bersedia membalas
hantaran jaring atau hantaran rendah

Bersedia membalas pukulan tinggi

Membalas hantaran jaring atau
hantaran rendah

Rajah 5.21: Membalas pukulan tinggi dan bersedia membalas hantaran jaring
atau hantaran rendah
71

ix. Teknik asas memegang raket untuk pelbagai pukulan
 Pegangan pukulan atas kepala (overhead)
 Pegangan pukulan kilas atas kepala (overhead backhand)
 Pegangan pukulan sisi kilas (foreswing backhand)
 Pegangan pukulan bawah kilas (underswing backhand)
 Pukulan bawah (underswing)
 Pukulan sisi (forehand)

Rajah 5.22: Teknik asas memegang raket untuk pelbagai jenis pukulan
72

5.5 Strategi permainan

a) Permainan perseorangan

Dalam permainan perseorangan adalah penting untuk memaksimakan
kawasan gelanggang. Gelanggang perseorangan mempunyai kedalaman
atau panjang yang lebih berbanding dengan lebar. Oleh yang demikian taktik
asas permainan perseorangan ialah corak permainan lob dan drop untuk
menggerakkan pihak lawan ke belakang dan depan dan membuka ruang
kosong demi mematikan bulu tangkis.

 Jangan menunggu bulu tangkis datang tetapi harus bergerak pada
ke arah bulu tangkis.

 Pukul bulu tangkis pada titik (point) pukulan yang paling tinggi.
 Bersabar dan sedia untuk bermain rally panjang.
 Letihkan pihak lawan dari segi fizikal dan mental.
 Kuasai gelanggang.
 Serang dan kawal keseluruhan keadaan.
 Jimat tenaga sambil meletihkan lawan.
 Belajar gunakan gerakkan menipu.
 Baca pikiran lawan.
 Paksa pihak lawan bermain corak permainan yang dikehendaki.

b) Permainan beregu

Permainan beregu adalah lebih kompleks berbanding dengan
perseorangan kerana ia memerlukan reaksi yang lebih pantas dan keperluan
untuk menjangka apa pasangan anda dan lawan anda akan lakukan.
Kerjasama antara pasangan adalah penting di mana kedua-dua pasangan itu
boleh memilih untuk bermain dalam posisi masing-masing yang lebih kuat.

Seorang pemain boleh “cover” pasangannya dalam posisi atau
pukulannya yang lemah. Satu pemain boleh “set” untuk pasangannya untuk
menyerang. Secara amnya strategi permainan beregu adalah untuk
menyerang dengan laju.

Taktik asas permainan beregu termasuk taktik asas permainan
perseorangan seperti berikut:-

 Jangan menunggu bulu tangkis datang tetapi harus bergerak pada atau
kearah bulu tangkis.

 Pukul bulu tangkis pada titik pukulan yang paling tinggi.
 Ambil inisiatif untuk menyerang dan mengawal keseluruhan keadaan.
 Belajar pergerakkan menipu.
 Baca pikiran pihak lawan.
 Paksa pihak lawan bermain corak permainan yang dikehendaki.
 Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan.
 Selalu melakukan serangan.
 Perlu reaksi yang pantas.
 Serang bahagian tengah antara 2 orang lawan.
 Cuba tukar permainan bertahan kepada serangan secepat yang

mungkin.

73

6.0 BOLA BALING

6.1 Keperluan Permainan Bola Baling

a) Peraturan dan undang-undang permainan

Bil Peraturan
1 Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan 7 orang

bermain dan 5 orang sebagai pemain simpanan. Penggantian pemain
boleh dilakukan bila – bila masa dalam permainan.
2 Permainan diadili oleh 2 pengadil.
3 Permainan dimulakan dengan satu balingan permulaan oleh pasukan
yang memilih untuk membuat permulaan. Balingan dibuat di garisan
tengah.
4 Seorang pemain dibenarkan:
 Menahan, menangkap, membaling, melontar atau memukul bola

dengan apa cara pun dengan tangan, lengan, kepala, paha atau
lututnya. ·
 Memegang bola untuk selama 3 saat sebelum membuat balingan atau
hantaran.
 Melantunkan bola berterusan dari satu tempat ke tempat lain dalam
kawasan permainan yang ditetapkan.
5 Pemain-pemain kecuali penjaga gol, tidak dibenarkan masuk ke dalam
kawasan gol.
6 Apabila penjaga gol keluar kawasan golnya dia akan dianggap sebagai
seorang pemain padang.
7 Jika bola keluar garisan tepi permainandisambung semula dengan satu
balingan ke dalam oleh pasukan yang tidak mengeluarkan bola itu.
8 Semasa balingan percuma, balingan mula atau balingan ke dalam
dilakukan, pihak lawan hendaklah sekurang-kurangnya 3 meter dari
pembaling.
9 Satu balingan penalti akan diberi kepada pihak lawan jika seorang pemain
itu menghantar bola kepada penjaga golnya yang berada dalam kawasan
gol.
10 Gol boleh dijaringkan dari mana-mana balingan

b) Peralatan permainan

i. Bola

Bola yang digunakan dalam permainan bola baling adalah kecil
bentuknya daripada bola sepak atau bola jarring tetapi lebih besar
daripada bola takraw. Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada
kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola
untuk setiap kategori pemain adalah seperti berikut:

 Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas)

 Bola saiz 3
 Berat antara 426g hingga 475g
 Lilitan antara 58cm sehingga 60cm

74

 Remaja perempuan (8 tahun sehingga 14 tahun)

 Bola saiz 2
 Berat antara 325g hingga 375g
 Lilitan antara 54cm sehingga 56cm

 Remaja lelaki (8 tahun sehingga 12 tahun)

 Bola saiz 1
 Berat antara 290g hingga 330g
 Lilitan antara 50cm sehingga 52cm

Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh
pengadil akan disediakan bagi setiap perlawanan. Ia tidak boleh ditukar
ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di peringkat antarabangsa,
hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling
Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan.

Rajah 6.1: Bola Baling

ii. Tiang gol

Rajah 6.2: Tiang gol sukan bola baling

Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol
terdiri daripada dua batang tiang tegak panjangnya 3 meter dan tingginya
2 meter. Kedua-dua tiang ini disambungkan oleh sebatang palang empat
segi yang panjangnya 3.16 meter. Tiang gol diperbuat daripada kayu atau
bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan dua warna yang terang.
Penjuru pertemuan antara tiang gol dengan palang harus dicat dengan

75

warna yang sama dengan ukuran 28 cm. di bahagian lain tiang gold an
palang, panjang warna yang sama adalah 20 cm. gol perlu dipasangkan
dengan jaring. Lebar kayu tiang gol dan palang ialah 8 cm.
iii. Pakaian dan kasut
 Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain wanita terdiri daripada baju

lengan pendek atau panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa
atau but.
 Semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa (seragam)
kecuali penjaga gol yang perlu memakai warna pakaian yang
berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya dan pemain
pasukan lawan.

Rajah 6.3(a): Pakaian dan Kasut sukan bola baling

Rajah 6.3(b): Kasut sukan bola baling
c) Bentuk dan saiz gelanggang

Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang yang
digunakan boleh merupakan gelanggang bersimen atau berarket di dalam
dewan yang tertutup. Gelanggang permainan berbentuk segiempat bujur, 40
meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar di garisan gol. Gelanggang
permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas oleh satu
garisan tengah. Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan gol
yang berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang gol. Panjang garisan penjaga gol
pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah garisan gol ialah pertukaran pemain
dengan panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah ialah 4.5 cm meter.
Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secar jelas dengan
ukuran sebenar 5 cm.

76

Rajah 6.4: Bentuk dan Saiz gelanggang bola baling
d) Etika permainan

i. Pengurus pasukan bertanggungjawab sepenuhnya memastikan
setiap pegawai dan pemain termasuk penyokong mematuhi kepada
etika dan tingkah laku yang dihormati.

ii. Tindakan yang bersesuaian boleh diambil terhadap mana-mana
pegawai, pemain dan penyokong yang bertindak tidak mengikut
peraturan atau objektif pertandingan. Tindakan meliputi hal-hal seperti
penggantungan mana-mana pasukan, pegawai atau pemain dari
penglibatan bagi sebarang jangkamasa yang sesuai.

iii. Sebarang penipuan dalam perkara kelayakan pemain atau sama ada
sengaja atau tidak sengaja adalah bertentangan dengan etika
permainan. Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan keluar
padang permainan adalah perbuatan biadab yang harus dielakkan
dan tidak sepatutnya diamalkan.

iv. Pemain perlu hormat dan mematuhi peraturan dalam permainan dari
aspek pakaian dan tingkah laku semasa dalam permainan.

77

6.2 Istilah-istilah Dalam Permainan

Istilah Maksud
Court player Pemain yang bermain di gelanggang kecuali penjaga gol
dikenali sebagai pemain gelanggang.

Goalie Seorang pemain yang mempertahankan gawang
sementara lawan berusaha menjaringkan gol. Penjaga gol
gol dibenarkan bermain di dalam kawasan gol.

Corner Throw Ini dilemparkan oleh pemain penyerang dari sudut
gelanggang. Ia dilakukan dengan membaling bola dengan
menggunakan kedua-dua tangan. Lontaran sudut diberikan
kepada pemain penyerang semasa bola dimainkan di atas
garisan gol oleh pemain bertahan atau kedua-dua sisi
gawang.

Free throw Ia dibenarkan untuk pasukan lawan sementara pasukan
lain melakukan pelanggaran semasa permainan. Bola
dilemparkan dari garisan 9mts dari pintu gawang.

Penalty throw Pukulan penalti dilemparkan dari tanda pada jarak 7mts dari
gawang. Dalam lontaran penalti pemain diperuntukkan
untuk menjaringkan gol melalui lontaran langsung ke pusat
gol.

Referee’s Lontaran ini dilakukan oleh pengadil untuk menyambung
throw semula permainan setelah gangguan permainan yang
disebabkan oleh sebab lain daripada yang disebutkan di
atas, semasa pertandingan bola baling.

Dive shot Ini adalah cara meletakkan rembatan, untuk menjaringkan
gol, dengan melompat di atas lantai menuju ke gawang. Ia
dilakukan tanpa menyentuh garis.

Goal Satu gol dijaringkan dengan melemparkan bola ke tiang
Throw-in gawang dan disahkan dengan memutuskan bahawa jika
bola telah terkena tanda pita atau tidak.
Ia dilakukan oleh pemain dengan melemparkan bola ke
gelanggang setelah melintasi salah satu garisan sisi.
Semasa melempar bola, kaki pemain mesti bersentuhan
dengan tanah. Pemain boleh menggunakan tangan atau
tangan tunggal untuk melemparkan bola.

Throw-on Ia dilakukan untuk memulakan permainan atau setelah gol
dijaringkan, dari pusat gelanggang.

Throw out Ia adalah lontaran oleh penjaga gawang dari kawasan gol
untuk menyerahkan bola kepada pemain pasukan setelah
menguasai bola di kawasan gol.

78

6.3 Format Permainan dan Pertandingan

a) Liga

Cara Memberi Mata:

 Menang - 3 mata
 Seri - 1 mata
 Kalah - 0 mata

Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka
pemenang akan ditentukan seperti berikut:

 Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira
menang.

 Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira menang.
 Jika masih seri, pasukan yang kurang kena gol akan dikira menang.
 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira

menang.
 Jika masih seri, cabutan undi akan dijalankan.

b) Kalah Mati

Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas
sepenuhnya masa langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk memutuskan
pemenangnya.

 Perlawanan masa tambahan 10 minit akan diadakan setelah berehat lima
minit.

 Selepas 5 minit perlawanan separuh masa pertama, satu minit diberi untuk
bertukar tempat dan perlawanan diteruskan 5 minit lagi.

 Jika keputusan masih lagi seri, sistem balingan 7 akan dijalankan kecuali
dalam perlawanan akhir.

 Jika balingan 7 tidak dapat dijalankan kerana keadaan-keadaan lain tidak
mengizinkan, maka undian hendaklah dijalankan.

c) Sistem balingan 7

 Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan 7m dengan cara
balingan berselang-seli oleh 5 orang pemain.

 Jika masih seri, maka balingan 7 hendaklah diteruskan oleh pemain yang
secara berselang-seli dengan “sudden death “.

 Pengadil akan memutuskan gol di mana balingan 7 itu dijalankan.
 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan

membuat balingan dahulu.
 Hanya pemain-pemain yang menyertai perlawanan akhir dalam masa

tambahan dibenarkan membuat balingan penalti itu.
 Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 dan penjaga gol pasukan

lawan mestilah berada di luar garisan balingan percuma.
 Semua pemain lain hendaklah berada di garisan tengah gelanggang.
 Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan penalti

dijalankan.

79

d) Carta keputusan pertandingan

Pasukan A B C D E Menang Kalah Mata Keduduka
n

A

B

C

D

E

Contoh Carta Keputusan Pertandingan Liga Satu Pusingan

Kumpulan A

Pasukan A B C Menang Kalah Mata Kedudukan

A

B

C

Kumpulan B

Pasukan A B C Menang Kalah Mata Kedudukan

A

B

C

Contoh Carta Keputusan Pertandingan Liga Berkumpulan

80

6.4 Teknik-teknik Asas Permainan

Berlari

Menjaga Gol Melompat

Menjaring Kemahiran Hantaran
Asas Bola

Permainan
Bola Baling

Mengadang Menyambut
Bola

Mengelecek
Bola Dengan

Tangan

a) Jenis-jenis hantaran
i. Hantaran atas bahu

Rajah 6.5: Hantaran atas bahu

 Bola dipegang melepasi paras bahu dan dibawa ke belakang kepala.
 Kedudukan siku yang memegang bola dibengkokkan dengan

kedudukan lengan condong sedikit ke sisi.
 Bahagian atas badan tegak kepala didongakkan sedikit dan mata

memandang ke sasaran.

81

 Pemain mengambil langkah ke hadapan menggunakan kaki yang
berlawanan dengan tangan membaling memindahkan berat badan
dan kaki belakang ke kaki hadapan.

 Semasa pemindahan berat badan, siku bagi tangan yang membaling
dibawa ke hadapan dengan segera dan membuat hayunan lengan
dengar kuat. Pergelangan tangan disentapkan ke bawah diikuti
dengan jari-jari semasa melepaskan bola. Jari telunjuk menghala ke
sasaran di akhir perlakuan.

 Tangan bebas dihalakan ke sasaran.
 Lutut hendaklah dibengkokkan sedikit. Semakin jauh jarak baling,

semakin luas langkahan pertama. Cari ini akan membantu
keseimbangan dan kawalan pemain. Biasanya langkahan dihalakan
ke sasaran.
ii. Hantaran tolak

Rajah 6.6: Hantaran tolak
 Kedudukan pemain dengan kedudukan‘posisi triple-threat’.
 Pergerakan lengan dan siku dengan pantas ke hadapan.
 Pergelangan tangan disentapkan ke bawah diikuti dengan jari-jari

semasa melepaskan bola.
 Ikut lajak ke arah sasaran.
iii. Hantaran sisi

Rajah 6.7: Hantaran sisi
 Hantaran ini dilakukan secara menyisi ke sasaran.
 Pemain daripada keadaan kedudukan ‘posisi triple-threat’,

mengangkat siku tangan membaling menghala ke sasaran.

82

 Pada masa yang sama, pemain meluruskan lengan dan
menghayunkannya ke sasaran.

 Semasa lengan lurus, pergelangan tangan disentap dikuti dengan
jari-jari semasa melepaskan bola.

 Lengan ikut lajak ke arah sasaran.
iv. Hantaran lompat

Rajah 6.8: Hantaran lompat
 Kemahiran hantaran ini hampir sama dengan hantaran atas bahu,

tetapi perbezaannya, pemain melakukan lompatan sebelum
membuat hantaran.
 Pemain yang melakukan percubaan jaringan cara lompat, mungkin
akan melakukan hantaran ini bagi melepasi halangan pertahanan.
 Semasa pemindahan berat badan, tangan membaling dibawa ke
hadapan dengan segera dan membuat hayunan lengan dengan
kuat. Pergelangan tangan disentapkan ke atas diikuti dengan jari-jari
semasa melepaskan bola.
 Lutut hendaklah dibengkokkan sedikit. Semakin jauh jarak balingan,
semakin luas langkahan pertama. Cara ini akan membantu
keseimbangan dan kawalan pemain. Biasanya Iangkahan dihalakan
ke sasaran.
v. Hantaran lantun

(a) (b)
Rajah 6.9: Hantaran lantun (a) 1 tangan ; (b) 2 tangan
 Bola dipegang pada ‘posisi triple-threat’.
 Kedudukan siku yang memegang bola dibengkokkan dengan
kedudukan lengan condong sedikit ke sisi.

83

 Bahagian atas badan condong dan mata memandang ke sasaran.
 Pemain melantunkan bola dengan melangkah kaki menggunakan

kaki yang berlawanan dengan tangan membaling. Pemindahan berat
badan dan kaki belakang ke kaki hadapan.
 Lengan ikut lajak ke arah sasaran.
b) Teknik menyambut dan menerima bola
i. Asas posisi badan
 Kaki seluas bahu.
 Kedudukan bahu menghadap arah pengerakan bola.
 Tumpuan : Kepala dan mata kepada bola.
 Bahagian atas pinggang condong sedikit ke arah pergerakan bola.
 Tangan dan tapak tangan dihalakan ke arah bola.
 Siku dibengkokkan sedikit mengikut kesesuaian.
ii.Asas posisi tangan
 Bagi menerima bola tinggi ( paras dada dan ke atas), posisi tapak
tangan membentuk segi tiga dengan ibu jari dan jari telunjuk hampir
bersentuhan antara kanan dan kiri.

Rajah 6.10(a): Asas posisi tangan
 Bagi menerima bola rendah ( paras pinggang dan ke bawah), jari-jari

menghala ke tanah dengan kedua-dua jari kelingking hampir
bersentuhan.

Rajah 6.10(b): Kedudukan semasa menerima bola rendah
iii. Teknik menyerap momentum bola

 Tumpuan mata kepada pergerakan bola yang datang.(a)
 Tangan bergerak ke arah bola dengan jari yang ‘relaks’. (b)
 Bengkokkan siku dan bawa tangan ke dada apabila bola ditangkap

(c).

84

Rajah 6.11: Teknik menyerap momentum bola

c) Teknik menjaring dan menjaga gol

i. Teknik menjaring

Menjaring merupakan tindakan terakhir beberapa siri teknik dan taktik
menjaring. Berikut adalah prinsip am menjaring:

 Mempunyai keyakinan diri.
 Berkemampuan mengawal imbangan dan pergerakan badan.
 Memberi tumpuan dan perhatian penuh.
 Bijak mencari ruang.
 Ikut jarak.

Jenis-jenis jaringan

 Jaringan atas kepala

Rajah 6.12: Jaringan atas kepala

 Jaringan lantun

Rajah 6.13: Jaringan lantun

85

 Jaringan gerak keliru dari belakang

Rajah 6.14: Jaringan gerak keliru dari belakang
 Celah kengkang

Rajah 6.15: Jaringan Celah kengkang

 Meleret

Rajah 6.16: Jaringan Meleret
 Jaringan sisi/paras pinggang

Rajah 6.17: Jaringan sisi/paras pinggang

86

 Jaringan menjunam

Rajah 6.18: Jaringan menjunam
 Jaringan sambil berpusing

Rajah 6.19: Jaringan sambal berpusing
 Jaringan melompat

Rajah 6.20: Jaringan melompat

 Jaringan sudut

Rajah 6.21: Jaringan sudut

87

ii. Menjaga gol (penjaga gol)
 Tugas penjaga gol
 Menghalang pasukan lawan membuat jaringan.
 Merancang benteng pertahanan.
 Merancang serangan balas.
 Sentiasa mengikut pergerakan gol.

Rajah 6.22: Penjaga gol
 Sifat baik penjaga gol

 Tindak balas yang pantas.
 Koordinasi mata – tangan yang pantas.
 Kebolehan membongkok dan meluruskan badan dengan cepat.
 Tindak balas yang pantas mengikut bola.
 Sentiasa bersedia.
 Berkeupayaan serta berkebolehan membaca pergerakan dan

tindakan pihak lawan.
 Berdisiplin.
 Mematuhi peraturan permainan.
 Keinginan mencapai kemenangan.
 Kemahiran menjaga gol
a) Menahan bola

Rajah 6.23: Menahan bola dengan kaki
 Kaedah ini digunakan untuk menghalang bola yang meleret

atas padang.
 Bola ditahan menggunakan kaki.

88

b) Menangkap bola

Rajah 6.24: Menangkap bola
 Menerima bola kemudian bola ditarik ke dada.
c) Menampan bola

Rajah 6.25: Menampan bola
 Menolak bola keluar dengan kedua belah tangan atau

sebelah tangan sahaja.
d) Menahan bola dengan anggota badan

Rajah 6.26: Menahan bola dengan tubuh badan
 Menghalang bola memasuki gawang dengan menggunakan

tubuh badan.
89

 Penjaga gol akan menggunakan kaki sekiranya bola dihantar
pada paras rendah (bawah pusat).

e) Menepis bola

Rajah 6.27: Menapis bola

 Kaedah ini digunakan sekiranya bola dihantar pada paras
tinggi.

 Bola ditepis menggunakan sebelah tangan / kedua belah
tangan.

 Bola ditolak keluar dari kawasan gol.
 Penjaga gol boleh melompat untuk menepis bola kea rah lain.

d) Kaedah bertahan dan menyerang

 Mesti turun laju bina banteng di kawasan D dengan 3 orang
pertahanan yang pantas berlari

 Baki 2 orang sayap kanan /kiri mengawasi pergerakkan 3 pemain
penyerang.

 Baki 1 orang yang tak pantas berlari bertindak sebagai
runner/pengacau.

 Seterusnya bina banteng 4-2 atau 5-1, 3-3 yang dirancang.

i. Kaedah bertahan (fast break)

Rajah 6.28: Teknik Grap / Hold

90

 Digunakan bila banteng pertahanan belum ada.
 Pemain penyerang memegang bola hingga tiupan wisel.
ii. Kaedah menyerang
 Wajib ada 1 orang penjaring gol utama (center runner).
 Wajib ada 1 orang perancang utama (pemain tengah / center back).
 Wajib ada 2 orang pertahanan kiri/kanan (lb/rb) dan bekerjasama

dengan pemain tengah.
 Wajib ada pemain sayap untuk buat jaringan jarak dekat 9m / 7m.
 Naik dengan berjalan dengan teknik hantaran 1-2.

6.5 Strategi Permainan
i. Strategi menyerang
 Sistem serangan 3-3 / Sistem pertahanan 3-3
 Paling popular digunakan semua negara.
 Berupaya buat hantaran pantas dan jauh.
 Asas pembelajaran untuk sekolah rendah.
 Teknik demarking / man-to-man.
Passing
Shot

Rajah 6.29: Sistem serangan 3-3 lwn sistem pertahanan 3-3
ii. Strategi bertahan

 Sistem pertahanan 3-2-1
 Pemain mahir, agresif dan 100% cergas
 Pemain mahir tukar corak permainan 3-2-1 kepada 5-1, 4-2.
 Digunakan oleh pasukan negara Perancis (Juara Olimpik 2008).
 Asas pembelajaran sekolah rendah
 Teknik demarking/ man-to-man.

91

Passing
Shot

Rajah 6.30: Sistem serangan 3-3 lwn sistem pertahanan 3-2-1
 Sistem pertahanan 6-0

 Asas pertahanan bagi pemain baru, dan pemain tinggi lampai.
 Kerap digunakan pasukan Crotia, Sweden, Denmark dan Norway.

Passing
Shot

Rajah 6.31: Sistem serangan 3-3 lwn system pertahanan 6-0
 Sistem pertahanan 4-2

 Pemain yang mahir agresif dan 100% cergas.
 Pemain sekolah rendah sudah ada asas sistem pertahanan 3-3/ sistem

serangan 3-3.
92

Passing
Shot

Rajah 6.32: Sistem serangan 3-3 lwn sistem pertahanan 4-2
 Sistem pertahanan 5-1

 Pemain yang mahir agresif dan 100% cergas.
 Asas sistem pertahanan 3-2-1.
 Digunakan pasukan German, Spanyol, Iceland, Negara Arab-Mesir,

negara Asia Tengah/Timur.
Passing
Shot

Rajah 6.33: Sistem serangan 3-3 lwn system pertahanan 5-1

93

7.0 DART

7.1.1 Keperluan Permainan Dart
a) Peraturan dan undang-undang permainan

Bil Peraturan
1 Jarak lontaran

 Peraturan permainan dart memperuntukkan bahawa sasaran terletak
pada jarak 2.37 cm pada ketinggian 1.73 cm. Permainan Dart, terlalu,
mesti dari jenis tertentu. berat badan mereka tidak boleh lebih daripada
50 gram, tetapi model yang paling biasa digunakan dengan berat purata
20-25 gram.

 Mereka diperbuat daripada nikel, tungsten atau tembaga. Untuk pemain
baru bahan terbaik mungkin adalah tembaga. sasaran sektor untuk dart
dicat dengan warna hitam dan putih. Bull's-mata, iaitu pusat sasaran,
berwarna merah dan dalam hubungan dengan dia seorang pemain
mendapat 50 mata.

2 Peraturan menentukan urutan melemparkan dart.

 Setiap peserta mesti melebihi tiga pukulan untuk mendapatkan beberapa
mata tertentu. Kapasiti maksimum mungkin adalah 180. Keputusan ini
boleh dicapai jika semua tiga kali untuk mendapatkan ke dalam
gelanggang dalaman 20 sektor sempit.

 Jika pemain tidak masuk ke dalam bahagian dalam cincin yang sempit,
ia tidak mendapat mata. Jika dart itu bukan dalam sasaran, ia juga strok
tidak berkesan. Selepas tiga pukulan dikira hasil, dan seterusnya
diserahkan kepada pemain seterusnya.

 Peraturan permainan dart perlu diterokai sebelum memulakan
permainan. Sebelum bermulanya pertandingan pada peserta ketepatan
seli membaling dart, dan akibat yang dipilih, yang akan memulakan
perlawanan. Secara semula jadi, anda bernasib baik untuk yang berjaya
mendapatkan sehampir mungkin ke pusat.

3 Peraturan permainan dart 301/501.

 Akaun dalam kes ini bermula dengan 301 mata untuk setiap peserta.
Lagi menjaringkan gol dalam satu pusingan (3 melemparkan) mata
ditolak, dan pemenang adalah orang yang pertama mencapai sifar.
pukulan terakhir yang akan dibuat dalam bullseye atau sektor Lingkaran
luar.

 Jika hasilnya adalah lebih banyak mata atau satu, sebelum
melemparkan tidak dikira, tetapi hasilnya tetap sama yang sebelum siri
terakhir kemasan hit. Setiap perlawanan akan datang dipanggil LEG dan
lima legov ditubuhkan. Pemain yang memenangi tiga legah. Dalam 301
dimainkan oleh dua pemain, dan di 501 - dua pasangan.

4 Peraturan permainan dart "semua lima"
 Pemain cuba untuk membuang tiga menjaringkan jumlah mata gandaan
lima. Apabila jumlah bergerak lain tidak dikira. Jika anda menjaringkan
50 - 10 mata, 10 - memberikan 2 mata, 5, masing-masing, 1 mata.
Sesiapa yang terpantas menjaringkan 51 mata adalah pemenang. Perlu
diingatkan bahawa pada mata carian, siri terakhir diulangi. Perlu
menjadi 51 mata dan tidak lebih, tidak kurang.

94

b) Peralatan permainan
i. Papan dart

Rajah 7.1: Papan dart

ii. Dart

Rajah 7.2: Dart

iii. Pakaian

Rajah 7.3: Pakaian

95

c) Bentuk dan saiz gelanggang

Rajah 7.4: Bentuk dan saiz gelanggang
d) Etika permainan

 Pemain tidak dibenarkan memakai pakaian menjolok mata semasa
pertandingan.

 Pemain mesti memakai pakaian kemas.
 Dilarang merokok,makan dan minum minuman beralkohol dalam

pertandingan.
 Pemain tidak dibenarkan keluar dari gelanggang semasa

pertandingan sedang berlangsung.
 Tidak mengeluarkan kata-kata kesat kepada pihak lawan.
 Tidak membuat bising semasa perlawanan berlangsung.

96

7.2 Istilah-istilah Dalam Permainan

Istilah Maksud
Inner Bullsye Ini adalah titik tengah yang memiliki warna merah yang
Outer Bullsye bernilai 50 markah
Double Ring Ini menjadi bulatan papan yang berwarna hijau dan terletak
pada luar papan. Dengan nilai 25 markah
Triple Ring Ini ditakrifkan sebagai ruang kecil yang mempunyai warna
hijau atau merah yang terletak di kawasan yang luas dan
akan mempunyai nilai berganda.
Ditafsirkan mempunyai makna yang sama lebih kurang
seperti Double Ring. Tetapi di sini ruang yang dimiliki
berwarna hijau atau merah yang berada di atau ruang
lingkup tengah papan dan nilai markah mencapai gandaan
lebih dari 2. Maksudnya, 3 kali ganda dari nilai yang ada.

7.3 Format Permainan dan Pertandingan

a) Sistem pertandingan

i. Pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan
diperingkat awal. Pertandingan peringkat suku akhir, separuh akhir
dan akhir dijalankan secara kalah mati.

 Pertandingan ini dijalankan secara liga, dimana pasukan-pasukan
akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan pada peringkat awal
dan pada peringkat seterusnya akan dijalankan secara kalah mati.

 Semua perlawanan akan dijalankan secara best of tree (3) legs
dengan menggunakan kiraan 501 untuk beregu.

 Setiap pemain hanya dibenarkan bermain 2 acara sahaja bagi
setiap perlawanan ( 1 acara 4 berpasukan dan 1 acara
berpasangan ).

 Pada peringkat awal semua perlawanan untuk setiap kategori
hendaklah di jalankan.

 Sebarang gantian pemain adalah tidak dibenarkan setelah senarai
tersebut diserahkan kepada pegadil perlawanan.

 Pemain dimulakan dengan undian secara Toss Coin (lambung
syiling). Pasukan yang menang undian akan memulakan
permainan manakala pasukan yangkalah Toss Coin akan menjadi
chalker dan diikuti oleh pihak lawan pada perlawanan berikutnya
dan seterusnya secara timbal balik.

 Di dalam semua perlawanan, kiraanBurst akan digunakan apabila
jumlah Score melebihi dan menyamai jumlah bakinya tanpa check-
out.

 Semua perlawanan akan dimulakan secara mula terus (Strait start)
dan diakhiri dengan kiraan angkat ganda dua (Double finish).

 Pemain dibenarkan bertanya kepada chalker jumlah scoredan baki
balingan dart pertama dan kedua.

 Sebarang salah kiraan yang dilakukan oleh chalker hendaklah
diperbetulkan sebelum balingan selepasnya dibuat.

 Setiap pasukan yang bertanding akandiberikan mata perlawanan
seperti berikut:

97

Menang - 2 mata
Kalah - 0 mata

ii. Suku akhir dan separuh akhir

 Perlawanan Peringkat Suku Akhir dan Separuh Akhir akan diadakan
secara Kalah matisatu Pusingan

iii. Peringkat akhir

 Perlawanan Peringkat Akhir akan diadakan secara Kalah Mati satu
pusingan

b) Cara mencatat dan mngira kiraan mata

Cara Pemarkahan Papan Dart

 Ruang hitam dan putih - markah ikut nombor ruang tersebut.
 Double line (lingkaran pertama/besar) : markah di ganda 2.
 Triple line (lingkaran kedua/kecil) : markah di ganda 3.
 Bull (lingkaran ke 3) : 25 Point
 Bulleye atau lingakaran tengah : 50 Point

7.4 Teknik-teknik Asas Permainan

Teknik
Memegang

Dart

Kemahiran Asas
Permainan Dart

Teknik Teknik
Mengurangkan Melontar Dart

Mata

98

a) Teknik memegang dart

i. Four finger and thumb

 Dicapai dengan meletakkan jari terkecil di atas atau bawah hujung anak
panah untuk panduan maksimum dalam pecutan dan sentuhan dengan
penempatan.

 Bagaimanapun cengkaman ini menambah satu lagi titik sentuhan ke
anak panah dan boleh menyebabkan lontaran menjauh dari anda.

Rajah 7.5: Teknik four finger and thumb
ii. Three finger and thumb

Rajah 7.6: Teknik three finger and thumb
 Cengkaman asas ini yang memberi anda banyak kawalan terhadap anak

panah semasa pecutan dan penyesuaian penempatan.
 Bagaimanapun, jari tambahan pada panah meningkatkan peluang anda

untuk tersasar.
iii. Two finger and thumb

Rajah 7.7: Teknik two finger and thumb

99

 Ini mengelakkan beberapa jari menghalang lontaran yang baik dengan
mengorbankan sedikit kawalan.

 Namun, pertimbangkan untuk menggerakkan ibu jari sedikit di belakang
tengah anak panah untuk lebih banyak kawalan.

iv. One finger and thumb

Rajah 7.8: Teknik one finger and thumb

 Serupa dengan bagaimana anda memegang pena. Cengkaman ini
meminimumkan titik sentuhan anda dengan mengorbankan anak panah.

 Walau bagaimanapun, gaya cengkaman ini sangat berkesan tetapi
mungkin memerlukan sedikit masa untuk membiasakannya.

b) Teknik lontaran

Langkah 1
 Untuk pemain tangan kanan, letakkan kaki kanan di depan dan kaki kiri di

belakang. Sebilangan besar berat badan anda mesti terletak di kaki kanan
anda, walaupun anda tidak boleh bersandar terlalu jauh ke depan.
 Untuk pemain kidal, letakkan kaki kiri anda di depan dan kaki kanan anda
di belakang. Sebilangan besar berat badan anda mesti terletak di kaki kiri,
walaupun anda tidak boleh terlalu condong ke depan.

Langkah 2
 Jaga kedua-dua kaki dengan kuat di atas lantai. Anda mesti mengekalkan

keseimbangan semasa pelancaran. Jika tidak, anda boleh menarik atau
menolak anak panah ke arah yang tidak diingini.

Langkah 3
 Ambil anak panah dengan betul. Ambil anak panah di telapak tangan

dominan anda dan jalankan melalui jari anda sehingga anda menemui
pusat graviti.
 Letakkan ibu jari anda sedikit di belakang pusat graviti, sambil meletakkan
sekurang-kurangnya dua, dan mungkin empat jari lain di anak panah.
Lakukan apa yang selesa untuk anda.

Langkah 4
 Pastikan hujung anak panah sedikit ke atas dan cuba bergerak ke arah

lurus ke depan dan ke belakang mungkin. Sebarang pergerakan tambahan
di sini bermaksud anak panah tidak akan terbang dalam garis lurus.

100


Click to View FlipBook Version