The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM - SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PELAJAR MAJOR BAHASA MELAYU AMBILAN JUN 2020/2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM5-0620 Mathuri A/P Kunasekaran, 2023-11-03 12:54:25

BUKU PROGRAM - SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PELAJAR MAJOR BAHASA MELAYU AMBILAN JUN 2020/2024

BUKU PROGRAM - SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PELAJAR MAJOR BAHASA MELAYU AMBILAN JUN 2020/2024

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL JABATAN PENGAJIAN MELAYU 5-7 NOVEMBER 2023 DEWAN UNGKU OMAR IPGKDRI ‘’PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PENCETUS KECEMERLANGAN GURU KOMPETEN’’ PISMP BAHASA MELAYU AMBILAN JUN 2020/2024


KATAALU-ALUAN Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera Pertama sekali, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat berkumpul dalam majlis Seminar Penyelidikan Pendidikan ini. Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada barisan jawatankuasa induk dan pelaksana yang terdiri daripada para pensyarah dan guru pelatih IPGKDRI atas usaha yang bersungguh-sungguh dan penuh komitmen dalam merancang untuk menjayakan Program Seminar Penyelidikan Pendidikan bagi tahun 2023. Penganjuran seminar seumpama ini selain memenuhi rutin penganjuran, juga akan dapat menyemarakkan semangat akademik dalam kalangan para guru pelatih Ambilan Jun 2020. Akhir kalam, semoga kita semua dapat meningkatkan semangat, menggandakan usaha dan berganding bahu demi menjayakan aspirasi dan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia agar dapat melahirkan siswa-siswi guru yang profesional dalam bidang kerjayanya. Sekian, terima kasih. “INSTITUT GEMILANG, PELAJAR CEMERLANG” PENGARAH IPG KAMPUS DATO' RAZALI ISMAIL DR. HJH NARITA BINTI MOHD NOOR


Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, dapat kita sama-sama berkumpul di dewan yang berbahagia ini bertempat di Dewan Ungku Omar bagi menjayakan "Seminar Penyelidikan Jabatan Pengajian Melayu" pada pagi ini. Pertamanya, saya mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua jawatankuasa Seminar Penyelidikan Jabatan Pengajian Melayu bagi sesi 2020/2024 kerana berjaya merancang dan melaksanakan program ini dengan jayanya. Diharapkan semoga seluruh warga Jabatan Pengajian Melayu dapat memberikan kerjasama yang optimum dan sokongan yang penuh terhadap program dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program ini. Dengan adanya penyelidikan, pengetahuan dan idea yang baru dapat diperoleh melalui pelaksanaan kajian dan pengumpulan data yang diperolehi. Ketepatan penyelidikan daripada golongan pendidik itu sendiri adalah terjamin kerana pendidiklah yang melalui setiap detik bersama-sama murid dengan ilmu dalam bidang masing-masing. Oleh sebab itu, penyelidikan seperti ini perlulah diteruskan bagi menambah input baru dan menyumbang kepada pemangkin kegemilangan profesionalisme keguruan. Sekian, terima kasih. “INSTITUT GEMILANG, PELAJAR CEMERLANG” KATAALU-ALUAN Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera DR. MUHAMMAD IRFAN NYIA BIN ABDULLAH KETUA JABATAN JABATAN PENGAJIAN MELAYU IPG KAMPUS DATO' RAZALI ISMAIL


Seminar Penyelidikan Pendidikan dianjurkan untuk memenuhi kehendak kursus yang menuntut pelajar menganjur dan membentangkan hasil kajian. Pada masa yang sama, usaha ini dilihat sebagai satu mekanisme terbaik untuk meningkatkan lagi profesionalisme keguruan pelajar dari aspek kepimpinan, pengurusan dan kemampuan melaksanakan kerja secara berpasukan. Memberi panduan dan pengalaman pengendalian seminar penyelidikan pendidikan kepada pelajar. 1. 2. Memupuk budaya penyelidikan dan seminar dalam kalangan pelajar.


ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN Ketibaan Salutasi dan nyanyian lagu Negaraku Bacaan doa Ucapan Timbalan Ketua Jabatan Pengajian Melayu Ucapan Perasmian Timbalan Pengarah Gimik Pelancaran Seminar Penyelidikan Pendidikan Majlis bersurai Penutup dan nyanyian lagu IPGM 9.00 Pagi -- 10.00 Pagi


Ketibaan Pelajar Salutasi dan nyanyian lagu Negaraku Bacaan doa Ucapan aluan Ketua Jabatan (JPM) Tayangan Montaj Ucapan Pengerusi Seminar Penyelidikan Ucapan Perasmian Penutupan Pengarah Gimik Majlis Perasmian Penutupan Penyampaian hadiah Penutup dan nyanyian lagu IPGM Majlis bersurai ATUR CARA MAJLIS PENUTUPAN 11.00 Pagi - 1.00 Tengahari


JADUALPEMBENTANGAN PENYELIDIKAN HARI PERTAMA


JADUALPEMBENTANGAN PENYELIDIKAN HARI PERTAMA


JADUALPEMBENTANGAN PENYELIDIKAN HARI PERTAMA


JADUALPEMBENTANGAN PENYELIDIKAN HARI PERTAMA


JADUALPEMBENTANGAN PENYELIDIKAN HARI KEDUA


JADUALPEMBENTANGAN PENYELIDIKAN HARI KEDUA


JADUALPEMBENTANGAN PENYELIDIKAN HARI KEDUA


JADUALPEMBENTANGAN PENYELIDIKAN HARI KEDUA


JADUALPEMBENTANGAN PENYELIDIKAN HARI KEDUA


JADUALPEMBENTANGAN PENYELIDIKAN HARI KEDUA


JADUALPEMBENTANGAN PENYELIDIKAN HARI KETIGA


JADUALPEMBENTANGAN PENYELIDIKAN HARI KETIGA


HIMPUNAN ABSTRAK PENYELIDIKAN PISMP AMBILAN JUN 2020/2024 BAHASA MELAYU 1


PENGGUNAAN ‘KIKK’ BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM KATA KERJA AKTIF DAN PASIF TAHUN 5 Ahmad Idham Hakimi bin Ahmad Fauzi YM Tengku Nor Faizul bin Tengku Embong Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Menurut Nik Safiah Karim (2015), tatabahasa merupakan cabang linguistik yang menerangkan sistem dan peraturan sesuatu bahasa. Aspek tatabahasa merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam pembentukan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara yang betul semasa membina ayat (KPM, 2018). Tatabahasa memberi penekanan kepada aspek sebutan, intonasi, semantik dan penggabungjalinan kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui pengalaman berpraktikum selama tiga bulan di SK Kompleks Gong Badak, didapati bahawa sebilangan murid Tahun Lima tidak mampu memahami penggunaan kata kerja sehingga menyukarkan perbezaan kata yang hendak digunakan mengikut konteks dan situasi. Maka, mereka keliru kerana kurang memahami ciri-ciri khusus kata kerja tersebut (Mohd Ramsul, 2018). Kesannya, murid melakukan penambahan kata kerja yang tidak perlu, mengurangkan kata kerja yang perlu, pemilihan kata kerja yang salah dan melakukan penterjemahan yang tidak tepat. Justeru itu, kajian tindakan ini dilaksanakan dengan mewujudkan sebuah bahan bantu belajar yang diberi nama ‘KIKK’ untuk meningkat penguasaan murid dalam kata kerja aktif dan pasif murid Tahun Lima. Tarikan utama ‘KIKK’ ini ialah penggunaan grafik yang digabungjalinkan dengan bahan maujud yang menjana ayat kata kerja dengan menyusun kad. Kajian ini melibatkan tiga murid Tahun Lima yang terdiri daripada seorang lelaki dan dua perempuan sebagai peserta kajian. Pengkaji menggunakan tiga kaedah pengumpulan data, iaitu kaedah pemerhatian, temu bual dan ujian bertulis untuk melaksanakan kajian ini. Kajian ini dianalisis secara kualitatif. Berdasarkan dapatan kajian, dibuktikan bahawa penggunaan ‘KIKK’ bagi meningkatkan penguasaan murid dalam kata kerja aktif dan pasif murid Tahun Lima berjaya. Kata kunci: aspek tatabahasa, kata kerja, KIKK, grafik, bahan maujud


KIT 'KNAK' : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KATA NAMA AM DAN KHAS DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 Ahmad Iqbal Hamdi bin Mohd Zulkurnin Ahmad bin Omar Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Penyelidikan yang telah dijalankan bertujuan meningkatkan kemahiran menulis kata nama am dan kata nama khas melalui penggunaan Kit ‘KNAK’. Kit ini merupakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu jadual pengkelasan kata nama, aktiviti mengkelaskan kata nama dan aktiviti memperbetulkan kesalahan kata nama khas. Fokus kajian adalah bagi membantu mengatasi kelemahan murid dalam kemahiran menulis kata nama am dan kata nama khas. Kajian ini telah dibataskan kepada sejumlah empat orang peserta kajian yang terdiri daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Peserta kajian dipilih berdasarkan dapatan ujian pra yang dilaksanakan sebelum tindakan. Kajian tindakan ini menggunakan Model Kajian Tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988) dan telah dilaksanakan di sebuah sekolah di sekitar daerah Kuala Nerus. Pengumpulan data telah dilakukan melalui kaedah pemerhatian berstruktur, temu bual berstruktur dan analisis dokumen yang meliputi ujian pra dan pasca. Dapatan kajian dianalisis secara bertema dan deskriptif. Data yang diperoleh menunjukkan bahawa Kit ‘KNAK’ dapat meningkatkan kemahiran menulis kata nama am dan kata nama khas bagi peserta kajian. Tindakan ini tampak berkesan dan memberikan impak positif kepada peserta kajian dalam menulis kata nama am dan kata nama khas dengan betul. Penggunaan Kit ‘KNAK’ dapat diperluas dalam membantu murid tahun tiga untuk menguasai kemahiran menulis kata nama am dan kata nama khas. Kata Kunci : Kit ‘KNAK’, kemahiran menulis, kata nama am, kata nama khas


PENGGUNAAN RUMUS PAkTAM DALAM MENINGKATKAN PENGUASAN MURID TAHUN 5 MEMBINA AYAT YANG GRAMATIS BERDASARKAN GAMBAR Ahmad Kamil bin Aminuddin Ahmad bin Omar Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Penyelidikan yang telah dijalankan ini bertujuan untuk menjelaskan rumus PAkTAM dalam membina ayat yang gramatis berdasarkan gambar. Rumus PAkTAM ini terdiri daripada turutan yang bermula dengan akronim P (Pelaku), Ak (Aktiviti), T (Tempat), A (Alatan) dan M (Mengapa) yang mana digunakan sebagai intervensi khusus dalam kajian tindakan ini. Fokus kajian adalah bagi membantu mengatasi masalah kelemahan murid dalam kemahiran menulis melibatkan pembinaan ayat yang lengkap dan gramatis dengan mempunyai unsur keterangan berdasarkan gambar. Peserta kajian telah dibataskan dengan sejumlah tiga orang sahaja iaitu melibatkan seorang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Kajian tindakan ini menggunakan Model Kajian Tindakan Kemmis dan MC Taggart (1988) sebagai model kajian. Kajian ini melibatkan murid tahun 5 di sebuah sekolah yang terletak di daerah Kuala Nerus, Terengganu. Pengumpulan data telah dilaksanakan dengan mengaplikasikan kaedah pemerhatian berstruktur, temu bual separa dan analisis dokumen yang meliputi hasil kerja murid, ujian pra dan ujian pasca. Hasil dapatan kajian telah dianalisis secara bertema dan deskriptif. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa rumus PAkTAM dapat membantu peserta kajian dalam menulis atau membina ayat yang gramatis dengan unsur keterangan berdasarkan gambar. Tindakan di dalam intervensi ini dilihat berkesan untuk memberikan impak yang positif kepada peserta kajian bagi menguasai kemahiran menulis ayat yang gramatis berdasarkan gambar. Rumus PAkTAM ini dapat diperluas penggunaannya dalam membantu murid tahun lima daripada pelbagai tahap untuk menguasai kemahiran membina ayat berdasarkan gambar. Kata Kunci : Rumus PAkTAM, akronim, bina ayat, unsur keterangan, ujian


MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA PEMERI MENGGUNAKAN KIT BIPEM DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA Anis Athira binti Rusli YM Tengku Nor Faizul bin Tengku Embong Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian tindakan ini dilakukan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penggunaan kata pemeri dengan menggunakan kit digital yang dinamakan sebagai Kit BiPem. Kit BiPem merupakan sebuah alat intervensi berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang mengandungi nota interaktif dan permainan kuiz digital yang berkaitan dengan fungsi dan penggunaan kata pemeri 'ialah' dan 'adalah'. Hasil kajian awal mendapati bahawa tahap pemahaman murid tahun lima bagi topik kata pemeri adalah kurang memuaskan. Seramai tiga orang murid dipilih sebagai peserta kajian yang melibatkan murid Tahun Lima Sukses dari Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak yang menghadapi masalah dalam mengenal pasti setiap fungsi kata pemeri serta pengaplikasiannya di dalam ayat. Pengkaji menggunakan model kajian tindakan Kemmis dan McTaggart (1988). Pengumpulan data dilaksanakan melalui tiga instrumen utama iaitu meliputi ujian pra dan pasca, pemerhatian dan temu bual. Melalui kajian ini, pengkaji mencadangkan agar menggunakan Kit BiPem dalam pengajaran subjek Bahasa Melayu untuk pengajaran aspek tatabahasa iaitu kata pemeri. Hasil dapatan kajian menunjukkan penggunaan Kit BiPem mampu meningkatkan tahap penguasaan murid terhadap topik yang diajar dan menunjukkan minat semasa belajar. Perbandingan keputusan ujian pasca 1 dan ujian pasca 2 menunjukkan peningkatan yang diharapkan oleh pengkaji. Kajian ini diharap dapat membantu murid yang bukan sahaja digunakan untuk memahami kata pemeri dengan mudah tetapi dapat membantu murid untuk membina ayat lengkap dengan frasa yang betul bagi kedua-dua kata pemeri. Kata Kunci : Kit BiPem, kata pemeri, frasa, TMK


TEKNIK HURUF BESAR MULA AYAT (HuBMA): MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN LIMA MENULIS HURUF BESAR PADA PERMULAAN AYAT Athirah Sabihah Mohd Hussin Ahmad bin Omar Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran yang penting yang terdapat dalam lima kemahiran utama dalam Bahasa Melayu. Kajian tindakan yang dijalankan ini dilaksanakan bagi meninjau tahap penguasaan penggunaan menulis huruf besar pada permulaan ayat. Fokus pengkaji adalah untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam penulisan yang dibuat. Kajian ini melibatkan empat orang murid tahun lima yang belajar di sekolah sekitar daerah Kuala Nerus, Terengganu. Pengkaji memilih dah menggunakan beberapa instrumen seperti ujian, temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen untuk mengumpulkan data. Data yang dikumpul telah disemak dan dianalisis untuk mengetahui sejauh mana tahap pencapaian murid tahun lima dalam menulis huruf besar pada awal ayat. Berdasarkan analisis dapatan kajian, pengkaji mendapati bahawa semua peserta kajian telah mendapat markah 100 peratus selepas tindakan gelungan kedua dilaksanakan menggunakan teknik HuBMA yang diperkenalkan. Pengkaji mencadangkan untuk kajian yang akan datang, penyelidik lain perlu meneruskan lagi kajian ini dengan menambah baik teknik di mana penyelidik perlu menerapkan elemen didik hibur dan elemen teknologi dan maklumat (TMK) supaya teknik ini lebih menarik dan efektif. Kata Kunci : huruf besar, permulaan ayat, teknik HuBMA, didik hibur, teknologi dan maklumat (TMK).


KIT KO-AKSIF: MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENUKARAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF KGND KETIGA DALAM KALANGAN MURID TAHUN EMPAT Fatimah Safiyah binti Rosli Ahmad bin Omar Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Pelaksanaan kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penukaran ayat aktif kepada ayat pasif kata ganti nama diri (KGND) ketiga dengan menggunakan kit digital yang diberi nama ‘Kit Ko-AkSif’. ‘Kit Ko-AkSif’ merupakan satu alat intervensi yang berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) iaitu slaid interaktif yang memuatkan nota berkaitan konsep ayat aktif dan ayat pasif, teknik kotak AkSif, kuiz, permainan dalam talian dan latihan. Hal ini telah menjadikan kit ini sebagai medium bagi membantu murid untuk mengatasi masalah dalam penukaran ayat aktif kepada ayat pasif KGND ketiga. Kajian ini melibatkan lima orang murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Maras, Kuala Nerus, Terengganu. Kajian tindakan ini menggunakan Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) sebagai model kajian. Dalam kajian ini, tiga instrumen pengumpulan data telah diimplementasikan iaitu pemerhatian, temu bual serta ujian bertulis iaitu ujian pra dan ujian pasca. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa ‘Kit Ko-AkSif’ ini dapat membantu peserta kajian dalam menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif KGND ketiga dengan melihat kepada peningkatan yang ketara dalam ujian pasca kedua dengan pencapaian 100 peratus lulus berbanding ujian pra. Hasil dapatan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan ‘Kit Ko-AkSif’ dapat menjadi satu wahana yang efektif dalam meningkatkan tahap penguasaan murid dalam penukaran ayat aktif kepada ayat pasif KGND ketiga secara menyeluruh. Kata Kunci : Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Kit KoAkSif, ayat aktif, ayat pasif kata ganti nama diri ketiga


PENGAPLIKASIAN TEKNIK BIJAK KATA HUBUNG (BIKAHU) BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA HUBUNG MURID TAHUN TIGA Humaira Fikriah binti Ramli Ahmad bin Omar Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Aspek tatabahasa merupakan sebuah aturan bahasa yang ditunjukkan dalam bentuk rumus-rumus bahasa merangkumi dua komponen utama iaitu morfologi dan sintaksis. Penguasaan aspek tatabahasa amat signifikan untuk membolehkan seseorang individu menggunakan Bahasa Melayu secara lisan mahupun tulisan dengan tepat. Kajian ini merupakan satu kajian tindakan yang dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan teknik Bijak Kata Hubung (BiKaHu) dalam meningkatkan penguasaan murid tahun tiga terhadap penggunaan kata hubung yang betul mengikut konteks ayat. Teknik BiKaHu merupakan sebuah teknik pengajaran yang berunsurkan didik hibur iaitu nyanyian yang telah diubah suai untuk menepati fokus kajian iaitu kata hubung. Kajian ini berfokuskan kepada murid tahun tiga untuk memahami, mengingat dan mengaplikasikan penggunaan kata hubung dalam ayat dengan betul menerusi teknik BiKaHu. Berdasarkan hasil pengumpulan data awal, seramai empat orang murid tahun 3 Ibnu Majah dari sebuah sekolah di sekitar daerah Kuala Nerus, Terengganu terlibat sebagai peserta kajian. Pengkaji memilih Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988) sebagai panduan sepanjang melaksanakan penyelidikan dengan menggunakan tiga jenis instrumen pengutipan data iaitu ujian bertulis, temu bual dan pemerhatian. Data kajian tersebut dianalisis secara bertema dan deskriptif. Dapatan kajian membuktikan terdapat peningkatan positif dalam kalangan peserta kajian setelah proses intervensi dijalankan menggunakan teknik BiKaHu. Intihanya penggunaan BiKaHu perlu disebarluaskan kerana dapat meningkatkan penguasaan kata hubung dalam kalangan murid tahun tiga dengan baik di samping mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih ceria dan menyeronokkan. Kata Kunci : Tatabahasa, kata hubung, Bijak Kata Hubung (BiKaHu), didik hibur


KIPITAN: MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA BERIMBUHAN APITAN DENGAN KATA DASAR BERAKHIR HURUF ‘k’ BAGI MURID TAHUN EMPAT Illi Izzati binti Zakaria Ahmad bin Omar Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Imbuhan merupakan komponen tatabahasa yang sangat penting dalam menentukan maksud sesuatu perkataan dalam bahasa Melayu selain menjadi asas pembinaan perkataan dan ayat. Namun, murid seringkali melakukan kesalahan tatabahasa yang melibatkan imbuhan. Kelemahan penguasaan imbuhan dalam kalangan murid boleh mendorong kesalahan morfologi, ejaan, makna dan ketidakgramatisan ayat yang dibina. Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengatasi masalah murid tahun empat yang mengalami kekeliruan terhadap ejaan yang betul sama ada memerlukan satu huruf ‘k’ atau dua huruf ‘k’ apabila kata dasar berakhir huruf ‘k’ menerima imbuhan apitan. Kekeliruan ini bermakna mereka tidak dapat memahami konsep penambahan dan pengguguran huruf ‘k’ apabila sesuatu kata dasar berakhir huruf ‘k’ menerima imbuhan apitan. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid tahun empat terhadap kata berimbuhan apitan bagi kata dasar berakhir huruf ‘k’. Pengkaji telah memilih untuk menggunakan Model Penyelidikan Kemmis & McTaggart (1988) yang mengaplikasikan beberapa siri gelungan yang diulang dengan penambahbaikan sehingga berjaya mencapai objektif kajian. Hasil pengutipan data awal mendapati terdapat tiga orang murid tahun empat di sebuah sekolah di daerah Kuala Terengganu masih lemah untuk membina perkataan berimbuhan apitan dengan kata dasar berakhir huruf ‘k’ dan mereka dipilih sebagai peserta kajian. Pengkaji telah menggunakan tiga instrumen bagi mengutip data kajian iaitu temu bual, pemerhatian dan kaedah pengujian. Dapatan kajian menunjukkan berlakunya peningkatan positif dalam kalangan murid setelah sesi intervensi dilaksanakan dengan menggunakan KIPITAN. Secara keseluruhannya, penggunaan KIPITAN dapat membantu murid menguasai sistem bahasa dengan cekap. Kata Kunci : tatabahasa, imbuhan, imbuhan apitan, kata dasar berakhir huruf ‘k’, KIPITAN


PENGGUNAAN TV FONETIK MEMBANTU MURID TAHUN TIGA KELAS PEMULIHAN KHAS MENGUASAI KEMAHIRAN MEMBACA Izwana Shamira Binti Zabri Ahmad Bin Omar Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bagi meninjau dan meningkatkan penguasaan kemahiran membaca melalui kaedah fonik. Kemahiran membaca merupakan kemahiran yang kedua dalam kemahiran Bahasa Melayu. Pengkaji telah memilih untuk menjalankan kajian tindakan di Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot, Kuala Nerus, Terengganu. Seramai tiga orang murid tahun tiga kelas pemulihan khas telah dipilih sebagai peserta kajian. Kajian ini telah dijalankan selama lebih kurang dua minggu untuk menjalankan intervensi bagi mendapatkan data dapatan kajian. Kajian ini adalah berdasarkan model kajian Kemmis&Mctagger (1998). Selama tempoh tersebut, pengkaji telah mendapat jawapan daripada dua soalan kajian. Pengkaji juga telah mencapai objektif kajian setelah menganalisis data hasil kajian tindakan. Data dikumpulkan menggunakan dua instrumen utama iaitu ujian dan pemerhatian dan satu instrumen sampingan seperti analisis dokumen. Pembelajaran kemahiran membaca melalui kaedah fonik ini diperkenalkan dengan bantuan alat bantu mengajar digital menggunakan Microsoft powerpoint atau dikenali sebagai TV Fonetik. Bahan bantu mengajar ini yang digunakan oleh pengkaji untuk membantu peserta kajian mengenal bunyi huruf abjad A hingga Z Pengkaji mendapati bahawa tahap penguasaan peserta kajian telah meningkat selepas kaedah fonik diperkenalkan untuk mengeja dua suku kata KV dengan bantuan TV Fonetik. Dua orang peserta kajian telah mendapat markah 100 peratus dalam ujian lisan pasca 2 manakala seorang lagi peserta kajia mendapatkan 90 peratus dan masih lagi berada pada tahap cemerlang. Pengkaji melihat peserta kajian begitu berminat dengan cara pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah fonik ini. Peserta kajian juga boleh mengikuti intervensi menggunakan bahan digital yang berasaskan PAK-21. Secara keseluruhannya kaedah fonik berbantukan TV Fonetik dapat meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran membaca. Kata Kunci : Kemahiran membaca, TV Fonetik, tahap penguasaan, suku kata, Microsoft Powerpoint.


PENGUASAAN MURID TAHUN TIGA TERHADAP PENGGUNAAN HURUF BESAR DALAM PENULISAN BAHASA MELAYU Maryam binti Khairuddin Dr. Mohd Zaharuddin bin Omar (PhD) Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Penggunaan huruf besar dalam penulisan merupakan salah satu elemen yang penting dalam bahasa Melayu terutama bagi kemahiran menulis. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan huruf besar dalam kalangan murid tahun tiga. Tahap penguasaan huruf besar ini dilihat dari empat konstruk iaitu pada pangkal ayat, kata nama khas hidup manusia, kata nama khas hidup bukan manusia dan kata nama khas tak hidup. Responden kajian adalah seramai 70 orang murid dari salah sebuah sekolah rendah di daerah Kuala Nerus. Teknik persampelan kajian keseluruhan atau census sampling iaitu semua individu dalam populasi diambil sebagai sampel telah digunakan. Analisis kesahan dan kebolehpercayaan instrumen adalah berdasarkan nilai koefisien Alpha Cronbach iaitu 0.814 yang menunjukkan kebolehpercayaan yang baik dan boleh diterima. Data kajian yang telah dikumpulkan kemudiannya dianalisis dengan bantuan perisian Statistical Package for the Social Science SPSS versi 26. Penganalisisan data bagi tujuan kajian in menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Hasil kajian deskriptif menunjukkan bahawa tahap penguasaan murid tahun tiga terhadap penggunaan huruf besar adalah pada tahap baik (min=75.5 peratus). Kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap penguasaan murid tahun tiga terhadap pengunaan huruf besar dalam penulisan bahasa Melayu antara murid lelaki dan murid perempuan. Selain itu, hasil kajian mendapati tidak terdapat perbezaan signifikan tahap penguasaan murid tahun tiga terhadap pengunaan huruf besar dalam penulisan bahasa Melayu antara murid Tahun 3 Sukses dengan murid Tahun 3 Optimis. Kesimpulannya, kajian ini memberi maklumat kepada pihak berkepentingan untuk melihat tahap penguasaan murid terhadap penggunaan huruf besar untuk mengenal pasti punca masalah penguasaan huruf besar dalam kalangan murid di samping menambah baik amalan pedagogi yang merupakan lapangan bagi membantu murid menguasai tanda baca yang tepat. Kata Kunci : huruf besar, penguasaan, murid tahun tiga


PENGGUNAAN KAD “GOKA” BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MAJMUK PANCANGAN KETERANGAN TERHADAP MURID TAHUN EMPAT Mohamad Amirul Ashraf Bin Che Nazaki Ahmad Bin Omar Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Penyelidikan yang telah dilaksanakan bertujuan untuk menjelaskan penggunaan Kad “GoKa” dalam membina ayat majmuk pancangan keterangan mengikut struktur ayat dan pengaplikasian kata hubung keterangan dengan betul dan sesuai. Akronim “GoKa” membawa makna golongan kata. Kad “GoKa” terdiri daripada set kad golongan kata merangkumi kad kata nama, kata kerja, kata sendi nama, kata adjektif dan kata hubung keterangan. Selain itu, kad ini digunakan dengan kaedah menyusun kad secara berderetan untuk membentuk ayat. Fokus kajian adalah bagi membantu meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk pancangan keterangan dalam kalangan murid tahun empat di sebuah sekolah di daerah Kuala Nerus, Terengganu. Empat peserta kajian yang terdiri daripada seorang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Kajian tindakan ini juga menggunakan Model Kajian Tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988) sebagai model kajian. Beberapa kaedah pengumpulan data digunakan dalam kajian ini merangkumi analisis dokumen yang meliputi ujian pra dan ujian pasca, pemerhatian berstruktur serta temu bual berstruktur. Data yang dikumpulkan juga akan dianalisis secara bertema dan deskriptif. Dapatan kajian telah memaparkan bahawa Kad “GoKa” berupaya membantu murid memahami, mengetahui dan mengaplikasi cara pembinaan ayat majmuk pancangan keterangan dengan betul. Tindakan dalam intervensi diperhatikan membawa impak positif secara holistik terhadap penguasaan kemahiran membina ayat majmuk pancangan keterangan terhadap peserta kajian. Kad “GoKa” berperanan untuk membantu murid tahun empat menguasai kemahiran membina ayat majmuk pancangan keterangan dengan struktur ayat yang betul dan penggunaan kata hubung dengan tepat dalam pelbagai situasi. Kata Kunci : Kad “GoKa”, ayat majmuk pancangan keterangan, kata hubung keterangan


KIT RIA: MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA IMBUHAN AWALAN meN- MENGIKUT HUKUM PTKS BAGI MURID TAHUN 4 Mohammad Haziq Irsyad bin Che Mohd Zahari Ahmad bin Omar Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Aspek tatabahasa menjadi suatu peraturan dalam bahasa yang diterangkan dalam bentuk hukum atau rumus bahasa. Penguasaan murid dalam bidang tatabahasa membantu dalam meningkatkan pencapaian murid dalam penulisan yang gramatis dan kemampuan untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu secara berkesan. Kajian tindakan ini dilaksanakan bagi menyelesaikan isu pembentukan perkataan berimbuhan awalan meN- mengikut hukum p-t-k-s dalam kalangan murid tahun empat. Tujuan utama kajian ini ialah untuk meningkatkan penguasaan murid dalam penggunaan kata terbitan imbuhan awalan meN- dengan tepat apabila melalui proses pengguguran huruf pangkal dan percantuman imbuhan awalan dengan kata kerja di samping meningkatkan kemahiran murid dalam penulisan ayat dengan imbuhan awalan meN- mengikut hukum p-t-k-s dengan gramatis menggunakan kit ‘RIA’. Pengkaji menjadikan model penyelidikan Kemmis & McTaggart (1988) yang melibatkan beberapa siri gelungan berulang bagi tujuan penambahbaikan sehingga pengkaji mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Hasil kutipan data di Sekolah Kebangsaan X di Kuala Terengganu menunjukkan murid masih keliru dalam proses pembentukan kata terbitan berimbuhan awalan meN- dengan tepat yang mendorong mereka terlibat sebagai peserta kajian. Beberapa instrumen kajian telah digunakan dalam proses kutipan data termasuk temu bual, pemerhatian dan kaedah pengujian. Data kajian yang telah diperoleh juga dianalisis secara bertema dan deskriptif. Dapatan kajian membuktikan terdapat peningkatan yang positif dalam kalangan murid tahun empat setelah selesai proses intervensi dengan penerapan kit ‘RIA’. Secara keseluruhannya, penggunaan kit ‘RIA’ membantu dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan untuk murid-murid kerana kit yang dihasilkan adalah berasaskan permainan dengan menerapkan video interaktif, teknik jadual rumus dan permainan kuiz. Kata Kunci : Tatabahasa, imbuhan awalan meN-, hukum p-t-k-s, kit ‘RIA’, jadual rumus.


‘EJEN ALI : MISI KATA’ MENINGKATKAN PENGUASAAN PENJODOH BILANGAN DALAM KALANGAN MURID TAHUN TIGA Muhammad Adam Firdaus bin Nor Amali Ahmad bin Omar Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji masalah kesukaran memahami penggunaan penjodoh bilangan ‘segugus’ dan ‘sebaris’ dalam kalangan murid tahun tiga di sebuah sekolah kebangsaan (SK) di Manir, Terengganu. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dan mengenal pasti ciri-ciri bagi penjodoh bilangan ‘segugus’ dan ‘sebaris’ dalam kalangan murid tahun tiga di sekolah tersebut dengan menggunakan permainan digital ‘Ejen Ali: Misi Kata’ yang telah dibina menggunakan perisian PowerPoint. ‘Ejen Ali: Misi Kata’ merupakan suatu permainan digital yang dibina menggunakan teknik penceritaan, komponen pendekatan didik hibur serta menggunakan elemen multimedia iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. Peserta kajian yang dipilih terdiri daripada tiga orang murid dari kelas 3B di sekolah tersebut. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan berpandukan model Kurt Lewin (1946). Latih tubi, temu bual dan borang pemerhatian telah digunakan bagi mengenal pasti tahap pemahaman, kemahiran dan sikap murid terhadap penguasaan penjodoh bilangan ‘segugus’ dan ‘sebaris’ sepanjang mereka menggunakan ‘Ejen Ali: Misi Kata’. Hasil kajian mendapati peserta kajian menunjukkan peningkatan pengetahuan dan penguasaan penjodoh bilangan tersebut. Oleh itu, dapatan kajian ini penting bagi menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu lebih seronok untuk diikuti dan membantu murid menguasai kemahiran tatabahasa berkaitan penjodoh bilangan dalam bahasa Melayu. Kata Kunci : penjodoh bilangan ‘segugus’, penjodoh bilangan ‘sebaris’, model Kurt Lewin (1946), murid tahun tiga.


TAHAP PENGUASAAN MURID TAHUN EMPAT TERHADAP PENGGUNAAN KATA HUBUNG GABUNGAN ‘DAN’, ‘ATAU’, ‘SAMBIL’ DAN ‘LALU’ DALAM AYAT Muhammad Adib bin Nazer Dr. Mohd Zaharuddin bin Omar (PhD) Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Penguasaan tatabahasa khususnya dalam bidang morfologi merupakan aspek terpenting bagi memperkukuhkan kemahiran menulis dan bertutur murid-murid. Makalah ini dihasilkan bertujuan untuk mengenalpasti sejauh manakah tahap penguasaan murid terhadap penggunaan kata hubung gabungan ‘dan’, ‘atau’, ‘sambil’ dan ‘lalu’ dalam ayat. Pengkaji telah menggunakan pendekatan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Instrumen ujian dijadikan sebagai alat kajian untuk mengumpul dan mendapatkan data daripada muridmurid. Setiap jawapan yang dikemukakan akan dinilai dengan penskoran 0 bagi jawapan salah dan 1 bagi jawapan betul. Responden kajian terdiri daripada 60 orang murid tahun empat dari sebuah sekolah kebangsaan di luar bandar Kuala Terengganu, Terengganu. Proses analisis data dilakukan dengan mengaplikasikan statistik deskripsi dan statistik inferensi ujian-t menggunakan perisian Stastistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22.0. Interpretasi kebolehpercayaan keseluruhan item menunjukkan item baik dan boleh diterima dengan skor nilai alpha croanbach ialah 0.765. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap penguasaan murid terhadap penggunaan kata hubung gabungan adalah pada tahap baik iaitu dengan peratusan sebanyak 76.6 peratus dan skor min 3.83. Kata hubung gabungan ‘dan’ menunjukkan penguasaan tertinggi di antara keempat-empat kata hubung yang menunjukkan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh murid adalah sedikit. Kajian ini perlu diperluaskan untuk mendorong murid-murid berusaha meningkatkan tahap penguasaan tatabahasa mereka khususnya topik kata hubung gabungan. Kata Kunci : Tahap penguasaan, kata hubung gabungan, penggunaan, instrumen ujian


PENGGUNAAN TEKNIK SKOP UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS LIMA AYAT BAHAGIAN A BAHASA MELAYU PENULISAN TERHADAP MURID TAHUN 5 SUT Muhammad Syukri bin Kamarudin Dr. Rosli bin Ab Rahman (PhD) Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Teknik akronim membantu murid-murid meningkatkan kefahaman mereka terhadap perkara yang dipelajari dengan bantuan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Fokus pengkaji adalah untuk menyelesaikan masalah kemahiran menulis lima ayat yang gramatis berdasarkan gambar seperti dalam soalan bahagian A penulisan bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan tiga orang murid tahun 5 dari Sekolah Kebangsaan Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu. Pengkaji menggunakan model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988) dan memilih tiga jenis instrumen iaitu ujian, temu bual dan pemerhatian. Ketiga-tiga peserta kajian dapat melaksanakan tindakan dalam gelungan pertama dengan sangat berjaya. Penilaian ujian pasca menunjukkan prestasi yang memuaskan dengan peserta kajian 1 dan 3 mencapai markah penuh iaitu 100% sementara peserta kajian 2 mencapai markah 90%. Tindakan gelungan kedua juga berjaya meningkatkan prestasi ketiga-tiga peserta kajian dengan semua peserta kajian mencapai markah penuh 100% dalam ujian pasca 2. Teknik ini membantu peserta kajian dalam meningkatkan kemahiran menulis ayat yang gramatis berdasarkan gambar dengan lebih baik. Untuk kajian akan datang, teknik ini akan diperbaiki dengan penambahan elemen didik hibur sehingga murid berasa lebih seronok dan mudah untuk mengingat teknik yang diperkenalkan di samping lebih banyak aplikasi tambahan akan dimasukkan dalam aktiviti membina ayat. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa teknik “SKOP” berbantukan TMK sangat efektif dalam meningkatkan kefahaman peserta kajian terhadap kemahiran menulis ayat berdasarkan gambar dengan lebih baik. Kata Kunci : akronim, SKOP, menulis lima ayat yang gramatis, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), didik hibur.


AMALAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR GURU PELATIH IPGKDRI DALAM PENGAJARAN TATABAHASA SEMASA FASA PRAKTIKUM Nur Aina Sofia binti Saffri Dr. Hj Mohd Zaharuddin bin Omar (PhD) Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan guru pelatih yang mempunyai pengalaman praktikum bagi amalan penggunaan BBM dalam pengajaran tatabahasa semasa fasa praktikum. Hal ini kerana bahan bantu mengajar (BBM) merupakan alat yang dapat membantu mereka untuk menyampaikan pengajaran dengan lebih efektif. Kajian ini menggunakan kajian kuantitatif berbentuk tinjauan yang menggunakan kaedah soal selidik. Instrumen kajian mengandungi 20 item dengan empat konstruk yang utama iaitu pengetahuan, kemahiran, sikap dan keberkesanan amalan penggunaan BBM guru pelatih dalam pengajaran tatabahasa. Nilai Alpha Cronbach kajian ialah 0.93 dan berada pada tahap kebolehpercayaan sangat tinggi. Sampel kajian ini melibatkan seramai 99 orang yang terdiri daripada guru pelatih opsyen bahasa Melayu IPGKDRI ambilan Jun 2020 dan ambilan Jun 2021. Hasil analisis data terhadap empat konstruk utama telah memaparkan nilai min pada tahap interpretasi yang tinggi iaitu tahap pengetahuan (min=4.80), tahap kemahiran (min=4.27), tahap sikap (min=4.61) dan tahap keberkesanan amalan penggunaan BBM dalam pengajaran tatabahasa (min=4.63). Dapatan kajian juga membuktikan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan, kemahiran, sikap dan keberkesanan amalan penggunaan BBM mengikut faktor jantina, ambilan, jenis BBM dan lokasi sekolah praktikum. Walaupun begitu, hasil analisis kajian menunjukkan terdapatnya hubungan antara tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru pelatih dengan tahap keberkesanan amalan penggunaan BBM dalam pengajaran tatabahasa semasa fasa praktikum. Kesimpulannya, majoriti guru pelatih didapati bersedia untuk mengamalkan penggunaan BBM dalam pengajaran tatabahasa semasa fasa praktikum. Guru pelatih perlu didedahkan dengan kemahiran inovasi terkini terhadap amalan penggunaan BBM dalam pengajaran tatabahasa semasa praktikum untuk meningkatkan kualiti pengajaran supaya sesuai dengan pendidikan masa kini. Kata Kunci: tatabahasa, bahan bantu mengajar (BBM), praktikum, guru pelatih


PENGUASAAN MURID TAHUN EMPAT TERHADAP PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA ‘PADA’, ‘KEPADA’, ‘DARI’ DAN ‘DARIPADA’ Nur Asiah binti Mohd Lazim Dr. Hj Mohd Zaharuddin bin Omar (PhD) Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Aspek tatabahasa merupakan aspek asas dalam Bahasa Melayu yang perlu dikuasai oleh setiap murid di sekolahrendah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Penggunaan Kata Sendi Nama dalam aspek tatabahasa adalahuntuk menghubungkan satu frasa atau klausa dengan frasa atau klausa lain bagi membentuk suatu ayat. Kajianyang dijalankan adalah untuk meninjau tahap penguasaan penggunaan kata sendi nama ‘pada’, ‘kepada’, ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam kalangan murid tahun empat. Kajian ini dijalankan terhadap 83 orang murid tahun empatdi sebuah sekolah di daerah Kuala Nerus. Kajian berbentuk tinjauan dengan menggunakan pendekatankuantitatif sepenuhnya dan penggunaan soalan ujian sebagai instrumen kajian. Penganalisian data bagi kajianmenggunakan statistik deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 26. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan penggunaan Kata Sendi Nama murid tahun empat berada pada tahap baik (min= 77.6, sp=17.74). Analisis Ujian-t menunjukkan tidak wujudhubungan yang signifikan tahap penguasaan penggunaan kata sendi nama ‘pada’, ‘kepada’, ‘dari’ dan ‘daripada’ antara murid lelaki dan murid perempuan (t= - 0.98, sig= 0.33). Analisis anova sehala menunjukkan wujudperbezaan yang signifikan tahap penguasaan penggunaan kata sendi nama ‘pada’, ‘kepada’, ‘dari’ dan ‘daripada’ berdasarkan kelas (F= 46.358, sig= 0.00). Analisis korelasi Pearson dijalankan menunjukkan ada hubungansignifikan yang lemah antara tahap penguasaan murid tahun empat terhadap penggunaan kata sendi nama‘pada’, ‘kepada’, ‘dari’ dan ‘daripada’. Kajian in memberi implikasi kepada para pendidik untuk memantapkanlagi penggunaan kata sendi nama dalam kalangan murid sekolah rendah dengan baik. Kesimpulannya, majoritimurid tahun empat dapat menguasai kata sendi nama ‘pada’, ‘kepada’, ‘dari’ dan ‘daripada’ dengan baik dalampenulisan Bahasa Melayu. Kata Kunci : Kata sendi nama, tatabahasa, penguasaan, kemahiran, kuantitatif


TAHAP PENGUASAAN MURID TAHUN LIMA TERHADAP PENGGUNAAN IMBUHAN APITAN BAGI KATA DASAR BERAKHIR DENGAN ‘K’ Nur Ezatti Akhma binti Mohd Nasir Dr. Mohd Zaharuddin bin Omar (PhD) Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Aspek pengimbuhan dalam bahasa Melayu merupakan aspek yang kompleks kerana kesalahan penggunaannya akan memberi kesan kepada pendengar dan penutur untuk menggunakan bahasa Melayu dengan baik (Arbak Othman, 1989). Menurut Nik Safiah Karim (2003), kesalahan pengimbuhan yang sering berlaku adalah melibatkan kesalahan ejaan sama ada menggunakan satu atau dua huruf ‘g’ dan ‘k’ setelah diimbuhkan dengan imbuhan apitan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap penguasaan murid tahun lima terhadap penggunaan imbuhan apitan bagi kata dasar yang berakhir dengan ‘k’. Kajian ini melibatkan sampel murid tahun lima dari salah sebuah sekolah di daerah Kuala Nerus, Terengganu iaitu seramai 54 orang murid. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dan data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 22. Pengkaji menggunakan instrumen berbentuk soalan ujian dan nilai Alpha Cronbach bagi keseluruhan konstruk ialah 0.77 iaitu pada indeks kebolehpercayaan yang tinggi. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan murid tahun lima terhadap penggunaan imbuhan apitan meN-...-kan, di-...-kan, peN-...- an dan ke-...-an adalah pada tahap baik dengan nilai 73.5 peratus (min = 14.6, sp = 5.2). Oleh itu, diharapkan agar kajian ini dapat memberi impak kepada pelbagai pihak dalam usaha untuk meningkatkan martabat bahasa Melayu melalui penggunaan tatabahasa yang betul. Kesannya, permasalahan berkaitan kekeliruan ejaan terutamanya melibatkan imbuhan apitan bagi kata dasar yang berakhir dengan ‘k’ dapat diatasi melalui pemahaman dan penggunaan rumus yang betul. Kata Kunci : imbuhan apitan, tahap penguasaan, kata dasar berakhir dengan ‘k’, kajian tinjauan, soalan ujian.


TAHAP PENGUASAAN MURID TAHUN TIGA TERHADAP PENGGUNAAN KATA PEMERI ‘IALAH’ DAN ‘ADALAH’ DALAM AYAT Nur Fatin Nadia binti Mohd Rasdi Dr. Mohd Zaharuddin bin Omar (PhD) Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Penggunaan kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’ merupakan kata tugas yang tergolong dalam kata prafrasa. Penggunaannya dalam ayat telah menimbulkan banyak kekeliruan dalam kalangan pengguna bahasa Melayu. Nik Safiah Karim (1995) turut berpendapat bahawa “since many sentences in Malay do not require verbs, many users of the Malay language mistakenly use ialah and adalah as a translation of the English verb whereas the presence of the verb is not essential in a Malay sentence”. Pengkaji telah menjalankan analisis untuk meninjau tahap penguasaan murid Tahun 3 terhadap penggunaan kata pemeri ialah dan adalah dalam ayat. Kajian ini dijalankan terhadap 60 orang murid tahun tiga di salah sebuah sekolah di daerah Kuala Nerus. Kajian berbentuk tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif sepenuhnya dan penggunaan soalan ujian sebagai instrumen kajian. Data bagi kajian ini dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 22. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan murid tahun tiga terhadap penggunaan kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’ dalam ayat berada pada tahap baik sebanyak 68.3 peratus (min = 9.37, sp = 3.27). Analisis korelasi Pearson dijalankan menunjukkan interpretasi kekuatan hubungan antara kedua-dua konstruk adalah sederhana (r = 0.591**, p < 0.05). Hal ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan antara konstruk kata pemeri ‘ialah’ dengan konstruk kata pemeri ‘adalah’ dalam ayat. Kajian ini menyumbang implikasi kepada para pengguna bahasa Melayu untuk memantapkan dan mengukuhkan lagi tahap penguasaan penggunaan kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’ agar mereka dapat menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi harian dengan betul. Kata Kunci : Tahap penguasaan, penggunaan, kata pemeri, ialah, adalah, kuantitatif


HIMPUNAN ABSTRAK PENYELIDIKAN PISMP AMBILAN JUN 2020/2024 BAHASA MELAYU 2


PENGGUNAAN CONGKAK CITRA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN SUKU KATA KVKV TERHADAP MURID-MURID TAHAP SATU Muhammad Afif bin Mazlan Dr. Rosli bin Ab. Rahman Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan suku kata KVKV dalam kalangan murid tahap satu Kajian ini melibatkan seramai enam orang murid tahap satu di Sekolah Kebangsaan Pechah Rotan. Kajian ini dijalankan selama empat minggu bagi mencapai objektif dan menjawab persoalan kajian. Pengkaji membuat pengumpulan data awal dengan menggunakan kaedah analisis dokumen seperti ujian diagnostik, praujian dan pasca ujian untuk mengumpul data. Kaedah pengumpulan data awal seperti pemerhatian dan temu bual turut dijalankan bagi melihat tingkah laku dan maklum balas peserta kajian. Hasil daripada tinjauan awal mendapati tahap penguasaan suku kata KVKV bagi tiga orang peserta kajian berada pada tahap yang memuaskan. Pengejaan suku kata KVKV berbantukan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) membantu murid-murid untuk meningkatkan penguasaan suku kata KVKV dengan lebih berfokus. Fokus pengkaji adalah mengenai pengejaan suku kata KVKV dengan lebih tepat melalui penggunaan Congkak Citra sekaligus dapat menjelaskan perkaitan elemen didik hibur dan TMK dalam penggunaan Congkak Citra kepada murid-murid. Congkak Citra merupakan sebuah kit bahan maujud yang mengandungi unsur permainan tradisional yang diselitkan bersama kaedah mengeja suku kata KVKV dengan lebih mudah dan tepat. Berdasarkan dapatan analisis kajian, peningkatan yang ketara dapat dilihat terhadap markah peserta kajian dalam pascaujian selepas menggunakan Congkak Citra bagi mengeja suku kata KVKV. Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah membuktikan bahawa Congkak Citra mampu meningkatkan tahap penguasaan suku kata KVKV peserta kajian dengan jayanya disamping menarik minat murid untuk belajar. Congkak Citra berupaya untuk dikembangkan potensinya dengan penambahbaikan yang dibuat dari semasa ke semasa. Kata kunci : suku kata KVKV, kit bahan maujud, TMK, permainan tradisional


PENGAPLIKASIAN KIT RUBIK PINTAR UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS MEMBACA KVKV DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN TAHUN EMPAT Muhammad Fazril Syah bin Abdullah, Dr. Rosli bin Ab. Rahman Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian Tindakan dijalankan bertujuan untuk membantu para guru dan murid membuat penambahbaikan PdP secara profesional berpandukan tatacara yang ditetapkan. Menurut Kalai Selvan (2019), Kajian Tindakan didefinisikan sebagai satu cara penyelidikan yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan. Oleh sebab itu, pengkaji telah melaksanakan sebuah penyelidikan mengenai masalah kemahiran membaca murid pemulihan tahun empat di Sekolah Kebangsaan Pulau Bahagia, Manir, Kuala Terengganu. Menurut Abdul Rashid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Oleh yang demikian, kajian Tindakan ini dilaksanakan dengan mewujudkan sebuah bahan bantu belajar yang diberi nama “Kit Rubik Pintar” yang berfungsi untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca KVKV bagi murid pemulihan tahun empat. Elemen istimewa yang menjadi daya tarikan Kit ini ialah menggunakan konsep permainan rubik yang mampu memupuk minat murid untuk terus belajar menguasai kemahiran membaca. Kajian Tindakan ini melibatkan empat orang murid tahun empat yang terdiri daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan sebagai peserta kajian. Pengkaji menggunakan tiga kaedah utama bagi pengumpulan data sepanjang tempoh pelaksanaan kajian ini iaitu kaedah pemerhatian, temu bual dan ujian bertulis. Oleh itu, instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data kajian termasuklah borang senarai semak pemerhatian, borang temu bual dan ujian pra pasca. Keseluruhan dapatan kajian dianalisis secara kualitatif. Berpandukan dapatan kajian, pengaplikasian Kit Rubik Pintar ini berjaya untuk meningkatkan peratusan penguasaan murid terhadap kemahiran membaca KVKV dalam kalangan murid tahun empat. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan penggunaan Kit Rubik Pintar telah berjaya meningkatkan tahap penguasaan dan membantu peserta kajian untuk terus menguasai kemahiran membaca. Kata kunci: Kemahiran membaca KVKV, kit Rubik Pintar, peratusan penguasaan, daya tarikan


PENGGUNAAN SAIPE DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN PERIBAHASA TERHADAP MURID-MURID TAHUN ENAM Muhammad Aeiman Hakimi Bin Adnan Tuan Haji Amir Hamzah Bin Ya’akub Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian Tindakan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penguasaan peribahasa dalam kalangan murid tahun enam. Kajian ini melibatkan seramai tiga orang murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Pecah Rotan, Kuala Nerus, Terengganu. Kajian ini dijalankan selama empat minggu atau sebulan bagi mencapai objektif dan menjawab persoalan kajian yang dikemukakan. Fokus pengkaji adalah untuk membantu murid-murid meningkatkan penguasaan mereka terhadap peribahasa dengan penggunaan SaiPe. SaiPe merupakan sebuah kit bahan maujud yang menerapkan teknik pengulangan peribahasa hingga mampu diterapkan dalam diri murid-murid. Pengkaji menggunakan model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988). Pengkaji juga turut memilih tiga jenis kaedah mengumpul data iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Hasil daripada tinjauan awal menunjukkan peserta kajian berada pada tahap yang lemah terhadap penguasaan peribahasa. Ketiga-tiga peserta kajian dapat melaksanakan tindakan dalam gelungan pertama dengan baik sehingga menunjukkan peningkatan yang baik. Ujian pra dan pasca 1 merupakan bukti peningkatan penguasaan peribahasa melalui penggunaan SaiPe ini. Tindakan penambahbaikan telah dilakukan oleh pengkaji dalam gelungan kedua yang menerapkan elemen teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Penerapan elemen TMK dalam gelungan kedua telah menunjukkan peningkatan tahap penguasaan peribahasa yang sangat baik sehingga murid mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian pasca 2. Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah membuktikan bahawa penggunaan SaiPe mampu meningkatkan tahap penguasaan peribahasa peserta kajian dengan jayanya disamping menarik minat murid untuk belajar. Saipe berupaya untuk dikembangkan potensinya dengan penambahbaikan yang dibuat dari semasa ke semasa. Kata kunci : SaiPe, kit bahan maujud, TMK


PENGGUNAAN ‘LAGU MAJTAP’ UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA MAJMUK MANTAP DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA Muhammad Hanif Bin Zakri Tuan Haji Amir Hamzah Bin Ya’akub Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian ini merupakan satu kajian tindakan yang dijalankan untuk mengatasi masalah kesukaran murid tahun lima dalam topik kata majmuk mantap Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam menghafal 15 kata majmuk mantap Aspek tatabahasa merupakan suatu aturan bahasa berbentuk rumas-rumus bahasa merangkumi dua komponen utama iaitu morfologi dan sintaksis. Penguasaan aspek tatabahasa ini amat signifikan dalam membolehkan seseorang murid menggunakan bahasa Melayu dengan betul mengikut peraturannya secara lisan mahupun bertulis. Pengkaji telah memilih serta mengaplikasikan Model Kemmis dan McTaggart (1988) sepanjang kajian dijalankan kerana model tersebut sesuai dalam membantu pengkaji memerhati penguasaan murid terhadap kata majmuk mantap. Berdasarkan hasil pengutipan data awal, seramai tiga orang murid tahun lima Abu Bakar dari Sekolah Kebangsaan Lembah Bidong (SKLB) telah dipilih sebagai peserta kajian Pengkaji telah menggunakan reka bentuk penyelidikan jenis kualitatif. Pengkaji juga telah menggunakan lima instrumen bagi mengutip data kajian iaitu temu bual, analisis hasil kerja,pemerhatian, ujian pra serta ujian pasca . Data kajian tersebut dianalisis secara bertema dan deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa berlaku peningkatan positif dalam kalangan murid setelah sesi intervensi dilaksanakan dengan menggunakan lagu MajTap. Secara keseluruhannya, penggunaan lagu MajTap ini menjadikan suasana pembelajaran murid lebih menyeronokkan dan dapat menarik minat murid sejajar dengan pembinaannya yang direka secara maujud dan digital serta menerapkan elemen didik hibur. Kata Kunci: Tatabahasa, kata majmuk mantap, lagu MajTap, didik hibur


HUBUNGAN ANTARA PENGETAHUAN DAN PENERIMAAN DENGAN PENGGUNAAN TMK DALAM KALANGAN GURU PELATIH BAHASA MELAYU IPGKDRI Muhammad Hafizuddin Mabasri Dr. Mohd Zaharuddin Omar Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Perkembangan teknologi dalam konteks pendidikan memerlukan kemahiran guru dalam penggunaan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) sebagai platform utama bagi melaksanakan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengetahuan dan penerimaan guru pelatih Bahasa Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail (IPGKDRI) dan hubungannya dengan penggunaan TMK. Kajian ini berbentuk kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan yakni pengkaji menggunakan soal selidik secara google form bagi mengumpulkan data kajian. Responden kajian seramai 80 guru pelatih Bahasa Melayu PISMP Ambilan Jun 2020/2024 IPGKDRI. Proses penganalisisan data kajian menggunakan Program Sistem Statistik Pukal Sains Sosial (Statistical Package For Sosial Science/SPSS) versi 27.0. Hasil kajian rintis berdasarkan analisis Alpha Cronbach menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.956. Dapatan kajian mendapati nilai min dan sisihan piawai pengetahuan TMK (M=4.76, SP=0.330), penerimaan TMK (M=4.67, SP=0.427) dan penggunaan TMK (M=4.63, SP=0.404) berada pada tahap tinggi. Hasil daripada Ujian-T menunjukkan tiada perbezaan signifikan antara penerimaan dengan penggunaan TMK mengikut jantina (t=1.168). Analisis korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang sederhana antara pengetahuan dengan penggunaan TMK (r=0.592) begitu juga penerimaan dengan penggunaan TMK (r=0.626). Secara umumnya, tahap guru pelatih Bahasa Melayu berkenaan pengetahuan, penerimaan dan penggunaan TMK berada pada tahap yang baik. Kajian ini memberi kesedaran kepada guru pelatih untuk sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan dalam bidang TMK. Penerapan penggunaan TMK akan memudahkan mereka mengadaptasikan diri dalam dunia pendidikan di Malaysia yang pada dasarnya berteraskan kepada penggunaan teknologi. Kata Kunci: pengetahuan, penerimaan, penggunaan, TMK, Guru Pelatih Bahasa Melayu


TAHAP PENERAPAN ELEMEN 6C DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEMASA PRAKTIKUM Muhammad Aiman bin Adnan, Dr. Hj. Mohd Zaharuddin bin Omar Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap penerapan elemen 6c dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu semasa praktikum.Hal ini demikian kerana, masih ada guru yang masih mengaplikasikan konsep dan kaedah pedagogi lama yang hanya menumpukan kepada penguasaan silibus semata-mata. Bilangan responden ini adalah seramai 98 orang guru pelatih opsyen bahasa Melayu Ambilan Jun 2020 di Isntitut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail dan Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan soal selidik yang terdiri daripada 20 item dengan skala likert lima mata untuk meninjau empat konstrak elemen 6c yang dikaji iaitu kreativiti, pemikiran kritis, kolaborasi serta komunikasi. Analisis deskriptif kekerapan, peratusan, min serta sisihan piawai digunakan bagi membuat laporan berkaitan dapatan kajian. Analisis ujian-t turut digunakan dalam kajian ini bagi melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap penerapan elemen 6c antara guru pelatih lelaki dan guru pelatih perempuan semasa praktikum. Dapatan kajian secara keseluruhan khususnya empat elemen 6c yang dikaji menunjukkan min yang tinggi. Nilai min keseluruhan ialah 4.61, elemen kreativiti 4.61, elemen pemikiran kritis 4.56, elemen kolaboratif 4.63 dan elemen komunikasi 4.65. Dapatan analisis ujian-t pula mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap penerapan elemen 6c antara guru pelatih lelaki dan guru pelatih perempuan dalam semua konstruk dengan nilai t<0.05 bagi semua elemen iaitu kreativiti p=0.016, pemikiran kritis p=0.003, kolaboratif p=0.043 dan komunikasi p=0.015. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan bahawa guru pelatih berjaya menerapkan kesemua elemen 4c tersebut dengan berkesan semasa praktikum, diikuti juga dengan dapatan kajian yang menunjukkan adanya perbezaan mengikut jantina. Kajian ini juga mencadangkan agar guru pelatih didedahkan dengan penerapan elemen 6C dalam KPPB dengan lebih mendalam. Kata kunci: kreativiti (creativity), pemikiran kritis (critical thinking), kolaboratif (collaboration), komunikasi (communication), watak (character), kewarganegaraan (citizenship)


PENGAPLIKASIAN MODEL 3R (RIGOR, RELEVANCE & RELATIONSHIP) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEMASA PRAKTIKUM Muhammad Hafiz bin Mazlan Dr Zaharuddin bin Omar Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah pengaplikasian model 3R (Rigor, Relevance & Relationship) dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang memfokuskan untuk menjadikan PdP sebagai satu wadah ilmu yang bermakna. Rigor bermaksud penekanan dalam pemahaman yang mendalam, kompleks dan memerlukan pemikiran kritis manakala relevance ialah perkaitan pembelajaran dengan minat atau kehidupan pelajar dan relationship ialah berkenaan hubungan antara guru dengan murid. Pengkaji menggunakan pendekatan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Pengkaji juga mengaplikasikan soal selidik menggunakan google form untuk mengutip data dengan menggunakan Skala Likert bagi setiap pemboleh ubah. Nilai kebolehpercayaan kajian rintis ini ialah 0.857. Kajian ini melibatkan responden seramai 80 orang yang terdiri daripada kalangan guru pelatih Ambilan Jun 2020 IPGKDRI yang pernah menjalani praktikum. Data kajian ini diproses menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22.0 dengan kajian jenis deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap pengaplikasian guru praktikum terhadap model 3R dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu adalah tinggi dengan nilai min purata untuk aspek rigor ialah 4.13, aspek relevance sebanyak 4.31 dan aspek relationship sebanyak 4.58. Dapatan juga menunjukkan bahawa guru pelatih menerapkan PdP yang mencabar dan berkait dengan kehidupan murid-murid dengan sangat baik sekali. Oleh itu, usaha untuk melahirkan murid yang produktif dalam bilik darjah semasa proses PdP berlangsung dapat dijelmakan sekaligus memastikan objektif dan matlamat pengajaran bahasa Melayu dicapai dengan jayanya. Amalan yang berunsurkan model 3R wajar dipergiatkan untuk memastikan kemenjadian murid dalam aspek kurikulum bahasa Melayu dapat ditingkatkan dengan penglibatan aktif murid-murid. Kata Kunci: Model 3R, kajian kuantitatif, IPGKDRI, tahap pengaplikasian, pemboleh ubah, Skala Likert, pengajaran dan pembelajaran.


Click to View FlipBook Version