TAHAP PENGUASAAN MURID TAHUN LIMA TERHADAP PENGGUNAAN IMBUHAN ME- DALAM AYAT Muhammad Hamizan Bin Mistam, Dr Mohd Zaharuddin Bin Omar Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau penguasaan murid tahun lima terhadap penggunaan imbuhan me- dalam ayat. Secara khususnya, kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid tahun lima terhadap penggunaan imbuhan me-, tahap penguasaan murid tahun lima terhadap penggunaan imbuhan me- mengikut konstruk (me-, mem-, men-, dan meng-) serta perbezaan tahap penguasaan imbuhan me- berdasarkan demografi (bilangan adik beradik dan jantina). Pengkaji menggunakan pendekatan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan yang menggunakan instrumen pengujianan dengan nilai Alpha Cronbach 0.894 iaitu kebolehpercayaan pada tahap tinggi. Kajian ini melibatkan seramai 60 orang responden murid tahun lima di sebuah sekolah di Kuala Terengganu. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan analisis deskriptif untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min serta sisihan piawai bagi mengukur tahap penguasaan imbuhan me-. Analisis ujian-t dan Annova turut digunakan dalam kajian ini bagi melihat sama ada wujud perbezaan yang signifikan tahap penguasaan imbuhan me- berdasarkan demografi reponden. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan murid tahun lima terhadap penggunaan imbuhan me- dalam ayat berada pada tahap sederhana tinggi dengan nilai min keseluruhan 3.93, manakala min bagi tahap penguasaan imbuhan mengikut konstruk adalah berada pada tahap sederhana rendah iaitu 2.20. Dapatan analisis Annova menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan tahap penguasaan imbuhan me- berdasarkan bilangan adik beradik. Selain itu, dapatan analisis ujian-t menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan tahap penguasaan imbuhan me- antara murid lelaki dan perempuan secara keseluruhan dan kesemua konstruk kecuali konstruk imbuhan me-. Kata kunci: Imbuhan me-, ayat, tahap penguasaan
PENGGUNAAN KIT ‘SIMBA RIA’ UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN SIMPULAN BAHASA DALAM KALANGAN MURID TAHUN EMPAT Nurul Ain Aina binti Zulhuda, Dr. Rosli bin Ab. Rahman Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2018), aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur. Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid terutamanya menerusi pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personafikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif. Melalui pengalaman berpraktikum selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan Kelulut, Marang, Terengganu, didapati bahawa sebilangan murid Tahun Empat tidak mampu memahami peribahasa dengan baik kerana bagi murid, simpulan bahasa mempunyai makna yang abstrak dan sukar difahami. Maka, mereka memilih untuk menghafal semata-mata tapa memahami maksud yang tersirat. (Arni, 2012 dan Norhashimah, 2010). Impakya, murid gagal mengaplikasikan peribahasa sama ada dalam konteks ayat mahupun percakapan. Justeru itu, kajian tindakan ini dilaksanakan dengan mewujudkan sebuah bahan bantu belajar yang diberi nama ‘SimBa Ria’ untuk meningkatkan penguasaan simpulan bahasa dalam kalangan murid Tahun Empat. Tarikan utama ‘SimBa Ria’ ini ialah pengadaptasian daripada permainan yang terkenal iaitu permainan ‘Jutaria’. Kajian tindakan ini melibatkan lima orang murid Tahun Empat yang terdiri daripada tiga orang murid perempuan dan dua orang murid lelaki sebagai peserta kajian. Pengkaji menggunakan tiga kaedah pengumpulan data sepanjang melaksanakan kajian tindakan ini, iaitu kaedah pemerhatian, temu bual dan ujian bertulis. Dalam konteks ini, instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data kajian meliputi senarai semak pemerhatian, borang temu bual, praujian serta pascaujian. Sehubungan dengan itu, segala dapatan kajian dianalisis secara kualitatif. Berdasarkan dapatan kajian, dibuktikan bahawa pengaplikasian kit ‘SimBa Ria’ ini berjaya meningkatkan peratusan bagi penguasaan murid terhadap simpulan bahasa kalangan murid Tahun Empat. Implikasinya, murid Tahun Empat tidak akan tercicir dalam menguasai pemahaman simpulan bahasa khususnya dalam aspek penulisan. Kata kunci : Aspek seni bahasa, simpulan bahasa, kit ‘SimBa Ria’, ilustrasi.
PENGGUNAAN ‘PAPAN SIKOK CAMNA’ DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENUKARAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF BAGI MURID TAHUN 5 Nur Izzah Farhanah binti Baharin Tuan Haji Amir Hamzah bin Ya’akub Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk mengkaji impak penggunaan teknik 'Papan SiKOK CamNa’ dalam kemahiran penukaran ayat aktif kepada ayat pasif bagi murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan Marang, Terengganu. Teknik ‘Papan SiKOK CamNa’ ini terdiri daripada akronim Si (Siapa), K (Kerja), O (Objek dan Oleh), K (Keterangan) serta Cam (mengecam) dan Na (warna) yang digunakan sebagai intervensi dalam penyelidikan tindakan ini. Fokus kajian adalah untuk membantu mengatasi kelemahan murid dalam kemahiran menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif. Peserta kajian dibataskan kepada lima orang murid tahun lima yang terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Reka bentuk penyelidikan tindakan ini bersifat kualitatif dengan menggunakan Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988) sebagai model kajian. Data dipungut mengggunakan kaedah pemerhatian berstruktur, temu bual berstruktur, serta ujian pra dan pasca. Hasil dapatan kajian tersebut dianalisis secara bertema dan deskriptif. Keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik 'Papan SiKOK CamNa’ dapat membantu peserta kajian dalam kemahiran penukaran ayat aktif kepada ayat pasif. Langkah-langkah dalam teknik 'Papan SiKOK CamNa' amat berguna dalam membantu peserta kajian untuk menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif dengan mudah mengikut struktur yang betul. Berdasarkan dapatan kajian ujian pra dan pasca, pengkaji juga mendapati berlaku peningkatan terhadap penguasaan dan prestasi dalam kemahiran penukaran ayat aktif kepada ayat pasif. Teknik ‘Papan SiKOK CamNa’ ini dapat diperluas penggunaannya dalam membantu murid tahun lima daripada pelbagai tahap untuk menguasai kemahiran penukaran ayat aktif kepada ayat pasif dengan cepat serta efektif. Kata kunci: teknik, Papan SiKOK CamNa, ayat aktif, ayat pasif
PEMBELAJARAN KATA ADJEKTIF BERPANDUKAN KECENDERUNGAN POLA WARNA MENINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA MELAYU BAGI MURID TAHUN EMPAT Nurizzati Binti Che Mahadi Dr Rosli Bin Ab Rahman Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Tujuan kajian ini untuk membincangkan berkenaan aspek pengkategorian jenis-jenis kata adjektif. Tinjauan awal menerusi pemerhatian, ujian serta temu bual yang dibuat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran didapati bahawa terdapat sebahagian murid memiliki tahap penguasaan yang rendah. Oleh hal yang demikian, fokus kajian tertumpu bagi mengatasi kekeliruan serta penguasaan murid dalam konteks kata adjektif jenis ‘cara’, ‘perasaan’, ‘cara’ dan ‘waktu’ dengan lebih berkesan. Sebuah tindakan dijalankan bertujuan untuk membantu peserta kajian tahun empat dengan menggunakan kaedah pembelajaran yang interaktif dikenali sebagai Kit Adj-Kalour. Menerusi intervensi ini, seramai lima orang murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan, Kuala Terengganu yang terdiri daripada lima orang murid perempuan dipilih sebagai peserta kajian. Tambahan pula, pengkaji juga memilih untuk mengaplikasikan Model Kajian Tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988) sebagai instrumen panduan untuk membolehkan pelaksanaan langkah dalam kajian berjalan dengan lancar untuk mencapai objektif. Justeru, hasil pengaplikasian Kit Adj-Kalour kepada peserta kajian, membuktikan bahawa perubahan postif berlaku dalam aspek penguasaan keempat-empat jenis kata adjektif yang dapat dibuktikan melalui peningkatan markah yang dijalankan dalam ujian pra serta pasca. Dapatan data kajian juga dianalisis secara bertema, skor markah serta deskriptif melalui kaedah variasi warna serta teknik akronim “PPCW”. Konklusinya, penggunaan aplikasi Kit Adj-Kalour menunjukkan hasil yang positif untuk membantu murid menguasai kemahiran berfikir dan pengesanan kata adjektif mengikut konteks penggunaan untuk menggunakan kata adjektif dengan lebih berkesan. Kata kunci: Kit Adj-Kalour dan Teknik “PPCW”
PENGGUNAAN ‘PAP-PIN’ DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF PANCAINDERA, PERASAAN, CARA SERTA WAKTU Nur Arisha binti Ahmad Fitri, Tn Hj. Amir Hamzah bin Ya’akub Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kata adjektif dalam kalangan murid. Kelemahan murid dalam menguasai topik kata adjektif dan permasalahan dalam penggunaan kata adjektif menyebabkan mereka kurang berminat untuk melibatkan diri dalam pembelajaran topik kata adjektif. Bahan bantu mengapar ‘Pap-Pin’ merupakan satu inovasi yang dihasilkan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran asas murid mempelajari topik kata adjektif bahasa Melayu Tahun 4 di sekolah rendah. Seramai empat orang murid tahun 4 Ibnu Khaldun di Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot telah dipilih sebagai peserta kajian. Pengkaji telah menggunakan empat instrumen dalam melakukan pengumpulan data iaitu ujian pra, ujian pasca, temu bual dan pemerhatian. ‘Pap-Pin’ dipersembahkan melalui bahan grafik yang menarik dan inovatif yang dapat menghasilkan interaksi secara dua hala antara murid dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM). Bahan grafik tersebut bersesuaian untuk meningkatkan kefahaman murid mengenai kata adjektif dalam kalangan murid sasaran tahun empat. Hasilnya, penggunaan bahan bantu mengajar ini mampu meningkatkan tahap kefahaman murid terhadap topik kata adjektif terutamanya ketika menjawab ujian. Bahan bantu mengajar ini diharapkan dapat membantu murid serta guru dalam meningkatkan kefahaman murid mengenai kata adjektif dan berpotensi untuk dikomersialkan dalam bidang pendidikan. Kata kunci: Bahan bantu mengajar ‘Pap-Pin’, kata adjektif, murid tahun 4 Ibnu Khaldun Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot
PENGGUNAAN KIT PAPERSA UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN PERIBAHASA DALAM KALANGAN MURID TAHUN ENAM Nur’Izzah binti Zulkiflee, Dr. Rosli bin Ab Rahman Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kit PAPERSA merupakan bahan bantu mengajar yang mengaplikasikan kaedah pendekatan belajar sambil bermain dan penggunaan elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kit PAPERSA adalah akronim untuk perkataan “Kit Papan Permainan Peribahasa”. Kit PAPERSA dihasilkan bagi membantu murid-murid Tahun 6 yang menghadapi kesukaran memahami topik peribahasa terutamanya dalam kemahiran mengingati peribahasa berserta makna dan kemahiran membina ayat menggunakan peribahasa yang betul dengan tepat dan gramatis. Penggunaan bahan maujud iaitu set papan permainan Kit PAPERSA yang dilengkapi dengan grafik peribahasa, kereta mainan sebagai buah penanda dan aplikasi roda bernombor sebagai dadu digital dapat menarik minat, fokus, melatih kemahiran berfikir serta menggalakkan kerjasama antara murid untuk belajar Bahasa Melayu dalam suasana yang menyeronokkan. Di samping itu, para guru dan murid boleh mengimbas kod QR (Quick Response) menggunakan alat peranti elektronik seperti telefon pintar bagi pautan terus kepada e-book jawapan digital, lembaran kerja digital, set kuiz dan permainan peribahasa dalam talian serta Kit PAPERSA digital yang dibina menggunakan aplikasi Google Sites. Tuntasnya, Kit PAPERSA amat sesuai diaplikasikan kerana menerapkan kaedah belajar sambil bermain dan elemen TMK dalam sesi pengajaran dan pembelajaran selaras dengan pelaksanaan PAK-21. Kata kunci: Kit PAPERSA, bahan bantu mengajar, peribahasa, TMK
KIT KAKETIF: MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA KERJA AKTIF DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 Nuramira Azryha Binti Hazritauding, Amir Hamzah Bin Ya’akub Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan pelajar terhadap Kata Kerja Aktif Transitif dan Tak Transitif ke atas murid Tahun 3 Ibnu Khaldun di Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, Terengganu. Hasil kajian ini mendedahkan bahawa lima orang pelajar, yang terdiri daripada tiga orang lelaki dan dua orang perempuan yang menghadapi masalah untuk memahami kata kerja aktif. kajian ini adalah berdasarkan model kajian tindakan O’Leary (2004). kajian ini dijalankan dengan bantuan Kit KAKETIF iaitu sebuah kit permainan bahasa. Intervensi ini mempunyai bahagian menyusun perkataan, membina ayat, QR untuk Video Youtube, PowerPoint dan Wordwall. Intervensi ini merupakan inisiatif untuk menangani isu kata kerja aktif dalam kalangan pelajar Tahun 3 melalui bahan maujud dan penggabungan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Pengkaji menggunakan dua instrumen untuk mengumpul data, termasuk penilaian melalui peperiksaan bertulis dan pemerhatian ke atas peserta. Hasil kajian selepas pelaksanaan intervensi menunjukkan bahawa semua peserta dalam kajian ini menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan melalui markah ujian pra di tahap ‘Tidak Mencapai Tahap Minimum’ dan peningkatan ke tahap ‘Mencapai Tahap’ dan ‘Memuaskan’ pada ujian pasca pertama dan seterusnya tahap ‘Baik’ dan ‘Cemerlang’ pada ujian kedua. Dapatan ini menunjukkan bahawa Kit KAKETIF telah berjaya sebagai alat untuk meningkatkan tahap kemahiran Kata Kerja Aktif Transitif dan Tak Transitif dalam kalangan pelajar Tahun 3. Kata kunci: meningkatkan, Kit KAKETIF, kata kerja aktif transitif dan tak transitif, Model O’Leary
KIT “PATMAT” UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MAJMUK DALAM KALANGAN MURID TAHUN EMPAT Siti Ainun Najihah binti Mohd Zen Amir Hamzah Bin Ya’akub Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan kit “PATMAT” untuk meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk dalam kalangan murid tahun empat. Mengikut pemerhatian dan hasil tinjauan awal, didapati segelintir murid tahun empat tidak dapat membina ayat tunggal kepada ayat majmuk kerana tidak memahami struktur asas ayat majmuk. Oleh itu, kit "PATMAT" yang mengandungi kit pembinaan ayat majmuk, bertujuan membantu murid mengatasi kelemahan dalam pembinaan ayat majmuk dan membimbing pelajar mencipta ayat yang lengkap dan gramatis. Kit "PATMAT" ialah akronim yang menggabungkan perkataan Pelaku(P), Aktiviti(A), Tempat(T), Masa(M), Alat(A), dan Tujuan(T). Selain itu, pengkaji turut memperkenalkan Jadual Binaan Ayat. Pengkaji memilih model kajian tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988) sebagai model untuk kajian ini. Peserta kajian dihadkan kepada lima murid tahun empat terdiri daripada dua murid lelaki dan tiga murid perempuan dari Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, Kuala Terengganu. Pengkaji menggunakan tiga kaedah pengumpulan data sepanjang pelaksanaan kajian tindakan iaitu pemerhatian, temu bual dan peperiksaan bertulis. Dalam hal ini, instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data kajian termasuklah senarai semak pemerhatian, lembaran temu bual, ujian pra, dan ujian pasca. Berkaitan dengan ini, semua dapatan dianalisis secara kualitatif. Hasil kajian menunjukkan hampir 100% peserta kajian menguasai dan meningkatkan kemahiran mereka dalam membina ayat majmuk dengan betul selepas menggunakan kit "PATMAT". Seterusnya, murid juga menunjukkan minat untuk membina ayat majmuk selepas menggunakan kit ini. Rumusannya, penggunaan kit ini dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bahasa Melayu dapat membimbing dan meningkatkan prestasi murid dalam membina ayat majmuk. Kata kunci : ayat majmuk, kit PATMAT, akronim, meningkatkan
PENGGUNAAN KIT ‘JEPERI’ UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA PEMERI DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 Nor Affrina Binti Zainal, Amir Hamzah bin Ya’akub Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kata pemeri merupakan perkataan yang bertugas menerangkan atau memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Kepentingan mempelajari kata pemeri adalah untuk digunakan secara lisan dan penulisan agar maklumat dapat disampaikan dengan terperinci dan tepat mengikut hukum tatabahasa. Namun begitu, masih wujud masalah penggunaan kata pemeri mengikut konteks terutamanya melibatkan murid sekolah rendah. Oleh itu, lima orang peserta kajian dari kelas 3 Abu Bakar dikenalpasti tidak dapat menggunakan kata pemeri yang betul dalam ayat. Maka kajian ini dijalankan bagi mengatasi masalah ini melalui penghasilan alat intervensi yang dikenali sebagai Kit JePeri atau Kit Jelajah Kata Pemeri. Di samping membantu murid, alat ini turut berfungsi sebagai alat bantu mengajar bagi guru yang boleh diaplikasikan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah pembelajaran terkini. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang mengaplikasikan kaedah pengumpulan data secara senarai semak, transkripsi temu bual serta analisis ujian pra dan ujian pasca. Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Pusat Kuala Ibai yang melibatkan lima orang peserta kajian. Hal ini selari dengan objektif kajian ini untuk meningkatkan penguasaan kata pemeri dalam kalangan murid tahun 3 Abu Bakar. Dapatan kajian ini mendapati murid dapat menguasai kata pemeri dengan lebih efektif menerusi kaedah pengajaran berasaskan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) serta bahan maujud yang dimuatkan dalam Kit JePeRi. Secara keseluruhannya, kajian ini berjaya mengatasi masalah murid untuk menguasai kata pemeri mengikut konteks dan kit yang dihasilkan ini sesuai diaplikasikan dalam pengajaran kerana sangat relevan dengan perkembangan pedagogi yang menyahut cabaran Teknologi Revolusi Industri 4.0. Kata Kunci: kata pemeri, Kit JePeri, intervensi, Teknologi Maklumat Komunikasi, Teknologi Revolusi Industri 4.0
PENGGUNAAN TEKNIK ‘ADIA’ UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA PEMERI DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 Rabiatul Najwa Mohamad Nor, Amir Hamzah bin Ya’akub Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Merujuk kepada DSKP KSSR Bahasa Melayu Semakan 2017, aspek tatabahasa perlu diajarkan dan dilaksanakan melalui pengajaran yang terancang dengan teknik yang sesuai dan berkesan supaya murid dapat memahami dan menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam pelbagai konteks secara lisan dan bertulis. Dalam kajian tindakan ini, teknik ‘Adia’ telah dicipta dan diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu murid-murid Tahun 5 dalam meningkatkan penguasaan penggunaan kata pemeri dalam ayat dengan betul. Tinjauan awal kajian telah menunjukkan bahawa rata-rata daripada peserta kajian mempunyai masalah dalam membezakan serta mengingati cara penggunaan kata pemeri ialah dan adalah dalam ayat. Pada peringkat pengumpulan data awal, pengkaji telah menggunakan tiga instrumen yang utama iaitu pemerhatian, temu bual secara berstruktur dan juga analisis dokumen. Model Kemmis & Mc Taggart (1988) telah dipilih oleh pengkaji untuk diaplikasikan serta dijadikan panduan sepanjang menjalankan kajian ini. Lima orang murid dari Sekolah Kebangsaan Pusat Kuala Ibai (SKPKI) telah dipilih sebagai peserta kajian. Teknik ‘Adia’ merupakan satu teknik yang menggunakan strategi mnemonik sebagai asas pelaksanaannya. Teknik ini telah menyediakan formula-formula yang dapat membantu murid-murid dalam mengingati cara penggunaan kata pemeri ialah dan adalah dalam ayat dengan lebih mudah dan senang. Berdasarkan hasil dapatan kajian, keberkesanan penggunaan teknik ‘Adia’ dalam topik pembelajaran kata pemeri dapat dibuktikan melalui peningkatan dari segi peratusan markah dalam setiap ujian yang dijalankan ke atas peserta kajian dan melalui respons serta maklum balas positif daripada kelima-lima orang peserta kajian yang dizahirkan ketika sesi temu bual dilaksanakan. Kata kunci : Tatabahasa, kata pemeri, Teknik ‘Adia’, strategi mnemonik, formula-formula
TAHAP PENGETAHUAN DAN KECEKAPAN PENGGUNAAN APLIKASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEMASA PRAKTIKUM Fatini Asilah binti Abd Aziz Dr Mohd Zaharuddin bin Omar (PhD) Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030, Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan, kecekapan dan keberkesanan penggunaan aplikasi digital dalam PdP Bahasa Melayu yang dijalankan oleh guru praktikum. Sampel kajian ini terdiri daripada 80 orang guru pelatih Ambilan Jun 2020 opsyen Bahasa Melayu di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail yang telah menjalani praktikum Fasa 1 di sekolah. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif dan penyebaran soal selidik sebagai instrumen kajian. Penganalisisan data kajian adalah melibatkan statistik deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 22.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan, tahap kecekapan dan keberkesanan penggunaan aplikasi digital dalam PdP Bahasa Melayu adalah tinggi iaitu (m=4.61, sp=0.468), (m=4.36, sp=0.634) dan (m=4.62, sp=0.460). Analisis ujian-t juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan bagi tahap pengetahuan, tahap kecekapan dan keberkesanan penggunaan aplikasi digital berdasarkan jantina dan penempatan praktikum. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa guru praktikum telah berjaya meningkatkan tahap pengetahuan, tahap kecekapan dan keberkesanan penggunaan aplikasi digital dalam PdP Bahasa Melayu. Justeru itu, guru praktikum perlu didedahkan dengan kemahiran tambahan agar mereka lebih berupaya menghasilkan inovasi dalam bahan bantu mengajar berasaskan digital. Kata kunci : aplikasi digital, sampel, ujian-t, perbezaan signifikan, inovasi
HIMPUNAN ABSTRAK PENYELIDIKAN PISMP AMBILAN JUN 2020/2024 BAHASA MELAYU 3
PENGGUNAAN TEKNIK TAKAPE BAGI MENINGKATKAN PEMAHAMAN KATA PERINTAH DALAM PEMBINAAN AYAT BAGI MURID TAHUN 3 Abdul Muqsiet bin Abdul Rahman Tuan Haji Amir Hamzah bin Ya'akub Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu. ABSTRAK Tujuan kajian ini dilakukan ialah untuk menilai keberkesanan penggunaan teknik TAKAPE dalam meningkatkan pemahaman murid-murid tentang kata perintah. Berdasarkan pemerhatian awal, terdapat sebilangan murid tahun 3 masih belum mampu menguasai penggunaan kata perintah dengan baik. Untuk mengatasi masalah itu, teknik TAKAPE telah dirancang dan digunakan untuk meningkatkan kefahaman murid-murid dalam terutamanya dalam pembinaan ayat. Kajian ini telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam dan melibatkan murid tahun tiga. Pengkaji telah menggunakan model kajian tindakan Kemmis & McTaggart (1988) melalui dua gegelung tindakan.Penggunaan teknik TAKAPE kepada peserta kajian membuktikan bahawa berlaku perubahan positif dari aspek pengguasaan kata perintah melalui markah ujian yang dijalankan. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu kaedah pemerhatian, temu bual berstruktur dan ujian bertulis. Pengkaji menggunakan beberapa instrumen pengumpulan data seperti borang senarai semak pemerhatian, borang temu bual serta ujian pra dan pasca. Kesemua data telah dianalisis secara kualitatif. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa penggunaan teknik TAKAPE dapat meningkatkan pemahaman kata perintah khususnya dalam pembinaan ayat untuk murid-murid. Kata kunci: kata perintah, TAKAPE
PENGGUNAAN KIT 'LOTKE-IM' BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN IMBUHAN AWALAN MEN- BAGI MURID TAHUN EMPAT Ahmad Syahir bin Mohd Nawawi Tuan Haji Amir Hamzah bin Ya'akub Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu. ABSTRAK Penyelidikan yang telah dijalankan ini bertujuan untuk menjelaskan Kit ‘LotKe-Im’ dalam menguasai imbuhan awalan men- dengan betul. Kit ‘LotKe-Im’ ini mempunyai nota pengajaran, rumus dan permainan yang mana digunakan sebagai intervensi khusus dalam kajian tindakan ini. Fokus kajian adalah bagi membantu mengatasi kelemahan murid dalam menguasai tajuk imbuhan awalan mensekali gus menjadi panduan bagi murid untuk menerbitkan kata berimbuhan awalan dengan tepat. Peserta kajian telah dibataskan dengan sejumlah lima orang sahaja iaitu melibatkan kelompok murid lelaki seramai tiga orang manakala murid perempuan seramai dua orang. Kajian tindakan ini menggunakan Model Kajian Tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988) sebagai model kajian. Kajian ini melibatkan murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu. Pengumpulan data telah dilaksanakan dengan mengaplikasikan kaedah pemerhatian berstruktur, temu bual separa, dan analisis dokumen yang meliputi ujian diagnostik, ujian pra dan ujian pasca. Hasil dapatan kajian telah dianalisis secara bertema dan deskriptif. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa Kit ‘LotKe-Im’ dapat membantu peserta kajian dalam menulis atau membina ayat aktif dengan tepat. Tindakan di dalam intervensi ini dilihat berkesan untuk memberikan impak yang positif kepada peserta kajian bagi menguasai tajuk imbuhan awalan men- dengan berkesan. Kit ‘LotKe-Im ini dapat diperluas penggunaannya dalam membantu murid tahun lima daripada pelbagai tahap untuk menguasai tajuk imbuhan awalan. Kata kunci : Kit ‘LotKe-Im’, imbuhan awalan men-, kata terbitan berimbuhan, ujian diagnostik
PERANAN PENTADBIR DALAM PENGOPERASIAN 4P BAGI PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) Mohamad Husni bin Suhaimi Dr. Ghazali bin Ismail Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu. ABSTRAK Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dilakukan melalui Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan dan Pengesanan oleh personel di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah. Kajian kes ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui peranan yang dimainkan oleh Pentadbir bagi pengoperasian 4P bagi PBD serta kesan pelaksanaan 4P oleh pentadbir bagi PBD di Sekolah Kebangsaan Gong Badak, Kuala Nerus. Kajian ini dijalankan selama empat minggu bagi mencapai objektif dan menjawab persoalan kajian. Kajian ini menggunakan kajian berbentuk kualititatif dengan melibatkan peserta kajian berjumlah enam orang dimana tiga darinya merupakan dari barisan pentadbir manakala tiga lagi dipilih secara rawak dikalangan para guru sekolah tersebut. Kajian ini menggunakan tiga instrument iaitu Borang Soal Selidik, Borang Temu Bual dan Borang Senarai Semak bagi menjawab persoalan kajian yang telah ditetapkan. Hasil dapatan mendapati barisan Pentadbir di Sekolah kebangsaan Gong Badak menjalankan peranan mereka dari aspek 4P melalui Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan dan Pengesanan dengan cemerlang sekaligus memberi kesan terhadap kelancaran pelaksanaan PBD di sekolah tersebut. Kata kunci: pementoran, pemantauan, penyelarasan, pengesanan, PBD, pentadbir
PENGUASAAN KATA GANTI NAMA DIRI ORANG MELALUI PERMAINAN ‘DAUN BAHASA’ DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3 Muhammad Adlan Waafi bin Che Awang Encik Biamin bin Ahmad Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu. ABSTRAK Kajian ini dihasilkan bertujuan membantu murid tahun tiga sekolah rendah untuk mengenali dan membezakan kata ganti nama diri orang dalam bahasa Melayu. Idea ini tercetus sewaktu saya menjalankan Praktikum Fasa 1 di Sekolah Kebangsaan (SK) di Penarek yang tidak mampu membezakan kata ganti nama diri orang dalam bahasa Melayu. Mereka mengalami masalah semasa mereka dikehendaki mengklasifikasikan kata ganti nama diri orang mengikut ketiga-tiga jenis. Saya dapat mengenal pasti kebanyakan kekeliruan berlaku dalam kata ganti nama diri orang. Oleh hal demikian, idea ini menginterpretasikan tentang kata ganti nama diri orang dengan pengaplikasian permainan ‘Daun Bahasa’ berbentuk kad perkataan yang mempunyai paparan gambar dan penerangan tertentu tentang perkataan yang ditunjukkan. Idea ini diadaptasikan melalui permainan kad Happy Family yang mampu memberikan pengetahuan dan keseronokan yang implisit kepada murid-murid. Permainan “Daun Bahasa” diasaskan melalui penerapan Standard Kandungan (SK) aspek Tatabahasa dalam Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu. Penggunaan instrument yang pelbagai disokong dengan Model Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) bagi mengatasi permasalahan yang berlaku dalam kalangan murid tahun 3. Kata kunci : didik hibur, permainan ‘Daun Bahasa’, murid tahun 3, kata ganti nama diri orang, tatabahasa
PENGGUNAAN RUMUS ‘SIPOKET’ DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS AYAT YANG GRAMATIS BAGI MURID TAHUN EMPAT Muhammad Airudin bin Rosli Encik Biamin bin Ahmad Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu. ABSTRAK Rumus akronim membantu murid-murid meningkatkan kefahaman mereka terhadap perkara yang dipelajari dengan bantuan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Fokus pengkaji adalah untuk menyelesaikan masalah kemahiran menulis lima ayat yang gramatis berdasarkan gambar rajah. Kajian ini melibatkan lima orang murid tahun 4 dari sekolah praktikum fasa 1 yang lepas. Pengkaji menggunakan model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988) dan memilih tiga jenis instrumen iaitu ujian, temu bual dan pemerhatian. Ketiga-tiga peserta kajian dapat melaksanakan tindakan dalam gelungan pertama dengan sangat berjaya. Penilaian ujian pasca menunjukkan prestasi yang memuaskan dengan peserta kajian 1, 3 dan 4 mencapai markah penuh iaitu 100% sementara peserta kajian 2 dan 5 masing-masing mencapai markah 90% dan 80%. Tindakan gelungan kedua juga berjaya meningkatkan prestasi kelima-lima peserta kajian dengan semua peserta kajian mencapai markah penuh 100% dalam ujian pasca 2. Rumus ini membantu peserta kajian dalam meningkatkan kemahiran menulis ayat yang gramatis berdasarkan gambar rajah dengan lebih baik. Untuk kajian akan datang, teknik ini akan diperbaiki dengan penambahan elemen didik hibur sehingga murid berasa lebih seronok dan mudah untuk mengingat formula yang diperkenalkan di samping peranti tambahan akan yang digunakan sebagai alat bantu mengajar (ABM) dalam aktiviti menulis ayat. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa teknik ‘SiPOKet’ berbantukan TMK sangat efektif dalam meningkatkan kefahaman peserta kajian terhadap kemahiran menulis ayat berdasarkan gambar dengan lebih baik. Kata kunci : akronim, SiPOKet, menulis ayat yang gramatis, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), didik hibur
GO-IMBUHAN: MENINGKATKAN PENGUASAAN IMBUHAN AWALAN MEN- DALAM PEMBINAAN AYAT BAGI MURID-MURID TAHUN 5 Muhammad Alif Asyraf bin Mohd Rashid Dr. Rosli bin Ab Rahman Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu. ABSTRAK Teknik permainan merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk menarik minat murid-murid serta membantu mereka meningkatkan kefahaman terhadap perkara yang dipelajari. Tujuan kajian ini dilakukan ialah untuk menilai keberkesanan penggunaan permainan Go-Imbuhan dalam meningkatkan pemahaman murid-murid tentang imbuhan awalan meN-. Berdasarkan pemerhatian awal, terdapat sebilangan murid tahun lima masih belum mampu menguasai penggunaan imbuhan awalan meNdengan baik. Untuk mengatasi masalah itu, permainan Go-Imbuhan telah dirancang dan digunakan untuk meningkatkan kefahaman murid-murid dalam imbuhan awalan meN- terutamanya dalam pembinaan ayat. Kajian ini telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Maras, Kuala Nerus dan melibatkan murid tahun lima. Pengkaji telah menggunakan model kajian tindakan Kemmis & McTaggart (1988) melalui dua gegelung tindakan. Gegelung pertama telah menggunakan nota pembelajaran dan permainan Go-Imbuhan untuk membantu murid-murid memahami imbuhan awalan meN- manakala gegelung kedua iaitu Rumus Mudah Ingat Imbuhan Awalan Men- telah diaplikasikan sebagai penambahbaikan kepada intervensi yang dijalankan di gegelung pertama. Pengaplikasian permainan Go-Imbuhan kepada peserta kajian membuktikan bahawa berlaku perubahan positif dari aspek pengguasaan imbuhan awalan meN- melalui markah ujian yang dijalankan. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu kaedah pemerhatian, temu bual berstruktur dan ujian bertulis. Pengkaji menggunakan beberapa instrumen pengumpulan data seperti borang senarai semak pemerhatian, borang temu bual serta ujian pra dan pasca. Kesemua data telah dianalisis secara kualitatif. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa penggunaan kaedah permainan seperti Go-Imbuhan dapat meningkatkan pemahaman imbuhan meN- khususnya dalam pembinaan ayat untuk murid-murid. Kata kunci : imbuhan awalan meN-, permainan, Go-Imbuhan, rumus mudah ingat
PERMAINAN ‘JUTANO’ MENINGKATKAN PENGUASAAN SIMPULAN BAHASA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 Muhammad Danial bin Kaspuni Dr. Rosli bin Ab Rahman Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu. ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguaaan simpulan bahasa dalam kalangan murid tahun lima.Kajian ini melibatkan seramai empat orang murid tahun 5 Arif di Sekolah Kebangsaan Penarek. Kajian ini dijalankan selama sebulan bagi mencapai objektif dan menjawab segala persoalan kajian. Kajian tindakan ini dilakukan setelah saya mendapati beberapa masalah yang muncul ketika saya menjalani sesi praktikum fasa 1 dimana murid tahun 5 agak sukar untuk memahami dan menguasai topik simpulan bahasa. Kajian ini telah dilakukan bagi meningkatkan penguasaan simpulan bahasa bagi peserta kajian. Pengkaji telah melakukan pengumpulan data melalui teknik analisis data dokumen, ujian dan temubual. Pengumpulan data melalui kaedah tersebut telah menunjukkan perubahan yang ketara daripada kurang menguasai kepada menguasai topik simpulan bahasa dengan baik. Permainan ‘Jutano’ yang memfokuskan penguasaan simpulan bahasa ini merupakan sebuah permainan didik hibur yang dapat membantu murid memahami dan menguasai simppulan bahasa dengan lebih baik. Permainan ‘Jutano’ ini merupakan bahan maujud.Berdasarkan dapatan analisis kajian,terdapat peningkatan yang ketara dalam ujian pra dan ujian pasca dan hal ini telah membuktikan keberkesanan kit bahan maujud permainan ‘Jutano’ bagi meningkatkan penguasaan simpulan bahasa.Peserta kajian juga dapat mengenal pasti simpulan bahasa dalam sesebuah ayat dan juga dapat membina ayat menggunakan simpulan bahasa dengan baik. Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah membuktikan bahawa permainan ‘Jutano’ mampu meningkatkan penguasaan simpulan bahasa dalam kalangan murid tahun 5 Arif disamping berjaya menarik minat murid untuk kekal aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Kata kunci : simpulan bahasa, permainan ‘Jutano’
PENGGUNAAN KIT FUFAIM BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN IMBUHAN AWALAN PE- DAN PEN- TERHADAP MURID TAHUN EMPAT Muhammad Haikal bin Saari Dr. Rosli bin Ab Rahman Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu. ABSTRAK Kajian yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan penggunaan kata imbuhan awalan pe- dan pen- terhadap murid tahun empat. Kit ‘FuFa-Im’ merupakan akronim yang dibina oleh pengkaji berdasarkan bentuk FunFair yang mana digunakan sebagai intervensi khusus dalam kajian tindakan ini. Tujuan kajian adalah untuk membantu mengatasi kekeliruan penggunaan kata imbuhan awalan pe- dan pen-. Maka, akronim yang dicipta di dalam kit ini membantu mengatasi kelemahan murid dalam penggunaan kata imbuhan awalan pe- dan pen-. Kajian tindakan ini menggunakan Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) sebagai model kajian. Peserta kajian dibataskan kepada empat orang yang terdiri daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan dari sebuah Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting, Kuala Terengganu, Terengganu. Pengkaji telah menggunakan instrumen pemerhatian, ujian bertulis dan temu bual sebagai kaedah pengumpulan data. Hasil dapatan kajian telah dianalisis secara bertema dan deskriptif. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa Kit FuFaIm dapat membantu peserta kajian dalam menguasai penggunaan kata imbuhan awalan pedan pen- dengan sangat baik. Tindakan di dalam intervensi ini dilihat berkesan untuk memberikan impak yang positif kepada peserta kajian serta dapat diperluas penggunaannya dalam membantu murid tahun empat daripada pelbagai tahap untuk menguasai penggunaan kata imbuhan awalan pe- dan pen-. Kata kunci : Kit FuFaIm, imbuhan, akronim
KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU TAHAP 2 DALAM MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) : SATU KAJIAN KES DI SK GONG BADAK Basirah binti Zulkipli Dr. Ghazali bin Ismail Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu. ABSTRAK Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bermula di Malaysia pada tahun 2017 telah memberikan satu impak positif yang besar di sekolah rendah khususnya dalam bidang pentaksiran. Secara umumnya, PBD merupakan suatu pentaksiran untuk menilai pencapaian sebenar murid secara holistik dan autentik. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui kesediaan guru bahasa Melayu tahap dua dalam melaksanakan PBD di Sekolah Kebangsaan Gong Badak, Terengganu. Justeru itu, seramai tiga orang guru bahasa Melayu dari sekolah tersebut telah dipilih untuk dijadikan peserta kajian. Reka bentuk kajian ini menggunakan kajian kes jenis kualitatif. Namun, pengkaji menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama kajian ini dan disokong oleh temu bual dan pemerhatian. Oleh itu, indeks peratus digunakan untuk menganalisis dapatan kajian yang diperoleh. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, tahap kesediaan guru bahasa Melayu tahap 2 bersedia untuk melaksanakan PBD di mana indeks peratus setiap aspek yang dikaji adalah tinggi iaitu aspek pengetahuan (89.30%), aspek kemahiran (92%) dan aspek sikap menunjukkan (90.70%). Implikasi daripada kajian ini, pihak berwajib dapat membuat penilaian terhadap kesediaan guru tahap 2 sekolah rendah dalam melaksanakan PBD. Rentetan itu, penambahbaikan dapat dilakukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Kata kunci : kesediaan, guru-guru, sekolah rendah, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
PERMAINAN DA2D UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN 5 IBNU KHALDUN MENGUASAI PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA “DARI” DAN “DARIPADA” DALAM AYAT Fatin Amirah binti Fakeruddin Encik Biamin bin Ahmad Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu. ABSTRAK Terdapat sebahagian murid yang seringkali keliru dan tidak dapat menguasai kata sendi nama khususnya “dari” dan “daripada” dalam ayat dengan betul. Oleh hal yang demikian, kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kata sendi nama “dari” dan “daripada” bagi murid tahun lima dengan menggunakan Permainan Da2D. Kajian ini menggunakan model penyelidikan Kemmis & McTaggart. Kajian ini juga dilaksanakan kepada tiga orang murid Sekolah Kebangsaan Telipot yang terdiri daripada dua orang murid perempuan dan seorang murid lelaki. Pengumpulan data dilaksanakan melalui tiga instrumen utama iaitu pemerhatian, temu bual dan juga kaedah pengujian (pra&pasca). Data-data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan triangulasi kaedah. Dapatan kaiian menunjukkan bahawa kaedah Permainan Da2D sebagai bahan bantu mengajar dapat mencapai objektif, iaitu murid dapat menguasai penggunaan kata sendi nama “dari” dan “daripada” dalam ayat dengan betul. Kajian ini boleh diteruskan lagi dengan mengaplikasikan penggunaan kaedah ini bagi aspek tatabahasa pada tahap lain dengan beraras tinggi. Kesimpulannya, kajian ini membantu murid bagi meningkatkan penguasaan kata sendi nama “dari” dan "daripada” dengan lebih mudah. Kata kunci : meningkatkan penguasaan kata sendi nama 'dari dan "daripada", Permainan Da2D
MENINGKATKAN KELANCARAN KEMAHIRAN MENULIS DARI SEGI TANDA NOKTAH DAN KOMA DALAM KARANGAN MURID TAHUN 4 MENGGUNAKAN KIT PENA-RELOW Fatin Hakimah binti Ibrahim Encik Biamin bin Ahmad Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu. ABSTRAK Kit PENA-ReLow merupakan sebuah bahan bantu mengajar yang mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi membantu murid meningkatkan kefahaman mereka terhadap penggunaan tanda noktah dan koma semasa membina karangan. Fokus pengkaji adalah untuk mengatasi masalah murid yang tidak mengetahui fungsi tanda noktah dan koma sehingga menyebabkan ayat dalam karangan mereka menjadi tidak gramatis. Kajian ini melibatkan tiga orang murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot di Kuala Nerus, Terengganu. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988) melalui dua gelungan tindakan bagi mengatasi kekeliruan pada Kit PENA-ReLow ketika intervensi gelungan pertama dengan penghasilan Permainan Digital TKPW kepada peserta kajian sebagai penambahbaikan pada gelungan kedua. Pengaplikasian Kit PENA-ReLow kepada peserta kajian telah berjaya membawa perubahan yang positif dari segi pemahaman fungsi tanda noktah dan koma serta peningkatan dalam penggunaan tanda noktah dan koma yang betul semasa menulis karangan. Dapatan data kajian juga dianalisis secara bertema, skor markah dan deskriptif bagi menunjukkan peningkatan pencapaian dalam penulisan karangan menggunakan tanda noktah dan koma dengan betul melalui Kit PENA-ReLow. Dapatan kajian yang telah dilakukan adalah berdasarkan kepada analisis dokumen, temu bual, pemerhatian serta ujian pra dan pasca. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa pengaplikasian Kit PENA-ReLow dan Permainan Digital TKPW kepada peserta kajian memberikan kesan yang lebih baik terhadap penerimaan murid dalam memahami fungsi tanda noktah dan koma serta mampu menghasilkan sebuah karangan yang lengkap menggunakan tanda noktah dan koma dengan betul. Kata kunci : Kit PENA-ReLow, karangan, permainan TKPW, tanda noktah dan koma, tanda baca
PENGUASAAN KATA PEMERI MELALUI PENGAPLIKASIAN PORTAL KAPEM DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA Khadijah Yasmin bin Mhuckim Encik Biamin bin Ahmad Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu. ABSTRAK Kata pemeri merupakan salah satu aspek tatabahasa yang terkandung dalam bahasa Melayu yang seharusnya dikuasai oleh setiap murid. Walaupun begitu, masih terdapat beberapa orang murid yang kerap keliru dan tidak dapat menggunakan kata pemeri dalam ayat dengan betul. Justeru itu, kajian tindakan yang dilaksanakan ini adalah bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid yang keliru dengan penggunaan kata pemeri. Kajian ini memfokuskan kepada tiga orang murid Tahun Lima yang terdiri daripada dua orang murid lelaki dan seorang murid perempuan. Proses pengumpulan data kajian ini dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian, temu bual serta ujian pra dan ujian pasca. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis bertema. Dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa Portal KaPem dapat membantu murid untuk memahami dan menguasai topik kata pemeri dengan baik. Tegasnya, penggunaan Portal KaPem ini dapat membantu murid untuk meningkatkan kefahaman mereka berkaitan pengaplikasian kata pemeri dalam ayat. Penggunaan nota penerangan yang dilengkapi dengan formula NaSA, serta video animasi dan kuiz permainan yang boleh didapati dalam Portal KaPem jelas mampu memudahkan murid memahami dengan lebih jelas mengenai fungsi dan cara menggunakan kata pemeri mengikut konteks ayat dengan tepat. Kata kunci : kata pemeri, portal KaPem, formula NaSA.
PENGAPLIKASIAN “KETINTING DARDA” DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA SENDI NAMA BAHASA MELAYU BAGI MURID TAHUN EMPAT Nur Afnee Ilhami binti Mohd Samsuri Dr. Rosli bin Ab Rahman Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu. ABSTRAK Tatabahasa merupakan salah satu daripada aspek kemahiran bahasa yang penting yang perlu dikuasai setiap individu bagi membolehkannya menguasai bahasa yang dipelajari dengan cekap dan berkesan. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bagi mengatasi masalah penggunaan salah satu elemen tatabahasa dalam bahasa Melayu yang tercakup dalam bidang morfologi, iaitu berkaitan kata sendi nama khususnya “dari” dan “daripada”. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam penggunaan kata sendi nama “dari” dan “daripada” dengan tepat dalam konteks ayat di samping memupuk penglibatan yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) tatabahasa bahasa Melayu menerusi permainan ‘Ketinting DarDa’ yang telah diinspirasikan daripada permainan tradisional. Kajian ini telah dilaksanakan dengan berpandukan model kajian tindakan yang dibangunkan oleh Stephen Kemmis dan Mc Taggart (1988) yang menyarankan empat langkah dalam pelaksanaan kajian iaitu bermula dengan langkah mereflek, merancang, bertindak dan memerhati. Kajian ini telah melibatkan peserta kajian yang terdiri daripada tiga orang murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Pulau Manis yang merupakan sekolah penempatan praktikum pertama pengkaji. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan tiga jenis instumen bagi mengutip data kajian iaitu pemerhatian, temu bual dan kaedah pengujian. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis secara bertema dan deskriptif. Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa pengaplikasian permainan Ketinting DarDa dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) telah membawa kepada peningkatan dalam prestasi dan penguasaan murid dalam penggunaan kata sendi nama “dari” dan “daripada” di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang bukan sahaja menyeronokkan malah memberi kefahaman yang baik kepada para peserta kajian berkaitan topik kata sendi nama khususnya “dari” dan “daripada”. Kata kunci : kata sendi nama, Permainan ‘Ketinting DarDa’, permainan tradisional
PENGGUNAAN KIT ‘JO-BI SHOOT’ DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI TOPIK PENJODOH BILANGAN BAHASA MELAYU Nur Aina Syafiqa binti Mohd Baharuddin Dr. Rosli bin Ab Rahman Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu. ABSTRAK Satu kajian telah dijalankan bagi meninjau dan meningkatkan penguasaan topik penjodoh bilangan bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun tiga. Hasil tinjauan awal mendapati bahawa terdapat segelintir murid masih belum dapat menguasai topik penjodoh bilangan dengan baik. Kajian ini menggunakan kit 'Jo-Bi Shoot' yang melibatkan tiga orang peserta kajian dari Sekolah Kebangsaan Manir. Pengumpulan data bagi kajian ini telah dilaksanakan dengan mengaplikasikan instrumen seperti pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen yang merangkumi ujian diagnostik, ujian pra dan ujian pasca. Menerusi pengumpulan data, pengkaji dapat mengenal pasti pengetahuan asas dan tahap penguasaan setiap peserta kajian bagi topik yang dipilih. Bukan itu sahaja, data yang dikumpulkan juga telah dianalisis dan diinterpretasi berdasarkan analisis bertema dan deskriptif. Sepanjang menjalankan kajian ini, pengkaji telah melaksanakan langkah-langkah yang dirancang secara sistematik. Pengkaji mendapati bahawa objektif yang digariskan oleh pengkaji berjaya dicapai. Peserta kajian juga menunjukkan tindak balas yang positif dalam aktiviti PdP yang dilaksanakan dengan menggunakan kit 'JoBi Shoot'. Dapatan soalan kajian menunjukkan bahawa sesi intervensi yang dilaksanakan dengan menggunakan kit 'Jo-Bi Shoot' berjaya membantu murid untuk menguasai topik penjodoh bilangan dengan baik. Secara keseluruhannya, penggunaan kit 'Jo-Bi Shoot' telah mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan kerana memiliki gabungan elemen permainan bahasa serta pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Kata kunci : penjodoh bilangan, Kit 'Jo-Bi Shoot' , permainan bahasa, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
PENGAPLIKASIAN PERMAINAN ‘PASARAYA BAHARU’ DALAM MENGATASI KEKELIRUAN PENGGUNAAN KATA ‘BARU’ DAN ‘BAHARU’ MURID TAHUN LIMA Nur Alia Syakira binti Johari Dr. Ghazali bin Ismail Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu. ABSTRAK Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan bahasa yang ditunjukkan dalam bentuk rumus-rumus bahasa. Penguasaan murid dalam aspek tatabahasa amat penting bagi memastikan keupayaan berbahasa murid adalah baik dan menepati peraturannya. Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengatasi masalah murid tahun lima yang mengalami kekeliruan dalam penggunaan kata ‘baru’ dan ‘baharu’. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dalam membezakan fungsi sebenar perkataan ‘baru’ dan ‘baharu’ serta mengaplikasikannya dengan betul dalam konteks ayat di samping meningkatkan keterlibatan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran tatabahasa menerusi permainan ‘Pasaraya BaHaRu’. Pengkaji telah memilih untuk menggunakan model kajian Kemmis & McTaggart (1988) yang mempraktikkan beberapa siri gelungan yang diulang dengan penambahbaikan sehingga objektif kajian berjaya dicapai. Setelah menerusi proses pengutipan data awal, seramai tiga orang murid Tahun 5 Beta di Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang telah dipilih sebagai peserta kajian kerana didapati masih lemah dalam menentukan penggunaan kata ‘baru’ dan ‘baharu’. Pengkaji telah menggunakan tiga jenis instrumen bagi mengutip data kajian, iaitu temu bual, pemerhatian dan kaedah pengujian. Data kajian yang diperoleh pengkaji dianalisis secara bertema dan deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam kalangan peserta kajian setelah mengikuti sesi intervensi yang mengaplikasikan permainan ‘Pasaraya BaHaRu’, iaitu mereka dapat membezakan fungsi perkataan ‘baru’ dan ‘baharu’ serta menggunakan kedua-dua perkataan tersebut dengan tepat. Jelasnya, permainan ‘Pasaraya BaHaRu’ telah menjadikan proses pembelajaran lebih seronok dan efektif sejajar dengan pembinaannya yang direka bentuk secara maujud berkonsepkan suasana di sebuah pasar raya dengan menerapkan nota interaktif, rumus, lagu ‘BAsa, BAHsi’ serta permainan kuiz yang disediakan di setiap miniatur kedai. Kata kunci : baru, baharu, permainan ‘Pasaraya BaHaRu’, lagu ‘BAsa, BAHsi’, miniatur.
PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA NAMA KHAS MENERUSI "IKANAKHAS" DALAM KALANGAN MURID TAHUN TIGA Nur Mizan Tihani binti Mohd Jailani Dr. Ghazali bin Ismail Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu. ABSTRAK Aspek tatabahasa merupakan suatu aturan bahasa yang ditunjukkan dalam bentuk rumus-rumus bahasa merangkumi dua komponen utama iaitu morfologi dan sintaksis. Penguasaan aspek tatabahasa in amat signifikan untuk membolehkan seseorang murid menggunakan bahasa Melayu dengan tepat mengikut peraturannya secara lisan mahupun bertulis. Kajian ini merupakan satu kajian tindakan yang dijalankan untuk meningkatkan penguasaan penggunaan kata nama khas dalam kalangan murid tahun tiga. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dari aspek cara penggunaan kata nama khas yang betul dalam ayat dan cara membezakan jenis-jenis kata nama khas menggunakan Kit “iKaNaKhas”. Berdasarkan hasil pengutipan data awal, seramai empat orang murid tahun 3 Elit dari Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting telah dipilih untuk dijadikan sebagai peserta kajian pengkaji. Penyelidikan ini menggunakan reka bentuk penyelidikan jenis kualitatif. Pengkaji telah menggunakan tiga instrumen bagi mengutip data kajian iaitu temu bual, pemerhatian, dan kaedah ujian. Data kajian tersebut dianalisis secara bertema dan deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan berlaku peningkatan positif dalam kalangan murid setelah sesi intervensi dilaksanakan dengan menggunakan Kit “i-KaNaKhas”. Secara keseluruhannya, penggunaan Kit “i-KaNaKhas” telah mewujudkan suasana pembelajaran murid yang lebih menyeronokkan dan interaktif sejajar dengan pembinaannya yang direka bentuk secara maujud dan digital serta mempunyai elemen belajar sambil bermain, didik hibur dan penggunaan animasi bergerak semasa tayangan video interaktif. Kata kunci : tatabahasa, Kit “i-KaNaKhas”, kata nama khas, didik hibur, maujud, digital
KIT BISUKA UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN SUKU KATA TERBUKA DALAM KALANGAN MURID TAHUN DUA Nur Qamarina binti Karia@Zakaria Dr. Muhammad Irfan Nyia bin Abdullah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu. ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid tahun dua melalui penggunaan Kit BiSuKa. BiSuKa merupakan singkatan daripada “Bijak Suku Kata“ iaitu merupakan sebuah kit berbentuk digital daripada Power point interaktif yang dibina untuk memudahkan murid menguasai kemahiran membaca perkataan KV+KV dengan lebih mudah dan cepat. Kajian ini dijalankan ke atas empat orang murid yang terdiri daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Tinjauan awal mendapati peserta kajian belum mampu menguasai kemahiran membaca perkataan KV+KV dengan baik. Justeru itu, penggunaan Kit BiSuKa ini dapat membantu murid tersebut menguasai kemahiran membaca perkataan KV+KV dengan lebih cepat dan berkesan. Adaptasi daripada Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggert (1988) telah digunakan dalam melaksanakan kajian ini. Antara instrumen yang digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini ialah analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Hasil kajian mendapati Kit BiSuKa banyak membantu murid dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka KV+KV. Pengaplikasian kaedah belajar sambil bermain ini juga memberi kesan yang sangat memberangsangkan dalam kalangan peserta kajian. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan Kit BiSuKa telah berjaya meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan KV+KV dalam kalangan peserta kajian. Kata kunci : perkataan KV+KV, kemahiran membaca, belajar sambil bermain, Kit BiSuKa
PENGGUNAAN BELUNCAS PAHUK UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MAJMUK KETERANGAN DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA Nurul Atikah binti Mohd Saupi Dr. Ghazali bin Ismail Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu. ABSTRAK Kemahiran menulis merupakan salah satu literasi asas dalam bahasa Melayu yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh semua murid. Jika kemahiran ini tidak dikuasai, murid akan mengalami masalah pembelajaran terutamanya dalam kemahiran membina ayat majmuk. Oleh itu, kajian tindakan ini dijalankan bagi mengatasi masalah murid dalam pembinaan ayat serta meningkatkan kemahiran membina ayat keterangan melalui penggunaan alat intervensi berteraskan akronim yang dikenali sebagai teknik Beluncas PAHuK. Pengkaji telah mengaplikasikan model kajian tindakan Kemmis dan McTaggart (1988) kerana amat relevan digunakan dalam kajian ini untuk menyelesaikan masalah murid terhadap kemahiran membina ayat majmuk keterangan. Berdasarkan pengumpulan data awal pengkaji di sebuah sekolah yang terletak di daerah Kuala Nerus, Terengganu, seramai tiga orang murid dari Tahun 5 Ibnu Majah telah dipilih sebagai peserta kajian. Pemilihan peserta kajian tersebut adalah berdasarkan tahap penguasaan mereka dalam pembinaan ayat majmuk keterangan. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan empat instrumen, iaitu pemerhatian, temu bual, analisis dokumen dan ujian untuk mengumpul data. Data tersebut dianalisis dan diinterpretasikan secara bertema dan deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan berlakunya peningkatan positif terhadap tahap penguasaan murid dalam kemahiran membina ayat majmuk keterangan selepas intervensi dengan menggunakan teknik Beluncas PAHuK. Penggunaan teknik Beluncas PAHuK terbukti dapat membantu murid meningkatkan penguasaan dalam pembinaan ayat majmuk dan amat sesuai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kata kunci : teknik Beluncas PAHuK, ayat majmuk keterangan, kemahiran membina ayat
PENGGUNAAN KIT JARAPE DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA PEMERI TERHADAP MURID TAHUN TIGA Ras Alisya binti Roaisan Puan Nik Azleena binti Nik Ismail Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu. ABSTRAK Kajian yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kata pemeri terhadap murid tahun 3. Kit JaRaPe merupakan akronim yang dibina oleh pengkaji berdasarkan bentuk jalan raya yang mana digunakan sebagai intervensi khusus dalam kajian tindakan ini. Tujuan kajian adalah untuk membantu mengatasi kekeliruan penggunaan kata pemeri ialah dan adalah. Maka, akronim yang dicipta di dalam kit ini membantu mengatasi kelemahan murid dalam membeza kata pemeri yang sesuai digunakan dalam sesebuah ayat. Kajian tindakan ini menggunakan Model Kajian Kemmis & McTaggart (1988) sebagai model kajian. Peserta kajian dibataskan kepada tiga orang yang terdiri daripada dua orang murid lelaki dan seorang murid perempuan dari sebuah Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting, Kuala Terengganu. Pengkaji telah menggunakan instrument pemerhatian, ujian bertulis dan temu bual sebagai kaedah pengumpulan data. Hasil dapatan kajian telah dianalisis secara bertema dan deskriptif. Dapatan kajian telah membuktikan bahawa Kit JaRaPe dapat membantu peserta kajian dalam menguasai penggunaan kata pemeri ialah dan adalah yang tepat. Tindakan di dalam intervensi ini dilihat berkesan untuk memberikan impak yang positif kepada peseta kajian serta dapat diperluas penggunaannya dalam membantu murid tahun tiga daripada pelbagai tahap untuk menguasai penggunaan kata pemeri ialah dan adalah. Kata kunci: Kit JaRaPe, kata pemeri, rumus
PENGGUNAAN DAM KAPE UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA ADJEKTIF PERASAAN DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 Siti Noor Khairunnisa binti Mohd Sabri DR Fouziah binti Mohd Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu. ABSTRAK Kebolehan murid menentukan maksud sesuatu perkataan terjejas apabila berlaku keterbatasan pengetahuan dan keupayaan dalam mengaplikasikan penggunaan kata adjektif perasaan yang tepat. Kajian tindakan ini melibatkan tiga orang murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal, Terengganu yang terdiri daripada dua orang murid perempuan dan seorang murid lelaki. Tujuan kajian tindakan ini adalah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid yang keliru dengan penggunaan kata adjektif perasaan yang betul. Fokus kajian adalah untuk meningkatkan pemahaman murid terhadap kegunaan kata adjektif perasaan. Pengkaji menggunakan model kajian tindakan Kemmis dan McTaggart (1988). Pengumpulan data dilaksanakan melalui tiga instrumen utama iaitu ujian diagnostik dan pasca, pemerhatian, dan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Dam KAPe berjaya membantu murid dalam memahami kegunaan kata adjektif perasaan dengan betul dan sesuai mengikut konteks. Perbandingan keputusan ujian diagnostik, pascaujian 1 dan pasca 2 yang dijalankan terhadap tiga peserta kajian tersebut telah menunjukkan peningkatan yang dihasratkan oleh pengkaji. Secara keseluruhannya, penggunaan Dam KAPe ini dapat meningkatkan penguasaan murid terhadap penggunaan kata adjektif perasaan dengan betul dan sesuai. Kaedah belajar sambil bermain dalam Dam KAPe ini dapat menarik minat murid dan mengukuhkan lagi pemahaman murid terhadap ayat seruan. Bagi kajian akan datang, Dam KAPe boleh diintegrasikan sepenuhnya ke dalam bentuk interaktif untuk meningkatkan keberkesanannya. Kata kunci : kata adjektif perasaan, Dam KAPe, kaedah belajar sambil bermain
KERANCUAN BAHASA DALAM KOMUNIKASI MURID SEKOLAH RENDAH DAERAH KUALA NERUS Siti Nur Najihah binti Mohamad Din Puan Rodhiana binti Rosli Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu. ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kerancuan bahasa dalam komunikasi murid sekolah rendah di daerah Kuala Nerus. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah fenemenologi. Kajian fenomenologi ini menggunakan tiga instrumen kajian iaitu analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian. Kajian ini melibatkan tiga orang peserta kajian di sebuah sekolah rendah di sekitar Kuala Nerus, Terengganu. Berdasarkan dapatan kajian, murid melakukan kerancuan bahasa dalam komunikasi yang disebabkan oleh faktor persekitaran mereka. Implikasinya, kajian ini telah berupaya memberi sumbangan kepada pengetahuan, praktikal dan teori. Kajian ini dapat mengisi kelompongan penyelidikan berkaitan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid. Oleh itu, guru-guru dan pihak berkepentingan yang lain perlu memastikan murid menguasai dan menggunakan bahasa Melayu dalam komunikasi mereka dengan betul. Kata kunci : kerancuan, percampuran bahasa, bahasa rojak, tahun 5, sekolah rendah, komunikasi
PENGAPLIKASIAN KIT PUZZLE JODOH DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN PENJODOH BILANGAN DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA Siti Suriyani binti Zamri Dr. Rosmani binti Ali Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu. ABSTRAK Aspek tatabahasa merupakan pegangan utama dalam sesuatu bahasa. Sehubungan dengan itu, setiap penutur bahasa seharusnya bertutur dengan baik menepati peraturan dan hukum-hukum bahasa yang sedia ada agar dapat diguna pakai dalam bentuk lisan mahupun tulisan dengan sempurna. Sehubungan dengan itu, penguasaan aspek tatabahasa ini juga amat signifikan untuk membolehkan murid-murid mengaplikasikan bahasa Melayu dengan betul agar dapat dipersembahkan dalam bentuk lisan mahupun bertulis. Kajian ini merupakan satu kajian tindakan yang dijalankan bagi mengatasi masalah kekeliruan murid tahun lima terhadap penggunaan penjodoh bilangan ‘biji’ dan ‘buah’ dengan betul dalam ayat. Tujuan kajian ini dijalanakan adalah untuk meningkatkan penguasaan dan pemahaman mereka terhadap fungsi dan kegunaan kedua-dua jenis penjodoh bilangan tersebut dengan betul berpandukan ayat apabila menggunakan Kit Puzzle Jodoh. Pengkaji juga telah memilih untuk mengaplikasikan Model Kemmis dan Mc Taggart (1988) sepanjang kajian ini dijalankan kerana kitaran model ini membolehkan pengkaji melihat peningkatan penguasaan murid terhadap kedua-dua jenis penjodoh bilangan ini. Berdasarkan hasil kutipan data awal, seramai tiga orang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Pulau Manis (SKPM) telah dipilih sebagai peserta kajian dalam kajian tindakan ini. Jenis reka bentuk penyelidikan bagi kajian ini pula berbentuk kualitatif. Tiga instrumen telah digunakan bagi mengutip data kajian seperti temu bual, pemerhatian dan kaedah ujian. Dapatan kajian tersebut kemudiannya dianalisis secara bertema dan deskriptif. Dapatan kajian juga menunjukkan peningkatan positif dalam kalangan murid setelah sesi intervensi menggunakan Kit Puzzle Jodoh dilaksanakan. Secara keseluruhannya, pengaplikasian Kit Puzzle Jodoh dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dapat menjadikan suasana pembelajaran menjadi lebih aktif dan berkesan selari dengan reka bentuk pembinaannya yang bersifat maujud dan menerapkan elemen bermain sambal belajar. Kata kunci : Tatabahasa, penjodoh bilangan, Kit Puzzle Jodoh, maujud
PENGGUNAAN KIT KENA BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN TANDA BACA DALAM KALANGAN MURID TAHUN TIGA Wan Amni Izyan binti Wan Hilmi Puan Nik Azleena binti Nik Ismail Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu. ABSTRAK Secara pedagoginya, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dilaksanakan berpandukan kepada dua teori bahasa iaitu, Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa. Bagi mengubah persepsi murid. pengadaptasian teknik permainan bahasa atau gamifikasi perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan tahap prestasi mund khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Rentetan itu, tujuan penyelidikan tindakan ini dilaksanakan adalah untuk melihat keberkesanan teknik permainan bahasa dalam memantapkan penguasaan mund terhadap kemahiran menulis iaitu penggunaan tanda baca koma dan tanda baca noktah melalui penggunaan inovasi "Kit KeNa". Secara ringkasnya. "Kit KeNa" merupakan sebuah inovasi atau alat intervensi bahasa yang menerapkan teknik permainan bahasa yang selaras dengan pedagogi pembelajaran abad ke- 21 (PAK-21). Seramai empat orang murid Tahun 3 Ibnu Majah di Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot, Terengganu telah dipilih sebagai peserta kajian. Metodologi kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan melibatkan instrumen pemerhatian, temu bual, dan ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca. Melalui pengumpulan data hasil dapatan kajian telah dianalisis secara bertema dan analisis skor markah. Berdasarkan dapatan kajian, dibuktikan bahawa Kit KeNa berjaya meningkatkan penguasaan murid terhadap tanda koma dan tanda noktah dengan bantuan nota poket melalui hasil pencapaian peserta kajian dalam ujian serta pemerhatian dan temu bual yang dikendalikan. Secara keseluruhannya paradigma yang sering berlaku dalam sistem pendidikan negara telah mewujudkan landskap pembelajaran yang lebih interaktif dan komprehensif yang dipandu oleh bahan sumber teknologi komunikasi dan maklumat (TMK) selan dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21). Kata kunci : permainan bahasa, tanda baca, tanda koma, tanda noktah, Kit KeNa, nota poket, pembelajaran abad ke-21 (PAK-21)
KEBERKESANAN KIT PENJODOH BILANGAN DALAM MENINGKATKAN ASPEK GOLONGAN KATA BAGI MURID TAHUN 4 Wan Muhammad Iman bin Wan Ab Razak Encik Biamin bin Ahmad, Encik Muadzam bin Muhamad Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu. ABSTRAK Pengajaran tatabahasa bukan sahaja tertumpu kepada rumus semata-mata tetapi turut melibatkan pelbagai kemahiran yang lain. Sehubungan itu, tujuan penyelidikan tindakan ini adalah untuk meningkatkan tahap prestasi murid khususnya dalam mata pelajaran bahasa Melayu yang semakin merudum saban hari. Selain itu, tujuan penyelidikan ini juga adalah untuk melihat keberkesanan teknik permainan dan didik hibur dalam memantapkan penguasaan murid dalam tatabahasa bagi tajuk penjodoh bilangan melalui inovasi yang telah dihasilkan iaitu “Kit Penjodoh Bilangan”. Seramai lima orang murid tahun 4 Bestari dari Sekolah Kebangsaan Padang Kemunting, Kuala Nerus, Terengganu telah dipilih sebagai peserta kajian. Metodologi kajian ini adalah menggunakan reka bentuk kualitatif dengan melibatkan instrumen pemerhatian, temu bual, ujian diagnostik, ujian pra, ujian pasca I dan ujian pasca II. Melalui pengumpulan data yang telah dibuat, hasil dapatan kajian telah dianalisis. Berdasarkan dapatan kajian, terbukti bahawa “Kit Penjodoh Bilangan” berjaya meningkatkan pemahaman murid terhadap tajuk penjodoh bilangan melalui hasil pencapaian peserta kajian setelah mengikuti sesi intervensi ini. Kesimpulannya, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang mengimplementasikan bahan interaktif ini dicadangkan untuk digunakan secara meluas oleh semua guru bagi meningkatkan penguasaan murid dalam mata pelajaran bahasa Melayu selari dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21). Kata kunci : permainan bahasa, didik hibur, penjodoh bilangan, pembelajaran abad ke-21 (PAK-21)
HIMPUNAN ABSTRAK PENYELIDIKAN PISMP AMBILAN JUN 2020/2024 BAHASA MELAYU 4
PENGAPLIKASIAN SLIDE INTERAKTIF BERKENAAN KATA SENDI NAMA TERHADAP MURID TAHUN LIMA Muhammad Nazrul Iman bin Yong Biamin bin Ahmad Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian ini merupakan dilaksanakan bertujuan untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi berkenaan kata sendi nama dalam kalangan murid Tahun 5. Pengaplikasian Slide Interaktif merupakan intervensi yang dilaksanakan oleh pengkaji dalam memastikan masalah yang dikenal pasti ini dapat diselesaikan secara tuntas. Pengaplikasian Slide Interaktif berfokus kepada kata sendi nama ini amat penting untuk menyelesaikan masalah kekeliruan dalam kalangan murid. Hasil tinjauan awal melalui pemerhatian, temu bual dan uiian diagnostik menunjukkan bahawa terdapat beberapa orang murid menghadapi masalah dalam menguasai pemahaman berkenaan penggunaan dan perbezaan fungsi kata sendi nama. Oleh itu, fokus kajian bertumpu bagi mengatasi masalah kekeliruan murid berkenaan penggunaan kata sendi nama dalam ayat menggunakan Slide Interaktif. Pembinaan Slide Interaktif ini melibatkan tiga aspek penting iaitu mengenal, mengingati, dan membina. Pengkaji juga memilih dan mengaplikasikan Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) sebagai model panduan bagi membantu pelaksanaan tindakan yang lebih efisien sepanjang kajian dijalankan. Peserta kaiian dalam kajian ini pula dibataskan kepada lima orang murid dari Sekolah Kebangsaan Seberang Marang, Terengganu. Selain itu, jenis kajian ini juga merupakan kajian tindakan. Kaedah pemerhatian, temu bual, analisis dokumen dan ujian bertulis telah digunakan oleh pengkaji bagi proses pengumpulan data. Data kajian yang diperoleh dianalisis secara bertema dan deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan wujud peningkatan murid dalam menguasai simpulan bahasa selepas sesi intervensi pengaplikasian Slide Interaktif dilaksanakan. Konklusinya, pengaplikasian Slide Interaktif ternyata mempunyai kelebihan untuk meningkatkan penguasaan murid bagi tajuk simpulan bahasa. Penerapan elemen bahan digital dengan penerapan elemen didik hibur juga wujud sebagai tunjang pembinaan Slide Interaktif ini dalam meningkatkan minat dan kefahaman murid dengan lebih berkesan. Kata kunci: kata sendi nama, Slide Interaktif, didik hibur, Teknologi
PENGAPLIKASIAN KIT IMPEN DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN IMBUHAN AWALAN PEN- MURID TAHUN LIMA Muhammad Syafiq Firdaus bin Mohd Shaufi Biamin bin Ahmad Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kata imbuhan awalan peN- dalam kalangan murid tahun lima. Kajian ini melibatkan empat orang murid tahun 5 Ibnu Sina di Sekolah Kebangsaan Maras. Pengkaji melaksanakan pengumpulan data awal dengan menggunakan kaedah analisis dokumen seperti ujian diagnostik, ujian pra dan ujian pasca untuk mengumpul data yang tepat. Kaedah pengumpulan data awal turut dilaksanakan seperti pemerhatian dan temu bual bagi menilai tingkah laku dan maklum balas peserta kajian. Hasil daripada tinjauan awal mendapati tahap penguasaan kata imbuhan awalan peN- bagi empat orang murid tahun 5 Ibnu Sina berada pada tahap minimum. Bagi mengatasi masalah ini, Kit ImpeN dihasilkan dan digunakan untuk meningkatkan penguasaan imbuhan awalan peN-. Kit ImpeN- merupakan kit berbentuk digital yang mengandungi nota-nota, video interaktif dan kuiz interaktif yang dapat membantu murid menguasai kata imbuhan awalan peN-. Pengaplikasian Kit ImpeN kepada peserta kajian membuktikan bahawa berlaku perubahan dan peningkatan positif dari aspek penguasaan kata imbuhan awalan peN-. Peserta kajian turut dapat mengenal pasti jenis-jenis imbuhan awalan peN-. Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah membuktikan bahawa Kit ImpeN mampu meningkatkan tahap penguasaan kata imbuhan awalan peN murid tahun 5 Ibnu Sina dengan jaya. Kata kunci: imbuhan awalan peN-, Kit ImpeN, digital, permainan
KIT BOSA: MENINGKATKAN PENGUASAAN SIMPULAN BAHASA DALAM KALANGAN MURID TAHUN EMPAT. Muhammad Zahidi Bin Ahmad Zaki Dr Muhammad Irfan Nyia Bin Abdullah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus , Terengganu. ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan penguasaan simpulan bahasa serta maksudnya dalam kalangan murid tahun empat. Seramai empat orang murid tahun 4 Perhentian di Sekolah Kebangsaan Seberang Marang, Terengganu telah dipilih sebagai peserta kajian. Kajian ini dijalankan selama empat minggu. Pengkaji telah menggunakan instrumen praujian, pasca ujian, temu bual dan pemerhatian untuk mengumpul data. Melalui pengumpulan data, pengkaji telah mengenal pasti mengenai pengetahuan asas dan tahap penguasaan simpulan bahasa setiap peserta yang dipilih. Data yang dikumpulkan melalui sema instrumen telah dianalisis dan dinterprestasi berdasarkan analisis bertema iaitu penglibatan dan kefahaman. Pengkaji telah memperkenalkan satu BBM yang dikenali sebagai Kit BoSa bagi mengatasi masalah penguasaan simpulan bahasa berserta dengan maksudnya. Tahap penguasaan murid-murid telah dinilai berdasarkan keputusan ujian yang telah dilaksanakan oleh pengkaji. Berdasarkan analisis dapatan kajian, pengkaji telah mendapati bahawa terdapat peningkatan yang ketara berlaku selepas penggunaan BBM Kit BoSa digunakan iaitu keempatempat peserta kajian telah memperoleh sebanyak 90-100% dalam pascaujian 2 berbanding dengan sesi praujian dan pascaujian 1 sebelumnya. Didapati impak daripada penggunaan kit inovasi ini telah meningkatkan penguasaan simpulan bahasa melalui hasil pencapaian peserta kajian dalam ujian yang dikendalikan. Pengkaji mendapati bahawa peserta kajian telah menunjukkan minat terhadap pembelajaran berkaitan simpulan bahasa disebabkan menggabungjalinkan elemen didik hibur dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas Secara keseluruhannya, kajian ini telah menunjukkan bahawa penggunaan BBM (Kit BoSa) telah berjaya meningkatkan penguasaan simpulan bahasa dan maksudnya disamping meningkatkan kefahaman simpulan bahasa dalam bahasa Melayu dengan cemerlang. Kata kunci: Kit BoSa, unsur didik hibur, bahan bantu mengajar, simpulan bahasa
PERSEPSI GURU PELATIH PRAKTIKUM TERHADAP PENGUASAAN KEMAHIRAN PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH Muhammad Zakuan Haziq Bin Mohd Noor, Dr. Wan Azlan Bin Wan Ismail Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi guru pelatih praktikum bahasa Melayu ambilan Jun 2020 di IPGKDRI terhadap penguasaan kemahiran penulisan karangan mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid tahap 2 sekolah rendah. Aspek yang dikaji ialah berkaitan kemahiran penulisan perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup. Kajian rintis telah dijalankan kepada guru pelatih praktikum opsyen Bahasa Melayu ambilan jun 2019/2023. Nilai kebolehpercayaan item kajian rintis adalah 0.967. Menurut Alpha Cronbach, nilai 0.9 adalah berada di tahap yang amat baik, maka kajian sebenar boleh dijalankan dengan menggunakan instrumen kajian rintis. Responden kajian sebenar terdiri daripada n=76 guru pelatih praktikum bahasa Melayu ambilan Jun 2020 di IPGKDRI. Bagi tujuan penyelidikan ini, soal selidik diadaptasi dan diubah suai daripada instrumen soal selidik kajian yang bertajuk ‘Tahap Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah’ oleh Nurul Ashikin, Chew dan Zuraidah (2020). Soal selidik ini disebarkan kepada guruguru pelatih praktikum bahasa Melayu ambilan Jun 2020 di IPGKDRI melalui aplikasi Whatapp. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif (min dan sisihan piawai), analisis inferensi (ujian-t/ t-test) dan ujian korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati bahawa nilai min bagi kemahiran penulisan perenggan pendahuluan perenggan isi dan perenggan penutup karangan bahasa Melayu dalam kalangan murid tahap 2 sekolah rendah masih lagi berada pada tahap sederhana. Nilai min bagi kemahiran penulisan perenggan pendahuluan pada tahap sederhana dengan nilai (Min = 3.22, SP = 0.67). Nilai min bagi kemahiran penulisan perenggan isi pada tahap sederhana dengan nilai (Min = 3.22, SP = 0.78). Nilai min bagi kemahiran penulisan perenggan penutup pada tahap sederhana dengan nilai (Min = 3.10, SP = 0.82). Dapatan daripada ujian korelasi Pearson menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan yang lemah antara lokasi sekolah praktikum dengan kemahiran penulisan perenggan pendahuluan, isi dan penutup. Analisis ujian-t pula menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara lokasi sekolah dengan penguasaan kemahiran penulisan perenggan pendahuluan, isi dan penutup. Kesimpulannya, kajian ini dapat memberikan maklumat dan gambaran kepada pihak-pihak yang berkaitan khususnya dalam bidang Pendidikan bagi membantu meningkatkan penguasaan kemahiran penulisan karangan bahasa Melayu dalam kalangan murid tahap 2. Kata kunci: Kemahiran penulisan, perenggan pendahuluan, perenggan isi, perenggan penutup, murid tahap 2 sekolah rendah
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN YANG MENGANDUNGI DIFTONG BAGI MURID PEMULIHAN MENGGUNAKAN Kit KuDif Nur Naemahtul Farah binti Kamarudin Bahtiar bin Omar Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran membaca perkataan yang mengandungi diftong menggunakan Kit KuDif bagi murid pemulihan sekolah rendah. Pengaplikasian Kit KuDif merupakan penggunaan bahan bantu belajar kepada murid pemulihan untuk meningkatkan kemahiran membaca berfokus kepada perkataan yang mempunyai diftong. Kit KuDif merupakan singkatan bagi Kit Kuasai Diftong. Hasil tinjuan awal melalui pemerhatian, temu bual, dan ujian pra telah mendapati bahawa tahap penguasaan murid berkenaan kemahiran membaca sangat rendah terutamanya melibatkan perkataan yang mengandungi diftong. Oleh itu, fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran membaca perkataan yang mengandungi diftong dengan menggunakan Kit KuDif. Kit KuDif melibatkan elemen nota dan aktiviti digital untuk memastikan kaedah pembelajaran lebih menarik. Pengkaji telah memilih untuk menggunakan Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart (1988) sebagai model panduan agar pelaksanaan kajian tindakan lebih efektifdan sistematik sepanjang kajian berlangsung. Peserta kajian yang dipilih merupakan murid pemulihan dari Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh, Kuala Terengganu, Terengganu. Selain itu, pengkaji telah meneliti beberapa kaedah dalam menganalisis data kajian melibatkan pemerhatian, temu bual, serta analisis dokumen ujian penilaian. Penganalisisan data kajian yang diperoleh adalah secara bertema dan deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan yang positif dalam penguasaan kemahiran membaca perkataan yang mengandungi diftong bagi murid pemulihan menggunakan Kit KuDif. Kesimpulannya, kemahiran membaca murid pemulihan dapat ditingkatkan menggunakan Kit KuDif yang telah dihasilkan oleh pengkaji. Penerapan bahan digital atau teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) menjadi tunjang utama penghasilan Kit KuDif dalam meningkatkan kemahiran membaca dengan lebih berkesan kepada murid pemulihan. Kata Kunci : kemahiran membaca, diftong, KIT KuDif, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
PENGGUNAAN PAPAN FIKIR AYAT UNTUK MENGUASAI AYAT AKTIF BAHASA MELAYU BAGI MURID TAHUN LIMA Raja Ahmad Danial bin Raja Ahmad Nazri Bahtiar bin Omar Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Terdapat Sebagian murid yang tidak menguasai kata kerja dan menggunakannya mengikut konteks khususnya kata kerja transitif dalam membina dan menulis ayat aktif bahasa Melayu dengan betul. Oleh hal yang demikian, kajian tindakan ini dillaksanakan bertujuan membantu murid untuk menguasai ayat aktif bahasa Melayu bagi murid tahun lima dengan mengaplikasikan bahan bantu mengajar (BBM) yang dikenali sebagai Papan Fikir Ayat.Pengumpulan data dilakukan menerusi kaedah ujian, kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Kajian ini dijalankan berpandukan model penyelidikan Kemmis & McTaggart (1988). Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Bukit Wan, Kuala Terengganu, Terengganu yang melibatkan empat orang murid Tahun 5, iaitu duaa orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Triangulasi kaedah dijalankan dengan menganalisis data-data yang diperoleh. Berdasarkan dapatan kajian, Papan Fikir Ayat telah berjaya membantu murid yang terlibat dan seterusnya mencapai objektif kajian yang ditetapkan. Secara umumnya, BBM membanrtu murid untuk menyambungkan fakta dan idea dengan jelas menerusi gabungan perkataan, simbol dan gambar. Murid-murid yang terlibat amat menyukai Papan Fikir Ayat yang dicipta setelah diaplikasikan oleh pengkaji dalam sesi intervensi. Tuntasnya, kajian ini telah membantu guru dan murid dalam pengajaran ayat aktif bahasa Melayu. Kata Kunci: menguasai ayat aktif, Papan Fikir Ayat
PENGGUNAAN TEKNIK SALAK+DUSKY UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MAJMUK DENGAN PELUASAN PREDIKAT DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 Siti Nur Wardah binti Mohamad Yussuf Bahtiar bin Omar Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan Teknik SALAK+DUSKY bagi meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk dengan peluasan predikat dalam kalangan murid Tahun 5 di samping menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru Bahasa Melayu. SALAK merupakan akronim daripada perkataan (S) bagi ‘Siapa’, (A) bagi ‘Aktiviti’, (L) bagi ‘Lokasi’, (A) bagi ‘Alatan’, dan (K) bagi ‘Keterangan’. DUSKY pula adalah akronim yang dibina oleh pengkaji berdasarkan kata hubung yang boleh digunakan untuk membina keterangan dalam ayat majmuk yang terdiri daripada (D) bagi ‘dengan’, (U) bagi ‘untuk’, (S) bagi ‘supaya’, (K) bagi ‘kerana’, dan (Y) bagi ‘yang’. Berdasarkan hasil tinjauan awal, pengkaji mendapati bahawa terdapat segelintir murid Tahun 5 mempunyai masalah untuk membina ayat majmuk dengan peluasan predikat yang lengkap iaitu keterangan yang dibina tidak sesuai dengan ayat yang dibina, tidak bervariasi, dan menggunakan kata hubung yang tidak tepat. Oleh hal yang demikian, teknik ini untuk digunakan bagi meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk dengan peluasan predikat sekali gus menjadi panduan kepada murid untuk membina ayat yang lengkap dan gramatis. Kajian ini juga mengetengahkan satu bahan bantu mengajar (BBM) iaitu satu bahan grafik untuk mengaplikasikan Teknik SALAK+DUSKY. Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) telah dipilih sebagai model dalam kajian ini. Peserta kajian dibataskan kepada empat orang sahaja yang terdiri daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan dari sebuah sekolah di daerah Kuala Terengganu. Pengaplikasian teknik ini dalam PdP merupakan satu usaha bagi meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran membina ayat secara amnya dan ayat majmuk dengan peluasan predikat secara khususnya. Kata kunci: Teknik SALAK+DUSKY, ayat majmuk, kata hubung, keterangan, menulis
TEKNIK BAMELOD : KAEDAH NYANYIAN DAPAT MENINGKATKAN KELANCARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM KALANGAN MURID TAHUN TIGA Siti Sharina binti Mat Hussin Bahtiar bin Omar Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan kaedah nyanyian “Teknik Bamelod” iaitu baca bermelodi dapat meningkatkan kemahiran membaca lancar murid tahun tiga di Sekolah Kebangsaan Kebor Besar. Terdapat tiga orang peserta termasuklah dua orang murid yang mengikuti Program Linus. Tinjauan awal mendapati, penguasaan kemahiran membaca lancar peserta kajian amatlah lemah terutama dalam membaca perkataan yang mengandungi tiga atau empat suku kata. Dalam kajian ini, Teknik Bamelod iaitu baca bermelodi yang telah diaplikasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di samping penggunaan teknik latih tubi secara individu di luar waktu PdP. Selain itu, murid disediakan dengan bahan bantu belajar yang menarik serta tulisan berwarna mengikut perkataan. Teknik ini didapati telah berjaya menarik minat peserta kajian untuk menguasai kemahiran membatang suku kata serta membaca lancar. Dapatan kajian mendapati bahawa murid-murid ini dapat membaca ayat yang mengandungi tiga dan empat suku kata dengan lebih lancar selepas menjalani beberapa sesi intervensi. Teknik ini juga dapat menarik minat murid untuk membaca sekaligus dapat mewujudkan suasana yang ceria dengan menerapkan konsep didik hibur dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Oleh hal yang demikian, teknik Bamelod amat sesuai digunakan dalam kalangan murid-murid yang lemah terutama yang terlibat dalam program Sinar Pagi kerana teknik ini telah memudahkan murid untuk membaca lancar dan mengingat bacaan mereka sekaligus meningkatkan penguasaan mereka dalam kemahiran membaca lancar. Kata kunci : Kemahiran membaca, Teknik Bamelod, nyanyian, suku kata
PETA AKaTa: MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERCERITA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 Syukrie bin Ahmad Rosezaini Rosazwani binti Muhammad Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Setiap murid perlu dilengkapi dengan pelbagai jenis kemahiran bagi memastikan diri mereka bersedia menghadapi cabaran luar yang mendatang ini. Aspek kemenjadian murid itu perlu dicapai bukan sahaja dalam peperiksaan tetapi pada kemahiran dalaman dan luaran mereka. Dalam pengajaran bahasa Melayu, seseorang itu perlulah mahir dalam kemahirankemahiran bahasa yang lain bukan sahaja pada kemahiran menulis tetapi juga dalam kemahiran mendengar dan bertutur ataupun kemahiran membaca. Hal ini, menjadi kerisauan kepada guru-guru apabila melihat generasi pada hari ini lebih mahir bertutur dalam bahasa lain berbanding bahasa ibunda mereka sendiri. Oleh itu, pengkaji telah mengambil keputusan untuk memilih kemahiran mendengar dan bertutur khususnya kemahiran bercerita sebagai fokus kepada kajian yang dilaksanakan. Dalam kajian ini, pengkaji akan melihat kaedah penyampaian cerita yang dilaksankan oleh murid seterusnya melaksanakan intervensi yang mampu membantu dalam meningkatkan penguasaan dalam masalah yang dihadapi. Pengkaji telah menyediakan Peta AKaTa bagi membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut. Bagi memastikan bahan yang digunakan ini berkesan, sesi Pengajaran dan Pembelajaran bersama dengan murid-murid telah dilaksanakan. Dengan penggunaan bahan yang disediakan ini, Peta AKaTa mampu memberi kesan positif dalam meningkatkan penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan peserta kajian yang dikaji ini dan seterusnya menjadikan bahan ini sebagai salah satu cara yang boleh digunakan oleh guru-guru bagi melaksanakan aktiviti pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Kesimpulannya, melalui hasil dapatan kajian yang dilaksanakan, telah ditunjukkan bahawa berlakunya peningkatan dalam penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan peserta kajian. Kata kunci: Kemahiran mendengar dan bertutur, bercerita, kemenjadian murid
KIT DeJaDi: MENINGKATKAN PENGUASAAN PERBEZAAN KATA SENDI NAMA ‘di’ DAN IMBUHAN AWALAN diTuan Afiq Rifqi bin Tuan Mohd Mawardi Puan Siti Fadhlina Binti Mustapa Kamal Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian ini merupakan satu kajian tindakan yang dijalankan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid dimana murid-murid sering keliru dengan penggunaan kata sendi nama ‘di’ dan imbuhan awalan di-. Kajian ini berfokus untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap mengetahui penggunaan kata sendi nama ‘di’ dan imbuhan awalan didengan menentukan cara penulisan ‘di’ dengan betul. Kajian ini tertumpu kepada empat orang murid Tahun 4 SK Bukit Tumbuh, Terengganu yang terdiri daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Pengumpulan data dilaksanakan melalui tiga instrumen utama iaitu ujian pra dan pasca, pemerhatian dan temu bual. Data-data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan analisis bertema. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Kit DeJaDi dapat membantu murid untuk meningkatkan kefahaman mereka terhadap penggunaan kata sendi nama ‘di’ dan imbuhan awalan di-. Perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pasca yang dijalankan menunjukkan empat peserta kajian tersebut telah mencatatkan peningkatan. Secara keseluruhannya, penggunaan Kit DeJaDi ini dapat membantu murid untuk menguasai penggunaan kata sendi nama ‘di’ dan imbuhan awalan diseterusnya dapat menentukan cara penulisan ‘di’ dengan tepat sekiranya ‘di’ digabungkan dengan kata nama dan kata kerja. Kata kunci: kata sendi nama ‘di, imbuhan awalan di-, Kit DeJaDi
LAGU ‘TEPUK AMAI-AMAI’: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA SUKU KATA KVK+KV DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN TAHUN TIGA Tuan Nur Izatie Binti Tuan Him Che Mansor Bin Che Tom Institusi Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Membaca merupakan satu aktiviti penting yang dituntut dalam kehidupan manusia dan kemahiran ini adalah aspek asas pembentukan diri dalam memperoleh ilmu pengetahuan. Tinjauanawal yang dibuat melalui pemerhatian, temu bual dan ujian menunjukkan bahawa murid masih belum menguasai kemahiranmembaca suku kata KVK + KV. Oleh itu, kajian tindakan ini telah dijalankan di mana berfokuskan kepada kemahiran membacasuku kata KVK + KV menggunakan lagu ‘Tepuk Amai-Amai’. Peserta yang terlibat ialah empat orang murid yang terdiri daripada dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran. Instrumen yang digunakan ialah pemerhatian, ujian pra dan pasca, temu bual serta ujian bacaanmekanis. Analisis ujian pra menunjukkan peserta kajian sangatlemah dalam menguasai kemahiran membaca suku kata KVK + KV. Setelah teknik nyanyian lagu ini digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, perubahan positif dapat dikesan. Penggunaan lagu ‘Tepuk Amai-Amai’ telah berjaya membantu murid dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata KVK + KV dengan lebih baik. Kata kunci: kemahiran membaca,KVK + KV, lagu ‘TepukAmai-Amai
MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENULIS AYAT MAJMUK GABUNGAN MELALUI LEMBARAN KERJA DENGAN INISIATIF KOTAK MAJU Ummie Annidayu binti Abdullah Che Mansor bin Che Tom Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Penyelidikan atau kajian tindakan ini merupakan satu usaha pengkaji untuk membantu murid-murid dalam kemahiran menulis dan membina ayat majmuk gabungan dengan galakan dan dorongan daripada Kotak Maju yang digunakan sebagai inisiatif. Kajian ini memfokuskan kepada empat orang murid tahun 3 Pintar dari sebuah sekolah di daerah Kuala Nerus, Terengganu yang dipilih berdasarkan saringan daripada Ujian Diagnostik.Tinjauan pengkaji melalui pemerhatian tingkah laku murid serta hasil kerja yang diberikan, pengkaji mendapati murid-murid ini kurang mahir dan kurang memberi fokus kepada aktiviti yang melibatkan penulisan dan mereka tidak memberi kerjasama yang baik apabila guru menjalankan aktiviti yang melibatkan penulisan. Murid-murid menunjukkan minat yang sangat rendah apabila diminta untuk menulis. Oleh sebab itu, pengkaji telah menjalankan satu proses intervensi yang berteraskan kepada Kotak Maju sebagai inisiatif terhadap usaha pengkaji meningkatkan keupayaan murid-murid dalam menulis ayat majmuk gabungan melalui lembaran kerja. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa terdapat peningkatan dalam pencapaian murid dalam aktiviti menulis setelah proses intervensi dijalankan. Murid juga telah menunjukkan perubahan tingkah laku yang positif apabila pengkaji dapat perhatikan muridmurid mula menunjukkan minat dan memberi fokus yang baik serta memaparkan pembelajaran aktif apabila pengkaji memberikan lembaran kerja berbentuk soalan melibatkan ayat majmuk gabungan. Kata Kunci: Kotak Maju, lembaran kerja, keupayaan menulis ayat majmuk gabungan
MENINGKATKAN PENGUASAAN SIMPULAN BAHASA MENGGUNAKAN KIT ‘SIMPSA’ DALAM KALANGAN MURID TAHUN EMPAT Wafi bin Azhar, Nurhasniza binti Zakari Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030, Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan meningkatkan penguasaan murid terhadap simpulan bahasa dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu murid Tahun 4 menerusi. pengaplikasian Kit ‘SimpSa’. Kit ‘SimpSa’ merupakan perkataan akronim kepada Kit Simpulan Bahasa. Hasil tinjauan awal melalui pemerhatian, temu bual dan uiian diagnostik menunjukkan bahawa terdapat beberapa orang murid menghadapi masalah dalam menguasai simpulan bahasa. Oleh itu, fokus kajian bertumpu bagi mengatasi masalah kesukaran murid dalam menguasai simpulan bahasa melalui pengaplikasian Kit ‘SimpSa’. Pembinaan Kit ‘SimpSa’ melibatkan tiga aspek penting iaitu mengenal, mengingati, dan membina. Pengkaji juga memilih dan mengaplikasikan Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) sebagai model panduan bagi membantu pelaksanaan tindakan yang lebih efisien sepanjang kajian dijalankan. Peserta kaiian dalam kajian ini pula dibataskan kepada empat orang murid dari Sekolah Kebangsaan Bukit Tumbuh, Terengganu. Selain itu, jenis kajian ini juga merupakan kajian tindakan. Kaedah pemerhatian, temu bual, analisis dokumen dan ujian bertulis telah digunakan oleh pengkaji bagi proses pengumpulan data. Data kajian yang diperoleh dianalisis secara bertema dan deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan wujud peningkatan murid dalam menguasai simpulan bahasa selepas sesi intervensi pengaplikasian Kit ‘SimpSa’ dilaksanakan. Konklusinya, pengaplikasian Kit ‘SimpSa’ ternyata mempunyai kelebihan untuk meningkatkan penguasaan murid bagi tajuk simpulan bahasa. Penerapan elemen bahan maujid dan didik hibur juga wujud sebagai tunjang pembinaan Kit ‘SimpSa’ dalam meningkatkan minat dan kefahaman murid dengan lebih berkesan. Kata kunci: simpulan bahasa, Kit ‘SimpSa’, didik hibur, maujud