PENGGUNAAN “KIT POKET-DD” MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN 4 DALAM KATA SENDI NAMA DARI DAN DARIPADA Wan Azimah binti Wan Mohamad Tn. Hj. Che Mansor bin Che Tom Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu. ABSTRAK Kajian ini merupakan satu kajian tindakan yang dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah murid-murid yang menghadapi kekeliruan dalam kata sendi nama ‘dari dan ‘daripada’. Kajian ini berfokus untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap kefahaman penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dengan pelaksanaan penggunaan Kit Poket-dd. Kajian ini tertumpu kepada empat orang murid Tahun Empat yang menjadi peserta kajian dalam kajian ini iaitu seorang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan. Pengumpulan data dalam kajian ini melibatkan tiga instrumen utama iaitu ujian pra dan pasca, pemerhatian dan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Kit Poket-dd telah berjaya membantu murid untuk meningkatkan kefahaman mereka terhadap penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dengan betul. Kaedah hukum, nyanyian dan bermain sambil belajar dalam kit ini dapat memudahkan murid-murid untuk lebih memahami tentang fungsi dan penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada dengan lebih mudah dan jelas. Secara keseluruhannya, penggunaan Kit Poket-dd ini mampu meningkatkan penguasaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam kalangan murid Tahun 4. Untuk kajian masa depan, Kit Poket-dd boleh dinaik taraf bagi memudahkan proses PdP guru dan dapat meningkatkan penguasaan murid terhadap topik pembelajaran. Kata kunci: kata sendi nama, dari, daripada, Kit Poket-dd, kaedah hukum, kaedah nyanyian , kaedah belajar sambil bermain
KIT KAGABER: MENINGKATKAN PENGUASAAN MEMBINA AYAT BAGI KATA GANDA (BERENTAK) UNTUK MURID TAHUN LIMA Wan Fahimul Hakim Bin Wan Mohd Zuri Tn. Hj. Che Mansor Bin Che Tom Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian tindakan ini melibatkan empat orang murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan Bukit Tumbuh, Terengganu. Terdapat dua murid lekaki dan dua murid perempuan yang terlibat dalam kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang mengalami kesulitan dalam menggunakan kata ganda berentak dengan betul dalam penulisan ayat. Fokus kajian adalah untuk meningkatkan penguasaan murid tentang penggunaan kata seru dalam pembinaan ayat seruan yang tepat dan juga kata ganda berentak dalam membina ayat yang betul. Pengkaji telah mengadaptasi model kajian tindakan Kemmis dan McTaggart (1988). Data dikumpulkan melalui tiga instrumen utama iaitu ujian pra dan ujian pasca, pemerhatian, dan juga temu bual. Hasil kajian menunjukkan bahawa Kit KAGABER telah berjaya membantu murid-murid dalam memahami cara yang betul untuk menggunakan kata ganda berentak dalam membina ayat yang tepat. Perbandingan antara hasil ujian pra, ujian pasca 1 dan ujian pasca 2 yang dijalankan ke atas semua peserta kajian telah menunjukkan peningkatan yang ditetapkan oleh pengkaji. Secara keseluruhan, penggunaan Kit KAGABER ini telah membantu murid-murid meningkatkan penguasaan mereka dalam menggunakan kata ganda berentak dengan betul. Kaedah bermain sambil belajar yang terdapat dalam Kit KAGABER telah berjaya menarik minat muridmurid lantas memperkuat pemahaman mereka tentang kata ganda berentak. Untuk kajian masa depan, Kit KAGABER boleh dinaik taraf sepenuhnya dalam bentuk interaktif yang lebih kompleks untuk meningkatkan keberkesanannya. Kata kunci: kata ganda berentak, Kit KAGABER, kaedah bermain sambil belajar
PENGGUNAAN KAEDAH J-DAM DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA SENDI NAMA ‘DARI’ DAN ‘DARIPADA’ MURID TAHUN EMPAT Wan Nur Anis binti Wan Zamri Tn. Hj. Che Mansor Bin Che Tom Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus,Terengganu ABSTRAK Kata sendi nama merupakan salah satu aspek tatabahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu yang perlu dipelajari oleh setiap murid. Namun, terdapat sebahagian murid yang seringkali keliru dan tidak dapat menguasai kata sendi nama iaitu ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam ayat dengan betul. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ murid tahun empat dalam ayat dengan penggunaan Kaedah J-Dam. Kajian ini berbentuk kajian tindakan. Kajian ini dilaksanakan ke atas empat orang murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran. Kajian ini telah dijalankan selama empat minggu. Instrumen telah digunakan bagi menganalisis dapatan kajian iaitu ujian pra dan ujian pasca, pemerhatian berstruktur serta temu bual. Hasil analisis dapatan kajian, pengkaji mendapati berlaku peningkatan secara ketara selepas intervensi dilaksanakan iaitu, keseluruhan peserta kajian memperoleh markah lebih 90% dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Dapatan ini membuktikan bahawa Kaedah J-Dam berjaya meningkatkan penguasaan murid dalam mengaplikasikan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam ayat dengan betul. Kata Kunci : meningkatkan, penguasaan, kata sendi nama, dari, daripada, Kaedah J-Dam
PENGGUNAAN KIT SIMBA-RIANG DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN SIMPULAN BAHASA TERHADAP MURID TAHUN 5 Wani Aribah binti Mustapa Tn. Hj. Che Mansor Bin Che Tom Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan penguasaan simpulan bahasa dalam kalangan murid tahun lima. Seramai lima orang murid dari kelas 5 Arif telah dipilih sebagai peserta kajian. Tempoh pelaksanaan kajian ini adalah selama tiga minggu dan pengkaji telah menggunakan instrumen ujian pra, ujian pos, temu bual dan pemerhatian dalam proses pengumpulan data. Menerusi data yang telah dikumpul, pengkaji dapat menilai tahap pengetahuan dan penguasaan setiap peserta kajian berkaitan dengan topik pembelajaran yang telah dipilih. Data-data yang berjaya diperoleh telah dianalisis berdasarkan analisis bertema. Projek inovasi digital Kit SimBa-Riang telah dihasilkan dengan kemahiran fokus aspek seni bahasa bahasa Melayu supaya dapat membantu murid-murid mengenal dan memahami maksud simpulan bahasa yang pelbagai. Hasil analisis dapatan kajian menunjukkan keputusan ujian pasca 2 lebih tinggi berbanding ujian pasca 1 dan ujian pra kerana kelima-lima peserta kajian berjaya memperoleh markah paling tinggi iaitu antara 90% sehingga 100%. Peserta kajian juga kelihatan sangat berminat dengan setiap aktiviti pembelajaran yang dijalankan kerana telah diterapkan dengan elemen didik hibur serta menumpukan kepada pendekatan bermain sambil belajar. Keseluruhannya, kajian ini telah membuktikan bahawa penggunaan Kit Simba-Riang berjaya meningkatkan penguasaan simpulan bahasa dalam kalangan peserta kajian. Kata kunci: Simpulan bahasa, Kit SimBa-Riang, Tahap pengetahuan, Didik hibur
HIMPUNAN ABSTRAK PENYELIDIKAN PISMP AMBILAN JUN 2020/2024 BAHASA MELAYU 5
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT MURID BUKAN PENUTUR NATIF TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI SJKT Albeleen Annie Edward Dr. Mohd. Asri Bin Harun Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian ini bertujuan meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi minat murid bukan penutur natif di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) melalui Teori Monitor (Stephen D. Krashen,1982). Data kajian diperoleh melalui pengedaran borang soal selidik. Responden kajian terdiri daripada 108 orang murid daripada SJK (T) Chettiars, Ipoh. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Science Sosial (SPSS) versi 22 bagi mendapatkan kekerapan, min, sisihan piawai dan ujian-t. Analisis yang dibuat mendapati bahawa faktor pengaruh guru menjadi faktor dominan yang mempengaruhi minat murid. (Min = 4.50 SP = 0.506). Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan pada faktor-faktor yang mempengaruhi minat murid terhadap pembelajaran bahasa Melayu antara murid lelaki dengan murid perempuan (P = 0.63). Seterusnya, terdapat perbezaan yang signifikan pada faktor-faktor yang mempengaruhi minat murid terhadap pembelajaran bahasa Melayu antara murid Tahun 3 dengan murid Tahun 5 (p = 0.005). Beberapa cadangan dan kajian lanjutan telah diberikan agar dapat meningkatkan lagi minat murid terhadap pembelajaran bahasa Melayu. Kata Kunci : Faktor-faktor, minat, bahasa Melayu, murid SJKT
PENGGUNAAN KIT CEPE BAGI MENINGKATKAN PENGGUNAAN KATA PEMERI MURID TAHUN LIMA Azma Hanim Binti Roslee Dr. Mohd. Asri Bin Harun Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Suatu aturan bahasa yang ditunjukkan dalam aspek tatabahasa membentuk rumus-rumus bahasa merangkumi dua komponen utama iaitu morfologi dan sintaksis. Seseorang murid menggunakan bahasa Melayu dengan tepat mengikut peraturannya secara lisan mahupun bertulis dengan mahir dalam penguasaan aspek tatabahasa ini. Kajian ini merupakan satu kajian tindakan yang dijalankan untuk mengatasi masalah kekeliruan murid tahun lima terhadap penggunaan kata pemeri dalam konteks ayat. Kajian ini menggunakan Kit CEPE yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid dari aspek membezakan penggunaan kata pemeri, mengenal pasti frasa yang hadir selepas kata pemeri dan mengaplikasikan penggunaan kata pemeri dengan betul dalam konteks ayat. Pengkaji memilih untuk mengaplikasikan Model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992), sepanjang menjalankan kajian ini kerana model tersebut sesuai untuk membantu pengkaji melihat peningkatan penguasaan murid terhadap kata pemeri. Seramai empat orang murid Tahun 5 Ibnu Sina dari Sekolah Kebangsaan Tok Jiring (SKTJ) telah dipilih untuk dijadikan sebagai peserta kajian pengkaji. Reka bentuk penyelidikan ini jenis kualitatif. Tiga instrumen telah digunakan oleh pengkaji bagi mengutip data kajian iaitu temu bual, pemerhatian, dan kaedah ujian. Data kajian tersebut dianalisis secara bertema dan deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan berlaku peningkatan positif dalam kalangan murid setelah sesi intervensi dilaksanakan dengan menggunakan Kit CEPE berformula. Keseluruhannya, penggunaan Kit CEPE boleh mewuiudkan suasana pembelajaran murid yang lebih menyeronokkan sejajar dengan pembinaannya yang direka bentuk secara maujud serta mempunyai elemen belajar sambil bermain. Kata kunci : Tatabahasa, kata pemeri, Kit CEPE, maujud, formula
MASALAH MURID BUKAN PENUTUR NATIF DALAM PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL Bavani Siva Dr. Mohd. Asri Bin Harun Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah murid bukan penutur natif dalam penulisan karangan bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Kajian ini adalah bersifat kualitatif dengan analisis dilakukan terhadap 10 sampel karangan penulisan pelajar dan temu bual melibatkan yang melibatkan seorang guru Bahasa Melayu daripada sekolah berkenaan. Sekolah yang terlibat ini terdiri daripada majoriti murid bahasa kedua, iaitu kalangan etnik India. Data kajian dianalisis berdasarkan Teori Analisis Kesalahan Corder (1981). Instrumen temu bual separa berstruktur telah diaplikasikan dan data dianalisis secara bertema. Dapatan kajian menunjukkan murid masih berada dalam tahap yang rendah dalam penguasaan aspek bahasa. Hasil kajian, menggambarkan murid bukan penutur natif ini kerap melakukan kesalahan aspek bahasa dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Punca-punca yang mempengaruhi murid bukan penutur natif melakukan kesalahan bahasa dalam penulisan karangan adalah disebabkan penguasaan kosa kata yang lemah, tidak memahami bahasa Melayu dan tidak berminat mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Langkah mengatasi permasalahan dalam penulisan karangan bahasa Melayu bagi murid bukan penutur natif telah dibincangkan. Kata Kunci : murid bukan penutur natif, etnik India, bahasa melayu, penulisan karangan
APLIKASI KIT LAMRATNA BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN EMPAT BERKAITAN HURUF BESAR DALAM AYAT Farhana Atika Binti Ab Halim Dr. Mohd. Asri Bin Harun Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bagi membantu meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar bagi penulisan ayat bahasa Melayu menggunakan Kit LAMRATNA. Kemahiran menggunakan huruf besar meliputi keupayaan mengenal, mengecam dan mengaplikasikan penggunaan huruf besar yang terdiri daripada tiga keadaan iaitu huruf besar pada kata nama khas, huruf besar di pangkal ayat dan huruf besar selepas tanda noktah. Pengkaji menggunakan Kit LAMRATNA yang melibatkan penggunaan warna lampu isyarat iaitu hijau, merah dan kuning untuk membezakan kedudukan huruf besar dalam penulisan. Kajian ini melibatkan tiga peserta kajian iaitu murid tahun 4 Ibnu Majjah dari sekolah rendah di Kuala Terengganu. Peserta kajian dipilih berdasarkan Ujian Pra bertulis, temu bual dan pemerhatian pengkaji semasa PdP. Reka bentuk kajian adalah berdasarkan model Kemmis & McTaggart (1988). Pengumpulan data adalah berdasarkan kepada instrumen Ujian Pra dan Ujian Pasca, pemerhatian, temu bual serta analisis dokumen. Data kualitatif kajian dianalisis secara diskriptif dan bertema. Melalui dapatan kajian menunjukkan bahawa tindakan yang digunakan berjaya membantu murid meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar dalam penulisan menggunakan Kit LAMRATNA. Antara kekuatan penggunaan Lampu Isyarat Warna secara tidak langsung telah menarik minat murid untuk belajar dan menjadikan pembelajaran kemahiran menulis suatu yang menyeronokkan dan bermakna Kata Kunci : huruf besar, Kit LAMRATNA, mengecam, warna, kemahiran menulis.
TAHAP PENGUASAAN SIMPULAN BAHASA DALAM KALANGAN MURID TAHUN ENAM DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL Mathuri Kunasekaran Dr. Mohd. Asri Bin Harun Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian ini bertujuan meninjau tahap penguasaan simpulan bahasa dalam kalangan murid tahun enam di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil melalui Teori Relevans oleh Speber dan William pada 1986 dan diperkemaskan pada 1995. Data kajian diperoleh melalui kaedah pemerhatian dengan bantuan set ujian yang disediakan oleh pengkaji. Responden kajian terdiri daripada 140 orang murid tahun enam dari sekolah jenis kebangsaan Tamil. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Science (SPSS) versi 26.0 bagi mendapatkan frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian mendapati tahap penguasaan murid-murid tahun enam sekolah jenis kebangsaan Tamil terhadapsimpulan bahasa agak rendah (Min=2.29 SP=0.289). Analisis yang dibuat mendapati bahawa kefahaman makna simpulan bahasa dalam kalangan murid tahun enam di sekolah jenis kebangsaan Tamil dalam tahap yang sederhana (Min=2.09 SP=0.358). Dapatlah dirumuskan bahawa, tahap penguasaan simpulan bahasa dalam kalangan murid tahun enam berada pada tahap yang kurang memuaskan. Hal ini kerana mereka tidak didedahkan kepada kepentingan simpulan bahasa di sekolah mereka. Kajian ini merupakan satu usaha untuk meningkatkan penguasaan simpulan bahasa dalam kalangan murid di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Kata Kunci : tahap penguasaan, murid tahun enam sekolah jenis kebangsaan Tamil, simpulan bahasa
KIT SPOKET: MENINGKATKAN KEBOLEHAN MEMBINA AYAT AKTIF DENGAN LEBIH BERWACANA BAGI MURID TAHUN 5 Muhammad Abdul Azim bin Mohd Rosdi Tn. Hj. Che Mansor Bin Che Tom Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian tindakan ini membantu murid membina ayat aktif dengan lebih terperinci tanpa mengehadkan kepada subjek dan predikat sahaja. Kajian ini melibatkan seramai tiga orang murid tahun 5 Bestari di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman II. Kajian ini dijalankan selama empat minggu bagi mencapai objektif dan menjawab persoalan kajian. Pengkaji membuat pengumpulan data awal dengan menggunakan kaedah analisis dokumen seperti ujian diagnostik, praujian dan pasca ujian untuk mengumpul data. Kaedah pengumpulan data awal seperti pemerhatian dan temu bual turut dijalankan bagi melihat tingkah laku dan maklum balas peserta kajian. Hasil daripada tinjauan awal mendapati tahap penguasaan ayat aktif bagi murid tahun 5 Bestari berada pada tahap yang memuaskan. Kaedah ‘Rumus SPOKet’ yang memfokuskan aspek struktur ayat aktif diperkenalkan oleh pengkaji. SPOKet merupakan sebuah kit bahan maujud yang mengandungi rumus ayat aktif. Kit ini dapat membantu murid membina ayat aktif dengan struktur yang tepat mengikut konteks. Berdasarkan dapatan analisis kajian, peningkatan yang cemerlang dapat dilihat terhadap markah peserta kajian dalam pascaujian. Peserta kajian juga dilihat dapat mengenal pasti struktur ayat dengan lebih baik. Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah membuktikan bahawa kaedah SPOKet mampu meningkatkan tahap penggunaan keterangan dalam membina ayat bagi murid tahun 5 Bestari dengan jayanya disamping menarik minat murid. Kaedah SPOKet berupaya untuk dikembangkan potensinya dengan penambahbaikan yang dibuat dari semasa ke semasa. Kata Kunci : ayat aktif, struktur ayat, kit bahan maujud, rumus SPOKet
LAGU SAYUR-SAYURAN : MENINGKATKAN PENGUASAAN KOSA KATA ADJEKTIF PANCAINDERA (RASA) DALAM KALANGAN MURID TAHUN TIGA Muhammad Aiman Bin Zamri, Tuan Hj. Che Mansor bin Che Tom Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian yang dilaksanakan ini bertujuan mengatasi permasalahan pemahaman terhadap kosa kata adjektif pancaindera dalam proses pengajaran. Kajian ini merupakan kajian tindakan menggunakan ujian pra, ujian pasca 1, ujian pasca 2, pemerhatian, dan temu bual yang dilaksanakan terhadap lima orang murid tahun tiga di Sekolah Kebangsaan Durian Burung. Kajian ini menggunakan ujian pra dan ujian pasca yang telah diubahsuai untuk mengikut Taksonomi Bloom. Statistik deskriptif seperti skor min digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan murid tahun tiga dalam kata adjektif pancaindera (rasa) meningkat apabila menggunakan lagu sayur-sayuran. Sikap positif juga muncul dalam kalangan murid tahun tiga terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan lagu sayur-sayuran. Kata Kunci : Lagu sayur-sayuran, Kata adjektif Pacaindera (rasa), murif tahun 3, skor min.
FORMULA IKSAN: MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA SENDI NAMA DARI DAN DARIPADA DALAM AYAT MURID TAHUN 4 Muhammad Aliff Iqbal bin Abd Razak, Dr. Mohd Asri bin Harun Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kata sendi nama merupakan sebahagian daripada unsur yang terkandung dalam aspek tatabahasa. Penguasaan kata sendi nama yang baik dapat membantu murid untuk menghasilkan ayat lengkap yang betul mengikut konteks. Contohnya bagi ayat yang mengandungi pola ayat seperti frasa nama + frasa sendi nama. Kajian ini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Maras, Kuala Nerus, Terengganu dan melibatkan seramai 4 orang murid yang mengalami masalah untuk membina ayat menggunakan kata sendi nama dari dan daripada. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kajian yang berbentuk kajian tindakan dan menggunakan model Kemmis dan Mc Taggart (1988) sebagai panduan dan rujukan utama pengkaji. Kajian ini dilaksanakan bagi meningkatkan prestasi murid dalam membina ayat menggunakan kata sendi nama dari dan daripada. Oleh itu, intervensi yang diaplikasikan dalam kajian ini ialah Formula IKSAN. Formula IKSAN mengandungi kaedah pembelajaran didik hibur, video interaktif, slaid interaktif teknologi maklumat dan komunikasi, kuiz interaktif serta kolaboratif yang baik antara guru dan murid. Instrumen kajian yang digunakan ialah temu bual, analisis ujian pra dan pasca dan pemerhatian digunakan untuk mengumpul data. Setelah pengkaji melaksanakan Formula IKSAN, hasil kajian yang diperoleh ialah positif di mana peserta kajian berjaya untuk menggunakan kata sendi nama dari dan daripada dalam membina ayat. Alat intervensi membantu murid membina ayat menggunakan kata sendi nama dari dan daripada dan membantu guru untuk lebih kreatif semasa proses Pembelajan dan Pengajaran (PdP) berlangsung. Kata kunci : Formula IKSAN, kata sendi nama, dari dan daripada, didik hibur, teknologi maklumat dan komunikasi.
MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA PENGUAT HADAPAN DAN BELAKANG MENGGUNAKAN KIT KaPen DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA Muhammad Arif Haikal Zakaria Dr. Mohd Asri bin Harun Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Penggunaan teknik permainan adalah salah satu metode yang digunakan untuk menarik minat murid-murid dan membantu mereka dalam meningkatkan pemahaman terhadap topik yang sedang dipelajari. Tujuan kajian ini dilaksanakan ialah menilai keberkesanan Kit KaPen dalam penguasaan kata penguat hadapan dan belakang dalam kalangan murid tahun lima. Melalui pemerhatian awal, beberapa murid tahun lima dikenal pasti masih belum mampu menguasai penggunaan kata penguat hadapan dan belakang dengan baik. Bagi mengatasi masalah ini, Kit KaPen telah dibina dan digunakan untuk meningkatkan penguasaan kata penguat hadapan dan belakang. Kajian ini telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Maras, Kuala Nerus dan melibatkan murid tahun lima. Pengkaji telah menggunakan model kajian tindakan Kemmis & McTaggart (1988) melalui dua gegelung tindakan. Pengaplikasian Kit KaPen kepada peserta kajian membuktikan bahawa berlaku perubahan positif dari aspek penguasaan kata penguat hadapan dan belakang melalui markah ujian yang dijalankan. Pengkaji menggunakan tiga kaedah pengumpulan data dalam kajian ini iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Pengkaji menggunakan beberapa instrumen pengumpulan data seperti borang senarai semak pemerhatian, ujian diagnostik serta ujian pra dan pasca. Kesemua data telah dianalisis secara kualitatif. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa penggunaan Kit KaPen dapat meningkatkan penguasaan kata penguat hadapan dan belakang dalam kalangan murid sekolah rendah khususnya tahun lima. Kata kunci : kata penguat hadapan dan belakang, permainan, Kit KaPen
KIT DaJoBi BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN PENJODOH BILANGAN KEPING, KERAT DAN KETUL TERHADAP MURID TAHUN 5 Mohamad Ikram Naim Bin Mohd Sazuki Tn. Hj. Che Mansor Bin Che Tom Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya. Kepentingan mempelajari penjodoh bilangan adalah penting bagi menunjukka jumlah bagi sesuatu pekara yang boleh dilhat oleh mata kasar. Namun begitu, masih wujud masalah penggunaan kata adjektif mengikut konteks terutamanya dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. 4 orang peserta kajian daripada kelas 5 Berlian dikenalpasti kurang mahir dalam penggunaan penjodoh bilangan keping kerat dan ketul. Maka, kajian ini dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini melalui penghasilan sebuah alat intervensi yang dikenali sebagai Kit DaJoBi. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang mengaplikasikan kaedah dan cara pengumpulan data secara senarai semak, transkripsi temubual serta analisis pra ujian dan pasca ujian. Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Batu Rakit dan melibatkan 4 orang peserta kajian. Hal ini bertepatan dengan objektif kajian ini untuk meningkatkan penguasaan kata adjektif perasaan dalam kalangan murid tahun 5 Berlian. Dapatan daripada kajian ini mempamerkan bahawa murid dapat menguasai penjodoh bilangan dengan lebih efektif menerusi kaedah pengajaran yang menerapkan permainan maujud dan slaid interaktif. Natijahnya, kajian ini berjaya mengatasi masalah murid untuk menguasai penjodoh bilangan keping kerat dan ketul dan sesuai diaplikasikan dalam pengajaran untuk menambah kosa kata murid kerana sangat relevan untuk menyahut cabaran revolusi pendidikan 4.0 Kata kunci : Penjodoh bilangan, Kit DaJobi dan pengunaan penjodoh bilangan dengan lebih efektif
KIT SIPUBADAN: MENINGKATKAN PENGUASAAN SIMPULAN BAHASA ANGGOTA BADAN DALAM KALANGAN MURID TAHUN EMPAT Mohamad Wafiuddin bin Borhanuddin, Tuan Hj. Che Mansor bin Che Tom Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030, Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bagi meninjau dan meningkatkan penguasaan simpulan bahasa dalam kalangan murid tahun empat. Seramai empat orang murid Tahun 4 Ikhlas di Sekolah Kebangsaan Maras, Kuala Terengganu, Terengganu telah dipilih sebagai peserta kajian. Kajian ini telah dijalankan selama satu minggu. Pengkaji telah menggunakan instrumen ujian pra, ujian pasca, temu bual dan pemerhatian untuk mengumpul data. Melalui pengumpulan data, pengkaji dapat mengenal pasti pengetahuan asas dan tahap penguasaan setiap peserta kajian dalam topik yang dipilih. Data yang dikumpulkan melalui semua instrumen telah dianalisis dan diinterpretasi berdasarkan analisis bertema. Pengkaji telah memperkenalkan satu kit pembelajaran yang dikenali sebagai 'Kit SIPUBADAN' bagi mengatasi masalah penguasaan simpulan bahasa dalam kalangan peserta kajian. Tahap penguasaan murid telah dinilai berdasarkan keputusan ujian-ujian yang dilaksanakan. Berasaskan hasil analisis dapatan kajian, pengkaji mendapati peningkatan ketara berlaku selepas kit SIPUBADAN digunakan iaitu, keempat-empat peserta kajian telah memperoleh markah sebanyak 100% dalam ujian pasca 2 berbanding dengan ujian pasca 1 dan ujian pra. Keberkesanan pembinaan kit SIPUBADAN bagi meningkatkan tahap penguasaan simpulan bahasa dapat dilihat melalui hasil pencapaian peserta kajian dalam ujian yang dikendalikan Pengkaji mendapati bahawa peserta kajian telah menunjukkan minat terhadap pembelajaran yang berkaitan dengan tajuk simpulan bahasa setelah kit SIPUBADAN diperkenalkan dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc), Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan penggunaan kit SIPUBADAN telah berjaya meningkatkan tahap penguasaan simpulan bahasa dan membantu peserta kajian untuk menghasilkan penulisan Bahasa Melayu yang gramatis dan berkualiti. Kata kunci: Simpulan bahasa, Kit SIPUBADAN, Tahap penguasaan, Murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Maras.
ANIMASI LAGU TASALI: MEMBANTU MURID TAHUN 5 DALAM PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF PERASAAN Muhammad Zakwan bin Mohd Zamzam Dr. Mohd Asri bin Harun Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kata adjektif merupakan kata sifat yang menjadi unsur inti binaan frasa adjektif. Tambahan itu, kata adjektif juga berfungsi untuk menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama atau frasa nama. Kepentingan mempelajari kata adjektif adalah untuk digunakan dalam lisan dan penulisan agar maklumat dapat disampaikan dengan terperinci dan tepat. Namun begitu, masih wujud masalah penggunaan kata adjektif mengikut konteks terutamanya dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. 4 orang peserta kajian daripada kelas 5 Zamrud dikenalpasti kurang mahir dalam penggunaan kata adjektif perasaan. Maka, kajian ini dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini melalui penghasilan sebuah alat intervensi yang dikenali sebagai Animasi Lagu Tasali. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang mengaplikasikan kaedah dan cara pengumpulan data secara senarai semak, transkripsi temubual serta analisis pra ujian dan pasca ujian. Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Batu Rakit dan melibatkan 4 orang peserta kajian. Hal ini bertepatan dengan objektif kajian ini untuk meningkatkan penguasaan kata adjektif perasaan dalam kalangan murid tahun 5 Zamrud. Dapatan daripada kajian ini mempamerkan bahawa murid dapat menguasai kata adjektif dengan lebih efektif menerusi kaedah pengajaran yang menerapkan elemen visual dan nyanyian. Natijahnya, kajian ini berjaya mengatasi masalah murid untuk menguasai kata adjektif perasaan dan sesuai diaplikasikan dalam pengajaran untuk menambah kosa kata murid kerana sangat relevan untuk menyahut cabaran revolusi pendidikan 4.0. Kata kunci : kata adjektif, Animasi Lagu Tasali, elemen visual dan nyanyian
MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN SIMPULAN BAHASA DALAM KALANGAN MURID TAHUN EMPAT MELALUI KIT PERMAINAN JUTASIMBA Nabilatul Aisha binti Ibrahim, Dr. Ruhaiza binti Padzil Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030, Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Tujuan kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan penggunaan simpulan bahasa dalam kalangan murid Tahun Empat.Seramai empat orang murid 4 Saidina Abu Bakar di Sekolah Kebangsaan Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu telah dipilih sebagai peserta kajian. Kajian ini dijalankan selama dua minggu. Bagi tujuan pengumpulan data, pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen.Antaranya ialah praujian, pascaujian, temu bual dan pemerhatian. Melalui pengumpulan data, pengkaji telah mengenal pasti pengetahuan asas dan sejauh mana tahap penguasaan terhadap simpulan bahasa oleh peserta kajian yang dipilih. Data yang dikumpulkan telah dianalisis dah dinterpretasi berdasarkan analisis bertema dan analisis deskriptif. Analisis bertema dikategorikan kepada dua iaitu penglibatan dan kefahaman. Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid dalam topik simpulan bahasa, pengkaji telah memperkenalkan inovasi yang dicipta iaitu kit permainan JutaSimBa. BBM ini digunakan semasa pelaksanaan intervensi oertama dan intervensi kedua bagi melihat perubahan prestasi yang berlaku pada peserta kajian.Berdasarkan analisis dapatan kajian, pengkaji mendapati bahawa berlakunya peningkatan prestasi yang mendadak oleh keempatempat peserta kajian pada intervensi kedua dalam pascaujian 2 berbanding pada praujian dan intervensi pertama dalam pascaujian 1.Peggunaan BBM kit permainan JutaSimBa dan BBM sokongan Flip-komik SimBa dapat memberikan impak yang positif kepada murid dalam penguasaan simpulan bahasa. Hal ini dapat dibuktikan dalam dapatan kajian berdasarkan keputusan pascaujian 1 dan pascaujian 2 mereka. Pengkaji juga mendapati bahawa peserta kajian amat seronok belajar sambil bermain menggunakan kit permainan JutaSimBa semasa sesi intervensi dilaksanakan. Hal ini kerana BBM ini menerapkan elemen didik hibur yang mempu untuk menarik minat murid mempelajarinya dan memudahkan murid untuk memahami simpulan bahasa apabila menggunakan pendekatan kaedah didik hibur. Secara holistiknya, kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan BBM (kit permainan JutaSimBa) telah berjaya meningkatkan penguasaan simpulan bahasa dalam aspek seni bahasa dan maksudnya di samping mewujudkan suasana yang seronok dalam kalangan murid. Kata kunci: JutaSimBa, bahan bantu mengajar, simpulan bahasa, didik hibur
PENGGUNAAN TEKNIK IN ASA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA PEMERI BAGI MURID TAHUN LIMA Norsyafiqah Auni binti Mohd Zahir, Dr. Ruhaiza binti Padzil Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan penguasaan dan kefahaman kata pemeri dalam kalangan murid tahun lima melalui penggunaan Teknik IN ASA. Pelaksanaan Teknik IN ASA ini adalah berdasarkan teknik mnemonik akronim yang membantu murid mengingat penggunanaan kata pemeri dalam konteks ayat dengan mudah. Seramai tiga orang murid tahun 5 Abu Bakar di Sekolah Kebangsaan Lembah Bidung, Setiu, Terengganu dipilih sebagai peserta kajian. Pengkaji juga telah memilih untuk mengaplikasikan model Kemmis dan McTaggart (1988) sepanjang melaksanakan kajian ini. Hasil pemerhatian dan refleksi pengkaji terhadap pengajaran dan pembelajaran mendapati bahawa murid mengalami masalah dalam memahami serta membezakan penggunaan kata pemeri dengan betul. Maka, pengkaji telah menggunakan instrumen pemerhatian, temu bual, ujian pra, dan ujian pasca bagi mengutip data awal kajian. Kesemua instrumen ini dianalisis secara bertema dan deskriptif. Hasil analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang ketara selepas penggunaan Teknik IN ASA terhadap ketiga-tiga peserta kajian iaitu mereka mendapat keseluruhan markah 90% dan 100% dalam ujian pasca II berbanding semasa ujian pra dan ujian pasca I. Pengkaji turut mendapati bahawa peserta kajian mula menunjukkan minat dan perhatian terhadap pembelajaran kata pemeri disebabkan oleh pelaksanaan Teknik IN ASA dalam pengajaran. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa pengaplikasian Teknik IN ASA di dalam bilik darjah mendatangkan kesan yang positif terhadap pembelajaran kata pemeri, di samping meningkatkan kefahaman kata pemeri dalam pengajaran bahasa Melayu khususnya aspek tatabahasa. Kata kunci: kata pemeri, Teknik IN ASA, tahun lima, aspek tatabahasa, mnemonik akronim
TAHAP PENGUASAAN PERIBAHASA DALAM KALANGAN SISWA GURU BAHASA MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL Nor Syahirah Dayana binti Mohd Ridhuan, Dr. Ruhaiza binti Padzil Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 210300 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2018), aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa. Antara elemen aspek bahasa ialah peribahasa. Kebelakangan ini, poenggunaan peribahasa kian merosot dalam generasi muda. Peribahasa tidak lagi diminati oleh generasi sekarang. Oleh hal yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan peribahasa dalam kalangan siswa guru Bahasa Melayu Kampus Dato’ Razali Ismail. Kajian ini dijalankan kepada siswa guru Bahasa Melayu sahaja iaitu seramai 80 orang siswa guru opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan yang menggunakan kaedah kuntitatif dan menggunakan soalan ujian sebagai instrumen kajian. Perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh kepada bentuk kekerapan, peratusan, min dan Ujian ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan peribahasa dalam kalangan siswa guru opsyen Bahasa Melayu adalah tinggi. Hal ini menunjukkan, siswa guru masih lagi menghargai khazanah warisan Melayu. Kajian ini secara tak langsung dapat meningkatkan penguasaan peribahasa dalam kalangan siswa guru. Kata kunci: seni bahasa, tahap penguasaan, peribahasa, siswa guru opsyen Bahasa Melayu, kuantitatif dan khazanah warisan Melayu
PENGUNAAN KIT ‘GOBOKAD’ DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN KATA ADJEKTIF BAHASA MELAYU MURID TAHUN 4 Nur Atirah binti Mohd Asri, Dr. Ruhaiza binti Padzil Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 210300 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk membantu murid-murid dalam meningkatkan penguasaan Kata Ajektif bagi subjek Bahasa Melayu dengan menggunakan Kit ‘GOBOKAD’. Kit ini merupakan sebuah inovasi yang dihasilkan untuk membantu murid-murid dalam menguasai topik kata adjektif dengan jayanya. Seramai empat orang murid dari kelas 4 SHU yang dipilih di Sekolah Kebangsaan Gong Badak sebagai peserta kajian. Pengkaji juga telah menggunakan empat insturumen untuk pengumpulan data seperti temubual, pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca. Kit ‘GOBOKAD’ juga dipersembahkan dalam maujud dan sangat menarik untuk menambahkan perasaan minat murid-murid untuk belajar. Reka bentuk kajian juga adalah berdasarkan model Kemmis dan McTaggart (1988). Model ini juga telah banyak membantu pengkaji dalam melaksanakan kajian tindakan. Hasil pengunaan kit ini dilihat dapat meningkatkan pemahaman terhadap murid-murid mengenai kata adjektif dengan lebih berkesan. Antara kekuatan penggunaan Kit ini adalah dapat menarik minat murid-murid untuk belajar mengenai kata adjektif dan mampu untuk menjadikan proses Pdp sebagai satu pengalaman yang bermakna dan menyeronokkan. Kata kunci: Kit ‘GOBOKAD’, kata adjektif, maujud , pengalaman, inovasi.
Pengajaran tatabahasa bukan hanya tertumpu pada rumus semata-mata tetapi juga menekankan penggunaannya dalam pelbagai kemahiran bahasa. Sehubungan dengan itu, tujuan penyelidikan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pemahaman dan penguasaan tajuk penjodoh bilangan dalam kalangan murid tahun empat melalui penggunaan Kit Duo PB. Seramai empat orang murid tahun empat Abu Bakar di Sekolah Kebangsaan Lembah Bidung telah dipilih sebagai peserta kajian. Pengkaji menggunakan instrumen pemerhatian, temu bual dan ujian iaitu ujian diagnostik, ujian pra dan ujian pasca bagi mengumpul data sepanjang penyelidikan kajian ini dijalankan. Hasil dapatan kajian dianalisis secara bertema dan deskriptif. Melalui pengumpulan data, pengkaji dapat mengenal pasti tahap penguasaan murid dan peningkatan pencapaian mereka dalam tajuk penjodoh bilangan. Hasil dapatan kajian menunjukkan berlakunya peningkatan yang ketara dalam penguasaan penjodoh bilangan selepas penggunaan Kit Duo PB. Penggunaan BBM sememangnya mampu meningkatkan pemahaman murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, dicadangkan agar kit yang dibina dihasilkan dalam versi atau bentu digital agar kit dapat digunakan secara meluas oleh semua guru bagi meningkatkan penguasaan murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Konklusinya, kajian ini menunjukkan penggunaan Kit Duo PB telah berjaya meningkatkan pemahaman dan penguasaan murid dalam tajuk penjodoh bilangan. PENGGUNAAN KIT DUO PB UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT MENGUASAI PENJODOH BILANGAN Nurhaniha binti Chek Nordin, Dr. Ruhaiza binti Padzil Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kata Kunci: Penjodoh bilangan, Kit Duo PB, pencapaian, pemahaman dan penguasaan, BBM.
TAHAP PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA DI- DAN IMBUHAN DI- DALAM KALANGAN SISWA GURU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL Nurul Aini Binti Abdullah, Dr. Ruhaiza binti Padzil Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030, Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap penguasaan kata sendi nama di- dan imbuhan di- dalam kalangan siswa guru Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Data kajian ini diperoleh melalui kaedah kepustakaan dan pemerhatian dengan bantuan instrument iaitu ujian. Kajian tinjauan ini melibatkan 250 orang siswa guru PISMP Ambilan Jun 2020 IPG Kampus Dato’ Razali Ismail. Data dianalisis menggunakan program SPSS (Statistical Package for Sosial Sciences Version 22.0). Statistik deskriptif seperti peratus digunakan untuk menjawab soalan kajian. Analisis yang dibuat mendapati bahawa tahap penguasaan kata sendi nama di- dan imbuhan di- dengan cemerlang yang membawa peratusan sebanyak 87.23%. Dapatan kajian juga menunjukkan siswa guru menguasai imbuhan kata kerja dengan cemerlang sebanyak 85.15%. Justeru itu, dapat dirumuskan bahawa tahap penguasaan siswa guru dalam kata sendi nama dan imbuhan sangat tinggi. Hal ini kerana hampir keseluruhan responden mampu menjawab soalan dengan betul. Kajian ini merupakan satu usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu khususnya kata sendi nama dan imbuhan Kata kunci: tahap penguasaan; kata sendi nama di-; imbuhan di-
PENGGUNAAN SAMPUL SIMPULAN BAHASA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN SIMPULAN BAHASA BAGI MURID TAHUN 5 Sarah Izzati Rusli, Dr. Ruhaiza binti Padzil Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030, Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan simpulan bahasa dalam kalangan murid tahun lima. Kajian ini melibatkan seramai empat orang murid tahun 5 Al-Khawarizmi di Sekolah Kebangsaan Pechah Rotan. Kajian ini dijalankan selama empat minggu bagi mencapai objektif dan menjawab persoalan kajian. Pengkaji membuat pengumpulan data awal dengan menggunakan kaedah analisis dokumen seperti ujian diagnostik, praujian dan pasca ujian untuk mengumpul data. Kaedah pengumpulan data awal seperti pemerhatian dan temu bual turut dijalankan bagi melihat tingkah laku dan maklum balas peserta kajian. Hasil daripada tinjauan awal mendapati tahap penguasaan simpulan bahasa bagi keempat-empat orang murid tahun 5 Al-Khawarizmi berada pada tahap membimbangkan. Penggunaan Sampul Simpulan Bahasa (SaSiBa) diperkenalkan bagi memfokuskan penguasaan simpulan bahasa oleh pengkaji. SaSiBa merupakan sebuah bahan bantu mengajar berbentuk maujud yang mengandungi kepingan susun dan suai puzzle bagi membantu meningkatkan ingatan murid terhadap simpulan bahasa yang dipelajari. Berdasarkan dapatan analisis kajian, peningkatan yang ketara dapat dilihat terhadap markah peserta kajian dalam ujian pasa selepas menggunakan BBM SaSiBa bagi menjawab soalan berkaitan simpulan bahasa. Peserta kajian juga dilihat dapat mengenal pasti dan mengingati makna bagi simpulan bahasa dengan lebih baik. Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah membuktikan bahawa BBM SaSiBa mampu meningkatkan tahap penguasaan simpulan bahasa murid tahun 5 Al-Khawarizmi dengan jayanya disamping menarik minat murid untuk mempelajari simpulan bahasa dengan lebih baik. BBM SaSiBa berupaya untuk dikembangkan potensinya dengan penambahbaikan yang dibuat dari semasa ke semasa. Kata kunci: simpulan bahasa, maksud, puzzle, bahan bantu mengajar maujud, BBM SaSiBa
KEBERKESANAN PENERAPAN BAHASA TAMIL DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID SJK (T) Sharvini Saravanan Dr. Ruhaiza binti Padzil Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030, Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian ini bertujuan meninjau tahap keberkesanan penerapan bahasa Tamil dalam pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) melalui Teori Monitor (Stephen D.Krashen,1982). Data kajian diperoleh melalui pengedaran borang soal selidik. Responden kajian terdiri daripada 103 orang murid daripada dua buah sekolah iaitu SJK(T) Kulim dan SJK(T) Ko Sarangapany. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Science Sosial (SPSS) versi 22 bagi mendapatkan peratusan, min dan sisihan piawai. Analisis yang dibuat mendapati bahawa penerapan bahasa Tamil dalam pembelajaran bahasa Melayu memberi kesan yang positif kepada murid-murid SJKT (Min=4.06 SP=1.051). Dapatan kajian juga menunjukkan tahap motivasi murid terhadap pembelajaran bahasa Melayu berada pada tahap yang tinggi (Min=4.13 SP=1.001). Tahap kesediaan murid terhadap penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua pula membuktikan bahawa murid-murid SJKT bersedia menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kedua mereka (Min=4.09 SP=1.001). Dapatlah dirumuskan bahawa tahap penerapan bahasa Tamil dalam pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid SJKT berada pada tahap yang memuaskan. Kata kunci: tahap penerapan, bahasa Tamil, bahasa Melayu, murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
BAHASA SLANGA DALAM MEDIA SOSIAL MEMPENGARUHI BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN SISWA GURU ZON PANTAI TIMUR Theresa Anne Guanapragasan Dr. Ruhaiza binti Padzil Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030, Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kajian ini bertujuan meninjau bahasa slanga dalam media sosial yang mempengaruhi bahasa Melayu dalam kalangan siswa guru zon pantai timur melalui Teori Analisis Kesalahan (Corder, 1981). Data kajian diperoleh melalui pengedaran borang soal selidik. Responden kajian terdiri daripada 103 orang siswa guru opsyen Bahasa Melayu daripada empat IPG Zon Pantai Timur. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Science Sosial (SPSS) versi 22 bagi mendapatkan kekerapan, min, sisihan piawai dan ujian-T. Analisis yang dibuat mendapati bahawa tahap penggunaan bahasa slanga dalam pertuturan dan penulisan bahasa Melayu adalah sangat tinggi dalam kalangan siswa guru opsyen Bahasa Melayu (Min=4.08 SP=0.922). Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi penggunaan bahasa slanga dalam kalangan siswa guru opsyen Bahasa Melayu antara Pismp Jun 2020 dan Pismp Jun 2021 (p> 0.321). Dapatan membuktikan wujud kesan-kesan negatif daripada penggunaan bahasa slanga terhadap pertuturan dan penulisan bahasa Melayu dalam kalangan siswa guru opsyen bahasa Melayu (Min=4.05, SP=0.996). Dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan bahasa slanga dalam kalangan siswa guru mewujudkan kesan negatif terhadap penulisan dan pertuturan bahasa Melayu. Kajian ini merupakan satu usaha dalam membendung penggunaan bahasa slanga dalam penulisan dan petuturan yang mewujudkan kesan negatif terhadap bahasa Melayu. Kata kunci: bahasa slanga, penulisan, pertuturan, bahasa Melayu, siswa guru opsyen bahasa Melayu, zon pantai timur
TAHAP PEMAHAMAN SISWA GURU PISMP 2023/2028 IPGKDRI TERHADAP ISTILAH BAHARU BAHASA MELAYU Tuan Muhammad Hariz Firdaus bin Tuan Kamar, Dr. Mohd Asri bin Harun Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Masyarakat pada hari ini lebih cenderung untuk menggunakan bahasa asing dalam pertuturan seharian. Mutakhir ini, tahap pengetahuan siswa guru terhadap istilah baharu bahasa Melayu sangat membimbangkan. Oleh itu, kajian yang bertajuk Tahap Pemahaman Siswa Guru PISMP 2023/2028 IPGKDRI Terhadap Istilah Baharu Bahasa Melayu bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap pemahaman siswa guru IPGKDRI terhadap istilah baharu bahasa Melayu yang telah dikeluarkan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pendekatan kuantitatif menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Sampel kajian seramai 148 orang responden dipilih secara rawak mudah daripada populasi siswa guru PISMP 2023/2028 IPGKDRI. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk ujian mengenai soalan bekaitan bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Kesihatan dan Perniagaan. Data kajian dianalisis menggunakan data deskriptif dan inferensi yang melibatkan ujian Anova. Data kajian menunjukkan tahap pemahaman siswa guru berada pada tahap yang lemah. Kajian juga memperlihatkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara tahap pemahaman dengan opsyen siswa guru. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan bahawa siswa guru perlu meningkatkan pemahaman terhadap istilah bahasa Melayu. Kata Kunci: bahasa Melayu, istilah, siswa guru, TMK, kesihatan, perniagaan
HALANGAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU BAHASA MELAYU DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL Vidyavarshini A/P Sivagurunathan Dr. Ruhaiza binti Padzil Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Bahan bantu mengajar (BBM) merupakan alat atau bahan yang digunakan oleh guru bagi memudahkan proses pengajaran serta meningkatkan keseronokan murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlaku. Penggunaan BBM dalam kalangan murid bukan penutur natif amat penting bagi melancarkan sesi pembelajaran serta meningkatkan pemahaman murid dalam topik yang dipelajari. Perkara ini dapat dilihat menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) iaitu penghasilan BBM yang berasaskan pendekatan berpusatkan murid akan meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Namun, dalam menyahut hasrat pihak Kementerian Pendidikan Malaysia ini, semua guru Bahasa Melayu (GBM) khususnya di SJKT telah berhadapan dengan pelbagai halangan dalam merealisasikannya. Halangan-halangan yang dihadapi ini telah menyebabkan guru Bahasa Melayu mengekalkan kaedah tradisional dalam menyampaikan sesuatu PdP. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti jenis BBM yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu beserta halangan dan usaha yang boleh meningkatkan penggunaan BBM dalam sesuatu PdP. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes dan kaedah penyelidikan kualitatif bagi memperoleh dapatan kajian. Seramai lima orang peserta kajian dipilih dan tiga jenis instrumen digunakan sepanjang proses pengumpulan data iaitu temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa GBM di SJKT menggunakan BBM yang asas sahaja dalam mengendalikan sesuatu PdP seperti Youtube, Buku teks, buku aktiviti, Wordwall dan Powerpoint. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa kurangnya kemahiran, bebanan tugas, kekangan masa, jadual waktu guru padat, jaringan internet yang lemah serta kemudahan-kemudahan yang terhad menjadi antara cabaran dan penghalang utama bagi guru dalam menggunakannya. Kajian juga mendapati bahawa terdapat beberapa cara yang boleh dilaksanakan supaya guru boleh meningkatkan kemahiran dalam penghasilan BBM yang sesuai dengan topik pelajaran. Justeru, diharapkan kajian yang telah dijalankan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan dijadikan sebagi panduan untuk kajian yang seterusnya. Kata Kunci: bahasa Melayu, istilah, siswa guru, TMK, kesihatan, perniagaan
TAHAP PENGUASAAN KATA PERINTAH DALAM AYAT OLEH MURID SEKOLAH RENDAH Zul Aiman bin Zulkefli Dr. Mohd Asri bin Harun Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu ABSTRAK Kata perintah adalah satu jenis kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis. Tambahan itu, kata perintah digunakan untuk memerintahkan seseorang melakukan sesuatu tindakan. Kepentingan mempelajari kata perintah adalah untuk digunakan dalam lisan dan penulisan agar maklumat dapat disampaikan dengan terperinci dan tepat. Namun begitu, masih wujud masalah penggunaan kata perintah mengikut konteks terutamanya dalam kalangan muridmurid sekolah rendah. 60 orang peserta kajian daripada sekolah kebangsaan dan sekolah swasta dipilih untuk menjawab soalan ujian. Maka, kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti tahap penguasaan kata perintah dalam ayat oleh murid tahun 5 dari kedua-dua buah sekolah tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang mengaplikasikan kaedah dan cara pengumpulan data secara ujian dan analisis diskriptif. Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Batu Rakit dan Sekolah Rendah Islam Al Amin dengan 30 orang murid tahun 5 dari kedua-dua buah sekolah sebagai peserta kajian. Hal ini bertepatan dengan objektif kajian ini untuk mengenal pasti tahap penguasaan kata perintah dalam kalangan murid sekolah rendah serta mengenal pasti perbezaan penguasaan kata perintah dalam ayat yang sering dilakukan oleh murid sekolah kebangsaan dan sekolah swasta. Dapatan daripada kajian ini mempamerkan penguasaan murid dalam aspek kata perintah adalah sederhana tinggi. Natijahnya, kajian ini berjaya mengenal pasti tahap penguasaan serta perbezaan tahap penguasaan murid tahun 5 kedua-dua buah sekolah. Kata Kunci: kata perintah, sekolah swasta, analisis deskriptif.
PENGHARGAAN Jawatankuasa Seminar Penyelidikan Pendidikan Bahasa Melayu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang telah memberikan sumbangan dan bersama-sama menjayakan Seminar Penyelidikan Pendidikan Pelajar Major Bahasa Melayu Ambilan Jun 2020/2024 IPG Kampus Dato’ Razali Ismail. SELAMAT MAJU JAYA