The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Majalah SMK Baru Bintulu, Sarawak

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rotten cheese, 2023-02-26 05:33:59

MAJALAH DIGITAL SEBARU 2022

E-Majalah SMK Baru Bintulu, Sarawak

SEBARU Edisi 19 Terbaik Mantap Hebat


14 PROFIL SEKOLAH 08 TINTA BICARA 27 JEJAK PENCAPAIAN SPM 37 UNIK SEBARU 119 AKTIVITI SEBARU 23 PANORAMA SEKOLAH 32 TOKOH SEBARU 41 POTRET SEBARU Kandungan 01 SUARA EDITOR 232 304 SEHARUM KEJAYAAN KARYA SASTERA


SEBARU EDISI 19 SUARA EDITOR Suara Editor merupakan ruangan khas buat editor untuk menyampaikan konsep dan fokus majalah untuk edisi 19. Bahagian ini mengandungi kata alualuan ketua editor, pengenalan kepada sidang redaksi majalah dan pertandingan yang diadakan untuk menarik minat pembaca. Mawar kuntum tumbuh melata, Manis madu hinggapan lebah, Salam sejahtera pembuka kata, Bicara editor mohon persembah. 1


Salam sejahtera dan salam menjulang Pendidikan Negeri Sarawak. Pertama sekali,setinggi-tinggi kesyukuran terhadap hadrat Tuhan kerana kita dapat merealisasikan sekali lagi penerbitan E-majalah sekolah SMK BARU BINTULU. Saya merasa bangga atas kejayaan ini kerana dapat menemui pembaca yang dikasihi. Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Sidang Redaksi majalah SEBARU dan warga SMK BARU BINTULU atas usaha keras dan kesetiaan dalam menerbitkan majalah yang cukup bermakna kepada seluruh warga SEBARU. E-Majalah ialah majalah yang diterbitkan secara digital dan merangkumi kegiatan pendidikan serta pencapaian pembelajaran dalam tahun 2022. Setiap butiran dan gambar yang dimuatnaik akan menjadi kenangan indah dalam hati warga SEBARU. Tambahan pula, sifat digital majalah kali ini memudahkan pemaparan isi kandungan dan akan terus relevan sampai bila-bila. Pada tahun 2022, kami memlih tema SEKOLAHKU SEJAHTERA sebagai tema E Majalah SEBARU. Tema yang berelemen 14 nilai murni ini sejajar dengan konsep pendidikan Malaysia dan mampu melahirkan generasi berdaya saing pada masa akan datang. Generasi ini selaras dengan moto majalah iaitu Sebaru Terbaik, Mantap dan Hebat. Majalah kali ini juga menonjolkan tema berbentuk komik. Minat pembaca khususnya pelajar menjadi salah satu perkara utama yang dilihat oleh editor. Selain itu, majalah pada kali ini juga memuatkan slot peraduan iaitu Peraduan Melengkapkan Komik dan juga Peraduan Surat Buat Majalah. Peraduan ini menjadi satu tarikan baru dan menjadi medium bagi mendekatkan majalah dan juga pembaca. Majalah sekolah akan menjadi satu wacana untuk berhibur,selain menjadi alat dokumentasi sekolah. Sebagai ketua editor E-Majalah SEBARU 2022, saya mewakili semua Sidang Redaksi memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan dalam penghasilan E- majalah pada kali ini. Sesungguhnya segala yang baik datang daripada Tuhan yang Maha Esa, dan kekurangan itu datang daripada kami sendiri. Kami akan meningkatkan usaha untuk menghasilkan majalah yang terbaik pada masa yang akan datang. Semoga dengan penghasilan E-Majalah ini, semua kenangan dan memori indah SMK BARU BINTULU dapat dipotretkan untuk tetapan masa hadapan. Sekian, terima kasih. SuaraEditor ANGELIA PAYA TUGAU Ketua Editor ANGE 2


Sidang Redaksi Guru PENGERUSI (Pengetua) P U A N F A T I M A H WA N A D I N I NAIB PENGERUSI P U A N S A L M I A H B I N T I M A H L I PENYELARAS P U A N A N G E L I A P A Y A T U G A U SETIAUSAHA P U A N N U R A I S Y A E L I Z A B E T H F E R A D A B I N T I D U N G G A T BENDAHARI P U A N H I I S I A N M I N G AJK GRAFIK & SUNTINGAN E N C I K A R I F F B I N I S M A I L ( K E T U A ) E N C I K A L I F A F I Q B I N Y U S U F C I K T A Y S I N G Z O O P U A N C A T H E R I N E B E R T I A A K T I N J I M P U A N L A I H U E Y Y I N G C I K S I T I S Y A H I R A H B A H A R I C I K M O N I C A L A L U P U A N M A D I A H A K N Y I N G A T AJK DATA & INFORMASI P U A N P L Y C I A E X S H O N N A A K M A T E N C I K M O H D N A Z A R E T H B I N A R I P I N AJK WARTAWAN P U A N J E S S I C A S A P O K A R A N G AJK FOTOGRAFI C I K Y V O N N E A K T OWN S O N L O N E Y E N C I K M O H A M M A D S Y A M I L B I N J A Y A AJK IKLAN P U A N L E S S I E A K J O H N P U A N N U R Y I I Z A T Y I S L A M B I N T I A B D U L L A H P U A N S I EW M E E T I N G AJK ARTIKEL P U A N L O H WE N G M U N P U A N T E O N G U N G U N G 3


SidangRedaksi PELAJAR Ketua Editor A D Z H A N N I F F A E L Editor S U R Y A T I L A S U P U N U R U L F A T I H A H J E F F R Y N A T H A N I E L G A M A N G B U D I T N U R S U F Y A N A B T S U D I R M A N F E D E L I N E K E N N E T H A E S Y A A D Y B A B T A B U B A K A R A H M A D F A U Z A N A L I F F A I M A N B I N R A D UWA N S U H A I D A B I N T I S A N I Y O N G S Z E Y I Data dan Informasi S T A C Y S R AWA R U T H E M E L D A I R E N E S I M S T E P H A N I E I V Y J E P O R K Wartawan E V A E L I S H A B U L A N F R E D D Y A T A S H A F A T I N F A Z I R A H A M Y L I A F A R H A N A S I T I S O L E H A H B T A H M A D Fotografi D A V I D S O N J O Y C H U K P A I N U R F I L Z A D A L I L A V I V N Y G E N E V I E V E Artikel A N G E L T I N G D I N G H A O R A F Y N N A Y E R L I T T A C L A U D Y A V A N E S S A M I A 4


- Cantik , kemas , tersusun tetapi patut diperbaiki seperti tema dan warna dalam majalah NURUL AINA SYAMIMI 5KAA - Cantik dan kreatif ALEXSON MERICHO 4SN2 - Simple dan unik , boleh diperbaikkan lagi ZAHIR 4A - Harus meletakkan kata kata motivasi pada setiap gambar kelas agar para pelajar yang melihat majalah dapat mengambilnya menjadi motivasi pembelajaran SHERRY 4E - Ayat yang jelas diberikan CEROL 4G - Cantik dan kemas DANIAL 4H - Cantik dan juga menarik LAURYN 4J - Buat gambar kelas menjadi berwarna VANESISCA 4J - Perlukan lebih content yang menarik dan ayat-ayat pelajar Tingkatan 5 bagi meningkatkan pembelian KHAI 5KRK Majalah sekolah sangat baik kerana apabila dibaca banyak ayat klasik yang ditulis ASHRAF 5H Majalah sekolah perlu membaiki grafik imej dan mudah maklumat mudah dibaca FAREED 5H - Majalah sekolah tahun 2021 sangat kemas dan menarik NUR FARZANA 5I - Majalah sekolah pada tahun 2021 sangat tebal KONG SIEW LIAN 5I - Terdapat karya karya pelajar yang menarik dan dapat dijadikan pengajaran kepada setiap murid NUR SYAZWANI 5A - Baik dan maklumat yang penuh HUANG 5A - Majalah sekolah tahun 2021 sangat menarik dan memuaskan FRESTYLINNN EVINNA 5C - Cantik dan memuaskan SYLVIA NAWIE 5D Terima Kasih buat komen yang telah diberikan. Kami sangat menghargai semua komen anda dan majalah SEBARU akan sentiasa berusaha untuk menambahbaik majalah sekolah dari masa ke masa. Majalah SEBARU BUAT MAJALAH 2021 SURAT 5


Tarikh Tutup adalah 31 Mac 2023 Majalah SEBARU Edisi 19 PERADUAN Lengkapkan surat di atas dengan ayat menarik anda! Ayat anda haruslah tidak melebihi 50 patah perkataan. Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warga SEBARU. Surat yang menarik akan dijadikan Pemenang❤ Imbas Kod Untuk Menyertai! Surat Buat MAJALAH Saya telah membaca e-Majalah SEBARU 2022. Saya sangat suka membaca majalah edisi kali ini kerana................................................................................. ................................................................................................. Nama: Kelas: 6


CIPTA KOMIK RAGAM PERSEKOLAHAN "buku" dalam english apa? book, cikgu "buku" dalam english apa? book, cikgu kenangan persekolahan kena study bagus bagus, nak cepat smk nak cepat masuk university kena berusaha, nanti senang nak cari kerja rindu zaman sekolah lah... waktu kerja waktu universiti waktu sekolah rendah waktu sekolah menengah Nama: Angel Ting Kelas: 3KRK P E R A D U A N imbas kod untuk menghantar penyertaan 7


TINTA BICARA SEBARU EDISI 19 Tinta Bicara merupakan kata alu-aluan untuk menyampaikan amanat buat makluman semua warga sekolah. Melalui ruangan ini, warga sekolah diharapkan menjadi lebih erat dan sejahtera. Pergi ke kota beli selasih, Sayang si dara buat halwa; Berilah kata simpulan kasih, Sulamkan mesra satukan jiwa. 8


Assalomualaikum Worahmatullah i Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdullilah, marilah sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan berkat, rahmat dan izin-Nya dapat saya coretkan sepatah dua kata dalam majalah sekolah ini. Saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada sidang redaksi atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah bagi tahun ini. Inisiatif penerbitan majalah ini amatlah murni dalam mendokumentasi maklumat, merakam l‹enangan dan menghargai usaha serta kesungguhan warga sekolah dalam melaksanakan pelbagai aktiviti pada sepanjang tahun. Saya cukup yakin majalah ini merupakan bukti komitmen yang tinggi dan kerjasama yang padu daripada semua pihak yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak bangsa. Semua warga sekolah memainkan peranan yang penting dalam menggalas misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, serta menyediakan pendidikan terbaik bagi warisan generasi akan datang. Generasi yang kita harapkan adalah ’Anak yang Baik lagi Cerdik’ (ABC) dengan teras yang utuh seperti keteguhan rohani, keterampilan diri, sahsiah terpuji dan kemantapan jati diri selain kecemerlangan kognitif dan psikomotor selaraskan dengan pengenalan Sekolahku Sejahtera. Justeru, saya percaya gerak kerja seluruh warga sekolah dengan kepimpinan bercirikan Trust and Inspire' akan membawa kepada pembentukan generasi pewaris negara yang beradab mulia dan berintelektual. Kebersamaan, keterbukaan dan kesyukuran merupakan prinsip penting dalam bekerja yang perlu kita teruskan dalam memacu kecemerlangan pendidikan negara. Akhir kata, semoga penerbitan majalah sekolah ini dapat diteruskan bagi membina ukhwah serta menyatu padukan semua warga sekolah dan seterusnya melahirkan generasi Malaysia yang sejahtera. KataAlu-Aluan K E T U A P E N G A R A H P E N D I D I K A N M A L A Y S I A I N B I N H J G H A Z A L I K E T U A P E N G A R A H P E N D I D I K A N M A L A Y S I A 9


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah kerana diberi kesempatan untuk mencoretkan sepatah dua kata di dalam majalah tahunan SMK BARU BINTULU edisi tahun 2022. Sesungguhnya, majalah ini merupakan satu lapangan buat para pelajar untuk mencoretkan idea-idea dan karya masing-masing. Munculnya majalah ini menggambarkan hasil kerjasama dan kerja kuat semua AJK badan redaksi yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan guru-guru yang terlibat. Sekalung tahniah saya ucapkan atas komitmen yang telah ditunjukkan. Pendidikan dalam dunia yang sangat mencabar kini menuntut para guru memperkasakan teknik pengajaran selaras dengan tuntutan pembelajaran abad ke-21(PAK-21).Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan peta iThink sangat penting untuk diaplikasi dalam usaha menyediakan murid-murid bersaing di peringkat global lebih-lebih lagi dalam pentaksiran TIMSS dan PISA. Hal ini semua merupakan inti pati kepada pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Bukan itu sahaja,pengenalan konsep Sekolahku Sejahtera seperti penerapan nilai adab sopan dan pengukuhan jati diri amat penting ke arah melahirkan modal insan yang berkualiti dalam kalangan murid. Kita percaya murid-murid ini jugalah yang menjadi pelapis tampuk kepimpinan negara pada masa hadapan. Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa penerbitan majalah sekolah ini akan menjadi perangsang kepada pelajar untuk terus mempamerkan bakat dan keterampilan diri masing-masing. Saya berharap agar warga SMK BARU BINTULU akan terus mara ke hadapan serta berjiwa kental dalam menghadapi transformasi pendidikan yang semakin kompleks dan bersifat global. Sekian terima kasih. Kata Alu-Aluan PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BINTULU SAMRI BIN SUHAILI PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BINTULU 10


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera, Salam Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak, Salam Sebaru Terbaik Mantap Hebat, Salam Sebaru Hebat Gemilang Bersama. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak majalah sekolah yang memberikan saya ruang dan peluang untuk berbicara dalam ruangan ini. Tahniah dan syabas diucapkan kerana berjaya menyempurnakan e-Majalah sekolah pada tahun ini. Tanpa kesungguhan dan komitmen yang tinggi sudah tentu e-Majalah ini tidak dapat disiapkan seperti yang dirancang. Oleh itu, saya selaku Pengetua SMK Baru Bintulu ingin memanjatkan setinggi - tinggi kesyukuran kepada Yang Maha Esa dan ucapan terima kasih kepada ahli yang terlibat kerana telah mempamerkan kesungguhan dalam menyiapkan e-Majalah ini. Guru merupakan tunjang terpenting dalam sistem pendidikan negara. Peranan dan fungsi guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, malah, guru juga harus memastikan murid yang lahir daripada sistem pendidikan negara mempunyai sahsiah serta daya saing yang tinggi melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan di sekolah. Penjiwaan amalan baik merupakan pembudayaan nilai murni, kemahiran dan sikap positif yang dibangunkan dalam diri murid. Peranan guru ialah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menerapkan 14 elemen SEJAHTERA di dalam dan luar kelas untuk dijadikan amalan dalam kehidupan murid di sekolah dan luar sekolah. Usaha yang berterusan dan kompeten oleh semua warga sekolah amatlah diperlukan. Akhir kata, saya yakin dan percaya, e-Majalah ini merupakan medium dan wadah bagi pelajar untuk mempamerkan bakat dan keterampilan diri masing-masing. Saya berharap agar warga SMK Baru akan mengambil satu langkah ke hadapan bagi merealisasikan konsep Sekolahku SEJAHTERA bagi mendepani transformasi pendidikan pada masa kini. Sekian, terima kasih. Thank you FATIMAH BINTI WAN ADINI Kata Alu- Aluan P E N G E T U A P E N G E T U A S M K B A R U B I N T U L U 11


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Syukur dipanjat ke hadrat Illahi kerena dengan limpah dan kurnianya dapatlah majalah sekolah SMK Baru diterbitkan lagi pada tahun ini. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh ahli Sidang Redaksi Majalah Sekolah kerana berjaya menghasilkan satu naskah yang akan menjadi rujukan pada masa hadapan. Hakikatnya, inisiatif majalah ini membuka ruang dan peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat dan potensi berkarya di samping menjadi medium untuk pendokumentasian semua memori kejayaan yang telah dicapai dalam pelbagai bidang termasuklah kurikulum,kokurikulum dan juga sahsiah. Bagi memastikan kecemerlangan dalam setiap bidang tersebut,semua pihak iaitu badan korporat, komuniti setempat, badan bukan kerajaan(NGO), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) haruslah berganding bahu untuk membantu pihak sekolah dalam mencapai misi dan visi sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Malah ,kita juga berharap murid-murid pada hari ini menjadi hebat dan mampu berdaya saing di peringkat global selaras dengan pengenalan 14 elemen Sekolahku SEJAHTERA. Akhir kata, saya ingin melafazkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru, pelajar-pelajar dan ibu bapa atas sokongan dan kerjasama anda bagi memartabatkan nama SMK BARU BINTULU. Wassalam. Sekian, terima kasih. Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kata Alu-Aluan YANG DIPERTUA AWANG SIMON BIN AWANG BUJANG YANG DIPERTUA Persatuan Ibu Bapa dan Guru 12


Salam sejahtera dan salam SEBARU Terbaik Mantap Hebat. Terlebih dahulu saya ingin melafazkan syukur kepada Tuhan kerana atas limpah dan kurnia-Nya, majalah terulung bagi SMK Baru Bintulu tahun ini dapat diterbitkan lagi dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Sidang Redaksi majalah sekolah yang berusaha gigih menghasilkan majalah sekolah yang menggamit 1001 kenangan pada tahun ini. Terima kasih Sidang Redaksi kerana memberi peluang kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata. Tanpa saya sedari, saya telah mencipta pelbagai memori yang indah untuk dikenang sepanjang 5 tahun di sekolah ini bersama insan-insan yang tidak kurang hebatnya. Kita seharusnya berasa bangga menjadi salah seorang daripada warga SEBARU yang cemerlang dan gemilang. Kejayaan sekolah ini dalam mendidik dan menempa nama dalam pelbagai bidang mencerminkan kemenjadian warganya. Malah, kemenjadian ini lebih terserlah melalui elemen-elemen Sekolahku SEJAHTERA yang diperkenalkan KPM seperti tekun dalam menuntut ilmu dan terampil dalam segala aspek kehidupan seorang murid ke arah melahirkan modal insan yang kompetitif di perikngkat nasional mahupun global. Hargailah setiap saat anda mulai sekarang dengan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada kita. Janganlah kita mensia-siakan waktu muda kita. Jika kita terlalu leka dengan keseronokan dunia, kelak diri kita yang akan merana di kemudian hari persis peribahasa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Jadi, ciptalah kenangan dan juga kejayaan bersama insan-insan tersayang untuk dijadikan kenangan pada masa akan datang. Akhir kata, kepada semua rakan seperjuangan saya iaitu calon SPM dan adik-adik semua, berjuanglah dengan tekun kerana setiap ikhtiar yang kita lakukan pasti ada ganjarannya yang setimpal. Tidak lupa juga kepada barisan pengawas yang disayangi, terima kasih atas kerjasama semua dari awal sehingga akhir. Dengan penuh rasa rendah diri, saya selaku Ketua Pelajar Sesi Pagi bagi tahun 2022 ingin memohon maaf andai tersilap bahasa, terlanjur kata mahupun mengguris hati guru-guru tercinta. Semoga misi dan visi sekolah dapat dicapai kita bersama serta dapat melahirkan modal insan kelas pertama satu hari kelak. Semoga SMK Baru Bintulu, medan saya menuntut ilmu akan terus melakar kecemerlangan yang berterusan. Sekian, terima kasih. Kata Alu-Aluan KETUA PELAJAR VANESSA AGATHA ANAK DAVID KETUA PELAJAR SMK BARU BINTULU 13


SEBARU EDISI 19 PROFIL SEKOLAH Profil sekolah adalah data sekolah yang mengandungi maklumat sekolah seperti kod sekolah, gred sekolah, visi, misi, motto dan sebagainya. Profil sekolah juga memuat kandungan sejarah sekolah dan perkembangan semasa sekolah. Warga sekolah marilah bersama-sama mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan masyarakat. REMEMBER Remember is a lovely word, That telescopes the years, When sliding on times avenue, Memories appears, To bring life for the sinner eyes. The pages of the past Where tears and joy have merged to form Rainbows that will last. (Patricia Clafford) 14


PROFIL SEKOLAH 15


LENCANA & LAGU SEKOLAH SMKBARUBINTULU Lencana CIPTAAN LAGU OLEH, ENCIKMATNOHBINHAJIMINAN PENGETUASMKBARUBINTULU TAHUN1994-1995 Sekolah Kebanggaanku 16


SEJARAH SEKOLAH Sekolah Menengah Kebangsaan Baru Bintulu dahulunya dikenali sebagai Sekolah Kerajaan Baru Bintulu. Sekolah ini telah dirasmikan pada 3 Januari 1989. Pada waktu tersebut, SMK Baru merupakan sebuah sekolah menumpang iaitu berkongsi bangunan dengan SRK Kg Baru. Tapak dan bangunan sekolah ketika itu ialah bekas bangunan SMK Bandar Bintulu dan terletak di Kampung Baru yang kini menempatkan bangunan baru SK Kampung Baru Bintulu yang telah beroperasi pada 18 Februari 2013. 17


Pengetua pertama sekolah ini ialah Allahyarham Encik Rosli Bin Jolhi yang berkhidmat dari tahun 1989 sehingga 1994. Tugas beliau sebagai pengetua disambung oleh Encik Mat Noh Bin Haji Minan dari tahun 1994 sehingga 1995. Lagu sekolah, ‘Sekolah Kebanggaanku’ adalah ilham dan ciptaan beliau. Sebaik sahaja beliau berpindah, tempat beliau diganti oleh Tuan Haji Ismail Bin Jaya yang mengetuai SMK Baru Bintulu pada tahun 1995. Encik Awangku Omar Bin Awangku Yahaya pula ialah Pengetua seterusnya, iaitu dari tahun 1995 sehingga 1996. Encik Mohamad Kasim Bin Arbain merupakan Pengetua SMK Baru Bintulu yang ke-5 dan paling lama iaitu selama 9 tahun. Beliau juga merupakan Pengetua yang menerima dan membangun SMK Baru Bintulu ke bangunan baru di Bukit Kemunting selepas beberapa tahun menumpang di SMK Bintulu. Beliau menerajui sekolah ini dari tahun 1996 sehingga 2005. Sebaik sahaja beliau berpindah, Encik Zainuddin @ Merjedi Bin Kuan mengambil alih sebagai Pengetua pada tahun 2005.Pada Julai 2006, Puan Hajah Serina Binti Sauni yang ketika itu memegang jawatan sebagai Pegawai Pelajaran Bahagian Bintulu dipindahkan ke SMK Baru sehingga Ogos 2009 sebagai Pengetua. Pada November 2010 sehingga Jun 2011, Encik Then Chiew Nyiew telah dipindahkan dari SMK Tung Hua, Sarikei ke SMK Baru Bintulu sebagai Pengetua. Bermula Jun 2011, SMK Baru diterajui oleh Puan Rahani @ Rohani Haji Daud sebagai Pengetua dan diikuti dengan Puan Nurul Aleena Ruman Binti Abdullah sejak 2018. SEJARAH SEKOLAH MANTAN PENGETUA PN. HAJAH SERINA BINTII SAUNI 2006-2010 PN. ROHANI BINTI DAUD 2011-2017 PN. NURUL ALEENA RUMAN BINTI ABDULLAH 2018-2020 18


Di bawah pimpinan Pengetua Puan Fatimah Wan Adini bermula September 2020, SMK Baru Bintulu kini kian mengembangkan potensi murid dan guru. Aspirasi pengetua untuk membawa nama sekolah ke arena antarabangsa menjadi impian buat semua warga SMK Baru. Perjuangan di dunia pendidikan akan diteruskan demi masa depan anak murid. SEJARAH SEKOLAH PENGETUA KINI 19


Tanggal Januari 2023, genaplah 34 tahun SMK Baru Bintulu beroperasi. Dalam tempoh tersebut, SMK Baru Bintulu telah banyak melakar kejayaan. Antara pencapaian dan kejayaan SMK Baru Bintulu dalam bidang kurikulum ialah SMK Baru telah mendapat Sijil Penghargaan bagi Peningkatan Tertinggi GPMP Pendidikan Syariah Islamiah Bagi Kelas Aliran Agama, Peningkatan GPMP Pendidikan Al-Quran dan Al Sunnah Bagi Kelas Aliran Agama dan Peningkatan tertinggi GPMP Bahasa Arab bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020-2021 oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Pada Tahun 2020 juga SMK Baru telah mendapat Pengiktirafan 5 Bintang bagi Penarafan Pembestarian Sekolah melalui Smart School Qualification Standards (SSQS). Amalan berterusan Inovasi dan Kajian Tindakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran di peringkat sekolah juga telah membawa kejayaan Cikgu Puvaneswaran A/L Viknees Baran. Beliau telah mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Kajian Tindakan peringkat Kebangsaan sempena Hari Guru 2021. Seterusnya, SMK Baru juga melalui Siti Solehah Binti Ahmad dan Nur Aina Rassida Binti Ahmad Rizal masing-masing telah mendapat Anugerah Nilam Kebangsaan 2022.Selain itu, dalam Jawatankuasa Hal Ehwal Murid pula, Majalah Sekolah SMK Baru juga baru-baru ini telah mendapat Naib Johan Kategori Sajak melalui karya Vanessa Agatha Anak David bagi peringkat negeri Sarawak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 2022. SMK Baru juga telah banyak mengukir kejayaan dalam bidang kokurikulum di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri mahupun bahagian. Antara dua pencapaian di peringkat antarabangsa ialah melalui pelajar Dini Amalia Binti Mohamad Ibrani Shahrimin yang telah mendapat Emas bagi kategori individu dalam 2ND RTS Virtual International Club Taekwando Poomsae Championship bagi tahun 2022 dan Emas dalam kategori individu dan Perak bagi kategori kumpulan dalam International Taekwando (W.T.F) Championship 2022. Dalam Pertandingan Johor Scouts International Quran Festival, Adzhan Niffael Bin Abdullah Nazri mendapat tempat kelima. Pencapaian di peringkat Kebangsaan, Angel Ting Ding Hao telah mendapat Johan bagi Infografik STEM bagi kategori Sekolah Menengah. SMK Baru juga telah menjadi Juara dalam Pertandingan Mencipta Replika Nyamuk sempena sambutan Hari Malaria peringkat Kebangsaan bagi tahun 2022. Pencapaian peringkat negeri tidak kurang hebatnya di mana pelajar Dawna Dowe Ajan telah mendapat Johan bagi English Cyberspace Challenge: Dare To Spell bagi tahun 2022. SMK Baru juga menjadi Johan Cabaran Keselamatan Nasional Siber peringkat negeri Sarawak melalui Siti Solehah Binti Ahmad dan Mohd Zulhilmi Bin Azman yang dibimbing oleh Cikgu Noor Azmah Binti Ismail. Sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2022, SMK Baru telah dianugerahkan Anugerah Usaha Cemerlang Kokurikulum/Sukan Kategori Sekolah dan Cikgu Rahayu Binti Abdul Aziz telah memenangi kategori guru dalam anugerah yang sama oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Kejayan di Peringkat Bahagian Bintulu bagi tahun 2022 juga sangat memberi persaingan sengit kepada sekolah-sekolah lain termasuklah Johan Pertandingan Video Drama Komsas, Johan Scrabble Competition, Johan Pertandingan Mengarang Sajak Bahasa Melayu, Johan Dare To Spell, Juara Keseluruhan Sekolah Menengah dalam Mahrajan Pendidikan Islam, Johan Pertandingan Bicara Berirama, Johan Pertandingan Memanah kategori L15TKB dan L18TKB, Johan Sayembara Puisi dan Lagu, Johan Pertandingan Tarian Rampaian Tradisional, Johan Mini Documentary Competition, Johan Filem Pendek Menengah Rendah, Johan Essay Writing Competition, Johan Pertandingan Forum Kreatif Belia, Johan Anugerah Nilam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan Johan Pertandingan Deklamasi Syair Mnenegah Rendah dan Menengah Atas. PENCAPAIAN 20


BARISAN PENGURUSAN SEKOLAH PUAN FATIMAH WAN ADINI PENGETUA DG 54 CIK DAYANG FARIDAH BINTI AWANG SAM PENOLONG KANAN KOKURIKULUM DG 48 PUAN SALMIAH BINTI MAHLI PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID DG 48 PUAN LUCY UNING PENOLONG KANAN PETANG DG 54 PUAN ALBARIAH BINTI MUSTAPHA PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DG 54 Alone We Can Do So Little; Together We Can Do So Much. Helen Keller 21


BARISAN KETUA BIDANG ENCIK ABDUL NASIR BIN ROSLI KETUA BIDANG SAINS DAN MATEMATIK DG 44 ENCIK PUVANESWARAN A/L VIKNEES BARAN KETUA BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL DG 44 ENCIK MOHD NASZRI BIN RAKAWI KETUA BIDANG BAHASA DG 41 PUAN MARGARET ANAK LIM BUGAU KETUA BIDANG KEMANUSIAAN DG 44 “Teamwork is the ability to work together toward a common vision. The ability to direct individual accomplishments toward organizational objectives. It is the fuel that allows common people to attain uncommon results.” – Andrew Carnegie "MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENENTUKAN TERBITAN PERTAMA SESUATU PERSAMAAN DENGAN MENGGUNAKAN KOD PEMBEZAAN BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 SEMASA PdPR" -Cikgu Puvaneswaran Pertandingan Kajian Tindakan Peringkat Kebangsaan 2021 22


SEBARU EDISI 19 PANORAMA SEKOLAH Keindahan SMK Baru Bintulu kini menjadi bualan warga. Konsep landskap sekolah yang penuh bunga-bungaan sememangnya mewujudkan suasana yang harmoni dalam sekolah dan sangat sesuai dengan Sekolah SEJAHTERA. Selain itu, sekolah selamat juga menjadi fokus utama. Alam melukis untuk kita, Hari demi hari, Memberikan keindahan yang tidak terbatas. 23


Pandangan Depan Blok Pentadbiran Dataran Tengah SMK Baru Pandangan Jalan Masuk Sekolah 24


Pandangan Jalan Masuk Sekolah Jalan Berbumbung Baru 25


Panorama Sekitar Gambar oleh: C I K G U WO N G M E E D I N G 26


SEBARU EDISI 19 JEJAK PENCAPAIAN SPM 2021 Secara asasnya, elemen SEJAHTERA perlu sentiasa diterap, dihayati serta diamalkan sehingga menjadi budaya bagi seluruh warga sekolah. Dengan ini, kita akan dapat melahirkan generasi masa depan yang berkeperibadian unggul dan mampu bersaing di peringkat dunia. Jejak pencapaian SPM 2021 ini diharapkan dapat dijadikan panduan serta dorongan buat murid-murid SEBARU. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi. Kejayaan yang sebenar adalah apabila anda berjaya jadikan orang lain turut berjaya! 27


Peratus Layak Sijil SPM 2016-2021 Bilangan pelajar Mendapat 5A ke Atas SPM 2016-2021 28


BIL NAMA PELAJAR KELAS BILANGAN A KEPUTUSAN 1 RICHELLE TIONG YING 5 KRK 11 5A+ 5A 1A2 MOHAMMAD MUIZZUDDIN BIN RAMZI 5 KRK 10 4A+ 5A 1A3 SYAMIM ISYRAF BIN SHAMSUDDIN 5 KRK 8 4A+ 3A 1A- 1B+ 1B 4 HASYA JAMALIAH BINTI ABDUL MUTALIF 5 KAA 7 2A 5A- 1B 1C+ 2C 5 NA'IM NASRULLAH BIN ZUBAIR 5 KRK 7 1A+ 4A 2A- 1B+ 2B 6 BRITNEY BUNGAN KIREW 5 A 7 1A+ 4A 2A- 1B 7 LUQMAN BIN MOHAMMAD TAIP 5 B 7 1A+ 5A 1A- 1B+ 8 NAUFAL HAKIM BIN HABIBORLAH 5 KAA 6 4A 2A- 1B+ 1C+ 2C 1D 9 NUR ALYAA NAJWA BINTI MOHAMMAD ZUNICA 5 KAA 6 1A+ 3A 2A- 1B 2C 2D 10 NUR ASMAA AMIRAH BINTI MOHMAD ZAIDI 5 KAA 6 1A+ 2A 3A- 1B+ 3C+ 1C 11 MAXIMUS MERDIUS MELVIN ANAK UTIN 5 KRK 6 1A+ 4A 1A- 1B+ 2C+ 1C 1E 12 NUR ATIQAH BINTI ALI 5 SN 1 6 1A+ 3A 2A- 3B+ 1B 13 FIBBIE SANTA RAGAI 5 A 6 2A 4A- 1B+ 1C 14 MOHD KAMARUDIN BIN JOHARI 5 KAA 5 2A+ 3A 2B+ 1C+ 2C 1D 15 SYUHADA ADLIN BINTI ROZALANI 5 KAA 5 1A+ 1A 3A- 2B+ 1C+ 2C 1D 16 DYA LYSA SHERYNA LERAM 5 KRK 5 1A+ 4A 1B+ 3B 1C+ 17 ELIZABETH LIA ANAK JOHN 5 KRK 5 4A 1A- 1B+ 1B 3C 18 MOHAMAD ADAM DELI BIN ZAMRIE 5 KRK 5 4A 1A- 2B 2C+ 1C 19 MOHAMAD SYAHDAN FITRI BIN SIDEK 5 KRK 5 3A 2A- 1B+ 1B 3C+ 20 MOHD NASRY BIN ABDULLAH 5 KRK 5 2A 3A- 1B+ 1B 2C+ 1C 21 NOR HAZWANI ZETI BINTI HUSSAINI 5 A 5 2A 3A- 2B+ 1C+ Anda akan lebih berjaya daripada orang lain dengan melakukan perkara luar biasa. 29


RICHELLE TIONG YING 5A+ 5A 1AMOHAMMAD MUIZZUDDIN BIN RAMZI 4A+ 5A 1A4A+ 3A 1A- 1B+ 1B 1A+ 5A 1A- 1B+ NA'IM NASRULLAH BIN ZUBAIR 1A+ 4A 2A- 1B+ 2B 1A+ 4A 2A- 1B 2A 5A- 1B 1C+ 2C Pelajar S P M 2 0 2 1 SYAMIM ISYRAF BIN SHAMSUDDIN LUQMAN BIN MOHAMMAD TAIP BRITNEY BUNGAN KIREW HASYA JAMALIAH BINTI ABDUL MUTALIF Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik. 30


Pelajar S P M 2 0 2 1 NAUFAL HAKIM BIN HABIBORLAH MAXIMUS MERDIUS MELVIN ANAK UTIN NUR ALYAA NAJWA BINTI MOHAMMAD ZUNICA NUR ASMAA AMIRAH BINTI MOHMAD ZAIDI FIBBIE SANTA RAGAI NUR ATIQAH BINTI ALI WOW! WOW! MOHD KAMARUDIN BIN JOHARI SYUHADA ADLIN BINTI ROZALANI DYA LYSA SHERYNA LERAM ELIZABETH LIA ANAK JOHN MOHAMAD SYAHDAN FITRI BIN SIDEK NOR HAZWANI ZETI BINTI HUSSAINI MOHAMAD ADAM DELI BIN ZAMRIE MOHD NASRY BIN ABDULLAH Lihat apa yang ada di depan dengan pandangan luas dan bersemangat. Lihat ke belakang hanya menyempitkan usaha dan menjatuhkan semangat sahaja. 31


SEBARU EDISI 19 TOKOH SEBARU2022 Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. Sekarang akan menentukan masa depan seseorang. Istimewa edisi majalah pada kali ini merupakan bahagian Tokoh Sebaru 2022. Dua orang tokoh yang ditemubual merupakan alumni SMK Baru yang berjaya dan sememangnya menjadi kebanggaan serta diharapkan perkongsian tokoh akan menjadi pembakar semangat para pembaca. 32


Boleh Doktor Ain kongsikan sedikit sebanyak perasaan sebagai salah seorang bekas pelajar SMK Baru Bintulu yang telah lama menamatkan pelajaran di sekolah tersebut? (Boleh kongsikan pengalaman pahit dan manis/menamatkan Tingkatan 5 pada tahun berapa?) Doktor Ain : Saya telah menamatkan persekolahan di tingkatan 5, SMK Baru pada tahun 2012. SPM merupakan titik permulaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Namun itu juga merupakan titik penamat bagi zaman persekolahan yang penuh dengan memori. Pengalaman pahit semasa menamatkan tingkatan 5 semestinya detik perpisahan bersama rakan-rakan sekelas yang telah saya anggap sebagai ahli keluarga setelah bersama sepanjang 5 tahun tempoh persekolahan. Namun tidak dinafikan, banyak juga pengalaman manis semasa bersekolah di SMK baru. Keharmonian kami sekelas merupakan antara pengalaman manis persekolahan kerana kami sentiasa berganding bahu bersama-sama menghias kelas, membuat jamuan makan, meraikan keraian bersama guru-guru dan ternyata silaturahim yang erat antara kami ini telah menjadikan kelas aliran agama pada waktu itu sebagai kelas contoh dalam pelbagai hal. Sekiranya Doktor Ain tidak keberatan, boleh Doktor Ain kongsikan pengalaman Doktor Ain dari segi pembahagian waktu untuk belajar, waktu mengikuti aktiviti kokurikulum dan aktiviti yang lain semasa di bangku sekolah dahulu? Doktor Ain : Saya mengaku bahawa “time management” semasa zaman persekolahan sangat sukar dimana kita harus membahagikan masa untuk belajar, beriadah dan berehat. Setiap hari hampir menjadi rutin kerana jadual persekolahan yang padat membuatkan banyak masa saya diluangkan di sekolah. Disebabkan ibu saya mengajar pada waktu pagi, saya juga akan turut turun ke sekolah seawal 7 pagi meskipun kelas tambahan bermula pada 10 pagi. Dengan itu, saya mendapat lebih masa untuk menyiapkan segala kerja rumah ataupun mengisi masa dengan menelaah. Selain itu, saya juga terbiasa untuk berehat terlebih dahulu selepas pulang dari sekolah dan tidur awal, untuk memulakan hari seterusnya seawal 4 pagi. Hal ini demikian kerana saya lebih selesa untuk belajar tanpa gangguan pada waktu subuh yang tenang dan saya boleh menumpukan perhatian lebih dalam subjek yang memerlukan saya untuk membaca dan menghafal fakta-fakta. Tidak dilupakan juga aktiviti kokurikulum di mana saya juga bergiat aktif dalam persatuan dan kelab di sekolah. Memegang jawatan sebagai pengawas sekolah, ahli Lembaga koperasi, pengerusi persatuan, setiausaha mahupun ahli biasa membantu saya untuk menggalas tanggungjawab berpersatuan dan membantu komuniti secara tidak langsung. Aktiviti-aktiviti lain seperti berpidato, berbahas dan pertandingan pantun juga telah membantu saya untuk berucap secara yakin di khalayak umum. Saya sarankan semua adik-adik untuk bergiat aktif dalam apa jua aktiviti ataupun pertandingan yang dianjurkan di peringkat sekolah kerana ini boleh membantu mengembangkan bakat dan menambah keyakinan diri. Sekiranya Doktor Ain tidak keberatan, boleh Doktor Ain kongsikan keputusan SPM yang Doktor Ain peroleh pada ketika itu? Apa perasaan Dr. Ain apabila mendapat keputusan SPM tersebut? Boleh Doktor Ain ceritakan sedikit? Doktor Ain: Antara yang masih terngiang dalam memori adalah saat pengumuman keputusan SPM, apabila segala perit jerih pengorbanan untuk mendapatkan keputusan cemerlang akhirnya membuahkan hasil di mana saya telah mendapat 11A, dengan total subjek sebanyak 12 mata pelajaran. Meskipun pada saat-saat akhir, saya telah mengmabil keputusan untuk menambah subjek tambahan iaitu Prinsip Perakaunan semasa hujung tingkatan 4, jelas terbukti di mana ada kemahuan di situ ada jalan, meskipun tidak mendapat pengajaran secara rasmi dalam kelas seperti pelajar akaun yg lain dan hanya belajar menggunakan masa terluang di rumah dgn berpandukan buku dan tunjuk ajar daripada ibu saya, saya beroleh A+ dalam subjek tersebut. Sudah pasti kejayaan tersebut bukan sahaja daripada saya, tetapi juga disebabkan oleh orang-orang disekeliling yang banyak membantu saya terutama ibu, guru-guru dan rakan-rakan. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Nama saya Nur Ain Binti Annual Ong, bekas pelajar di SMK Baru dari tingkatan 1-5 sejak tahun 2008-2012. Sekarang bertugas di Hospital Bintulu sebagai pegawai perubatan. 33


Jika Doktor Ain tidak keberatan, boleh Doktor Ain kongsikan sedikit perjalanan Doktor Ain bagaimana Doktor Ain boleh menjadi seorang doktor ? Adakah dulu Doktor Ain memang bercita-cita menjadi seorang doktor? Doktor Ain: Sememangnya saya tidak menjangkakan akan menjadi seorang doktor seperti sekarang, kerana dahulu semasa kecil saya bercita-cita untuk menjadi chef, dan ahli perniagaan. Semasa di bangku sekolah menengah, saya lebih tertarik untuk menjadi seorang akauntan. Namun setelah melanjutkan pelajaran dalam bidang asasi sains, saya merasakan bahawa bidang Sains ini adalah bidang yang boleh berkembang maju , luas dan seiring dengan peredaran zaman, Sains masih lagi relevans hingga kini dan ini menyebabkan saya berminat untuk menjadi seorang saintis ataupun ahli bioteknologi. Setelah mengisi permohonan untuk kemasukan ke universiti dalam peringkat ijazah, saya tidak menyangka telah diberikan tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan di UiTM Sungai Buloh. Setelah berbincang dengan keluarga , akhirnya saya menerima tawaran tersebut dan kini telah berjaya menamatkan 5 tahun tempoh pembelajaran di universiti. Untuk berjaya sampai ke tahap seperti hari ini, boleh Doktor Ain kongsikan siapakah tunjang utama yang selalu menjadi pendorong kepada Doktor Ain selama ini ? Doktor Ain: Sudah pasti, tunjang utama yang menjadi pendorong saya selama ini adalah ibu saya, Cikgu Sunah Pandin yg merupakan salah seorang guru di SMK Baru. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata pengorbanan tersebut. Sebelum mengakhiri sesi temubual kita pada hari ini , boleh Doktor Ain berikan sedikit kata-kata semangat atau kata-kata motivasi kepada pelajar-pelajar di luar sana yang masih berjuang untuk mencapai cita-cita masing-masing? Doktor Ain: Di kesempatan ini, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pihak SMK Baru dan guru-guru yang telah mengajar saya suatu ketika dahulu, tiada yang dapat membalas jasa kalian melainkan Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Meskipun kebanyakan pengalaman yang saya ceritakan adalah detik-detik kejayaan, tetapi banyak juga detik-detik pahit getir dan kesukaran yang telah dihadapi, tetapi kunci utama adalah jangan sesekali berputus asa dan sentiasa bangkit semula daripada kegagalan. Satu kata-kata semangat buat pelajar-pelajar di luar sana, peribahasa yang masih saya amalkan sampai sekarang adalah “alang-alang belajar, biar sampai pandai”. Tidak kira apa jua bidang yang diceburi, belajarlah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh sehingga mahir dan boleh menyumbang kepada bangsa, masyarakat dan negara. Sekian Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum wbt. DR. Nur Ain Binti Annual Ong Setelah Doktor Ain selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), adakah Doktor Ain meneruskan pembelajaran Doktor Ain di universiti ? Jika Doktor Ain menyambung pembelajaran Doktor Ain di universiti, di manakah universiti yang Doktor Ain ambil dan apakah bidang yang Doktor Ain ambil semasa Doktor Ain di universiti? Doktor Ain: Sejurus mendapat keputusan SPM, saya masih belum membuat keputusan tentang bidang yang ingin diceburi ketika itu. Sebagai anak seorang guru, ibu saya menggalakkan saya untuk menjadi seorang guru atau pengajar. Pada masa yang sama, saya juga berusaha untuk mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Tetapi, perancangan Allah itu lebih baik, saya telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di kolej matrikulasi Labuan dan pada masa yang sama mendapat satu lagi tawaran iaitu asasi sains di UiTM Puncak Alam.Akhirnya setelah berfikir secara teliti, saya memilih untuk meneruskan pelajaran di UiTM dan mengambil jurusan asasi sains selama setahun. Selepas melengkapkan setahun asasi, jelas pendek tempoh diberikan untuk mendapat keputusan cemerlang pada waktu tersebut. Namun, alhamdulillah saya berjaya mendapat band 3.9 dalam asasi sains. Setelah mengisi permohonan untuk menyambung ijazah, saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran dlm bidang perubatan di UiTM. Dengan itu, bermulalah tempoh 5 tahun persiapan untuk menjadi seorang doktor perubatan. 34


Puan Rubiah Binti Taip P E N G E T U A S M K B A N D A R B I N T U L U Boleh Puan kongsikan sedikit sebanyak perasaan Puan sebagai salah seorang bekas pelajar SMK Baru Bintulu yang telah lama menamatkan persekolahan di sekolah tersebut?. (kongsikan pengalaman pahit dan manis & menamatkan Tingkatan 5 pada tahun berapa?) Terima kasih diucapkan Kepada Majalah sebaru kerana sudi menemubual saya. Saya bersekolah di SMK Baru pada tahun 1990 Tingkatan dan tamat 1992 Tingkatan 3. Pada Ketika itu SMK Baru hanya menampung kelas tingkatan 1 hingga 3 sahaja. Setelah tingkatan 3 pelajarnya akan berpecah ke SMK Bintulu atau SMK Bandar. Saya telah ditempatkan di SMK Bintulu. Selama 3 tahun di SMK Baru (1990-1992) banyak kenangan indah di sana. Di sinilah saya berjumpa rakan-rakan yang berbilang bangsa seperti Melayu, Iban, Bidayuh dan Kayan. Di sekolah rendah saya SRK Kampung Jepak, semua kawan-kawan berbangsa Melanau. Tiada pengalaman pahit di sini, semua indah belaka kerana segala cabaran yang kita hadapi dalam alam persekolahan itu adalah proses untuk kita belajar dan memperbaiki diri dan bila dikenang segala yang pahit itu adalah manis. Kenangan-kenangan indah pula akan tersemat di sanubari sampai bila-bila. Alam persekolahan tidak akan berulang kerana peluang menjadi pelajar hanya sekali walaupun saya kembali ke SMK Baru semula. Jika Puan tidak keberatan , bolehkah Puan kongsikan apakah pencapaian terbesar yang pernah dicapai semasa masih berada di SMK Baru Bintulu pada waktu itu? Dari segi pencapaian akademik, saya berada di kelas yang berprestasi cemerlang dan berada di tempat 10 terbaik dalam kelas. Keputusan SRP juga antara yang terbaik. Dalam kokurikulum, saya mewakili sekolah dalam kejohanan olahraga bahagian Bintulu-Miri setiap tahun dan memperolehi pingat untuk acara padang iaitu Melontar Peluru, Melempar Cakera dan Merejam Lembing. Sahabat baik saya dalam sukan adalah Doria Daud anak kepada PKHEM sekolah. Seorang sahabat yang sangat baik kerana selalu tumpangkan saya mandi di rumah kuarters guru apabila ada latihan sukan. Ibu bapanya juga sangat baik dan ini yang menjentik hati saya untuk berusaha bersungguhsungguh belajar dan terus berjaya. Pernah tak Puan mengalami satu keadaan di mana Puan berasa berputus asa sehingga menyebabkan Puan tidak ingin meneruskan persekolahan dan menyambung pengajian? Apa yang Puan lakukan untuk mengatasi keadaan tersebut? Tidak pernah. Saya bersyukur dikelilingi oleh rakan-rakan yang sangat baik. Mereka sentiasa memberi dorongan dan semangat. Zaman persekolahan kami juga dipenuhi dengan aktiviti yang sangat menyeronokkan. Ini membuatkan saya mahu ke sekolah setiap hari dan mendapatkan kehadiran penuh. Jika sakit, kawan-kawan akan maklumkan kerja rumah yang diberi oleh guru. Walaupun perjalanan ke sekolah saya dari Kampung Jepak perlu menaiki bot penambang dan kemudian berjalan 1km ke sekolah, namun saya tidak pernah merasa itu sebagai kekangan kerana dikelilingi kawan-kawan yang sangat positif dan bersemangat untuk belajar. 35


Sekiranya Puan tidak keberatan, boleh Puan kongsikan sedikit perjalanan Puan selepas tamat SPM, contohnya apa yang Puan buat selepas mendapat keputusan SPM/menyambung pengajian di mana dan dalam bidang apa?/pengalaman sepanjang pengajian di universiti sehingga tamat dan mendapat pekerjaan seperti sekarang. Selepas tamat SPM saya melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 di SMK Bintulu dan pada ketika itu saya agak sedih kerana 5 orang kawan rapat saya semuanya berjaya mendapat tawaran ke IPTA untuk pengajian diploma. Tinggal saya sendiri dan terasa sangat sedih ketika itu. Namun begitu, hadir seorang guru yang baru posting beza 5 tahun dari saya yang sangat memberi inspirasi kepada saya untuk terus berusaha mengejar cita-cita saya. Cikgu Mek Azizol binti Junoh terus memberikan semangat kepada saya dan sehinggalah saya memperoleh keputusan yang cemerlang dan menerima tawaran melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Perniagaan di UNIMAS. UNIMAS menjadi pilihan pertama saya dalam borang UPU kerana saya faham keadaan ekonomi keluarga tidak mengizinkan ketika itu. Kalau belajar di semenanjung, keluarga tidak mampu untuk menanggung kos pengangkutan udara yang agak mahal ketika itu. Kalau UNIMAS di Kuching saya boleh naik bas dan lebih jimat. Saya memulakan pengajian di UNIMAS pada tahun 1997 dan bergraduasi pada tahun 2000. Sementara menunggu majlis konvokesyen, saya telah memohon untuk menjadi guru gani di SMK Bintulu. Ketika inilah saya jatuh hati dengan profesion perguruan ini. Walaupun ketika itu saya mengajar kelas peralihan dan tingkatan satu, namun keseronokan mengajar itu tidak dapat digambarkan. Akhirnya apabila keluar tawaran Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching, saya terus isi permohonan. Syukur saya terpanggil untuk temuduga di Maktab Perguruan Miri ketika itu. Ketika temuduga saya ditemani oleh kakak dan kami sampai awal jam 7 pagi di tempat temuduga dan ketika duduk di luar tempat temuduga, pensyarah yang lalu menegur menyatakan awalnya datang. Saya hanya senyum dan angguk sahaja ketika itu. Rupa-rupanya pensyarah yang menegur itu adalah penemuduga ketika itu. Soalan pertama beliau, kenapa nak jadi Cikgu? Saya menceritakan pengalaman saya menjadi guru sandaran dan saya juga memberitahu saya menjiwai profesion ini. Alhamdulillah saya berjaya dan ditawarkan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab Perguruan Batu Lintang. Tamat pengajian saya ditempatkan di SMK Narinang, Kota Belud Sabah pada 23.01.2002. Saya sangat suka sekolah ini dan banyak kenangan dan pengalaman yang saya dapat di sini menjadi bekalan untuk saya meneruskan perkhidmatan saya sehingga ke hari ini. Untuk berjaya sampai ke tahap seperti hari ini, boleh Puan kongsikan siapakah tunjang utama yang selalu menjadi pendorong kepada Puan selama ini ? Keluarga merupakan tunjang utama saya untuk saya sampai ke tahap seperti hari ini. Walaupun kedua ibu bapa saya buta huruf, namun mereka sentiasa memberi dorongan dan semangat untuk saya dan adik-beradik terus belajar. Mereka mahukan kehidupan yang lebih baik untuk anak-anak dengan adanya ilmu. Doa dan restu ibu bapa sepanjang saya belajar sehingga saya bekerja adalah pemangkin utama untuk saya terus maju ke hadapan. Tidak lupa juga guru-guru yang mendidik saya dari Tadika hinggalah ke peringkat Universiti dan juga rakan-rakan seperjuangan. Mereka yang tiada ikatan pertalian darah ini juga merupakan insan-insan yang Allah hadirkan dalam hidup saya untuk saya terus belajar memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik. Banyak kesilapan yang saya lakukan dalam hidup yang telah mengajar saya untuk jadi hambaNya yang lebih bertakwa dan memberi manfaat kepada orang lain. Untuk pelajar-pelajar di luar sana yang mungkin pada saat ini masih terkapai-kapai belum mengenal pasti arah tuju yang ingin dicapai, boleh Puan berikan sedikit panduan untuk mereka mendapat gambaran awal apa perkara utama yang perlu dilakukan? Kepada pelajar di luar sana teruskanlah berusaha untuk mencapai hala tuju dan cita-cita yang diimpikan. Kehidupan ini merupakan satu perjalanan dan bukannya destinasi. Setiap hari, setelah bangun tidur lihatlah cermin dan fikirlah The Big Why dalam diri. Apa yang ingin aku capai? Kenapa aku belajar? Sentiasa muhasabah diri. Cabaran pertama setiap hari ialah berlawan dengan diri sendiri. Jika kita melayan perasaan malas dalam diri kita, seperti malas ke sekolah, malas bangun pagi, malas siapkan tugasan, bermakna anda sudah kalah dengan diri sendiri. Jadilah seorang yang optimis dan proaktif dan lakukan yang terbaik dalam apa juga tugas yang diberikan. Segalanya kembali kepada diri kita sendiri. Jika kita lihat masalah itu sebagai penghalang, kita tidak akan maju ke hadapan. Tetapi jika kita lihat masalah itu sebagai cabaran dan peluang, kita akan terus maju ke hadapan. Kita tidak akan diuji melebihi kemampuan kita, oleh itu sentiasa kuat dan positif dengan segala cabaran yang dihadapi dan di akhirnya kelak kejayaan akan kita miliki. Sebelum mengakhiri sesi temubual kita pada hari ini , boleh Puan berikan sedikit katakata semangat atau kata-kata motivasi kepada pelajar-pelajar di luar sana yang masih berjuang untuk mencapai cita-cita masing-masing? Saya ingin berpesan kepada semua pelajar yang masih berjuang untuk mencapai cita-cita masing-masing agar teruslah berjuang walaupun jalannya tidak mudah. Sudah pasti akan banyak cabaran dan dugaan yang akan dihadapi, namun jangan mudah berputus asa. Sentiasa yakin setiap usaha pasti akan membuahkan hasil. Besar dan kecilnya hasil itu adalah bergantung kepada seberapa banyak usaha yang telah dilakukan. Jangan lupa doa restu ibu bapa serta keluarga, guru dan rakan-rakan. Sentiasalah berdoa dan memohon kepada Yang Maha Esa agar segalanya dipermudahkan. TERUSKANLAH BERUSAHA DAN MENCAPAI KEJAYAAN. 36


SEBARU EDISI 19 UNIK SEBARU2022 Kelainan yang ada pada diri seseorang merupakan perkara yang unik dan menjadi tarikan diri. Warga Sebaru marilah bersama-sama kita menghormati ketidakbersamaan khususnya agama dan kepercayaan dan kekurangan pada diri seseorang. Apa yang penting adalah terapkan konsep SEJAHTERA ini dalam diri generasi pewaris negara supaya nilai murni tersebut sentiasa tersemat di hati mereka. Kurangkan mengeluh apa yang kita belum kecapi, tetapi syukuri dengan apa yang kita telah dapati. 37


Wartawan : Salam sejahtera , saya Eva Elishya . Hari ini saya bersama kembar yang seiras .Bolehkah anda memperkenalkan diri anda? Kembar pertama : Nama saya Farzana. Kembar kedua : Nama saya Haziqah. Wartawan : Baiklah , yang mana satukah kakak dan adik ? Farzana : Saya kakak. Haziqah : Dan saya adik. Wartawan : Apakah perasaan anda apabila mempunyai kembar ? Farzana : Rasa seperti seronok sebab saya tidak bersendirian dan dia boleh teman kita berbual. Wartawan :Apakah keistimewaan kembar anda pada pandangan anda atau pandangan orang lain ? Farzana : Saya rasa dia bijak daripada saya lebih-lebih lagi dalam subjek matematik sebab apabila saya ada masalah dalam memahami subjek tersebut saya akan terus bertanya kepada dia. Wartawan : Pernahkah anda merasai cemburu antara salah satu sama lain ? Haziqah : Tidak juga, sebab apa yang saya ada dia juga ada. Tidak ada benda yang nak dikongsi. Wartawan : Baik. Bagaimanakah orang disekeliling anda mengenali awak dan juga kembar awak ? Farzana & Haziqah: Daripada ketinggian. Wartawan : Baiklah , itu sahaja daripada saya . Sekian terima kasih. Wartawan : Salam sejahtera , saya Eva Elishya . Hari ini saya bersama kembar yang seiras . Bolehkah anda memperkenalkan diri anda? Kembar pertama : Saya Arrabella Vannesia Anak Beti. Kembar kedua : Saya Annabella Vannessa Anak Beti. Wartawan : Baiklah,boleh saya tahu yang mana satukah kakak dan adik ? Annabella : Saya kakak. Arrabella : Dan saya adik. Wartawan : Apakah perasaan anda apabila mempunyai kembar ? Annabella : Berasa gembira dan beruntung. Arrabella : Berasa beruntung sebab dia selalu menolong saya dalam pelbagai perkara. Wartawan : Baiklah, apakah keistimewaan kembar anda pada pandangan anda atau pandangan orang lain ? Arrabella : Saya berasa Annabella ini bijak dalam semua matapelajaran. Annabella : Dia kadang-kadang boleh menolong saya dalam pelbagai aktiviti. Wartawan : Pernahkah anda merasai cemburu antara salah satu sama lain ? Arrabella dan Annabella : Tidak. Wartawan : Bagaimanakah orang disekeliling anda mengenali awak dan juga kembar awak ? Arrabella : Kadang-kadang orang yang sudah lama kenal kami ini sudah nampak perbezaan kami manakala yang baru kenal itu susah untuk bezakan . Annabella lebih “feminine” dan saya kurang sedikit. Wartawan : Baiklah , itu sahaja daripada saya . Sekian terima kasih . Wartawan : Salam sejahtera , saya Eva Elishya . Hari ini saya bersama kembar yang seiras . Bolehkah anda memperkenalkan diri anda? Kembar pertama : Saya Yvenist Foureen Piousism. Kembar kedua : Dan saya Yveone Threeny Plasmism. Wartawan : Baiklah , yang mana satukah kakak dan adik ? Yveone : Saya kakak. Yvenist : Dan saya adik. Wartawan : Apakah perasaan anda apabila mempunyai kembar ? Yveone & Yvenist : Biasa- biasa sahaja. Wartawan : Apakah keistimewaan kembar anda pada pandangan anda atau pandangan orang lain ? Yveone : Kami comel. Wartawan : Pernahkah anda merasai cemburu antara salah satu sama lain ? Yveone : Pernah lebih-lebih lagi dalam akademik. Wartawan : Baik . Bagaimanakah orang disekeliling anda mengenali awak dan juga kembar awak ? Yveone : Saya mempunyai tahi lalat dan Yvenist tiada. Wartawan : Baiklah , itu sahaja daripada saya . Sekian terima kasih . 38


CANDID E K S P R E S I P E N U H J U J U R , I K H L A S D A N B E R S U N G G U H ! 39


CANDID E K S P R E S I P E N U H J U J U R , I K H L A S D A N B E R S U N G G U H ! 40


POTRET SEBARU EDISI 19 Potret Sebaru merupakan bahagian yang mengandungi gambar-gambar warga Sebaru bagi tahun 2022. Potret ini akan menjadi kenangan manis yang sama dikecapi sepanjang tahun 2022. Semoga kenangan manis ini sentiasa tersemat di sanubari semua. Yang Indah itu Pertemuan, Yang Manis Itu Kemesraan, Yang Pahit Itu Perpisahan, Dan Yang Tinggal Hanyalah Kenangan. 41


S M K B A R U B I N T U L U . C O M S M K B A R U B I N T U L U . C O M Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. (Hamka) Senarai Guru Sesi Pagi *FATIMAH WAN ADINI (PENGETUA)*ALBARIAH BINTI MUSTAPHA (PK PENTADBIRAN) *SALMIAH BT. MAHLI (pk hem) *DAYANG FARIDAH BINTI AWANG SAM(PK KOKURIKULUM)*LUCY UNING(pk petang)*ABDUL NASIR BIN ROSLI (kb sains dan matematik) *MARGARET ANAK LIM BUGAU (kb kemanusiaan) *MOHD NASZRI BIN RAKAWI (kb bahasa) *PUVANESWARAN A/L VIKNEES BARAN (kb votek) *AHMAD ANUAR @ MAJIDI BIN BASUNI *AHMAD ASYRAAF BIN IBENI *AMMAR ADAM MOHANRAJ BIN ABDULLAH *ANNIE HII LEH MIN *AZWA NASUHA BINTI MOHD ASRI *BRINJAN ANAK SULANG *CHRISTINENA ANAK MAMUJAYA *DAYANG MORHAYANI BT. AWANG ARIS *DAYANG SABRINA BINTI AWANG OMAR *ETA ANAK JAWENG *FATIN AMIRA BINTI BAHARUM *GOH NGOK MEI *GRACE WONG SYN SIAN *HAIRNE BINTI CHE ZAIR *HII CHUI LEH *HII SIAN MING *HUONG PICK KONG *JACQUELINE ANAK MAMUT *JESSIE GARA *KASMINAWATI ALLIYANA BINTI BAKERI *LAI HUEY YING *LIM WEI PENG *LIZA BINTI TAHIR *LOH WENG MUN *MADIAH ANAK NYINGAT *MARK ANAK GEORGE JENGGING*MASEMIEZA ZAINURFARINA BINTI MASNON*MOHAMED MUAZ BIN ABDUL MANAN *MOHAMMAD FAIZUL BIN MOHMUD*MOHAMMAD SYAMIL BIN JAYA *MOHD NAZARETH BIN ARIPIN *MUHAMMAD IZZUDDIN BIN OSMAN *MUHAMMAD ZULKEFLI BIN MUHAMAD *MUNALLAHEI MEGES *NANCY BINTI AHMADIE CHEN *NGU MEE SING *NOOR AZMAH BINTI ISMAIL *NOOR AZREAN QHAIRULNISA BINTI ARIFFIN*NOOR SHAHIDAH BINTI SELAMAT *NOORSIYAH BINTI BATU *NORAFIDA BINTI CHE MOHD ZUKI*NORLIA BINTI OSMAN *NUR ATIKAH BINTI YUSRI* NUR FATINI BINTI MADELI *NUREHAN BINTI JAIS *NURUL AIN BINTI RAZALLI *PLYCIA EXSHONNA ANAK MAT *RAPILAH BINTI MAHJEN*RICHARD ANAK AWANG *ROSTINA ANAK MANGI *SAFRINA BINTI MASNI *SALINA BINTI JANIS *SHARINA LAJIM *SIA SIEW SHING *SITI NAZIRAH BINTI CHE PA *SLYVESTER CHIN MING YANG *STEPHENEE LOI SIEW MEE*STYLAND AK ROLAND *SURIA ANAK UTIL*SURIA ANAK UTIL*TEONG UNG UNG *WAN MOHD RAZIF BIN WAN RUSLI *WONG CHII MOI* WONG LING LEE *YII LI LI *FARAH MASTURAH BINTI AHMAD AZIAN*FARAH NAJIHAH BINTI MD ISA* #SebaruHebatGemilangBersama #SebaruTerbaikMantapHebat #StrongerTogether WARGA PENDIDIK SMK BARU BINTULU 42


S M K B A R U B I N T U L U . C O M S M K B A R U B I N T U L U . C O M Yang Paling Hebat Bagi Seorang Guru Adalah Mendidik, dan Rekreasi Yang Paling Indah Ialah Mengajar ( Maimoen Zubair) Senarai Guru Sesi Petang *FATIMAH WAN ADINI (PENGETUA)*ALBARIAH BINTI MUSTAPHA (PK PENTADBIRAN) *SALMIAH BT. MAHLI (pk hem) *DAYANG FARIDAH BINTI AWANG SAM(PK KOKURIKULUM)*LUCY UNING(pk petang)*ABDUL NASIR BIN ROSLI (kb sains dan matematik) *MARGARET ANAK LIM BUGAU (kb kemanusiaan) *MOHD NASZRI BIN RAKAWI (kb bahasa) *PUVANESWARAN A/L VIKNEES BARAN (kb votek) *ABDUL HADI ABUL MUNDZIR BIN ZAKARIA*AHMAD HAKEEM BIN AB LLAH *AHMAD SYAHMEER BIN JUNAIDI*ALIF AFIQ BIN YUSUP *ALTREACIA ANAK MINDOS PENDY *ANGELIA PAYA TUGAU *ANNA COLLYNE ANAK LATIT*ANNIE JAMES*BERUDI AK NGELAMBAI *CATHERINE BERTIA ANAK TINJIM*DAYANG NINA SYAZWANI BINTI ABANG SAKARDI *G WAN SHAZWANI BINTI AG IBRAHIM* ELIZABETH LEJA ANAK PETER *EVANGELISTA KELAMA *FATIMAHWATI BINTI KAMIT *HASLINA MINSAI *HUWAIDA HANANI BINTI MOHD FIRSUL HAMDEE *ILWA HATELY ANAK KALONG*JESSICA SAPOK ARANG *JUIL JUAN *KHADIJAH BINTI LAILI *LEMBANG ANAK JALANG *LESSIE ANAK JOHN* LISA SE WEI CHING *LYDIA AVUN ABDULLAH *MAHATHIR BIN AKIL*MOHAMAD QUYUM HAZMI BIN ABDUL RAHMAN* MOHAMAD ZAKI BIN NARODIN *MOHD HUSAINI BIN MUKHTAR *MONICA LALU *MORINNA ANAK GUNDAH *MUHAMMAD ARIFF BIN ISMAIL *MUHAMMAD RAHIMEE BIN RAZALI *MUHAMMAD SYAZUAN BIN SHAARI*NAZILAH BINTI NAAZRI *NORHAIYATI DYG. ISAH *NORMAWATY BINTI ABDUL WAHID*NUR ADIBAH BINTI JOMRAH @ OSMAN *NUR AZIZA BINTI ZAINI *NURAISYA ELIZABETH FERADA BINTI DUNGGAT *RAHAYU BINTI ABDUL AZIZ *REBECCA SHINJA ANAK LAJIM *ROHIMANAZRIN BINTI IBRAHIM *RONNY ANAK SIMPO *RONNY ANAK SIMPO *SIEW MEE TING *SITI NASIRAH BINTI MOHAMAD *SITI ROHANA BINTI SUDIN *SITI SOLEHAH BT ABDILLAH*SITI SYAHIRAH BAHARI *STEPHANIE ANGIE ANAK NOJEN *SUNAH BT PANDIN *TAN CHIA FANG *TAY SING ZOO *TIONG KIONG *TUNI AJIN ANAK MELINA*WAHIDA BINTI WAHAB *WONG MEE DING @ MEE LING *WONG MEE DING @ MEE LING *PARAMESVARY A/P VETTRY VIRAN*PUTRI AMIRAH BINTI MEGAT AZAMUDDIN* #SebaruHebatGemilangBersama #SebaruTerbaikMantapHebat #StrongerTogether WARGA PENDIDIK SMK BARU BINTULU 43


S M K B A R U B I N T U L U . C O M S M K B A R U B I N T U L U . C O M Dijalani, Dinikmati, Disyukuri...... Tetap Semangat Dan Senyum Selalu...... Senarai anggota kumpulan pelaksana (akp) *FATIMAH WAN ADINI (PENGETUA)*ALBARIAH BINTI MUSTAPHA (PK PENTADBIRAN) *SALMIAH BT. MAHLI (pk hem) *DAYANG FARIDAH BINTI AWANG SAM(PK KOKURIKULUM)*LUCY UNING(pk petang) *ROSMAH BINTI ROSLI (KETUA PEMBANTU TADBIR ) *ROGAYAH BINTI LUDIN *SITI ZAM BINTI AHMAD *NORHARIZA BINTI ZAIMI *SHARIFAH MARZIAH BINTI WAN SEH *BA'ON ANAK GILON*ABDUL HAMIDON BIN DENI *RUSNAH BT MOHD. KAPEH *DARINA BINTI ABU BAKAR *DARINA BINTI ABU BAKAR *EALMIMY ANAK MERING *HASNIARONIE ABU BAKAR *SUHAILA BT. HUSSAINI *LESLIE BIN HILARY LAISAK *NUR AMIRAH BINTI MOHAMMAD JAWARIE *TING AI FUNG #SebaruHebatGemilangBersama #SebaruTerbaikMantapHebat #StrongerTogether anggota kumpulan pelaksana SMK BARU BINTULU 44


J A W A T A N K U A S A I N D U K H A L E H W A L M U R I D J A W A T A N K U A S A I N D U K K U R I K U L U M #SebaruHebatGemilangBersama #SebaruTerbaikMantapHebat #StrongerTogether #SebaruHebatGemilangBersama #SebaruTerbaikMantapHebat #StrongerTogether 1.0 JK PENGURUSAN KURIKULUM 2.0 JK PANITIA MATA PELAJARAN 3.0 JK JADUAL WAKTU & TEACH IN 4.0 JK PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN 5.0 JK PENYELIAAN DAN PENCERAPAN 6.0 JK PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) 7.0 JK KELAS ALIRAN KHAS (KRK & KAA) 8.0 JK PUSAT SUMBER SEKOLAH 9.0 JK PROGRAM SINAR 10.0 JK PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK 1.0 JK PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 2.0 JK LEMBAGA DISIPLIN 3.0 JK KESELAMATAN 4.0 JK LEMBAGA PENGAWAS 5.0 JK KEBAJIKAN MURID 6.0 JK SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) 7.0 JK PENGURUSAN SISTEM SAHSIAH DIRI MURID (SSDM) 8.0 JK MAJALAH SEKOLAH 9.0 JK APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM) 10.0 JK KELAS 5 BINTANG 11.0 JK PROGRAM KESIHATAN, KEBERSIHAN & KECERIAAN, KESELAMATAN (3K) 12.0 JK PROGRAM JOM KE SEKOLAH & GURU PENYAYANG 13.0 GURU KELAS "Ia kelihatan selalu mustahil sehingga ia dilakukan." Nelson Mandela "Hidup umpama menaiki basikal. Untuk mengekalkan keseimbangan, kita harus bergerak." Albert Einstein 45


U N I T B I M B I N G A N D A N K A U N S E L I N G J A W A T A N K U A S A I N D U K K O K U R I K U L U M #SebaruHebatGemilangBersama #SebaruTerbaikMantapHebat #StrongerTogether #SebaruHebatGemilangBersama #SebaruTerbaikMantapHebat #StrongerTogether 1.0 JK PENGURUSAN KOKURIKULUM 2.0 JK PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH (1M1S) 3.0 JK RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN 4.0 MAJLIS SUKAN SEKOLAH SMK BARU BINTULU 5.0 JK PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 6.0 JK PROGRAM INOVASI 7.0 JK KOPERASI SEKOLAH 8.0 JK HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP) 9.0 GURU RUMAH SUKAN "Hanya mereka yang berani untuk gagal dengan hebat, boleh mencapai kehebatan." Robert F. Kennedy "Banyak kegagalan dalam hidup adalah dialami oleh orang yang tidak sedar bahawa mereka hampir Berjaya ketika mereka berputus asa."- Thomas Edison 46


Click to View FlipBook Version