The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU ANAK BULAN SYAWWAL 1444/2023 VERSI ONLINE

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Persatuan Jurufalak Syarie; Buku Digital Percuma, 2024-04-08 15:17:36

BUKU ANAK BULAN SYAWWAL 1444/2023 VERSI ONLINE

BUKU ANAK BULAN SYAWWAL 1444/2023 VERSI ONLINE

ANAK BULAN SYAWWAL 1444/2023 Penyunting RAIHANA ABDUL WAHAB 2024/1445


Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada terbitan ini sama ada ilustrasi dan isi kandungannya dalam apa jua bentuk dan cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman dan sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit. ANAK BULAN SYAWWAL 1444/2023 Terbitan online Tahun 2024 Penyunting Raihana Abdul Wahab Reka Bentuk Kulit Buku Amira Marwaty Ahmad Mokhtar Diterbitkan oleh: PERSATUAN JURUFALAK SYARIE J2-09-02, PPAM Jintan, Jalan Kandis P16, 62100, Wilayah Persuktuan, Putrajaya 62100 Putrajaya Wilayah Persekutuan (Putrajaya) Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Perpustakaan Negara Malaysia Rekod katalog untuk buku ini boleh didapati dari Perpustakaan Negara Malaysia e ISBN 978-629-97041-3-3


I Isi Kandungan Isi Kandungan Prakata I-II III-IV Halaman 1. PENDAHULUAN: POLEMIK PENENTUAN 1 SYAWAL 1444 Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi 3-24 2. MEMAHAMI PERBEZAAN HARI RAYA DI INDONESIA Persatuan Jurufalak Syarie 25- 28 3. BILA DAN DI MANA ANAK BULAN SYAWAL 1444H BERADA? Baharrudin Zainal 29-34 4. KEMUNGKINAN NEGARA EROPAH & TIMUR TENGAH RAYA JUMAAT 21 APRIL 2023? Persatuan Jurufalak Syarie 35-41 5. NAVIGATING DIFFERENCES IN MOON-SIGHTING CRITERIA IN SOUTHEAST ASIA: A CALL FOR GREATER COOPERATION AND HARMONISATION Ahmad Badri bin Abdullah & Raihana Abdul Wahab 43-46 6. 1 SYAWAL: JUMAAT ATAU SABTU? Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi 47-52 7. DINAMIKA PENENTUAN TARIKH 1 SYAWAL 1444 DI DUNIA Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi 53-65 8. ANALISIS DATA PENENTUAN TARIKH PUASA & HARI RAYA 1444 H Nik Abdul Rahman Bin Mustapha 67- 77


II SISIPAN 9. KENYATAAN MEDIA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA BERKENAAN ISU TULAR TANGKAP LAYAR “PEMBERITAHUAN AKHIR RAMADAN 1444H 20 APRIL 2023” Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 79-80 10. PENENTUAN AWAL SYAWAL 1444H Jabatan Mufti Negeri Kedah 81-82 11. PROSPEK KENAMPAKAN HILAL SYAWAL 1444H DI PANTAI ACHEH, PULAU PINANG Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang 83-86 12. PENAFIAN KALENDER ISLAM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 87 13. MAKLUMBALAS LAPORAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA BERTARIKH 13 APRIL 2023 BERTAJUK “CERAPAN ANAK BULAN LEBIH KETAT DAN TELITI’’ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 89-91 14. PRINSIP ASAS DALAM PENENTUAN TARIKH HARI RAYA DI MALAYSIA Jabatan Mufti Negeri Selangor 93-95 15. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) 97-99


Prakata Alhamdulillah, segala puji-pujian kepada Allah SWT di atas segala kurniaan nikmatNya. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW pembawa rahmat sekalian alam, salam dan sejahtera buat ahli keluarga dan para sahabat baginda SAW. Tarikh awal 1 Syawal 1443/2022 di Malaysia akan diingati sebagai tarikh penting dalam sejarah ilmu falak di Malaysia. Raya Aidilfitri (Isnin) 1443/2022 di Malaysia dikatakan disambut secara “terkejut”. Setelah hampir setahun peristiwa tersebut berlalu, Syawal 1444/2023 diwarnai dengan pelbagai spekulasi mengenai tarikh 1 Syawal 1444. Buku ini merupakan usaha untuk mengumpulkan sebahagian ulasan atau kenyataan berkaitan dengan penentuan awal Syawal 1444. Lapan (8) rencana/ulasan dari ahli falak yang mengulas dari pelbagai dimensi terhadap penentuan awal Syawal 1444 telah dirakamkan dalam buku ini. Komentar dan buah fikiran dari sisi ahli falak dikumpulkan sebagai sejarah dan rujukan kepada penyelidik dan peminat ilmu falak pada waktu mendatang. Oleh kerana, penentuan awal raya 1444/2023 meberikan impak yang penting dalam kehidupan masyarakat di malaysia, pelbagai pihak mengeluarkan kenyataan rasmi mahupun tidak, buku ini muncul sebagai medium menghimpunkan pelbagai kenyataan pelbagai pihak yang berkaitan. Akhir kalam, diharapkan buku ini akan menjadi rujukan pada masa akan datang. Wallahu ‘Álam RAIHANA ABDUL WAHAB Penyunting


PENDAHULUAN 3 Pendahuluan: Polemik Penentuan 1 Syawal 1444 Oleh: Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi Isu penentuan awal Raya di Malaysia bermula sebaik sahaja selepas beberapa hari Umat Islam menyambut Ramadan. Malaysia bersama dengan kebanyakan negara di dunia memulakan puasa pada Khamis 23 Mac 2023. Semasa anak bulan dicerap pada Rabu, 22 Mac 2023/29 Syaaban 1444, anak bulan telah kelihatan di 10 tempat cerapan rasmi. Kedudukan anak bulan tinggi dikaki langit di ufuk barat. Umur bulan sudah melepasi kebiasaan rekod anak bulan telah kelihatan di Malaysia sebelum ini. Di bantu pula dengan cuaca cerah diberapa tempat di seluruh Malaysia. Di Semenanjung Malaysia anak bulan telah dilaporkan kelihatan di Putrajaya, Negeri Sembilan, Selangor, Perak Pulau Pinang, Melaka. Di Teluk Kemang Negeri Sembilan anak bulan kelihatan menerusi teleskop. Di bumi kenyalang Sarawak, dua lokasi melaporkan anak bulan kelihatan iaitu Miri, dan Kuching. Tidak ketinggalan di negeri di bawah bayu Sabah, turut melaporkan perkara yang sama. Permulaan puasa tiada isu, umat Islam mula menunaikan rukun Islam yang keempat tersebut.


B BAB 1 4 Rajah 1: Data Kedudukan anak bulan di Malaysia bagi penentuan awal Ramadan 1444/2023 (Sumber: JAKIM)


PENDAHULUAN 5 Rajah 2: Tempat Anak Bulan dilaporkan kelihatan di Malaysia bagi penentuan awal Ramadan 1444/2023 (Sumber: JAKIM) Hari Jumaat, 2 Ramadan bersamaan 24 April selepas sehari umat Islam menunaikan fardhu puasa, portal berita Malaysiakini berkongsikan berita “Ada kemungkinan 1 Syawal tidak disambut serentak di rantau ini” i Malaysiakini.com memetik berita dari portal berita Kompas.com yang memaparkan kenyataan Ketua Majelis Ulama Indonesia (MUI), Abdullah Jaidi yang menjangkakan terdapat kemungkinan 1 Syawal di negara itu tidak jatuh pada tarikh yang sama dengan negara-negara lain di rantau ini, termasuk Malaysia. Berita ini menarik minat komentar netizen antaranya mereka mengimbau episod “Raya Mengejut 2022”. Rata-rata berharap supaya raya mengejut tidak berulang kembali. ii


B BAB 1 6 Rajah 3: Tangkap Layar Laporan Berita Malaysiakini.com Bulan belum beralih fasa, isu penentuan hari raya mendapat tempat di kalangan masyarakat, walaupun puasa belum sampai seminggu. Dalam pada itu, di luar negara ia memang menjadi perkara biasa ramalan dan jangkaan tarikh hari raya dilakukan oleh pakar falak tertentu. Contohnya pada Isnin, 12 Ramadan bersamaan 3 April di negara UAE, Ibrahim Al Jarwan, Ketua Persatuan Falak Emiriah Arab Bersatu dipetik berkata dalam portal berita BarqImarat menyatakan bahawa secara astronominya satu Syawal di UAE jatuh Jumaat 21 April. Ini berikutan menurut beliau, sela masa matahari terbenam dan bulan terbenam 22 minit di UAE pada hari cerapan anak bulan Syawwal.iii . Justeru, ramalan dan jangkaan tarikh raya di negara luar menjadi perkara biasa berbanding Malaysia. Sebelum ini yang tarikh hari raya puasa “aman” mengkut tarikh yang dipaparkan di kalendar melainkan pada tahun 1443/2022 sahaja, raya awal dari tarikh yang dipaparkan di takwim.


PENDAHULUAN 7 Isu jangkaan raya awal pada Jumaat terus dimainkan sepanjang bulan Puasa tahun 1444 Hijriah. Ramai netizen menjadi ahli falak segera mengulas mengenai penentuan hari raya Antaranya isu tangkap layar gambar counting tarikh Akhir “Ramadan 1444 2023” di Masjid Wilayah Persekutuan. “20 April 2023 akan dilakukan cerapan anak bulan. Maka korang boleh lah bersedia ye.Setahu admin. Subuh 20 April 2023 tu akan berlaku gerhana matahari. Biasanya bila berlaku gerhana matahari, anak bulan akan muncul pada


B BAB 1 8 waktu maghrib. Jadinya ada kemungkinan besar kita raya 21 April 2023”. Seawal 13 Ramadan, 4 April timbul vedio mengulas mengenai tarikh hari raya Aidilfitri 1444 melalui aplikasi tiktok @sajetasoff . melalui vedio tersebut menyatakan “kemungkinan” Syawal berkemungkinan 21 bukan 22 haribulan April.iv Tidak ketinggalan juga, isu penentuan awal Raya Aidilfitri turut dikritik oleh mereka yang berpengaruh seperti SS Prof. Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin (MAZA). Pada ketika fasa bulan beralih ke purnama 14 Ramadan, 5 April 1444 beliau mengeluarkan kenyataan dalam Twitter berbunyi; “ Dalam Hisab Muhammadiyyah Indonesia: 21 hb April 2023 adalah hari raya. Mereka menyatakan hisab falak menunjukkan hilal memang wujud pada tarikh tersebut. Mereka pun mengistiharkan hal itu. Adapun kita menunggu sehingga pengistiharan rasmi 20 hb April” v terdapat netizen menggunakan kenyataan beliau dengan menimbulkan spekulasi mengenai tarikh hari raya.


PENDAHULUAN 9 Ditambah lagi dengan tular tangkap layar aplikasi kalendar memaparkan tarikh hari raya syawal pada 21 Jumaat 2023, bukan seperti tarikh di kalendar yang dikeluarkan oleh pihak berwajib. Penafian JAKIM mengenai penetapan tarikh hari raya Aidilfitri bagi tahun 1444H / 2023M


B BAB 1 10 Sumber: facebook JAKIM Isu-isu ini memaksa pihak berwajib mengeluarkan kenyataan segera menafikan atau merangkan keadaan yang sebenar. JAKIM, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Jabatan/Pejabat Mufti mengeluar kenyataan hari demi hari menjelaskan isu ini. Persatuan Jurufalak Syarie seawal sehari bulan masuk ke fasa purnama iaitu 12 Ramadan, 3 April 1444 menjelaskan mengenai isu pebezaan makanisma penentuan awal bulan di Malaysia dan Indonesia. Artikel tersebut telah diterbitkan dalam Malaysiakini bertajuk “Syawal mungkin tak disambut serentak di rantau ini’’ Akhbar atau portal arus perdana saban hari berperanan menyemarak lagi teka teki tarikh 1 Syawal 1444, Jumaat atau Sabtu. Antara berita yang memberikan impak besar kepada Isu ini ini adalah berita yang dilaporkan oleh gulfnews. Berita dalam akhar berpengaruh itu telah dikutip oleh media tempatanvi Pada 16 Ramadan, 7 April keluar tajuk berita ‘Pusat Astronomi Antarabangsa jangka 1 Syawal pada Jumaat’’ Mengikut laporan berita Pusat Astronomi Antarabangsa (IAC) yang berpangkalan di Emeriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan negara-negara Islam


PENDAHULUAN 11 akan menjalankan kewajipan mencerap hilal bagi menentukan awal bulan Syawal pada 20 April yang berkemungkinan menjadi penghujung Ramadan. Walaubagaimanapun, menurut portal Gulf News, beberapa negara di Asia termasuk Australia mungkin tidak dapat melihat keadaan anak bulan Syawal dengan mata kasar mahupun menggunakan teleskop khas. Jelas portal tersebut lagi, namun begitu, beberapa negara Islam lain berkemungkinan dapat menyaksikan anak bulan pada tarikh tersebut. Kebanyakan negara Islam mungkin mengumumkan permulaan 1 Syawal pada keesokan harinya yang akan menjadikan hari Jumaat, 21 April sebagai hari pertama Aidilfitri. Rajah 6: Tangkap Layar Laporan Berita sinarharian.com Berita yang dipetik dari gulfnews tersebut mendapat perhatian banyak pihak sehinggakan Menteri Agama Malaysia memberikan komontervii Ramalan Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bahawa 1 Syawal di kebanyakan negara adalah pada 21 April, akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar. "Jadi saya rasa kita kena tunggu. Kita akan bincang di peringkat Jawatankuasa Fatwa, seboleh-bolehnya kita nak mengelakkan apa yang berlaku pada tahun lepas tidak berulang supaya tidak terkejut (sambut raya). Justeru, Sekiranya sesuatu isu mendapat perhatian Menteri sudah tentu ia isu serius, malah sehingga perlu dibawa kepada jawatankuasa fatwa menunjukkan ia benar-benar


B BAB 1 12 serius dan penting. Bagi raykat dibawah, ramai yang mengharapkan episode raya mengejut tidak berulang kembali. Rajah 7: Tangkap Layar Laporan Berita BERNAMA.com Kemudiaanya, kenyataan SS Prof. Dr MAZA juga muncul dalam medium youtube! viii. Beliau telah menyebut kiraan JAKIM dengan menggunakan kriteria baru menunjukkan raya Sabtu, ramalan hampir pasti Sabtu, tetapi ahli-ahli falak yang lain seperti Muhammaiyah di Indonesia berdasarkan wujudulhilal akan menyambut hari raya pada Jumaat. Beliau juga memetik berita dari UAE yang menyatakan raya hari jumaat. Mungkin perbezaan antara kita dengan mereka dari aspek ‘’matla’’. Tidak mustahil untuk raya Jumaat jika ada orang yang nampak anak bulan. Beliau secara peribadi meminta JAKIM untuk kembali menyemak semula kriteria yang baru digunakan sejak tahun 2022 dan tahun 2023.


PENDAHULUAN 13 Rajah 8: Tangkap Layar Paparan Youtube Mengikut beliau lagi, kriteria ini telah menimbulkan kekeliruan, seperti tahun lepas, berdasarkan kriteria tersebut anak bulan tidak kelihatan. Akan tetapi tahun lepas anak bulan kelihatan. Ini merupakan pemilihan kriteria yang boleh dipersoalkan menurut beliau. Ini kerana pasukan yang dilantik tersebut merumuskan kriteria telah bentangkan kepada muzakarah membabitkan muftimufti. Menurut beliau lagi, Mufti-mufti bukan ahli falak, maka tidak dapat memberikan pandangan balas, dan yang peliknya dan tak wajar belaku kerana kita berada di matla’ yang sama. Negara-negara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Kambodia. Sepatutnya raya dan puasa pada hari yang sama. Salah satu tempat nampak sepatutnya dipakai pada tempat yang lain. Tak payah Malaysia nampak nak pakai Malaysia sahaja. Penyelarasan di peringkat atasan perlu dibuat. Kalau tidak macam pelik, masing-masing mengikut kerajaan masingmasing. Dengan kita gesa negara-negara ASEAN menyatukan hal ini. Sekiranya Indonesia nampak cukup digunakan di Malaysia. Seperti di Perlis saya rasa orang Thailand akan raya Jumaat dan ini sesuatu yang tidak wajar. JAKIM perlu membuat sedikit semakan dalam hal ini. ix Kenyataan ini menarik minat orang ramai mengikuti isu ini secara dekat. Kemuncak kepada isu penentuan awal raya 2023 pada 13 April mucul laporan akhbar Utusan Malaysiax . Menurut Utusan Malaysia raya terkejut tahun ini mungkin tidak berulang kembali. Ini disebabkan oleh prosedur cerapan anak bulan diperketatkan. Berdasarkan Sumber Utusan Malaysia mendakwa pengisytiharan tarikh Aidilfitri tahun lalu


B BAB 1 14 adalah tidak sah dan terdapat banyak kesilapan yang telah dikesan. berita Utusan Malaysia mendakwa bahawa data kenampakan anak bulan pada 1 Mei di Labuan tidak disenaraikan dalam laman sesawang rasmi Majlis Raja-Raja. Ini ditafsirkan oleh sebagai kenampakan tersebut adalah terbatal. Laporan Utusan Malaysia mendakwa Isu berkenaan turut menjadi perdebatan ‘panas’ dalam kalangan saintis astronomi tanah air yang menyifatkan insiden itu sebagai cukup mengaibkan. Sumber Utusan bependapat jika perlu imej hilal Syawal dirakamkan menerusi kamera dan bukan lagi sekadar mencerap anak bulan dengan melihat kepada skrin di komputer. Panel Pakar Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Ustaz Hanafiah Abdul Razak juga dipetik dengan dakwaan beliau mengesahkan mengenai perkara tersebut namun enggan mengulas lebih lanjutxi . Rajah 9: Utusan.com.my Rajah 10: Utusan Malaysia


PENDAHULUAN 15 Melalui Utusan Malaysia, Penasihat Persatuan Falak Syarie Malaysia. Datuk Azhari Mohamed, mantan Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia berkongsi pandangan mengenai penetapan awal Syawal 1444. Antara kenyataan beliau yang perbesarkan “Jangan terkejut kalau peristiwa “Raya Mengejut’” tahun lepas akan berulang lagi tahun ini”. Beliau berpendapat, penggunaan teknologi moden perlu digunakan secara berhati-hati supaya tidak “memaksa bulan untuk melahirkan anak bulan songsang”. Pengunaan teknologi moden khusunya sistem pengimejan dan kamera CCD berpotensi anak bulan Syawal berjaya dirakamkan walaupun ia tidak kelihatan dengan mata kasar atau teleskop secara terus.xii Sejak zaman berzaman, rakyat Malaysia mengamalkan tradisi “balik kampong” sempena hari Raya. Mengikut kalendar hari Khamis merupakan hari akhir bekerja dan cuti akan bermula pada Jumaat. Penangan “raya mengejut” manarik minat kerajaan untuk megumumkan cuti tambahan. Mengikut Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Jumaat, 21 April 2023, maka Kerajaan menetapkan hari Isnin, 24 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan. "Walau bagaimanapun, sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Sabtu, 22 April 2023, maka Kerajaan menetapkan hari Jumaat, 21 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan," katanya.xiii


B BAB 1 16 Berdasarkan takwim KPM, sesi persekolahan sempena Aidilfitri sebelum ini ditetapkan bermula 20 April hingga 1 Mei ini. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata cuti tambahan itu adalah untuk memudahkan urusan guru, murid serta ibu bapa untuk pulang ke kampung masingmasing bagi membuat persiapan menyambut perayaan terbabit KPM memberikan cuti tambahan pada 19 April ini atau Rabuxiv . https://www.thesundaily.my/cerita/berita/fadhlina-19-april-cutitambahan-sekolah-sempena-aidilfitri-CM10855799 Pada 17 April dan 19 April 2023, IAC telah mengeluarkan kenyataan media yang berkaitan anak bulan tidak kelihatan dengan mata kasar pada hari khamis di negara-negara Islam. Ini membawa kepada penafsiran tarikh hari raya dijangka jatuh pada sabtu. Kenyataan akhbar IAC juga dipetik oleh media-media tempatanxv Bersarkan tajuk berita pada 7 April 2023 dan 17 April 2023 media-media tempatan dilihat berlaku penentangan yang jelas contohnya


PENDAHULUAN 17 Pusat Astronomi Antarabangsa ramal Aidilfitri Sabtu iniKosmo.com.my 17 April 2023xvi Pusat Astronomi Antarabangsa jangka 1 Syawal pada Kosmo.com.my Jumaat 7 April 2023xvii Dalam tempoh 10 hari ramalan berbeza yang dipetik dari kenyataan oleh IAC ini juga menambahkan lagi spekulasi tarikh hari Raya Aidilfitri 1443. Walaupun begitu, isu penentuan awal Syawal dilihat secara positif mempunyai impak yang besar kepada masyarakat dalam memahami atau cakna berkaitan falak.


B BAB 1 18 Ilmu Falak lebih mendapat liputan yang lebih luas Sebagai contoh JAKIM mengeluarkan 13 kali posting sepanjang bulan Ramadan sama ada berbentuk video, kenyataan media mahupun beritaxviii. Manakala JUPEM dilihat mengeluarkan kenyataan mengenai data perbandingan anak bulan diantara tahun raya 1443/2022 dan data anak bulan syawal 1443xix Malah Jabatan- Jabatan Mufti seperti Selangorxx, Pulau Pinangxxi,Pahang, Kedahxxii mengeluarkan kenyataan khusus menerangkan menasihati orang ramai agar serahkan kepada pihak berwajib dalam menentukan tarikh hari raya. Mufti Wilayah Persekutuan SS Datuk Prof Madya Dr Luqman Hj Abdullah diberikan slot khas dalam video IKIM mengeluas isu inixxiii (live 8.30 pagi) topik Jumaat “Penetapan Tarikh Syawal” bersama SS Datuk Prof Madya Dr luqman Haji Abdullah (Mufti Wilayah Persekutuan) Agak menarik kali ini Jabatan Mufti Negeri Perakxxiv mengeluarkan kenyataan secara santai melalui medium tiktok menjelaskan data kenampakan anak bulan. Isu ini juga sehingga keluar menarik pelbagai akhbar cetak dan portal berita menyiarkan berita


PENDAHULUAN 19 mengenai penentuan hari raya. Media tempatan memberikan ruang yang luas ahli falak mengulas isu ini. Contohnya Berita Harian menyediakan ruang sebanyak 2 muka surat berita yang bertajuk “Mengintai hilal menanti Syawal”. Wartawan berita hari telah menemubual Penolong Mufti Kanan (Falak), Jabatan Mufti Negeri Selangor, Hardi Mohamad Sadali, untuk menjawab pelbagai persoalan berkiatan penentuan awal bulan. Penasihat Persatuan Falak Syarie Malaysia. Datuk Azhari Mohamed, mantan Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia diberi ruang oleh Utusan Malaysia 2 muka surat mengulas dalam ruang rencana bertajuk Raya hari Jumaat atau Sabtu mengenai penetapan awal Syawal 1444xxv. Profesor Dato’ Dr Mohd Zambri Zainuddin Panel Pakar Falak JAKIM muncul dalam TV Alhijrah dalam rancangan Borak Analisis bertajuk “Raya mengejut Lagi’’ pada 14 April 2023xxvi


B BAB 1 20 Penolong Pengarah Kanan Seksyen Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Shahril Azwan Hussin diberi peluang dalam mucul dalam waktu perdana rancangan Buletin Utama TV3 mengeluas mengenai isu ini. Dengan olahan dari pihak media melalui info grafik mengenai ilmu falak sudah pasti ia akan menyampaikan ilmu falak lebih ramai kepada masyarakatxxvii JUFAS juga mengeluarkan kenyataan melalui media sosial antaranya bertajuk ‘’Memahami Perbezaan Penentuan Hari Raya Di Indonesia’’ dan Kemungkinan Negara Timur Tengah & Eropah Raya Jumaat 21 April 2023”’. Portal berita Malaysiakini.com dan Berita Harian memberikan peluang kepada JUFAS muncul di dada akhbar dan berita mereka bagi mendapatkan capaian berita yang lebih luas. JUFAS telah diberi peluang oleh media arus perdana berkongsi padangan melalui Akhbar, Televisyen, Radio dan Portal Media. Publisiti ini mempunyai


PENDAHULUAN 21 dampak kepada perkembangan ilmu falak di Malaysia. Ramai yang mula ambil tahu tentang kalendar Hijri, dari aspek sains hingga ke prosedur penentuan tarikh oleh pihak berwajib. Proaktif pihak berwajib berkaitan Falak Dalam isu penentuan awal hari Raya 1443, pihak-pihak yang terlibat secara langsung memainkan peranan secara proaktif dalam merungkai kekeliruan yang ditimbukan dalam media arus perdana atau media social. Sebagai contoh Isu pada 13 April 2023, Utusan mengeluarkan isu kesahan raya tahun 2022 dengan mempertikaikan kenampakan anak bulan di Labuan. Isu ini diterbitkan pada jam 7 pagi. Pada jam 10.42, pihak JAKIM telah bersedia dengan ahli panel-panel dalam cerapan anak bulan di Labuan untuk menerangkan secara langsung menjelaskan isu ini melalui laman sesawang JAKIM. Tidak cukup dengan itu, JAKIM telah mengeluarkan kenyaan media oleh Ketua Pengarah JAKIM menjelaskan isu tersebut pada jam 2.46 petangxxviii. Pada jam 3.45 petang Utusan Malaysia mengeluarkan berita mengenai komen balas JAKIM mengenai isu inixxix. Media-media lain seperti Sinar Harianxxx turut memberikan ruang dan laluan kepada JAKIM mengulas ini. Disamping itu, juga pihak berwajib bukan sahaja membetulkan isu yang ditimbulkan dari laporan berita arus perdana, mereka dilihat bertindak melakukan penerangan tetang isu yang dibangkitkan oleh pengguna media social. Contohnya, isu penggunaan aplikasi tertentu yang tular ia menarik minat Jabatan Mufti Perak menyediakan penerangan melalui medium TikTok memahamkan masyarakat mengenai panduan penggunaan aplikasi dalam penentuan hari raya. Begitu juga dengan JUPEM juga mengeluarkan kenyataan melalui pelbagai medium media sosial menjelaskan mengenai data-data kenampakan anak bulan dan simulasi berkaitan data kenampakan anak bulan. Ini menunjukkan bahawa pihak berwajib bertindak proaktif dengan melakukan penerangan kepada penduduk Malaysia berkaitan penentuan awal bulan Syawal tahun 1444.


B BAB 1 22 i https://www.malaysiakini.com/news/659848 ii https://twitter.com/mkini_bm/status/1639112347641073664 iiihttps://www.uaebarq.ae/en/2023/04/03/eid-al-fitr-and-shaban-astronomically/ iv https://www.facebook.com/masjidwilayahpersekutuan v https://twitter.com/realDrMAZA/status/1643426277876170753 vihttps://www.sinarharian.com.my/article/253362/global/pusat-astronomiantarabangsa-jangka-1-syawal-pada-jumaat https://www.astroawani.com/berita-dunia/pusat-astronomi-antarabangsa-jangka-1- syawal-pada-jumaat-414423 https://www.utusan.com.my/luar-negara/2023/04/pusat-astronomi-antarabangsajangka-aidilfitri-21-april/ https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2023/04/1087093/1-syawal-dijangkajatuh-hari-jumaat-pusat-astronomi-antarabangsa viihttps://www.sinarharian.com.my/article/253434/berita/nasional/ramalanhari-raya-akan-dibincang-dalam-jawatankuasafatwa,https://alhijrahnews.com/ramalan-hari-raya-akan-dibincang-dalamjawatankuasa-muzakarah-mki/ viii https://www.facebook.com/watch/?v=789062162287552&extid=WA-UNKUNK-UNK-AN_GK0T-GK1C&mibextid=YCRy0i&ref=sharing ix https://www.youtube.com/watch?v=Rg7h4E-71qA x https://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/cerapan-anak-bulan-lebih-ketatteliti/ xi xii https://www.utusan.com.my/premium/2023/04/raya-hari-jumaat-atau-sabtu/ xiii https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pm-umum-cuti-tambahan-satu-hariuntuk-aidilfitri-415991 xiv https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1088584/sekolah-cutiraya-mulai-19-april xv https://www.kosmo.com.my/2023/04/17/pusat-astronomi-antarabangsa-ramalaidilfitri-sabtu-ini/ xvi https://www.kosmo.com.my/2023/04/17/pusat-astronomi-antarabangsa-ramalaidilfitri-sabtu-ini/ xvii https://www.kosmo.com.my/2023/04/06/pusat-astronomi-antarabangsa-jangka1-syawal-pada-jumaat/ xviii https://www.facebook.com/100064829375273/posts/627256822778625/?mibextid =rS40aB7S9Ucbxw6v, https://www.facebook.com/watch/?v=6363013377121183, https://www.facebook.com/reel/920822055797839/ https://www.facebook.com/watch/?v=227313923315109, https://www.facebook.com/100064829375273/posts/622564176581223/?mibextid =rS40aB7S9Ucbxw6v,


PENDAHULUAN 23 https://www.facebook.com/watch/live/?mibextid=rS40aB7S9Ucbxw6v&ref=watch _permalink&v=3487443338191968 https://www.facebook.com/100064829375273/posts/622678633236444/?mibextid =rS40aB7S9Ucbxw6v https://www.facebook.com/100064829375273/posts/pfbid0tKRxnuHRFusMrSPX nbiM57QWjs4WzmDoCa96Re5ipzCPJJgUcMBYHXFP3gFFmTtYl/ https://www.facebook.com/100064829375273/posts/pfbid0zEErEuCUD9MvB4Z X1qJA4a9TQWeK5PWeLcKGDHTa8AAqwvijkAL2FfhaWJbZQuW2l/?mibextid= cr9u03 xixhttps://www.facebook.com/100064894711892/posts/pfbid02Nm3sVSCG7wK2 Uf8zPwtwdBYHviV9y1nw7qyzFiwZMpVEB7iZ3FjVAN9n4AFjhBVyl/?mibextid=t ejx2t xx https://www.facebook.com/100067401541988/posts/pfbid037Sqzr6EZTLwgyuW Uq6TyzqBsvc13XgUgVxiVcTQjnnUWKXTyzw8qLKZQ8xNm4exSl/?d=w&mibex tid=qC1gEa xxi https://www.facebook.com/muftipulaupinang/photos/pcb.9109581392416384/910 9581002416423/ xxii https://www.facebook.com/photo?fbid=549046080716988&set=pcb.549045514050 378 xxiii https://ikim.my/penetapan-tarikh-syawal-akur-dengan-keputusan-ulil-amri-muftiwilayah-persekutuan/ https://www.youtube.com/watch?v=6Pqt79hjnyI xxivhttps://www.tiktok.com/@muftiperak/video/7219122321863216389?is_from_w ebapp=1&sender_device=pc&web_id=7229692974320682498 xxv https://www.utusan.com.my/premium/2023/04/raya-hari-jumaat-atau-sabtu/ xxvihttps://www.facebook.com/photo/?fbid=760728548757478&set=a.74129020736 7979 14 April 2023 xxvii https://www.buletintv3.my/nasional/cerapan-anak-bulan-ahli-falak-negaralakukan-dengan-teliti/ xxviii xxix https://www.utusan.com.my/nasional/2023/04/isu-raya-2022-tidak-sah-30-saksinampak-hilal-syawal-di-labuan/ xxx https://www.sinarharian.com.my/article/254367/berita/nasional/jakim-sangkallaporan-cerapan-1-syawal-tidak-sah https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jakim-sangkal-laporan-cerapan-1- syawal-1443h-tidak-sah-415352


MEMAHAMI PERBEZAAN HARI RAYA DI INDONESIA 25 Memahami Perbezaan Hari Raya Di Indonesia Oleh: Persatuan Jurufalak Syarie 1. Baru-baru ini terdapat laporan menjangkakan kemungkinan tahun ini tarikh 1 Syawal di Indonesia berbeza dengan negara-negara lain di rantau ini, termasuk Malaysia. Negara Indonesia mempunyai banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam/ organisasi kemasyarakatan (ormas) seperti Muhammadiyah, Nahdlatul Ulama, Persatuan Islam (Persis) dan lain-lain lagi. 2. Terdapat ormas yang mempunyai kaedah tersendiri dalam menyusun Takwim Hijri dan menetapkan tarikh hari raya. Di samping itu, Ormas ini mempunyai pengikut yang ramai di Indonesia contohnya Muhammadiyah dan Nahdlatul Ulama. 3. Ormas berhak mengumumkan tarikh hari raya, dan awal puasa berlandaskan kepada Pasal 29 Ayat 2 Undang Undang Dasar 1945 Indonesia: “Negara menjamin kemerdekaan setiap orang memeluk agamanya masing-masing dan untuk beribadat menurut agamanya dan kepercayaannya itu”. 4. Namun begitu, pihak kerajaan juga mempunyai Takwim Hijri yang dinamakan Kalender Hijriah Indonesia. Takwim Hijri ini untuk kegunaan urusan rasmi kerajaan. Kementerian Agama Republik Indonesia akan mengumumkan tarikh awal puasa dan hari raya untuk kemaslahatan orang ramai di Indonesia. Perbezaan tarikh


B BAB 2 26 5. Dalam pada itu, Muhammadiyah telah mengumumkan lebih awal tarikh 1 Syawal 1444 jatuh pada Jumaat, 21 April 2023. Tarikh tersebut dipilih berdasarkan hisab wujudul hilal (anak bulan telah berada di atas ufuk Indonesia).Anak bulan telah memenuhi syarat hisab wujudul hilal pada hari melihat anak bulan yang menyebabkan 1 Syawal tahun ini ditetapkan pada tarikh tersebut. 6. Sementara itu, pemerintah Indonesia berpandukan pada rukyah (cerapan) dan hisab (kiraan) kriteria imkanurukyah yang dipersetujui peringkat Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS). 7. Mengikut hisab kriteria imkanurukyah MABIMS, kedudukan anak bulan di Indonesia tidak memenuhi kriteria tersebut pada hari melihat anak bulan. Justeru, ada kemungkinan Aidilfitri bersamaan Sabtu, 22 April 2023 akan diumumkan oleh pemerintah Indonesia. 8. Namun begitu, ia bergantung kepada keputusan rukyah dan akan diumumkan secara rasmi oleh kerajaan Indonesia dalam sidang isbat pada hari melihat anak bulan. 9. Kemungkinan berlakunya perbezaan antara Muhammadiyah dengan pemerintah Indonesia itu ada, sekiranya kerajaan Indonesia menetapkan tarikh 1 Syawal tahun ini pada hari Sabtu, 22 April 2023 sedangkan Muhammadiyah telah menetapkan tarikh lebaran pada Jumaat, 21 April 2023.


MEMAHAMI PERBEZAAN HARI RAYA DI INDONESIA 27 10.Jika terjadi perbezaan tarikh hari raya tahun ini di Indonesia, masyarakat diharap akan saling hormatmenghormati meraikan perbezaan seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Penentuan 1 Syawal Negara MABIMS 11.Negara-negara MABIMS mengamalkan rukyah (cerapan) dan hisab (kiraan) dalam penentuan hari raya berdasarkan nas yang sahih; Rasulullah SAW bersabda: “Berpuasalah kamu apabila melihat anak bulan dan berbukalah (berhari raya) sekiranya melihat anak bulan. Sekiranya mendung, maka sempurnakanlah 30 hari Syaaban” (Sahih Bukhari). 12.Hisab kriteria imkanurukyah yang menjadi panduan bagi penentuan Aidilfitri di negara-negara MABIMS ialah;“Ketika matahari terbenam ketinggian bulan tidak kurang 3 darjah dan jarak lengkung Bulan dan Matahari (elongasi) tidak kurang dari 6.4 darjah”. 13.Justeru, berdasarkan kiraan tidak rasmi dan mengikut takwim, tarikh Aidilfitri tahun ini di Indonesia, Brunei dan Singapura, Malaysia jatuh pada Sabtu, 22 April 2023 disebabkan oleh kedudukan anak bulan tidak memenuhi kriteria imkanurukyah MABIMS. 14.Namun begitu, ia bergantung kepada keputusan rukyah yang dijalankan pada hari Khamis, 20 April 2023/29 Ramadan 1444 dan tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh pihak berkuasa di negara terbabit. Malaysia tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh Penyimpan


B BAB 2 28 Mohor Besar Raja-Raja. Semua pihak perlu menghormati ketetapan Majlis Raja-Raja. Artikel ini telah diterbitkan oleh Malaysiakini.com pada 3 April 2023 bertajuk “1 Syawal mungkin tak disambut serentak di rantau ini’’ Artikel ini diterbitkan juga dalam facebook Persatuan Jurufalak Syarie JUFAS pada 4 April 2023 bertajuk ‘Memahami Perbezaan Hari Raya Di Indonesia”


BILA DAN DI MANA ANAK BULAN SYAWAL 1444H BERADA? 29 Oleh: Baharrudin Zainal MELIHAT anak bulan bukan setakat memenuhi tuntutan agama tetapi juga kaedah dalam kajian eksperimental. Kemajuan penjejakan anak bulan juga sudah berubah daripada cerapan mata kasar berdasarkan kedudukan matahari terbenam sehinggalah kini menggunakan teleskop penjejak. Sesuatu yang tidak berubah adalah persepsi terhadap keputusan melihat anak bulan. Masyarakat masih tertunggutunggu keputusan serta tarikh permulaan puasa dan hari raya. Sumber: Utusan Malaysia Oleh sebab pengetahuan melihat anak bulan dan ilmu falak dahulu amat terhad, tiada spekulasi awal sama ada anak bulan boleh kelihatan atau tidak. Berbanding era teknologi


B BAB 3 30 maklumat dan keberkesanan penggunaan media sosial sekarang, spekulasi tarikh hari raya begitu rancak dibincangkan. Tahun ini terdapat sekurang-kurangnya empat momentum menghangatkan spekulasi tarikh hari raya. Pertama, mereka yang seperti serik dengan pengalaman ‘raya mengejut’ tahun lepas, lantas yakin episod sama mungkin berulang tahun ini. Kedua, lahirnya ‘ahli falak jadian’ yang sedikit pengetahuannya menerbitkan data kedudukan anak bulan dengan perisian tertentu atau menggunakan internet, tetapi tidak menyedari kaedah rukyah dan hisab terkini yang dipraktikkan di negara ini. Sebagaimana biasa, amalan rukyah dan hisab di negara ini, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengeluarkan kenyataan yang tarikh melihat anak bulan Syawal 1444H ditetapkan Khamis depan. Apa yang menarik pada Khamis nanti? Sejauh mana fenomena gerhana matahari yang berlaku pada hari yang sama ini dapat menghakis atau menambah keyakinan golongan yang percaya tahun ini akan berlaku juga kejutan tarikh hari raya? Melalui proses pengumpulan data kenampakan anak bulan yang berjaya dan tidak berjaya dicerap, ahli-ahli falak merumuskan syarat kenampakan anak bulan. Sudah pasti sampel ini diambil untuk satu tempoh masa panjang dalam pelbagai suasana atmosfera dan kedudukan geografi


BILA DAN DI MANA ANAK BULAN SYAWAL 1444H BERADA? 31 berdekatan. Proses ini bertujuan mendapatkan kriteria saintifik yang tepat, yang mana syarat kenampakan akan bersamaan dengan keputusan sebenar melihat anak bulan. Selama hampir 40 tahun kaedah rukyah dan hisab dengan syarat kenampakan anak bulan digunakan di negara ini. Belum lagi ada desakan kuat untuk kajian semula kaedah ini. Sebaliknya, justifikasi ‘anak bulan ada dan boleh nampak’, iaitu syarat kenampakan anak bulan dinilai dari semasa ke semasa. Potensi kegagalan teori kenampakan anak bulan boleh juga berlaku, tetapi amat tipis. Sebagaimana pengalaman di Malaysia, setelah bertahun-tahun mendapati tarikh pada takwim (terutamanya penentuan Ramadan dan Syawal) sama dengan pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, kecuali episod penentuan Syawal 1443H lalu menunjukkan sebaliknya. Spekulasi penentuan hari raya tahun ini juga dihangatkan apabila tersebar berita yang ijtimak Syawal 1444H akan bersamaan dengan fenomena gerhana matahari pada hari yang sama. Secara geometri ijtimak adalah keadaan yang mana matahari, bulan dan bumi berada satu garisan penjajaran. Dalam konteks takwim, ijtimak adalah proses pemisahan antara fasa bulan lama dengan bulan baharu ataupun permulaan proses pembentukan anak bulan. Disebabkan orbit bulan mengelilingi bumi terjungkit beberapa


B BAB 3 32 darjah, satah bumi dengan bulan dan satah bulan dengan matahari tidak sentiasa sama. Namun, dalam satu tahun pergerakan bumi mengelilingi matahari, terdapat beberapa kali matahari, bulan dan bumi berada satu garisan penjajaran dan sesatah, atau penjajaran sempurna. Ketika inilah waktu ijtimak akan bersamaan dengan kemuncak waktu berlakunya gerhana. Menurut hisab pergerakan bulan dan matahari, proses ijtimak Syawal 1444H berlaku di longitud 130 darjah Timur, kira-kira pukul 12.15 tengah hari waktu Malaysia pada 20 April. Waktu ini serentak dengan kemuncak fasa gerhana matahari penuh yang di sekitar Laut Banda berhampiran Papua Barat sehingga ke kepulauan Micronesia. Justeru, adakah fenomena gerhana matahari yang berlaku pada hari sama berlaku ijtimak ini ada hubungan dengan pembentukan anak bulan? Ijtimak dan gerhana matahari menunjukkan permulaan proses pembentukan anak bulan. Sama ada anak bulan wujud atau boleh kelihatan pula bergantung kepada beberapa faktor lain. Antaranya, halaju bulan sama ada berupaya memintas matahari ke arah timur menjelang matahari terbenam di sesuatu lokasi geografi tempatan. Begitu juga dengan penggunaan konsep takwim Hijri oleh pihak berkuasa sesebuah negara. Ketika matahari terbenam di Asia Tenggara, kira-kira enam jam selepas kemuncak gerhana matahari penuh, bulan dan matahari mengalami proses pemisahan minimum, iaitu secara purata bulan terpisah kurang dua darjah daripada matahari,


BILA DAN DI MANA ANAK BULAN SYAWAL 1444H BERADA? 33 tempoh berada di atas ufuk pula kurang 10 minit dan kadar cahayanya 0.1% berbanding fasa bulan purnama. Sementara itu, sifat fizikal anak bulan Syawal pada tahun lepas setinggi lima darjah dengan fasa cahaya hampir 0.5%. Justeru, keraguan kemungkinan berulangan episod ‘raya mengejut’ pada tahun ini kurang berasas mengikut perbandingan sifat fizikal anak bulan. Berita mengenai kumpulan Islam terbesar di Indonesia yang menetapkan hari raya pada Jumaat ini boleh difahami kerana mereka mendefinisikan anak bulan yang wujud, bukan sebagaimana kaedah rukyah dan hisab di Malaysia. Seterusnya, berita dari Badan Astronomi Dunia yang menyatakan negara-negara Teluk kemungkinan menyambut Aidilfitri pada Jumaat, disebabkan perbezaan waktu matahari terbenam antara Malaysia dengan kawasan geografi itu hampir 5 jam. Ketika waktu Maghrib di sana, anak bulan Syawal sudah tinggi di atas ufuk manakala anak bulan Syawal di Malaysia dijangka hanya boleh dilihat dengan mudah pada petang Jumaat setinggi 15 darjah selama hampir 1 jam. Oleh sebab saiz anak bulan petang ini cukup besar, usahlah dispekulasikan pula dengan kenyataan negatif. Anak bulan menurut takrif rukyah dan hisab di Malaysia adalah ‘bulan sabit selepas ijtimak yang pertama kali kelihatan atau kemungkinan boleh kelihatan’.


B BAB 3 34 ________________________ Artikel ini telah diterbitkan pada 16 April 2023 oleh Utusan Malaysia bertajuk Bila dan di mana anak bulan Syawal 1444H berada?


KEMUNGKINAN NEGARA EROPAH & TIMUR TENGAH RAYA JUMAAT 21 APRIL 2023? 35 Kemungkinan Negara Eropah & Timur Tengah Raya Jumaat 21 April 2023? Oleh: Persatuan Jurufalak Syarie 1. 1 Syawal 1444/2023 dengan izinNya akan raya. Pedoman baginda Nabi Muhammad S.A.W menjadi sandaran para ulama dan pemerintah. Kaedah hisab (pengiraan) dan rukyah (cerapan) sebagai panduan. Rasulullah SAW bersabda: “Berpuasalah kamu apabila melihat anak bulan dan berbukalah (berhari raya) sekiranya melihat anak bulan. Sekiranya mendung, maka sempurnakanlah 30 hari Syaaban” (Sahih Bukhari). Rasulullah SAW bersabda: Jangan kamu berpuasa sehingga kamu melihat anak bulan dan jangan kamuberbuka sehingga kamu melihat anak bulan. Sekiranya mendung, maka taqdirkanlah” (Sahih Bukhari) Kebanyakan Negara Akan Mencerap Bulan Pada Khamis, 20 April 2023. 2. Mengikut Pusat Astronomi Antarabangsa sebanyak 32 negara telah mula berpuasa pada 23 Mac 2023 (Khamis). Hanya dua buah negara sahaja iaitu Bangladesh dan India mula berpuasa pada 24 Mac 2023 (Jumaat). Oleh demikian, negara-negara seperti Timur Tengah, Afrika, Eropah dan rantau Asia Tenggara akan mencerap anak bulan pada 20 April 2023 (khamis). Bagi beberapa 32 negara terbabit, kenampakan


B BAB 3 36 anak bulan akan menentukan tarikh hari raya sama ada 21 April 2023 (Jumaat) atau 22 April 2023 (sabtu). 3. Peredaran bulan mengelilingi Bumi pada tempoh 29.5 hari menyebabkan berlaku fasa-fasa bulan. Terdapat fasa anak bulan, bulan separa, bulan penuh/purnama, seterusnya anak bulan tua. Dalam fasa-fasa Bulan, terdapat fasa New moon, conjunction, iqtiran, atau Ijtimak. Ia merujuk kepada bumi, bulan, matahari berada pada logitude yang sama. Pada saat ini, bulan sama sekali tidak kelihatan dari permukaan bumi kerana seluruh bahagian yang disinari matahari membelakangi bumi. Ijtimak,Iqtiran atau Conjunction Sumber: https://moonblink.info/Eclipse/why/months 4. Ijtimak ini penting dalam menentukan umur anak bulan kerana anak bulan akan kelihatan setelah berlakunya ijtimak. Seperti umur manusia, ia mula dikira sejak bayi dilahirkan dan


KEMUNGKINAN NEGARA EROPAH & TIMUR TENGAH RAYA JUMAAT 21 APRIL 2023? 37 umur semakin meningkat kepada hari, minggu, bulan, tahun dan seterusnya sehingga kepada satu tempoh yang tidak pasti iaitu kematian. Bagi bulan pula, umurnya bermula apabila setelah berlakunya ijtimak, kemudian meningkat kepada saat, minit, jam, hari dan seterusnya sehingga kepada satu tempoh yang tetap iaitu 29.5 hari. Setelah bulan berumur 29.5 hari, ijtimak seterusnya akan mengambil tempat untuk bulan berikutnya dan begitulah seterusnya. Umur bulan ini adalah berbeza-beza bagi setiap negara bergantung kepada kedudukan negara tersebut. Apabila semakin besar umur bulan maka semakin luas kawasan bulan yang bercahaya dan semakin tinggilah peluang untuk anak bulan kelihatan. Sumber: Jabatan Mufti Selangor


B BAB 3 38 Negara yang berada disebelah Barat lebih berpeluang melihat anak bulan berbanding negara disebelah timur 5. Sebagai contoh, Malaysia dan Saudi akan melakukan cerapan anak bulan Syawal 1444H pada waktu maghrib, hari Khamis 20 April 2023/29 Ramadan 1444H. Di Malaysia, data menunjukkan ijtimak berlaku pada jam 12.12 tengahari. Umur bulan ketika waktu maghrib (7.31 petang) lebih kurang 7 jam. Bagi negara Arab Saudi pula, ijtimak berlaku pada jam 5:55 pagi. Umur bulan ketika waktu maghrib (6.22 petang), lebih kurang 12 jam. Ini disebabkan oleh perbezaan masa antara negara Arab Saudi dengan Malaysia adalah sebanyak 5 jam. Oleh itu, bentuk sabit bulan di Arab Saudi lebih besar sedikit berbanding Malaysia. Peluang kenampakan anak bulan di Saudi lebih baik berbanding Malaysia. Negara-negara yang berada di sebelah barat berpeluang melihat anak bulan lebih cerah berbanding negara yang terletak di sebelah timur. Kemungkinan beberapa negara Arab dapat melihat anak bulan dengan bantuan teleskop. Negara-negara tersebut ialah Libya, Tunisia, Algeria, Maghribi.


KEMUNGKINAN NEGARA EROPAH & TIMUR TENGAH RAYA JUMAAT 21 APRIL 2023? 39 Data anak Bulan di Malaysia Tidak Memenuhi Kriteria Imkanurukyah 6. Malaysia mengamalkan rukyah (cerapan) dan hisab (kiraan) berdasarkan kriteria imkanurukyah. Mengikut kriteria tersebut: “Ketika matahari terbenam ketinggian bulan tidak kurang 3 darjah dan jarak lengkung Bulan dan Matahari (elongasi) tidak kurang dari 6.4 darjah”. Data hitungan rasmi di Malaysia telah dikeluarkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Anak bulan akan dicerap pada Khamis, 20


B BAB 3 40 April 2023/29 Ramadan 1444. Anak bulan tidak memenuhi kriteria imkanurukyah berbanding dengan negara-negara lain. Sumber: Astroawani Sabar Menunggu Sehingga Proses Selesai 7. Hasil cerapan anak bulan kelihatan atau tidak kelihatan, tetap akan diambil kira dalam prosedur membuat keputusan walaupun data-data menunjukkan anak bulan berkenaan tidak memenuhi kriteria imkanurukyah. Justeru, proses ini masih belum selesai dan akan berlangsung pada 29 Ramadan 1444 ini. Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja selaku Ketua Agama Negeri-Negeri akan memberi perkenan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan tarikh hari raya bagi negara kita setelah menerima laporan dari 29 buah lokasi cerapan di seluruh negara. Pengumuman rasmi akan dilakukan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Proses ini dilaksanakan


KEMUNGKINAN NEGARA EROPAH & TIMUR TENGAH RAYA JUMAAT 21 APRIL 2023? 41 sesuai dengan tanggungjawab selaku ulil amri sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak. Justeru, marilah kita berlapang dada dan mengikuti proses ini hingga selesai dengan sabar. _______________________ Kenyataan JUFAS ini telah diterbitkan pada 13 April 2023 dalam jurufalak.com bertajuk kemungkinan-negara-eropahtimur-tengah-raya-jumaat-21-april-2023. Kenyataan ini juga telah diterbitkan oleh Berita Harian pada 19 April 2023 dalam ruang Rencana oleh Berita Harian bertajuk “arab-saudi-lebih-berpeluang-nampak-anak-bulanberbanding-malaysia”. Artikel tersebut disunting oleh pihak editor dan diterbitkan menggunakan nama Pengerusi JUFAS. Sebahagian maklumat dalam kenyataan JUFAS ini diterbitkan dalam Berita Harian pada Khamis 20 April 2023 bertjuk “Cerap anak bulan, apa yang patut anda tahu”


NAVIGATING DIFFERENCES IN MOON-SIGHTING CRITERIA IN SOUTH EAST ASIA 43 Navigating Differences in Moon-Sighting Criteria in Southeast Asia: A Call for Greater Cooperation and Harmonisation By: Ahmad Badri bin Abdullah & Raihana Abdul Wahab Navigating Differences in Moon-Sighting Criteria in Southeast Asia: A Call for Greater Cooperation and Harmonisation The sighting of the Syawal moon has long been an important event in the Muslim calendar, marking the end of Ramadan and the beginning of Eid al-Fitr celebrations. However, in Southeast Asia, the practice of moon sighting for determining the start of the new month can vary greatly between countries. These differences in moon-sighting can have significant impacts on the socio-economics of the region as well as in international relations. Moreover, differences in moon-sighting can also affect the relationships between different Muslim communities within a single country. In some cases, different regions or ethnic groups within a country may follow different moon-sighting methods or have different criteria for determining the start of the new month. This can create tensions and divisions within the Muslim community, and may even result in the marginalization of certain groups. When the holiday falls on a different date than it does in their home country, Muslim workers may encounter difficulties getting time off from work in nations where the Muslims are


B BAB 5 44 minorities like in Singapore, Philippines and Thailand. The socio-economic impacts of differences in Syawal moonsighting in Southeast Asia can be far-reaching and affect various sectors of society. Different implementations of moon-sighting criteria is one of the main causes for differences in determining Syawal in Southeast Asia. While these differences may have cultural and historical significance, they can also create practical and logistical challenges for individuals, businesses, and governments in the region. As such, there is a need for greater cooperation and standardization in implementation of moonsighting methods and criteria, in order to promote greater harmony and understanding among Muslims in the region. Efforts to standardize moon-sighting criteria in Southeast Asia have been ongoing for many years, driven by the desire to promote greater unity in the region. MABIMS(Malaysia, Brunei, Indonesia and Singapore) criteria are a set of guidelines for visibility of the young crescent moon for determining the beginning of Islamic months based on the imkan al-rukyah method. Imkan al-ru'yah concept combines the methods of astronomical calculation and physical moon sighting. This concept is based on scientific data and is considered valid according to Islamic jurisprudence and astronomy as long as it is consistent with moon sighting data. The criteria need to be evaluated with the development of science and technology


NAVIGATING DIFFERENCES IN MOON-SIGHTING CRITERIA IN SOUTH EAST ASIA 45 to ensure that the Hijrah calendar compilation conforms to aspects of science and religion. The criteria were introduced in the Istanbul Meeting for Hijri Month Determination 1978. It indicates that to consider a young crescent moon that marks the start of a month, the moon’s altitude should not be more than 5 degrees and the sun-moon elongation should not be less than 8 degree at sunset. The criteria was later being modified by the Ministers of religion of Brunei, Indonesia, Malaysia and Singapore (MABIMS) Meetings in 1992 which indicates that the moon’s altitude should not be more than 2 degree and the elongation of the moon-sun is not more than 3 degree at sunset or the age of the young crescent moon must not be less than 8 hours after conjunction. Nonetheless, the imkan al-ru'yah criteria are solely employed for the months apart from Ramadan, Shawwal, and Dzulhijjah in Brunei. In contrast, the initial three months of the Islamic calendar are determined by utilizing the rukyah al-hilal method, which involves physically observing the appearance of the new young crescent moon. Malaysia started to adopt the criteria in 1995. Experts in Shariah, astronomy, and Islamic authorities have been meeting in MABIMS countries since 2016 to discuss moon sightings and the Islamic calendar. In 2019, based on thorough analysis of moon sighting data within the countries,


B BAB 5 46 they agreed to use a new criterion based on analyzing moon sighting data within the country. This new imkan al-ru'yah criteria requires that the moon’s altitude to be at least 3 degrees and the sun-moon elongation to be at least 6.4 degrees at sunset on the 29th day of the Hijri month. Since 2021, MABIMS countries have been using this new criterion. In Islam, there are two concepts related to moon sighting. Wihdah al-matali' means that the sighting of the young crescent moon in one place is valid for all places that share the same horizon, while ikhtilaf matali' means that the sighting in one place is not valid for places with different horizons. This has implications for determining Islamic months, such as Ramadan and Shawwal. Currently, there is a trend towards the unity emergence of the young crescent moon in regions under the authorities of the European Fiqh Council, North American Fiqh Council, and the Muslim Association of Canada. The aim of aligning the implementation of the new MABIMS’ criteria should be to actualize the unity emergence approach in the region. Overall, the implications of differences in Syawal moonsighting in Southeast Asia can be significant, and may require careful management by governments and religious authorities in the region. By prioritizing cooperation and understanding, and working towards a common understanding and criteria for determining the start of the new month, countries can help to promote greater harmony within Muslim communities and stability within the region.


1 SYAWAL: JUMAAT ATAU SABTU? 47 1 Syawal: Jumaat atau Sabtu? Oleh: Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi Khamis, 20 April 2023 ini akan menentukan sama ada 32 negara akan menyambut 1 Syawal Jumaat atau Sabtu. Ini berikutan negara-negara Eropah, Timur Tengah, Afrika, Asia dan Asia Tenggara akan mencerap anak bulan pada hari Khamis ini. ‘ Hanya negara Pakistan dan Bangladesh akan mencerap anak bulan pada Jumaat, 21 April. Ini berikutan dua buah negara tersebut berpuasa lewat sehari berbanding kebanyakan negara, mengikut Pusat Astronomi Dunia yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Justeru, tarikh permulaan puasa akan menentukan tarikh melihat anak bulan sama ada Khamis atau Jumaat. Menurut Dr Nidhal Guessoum, profesor astronomi di Universiti Amerika-Sharjah UAE, anak bulan telah berada di atas ufuk di kebanyakan negara di seluruh dunia pada hari mencerap nanti. Namun begitu, secara astronomi, terdapat negara yang berkemungkinan anak bulan kelihatan atau sebaliknya. Negara-negara seperti Amerika Syarikat kemungkinan berpeluang melihat anak bulan sama ada dengan mata kasar mahupun dengan peralatan optik seperti teleskop. Negara-


Click to View FlipBook Version