Home
About
Persatuan Jurufalak Syarie merupakan Non-governmental organizations (NGO’s) yang berdaftar (PPM-025-16-12112018) dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Persatuan ini bertujuan mengembangkan ilmu falak dalam pelbagai bentuk kepada masyarakat awam di samping  memberikan khidmat sosial kepada masyarakat berkaitan dengan ilmu falak di Malaysia. Persatuan ini diangotai oleh mereka yang berkelulusan dari institutusi pengajian awam atau swasta yang berkaitan falak/astronomi. Selain itu, para pegawai atau kakitangan sedang berkhidmat atau pernah berkhidmat dengan agensi kerajaan berkaitan falak turut mengangotai persatuan ini. Justeru, kemahiran ahli-ahli falak dapat digembeleng dalam memberikan perkhidmatan sosial yang terbaik kepada masyarakat.