The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU ANAK BULAN SYAWWAL 1444/2023 VERSI ONLINE

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Persatuan Jurufalak Syarie; Buku Digital Percuma, 2024-04-08 15:17:36

BUKU ANAK BULAN SYAWWAL 1444/2023 VERSI ONLINE

BUKU ANAK BULAN SYAWWAL 1444/2023 VERSI ONLINE

B BAB 6 48 negara Barat Afrika seperti Mauritania, Senegal pula berkemungkinan untuk melihat anak bulan hanya dengan menggunakan peralatan optik sahaja seperti teleskop. Justeru itu, terdapat negara-negara Arab-Islam akan mengumumkan Jumaat 21 April sebagai 1 Syawal. Walaupun begitu, beliau berpendapat negara Oman, Moroko mungkin akan memulakan lebaran pada Sabtu, 21 April. Ini kerana dua negara tersebut mengamalkan rukyah yang ketat dalam menentukan tarikh lebaran. Dalam pada itu, menurut beliau, negara seperti Malaysia dan Indonesia pula kedudukan anak bulan telah berada di atas ufuk. Namun anak bulan di Indonesia dan Malaysia kemungkinan tidak kelihatan sama ada dengan menggunakan mata kasar atau peralatan optik. Sementara itu, menurut Shawkat Audah, ketua Pusat Astronomi Dunia itu, anak bulan tidak memenuhi kriteria kemungkinan untuk dilihat dengan mata kasar di seluruh negara Islam-arab. Hanya beberapa Arab-Islam seperti negara Afrika Barat-Libya berkemungkinan anak bulan kelihatan dengan menggunakan peralatan optik. Peluang di negara tersebut sukar dan memerlukan kepakaran dalam mengendalikan teleskop dan cuaca yang baik. Oleh demikian, beliau menyimpulkan anak bulan sukar untuk dilihat di negara-negara Arab-Islam.


1 SYAWAL: JUMAAT ATAU SABTU? 49 Namun begitu, menurut Shawkat Audah berdasarkan pengakuan saksi melihat anak bulan, beliau menjangkakan ada beberapa negara yang akan umumkan tarikh raya Aidilfitri akan jatuh pada hari Jumaat, 21 April. Shawkat Audah telah menerbitkan satu kriteria kemungkinan kenampakan anak bulan di dalam jurnal Experimental Astronomy. Melalui rekod cerapan 737 data kenampakan anak bulan, beliau mengklasifikasikan kriteria kemungkinan anak bulan untuk kelihatan kepada beberapa kategori. Data kedudukan anak bulan Pertama, kemungkinan anak bulan kelihatan dengan menggunakan peralatan optik seperti teleskop. Kedua, kemungkinan anak bulan kelihatan dengan menggunakan mata kasar dan peralatan optik. Ketiga, kemungkinan anak bulan tidak kelihatan sama ada dengan menggunakan mata kasar atau peralatan optik. Melalui data kedudukan anak bulan, Shawkat Audah dan Nidhal Guessoum menggunakan rujukan yang sama untuk mengetahui kebarangkalian anak bulan boleh kelihatan di suatu tempat atau sebaliknya. Secara umumnya, negara-negara yang berada di sebelah barat berpeluang melihat anak bulan lebih tinggi berbanding negara yang terletak di sebelah timur. Ini kerana bentuk sabit bulan dan kedudukan bulan lebih tinggi di atas ufuk dan lebih besar


B BAB 6 50 bagi negara di sebelah barat berbanding negara di sebelah timur semasa hari mencerap anak bulan. Anak bulan di Malaysia telah berada di atas ufuk mengikut kepada kriteria yang dirujuk oleh Pusat Astronomi Dunia itu. Namun ia tidak memenuhi kriteria kemungkinan anak bulan untuk kelihatan sama ada dengan menggunakan mata kasar atau peralatan optik. Sementara itu, Malaysia mengamalkan rukyah dan hisab berdasarkan kriteria imkanurukyah (kemungkinan untuk kelihatan) Mabims (Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama; Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura). Kriteria Mabims iaitu “Ketika matahari terbenam ketinggian bulan tidak kurang 3 darjah dan jarak lengkung Bulan dan Matahari (elongasi) tidak kurang dari 6.4 darjah”. Melalui data hitungan rasmi di Malaysia telah dikeluarkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) anak bulan tidak memenuhi kriteria tersebut. Oleh demikian, keputusan rukyah di 29 tempat cerapan rasmi akan menentukan Malaysia akan menyambut lebaran pada Jumaat atau Sabtu. Pengumuman rasmi akan dilakukan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Justeru, marilah kita menghormati proses yang ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja.


1 SYAWAL: JUMAAT ATAU SABTU? 51 Tidak perlu kita terpengaruh dengan penetapan keputusan tarikh hari raya negara luar. Artikel ini diterbitkan oleh Malaysiakini pada 17 April 2023 dalam ruangan ULASAN bertajuk 1 Syawal: Jumaat atau Sabtu.


B BAB 6 52 Artikel ini juga diterbitkan oleh astroawani.com pada 17 April 2023 dalam ruangan KOLUMNIS bertajuk 1 Syawal: Jumaat atau Sabtu.


DINAMIKA 53 Dinamika Penentuan Tarikh 1 Syawal 1444 di Dunia Oleh: Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi Raya sama ada Jumaat, 21 April 2023 atau Sabtu, 22 April 2023 bagi kebanyakkan umat Islam di dunia. Sekurang-kuarang 22 negara sambut satu syawal Jumaat, 21 April sedangkan 12 negara meraikan Syawal lewat sehari. Berdasarkan bulan yang satu, Quran dan Hadis sebagai pedoman yang sama akhirnya tarikh hari raya didunia kebanyakkan berbeza sehari. Walaupun begitu, setiap negara mempunyai metod dan sistem masing-masing berlandasarkan kepada nas dalam menentukan tarikh hari raya. Kita perlu saling hormat menghormati dan akur setiap keputusan yang dicapai bagi negara yang berdaulat. Selaku yang diamanahkan untuk memimpin sesebuah negara sudah pasti kemaslahatan besar diambil kira bagi sebarang keputusan yang dicapai. Penentuan hari raya boleh dilihat dari perlbagai perspektif. Tulisan ini akan mencungkil disebalik tabir dari perspektif ilmu falak penentuan awal bulan. Umum mengetahui samaada kaedah rukyah atau hisab atau gabungan antara keduanya telah digunakan oleh umat Islam dalam menetukan tarikh 1 Syawal. Walaupun kebanyakkan negara mengabungkan kaedah hisab dan rukyah namun yang penting kaedah mana yang menjadi penentu. Sama ada hisab sebagai penentu atau rukyah sebagai penentu. Dengan ertikata lain, pada 29 haribulan Syawal diperhatikan data kedudukan anak bulan. Keputusan akhir penentuan awal Syawal samada tertakluk kepada rukyah atau memadai dengan hisab. Sekiranya dengan menggunakan hisab sebagai penentu sudah


B BAB 7 54 tentu sesuatu negara atau negara akan mengugumakan tarikh hari raya lebih awal. Malah sebelum berpuasa sudah diketahui tarikh hari raya. https://vakithesaplama.diyanet.gov.tr/haritalar.php# Jumaat 21 April 2023 Sat 22 April 2023 1 . Algeria 1 . Bangladesh 2 . Bahrain 2 . Brunei Darussalam 3 . Cote dIvoire 3 . India 4 . Egypt 4 . Indonesia 5 . Iraq 5 . Iran 6 . Libya 6 . Jordan 7 . Kuwait 7 . Malaysia 8 . Lebanon 8 . Morocco 9 . Mali 9 . Oman 10 . Mauritania 10 . Pakistan 11 . Niger 11 . Senegal 12 . Nigeria 12 . Tanzania 13 . Palestine 14 . Qatar 15 . Saudi Arabia 16 . Somalia 17 . Sudan 18 . Syria 19 . Tunisia 20 . Turkey 21 . United Arab Emirates 22 . Yemen


DINAMIKA 55 Sebagai contoh negara Turki mengamalkan hisab sebagai penentu. Kaedah hisab yang dipilih adalah hisab mengunakan kriteria imkan al-ru’yah. Ia berdasarkan berdasarkan kepada konsep imkanurukyah (possibility of sighting). Konsep ini menggabungkan rukyah dan hisab bagi merumuskan satu set kriteria untuk anak bulan yang dijangka boleh kelihatan. Turkiye memilih kreteria yang diputuskan pada persidangan Istanbul (1978) dan (2016). Pada persidangan tersebut satu set kriteria kenampakan anak bulan telah dipilih berdasarkan rekod kenampakan anak bulan pada masa lalu. Kriteria tersebut adalah Anak bulan dianggap boleh kelihatan sekiranya ketika matahari terbenam: Altitud Bulan tidak kurang dari 5 darjah dan Elongasi bulan dan Matahari 8 darjah. Kriteria ini dikenali sebagai kriteria Istanbul. Justeru negara Tukiye akan bepandukan kepada kriteria tersebut dalam mempertimbangkan penentuan tarikh awal bulan Hijri dan hari raya. Satu lagi konsep penting bagi negara pelopor penyatuan calendar Islam ini adalah Turkiye menerima konsep kesatuan Matla’. Dalam ilmu fekah terdapat Istilah Ittihad al-Matla’ (kesatuan matla’’) dan ikhtilaf al-Matla’ (perbezaan matla’). Secara mudahnya matahari dan bulan masing-masing mempunyai tempat terbit dan tebenamnya. Contohnya masuknya waktu subuh di Malaysia sudah tentu berbeza negara Burkina Faso, Jepun, Jordan dan negara lain di dunia. Hatta, di negeri Perlis masuknya waktu subuh sudah tentu berbeza dengan Johor, Kuala Lumpur. Ini disebabkan oleh masa dan tempat terbit dan terbenam Matahari setiap hari


B BAB 7 56 tidak sama. Jadi, masuknya waktu solat adalah berbeza diantara satu tempat, negara dan negara yang lain. Begitu halnya dengan bulan, contohnya penduduk di United Kigdom dan penduduk di Malaysia akan melihat bulan yang sama untuk menentukan 1 Syawal. Namun penduduk di Malaysia akan mencerap bulan telebih dahulu pada waktu maghrib waktu Malaysia. Sedangkan orang di United Kigdom akan mencerap bulan pada waktu Maghrib United Kingdom lapan jam selepas orang di Malaysia mencerap anak bulan. Justeru, dalam hal ini, ulama berbeza pendapat mengenai kenampakan anak bulan di negara lain seperti UK, Chad, Ivory Cost sama ada boleh digunakan dalam menentukan awal puasa atau raya di Malaysia. Bagi ulama yang menerima kenampakan negaranegara lain mereka bersetuju dengan konsep Ittihad al-Matla’ (kesatuan matla’’). Manakala ulama’ yang bersetuju dengan konsep ikhtilaf al-Matla’ (perbezaan matla’) menyatakan kenampakan anak bulan disebuah negara tidak boleh diguna pakai bagi negera yang lain. Contohnya mengikut Ittihad al-Matla’ (kesatuan matla’’) kenampakan anak bulan di negara Turkey boleh digunakan di negara Malaysia. Dalam hal ini, memadai dengan kenampakan anak bulan di Turkiye untuk membolehkan Malaysia raya pada hari yang sama dengan Turkiye. Manakala mengikut konsep ikhtilaf al-Matla’ (perbezaan matla’). kenampakan anak bulan di negara Turkey tidak boleh digunakan di negara Malaysia. Sekiranya anak bulan telah kelihatan di Turkiye, sedangkan di Malaysia anak bulan tidak kelihatan maka Aidilfitri di Turkiye dan Malaysia disambut pada hari yang berbeza.


DINAMIKA 57 Dalam hal ini, negara Turkiye memilih pendekatan hisab dan mengamalkan konsep Ittihad al-Matla’ (kesatuan matla’’). Ini bermakna pada 29 Ramadan sekiranya berdasarkan hisab falak menunjukkan anak bulan telah memenuhi kriteria kenampakan anak bulan dimana sahaja tempat didunia ini, ia telah memadai untuk keesokan harinya dijadikan 1 Syawal. Jika 29 Ramadan hisab falak diseluruh dunia menunjukkan anak bulan tidak memenuhi syarat kriteria kenampakan anak bulan yang dipilih oleh Turkiye maka keesokkan harinya dijadikan 30 Ramadan. Ini dibuktikan dengan pada 29 Ramadan 1444, anak bulan di Istanbul tidak memenuhi kriteria kenampakan anak bulan. Ketika matahari terbenam, Altitud bulan 4 +04°:30':59"dan elongasi +05°:47':14". Sedangkan kriteria Istanbul (1978) altitude bulan mestilah 5 darjah atau lebih dan sudut Elongasi mestilah 8 darjah atau lebih. Ekoran itu, kedudukan anak bulan tidak memenuhi syarat kriteria Istanbul (1978) di negara Turkiye. Namun, berdasarkan peta kenampakan yang diterbitkan oleh Kementerian Agama Turkiye (Diyanet) anak bulan telah memenuhi kriteria Istanbul (1978) disalah sebuah negara Eropah pada 29 Ramadan 1444. Dalam hal ini, negara Turki tidak perlu tunggu hasil rukyah di negara sendiri mahupun negara lain pada akhir Ramadan. Ia sudah memadai dengan hisab dan berpandukan peta kenampakan anak bulan tersebut untuk mengetahui tarikh 1 Syawal 1444 di Turki. Oleh kerana kedudukan anak bulan telah memenuhi syarat kriteria Istanbul (1978) maka Turkiye lebih awal


B BAB 7 58 mengumumkan tarikh 1 Syawal 1444 jatuh pada Jumaat, 21 April. Umur Bulan +13J 27M Beza Masa Matahari-Bulan Terbenam +00J 31M Altitude Bulan +04°:30':59" Relatif Altitude +05°:20':46" Elongasi +05°:47':14" Data Kedudukan anak bulan di Istanbul 29 Ramadan 1444/20 April 2023 * The Crescent Visibility is: Not Visible Even With Optical Aid. Tahun ini, ramai yang memerhatikan metod atau cara negara Saudi menetapakan tarikh 1 Syawal. Ini kerana Kaabah kiblat Ummat berada dinegara Saudi Arabia. Haji dan Umrah hanya ada di Saudi Arabia, tiada tempat lain. Ramai juga yang berhujah negara Saudi patut dijadikan panduan tentu tarikh 1 Syawal. Antara lain dikatatakan Nabi turun dinegara Saudi, kesatuan mungkin dicipta sekiranya negara Saudi menjadi patokan dalam menentukan awal Syawal. Tahun ini, mengikut kalendar yang dijadikan anutan di negara Arab Saudi iaitu kalendar Ummul Qura memang tarikh awal Aidilfitri jatuh 21 April 2023. Ini kerana mengikut kalendar umm Qurra negara Saudi mengamalkan kaedah wujudulhilal (anak bulan wujud diatas ufuk). Berdasarkan data anak bulan telah wujud dikaki langit negara Saudi 29 Ramadan 1443. Justeru, tarikh 1 Syawal 1443 mengikut kalendar Umm Qura jatuh Jumaat, 21 April 2023. Namun begitu, negara


DINAMIKA 59 Saudi juga akan mengambil kira rukyah diseluruh negara Saudi. Mahkamah Agung Arab Saudi pada Jumaat 23 Ramadan 14 April 2023 menyeru semua umat IslamSaudi untuk mencerap anak bulan Syawal pada petang Khamis, 29 Ramadan, bersamaan dengan 20 April. Mahkamah Agung menggesa mereka yang menyasikan bulan keihatan dengan mata kasar atau teleskop supaya memaklumkan mahkamah terdekat untuk tujuan pengesahan kenampakan anak bulan. Umur Bulan +13J 05M Beza Masa Matahari-Bulan Terbenam +00J 26M Altitude Bulan +03°:26':51" Relatif Altitude +05°:18':20" Elongasi +05°:21':26" Pada 22 April 2023 kenyataan IAC mengenai anak bulan tidak kelihatan dengan matakasar di negara Islam disambut dengan kenyataan berbeza dari ahli falak Saudi. Contohnya Dr Ayman Kordi, Profesor Madya di Jabatan Fizik dan Astronomi, Universiti King Saud, Dr. Abdullah AlMisnad, Abdullah Khudairi kurang bersetuju dengan kenyataan IAC tersebut. Ini kerana mengikut mereka selepas matahari terbenam, masih ada peluang untuk bulan kelihatan sebelum bulan terbenam. Menurut mereka Tidak boleh dipastikan atau tidak anak bulan kelihatan atau sebaliknya untuk mengesahkan lebih awal raya jatuh Sabtu 22 Apri. Perkara ini hanya boleh dipastikan hanya selepas cerapan anak bulan selepas matahari terbenam boleh. Diakhir Ramadan, spekulasi tarikh awal Syawal menjadi topik yang tidak kurang hangat di Saudi dikalngan ahli falak Saudi. Pada 29 Ramadan 1443, ia menoktahkan tekaan tarikh sebenar 1 Syawal di Saudi.


B BAB 7 60 Beberapa orang saksi mengaku melihat anak bulan dan Mahkamah Agong mengistiharkan anak bulan telah kelihatan serta 1 Syawal jatuh Jumaat 21 April 2023. Berdasarkan laporan berita Anak bulan telah dilaporkan kelihatan di Sudair dan Tumair. Mengikut penyaksi yang sering melihat anak bulan Mutib Bargash, anak bulan telah kelihatan dan disaksikan 15 orang saksi. Dari aspek falak, kedudukan anak bulan pada 29 Ramadan berada pada border line mengikut kriteria kenampakan anak bulan yang pernah dirumuskan oleh ahli falak/astronomi. Sememangnya kenyataan IAC itu mengatakan anak bulan tidak kelihatan pada 29 Ramadan itu berasakan kepada kriteria Odeh (2004). Sekiranya kita mengikuti perkembangan kriteria kenampakan anak bulan kita dapati nilai elongasi minimum yang dirumuskan oleh ahli astronomi McNally (1983) dan Sultan (2007), Amir (2012) dan Malaysia (2013) adalah 5 darjah. Ini menunjukkan dari perspektif ilmu falak sukar untuk melihat anak bulan petang tersebut dan sukar untuk menolak kesaksian penyaksian anak bulan sekiranya hasil cerapan menggunakan bantuan optik. Justeru, pandangan IAC tersebut kelihatan masih tidak menyeluruh dan perlu dilihat kepada penemuan-penemuan baru kajian kenampakan anak bulan. Dalam perkara ini, IAC perlu meneliti hasil penyelidikan kriteria kenampakan anak bulan kebelakangan ini. Begitu juga halnya di Mesir. Institut Penyelidikan Astronomi dan Geofizik Kebangsaan Mesir (National Research Institute Of Astronomy & Geophysics (NRIAG) dalam satu kenyataan meramalkan bahawa Aidilfitri akan jatuh pada hari Jumaat. Berdasarkan data kedudukan anak


DINAMIKA 61 bulan di negara Mesir beza waktu matahari terbenam dan bulan terbenam 24-29 minit. Ini bermaksud bulan akan terbenam 24-29 minit selepas matahari terbenam. Tambahan pula, hasil pengiraan NRIAG bandarbandar di negara Arab/Islam sela masa bulan dan matahari terbenam adalah 10-35 minit. Seterusnya NRIAG menyimpulkan bahawa tarikh hari raya mengikut kiraan falak jatuh jumaat, 21 April. Ia berbeza dengan kenyataan IAC selepas itu, anak bulan tidak kelihatan dengan mata kasar di negara Arab-Islam pada hari cerapan. Ini juga menimbulkan menimbulkan tanda tanya mengenai tarikh hari raya pada tahun ini. Pihak yang bertangjawab mengumumkan tarikh awal hari Raya adalah Mufti Mesir Dr Sauqi ‘Allam. Mesir berpegang kepada rukyah sebagai makanisma utama penentuan hari raya. Mengikut mufti mesir, anak bulan dilaporkan keliahatan dan Mesir juga memutuskan untuk raya Jumaat, 21 April. Tidak pasti sama ada Mesir mengunakan kesaksian anak bulan tempatan atau negara Saudi. Sekiranya ditilik pada data kenampakan anak bulan ia lebih kurang sama dengan negara Saudi, ia berada pada border line. Sekiranya ada sekalipun kesaksian anak bulan di Mesir ia sukar untuk dinafikan. Namun begitu, mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Dar Ifta’ menyatakan Mesir berpandukan kepada Kesatuan Matla’ (Ittihad Matla’). Bagi Mesir sekiranya mana-mana negara yang telah kelihatan anak bulan berkongsi malam dengan negara Mesir maka kenampakan anak bulan dinegara tersebut boleh diambilkira dalam menentukan awal Syawal. Dalam pada itu, besar


B BAB 7 62 kemungkinan Mesir mengunakan kenampakan anak bulan di Saudi bagi memutuskan tarikh 1 Syawal di Mesir. Ini kerana Mesir dan Saudi dikira sebagai 1 Matla’ yang sama. Pada malam 20 April, Mesir mengumumkan tarikh 1 Syawal lebih terkemudian daripada negara Saudi. Umur Bulan +13J 25M Beza Masa Matahari-Bulan Terbenam +00J 28M Altitude Bulan +04°:30: 11” Relatif Altitude +05°:29':30" Elongasi +05°:35':35" EGYPT Alexandria Begitu juga dengan Jordan, Jordan merupakan tapak asal ICOP, dari situ Odeh dan kawan-kawanya bermula untuk menubuhkan ICOP sebelum berpindah ke UAE. Kemudian selepas itu ICOP diletakan dibawah IAC. ICOP dari awal penubuhan sehingga hari ini masih mengekalkan fugsi asal iaitu mengumpulkan data-data kenampakan anak bulan diseluruh dunia. Ada sekali data-data tersebut di terbitkan dalam Jurnal dan dirumauskan satu kriteria kenamapakan yang dikenali sebagai kriteria Odeh. Jordan juga raya Jumaat seperti Saudi. Data kedudukan anak bulan lebih kurang sama dengan negara Saudi. Tiada siapa yang mengaku melihat anak bulan petang khamis itu. Jelaslah Jordan mengambil kesaksian kenampakan negara lain sebagai petunjuk untuk raya sama sehari dengan Saudi. Terang lah Jordan mengadaptasi pandangan yang bersetuju dengan kesatuan Matla’. Jika dirujuk kepada Dar Ifta’ Jordan isu


DINAMIKA 63 perbezaan dan kesatuan dan perbezaan matla’ tersebut adalah merupakan perkara khilafiah dan dalam bidang syiasah syariah. Keputusan pemerintah akan meleraikan kekhilafan tersebut. Negara Maghribi atau Moroko telah diperkatakan oleh Odeh dalam temubual dalam Tembual Al-Jazera 11 tahun lalu merupakan negara terbaik dalam penentuan awal bulan di negara Arab. Maghribi mengunakan rukyah sebagai penentu manakala hisab sebagai penentu. Jika dilihat data kenampakan anak bulan di Moroko, anak bulan kemungkinan boleh kelihatan dengan menggunakan alat bantu seperti teleskop, teodolit atau binikular. Malah mengikut rekod dunia umur bulan 15 jam pernah kelihatan dengan mata kasar. Manakala rekod anak bulan termuda pernah kelihatan adalah 12 jam dan 23 minit oleh Jim Stamm dari Tucson, Arizona, Amarika Syarikat. Malah elongasi bulan pada hari Jim Stamm melihat anak bulan tersebut adalah 6 darjah. Walaupun anak bulan tinggi di kaki ufuk dinegara jiran Aljaria itu, Moroko mengumumkan raya pada Sabtu, 22 April. Ini kerana anak bulan tidak kelihatan disana pada petang Khamis, 20 April di Moroko. MOROCCO Marrakech Umur Bulan +15H 30M Beza Masa Matahari-Bulan Terbenam +00H 35M Altitude Bulan +05°:58':58" Relatif Altitude +06°:48':44" Elongasi +06°:55':37"


B BAB 7 64 Tahun ini, empat buah negara serumpun Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura malah Thailand juga telah sambut hari Raya pada hari yang sama, Sabtu 22 April. Tidak seperti tahun lalu, Singapura satu-satunya negara dirantau ini Raya lewat sehari dari negara lain, 3 Mei 2022. Sedangkan negara Malaysia, Brunei, Indonesia raya awal sehari dari negara Singapura, 2 Mei 2022. Seperti dijangka kedudukan anak bulan yang rendah dikaki langit, beserta sudut pemisah antara bulan dan matahari hanya beberapa darjah sahaja, amat sulit untuk anak bulan kelihatan di rantau ini pada Khamis, 20 April. Tepat sekali keputusan yang dicapai. Namun ia agak menarik jika diperhatikan negara Republik Indonesia, negara yang mempunyai kebebasan dalam menentukan tarikh hari raya mengikut kefahaman masing-masing. Setidak tidaknya Jamah Tarekat Naqsabandiyah Al-Khalidiyah, Sumatra Utara dan Jemaah Masjid Aolia Gunung Kidul, Yorgyakarta raya lebih awal Khamis, 20 April. Syawal disambut Jumaat, 21 April bagi golongan Muhammadiyah, Syarikat Islam. Sedangkan 1 lebaran di Indonesia diumumkan oleh pemerintah Indonesia adalah 22 April 2021. Ini berikutan tiada kenampakan anak bulan yang diterima di siding Isbat di Indonesia pada 20 April. Namun begitu, ada laporan media menyatakan Tarikat Santri, Kota Bukit Tinggi, Sumatera Barat ada yang raya pada Isnin, 24 April. Walau apapun tarikh 1 Syawal di negara Indonesia, sejarah buat rakyat Indonesia kerana dapat mendengar 3 kali khutbah dalam masa seminggu, Khutbah gerhana, Khutbah Jumaat dan Khutbah hari raya. Perbezaan tarikh hari raya tidak terkecuali di Australia, ada yang berpegang kepada hisab sebagai pembantu, rukyah


DINAMIKA 65 sebagai penentu dan ada juga yang berpegang kepada hisab sebagai penentu. Australian Fatwa Council mengumumkan lebih awal Raya 1444 jatuh 21, Jumaat berdasarkan hisab. Manakala mengikut moonshiting Australia mereka mecerap anak bulan pada 21 Jumaat, dan anak bulan keihatan di Mareeba (Quensland). Raya disambut oleh golongan tersebut pada Sabtu 22 April Sememangnya, setiap negara mempunyai makanisma tersendiri dalam menentukan tarikh hari raya. Sama-sama kita menghormati antara satu sama lain. Secara keseluruhan, 1 Syawal tahun 1444/2023 samada Jumaat 21 April atau Sabtu 22 April sahaja.


ANALISIS DATA PENENTUAN TARIKH PUASA & HARI RAYA 1444 H 67 Analisis Data Penentuan Tarikh Puasa & Hari Raya 1444 H Oleh: Nik Abdul Rahman Bin Mustapha Umat Islam sejak sekian lama berusaha untuk menentukan tarikah puasa dan hari raya dengan kaedah dan cara yang tepat dengan kehendak Syariah. Mereka telah melakukan pelbagai aktiviti cerapan dan mengumpul data serta melakukan analisis terhadap data yang mereka kumpulkan. Terbaru, di peringkat Asia Tenggara, negara-negara MABIMS telah menerima pakai kriteria kenampakan anak bulan “Imakanur-Rukyah” yang dikenali sebagai Kriteria KIR 2013. Tulisan ini menghimpunkan maklumat dan fakta berhubung kenampakan anak bulan dan pengisytiharan puasa dan hari raya 1444 H menerusi sumbersumber media masa yang boleh dipercayai untuk dijadikan rekod serta data bagi kajian selanjutnya. RAMADAN 1444 H A) Data Rukyah Tempatan Ijtimak bulan Ramadan berlaku pada hari Rabu, 22 Mac 2023, jam 1.23 pagi1 dan pada waktu petang hari itu adalah hari untuk melakukan cerapan di Malaysia. Data yang diperolehi berdasarkan waktu ijtimak ini2 , bagi cerapan di Kuala Lumpur adalah seperti berikut :- Waktu Ijtimak 01 : 23 Umur Hilal 18 : 01 Waktu Maghrib 19 : 24 Waktu Bulan Terbenam 20 : 02 Tempoh Masa Hilal atas Ufuk 0 : 38 Tinggi Hilal atas Ufuk 8° 21’ Jarak Pusat Hilal ke Jisim Matahari 9° 03’ Pemerhatian :- Berdasarkan ‘hisab’ kedudukan anak bulan didapati telah melepasi kriteria Imkanur-Rukyah 2013 iaitu ketika matahari terbenam, ketinggian bulan tidak atas ufuk kurang daripada 3° dan jarak lengkung bulan-matahari tidak kurang daripada 6° 24’. B) Data Rukyah Antarabangsa


B BAB 8 68 Ijtimak bulan Ramadan berlaku pada hari Selasa, 21 Mac 2023, jam 5.23 petang3 waktu sejagat (universal). Namun, tarikh cerapan bagi umat Islam di seluruh dunia adalah berbeza:- Selasa, 21 Mac 2023 – Kebanyakan negara arab seperti Arab Saudi, Mesir, Qatar, UAE, Bahrain, Kuwait, Iran, Iraq dan Palestin 4 termasuk European Council for Fatwa and Research5 dan Fiqh Council of North America.6 (ECFR dan FCNA menggunakan sepenuhnya hisab dalam penentuan tarikh) Rabu, 22 Mac 2023 – Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei dan juga negara Jordan, Oman, Algeria, Maghribi dan Mauritania .7 Mengikut data yang dikeluarkan oleh Pusat Astronomi Antarabangsa (IAC) menyatakan bahawa hilal mustahil untuk di cerap di seluruh dunia pada hari tersebut kerana bulan terbenam lebih awal sebelum Maghrib atau Ijtimak berlaku selepas waktu Maghrib.8 Buktinya, di Arab Saudi Waktu Maghrib 6 : 13 petang Waktu Ijtimak 10 : 23 malam C) Keputusan Rukyah Ramadan Umat Islam menyambut permulaan puasa 1 Ramadhan 1444 serentak iaitu pada :-


PROLOG 69 Khamis, 23 Mac 2023 1) Negara-negara Arab seperti Arab Saudi, Mesir, Qatar, UAE, Bahrain, Kuwait, Turki, Bosna Herzegovina9 2) European Council for Fatwa and Research dan Islamic Society of North America (sebagaimana penjelasan di atas). 3) Negara-negara Arab yang merukyah pada hari Rabu seperti Jordan10, Oman dan Maghribi.11 4) Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia12, Singapura13 dan Brunei14 . Di Malaysia, kebanyakan tempat mencerap anak bulan melaporkan kenampakan anak bulan.15 Ini disebabkan umur anak bulan telah mencapai hampir 18 jam dan mudah untuk dicerap. Jumaat, 24 Mac 2023 1) The Federation of Islamic Associations of New Zealand.16 AssalaamuAlaikum. The Hilal Committee of FlANZ wish to inform the community that the new moon for Ramadhan was not sighted today. Therefore, we will complete the month of Sha'ban tomorrow (23 March 2023). Friday, 24 March 2023 will be the first day of Ramadhan 1444H. 2) India dan Bangladesh Kalau kita perhatikan data anak bulan di Wellington, New Zealand seperti berikut:- Ijtimak Local Time Mar 22, 2023 at 6:23 am Sight Date Mar 22, 2023 at 7:30 pm Age of Moon 13 h 07 m Moon Altitude 3° 25’ Declination 2° 09’ Elongation 7° 04’ Sunset 7:30 pm↑ 270° West


B BAB 8 70 Moonset 7:53 pm↑ 272° West Kedudukan Ijtimak pada Waktu Maghrib Data kedudukan ijtimak Ramadan pada waktu Maghrib di seluruh dunia adalah seperti berikut: LOKASI Tarikh WAKTU IJTIMAK TEMPATAN TERBENAM TERBENAM Ponta Delgada, Portugal (UTC -1) Selasa, 21 Mac 2023 (UTC 5.23 PM) 16:23 18:55 18:53 London (UTC +0) 17:23 18:14 18:01 Vienna, Austria (UTC +1) 18:23 18:08 17:53 Perkiraan time zone converter dan sun/moonset berdasarkan laman https://www.timeanddate.com/ Berdasarkan jadual di atas, kedudukan negara / lokasi yang ijtimak berlaku pada waktu maghrib (atau pun negara / lokasi anak bulan telah lahir selepas waktu Maghrib) adalah bermula dari kawasan London (UTC +0) . SYAWWAL 1444 H A) Data Rukyah Tempatan Ijtimak bulan Syawal berlaku pada hari Khamis, 20 April 2023, jam 12.12 tengahari17 dan pada petang hari itu adalah hari untuk melakukan cerapan di Malaysia. Data yang diperolehi berdasarkan waktu ijtimak ini18, bagi cerapan di Kuala Lumpur adalah seperti berikut:- Waktu Ijtimak 12 : 12 Umur Hilal 7 : 06 Waktu Maghrib 19 : 18


PROLOG 71 Waktu Bulan Terbenam 19 : 29 Tempoh Masa Hilal atas Ufuk 0 : 11 Tinggi Hilal atas Ufuk 2° 07’ Jarak Pusat Hilal ke Jisim Matahari 2° 35’ Pemerhatian :- Berdasarkan ‘hisab’ kedudukan anak bulan didapati telah melepasi kriteria Imkanur-Rukyah 2013 iaitu ketika matahari terbenam, ketinggian bulan tidak atas ufuk kurang daripada 3° dan jarak lengkung bulan-matahari tidak kurang daripada 6° 24’. B) Data Rukyah Antarabangsa Ijtimak bulan Syawal berlaku pada hari Khamis, 20 April 2023, jam 4.12 pagi waktu sejagat (universal). Oleh kerana, umat Islam seluruh dunia memulakan puasa 1 Ramadhan serentak pada hari Khamis, 23 Mac 2023, maka hari mencerap adalah pada hari Khamis, 20 April 2023 kecuali New Zealand pada hari Jumaat 21 April 2023. Mengikut data yang dikeluarkan oleh Pusat Astronomi Antarabangsa (IAC) di bawah projek Islamic Crescents Observation Project (ICOP) - Mohammad Odeh criterion menyatakan bahawa anak bulan hampir mustahil untuk kelihatan di seluruh dunia pada petang Khamis, 20 April 202319. Ini disokong oleh beberapa kajian seperti moonsighting.com “On April 20, the moon can be seen with difficulty in USA and parts of Canada”20


B BAB 8 72 dan Goverment UK “For the first time, the British government have provided information for the sighting of the moon for the marking of Eid ul-fitr 2023. According to the charts it is IMPOSSIBLE for the moon to be sighted anywhere in the world on Thursday night. Meaning Eid cannot be on Friday 21st April.”21 Lebih ‘panas’ pihak IAC telah mengeluarkan satu kenyataan khas hari raya yang ditandatangani oleh 25 orang pakar falak seluruh dunia22 , setelah ada ura-ura (2 minggu sebelum raya) bahawa Arab Saudi akan merayakan pada hari Jumaat.23 C) Keputusan Rukyah Syawal Sabtu, 22 April 2023 1) Australia – Australian Fatwa Council24 terlebih dahulu pada 11 April 2023 membuat kenyataan seperti berikut: “The Australian Fatwa Council is pleased to announce to the Australian Muslim community the following: Friday, 21st of April 2023, will be the last day of the Month of Ramadan 1444AH. The Day of Eid Al-Fitr will be on Saturday, 22nd of April 2023, and the first day of the Month of Shawwal 1444AH” Ini kerana mereka mengikut hisab. 2) Jepun – Ruyat-e-Hilal Committee Japan telah mengisytiharkan bahawa mereka mengikut keputusan negara Malaysia25 . 3) Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia26, Brunei27 dan Singapura28 . 4) Pakistan29, India dan Bangladesh. 5) Negara Arab30 seperti Oman31 (negara Arab terawal membuat pengisytiharan hari raya), Iran, Libya dan Maghribi32 kerana tidak nampak anak bulan. 6) New Zealand – The Federation of Islamic Associations of New Zealand (FIANZ)33 Jumaat, 21 April 2023 1) Negara Eropah – seperti European Council for Fatwa and Research (ECFR)34 dan Fiqh Council of North America (FCNA)35 lebih awal mengumunkan tarikh hari raya kerana beramal dengan hisab. 2) Negara Arab – Arab Saudi36 , Kuwait37 dan Mesir38 mengisytiharkan nampak anak bulan. Sementara negara Arab lain seperti Jordan39 (16:51) membuat pengisytiharan selepas pengumuman Arab Saudi40 .


PROLOG 73 Dalam laman Facebook Haramain Sharafain terdapat beberapa posting yang menyiarkan gambar persiapan melihat anak bulan di Sudair dan Tumair41. Yang lebih menarik terdapat posting yang memaparkan Dr Dr Abdullah Khudairi menangis setelah dapat melihat anak bulan42 . Sebaliknya, beberapa laman Facebook menyiarkan kenyataan yang berbeza antaranya wawancara bersama Pengerusi Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Jordan, Ammar as-Sakji43 , penjelasan oleh Sheikh Dr. Solahuddin Ahmad A’amir yang menyatakan bahawa kajian kriteria anak bulan adalah 150 tahun44 dan ulang siar wawancara bersama Mohammad Syaukat Audah45 . 1 Almanak Falak Syarie Malaysia Tahun 2023 (JUPEM) 2 Buku Mesyuarat Jawatankuasa Melihat Anak Bulan 1/2023 (Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan) 3 Laman sesawang ICOP melalui pautan https://www.astronomycenter.net/icop/ram44.html 4 Laman sesawang akhbar Aljazeera.net bertajuk “؟1444/2023 رمضان شهر يبدأ متى “ bertarikh 18/3/2023 melalui pautan https://www.aljazeera.net/lifestyle/2023/2/19/ متى-يبدأ-شهر-رمضان-2023؟ dan laman sesawang Al-Jadid Trend bertajuk “ 1444 رمضان ايام اول موعد 2023 رمضان متى العربية الدول في “bertarikh 21/3/2023 melalui pautan https://www.jid.org/ar/-متى /رمضان-2023-موعد-اول-ايام-رمضان-1444 “تحديد بداية شهري رمضان وشوال لعام 1444هـ- 2023م” bertajuk ECFR sesawang Laman 5 tanpa tarikh melalui pautan https://www.e-cfr.org/blog/2023/01/25/-بداية-تحديد /شهري-رمضان-وشوال-لعام-1444هـ-2023 6 Laman sesawang FCNA bertajuk “FCNA Announcement for Ramadan-Shawwal 1444” bertarikh 18/2/2023 melalui pautan https://fiqhcouncil.org/fcnaannouncement-for-ramadan-shawwal-1444/ "دول عربية وإسالمية تعلن الخميس أول أيام ” bertajuk net.Aljazeera akhbar sesawang Laman 7 رمضان bertarikh 22/3/2023 melalui pautan https://www.aljazeera.net/news/2023/3/21/هالل-رؤية-تعذر-السعودي-التلفزيون-عاجل 8 Laman sesawang IAC bertajuk ‘ه ۱٤44 لعام رمضان هالل رصد نتائج ‘melalui pautan https://www.astronomycenter.net/icop/ram44.html "دول عربية وإسالمية تعلن الخميس أول أيام ” bertajuk net.Aljazeera berita sesawang Laman 9 رمضان bertarikh 22/3/2023 melalui pautan https://www.aljazeera.net/news/2023/3/21/هالل-رؤية-تعذر-السعودي-التلفزيون-عاجل dan laman sesawang Islamonline bertajuk “2023 رمضان هالل رؤية “melalui pautan https://islamonline.net/2023-رمضان-هالل-رؤية/ “األردن يعلن الخميس أول أيام شهر رمضان المبارك” bertajuk almamlakatv sesawang Laman 10 bertarikh 23/3/2023 melalui pautan https://www.almamlakatv.com/news/114111- األردن-يعلن-الخميس-أول-أيام-شهر-رمضان-المبارك


B BAB 8 74 11 Laman sesawang berita Aljazeera.net bertajuk رمضان غرة.. العربية الدول ببقية لحقت" pautan melalui 2023/3/23 bertarikh” الخميس بالجزائر والمغرب وموريتانيا واألردن وسلطنة عمان https://www.aljazeera.net/news/2023/3/22/يبدأ-رمضان-العربية-الدول-بغالبية-لحقا دول عربية وإسالمية تعلن تباعا : الخميس أول أيام ” bertajuk Arabi-Al berita sesawang laman dan 2023 رمضان “bertarikh 21/3/2023 melalui pautan الخميس-أول-أيام-رمضان-2023-في-هذه-الدول/society/uk.co.alaraby.www://https 12 Laman sesawang JNews bertajuk “Pemerintah Tetapkan Ramadan Jatuh 23 Maret 2023” bertarikh 23/3/2023 melalui pautan https://jateng.kemenag.go.id/2023/03/pemerintah-tetapkan-ramadan-jatuh-23- maret-2023/ 13 Laman sesawang MUIS bertajuk “Announcement by Mufti on The Beginning of Ramadan for Muslims in Singapore” bertarikh 22/3/2023 melalui pautan https://www.muis.gov.sg/Media/Media-Releases/2023/3/22-Mar-23-RamadanAnnouncement_ENG 14 Laman sesawang Pelita Brunei di bawah tajuk “Puasa bermula hari ini” melalui pautan https://www.pelitabrunei.gov.bn/Lists/Berita%202018/NewDisplayForm.aspx?ID =46156&fbclid=IwAR0h0d4ELL7PhJSI5cPo8m6moZMp4NuxfZ6EgLNYgi2xbz_8DJhlSkxksI 15 https://www.utusan.com.my/nasional/2023/03/anak-bulan-ramadan-berjayadicerap-7-46-malam-di-picc/ 16 Laman Facebook FIANZ https://www.facebook.com/FIANZ.NZ/posts/pfbid02qPpcc7c3zTaA6B2PKJ84Af cyibJKF3nqSVdyb62NWjGUCbV6zgPE3Ds7KtcMyTM3l 17 Almanak Falak Syarie Malaysia Tahun 2023 (JUPEM) 18 Buku Mesyuarat Jawatankuasa Melihat Anak Bulan 1/2023 (Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan) 19 Laman sesawang IAC bertajuk ‘ه ۱٤44 لعام شوال هالل رصد نتائج ‘melalui pautan https://www.astronomycenter.net/icop/shw44.html 20 Laman sesawang moonsighting.com bertajuk “Moonsighting for Shawwal 1444” melalui pautan https://www.moonsighting.com/1444shw.html 21 Laman sesawang Gov.UK bertajuk “Crescent Moon Visibility for April 2023” melalui pautan https://www.gov.uk/government/publications/crescent-moonvisibility-for-eid-al-fitr-2023?fbclid=IwAR3tO82KJNwxEe9QG9ZH576thAy7D5MlcHQuseBGZEJwNApjY68HkFOwhs بيان مشترك بتوقيع 25 متخصصا بعلم الفلك من 13 دولة حول رؤية هالل ” bertajuk IAS Facebook 22 pautan melalui” عيد الفطر https://www.facebook.com/astronomycenter/posts/pfbid0293MV5VzLp32WPaM YkXqAUg9bAHM6H9rDtt5i3S28BZeX4QrcT7S13G2VV3xBmpEzl متى عيد الفطر؟ مركز الفلك الدولي ينشر بيانا ” bertajuk Mubasher Jazeera Al berita laman dan pautan melalui” مشتركا بعد جدل أثير بشأن رؤية هالل شوال https://mubasher.aljazeera.net/news/2023/4/19/-الفلك-مركز-الفطر-عيد-هالل-رؤية الدولي?traffic_source=KeepReading dan juga laman berita The National News bertajuk “Eid Al Fitr 2023 may fall on Saturday, says Saudi's International Astronomy Centre” melalui pautan https://www.thenationalnews.com/gulf-news/2023/04/16/eid-al-fitr-expected-tofall-on-saturday-international-astronomy-centre-says/?fbclid=IwAR0dAb-


PROLOG 75 20Q5tjDo7VTETfWjfhug-zPZmTo0a6ILDYd5AT0mS9tgyu6TMOE&mibextid=Zxz2cZ 23 Laman berita Astro Awani bertajuk “Pusat Astronomi Antarabangsa jangka 1 Syawal pada Jumaat” melalui pautan https://www.astroawani.com/berita-dunia/pusatastronomi-antarabangsa-jangka-1-syawal-pada-jumaat-414423?utm_source=embednews-keyword&utm_medium=dataembed&utm_campaign=20230408%20Embed%20Berita%20Popular&_gl=1*1qykb 86*_ga*ODE4MDM2MzgyLjE2MjgxNzU4NjA.*_ga_2WBWP426R6*MTY4MDg4 NTYwNy44Ni4xLjE2ODA4ODU2NzcuMC4wLjA. dan laman berita gulfnews bertajuk “Eid Al Fitr 2023 likely to start on April 21, moonsighting committee to convene on April 20” melalui pautan https://gulfnews.com/uae/ramadan/eid-al-fitr-2023-likely-to-start-on-april-21- moon-sighting-committee-to-convene-on-april-20-1.1680768979060 24 Facebook Australian National Imams Council (ANIC) bertajuk “ - – ” melalui pautan https://www.facebook.com/anic.org.au/posts/pfbid09bgduMmVv4MPQ4vmriLCS FSth189kfmFMC8hAV35SoYGrKWDVLriLoFcVREbx5b8l 25 Facebook Ruyat-e-Hilal Committee-Japan bertajuk “Announcement 1st Shawwal (Eid-ul-Fitr) 1444 A. H. falls on Saturday 22 April, 2023, in Japan melalui pautan https://www.facebook.com/rhcjapan/posts/pfbid0U5ag8YVTrwQjcAFKVzc8SG6 4ThZa2uaPteXY9Y1fY5CGw5oevepr7WjsaNX6Yvj8l 26 Laman berita CNN Indonesia bertajuk “Pemerintah Tetapkan Lebaran Idul Fitri 2023 Sabtu 22 April” melalui pautan https://www.cnnindonesia.com/nasional/20230420123102-20-940158/pemerintahtetapkan-lebaran-idul-fitri-2023-sabtu-22-april. 27 Laman berita Borneo Bulletin bertajuk “Hari Raya on Saturday” melalui pautan https://borneobulletin.com.bn/hari-raya-on-saturday/ 28 Laman sesawang MUIS bertajuk “AIDILFITRI 2023” melalui pautan https://www.muis.gov.sg/Aidilfitri-2023 dan laman berita M Berita bertajuk “Umat Islam SG sambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu, 22 Apr” melalui pautan https://berita.mediacorp.sg/singapura/umat-islam-sg-sambut-hari-raya-aidilfitripada-sabtu-22-apr-749001 29 Laman berita Dawn bertajuk “Pakistan to celebrate Eidul Fitr on Saturday” melalui pautan https://www.dawn.com/news/1748682 dan Pakistan Today bertajuk “Eidul Fitr on Saturday as Shawwal crescent not sighted: Azad” melalui pautan https://www.pakistantoday.com.pk/2023/04/20/eidul-fitr-onsaturday-as-shawwal-crescent-not-sighted-azad/ السبت.. أول أيام عيد الفطر المبارك في هذه ” bertajuk Mubasher Jazeera Al berita Laman 30 الدول “melalui pautan https://mubasher.aljazeera.net/news/miscellaneous/2023/4/21/-عيد-أيام-أول-السبت الفطر-في-هذه-الدول “عدم ثبوت رؤية هالل شهر شعبان لعام ۱٤٤٤هـ” bertajuk Agency News Oman berita Laman 31 melalui pautan https://omannews.gov.om/topics/ar/3/show/414337/ 32 Facebook Kementerian Wakaf Maghribi melalui pautan https://www.facebook.com/photo.php?fbid=557182179922295&set=pb.100068915 541743.-2207520000.&type=3


B BAB 8 76 عيد الفطر يوم السبت 22 أبريل بالمغرب .. هسبريس ” bertajuk Hespress berita Laman Dan عيد-الفطر-بعد-غد-/com.hespress.www://https pautan melalui” تتمنى لكم عيدا مباركا سعيدا html.السبت-بالمغرب-هسبريس-1157621 33 Facebook Fianz bertajuk “ ” melalui pautan https://www.facebook.com/FIANZ.NZ/posts/pfbid02Cmp1qqMMiLyGqvGDhSt G9hDst3U3VvkH8ERu2bnV5puhfVkmgYifH2eRpbaDmBZxl “تحديد بداية شهري رمضان وشوال لعام 1444هـ- 2023م” bertajuk ECFR sesawang Laman 34 tanpa tarikh melalui pautan https://www.e-cfr.org/blog/2023/01/25/-بداية-تحديد /شهري-رمضان-وشوال-لعام-1444هـ-2023 35 Laman sesawang FCNA bertajuk “FCNA Announcement for Ramadan-Shawwal 1444” bertarikh 18/2/2023 melalui pautan https://fiqhcouncil.org/fcnaannouncement-for-ramadan-shawwal-1444/ عام / الديوان الملكي : المحكمة العليا قررت أن ” bertajuk Press Agency Saudi berita Laman 3636 pautan melalui” يوم غٍد الجمعة هو يوم عيد الفطر المبارك لهذا العام 1444هـ https://sp.spa.gov.sa/viewfullstory.php?lang=ar&newsid=2445580#2445580 Dan Facebook Al Jazeera Channel melalui pautan https://www.facebook.com/aljazeerachannel/photos/a.10150093989184893/10161 639673994893/ 37 Youtube bertajuk “#Kuwait announces Friday April 21 as first day of #Eid Al Fitr.” melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=J855Sx9SN60 38 Facebook Dar al-Ifta al-Misriyyah melalui pautan https://www.facebook.com/EgyptDarAlIfta/videos/254196153718460/ 39 Facebook Dar al-Ifta al-Aam al-Urduniyyah melalui pautan https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid037XmTUD58WH6ZFLyNpR J1UcgPsTBqWk2BMH5mUdRVKDuAey82mPf89a2QfPW9V9fkl&id=1000647507 44227&mibextid=Nif5oz الجمعة.. أول أيام عيد الفطر المبارك في هذه ” bertajuk Mubasher Jazeera Al berita Laman 40 الدول “melalui pautan https://mubasher.aljazeera.net/news/miscellaneous/2023/4/20/-عيد-أيام-أول-الجمعة الفطر-المبارك-في دول عربية وإسالمية تعلن الجمعة أول أيام عيد الفطر ” bertajuk Jazeera Al berita laman Dan المبارك “melalui pautan https://www.aljazeera.net/news/2023/4/20/-األنباء-وكالة-عاجل القطرية-ثبوت-رؤية 41 Antaranya seperti pautan bertarikh 20 April 2023 https://www.facebook.com/insharifain/posts/pfbid02TPqHycBeRHA9AxsTsFpuaa pKjhp6fTnHzDYaaGCp3krmWwV9XqtGi9Lv86RA7caJl https://www.facebook.com/insharifain/posts/pfbid0ncyhq33RbHohtPdGbkGF5v BD1yjDAcPqqC55Rou71hJx2UJ4a2uk55R296cvzHEzl https://www.facebook.com/insharifain/posts/pfbid0D8gCeb5gYJcFP25WqnZfkZ1 gwU44fPK2eaW792ZiK4VJosQwd9bE1uUu33NjwiVBl https://www.facebook.com/insharifain/posts/pfbid02jQmt7Vxd8XApCpd2tS9Qhj 6P6aw8r2Z94m3vQR3sNzzar6ZwWTMomzazFPYYENv1l 42 https://www.facebook.com/watch/?v=181556031417636 43 Facebook The Jordanian Astronomical Society (JAS) melalui pautan https://www.facebook.com/groups/jas.society/permalink/10161028516576639/?mi bextid=rS40aB7S9Ucbxw6v


PROLOG 77 توضيح للجدل الدائر حول هالل شوال 1444هجرية)حساب الرؤية( ” bertajuk Facebook Laman 44 pautan melalui” عبر البرامج والمعايير الفلكية https://www.facebook.com/watch/?v=891712761898968&extid=CL-UNK-UNKUNK-AN_GK0T-GK1C&mibextid=YCRy0i&ref=sharing “باحث فلكي: المغرب أفضل بلد إسالمي في رؤية الهالل” bertajuk 24 Info Facebook Laman 45 melalui pautan https://www.facebook.com/watch/?v=558997026100929&extid=CL-UNK-UNKUNK-AN_GK0T-GK1C&mibextid=2Rb1fB&ref=sharing


SISIPAN 79 KENYATAAN MEDIA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA BERKENAAN ISU TULAR TANGKAP LAYAR “PEMBERITAHUAN AKHIR RAMADAN 1444H 20 APRIL 2023” Oleh: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil maklum tentang penularan satu tangkap layar yang memaparkan “Pemberitahuan Akhir Ramadan 1444H 20 April 2023” yang dipercayai disiarkan menerusi sebuah paparan iklan di sebuah masjid. Paparan tersebut telah menimbulkan spekulasi dalam kalangan warga maya mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun ini. 2. JAKIM ingin memaklumkan, bahawa pengisytiharan tarikh 1 Syawal pada setiap tahun bagi negara Malaysia adalah dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui media utama sejurus menerima laporan hasil cerapan anak bulan yang dibuat di 29 lokasi cerapan rasmi setelah mendapat perkenan SPB Yang Di-Pertuan Agong yang mewakili Duliduli Yang Maha Mulia Raja-Raja. 3. Cerapan Hilal Syawal bagi tahun ini (1444H) adalah pada petang hari Khamis, 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April 2023. Semua pihak disaran membuat semakan ketepatan tarikh hijri yang terdapat pada jam digital azan khususnya di masjid dan surau agar sentiasa selari dengan


B SISIPAN 80 kalendar hijri yang dikeluarkan oleh JAKIM atau pihak berkuasa agama negeri dan disahkan oleh Panel Pakar Falak. 4. Semua pihak adalah dimohon untuk menghormati ketetapan yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja mengenai perkara ini dan tidak membuat sebarang andaian mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Sekian terima kasih. JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA 31 Mac 2023


SISIPAN 81 IRSYAD AL-FALAK PERKARA: PENENTUAN AWAL SYAWAL 1444H Oleh: Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman PENDAHULUAN Malaysia telah mengamalkan penggunaan Kriteria Imkan ar-Ruyah dalam penentuan awal bulan Islam termasuklah bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah yang telah dipersetujui oleh Anggota-anggota MenteriMenteri Agama Negara Brunel Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah Dan Takwim Islam Kali ke-3 pada 29 Zulkaedah 1412H bersamaan 1 Jun 1992 di Labuan. Pada 16 dan 17 Februari 2021 telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) kali ke-118 yang bersidang bagi membincangkan dan mengambil maklum perubahan nilal Kriteria Imkan Ar-Ru'yah yang baharu iaitu: Ketika matahari terbenam tinggi hilal tidak kurang 3 darjah dan elongasi matahari bulan tidak kurang 6.4 darjah (6" 24") dan perlaksanaanya bermula bulan Muharram 1443H selaras dengan keputusan Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan (SOM) Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) kali ke-44. Berdasarkan kriteria ini, apabila kedudukan hilal memenuhi kriteria yang ditetapkan pada tanggal 29 haribulan hijriah maka keesokannya dianggap sebagai permulaan bulan baharu. Namun, jika tidak kelihatan maka keesokannya disempumakan menjadi 30 haribulan.


B SISIPAN 82 Penetapan awal bulan Islam adalah bergantung kepada kenampakan anak bulan dan data-data kedudukan bulan pada tarikh carapan di negara masing-masing. Mata' sasabuah negara juga berbeza dan tidak bergantung antara satu dengan lain. Hitungan yang dilakukan oleh falak adalah sesuatu yang bersifat tidak muktamad dalam penentuan 1 Syawal 1444H. KESIMPULAN Menurut data anak bulan pada 29 Ramadan 1444H/ 20 April 2023 peluang kenampakan anak bulan adalah tipis dan tidak memenuhi kriteria Imkan Ar-Ru'yah untuk dilihat pada hari tersebut Selain itu, ianya bergantung kepada kaputusan. akhir lalu Pengumuman Rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majis Raja-Raja pada malam hari yang sama, tertakluk kepada hasil aktivit cerapan anak bulan di 29 buah lokasi yang diketuai oleh Sahibus Samahah Muft-Mufti Negeri Oleh itu, adalah dinasihatkan agar lebih memfokuskan beramal ibadat terutamanya ketka memasuki 10 malam terakhir untuk mengejar Lailatul Qadar bukan semakin menjauhkan diri daripada masjid kerana sibuk dengan persiapan raya atau sudah keletihan untuk melakukan amal ibadat. Tirulah amalan Nabi Muhammad SAW yang melipatgandakan amalan sepanjang tempoh Ramadan yang masih berbaki ini. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan kepada-Nya kita berserah DATO' BADUKA SYEIKH FADZIL BIN HAJI AWANG DPSS, DSDK., AMK, BCK Mufti Negeri Kedah Darul Aman Tarikh: 12 April 2023 bersama 21 Ramadan 1444


SISIPAN 83 PROSPEK KENAMPAKAN HILAL SYAWAL 1444H DI PANTAI ACHEH, PULAU PINANG Oleh: Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang Sebagaimana kewajipan berpuasa yang tertakluk pada ketetapan hukum, demikian juga perintah berhari raya tidak terkecual dari ketetapan hukum. Persidangan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-14 pada 14 Julai 1977 telah memutuskan pensabitan anak bulan Ramadan dan Syawal adalah berpandukan kaedah rukyah (lihat/cerap) hisab (kira/hitung). Kaedah ini boleh dianggap terbaik karana mengambil kira panduan asal syarak dengan perkembangan teknologi masa kini. Bagi membolehkan penyusunan takwim/kalendar tahunan, kaedah hisab berpandukan kriteria/syarat kebolehnampakan (Imkanurukyah) anak bulan diaplikasikan. Kriteria/syarat terkini yang diperakul oleh Jawatankuasa Muzakarah MKI adalah: Ketinggian Anak Bulan Jarak Lengkung Anak BulanMahari 3° 6.4º Kriteria/syarat Ini baru sahaja diperbaharul bermula tahun 1443H. lanya dirumus berdasarkan penyelidikan dan data-data cerapan anak bulan serantau selama lebih 30 tahun oleh ahli-ahli pakar meliputi bidang syariah, sains, dan teknikal. Sudah tentu kriteria syarat sedia ada


B SISIPAN 84 ini tidak mutlak dan boleh disemak dari semasa ke semasa apabila terdapat keperluan. Implementasi kaedah serta kriteria/syarat yang berbeza di sesetengah negara atau pertubuhan menjadi faktor penyebab dapatan berbeza diperolehi selain dari faktor geografi lokasi cerapan itu sendiri. Bagi Pulau Pinang, Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh merupakan lokasi tunggal yang diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja untuk melihat anak bulan, Pantai Acheh merupakan antara lokasi paling barat dalam senaral 29 lokasi melihat anak bulan di Malaysia dan menjadi antara lokasi paling akhir yang akan melaporkan hasil cerapan anak bulan nanti. Berdasarkan hisab, data bulan pada hari cerapan di Pantai Acheh adalah seperti berikut; Waktu Matahari Terbenam Waktu Bulan Terbenam Ketinggian Bulan Jarak Lengkung Bulan Matahari 7.20 malam 7.38 malam 2º 12’ 2º 39’ Sumber Data Rasmi: Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Dengan berlakunya fenomena Gerhana Matahari Separa pada tengah hari cerapan itu yang seterusnya disusul dengan konjungsi (ijtimak/conjunction) sebelum fasa bulan baru pun bermula sejurus kemudian. Namun, data bulan sewaktu cerapan menunjukkan bulan belum memenuhi kedua-dua kriteria/syarat kebolehnampakan (imkanurukyah) yang ditetapkan walaupun fasa bulan baru telah bermula, Menerusi kaedah rukyah dan hisab, walaupun data hitungan menunjukkan keadaan sedemikian namun, keputusan cerapan tetap akan diambil kira sebagaimana yang berlaku ketika penentuan Syawal 1443H lalu Sebaliknya pula data hitungan anak bulan yang memenuhi kriteria'syarat akan tetap diambil kira walaupun anak bulan gagal dilihat ketika cerapan,


SISIPAN 85 Demikian kedua-dua kaedah ini berfungsi saling melengkapi dan mengimbangi antara satu sama lain. Berdasarkan rekod, kenampakan anak bulan terbaik yang pernah dicatat di Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh adalah Hilal Rabiulawal 1444H yang berketinggian 5° 44" dan jarak lengkung 66". Rekod kenampakan anak bulan terbaik di Malaysia iaitu Hilal Syawal 1443H juga paling tidak telah memenuhi salah satu kriteria/syarat kebolehnampakan (imkanurrukyah). Secara atas kertas, anak bulan mungkin sukar kelihatan sewaktu cerapan nanti namun, tiada pihak yang dapat menafikan kuasa dan kehendak Allah SWT berikutan bulan baru telah berada di atas ufuk. Seiring dengan kemajuan instrumen cerapan, peningkatan kemahiran pencerap serta cuaca yang baik, tidak mustahil rekod baru dicatat pada penentuan Syawal 1444H. Tempoh cerapan di Pantal Acheh adalah selama 12 minit dan hasil cerapan nanti akan dilaporkan serta merta kepada pihak- pihak berkepentingan sebaik tamat sesi cerapan Proses ini seterusnya akan dimuktamadkan dengan pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sebagal menyempurnakan Stah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Proses ini dilaksanakan sesual dengan tanggungjawab baginda selaku ull amri sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak. Justeru, masyarakat Islam dinasihatkan bersabar serta berlapang dada memahami dan mengikuti proses penetapan hukum ini sehingga selesai. Semoga kegusaran kita terhadap ketidaktentuan tarikh 1 Syawal 1444H ini tidak menjejaskan tumpuan terhadap Ibadah di 10 hari terakhir Ramadan termasuk Ibadah khusus sempena fenomena Gerhana Matahari Separa yang berbetulan berlaku pada tarikh melihat anak bulan Syawal nanti. Perhatian dan kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, wassalam.


B SISIPAN 86 Saya yang menjalankan amanah, [DATO' SERI DR. WAN SALIM BIN WAN MOHD. NOOR] Mufi Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tarikh /3 April 2023/22 Ramadan 1444H


SISIPAN 87 PENAFIAN KALENDAR ISLAM Oleh: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM menafikan kenyataan yang dibuat oleh pihak tertentu mengenai penetapan tarikh hari raya Aidilfitri bagi tahun 1444H / 2023M yang mendakwa dikeluarkan oleh jabatan ini. Semua pihak dinasihatkan supaya menghormati proses penentuan rasmi tarikh Hari Raya di negara ini yang dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR) selaku pihak yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja. Diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 3 April 2023


SISIPAN 89 MAKLUMBALAS LAPORAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA BERTARIKH 13 APRIL 2023 BERTAJUK “CERAPAN ANAK BULAN LEBIH KETAT DAN TELITI’’ Oleh: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Kenyataan Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Berkenaan Maklumbalas Laporan Akhbar Utusan Malaysia Bertarikh 13 April 2023 Bertajuk “Cerapan Anak Bulan Lebih Ketat dan Teliti’’ 1. JAKIM ingin merujuk laporan akhbar Utusan Malaysia bertajuk “Cerapan Anak Bulan Lebih Ketat Dan Teliti’’ yang disiarkan pada Khamis, 13 April 2023. 2. Laporan akhbar berkenaan bahawa hasil cerapan 1 Syawal 1443H / 2 Mei 2022 yang lalu tidak sah dan terbatal adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana hasil cerapan tersebut telah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. Pada petang 29 Ramadan 1443H, anak bulan telah berjaya dikesan melalui teleskop oleh salah seorang ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan Labuan dan imej yang diperolehi telah disemak oleh jawatankuasa berkenaan. Selain itu, kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang merupakan ahli jawatankuasa tersebut juga telah dapat mencerap hilal melalui peralatan teodolit. Imej yang diperolehi kemudiannya disahkan oleh Ketua Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Labuan yang bertugas pada petang tersebut dan dilaporkan kepada Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan yang berada di lokasi cerapan rasmi Menara Kuala Lumpur. Satu perbincangan khusus juga kemudian dilaksanakan oleh Sahibus Samahah Mufti bersama pakar falak dan Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan untuk mengesahkan imej yang diperolehi dengan membandingkan data-data hilal yang disediakan sebelum keputusan menerima kenampakan tersebut dibuat. Kenampakan hilal tersebut kemudiannya


B SISIPAN 90 dilaporkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia untuk diperkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang Di-Pertuan Agong. 3. Secara teknikalnya, data hilal Syawal 1443H adalah tidak memenuhi syarat Kriteria Imkanur Rukyah (KIR) yang telah ditetapkan iaitu “ketika matahari terbenam ketinggian hilal sekurang-kurangnya 3⁰ dan Jarak Lengkung hilal Matahari 6⁰ 24``”. Data hilal Syawal pada ketika itu adalah berada pada ketinggian 5⁰ 27`` dan Jarak Lengkung 5⁰ 28``. Daripada data tersebut dapat dirumuskan bahawa kedudukan hilal berada pada kedudukan kritikal atau 50/50 untuk dapat dilihat kerana salah satu syarat telah dipenuhi dan beza dengan syarat Kriteria Imkanur Rukyah terlalu kecil. 4. Selain itu juga, tempoh cerapan hilal yang agak lama iaitu 27 minit dan keadaan cuaca yang baik membantu kepada proses cerapan dan peluang kenampakan hilal. Umur hilal yang mencecah 15 jam 28 minit juga menunjukkan bahawa lebar sabit hilal adalah lebih matang dan peluang kenampakan ketika itu adalah lebih cerah. Oleh kerana peluang kenampakan hilal pada ketika itu adalah 50/50, perkara ini telah dibincangkan dan diberi perhatian oleh Jawatankuasa Falak Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah supaya segala kemungkinan tersebut diberi perhatian yang sewajarnya. Penjelasan lanjut berhubung isu ini boleh diikuti menerusi laman Facebook rasmi JAKIM dalam rancangan Tanya JAKIM yang disiarkan secara langsung menerusi pautan https://fb.watch/jTb3oYTnYQ/?mibextid=cr9u03 5. JAKIM juga menyangkal laporan artikel berkenaan yang menyatakan bahawa laporan kenampakan hilal Syawal 1443H tidak direkodkan dalam laman sesawang Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. Kenyataan tersebut adalah tidak benar dan mengelirukan kerana semakan JAKIM di laman sesawang Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mendapati rekod tersebut boleh diakses di


PROLOG 91 pautan https://www.majlisraja-raja.gov.my/ms/cerapan-anakbulan 6. Sehubungan itu, kenyataan bahawa pengisytiharan kenampakan hilal Syawal 1443H/ 2 Mei 2022 di Labuan terbatal adalah amat tidak tepat dan sangat mengelirukan. 7. Semua pihak disarankan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan atau sebarang kandungan berkaitan isu penetapan tarikh 1 Syawal supaya tidak berlakunya kegusaran dan polemik yang boleh menjurus kepada ketidaktenteraman awam. Masyarakat juga dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih dan berautoriti sebelum mengeluarkan sebarang komen. 8. JAKIM menyeru kepada masyarakat awam supaya menghentikan sebarang polemik dan menunggu hasil keputusan cerapan Syawal 1444H yang akan diisytiharkan pada malam 29 Ramadan 1444H/ 20 April 2023 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Malaysia. Sekian. UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA 13 April 2023


SISIPAN 93 KENYATAAN MEDIA PRINSIP ASAS DALAM PENENTUAN TARIKH HARI RAYA DI MALAYSIA Oleh; Jabatan Mufti Selangor Atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, saya selaku Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor ingin menasihatkan umat Islam khususnya dalam Negeri Selangor untuk menghormati semua proses yang telah ditetapkan serta menyerahkan tanggungjawab menentukan permulaan 1 Syawwal 1444H kepada pihak berautoriti. Islam telah menetapkan kaedah yang jelas dalam penentuan awal Ramadhan dan awal Syawwal. Kaedah utama yang dianjurkan sebagaimana nas al-Quran dan hadis Nabi SAW adalah berdasarkan ru’yah hilal atau melihat anak bulan. Hanyasanya jika hilal tidak kelihatan disebabkan mendung atau berawan, maka dalam hal ini terdapat perbezaan pandangan ulama’ dalam menerima hisab ahliahli falak. Malaysia telah mengamalkan penggunaan Kriteria Imkan ar-Ru’yah dalam penentuan awal bulan Islam termasuklah bulan Ramadhan, Syawwal dan Zulhijjah sejak tahun 1992. Kriteria ini telah ditambahbaik bermula bulan Muharram 1443H setelah kajian semakan semula data-data hilal dilakukan bagi tempoh 30 tahun. Imkan ar-Ru’yah sebagaimana dipersetujui dalam Mesyuarat Pegawaipegawai Kanan (SOM) Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) adalah; hilal dianggap boleh kelihatan apabila memenuhi syarat-syarat berikut: Ketika matahari terbenam tinggi hilal tidak kurang 3 darjah dan elongasi matahari bulan tidak kurang 6.4 darjah.


B SISIPAN 94 Menurut kriteria ini, apabila kedudukan hilal memenuhi kriteria yang ditetapkan pada tanggal 29 haribulan hijriah maka keesokannya dianggap sebagai permulaan bulan baharu. Namun, jika tidak kelihatan maka keesokannya disempurnakan menjadi 30 haribulan. Kriteria ini dibangunkan berdasarkan pemerhatian yang berterusan terhadap datadata dan rekod kenampakan hilal di seluruh dunia. Ia adalah kaedah alternatif menurut ilmu falak dalam membentuk satu takwim hijriah yang sistematik dan saintifik serta tidak bertentangan dengan kehendak Syarak termasuklah dalam menentukan permulaan Ramadhan dan Syawwal. Walau bagaimanapun, permulaan awal Ramadhan dan Syawwal di Malaysia adalah tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Sebagai makluman, prinsip melihat anak bulan merupakan kaedah yang disyariatkan sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185: Maksudnya: Barangsiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu. Begitu juga berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar RA bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: Janganlah kalian berpuasa sehingga melihat hilal, jangan pula kalian berbuka sehingga melihatnya, jika kalian terhalang oleh awan, maka sempurnakanlah hitungannya. (Riwayat al-Bukhari) Hitungan ahli-ahli falak adalah sesuatu yang bersifat tidak muktamad dalam penentuan 1 Syawwal khususnya. Keputusan akhir adalah pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja pada malam tersebut tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di 29 buah lokasi yang telah ditetapkan. Permulaan awal bulan Islam bergantung


PROLOG 95 kepada kenampakan hilal dan data-data kedudukan bulan pada tarikh cerapan di satu-satu negara. Setiap negara mempunyai matla’ ru’yah yang berbeza dan penentuan awal Syawwal di satu-satu negara tidak tertakluk kepada hasil kenampakan hilal di negara lain atau data-data kedudukan hilal di negara lain. Sebagai penegasan, bilangan hari dalam sebulan menurut kalendar Islam adalah sama ada 29 atau 30 hari sahaja. Maka, adalah dinasihatkan untuk masyarakat Islam kekal tenang dalam keadaan harmoni menunggu pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 29 Ramadhan 1444H bersamaan 20 April 2023. Sekian dimaklumkan, terima kasih. DATO’ SETIA PROF. MADYA DR. HAJI ANHAR BIN HAJI OPIR S.S.I.S., D.P.M.S. Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor 7 April 2023 bersamaan 16 Ramadan 1444


SISIPAN 97 PERBANDINGAN DATA HILAL SYAWAL 2022 DENGAN HILAL SYAWAL 2023 Oleh: Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Data hilal yang dihisab (hitung) sentiasa dirujuk semasa menentukan tarikh baharu dalam sesuatu bulan hijri. Data hilal pada setiap tarikh 29 haribulan hijri dianalisa untuk mengetahui samada ia memenuhi syarat Kriteria Imkanur-Rukyah atau sebaliknya yang menentukan jumlah hari dalam bulan tersebut hanya 29 hari atau 30 hari. Bagi penentuan tarikh baharu tiga bulan utama yang melibatkan ibadah besar iaitu bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah akan ditentukan melalui kedua-dua kaedah hitungan (hisab) dan cerapan hilal (rukyah). Kriteria Imkanur-Rukyah merupakan satu kriteria yang digunakan sebagai asas yang menggambarkan ciri hilal yang dianggap boleh dilihat dengan mata kasar atau bantuan alat optik. Kriteria yang digunakan adalah melibatkan dua elemen iaitu tinggi hilal dan jarak lengkung antara hilal dengan matahari semasa waktu maghrib (matahari terbenam). Syarat minima hilal boleh kelihatan menurut kriteria ini mestilah di ketika matahari telah terbenam kedua-dua syarat mestilah dipenuhi iaitu tinggi hilal di atas ufuk tidak kurang dari 3° dan jarak lengkung antara matahari dan bulan tidak kurang dari 6.4° (6° 24’). Pemahaman masyarakat terhadap data hilal adalah penting supaya dapat mendapat gambaran potensi hilal kelihatan atau sebaliknya terutama melibatkan tiga bulan utama semasa cerapan hilal dilakukan. Pengetahuan ini boleh dijadikan panduan kepada orang awam untuk memahami samada hilal bagi sesuatu bulan itu berada pada tahap mustahil boleh dilihat atau sukar dilihat atau mudah kelihatan. Gambaran tersebut dapat difahami dengan mengetahui beberapa ciri antaranya seperti berikut: a) ketinggian hilal di atas ufuk; b) jarak antara hilal dengan matahari;


B SISIPAN 98 c) umur hilal dari berlaku ijtimak sehingga hilal terbenam; d) tempoh hilal berada di atas ufuk; dan e) sejauh mana data hilal tersebut menghampiri kriteria imkanur-rukyah. Hilal yang mempunyai ciri-ciri kritikal hampir memenuhi syarat minima Kriteria Imkanur-Rukyah sering mendapat perhatian pencerap kerana menjadi cabaran dan harapan kemungkinan hilal dapat dilihat sekaligus menjadi satu pencapaian rekod baharu dalam cerapan hilal untuk digunakan dalam penilaian saintifik bagi tujuan penambahbaikan Kriteria Imkanur-Rukyah jangka masa panjang di masa hadapan. Dalam keadaan dimana hilal yang berada di bawah Kriteria Imkanur-Rukyah berjaya dilihat, ia akan memberi kesan kepada perubahan tarikh bulan baharu berbeza dengan kalender hijri yang telah diterbitkan sebagaimana berlaku pada bulan Syawal tahun 2022. Analisa data hilal Syawal tahun 2022 menunjukkan bahawa tinggi hilal 5° 27’ adalah berada jauh melebihi syarat minima (3°). Manakala jarak lengkung hilal ke matahari adalah 5° 57’ yang hampir memenuhi syarat minima (6° 24’). Hasil cerapan mendapati bahawa hilal Syawal 2022 telah berjaya dilihat dan penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri tahun 2022 adalah lebih awal sehari berbanding tarikh yang telah ditetapkan di dalam kalender. Analisa data hilal Syawal tahun 2023 menunjukkan bahawa tinggi hilal adalah 2° 18’ berada di bawah kriteria minima (3°), manakala jarak lengkung hanyalah 2° 41’ sahaja berada jauh di bawah kriteria minima (6° 24’). Data ini menggambarkan hilal berada pada posisi sukar dilihat kerana jauh di bawah syarat minima. Walau bagaimanapun sebagai umat islam yang beriman adalah wajib mengimani bahawa segala ketentuan adalah di atas kehendak Allah SWT. Telah menjadi ketetapan di negara ini bahawa cerapan hilal rasmi dijalankan pada 29 haribulan hijri bagi tiga bulan utama dan sekiranya hilal kelihatan maka keesokannya ditetapkan sebagai 1 haribulan bulan baharu sebaliknya jika tidak kelihatan maka keesokan harinya adalah dilanjutkan kepada 30 haribulan. Kebelakangan ini terdapat maklumat telah tersebar di media sosial berkenaan tarikh hari raya tahun 2023 adalah lebih awal berbanding kalender sehingga masyarakat tertanya-tanya serta meinimbulkan


PROLOG 99 kegusaran sesetengah pihak. Justeru orang awam dinasihatkan agar berhati-hati dalam membuat kenyataan sehingga boleh menimbulkan kerunsingan dalam masyarakat. Sebaiknya adalah menyerahkan penetapan tarikh baharu bagi sesuatu bulan hijri terutama melibatkan ibadah puasa, perayaan hari raya dan hari raya korban kepada pihak berwajib setelah keputusan cerapan hilal diseluruh negara diperolehi dan pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. ____________________ Kenyataan JUPEM Pada 3 April 2023 di Facebook Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia JUPEM Bertajuk: Perbandingan Data Hilal Syawal 2022 Dengan Hilal Syawal 2023 serta di saluran Youtube JUPEM https://www.youtube.com/watch?v=05qK6WPpkFg&t=2s


Click to View FlipBook Version