The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ANAK BULAN SYAWAL MONOGRAF PENENTUAN AIDILFITRI 1443/2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Persatuan Jurufalak Syarie; Buku Digital Percuma, 2022-12-25 19:51:35

ANAK BULAN SYAWAL MONOGRAF PENENTUAN AIDILFITRI 1443/2022

ANAK BULAN SYAWAL MONOGRAF PENENTUAN AIDILFITRI 1443/2022

B BAB 1

Fasa Bulan bermula dengan ijtimak, di mana dalam astronomi
takwim, ijtimak ditafsirkan sebagai permulaan proses pemisahan antara
fasa Bulan lama dengan Bulan baharu. Proses pemisahan ini
mewujudkan sekurang-kurangnya tiga parameter sifat Bulan, iaitu
ketinggian Bulan di atas ufuk, perbezaan sudut arah Bulan berbanding
dengan Matahari atau perbezaan azimut dan jarak sendeng Bulan ke
Matahari atau sudut elongasi.

Nilai sudut elongasi juga akan mempengaruhi saiz bahagian
Bulan yang bercahaya yang boleh dilihat dari Bumi sebagai Anak Bulan.
Selain itu, tempoh masa antara waktu berlakunya ijtimak dengan waktu
Matahari terbenam yang ditakrifkan sebagai umur Bulan boleh juga
menjadi justifikasi sifat Bulan. Berapa lama pula Bulan berada di atas
ufuk selepas waktu Matahari terbenam, memberi gambaran potensi
kenampakan Anak Bulan berbanding dengan kesan kecerahan langit.

Dengan makna lain, ketinggian Anak Bulan perlu cukup tinggi,
supaya apabila langit semakin gelap Anak Bulan masih berada di atas
ufuk. Meletakkan syarat kenampakan Anak Bulan pada ketinggian 2
sehingga 3 darjah ketika waktu Matahari terbenam menjadi kurang
rasional apabila dibandingkan dengan proses perubahan kecerahan
langit.

Setiap parameter ini akan dihitungkan kuantitinya ketika waktu
Matahari terbenam pada hari rukyah. Kuantiti ini secara langsung
menunjukkan kematangan fizikal Bulan, yang seterusnya boleh dibuat
penilaian kematangan fizikal Bulan, sama ada Anak Bulan boleh
kelihatan ataupun tidak.

Dalam kajian kenampakan Anak Bulan, para pengkaji
menggunakan kuantiti Anak Bulan yang direkodkan.
Walaubagaimanapun, parameter umur Bulan dan sudut elongasi lebih
mudah difahami. Penggunaan beberapa syarat yang digabungkan secara
komposit boleh juga memenuhi justifikasi, ‘hasil hisab yang akan
menyamai keputusan rukyah nanti’.

40

TAKWIM SEBAGAI MAKANISME AGAMA, SAINS DAN BUDAYA

Rekod dunia bagi kenampakan termuda Anak Bulan ialah Bulan
yang berumur 13.5 jam oleh cerapan Stamm tahun 1996. Menurut rekod
Badan Kajian Cerapan Hilal Antarabangsa (ICOP) pula umur Bulan
termuda berumur 12.3 jam yang dicerap di wilayah Kerman, Iran pada
19 Ogos 2001. Manakala rekod Anak Bulan termuda kelihatan di
Malaysia ialah Bulan berumur 11.8 jam.

Kelihatan di Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus
Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada 5 Mei 2019. Begitu juga
kenampakan di Pusat Falak Miri, Sarawak pada 5 Nov. 2021, Anak Bulan
yang berumur hampir 13 jam. Rekod kenampakan Anak Bulan di
Labuan ini dan di Miri akan diingati sebagai kenampakan bagi nilai sudut
elongasi yang minimum, malahan pula kedua-dua rekod ini mempunyai
bukti fotografi.

Justeru, apabila data Anak Bulan Syawal 1443H menunjukkan
ketinggiannya ketika waktu Matahari terbenam 5.3 darjah, sudut
elongasinya 5.8 darjah dan umur Bulan melebih 14.5 jam, maka ramai
yang menjangkakan Anak Bulan boleh kelihatan kerana kuantiti
fizikalnya berdekatan dengan potensi kebolehnampakan.

41

B BAB 1

Rajah 1 : Imej Anak Bulan
Anak Bulan merupakan Bulan sabit selepas ijtimak yang pertama
kali kelihatan atau memenuhi syarat boleh nampak. Fasa cahaya Anak
Bulan Syawal 1443 yang kelihatan di Labuan pada 1 Mei 2022 lepas,
sepersepuluh lebih halus daripada imej Anak Bulan ini (Rajah 1).
Cabaran Selepas Penentuan Syawal 1443H
Kaedah penyusunan takwim Hijri dan penetapan awal Ramadan, Syawal
dan Zulhijah berubah-ubah. Perubahan ini dipengaruhi oleh tafsiran
hukum fiqah berkaitan rukyah dan hisab. Setelah menggunakan syarat
kenampakan Anak Bulan 1991, Persidangan Mesyuarat Pegawai-pegawai
Kanan (SOM) ke-44 MABIMS pada 12-14 November 2019 di Singapura
telah bersetuju menggunakan kriteria baharu.

42

TAKWIM SEBAGAI MAKANISME AGAMA, SAINS DAN BUDAYA

Anak Bulan dianggap ada dan boleh kelihatan apabila hitungan falak
memenuhi syarat berikut:

Ketika Matahari terbenam, ketinggian Anak Bulan tidak kurang 3 darjah,
dan elongasi Bulan ke Matahari tidak kurang dari 6.4 darjah.

Penggunaan syarat ini untuk penyusunan takwim Hijri di
Malaysia dimulakan pada awal Muharam 1443H (Ogos 2021). Tidak jelas
penggunaan kuantiti baharu ini, sama ada berdasarkan rekod
kenampakan Anak Bulan di Malaysia ataupun menggunakan dapatan
daripada kajian Badan Kajian Cerapan Hilal Antarabangsa (ICOP).

Beberapa kajian terdahulu dan rekod kenampakan Anak Bulan
di Malaysia tidak menunjukkan adanya sejarah kenampakan Anak Bulan
pada ketinggian 3 darjah, kecuali beberapa salah faham dalam
membezakan antara waktu kenampakan pertama dengan kuantiti ketika
waktu Matahari terbenam. Mengandaikan ketinggian 3 darjah waktu
mula kelihatan itu sebagai syarat kenampakan Anak Bulan bercanggah
dengan tafsiran fiqah mengenai ‘kemungkinan boleh nampak’.

Sebaliknya semua rekod kenampakan Anak Bulan di Malaysia
menunjukkan Anak Bulan berpotensi kelihatan apabila ketinggiannya
menghampiri 5 darjah ketika waktu Matahari terbenam. Mungkin rekod
kenampakan Anak Bulan Syawal 1443H lepas boleh menjadi datum
baharu syarat minimum kenampakan Anak Bulan. Jika ada yang
berhujah bahawa rekod ini hanya data tunggal, katakan aplikasi falak di
Malaysia sudah biasa menggunakan kompilasi data yang minimum.

Oleh sebab cerapan Anak Bulan secara optikal telah diterima
daripada segi syarak, maka pencerap di semua stesen cerapan perlu
dilatih secara ulang tubi dan mempunyai keyakinan sama ada untuk
menerima atau menolak jaluran halus yang kelihatan dalam skop
pandangan mereka sebagai Anak Bulan.

43

B BAB 1

Catatan
Sebahagian Artikel ini dipaparkan di Utusan Malaysia dalam Rencana pada 14
Mei 2022 bersamaan 13 Syawal 1443 bertajuk Ikut Takwim atau Anak Bulan?

44

CABARAN PELAKSANAAN TAKWIM HIJRI SERANTAU DAN GLOBAL

Cabaran Pelaksanaan Takwim
Hijri Serantau dan Global

Mohd Zambri Zainuddin

Kenapa Perlukan Takwim Hijri Global?

Dalam mengamalkan takwim hijri contohnya umat Islam di Amerika
Utara mengikuti tiga kalendar hijri: iaitu Kalendar dari Timur Tengah,
hilal kelihatan di mana-mana dalam 48 negeri dan hilal kelihatan tempatan
(pasukan majlis masajid).

Dalam hal ini, umat Islam seluruh dunia mula berpuasa Ramadan
pada tahun 2005 pada empat hari yang berbeza (sepatutnya satu tarikh
sahaja) iaitu 3/10/05 Isnin – Nigeria 4/10/05 Selasa- Arab Saudi, Timur
Tengah Ikuti Arab Saudi 5/10/05 Rabu- Australia, Indonesia, Malaysia,
Brunei Darussalam, Turki, Afrika, Eropah, Amerika. 6/10/15 Khamis-
Bangladesh, India, Pakistan dan Amerika Tengah.

Manakala Aidilfitri pada tahun 2005 seluruh dunia
menyambutnya pada empat hari berbeza iaitu 2/11/05 Rabu – Nigeria,
Libya, 3/11/05 Khamis- Arab Saudi, Timur Tengah, Indonesia,
Malaysia, Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat (ISNA) 4/11/05 Jumaat-
Afrika Selatan, Uk, Kanada, USA, India, Pakistan 5/11/05 Sabtu- Utara
India dan lain-lain.

Umat Islam juga tidak bersetuju/bersepakat untuk bila
memulakan bulan baru hijri. Terdapat tarikh berbeza kerana masing-
masing negara berpandukan kepada kaedah berikut:

45

B BAB 8

1. Kenampakan hilal (India, Pakistan, Bangladesh, Morocco, Afrika
Selatan)
2. Dari hilal terbenam selepas Matahari terbenam (Arab Saudi, Mesir dan
Timur Tengah)
3. Pada tarikh bulan baru (Libya, Tunis, dan lain-lain)
4. Penetapan altitud dan elongasi hilal (Malaysia, Indonesia, Turki dan
lain-lain)

Ahli Astronomi Mampu Ramal Kebolehnampakan Awal Hilal

Sejak zaman purba, ahli astronomi telah mencuba untuk meramalkan
kenampakkan awal hilal dengan menakrifkan kriteria kenampakan
minimum. Terdapat 14 kriteria dikemukakan iaitu

1. Babylonian (umur pada terbenam matahari > 24 jam atau lag >
48 minit)

2. Fotheringham (1910) [ altitud, rel azimut]
3. Maunder (1911) [altitud, rel azimut]
4. Indian/schoch [altitud, rel azimut]
5. Bruin (1977), [altitud, lebar hilal 0.5 arkaminit dan dikurangkan

pada 0.25 arkaminit]
6. Ilyas A (1984), [ altitud, elongasi]
7. Ilyas B (diperbaharui babylonian), [ lag 41 -49 minit untuk latitud

0 -40 darjah]
8. Ilyas C, [ altitud, rel azimut]
9. RGO/cfco (1981), [altitud = 10 darjah ketika matahari

terbenam, elongasi 12 darjah]
10. Afrika selatan, [ toposentrik altitud, rel azimut]
11. Shaukat – [altitud 3.4 darjah, elongasi 12.7 darjah + lebar hilal]
12. Yallop (1997/8), [rel azimut, lebar hilal]
13. MABIMS (1992), [altitud > 2 darjah dan elongasi >3 darjah atau

umur hilal > 8 jam]
14. Al-Khawarizmi elongasi > 9.5 darjah

46

CABARAN PELAKSANAAN TAKWIM HIJRI SERANTAU DAN GLOBAL

Isu Tarikh Hari Raya Yang Berbeza Ini Telah Dibincangkan di
Turki Pada Tahun 1978

Untuk melaksanakan Takwim Hijri Global Dan Serantau kerajaan Turki
telah mengadakan satu kongres pada tarikh 26-29 November 1978 yang
membincangkan kriteria kebolehnampakan hilal untuk seluruh dunia.
Ramai wakil dari seluruh negara Islam dan bukan Islam telah menghadiri
kongres ini termasuk Malaysia. Wakil Malaysia ialah Us. Md. Khair Md.
Taib; Professor Abdul Hamid Mohd Tahir; dan Mufti Wilayah
Persekutuan, SS Tan Sri Datuk Haji Syeikh Abdul Mohsein Haji Salleh.
Akhirnya Resolusi Istanbul 1978 telah memperakukan kriteria
kebolehnampakan hilal seperti berikut: ketika Matahari terbenam, tinggi
hilal ≥ 5 darjah dan elongasi ≥ 8 darjah.

Selepas Resolusi Istanbul 1978, pembangunan untuk
menentukan kaedah permulaan bulan hijri sangat penting. Selepas itu
satu keputusan telah diperolehi oleh satu jawatankuasa menentukan
permulaan Ramadan dan Syawal pada bulan April 1983 bahawa
kebolehnampakan hilal dikatakan mematuhi syarat berikut:

Kedudukan atau ketinggian hilal dari ufuk tidak kurang dari 5.5° dan
kedudukan Matahari dan Bulan ketika matahari terbenam tidak kurang
dari 7.5°, atau umur Bulan mestilah tidak kurang dari 8 jam selepas
ijtimak.

Pada tahun 1983, polemik terjadi di dua negeri Malaysia semasa
kita dalam proses hendak menggunakan kriteria tersebut. Contoh negeri
Perak dan Johor telah beraya sehari lebih awal dari negeri-negeri lain di
Malaysia pada tahun 1983 iaitu pada 12hb. Jun 1983 berbanding 13hb.
Jun 1983.

Akibatnya untuk menyelesaikan isu tersebut pada 14hb.
Disember 1989, Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) di bawah Pejabat
Perdana Menteri telah membentuk satu jawatankuasa kaji semula dengan

47

B BAB 8

melantik En. Haji Abd Majid Abd Hamid Pengarah Ukur sebagai
Pengerusi. Dipersetujui bahawa keperluan kriteria kebolehnampakan
hilal sangat diperlukan untuk mengelakkan perpecahan umat islam di
Malaysia. Tanggungjawab jawatankuasa ini termasuk:

Pertama, menyemak semula Resolusi Istanbul 1978.
Jawatankuasa dapati bahawa Kriteria Istanbul 1978 tidak sesuai
digunakan di Malaysia kerana perbezaan latitud-latitud geografi
berdasarkan dapatan ahli astronomi Perancis Danjon (1932) dan data
yang dibekalkan oleh balai cerap Kandili, Turki.

Kedua, jawatankuasa mengumpul dan meneliti rekod-rekod
kenampakan hilal, termasuk rekod-rekod dari Haron Din (1983) dan
Rasli Ramin (1981) dan juga dokumen-dokumen dari konferens
astronomi islam (1987). Berdasarkan dokumen-dokumen dan rekod-
rekod yang mereka ada jawatankasa berpendapat masih tidak
mencukupi. Lagi pula rekod-rekod yang tidak lengkap berkaitan
kenampakan hilal sejak 1972.

Maka pihak BAHEIS, dengan kerjasama Jabatan Ukur Dan
Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Jawatankuasa Kaji Semula telah
mencerap di 15 lokasi yang berbeza di seluruh Malaysia. Pencerapan
mengambil masa enam bulan. Namun hanya data dari pantai Rombang
Melaka sahaja diperolehi. Keputusan menunjukkan altitud atau
ketinggian hilal di atas ufuk ketika Matahari terbenam adalah 1º 43’ dan
elongasi ialah 4º 46’ berbeza dengan Resolusi Istanbul.

Manakala umur hilal ketika terbenam Matahari ialah 15 jam 39
minit. Seterusnya melihat kepada data cerapan yang sedikit berkaitan
kenampakan hilal di Malaysia, jawatankuasa mempertimbangkan adalah
perlu untuk mendapatkan data cerapan dari negara jiran. Indonesia telah
dipilih sebab dilaporkan bahawa Indonesia mempunyai banyak data
kenampakan hilal.

48

CABARAN PELAKSANAAN TAKWIM HIJRI SERANTAU DAN GLOBAL

Jawatankuasa telah melawat Indonesia, terutama Jakarta dan
Bandung, Departmen Agama, Majelis Ulama Indonesia (MUI), dan
jawatankuasa yang terlibat dengan cerapan hilal di Pelabuhan Ratu Dan
Klender, Jakarta. Jawatankuasa kaji semula telah memperolehi 29 data
termasuk laporan kenampakan di Indonesia dari 1964 hingga 1990.
Selepas disemak dengan teliti hanya 12 data diperakui sahih oleh
Jawatankuasa Semak Semula.

Hasil penyelidikan Jawatankuasa Kaji Semula, dalam mesyuarat
pada 4 hb. November 1991, kriteria yang sesuai telah dicadangkan untuk
digunapakai di Malaysia bersama Jawatankuasa yang menentukan
permulaan Ramadan dan Syawal.

Syarat kebolehnampakkan hilal itu ialah:
Ketika Matahari terbenam;
Altitud atau ketinggian hilal ialah ≥ 2 darjah dan elongasi ≥ 3 darjah;
Atau umur hilal ≥ 8 jam selepas ijtimak.

Jawatankuasa Kajisemula Data Rukyah Di Malaysia membuat
analisa terhadap data rukyah hilal oleh dua negara anggota MABIMS iaitu
Malaysia dan Indonesia. Pihak Malaysia atas cadangan jawatankuasa
tersebut telah mengemukakan satu kriteria Imkan al-Ru’yah baru kepada
MABIMS. Kriteria tersebut telah dipersetujui untuk diterima pakai oleh
anggota MABIMS dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah
Dan Takwim Islam kali ketiga pada 29 Zulkaedah 1412 bersamaan 1 Jun
1992 di Labuan.

Kriteria yang telah dipersetujui itu ialah ijtimak telah berlaku pada
29 Syaaban, 29 Ramadan atau 29 Zulkaedah sebelum Matahari terbenam
dan hilal dianggap boleh kelihatan apabila kiraan memenuhi salah satu
syarat berikut: Ketika Matahari terbenam ketinggian anak bulan di atas
ufuk tidak kurang daripada 2º dan jarak lengkung (Bulan-Matahari) tidak
jurang daripada 3º, Atau ketika Bulan terbenam, umur anak bulan tidak
kurang daripada 8 jam (selepas ijtimak berlaku). Mulai 1995 pemakaian

49

B BAB 8

kriteria ini telah diperluaskan bagi menentukan kesemua bulan-bulan
Hijrah di Malaysia.

Penambahbaikan Kriteria Imkan al-Ru’yah

Jawatankuasa Kecil Analisis Rekod Cerapan Hilal Seluruh Malaysia
ditubuhkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, JAKIM hasil
dari keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam pada
22 Jun 2006. Penubuhannya ekoran dari pandangan sebahagian ahli
Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam bahawa penggunaan syarat tinggi
hilal 2° dan jarak lengkung hilal-Matahari 3° ketika Matahari terbenam
atau umur hilal lapan jam ketika hilal terbenam menyebabkan berlakunya
ketidakseragaman mengenai titik-titik lokasi sebenar kebolehnampakan
hilal. Selain itu, Jawatankuasa juga mendapati penggunaan syarat statistik
yang ketat menyebabkan cerapan petang rukyah dibuat dalam keadaan
ijtimak belum berlaku pada petang tersebut. Bidang tugas Jawatankuasa
ini adalah seperti yang berikut:

1. Mengumpulkan rekod cerapan hilal dari seluruh Malaysia dan
negara-negara anggota MABIMS yang lain.

2. Menganalisis parameter-parameter kenampakan rekod cerapan
hilal tersebut.

3. Memperakukan syarat-syarat kenampakan semasa kepada
Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam.

Sejak Jawatankuasa ini ditubuhkan, sebanyak lapan kali mesyuarat telah
diadakan seperti yang berikut:

1. 9 hingga 11 Ogos 2007.
2. 25 dan 26 Mac 2008.
3. 15 hingga 17 Disember 2008.
4. 30 Jun hingga 2 Julai 2009.
5. 19 hingga 21 Oktober 2010.
6. 4 hingga 6 Oktober 2011.
7. 27 hingga 29 November 2012.
8. 25 dan 26 Februari 2013.

50

CABARAN PELAKSANAAN TAKWIM HIJRI SERANTAU DAN GLOBAL

Metodologi Kajian

Sumber rekod cerapan yang disemak merangkumi:
1. Laporan Jawatankuasa Kajian Semula Penentuan Awal
Ramadhan Dan Syawal – Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan
Perdana Menteri (1991)
2. Kriteria Kebolehnampakan Hilal Untuk Penetapan Awal
Ramadhan Dan Syawal-Satu Analisa dan Analisa Kriteria Umur
Bulan JKPARS – YBhg. Dr. Mustafa Din bin Subari (1990).
3. Laporan Kajian Cerapan Hilal, Kecerahan Langit Dan
Pembiasan Di Ufuk – Universiti Malaya, Jabatan Ukur Dan
Pemetaan Malaysia, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (2007).
4. Kriteria Kenampakan Anak Bulan Di Malaysia, Edisi 2 – En.
Baharrudin bin Zainal (2005).
5. Paparan Statistik-Grafik Kenampakan Hilal – YBhg. Prof.
Madya Dr. Abdul Halim bin Abdul Aziz (2007).
6. Rekod kenampakan hilal di Jabatan Ukur Dan Pemetaan
Malaysia.
7. Rekod kenampakan hilal di Pejabat Penyimpan Mohor Besar
Raja-Raja Malaysia.
8. Rekod kenampakan hilal dalam kertas kerja Melihat Anak Bulan
Di Malaysia: Masalah Dan Kemungkinan oleh YBhg. Prof. Dr.
Harun Din.
9. Rekod kenampakan hilal dalam kertas Hilal Di Indonesia oleh
YBhg. Dr. T. Djamaluddin.

Manakala, parameter yang perlu disediakan ketika perincian setiap
data seperti Moon’s age (Age), Moon’s lag time (Lag). Moon’s altitude. Arc of
light (ARCL). Arc of vision (ARCV). Relative azimuth (DAZ). Crescent width
(W). Distance.

Dalam melaksanakan kajian, beberapa individu yang dicadang untuk
ditemubual adalah seperti yang berikut:

51

B BAB 8

1. YBhg. Tuan Hj. Abdul Hamid bin Mohamed Tahir.
2. YBhg. Dato’ Dr. Haron bin Din
3. YBhg. S.S. Tan Sri Harussani bin Zakaria

Walau bagaimanapun, hanya YBhg. S.S. Tan Sri Harussani bin
Zakaria sahaja yang berjaya ditemubual. Akan tetapi, tiada maklumat
berkenaan latar belakang penggunaan umur hilal lapan jam diperolehi.

Analisa Data

Hasil temubual, Jawatankuasa bersetuju bahawa syarat umur bulan
sekurang-kurangnya lapan jam ketika terbenam yang digunapakai
sekarang sebagai syarat alternatif kepada syarat statistik tinggi dan jarak
lengkung adalah cadangan Allahyarham Hj. Md Khair bin Taib yang
dikemukakan dalam mesyuarat induk Jawatankuasa Menetapkan Awal
Puasa Dan Hari Raya Puasa tahun 1983.

Dalam mencadangkan satu kriteria yang berpandukan syarat
kenampakan semasa dan kejadian ijtimak selepas petang rukyah diatasi,
Jawatankuasa telah bersetuju seperti berikut:

1. YBhg. Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Abdul Aziz
menyediakan perbandingan data antara takwim yang disediakan
berpandukan syarat umur hilal 15 jam dengan takwim yang
digunapakai sekarang berpandukan tinggi hilal 2° dan jarak
lengkung hilal-Matahari 3° atau umur hilal 8 jam untuk tempoh
20 tahun akan datang.

2. YBhg. Dr. Azhari bin Mohamed menyediakan perbandingan
takwim berpandukan syarat tinggi hilal 4° dan jarak lengkung
hilal-Matahari 6.4° atau umur hilal 15 jam untuk tempoh 20 tahun
akan datang.

3. YBhg. Tn. Hj. Mohamad Saupi bin Che Awang menyediakan
perbandingan takwim berpandukan syarat tinggi hilal 4° dan
jarak lengkung hilal-Matahari 6.4° atau umur hilal 15 jam untuk
tempoh 20 tahun akan datang.

52

CABARAN PELAKSANAAN TAKWIM HIJRI SERANTAU DAN GLOBAL

4. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Zambri bin Zainuddin
memplotkan graf tinggi vs azimut.

Berpandukan hasil analisis perbandingan data yang dilakukan,
Jawatankuasa mendapati bahawa kejadian ijtimak berlaku selepas
Matahari terbenam pada petang rukyah hanya dapat dielakkan sekiranya
umur hilal 20 jam digunapakai sebagai syarat penyediaan takwim
sedangkan banyak rekod menunjukkan umur hilal kurang dari 20 jam
menampakkan hasil rukyah. Oleh kerana itu, Jawatankuasa memberikan
fokus kajian kepada syarat umur bulan 10 hingga 15 jam. Manakala
cadangan syarat tinggi hilal 4° dan jarak lengkung hilal-matahari 6.4°
tidak boleh digunapakai untuk penyediaan takwim Imkan al-Ru’yah.

Justeru, Jawatankuasa mencadangkan supaya satu analisis
perbandingan antara kriteria berpandukan syarat tinggi hilal 3° dan jarak
lengkung hilal-matahari 5° dengan syarat tinggi hilal 2° dan jarak
lengkung hilal-Matahari 3° atau umur hilal lapan jam dapat disediakan
dari tahun 2001-2050.

Jawatankuasa juga mencadangkan supaya satu analisis
perbandingan antara kriteria berpandukan syarat umur bulan 10 jam
dengan kriteria tinggi hilal 2° dan jarak lengkung hilal-Matahari 3° atau
umur hilal lapan jam dapat disediakan dari tahun 2001-2050.

Hasil Analisis

Hasil analisis akhir, Jawatankuasa bersetuju mencadangkan kepada
Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam supaya menggunapakai hanya
satu syarat untuk digunapakai bagi syarat semasa kenampakan hilal.

Syarat baru tersebut adalah seperti yang berikut:

“Ketika Matahari terbenam, tinggi hilal hendaklah tidak kurang dari 3°
dan jarak lengkung hilal-Matahari tidak kurang dari 5°”.

53

B BAB 8

Data yang dirujuk adalah data toposentrik dengan mengambil
kira faktor biasan ketika Matahari terbenam. Jarak lengkung yang dikira
adalah dari pusat Matahari ke pusat bulan. Kriteria ini dicadang supaya
dinamakan sebagai Kriteria Imkan al-Ru’yah Malaysia 1433H/2013M.

Seminar Penyediaan 2013 Istanbul Turki

Kesukaran dalam merancang disebabkan ketidakpastian dalam kalendar
Islam telah dikemukakan oleh wakil-wakil Muslim dari Eropah yang
menghadiri satu mesyuarat “Program Persediaan bagi Kongres Hilal
Antarabangsa yang telah dianjurkan oleh pihak kerajaan Turki pada
18/2/2013 hingga 19/2/2013 mengikut wakil-wakil dari Eropah yang
dijemput menghadiri mesyuarat itu “mereka di Eropah hidup dalam
keadaan tertib dan persekitaran teratur maka mereka sangat
mengharapkan Muslim mempunyai satu kalendar sahaja supaya tidak
terdapat perbezaan dalam penentuan permulaan Ramadan, Syawal dan
Zulhijah”. Mesyuarat ini telah meminta supaya setiap negara di dunia
mengemukakan cadangan kriteria kebolehnampakan untuk
dibincangkan dalam “Konferens Antabangsa Bagi Bulan Hijri dan
Penyatuan Kalendar Hijri” pada 28/5/16 hingga 30/5/2016 di Istanbul
Turki.

Malaysia diwakili oleh Ustaz Muhammad Zakuwa Rodzali,
Datuk Hj Mohamad Nordin Ibrahim dan Prof Dato’ Dr. Mohd Zambri
Zainuddin pada 18/2/2013 hingga 19/2/2013. Pada mesyuarat itu, saya
telah mengemukakan cadangan kriteria baru yang dikenali sebagai
KIR2013 iaitu ketika Matahari terbenam: ketinggian hilal 30 dan elongasi
50 seterusnya hadir dari Helsinki, Finland.

Kerjasama Projek Antarabangsa Pencerapan Hilal Islam (ICOP),
Pejabat Presiden Hal -Ehwal Agama (Diyanet) akan menganjurkan
Konferens Antarabangsa Bagi Bulan Hijri dan Penyatuan Kalendar Hijri
pada tarikh 28-30 Mei 2016 untuk menentukan permulaan Ramadan,
tentukan tarikh-tarikh perayaan Aidilfitri dan Aidiladha dan mewujudkan
kesatuan dalam kalendar hijri antara Muslim.

54

CABARAN PELAKSANAAN TAKWIM HIJRI SERANTAU DAN GLOBAL

Pejabat Presiden Diyanet melihat fakta bahawa Ramadan bermula
pada masa yang berbeza dalam pelbagai negara Islam termasuk
memulakan ramadan pada masa yang berbeza dalam bandar yang sama
sesuatu yang sebaliknya kepada tauhid (Allah yang satu) semangat dan
tradisi Islam dan telah bersetuju untuk membawa saintis dari negara-
negara Islam yang pakar dalam bidang falak dan juga ahli-ahli astronomi
dan pegawai-pegawai di dalam proses membuat keputusan pada
mesyuarat yang komprehensif itu. Keperluan-keperluan istimewa bagi
mereka yang akan menghantar cadangan untuk penyatuan kalendar
adalah:

Cadangan–cadangan perlu selari dengan fakta sains dan
astronomi dan hukum-hukum Islam, data yang digunakan dalam
menyediakan cadangan-cadangan kalendar dan kaedah-kaedah saintifik
mesti ditakrifkan dengan jelas, dan permohonan diserahkan hendaklah
mesti merangkumi setahun hijri dan mudah digunakan dalam kehidupan
seharian.

Setiausaha Agung Kongress ialah Prof. Dr. Yavuz Ünal,
(Pengerusi Majlis Tertinggi Hal-Ehwal Agama. Terjemahan dalam
Bahasa Turki, Arab, Inggeris, Sepanyol, Jerman, Perancis dan
Russia). Jawatankuasa Saintifik Konferens termasuk Naib
Presiden Diyanet Dr. Ekrem Keleş, Ahli Majlis Tertinggi Hal-Ehwal
Agama Prof. Dr. Ahmed Yaman Begitu Prof. Dr. Ali Muhyiddin El-
Karadaghi, Prof. Dr. Sâcid Özdemir, Jurutera Muhammed Şevket Avde,
Prof. Dr. Şeref El-Kudât, Dr. Zülfikar Shah, Ahmed Câballâh, Dr.
Heymen Mütevellî, Dr. Muhammed Garîb, Dr. Mühendis Celâleddîn
Hanci, Dr. Mustafa Bülent Dadaş Ahli Astronomi İlhami Aşikkaya

Takwim Global

Kongress penyatuan kalendar hijri seluruh dunia di Istanbul pada 28hb.
Mei 2016 hingga 30hb. Mei 2016. Betapa pentingnya negara Islam
mempunyai satu kalendar hijri supaya tidak berlaku sambutan puasa

55

B BAB 8

Ramadan, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha selang beberapa hari di
antara penduduk yang beragama Islam di seluruh dunia.

Kalendar ini akan memberikan penyelesaian-penyelesaian
penting kepada beberapa masalah yang dihadapi umat islam dan
terutamanya penduduk Islam minoriti. Sebenarnya ini menwujudkan
keadaan yang janggal di mana kumpulan-kumpulan umat Islam minoriti
yang tinggal di dalam satu negara menyambut Aidilfitri atau Aidiladha
telah mula berpuasa pada dua ataupun tiga hari yang berbeza.

Perbezaan-perbezaan yang agak merungsingkan ada masanya
penduduk-penduduk suatu negara berdiri untuk bersolat dan bertafakur
di Arafah pada 9hb. Zulhijjah. Manakala di kampungnya mereka baru
tujuh (7) atau lapan (8) haribulan Zulhijjah. Agama ini adalah agama
tauhid (keesaan Allah). Ia mengaitkan penyatuan dan kebersamaan
sebagai wajib dan berdasarkan kenyataan yang diperlukan. Satu hasilnya
ialah bahawa umat Islam seluruh dunia akan mula berpuasa dan
meraikan hari-hari istimewa seperti Aidilfitri dan Aidiladha pada tarikh
yang sama. Satu kalendar piawai yang telah ditentukan terlebih dahulu
akan membolehkan umat Islam minoriti untuk merayakan cuti Aidilfitri
atau Aidiladha.

Penyatuan Kalendar Hijri Seluruh Dunia

Kongres penyatuan kalendar hijri seluruh dunia telah diadakan di
Istanbul, Turki pada 28hb. Mei 2016 hingga 30hb. Mei 2016. Kongress
kali ini adalah lebih terfokus kerana hampir 60 negara dengan bilangan
peserta 127 orang telah dijemput oleh kerajaan Turki untuk
membincangkan tentang penyatuan kalendar hijri. Lebih dari 20 kertas
kerja cadangan telah diterima dan telah disaring oleh jawatankuasa
saintifik dan memperakui hanya dua cadangan sahaja.

56

CABARAN PELAKSANAAN TAKWIM HIJRI SERANTAU DAN GLOBAL

Sistem Kalendar Tunggal

Sistem kalendar tunggal ini telah dicadangkan oleh Prof Jamaladdin
Abdelraziq dari Maghribi. Beliau telah menerangkan bahawa tarikh
permulaan kalendar ini adalah dari timur ke barat di mana ia bermula
pada satu tarikh kalendar masihi. Fokus kepada perhitungan astronomi,
rukyah dan perbezaan matla’ tidak boleh digunakan. Beliau juga
mengatakan bahawa kalendar ini mesti berdasarkan kepada tiga perkara
ini perhitungan, penafian dan pengakuan. Beliau mencadangkan kriteria
kenampakan hilal yang dipersetujui dalam Resolusi Kongres Turki 1978
diterima pakai adalah seperti berikut altitud 50 dan elongasi 80. Beliau
menekankan bahawa Rukyah al-Hilal tidak boleh gunakan kamera CCD
saintifik, tetapi boleh gunakan teleskop, binokular dan teodolit.

Sistem Dwi –Kalendar

Mohammad Odeh dan Prof Nidhal Guessom membentangkan kertas
cadangan bertajuk Dwi -Kalendar. Beliau telah menunjukkan peta dunia
dan menyatakan kenapa perlu dwi-kalendar iaitu perbezaan antara timur
dan barat yang besar melangkaui siang dan malam contohnya antara
Alaska dan Siberia perbezaan satu hari. Oleh itu dunia dibahagikan
kepada dua zon iaitu zon timur merangkumi Eropah, Asia, Afrika,
Australia dan Kepulauan Pasifik, manakala zon barat pula ialah seluruh
kontinen Utara dan Selatan Amerika.

Kriteria adalah seperti berikut:

Untuk sebelah zon timur:
1. jika pada 29hb hijri ijtimak berlaku sebelum fajar di Mekah maka
keesokan hari adalah 1 hb. hijri
2. jika ijtimak berlaku selepas fajar esok adalah 30hb hijri.

Untuk sebelah zon barat pula jika:
1. pada 29hb. hijri ijtimak berlaku sebelum Matahari terbenam di
Mekah maka keesokan hari adalah 1hb hijri.

57

B BAB 8

2. jika ijtimak berlaku selepas Matahari terbenam di Mekah maka
keesokan hari adalah 30hb. hijri.

Kalendar ini telah diuji dengan perhitungan astronomi/falak dan
menggunakan kriteria Odeh dari perisian ‘Accurate Times” untuk tempoh
30 tahun kebergantungan kebarangkali kenampakan. Setelah berbincang
dengan sistem satu/tunggal kalendar dan dwi-kalendar selama dua hari.
Maka jawatankuasa laporan kongres ditambah keahlian dari 11 kepada
13 ahli. Penambahan 2 ahli adalah dari Malaysia dan Indonesia.
Kebetulan saya dipilih untuk mewakili Malaysia. Jawatankuasa laporan
kongres telah bermesyuarat pada sebelah malam semasa peserta-peserta
lain menikmati “Bosphorus Cruise”.

Maka kata sepakat tidak diperolehi untuk memilih sistem satu
kalendar atau dwi-kalendar oleh itu jawatankuasa laporan membuat
keputusan untuk mengadakan pengundian. Pada 30hb. Mei 2016
pengerusi telah memaklumkan keputusan untuk diadakan pengundian
maka lebih 2/3 dari peserta bersetuju dengan cadangan itu. Pengundian
telah dijalankan dengan keputusannya adalah seperti berikut:

Sistem Kalendar Bilangan Undi
Satu Kalendar 80
Dwi Kalendar 27
Tangguh 14
Tidak Tahu/Undi Rosak 06
Jumlah Mengundi 127

Resolusi Dan Rekomendasi Kongres

Berdasarkan keputusan pengundian menunjukkan bahawa peserta telah
memilih sistem satu kalendar berbanding dwi kalendar. Upacara
perasmian penutup yang telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Mehmet
Gormez (President of Religious Affairs, Turki). Beliau telah membaca
resolusi yang telah dibuat oleh jawatankuasa laporan kongres seperti

58

CABARAN PELAKSANAAN TAKWIM HIJRI SERANTAU DAN GLOBAL

berikut; kongres telah mengesahkan keputusan-keputusan kongres-
kongres sebelum ini dan akademi hukum Islam.

Maka prinsip-prinsip asas dan kriteria yang diterima pakai oleh
Majma’ Buhuth al-Islamiyya oleh Kuwait 1973, kongres Istanbul 1978 dan
juga 1986 Majma’ Fiqh al-Islami (Akademi Hukum Islam) oleh
Pertubuhan Organisasi Islam (OIC), Majlis Fatwa Eropah pada 2009
dan ‘l-buhus (Persidangan Penyelidikan Fatwa Eropah) dan Akademi
Hukum Islam Rabitah pada 2012 telah mengesahkannya.

Prinsip-prinsip dan kriteria paling penting antaranya: peraturan
asas untuk menentukan permulaan bulan hijri ialah kenampakan hilal
sama ada dengan mata kasar atau melalui kaedah-kaedah astronomi
moden. Kenampakkan hilal adakalanya di tempat-tempat berbeza
dinamakan “ikhtilaf matali’” tidak menjadi sah. Jika hilal dilihat pada satu
tempat ia akan diterima sebagai telah dilihat di semua tempat.

Kongres juga telah menerima pakai satu kalendar untuk
digunakan seluruh dunia. Maka semua umat Islam akan menggunakan
kalendar hijri yang sama. Kenampakan hilal secara mata kasar atau pun
secara peralatan saintifik astronomi menjadi asas kepada kalendar ini.

Ia telah diputuskan untuk tidak mengambil kira “ikhtilaf matali’”
yang telah pun diambil kira oleh pakar-pakar hukum Islam dan akademi
hukum islam. Di samping itu, kalendar ini juga telah mengambil kira di
mana teks-teks agama dan peraturan-peraturannya dan peraturan-
peraturan astronomi yang tepat tidak bercanggah antara satu sama lain
maka kriteria berdasarkan peraturan-peraturan astronomi dan Islam
telah diambil bersama-sama.

Di samping itu, akan menghapuskan tanggapan yang diwujudkan
bahawa agama kita hampir kepada sains dan fakta ianya harmoni dengan
sains di mana perkataan atau ayat pertama yang diturunkan bermula
dengan “baca” yang menegaskan sains dan ilmu pengetahuan.

59

B BAB 8

Kongres menawarkan umat Islam minoriti yang tinggal di
Eropah, Amerika dan kawasan-kawasan yang sama untuk berusaha
satukan perayaan Aidilfitri atau Aidiladha, peristiwa-peristiwa simbolik
dan juga pandangan dan perasaan mereka.

Ia juga menawarkan pada pentadbir keagamaan negara-negara
Islam untuk mengkaji kalendar ini dan mempunyai keyakinan padanya
di mana kalendar ini akan mencapai kebaikan dan menjauhkan syaitan
dan juga tiada tujuan tetapi untuk mewujudkan kesatuan simbol dan
emosi.

Kongres mengesyorkan pada Pejabat Presiden Diyanet Republik
Turki untuk menubuhkan jawtankuasa-jawatankuasa untuk memajukan
keputusan-keputusan kongres dan oleh itu memilih:

1. Menubuhkan suruhanjaya saintifik untuk menyediakan satu
kalendar untuk tempoh sepuluh tahun, dicetak dan diedarkan ke
seluruh dunia.

2. Menubuhkan satu delegasi yang akan melakukan cerapan dan
melihat isu-isu lain dan berterusan mengkaji cerapan bulan
melalui astronomi untuk menentukan hari-hari untuk Aidilfitri,
Aidiladha dan permulaan bulan-bulan mulia hijri.

3. Menubuhkan satu suruhanjaya untuk menyebarkan budaya
kalendar hijri yang telah diterima dan melaksanakan latihan dan
usaha-usaha hubungan awam.

Cadangan-Cadangan

Kongres memberi nasihat kepada autoriti keagamaan negara-negara
Islam dan orang perseorangan dalam institusi yang bertanggungjawab
tentang hal ehwal agama untuk menerima pakai kalendar dan berusaha
untuk mewujudkan penyatuan penentuan permulaan bulan-bulan hijri.

Kongres menjemput pembuat-pembuat kalendar di dalam dunia Islam
untuk menerima pakai kalendar ini untuk meyatukan umat Islam

60

CABARAN PELAKSANAAN TAKWIM HIJRI SERANTAU DAN GLOBAL

berasaskan kalendar ini sebagai petunjuk tamadun dan identiti umat
Islam dan menyatukan emosi dan pemikiran mereka.

Kongres menasihat umat Islam yang tinggal di dalam bukan
negara Islam untuk menggunakan kalendar ini, maka wujud penyatuan
antara semua umat Islam. Agama tidak membenarkan umat Islam yang
tinggal di dalam satu negara berbalah mengenai tarikh-tarikh Aidilfitri
dan bila mula berpuasa. Sebaliknya mereka patut berpegang teguh
kepada peraturan-peraturan autoriti keagamaan seperti majlis fatwa dan
penyelidikan Eropah atau Pejabat Presiden Diyanet Turki sebagaimana
Nabi Muhammad SAW bersabda: “the day you fast is the day when you all
fast, the day mark eid is the day when you all celebrate together and the day you
sacrifice (animals) is the day when you perform this ritual all together.”

Kongres juga menasihati unit-unit di pejabat presiden Diyanet Turki di
negara-negara barat dan majlis fatwa dan penyelidikan Eropah supaya
menjadi autoriti untuk umat Islam minoriti yang tinggal di negara-negara
barat berkaitan dengan isu-isu saintifik dan keagamaan untuk
mewujudkan penyatuan dan perpaduan antara umat Islam di Eropah,
melindungi kepentingan mereka dan mengelak perbalahan antara
mereka berkaitan hari-hari mulia dan permulaan bulan-bulan hijri.

Kongres juga menasihati Pejabat Presiden Diyanet Turki untuk
dipersembahkan kalendar ini pada Presiden Organisasi Kerjasama Islam
(OIC) dan menyampaikan ia kepada perhatian semua negara Islam
supaya kalendar ini boleh diterima sebagai kalendar tunggal untuk
seluruh dunia Islam.

Keseragaman Takwim Rantau Asia Tenggara

MABIMS (Mesyuarat Menteri Agama Brunei, Republik Indonesia,
Malaysia Dan Singapura) telah sepakat untuk mengeluarkan takwim yang
sama untuk keempat-empat negara tersebut bermula dari tahun 1992
ketiga mesyuarat MABIMS berlangsung di Labuan, Wilayah Persekutuan
Malaysia.

61

B BAB 8

Muzakarah Rukyah Dan Takwim Islam Negara Anggota MABIMS kali
ke 16 telah bersetuju menerima pakai kriteria Imkan al-Ru’yah baru bagi
anggota MABIMS dalam penentuan takwim hijri dan dan awal bulan hijri
adalah ketika matahari terbenam, ketinggian anak bulan tidak kurang 30
dari ufuk dan jarak lengkung (sudut elongasi) bulan ke matahari tidak
kurang dari 6.40. Parameter jarak lengkung (sudut elongasi) yang dirujuk
adalah dari pusat Bulan ke pusat Matahari. Mengenai Kongres Takwim
Global Istanbul 2016 muzakarah telah sepakat mengambil ketetapan
supaya ia diperhalusi oleh negara-negara anggota MABIMS. Kajian
cerapan hilal perlu diteruskan merekod untuk mudah semakan pada masa
akan datang.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan, JAKIM dengan kerjasama Jabatan Mufti
Negeri Sembilan telah berjaya menganjurkan Muzakarah Rukyah Dan
Takwim Islam Negara Anggota MABIMS pada 2 hingga 4 Ogos 2016
bertempat di Klana Beach Resort, Telok Kemang, Port Dickson, Negeri
Sembilan. Muzakarah ini telah dihadiri oleh wakil-wakil delegasi dari
negara Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura serta ahli Panel Pakar
Falak JAKIM. Selain itu, muzakarah ini turut dihadiri oleh Sahibus
Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah,
Sabah, Sarawak dan pegawai falak yang mewakili Jabatan Mufti Negeri
masing-masing. YBhg. Tan Sri Dato' Haji Othman bin Mustapha, Ketua
Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah
mempengerusikan muzakarah ini sepanjang ia berlangsung.

Penganjuran muzakarah kali ini adalah untuk mencapai objektif
seperti berikut:

i. Menyemak semula Kriteria Imkan al-Ru’yah yang digunapakai
oleh negara anggota MABIMS dalam penentuan takwim hijri dan
awal bulan hijri di kalangan negara anggota.

ii. Melakukan cerapan hilal bersama di kalangan negara anggota
MABIMS.

iii. Melaksanakan penilaian terhadap Takwim Standard MABIMS.

62

CABARAN PELAKSANAAN TAKWIM HIJRI SERANTAU DAN GLOBAL

Setiap wakil negara MABIMS telah mengemukakan cadangan
kriteria Imkan al-Ru’yah yang baru: Delegasi Indonesia telah
mencadangkan supaya ketinggian hilal ketika terbenam Matahari ialah 40
dan elongasi ialah 6.40. Delegasi Brunei juga mencadangkan supaya
elongasi ketika terbenam matahari ialah 6.40 diikuti delegasi Singapura
mencadangkan elongasi 6.40 manakala delegasi Malaysia mencadangkan
KIR 2013 iaitu ketika terbenam Matahari tinggi hilal ialah 30 dan elongasi
ialah 50setelah berbincang dengan panjang lebar sehingga petang tiada
keputusan maka mesyuarat disambung ke waktu malam dengan setiap
negara diminta untuk mencadangkan dua wakil untuk mesyuarat pada
malam itu.

Wakil Malaysia ialah Prof. Dato Dr Mohd Zambri Zainuddin dan
Prof. Madya Dr Abdul Halim Abd. Aziz, setelah bermesyuarat sebelah
malam keputusan sebulat suara telah dicapai iaitu ketika Matahari
terbenam: Tinggi hilal ≥ 30 dan elongasi ≥ 6.40. Pada 4hb. Ogos 2016
keputusan muktamad telah diputuskan secara sebulat suara supaya
kriteria Imkan al-ru’yah yang baru diterima seperti berikut:
Iaitu ketika Matahari terbenam: Tinggi hilal ≥ 30 dan elongasi ≥ 6.40.
Dengan syarat tempoh setahun untuk dikaji berkaitan kriteria baru ini.

Seminar Internasional Fiqih Falak 2017

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah menghantar dua orang wakil dari
Malaysia bagi menghadiri Seminar Internasional Fiqih Falak pada 28
hingga 30 November 2017 di Hotel Aryaduta Jakarta Indonesia. Wakil
berkenaan ialah Ybhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Zambri Zainuddin (Ahli
Panel Pakar Falak, JAKIM) dan Encik Shahril Azwan Bin Hussin
(Pegawai Unit Falak, Seksyen Syariah, Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan, JAKIM)

Seminar tersebut dianjurkan oleh Kementerian Agama R.I.
Direktor Jenderal Bimbingan Masyarakat Islam yang bertujuan untuk
membincangkan berkenaan peluang dan rintangan dalam melaksanakan

63

B BAB 8

Takwim Hijri Global. Sebanyak dua kertas kerja utama dibentangkan
dalam seminar tersebut iaitu:

1. Kewajaran untuk menerima implementasi kalendar global hijri
tunggal yang dikemukakan oleh pihak Turki dari Malaysia.

2. Proposal ringkas penyatuan kalendar islam global dari Indonesia

Antara perwakilan yang turut hadir dalam seminar tersebut adalah
dari negara Brunei Darussalam, Singapura, Jordan, Ireland, Syria Dan
Iran. Resolusi Seminar di Jakarta 2017 ini akan menjadi pelengkap
kepada cadangan Kriteria Istanbul Turki dengan menerima syarat
kenampakan hilal berpandukan kriteria 6.4° jarak lengkung Bulan ke
Matahari dan 3° tinggi hilal daripada ufuk dengan liputan kawasan barat
Asia Tenggara. Cadangan ini juga akan mengatasi perbezaaan penentuan
awal bulan hijrah, bukan sahaja di peringkat nasional malah di peringkat
antarabangsa dengan mengekalkan konsistensi rukyah dan hisab.

Rekomendasi

Seminar in bersetuju supaya pelaksanaan kalendar hijrah tunggal
mestilah berpandukan kepada syarat-syarat yang berikut:

1. Wujudnya kriteria tunggal
2. Wujudnya kesepakatan dalam garisan tarikh antarabangsa
3. Wujudnya badan berautoriti yang mengawal selia takwim

Kriteria tunggal yang dimaksudkan adalah apabila hilal telah
memenuhi syarat minimum 3° tinggi dari ufuk dan 6.4° jarak lengkung
bulan dan matahari. Kriteria ini akan memenuhi prasyarat bagi
penggunaan Imkan al-Ru’yah dan wujudulhilal. Pada masa yang sama perlu
dipastikan bahawa tiada rekod yang menunjukkan hilal dapat dilihat
bawah daripada 3°. Garisan tarikh antarabangsa yang disepakati haruslah
bersifat antarabangsa sebagaimana yang diusulkan dalam sistem kalendar
tunggal dalam Kongres Istanbul Turki 2016.

64

CABARAN PELAKSANAAN TAKWIM HIJRI SERANTAU DAN GLOBAL

Kriteria yang dicadangkan hanya boleh dilaksanakan sekiranya
wujud satu badan berautoriti atau jawatankuasa berautoriti yang
bertanggungjawab terhadap pelaksanaan kriteria tersebut. Organisasi
Kerjasama Islam (OKI) merupakan salah satu jawatankuasa kerjasama
negara-negara Islam yang berpotensi untuk menjadi badan
bertanggungjawab dalam pelaksanaan kriteria terbabit.

Isu 1 Syawal 1443 H

Apabila kita menyambut raya lebih awal sehari dari yang ditetapkan
secara kiraan dalam kalendar tetapi dinyatakan juga bahawa ia tertakluk
kepada perisytiharaan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja secara
langsung melalui media massa.

Teringat saya kepada peristiwa negeri Perak dan Johor raya
Aidilfitri sehari lebih awal iaitu pada 12 Jun 1983 yang sepatutnya 13 Jun
1983. Ikut keratan surat khabar Utusan Malaysia, perkara ini berlaku
kerana nelayan-nelayan mengatakan mereka telah melihat anak bulan
dan juga dikuatkan lagi oleh pasukan marin yang menjaga perairan juga
menyatakan telah nampak anak bulan. Perkara ini telah sampai ke
pengetahuan SS Mufti Perak. Kita sedia maklumkan pada ketika itu
pakar falak negeri Perak iaitu Allahyarham Ustaz Mohd Khair Taib.

Pada pendapat saya sudah tentu SS Mufti merujuk kepada beliau
sebelum mengemukakan perkhabaran itu kepada Baginda Sultan Perak.
Di samping itu, ada juga laporan kenampakan di Indonesia iaitu
Pelabuhan Ratu dan Purwakarta, Jawa Barat. Maka adalah tidak menjadi
kesalahan untuk negeri Perak dan Johor beraya sehari lebih awal.

Berdasarkan peristiwa itu, maka untuk mengelakkan kekeliruan
seperti ini berlaku memandangkan tanggungjawab membuat
pengisytiharaan ini sudah terletak di bawah bidang kuasa Majlis Raja-
Raja. Perkara ini telah dipersetujui pada Majlis Raja-Raja dalam
mesyuarat kali yang ke- 92 yang telah menetapkan bahawa pengumuman

65

B BAB 8

mengenai tarikh sambutan hari raya Aidilfitri ini terletak di bawah bidang
kuasa Majlis Raja-Raja dan bukanlah kerajaan negeri.

Perkara yang hampir sama terjadi pada tarikh hari raya Aidilfitri
sepatutnya pada 3hb. Mei 2022 tetapi telah dirayakan pada 2hb. Mei
2022. Cuma bezanya semua negeri telah beraya serentak. Ini disebabkan
Malaysia menggunakan kaedah Imkan al-Ru’yah iaitu hisab dan rukyah.
Oleh kerana hilal dilaporkan kelihatan di Labuan dan juga disokong
dengan kenampakan di Brunei dan juga di Indonesia. Penyimpan Mohor
Besar Raja-Raja telah mengisytiharkan Malaysia menyambut Hari Raya
Aidilfitri pada 2hb. Mei 2022
Kesimpulan
Pejabat Presiden Diyanet Di Turki telah memohon maklum balas dari
negara-negara OIC berkaitan pelaksanaan Kalendar Hijri Global.
Negara-negara MABIMS telah bersetuju untuk menghantar
rekomendasi Jakarta sebagai maklum balas dari negara MABIMS untuk
dipertimbangkan oleh pihak Turki.

66

CABARAN PELAKSANAAN TAKWIM HIJRI SERANTAU DAN GLOBAL

Muzakarah Rukyah Dan Takwim Islam Negara Anggota MABIMS 2016
Kongres Penyatuan Kalendar Hijriah 2016
67

B BAB 8

Seminar Internasional Fiqih Falak 2017
Catatan
Tulisan ini merupakan Pembentangan Syarahan Profesor Kehormat Dato’ Dr
Mohd Zambri Zainuddin yang dianjurkan oleh Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 20 Mei 2022, bersamaan 19 Syawal
1443, Hari Jumaat,10-12 tengahari.

68

BERITA PALSU

Berita Palsu

Balai Cerap Al-Khawarizmi (Jabatan Mufti Melaka)
Assalamualaikum wrt. wbt.
KAEDAH PENETAPAN AWAL SYAWAL 1443H
Kaedah penetapan awal bulan Islam di Malaysia adalah secara
imkanurukyah (rukyah dan hisab).
Rukyah dilakukan pada petang 29 Ramadan 1443 H di lokasi-lokasi yang
telah ditetapkan di seluruh Malaysia. Hasil keputusan rukyah akan
dilaporkan pada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja- Raja.
Hasil keputusan rukyah akan dilaporkan oleh Penyimpan Mohor Besar
Raja - Raja pada malam 29 Ramadan 1443 H. Keputusan kenampakan
hilal akan diumumkan pleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Sebarang pemakluman awal adalah TIDAK BENAR sehingga hasil
keputusan rukyah pada 29 Ramadan 1443 H diterima dan selesai
dilakukan.

Rajah 1: Tangkap Layar Maklumat yang Tular

69

B BAB SISIPAN

Catatan
Kenyataan ini dikeluarkan oleh Balai Cerap Al-Khawarizmi (Jabatan Mufti
Melaka) pada 26 April 2022/ 24 Ramadan 1443

70

HORMATI PROSES PENENTUAN RASMI TARIKH HARI RAYA

Hormati Proses Penentuan Rasmi
Tarikh Hari Raya

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin merujuk isu penetapan

tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini yang sedang tular di media
sosial.

Sebagaimana maklum, Malaysia menggunakan kaedah Rukyah
dan Hisab dalam menentukan awal bulan hijri termasuk tarikh awal
puasa, Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha.

Kaedah ini adalah selaras dengan kehendak syarak dan mengikut
kaedah ilmu falak dan astronomi yang telah dipersetujui oleh semua
negeri.

Berkaitan penentuan awal Syawal 1443H atau tarikh Hari Raya
Aidil Fitri pada tahun ini, aktiviti cerapan rasmi di seluruh negeri di
Malaysia akan dilaksanakan di 29 lokasi pada petang Ahad, 29 Ramadan
1443H bersamaan 1 Mei 2022M.

Aktiviti cerapan anak bulan ini dilakukan oleh Jawatankuasa
Melihat Anak Bulan/Rukyah Negeri yang dipengerusikan oleh Sahibus
Samahah Mufti Negeri dan ahlinya terdiri daripada pakar falak, alim
ulamak, pegawai falak yang berkemahiran serta Jabatan Ukur dan
Pemetaan Malaysia (JUPEM). Data rukyah yang digunakan adalah data
rasmi untuk Malaysia yang dikeluarkan oleh JUPEM.

Pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidil Fitri akan dibuat oleh
Penyimpan Mohor Besar Raja Raja (PMBRR) selaku pihak berkuasa
yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja pada malam tersebut tertakluk

71

B SISIPAN

kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di semua lokasi yang telah
ditetapkan.

Sehubungan itu, suka pihak JAKIM menasihatkan semua pihak
supaya menghormati proses penentuan rasmi tarikh Hari Raya di negara
ini yang telah dilaksanakan sejak sekian lama dan menyerahkan
tanggungjawab ini kepada pihak berautoriti.
Datuk Hajah Hakimah Binti Mohd Yusoff
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Catatan
Kenyataan Media ini disebarkan pada 27 April 2022M/25 Ramadan
1443H.

72

DATA RASMI ANAK BULAN SYAWAL 1443

Data Rasmi Anak Bulan
Syawal 1443

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)

Data Hilal Bagi Penentuan Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2022M

Mutakhir ini telah tersebar luas di media sosial dan aplikasi Whatsapp

berkaitan ketetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2022 jatuh pada 2 Mei
2022 (Isnin) berbeza dengan tarikh yang ditetapkan di dalam kalendar
iaitu pada 3 Mei 2022 (Selasa).

Keadaan ini telah menimbulkan polemik di dalam masyarakat,
dan pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) turut
menerima lontaran soalan dari masyarakat bagi mengesahkan perkara
tersebut.

Selaku agensi teknikal yang membekalkan data rukyah hilal di
Negara ini, JUPEM ingin berkongsi perincian data rukyah hilal yang
telah dihitung di lokasi titik rujukan falak paling barat yang terletak di
Tg. Chinchin, Kedah dan titik rujukan paling timur di Tg. Atiam, Sabah
pada tarikh 1 Mei 2022 (Ahad) bersamaan 29 Ramadan 1443H yakni
tarikh cerapan hilal Syawal yang akan dilaksanakan di balai-balai cerapan
rasmi seluruh negara nanti.

(Rujuk Gambarajah : Data Hilal 29 Ramadan 1443H)

73

B SISIPAN

Rajah 1: Data Hilal 29 Ramadan 1443H
Hasil dari hitungan mendapati bahawa data rukyah hilal di
kedua-dua lokasi titik rujukan paling timur dan barat adalah tidak
memenuhi ketetapan Imkanur- Rukyah. Penetapan Tarikh Hari Raya
Aidilfitri adalah tertakluk kepada aktiviti cerapan rasmi yang dilakukan
dan perisytiharan akan dibuat melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-
Raja.
Justeru, orang awam disarankan supaya bertenang dan tidak
terpengaruh dengan berita yang tidak pasti, sebaliknya menyerahkan
urusan ini kepada pihak yang berwajib dan nantikan ketetapan tarikh hari
raya yang akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
kelak.
Catatan
Kenyataan ini disebarkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia pada 27
April 2022M bersamaan 25 Ramadan 1443H.

74

KEMUNGKINAN ANAK BULAN AKAN KELIHATAN

Kemungkinan Anak Bulan
Kelihatan

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

PENETAPAN 1 SYAWAL 1443H: SATU PENJELASAN

Soalan : Baru-baru ini heboh di media-media sosial berkaitan tarikh Hari
Raya Aidilfitri, bagaimanakah Penentuan dan Penetapan 1 Syawal 1443H
di Malaysia ?

Polemik mengenai tarikh permulaan Syawal di media-media
sosial, menyebabkan berlakunya kecelaruan dan kekeliruan dalam
masyarakat.

Perkara asas yang perlu difahami ialah penentuan awal bulan
dalam takwim hijriah di Malaysia adalah menggunapakai kaedah rukyah
dan hisab (hitungan falak) dengan merujuk kepada syarat kenampakan
anak bulan yang disebut sebagai kriteria imkanur rukyah
(kebolehnampakan).

Kaedah ini mula digunakan dalam penyusunan takwim hijriah
di Malaysia sejak tahun 1995 lagi. Bermula pada bulan Muharam 1443,
Malaysia telah mengaplikasikan syarat kenampakan yang baharu iaitu,
anak bulan dianggap boleh kelihatan sekiranya berada pada kedudukan
3° tinggi daripada ufuk dan jarak lengkung antara bulan dan matahari
ialah 6.4° ketika matahari terbenam hari ke 29 dalam setiap bulan hijri.

Syarat imkanur rukyah ini turut dipersetujui penggunaanya oleh
negara-negara seperti Indonesia, Brunei dan Singapura atau disebut
sebagai negara MABIMS.

75

B SISIPAN

Walaupun MABIMS merujuk kepada kriteria imkanur rukyah
yang sama, namun setiap negara mempunyai proses pensabitan
kenampakan anak bulan yang tersendiri. Oleh itu, berkemungkinan akan
berlakunya perbezaan dalam tarikh permulaan awal bulan tersebut.
Dalam aspek fiqh, perkara ini tertakluk kepada matlak iaitu keluasan
geografi dalam mensabitkan kenampakan anak bulan yang tertentu.

Berdasarkan penilaian dan analisa terhadap data bulan dan
matahari pada tarikh 29 Ramadan 1443H dan berpandukan kepada titik
rujukan lokasi cerapan, data menunjukkan anak bulan Syawal tidak
memenuhi syarat imkanur rukyah yang telah ditetapkan pada masa
matahari terbenam pada tarikh 29 Ramadan 1443H. Sehubungan itu
anak bulan dianggap tidak kelihatan dan keesokannya digenapkan
kepada 30 Ramadan.

Walau bagaimanapun, kemungkinan Anak Bulan akan kelihatan
pada tarikh cerapan tersebut adalah tidak mustahil sekiranya keadaan
ufuk yang baik serta tidak berawan. Walau apapun jangkaan yang dibuat
mengenai tarikh permulaan awal Syawal, namun pengisytiharan oleh
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia pada 1 Mei 2022 nanti
adalah keputusan yang muktamad.

Oleh itu pejabat ini ingin menasihatkan umat Islam supaya
menghormati dan menerima keputusan oleh pihak berautoriti iaitu
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Catatan
Kenyataan ini dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam
ruangan Bayan Al-Falak Siri Ke-6 : Penetapan 1 Syawal 1443h : Satu Penjelasan
pada 28 April 2022 bersamaan 26 Ramadan 1443.

76

SEKIRANYA ANAK BULAN KELIHATAN

Sekiranya Anak Bulan Kelihatan

Persatuan Jurufalak Syarie

Malaysia mengamalkan rukyah dan hisab dalam penentuan 1 Syawal

1443 berdasarkan nas yang sahih; Rasulullah SAW bersabda:
“Berpuasalah kamu apabila melihat anak bulan dan berbukalah (berhari
raya) sekiranya melihat anak bulan. Sekiranya mendung, maka
sempurnakanlah 30 hari Syaaban” (Sahih Bukhari).

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) merupakan
badan yang berautoriti menghitung kedudukan anak bulan. Data-data
akan diperhalusi oleh Panel Pakar Falak Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM). Data rasmi kedudukan anak bulan bagi titik paling
barat Malaysia seperti Rajah 1.

Rajah 1: Infografik Data Kenampakan Anak Bulan 29 Ramadan 1443H

77

B SISPAN

Justeru, data jelas menunjukkan kedudukan anak bulan tidak
memenuhi kriteria Imkan al-Ru’yah (KIR) MABIMS (Pertemuan
Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Malaysia, Brunei,
Malaysia dan Singapura)

Oleh itu, pendapat mengatakan bahawa anak bulan pada 29
Ramadan 1443 telah memenuhi syarat Imkan al-Ru’yah dengan
berpandukan kiraan pihak tertentu membolehkan 1 Syawal 1443 di
Malaysia jatuh pada 2 Mei 2022 adalah tidak tepat.

Ini kerana mengikut kaedah yang diamalkan di Malaysia, rukyah
merupakan kaedah utama dalam penentuan awal bulan Syawal di
samping kaedah hisab.

Mengikut hisab, kedudukan anak bulan tidak memenuhi kriteria
Imkan al-Ru’yah dan peluang kenampakan tetap ada walaupun agak tipis.
Sehubungan itu, Sahibu al-Samahah Mufti-Mufti akan mengetuai
cerapan anak bulan di 29 lokasi rasmi seluruh Malaysia.

Sekiranya anak bulan kelihatan dan disahkan oleh pihak
berwajib, maka tarikh 2 Mei 2022 akan diumumkan sebagai 1 Syawal
1443 secara rasmi oleh pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Sekiranya anak bulan tidak kelihatan pada 29 Ramadan 1443 (1
Mei 2022), Malaysia akan menyambut 1 Syawal pada 3 Mei 2022.

Justeru, keputusan muktamad mengenai tarikh 1 Syawal 1443
sama ada 2 Mei 2022 atau 3 Mei 2022 adalah mengikut pengumuman
rasmi oleh pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Marilah kita menghormati proses penentuan rasmi tarikh Hari
Raya di negara ini.

78

SEKIRANYA ANAK BULAN KELIHATAN

Persatuan Jurufalak Syarie (JUFAS) mengucapkan selamat
menunaikan fardu kifayah kepada Ahli Jawatankuasa Rukyah Negeri
seluruh Malaysia dan semua yang terlibat dalam usaha mencerap anak
bulan Syawal 1443. Semoga usaha dan pengorbanan anda semua dibalas
dengan sebaik-baik ganjaran dari Yang Maha Esa.
Catatan
Kenyataan ini telah disebarkan melalui jurufalak.com dan facebook rasmi
Pesatuan Jurufalak Syarie pada 1 Mei 2022 bersamaan 29 Ramadan 1443.
malaysiakini.com menyiarkan dalam ruangan SURAT pada 2 Mei 2022
bersamaan 1 Syawal 1443.

79

B SISPAN
80

BERTEMBUNG ANTARA HISAB DAN RUKYAH

Bertembung Antara Hisab
dan Rukyah

Jabatan Mufti Negeri Selangor

Malaysia telah mengamalkan penggunaan Kriteria Imkan al-Rukyah

dalam penentuan awal bulan Islam termasuklah bulan Ramadhan,
Syawal dan Zulhijjah sejak tahun 1992.

Kriteria ini telah ditambahbaik bermula Muharram 1443H
setelah kajian semakan semula data-data hilal dilakukan bagi tempoh 30
tahun.

Imkanurrukyah sebagaimana diamalkan oleh Malaysia dan
negara-negara serantau sepeti Indonesia, Brunei dan Singapura adalah;
hilal dianggap boleh kelihatan apabila memenuhi syarat-syarat
berikut:Ketika matahari terbenam tinggi hilal tidak kurang 3 darjah dan
elongasi matahari bulan tidak kurang 6.4 darjah.

Menurut kriteria ini, apabila kedudukan hilal memenuhi kriteria
yang ditetapkan pada tanggal 29 hb hijriah maka keesokannya dianggap
sebagai permulaan bulan baru. Namun, jika tidak maka keesokannya
digenapkan menjadi 30 haribulan.

Kriteria ini dibangunkan berdasarkan pemerhatian yang
berterusan terhadap data-data dan rekod kenampakan hilal di seluruh
dunia. Ia adalah kaedah alternatif menurut ilmu falak dalam membentuk
satu takwim hijriah yang sistematik dan saintifik serta tidak bertentangan
dengan kehendak Syarak termasuklah dalam menentukan permulaan
Ramadhan dan Syawwal.

81

B SISIPAN

Walau bagaimanapun, permulaan awal Ramadhan dan Syawwal
di Malaysia adalah tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor
Besar Raja-Raja.

Syarak telah menetapkan kaedah yang jelas dalam penentuan
awal Ramadhan dan awal Syawwal. Kaedah utama yang dianjurkan
sebagaimana nas al-Quran dan hadis Nabi SAW adalah berdasarkan
rukyah.

Hanyasanya jika hilal tidak kelihatan disebabkan mendung atau
berawan, maka dalam hal ini terdapat khilaf ulamak dalam menerima
hisab ahli-ahli falak menurut dalil yang pelbagai.

Walau bagaimanapun, apabila telah jelas kelihatan hilal walaupun
di luar Kriteria Imkanurrukyah oleh saksi yang adil maka pemerintah
bertanggungjawab menyiasat dan membuat keputusan sama ada
menerima atau menolak kesaksian tersebut.

Apabila bertembung antara rukyah dan hisab maka kesaksian
berdasarkan rukyah adalah lebih diutamakan. Firman Allah SWT dalam
surah al-Baqarah ayat185:

‫فَ َم ْن َش ِه َد ِم ْنُم مك ال َّشهْ َر فَلْ َي مص ْم مه‬

Maksudnya: Barangsiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan
(atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu.

Bagitu juga hadis Nabi SAW:
Ma‫َ مل‬ks‫وا‬u‫ر‬d‫د م‬n‫ْق م‬y‫إ‬aَ‫ف‬:‫ُم“ ْك‬J‫لَ ْي‬aَ‫ع‬ng‫ُم َّغ‬an‫ْن‬la‫َ ِإ‬h‫ف‬ ‫تم ْف ِط مروا َحََّّت تَ َر ْو مه‬ ‫الْهِ ََل َل َو َلا‬ ‫ل َا تَ مصو مموا َحََّّت تَ َر ْوا‬

kalian berpuasa sehingga melihat hilal, jangan

pula kalian berbuka sehingga melihatnya, jika kalian terhalang oleh awan,

maka sempurnakanlah hitungannya”. (Riwayat al-Bukhari).

82

BERTEMBUNG ANTARA HISAB DAN RUKYAH

Pada tanggal 29 Ramadhan 1443H, rombongan jawatankuasa
rukyah hilal Syawwal telah melakukan cerapan di 29 buah tempat
cerapan di seluruh Malaysia. Hilal telah disahkan kelihatan di salah satu
lokasi cerapan rasmi di Malaysia.

Kesimpulannya, hilal Syawwal 1443H telah kelihatan pada tarikh
cerapan walaupun di luar Kriteria Imkanurrukyah yang digunapakai.
Maka, awal Syawwal 1443H telah ditetapkan pada 2 Mei 2022
sebagaimana pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Selamat Menyambut ‘Idulfitri. Semoga Allah menerima segala
amal baik kita di bulan Ramadhan
Dato’ Dr Haji Anhar Bin Haji Opir D.P.M.S.
SS Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor

Catatan
Kenyataan ini diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor pada malam hari
raya 1443 H bersamaan 1 Mei 2022 bertajuk Penjelasan Berhubung Permulaan 1
Syawwal 1443h (Perbezaan Menurut Takwim)

83

ANAK BULAN KELIHATAN DI LUAR KRITERIA IMKAN AL-RUKYAH

Anak Bulan Kelihatan Di Luar
Kriteria Imkanurukyah

Jabatan Mufti Negeri Sembilan

Penjelasan Berhubung Permulaan 1 Syauwal 1443h. (Perbezaan
Menurut Taqwim)

Malaysia telah mengamalkan penggunaan Kriteria Imkanurrukyah dalam
penentuan awal bulan Islam termasuklah bulan Ramadhan, Syauwal dan
Zu al-Hijjah sejak tahun 1992.

Kriteria ini telah ditambahbaik bermula Muharram 1443H
setelah kajian semula data-data hilal dilakukan bagi tempoh 30 tahun.
Sebelum 1443H, kriteria Imkanurrukyah yang digunakan adalah:

"ketika matahari terbenam, ketinggian hilal hendaklah tidak kurang dari 2 darjah
dan jarak lengkuk matahari ke bulan tidak kurang dari 3 darjah atau umur bulan
ketika terbenam tidak kurang dari 8 jam."

Namun bermula 1443H, Kriteria Imkanurrukyah sebagaimana
yang diamalkan oleh Malaysia dan negara-negara serantau seperti
Indonesia, Brunei dan Singapura adalah; hilal dianggap boleh kelihatan
apabila memenuhi syarat-syarat berikut:

Ketika matahari terbenam tinggi hilal tidak kurang 3 darjah dan elongasi matahari-
bulan tidak kurang 6.4 darjah.

Menurut kriteria ini, apabila kedudukan hilal memenuhi kriteria
yang ditetapkan pada tanggal 29hb hijriah maka keesokannya dianggap
sebagai permulaan bulan baharu. Namun, jika tidak maka keesokannya
digenapkan menjadi 30 haribulan.

84

ANAK BULAN KELIHATAN DILUAR KRITERIA IMKANURUKYAH

Kriteria ini dibangunkan dan diperkemaskan berdasarkan
pemerhatian yang berterusan terhadap data-data dan rekod kenampakan
hilal di seluruh dunia. Pembentukan kriteria ini juga adalah sebahagian
ijtihad ahli-ahli falak, dalam menentukan kriteria yang mendekati
keyakinan bahawa hilal akan kelihatan setelah memenuhi kriteria
tersebut.

la adalah kaedah alternatif menurut ilmu falak dalam membentuk
taqwim hijriah yang sistematik dan saintifik serta tidak bertentangan
dengan kehendak Syarak termasuklah dalam menentukan permulaan
Ramadhan, Syauwal dan Zu al-Hijjah. Walau bagaimanapun, permulaan
awal Ramadhan, Syauwal dan Zu al-Hijah di Malaysia adalah tertakluk
kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Syarak telah menetapkan kaedah yang jelas dalam penentuan
awal Ramadhan, Syauwal dan Zu al-Hijjah. Kaedah utama yang
dianjurkan sebagaimana nas al-Quran dan hadis Nabi SAW adalah
berdasarkan rukyah. Sekiranya hilal tidak kelihatan disebabkan mendung
atau berawan, maka dalam hal ini terdapat khilaf ulamak dalam
menerima hisab ahli-ahli falak menurut dalil yang pelbagai.

Walau bagaimanapun, apabila telah jelas kelihatan hilal walaupun
di luar Kriteria Imkanurrukyah oleh saksi yang adil maka pemerintah
bertanggungjawab menyiasat dan membuat keputusan sama ada
menerima atau menolak kesaksian tersebut. Apabila bertembung antara
rukyah dan hisab maka kesaksian berdasarkan rukyah adalah lebih
diutamakan.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud:
Barangsiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan (atau
mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu.

Begitu juga hadis Nabi SAW yang bermaksud:

85

B SISIPAN

"Janganlah kalian berpuasa sehingga melihat hilal, jangan pula kalian
berbuka sehingga melihatnya, jika kalian terhalang oleh awan, maka
sempurnakanlah hitungannya (bulan) menjadi tiga puluh hari".
(Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan pandangan Imam al-Subki, hasil hisab pada 29
Ramadhan 1443H, hilal menepati keadaan 'kemungkinan jauh dapat di
rukyah' (ru'yah ihtimal baidan) di mana hilal mempunyai potensi rendah
dirukyah. Namun masih ada kemungkinan untuk dirukyah walaupun
rendah. Maka dalam hal ini hasil rukyah lebih kuat dari hasil hisab.

Maka, pada tanggal 29 Ramadhan 1443H, rombongan rukyah
hilal telah melakukan cerapan di 29 buah tempat cerapan di seluruh
Malaysia. Hilal telah disahkan kelihatan di salah satu lokasi cerapan rasmi
di Malaysia.

Kesimpulannya, hilal Syauwal 1443H telah kelihatan pada tarikh
cerapan walaupun di luar Kriteria Imkanurrukyah yang digunapakai.
Maka, 1 Syauwal 1443H telah ditetapkan pada 2 Mei 2022 (Isnin)
sebagaimana pengisytiharan Penyimpan Moor Besar Raja-Raja.

Selamat Menyambut 'Idulfitri. Semoga Allah menerima segala amal baik
kita di bulan Ramadhan.

YB. S.S Dato' Hj. Mohd Yusof Bin Hj. Ahmad
Mufti Kerajaan Negeri,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Catatan
Kenyataan ini telah diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan pada 4 Mei
2022 bersamaan 3 Syawal 1443H bertajuk Penjelasan Berhubung Permulaan 1
Syauwal 1443h. (Perbezaan Menurut Taqwim)

86

ANAK BULAN KELIHATAN DI LABUAN

Anak Bulan Kelihatan di Labuan

Jabatan Mufti Negeri Perak
Penjelasan Isu 1 Syawal 1443 H

Pendahuluan

Malaysia telah mengamalkan kaedah Rukyah dan Hisab berdasarkan

penggunaan Kriteria Imkanur Rukyah (KIR) dalam penentuan awal
bulan Islam termasuklah bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah sejak
tahun 1992.

Kriteria ini telah ditambahbaik bermula Muharram 1443H
setelah kajian semakan semula data-data hilal dilakukan bagi tempoh 30
tahun. Sebelum 1443H, kriteria Imkanur Rukyah yang digunakan adalah
seperti berikut :

“Ketika matahari terbenam, ketinggian hilal hendaklah tidak kurang dari 2 darjah
dan jarak lengkuk matahari ke bulan tidak kurang dari 3 darjah atau umur bulan
ketika terbenam tidak kurang dari 8 jam.”

Namun bermula Muharram 1443 H, Imkanur Rukyah
sebagaimana diamalkan oleh Malaysia dan negara-negara serantau sepeti
Indonesia, Brunei dan Singapura adalah seperti berikut ;

“Ketika matahari terbenam tinggi hilal tidak kurang dari 3 darjah dan elongasi
matahari bulan tidak kurang dari 6.4 darjah (6 darjah 24 minit).”

Berdasarkan kriteria ini, apabila kedudukan hilal memenuhi
kriteria yang ditetapkan pada tanggal 29 hb hijriah maka keesokannya
dianggap sebagai permulaan bulan baru. Namun, jika tidak maka
keesokannya digenapkan menjadi 30 haribulan.

Kriteria ini dibangunkan dan diperkemaskan berdasarkan
pemerhatian yang berterusan terhadap data-data dan rekod kenampakan

87

B SISIPAN

hilal di seluruh dunia. Pembentukan kriteria ini juga adalah sebahagian
ijtihad ahli-ahli falak, dalam menentukan kriteria yang mendekati
keyakinan bahawa hilal akan kelihatan setelah memenuhi kriteria
tersebut.

Ia adalah kaedah alternatif menurut ilmu falak dalam
membentuk satu takwim hijriah yang sistematik dan saintifik serta tidak
bertentangan dengan kehendak Syarak termasuklah dalam menentukan
permulaan Ramadhan dan Syawal. Walau bagaimanapun, permulaan
awal Ramadhan dan Syawal di Malaysia adalah tertakluk kepada
pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Syarak telah menetapkan kaedah yang jelas dalam penentuan
awal Ramadhan dan awal Syawal. Kaedah utama yang dianjurkan
sebagaimana nas al-Quran dan hadis Nabi SAW adalah berdasarkan
rukyah. Hanyasanya jika hilal tidak kelihatan disebabkan mendung atau
berawan, maka dalam hal ini terdapat khilaf ulamak dalam menerima
hisab ahli-ahli falak atau menggenapkan saja 30 hari.

Kaedah Rukyah Dan Hisab Dalam Konteks Di Malaysia

Dalam konteks di Malaysia, dengan kaedah Rukyah dan Hisab
berdasarkan Kriteria Imkanur Rukyah, penetapan 1 Syawal dibuat
berdasarkan keputusan rukyah hilal pada hari ke 29 walaupun ia nanti
berada di bawah kriteria yang ditetapkan. Namun jika hilal tidak
kelihatan, maka keputusan akan dibuat berdasarkan hasil hisab hilal.

Ini berdasarkan dalil-dalil berikut :
1. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185:

‫فَ َم ْن َش ِه َد ِمنُْم مك ال َّشهْ َر فَلْ َي مص ْم مه‬

Maksudnya: Barangsiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan
(atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu.

2. Begitu juga hadis Nabi SAW:

88

ANAK BULAN TELAH KELIHATAN DI LABUAN

Ma‫َ مل‬ks‫وا‬u‫ر‬d‫د م‬n‫ْق م‬y‫إ‬aَ‫ف‬:‫ُم“ ْك‬J‫لَ ْي‬aَ‫ع‬ng‫ُم َّغ‬an‫ْن‬la‫َ ِإ‬h‫ف‬ ‫تم ْف ِط مروا َحََّّت تَ َر ْو مه‬ ‫الْ ِه ََل َل َو َلا‬ ‫ل َا تَ مصو مموا َحََّّت تَ َر ْوا‬

kalian berpuasa sehingga melihat hilal, jangan

pula kalian berbuka sehingga melihatnya, jika kalian terhalang oleh awan,

maka taqdirkanlah”.

(Riwayat al-Bukhari).

Ini bermakna apabila telah jelas kelihatan hilal walaupun di luar
Kriteria Imkanur Rukyah oleh saksi yang adil maka pemerintah
bertanggungjawab menyiasat dan membuat keputusan sama ada
menerima atau menolak kesaksian tersebut.

Data Hilal Syawal 1443 H

Berdasarkan hasil hisab di Malaysia, data hisab pada 29 Ramadhan di
Tanjung Chinchin (titik rujuk paling barat di Malaysia) adalah seperti
berikut :

1. Ketinggian hilal : 5 darjah 27 minit dan,
2. Elongasi hilal : 5 darjah 57 minit.

Rajah 1: Data Hilal 29 Ramadan 1443H

89


Click to View FlipBook Version