The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ANAK BULAN SYAWAL MONOGRAF PENENTUAN AIDILFITRI 1443/2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Persatuan Jurufalak Syarie; Buku Digital Percuma, 2022-12-25 19:51:35

ANAK BULAN SYAWAL MONOGRAF PENENTUAN AIDILFITRI 1443/2022

ANAK BULAN SYAWAL MONOGRAF PENENTUAN AIDILFITRI 1443/2022

B SISIPAN

Merujuk data di atas, hilal telah memenuhi syarat ketinggian iaitu 3
darjah, namun tidak memenuhi syarat elongasi iaitu perlu tidak kurang
dari 6 darjah 24 minit. Ini bermakna sudut elongasi hilal hanya kurang
27 minit berbanding KIR pada 29 Ramadhan 1443 H ini dan ini
menjadikan data hilal berada di sempadan kenampakan (border line).

Berdasarkan data inilah, Hilal Syawal tetap dijangka tidak kelihatan dan
sekaligus bulan Ramadahan digenapkan menjadi 30 hari.

Berasaskan pandangan Imam al-Subki, hasil hisab pada 29 Ramadan
1443 H, hilal menepati keadaan ‘kemungkinan jauh dapat dirukyah’
(ru’yah ihtimal baidan) di mana hilal tidak mustahil namun hanya
mempunyai potensi rendah untuk dirukyah. Maka dalam hal inilah
menjadikan hasil rukyah lebih kuat dari hasil hisab.

Maka, pada tanggal 29 Ramadhan 1443H, rombongan rukyah
hilal telah melakukan cerapan di 29 buah tempat cerapan di seluruh
Malaysia. Dengan izin Allah SWT, hilal telah disahkan kelihatan di stesen
Cerapan hilal di Labuan, Malaysia. Malah ia juga telah dilaporkan turut
dapat dicerap di negara jiran iaitu Brunei dan Indonesia.

Kesimpulan

Kesimpulannya, hilal Syawal 1443H telah kelihatan pada tarikh cerapan
walaupun di luar Kriteria Imkanur Rukyah yang digunapakai. Maka, 1
Syawal 1443H telah ditetapkan pada 2 Mei 2022 (Isnin) sebagaimana
pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Selamat Menyambut ‘Idulfitri. Semoga Allah menerima segala amal baik
kita di bulan Ramadhan.

Catatan
Kenyataan ini telah diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perak pada 6 Mei
2022 bersamaan 5 Syawal 1443H bertajuk Penjelasan Isu 1 Syawal 1443 H

90

PERUBAHAN TAKWIM 1443H

Perubahan Takwim 1443H

KENYATAAN MEDIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

BERKENAAN
TAKWIM 2022 MILADIAH/ 1443-1444 HIJRIAH BAGI

MALAYSIA
(EDISI KEMASKINI SYAWAL 1443H)
Berikutan perubahan tarikh 1 Syawal 1443H yang telah diisytiharkan
oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja jatuh pada hari Isnin 2 Mei 2022
berbanding takwim 2022 yang dikeluarkan sebelum ini bertarikh 3 Mei
2022, JAKIM telah mengeluarkan Takwim 2022 Miladiah / 1443-1444
Hijriah Bagi Malaysia (Edisi Kemaskini Syawal 1443H).
Perubahan ini hanya melibatkan bulan Mei 2022/Syawal 1443H sahaja
manakala bulan-bulan yang lain tidak terlibat dengan perubahan ini.
Takwim ini boleh dirujuk di dalam laman web JAKIM https://www.e-
solat.gov.my/
Semoga takwim tersebut dapat membantu melancarkan lagi penyusunan
aktiviti harian, ibadat dan urusan kehidupan umat Islam di negara ini.
Sekian

91

B SISIPAN

Catatan
Kenyataan ini telah diterbitkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
melalui Haji Zakaria Bin Othman Ketua Unit Komunikasi Korporat JAKIM
pada 14 Mei 202 bersamaan 13 Syawal 1443.

92

PERUBAHAN TAKWIM 1443H

Takwim 2022 Miladiah/1443-1444H Hijriah Malaysia
Edisi Sebelum Dikemaskini
93

B SISIPAN
94

LIPUTAN BERITA

Mufti Selangor SS Dato’ Dr Hj Anhar Hj Opir menunjukkan carta tarikh dan
waktu yang sesuai bagi melihat anak bulan pada kalendar ketika ditemu bual
Media Selangor pada 12 April 2022 (12 Ramadan 1442) Foto; Hafiz Othman
Sumber: Mustakim Ramli https://selangorkini.my/2022/04/mufti-terang-

kaedah-lihat-anak-bulan-teknologi-baharu-cerapan

Tangkap Layar Siaran Buletin Utama TV3, 27 April, 2022 memuatkan
Kenyataan Ketua Pengarah JAKIM mengenai penentuan awal Aidilfitri 1443

Sumber: https://www.youtube.com/c/BuletinTV3

95

B SISIPAN

Tangkap Layar Siaran Buletin Utama TV3, 27 April, 2022 memuatkan
Kenyataan Ketua Pengarah JAKIM mengenai penentuan awal Aidilfitri 1443

Sumber: https://www.youtube.com/c/BuletinTV3

Tangkap Layar Siaran Buletin Utama Tv3, 1 Mei 2022
Pengistiharan Tarikh 1 Syawal 1443 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Sumber: https://www.youtube.com/c/BuletinTV3

96

LIPUTAN BERITA

Tangkap Layar Siaran Buletin Utama Tv3, 1 Mei 2022
Pengistiharan Tarikh 1 Syawal 1443 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Sumber: https://www.youtube.com/c/BuletinTV3

Tangkap Layar Siaran Buletin Utama Tv3, 1 Mei 2022
Pengistiharan Tarikh 1 Syawal 1443 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Sumber: https://www.youtube.com/c/BuletinTV3

97

B SISIPAN

Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan
SS Datuk Dr Luqman Hj Abdullah pada malam Raya mengenai anak
bulan telah kelihatan di salah satu lokasi dari 29 lokasi cerapan rasmi

Sumber: https://www.astroawani.com

Kenyataan SS Dato’ Seri Dr Hj Abdul Rahman Hj Osman, Mufti Pahang
dalam Sinar Harian 5 Mei 2022/4 Syawal 1443

98


Click to View FlipBook Version