The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Persatuan Jurufalak Syarie; Buku Digital Percuma, 2022-12-25 20:30:47

BUKU FALAK ABAD 21

BUKU FALAK ABAD 21

SOUTHEAST A sa r a sOMY SEMINAR

SIA-REGIONAL ASTRON

saras

SseEMmINAR FALAK NUSANTARA

“SOUTHEAST ASIA-REGIONAL ASTRONOMY SEMINAR”

ILMU FALAK
ABAD KE-21

Editor
MOHD SAIFUL ANWAR MOHD NAWAWI

RAIHANA ABDUL WAHAB
Penerbit

INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA

KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI

ILMU FALAK ABAD
KE-21



Editor
Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi

Raihana Abdul Wahab

-2022-

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada
terbitan ini sama ada ilustrasi dan isi kandungannya dalam apa jua bentuk dan cara sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman dan sebagainya sebelum mendapat
izin bertulis daripada pemilik hak cipta terlebih dahulu.

ILMU FALAK ABAD KE-21

Penerbit INSTUN 2022

Sidang Editor Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi
Raihana Abdul Wahab
Susun Atur Huruf Nurul Syakirah Rahiman
Penulis Transkrip
Nur Izzatul Najihah Mohamad

Anis Maisarah Yassir Azlin
Nurul Syakirah Rahiman

Buku ini disusun atur dengan menggunakan font Garamond.

Diterbitkan oleh:

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN),
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli,
Behrang 35950, Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
https://www.instun.gov.my
Tel: 05-4542825
Faks: 05-4542837

Susun atur dan reka bentuk oleh:

Sr Rabiulkhair Mohd Nor (JUPEM)
Sr Siti Arifah Abdul Kader (INSTUN)
Wan Mohd Firdauz Wan Mohd Zahari (INSTUN)

SENARAI KANDUNGAN 

 i
v
SENARAI KANDUNGAN
PRAKATA

Halaman

1. APLIKASI PENGIMEJAN DIGITAL DALAM CERAPAN ANAK BULAN DI 1-11
BALAI CERAP TELOK KEMANG
Nur Izzatul Najihah Mohamad, Nazhatulshima Ahmad, Raihana Abdul
Wahab, Nur Nabilah Zulkifli, Mohd Zambri Zainuddin

2. KETOKOHAN HJ MOHD KHAIR B HJ MOHD TAIB DALAM KALENDAR 13-30
ISLAM
Muhammad Adib Hakimi, Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi,
Mohammaddin Abdul Niri

3. KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN KAEDAH PELBAGAI TITIK RUJUKAN 31-37
DALAM PENETAPAN WAKTU SOLAT DI MALAYSIA
Nurul Kausar Nizam,
Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi, Saadan Man, Khairussaadah Wahid

4. POTENTIAL COMBINATION OF THEODOLITE AND SKY QUALITY METER IN 39-51
DETERMINING FAJR
Fazili Anuar Md Yusuf, Norziana Yusuf, Othman Zainon

5. PRAKTIS BILAL DALAM MELAUNGKAN AZAN DAN IMPAKNYA 53-62
TERHADAP KETEPATAN PENJAGAAN WAKTU SOLAT
Aimi Musa, Othman Zainon, Mustafa Din Subari

6. QIBLA DIRECTION CHECKING OF ISLAMIC CEMETERY THROUGH UNMANNED 63-75
AERIAL VEHICAL TECHNIQUES
Siti Nur Dayana Abdul Rahman, Norhadija Darwin, Othman Zainon

7. RELEVANCE OF THE USE OF RUBU’ MUJAYYAB IN QIBLA DIRECTION 77-89
MARKING
Syed Asry Shahab Syed Mohamad Fikry Shahab, Othman Zainon

8. RELEVANSI PENDEKATAN TAQI AL-DIN AL-SUBKI DALAM PENENTUAN 90-98
ANAK BULAN PADA ERA REVOLUSI INDUSTRI 4.0
DI MALAYSIA
Nurul Syakirah Rahiman, Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi, Raihana
Abdul Wahab

9. A STUDY ON IMPACT OF COVID-19 ON LEVEL OF LIGHT POLLUTION AND 99-105
ASTRONOMICAL SIGHTING IN MALAYSIA
Muhamad Syazwan Faid, Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi, Mohd Paidi
Norman

i

10. TIPOLOGI KAJIAN ILMU FALAK DI DUNIA ISLAM 107-115
Arwin Juli Rakhmadi 117-133
134-160
11. ISLAMIC ASTRONOMY IN TURKEY 161-169
Ümit Ertem
171-179
12. ISLAMIC ASTRONOMY IN THE 21ST CENTURY
Nidhal Guessoum

13. Syarahan Ulung
YDH Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan Perak
Dato' Dr Afifi Al-Akiti

14. Sisi Pandang Utama



ii



PRAKATA


Alhamdulillah, segala puji-pujian kepada Allah SWT di atas segala kurniaan
nikmatNya. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad
SAW pembawa rahmat sekalian alam, salam dan sejahtera buat ahli
keluarga dan para sahabat baginda SAW.

Buku Ilmu Falak Abad Ke-21 mengandungi 13 bab buku yang telah
dibentangkan dalam SARAS 2021. Buku ini memuatkan Syarahan Ulung YDH Orang
Kaya Kaya Imam Paduka Tuan Perak, Dato' Dr Afifi Al-Akiti, beliau telah mengupas
persoalan penentuan awal bulan Hijrah merentasi pelbagai disiplin ilmu. Disamping
itu, buku ini membawakan dua kertas utama yang telah dibentangkan iaitu Tipologi
Kajian Ilmu Falak Di Dunia Islam, oleh Dr Arwin Juli Rakhmadi dan Astronomi Islam
di Turki yang telah dibentangkan oleh Prof Madya Dr Ümit Ertem. Artikel yang
ditulis oleh Profesor Dr Nidhal Guessoum merupakan cetusan idea beliau dalam
menyegarkan ilmu falak agar kekal relevan mendepani abad ke-21. Seterusnya,
artikel-artikel lain adalah hasil penyelidikan/ lontaran idea dalam bidang falak di
pusat pengajian tinggi di Malaysia pada masa kini.

Pada 21-22 September 2021, Seminar Falak Nusantara (Southeast Asia-
Regional Astronomy Seminar (SARAS)) 2021 anjuran bersama 9 Agensi/Jabatan
kerjasama antaranya Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dibawah seliaan
Kelab INSTUN, Universiti Malaya (UM), Jabatan Mufti Negeri Perak, Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Mufti
Kerajaan Negeri Negeri Sembilan, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM),
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Balai Cerap Telok Kemang, Negeri Sembilan
dan Persatuan Jurufalak Syar’ie (JUFAS) telah berjaya menganjurkan sebuah
seminar antarabangsa yang berimpak tinggi yang mengulangi kejayaan
penganjuran SARAS pada tahun 2018 dengan menghimpunkan para ilmuan falak/
astronomi dari serata dunia dalam membahaskan, bertukar-tukar pendapat dan
mencipta pelbagai penemuan baru dalam bidang Ilmu Falak.

Disebalik wabak COVID-19 yang melanda dunia tahun 2021, SARAS 2021
berjaya menarik minat ramai peserta dari dalam dan luar negara. SARAS 2021
menerusi platform secara dalam talian ini, telah mencapai sasaran penyertaan iaitu
sejumlah 326 penyertaan yang terdiri daripada kakitangan pihak Kerajaan, pihak
swasta, penyelidik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), pelajar, orang awam yang
berminat mendapatkan ilmu dalam bidang falak/ astronomi dan SARAS 2021 juga

iii

menerima penyertaan daripada MABIMS iaitu Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi
Menteri-Menteri Agama; Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia
dan Republik Singapura.

Program ini dirasmikan oleh YB Senator Tuan Haji Idris bin Ahmad, Menteri
di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) manakala penutup SARAS 2021
telah disempurnakan oleh YAB Dato' Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak
Darul Ridzuan. Manakala ucapan aluan SARAS 2021 telah disampaikan oleh YBrs.
Puan Norehan binti Omar, Pengarah INSTUN merangkap Penaung Kelab INSTUN.

Dengan bertemakan “Ilmu Falak, Masyarakat dan Revolusi Industri 4.0”,
seminar ini telah menerima pembentang-pembentang yang mempunyai kepakaran
yang mahir dalam bidang ilmu falak/ astronomi dari Malaysia dan luar negara
seperti Turki, United Arab Emirates (UAE), Jepun dan Indonesia. Dua (2) ucaptama,
tujuh (7) kertas utama dan 18 kertas kerja sidang selari telah berjaya dibentangkan
pada seminar ini dan pelbagai isu-isu berkaitan falak/ astronomi dapat dibincangkan
bersama pakar-pakar dan tokoh ilmuan falak/ astronomi disamping dapat menjadi
platform dalam saling bertukar idea dan pendapat akan bidang ilmu falak/
astronomi ini.

Pada SARAS 2021 ini, enam (6) kertas kertas telah dipilih sebagai Pemenang
Kertas Kerja Terbaik SARAS 2021. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua
pemenang kertas kerja terbaik SARAS 2021 diatas penghasilan kertas kerja
penyelidikan yang mempunyai nilai dan mutu karya berkualiti yang telah mendapat
perhatian juri.

Akhir kalam, diharapkan segala perbahasan yang dipaparkan akan
memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara serta membangunkan
ilmu falak/astronomi dengan jayanya.

Wabillahi al-Tawfiq

Editor

iv

v

APLIKASI PENGIMEJAN DIGITAL DALAM CERAPAN ANAK
BULAN DI BALAI CERAP TELOK KEMANG

Nur Izzatul Najihah Mohamada, Nazhatulshima Ahmadb*, Raihana
Abdul Wahabc, Nur Nabilah Zulkiflic, Mohd Zambri Zainuddinc

Abstrak: Kamera digital Single Lens Reflect (DSLR) telah mula digunakan
dalam aktiviti cerapan anak bulan di Balai Cerap Telok Kemang sejak
tahun 2006 hingga kini. Selari dengan perkembangan teknologi digital,
penggunaan kamera digital dalam merekodkan imej anak bulan juga
semakin meluas. Kertas kerja ini akan membentangkan teknik
pengimejan digital dalam aktiviti cerapan anak bulan yang dijalankan di
Balai Cerap Telok Kemang, Negeri Sembilan. Berdasarkan kajian yang
dijalankan, potensi untuk anak bulan pada 29 hari bulan hijri dilihat
menggunakan kamera digital adalah lebih tinggi serta dapat dikesan lebih
awal selepas matahari terbenam. Selain itu, pengimejan digital mampu
mengesan anak bulan yang mempunyai elongasi dan altitud yang lebih
rendah berbanding melihat menerusi kanta mata teleskop. Aspek-aspek
penting seperti melakukan pelarasan, penjajaran dan pemfokusan ketika
mendirikan teleskop serta pemasangan kamera digital perlu
dititikberatkan agar anak bulan berjaya dikesan dan direkodkan dengan
kualiti imej yang baik.

PENGENALAN

Cerapan anak bulan telah mula dijalankan oleh Makmal Fizik Angkasa, Universiti
Malaya dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak dari tahun 2000 di
Baitul Hilal, Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan, yang kini dikenali
sebagai Balai Cerap Telok Kemang dengan kerjasama pelbagai pihak iaitu Jabatan
Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan (JMKNNS) dan Jabatan Ukur dan
Pemetaan Malaysia (JUPEM). Sejak dari tahun tersebut hingga kini aktiviti
cerapan telah dijalankan secara bulanan dengan menggunakan teleskop
berkomputer dan kamera filem single lens reflect (SLR) untuk merekodkan imej
anak bulan yang kelihatan. Oleh kerana kamera SLR ketika itu menggunakan
filem, maka imej anak bulan direkodkan setelah ianya berjaya kelihatan pada
teleskop. Pengimejan anak bulan pada ketika itu hanyalah bertujuan untuk
menyimpan rekod imej anak bulan yang berjaya kelihatan.

Namun, bermula pada tahun 2006, kamera digital SLR digunakan
menggantikan kamera filem SLR dalam merekodkan imej anak bulan.
Penggunaan kamera digital membolehkan imej yang diambil menerusi teleskop
terus dipaparkan pada paparan kamera. Ini membolehkan imej anak bulan yang
dirakam oleh kamera dapat dipaparkan untuk tatapan umum secara langsung.
Selain itu kelebihan kamera digital ini didapati mempercepatkan masa mengesan

1

kenampakan anak bulan selepas matahari terbenam. Ini adalah disebabkan oleh
cahaya bulan adalah agak malap dan saiz sabitnya agak tipis. Keadaan langit
berdekatan ufuk yang selalu berawan juga menjadi faktor utama anak bulan tidak
dapat dilihat. Di samping itu, kecerahan langit cahaya senja (twilight) juga
mempengaruhi kebolehnampakan anak bulan. Semasa cerapan anak bulan,
kecerahan langit masih cerah hasil serakan cahaya matahari selepas terbenam dan
keadaan ini boleh melindungi cahaya anak bulan yang malap. Selain itu, tempoh
jangka masa anak bulan diatas ufuk yang amat singkat juga mempengaruhi
kebolehnampakan anak bulan. Maka, dengan penggunaan kamera dan teknik
pengimejan digital, ianya dapat membantu mengesan anak bulan disebalik
rekahan awan yang tidak terlalu tebal tetapi masih cukup untuk menghalang
penglihatan secara mata kasar. Oleh yang demikian, kertas ini akan
membincangkan proses aplikasi pengimejan digital yang telah dilaksanakan serta
dapatan imej anak bulan yang telah berjaya direkodkan.

METODOLOGI

Metodologi pengumpulan data kajian yang digunakan adalah kajian lapangan
menerusi cerapan anak bulan yang telah dijalankan pada setiap bulan hijriah
dengan menggunakan alat bantuan optik seperti teleskop dan pengimejan
menggunakan kamera. Penggunaan teleskop telah memudahkan teknik
pengimejan diaplikasikan dalam proses cerapan.

CERAPAN ANAK BULAN

Pencerapan anak bulan dijalankan pada setiap 29 hari bulan hijrah bermula
selepas matahari terbenam sehinggalah anak bulan terbenam. Sekiranya parameter
anak bulan tidak memenuhi kriteria kenampakan anak bulan imkan al rukyah
pada 29 hari bulan tersebut maka aktiviti cerapan akan dijalankan pada
keesokannya, 30 hari bulan hijrah. Dalam hal ini, anak bulan yang berjaya
direkodkan kenampakannya dijadikan sebagai data bagi tujuan analisis bagi kajian.

PERALATAN

Alat bantuan optik iaitu teleskop digunakan dalam cerapan bagi membantu
kemampuan mata kasar untuk melihat anak bulan dengan lebih jelas. Teleskop
berperanan mengumpulkan lebih banyak cahaya yang dipantulkan oleh anak
bulan dan membesarkan imej anak bulan berbanding mata kasar (C.R. Kitchin,
2013). Teleskop yang menggunakan pengoperasian berkomputer adalah sangat
membantu dari segi menentukan kedudukan anak bulan dengan tepat serta dapat
menjejak objek sehingga terbenam. Kajian ini menggunakan teleskop pembiasan
BORG 101 mm yang di dukungkan dengan teleskop berkomputer Meade LX200
12 inci seperti ditunjukkan dalam Rajah 1(a). Bagi merakamkan anak bulan yang
kelihatan, kamera digital SLR Canon digunakan untuk mengambil video dan foto
imej anak bulan.

2

(a) (b)

Rajah 1. (a) Teleskop yang disambungkan dengan kamera digital SLR. (b) Sistem
teleskop berkembar menggunakan lekapan Az-Eq5 dalam mod Alt-Az

Pada tahun 2019, satu lagi alat bantuan optik yang terdiri dari dua buah teleskop
pembiasan berdiameter 102 mm dan 103 mm masing-masing dan dipasang secara
bergandingan pada sebuah lekapan berkomputer AZ-EQ5 digunakan dalam
cerapan anak bulan seperti di dalam Rajah 1(b). Teleskop pembiasan 102 mm
dipadankan dengan kamera CCD Skynyx untuk merekodkan imej digital
manakala teleskop pembiasan 103 mm hanya dipasang kanta mata berdiameter 32
mm bagi tujuan penyaksian menggunakan mata kasar sekiranya anak bulan dapat
dilihat. Teknik pengimejan bukan sahaja dapat merakamkan imej anak bulan
bahkan ia dapat membantu dalam mengesan kenampakan anak bulan dengan
lebih cepat.
MEDAN PENGLIHATAN
Salah satu faktor yang perlu dipertimbangkan dalam penggunaan teleskop dan
kamera ialah medan penglihatan yang terhasil dari gabungan dua peralatan
tersebut. Pengukuran medan penglihatan bagi teleskop boleh dikira dengan
menggunakan persamaan (1) (C.R. Kitchin, 2013) dan bagi kamera dikira
menggunakan persamaan (2).
FOV (teleskop) = FOV kanta mata / M)1(
FOV ( kamera)= (135.3 x D) / L (2)

3

dimana M adalah pembesaran imej iaitu nisbah panjang fokus teleskop kepada
panjang fokus kanta mata. D adalah saiz cip pengesan dalam unit mm dan L
adalah panjang fokus teleskop dalam unit inci. Saiz medan penglihatan yang
diperlukan untuk pengimejan anak bulan adalah sekurang-kurangnya saiz sudutan
bulan iaitu 31 arkaminit. Saiz medan penglihatan yang paling ideal adalah apabila
imej anak bulan memenuhi sepertiga dari keseluruhan medan penglihatan.
Perkara ini adalah supaya dapat membantu dan memudahkan pengesanan anak
bulan dan mengenalpasti kedudukan anak bulan dilangit dengan tepat. Jadual 1
dibawah merupakan saiz medan penglihatan bagi sistem teleskop dan kamera
yang digunakan.

Teleskop + kamera Saiz medan
Penglihatan

Borg 101ED + Canon EOS 80D 1.99° x 1.32°

Meade 12 inci + focal reducer 6.3 + kanta mata 40 0.9°
mm

William optic 102 mm + focal reducer 3.3 + Skynyx 1.58° x 1.18°

William optic 103 mm + kanta mata 32 mm 2.34°

Jadual 1. Medan penglihatan sistem teleskop dan kamera.

PENGENDALIAN SISTEM TELESKOP DAN KAMERA

Pengesanan kenampakan anak bulan dijalankan sejurus selepas matahari
terbenam. Hal ini adalah bagi menepati takrifan anak bulan merupakan
kenampakan lengkuk cahaya bulan pertama yang dilihat dari pencerap di bumi
selepas matahari terbenam (Baharuddin, 2002). Maka, persiapan mendirisiap
peralatan dilakukan lebih awal sebelum matahari terbenam. Beberapa langkah
tetapan penting dalam mendirikan teleskop adalah pelarasan, penjajaran dan
pemfokusan sistem teleskop sebelum kamera disambungkan.

Pelarasan adalah penting untuk memastikan tripod dalam keadaan tegak
dan rata bagi membolehkan teleskop bergerak dalam keadaan yang stabil.
Langkah penjajaran teleskop pada waktu siang memerlukan kaedah tertentu
kerana menggunakan matahari sebagai objek rujukan yang tidak digunakan dalam
sistem penjajaran bintang yang sedia ada dalam sistem teleskop. Sekiranya
matahari tidak kelihatan ketika persiapan dijalankan, maka objek rujukan
terrestrial yang telah ditentusahkan kedudukannya akan digunakan. Setelah itu,

4

teleskop dihalakan ke arah matahari untuk melakukan pemfokusan teleskop dan
seterusnya teleskop dihalakan ke arah bulan dan sedia untuk mengesan
kenampakan anak bulan sebaik sahaja matahari terbenam. Koordinat Jarak Hamal
(RA) dan Deklinasi (Dec) bagi matahari dan bulan boleh dijana menggunakan
pelbagai perisian seperti MoonC601, Accurate times2 dan sebagainya. Selain itu,
pemfokusan teleskop juga perlu dipastikan dan dilaksanakan sebaik mungkin. Ini
adalah kerana cahaya anak bulan adalah sangat malap dan bentuk lengkungnya
yang tipis dan halus. Pengesanan anak bulan agak sukar dan lambat sekiranya
pemfokusan teleskop tidak dilakukan dengan baik.

Rajah 2. Carta alir tetapan penting dalam mendirikan teleskop.
Selanjutnya adalah langkah tetapan bagi pemasangan kamera digital dengan
teleskop. Kamera digital yang dipasang pada teleskop dapat berfungsi dengan
lebih berkesan apabila dikendalikan menerusi komputer atau secara kawalan jauh
(remote control). Tetapan kamera digital yang digunakan bergantung kepada keadaan
kecerahan langit berhampiran ufuk barat berhampiran kedudukan matahari
terbenam. Sejurus selepas matahari terbenam dan turun sehingga 1° - 2° di bawah
ufuk, ISO sekitar 600 atau lebih rendah digunakan kerana keadaan langit masih
lagi terang dan nilai ISO ini ditingkatkan apabila langit semakin gelap dan masa
dedahan disesuaikan dengan kecerahan objek. Menerusi komputer, pemprosesan
imej boleh terus digunakan pada setiap imej yang diambil oleh kamera digital
menggunakan perisian Digital Photo Professional 43. Pemprosesan imej terhad
kepada pelarasan lengkung ton (tone curve adjustment) imej dengan meningkatkan
kontras latar belakang imej supaya dapat menimbulkan imej lengkung anak bulan
dalam bingkai penuh imej (image full frame) tersebut sekiranya terakam oleh kamera
seperti dalam Rajah 3. Kaedah ini dapat membantu mengesan anak bulan dengan
lebih awal selepas matahari terbenam.

5

Rajah 3. Proses pemprosesan imej asas menggunakan Digital Photo Professional 4.
PEROLEHAN DATA IMEJ ANAK BULAN
Data Imej Anak Bulan
Aplikasi pengimejan digital membolehkan imej anak bulan direkodkan secara
digital dan pemprosesan imej asas seperti pelarasan warna dan kecerahan pada
imej dapat dilakukan bagi membolehkan imej anak bulan yang terakam dapat
ditimbulkan atau dikesan. Berikut merupakan antara imej anak bulan yang
berjaya direkodkan pada 29, 30 dan 1 haribulan hijrah dari tahun 2006 M hingga
Julai 2020 M:
29 hari bulan hijrah

6

30 hari bulan hijrah
1 hari bulan hijrah

7

Berdasarkan imej-imej anak bulan tersebut, lengkung anak bulan pada 30
hb hijri (8 November 2018 dan 31 Ogos 2019) dan 1 hb hijri (20 Januari 2007
dan 24 Jun 2009) dengan mudah dilihat melalui imej-imej tersebut. Manakala imej
anak bulan pada 29 hb hijri (12 Julai 2010, 6 Disember 2010, 25 Disember 2011,
22 Ogos 2017, 5 Mei 2019 dan 21 Julai 2020) agak sukar untuk dikesan di dalam
imej disebabkan anak bulan yang sangat malap dan keadaan langit yang berawan.
Masa diantara matahari terbenam dan bulan terbenam pada 29 hb hijri adalah
sangat singkat antara 10 hingga 41 minit (berdasarkan data cerapan sepanjang
kajian), maka dengan imej yang direkodkan secara digital membolehkan
pengesanan anak bulan dapat dibuat dengan lebih cepat.

ANALISIS DATA IMEJ ANAK BULAN

Jadual 2 memaparkan ringkasan maklumat cerapan yang telah dijalankan selama
21 tahun dari tahun 2000 M hingga 2020 M (Muharam 1421 H-Zulhijjah 1441 H)

BIL HURAIAN BILANGAN NOTA

SESI CERAPAN

1 Cerapan hilal (aktif) 275 sesi Mac 2000– Julai 2020

REKOD CERAPAN

2 Cerapan berjaya pada 29hb hijrah 11 sesi

3 Cerapan berjaya pada 30hb hijrah 48 sesi

4 Cerapan berjaya pada 1hb hijrah 28 sesi 200-2007

5 Cerapan tidak berjaya 188 sesi

DAPATAN MUKTAHIR

6 Hilal termuda (pencerapan 15.7 jam 17 Oktober 2001

optikal dan mata kasar)

7 Hilal termuda (dirakam oleh 12.49 jam 5 Mei 2019
mirrorless digital SLR)

8 Sudut elongasi hilal (paling 6.75 darjah 5 Mei 2019

rendah)

9 Altitud hilal di atas ufuk (paling 1.05 darjah 28 Mei 2006

rendah)

10 Beza altitud terendah (relative 6.01 darjah 5 Mei 2019

altitude)

PENGIMEJAN

11 Mata kasar sahaja 40 sesi Hilal dapat dicerap

dengan mata kasar

12 Mata kasar-teleskop 78 sesi Hilal dilihat

menerusi teleskop

13 Teleskop-Kamera DSLR 44 sesi # Hilal dilihat

menerusi imej

Nota: # 9 imej dari 44 sesi kenampakan anak bulan tidak dapat dilihat menerusi
mata kasar - teleskop.

8

Keseluruhan aktiviti cerapan yang dijalankan adalah sebanyak 275 sesi dan
87 sesi cerapan daripadanya berjaya merekodkan kenampakan anak bulan sama
ada secara mata kasar sahaja, dengan bantuan teleskop dan menggunakan kamera
digital. Daripada 87 sesi cerapan tersebut 40 sesi cerapan berjaya melihat anak
bulan secara mata kasar tanpa bantuan teleskop yang biasanya berlaku pada 30
dan 1 haribulan hijri.

Dalam sesi tersebut anak bulan juga berjaya dilihat menerusi teleskop dan
berjaya merekodkan imej anak bulan. Manakala sebanyak 78 sesi cerapan, anak
bulan hanya dapat dilihat dengan mata kasar melalui bantuan teleskop. 44 sesi
cerapan daripadanya imej anak bulan berjaya dikesan awal menggunakan kamera
digital dan selebihnya 34 sesi cerapan termasuk anak bulan hanya dapat dilihat
tanpa merakam imej dan juga yang direkodkan menggunakan kamera SLR
manual iaitu sebelum kamera digital diaplikasikan dalam cerapan anak bulan pada
tahun 2006. 9 sesi cerapan dari 44 sesi cerapan, anak bulan hanya berjaya dikesan
menerusi kamera digital sahaja iaitu setelah melakukan pelarasan lengkung warna
dalam pemprosesan imej asas ke atas imej digital menggunakan perisian tertentu.

Jadual 3 di bawah menunjukkan parameter anak bulan yang berjaya
direkodkan hanya dikesan menerusi kamera digital. 5 dari 9 imej tersebut adalah
anak bulan pada 29 hb hijri. Manakala 4 daripadanya adalah imej anak bulan pada
30 hb hijri yang sepatutnya juga dapat dilihat menerusi mata kasar, namun
disebabkan faktor keadaan langit berawan telah membataskan kenampakan anak
bulan tersebut. Anak bulan yang berjaya dikesan menerusi kamera digital yang
mempunyai elongasi paling rendah iaitu 8.3° dan altitud bulan 6.29° ketika
kedudukan matahari di bawah ufuk 1.08° iaitu lebih kurang 4 minit setelah
matahari terbenam di mana keadaan langit masih lagi terang. Dapatan ini
menunjukkan bahawa pengimejan digital mampu mengesan anak bulan dengan
cepat selepas matahari terbenam.

9

Bil Tarikh Parameter anak bulan Berjaya
direkod
1 30 Rabiulawal 1430 H (27 Mac 2009 M)
2 29 Zulhijah 1431H (6 Disember 2010 M) Elongasi Alt Alt
3 30 Rabiulakhir 1432 H (4 April 2011 M) (⁰) Bulan Matahari
4 29 Muharam 1433H (25 Disember 2011 M)
5 30 Rabiulakhir 1437 H (9 Februari 2016 M) (⁰) (⁰)
6 29 Zulkaedah 1438 H (22 Ogos 2017 M)
7 30 Zulhijah 1440 H (31 Ogos 2019 M) 10.5 4.8 -0.42
8 29 Jamadilakhir 1441H (24 Februari 2020 M)
8.36 1.678 -6.98

9.96 1.07 -5.8

8.85 4.92 -3.45

11.090 3.3 -6.68

8.3 6.29 -1.08

14.568 9.939 -4.517

9.526 2.6 -7.097

9 29 Zulkaedah 1441 H (21 Julai 2020 M) 9.4 2.323 -7.336

Jadual 3. Parameter bagi 9 imej anak bulan yang dikesan menerusi kamera digital
sahaja.

KESIMPULAN

Hasil dapatan kajian yang dijalankan telah menunjukkan penggunaan teknik
pengimejan digital dalam cerapan anak bulan dapat membantu untuk mengesan
kenampakan awal anak bulan. Selain itu, pengesanan anak bulan pada 29 hb hijri
yang mempunyai kriteria kenampakan yang rendah juga mampu untuk dikesan
melalui pengimejan digital berbanding kaedah mengesan secara mata kasar
melalui teleskop. Aspek-aspek tetapan penting seperti melakukan pelarasan,
penjajaran dan pemfokusan dengan tepat ketika mendirikan teleskop dan
pemasangan kamera digital perlu dititikberatkan agar anak bulan berjaya dikesan
dan direkodkan dengan kualiti imej yang baik.

10

PENGHARGAAN
Penyelidikan ini dijalankan di bawah pembiayaan Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri
Sembilan (JMKNNS), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Balai
Cerap Telok Kemang dan Geran Penyelidikan Universiti Malaya IIRG002B-
19FNW. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada kumpulan penyelidik
Makmal Fizik Angkasa, Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Malaya,
terutamanya kepada Cik Nur Hidayah Ismail, Cik Suria binti Yusop, Encik Joko
A. Satria dan En Mohammad Adam bin Samat yang terlibat secara langsung
dalam penyelidikan ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada pihak
pengurusan Balai Cerap Telok Kemang dan Klana Beach Resort atas kerjasama
dan sokongan teknikal sepanjang kajian dijalankan.
RUJUKAN
_______________________
a Institut Pengajian Termaju, Universiti Malaya, 50603, Kuala Lumpur
b Makmal Fizik Angkasa, Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Malaya, 50603,
Kuala Lumpur
c Program Astronomi Islam, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur
* Korespondan penulis: [email protected]
[1] Astronomy tools. (2021). True Field of View Calculator. Diambil dari
https://astronomy.tools/calculators/field_of_view_calculations pada 28 Ogos
2021.
[2] Baharuddin Zainal. (2002). Pengenalan Ilmu Falak. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
[3] Kitchin, C.R. (2013). Telescopes and Techniques. (Edisi ketiga). Springer New
York Heidelberg Dordrecht London
[4] Mclean, I.S. (2008). Electronic Imaging In Astronomy Detectors and
Instrumentation. (Edisi kedua). Chichester, UK: Praxis Publishing Ltd.
[5] Roth, G.D. (2009). Handbook of Practical Astronomy. Springer Dordrecht
Heidelberg London New York.

11

12

KETOKOHAN HJ MOHD KHAIR B HJ MOHD TAIB DALAM
KALENDAR ISLAM

Muhammad Adib Hakimia, Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawia,
Mohammaddin Abdul Niria

Abstrak: Kajian ini dibuat bertujuan untuk mengumpul dan mengkaji
ketokohan Hj Mohd Khair Bin Mohd Taib dalam Kalendar Islam.
Dengan menggunakan kaedah temubual dan analisis dokumentasi,
kajian ini mendapati sumbangan beliau meliputi beberapa aspek di
dalam pembinaan Kalendar Islam. Pertama, penulisan hasil karya beliau
iaitu Takwim Istilahi (Hijri-Masihi) yang tercatat kalendar hijri-masihi
dalam tempoh 100 tahun bermula 1 Muharram 1401 Hijrah yang
bersamaan 9 November 1980 sehingga tahun 1500 Hijriah yang
bersamaan 15 November 2077. Selain itu, buku yang ditulis oleh beliau
iaitu Takwim Hijriah Khairiah juga memberi banyak maklumat
mengenai sejarah kalendar klasik, Kalendar Islam dan Kalendar
pertanian (piama). Seterusnya, penglibatan beliau secara langsung dalam
Resolusi Istanbul (1978) dan usaha beliau untuk mengaplikasikan
kriteria imkan ru’yah di Malaysia yang masih digunakan sehingga kini
turut dibincangkan dalam kajian ini.

PENGENALAN

Latar Belakang Pendidikan

Hj Mohd Khair bin Mohd Taib (1922 - 1989 M)

Hj Mohd Khair bin Hj Mohd Taib merupakan salah seorang anak murid
Sheikh Tahir Jalaluddin yang berasal dari Kedah. Beliau mendapat pendidikan
awal mengenai ilmu falak semasa belajar di Madrasah al-Hamidah, Alor Setar.
Antara guru yang terawal memperkenalkan kaedah pengiraan waktu solat
menggunakan Rubu Mujayyab’ ialah Ku Ariffin. Setelah beliau tamat belajar di
Al-Masyur, Pulau Pinang, Hj Khair pergi ke Kuala Kangsar untuk mendalami
ilmu falak dengan Sheikh Tahir Jalaluddin. Hj Khair dengan penuh bersungguh
melahirkan hasratnya untuk mendalami ilmu falak dan menjadikan Sheikh Tahir
sebagai guru beliau. Akhirnya beliau diterima oleh Sheikh Tahir sebagai anak
muridnya. Ini kerana, Sheikh Tahir Jalaluddin yakin bahawa Hj KhaIr akan
menjadi satu-satunya anak murid yang akan mewarisi ilmu beliau dalam bidang
ini. Hj Khair telah diberikan sebuah peti besi yang berisi penuh dengan peralatan
untuk belajar ilmu falak. Antara ilmu yang dipelajari Oleh Hj Khair dengan
gurunya ialah kaedah perhitungan waktu solat, penentuan arah kiblat, penentuan
arah mata angin ketika belayar di laut, menentukan waktu berlakunya ijtimak

13

sepanjang tahun dan tarikh kejadian gerhana matahari dan bulan. Syeikh Tahir
Jalaluddin pernah menyatakan:

“Dan di Kedah jangan ada seorang pemuda yang berhati datang ke Kuala Kangsar belajar
sedikit masa boleh mengira 'auqãt al-solãwāt dan samt al-qiblat dan arah mana-mana pantai
yang hendak dituju dan ijtimā dan kusūfain iaitu al-Najib Muhammad Khair Haji Taib”.

Menurut Hj Mohd Khair sendiri, beliau mempelajari ilmu falak dari
Syeikh Tahir Jalaluddin bermula sebelum perang dunia ke-2 lagi. Ketika perang
meletus, beliau berhenti seketika dan belajar kembali setelah perang selesai. Hj
Mohd Khair mempelajari ilmu falak daripada Sheikh Tahir Jalaluddin selama dua
tahun sehingga mendapatkan ijazah yang ditulis dengan tulisan tangan dan diberi
pengakuan untuk mengembangkan ilmu tersebut. Hj Mohd Khair menyatakan:

“Jasa al-Marhum di dalam mengembangkan ilmu falak di kalangan umat Islam Malaysia
telah mendapat sanjungan dan sebutan selepas dekad yang ke 1960-an. Saya mendapat
didikannya sebelum perang dunia yang ke 2 di dalam ilmu ini, sehingga tiba masa
pendudukan Jepun dan kembali semula dalam zaman British. Almarhum, saya dapati tidak
jemu-jemu menunjuk ajar saya dalam ilmu Falak Sharii ini”

Berdasarkan pembelajaran Hj Mohd Khair dalam ilmu falak, beliau telah
membahagikan masa pendidikannya dalam empat (4) zaman yang berbeza:

Tahun 1936 - 1938 Masihi, ilmu falak ini dipelajari dengan menggunakan alat
Rubu Mujayyab .’

Tahun 1939 - 1941 Masihi, ilmu falak ini dipelajari pula dengan kaedah hisab .

Tahun 1941 1975 Masihi yang bermula pada zaman perang dunia ke-2, beliau
mempelajari ilmu falak dengan kaedah logarithma .

Bermula dari tahun 1975 Masihi, alat pengira saintifik (kalkulator) diperkenalkan
dalam memudahkan pengajaran ilmu falak.

Sheikh Tahir Jalaluddin sebagai guru yang terulung

Nama penuh Syeikh Tahir Jalaluddin ialah Muhamad Tahir bin Syeikh
Muhammad. Beliau dilahirkan pada hari Selasa, 4 Ramadhan, tahun 1286 Hijrah
bersamaan 7 Disember 1869 Masihi di Empat Angkat (Ampek Angkek), Bukit
Tinggi Sumatera Barat. Ayah beliau iaitu Syeikh Muhamad merupakan seorang
ulamak terkenal di Sumatera. Di dalam masyarakat Minangkabau Syeikh
Muhammad lebih dikenali dengan nama Tuanku Muhammad atau Tuanku
Tjangking. Syeikh Tahir datang ke Tanah Melayu pada tahun 1899 apabila beliau
telah mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis Perak yang bernama Aishah
binti Hj Mustafa binti Datuk Menteri pada 28hb September 1899.

Beliau sering menjadi rujukan masyarakat apabila terdapat persoalan berhubung
dengan ilmu falak terutamanya bagi menentukan tarikh berpuasa dan hari raya.
Kebanyakan pertanyaan ini datang dari penduduk setempat mahupun dari

14

Indonesia. Pandangan beliau mengenai tarikh kemunculan anak bulan Ramadhan
dan tarikh kejadian gerhana matahari sering disiarkan dalam akhbar tempatan. Hj
Mohd Khair sudah mula menuntut ilmu falak daripada guru beliau sebelum
perang dunia ke-2 lagi. Peranan Sheikh Tahir Jalaluddin dalam memberi tunjuk
ajar kepada beliau menjadikan Hj Khair dapat meneruskan mengembangkan ilmu
falak di tanah melayu. Nama Sheikh Tahir telah terpahat sebagai ilmuan falak
nusantara, maka tidak hairanlah negeri Pulau Pinang menamakan sebuah
kompleks falak sebagai Pusat Falak Syeikh Tahir. Antara karya yang dihasilkan
oleh beliau ialah Pati Kiraan Pada Menentukan Waktu Yang Lima (Singapore: Al-
Ahmadiyyah Press, 1357 H/1938 M) dan Natijah al-Ummi (The Almanac: Muslim
and Christian Calender and Direction of Qiblat according to Shafie Sect (Taiping, Perak:
Matba ‘ah al-Zainiyah, 1951).

Perkhidmatan

Kebanyakan sumbangan Hj Mohd Khair adalah bidang pendidikan. Beliau
memulakan pengajaran sebagai guru ilmu falak secara formal di Madrasah al-
Taufikiyah, Padang Lumat, Gurun Kedah. Hj Khair Taib bekhidmat sebagai
seorang pemberita Utusan semenjak tahun 1950, kedatangan Khair Taib ke
Singapura pada hakikatnya untuk mengikut saudara kandungnya yang telah
bekerja di Syarikat Utusan Melayu.

Pada tahun 40-an, Pengarah Utusan Melayu ketika itu, Yusuf Ishak telah
menerima Hj Khair Taib menjadi seorang daripada pekerja di sana yang
ditugaskan untuk mengawasi pemberitaan dan rencana-rencana bercorak
keagamaan. Setahun sekali, Hj Khair Taib diminta oleh Yusuf Ishak untuk
menentukan kemunculan anak bulan dari segi perkiraan hisab. Hasil perkiraan
tersebut akan disiarkan secara penuh di muka hadapan akhbar Utusan Melayu.
Usaha ini turut mendapat sanjugan dari kalangan agamawan di Pulau Riau,
Indonesia dimana ketika itu surat khabar Utusan Melayu turut diedarkan di sana.

Setelah hampir 10 tahun berkhidmat dalam syarikat Utusan Melayu, Hj
Khair merasakan perlu untuk beliau kembali semula ke Semenanjung Melayu
untuk berbakti kepada kebajikan dan kemajuan umat Islam di sana. Setelah itu, Hj
Khair berkidmat dalam lembaga urusan tabung haji dengan menjadi pegawai
penerangan selama beberapa tahun menyambung khidmat baktinya di bahagian
pelajaran agama Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau menjadi Karyawan Tamu di Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) daripada tahun 1981 - 1984 M dan menjadi tenaga pengajar bagi Kursus
Ilmu Falak yang dianjurkan oleh Pusat Islam Malaysia dan juga di UKM. Menurut
Ab. Rahman Hussain, mantan Yang Di Pertua Persatuan Falak Syarie Malaysia,
menyaksikan sumbangan besar Hj Mohd Khair dalam bidang falak ialah berjaya
mengubahsuai kaedah tradisional daripada menggunakan buku log kepada
penggunaan kalkulator saintifik. Beliau juga telah mencipta formula untuk
menyampaikan waktu solat, arah kiblat, kiraan gerhana matahari dan bulan serta

15

sebagainya. Sumbangan beliau yang terus mengembangkan ilmu falak memberi
kesan dan berhasil sedikit demi sedikit telah mengembangkan ilmu ini pada
pertengahan abad ke-20. Hj Mohd Khair turut menyaksikan sendiri
perkembangan ilmu peringkat awal dan juga perkembangan selepas itu. Beliau
pernah menyatakan bahawa perkembangan ilmu falak di Tanah Melayu pada awal
abad ke-20 hingga pertengahan abad ke-20 tidaklah begitu masa kini.
Perkembangan ilmu falak agak perlahan sewaktu zaman Syeikh Tahir. Sebahagian
masyarakat dan juga institusi keagamaan masih memandang sepi tentang
kegunaannya dalam membantu umat Islam dalam beribadah beliau menyatakan:

“Perkembangan falak di Malaysia ini tidak begitu pesat seperti yang dijangka. Almarhum
Tuan Syeikh Mohammad Tahir Jalaluddin permah memberitahu saya bahawa dia akan
kembali ke rahmatullah jika ada orang yang boleh menggantikannya. Ketika itu Almarhum
berusia 80 tahun dan tidak lagi dapat berbicara panjang mengenai kesihatannya yang
semakin uzur, apatah lagi yang berkaitan dengan Hisab Falak.”

Keahlian dan anugerah

Hj Mohd Taib meninggal dunia pada 10 Mac 1989 M. Sebagai
menghargai jasa dan perjuangan beliau dalam penyebaran ilmu falak, Jabatan
Mufti Negeri Perak bersama Jabatan Arkib Negara cawangan Perak, Perbadanan
Perpustakaan Awam Negeri Perak dan Pegawai-pegawai Agama Negeri Perak
telah mengadakan seminar Munaqasyah Falak: Pengkisahan Tokoh Falak Al-
Marhum Tuan Hj Mohd. Khair bin Hj Taib di Ipoh pada 23 April 2005 M dan
dirasmikan DYTM Raja Muda Ferak, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan
Muhibbudin Shah. Majlis tersebut sekaligus menobatkan al-marhum Hj Mohd
Khair sebagai Tokoh falak Negeri Perak.

HASIL KARYA DAN PENULISAN HJ MOHD. KHAIR BIN HJ MOHD
TAIB

Minat yang mendalam terhadap penulisan telah mendorong Hj Mohd Khair Bin
Haij Mohd Taib menghasilkan pelbagai karya dan artikel berkaitan falak.
Walaupun sibuk dengan pelbagai kegiatan luar, namun beliau tetap dapat
meluangkan masa untuk mengumpul bahan-bahan ilmiah dan mengarang serta
menghasilkan buku untuk tatapan masyarakat. Situasi ini berlaku lebih-lebih lagi
apabila beliau menjadi karyawan tamu di Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan
Malaysia pada Oktober 1981 M.

Hj Mohd Khair turut menghasilkan karya falak. Di antara karya beliau yang
terkenal ialah:

1 .Takwim Istilahi 1401-1500 H yang diterbitkan pada tahun 1981

2 .Takwim Hijriah Khairiah yang diterbitkan pada tahun 1987 M .

16

Dalam kata-kata pengantar kitab Takwim Istilahi 1401-1500 H, beliau telah
melahirkan perasaan terharu dan gembira kerana Majlis Kebangsaan Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia telah menyusun dan menerbitkan karya-karya beliau
sempena menyambut kedatangan abad ke-15 pada 9 November 1980 M. Di
samping menghasilkan karya berbentuk buku, beliau juga banyak mengarang
artikel dalam akhbar utama di Malaysia yang jumlahnya melangkau lebih daripada
100 artikel. Usaha beliau menulis secara berterusan bertujuan untuk memberi
kesedaran kepada masyarakat dan kerajaan tentang kepentingan ilmu ini. Beliau
berkata:
“Sebaik sahaja allayarham (Syeikh Tahir Jalaluddin) mangkat di Kuala Kangsar, Perak
kira-kira 25 tahun yang lalu, saya telah berusaha mengembangkan ilmu ini. Saya telah
menulis lebih daripada seratus artikel tentang falak di dalam akhbar Utusan Zaman dalam
tahun 60-an. Dengan adanya rencana-rencana ini, saya yakin barulah beberapa pihak
memandang tinggi kepada kemanfaatan ilmu falak.”

Sepanjang hidup beliau, telah banyak buku-buku ilmiah yang dikaji,
diolah, diterjemah, dikarang serta disusun untuk dijadikan rujukan masyarakat.
Buku-buku ini tetap relevan dan masih boleh diguna pakai dan menjadi rujukan
penting hingga kini. Buku-buku hasil karangan beliau masih boleh didapati di
Arkib Negeri Perak, Perpustakaan Universiti Malaya dan Perpustakaaan Tun Seri
Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Takwim Istilahi (Hijrah-Masihi)
Buku ini merupakan sebuah karya milik Hj Khair Taib yang ditulis setelah diberi
tugas oleh Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang kini
dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Buku yang
mengandungi takwim seratus tahun Hijrah ini disusun bersempena kedatangan
abad ke-15 yang bermula pada tahun 1980 Masihi. Takwim seratus tahun hijrah
ini disediakan dalam seratus lembaran yang dihisab oleh beliau bermula pada hari
Ahad, 1 Muharram 1401 iaitu bersamaan 9 November 1980 sehingga akhir tahun
1500 hijrah pada hari Isnin, 29 Zulhijjah 1500 bersamaan 15 November 2077
Masihi. Di dalam buku ini, Hj Khair Taib telah memadankan tarikh-tarikh hijri
bersama tarikh-tarikh Masihi bagi memudahkan para pembaca dan pengkaji
untuk memahami sistem takwim istilahi ini.

17

Rajah 4.1: Takwim Istilahi (Hijrah – Masihi)
Berikut merupakan cara-cara menggunakan Jadual Tahun Istilahi (Hijrah-Masihi):
1. Rujuk angka tahun Hijrah yang berada di sebelah kiri atas Jadual
Tahunan. Tahun Hijrah tersebut adalah sama dengan angka tahun Masihi yang
berada di sebelah kanan atas jadual. Maka, dalam suatu tahun Hijrah akan
terdapat dua (2) tahun Masihi di dalamnya.
Contohnya: Tahun 1443 Hijrah bersamaan tahun 2021-2022 Masihi.
2. Ruangan sebelah kiri Jadual menunjukkan tarikh-tarikh Hijrah yang
tercatat memanjang ke bawah. Tarikh-tarikh ini bermula pada 1 haribulan hingga
30 haribulan Hijrah.

18

3. Catatan bulan Masihi yang terdapat dalam 12 ruangan bulan Hijrah di
sebelah atas dan di sebelah bawah menunjukkan tarikh masihi yang bersamaan
dengan Tarikh Hijrah di dalam ruangan yang sama pada sesuatu tarikh yang
dikehendaki. Huruf-huruf ringkas A.I.T.R.K.J. dan S. adalah Huruf-huruf ringkas
awal nama-nama hari didalam suatu minggu - A = Ahad. Contohnya

a. Muharram 1443 = Ogos dan September 2021

b. 1 Muharram 1443 = 9 Ogos 2021 (I = Isnin)

c. 1 Januari 2021 = 18 Jamadil Awwal 1442 (J = Jumaat)

4. Sembilan (9) catatan ringkas di sebelah bawah sekali diaturkan untuk
mengetahui tarikh-tarikh Masihi yang bersamaan tarikh-tarikh hari kebesaran
Islam.

Contoh: 1 Ramadan 1443 = 2 April 2022 (S = Sabtu)

5. Perubahan tahun dan bulan Masihi pula dicatatkan di dalam ruangan
Bulan Hijrah dengan nama-nama Bulan dan angka Tahun Masihi yang baru.

Contoh: 1 Januari 2020 = 6 Jamadil Awwal 1441 (R = Rabu)

Takwim Hijriah Khairiah

Berdasarkan buku yang telah ditulis oleh Hj Khair, pengkaji mendapati bahawa
beliau telah memberi penerangan dan pencerahan mengenai bagaimana kaedah
penentuan anak bulan pada zaman beliau. Di dalam buku ini, Hj Khair menulis
tentang bagaimana takwim hakiki dan takwim rukyah digunakan. Ini bermakna
masyarakat pada zaman tersebut telah menggunakan takwim hakiki yang mana
didasarkan kepada masa berlaku ijtimak matahari dan bulan pada akhir bulan
hijrah, iaitu pada 29 hari bulan Hijrah. Kaedah ini diguna pakai pada tahun 1967
dimana, satu Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Anak Bulan Syaaban dan Ramadhan
telah diadakan. Hasil daripada mesyuarat ini, apabila ijtimak berlaku pada siang
hari dan anak bulan berada di atas ufuk sewaktu terbenam matahari, maka hari
esoknya dikira awal bulan baharu sama ada anak bulan dirukyah ataupun tidak.

Dalam buku Takwim Hijriah Khairiah ini, Hj Khair Taib telah
membahagikan penulisannya kepada beberapa bab utama. Berikut ialah bab-bab
utama yang telah dikemukakan. Iaitu:

a) Asas takwim
b) Takwim Islam
c) Takwim Masihi
d) Takwim musim
e) Takwim-takwim lain
f) Takwim dunia
g) Kaedah mengira Takwim
h) Penyelarasan Takwim Julian dan Takwim Gregorian

19

i) Jadual Tarikh musim
j) Waktu
k) Waktu-waktu solat

KETOKOHAN HJ KHAIR TAIB DALAM PEMBINAAN TAKWIM

Berdasarkan Takwim Istilahi yang telah ditulis oleh Hj Khair Taib ini, terdapat
sedikit perbezaan berbanding Takwim Imkan Rukyah yang telah di keluarkan
oleh JAKIM. Contohnya, 1 Muharram 1442 Hijrah telah jatuh pada hari Khamis
bersamaan 20 Ogos 2020 mengikut takwim yang dikeluarkan oleh JAKIM,
manakala berdasarkan takwim Istilahi yang dikira oleh Hj Khair, 1 Muharram
jatuh pada hari Rabu iaitu 19 Ogos 2020. Ini bermakna Takwim Istilahi yang
dikira oleh Hj Khair ini awal satu hari berbanding Takwim Imkanur Rukyah yang
dikeluarkan oleh JAKIM.

Berdasarkan perisian Hilal Calc, ijtimak anak bulan Muharram telah
berlaku pada 19 Ogos 2020 iaitu pada jam 10:42:15 Nilai altitud anak bulan pada
hari tersebut ialah 4 darjah 34 minit, elongasi 5 darjah 20 minit dan umur anak
bulan ialah 8 jam 40 minit. Oleh sebab itu, mengikut kriteria Imkan Rukyah, anak
bulan pada hari tersebut telah memenuhi syarat. Maka, tarikh yang dikeluarkan
oleh JAKIM adalah bersamaan dengan 20 Ogos 2020 sedangkan mengikut Hj
Khair Taib, 1 Muharram adalah pada 19 Ogos kerana beliau gunakan Takwim
Istilahi. Ini kerana, takwim Istilahi ini berselang seli antara 29 dan 30 hari dalam
tempoh setahun. Ini menunjukkan tahun 1442 Hijrah yang merupakan tahun
basitah mempunyai 354 hari sahaja. Maka, mengikut perkiraan Hj Khair Taib, 1
Muharram telah jatuh pada 19 Ogos 2020.

Sungguhpun begitu, masyarakat pada zaman itu tetap menggunakan
takwim ini bagi menentukan hari-hari penting dalam Islam kecuali penentuan
awal bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha yang
bersandarkan kepada takwim hakiki.

Pengaruh Hj Mohd Khair Taib dalam Kriteria Imkan al-ru’yah (Parameter
Umur 8 jam)

Hj Mohd Khair Taib merupakan salah seorang wakil daripada Malaysia yang
menghadiri Persidangan Istanbul pada 27-30hb November 1978. Persidangan ini
adalah bertujuan untuk menyelaraskan kaedah penentuan awal bulan hijrah dalam
kalangan negara-negara Islam. Antara tokoh yang turut serta menghadiri
persidangan ini ialah Abdul Hamid Mohd Tahir iaitu profesor di Universiti
Teknologi Malaysia dan Mohsein Salleh iaitu Mufti Kuala Lumpur. Melalui
persidangan ini, beberapa resolusi telah dikemukakan mengenai kriteria
kenampakan anak bulan. Kriteria kenampakan anak bulan yang dapat dicapai
melalui persiudangan ini adalah:

20

1. Anak bulan dikira boleh kelihatan, sekiranya kedudukan matahari dan
bulan ketika waktu matahari terbenam tidak kurang daripada 7-8 darjah.
Kriteria yang dipilih adalah 8 darjah kerana mengambilkira nilai selamat
(ihtiyat).

2. Ketinggian anak bulan ketika matahari terbenam tidak kurang dari 5
darjah.

Setelah mendapat persetujuan oleh Majlis Raja-raja dalam mesyuarat
Jawatankuasa Menetapkan Awal Puasa Dan Hari Raya pada 14 oktober 1982,
kaedah penentuan anak bulan di Malaysia mengalami penambahbaikan seperti
berikut:

1. Hilal berada setinggi tidak kurang daripada 5(½) (lima setengah) darjah
dari ufuk maghrib ketika ghurub matahari hari rukyah.

2. Hilal berada jauh daripada jisim matahari pada ketika ghurub matahari
tidak kurang daripada 7(½) (tujuh setengah) darjah, dan,

3. Masa berlaku ijtimak, iaitu masa lahir hilal hendaklah berlaku tidak kurang
daripada 8 (jam) sebelum waktu ghurub matahari

Sungguhpun persidangan di Istanbul tidak meletakkan kriteria
kenampakan anak bulan 8 jam setelah berlakunya ijtimak, namun Malaysia telah
menambah syarat umur 8 jam tersebut melalui pandangan Hj Mohd Khair taib
yang disebut oleh Abd Majid Abd Hamid. Menurut Hj Mohd. Khir Mohd. Taib,
resolusi mata manusia yang boleh mengesan benang putih dalam keadaan gelap
selepas umur bulan 8 jam. Oleh yang demikian, parameter 8 jam umur bulan telah
diletakkan bagi mengukur anak bulan-matahari yang telah berlaku ijtimak atau
belum. Sehubungan itu, berdasarkan penulisan yang dicatat oleh Hj Khair Taib,
terdapat tiga tempat yang dinyatakan umur bulan 8 jam selepas berlakunya ijtimak.

Pertama: Menurut Mohd. Khair (1987) kriteria umur bulan 8 jam selepas
berlakunya ijtimak merupakan salah satu Resolusi Istanbul 1978. Berikut adalah
petikan kenyataan beliau:

…..Menurut satu keputusan Muktamar Hilal dalam Persidangan Negara-Negara Islam di
Istabul, Turki dari 26 November hingga 30 November 1978 yang lalu, Hilal dikira
kelihatan apabila memenuhi syarat iaitu:

1. Ijtimak Matahari dan Bulan berlaku antara 8 dan 10 jam sebelum ghurub
Matahari [terbenam] pada hari Ijtimak,

2. Tinggi Bulan di atas ufuk ketika ghurub Matahari tidak kurang daripada
5½ darjah.

3. Jauh jarak Bulan daripada Matahari, ketika ghurub Matahari tidak kurang
daripada 7 ½ darjah.”

21

Maka, berdasarkan kepada catatan yang ditulis oleh Hj Khair di dalam buku
Hijriah Khairiah, ia menunjukkan bahawa kriteria umur bulan 8 jam selepas
berlaku ijtimak berasal dari resolusi Istanbul bukannuya ijtihad Hj Khair Taib
semata-mata.

Kedua: Terdapat juga kenyataan Mohd. Khair Mohd. Taib mengenai umur bulan
8 jam di Seminar Falak Syar’i anjuran Persatuan Falak Syar’i Malaysia dengan
kerjasama Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri (BAHIES) dan
Kerajaan Negeri Sembilan pada Julai 1987. Berikut dinukilkan pendapat beliau;

….19. Di dalam menentukan Ibadat Puasa, pehak (sic.) yang berkuasa Ugama Islam
Malaysia telah mengariskan hanya satu daripada tiga rumusan Pengiyhtiharaan (sic.) Istanbul,
tahun 1978, iaitu Waktu Hilal Lahir Hendak-lah Berlaku Lapan Jam atau Lebih Sebelom
(sic.) Ghurub Matahari [terbenam matahari] Hari Rukyah Hakiki [cerapan]….

Seterusnya, beliau telah menghuraikan pelaksanaan kriteria tersebut seperti yang
tercatat dalam kertas kerja tersebut;

….. 20. Dengan ini, samada Hilal itu dapat di rukyah atau tidak kerana Lindungan
[halangan] atau ghaim, jika dithabitkan wujudnya oleh Hisab Falak, hari besoknya dikira
awal bulan Puasa dan hariraya puasa. Bagaimanapon (sic.) sekiranya Hilal dapat dirukyah,
pada hal masa lahirnya tidak sampai lapan jam sebelom (sic.) Matahari ghurub [terbenam],
awal puasa ditentukan dengan rukyah semata-mata. Sekiranya Hilal lahir selepas Matahari
Ghrub (sic.) pada hari Rukyah, Hilal tidak di ithbatkan wujud dengan dan dengan ini, hari
lusanya di jadikan awal puasa atau hariraya puasa…..1

Maka, berdasarkan catatan tersebut dapat disimpulkan bahawa, Hj Mohd Khair
Taib telah menyatakan bahawa penggunaan kriteria umur bulan 8 jam selepas
ijtimak adalah diambil dari Resolusi Istanbul 1978.

Ketiga: Selain itu, terdapat juga bukti yang menyatakan kriteria umur bulan 8 jam
dirujuk melalui surat yang dihantar oleh Hj Khair Taib kepada Ketua Pengarah
Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 12 Mei 1983 yang menyatakan:

…. menerima pada dasarnya TIGA ketetapan asas persidangan Hilal Negara-Negara Islam
Se-Dunia di Istambul (sic.), Turkey dalam bulan Nobember (sic.) 1978 mengenai cara-cara
ruuyah (sic.) Hilal bahawa Anak Bulan dikira thabit ada dan buleh (sic.) di ruuyah (sic.)
apabila: (c) masa berlaku Ijtimak, iaitu masa lahir hilal hendaklah berlaku tidak kurang
daripada 8 (jam) sebelom (sic.) waktu ghurub matahari..2

Merujuk kepada surat yang diutuskan oleh Mohd. Khair Mohd. Taib tersebut, ia
jelas menunjukkan bahawa umur bulan 8 jam tersebut dikatakan berasal dari
Resolusi Istanbul 1978. Pandangan Hj Khair Taib mengenai kriteria kenampakan
anak bulan 8 jam yang ditambah oleh beliau selepas Resolusi Istanbul yang hanya
mengemukakan dua kriteria iaitu parameter altitud 5 darjah dan elongasi 8 darjah.

1 Mohd. Khair Hj Taib, “Takwim Syamsi & Qamari,” 23.
2 Surat Mohd Khair Mohd Taib kepada Tuan Pengarah Pusat Islam Malaysia, 12 Mei 1983.

22

Pemilihan kriteria ini adalah berdasarkan kemampuan mata manusia melihat anak
bulan selepas ijtimak anak bulan berlaku dalam tempoh melebihi 8 jam. Maka,
pemilihan kriteria ini sebagai salah satu syarat kenampakan anak bulan di Malaysia
dan juga anggota MABIMS masih digunakan sehingga kini. Sumbangan Hj Khair
membolehkan beliau diangkat sebagai salah seorang ahli falak negara yang
menyumbang kepada perkembangan ilmu falak di Malaysia.

Peranan Hj Mohd Khair Taib dalam polemik tahun 1983

Pada tahun 1983, telah berlaku satu polemik di negeri-negeri di Malaysia ketika
pelaksanaan kriteria imkan ru’yah masih di dalam proses. Peristiwa yang tercatat
di dalam sejarah ini ialah berlakunya dua tarikh berpuasa dan Hari Raya Aidilfitri
yang berbeza dalam tahun yang sama. Negeri Perak dan Johor telah menetapkan
tarikh awal Ramadhan 1403 adalah pada 12 Jun 1983 manakala awal Ramadhan di
peringkat kebangsaan ditetapkan pada 13 Jun 1983.

Hari merukyah hilal pada tahun tersebut ialah pada 11 Jun 1983
bersamaan 29 Syaaban 1403H. Hasil kiraan yang telah dilakukan oleh
Jawatankuasa Menetapkan Awal Puasa dan Hari Raya menunjukkan bahawa sela
masa antara terbenamnya bulan dan matahari adalah lebih kurang 13 minit
apabila dirujuk kepada kiraan hisab hakiki. Ini bermakna 1 Ramadhan 1403
sepatutnya bermula pada 13 Jun 1983 bukannya 12 Jun 1983 kerana anak bulan
tidak memenuhi syarat kenampakan. Namun begitu, Hj Mohd Khair Taib telah
mengambil peranan untuk menjelaskan kepada Ketua Pengarah Pusat Islam
dengan menulis surat bagi menerangkan mengapa polemik ini boleh berlaku.
Perkara ini menunjukkan bahawa Hj Khair Taib mempunyai peranan yang besar
sehingga menjadi rujukan dalam permasalahan berkaitan falak di peringkat
kebangsaaan.

Satu kenyataan telah dilakukan oleh Hj Khair Taib di dalam akhbar yang
memperakui tarikh awal puasa yang disambut di peringkat kebangsaan adalah
berpandukan kepada keputusan Jawatankuasa Kecil bagi Menentukan Awal
Ramadan dan Syawal pada 5 dan 25 April 1983. Sungguhpun begitu, negeri
Perak dan Johor tetap memulakan puasa mereka pada 12 Jun 1983 manakala
negeri lain memulakan puasa pada 13 Jun 1983. Ini bermakna, keputusan yang
dilakukan oleh Perak dan Johor ini telah menyalahi syarat-syarat kriteria yang
telah diputuskan sebelum ini. Namun begitu, Hj Mohd. Khir Taib juga telah
menulis surat kepada Yang Dipertua Jabatan Ugama Islam Negeri Perak bagi
menjelaskan keputusan yang diambil negeri Perak adalah betul. Perkara ini
dibuktikan dengan kenampakan anak bulan di Pelabuhan Ratu, dan Purakarta,
Jawa Barat. Beliau juga menjelaskan keputusan yang dilakukan ini berdasarkan
kepada takrifan anak bulan yang dilakukan oleh guru beliau iaitu Sheikh Tahir
Jalaluddin. Mengikut takrifan guru beliau permulaan awal bulan Hijrah yang baru
adalah :

23

..… berikutan dengan adanya hilal [anak bulan] diatas ufuk Magrib [maghrib]
selepas ghurub Matahari [terbenam] petang sebelumnya….

Berpandukan kepada penjelasan yang dikeluarkan menerusi kata-kata
Sheikh Tahir tersebut, keputusan yang diambil oleh Perak dan Johor untuk
memulakan awal Ramadhan adalah benar kerana bulan telah berada di atas ufuk
barat pada petang 11 Jun 1983. HJ Khair Taib dan ahli keluarganya juga
memulakan puasa pada 12 Jun 1983. Oleh sebab itu, perkara menunjukkan
wujudnya penafsiran yang berbeza mengenai kriteria dalam menetapkan awal
puasa. Apa yang dapat difahamai disini adalah kerajaan Perak dan Johor telah
mengikut kaedah anak bulan ada di atas ufuk (wujud al-hilal), manakala kaedah
yang digunakan di peringkat kebangsaan pula adalah kaedah kemungkinan boleh
kelihatan (imkan al-ru’yah). Ini bermakna kaedah yang digunakan di peringkat
kebangsaan dan di peringkat negeri ini diterima dalam kiraan falak.

Takwim Masihi

Buku Takwim Hijriah Khairiah, Hj Khair membincangkan tentang sejarah
Takwim Masihi dan Penyelarasan Takwim Julian dan Gregorian. Sehubungan itu,
dapatlah dirumuskan bahawa Takwim Masihi ini dibahagikan kepada dua (2)
zaman:

1) Zaman pertama, Takwim Julian atau Takwim Roman yang bermula
sebelum kelahiran nabi Isa dan digunakan sehingga tahun 1582.

2) Zaman kedua, Takwim Gregorian yang bermula 24 Februari tahun 1582
Masihi dan digunakan sehingga sekarang.
Hj Khair juga merupakan antara ahli falak yang terawal yang membuat

penyelarasan antara Takwim Masihi dengan Takwim Hijri. Permulaan Takwim
Hijrah iaitu 1 Muharram tahun 01 Hijrah bersamaan dengan 16 Julai 622 Masihi
berdasarkan Takwim Julian. Manakala menurut Takwim Gregorian 1 Muharram
tahun 01 Hijrah bersamaan 19 Julai 622 Masihi. Di Malaysia, penyelarasan
Takwim Masihi dan Takwim Hijrah dilakukan bagi kegunaan urusan pentadbiran.

Berdasarkan catatan yang dilakukan oleh Hj Khair pada bab Penyelarasan
Takwim Hijrah-Masihi di dalam buku Takwim Hijriah Khairiah ini, 1 Muharram
1442 Hijrah jatuh pada 20 Ogos 2020. Catatan yang dilakukan ini adalah selari
dengan tarikh yang dikeluarkan oleh JAKIM iaitu pada 20 Ogos 2020. Selain itu,
1 Muharram 1441 Hijrah yang dicatatkan oleh Hj Khair ialah pada 1 September
2019. Tarikh ini juga selari dengan tarikh yang dikeluarkan oleh JAKIM. Namun
begitu, tarikh 1 Muharram pada tahun 1440H yang dihisab oleh Hj Khair adalah
pada 12 September 2018 adalah berbeza dengan tarikh yang dikeluarkan oleh
JAKIM iaitu pada 11 September 2018. Oleh sebab itu, tarikh tahunan yang
dihisab berdasarkan Takwim Istilahi adalah tidak relevan kerana pada zaman kini
kriteria imkan rukyah iaitu tinggi anak bulan 2 darjah, jarak lengkung anak bulan-
matahari 3 darjah atau umur anak bulan terbenam tidak kurang 8 jam telah
digunakan. Maka dapat difahami bahawa konsep Takwim Istilahi dan Takwim
Imkan rukyah adalah berbeza dan perlu disesuaikan dengan keperluan semasa.

24

Rajah 4.2: Penyelarasan tahun Hijrah-Masihi

Analisis Permulaan Takwim Hijrah Berdasarkan Kalendar Masihi

Mengikut ahli falak Mesir yang terkenal pada abad ke-20 ini, Tuan Sheikh
Mahmud al-Falaki menyatakan permulaan tahun pertama Hijrah adalah dikira
bermula hari pertama Baginda Rasulullah sampai ke Quba, di pinggir Kota
Yathrib (Madinah al-Munawwarah). Menurut beliau, Rasulullah s.a.w masuk ke
Quba pada hari Isnin, 8 Rabiul awwal bersamaan 20 September tahun masihi 628.
Kata sesetengah ahli Falak Islam yang lain, Baginda masuk ke Quba pada hari
Jumaat, 24 September tahun 622 Masihi.

Ahli falak Malaysia yang terulung, almarhum Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin
menyatakan, “Adalah Hijrah Nabi s.a.w dari Mekah pada pagi Isnin, 2 Rabiulawal
tahun 53 dari masa diperanakkan dia, dan tahun 13 dari masa ia menjadi pesuruh Allah.
Dan sampainya ke Quba hari Isnin 9 Rabiuawwal, tahun Hijrah iaitu bersamaan 20
September, tahun 622 Masihi daripada Milad al-Masih alaihissalam”.

Sheikh Mustafa Mahmud al-Falaki, scorang lagi ahli falak Mesir telah
menghisab secara Hisab Hakiki pada awal tahun satu Hijrah, berdasarkan
kenyataan Sheikh Mustafa Mahmud al-Falaki, Ijtimak anak bulan Muharam,
tahun satu Hijrah berlaku pada petang hari Rabu, 14 Julai tahun Masihi 622, kira-
kira 10 jam 27 minit 36 saat sebelum terbenam matahari. Anak bulan berada di
atas ufuk Madinah pada petang hari Rabu setinggi 3 darjah, 27 minit, 55 saat dan
dapat dirukyah kerana cahayanya ketika itu sebesar jari.

25

Hisab Sheikh Mustafa Mahmud al-Falaki itu menunjukkan bahawa awal tahun
satu Hijrah bersamaan hari Khamis, 15 Julai tahun 622 Masihi. Tetapi menurut
Takwim Julian, tarikh awal Muharam tahun pertama Hijrah itu jatuh pada hari
Jumaat, 16 Julai tahun 622 Masihi yang mana al-Biruni juga meletakkan 16 Julai
622 Masihi sebagai permulaan Takwim Hijri. 3 Takwim Gregorian pula
menunjukkan bahawa awal Muharam tahun pertama Hijrah jatuh pada hari 19
Julai tahun 622 Masihi. Bersandarkan hujah ini, Hj Khair Taib juga memulakan
penyusunan Takwim Istilahi beliau bermula pada 16 Julai 622 Masihi.

Dalam hal ini, walaupun berlaku perselisihan pendapat dalam penentuan
tahun Pertama Hijrah berdasarkan Takwim Masihi, Hj Khair amat teliti dalam
menilai sesuatu bukti itu dengan menyemak pendapat-pendapat yang dikeluarkan
oleh ahli-ahli falak termasuk guru beliau sendiri iatu Sheikh Tahir Jalaluddin
dalam memulakan perkiraan Takwim Istilahi (Hijri-Masihi) iaitu pada 16 Julai 622
Masihi. Sungguhpun beliau merupakan anak didik kepada Sheikh Tahir, tetapi
dalam menilai sesuatu fakta, Hj Khair amat objektif dengan menilai sesuatu
pandangan itu dengan ilmiah walaupu berbeza pendapat dengan guru beliau.

Takwim Musim

Takwim musim membincangkan ramalan perubahan alam yang menjadi panduan
bertulis kepada para petani dan peladang. Mengikut rekod, Kedah antara negeri
yang pernah menggunakan takwim musim atau lebih dikenali sebagai Takwim
Piama. Piama adalah tempoh waktu bagi menentukan musim untuk kerja-kerja
penanaman padi. Pada waktu piama bendang, hujan akan turun bagi menandakan
sawah sudah mula boleh dibanjiri air, tanahnya dibajak dan digemburkan.
Pesawah pada zaman dahulu tidak tahu tentang terjadinya perubahan musim
seperti yang terkandung dalam penentuan cuaca seperti kini. Walaupun begitu,
mereka adalah pemerhati alam yang peka. Justeru itu, mereka dapat membina
beberapa petunjuk yang didasari oleh perubahan alam untuk mengetahui ketibaan
piama bendang ini.

Antaranya adalah cuaca mula hujan dan berangin, tanah menjadi lecah,
orang mula bermain layang-layang, buah tampoi mulai masak, dan kapal-kapal
yang membawa orang Bugis mulai datang dari tanah seberang.4 Segala petunjuk
ini merupakan hasil kajian, pengamatan dan pengecaman yang amat mendalam
terhadap perubahan yang berlaku kepada alam dan kehidupan manusia. Dengan
ini, mereka mampu menjadualkan atau memadankan bulan-bulan dengan musim
dengan tepat berdasarkan kepada perubahan cuaca yang berlaku. Contohnya,
mereka telah mencatat kaitan antara musim-musim dengan bulan-bulan sebagai
berikut:

3 Lewis L.Kropf dan Stanley Lane-Poole, “The Mohammadan Calendar,” The English Historical Review 13,
no. 52 (1898): 700–703.
4 Hamid, R. A. (2010). Piama dan petua tradisi: Ilmu menanam padi masyarakat Melayu di utara
Semenanjung Malaysia. Sari: International Journal of the Malay World and Civilisation, 28(2), 211-233.

26

(i) Bulan Februari hingga April [musim kemarau]

(ii) Bulan Mei [musim pancaroba]

(iii) Bulan Jun hingga September [musim selatan/ musim Jawa]

(iv) Bulan Julai [musim kemarau kecil]

(v) Bulan Ogos dan September [musim hujan atau musim piama]

(vi) Bulan Oktober [musim pancaroba]

(vii) Bulan November, Disember, dan Januari – musim utara; musim gelora;
musim

Sejarah hidup Hj Khair yang pernah menuntut ilmu di Kedah menyebabkan
beliau dapat memerhati sedikit sebanyak perubahan alam yang dapat dikaitkan
dengan takwim musim. Berikut merupakan ramalan gerakan piama yang telah
disiarkan di dalam Buku Takwim Hijriah Khairiah, Ramalan ini telah dicatat oleh
Tuan Kadi Besar Kedah, al-marhum Tuan Hj Abdul Rahman bin Hj Abdul Latif
(atau dikenali dengan panggilan Pak Ngah Man) bertarikh 7 Mei 1963.

Bulan Bulan Pengecaman Pengecaman Situasi Alam
Piama /Tindakan Pesawah
Bendang Piama tarikh dalam
(Istilah Bendang Masihi Air ban penghabisan di Kedah
Arab) dan ribut menyapa pantai.
Sa 23 November
Qaus hingga 22
Disember

Jadi Dua 23 Disember Angin timur pula bertiup. Masa
hingga 21 permulaan Musim Sejuk. Pada

Januari akhir bulan ini, air bah (banjir)
akan surut dan ikan akan masuk

ke bendang, sementara tuntung
mudik ke hulu untuk bertelur.

Dalu Tiga 22 Januari Asam jawa mengapur dan masa

hingga 20 mula mengetam padi. Ketika ini
Februari bunga macang akan kembang.

Musim bunga dan padi
pertengahan sudah mula

diketam.

Hut Empat 21 Februari Musim bunga, musim dingin

hingga 21 Mac dan musim kemarau bertiup
angin puting beliung. Angin

Timur semakin keras bertiup.

27

Hamal Lima 22 Mac hingga Masa panas mengkarung.
Thaur Enam 21 April
Jauza Tujuh Berterbangan serangga. Pada15
Saratan Lapan haribulan, bayang-bayang

sendiri tidak dapat dilihat ketika
berdiri dalam panas terik pada

waktu rembang.

22 April hingga Masuk kepada musim hujan
22 Mei kapak-keranji, jadi guruh dan
halilintar. Tanam tanaman
berubi Pesawah akan mula
turun ke bendang untuk
menakung air dan membaja
tanah.

Akan ada ribut di laut. Tapak
semaian padi akan mula
disediakan dan benih padi
ringan akan mula ditabur (padi
dua kali setahun).

23 Jun hingga Pada ketika ini boleh dilihat
23 Julai bintang-bintang pada waktu
subuh. Waktu menabur padi
benih dan padi huma.

28

Asad Sembilan 24 Julai hingga Bergerak angin utara, musim ada
Sumbulah 23 Ogos ribut di laut. Penanaman padi
pertengahan dan padi berat
Sepuluh 24 Ogos sesuai dimulakan
hingga 23
Septemer Ketika ini, sekali lagi bayang-
bayang sendiri tidak dapat
dilihat ketika berdiri dalam
panas terik pada waktu
rembang.

Mizan Sebelas 24 September Ketika ini burung balai akan
hingga 23 berbunyi sebagai
Oktober tanda masih dalam piama barat.
Matahari mula bergerak ke
selatan.

Akrab Dua 24 Oktober Bulan ini musim bah (banjir)
belas hingga 23 dalam negeri Kedah. Ketika ini
November burung ruak-ruak galak berbunyi
sebagai tanda sudah berakhirnya
piama bendang.

Jadual 1: Jadual Piama bendang mengikut 12 bulan di Negeri Kedah

Ilmu masyarakat pesawah pada zaman dahulu dapat ditunjukkan melalui
pemadanan musim dengan bulan-bulan ini. Sungguhpun begitu, mereka tidak
mendapat pendidikan pertanian secara formal, alam semulajadi yang terbentang
ini telah dijadikan guru oleh mereka untuk melakukan aktiviti penanaman padi ini.
Walaubagainanapun, Takwim Piama ini sudah mula ditinggalkan berikutan
penubuhan agensi berkuasa kerajaan yang lebih mengesyorkan teknologi
pertanian yang dapat meningkatkan hasil tanaman dalam masa yang lebih singkat.
Oleh itu, para petani tidak lagi merujuk Takwim Piama bagi penanaman mereka.

29

KESIMPULAN
Kajian ini membincangkan tentang ketokohan Hj Mohd Khair Taib dalam
kalendar Islam. Sumbangan beliau dalam penghasilan karya melalui buku iaitu
Takwim Istilahi 1401-1500H dan Takwim Hijriah Khairiah menjadi rujukan
kepada masyarakat pada zaman tersebut tentang penggunaan kalendar Islam
dalam urusan keagamaan. Namun, takwim istilahi ini tidak lagi digunakan kini
setelah Takwim Imkan Ru’yah mula dijadikan rujukan pada tahun 1995. Akhir
sekali, sumbangan beliau dalam mengemukakan kriteria umur bulan 8 jam masih
diaplikasikan sehingga kini dan telah diluaskan penggunaannya oleh MABIMS.

RUJUKAN
_______________________
a Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603
Kuala Lumpur
[1] Abu Bakar Hamzah. “Sheikh Tahir Jalaluddin”, Medium Majalah Ilmiah
Akademi Islam Universiti Malaya, Tahun 1, Bil. 1, Muharram 1409/September
1988, h. 92.
[2] Md. Khair Md. Taib (1987), Takwim Hijriah Khairiah (Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia), 27
[3] Ibnor Azli Ibrahim & Mohd Faizal Jani, 2005, hlm. 264
[4] Munaqasyah Falak tentang Tuan Haji Mohd.Khair bin Haji Taib bentuk
rakaman yang terdapat di Arkib Negara
[5] Mohd. Khair Hj Taib (1987), “ Takwim Syamsi & Qamari” Kertas Kerja
Seminar Falak Syarii & Muktamar ke II anjuran Persatuan Falak Syar’I, 25-27
Julai 1987 dalam Koleksi Kertas Kerja Seminar Persatuan Falak Syar’I Malaysia
(1406H-1986M-1425H/2004M (Kuala Lumpur: Persatuan Falak Syar’I Malaysia),
23.

30

KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN KAEDAH PELBAGAI
TITIK RUJUKAN DALAM PENETAPAN WAKTU SOLAT DI

MALAYSIA

Nurul Kausar Nizama,
Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawib, Saadan Manc,

Khairussaadah Wahidd

Abstrak: Penentuan waktu solat lima waktu di kebanyakan negeri di
Malaysia menggunakan kaedah titik paling Barat. Pelaksanaan kaedah ini
menyebabkan timbulnya perbezaan waktu di dalam zon mencapai
sehingga tiga belas minit. Sehubungan itu, terdapat cadangan untuk
menggunakan kaedah panca titik rujukan, kaedah isotime dan kaedah
waktu solat setempat bagi menyelesaikan isu kelebaran zon waktu solat
di Malaysia. Justeru, kajian ini menilai kebolehlaksanaan satu kaedah
tersebut iaitu kaedah panca titik rujukan dalam penentuan waktu solat di
Malaysia. Kajian ini melibatkan kajian kualitatif dan kuantitatif bagi
mencapai objektif yang digariskan. Hitungan waktu solat menggunakan
kaedah pelbagai titik rujukan dilakukan menerusi pengaturcaraan
Python. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah pelbagai titik rujukan
boleh dijadikan sebagai mekanisma penambahbaikan zon dalam
memastikan setiap zon di Malaysia memenuhi dua (2) minit.

PENGENALAN

Waktu solat di Malaysia dihitung dengan merujuk kepada titik paling barat dalam
sesebuah zon. Ketetapan sesebuah zon berdasarkan kepada perbezaan di antara
Timur dan Barat adalah tidak melebihi dua (2) minit. Zon waktu solat telah
diperkenalkan sekitar tahun 1995 (Muhammad Saupi,1997). Bilangan zon
mengikut tahun adalah seperti berikut:

Tahun Bilangan (zon)

1995 168
1996 66

1998 42
2004 49

2021 58

Jadual 1. Bilangan Zon Mengikut Tahun

31

Terdapat negeri yang luas tetapi mempunyai bilangan zon yang sedikit
berbanding negeri yang lebih keci tetapi mempunyai bilangan zon lebih banyak.
Sebagai contoh Kelantan mempunyai keluasan (15100 km persegi) dan bilangan
zonnya adalah dua (2). Sedangkan negeri Kedah yang mempunyai (9642 km
persegi) tetapi bilangan zonnya adalah tujuh zon.
PERMASALAHAN KAJIAN
Terdapat tiga permasalahan daripada aspek keselarasan dalam pelaksanaan kaedah
zon.

a. Titik yang paling barat tidak semestinya titik yang paling lewat masuk
waktu solat.

Setiap zon di Malaysia mempunyai satu titik rujukan paling Barat. Tetapi, berbeza
bagi zon satu negeri Selangor yang merujuk kepada dua (2) titik rujukan. Waktu
solat di zon satu negeri Selangor, adakalanya merujuk kepada Kg Gedangsa dan
adakalanya merujuk kepada Tanjung Rhu Sepang. Ini kerana, menurut Hardi
Sadali, pada waktu tertentu Kg Gedangsa merupakan waktu paling
akhirmasuknya waktu solat dan ada masanya Tg Rhu Sepang merupakan waktu
paling akhir. (Hardi Sadali, 2019)

Rajah 1. Titik Rujukan Bagi Zon Satu Negeri Selangor
b. Isu pembentukan zon yang tidak tetap
Bentuk geografi bagi zon-zon di Malaysia boleh dikatakan tidak tetap. Sebahagian
besar daripada zon-zon di negeri-negeri yang besar menujukkan bentuk yang
besar dan memanjang. Ini juga menjadi faktor kepada perbezaan waktu sehingga
kepada enam minit. Sebagai contoh, negeri Kelantan seperti dalam Rajah 2.

32

Rajah 2. Bentuk Geografi Bagi Zon Satu dan Dua Negeri Kelantan
Berdasarkan kepada Rajah 2, dapat diperhatikan daerah Jeli dan Gua
Musang dalam zon dua Negeri Kelantan dipisahkan oleh garisan sempadan pada
kadar tidak tetap. Bentuk zon ini boleh dikatakan dalam keadaan memanjang.
Keadaan ini menurut Azhari Mohamed, menjadi faktor kepada perbezaan waktu
solat sehingga kepada enam minit. (Azhari Mohamed, 2019)
c. Perbezaan waktu yang besar disebabkan pertindihan zon
Perbezaan waktu yang tinggi terjadi apabila berlaku pertindihan zon yang
mempunyai keluasan yang luas dan besar seperti di Pahang dan Johor (Endau dan
Rompin). Pertindihan zon di kawasan sempadan ini menyebakan perbezaan
waktu yang dihasilkan mencapai enam hingga sembilan minit (Abdul Rahman,
2019).

Rajah 3. Pertindihan Zon di antara Endau dan Rompin

33

Menyedari kaedah zon yang dihitung dengan merujuk kepada titik paling
barat menimbulkan masalah tertentu, Perak, Kedah dan Pulau Pinang telah
mengadaptasi kaedah pelbagai titik rujukan. Kaedah ini masih mengekalkan
kaedah zon tetapi titik rujukan yang digunakan adalah pelbagai. Justeru itu, kajian
ini akan menilai kebolehlaksanaan kaedah pelbagai titik rujukan sebagai kaedah
alternatif dalam penentuan waktu solat.
Metodologi Hitungan Waktu Solat
Hitungan kaedah pelbagai titik rujukan dilakukan menggunaan pengaturcaraan
Python.

Rajah 4. Carta alir hitungan waktu solat menggunakan pengaturcaraan Python
Hasil Analisis
Hasil analisis selisih waktu yang dialami di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia
adalah seperti berikut :

34

Rajah 5. Selisih Waktu Solat Dalam Satu Zon Mengikut Negeri
(Semenanjung Malaysia)

Selisih waktu solat yang di alami oleh zon-zon di negeri Sabah dan Sarawak dapat
dilihat dalam Rajah 6.

Rajah 6. Selisih Waktu Solat Dalam Satu Zon Mengikut Negeri
(Sabah & Sarawak)

35

Tujuh negeri yang tidak perlu kepada penambahan zon.

Negeri-negeri yang perlu kepada penambahan zon

KESIMPULAN
Kaedah pelbagai titik rujukan ini boleh dijadikan sebagai medium untuk
penambahbaikan zon (penambahan zon). Ini kerana hasil hitungan yang
diperolehi amat berkesan menghampiri ketepatan zon dua (2) minit. Bagi
mengharmonikan diantara kaedah titik paling Barat dan Pelbagai titik rujukan,
penambahan zon bagi negeri-negeri yang berkeluasan maksimum diperlukan.

36

RUJUKAN

_______________________

a Calon Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D), Program Astronomi Islam, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur,

[email protected]
b Pensyarah Program Astronomi Islam, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi

Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, [email protected].
c Pensyarah Program Astronomi Islam, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi

Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, [email protected].
[1] Abdul Halim Abdul Aziz, “Kaedah Panca-Titik Dalam Menentukan Waktu

Solat Zon”, Jurnal Falak, Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,

2015 .

[2] Abdul Rahman Osman (Sahibus Samahah Dato’ Sri, Mufti Kerajaan Negeri

Pahang), dalam temu bual beliau bersama pengkaji pada 27 Mac 2019.

[3] Azhari Mohammad (Ketua Pengarah, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia;
Panel Pakar Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), dalam temu bual beliau

bersama pengkaji pada 15 Mei 2019.
[4] Hardi Mohamad Sadali (Ketua Unit Falak, Jabatan Mufti Negeri Selangor),

dalam temu bual beliau bersama pengkaji pada 12 November 2018.

[5] Mohammad Saupi Che Awang, Kamaludin Mohd Omar dan Mohd Zahib
Deraman, “Kaedah Perkiraan dan Pembahagian Zon Waktu Solat di Malaysia,”

dalam Laporan Penyelidikan Jangka Pendek (Skudai: Universiti Teknologi

Malaysia, 1997).

[6] “Jadual Waktu Berbuka dan Imsyak Seluruh Malaysia-66 Zon,” Berita Harian,

25 Januari 1996.

[7] “ Jumlah Zon Berbuka Lebih,” Berita Harian,13 Januari 1995.
[8] “Perbezaan Masa Berbuka,” Berita Harian, 30 Disember 1998.

37

38

POTENTIAL COMBINATION OF THEODOLITE AND SKY
QUALITY METER IN DETERMINING FAJR

Fazili Anuar Md Yusufab*, Norziana Yusufa, Othman Zainona

Abstract: It is important for the Muslims to determine the time of fajr
prayer since it is one of the pillars. However, it is still challenging to
start the fajr prayer due to the position of the sun that is below the
horizon. To determine the time of Dhuhr, Asr, and Maghrib prayer are
easier since the object and shadow of the sun can be seen clearly. The
position of the sin is determined by the solar angle. The value is positive
(+) when the sun is positioned at the north of the celestial equator and
negative (-) when it is at the south of the celestial equator. Fajr time is
determined through the brightness level of the sky at the eastern
horizon. Thus, this research is conducted to ensure that the time to start
and end the astronomical twilight is same theoretically. Astronomical
twilight is used to determine the start and the end of Fajr and Isha
prayers time. The combination of theodolite and Sky Quality Meter
(SQM) has been used to determine the brightness of the sky during
dawn. The theodolite is used to establish the vertical angle of the
instrument while the SQM ia used to record the sky brightness data at
the time of observation. Early research has been conducted at Balai
Cerapan, Universiti Teknologi Malaysia. Finding has shown that the
combination of theodolite and SQM has the potential and can be used
to observe the brightness level of the sky. The SQM readings were
taken at 2 minutes intervals. The finding has shown that the darkest site
reading can be detected at a value of less than 20 mag/sec2 in the
morning. The SQM reading values was compared with the sun elevation
value which is the condition to determine the start of Fajr prayer.

INTRODUCTION

The early morning dawn is very sensible in the determination of the prayer time
for Muslims to fulfill their obligations. Many studies have been done to look at
and measure this sadiq dawn phenomenon. Various studies have been conducted
to obtain a value that can be a measure of the light dissatisfied of sadiq dawn.
This dawn looks very delicate and is like a white thread that appears before the
sun rises on the horizon. Islamic and Western scholars have conducted studies to
examine the movements of the sun and then present the early morning dawn
theory with the support of scientific data. Therefore, there are 12 angles of the
sun height that have been identified around the world. According to King (2004)
around the 10th century, Ibnū Yunus used altitude 19° as early morning dawn.

39

Then, around the middle of the 11th century, Ibn Mu'ādh suggested that the
beginning of the early morning dawn was at the parameters of the sun 18°.

The issue of setting early morning dawn is said to be difficult compared
to the time of Zuhr, Asar and Maghrib. This is due to a factor when the sun has
set, and the shadows are no longer visible. For example, according to King
(2004), in Morocco, the dawn call is called before the dawn of ṣādiq. While in
Turkey, Muslims began fasting 40 minutes earlier than they should have.
Abdulkader (2015) subsequently carried out 12 early morning dawn observations
throughout 2009/2010. The results suggest using the parameters of the sun 18º
on the Eastern horizon. Semeida and Hasaan (2018) conducted a total of 38
observations of dawn time in Wadi Al Natron, Egypt (30 ° 30 ′ U, 30 ° 09 ′ T)
around 2014 to 2015. The results show that the altitude of the sun for dawn time
is on position 14.57°. This shows the value that the altitude obtained differs from
the current altitude used in Egypt which is 19.5°. Tono (2019) has polled 220
data to determine early morning dawn throughout Indonesia. He concluded that
the early morning dawn occurring at the depression angle of the sun on average
was at -13.2 º. The results clearly show that the early morning dawn in Southeast
Asian countries is around 54 minutes .

In Malaysia, several studies on early morning dawn determination were
carried out. The results showed that the parameters of the 20° sun positions used
now are not in line with the study results. Next, after comparing sky brightening
data in various parts of Malaysia with data obtained by the Department of Islamic
Development Malaysia (JAKIM). The results also showed no significant
difference between the data collected and the JAKIM prayer time data. Next, it
can identify the height of the sun below the horizon at the beginning of early
morning dawn through changes in the value of sky brightness to distinguish the
dawn of kazib and the dawn of sadiq. The results of the study were conducted by
Shariff et.al (2011), Shariff et. al (2012), Nor and Zainuddin, (2012) and Raihana
et.al (2016) found that early morning dawn began when the average sun height
was at -18° 38' 20.3" ± 0.1 for the direction of SQM-LU 10, -18° 29' 18.6" ± 0.1
for the direction of SQM-LU 30° and -18° 06' 47" ± 0.1 for SQM-LU 50°. This
value is different from the parameter value used in Malaysia i.e., 20°. Next, the
value of the brightness of the sky at the time of the loss of syafaqya light is when
the continuous level of brightness of the sky is 20.79 ± 0.36 mag/arc2. The value
is derived by measuring using SQM-LE in Tanjung Aru, Sabah, East Malaysia
(Niri et al., 2012) .

Another recent issue related to practice during the early morning dawn in
which the 116th National Council for Islamic Religious Affairs of Malaysia
meeting received an average value of eight minutes for Fajr prayers (JAKIM,
2019). Seven research papers were presented at dawn prayer times such as
Kassim et al., (2019) which presented papers on re-evaluation of dawn prayer

40

time in Nusantara. On 29 November 2019, the Mufti Department of Selangor
made an initial announcement regarding the addition of eight minutes to the
Fajar prayer in front of other states and it is effective in the state from the date of
announcement. (Aminnuraliff, 2019; Bernama, 2019; Noh, 2019; Sadali, 2019).
According to Al-Bakri, (2019), ihtiyati is one of the reasons the average value of
eight minutes is suggested in the determination of early morning dawn for dawn
prayer. The reason for the concept of ihtiyati is applied to ensure that the prayer
time is announced at the appropriate time and within the stipulated time. In
addition, the basis for the proposed average value is based on the findings of
recent research conducted by Kassim et al. (2019). The findings suggest that the
average sun depression angle at dawn is 17.15° below the horizon. Thus, 18°
have been proposed for a new average sun depression angle.

Studies on the issue of sun parameters to determine the early morning
dawn are not only focused on the height of the sun. However, it is necessary to
look at variations in the use of equipment in obtaining sun parameters.
Therefore, the analysis of research from several studies still shows that the early
morning dawn range for Malaysia is among the altitudes 13° to 18°. Thus, the
study of early dawn determination should be continued to obtain a more accurate
altitude by emphasizing on several other aspects such as light factors, weather
factors around the location of observations, techniques and equipment used in
observation. This is to ensure that the data collected is accurate and free from
pollution. Time adjustments should also be adjusted according to Malaysian
Standard Times. In addition, the selection of the use of techniques and
equipment is sensitive to patterns of light changes. This light detection must also
be in a position that corresponds to the direction of the sun's rise. The study will
detect and measure the early morning dawn using combination of Sky Quality
Meter (SQM) and theodolite techniques. Theodolite is a tool that can give the
value of the vertical angle more specifically and precisely to detect the sadiq dawn
rays.

Morning Twilight

The author such as Nur Nafhatun et. al, (2013) and Tono (2019) reiterates that
Isha’ occur when the sun has certain angle of depression below the horizon that
is in twilight domain which fall easily. Twilight is defined as a period of semi-
darkness after sunset or before sunrise during which the sun’s zenith distance is
more the 90° but less than some agreed number. Another term is dusk which is
the time when the light has almost gone, but it is not yet dark. This evening
twilight and relates to Isha’. Yet Ibn Muadh clarifies, “Twilight is due to the
reflection of sunlight falling on vapours that rise from the Earth; the air does not
reflect sunlight because of its rarity” (Nur Nafhatun et. al, 2013).

Ibn al-Shatir in King (2004) has described that the twilight as a horizon
phenomenon which considered the night to be the time from the disappearance

41

of light and the appearance of the stars to the appearance of light and the
disappearance of the stars. In principle, the twilight phenomenon occurs once the
sun sets or rises behind the horizon, there must be some sunlight visible as its ray
propagate in a long distance through the atmosphere. Therefore, twilight occurs
due to sunlight hitting the earth’s atmosphere and being scattered or its path is
bent as shown in Figure 1 .

The geometry of twilight allows light to reach us after the sun has
dropped below the horizon. After sunset, as the depression of the sun increases
the sky gets darker gradually until no scattered light reaches the observer. The
earth’s atmosphere reflects and refracts sunlight causes sun to appear dimmer
and becomes reddened. Whilst the molecules of air scatter the violet, blue and
green rays. The number of colorations depends on the air itself or rather on the
aerosols or particulate matter suspended in the air.

Figure 1. Geometrical of Twilights (Source: King, 2004)
The absorption and reddening are caused by the combined effects of true
absorption by water vapour, the ozone layer, scattering by atmospheric gases,
aerosols and dust. Reddening is the red light from the sun penetrates to the eyes;
its blue light is lost in producing the blue-sky colouration as shown in Figure 2.

42


Click to View FlipBook Version