The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOR AIDA BINTI ABDULLAH IPG-Pelajar, 2024-03-11 08:46:57

BUKU LOG NOR AIDA BINTI ABDULLAH (X7)

Flipbook Pengakap

DISEDIAKAN OLEH : NOR AIDA BINTI ABDULLAH ANGKA GILIRAN : 2021242340480 PROGRAM : PISMP AMBILAN : JUN 2021 KOD KURSUS : MPU3431a NAMA KURSUS : KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM PENGAKAP I PENSYARAH : ENCIK LIM KENG CHEIAN


BIODATA DIRI Pengenalan unit, lambang, bendera, cogankata / moto, ikrar & lagu unit ISI KANDUNGAN 01 02 03 04 06 05 07 08 09 10 11 MAKLUMAT UNIT PENGAKAP SEJARAH UNIT PENGAKAP Sejarah Pengakap Malaysia dan Pengakap Dunia PERLEMBAGAAN PENGAKAP Undang-undang Persekutuan Pengakap, pengasas, sejarah penubuhan, tujuan pertubuhan & istiadat rasmi STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP DASAR KEAGAMAAN PENGURUSAN & PENTADBIRAN KUMPULAN PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP Protokol dan pemakaian lencana dan tanda pangkat SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAKKANAK MERANCANG PROGRAM / AKTIVITI KUMPULAN SUMBER RUJUKAN Peringkat Malaysia, negeri, daerah dan sekolah


BIODATA DIRI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN NAMA : NOR AIDA BINTI ABDULLAH ANGKA GILIRAN : 2021242340480 NO K/P : 030703-07-0572 PROGRAM : PISMP AMBILAN : JUN 2021 UNIT : X7 ALAMAT RUMAH : N0.79A, PARIT GABIS ATAS, 34300 BAGAN SERAI, PERAK


MAKLUMAT UNIT PENGAKAP


PENGENALAN KEPADA PENGAKAP KANAK-KANAK Pergerakan Pengakap merupakan salah satu badan beruniform (berpakaian seragam) yang giat bergerak di negara ini (Nor Aishah Abu Samah et al., 2022) . Salah satu cabang dalam pergerakan ini ialah Pengakap Kanak-kanak. Pengakap Kanak-kanak mengandungi ahli-ahli yang berumur antara (8) lapan tahun hingga (12) dua belas tahun (murid-murid sekolah rendah). Pergerakan Pengakap Kanak-kanak menjadi salah satu gerak kerja kumpulan yang memberi khidmat kepada sekolah dan masyarakat. Di bawah program KBSR Pergerakan Pengakap Kanak-kanak telah dipilih sebagai salah satu gerak kerja kokurikulum yang diwajibkan di semua sekolah rendah. Ini disebabkan ianya didapati amat sesuai dijalankan oleh murid-murid pada peringkat ini. Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan satu cara didikan yang boleh dijalankan di dalam dan di luar sekolah. Aktiviti Pergerakan Pengakap Kanak-kanak mudah diikuti dan menarik minat murid-murid. Di samping itu, ia dapat pula menyemaikan sifat-sifat kepemimpinan, bekerjasama tolong-menolong dan sedia berkhidmat dalam kalangan mereka.


MATLAMAT Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohani dan jasmani mereka; Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik darjah; Menyediakan mereka dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan cara memberi pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama; Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran murid-murid dalam bidang-bidang tertentu; Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif dalam kalangan mereka selaras dengan hasrat rukun negara; Melatih murid mengisi masa lapang dengan gerak kerja yang berfaedah di samping dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri mereka; dan Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat


HORMAT PENGAKAP 1. Apabila menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan dan penghormatan. 2. Apabila menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol. 3. Selepas dan apabila menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan benderapengakap. 4. Apabila Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan. 5. Dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.


MAKNA ISYARAT PENGAKAP 1. Tekan jari kelingking menggunakan ibu jari kanan 2. Kemudian, angkat tangan kanan rapat ke badan, dan 3. Tapak tangan menghadap ke hadapan dengan 3 jari lurus ke atas


Kelopak sebelah kiri Melambangkan perkhidmatan untuk orang lain Kelopak tengah Melambangkan tanggungjawab kepada Tuhan Kelopak sebelah kanan Ketaatan kepada Undang-undang Pengakap Dua butir bintang pecah lima Melambangkan Undang-undang Pengakap Ikatan putih pada kelopak Melambangkan ikatan kekeluargaan dalam kalangan ahli pengakap yang kukuh Lingkaran tali berwarna putih Melambangkan kesatuan dan persaudaraan Pengakap Sedunia Ikatan buku sila Tidak mudah terurai apabila ditarik bermaksud kekuatan dan perpaduan persaudaraan Pengakap Sedunia Warna putih dan ungu Warna putih atau perak melambangkan kesucian Warna ungu melambangkan perkhidmatan dan kepimpinan LAMBANG PENGAKAP DUNIA Lord Baden-Powell berkata “Lambang Pengakap kita menghala ke titik utara yang digunakan dalam peta” Lady Olave BadenPowell berkata “ Ia menunjukkan jalan yang sebenar untuk kita lalui”


Pecahan tiga kelompak Melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga iaitu : 1. Taaat kepada Tuhan, Raja dan Negara 2. Menolong orang pada setiap masa 3. Menurut undang-undang pengakap Warna kuning, hijau dan merah Melambangkan unit-unit pengakap, iaitu : 1. Kuning bagi Unit Pengakap Kanak-kanak 2. Hijau bagi Unit Pengakap Muda 3. Merah bagi Unit Pengakap Remaja Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan Melambangkan Undang-undang Pengakap Ikatan hijau Menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap Lingkaran tali berwarna kuning Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dan persaudaraan Pengakap Sedunia Anak bulan dan bintang Menunjukkan agama rasmi Malaysia ialah agama Islam Warna kuning pada anak bulan dan bintang Menunjukkan warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Rja-raja Bintang pecah 14 (warna kuning) Melambangkan 14 buah negeri, termasuk Wilayah Persekutuan yang terkandung di dalam Malaysia LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA


BENDERA MALAYSIA


BENDERA PENGAKAP a) Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud “Persetiaan Pengakap” iaitu:-” taat kepada Tuhan,Raja dan Negara” , “Menolong orang setiap masa”, “menurut undang-undang Pengakap”. b) Di dalam kedua-kedua kelopak terdapat bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh. c) Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan “Persaudaraan Pengakap” d) Bintang pecah 14 yang terdapat di tengah kelopak melambangkan “Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia” d) Bulan Sabit yang terdapat di bawah kelopak menandakan “Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam” e) Lingkaran Tali berwarna biru tua melambangkan “Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia” f) Warna kuning, hijau, merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap. kuning “Pengakap Kanak-Kanak”, hijau “Pengakap Muda”, merah “Pengakap Remaja” g) Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.


COGAN KATA PENGAKAP Pengakap Kanak-kanak - Buat Sehabis Baik Pengakap Muda - Selalu Sedia Pengakap Remaja - Pandangan Luas Pengakap Kelana - Berkhidmat Selalu


PERSETIAAN PENGAKAP Bahawa Dengan Sesunguhnya Saya Berjanji Dan Bersetia Yang Saya Dengan Seberapa Daya Upaya Saya Akan Taat Kepada Tuhan, Raja Dan Negara Menolong Orang Pada Setiap Masa Menurut Undang-undang Pengangkap.


PENGERTIAN PERSETIAAN PENGAKAP Taat kepada Tuhan Ahli pengakap mestilah beragama dan mematuhi ajaran agama. Hendaklah sentiasa bersyukur kepada Tuhan yang memberikan rezeki dan kesihatan. Ahli pengakap mestilah yakin kepada diri sendiri dan sentiasa menunjukkan contoh yang baik. Taat kepada Raja Ahli pengakap hendaklah mentaati dan mematuhi Yang Dipertuan Agong,Raja-raja dan wakil-wakil raja. Undangundang negara dan istiadat raja difahami. Disiplin dan tatatertib mestilah sentiasa diamalkan. Taat kepada Negara Ahli Pengakap hendaklah menghormati undang-undang negara, pemimpin-pemimpin dan dasar-dasar kerajaan serta mencegah diri daripada hal-hal yang boleh memburukkan negara. Menolong Orang Pada Setiap Masa Ahli Pengakap mesti jujur dan rela hati berbakti kepada orang yang memerlukan pertolongan. Pengakap haruslah membantu pihak keselamatan atau orang ramai ketika berlaku malapetaka, kecemasan atau kemalangan. Menurut Undang-undang Pengakap Ahli pengakap hendaklah mematuhi dan mengamalkan semua prinsip yang terkandung dalam undang-undang pengakap.


LAGU KEBANGSAAN Negaraku Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan. Raja kita selamat bertakhta


LAGU PENGAKAP Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia


SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA DAN PENGAKAP DUNIA


SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 (Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England). Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow. Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M. Laidlow meninggal. Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.


SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar. Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong. Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.


SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.


SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA Negeri Tarikh Pulau Pinang 1908, sebuah kumpulan percubaan ditubuhkan di YMCA Pulau Pinang 1910, Kumpulan YMCA ini dirasmikan penubuhannya dengan En R Robert sebagai Pemimpin dan En Goh G H dan En George Pykett sebagai Penolong Pemimpin 1915, ditubuhkan di Sekolah Penang Free oleh Tuan HR Cheeseman Kuala Lumpur dan Selangor 1910, ditubuhkan di Victoria Institution (dahulunya di dalam Selangor, kini Kuala Lumpur) oleh En B E Shaw Pahang 1912, Ditubuhkan oleh Mr G.M. Laidlaw sehingga beliau meninggal. 1927, dihidupkan semula oleh oleh H P Herslet Sabah 1913, diperkenalkan oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Sandakan Sarawak 1913, juga dibawa oleh Reverend Thomas Cecil Alexander, ke Anglican Bishop House,Kuching Kedah 1922, diperkenalkan oleh E C Hicks, E A G Stuart, R P S Walker dan C W Bloomfield di Kolej Sultan Abdul Hamid Negeri Sembilan 1923 dimulakan oleh Residen British Edward Shaw Hose dan secara rasmi pada 1925 oleh Bird Smith dan Roger Smith bersaudara Perak 1926, oleh L R Wheeler di Kolej Melayu Kuala Kangsar Melaka 1926, dibawa oleh R Brunstone Terengganu 1926, ditubuhkan oleh A J Gracle Kelantan 1927, ditubuhkan oleh YM Tengku Ahmad Panglima Raja di Maktab Sultan Ismail Johor 1928, ditubuhkan oleh En H R Cheeseman di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) Perlis 1931, dibawa oleh Bird dan Roger Smith bersaudara Berikut merupakan kronologi penubuhan pasukan pengakap di negeri-negeri :


SEJARAH PENGAKAP DUNIA Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa BadenPowell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth. Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera.


SEJARAH PENGAKAP DUNIA Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau). Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orangorang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orangorang Boer.


SEJARAH PENGAKAP DUNIA Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya BadenPowell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun. Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku “Aids To Scouting”. Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budakbudak yang menyertainya.


SEJARAH PENGAKAP DUNIA Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul “Scouting For Boys”. Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan ” Lord Baden Of Gillwell ” kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulang tahun ke 84.


PERLEMBAGAAN PENGAKAP Perlembagaan merupakan satu dokumen atau himpunan dokumen undang-undang tertinggi bagi sesebuah negara, negeri, organisasi atau pertubuhan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Perlembagaan diwujudkan adalah untuk menyelaraskan sistem pengurusan dan pentadbiran dalam sesebuah organisasi atau pertubuhan. Selain itu, perlembagaan juga berperanan sebagai garis panduan untuk membentuk undang-undang, sama ada di pihak pemimpin mahupun di pihak ahli. Perlembagaan juga bermatlamat untuk memberikan jaminan dan perlindungan, khususnya kepada ahli. Oleh itu, perlembagaan pengakap merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang dan peraturan asas bagi sesebuah organisasi seperti Persekutuan Pengakap Malaysia. Dengan kata lain, perlembagaan ialah undang- undang.


PERLEMBAGAAN PENGAKAP Mengikut Akta Perdaftar Pertubuhan, setiap persatuan atau pertubuhan. yang ditubuhkan di luar institusi pendidikan perlu mendaftar secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan atau ROS. Pergerakan pengakap yang ditubuhkan di institusi pendidikan tidak perlu menyediakan perlembagaan kerana PPM selaku badan induk telah pun mempunyai perlembagaan. Oleh itu, persatuan tersebut perlu merujuk dan mematuhi perlembagaan yang telah ditetapkan oleh PPM. Fungsi sesebuah perlembagaan dan undang- undang kecil persatuan atau pertubuhan adalah sebagai panduan dan pedoman untuk menggerakkan persatuan atau pertubuhan berkenaan. Perlembagaan dan Undang-undang Kecil juga bertujuan untuk melancar dan melincinkan perjalanan sesebuah persatuan atau pertubuhan kerana perlembagaan akan dapat menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa serta ahli biasa yang menganggotai persatuan atau pertubuhan yang berkenaan.


PERLEMBAGAAN PENGAKAP Jenis Perlembagaan: a. Ada dua jenis perlembagaan, iaitu: Perlembagaan bertulis, dan (ii) Perlembagaan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis ialah perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu kanun atau dokumen. Perlembagaan bertulis sukar dipinda kecuali wujud peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkan dilakukan pindaan. Perlembagaan tidak bertulis pula ialah semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu kanun atau dokumen, misalnya adat resam dan pantang larang. Dalam konteks Persekutuan Pengakap Malaysia, Perlembagaan persekutuan yang telah digubal dan diterima pakai sejak PPM ditubuhkan adalah Perlembagaan Bertulis, bukannya perlembagaan lisan.


PERLEMBAGAAN PENGAKAP Pada amnya, perlembagaan persatuan atau pertubuhan mempunyai beberapa perkara seperti yang berikut: a. Nama dan alamat persatuan atau pertubuhan; b. Matlamat, c. Keahlian; d. Ahli Jawatankuasa (bilangan, senarai tugas dan seumpamanya); e. Kewangan persatuan atau pertubuhan; Pembatalan dan pembubaran persatuan atau pertubuhan, g. Pindaan perlembagaan persatuan atau pertubuhan; h. Mesyuarat persatuan atau pertubuhan, dan i. Perkara-perkara lain yang boleh dimasukkan mengikut kesesuaian.


PERLEMBAGAAN PENGAKAP Tujuan atau fungsi perlembagaan: a. Untuk mewujudkan suatu bentuk pengurusan dan pentadbiran yang adil dan bersih. b. Untuk mengelak daripada berlakunya penyalahgunaan kuasa. c. Mengawal pergerakan pemimpin dan ahli (orang bawahan). d. Sebagai alat untuk menyelesaikan konflik atau masalah dalaman, khususnya kerana perlembagaan merupakan dokumen dan sumber rujukan yang tepat. e. Melindungi hak ahli. f. Menyatakan peranan individu, sama ada pemimpin mahupun ahli, g. Menjamin keharmonian dan kestabilan pertubuhan. Setiap PPM Negeri mempunyai Undang-undang Kecil yang tersendiri untuk menggerakkan PPM Negeri. Namun semua Undangundang Kecil ini tertakluk di bawah Perlembagaan PPM yang dijadikan sebagai undang-undang tertinggi dalam PPM. Sekiranya Perlembagaan PPM atau Undang-undang Kecil PPM Negeri ingin dipinda, maka ia boleh dilakukan sekiranya memperoleh kelebihan suara dua pertiga (majoriti) daripada ahli Majlis Pengakap Negara atau Majlis Pengakap Negeri. Seandainya pada peringkat tertentu pindaan perlembagaan berkenaan gagal untuk memperoleh sokongan kelebihan suara majoriti, justeru pindaan perlembagaan akan terhalang. Perlembagaan perlu sentiasa kemas kini dan diubah suai supaya sesuai dan selaras dengan keperluan persatuan atau pertubuhan berkenaan dari semasa ke semasa.


PERLEMBAGAAN PENGAKAP Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia perlu dibaca berlandaskan; dan bersama: 1. Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (Semakan 2016). 2. Prosedur, Organisasi dan Peraturan, Persekutuan Pengakap Malaysia. Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia adalah berasaskan: 1. Kelulusan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Pengakap Negara pada 27 Mac 2010; dan 2. Disahkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada 28 Mac 2010. Susunan Seksyen Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia. Susunan Seksyen-Seksyen di dalam Perlembagaan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia dan Pertubuhan Negara adalah seperti berikut: 1. Perlembagaan. 2. Menjadi Ahli Persekutuan. 3.Dasar Agama. 4. Perbalahan Politik dan Perindustrian. 5.Dasar Kewangan. 6. Hubungan Luar dan Antarabangsa. 7.Peraturan-Peraturan Am.


PERLEMBAGAAN PENGAKAP Persekutuan Pengakap Malaysia (Scouts Association of Malaysia) adalah merupakan satu badan berpakaian seragam yang telah ditubuh dan dikawal selia secara langsung oleh: 1. Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (Semakan 2016). Matlamat Perbadanan. Matlamat Perbadanan Persekutuan telah dinyatakan di dalam seksyen 4; Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (semakan 2016): 4. Matlamat Perbadanan adalah: (a) untuk mengadakan satu organisasi yang terbuka untuk semua Pengakap di Malaysia bagi membolehkan mereka melaksanakan tujuan dan maksud Perbadanan yang dinyatakan di dalam seksyen 5; (b) untuk melakukan semua benda lain yang disifatkan oleh Perbadanan atau Majlisnya sebagai bersampingan dan berfaedah bagi mencapai matlamat sedemikian.


PERLEMBAGAAN PENGAKAP Tujuan dan Maksud-Maksud Perbadanan. Tujuan dan Maksud-Maksud Perbadanan Persekutuan telah dinyatakan di dalam seksyen 5; Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (semakan 2016): 5. (1) Tujuan Perbadanan adalah untuk membangunkan warganegara yang baik dalam kalangan kanak-kanak lelaki dengan membentuk perwatakan mereka dan untuk mencapai maksud ini dengan: melatih mereka mengenai tabiat kepatuhan dan berdikari; menanam sifat kesetiaan dan timbang rasa terhadap orang lain; mengajar mereka perkhidmatan yang berguna untuk orang awam dan pertukangan tangan yang berguna untuk mereka sendiri; dan menggalakkan perkembangan jasmani, mental dan kerohanian mereka. (2) Prinsip dan amalan Perbadanan hendaklah berdasarkan kepada Ikrar Pengakap dan Undang-Undang Pegakap dan apa-apa prinsip dan amalan lain sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kaedah- Kaedah Perbadanan


UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN PENGAKAP 1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya 2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpinpemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya 3. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa 4. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun


UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN PENGAKAP 5. Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi 6. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang 7. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan 8. Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan


UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN PENGAKAP 9. Pengakap itu jimat dan cermat 10. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya


PENGASAS PENGAKAP Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell Nama Singkatan : BP Tarikh Lahir : 22 Februari 1857 Tempat Lahir : London, England Pendidikan Awal : Charter House, London Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941 dan disemadikan di Kenya


PENGASAS PENGAKAP Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh Robert Stephenson Smyth BadenPowell atau Lord Baden-Powell (of Gilwell), seorang tentera Inggeris (British) berpangkat Leftenan Jeneral Lord Baden-Powell juga dikenali sebagai "BP" - dilahirkan pada 22 Februari 1857 di Hyde Park, London. Bapanya, Reverend H.H. Baden-Powell merupakan seorang pensyarah di Universiti Oxford, London. Manakala ibunya pula adalah anak kepada Laksamana British yang bernama W.T. Smyth.


PENGASAS PENGAKAP Sejak kecil sudah menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap penghidupan di luar rumah dan alam semula jadi. Beliau pernah mengembara, berkhemah, dan berperahu di beberapa buah tempat di England bersama tiga orang abangnya. Aktiviti-aktiviti tersebut telah memberikan suatu pengalaman dan pengetahuan yang amat berguna kepada BP, khususnya dari segi sikap bekerjasama dan mematuhi perintah (ketua). Semasa BP berumur tiga tahun, ayahnya meninggal dunia.


PENGASAS PENGAKAP Oleh kerana minatnya yang mendalam terhadap aktiviti pengembaraan dan perkhemahan, beliau telah memilih tentera sebagai kerjaya tetapnya. Setelah berjaya dalam peperiksaan ketenteraan, BP telan ditauliahkan pangkat Leftenan Muda dan mula bertugas ke meratarata tempat di dunia, termasuklah di India dan Afghanistan pada tahun 1876. Di situ, BP digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. BP juga pernah mendapat gelaran IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tidak pernah tidur atas sifatnya yang sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh semasa dalam peperangan. Beberapa tahun kemudian, BP dihantar bertugas di Benua Afrika untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana.


SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP Dalam satu serangan terhadap Mafeking pada tahun 1899, BP merancang membawa pesananpesanan dan menggantikan askar-askar di medan perang dengan kanak kanak yang tinggal di bandar yang diserang itu (Qi, 2024). Kepantasan dan kecekapan kanak kanak ini meninggalkan kesan yang amat dalam pada hati BP dan pada tahun 1907, ketika pulang ke England, beliau telah menganjurkan suatu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki.Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu, pada tahun 1908, BP telah mengarang sebuah buku bernama Scouting For Boys. BP menanam semangat taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Kejayaan ini tidak dapat ditandingi oleh teman-teman yang sezaman dengannya. Inti daripada pusaka yang ditinggalkannya ialah adunan teratur bagi kecekapan dan tatatertib yang mengembangkan dasar dasar asas seorang manusia. Dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia, BP telah dilantik menjadi Pengakap Agung bagi seluruh dunia.


SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP Pada tahun 1937, sewaktu berumur 80 tahun, BP bersama-sama isterinya. Lady Baden Powell, seorang yang telah bersungguh-sungguh membantu BP dalam segala kerja mengembangkan pergerakan pengakap, dengan disertai oleh anak-anaknya, meninggalkan Bandar Raya London menuju Kenya di Afrika dan bermastautin di sebuah kampung yang aman dengan pemandangan yang indah, hutan yang menghijau, kemuncak gunung yang diselaputi oleh saiji; di situlah BP berehat setelah lama berbakti kepada dunia. Buku Scouting For Boys dijadikan panduan untuk semua pengakap dunia. Ramai yang telah menerima ideanya kerana ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia kecuali negara-negara komunis.Pergerakan pengakap telah memberi peluang kepada muda mudi mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan telah menunjukkan kecekapan dalam berbagai perkara yang diuji. Pada mulanya masyarakat menganggap perkhemahan sebagai sesuatu yang janggal, tetapi Lord Baden Powell telah menyangkal perkara ini sehinggalah kini perkhemahan bukan sahaja popular di kalangan pengakap malah di kalangan masyarakat biasa.


SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP Lord Baden Powell telah menerima banyak anugerah scperti 'Baron’ dan telah menjadi Ketua Pengakap Dunia. Pada tahun 1937, beliau menerima Order of Merit. Beliau telah meneruskan usaha dalam lapangan ini sehingga berumur 80 tahun.Beliau kemudiannya melancong ke serata pelosok dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan pengakap dan pandu puteri. Seumur hidupnya, BP telah berusaha mewujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan pengakap. Oleh yang demikian, adalah menjadi kerugian besar bagi semua orang khususnya pengakap apabila pada 8 Januari 1941 BP meninggal dunia. Mendiang dikebumikan dengan penuh kchormatan di bawah bayang-bayang kelembutan Gunung Kenya. Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam pergerakan ini ialah : “TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-KERJAMU”


TUJUAN PENUBUHAN i. Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepemimpinan yang berasaskan Prinsip dan Undang-undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan. ii. Pergerakan pengakap juga bermatlamat untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu pengakap yang mempunyai potensi dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta hubungan sosial dengan berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pergerakan pengakap bertanggungjawab terhadap masyarakat, negaranya dan masyarakat antarabangsa. iii. Pengakap percaya bahawa kehidupan di dunia akan menjadi lebih baik apabila setiap individu:- Boleh dipercayai, mempunyai kawalan diri serta berkeyakinan. Menghormati diri sendiri dan orang lain. Bekerjasama untuk berkhidmat kepada orang lain demi memperbaiki suasana kehidupan bermasyarakat. Menunjukkan sikap bertanggungjawab kepada alam sekitar serta rasa hormat terhadap harta dan pemilikan. Beriman serta beramal soleh. iv. Ringkasnya, Pengakap bersifat Pendidikan Sepanjang Hayat.


ISTIADAT RASMI Mengikut definisi Kamus Dewan, istiadat ialah peraturan atau cara-cara melakukansesuatu yang sudah menjadi kebiasaan, adat dan telah menjadi majlis rasmi. Definisi ini sinonimdengan pergerakan pengakap yang mempunyai peraturan yang diwarisi serta menjadi tradisi dandigunakan di seluruh dunia. Istiadat ini mesti dilakukan dengan betul sama ada dari segi susunannya atau peraturannya. Percubaan untuk menokok tambah atau mengurangkannya akanhanya menimbulkan kekeliruan dikalangan ahli-ahli pengakap. Berikut merupakan beberapa istiadat yang terdapat dalam pengakap : Cara hormat pengakap Isyarat tangan pengakap Istiadat laungan agung Istiadat mengibarkan bendera Istiadat menurunkan bendera


ISTIADAT RASMI 1) Hormat Pengakap Hormat Pengakap ialah salah satu daripada tiga tradisi asas Pengakap (yang lainnya: isyarat Pengakap dan Berjabat tangan Pengakap) Pengasas Pergerakan Pengakap, Lord Baden-Powell berkata: "Hormat ialah menunjukkan seseorang itu dihormati, ia adalah hak keistimewaan untuk menghormati dan ianya tidak mengabdikannya" Rakan kita sering memberi salam antara mereka. Jika anda melihat seorang kawan diseberang sebatang jalan raya, anda kadang-kadang memberi salam dengan melambai-lambaikan tangan. Ini juga satu tanda hormat yang mudah. Pengakap ada cara khas hormat kepada saudar Pengakap yang lain. Berikut merupakan cara hormat pengakap : * Pertama - tunjukkan isyarat Pengakap dengan tangan kanan, kemudian angkat tangan kanan dengan pantas sehingga ke sisi topi forage selama satu atau dua saat dengan permukaan jari menghadap ke hadapan. Kemudian turunkan tangan ke bawah dengan pantas secepat yang boleh. Jika anda tidak memakai topi forage, sentuh dahi anda dibahagian atas mata kanan.


ISTIADAT RASMI Mana dan bila memberi Hormat * Memberi Hormat Pengakap pada masa berseragam penuh. Ianya bererti tanda kehormatan, berbudi bahasa dan persahabatan. Bererti tanda kehormatan, berbudi bahasa dan persahabatan. Tanda hormat kepada: * apabila lagu Kebangsaan dinyanyikan. * apabila bendera Kebangsaan dinaikkan / dikibarkan. * apabila bendera Kebangsaan dilintaskan dalam upacara berbaris. Sebagai salam * Bila anda melihat sesiapa memakai lencana Pengakap atau berpakaian seragam samada anda mengenalinya atau tidak - sentiasa cuba menjadi orang pertama memberi Hormat Pengakap.


Menandakan suatu isyarat Pengakap dalam unit anda sebagai seorang Pengakap di seluruh dunia Suatu Pengakap dalam berkomunikasi pada masa dahulu hingga kini Satu cara untuk ahli mengenali antara satu sama lain dalam suatu aktiviti yang tersendiri Di mana dan bila memberi Hormat Pengakap ? Pada masa berpakaian seragam penuh. Ianya bererti tanda penghormatan, berbudi bahasa dan persahabatan. Bila dan di mana membuat tanda hormat? Semasa lagu Kebangsaan dinyanyikan/dimainkan. Apabila Bendera kebangsaan dinaikan. Sebagai Salam Apabila melihat sesiapa yang memakai lencana Pengakap atau berpakaian seragam samada anda mengenalinya atau tidak, sentiasa cuba menjadi orang pertama memberi Hormat Pengakap. ISTIADAT RASMI 2) Isyarat Pengakap Di Malaysia, Gerakan Pengakap Malaysia atau The Scout Association of Malaysia, memiliki isyarat tangan atau kode isyarat yang digunakan dalam kegiatan mereka.


Click to View FlipBook Version