The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOR AIDA BINTI ABDULLAH IPG-Pelajar, 2024-03-11 08:46:57

BUKU LOG NOR AIDA BINTI ABDULLAH (X7)

Flipbook Pengakap

Berikut urutan istiadat Laung Agung yang perlu dijalankan : Akela berteriak PEK ! ( bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia). Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil. Sambil berteriak PEEEEK, PKK berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan. Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak ‘ AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK “. Sebaik sahaja menyebut BAIK, PKK terus berdiri dlm keadaan sedia menghadap Akela. ISTIADAT RASMI 3) Istiadat Laungan Agung Laung Agung merupakan istiadat yang perlu dijalankan setiap kali membuat perjumpaan atau semasa perkhemahan Pengakap.


ISTIADAT RASMI Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak ” KAMU BUAT HABIS BAIK ” (intonasi menyoal). PKK yang membalas hormat sambil menjawab ” KAMI BUAT HABIS BAIK “. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia. (PKK tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat). 4) Istiadat Mengibarkan Bendera Kedudukan Peserta : Dalam Bulatan Jurulatih : Sebaris di belakang tiang bendera, mengadap peserta, Ketua berada di sebelah kanan dan jurulatih bertugas di sebelah kiri ketua Bendera : Sudah bergulung dan terikat di puncak tiang Perjalanan Upacara 1. Peserta menyusun kedudukan dan menunggu kedatangan ketua dan jurulatih 2. Petugas berdiri di tengah-tengah 3. Bila jurulatih masuk (perintah) “baris sedia” , bila semua jurulatih sudah sedia, barulah petugas mulakan upacara 4. Petugas : (Mara ke hadapan memberi hormat) Assalamualaikum tuan, PEK sudah siap untuk memulakan acara


ISTIADAT RASMI 5. Petugas : (Beri hormat, pusing belakang - bergerak ke tempat asal 6. Petugas : (Beri arahan) Bendera 7. Petugas : (Bergerak menghadap bendera) 8. Pengibar bendera terus tarik tali bendera 9. Peserta hormat bendera sebaik sahaja tali bendera ditarik, 10. Pengibar bendera dengan segera langkah ke belakang dan hormat dan PKK yang lain ikut hormat bendera 11. Petugas : “Negara ku” - semua menyanyi 12. Petugas : (perintah) “Doa” - isyarat “Ap” 13. Pembaca doa langkah selangkah ke hadapan dan terus membaca doa menadah tangan aras bahu, bukan muslim tunduk pandang hujung kaki isyarat “Ap” untuk menurunkan tangan dalam kedudukan sedia 14. Petugas : “Persetiaan” - isyarat “Ap” Petugas terus angkat tangan, diikuti oleh semua dan lafaz persetiaan 15. Petugas : Bila selesai persetiaan, petugas bergerak ke hadapan ketua - hormat - lapor “Istiadat selesai - majlis diserahkan kepada tuan” - pusing ke belakang (bergerak) mengambil tempat dalam barisan (sebelah tiang bendera) - perintah “Baris senang diri” 16. Jurulatih bertugas : mulakan tugas 17. Petugas : “Jurulatih, jurulatih sedia” “Keluar baris”


ISTIADAT RASMI 5) Istiadat Menurunkan Bendera Kedudukan Peserta : Dalam bulatan Jurulatih : Sedia di belakang tiang bendera menghadap peserta Perjalanan Upacara 1. Petugas : (Beri arahan) “PEK ! Sedia” 2. Petugas : (Beri arahan) “Bendera” semua menghadap bendera, dua orang PKK berjalan ke arah tiang bendera, berhenti, bersedia di hadapan tiang bendera, seorang dari PKK menurunkan bendera dan seorang lagi mengawal dengan cermat supaya jangan ada bahagian bendera tercecah ke tanah dan menyangkutkan bendera ke bahu, Kedua PKK tadi melipat bendera 3. Petugas : (Beri arahan) “Serahkan bendera kepada ketua” PKK bergerak (arahan) “Ap” kedua PKK berpusing ke kanan, seorang balik ke dalam sekawan, seorang lagi (pemegang bendera) bergerak menghadap ketua, beri hormat dan serahkan bendera - selangkah ke belakang - hormat, balik ke sekawan 4. Petugas : (beri arahan) “Doa” - “Ap” - angkat tangan. 5. Pembaca doa selangkah ke hadapan dan terus membaca doa “Ap” - turun tangan 6. Petugas : (beri arahan) “PEK ! Bersurai”


STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP PELBAGAI PERINGKAT


STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP PERINGKAT MALAYSIA


STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP PERINGKAT NEGERI


STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP PERINGKAT DAERAH


STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP PERINGKAT SEKOLAH


DASAR KEAGAMAAN


4.1. Ahli-ahli yang terdiri daripada satu agama. 4.1.1 Persekutuan ini tidak menghadkan ahli-ahlinya pada suatu agama tetapi mereka mestilah mengamalkan RUKUN AGAMA masing-masing dan menghormati orang lain yang tidak seagama dengannya. Sekiranya terdapat dalam sesuatu kumpulan itu di mana ahlinya menganut satu agama maka pemimpin kumpulan itu hendaklah mengaturkan sembahyang di tempat-tempat ibadat mereka di antara mereka yang menganut agama masingmasing. 4.1.2 Sehubungan dengan pembelajaran keagamaan mereka pula hendaklah menghubungi pegawai-pegawai agama yang berkenaan supaya mereka mengetahui perkara-perkara yang ditegah dan dilarang mengikut Rukun Agama masing-masing. 4.2 Ahli-ahli yang terdiri dari berbagai agama. 4.2.1 Apabila terdapat sesuatu kumpulan itu mengandungi ahli-ahli dari berbagai agama, maka tanggungjawab pemimpin menggalakkan mereka membuat ibadat mengikut agama mereka msing-masing. 4.2.2 Adalah dilarang sama sekali pemimpin mengadakan satu sembahyang khas bagi kesemua ahli-ahli dalam kumpulan itu kerana ianya menhalayi peraturan atau tegahan bagi Rukun Agama ahli-ahli dalam kumpulan itu. 4.2.3 Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin kumpulan menjaga dan mengawasi supaya perkara seperti ini tidak berlaku dan melindungi sasaran dari masyarakat terhadap Persekutuan ini.


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KUMPULAN


Pendaftaran Ahli dan Kumpulan Sebuah sekolah hanya boleh menubuhkan satu kumpulan sahaja. Boleh diwujudkan beberapa pasukan dalam kumpulan itu. Satu kumpulan boleh ditubuhkan dengan 18 orang ahli dan 2 pemimpin. Jika melebihi 48 orang anggota perlu pecahkan kepada beberapa pasukan. Yuran Pendaftaran Kumpulan/ Anggota yang baru perlu didaftarkan dan kumpulan/ anggota yang lama perlu diperbaharuhi pendaftaran kumpulan dengan PPM. Yuran pendafataran: Kumpulan : RM 30.00 (setahun) Ahli Pengakap : RM 5.00 (setahun) Pemimpin/ Penolong Pemimpin : RM 10.00 (setahun) Kumpulan / anggota yang tidak menjelaskan yuran pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan aktiviti pengakap.


Kumpulan yang tidak memperbaharui pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan latihan/ perjumpaan dan pakai pakaian seragam pengakap serta lencana-lencananya. - gantung keahlian mengikut Dasar Pertubuhan dan Peraturan Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia (Peraturan 44-47) Pemimpin kumpulan secara otomatis digantung keahlian pemimpin serta tauliahnya (Peraturan 80) Pengantungan itu sementara, Pesuruhjaya Daerah maklumkan kepada kuasa pengajur iaitu memperbaharui keahlian kumpulan dengan segera. Pesuruhjaya Daerah menarik balik surat penggantungan kumpulan dan tauliah-tauliah pemimpin setelah menerima borang pendaftaran. Tauliah Pemimpin Setiap pemimpin wajib memiliki dua jenis tauliah daripada PPM: - Tauliah Sementara - Tauliah Tetap Tauliah Sementara diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Satu dan Dua.


Tauliah Tetap diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Tiga. Perlu pohon tauliah baru serta mengembalikan tauliah lama kepada PPM sekiranya pemimpin bertukar ke sekolah lain. Kegiatan Semua kegiatan dijalankan berdasarkan kepada Skim Latihan yang dikeluarkan oleh PPM: Program Latihan PKK untuk murid-murid sekolah rendah Program Latihan PM untuk pelajar Ting. 1-3 Program Latihan PR untuk pelajar Ting. 4-5 Program Latihan PK untuk pelajar Ting. 6 & remaja Semua kegiatan di luar kawasan sekolah perlu mendapat kelulusan dan sokongan daripada kuasa penganjur (Guru Besar/ Pengetua), Ibubapa/ Penjaga dan Pemimpin Unit PKK, PM dan PR. Butiran Peribadi Anggota Pengakap Nama dan no.kad pengenalan ahli Nombor pendaftaran Nama ibubapa/ penjaga Alamat dan no.telefon ibu bapa/penjaga


Tarikh lahir Bangsa dan Agama Kesihatan/ Penyakit yang dihidapi dan Alergi Pemakanan Kecenderungan/ Minat Bilik Perjumpaan Carta Organisasi Gambar-gambar dan Poster-poster (lencana/pangkat) Buku-buku rujukan Model-model hasilan kerja (model tapak perkhemahan/ gajet/ ikatan dan simpulan) Peralatan latihan Peralatan perkhemahan Meja dan kerusi untuk bermesyuarat Jenis Borang Setiap kumpulan perlu didaftarkan dengan PPM. Gunakan beberapa jenis borang: - Borang PPM 8 (Pendaftaran Kumpulan) - Borang PPM 1A (Pendaftaran Anggota) - Borang PPM 1B (Borang Kawalan) - Borang PPM 9A (Permohonan Tauliah Pemimpin/ Penolong) Borang boleh diperolehi daripada Pesuruhjaya Daerah, Negeri atau Ibu Pejabat PPM.


Borang PPM 8 (Pendaftaran Kumpulan)


Borang PPM 1A (Pendaftaran Anggota)


Borang PPM 1B (Borang Kawalan) Borang PPM 9A (Permohonan Tauliah Pemimpin/ Penolong)


Borang Ujian Lencana Keahlian Pengakap


PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP


Pakaian Seragam Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja Pakaian Seragam Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja


Pakaian Seragam Pemimpin Pengakap Lelaki Pakaian Seragam Pemimpin Pengakap Perempuan


Protokol Pakaian Seragam Pengakap


Pemakaian Lencana Sebelah Kanan Pemakaian Lencana Sebelah Kiri


Lencana Pangkat PKK PM PR Nama Patrol PKK PM PR


Skim Lencana Kanak-kanak


SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK


SKIM LATIHAN PKK Diadakan untuk membolehkan ahli-ahli Pengakap mengikuti aktiviti-aktiviti dan menunjukkan minat dalam berpengakap (Nian, 2015). Setelah menjalani latihan dengan aktiviti-aktiviti kemahiran berpengakap, Pengakap Kanak-Kanak ini akan dianugerahi dengan lencana-lencana tertentu yang membuktikan bahawa dia telah menjalani ujian tersebut dengan jayanya. Lencana wajib yang perlu diperoleh terlebih dahulu ialah Lencana Keahlian. PKK tersebut perlu meneruskan latihan dengan memilih SATU Lencana Wajib iaitu Lencana Penunggang Basikal atau Lencana Ahli Renang Dalam peringkat PKK ini, TIGA Lencana Kemajuan akan diberikan kepada seseorang ahli yang berjaya mengikuti skim ini, iaitu Lencana Keris Gangsa Lencana Keris Perak Lencana Keris Emas PKK juga perlu memperoleh Lencana Kepandaian dengan DUA dalam Kategori Kegemaran, DUA dalam Kategori Pengetahuan dan DUA dalam Kategori Perkhidmatan.


Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat Lencana Keahlian, seseorang budak itu akan diuji dalam perkara-perkara berikut bagi menentukan bahawa dia faham dan mengerti makna-makna setiap perkara tersebut (Hafidz Azali Mohd Nor, 2018). Untuk lulus Lencana Keahlian, seseorang perlu lulus ujian-ujian berikut:- Lambang pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia Persetiaan Pengakap & Undang-Undang Pengakap Lima Prinsip Rukun Negara Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap Sejarah Pergerakan Pengakap Cerita Hutan Laung Agung Lencana Keahlian Pengakap ini dipakai pada saku kiri kemeja. 1) Lencana Keahlian


1. Mengetahui peraturan keselamatan di air (teori) 2. Menunjuk cara memulakan berenang dan kemahiran keselamatan diri kepada Penilal / Pemeriksa cara turun di air, cara timbul tenggelam, cara tarik dan hembus nafas, menahan nafas (teori). ATAU 3. Cara junam, terjun kaki lurus/junam depan layang (teori) 4. Cara luncur, meniarap, tendang kenibas, cara gaya rangkak tangan dilutut / tangan d atas kepala, Gerak tangan, tendang rejang, meniarap, rangkaian meniarap (teori). 5. Berenang dengan tidak berhenti-henti sejauh 20 meter dengan berpakaian seragam Pengakap Kanak-kanak yang lengkap (di dalam air aras pinggang). 6. Berenang mengapar menimbulkan diri (Mushroom Float). Berenang menyeberang dengan cara terlungkup, terlentang, dengan berbagai cara / gaya biasa. Bila sampai separuh jalan ke jalan yang dituju berbalik semula menghabiskan renangnya dengan gaya yang sama 7. Mengetahui cara mengendalikan jeket keselamatan di air 2) Lencana Wajib 2.1 Ahli Renang Lencana ini diberi kepada Ahli PKK sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam berenang dengan mengetahui peraturan keselamatan di air, kemahiran keselamatan diri, menunjukkan pelbagai kaedah berenang seperti kuak lentang, kuak kupu-kupu, gaya bebas dan mengapar menimbulkan diri (mushroom float).


2) Lencana Wajib 2.2 Penunggang Basikal Lencana ini diberi kepada Ahli PKK sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam berbasikal dengan mengetahui undang-undang jalan raya, menjaga dan membaiki kerosakan kecil basikal dan mengamalkan peraturan berbasikal yang betul. 1. Menyatakan 4 undang-undang jalan raya semasa berbasikal. 2. Mengetahui dan menyatakan kepada Penilai 10 peraturan semasa menunggang basikal. 3. Menunjuk cara memberi isyarat tangan semasa berbasikal. 4. Menyebutkan 10 perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal. 5. Menjaga basikal seperti membaiki kerosakan kecil dan menjaga kebersihannya. 6. Menunggang besikal dengan diperhatikan oleh Penilai / Pemeriksa mengikut jalan yang ditetapkan dan cukup faham mengenal peraturan jalan raya bagi penunggang basikal dan mengetahui undangundang jalan raya yang ditetapkan bagi penunggang basikal termasuk penggunaan jalan simpang, bulatan dan lintasan pejalan kaki.


3) Lencana Kemajuan - Keris Gangsa Lencana ini diberi kepada Ahli PKK, sebagai mengakui minat dan pengetahuan tentang Persetiaan Pengakap, Rukun Negara, amalan Keagamaan, kesihatan dan keselamatan serta pengurusan diri dan keluarga. A. Kesetiaan 1. Menyanyi Lagu Kebangsaan "Negara Ku" dan memahami bagaimana menghormati lagu itu ketika dimainkan. 2. Mengenal Bendera Malaysia dan Bendera Negeri di mana Pengakap Kanak-kanak itu berada 3. Mengetahui Lambang Pengakap Malaysia 4. Mengenal nama penuh Kuasa Penganjur / Guru Besar, Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap KanakKanak kumpulannya. 5. Mengetahui agama-agama di Malaysia serta tempattempat ibadat di kawasan sekitar tempat tinggalnya Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang PKK itu mestilah mendapatkan Lencana Keahlian dan Lencana Wajib terlebih dahulu.


3) Lencana Kemajuan - Keris Gangsa B. Kesihatan Dan Keselamatan 1. Mengetahui kepentingan kesihatan dan kebersihan diri. 2. Mengetahui / menyedari bahayanya menelan apa jua jenis pil atau gula-gula yang diberi oleh orang yang tidak dikenali 3. Mengetahui bahaya bermain benda-benda tajam. Mengetahui bahaya bermain sebarang alat yang mengandungi bahan letupan seperti 4. mercun, mercun buatan sendiri, meriam buluh dan bunga api 5. Mengetahui bagaimana mendapat bantuan pertolongan jika berlaku kemalangan mendapatkan alamat dan nombor telefon Balai Polis, Balai Bomba dan Penyelamat, Doktor den Rumah Sakit, tempat kerja ibu bapa dan keluarga rakan sebaya yang tinggal berhampiran. 6. Mengetahui peraturan berjalan dan menyeberang jalan raya, di tempat menunggu bas, melintas jalan di lampu isyarat, berjalan melalui terowong, jejantas dan lintasan lain-lain


3) Lencana Kemajuan - Keris Gangsa C. Kecekapan 1 Mengetahui Latihan Asas Kawad Kaki 2. Mengetahui cara memanjat tali (tinggi tali tidak lebih dari 3 meter). 3. Mengetahui kedudukan tempat-tempat awam di kawasan tempat tinggalnya dan dapat menunjukkan arah tempat-tempat itu kepada orang yang memerlukan bantuan seperti perhentian bas, keretapi, teksi, Balal Bomba, hospital, Balai Polis, Pejabat Pos dan lain-lain. 4. Menunjukkan cara yang betul memakai dan menjaga pakalan seragam Pengakapriya dan mengetahui peraturan memakai lencana dan lain-lain seperti Lencana Keahlian, Lencana Malaysia, Lencana Wajib Nombor Kumpulan, Nama Daerah dan Negeri 5. Mengetahui segala Isyarat Pengakap dan mengetahui arah tempat yang hendak dituju dengan menggunakan tanda isyarat Sulit Pengakap seperti aut arah ini jangan ikut arah ini, di sini ada air" , "tunggu di sini dan saya sudah pulang 6. Mengetahui cara mengikat Simpul Buku Sila dan kegunaannya.


3) Lencana Kemajuan - Keris Gangsa D. Penyertaan 1. Menjadi ahli perpustakaan sekolah / perpustakaan awam tempatan, menunjukkan Pengakap Kanak-kanak telah membaca sekurang-kurang TIGA (3) buah buku dan dapat menceritakan balik isi ceritanya kepada Pemimpin Pengakapnya. 2. Membuat satu barang permainan rekaan sendiri dari bahan terbuang. 3. Menjalankan SATU daripada aktiviti berikut mengambil bahagian dalam persembahan pertas di sekolah ATAU membuka akaun simpanan E. Perkhidmatan 1 Membantu ibu bapa di rumah setiap hari dengan menyempurnakan tugasnya itu dengan memuaskan (pengesahan dan perakuan ibu bapa dalam buku log). 2. Membantu guru / kakitangan sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah (pengesahan dan perakuan guru/kakitangan sekolah dalam buku log).


Cara Pemakaian Lencana Wajib dan Lencana Kemajuan Keris Gangsa


Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Keris Gangsa, PKK itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran seperti di bawah mengikut minat dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut: Ahli Koleksi Hobi Ahli Koleksi Hobi Peladang Kecil Pembaca Buku 4) Lencana Kepandaian - Kategori Kegemaran Pelukis Penghibur 4.1 Ahli Koleksi Hobi Lencana ini diberi kepada Ahli PKK sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangannya seperti mengumpul pelbagai setem, matawang asing, sampul surat hari pertama, rantai kunci, lencana-lencana Pengakap dan sebagainya. Koleksi hobinya itu mestilah pilihan PKK sendiri (bukan dicadangkan oleh pemimpinnya).


Pilih SATU hobi seperti contoh di bawah: 1. Lima belas (15) jenis setem Malaysia yang berbeza. 2. Menghasilkan buku skrap berbagai tumbuhan / bunga / haiwan / binatang / sejarah / sukan/bangunan / buah-buahan dan lain-lain (pilih satu). 3. Berbagai bentuk pensil dan logonya (sekurang-kurangnya 15 jenis). 4. Berbagai contoh batu batan (sekurang-kurangnya 15 jenis). 5. Berbagai bentuk botol dan penutup botol (sekurangkurangnya 15 jenis). 6. Rupa mata wang asing sama ada kertas / syiling (sekurang-kurangnya 15 jenis). 7. Rantai kunci (key chain) berbagai jenis (sekurangkurangnya 15 jenis). 8. Lencana-lencana Pengakap seperti lencana Perhimpunan, Korobori, Jambori dan koleksi lencana Pengakap antarabangsa dan lain-lain. (Sekurang-kurangnya 10 jenis). 9 Menyediakan sebuah buku (buku hobi) menyatakan perkembangan koleksi hobinya. 10. Lain-lain hobi yang sesuai.


4.2 Ahli Kraf Tangan Lencana ini diberi kepada Ahli PKK sebagai mengakui minat dan kegemaran dalam membuat dan mereka bahanbahan kraf seperti tikar anyaman, wogel, penanda buku, alat permainan, layanglayang dan sebagainya. 1. Mengetahui asas kraf tradisional Anyaman kelarai mata bilis, kelarai siku keluang. (pelajaran anyaman ini boleh diubah sesuaikan mengikut keadaan dengan alam persekitaran kanakkanak sendiri). Tahu bagaimana membuat simpal (woggle) dari bahan yang ditentukan Kulit, buluh, kain sulaman, tali nailon (nylon string), plastik dan lain-lain. Satu hendaklah dibuat untuk kegunaan sendiri dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada teman sebaya atau kepada adik yang baru. ATAU 2. Mengetahui dan membuat Penanda Buku selain dari bahan logam (tin), membuatnya dari bahan kulit, kawat, plastik dan daun. Penanda Buku ini hendaklah direka berbagai bentuk yang menarik dengan hiasan warna, mungkin ditulis dengan katakata hikmat. Membuat satu untuk kegunaan sendiri dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada rakan sebaya atau kepada seseorang yang dikasihi. ATAU 3. Membuat rekaan dari kertas a) Rekaan untuk kegunaan sehari-hari seperti sampul surat / beg / buku dan lain- lain. b) Rekaan binaan seperti topeng sarung kepala, keluarga "Mowgli" c) Rekaan alat permainan seperti buat kapal dari kertas / burung ajaib (fantasi) dan lain-lain.


4.3 Peladang Kecil Lencana ini diberi kepada Ahli PKK sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam menjaga tanaman, memelihara haiwan ternakan, berkebun dengan kaedah-kaedah yang betul. Pilih LIMA (5) sahaja daripada perkara-perkara berikut: 1. Menunjuk cara menyediakan tapak semaian dan memindahkan semaian ke batas yang telah disediakan. 2. Menyediakan batas yang berukuran 8 x 3 x 1 kaki untuk ditanam sayur-sayuran dari tapak semaian. Ambil kira cara membaja semasa penyediaan batas. 3. Menunjukcara menjaga tanaman dari jenis sayuran / keratan / raizom yang telah ditanam di atas batas dan ambil kira cara membaja semasa pokok sedang ditanam. 4. Mengetahui dan menunjukkan (kepada Penilai) bagaimana membuat junjung untuk tanaman sayur jenis pokok yang memanjat seperti pokok timun, kacang panjang dan lain-lain. 5. Tunjukkan (Kepada Pemimpin / Penilai) yang Pengakap Kanak-kanak ada menanam / menjaga pokok pisang, betik atau pokok buah-buahan yang bermusim sama ada yang ditanam sendiri atau oleh ibu /bapa / ahli keluarga sendiri.


9. Tunjukkan Buku Log mengenai catatan ceramah yang Pengakap Kanak-kanak terima dari Pegawai Pertanian atau Guru Sains Pertanian yang programnya telah diatur oleh Pemimpin sendiri. 9.1. Musuh tanaman dan pembajaan yang sesuai; 9.2. Kesuburan tanah; 9.3. Cara menanam sayuran sebelum ditanam dan cara mengalih anak semaian ke batas. 9.4. Saiz petak / batas mengikut peraturan yang tertentu. 9.5. Cara pemeliharaan sayur-sayuran dari mula bercambah hingga mendatangkan daun atau buah. 10. Menunjukkan Buku Log mengenal ceramah yang diterima daripada Pegawai Haiwan atau Guru Sains Pertanian mengenai program yang telah diatur oleh Pemimpin sendiri:- 10.1. Pemeliharaan / Pembelaan baka ternakan yang hendak dipelihara. 10.2. Pemeliharaan binatang belaan semasa kecil (anak-anak) seperti pemberian makanan dan pencegahan penyakit. 6. Menunjukkan (kepada Penilai / Pemeriksa) yang Pengakap Kanak-kanak ada menanam pokok-pokok tanaman yang berubi di dalam tanah seperti ubi keledek, kacang tanah dan sebagainya dengan subur. 7 (a) Memelihara / membela dengan jayanya sekurang-kurangnya 10 ekor anak ayam sebagal ternakan asas. ATAU (b) Memelihara sekurang-kurangnya 10 ekor ikan air tawar di kolam sama ada di sekolah atau di rumah dengan usahasama rakan sebaya dari kumpulan enam sekawan atau bersendirian. 8. Menunjukkan bahawa Pengakap Kanak-kanak telah membantu dan membela haiwan ternakan.


4.4 Pelukis Lencana ini diberi kepada Ahli PKK sebagai mengakui minat dan pengetahuan dalam mengisi masa lapangnya dengan melukis, kaedah mewarna yang betul, membina arca dan mempunyai koleksi lukisan yang menarik. Pilih EMPAT (4) sahaja. 1. Melukis di hadapan Pemeriksa / Penilai dengan apa jua bahan lukisan satu gambaran Marga dari Cerita Rimba "The Jungle Book" karangan Rudyard Kipling yang menjadi bahan penting dalam rancangan latihan Pengakap Kanakkanak. Buat SATU watak.


2. Melukis pelangi dengan warnanya serta menamakan tiap-tiap warna itu dan satu rajah menunjukkan pusingan warna (Colour Wheel). 3. Mengetahui warna yang dikatakan 'primary colours', dan 'secondary colours' serta menunjukkan cara pengandunan warna cecair (Water Colour) yang menjadikan warna hijau, biru, oren, biji kundang, biru tua, hijau tua dll. 4. Melukis di hadapan Pemeriksa / Penilai dengan apa jua bahan satu gambaran dari satu peristiwa yang telah berlaku atau satu watak dalam sebuah cerita pendek yang diceritakan oleh Pemeriksa / Penilai. Lukisan itu dibuat di atas sekeping kertas berukuran 25 cm x 30 cm. 5. Membuat Kad Ucap Selamat ciptaan Pengakap Kanak-kanak sendiri yang menggambarkan satu daripada lima perayaan; Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Krismas dan Hari Wesak. 6. Pilih SATU Kegiatan di bawah ini:- 6.1. Membuat sebarang rekaan corak dari bahan terbuang sama ada cetakan, mozek, ubin tanah liat, mural, hiasan dinding, kolaj, yang motifnya berdasarkan tulisan huruf dan angka, corak tradisi, corak bebas, geometri dan rekaan manusia. 6.2. Membentuk dan membuat binaan (dari bahan terbuang) seperti bentuk tiga dimensi, arca, asemblaj, topeng dan anyaman asas yang motifnya berdasarkan alat permainan, bentuk lembaga, bangunan, bentuk berdasarkan cerita dongeng, sejarah, fantasi dan haiwan. 6.3 Memperkenalkan kraf tradisional dari bahan yang Pengakap Kanak-kanak sediakan sendiri seperti lukisan, ukiran, garisan dan tekanan yang motifnya berdasarkan yang terdapat dalam seni anyaman dan seni tembikar 7. Menunjukkan kepada Pemeriksa / Penilai. Buku Lukisan itu mesti mengandungi sekurang-sekurangnya 20 tajuk lukisan dari berbagai jenis.


4.5 Pembaca Buku Lencana ini diberi kepada Ahli PKK sebagai mengakui minat dan pengetahuan mereka dalam membaca dengan cekap pelbagai jenis buku seperti buku sastera kanak-kanak, kamus, ensiklopedia dan menjadi Ahli Perpustakaan Sekolah atau Tempatan. Pilih EMPAT (4) sahaja. 1. Menyediakan daftar sekurang-kurang 8 buah buku yang telah dibaca serta faham melalui bahan sastera berikut: a) Prosa tradisional seperti hikayat hasil sastera dan sejarah. b) Prosa moden seperti petikan daripada buku-buku pengetahuan sains, sejarah, geografi, ekonomi dan sebagainya. Novel, cerpen, drama, pengumuman, pengisytiharan, akhbar, majalah, iklan dan rencana. c) Puisi tradisional seperti pantun, seloka, gurindam, syair, dan bahasa berirama (klasik). d) Puisi moden seperti sajak dan bahasa berirama moden, e) Prosa dan Puisi Bahasa Malaysia / Inggeris / Bahasa Ibunda.


2. Boleh membaca dengan cekap dengan menepati tanda-tanda bacaan. Melafazkan perkataan dengan menggunakan intonasi sewajarnya dan membuat bacaan, difahami serta berkesan. 3. Membuat kritikan atas isi petikan bacaan mengikut kemampuan umur dan boleh membuat telahan. 4. Boleh menterjemah petikan yang penting daripada bacaanya secara lisan atau bertulis dengan meringkaskan perkataan yang panjangnya kira-kira 150 perkataan. 5. Menghuraikan maksud petikan, ungkapan, kata-kata dan peribahasa. 6. Mengetahui menggunakan kamus, ensaiklopedia dan membuat kamus sendiri dan kata-kata baru yang dipelajari. 7. Menjadi ahli perpustakaan sekolah / tempatan serta turut memberi khidmat sukarela seperti memelihara, mengemas dan menjaga kebersihan perpustakaan dan mengetahui mengapa perpustakaan harus dipelihara.


4.6 Penghibur Lencana ini diberi kepada Ahli PKK sebagai mengakui minat dan pengetahuan mereka dalam berhibur dengan menyanyi, bermain alat muzik, menari dan menjadi Juruacara Persembahan. Pilih LIMA (5) sahaja. 1. Memilih dan memainkan tiga lagu dengan alat muzik berikut - a) Lagu kanak-kanak, jenaka, asli dan patriotik. b) Lagu Tradisi Masyarakat Lagu setempat seperti "Rasa Sayang" atau lagu asing seperti "Red River Valley" dan sebagainya. c) Lagu Tarian Asli. d) Lagu Pengakap. 2. Boleh menyanyi dua buah lagu: Satu patriotik dan lagi satu lagu. 3 Mengajar dua buah lagu atau SATU tarian kepada sekawan Pengakap Kanak-kanak. 4. Mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu tarian tradisional atau taridra. 5. Mengetahui menggunakan alat perakam dan radio kaset.


6 Boleh bertindak sebagai Juruacara persembahan atau pertunjukan. 7. Boleh memainkan sekurang-kurang dua jenis alat muzik Genderang seperti kerincing, kastenet, simbal, kayu toktok, tamborin, dram samping, dram tenor, melodian, loceng rekoder dan serunai. Cara Pemakaian Lencana Kepandaian (Kegemaran)


5) Lencana Kemajuan Keris Perak Lencana ini diberi kepada Ahli PKK sebagai mengakui pelbagai kemahiran, kegiatan luar dengan memperkenalkan asas berdikari dan perkhidmatan seperti kebersihan diri, rumah dan persekitaran. A. Kesetiaan 1. Mengetahui nama penuh D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, D.Y.M.M. Raja Permaisuri Agong. D.Y.M.M. Sultan dan Sultanah atau T.Y.T. Yang Di Pertua Negeri dan Isterinya, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri berkenaan. 2. Mengetahui dan mengenali Pesuruhjaya Daerahnya. 3 Mengetahui rukun sembahyang agama masing-masing. B. Kesihatan dan Keselamatan 1. Mengetahui cara menjaga kebersihan diri dan persekitaran. 2. Mengetahui faedah senaman. 3. Mengetahui cara memberhentikan darah yang keluar dari hidung.


Click to View FlipBook Version