4. Mengetahui bahaya aliran letrik dan gas dan cara mengelakkannya apabila menggunakan alat elektrik di rumah seperti seterika, kipas angin, pembakar roti, dapur gas dan lain-lain. 5. Mengenal dan mengetahui kegunaan isi kandungan peti pertolongan cemas. C. Kecekapan 1. Mengukuhkan pengetahuan asas kawad kaki Lencana Keris Gangsa dan mengetahui Latihan Asas Perbarisan 1.1. Buka Barisan 1.2. Tutup Barisan 2. Mengukuhkan asas ikatan Buku Sila dan mengetahui cara mengikat Bunga Geti dan Simpul Sentak serta kegunaannya. 3. Mengetahui cara memasang, mengibar, menurun dan melipat bendera. D. Penyertaan 1. Mengetahui 5 jenis haiwan dan sifat khususnya. 2. Mengetahui cara tumbuhan mendapatkan makanan serta cara menyimpan makanan. 3. Mengetahui cara mengelakkan makanan menjadi tercemar. 4. Mengetahui asas penggunaan komputer.
5. Mengetahui penggunaan telefon awam / persendirian dengan menggunakan wang syiling / kad telefon ketika mendail dan faham menggunakan Buku Panduan Telefon. E. Perkhidmatan 1. Mengetahui dan memahami isyarat wisel. 2. Mendengar syarahan atau ceramah dan membuat catatan 3. Mengetahui cara memberi pertolongan kepada seseorang di air dengan menggunakan peralatan. (Ingatan : Pertolongan ini adalah latihan asas sahaja) Cara Pemakaian Lencana Wajib dan Lencana Kemajuan Keris Perak
6) Lencana Kepandaian - Kategori Pengetahuan Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Keris Perak, Pengakap kanak-kanak itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Pengetahuan seperti dibawah mengikut kemahiran dan pengetahuannya dalam aktiviti-aktiviti lencana: Ahli Olahraga Ahli Pasukan Permainan Ahli Sains Pencinta Alam Semulajadi Pembaca Peta Pemeliharaan Alam Sekitar Pengembara
6.1 Ahli Olahraga Lencana ini diberi kepada Ahli PKK sebagai mengakui mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam bidang kesukanan dan olahraga dengan mengambil bahagian dalam acara seperti berlari, melompat tinggi, melontar peluru dan sebagainya. 1. Mengetahui apakah MSSD / MSSM/SUKMA dan Majlis Sukan Negeri serta menerangkan secara ringkas mengapa majlis-majlis diadakan dan bagaimana Pengakap Kanak- kanak boleh membantu, khasnya bagi peringkat Sekolah Rendah. 2. Mengetahui jenis makanan yang membina kesihatan untuk bersukan 3. Mengambil bahagian dengan tiga percubaan bagi acara sukan :- 3.1. Lari 100 meter 20 saat 3.2. Lari 200 meter 50 saat 3.3. Lompat tinggi 0.8 meter 3.4. Lontar peluru 6 paun 5 meter Catatan: Wakil sekolah ke peringkat daerah boleh dianugerah lencana ini
6.2 Ahli Pasukan Permainan Lencana ini diberi kepada Ahli PKK sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam bidang pasukan permainan seperti bola sepak, bola tampar, sepak takraw, ping pong dan sebagainya dan mewakili pasukan di peringkat sekolah, daerah atau negeri. Mengetahui undang-undang dan peraturan mengenai SATU jenis permainan berikut bola sopak, bola tampar, badminton, rounders, hoki, sepak takraw, ping-pong, bola baling dan bola jaring 2. Membuktikan yang Pengakap Kanak-kanak itu boleh bermain sekurang-kurang dua (2) permainan pasukan. 3. Menunjukkan yang ia terlibat sebagai pemain dalam peringkat rumah sukan, sekolah, daerah/negerinya. 4. Menunjukkan yang ia bermain dengan jujur dan mencontohkan semangat kesukanan dalam pasukan permainannya 5. Mengetahui cara menjaga dan menyimpan alat permainan pasukannya setelah digunakan. 6. Mengetahui cara membersihkan badan setelah bermain.
6.3 Ahli Sains Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu sains seperti membuat ujikaji, membuat kamera lubang halus, menyambung litar, elektro magnet dan sebagainya Pilih EMPAT (4) sahaja 1. Menunjukkan satu eksperimen bahawa api yang menyala itu memerlukan udara. 2. Membuat pelangi tiruan dengan memecahkan cahaya yang mengandungi spektra. 3. Menunjukkan bagaimana menyambungkan litar elektrik dengan bateri dan menghubungkan litar itu ke baten dan bagaimana mengawal aliran elektrik dengan menggunakan suis dan bagaimana menggunakan lampu isyarat. 4. Membuat kamera lubang halus dan menyatakan sebab yang menjadikan bayang gambar atau area yang dilihat pada layar kamera itu menjadi terbalik. 5. Membuat teropong Intip yang mudah dengan menggunakan dua keping cermin. 6. Membuat elektromagnet yang mempengaruhi kemagnetan pada sekeping besi dan menerangkan apa akan terjadi pada besi jika arus elektrik tidak mempengaruhi kegunaannya lagi. 7. Membuat arus elektrik yang mudah didapati dari bateri. 8. Membuat teropong besar atau teropong pembesar yang menggunakan dua keping cermin kanta lensa. 9. Menunjukkan bagaimana berlaku tekanan udara dan air.
6.4 Pencinta Alam Semulajadi Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam menjaga dan mencintai alam semulajadi seperti membersihkan kawasan sungal, mengutip sampah di tepi pantai dan sebagainya Pilih TIGA (3) sahaja. 1. Menyimpan catatan harian berkenaan dengan kejadian harian selama tidak kurang dari empat bulan mengenai satu daripada perkara di bawah ini a) Tumbuh-tumbuhan b) Kehidupan burung c) Kehidupan di tepi pantai, perigi, kolam dan kehidupan dalam sungai d) Pelbagai jenis batu fosil dan batu lontar e) Kupu-kupu, rama-rama, gegat dan lain serangga f) Kawan dan musuh pokok tanaman di kebun g) Pokok pakis, rumput-rampai lain-lain.
2. Memelihara binatang belaan dan ternakan sekurangkurang 3 bulan dan menyimpan catatan mengenainya. Pengakap Kanak-kanak boleh membicarakan pemerhatiannya seperti kegemaran dan makanan binatang tersebut. 3. Mengambil bahagian dalam satu projek di bawah bersama Pengakap Muda atau bersama sekawan sendiri (Pilih SATU (1) sahaja): 3.1. Membersihkan tempat perkelahan, tepi jalan, pantai, tepian tasik. ATAU 3.2. Menanam pokok bersama Pengakap Muda. Pokok hiasan atau pokok rimbun di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolahnya. ATAU 3.3. Membersihkan kawasan rumah dan halaman / kebun di belakang rumah dan sekolah. 4. Membuat carta cuaca di dalam Buku Log selama 1 bulan dan dapat menerangkan bagaimana dengan keadaan tumbuhan dan alam sekitar terlibat dengan cuaca. 5. Membuat Buku Skrap mengenai Pencemaran Alam Sekitar.
6.5 Pembaca Peta Lencana ini diberi kepada Ahli PKK sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam ilmu geografi seperti arah mata angin, bearing, jenis-jenis peta dan menggunakan kompas. Pilih TIGA (3) sahaja. 1. Melukis Mata angin 8 pecahan dan menunjukkan arah kedudukan mata angin itu dengan berpandukan arah matahari terbit dan matahari terbenam. ATAU Melukis mata angin 16 pecahan yang menunjukkan mata angin utama yang terdapat dalam sebuah kompas. Mengetahui arah mata angin yang 16 itu dengan berpandukan arah utara. 2. Melukis Petunjuk dengan menggunakan simbol dan warna pada sebuah peta. 2.1 Jalan raya, jambatan 2.2 Jalan keretapi 2.3 Bangunan (kediaman, masjid, gereja, tokong, kuil) 2.4. Sungai dan tali air. 2.5 Tumbuhan (getah, nanas, kelapa, padi, kelapa sawit dan hutan).
3. Melukis sebuah peta kasar sekitar tempat kamu tinggal, tandakan petunjuk seperti bangunan, tanaman sungai dan lain-lain. 4. Mencari sudut bearing Melukis dengan menggunakan alat geometri sudut 075° , 025° ,120° dan 245° dan lainlain. 5. Berjalan kaki sejauh 5 kilometer bersama sekawan di kawasan persekitaran sekembalinya memberi laporan atas perkara yang ditetapkan (seperti mendapatkan maklumat dari satu tempat yang ditetapkan) dan membuat lakaran berkenaan. 6.6 Pemeliharaan Alam Sekitar Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam memelihara, menjaga dan mencintal alam sekitar seperti membersihkan taman rekreasi, kawasan sekolah dan mengamalkan kaedah kitar semula. Pilih TIGA (3) sahaja. 1. Jawab satu sahaja dari (a) (b) dan (c) a) Menyatakan kepada Penilai / Pemeriksa sama ada secara lisan atau bertulis dengan bantuan rajah, apakah yang dikatakan "Alam Sekitar
b) Apakah yang dikatakan "Kitaran Oksigen (Oxygen Circle). c) Menyatakan apakah yang dikatakan "Kitaran A (Water Circle). 2. Isikan dalam Buku Log Peribadi beberapa rajah dan gambar tentang bagaimana cahaya, air, udara dan mineral (galian) tumbuhan dan haiwan menghasilkan makanan untuk kehidupan manusia. D 3. a) Senaraikan nama benda-benda yang ditemui dalam ekspedisi yang dirancangkan seperti benda-benda hidup, haiwan, tumbuhan ke dalam Buku Log Peribadi. b) Keluar ke satu kawasan tanah lapang bersama rakan sebaya sama ada dalam atau bersama Pengakap Muda dan menerangkan di dalam Buku Log (Kepada Penilai / Pemeriksa) sekurang-kurang 8 jenis binatang yang kamu temul (binatang kehidupan luar) seperti mamalia, reptilia, burung/unggas dan moluska (Karangan laut seperti kerang, siput, lintah, tiram dan lain-lain) c) Keluar mengembara ke satu kawasan bersama rakan sebaya dalam Pek atau Patrol Pengakap Muda dan membuat penyiasatan kehidupan pokok-pokok saka / rendang. Gunakan daun pokok yang disiasat untuk ditampal ke dalam buku log. Tulis maklumatnya. 4. Menerangkan kejadian hujan serta menunjukkan kepada Pemeriksa satu carta cuaca yang telah disediakan sekurangkurangnya dalam tempoh masa tidak melebihi dua minggu, menyatakan dalam Buku Log Peribadi apakah kesan udara terhadap alam sekitar di tempat sendiri.
5. Menerangkan (kepada Pemeriksa) sekurangkurangnya 6 maklumat yang dipetik dari akhbar / majalah mengenai berita semasa yang menjadi masalah kepada manusia berkaitan dengan pencemaran alam sekitar ini. 6. Buat buku skrap mengenai SATU daripada perkara berikut : 6.1 Pembuangan bahan sisa kilang 6.2 Pembuangan sampah-sarap 6.3 Pembuangan bangkai 6.4 Pembuangan atau tumpahan minyak Nyatakan punca yang menyebabkan pencemaran alam sekitar berkenaan. 7. Mengambil bahagian dalam SATU aktiviti berikut : 7.1 Memberi perkhidmatan sukarela berkenaan pemeliharaan alam sekitar seperti membersihkan taman rekreasi kanak-kanak, kawasan sekolah, kawasan rumah dan masjid / rumah ibadat. 7.2 Memelihara pokok atau berkebun di kawasan sekitar rumah sendiri atau kawasan sekolah. 8. Menerangkan kepada Pemeriksa aktiviti pemerhatian dan pengecaman dan nyatakan segala maklumat yang ditemui. Catatkan di dalam buku log dan nyatakan penyesuaian bagi keselamatan tumbuhan.
9. Menyenaraikan di dalam buku log tugas berkaitan dengan Pemeliharaan Alam Sekitar yang telah disempurnakan. 9.1 Bagi diri sendiri 9.2. Bagi Keluarga 9.3. Bagi masyarakat 6.7 Pengembara Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam mengambil bahagian pelbagai jenis pengembaraan dan mengetahui cara-cara berkhemah. Pilih LIMA (5) sahaja. 1. Menerangkan (kepada Pemeriksa) persediaan yang perlu dibekalkan untuk sehari mengembara dan menjelajah ke kawasan luar bandar atau ke pinggir kampung; membuat peruntukan perbelanjaan, pakaian yang patut dan sesuai. alas kaki, bekalan peribadi, lainlain alat dan alatan ubatan untuk pertolongan cemas dan makanan. 2. Mengambil bahagian dalam pengembaraan jauh. (Pengembaraan Pengakap Kanak- kanak). 3. Menghidupkan api di luar / di tempat lapang dengan menggunakan bahan bakaran yang dijumpai dan membuat minuman panas.
4. Merintis jalan ke satu tempat yang jauhnya satu kilometer dengan berpandukan pedoman isyarat sulit pengakap yang dibuat ditulis di atas tanah. 5. Mengetahui cara mengisi barang keperluan ke dalam beg untuk mengembara supaya semua peralatan nampak kemas dan senang dibawa. 6. Mengetahui cara mendirikan khemah ringkas untuk berteduh dan menurunkan khemah ponco dan mengetahui sebelum mendirikan khemah itu, kedudukan arah angin, arah cahaya matahari. 7. Mengetahui undang-undang jalan raya berkaitan dengan kemalangan semasa dijalan raya dan peraturan berjalan kaki. Cara Pemakaian Lencana Kepandaian - Pengetahuan
7) Lencana Kepandaian - Kategori Perkhidmatan Setelah memperolehi Lencana Kepandaian- Kategori Pengetahuan, Pengakap kanak-kanak itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Peerkhidmatan seperti dibawah mengikut kemahiran dan pengetahuannya dalam aktiviti-aktiviti lencana: Pekerja Am Pengurus Rumah Penyelamat Nyawa Ahli Pertolongan Cemas 7.1 Pekerja Am Lencana ini diberi kepada Ahli PKK sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dalam perkara pekerjaan am seperti menyusun atur peralatan pertukangan, membersihkan alat perkebunan, mencuci pakaian, mengecat dan sebagainya. Lakukan LIMA (5) bahagian sahaja dari 12 bahagian yang dicadangkan.
1. Mencuci kenderaan seperti motokar, motosikal atau skuter dengan tunjuk ajar orang dewasa. 2. Dengan tunjuk ajar orang dewasa membantu orang dewasa menukar tayar basikal. 3. Mengetahui menukar mentol lampu basikalnya, menegangkan rantai. 4. Menunjukkan cara bagaimana menggunakan alat pertukangan seperti tukul besi, gergaji, spana, pelayar, pisau, kapak dan bagaimana memelihara alat itu selepas digunakan. 5. Membuat satu benda permainan kanak-kanak daripada kayu dengan menggunakan alat pertukangan. 6. Mengetahui cara membersihkan dan memasang sumbu lampu minyak dan sumbu dapur minyak. 7. Menjahit butang pada baju atau pada seluar, atau menjahit lencana Pengakap di baju dengan sempurna. 8. Mencuci rumah termasuk longkang, tandas dan membersihkan sekeliling rumah. 9. Menunjukkan bagaimana persediaan untuk persiapan kerja mengecat di permukaan yang tegak dan mengetahui bagaimana mencuci berus cat yang telah digunakan.
10. Mencuci dan menggosok baju dengan setenika. 11. Membersihkan alat perkebunan seperti cangkul tajak, pongkes dan lain-lain selepas digunakan. 12. Menyusun-atur alat pertukangan dan alat perkebunan dalam bilik simpanan /stor untuk menjaga keselamatan kanak-kanak. 7.2 Pengurus Rumah Lencana ini diberi kepada Ahli PKK sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan dalam perkara pengurusan rumah seperti menyediakan minuman panas, memasak nasi, menyiapkan hidangan, menyapu sampah, mengemaskan bilik tidur dan sebagainya. Pilih LIMA (5) sahaja. 1. Menyediakan SATU jenis minuman panas seperti seteko kopi, teh, milo dan lain-lain sama ada bersusu atau tidak; menunjukkan cara menghidangkannya kepada tetamu. 2. Menyediakan SATU jenis minuman yang menyegarkan seperti air limau manis, limau nipis atau air nenas, air tembikai, air kelapa dan lain-lain.
3. Menyediakan sup (rebusan) yang ringkas dari bahan makanan segera atau menggoreng telur, merebus telur, bahan makanan segera seperti Burger dan Hotdog. 4. Memasak nasi atau bubur atau nasi goreng untuk hidangan dua orang. 5. Menggoreng ikan / udang / sardin / keledek / pisang / tauhu untuk hidangan dua orang. 6. Membantu menyiapkan hidangan di meja makan, mencuci pinggan mangkuk, periuk belanga dan lain-lain. 7. Menyapu, mengibas habuk dan mengemaskan bilik tempat tidur. 8. Mencuci pakaian seragam Pengakap dan pakaian sekolah sendiri serta pakaian peribadi seperti seluar dalam, stokin, kasut dan lain-lain. 7.3 Penyelamat Nyawa Lencana ini diberi kepada Ahli PKK sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan menyelamat nyawa seperti memulihkan pernafasan CPR, berenang, memadam kebakaran dan meminta pertolongan pihak BOMBA DAN PENYELAMAT, POLIS dan JPAM.
1. Pemegang lencana Ahli Renang 2. Menunjukkan cara terjun ke air dengan cara luncur meniarap dan tendang keribas (bantuan tenaga Pengajar diperlukan semasa tunjukcara ini dan berenang sejauh sekurang-kurangnya 50 meter). 3. Menunjukkan cara berenang gaya tangan di atas kepala, rangkaian meniarap, kuak dada di dalam air. 4. Menunjukkan cara membantu orang lemas dalam air dengan cara a) Memegang rambut si malang dari belakang b) Mengangkat kepala si malang dari belakang c) Memegang baju si malang: d) Menyelamat menggunakan tali; e) Melontar tali, kayu pendayung dan sebarang kayu 5. Menunjukkan cara memulihkan penafasan (CPR) dari mulut ke mulut. 6. Mengetahui cara menyelamat diri bila berlaku kebocoran paip tangki gas yangberacun, memahami cara meminta pertolongan dan bantuan daripada pihak yang sewajarnya. 7 Memahami / mengetahui cara menyelamat dari api, Memahami isyarat kebakaran di bangunan besar dan cara memecahkan kaca penggera kebakaran. 8. Menunjukkan cara menyelamat diri dalam kebakaran.
7.4 Ahli Pertolongan Cemas Lencana ini diberi kepada Ahli PKK sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan memberikan perkhidmatan pertolongan cemas seperti memberhentikan pendarahan, membalut luka, menjaga peti pertolongan cemas dan membuat anduh. 1. Mengetahui isi kandungan dan mengetahui menggunakan serta menjaga peti pertolongan cemas. 2. Mengetahui keupayaan memberi pertolongan cemas dan mengetahui mustahaknya mendapatkan bantuan atau pertolongan dari orang dewasa yang berpengalaman. 3. Mengetahui cara bertindak memberi rawatan sementara kepada mangsa kemalangan yang dalam keadaan terkejut (shock). Terangkan kepada Pemeriksa / Penilai sekurang-kurangnya cara yang diperlukan. 4. Menunjukkan bagaimana memberhentikan darah keluar dari hidung. 5. Mengetahui sekurang-kurangnya 5 tempat nadi terpenting dan tahu cara 5 menahandarah yang keluar daripada badan pesakit Sebagai perawat sementara, Pengakap Kanak-kanak hendaklah menunjukkan cara penahan darah keluar dari bahagian arteri paha, lengan, selangka, leher, muka, pelapis, belakang dan kepala.
6. Mengetahui bagaimana mencuci dan membalut luka dan mengetahui menggunakan jenis pembalutan termasuk pembalut tiga segi dan membuat anduh. 7 Menunjukkan cara merawat pesakit (dalam) hal memberi kerehatan, keselesaan keriangan. 8. Mengetahui cara memadamkan pakaian yang terbakar dan merawat secara kecemasan kulit yang terbakar atau melecur. 9. Mengetahui cara mengubati gigitan dan sengatan serangga selain dari gigitan ular, jengking dan semburan beracun. 10. Mengetahui cara menolong orang pengsan / pitam selain dari terkena kejutan elektrik. 11. Mengetahui cara membuat panggilan kecemasan kepada Pemeriksa / Penilai seperti memanggil Polis, Bomba dan Ambulan dengan jelas dan betul serta mengetahui tindakan yang perlu diambil apabila menemui kemalangan atau lain-lain kecemasan pelanggaran kenderaan yang menyebabkan kemalangan.
Cara Pemakaian Lencana Kepandaian - Perkhidmatan
8) Lencana Kemajuan Keris Mas Setelah memperolehi kesemua Lencana Kepandaian iaitu Kategori Kegemaran (2), Pengetahuan (2) dan Perkhidmatan (2), Pengakap Kanak-kanak itu perlu meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan Lencana Kemajuan Keris Emas seperti dibawah mengikut aktivitiaktiviti lencana tersebut: Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak, sebagai mengakui kebolehan dan keberanian serta penghargaan diri dalam menjalankan tanggungjawab dan kepimpinan seperti Kepimpinan Ketua Enam Sekawan, khidmat Masyarakat, aktiviti luar dan Pertolongan Cemas. A. Kesetiaan 1 Menyanyi sekurang-kurangnya 2 buah lagu patriotik. 2. Mengenali Jata Negara dan lambang negeri masingmasing. 3. Mengetahui nama dan mengenali tokoh tempatan. 4. Mengetahui nama penuh dan mengenali Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. 5. Mengamalkan ajaran agama masing-masing.
B. Kesihatan dan Keselamatan 1. Mengetahui sekurang-kurangnya LIMA peraturan hidup sihat dan bahagia. 2. Mengetahui bagaimana mengatasi sakit selsema dan menjauhkannya 3. Mengetahui maksud pertolongan cemas dan cara mendapatkan bantuan kecemasan. 4. Mengetahui bagaimana membuat anduh; (kepala, tangan, tapak tangan, lutut dan kaki). 5. Menghasilkan sebuah Buku Skrap dari media suratkhabar, majalah atau internet yang ada mesej; Anti Dadah ATAU Bahaya Merokok, ATAU Keracunan Makanan. C. Kecekapan 1. Mengukuhkan Latihan Asas Perbarisan Lencana Keris Gangsa dan Perak dan seterusnya mengetahui perintah "Langkah ke Sebelah" , "Cepat Jalan" , "Berhenti™ dan "Hormat" 2. Mengetahui latihan asas Ala Komando seperti Merangkak, merangkak di bawah jaring/jala, bergayut pada tali, meniti kayu dan bergayut, gayut monyet.
3. Mengukuhkan kemahiran ikatan: Buku Sila (Keris Gangsa), Bunga Geti dan Simpul Sentak (Keris Perak). Mengetahui cara mengikat simpulan Tindih Kasih, Simpul Manuk dan Lilit Dua Simpul serta kegunaannya. 4. Demontrasi mendiri dan menurunkan khemah serta melipatnya dalam sekawan. D. Penyertaan 1. Menyatakan 5 jenis pokok hutan dan kegunaannya kepada manusia. 2. Membuat SATU daripada perkara-perkara di bawah, mengikut pilihan Pengakap Kanak-kanak sendiri. 2.1 Sebuah kotak tempat menyimpan alat-alat Pertolongan Cemas atau sebuah kotak untuk surat-surat atau sebuah kotak untuk menabung wang semuanya dibuat dari bahan terbuang. ATAU 2.2. Membuat patung sarung jari puppet / patung puppet bertali yang boleh digerak- gerakkan dan membuat panggung puppet. ATAU 2.3 Membuat layang-layang yang boleh dinaikkan ke udara. ATAU 2.4 Mengetahui membaiki sekurang-kurangnya satu jenis permainan kanak-kanak yang menggunakan bateri 3. Menyanyi sekurang-kurangnya DUA buah lagu Pengakap Malaysia
E. Perkhidmatan 1 Bersama sekawan / Pek membersihkan kawasan rumah / sekolah / rumah ibadat / tempat awam. 2. Membantu Pemimpin untuk persiapan Pek Bercuti / Perkhemahan. 3. Melukis peta lakar kawasan tempat tinggal sendiri. Cara Pemakaian Lencana Kemajuan Keris Emas
9. Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Kanak-kanak Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri Setelah mendapat Lencana Kemajuan Keris Emas dan Tujuh Lencana Kepandaian iaitu SATU Lencana Wajib, DUA Lencana Kegemaran, DUA Lencana Pengetahuan dan DUA Lencana Perkhidmatan Pengakap Kanak-kanak itu layak memakai Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Kanakkanak (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri) dengan syarat: 1. Telah memakai Lencana Keris Emas selama 1 bulan 2. Berkelakuan baik 3. Menunjukkan sikap kepimpinan yang boleh dicontohi 4. Dicalonkan oleh Pemimpin Kumpulan Catatan: Rambu Pengakap Kanak-kanak ini boleh dipakai sehingga Pengakap mendapat Anugerah Rambu Pengakap Muda. Anugerah Rambu dan Sijil dikeluarkan oleh Persekutuan Pengakap Negeri masing-masing dan ditandatangani oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri.
Cara Pemakaian Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Kanak-kanak (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri)
Cara Memasang Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Kanak-kanak (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri)
MERANCANG PROGRAM / AKTIVITI BERKUMPULAN
SUMBER RUJUKAN
Sekian Terima Kasih