5. Seorang renjer hutan ingin memasang perangkap di dua lokasi dengan
koordinat (a, 6) dan (7, 1). Dua lokasi itu terletak pada lajur yang sama
dalam suatu satah Cartes. Apakah nilai bagi a?
6. Rajah berikut menunjukkan peta topografi tempat tinggal Salva yang
dilukis pada satah Cartes.
y (km)
36 2
33
30 KOORDINAT
27
24 x (km)
21
18
15
12
9
6
3
0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20 22 24 26 28 30 32 34 36
Petunjuk Jalan Rumah Salva Sekolah
Tasik Masjid Stesen Minyak Pejabat Pos
Getah Pasar
Kelapa Sawit
(a) Nyatakan skala yang digunakan pada:
(i) paksi-x (ii) paksi-y
(b) Nyatakan koordinat bagi setiap tempat berikut:
(i) Pejabat pos (ii) Sekolah (iii) Pasar
(iv) Stesen minyak (v) Rumah Salva (iv) Masjid
(c) Salva bergerak dari rumahnya 4 unit mengufuk ke kanan dan 3 unit
mencancang ke atas. Kira jumlah jarak, dalam km, pergerakan Salva.
(d) Apakah kedudukan terakhir Salva?
93
PERMAINAN KOORDINAT SEGI EMPAT
1 kumpulan: 3 orang (1 orang melambung dadu,
1 orang menanda koordinat, 1 orang pencatat)
Bahan: 2 biji dadu (1 berwarna biru dan 1 berwarna merah), 10 kad
warna (mewakili warna pilihan kumpulan), kapur warna (ikut
warna kumpulan), pita ukur (untuk membina garis petak),
pembaris, borang.
Tugasan: Membina sebuah segi Layari laman sesawang SIamybaas
empat (segi empat sama, http://bit.ly/2YWhfFh
segi empat tepat, segi
empat selari, trapezium untuk material aktiviti.
(Dicapai pada 31 Mei 2019)
atau layang-layang) berdasarkan
kedudukan koordinat yang ditandai hasil
daripada lambungan dadu.
Contoh segi empat
Segi empat sama Segi empat tepat Segi empat selari
Trapezium Layang-layang
94
Cara bermain: 2
1. Setiap kumpulan membina tapak
KOORDINAT
6 × 6 petak pada gelanggang
badminton, bola jaring sekolah atau
sebagainya yang sesuai.
(Boleh juga gunakan lantai kelas jika
dibina daripada jubin), Tandakan
dan labelkan paksi-x dan paksi-y
padanya untuk dijadikan satah
Cartes.
2. Seorang murid melambung dadu biru dan menyebutkan nombor.
Kemudian, dia melambung dadu merah dan menyebutkan nombor.
3. Murid yang kedua menyebutkan koordinat tersebut dan menandakan
titik itu dengan menggunakan kad warna kumpulan.
4. Murid yang bertugas sebagai pencatat perlu mencatat dalam borang
mengikut butiran.
Contoh:
Kumpulan A (KAD WARNA HIJAU)
Bilangan Dadu biru Dadu merah Koordinat Catatan
balingan (paksi-x) (paksi-y)
1 4 6 (4, 6)
2 2 1 (2, 1)
3 4 3 (4, 3)
4 5 4 (5, 4)
5
6
5. Murid dalam setiap kumpulan perlu mengulangi aktiviti sehingga
dapat membentuk sebuah segi empat dengan empat koordinat yang
ditandakan. Lukiskan garisan sambungan untuk menghasilkan segi
empat itu. Kemudian namakan segi empat yang dihasilkan.
6. Buat aktiviti lebih mencabar dengan membentuk corak tertentu
seperti bentuk bintang.
95
3 Kewangan
Wang ialah medium yang digunakan untuk perbelanjaan harian seperti
membeli makanan, membeli barang, membayar bil telefon, belanja perubatan,
hiburan, peruntukan kecemasan dan lain-lain. Maka adalah penting untuk kita
mengetahui perkara asas berkaitan kewangan.
3.1 Pengiraan yang melibatkan aspek kewangan.
Selepas belajar bab ini, murid dapat:
3.1.1 Menentukan pendapatan dan perbelanjaan.
3.1.2 Mengira harga barangan selepas diskaun, tanpa dan dengan menggunakan
kalkulator.
3.1.3 Menentukan:
i. Simpanan dan hutang.
ii. Untung dan rugi.
3.1.4 Menyelesaikan masalah yang melibatkan:
i. Pendapatan dan perbelanjaan.
ii. Diskaun.
iii. Simpanan dan hutang.
iv. Untung dan rugi.
96
Pendidikan kewangan amat penting agar
kita dapat menggunakan wang secara
bijak dalam kehidupan harian.
CONTOH
3
KEWANGAN
Kata Kewangan Simpanan Perbelanjaan Diskaun Rugi
Kunci Pendapatan Hutang Harga kos Harga jual Untung
Nota Guru 97
• Bincangkan peranan wang dalam kehidupan harian.
3.1 PENGIRAAN YANG MELIBATKAN ASPEK
KEWANGAN
3.1.1 3.1.2 3.1.3 3.1.4
Menentukan pendapatan dan perbelanjaan
Asiah, emak memberi Saya membeli
awak RM10.00 sebagai sebuah buku nota yang
wang saku. berharga RM3.50.
Asiah mendapat wang saku RM10.00 daripada emak dan berbelanja
RM3.50. Pendapatan Asiah ialah RM10.00 manakala RM3.50 ialah
wang perbelanjaannya.
Wang saku merupakan salah satu
sumber pendapatan.
Pendapatan ialah wang atau ganjaran yang diterima.
Perbelanjaan ialah cara atau kaedah mengeluarkan wang untuk
mendapatkan barangan dan perkhidmatan.
3.1.1 Nota Guru
98 • Bincangkan sumber pendapatan dan terapkan nilai murni yang berkaitan.
• Bincangkan perbelanjaan yang berpatutan bagi seorang murid.
Untuk mengetahui keadaan kewangan kita, salah satu cara yang baik adalah
dengan merekodkan pendapatan yang kita peroleh dan perbelanjaan yang
dibuat pada hari tersebut.
Rekod Kewangan Harian Asiah
6 Januari 2020 / Isnin
Pendapatan (Wang masuk) Perbelanjaan (Wang keluar)
Wang saku RM10.00 Beli nasi goreng RM3.50
Bayar yuran kelas RM1.00
Derma tabung Tsunami RM2.00
Jumlah Jumlah
Rajah menunjukkan manfaat apabila kita mencatat pendapatan dan 3
perbelanjaan kita setiap hari.
KEWANGAN
Mencatat Rekod Kewangan Harian
Melihat tahap kewangan
mingguan atau bulanan
Membuat analisis tahap
kewangan serta tabiat berbelanja
Banyak wang keluar Kurang wang masuk
Kawal perbelanjaan
Tambahkan wang
masuk dan hadkan
wang keluar
99
C onto h Isnin – Wang saku RM10.00, beli alat tulis RM3.20,
makan di kantin RM4.50
1
Selasa – Wang saku RM10.00, makan di kantin RM4.80,
beri pinjam kepada Hassan RM5.00
Rabu – Wang saku RM10.00, beli roti dan minuman
RM4.50, derma tabung surau sekolah RM4.00
Khamis – Wang saku RM10.00, kakak bagi RM5.00, makan
di kantin RM5.50, beli aiskrim RM2.80
J umaat – Wang saku RM10.00, upah potong rumput
RM5.00, bayar yuran persatuan RM2.00, beli
buku cerita RM4.60, makanan dan minuman
RM5.30
Rajah di atas menunjukkan catatan Fatimah tentang kewangannya
dalam seminggu.
Tentukan pendapatan dan perbelanjaan Fatimah dalam jadual.
Hari Perkara Pendapatan Perbelanjaan
Isnin Wang saku RM10.00
Selasa Beli alat tulis RM3.20
Rabu Makan di kantin RM10.00 RM4.50
Khamis Wang saku
Makan di kantin RM10.00 RM4.80
Jumaat Pinjaman kepada Hassan RM5.00
Wang saku RM10.00
Beli roti dan minuman RM5.00 RM4.50
Derma tabung surau RM4.00
Wang saku RM10.00
Kakak bagi RM5.00 RM5.50
Makan di kantin RM2.80
Beli aiskrim RM60.00
Wang saku RM2.00
Upah potong rumput RM4.60
Bayar yuran persatuan RM5.30
Beli buku cerita RM46.20
Makanan dan minuman
Jumlah
100
Dalam contoh 1, jumlah perbelanjaan Fatimah ialah RM46.20, suatu
perbelanjaan yang amat tinggi.
Apakah cadangan kamu untuk mengurangkan perbelanjaan itu?
Minta ibu Tidak perlu
sediakan bekalan membeli buku
makanan untuk cerita. Pinjam buku
cerita daripada
menjimatkan perpustakaan.
wang makan di
kantin.
Kurang Ada
beli minuman. cadangan
Minum air lain?
kosong lebih
C
sihat.
onto
2 Puan Salmah menyewa sebuah gerai
untuk menjual nasi lemak. Dia membeli
beras, telur, ikan bilis, ayam, timun, cili
dan lain-lain untuk menyediakan nasi
lemak. Puan Salmah perlu menggunakan
gas untuk memasak. Dia juga membayar
bil elektrik dan bil air untuk perkhidmatan
yang digunakan.
Nyatakan pendapatan dan perbelanjaan
dalam perniagaan Puan Salmah.
KEWANGAN3
h
Pendapatan Jualan nasi lemak
Perbelanjaan
1. Sewa gerai.
2. Beli bahan-bahan untuk menyediakan
nasi lemak seperti beras, telur, ikan bilis
dan sebagainya.
3. Bayar gas, elektrik dan air.
3.1.1 Nota Guru 101
• Galakkan murid mengamalkan sikap berjimat cermat semasa berbelanja.
• Bincangkan perbelanjaan dalam menguruskan perniagaan.
L atihan 3.1.1
1 Rajah menunjukkan mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Kelab
Petanque Sekolah.
Pertandingan petanque
antara tingkatan akan
diadakan bulan depan.
Kita perlu sediakan
trofi untuk pemenang.
Cenderamata dihadiahkan
kepada para pengadil.
Sebagai seorang AJK,
(a) nyatakan sumber kewangan untuk menjayakan pertandingan.
(b) senaraikan jenis perbelanjaan yang diperlukan.
2 Murid-murid Tingkatan 4 Mesra menjual bunga ros pada Hari Guru.
Mereka membeli 50 kuntum bunga ros dengan harga RM2.00
sekuntum. Setiap kuntum bunga ros dibalut dengan kertas hiasan.
Kos kertas hiasan yang diperlukan ialah RM18.00. Sebanyak 45
kuntum bunga ros telah dijual dengan harga RM8.00 sekuntum.
Rekodkan pendapatan dan perbelanjaan dalam jadual.
Perkara Perbelanjaan Pendapatan
Jumlah
Berapakah jumlah pendapatan?
102
Aktiviti Pengukuhan
Lawatan ke Koperasi Sekolah
Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan (4 orang). 3
Tugasan: KEWANGAN
1 Minta kebenaran guru yang menjaga
koperasi sekolah untuk masuk ke
dalam koperasi sekolah.
2 Setiap kumpulan dibahagikan kepada
dua pasangan, iaitu pasangan yang
pertama akan memainkan peranan
sebagai penjual manakala pasangan
yang kedua memainkan peranan
sebagai pembeli.
3 Pasangan penjual perlu merekodkan
jumlah pendapatan yang diterima.
4 Pasangan pembeli perlu merekodkan
jumlah wang yang telah dibelanjakan.
Info Pembelajaran Abad ke-21
“Role Play”
1. Murid diberikan tanggungjawab untuk memegang sesuatu peranan
atau watak.
2. Murid diberikan masa untuk membuat persediaan.
3. Murid membuat persembahan dengan memainkan peranan atau
watak yang telah diberikan.
Nilai Penjual harus bersikap adil, jujur, amanah dan
Murni bertanggungjawab. Pembeli harus berbudi
bahasa, berdisiplin dan bertoleransi.
3.1.1 Nota Guru 103
• Bimbing murid untuk memahami konsep “Role Play” dalam PAK-21
yang telah digunakan dalam aktiviti tersebut.
3.1.1 3.1.2 3.1.3 3.1.4
Mengira harga barangan selepas diskaun
Amir, Bukankah
ini dompet dompet ini
baharu untuk berharga
kamu. Emak beli RM35.50?
dengan harga
RM25.50.
Emak membeli dengan diskaun RM10.00.
Diskaun ialah potongan harga daripada harga asal sesuatu barang
atau perkhidmatan.
Diskaun boleh dinyatakan dalam bentuk nilai wang atau peratusan.
Contoh:
TIP
Harga barangan menjadi lebih
murah selepas diskaun.
C h H arga selepas diskaun = Harga asal – Diskaun
onto
1 Rajah menunjukkan diskaun yang diberi semasa pameran buku.
Seronok RMD8IS.K0A0UN Berapakah harga buku selepas diskaun?
belajar
Matematik RM36.50 – RM8.00 =
2 16
RM 3 6 . 5 0
36.HAARSGAAL 50 – RM 8 . 0 0
RM RM 2 8 . 5 0
RM36.50 – RM8.00 = RM28.50
3.1.2 Nota Guru
104 • Dapatkan pelbagai contoh diskaun dalam bentuk nilai wang atau peratusan.
C onto Diskaun = Peratus diskaun × Harga asal
2 Rajah menunjukkan diskaun yang diberi semasa jualan sempena
Bulan Ramadan. Harga sehelai baju ialah RM90.00.
JUALAN RAMADAN
DAItSasKSAemUuNa P4ak0a%ian!!
KEWANGAN
Kira harga baju itu setelah diskaun.
h
Diberi Harga baju = RM90.00, diskaun = 40%
Cari Harga baju selepas diskaun
TIP Peratus
Selesaikan Kaedah 1 3
100% (Harga asal) – 40% (Diskaun) 60%
= 60% (Harga selepas diskaun) Pecahan
60
Harga selepas diskaun = 60% × RM90.00
100
60
= 100 × RM90.00 Perpuluhan
0.6
= RM54.00
Kaedah 2
Diskaun = 40% × RM90.00
40
= 100 × RM90.00
= RM36.00
Harga selepas diskaun = RM90.00 – RM36.00
= RM54.00
3.1.2 Nota Guru 105
• Dedahkan murid kepada brosur jualan yang melibatkan diskaun
dan kirakan harga selepas diskaun.
CC onto
hh
3 Rajah menunjukkan harga asal dan
DISKAUN
peratus diskaun yang diberi kepada
15%!! RM73 000 sebuah kereta sempena Hari Merdeka.
Cari harga kereta itu selepas diskaun.
Diberi Harga kereta = RM73 000.00, diskaun = 15%
Cari Harga kereta selepas diskaun
Selesaikan Kaedah 1 Kaedah 2
100% – 15% = 85% Diskaun
Harga selepas diskaun = 15% × RM73 000.00
= 85% × RM73 000.00 15
= 100 × RM73 000.00
= 85 × RM73 000.00 = RM10 950.00
100
Harga selepas diskaun
= RM62 050.00 = RM73 000.00 – RM10 950.00
= RM62 050.00
onto
4 Dalam suatu promosi, sepasang kasut berharga RM35.00 lebih
murah daripada harga asal setelah diberi 20% diskaun.
Berapakah harga kasut itu selepas diskaun.
Diberi Harga diskaun RM35.00 = 20% diskaun
Cari Harga kasut selepas diskaun
Selesaikan 20% RM35.00
×5 ×5
100% RM175.00 Harga asal
Harga kasut selepas diskaun = RM175.00 – RM35.00
= RM140.00
106
Latihan 3
KEWANGAN
1 Kira harga barangan berikut selepas diskaun..1.2
(a) (b)
Harga asal: RM3 500.00 Harga asal: RM2 750.00
Diskaun: RM299.00 Diskaun: RM688.00
(c) (d)
Harga asal: RM1 120.00 Harga asal: RM860.00 3
Diskaun: 8% Diskaun: 15%
2 Sebuah televisyen yang berharga RM840.00 telah diberi potongan
harga sebanyak RM210.00. Berapa peratuskah potongan yang
telah diberikan?
3 Rajah menunjukkan harga asal sebuah topi dan diskaun yang
diberi semasa promosi.
DISKAUN
RM24.00
15%
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar?
A Jika membeli dua buah topi itu, akan terima diskaun 30%.
B Harga topi selepas diskaun ialah RM21.40.
C Diskaun yang diberi atas sebuah topi ialah RM3.20.
D Harga jual baharu adalah 85% daripada harga jual asal.
107
Aktiviti Pengukuhan
Katalog Alat Tulis
Aktiviti ini dilakukan secara berpasangan.
Alat/Bahan: Kad manila, brosur barangan alat tulis, gam, pen penanda
Tugasan:
1 Gunting gambar alat tulis daripada brosur dan tampal pada kad manila.
2 Labelkan harga jual serta potongan harga atau diskaun tertentu.
Hias katalog rekaan supaya menarik.
Contoh:
Harga Asal Harga Asal
RM9.30 RM27.00
Diskaun Diskaun
RM1.50 10%
Harga Asal Harga Asal
RM3.50 RM12.00
RM2.60 Diskaun
12%
3 Hitung diskaun dan harga selepas diskaun bagi barangan tertentu
berdasarkan katalog rekaan.
Contoh:
(1) Kalkulator: Harga selepas diskaun = 90% × RM27.00
= RM24.30
(2) Gunting: Diskaun = RM3.50 – RM2.60 = RM0.90
4 Pamerkan hasil kerja di sudut Matematik.
3.1.2 Nota Guru
108 • Bimbing murid melabel dengan harga dan diskaun yang munasabah.
• Katalog ditukar kepada kategori lain seperti bahan bacaan dan sebagainya.
3.1.1 3.1.2 3.1.3 3.1.4
Menentukan simpanan dan hutang, untung dan rugi
i Simpanan dan hutang
Wang saku harian saya ialah RM10.00.
Saya simpan RM2.00.
C Salina telah menyimpan RM2.00,
oleh itu dia hanya boleh berbelanja
RM8.00.
onto
1 Jadual menunjukkan rekod kewangan Azizul pada hari Isnin.
KEWANGAN
Hari Perkara Pendapatan Perbelanjaan 3
hIsnin Wang saku RM10.00
Nasi kerabu RM3.50
Sirap RM0.80
Kira wang yang dapat disimpan oleh Azizul pada hari Isnin.
Diberi Pendapatan Wang saku = RM10.00
Perbelanjaan Nasi kerabu = RM3.50, sirap = RM0.80
Cari Wang yang dapat disimpan
Selesaikan Jumlah perbelanjaan = RM3.50 + RM0.80
= RM4.30
Wang simpanan = RM10.00 – RM4.30
= RM5.70
TIP
Simpanan = Pendapatan – Perbelanjaan
3.1.3 Nota Guru 109
• Galakkan murid menyimpan sebahagian daripada wang yang
diterima sebelum berbelanja.
Simpanan ialah wang yang disimpan untuk digunakan
apabila perlu.
C onto h
2 Jadual menunjukkan wang yang dibelanjakan oleh Puan Lim di
pasar selama lima hari.
Hari Wang belanja
Isnin RM21.10
Selasa RM18.50
Rabu RM22.30
Khamis RM19.00
Jumaat RM20.90
Wang yang diperuntukkan ialah RM25.00 setiap hari. Kira wang
yang dapat disimpannya selama lima hari itu.
Diberi Wang belanja selama lima hari
Wang peruntukan harian = RM25.00
Cari Jumlah simpanan selama lima hari
Selesaikan Jumlah peruntukan = 5 × RM25.00
= RM125.00
Jumlah perbelanjaan
= RM21.10 + RM18.50 + RM22.30 + RM19.00 + RM20.90
= RM101.80
Jumlah simpanan
= RM125.00 – RM101.80
= RM23.20
Jika wang yang diperuntukkan ialah RM20.00 setiap
hari, bagaimanakah keadaan kewangan Puan Lim?
3.1.3 Nota Guru
110 • Bincang bersama murid tentang jenis-jenis akaun simpanan yang
ditawarkan oleh bank di Malaysia.
Akt1iviti Perancangan simpanan
Aktiviti ini melibatkan semua murid di dalam kelas.
Langkah-langkah:
1 Setiap murid menyediakan tiga buah tabung. Labelkan tabung-tabung
itu “SIMPAN”, “SEDEKAH” dan “BELANJA”.
2 Setiap kali wang diterima, agihkan wang tersebut ke dalam ketiga-tiga
tabung itu.
3 Murid mendisiplinkan diri dengan hanya menggunakan wang di dalam 3
tabung “BELANJA” untuk perbelanjaan harian.
KEWANGAN
4 Wang di dalam tabung “SIMPAN” seboleh-bolehnya dimasukkan ke
dalam akaun bank setiap bulan.
5 Tabung “SEDEKAH” berfungsi sebagai wang sumbangan untuk derma
tertentu pada masa perlu.
Nilai Amalan menyimpan dan berjimat cermat sejak kecil lagi
Murni akan menjadi kebiasaan apabila dewasa. Simpanan wang
sedikit demi sedikit boleh menampung keperluan terutama
apabila melanjutkan pelajaran.
3.1.3 Nota Guru
• Tegaskan kepada murid supaya mengamalkan sikap suka menabung 111
sebahagian wang yang diterima sebelum berbelanja.
Hutang ialah wang yang dipinjam dan perlu dibayar oleh seseorang.
Saya perlu membayar yuran hari ini, tetapi
tidak membawa wang yang secukupnya.
Bolehkah cikgu pinjamkan saya RM5.00?
C onto h Kamu hutang dengan
saya RM5.00.
3
Gambar menunjukkan harga sebuah
RM3 999.00 komputer riba yang dibeli oleh Shanti.
Shanti hanya mampu membayar
sebanyak RM1 650.00, selebihnya dia
meminjam daripada abangnya.
Hitung hutang Shanti kepada abangnya.
Diberi Harga komputer riba = RM3 999.00
Wang Shanti = RM1 650.00
Cari Hutang Shanti kepada abangnya.
Selesaikan Hutang = RM3 999.00 – RM1 650.00
RM 3 9 9 9 . 0 0
– RM 1 6 5 0 . 0 0
RM 2 3 4 9 . 0 0
RM3 999.00 – RM1 650.00 = RM2 349.00
Shanti berhutang RM2 349.00 dengan abangnya.
3.1.3 Nota Guru
112 • Bincangkan masalah hutang khasnya perbelanjaan yang tidak terkawal.
• Bimbing murid cara-cara menyelesaikan hutang.
ii Untung dan rugi
Jadual menunjukkan perbandingan harga kos dan harga jual bagi tiga jenis
majalah di Kedai Buku Mesra.
Item Harga kos Harga jual
(seunit) (seunit)
Majalah Junior RM15.30 RM20.90
Majalah Masakan
RM31.80 RM50.50
Majalah Ilmiah
RM20.55 RM33.30
Kenal pasti harga kos dan harga jual
dalam penyata di atas. Dalam jualan
ketiga-tiga majalah itu, Kedai Buku
Mesra mendapat untung atau rugi?
Harga kos harga asal barang. 3
Harga jual harga barang yang dijual kepada pembeli. KEWANGAN
Untung wang yang diperoleh daripada jualan berlebihan apabila
harga jual melebihi harga kos.
Rugi wang yang diperoleh daripada jualan berkurangan kerana
harga kos melebihi harga jual.
Kita boleh guna rumus ini untuk mengira untung
atau rugi apabila diberi harga kos dan harga jual.
Untung = Harga jual – Harga kos
Rugi = Harga kos – Harga jual
3.1.3 Nota Guru 113
• Bincangkan situasi harian yang melibatkan untung dan rugi.
• Berikan faktor yang menjejaskan keuntungan seperti kos pengurusan.
C onto h
4 Majalah Masakan
Harga kos:
RM31.80/seunit
Harga jual:
RM50.50/seunit
Majalah Junior Majalah Ilmiah
Harga kos: Harga kos:
RM15.30/seunit RM20.55/seunit
Harga jual: Harga jual:
RM20.90/seunit RM33.30/seunit
Jualan majalah yang manakah mendapat untung paling banyak?
Diberi Majalah Masakan Junior Ilmiah
Harga kos RM31.80 RM15.30 RM20.55
Harga jual RM50.50 RM20.90 RM33.30
Cari Majalah yang mendapat untung paling banyak
Selesaikan Membuat perbandingan untung jualan setiap majalah
untuk mengetahui majalah yang mendapat untung
paling banyak.
Majalah Masakan Untung = Harga jual – Harga kos
= RM50.50 – RM31.80
= RM18.70
Majalah Junior Untung = Harga jual – Harga kos
= RM20.90 – RM15.30
= RM5.60
Majalah Ilmiah Untung = Harga jual – Harga kos
= RM33.30 – RM20.55
= RM12.75
Jualan Majalah Masakan mendapat untung paling banyak
3.1.3 Nota Guru
114 • Jalankan aktiviti simulasi menggunakan kad gambar untuk mengira
untung apabila diberi harga kos dan harga jual.
CC onto
5 Ajit Singh telah membeli sebuah kereta
kawalan jauh dengan harga RM400.00.
Selepas 2 bulan, Ajit Singh telah menjual
kereta kawalan tersebut dengan harga
RM250.00.
Hitung rugi yang dialami oleh Ajit Singh.
KEWANGAN
Diberi Harga kos = RM400.00, harga jual = RM250.00
hh Rugi
Cari
Seles aikan Rugi = Harga kos – Harga jual
= RM400.00 – RM250.00
= RM150.00
onto 3
6 Rajah menunjukkan pendapatan dan perbelanjaan perniagaan
sebuah pasar raya pada bulan Ogos.
Pendapatan RM76 053.80 Perbelanjaan RM81 429.30
(a) Adakah pasar raya itu mendapat keuntungan atau mengalami
kerugian? Jelaskan.
(b) Berapakah jumlah untung atau rugi?
Diberi Pendapatan = RM76 053.80
Perbelanjaan = RM81 429.30
Cari Wang yang untung atau rugi
Selesaikan (a) Kerugian, kerana perbelanjaan melebihi pendapatan.
(b) Rugi = Perbelanjaan – Pendapatan
= RM81 429.30 – RM76 053.80
= RM5 375.50
3.1.3 Nota Guru 115
• Terangkan bahawa dalam sesetengah keadaan harga kos sama
dengan harga beli.
Latihan 3
.1.3
1 (a) (b)
Harga jual Harga jual
RM112.00 RM187.80
Diberi harga kos = RM95.50 Diberi untung = RM35.00
Kira keuntungan yang diperoleh. Kira harga kos seterika.
(c) (d)
Harga kos Harga kos
RM1 245.00 RM1 050.00
Diberi rugi = RM330.00 Diberi harga jual = RM967.50
Kira harga jual peti sejuk. Kira kerugian yang dialami.
2 Jadual menunjukkan rekod kewangan Azni pada suatu hari.
Perkara Pendapatan Perbelanjaan
Wang saku RM12.00
Sarapan RM2.80
Makan tengah hari RM4.70
(a) Kira wang yang dapat disimpan oleh Azni pada hari itu.
(b) Jika Azni menambah nilai prabayar telefonnya sebanyak
RM10.00 , berapakah hutang yang ditanggungnya?
3 May Yin membeli sebuah kamera yang berharga RM1 470.00. Dua
tahun kemudian, dia menjual kamera itu dengan harga RM1 029.00.
Hitung kerugian May Yin.
116
4 Rajah menunjukkan wang saku harian dan sasaran simpanan
seminggu bagi Rosli.
Wang saku harian Sasaran simpanan seminggu
Kira wang yang boleh dibelanjakan oleh Rosli dalam minggu itu.
5 Rajah menunjukkan pendapatan bulanan diperoleh Shamsudin
daripada kerja sampingan.
3
Setiap bulan, Shamsudin menyimpan 20% daripada pendapatan
itu ke dalam tabung. Berapakah jumlah wang simpanannya dalam
masa satu tahun?
6 Rajah menunjukkan maklumat harga dua barangan elektrik. KEWANGAN
Periuk Pengisar
Harga kos: Harga kos:
RM165.80 RM122.20
Harga jual: Harga jual:
RM179.90 RM103.30
(a) Hitung untung atau rugi dalam jualan setiap barang elektrik itu.
(b) Berapakah untung atau rugi jika 24 buah periuk nasi dan 30
buah pengisar berjaya dijual?
7 Rajah menunjukkan harga jual sebuah kamera.
Jumlah untung daripada jualan 5 buah kamera itu
ialah RM425.00.
Cari harga kos bagi sebuah kamera itu. RM240.00
117
Aktiviti Pengukuhan
Hari Usahawan Muda
Semua murid di dalam kelas dibahagikan kepada 3 kumpulan.
Tugasan:
1 Setiap kumpulan diberi tugasan untuk menjalankan jualan sempena
Hari Usahawan Muda di sekolah.
2 Tiga kumpulan tersebut membuat jualan seperti:
(i) Makanan (ii) Minuman (iii) Sandwic
3 Murid-murid dalam kumpulan berusaha mendapatkan barangan jualan.
4 Catatkan harga kos dan harga jual.
5 Setiap kumpulan digalakkan mengadakan promosi di gerai jualan
masing-masing berdasarkan kreativiti mereka sendiri namun dengan
bimbingan guru.
6 Selepas selesai berniaga, setiap kumpulan mengira jumlah untung dan
rugi yang diperoleh.
Kumpulan Harga kos Harga jual Untung Rugi
1
2
3
118
3.1.1 3.1.2 3.1.3 3.1.4
Menyelesaikan Masalah
C i Pendapatan dan perbelanjaan
onto
1 Pendapatan Prakash pada bulan September ialah RM2 500. Dia
membelanjakan 20% daripada wang itu untuk sewa bilik, 15% untuk
makanan dan 25% untuk pengangkutan.
Hitung baki wang Prakash setelah dia membuat perbelanjaan itu.
KEWANGAN
Diberi 100% = RM2 500.00
h
20% 15% 25%
Sewa bilik Makanan Pengangkutan
Cari Baki wang Prakash
Selesaikan Jumlah peratus untuk perbelanjaan:
20% + 15% + 25% = 60%
3
Nilai wang perbelanjaan:
60% × RM2 500 = 60 × RM2 500.00
100
= 60 × RM25.00
= RM1 500.00
Baki wang = RM2 500.00 – RM1 500.00
= RM1 000.00
Baki wang Prakash ialah RM1 000.00
Semak
20% 15% 25% 100% – 60% = 40%
Sewa bilik Makanan Pengangkutan
Baki wang: 40% × RM2 500.00 = RM1 000.00
3.1.4 Nota Guru 119
• Bimbing murid memahami soalan dan melukis rajah untuk mewakili
masalah.
C onto h
2 Susan bertugas sebagai seorang pengurus pengeluaran di sebuah
syarikat swasta di Johor. Setiap bulan dia menggunakan separuh
daripada pendapatannya untuk bayaran berikut:
Sewa rumah Bil telefon Bil utiliti
RM800.00 RM370.00 RM450.00
Ansuran Pakaian dan
kereta lain-lain RM500.00
RM680.00
20% daripada pendapatan Susan adalah sama dengan 1 daripada
3
pendapatan suaminya. Hitung jumlah pendapatan mereka berdua.
Diberi Perbelanjaan Susan = separuh pendapatan
Cari 1
20% pendapatan Susan = 3 pendapatan suami
Jumlah pendapatan Susan dan suami
Selesaikan Jumlah perbelanjaan Susan
= RM800.00 + RM680.00 + RM370.00 + RM450.00
+ RM500.00
= RM2 800.00
Pendapatan Susan
= 2 × RM2 800.00 Perbelanjaan = separuh pendapatan
Pendapatan = 2 kali perbelanjaan
= RM5 600.00
1 × pendapatan suami = 20% × RM5 600.00
3 20
= 100 × RM5 600.00
= RM1 120.00
Pendapatan suami = RM1 120.00 × 3 = RM3 360.00
Jumlah pendapatan:
RM5 600.00 + RM3 360.00 = RM8 960.00
Jumlah pendapatan Susan dan suami ialah RM8 960.00
120
C ii Diskaun
onto
3 Semasa jualan akhir tahun, Asrul membeli
sehelai jersi dengan harga RM41.30 selepas
diskaun sebanyak 30%.
(a) Kira harga asal jersi itu.
(b) Berapakah wang yang dapat dijimatkan
oleh Asrul?
KEWANGAN30%
hDiberi Harga RM41.30 selepas diskaun 30%
Cari Harga asal jersi
Selesaikan Lukis rajah RM41.30
Diskaun 70%
30%
(a) 70% RM41.30 RM41.30 × 100 3
Harga asal, 100% 70
= RM59.00
Harga asal jersi ialah RM59.00
(b) Nilai diskaun = Harga asal – Harga baharu
= RM59.00 – RM41.30
= RM17.70
Wang yang dapat dijimatkan ialah RM17.70
Semak Wang yang dijimatkan (30%):
RM41.30 ÷ 70% × 30% = RM0.59 × 30
= RM17.70
3.1.4 Nota Guru 121
• Guru boleh mengubah suai soalan untuk mengukuhkan kefahaman
murid.
C onto h
4 Rajah menunjukkan harga dua jenama beras.
RM35 RM56 Jenama B
Jenama
Jenama B
A
Diskaun 25%
Tiada diskaun
Gunalan membeli sekampit beras jenama A dan dua kampit beras
jenama B. Dia membayar dengan 3 keping wang kertas RM50.00.
Berapakah baki wangnya?
Diberi Beras Harga Diskaun
Jenama A RM35.00 Tiada
Jenama B RM56.00 25%
Bayar dengan 3 keping RM50.00 untuk membeli
sekampit beras jenama A dan 2 kampit beras jenama B.
Cari Baki wang
Selesaikan Potongan harga bagi beras jenama B:
25% × RM56.00 = 1205014× RM56.00
= RM14.00
Harga beli beras jenama B
= RM56.00 – RM14.00
= RM42.00
Jumlah pembelian:
RM35.00 + (2 × RM42.00) = RM35.00 + RM84.00
= RM119.00
Baki wang:
(3 × RM50.00) – RM119.00 = RM150.00 – RM119.00
= RM31.00
Baki wang Gunalan ialah RM31.00
122
C onto
5 Encik Farid hendak membeli telefon pintar model X. Dia membuat
kajian harga melalui laman sesawang. Rajah menunjukkan info
yang diperoleh.
KEWANGAN
Kedai G RM2 850.00
h RM2 430.00
Kedai H RM2 900.00
Diskaun 15%
Kedai K RM2 650.00
Diskaun 8%
(a) Hitung potongan harga yang ditawarkan oleh Kedai G.
(b) Kira diskaun yang diberi oleh Kedai H.
(c) Berapakah harga telefon pintar yang ditawarkan oleh Kedai K
selepas diskaun?
Diberi Kedai Harga asal Diskaun Harga baharu 3
G RM2 850.00 - RM2 430.00
H RM2 900.00 ?
Cari K RM2 650.00 15% ?
8%
Selesaikan
(a) Potongan harga = Harga asal – Harga baharu
= RM2 850.00 – RM2 430.00
= RM420.00
(b) Diskaun = 15% × RM2 900.00
15
= 100 × RM2 900.00
= RM435.00 Pada pendapat kamu,
Encik Farid akan memilih
(c) Harga selepas diskaun kedai yang manakah untuk
membeli telefon pintar itu?
= 92% × RM2 650.00 Berikan alasan kamu.
92
= 100 × RM2 650.00
= RM2 438.00
123
C onto h
6 Rajah menunjukkan tawaran harga bagi set penapis air yang sama
jenama di dua buah kedai yang berlainan.
DISKAUN RHMar3ga50A0sa.0l 0 20DISKAU%N Harga Asal
15% RM3 950.00
Penghantaran dan • Penghantaran dan
pemasangan PERCUMA pemasangan
PERCUMA
• Servis 2 kali
PERCUMA untuk
tahun pertama
Kedai P Kedai Q
(a) Kedai manakah dipilih oleh Puan Nadia jika dia membayar dengan 32
keping wang kertas RM100.00 dan menerima baki sebanyak RM40.00?
(b) Berikan sebab yang mungkin mendorong Puan Nadia memilih kedai itu.
(a) Buat jadual:
Harga asal Kedai P Kedai Q
RM3 500.00 RM3 950.00
15% × RM3 500.00 20% × RM3 950.00
15 20
Diskaun = 100 × RM3 500.00 = 100 × RM3 950.00
= RM525.00 = RM790.00
Harga selepas RM3 500.00 – RM525.00 RM3 950.00 – RM790.00
diskaun = RM2 975.00 = RM3 160.00
Jumlah bayaran: (32 × RM100.00) – RM40.00 = RM3 200.00 – RM40.00
= RM3 160.00
Puan Nadia memilih Kedai Q untuk membeli set penapis air
(b) Salah satu sebab yang mungkin mendorong Puan Nadia memilih
Kedai Q adalah kerana Kedai Q menawarkan servis tambahan,
iaitu dua kali servis secara percuma pada tahun pertama.
124
C iii Simpanan dan hutang
onto
7 Gaji bulanan Rosmaria ialah RM4 800.00. Dia
mencarum 11% daripada gaji kepada Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP), manakala
majikannya menyumbang jumlah yang setara
dengan 13% daripada gajinya kepada KWSP.
Kira jumlah simpanan Rosmaria dalam KWSP setahun.
KEWANGAN
Diberi RM Gaji Rosmaria Rosmaria : 11%
hCari RM4 800.00 Caruman KWSP
Majikan : 13%
Jumlah simpanan KWSP Rosmaria setahun
Selesaikan Peratus simpanan dalam KWSP setiap bulan:
11% + 13% = 24%
Jumlah simpanan dalam KWSP setiap bulan: 3
24
24% × RM4 800.00 = 100 × RM4 800.00
= RM1 152.00
Jumlah simpanan setahun:
1 tahun = 12 bulan 12 × RM1 152.00 = RM13 824.00
Jumlah simpanan Rosmaria dalam KWSP setahun
ialah RM13 824.00
Semak Gaji Rosmaria setahun:
12 × RM4 800.00 = RM57 600.00
Jumlah simpanan setahun: 24
100
24% × RM57 600.00 = × RM57 600.00
= RM13 824.00
3.1.4 Nota Guru 125
• Bimbing murid memahami soalan dengan teliti dan menulis
langkah-langkah penyelesaian.
C ontoh
8 Pada 1 Januari 2020, hutang pinjaman Perbadanan Tabung
Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi Amirul ialah RM18 500.00.
Dia membayar balik hutang itu menerusi potongan gaji berjadual
sebanyak RM236.00 sebulan.
Hitung hutang pinjaman PTPK Amirul pada
31 Disember 2020 tanpa mengambil kira
bunga dan kos pentadbiran dalam hutang itu.
Diberi Hutang pinjaman pada 1 Januari = RM18 500.00
Bayar balik RM236.00 sebulan selama 12 bulan
Cari Baki pinjaman pada 31 Disember
Selesaikan Dari 1 Januari hingga 31 Disember = 12 bulan
Jumlah bayaran balik:
12 × RM236.00 = RM2 832.00
Baki pinjaman:
RM18 500.00 – RM2 832.00 = RM15 668.00
Hutang pinjaman PTPK Amirul pada 31 Disember
ialah RM15 668.00
Semak Gunakan kalkulator 2832
1 2× 236=
1 8500– 2832
= 15668
Pada 15 Januari 2020, kadar bunga sebanyak 3%
setahun dikenakan. Berapakah hutang PTPK Amirul
pada 31 Disember 2020?
3.1.4 Nota Guru
126 • Terapkan nilai murni membayar hutang.
C iv Untung dan rugi
onto
9 Rashid menjual burger dengan
keuntungan RM2.10 sebiji.
Hitung harga jual bagi burger
itu jika harga jualnya ialah 3 kali
harga kosnya.
KEWANGAN
Diberi Untung jualan burger = RM2.10 sebiji
h Harga jual = 3 × harga kos
Cari Harga jual
Selesaikan Harga jual = 3 × Harga kos 3
Untung = Harga jual – Harga kos
= (3 × Harga kos) – Harga kos
= 2 × Harga kos
2 × Harga kos = RM2.10
Harga kos = RM2.10 ÷ 2
= RM1.05
Harga jual = 3 × RM1.05
= RM3.15
Kaedah Bina gambar rajah
Alternatif
1 unit 1 unit 1 unit 1 unit
Harga kos Harga jual
Keuntungan, iaitu beza harga jual dan harga kos diwakili oleh 2 unit.
Maka, 2 unit RM2.10
1 unit RM2.10 ÷ 2 = RM1.05
Harga jual: 3 unit 3 × RM1.05 = RM3.15
3.1.4 Nota Guru 127
• Bincangkan pelbagai strategi penyelesaian masalah seperti cuba
jaya, buat jadual, lukis rajah dan sebagainya.
C onto h
10 Jadual menunjukkan harga kos dan harga jual selipar dan kasut
sukan yang dijual di sebuah kedai kasut.
Harga Harga Peratus Peratus
kos jual
keuntungan kerugian
Selipar RM12.50 RM16.25
Kasut sukan RM35.00 6%
(a) Hitung harga jual kasut sukan.
(b) Peratus keuntungan jualan selipar ialah dua kali ganda peratus
kerugian jualan kasut sukan.
Pernyataan ini BETUL atau SALAH?
(a) Nilai kerugian kasut sukan:
6
6% × RM35.00 = 100 × RM35.00
= RM2.10
Harga jual kasut sukan:
RM35.00 – RM2.10 = RM32.90
(b) Untung jualan selipar:
RM16.25 – RM12.50 = RM3.75
Peratus keuntungan selipar:
RM3.75 375
RM12.50 × 100% = 1 250 × 100%
KALKULATOR
375÷ 1 250× 1 00
= 30
375 × 100% = 30%
1 250
Dua kali ganda peratus kerugian kasut sukan:
2 × 6% = 12% (Tidak sama dengan 30%)
Pernyataan ini SALAH
128
L atihan 3
KEWANGAN
.1.4
1 Rajah menunjukkan pendapatan Encik Lim sebagai penjual surat
khabar pada hari Isnin dan Selasa.
Isnin Selasa
RM360.00 RM306.00
Hitung peratusan penyusutan pendapatan Encik Lim.
2 Sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei, Sheila mengajak
rakannya mengumpul duit untuk membeli hadiah bagi menghargai
sumbangan guru-guru. Jumlah wang yang dikumpul oleh mereka
ialah RM45.00. Mereka telah membelanjakan 35% daripada wang
tersebut untuk membeli hadiah.
Berapakah wang yang tinggal?
3 Gambar menunjukkan harga sebuah 3
kereta yang dibeli oleh Anthony.
Selepas diskaun, harga kereta itu
menjadi RM96 760.00. RM118 000.00
(a) Kira diskaun yang telah diberikan
kepada Anthony.
(b) Hitung peratusan diskaun yang diberikan.
4 Rajah menunjukkan barang yang dibeli oleh Omar.
RM3 650.00 RM810.00
Omar membayar dengan 40 keping wang RM100.00 dan mendapat
balik RM209.00.
(a) Kira perbelanjaan Omar untuk membeli kedua-dua barang itu.
(b) Hitung peratus diskaun yang diterima oleh Omar.
129
5 Nurul ada RM500.00. Dia membelanjakan 60% daripada wangnya.
1
Dia memberi 8 daripada baki wang itu kepada adiknya dan yang
selebihnya disimpan. Berapakah jumlah wang yang disimpannya?
6 Ani merupakan seorang peniaga mi goreng. Harga kos: RM2.50
Gambar menunjukkan kos untuk membuat
sepinggan mi goreng dan peratus keuntungan.
Dia menjual 480 pinggan mi goreng dalam
minggu pertama bulan Julai.
(a) Hitung jumlah jualan mi goreng dalam Untung 40%
minggu tersebut.
(b) Ani tidak berniaga pada hari Ahad. Berapakah purata kos yang
diperlukan dalam sehari untuk membuat mi goreng?
7 Syed membeli 120 biji telur ayam kampung di Pekan Rabu pada
harga 40 sen sebiji. Dia menyimpan 20 biji telur dan menjual telur
yang lain pada harga 60 sen sebiji.
Hitung keuntungan yang diperoleh Syed.
8 Rajah menunjukkan harga dan diskaun empat jenis beg sekolah.
Harga Asal: Beg N Harga Asal:
RM50 RM90
DISKAUN 20% DISKAUN 45%
Beg Q
Beg M
Harga Asal: Beg P Harga Asal:
RM55 RM60
DISKAUN 15% DISKAUN 30%
Beg sekolah yang manakah paling murah selepas diskaun?
9 Gaji Hamdah dan Seong Joon masing-masing ialah RM2 400.00
dan RM2 500.00. Hamdah mendapat kenaikan gaji sebanyak 5%,
manakala Seong Joon pula mendapat kenaikan sebanyak 7%.
Hitung beza antara gaji baharu mereka.
130
RUMUSAN
KEWANGAN
Pengiraan hal-hal yang berkaitan dengan wang.
Pendapatan dan Perbelanjaan 3
Pendapatan Wang atau ganjaran yang diterima
Perbelanjaan Cara atau kaedah mengeluarkan wang
Diskaun
Diskaun Potongan harga daripada harga asal
Diskaun = Harga jual − Harga asal
Nilai Diskaun = % diskaun × Harga asal
Harga selepas diskaun = Harga asal − Diskaun
Simpanan dan Hutang KEWANGAN
Simpanan Wang yang disimpan
Hutang Wang yang dipinjam dan perlu dibayar
Untung dan Rugi
Untung Wang yang diperoleh daripada jualan
berlebihan apabila harga jual melebihi
harga kos.
Untung = Harga jual − Harga kos
Rugi Wang yang diperoleh daripada jualan
berkurangan kerana harga kos melebihi
harga jual.
Rugi = Harga kos − Harga jual
131
PENILAIAN
1. Daniel membeli sebuah telefon bimbit dengan harga RM800.00. Selepas
sebulan, dia menjual telefon bimbit itu dengan harga RM500.00.
Hitung peratus kerugian yang dialami.
2. Pengguna rangkaian Lebuh Raya PLUS menikmati
diskaun bayaran tol sebanyak 50 peratus apabila
membayar tol pada 13 dan 14 Jun sempena cuti
hari raya. Encik Samad masuk Tol Sungai Buloh
dan keluar melalui Tol Alor Setar Utara pada pukul
2.30 petang, 13 Jun. Diberi bayaran tol pada kadar
biasa ialah RM53.90.
Berapakah bayaran tol Encik Samad?
3. Jadual menunjukkan pendapatan kantin sekolah bagi dua bulan pertama.
Bulan Pendapatan
Januari RM7 500.00
Februari 20% lebih daripada bulan Januari
Hitung jumlah pendapatan bagi dua bulan pertama itu.
4. Gambar menunjukkan harga dan diskaun bagi empat jenis kek yang
ditawarkan oleh Kedai Kek Puteri.
KEDAI KEK PUTERI
Kek Tiramisu Kek Keju Kek Buah Kek Coklat
Harga Asal: Harga Asal: Harga Asal:
RM102.00 Harga Asal:
RM65.00 RM98.00 Diskaun 25% RM88.00
Diskaun 5%
Diskaun 20% Diskaun 10%
Jessica mempunyai RM140.00 dan merancang untuk membeli dua biji
kek. Antara kek itu, yang manakah dapat dibeli oleh Jessica?
132
5. Gambar menunjukkan harga bagi 3 peralatan komputer.
Hafiz mempunyai RM300.00.
(a) Hitung baki wang Hafiz selepas membeli tetikus dan mesin pencetak.
(b) Sekiranya Hafiz membeli ketiga-tiga peralatan komputer tersebut,
berapakah hutangnya dengan penjual?
RM19.90 RM37.50
RM258.30
6. Gambar menunjukkan harga kos dan harga jual sehelai baju sukan dan
sehelai seluar panjang.
Baju sukan Seluar panjang
Harga kos ? Harga kos RM25.00
Harga jual RM20.00
Harga jual RM18.00
(a) Kedai koperasi sekolah menjual 40 helai baju sukan dan mendapat 3
jumlah keuntungan sebanyak RM240.00.
KEWANGAN
Hitung harga kos sehelai baju sukan.
(b) Berapakah peratus rugi daripada jualan sehelai seluar panjang?
7. Gaji Encik John ialah RM3 800.00 sebulan. Dia menyimpan 1 daripada
4
gajinya dan memberikan RM650.00 kepada ibu. Baki gaji digunakan
untuk perbelanjaan bulanan seperti dalam jadual.
Perbelanjaan Wang
Ansuran pinjaman RM920.00
Makanan RM600.00
Pengangkutan
Lain-lain RM350.00
(a) Berapakah jumlah wang yang telah disimpan oleh Encik John dalam
masa setahun?
(b) Berapakah perbelanjaan bulanannya?
(c) Hitung perbelanjaan untuk pengangkutan.
133
PEPREMRAMIANIANNAPNELAPBEULARBBUIJRABKIJAK
2 - 6 pemain (termasuk seorang pegawai bank)
Kelengkapan:
1. Dua biji dadu.
2. Token mengikut jumlah pemain.
3. 32 buah biji rumah (warna hijau) & 12 hotel
(warna merah).
4. 1 set kad nasib dan 1 set kad peluang.
5. Kad geran tanah untuk setiap bidang hartanah.
6. Wang mainan pelbagai nilai.
Cara bermain:
1. Setiap pemain diberikan wang permulaan sebanyak
RM1 500.00 dalam pelbagai kombinasi nilai wang.
2. Setiap pemain melontarkan dadu untuk menentukan
giliran bermain.
3. Bermula pada petak MULA, pemain menggerakkan
tokennya berdasarkan angka pada dadu.
4. Pemain boleh membeli tanah, membuat rumah dan
membina hotel di tempat dia berhenti.
5. Jika pemain berada pada tapak tanah yang telah dibeli
oleh pemain lain, denda perlu dibayar kepada pemilik
tanah itu.
6. Setiap kali selesai pusingan dan melalui petak MULA,
pemain diberi ganjaran RM200.00.
Layari laman sesawang SIamybaas
http://bit.ly/2KjNDvT
untuk memperoleh kelengkapan permainan
(Dicapai pada 31 Mei 2019)
134
KEWANGAN
3
135
4 PERANCANGAN
KEWANGAN
Apakah pengetahuan yang wajib kita ketahui bagi memastikan kewangan
kita stabil?
Apakah rancangan masa depan untuk kehidupan yang bebas daripada
masalah kewangan?
4.1 Merancang dan menguruskan kewangan.
Selepas belajar bab ini, murid dapat:
4.1.1 Menghasilkan perancangan kewangan peribadi.
4.1.2 Menghasilkan folio perancangan kewangan jangka pendek dan jangka panjang
satu perniagaan.
136
Perancangan Kewangan Peribadi yang baik
dapat menjamin masa depan, ketenangan
fikiran, dan hidup yang berkualiti.
4
Kata Perancangan Peribadi Bajet Penyata PERANCANGAN KEWANGAN
Kunci Aliran tunai Folio Perniagaan
Nota Guru 137
• Terangkan kepentingan perancangan kewangan dalam kehidupan
harian kepada murid.
4.1 MERANCANG DAN MENGURUSKAN KEWANGAN
Saya ingin membeli kalkulator Kamu boleh mengumpul
saintifik ini untuk membantu saya dan menyimpan wang
dalam pembelajaran tetapi saya saku untuk membelinya.
tidak mahu membebankan ibu bapa.
RM59.00
Bagaimana caranya?
Simpanan terkumpul bulanan Kalkulator saintifik itu harganya
hampir RM60.00. Kamu boleh
Bulan Simpanan menyimpan RM12.00 sebulan
Januari RM12.00 untuk tempoh 5 bulan.
Februari RM12.00
Mac RM12.00
April RM12.00
Mei RM12.00
Jumlah RM60.00
4.1 Nota Guru
138 • Terangkan keperluan merancang dan mengurus kewangan demi mencapai
matlamat kewangan yang diingini.
4.1.1 4.1.2
Menghasilkan perancangan kewangan peribadi
Baca dan main peranan dialog di bawah untuk memahami maksud
perancangan kewangan.
Alif : Cikgu Azura, bolehkah cikgu terangkan kepada saya apa itu
perancangan kewangan?
Cikgu Azura : Perancangan kewangan ialah satu pelan yang menggariskan
usaha melibatkan disiplin-disiplin tertentu untuk mengurus
dengan baik sumber-sumber pendapatan supaya setiap
perbelanjaan mendatangkan faedah kepada diri.
Mei Lin : Menurut apa yang saya faham, perancangan kewangan
akan melibatkan cara kita membuat bajet, menyimpan dan
membelanjakan wang, betul tak cikgu?
Cikgu Azura : Ya, betul tu Mei Lin.
Benjamin : Tidakkah kami terlalu muda untuk merancang kewangan
peribadi sendiri?
Alif : Pada pendapat saya, lebih baik bermula dari awal sejak
kanak-kanak lagi sebelum terlewat.
Cikgu Azura : Saya bersetuju dengan Alif. Perancangan kewangan ini 4
bertujuan memberi pendedahan awal kepada matlamat
kewangan untuk diri sendiri seperti membeli telefon pintar,
kasut sekolah dan basikal.
Mei Lin : Kita juga dapat menyimpan wang
untuk persediaan sekiranya berlaku
kecemasan seperti kemalangan atau PERANCANGAN KEWANGAN
bencana. Betul tak cikgu?
Cikgu Azura : Betul Mei Lin.
4.1.1 Nota Guru 139
• Murid diberi tanggungjawab untuk memegang peranan dalam dialog.
• Terangkan maksud bajet kepada murid.
Perancangan awal memberi banyak kelebihan.
i. Boleh mengambil risiko jika wang diperlukan secara tiba-tiba
ii. Menyimpan lebih lama untuk mengumpul faedah yang lebih
iii. Mendapat manfaat daripada faedah kompaun
Perancangan kewangan
peribadi perlu bermula
seawal yang boleh.
LANGKAH-LANGKAH MERANCANG
KEWANGAN PERIBADI
1 Menilai Kedudukan Kewangan
2 Menetap Matlamat
3 Membentuk Pelan Kewangan
4 Melaksanakan Pelan Kewangan
5 Memantau dan Menilai Semula Pelan Kewangan
140
1 Menilai Kedudukan Kewangan
Kedudukan kewangan semasa boleh dinilai dan ditentukan berdasarkan
rekod penyata kewangan peribadi iaitu Penyata Aliran Tunai bagi bulan
sebelumnya. Penyata Aliran Tunai boleh disediakan dengan merujuk
kepada Rekod Aliran Tunai.
Rekod Aliran Tunai Harian
Suatu dokumen tidak rasmi untuk menunjukkan semua pendapatan
dan perbelanjaan dalam tempoh tertentu.
Kita boleh merekod aliran tunai setiap hari menggunakan Buku
Tunai. Melalui rekod aliran tunai harian, kita dapat menyemak tahap
kewangan dan menilai kedudukan kewangan sebelum menetapkan
matlamat kewangan.
C onto
1 Format Buku Tunai
Rekod Aliran Tunai Harian Aiman
Bulan: Januari
PERANCANGAN KEWANGANTahun: 2020
Tarikh h Pendapatan Jumlah Perbelanjaan Jumlah Baki (RM) 4
01.01.2020 (RM) (RM)
02.01.2020 Wang saku 300.00 Yuran kelas 300.00 − 120.00
12.01.2020 tambahan 120.00 = 180.00
17.01.2020 Baki semasa 180.00 180.00 − 40.00
30.01.2020 Tambang van 40.00 = 140.00
31.01.2020 Baki semasa 140.00 sekolah 140.00 − 59.50
27.50 = 80.50
Baki semasa 80.50 Alat tulis 32.00 80.50 − 68.00
Baki semasa 12.50 Buku rujukan 59.00 = 12.50
80.00
Upah Pakaian 9.00
Baki semasa ? Tiket wayang
66.00 ?
Makanan dan
minuman 10.00 Lebihan/
Defisit?
Simpanan
Daripada contoh, adakah Aiman kehabisan wang sebelum hujung bulan
atau Aiman mempunyai lebihan wang untuk simpanan pada hujung bulan?
141
Penyata Aliran Tunai Bulanan dapat membantu kita membuat analisis
jumlah pendapatan yang diterima berbanding dengan perbelanjaan.
Penyata Aliran Tunai Bulanan
Suatu rekod rasmi yang digunakan untuk memantau, menganalisis
serta menyelaras aliran tunai peribadi.
Penyata Aliran Tunai Bulanan dapat dibina daripada analisis Rekod
Aliran Tunai Harian yang telah direkodkan dalam Buku Tunai.
BUTIRAN-BUTIRAN DALAM PENYATA ALIRAN TUNAI BULANAN
PENYATA ALIRAN TUNAI
BULANAN
PENDAPATAN PERBELANJAAN
Pendapatan Aktif Perbelanjaan Tetap
• Wang saku • Bayaran tambang,
yuran kelas
Pendapatan Pasif
Perbelanjaan
• Hasil simpanan Berubah
atau elaun
• Makanan, buku,
bil telefon
Perbelanjaan
Budi Bicara
• Hadiah, hobi, hiburan
Cara-cara membina Penyata Aliran Tunai Bulanan akan dipelajari dalam
langkah pengurusan kewangan yang ketiga dan keempat ‘Membentuk
serta Melaksanakan Pelan Kewangan’.
4.1.1 Nota Guru
142 • Terangkan setiap komponen yang perlu ada dalam Penyata Aliran Tunai.