LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 2/2021
SLOT :1
MINGGU :1
TARIKH : 5 JULAI 2021 &
MASA : 8:30 PAGI – 10:30 PAGI
PENCERAMAH : YBHG. DATO’ ZULFIKRI BIN OSMAN
TAJUK : BERSAMA TKPU – SEKTOR KEUSAHAWANAN
SEKTOR PELABURAN
OBJEKTIF :
1. Memberikan pendedahan berkenaan sejarah pembentukan MARA
2. Memberikan pendedahkan mengenai halatuju sektor Keusahawanan
3. Memberikan pengenalan berkenaan Sektor Pelaburan
RINGKASAN SLOT
Pengenalan MARA
- Nilai Bersama
Amanah Rakyat
- Visi
Menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat
martabat bangsa
- Misi
Menerajui bidang keusahawanan, Pendidikan dan pelaburan untuk
penguasaan ekuiti Bumiputera
Objektif
1. Membangunkan usahawan berjaya dan berinovatif.
2. Melahirkan modal insan global & berintegriti.
3. Menyumbang kepada pemilikan ekuiti.
4. Memudahkan sistem penyampaian.
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 1
Tranformasi 2016-2066
1950 : RIDA
1966 : MARA
2020 : Peneraju Modal Insan
2066 : Pemacu Negara Keusahawanan
Peranan RIDA melalui
1. Memberikan pinjaman kepada pengusah pertanian kecil
2. Membantu pemasaran hasil pertanian
3. Mengalakkan peryertaan orang Melayu dalam sector perniagaan
4. Membangunkan dan memajukan masyarakat luar bandar
pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur
Sektor Keusahawanan MARA
1. Pembangunan Usahawan
- Latihan & pembangunan modal insan
2. Pembangunan Bisnes
- Peningkatan kapasiti perniagaan
- Bisness to customer
3. Kemudahan Sokongan
- Pembiayaan Perniagaan
- Fasiliti / infrastruktur
- Konsultasi
Sektor Keusahawanan dalam aspirasi Halatuju MARA 2021-2025
Strategi
1. Melestarikan usahawan mampan
a. Kelangsungan PKS / kekal dalam industry
b. Pendekatan Norma baharu
c. Peningkatan Pendapatan
2. Melonjak kapasiti perniagaan berteraskan industry strategik
a. Memacu pertumbuhan PKS berteraskan inovasi dan teknologi
b. Mengenalpasti sektor industry pertumbuhan baharu yang berpotensi
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 2
c. Memperluaskan Kerjasama dan kolaborasi strategik antara pemain
industry / perniagaan, sektor swasta, agensi dan sebagainya
3. Membangunkan usahawan baharu yang kompeten
a. Mengenalpasti potensi bakat keusahawanan
b. Keutamaan kepada graduan IPMA
c. Latihan Keusahawanan Berstuktur & Program Khas
4. Mewujudkan usahawan peneraju kondusif
a. HERO dalam industry
b. Program memperhebatkan usahawan
c. Pengiktirafan Industri
5. Memantapkan ekosistem keusahawanan yang kondusif
a. Mudah Capai (Accessibility)
b. Pembangunan Produk/Fasiliti Baharu
c. Memperkasakan kompetensi pegawai
d. Pengukuhan integriti warga kerja MARA
Sektor Pelaburan
• Bahagian Industri Pengangkutan
• Bahagian Kawalan Kredit
• Bahagian Pelaburan dan Pembangunan Subsidiari
Subsidari MARA
1. Pendidikan & Pembangunan Bakat
KPTM, GIATMARA,GMI, MEX, YPM, UniMARA
2. Perkhidmatan Kewangan
- PELABURAN MARA, RURAL CAPITAL
3. Hartanah
- HARTA PRIMA REALTIES, MARA Inc
4. Aeroangkasa
- STRAND, Asia AeroTechnic, M-AEROTECH
5. Pengangkutan & Logistik
- MARALiner
6. Perkhidmatan Perniagaan
- MARA Corp, Titec, DDEC
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 3
Peranan wargakerja MARA
1) Membantu MARA Melaksanakan strategi yang telah dirancang bagi mencapai
Misi
2) Bertugas bagi mewujudkan persekitaran yang boleh memberikan motivasi
kepada orang lain.
3) Anda diperlukan bagi pembentukan pasukan hebat
IMPAK
1. Pembangunan Usahawan adalah teras utama dalam pembangunan ekonomi
negara.
2. Kepentingan berubah mengikut peredaran masa disebabkan gaya hidup yang
berbeza mengikut generasi serta aliran teknologi yang sentiasa berubah.
3. Kepentingan peningkatan kendiri demi pembangunan sahsiah warga kerja
MARA yang juga membantu penambahbaikan kualiti dan mutu organisasi.
4. Sentiasa cekal dan tabah dalam melakukan sesuatu dan setiap kesilapan dan
pengalaman itu menjadi aset penting dalam membina jati diri gemilang.
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 4
LAMPIRAN BERKAITAN
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 5
**Sila gabungkan semua laporan aktiviti/slot pada hari berkenaan didalam satu
laporan sahaja
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 6
LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 2/2021
SLOT :2
MINGGU :1
TARIKH : 5 JULAI 2021
MASA : 11:00 PAGI – 1:00 PETANG
PENCERAMAH : EN. RAZLAN BIN HAJI SAMSURI
TAJUK : BERSAMA TKPP – SEKTOR PENDIDIKAN
OBJEKTIF :
1. MARA memperkenalkan sistem pembelajaran yang efektif kepada anak muda
yang ingin menyambung dalam pembelajaran.
2. Memberi pendedahan mengenai pendidikan yang boleh membantu dan
memantapkan ilmu.
3. Menjamin peluang pekerjaan selepas tamat pengajian.
RINGKASAN SLOT
✓ Falsafah Pendidikan MARA
➢ Satu usaha dalam meneraskan ilmu,teknologi,dan nilai keusahawanan
untuk membangunkan insan holistic dan seimbang.
✓ Menyediakan pelbagai pusat pendidikan hampir di seluruh Malaysia malahan
serta menyelia dan menguruskan pendidikan pelajar di istitusi Pendidikan lain
di serata dunia.
✓ Pusat Pendidikan MARA
➢ Dalaman Negara : 574 buah
➢ Luar Negara (Pejabat MARA) : 6 Buah
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 1
✓ Sektor Pendidikan MARA
➢ BPM(Secondary Education)
o Bilangan MRSM – 55 buah
o Program
▪ MRSM Primer
▪ MRSM IB – Middle Year Programme
▪ MRSM IGCSE
▪ MRSM Ulul Albab
▪ MRSM Teknikal
▪ MRSM Program Khas Pendidikan
➢ BKT(Technical Vocational Education Training)
o 14 Kluster Teknikal
▪ Mekanikal & Pembuatan
▪ Awam
▪ Elektrikal & Elektronik
▪ Minyak & Gas
▪ Perubatan
▪ Bioteknologi
▪ Teknologi Maklumat
▪ Seni Reka Kreatif & Multimedia
▪ Logistik & Pengangkutan
▪ Teknologi Bahan
▪ Pengurusan Pelancongan , Kulinari & Perhotelan
▪ Kecantikan
▪ Fesyen
▪ Keusahawanan dan Teknousahawan
o 270 Institusi
▪ Universiti Kuala Lumpur (UniKL) – 13 buah
▪ German-Malaysia Institute (GMI) – 1 buah
▪ MARA-Japan Industrial Institute - 1 buah
▪ Kolej Kemahiran MARA (KKTM) – 10 buah
▪ Institut Kemahiran MARA (IKM) – 14 buah
▪ GiatMARA – 231 buah
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 2
o 363 Kursus/Program
▪ Ijazah – 54 program
▪ Asasi/Diploma- 149 program
▪ Sijil – 128
➢ BPT(Professional & Higher Education)
o Kolej MARA (KM)
▪ 4 buah pusat
▪ 7 Program
o Kolej Professional MARA (KPM)
▪ 6 buah pusat
▪ Program
• Diploma -16
• Professional – 2
• Sijil – 1
o Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
▪ 7 buah pusat
▪ 28 Program Diploma
➢ BPP(Education Sponsorship)
o Program
▪ Young Talent Development Programme (YTP)
▪ IPMA Excellence Student Programme (IESP)
▪ Graduate Excellence Programme (GreB)
▪ Professional Development Programme (PRO-P)
▪ Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP)
▪ Talent Development Programme
IMPAK
❖ Menarik minat anak anak muda dalam bidang pendidikan yang disediakan
oleh MARA
❖ Melahirkan para ilmuwan yang inteleks,cerdas dan rasional dalam negara
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 3
❖ Mampu menghasilkan tekologi canggih dan moden yang bersesuaian
dalam menaikkan imej negara yang maju dan moden
❖ Melahirkan ramai para usahawan berjaya dan berkredibiliti dalam
memajukan pendapatan negara
❖ Menerajui ekonomi negara serta mampu berdaya saing dengan negara
negara luar
LAMPIRAN BERKAITAN
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 4
4
(55)
**Sila gabungkan semua laporan aktiviti/slot pada hari berkenaan didalam satu
laporan sahaja
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 5
LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 2/2021
SLOT :3
MINGGU :1
TARIKH : 5 JULAI 2021
MASA : 2:30 PETANG – 4:30 PETANG
PENCERAMAH : PN ROHAYAH BINTI MOHD ZAIN
TAJUK : BERSAMA TKPKP – SEJARAH PERKHIDMATAN AWAM &
MARA, SAYANGI MARA
OBJEKTIF :
1. Memberikan pendedahan berkenaan sejarah Perkhidmatan Awam dan MARA
2. Menyampaikan pengenalanan peranan dan tanggungjawab sebagai penjawat
awam
3. Menerangkan pengenalan Kemententerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)
dan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB)
4. Memberi pendedahan berkenaan Pelan Stategik MARA 2021-2025
5. Memberikan kata-kata motivasi, semangat dan nasihat berdasarkan
pengalaman yang mendalam penceramah dalam bidang-bidang yang berbeza.
RINGKASAN SLOT
Definasi
Perkhidmatan Awam merupakan jentera pentakbiran atau kuasa eksekutif dalam
melaksanakan dasar-dasar dan keputusan kerajaan bagi mencapai segala objektif
dan matlamat negara.
Latar Belakang
Sistem pentakbiran moden dan perkhidmatan awam di Malaysia bermula pada ada
abad ke 19 semasa penjajahan British.
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 1
Sistem tersebut diserap menjadi sebahagian daripada corak takbir urus kerajaan
sejak 1957 sehingga kini.
Peranan Perkhidmatan Awam
1. Merupakan satu institusi utama bagi masyarakat dan negara
2. Memberikan perkhidmatan kepada Raja, Kerajaan dan Masyarakat dengan
penuh kesetiaan.
3. Bertanggunjawab membentuk satu masyarakat yang adil dengan sistem
ekonomi terbuka.
4. Menjalankan hak-hak dan kuasa-kuasanya dengan penuh tanggungjawab
serta berlaku adil kepada rakyat yang menerima khidmatnya.
Teras Perkhidmatan Awam
1. Berazam mempertingkatkan mutu perkhidmatan.
2. Bekerja dengan penuh tanggungjawab.
3. Mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
4. Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan.
5. Memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara.
6. Bekerjasama membenteras musuh-musuh negara
7. Berpegang teguh kepada ajaran agama
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Moto
Luar Bandar Sejahtera
Misi
Meningkatkan Kesejahteraan Masyarakat Luar Bandar Secara Menyeluruh dan
Berkesan
Visi
Menjadi Peneraju Kemajuan Luar Bandar
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 2
Dasar Pembangunan Luar Bandar
1. Ekonomi
- Ekonomi berdaya saing dan mampan
2. Keusahawanan
- Keusahawanan pemacu pembangunan ekonomi
3. Modal Insan
- Modal insan berkualiti
4. Prasarana
- Prasarana lengkap dan canggih
5. Belia
- Keunggulan generasi belia luar bandar
6. Wanita
- Wanita luar bandar yang progesif
7. Kehidupan Sejahtera
- Kehidupan luar bandar yang sejahtera
8. Sistem Penyampaian
- Sistem penyampaian dan takbir urus berkesan
9. Alam Sekitar
- Biodiversiti dan alam sekitar mampan
10. Pembangunan
- Perumahan, pembangunan wilayah dan penempatan desa
bersepadu
Pelan Strategik MARA 2021-2025
Teras
1. Membangunkan komuniti usahawan yang dinamik.
2. Menyumbang sumber tenaga manusia yang bersifar holistik.
3. Memperkasa pelaburan strategik berteraskan Keusahawanan, Pendidikan
dan Perkhidmatan.
4. Memantapkan sistem penyampaian dan takbir urus.
Strategi
1. Melestarikan usahawan yang mampan.
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 3
2. Melonjakkan kapasiti perniagaaan berteraskan industry strategik.
3. Membangunkan usahawan baharu yang kompeten.
4. Mewujudkan usahawan peneraju industri.
5. Memantapkan ekosistem keusahawanan yang kondusif.
6. Meningkatkan penguasaan pelajar dalam bidang STEM.
7. Memperkasakan TVET MARA sebagai sumber utama tenaga kerja negara.
8. Memperluas penglibatan bumiputera dalam bidang berimpak tinggi.
9. Meneraju penajaan Pendidikan bumiputera secara inklusif.
10. Meneroka peluang pelaburan berpotensi dalam industry strategik bagi
mendaya upaya rantaian nilai industri.
11. Memperkukuh inisiatif aset bukan kewangan.
12. Menyumbang kepada kelestarian aktiviti MARA.
13. Memperkukuh jaringan perhubungan antara bandar dan luar bandar.
14. Memperkasa profesionalisme dan integrity modal insan.
15. Memanfaat teknologi terkini dalam ekosistem perkhidmatan.
16. Membudaya norma kerja baharu.
17. Mengutamakan “Amanah Rakyat” sebagai identity organisasi.
IMPAK
1. Peningkatan pengetahuan mengenai sejarah Perkhidmatan Awam.
2. Mempelajari kepentingan tanggungjawab dan peranan sebagai penjawat
awam dalam perkhidmatan awam.
3. Mendapat pengetahuan mendalam mengenai KPLB dan hala tujunya melalui
DPLB serta peranan MARA dalam mencapai matlamat dasar yang dibentuk.
4. Mengetahui objektif dan matlamat serta strategi yang akan digunapakai dalam
mencapai Pelan Strategik MARA 2021-2025.
5. Memberikan motivasi serta semangat bagi menjalankan tugas sebagai seorang
penjawat awam.
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 4
LAMPIRAN BERKAITAN
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 5
**Sila gabungkan semua laporan aktiviti/slot pada hari berkenaan didalam satu
laporan sahaja
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 6
LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 2/2021
SLOT :4
MINGGU :1
TARIKH : 6 JULAI 2021
MASA : 8:00 PAGI – 10:30 PAGI
PENCERAMAH : PROFESSOR DATUK DR SHAMRAHAYU BINTI ABD AZIZ
TAJUK : PERLEMBAGAAN MALAYSIA
OBJEKTIF :
1. Menerangkan sejarah tanah melayu.
2. Menerangkan simbolik yang terdapat dalam Malaysia.
RINGKASAN SLOT
1. Kronologi sejarah sebelum mencapai Kemerdekaan di Tanah Melayu
- 27 Julai 1955
Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan
kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan
MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk
menghadapi pilihan raya tersebut.
- 1O Ogos 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6
wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India.
- 18 Januari – 6 Februari 1956 merundingkan
Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London.
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 1
- 8 Februari 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos
1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
- 20 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di
Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.
- 21 Mac 1956
Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah
dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu.
- 28 – 29 Disember 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu
pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29
Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis
Malaya (PKM).
- 30 Ogos 1957
Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan
Bangunan Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera
Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.
- 31 Ogos 1957
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium
Merdeka, Kuala Lumpur.
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 2
2. Penerangan simbolik yang terdapat pada dalam organisasi Jabatan
Perkhidmatan Awam.
- Simbolik Bunga Raya membawa masksud roh dan semangat Rukun
Negara hendaklah dihayati.
- Diamalkan dalam setiap aspek kehidupan seharian.
- Jata negara adalah simbol kemegahan negara Malaysia.
- Simbol rasmi bagi Malaysia.
- Dipamerkan pada bangunan rasmi dan pejabat kerajaan.
- Digunakan dalam urusan rasmi dan dokumen penting negara.
- Penggunaan jata negara dapat dilihat pada kulit muka hadapan passport
Malaysia.
- Dapat dilihat pada kad pengenalan, lesen memandu dan surat beranak
sebagai simbol kewarganegaraan Malaysia.
- Jata negara turut digunakan dalam kepala surat bagi dokumen rasmi
kerajaan.
- Jata negara juga boleh dilihat pada monumen-monumen penting seperti
Tugu Negara dan Istana Negara.
IMPAK
1. Peningkatan pengetahuan mengenai sejarah tanah melayu (Dijajah selama
446 Tahun) - bermula jajahan pada tahun 1511 – 1957.
2. Memahami peristiwa yang berlaku sebelum mencapai kemerdekaan.
3. Mempelajari kepentingan setiap logo, simbolik yang digunakan serta
dipamerkan dalam tugasan Perkhidmatan Awam adalah penting.
4. Memberikan saranan serta semangat untuk mengibarkan jalur gemilang dan
tanaman Bunga Raya di rumah kediaman.
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 3
LAMPIRAN BERKAITAN
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 4
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 5
**Sila gabungkan semua laporan aktiviti/slot pada hari berkenaan didalam satu
laporan sahaja
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 6
LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 2/2021
SLOT :5
MINGGU :1
TARIKH : 6 JULAI 2021
MASA : 11:00 PAGI – 1:00 PTG
PENCERAMAH : PROFESSOR DATUK DR SHAMRAHAYU BINTI ABD AZIZ
TAJUK : PERLEMBAGAAN MALAYSIA
OBJEKTIF :
1. Memberi pendedahan sistem Pemerintahan di Malaysia
2. Menerangkan pembangunan bangunan parlimen
3. Menerangkan stuktur asas Pelembagaan di Malaysia
RINGKASAN SLOT
1. Penerangan sistem pemerintahan di Malaysia.
- Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah
pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang
Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
- Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-
syarat sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini.
- Tiga bahagian di dalam pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman
dan Eksekutif (pentadbiran).
- Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem
Persekutuan.
- Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Pemerintah
Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda menjalankan tugas-tugas
dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah
Menteri .
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 1
- Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri dan menjalankan tugas mengikut
nasihat Menteri Besar masing-masing.
2. Bangunan parlimen
- Pada 16 September 1963, Malaysia telah terbentuk apabila Sabah,
Sarawak dan Singapura menjadi sebahagian daripadanya. Berikutan itu,
nama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah bertukar kepada
Parlimen Malaysia. Tarikh tersebut juga mencatat satu lagi sejarah
penting apabila persidangan Parlimen diadakan di bangunan baharunya
sendiri yang tersergam indah dalam kawasan Taman Tasik Perdana
dengan keluasan 16.2 hektar.
- Kini, keahlian Parlimen Kedua Belas bertambah kepada 70 ahli bagi
Dewan Negara dan 222 ahli bagi Dewan Rakyat. Parlimen Malaysia
akan terus menjadi institusi yang dijunjung tinggi oleh semua rakyat
Malaysia dan akan terus menjadi lambang demokrasi berparlimen
negara untuk selama-lamanya.
- Sebelum bangunan Parlimen seperti sedia ada dibina, Persidangan
Pertama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan di Dewan
Tunku Abdul Rahman yang sekarang dikenali sebagai Kompleks
Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) pada 11 September 1959.
Dewan Tunku Abdul Rahman yang terletak di Jalan Ampang ini dibina
pada tahun 1935 dan asalnya ialah kediaman En. Eu Tong Sen, seorang
pelombong dan pengusaha lading getah yang kaya dan terkenal di
Kuala Lumpur. Ia telah diubahsuai dan ditokok tambah oleh tukang-
tukang atau “master builders” yang diupah khas.
- Persidangan Pertama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu yang
diadakan pada 11 September 1959 di Dewan Tunku Abdul Rahman
merupakan sejarah penting tanahair kerana buat julung kalinya Parlimen
Persekutuan telah bersidang dengan ahli-ahlinya. Persidangan
Parlimen tersebut telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 2
Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku
Mohamed.
- Ekoran dari itu, pada tahun 1959, satu kawasan berkeluasan 16.2 hektar
berhampiran Taman Bunga Kuala Lumpur telah dipilih sebagai tapak
yang sesuai. Kawasan tersebut dipilih kerana lokasinya yang strategik
iaitu, terletak di atas sebuah bukit dan berhampiran dengan pusat
bandaraya.
- Pada 31 Ogos 1962, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed
Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong yang ketiga, telah berkenan
untuk meletakkan batu asas bagi membina bangunan Parlimen di
kawasan tersebut.
- Bangunan Parlimen telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong ketiga
Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail
pada 2 November 1963.
3. Pendedahan struktur asas Perlembagaan Persekutuan. Terdapat lima perkara
pokok yang perlu difahami, iaitu:
- Raja-Raja Melayu yang menandatangani Perjanjian Negeri 1948 dan
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
- Perjanjian Negeri 1948 adalah batu asas kepada sistem perlembagaan
moden Kerajaan-Kerajaan Melayu (kecuali Johor dan Terengganu yang
lebih awal memiliki perlembagaan moden) dan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957.
- Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957 dikurnia dan dikuatkuasakan melalui
kedaulatan sembilan orang Raja-Raja Melayu (Negeri Sembilan
ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Besar dan Pembesar-Pembesar
Memerintah) yang mendirikan Persekutuan Tanah Melayu.
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 3
- Kedaulatan Raja-Raja Melayu bukanlah ciptaan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957 tetapi bersusur-galur daripada
Kesultanan Melayu Melaka mengikut adat Melayu.
- Perjanjian Malaysia 1963 masih mengekalkan kedaulatan Yang di-
Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu ke atas Persekutuan yang
dinamakan Malaysia.
IMPAK
1. Mendapat pengetahuan mendalam mengenai proses Sistem Pemerintahan
Malaysia.
2. Mengetahui intipati struktur asas Perlembagaan Perseketuan.
3. Memberikan motivasi serta semangat untuk mengibarkan jalur gemilang dan
tanaman Bunga Raya di rumah.
LAMPIRAN BERKAITAN
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 4
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 5
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 6
**Sila gabungkan semua laporan aktiviti/slot pada hari berkenaan didalam satu
laporan sahaja
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 7
LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 2/2021
SLOT :6
MINGGU :1
TARIKH : 06 JULAI 2021
MASA : 2:30 PETANG – 4:30 PETANG
PENCERAMAH : PN ZALINA BINTI SLAMAT
TAJUK : BERSAMA BSM – KEBAJIKAN MARA
OBJEKTIF :
1. Memberikan pendedahan berkenaan kemudahan pembiayaan yang ada di
dalam MARA
2. Menyampaikan jenis-jenis kemudahan pembiyaan yang terpakai di dalam
organisasi MARA.
3. Menerangkan kemudahan perubatan kakitangan MARA.
4. Menerangkan kemudahan pembiayaan pinjaman kakitangan MARA.
5. Menerangkan kemudahan pengecualian bayaran balik pinjaman pelajaran
kakitangan MARA.
6. Memberikan pendedahan berkaitan Skim Kebajikan Dan Khairat MARA
(SKKAM)
RINGKASAN SLOT
Kemudahan Pembiayaan Perubatan
1. Kemudahan Perubatan Klinik Panel
2. Kemudahan Perubatan Klinik & Hospital Kerajaan
3. Rawatan Pakar & lain-lain Rawatan
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 1
Syarat Kelayakan Kemudahan Perubatan Klinik Panel
i. Berjawatan tetap, sementara dan kontrak (diri sendiri,pasangan dan anak-
anak)
ii. Berjawatan sambilan tetapi untuk diri sendiri sahaja
Rawatan yang ditanggung oleh Mara
i. Rawatan pesakit luar (demam,cirit-birit dan sebagainya)
ii. Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak
• Ujian pengesanan kehamilan 1 kali sahaja dan tidak melebihi
RM50.00.
• Pemeriksaan ultra sound 1 kali sepanjang tempoh kehamilan dan
tidak melebihi RM50.00.
• Ubat termasuk vitamin dan mineral
• Imunisasi bayi yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia
iii. Imunisasi untuk rawatan luka
iv. Pengesanan awal penyakit kronik
• Penyakit kencing manis, jantung, buah pinggang dan darah tinggi.
• X-ray, ujian darah dan ubat
• Untuk kali pertama sahaja dan tidak melebihi RM150.00
v. Rawatan kecemasan seperti kemalangan jalanraya dan tidak melebihi
RM100.00
Rawatan yang tidak ditanggung oleh MARA
i. Rawatan pesakit dalam (dimasukkan ke wad)
ii. Rawatan bersalin
iii. Perkhidmatan berkhatan
iv. Pil kesuburan dan perancangan keluarga
v. Rawatan pergigian
vi. Vitamin, makanan dan produk kesihatan yang disyorkan oleh doktor yang
tiada kena mengena dengan rawatan
vii. Pengambilan ubat kencing manis, jantung, buah pinggang, darah tinggi dan
lain-lain secara berterusan
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 2
viii. Permintaan ujian HIV, dadah, Rubella, Pap smear dan lain-lain
ix. Suntikan Hepatitis, Influenza, H1N1, Meningitis dan lain-lain
x. Suntikan pencegahan penyakit untuk mengerjakan haji
xi. Rawatan untuk mencantikkan badan atau rupa paras (kosmetik)
Tatacara mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan
1. Menggunakan e-GL di dalam sistem hrmis atau membawa satu salinan hard
copy GL
2. Memaklumkan pihak hospital atau klinik bahawa bil perlu di hantar ke Bahagian
Sumber Manusia Mara
3. Mohon pihak hospital menghubungi Bahagian Sumber Manusia sekiranya
perlukan pengesahan kakitangan.
4. Dapatkan rawatan selanjutnya
Rawatan-rawatan lain yang ditanggung oleh mara
i. Bekalan belian ubat
ii. Bekalan belian alatan
iii. Perkhidmatan perubatan
iv. Jenis perbelanjaan
v. Rawatan penyakit buah pinggang
vi. Rawatan kepakaran
Tatacara mendapatkan mendapatkan rawatan peralatan di klinik/ Hospital
Kerajaan
1. Mendapat rawatan di hospital kerajaan
2. Perakuan oleh pakar perubatan hospital kerajaan
3. Permohonan dikemukakan menggunakan Borang 1/10 atau 1/9 (Borang JPA)
4. Majukan permohonan ke Pengarah BSM untuk pertimbangan dan kelulusan
Tatacara mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Swasta
1. Mendapatkan rawatan hospital/klinik swasta yang paling hamper
2. Perakuan Pakar Hospital Swasta dan kronologi peristiwa kecemasan pemohon
3. Menggunakan borang 2/10 untuk membuat permohonan
4. Majukan kepada pihak BSM untuk pertimbangan dan kelulusan
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 3
Kemudahan Pembiayaan Pinjaman
1. Pembiayaan Perumahan
2. Pembiayaan Kenderaan
3. Pembiayaan Komputer
Syarat Kelayakan Pembiayaan Perumahan
• Warganegara Malaysia dan bukan seorang yang muflis
• Berjawatan tetap dan telah disahkan jawatan serta berkhidmat dengan MARA
tidak kurang setahun.
• Bebas pertuduhan tatatertib serta membuat pengisytiharan harta dalam sistem
HRMIS
• Pemohon bersara kemukakan permohonan tidak lewat daripada satu tahun
sebelum bersara
Syarat Kelayakan Pembiayaan Kenderaan
• Berjawatan tetap, sementara dan kontrak serta berkhidmat dengan MARA tidak
kurang dari tiga tahun.
• Jumlah ansuran tidak melebihi 1/3 daripada gaji kasar
• Bebas pertuduhan tatatertib serta membuat pengisytiharan harta dalam sistem
HRMIS
• Mempunyai lesan memandu yang sah
Syarat Kelayakan Pembiayaan Komputer
• Berjawatan tetap serta telah berkhidmat tidak kurang daripada 6 bulan.
• Bebas pertuduhan tatatertib serta membuat pengisytiharan harta dalam sistem
HRMIS
• Amaun maksima-RM 5,000.00 bagi setiap pembiayaan
Kemudahan Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA
Fungsi
• Memproses Pengecualian Bayaran Balik pinjaman Pelajaran Dan Pelepasan
Ikatan Kontrak.
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 4
• Membuat Tuntutan Bayaran Balik Kemudahan Pinjaman kakitangan yang
berhenti atau berpencenSyarat kelayakan
• Lantikan sementara, kontrak dan tetap dalam MARA atau anak syarikat MARA
Syarat pelepasan
• Menamatkan pengajian mengikut syarat yang telah ditetapkan dalam surat
tawaran dan perjanjian kontrak
• Berkhidmat dengan mara mengikut tempoh yang ditetapkan dalam surat
makluman syarat pengecualian bayaran balik pinjaman pelajaran MARA
• Dikecualikan bayaran balik mengikut tempoh berkhidmat
Proses Permohonan
1. Isi dan lengkapkan borang permohonan
2. Hantar ke unit penguatkuasaan BSM
3. Surat makluman syarat tempoh ikatan perkhidmatan dikeluarkan
4. Akaun pinjaman akan dibekukan
5. Perlu mengemukakan surat pengesahan majikan kepada pihak BSM
6. Kelulusan jawatankuasa berdasarkan syarat ikatan perkhidmatan yang
dipenuhi
7. Pengosongan baki oleh Bahagian Kewangan MARA
8. Setelah akaun pinjaman dikosongkan surat pelepasan rasmi akan dikeluarkan
Skim Kebajikan Dan Khairat MARA (SKKAM)
Objektif
• Membantu ahli, pasangan dan anak-anak yang didaftarkan dengan MARA jika
berlakunya sesuatu bencana serta meringankan beban ahli atau waris.
Kategori Bencana
• Kematian ahli atau keluarga ahli
• Penyakit yang tidak dapat dirawat dan perkhidmatan terpaksa ditamatkan
• Musibah bencana alam seperti tanah runtuh, banjir dan kebakaran
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 5
IMPAK
1. Menambahkan lagi pengetahuan tentang kemudahan pembiayaan yang ada di
dalam MARA.
2. Mengetahui prosedur-prosedur yang terpakai bagi memohon kemudahan
pembiayaan dalam MARA.
3. Mendapat pengetahuan yang lebih jelas tentang fungsi Skim Kebajikan Dan
Khairat MARA.
LAMPIRAN BERKAITAN
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 6
**Sila gabungkan semua laporan aktiviti/slot pada hari berkenaan didalam satu
laporan sahaja
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 7
LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) SIRI 2/2021
SLOT : 7&8
MINGGU :1
TARIKH : 7 JULAI 2021
MASA : 8.30 PAGI – 1:00 PETANG
PENCERAMAH : PUAN FARAH DIANA BINTI ABDUL AZIZ
TAJUK : PERINTAH AM BAB A,B,C,D
OBJEKTIF :
1. Memberikan pendedahan berkenaan perintah am di dalam organisasi MARA.
2. Menerangkan jenis-jenis lantikan di bawah organisasi MARA.
3. Menyampaikan kategori cuti yang boleh dipakai di dalam organisasi MARA.
4. Menerangkan kemudahan elaun-elaun dalam perkhidmatan MARA.
5. Menerangkan waktu bekerja dan bekerja lebih masa di MARA.
6. Menerangkan kemudahan perubatan untuk warga kerja MARA.
7. Memberikan pendedahan berkaitan Skim Kebajikan Dan Khairat MARA
(SKKAM)
RINGKASAN SLOT (PERINTAH AM A)
Pelantikan
Melantik seseorang untuk memegang jawatan dalam perkhidmatan awam termasuk
MARA secara tetap, sementara atau kontrak samada pertama kali atau lantikan
seseorang yang sedang berkhidmat ke jawatan lain dalam mana-mana skim
perkhidmatan.
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 1
Kenaikan Pangkat
Peningkatan atau kenaikan seseorang anggota ke jawatan yang gred / tingkatan yang
lebih tinggi secara hakiki dalam skim perkhidmatan yang sama dengan kelulusan
pihak berkuasa.
Penamatan Perkhidmatan
1. Bersara
2. Peletakan Jawatan
3. Dibuang
Jenis-jenis Lantikan
Pelantikan Secara Lantikan
Pengambilan pegawai hendaklah diiklankan sekurang-kurangnya dalam satu akhbar
Bahasa Melayu / iklan dalaman. Iklan ini hendaklah mengandungi :-
1. Nama jawatan dan Taraf Pelantikan (tetap,kontrak dll)
2. Skim perkhidmatan
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 2
3. Maklumat gaji
4. Kelayakan akademik dan lain-lain kelayakan yang diperlukan.
5. Taraf Kewarganegaraan
6. Tarikh tutup permohonan
7. Alamat permohonan patut diserah/dihantar
Pihak berkuasa boleh juga menggunakan kaedah lain yang difikirkan sesuai untuk
mengiklankan pengambilan. Surat tawaran jawatan kepada calon-calon yang berjaya
antara lain mestilah mengandungi perkara-perkara berikut :-
1. Nama jawatan & Skim jawatan
2. Gaji permulaan & Gred gaji
3. Tempoh percubaan
4. Syarat-syarat pengesahan dalam jawatan
5. Pemeriksaan Kesihatan
6. Akuan bersumpah (Akuan Berkanun 1960) untuk mengesahkan calon
tidak ada rekod jenayah, penagih dadah dll.
7. Surat aku janji patuhi Peraturan-Peraturan Tatatertib
8. Tarikh lapor diri
9. Tempat lapor diri
Calon yang hendak dilantik juga dikehendaki membuat akuan berkanun (sumpah) -
Akta Akuan Berkanun 1960 (Akta 13) bahawa dia :-
1. Tidak ada rekod jenayah
2. Tidak pernah dibuang kerja
3. Bukan penagih dadah
4. Tidak miliki kewarganegaraan asing
5. Bukan seorang yang bankrup
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 3
Tarikh Lantikan
Pegawai baru dilantik akan dibayar gaji permulaan jawatan tersebut mengikut skim
perkhidmatan. Pegawai baru memiliki pengalaman yang relevan dengan jawatannya,
boleh diberikan gaji permulaan yang lebih tinggi (Keadaan biasa 1 pergerakan gaji
biasa bagi genap 1 tahun pengalaman. Tertakluk pada keputusan MARA)
Tempoh Percubaan
Lantikan baru/terus dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama 1 tahun hingga
3 tahun. Jika tempoh ini tamat, boleh dilanjutkan tidak melebihi 12 bulan, samada :-
1. Berdenda (tahan kenaikan gaji, hilang kekananan,
2. tarikh PGT berubah mengikut tarikh pengesahan)
3. Tidak berdenda (Dibenar menerima pergerakan gaji, tidak hilang kekananan)
Syarat Pengesahan
1. Menjalani tempoh percubaan dengan jayanya.
2. Menghadiri Kursus PTM dengan jayanya.
3. Lulus peperiksaan yang disyaratkan.
4. Diperakukan / sokong oleh Ketua Jabatan
Tarikh pengesahan paling awal ialah sehari selepas pegawai memenuhi syarat-syarat
pengesahan tersebut. Pegawai dianggap tidak disahkan selagi tidak diluluskan
walaupun pegawai itu telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Faedah Disahkan Jawatan
1. Boleh dimasukkan ke Skim Pencen/KWSP
2. Skim Pinjaman Pengajian Secara Sambilan
3. Cuti Belajar Bergaji Penuh (lima tahun)
4. Pinjaman Perumahan
5. Pinjaman Kenderaan (tak perlu penjamin)
6. Dipertimbangkan untuk Kenaikan Pangkat
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 4
Opsyen Persaraan
1. Kemudahan Berpencen
2. Kemudahan Tidak Berpencen (KWSP)
Penempatan Anggota
• Seseorang boleh ditempatkan di mana-mana sahaja yang difikirkan sesuai oleh
organisasi.
• Anggota juga boleh dipinjamkan untuk berkhidmat dengan mana-mana jabatan
kerajaan, badan berkanun atau swasta.
Penamatan Perkhidmatan
Seseorang anggota boleh ditamatkan perkhidmatan atas sebab-sebab berikut:
• Memberi maklumat palsu
• Sumpah palsu
• Gagal disahkan dalam jawatan
• Kesalahan tatatertib
• Menyembunyikan maklumat kesihatan
• Gagal tapisan keselamatan
Kenaikan Pangkat
Peningkatan atau kenaikan seseorang anggota ke jawatan yang gred / tingkatan yang
lebih tinggi secara hakiki dalam skim perkhidmatan yang sama dengan kelulusan
pihak berkuasa.
Persaraan
1. Seseorang anggota berpencen yang bersara atau dibersarakan dari jawatan
(bukan meletak jawatan atau dibuang kerja).
2. Kelayakan bagi mendapat faedah terbitan bagi kes kematian dalam
perkhidmatan pula ialah anggota meninggal dunia, sekurang-kurangnya telah
disahkan dalam perkhidmatan.
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 5
Jenis-jenis Persaraan
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 6
RINGKASAN SLOT (PERINTAH AM B)
Kategori Elaun dan Kemudahan
1. Bertugas Rasmi Dalam Negeri
2. Bertugas Rasmi Luar Negeri
3. Pendahuluan
4. Bayaran Saguhati Persidangan
5. Elaun, Kemudahan & Bayaran Kerana Hadir Di Mahkamah
6. Tambang Perjalanan Selepas Lantikan Pertama
Elaun Layak Dibayar
1. Elaun Makan
2. Elaun Harian
Dibayar kepada pegawai yang bertugas di luar pejabat melebihi 8 jam tetapi
kurang dari 24 jam. Kadar Elaun Harian ialah separuh (1/2) daripada kadar
kelayakan Elaun Makan.
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 7
3. Bayaran Sewa Hotel
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 8
4. Elaun Gantian Tetap
Jika menjalankan tugas rasmi luar pejabat melebihi tiga (3) bulan tapi kurang dari
enam (6) bulan termasuk hari kelepasan am dan cuti hujung minggu. Pegawai juga
balik ke pejabat asalnya secara sementara tidak melebihi 7 hari dan kemudian kembali
meneruskan tugas luar ini, tidak dikira menjalankan tugas baru.
5. Elaun Perjalanan Kenderaan/Pengangkutan Awam
Pegawai dikehendaki menggunakan perkhidmatan kapal terbang atau keretapi bagi
menjalankan tugas rasmi di tempat yang boleh dihubungi terus dengan menggunakan
pengangkutan ini dan tidak layak menuntut.
6. Belanja Pelbagai (Tol, Letak Kereta, Dobi & Feri/Bot)
Tambang lazim dikenakan bagi perjalanan tersebut dan disokong dengan resit/tiket.
Elaun-Elaun Lain
1. Elaun, Kemudahan hadir ke mahkamah
Pegawai yang disapina (subpeona) oleh mahkamah untuk beri keterangan bagi
pihak kerajaan atau keterangan pakar layak menuntut elaun, kemudahan dan
bayaran lain seolah-olah tugas rasmi.
2. Elaun, Kemudahan hadir ke Istiadat Pengurniaan Pingat
Pegawai atau pesara hadiri upacara penerimaan pingat/Darjah Kebesaran
layak tuntut elaun dan lain-lain seperti bertugas rasmi.
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 9
3. Elaun Memangku
Memangku bermaksud seorang pegawai menjalankan tugas satu jawatan lebih
tinggi grednya dari hakiki pegawai dalam skim perkhidmatan yang sama secara
sepenuh masa.
4. Elaun Menjalankan Tugas
Menjalankan tugas bermakna seorang pegawai menjalankan tugas satu
jawatan lain samada lebih tinggi, sama taraf atau lebih rendah grednya dan
sama ada dalam skim yang sama atau skim berlainan dengan skim hakikinya
disamping menjalankan tugas-tugas hakikinya sendiri.
5. Elaun Wilayah
Pegawai asal dari Sabah, Labuan dan Sarawak yang berkhidmat di Sabah,
Labuan atau Sarawak atau di Semenanjung dan Pegawai dari Semenanjung
berkhidmat di Sabah, Labuan atau di Sarawak.
6. Elaun Perumahan Wilayah
Warga kerja yang berasal dari Sabah (termasuk Labuan) atau Sarawak yang
dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Semenanjung atau anggota yang
berasal dari Semenanjung yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di
Sabah (termasuk Labuan) atau Sarawak.
7. Elaun Gangguan
Dibayar kepada Pegawai yang bertukar ke luar negara atau bertukar Wilayah
dari Semenanjung ke Sabah, Labuan dan Sarawak atau sebaliknya.Kadar
bayaran adalah bersamaan dengan sebulan gaji akhir apabila balik semula ke
tempat asalnya.
8. Elaun Tanggungjawab
Dibayar kepada pemegang jawatan Pengetua (RM150.00), Penolong
Pengetua, Ketua Jabatan (RM120.00) di MRSM, Kolej MARA Dan Kolej
Profesional MARA.
9. Elaun Khas Pemandu
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 10
Kadar Elaun Tanggungjawab Khas Pemandu ialah RM150.00 sebulan.
10. Elaun Kritikal
Elaun ini dibayar kepada penyandang-penyandang jawatan yang
diklasifikasikan sebagai kritikal seperti Pegawai Undang-Undang (L), Skim
Perkhidmatan Kejuruteraan (J).
11. Elaun Warden
12. BITK, BITPS dan BISP
RINGKASAN SLOT (PERINTAH AM C)
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 11
Tafsiran Cuti
Sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan
peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai terputus perkhidmatan atau sebagai
berhenti kerja.
Kategori Cuti
A) Cuti Kerana Perkhidmatan
1. Cuti Rehat
Cuti Bergaji Penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam
sesuatu tahun dari bulan Januari hingga Disember
2. Cuti Separuh Gaji
3. Cuti Tanpa Gaji
Bagi urusan persendirian dalam Malaysia, pegawai berjawatan tetap, telah
genap berkhidmat 6 bulan dan telah mengambil semua cuti rehat yang ia
berkelayakan.
4. Cuti Rehat Khas
Semua PPP yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal seperti MRSM.
B) Cuti Atas Sebab Perubatan
1. Cuti Sakit
Cuti bergaji penuh yang diberi kerana sebab-sebab perubatan dan
mengemukakan Sijil Sakit daripada seorang Pegawai Perubatan Kerajaan atau
lain-lain doctor.
2. Cuti Bersalin
Cuti diberi kepada wanita bersalin 60 hingga 90 hari dan 360 jumlah hari
sepanjang tempoh perkhidmatan.
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 12
3. Cuti Kuarantin
Menghalang berlakunya wabak penyakit daripada merebak. Kadar adalah
mengikut tempoh penahanan oleh pihak berkuasa kesihatan. Maksimum 5 hari
bagi setiap kes/ selama tempoh perakuan doktor mengikut mana yang lebih
rendah, tidak termauk hari rehat mingguan dan hari kelepasan am.
4. Cuti Kecederaan
Diberikan apabila Cuti sakit telah habis digunakan ia boleh diberi cuti
kecederaan sebagai cuti sakit tambahan bergaji penuh sehingga ke satu masa
ia akan pulih semula atau tidak pulih semula, ke tarikh ia akan dibersarakan
dari perkidmatan.
5. Cuti Tibi, Kusta & Barah
Cuti sakit bergaji penuh tidak melebihi 12 bulan tidak mengira sebarang cuti
sakit yang telah diambilnya kerana penyakit-penyakit lain.
6. Cuti Sakit Lanjutan
Diperakukan oleh Lembaga Perubatan sebagai ada harapan untuk sembuh ia
masih boleh diberikan cuti sakit iaitu secara Cuti Tanpa Gaji tidak melebihi 90
hari dengan diberi Elaun Bantuan bersamaan separuh gaji.
C) Cuti Atas Sebab Perubatan
1. Cuti Kerana Berkursus
2. Cuti Haji
3. Cuti Kursus Sambilan
4. Cuti Tanpa Rekod
5. Cuti Umrah
RINGKASAN SLOT (PERINTAH AM E)
KUMPULAN 3|PTM 2/2021 13