The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NIK MUHAMMAD KAMIL AFIQ BIN NIK SUHAIMI- FYP A212

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d091331, 2023-06-21 04:12:12

NIK MUHAMMAD KAMIL AFIQ BIN NIK SUHAIMI- FYP A212

NIK MUHAMMAD KAMIL AFIQ BIN NIK SUHAIMI- FYP A212

1 ANALISIS TAHAP PENGUASAAN TEORI DAN PRAKTIKAL HUKUM-HUKUM MAD DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 SMK MERAPOH, KUALA LIPIS, PAHANG NIK MUHAMMAD KAMIL AFIQ BIN NIK SUHAIMI FAKULTI SAINS DAN KEMANUSIAN 2022


i ANALISIS TAHAP PENGUASAAN TEORI DAN PRAKTIKAL HUKUM-HUKUM MAD DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 SMK MERAPOH, KUALA LIPIS, PAHANG NIK MUHAMMAD KAMIL AFIQ BIN NIK SUHAIMI LAPORAN PROJEK TAHUN AKHIR YANG DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN ISLAM) FAKULTI SAINS DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2022


ii INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN Perakuan ini telah dibuat pada 10 .7. 2022 i. Perakuan pelajar : Saya, Nik Muhammad Kamil Afiq bin Nik Suhaimi D20182086211 dari Fakulti Sains Dan Kemanusiaan dengan ini mengaku bahawa Laporan Projek Tahun Akhir yang bertajuk Analisis Tahap Penguasaan Teori Dan Praktikal Hukum-Hukum Mad Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 5 Smk Merapoh, Kuala Lipis, Pahang adalah hasil kerja saya sendiri. Saya tidak memplagiat dan apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hak cipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hak cipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya. (Nik Muhammad Kamil Afiq bin Nik Suhaimi) ii. Perakuan Penyelia: Saya, Dr Wan Muhammad Hafizuddin Bin Wan Abd Halim dengan ini mengesahkan bahawa hasil kerja pelajar yang bertajuk Analisis Tahap Penguasaan Teori Dan Praktikal Hukum-Hukum Mad Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 5 Smk Merapoh, Kuala Lipis Pahang dihasilkan oleh pelajar seperti nama diatas, dan telah diserahkan kepada Fakulti Sains Dan Kemanusiaan bagi memenuhi sepenuhnya syarat untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dengan Kepujian. ------------------ ------------------- Tarikh : Tandatangan Penyelia :


iii PENGHARGAAN Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kekuatan, bantuan dan izin-Nya projek tahun akhir ini Berjaya disiapkan dengan baik dan lancar. Dalam catatan yang ringkas ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang menyiapkan projek tahun akhir ini. Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr Wan Muhammad Hafizuddin Bin Wan Abd Halim selaku penyelia projek tahun akhir saya kerana beliau banyak membantu saya memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyiapkan projek ini. Tidak lupa juga penghargaan yang tidak terhingga kepada walid dan bonda saya, Nik Suhaimi bin Nik Yusoff dan Saodah binti Nik Daud yang tidak putus-putus berdoa dan memberikan nasihat bagi memastikan anaknya berjaya dalam pelajaran. Seterusnya ucapan terima kasih ditujukan kepada semua sampel yang sudi memberi kerjasama untuk saya menngumpul data semasa kajian dan akhir sekali penghargaan buat sahabat seperjuangan yang telah banyak memberi sumbangan idea untuk menyiapkan projek ini. Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas jasa baik, sumbangan dan pengorbanan buat kalian semua.


iv ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan teori dan praktikal hukumhukum mad dalam kalangan pelajar tingkatan lima SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang. Serta mengenalpasti hubungkait antara teori dan praktikal hukum-hukum mad dalam kalangan pelajar tingkatan lima SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Seramai 56 orang pelajar tingkatan lima SMK Merapoh telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang dijalankan. Dan sembilan pelajar dimabil untuk temubual. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif menggunakan peratusan, min, sisihan piawai. Dapatan kajian mendapati tahap penguasaan teori hukum-hukum mad responden mencatat nilai min lebih tinggi iaitu dengan nilai (Min=4.16) dan tahap penguasaan praktikal hukum-hukum mad responden dengan nilai (Min=2.46). Manakala, hasil analisis kolerasi Pearson mendapati bahawa penguasaan hukum-hukum mad secara teori dan praktikal mempunyai hubungan yang siginifikan dengan tahap penguasaan hukum-hukum mad praktikal dalam kalangan pelajar-pelajar tingkatan lima dengan nilai [r (56) =.380**, k < 0.05]. Secara ringkasnya, didapati kedua-dua penguasaan teori dan praktikal hukum-hukum mad berada pada tahap tinggi namun perlu lagi dipertingkatkan serta terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan hukum-hukum mad teoritikal dengan tahap penguasaan hukum-hukum mad praktikal dalam kalangan pelajarpelajar tingkatan lima SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang. Implikasi kajian ini adalah untuk memberi maklumat kepada KPM atau PPD tentang perlaksanaan aktiviti pemantapan untuk murid berprestasi rendah serta mendedahkan data kepada pihak PPD daerah untuk melihat keadaan dan situasi sebenar tahap penguasaan al-Quran di daerah tersebut.


v ANALYSIS OF THE LEVEL OF THEORETICAL AND PRACTICAL MASTERY OF MAD LAWS AMONG FORM 5 STUDENTS OF SMK MERAPOH, KUALA LIPIS, PAHANG ABSTRACT This study aims to identify the level of theoretical and practical mastery of mad laws among form five students of SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang. As well as identifying the relationship between theory and practice of mad laws among form five students of SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang. This study uses quantitative methods. A total of 56 form five students from SMK Merapoh were selected to answer the questionnaire. And nine students were taken in for interviews. Study data were analyzed descriptively using percentage, mean, standard deviation. The findings of the study found that the level of mastery of the theory of mad laws of the respondents recorded a higher mean value with a value (Mean = 4.16) and the level of practical mastery of the mad laws of the respondents with a value (Mean = 2.46). Meanwhile, the results of Pearson correlation analysis found that the mastery of mad laws in theory and practice has a significant relationship with the level of mastery of practical mad laws among form five students with a value of [r (56) = .380 **, k <0.05]. In summary, it is found that both theoretical and practical mastery of mad laws are at a high level but need to be further improved and there is a significant relationship between the level of mastery of theoretical mad laws related to the level of mastery of practical mad laws among students level five SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang. The implication of this study is to provide information to the MOE or PPD on the implementation of consolidation activities for low-performing students as well as disclose data to the district PPD to see the actual situation and situation of the level of mastery of the Quran in the district.


vi ISI KANDUNGAN PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN ii PENGHARGAAN iii ABSTRAK iv ABSTRACT v KANDUNGAN vi SENARAI JADUAL xi SENARAI RAJAH xiii SENARAI ISTILAH xiv SENARAI LAMPIRAN xv BAB 1 – PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Kajian 1 1.3 Pernyataan Masalah 3 1.4 Objektif Kajian 5 1.5 Persoalan Kajian 5 1.6 Kepentingan Kajian 6 1.7 Batasan Kajian 6 1.8 Kerangka Konseptual Kajian 7 1.9 Hipotesis Kajian 8 1.10Definisi Operasi 8


vii BAB 2 – TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 10 2.2 Hukum-Hukum Mad 10 2.2.1 Mad Asli 11 2.2.2 Mad Far’I 13 2.2.3 Mad Munfasil 13 2.2.4 Mad Muttasil 14 2.2.5 Mad Lazim 15 2.2.6 Mad Badal 17 2.2.7 Mad Lin 18 2.2.8 Mad 'Aridh Lissukun 19 2.2.9 Mad Silah 22 2.2.10 Mad Iwad 25 2.2.11 Mad Farq 25 2.2.12 Mad Tamkin 26 2.2.13 Mad Ta'zim 27 2.2.14 Mad Tabri'ah 27 2.3 Sorotan Kajian Terdahulu 28 BAB 3 – METADOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 32 3.2 Reka Bentuk Kajian 35


viii 3.3 Lokasi Kajian 35 3.4 Instrumen Kajian 37 3.4.1 Borang Soal Selidik 41 3.4.2 Temubual 42 3.5 Populasi Dan Sampel Kajian 43 3.5.1 Populasi 43 3.5.2 Sampel Kajian 45 3.6 Tatacara Pemerolehan Data 42 3.7 Tatacara Penganalisisan Data 46 3.8 Kesahan Dan Kebolehpercayaan 48 3.8.1 Kesahan 48 3.82 Kebolehpercayaan 50 3.9 Kajian Rintis 50 3.10 Kesimpulan 51 BAB 4 – ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 53 4.2 Keputusan Analisis Deskriptif 54 4.2.1 Profil Demografi Responden 54


ix 4.2.2 Khatam Al-quran 56 4.2.3 Bila Khatam Al-quran 57 4.3 Keputusan Analisis Normaliti 58 4.4 Keputusan Analisis Deskriptif Terhadap Pembolehubah 60 4.4.1 Min, Sisihan Piawai, Skor Minimum Dan Skor Maksimum 61 4.4.1.1 Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Item Tahap Penguasaan Teori Hukum-Hukum Mad 62 4.4.1.2 Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Item Tahap Penguasaan Praktikal Hukum-Hukum Mad 64 4.4.2 Tahap Penguasaan Bacaan Pelajar Melalui Temubual 66 4.5 Keputusan Analisis Infrensi 68 4.5.1 Hipotesis Kajian 69 4.5.1.1 Kolerasi Pearson 69 4.6 Kesimpulan 73 BAB 5 – PERBINCANGAN 5.1 Pendahuluan 74 5.2 Ringkasan Kajian 75 5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 75


x 5.3.1 Mengenalpasti tahap penguasaan teori hukum-hukum mad dalam kalangan pelajar tingkatan 5 SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang 78 5.3.2 Mengkaji tahap penguasaan praktikal hukum-hukum Mad dalam kalangan pelajar tingkatan 5 SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang 81 5.3.3 Menilai hubungkait antara tahap penguasaan teori dan praktikal hukum-hukum mad dalam kalangan pelajar tingkatan 5 SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang 76 5.4 Implikasi Dapatan Kajian 83 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 85 5.6 Kesimpulan 87 RUJUKAN 88 LAMPIRAN 91


xi SENARAI JADUAL Jadual Muka Surat 2.1 Contoh-contoh Mad Asli. 12 2.2 Contoh-contoh Mad Munfasil dan Mad Muttasil. 14 2.3 Contoh-contoh Mad Lazim Kalimi 16 2.4 Contoh-contoh Mad Lazim Harfi 16 2.5 Contoh -contoh Mad ‘Arid Lissukun. 19 3.1 Menunjukkan Rangka Bagi Item Soalan Kajian 36 3.2 Jumlah Keseluruhan Pelajar 41 4.1 Demografi Responden Kajian 51 4.2 Peratus Dan Bilangan Responden Yang Khatam Al-quran 52 4.3 Peratus dan Bilangan Responden Bilakah Khatam Al-quran 53 4.4 Nilai Indeks Taburan Normal 55 4.5 Interpretasi skor min 56 4.6 Analisis Deskriptif Pembolehubah 57 4.7 Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Item Tahap Penguasaan Teori Hukum-Hukum Mad 58 4.8 Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Item Tahap Penguasaan


xii Praktikal Hukum-Hukum Mad 60 4.9 Interpretasi Tahap Bacaan Atau Praktikal 61 4.10 Tahap Penguasaan Bacaan Atau Praktikal Hukum-Hukum Mad 61 4.11 Skala Pengukuran Guilford’s Rule of Thumb 63 4.12 Keputusan Kolerasi Pearson Tahap Penguasaan Hukum-Hukum Mad Teoritikal dan Praktikal 64 4.13 Keputusan Ujian-T Tahap Penguasaan Teoritikal Hukum-Hukum Mad Antara Jantina 66 4.14 Keputusan Ujian-T Tahap Penguasaan Praktikal Hukum-Hukum Mad Antara Jantina 67 4.15 Ringkasan Keseluruhan Dapatan Kajian Terhadap Pengujian Hipotesis 67


xiii SENARAI RAJAH Jadual Muka Surat 1.1 Rangka kerangka konseptual kajian 7


xiv SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN/ ISTILAH K Aras signifikan N Bilangan Responden DK Darjah kebebasan H Hipotesis KPM Kementerian Pelajaran Malaysia < Kurang daripada atau lebih kecil M Min SMK Sekolah Menengah Kebangsaan PPD Pejabat Pelajaran Daerah M - T R et. Al % + = Sig. Min Negetif Nilai ujian t atau perbezaan Nilai ujian kolerasi atau hubungan Pengarang lain Peratus Positif Sama dengan Signifikan SP Sisihan Piawai SPSS Statistical Package for Social Sciences . Titik perpuluhan


xv SENARAI LAMPIRAN A Analisis Deskriptif Demografi Responden B Analisis Diskriptif Bahagian B C Analisis Deskriptif Bahagian C D Analisis Infrensi E Rangka Persoalan Bagi Item Soalan Kajian F Rangka Persoalan Bagi Item Temubual


1 BAB 1 PENGENALAN 1.10 Pendahuluan Bab ini menerangkan pengenalan pada kajian ini. Bab subtopik berkaitan latar belakang kajian, pernyataan masalah kajian, objektif kajian, soalan kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian, kerangka konsep kajian, skop kajian serta definisi operasi. 1.11 Latar Belakang Kajian


2 Ilmu tajwid merupakan ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap muslim. Ilmu tajwid seperti mad merupakan antara hukum-hukum yang terdapat pada tajwid. Pendidikan merupakan sesuatu yang sangat penting untuk dipelajari oleh setiap masyarakat. Ini kerana pendidikan yang baik akan mewujudkan masyarakat yang bertamadun untuk setiap aspek. Dan jika kita melihat daripada banyak pandangan menyatakan bahawa pendidikan itu menuju kepada satu hala dan matlamat iaitu untuk membina manusia (Mohd. Yusuf Ahmad. 2001). Namun demikian, pendidikan yang sebenar tidak akan tercapai jika tidak diisi dengan elemen kerohanian. Nilai-nilai kerohanian dan akhlak yang wujud dari sistem pendidikan yang cemerlang akan melahirkan bangsa yang mempunyai identiti diri dalam menghadapi ancaman. Selain itu juga, bila menyebut istilah pendidikan pasti tidak akan lari dengan islam. Ini kerana, islam sangat berkait rapat dengan pendidikan. Kita lihat sirah nabi Muhammad ketika mentadbir Madinah dan Mekah, baginda banyak menekankan pendidikan sehingga mengambil tawanan perang yang mahir dalam bidang tertentu untuk menjadi pengajar atau guru kepada rakyat pada ketika itu. Ini menunjukkan bahawa baginda sudah mempunyai pemikiran untuk mewujudkan sistem pendidikan kepada umat islam. Pendidikan islam adalah satu proses penyampaian ilmu kepada seseorang bagi membentuk jati diri dan sahsiah dalam kehidupan seharian dengan berlandaskan kepada islam. Ini kerana, bagi memastikan di akhirat nanti mempunyai tempat yang baik sebagai ganjaran mengamalkan ilmu-ilmu pendidikan islam. (Mohd Nor, M. R., & Wan Othman, W. M. T. 2011).


3 Kendatipun juga, pendidikan sangat berkait rapat dengan pendidikan islam. walaupun kita telah mengatahui dan membaca banyak teori berkenaan pendidikan daripada al falsafah barat, namun kita sebagai orang islam sewajarnya juga melihat pendidikan daripada perspektif al-Quran. Ini kerana al-Quran bukanlah buku metadologi pendidikan dan bukan juga buku sains, geografi dan sebagainya tetapi al-Quran adalah kitab mukjizat yang mengandungi segala-galanya. Dalam pembelajaran di sekolah, pengajaran al-Quran telah dimasukkan kedalam buku teks pendidikan islam dibawah subtopik al-Quran. Ini menunjukkan bahawa kerajaan juga amat menitikberatkan pembelajaran untuk memahami dan menguasai ilmu al-Quran. 1.3 Pernyataan Masalah Isu penguasaan kemahiran membaca al-Quran dalam kalangan pelajar perlu diambil perhatian dengan serius kerana berkait rapat dengan amalan-amalan dalam islam. Pengajaran topik al-Quran telah lama dimasukkan didalam silibus Pendidikan islam. Dan setiap minggu para pelajar akan mempelajari tilawah al-Quran dengan guru-guru mereka. Selain itu juga, hukum tajwid merupakan perkara yang wajib dipelajari oleh setiap muslim secara umumnya. Oleh yang demikian, silibus al-Quran disekolah menjadi medan kepada murid untuk mempelajari al-Quran. Namun demikian, menurut beberapa kajian daripada S.Sabilan, Z. Aris dan S. Mohni (2017) menyatakan bahawa tahap pemahaman hukum tajwid khususnya Alif Lam Syamsiah dan Qamariah amat lemah dikuasai oleh pelajar.


4 Maka, adalah penting untuk para pelajarmenguasainya semasa disekolah. Dan, berdasarkan pengalaman penyelidik sewaktu disekolah, terdapat ramai rakan-rakan yang kurang mahir dalam bacaan al-Quran serta tajwid walaupun sudah berada pada penghujung tahun. Berdasarkan kajian daripada Norwadatun Mohamed Razali (2021) menyatakan bahawa faktor penguasaan tilawah al-Quran dan tajwid lemah disebabkan beberapa perkara. Antaranya, tiada usaha tambahan daripada ibu bapa, kurikulum yang hanya berfokuskan kepada membaca, guru kurang berkemahiran, kaedah pengajaran yang tidak efektif dan ketiadaan alat bantu mengajar yang berkesan. Selain itu juga, penemuan mendapati bahawa di sekolah-sekolah sekitar Melaka sebanyak 7 peratus atau 700 pelajar daripada 11000 pelajar kurang mahir membaca jawi sekaligus tidak pandai membaca jawi. Bahkan ada juga yang tidak solat. (Hassan Omar .2019). Kemudian, kajian daripada Rashidah Md Hassan, Nik Rosila Nik Yaacob dan Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya (2017) mendapai bahawa tahap pencapaian kelancaran bacaan al-Quran secara bertajwid dalam majoriti berada pada tahap sederhana iaitu 46.7%, dan tahap kefasihan sebutan adalah pada tahap 60%. Manakala, penguasaan hukum tajwid pula berada pada tahap lemah iaitu 36.7%. Ini bermaksud, pengetahuan hukum tajwid perlu diberikan penekanan yang lebih. Namun, jika diminta membaca al-Quran secara lisan, mereka mampu membaca dengan baik. Ini menunjukkan bahawa mereka agar mahir membaca al-Quran tetapi tidak tahu nama hukum tajwidnya.


5 Oleh itu, kerana banyak kajian ilmiah di sekolah-sekolah mendapati terdapat kelemahan penguasaan al-Quran dalam kalangan pelajar sangat ketara, maka kajian ini juga akan mengkaji dan memberi tumpuan berkenaan dengan penguasaan hukum tajwid khususnya hukum-hukum mad dalam kalangan pelajar tingkatan lima SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang yang berada pada tahun akhir. Dan kajian ini akan berfokuskan kepada teori dan kemahiran praktikal bacaan al-Quran. Manakala, persoalan bagaimanakah hendak dikaji adalah dengan menggunakan kaedah soal selidik dan temubual serta pemerhatian. 1.4 Objektif Kajian Secara umumnya, kajian ini adalah untuk memfokuskan objektif seperti berikut : I. Mengenalpasti tahap penguasaan teori hukum-hukum mad dalam kalangan pelajar tingkatan 5 SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang II. Mengkaji tahap penguasaan praktikal hukum-hukum mad dalam kalangan pelajar tingkatan 5 SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang III. Menilai hubungkait antara tahap penguasaan teori dan praktikal hukum-hukum mad dalam kalangan pelajar tingkatan 5 SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang


6 1.5 Persoalan Kajian II. Apakah tahap penguasaan teori hukum-hukum mad dalam kalangan pelajar tingkatan 5 SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang. III. Bagaimanakah tahap penguasaan praktikal hukum-hukum mad dalam kalangan pelajar tingkatan 5 SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang IV. Sejauhmanakah hubungkait antara tahap penguasaan teori dan praktikal hukumhukum mad dalam kalangan pelajar tingkatan 5 SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang. 1.6 Kepentingan Kajian Kajian ini memberi kepentingan kepada pelbagai pihak iaitu: I. Memberi panduan kepada guru-guru untuk melaksanakan intervensi kepada murid. II. Menjadi rujukan oleh pengkaji-pengkaji lain yang berminat untuk menjalankan kajian sama ada dalam bidang yang sama atau berbeza. III. Memberi maklumat kepada KPM atau PPD tentang perlaksanaan aktiviti pemantapan untuk murid berprestasi rendah. IV. Mendedahkan data kepada pihak PPD daerah untuk melihat keadaan dan situasi sebenar tahap penguasaan al-Quran di daerah Kuala Lipis, Pahang


7 1.7 Batasan Kajian Kajian ini mempunyai batasan iaitu skop kajian hanya berkaitan hukum tajwid bagi hukum-hukum mad sahaja berdasarkan tahap penguasaan pada teori dan praktikal. Sampel kajian ini hanya melibatkan murid yang berada pada tingkatan lima yang merupakan tahun akhir bagi mereka. Dan kajian ini hanya dibuat di SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang. 1.8 Kerangka Konseptual Kajian Analisis Tahap Penguasaan Teori Dan Praktikal Hukum-hukum Mad Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 5 SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang Mengkaji Tahap Penguasaan Hukum Mad Pada Murid Tingkatan 5 SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang Mengenalpasti Tahap Kefahaman Hukum Mad Dari Segi Teori Dan Praktikal Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 5 SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang Menilai Hubungkait Antara Teori Dan Praktikal Pada Hukum Mad Dalam Kalangan Pelajar . Kumpul Data Analisis Data Merumus Dan Membuat Kesimpulan TeoriI Praktikal


8 Rajah 1.1: Rangka kerangka konseptual kajian 1.9 Hipotesis Kajian I. Terdapat hubungkait berkenaan hukum-hukum mad dengan teori dan praktikal dalam kalangan pelajar tingkatan lima di SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang. II. Terdapat perbezaan yang signifikan tahap penguasaan teori hukum-hukum mad dalam kalangan pelajar tingkatan lima SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang antara jantina lelaki dan perempuan. III. Terdapat perbezaan yang signifikan tahap penguasaan praktikal hukum-hukum mad dalam kalangan pelajar tingkatan lima SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang antara jantina lelaki dan perempuan. 1.10 Definisi Operasi Kajian dijalankan berdasarkan definisi operasional berikut: a) Al-Quran Al-Quran adalah kitab Allah yang mempunyai mukjizat, yang mana diturunkan kepada nabi Muhammad dengan perantaraan malaikat Jibril, yang termaktub di dalam musyaf yang dikongsikan secara tawatur atau berperingkat, dimulakan dengan al fatihah dan


9 diakhiri dengan an nas serta mendapat pahala kepada yang membacanya.(Mohd. Yusuf Ahmad. 2001). b) Tajwid Tajwid menurut bahasa ialah memperelokkan sesuatu dan menurut istilah, tajwid ialah melafazkan setiap huruf Hijaiyyah dan makhrajnya dengan betul serta memenuhi hak huruf dan mustahak huruf ketika membaca quran. Manakala ilmu tajwid adalah pengetahuan yang membahaskan tentang hak huruf, sifat huruf yang asal dan mendatang, makhraj huruf dan hukum tajwid termasuk waqaf dan ibtida’ dan lain-lainnya (Muhammad Sharif Hassim. 2011). c) Hukum-Hukum Mad Mad menurut bahasa adalah pertambahan atau memanjangkan dan menambah. Mad menurut istilah adalah memanjangkan sebutan suara pada salah satu huruf mad atau huruf lin. Huruf mad mempunyai 3 huruf iaitu alif, waw dan ya’. Kadar bacaannya adalah sebanyak 2,4,5 atau 6 harakat yang bergantung kepada jenis mad tersebut. Kemudian, mad terbahagi kepada 2 iaitu Mad Asli dan Mad Far’ie. Mad Asli juga dikenali sebagai Mad Tobi’e, Mad Dzati, Mad Asas dan Mad Sighah. Manakala Mad Far’ie merupakan mad cadangan iaitu hukum tambahan kepada Mad Asli. (Muhammad Sharif Hassim. 2011).


10 BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Bab 1 menerangkan tentang objektif kajian, pernyataan masaalah, hipotetif kajian, soalan kajian, kerangka konseptual kajian, kepentingan kajian, skop kajian dan latar belakang kajian. Maka di dalam bab 2 ini akan menyentuh tentang konsep quran dan hadis serta kajian terdahulu. 2.2 Hukum-Hukum Mad


11 Mad menurut bahasa bermaksud lebih atau tambahan. Menurut istilah ilmu tajwid pula bermaksud memanjangkan sebutan suara lebih dari dua harakat dengan huruf mad (pemanjang) pada ketika pertemuannya dengan huruf hamzah atau tanda sukun. Qasr menurut Bahasa ialah tahanan atau tetapan. Menurut istilah ilmu tajwid pula bermaksud menetap sebutan suara di atas huruf mad tanpa tambahan dan memanjangkan sebutan suara tidak lebih daripada dua harakat. (Haji ‘Abdul Qadir Leong, 2009) a) Huruf Mad Ada Tiga 1. Alif (ا (huruf sebelumnya berbaris di atas Contoh: ل َاَق 2. Wau (و (huruf sebelumnya berbaris hadapan. Contoh: ل ُوُقَي 3. Ya' (ي (huruf sebelumnya berbaris di bawah. Contoh: ل َيِق b) Bahagian Mad Mad terbahagi kepada dua bahagian besar: 1. Mad Asli (Mad Asas). 2. Mad Far'i (Mad Cabangan/Cawangan). 2.2.1 Mad Asli


12 Mad yang asal wujudnya bagi huruf-huruf yang bertemu dengan huruf huruf mad. la bukan disebabkan selepas huruf mad terdapat huruf hamzah atau tanda sukun dan ia dibaca dengan kadar mad dua harakat sama ada ketika menyambung atau berhenti bacaan padanya. Mad Asli juga dinamakan Mad Tabi'i, kerana ia sudah menjadi tabiat bagi semua pembaca al-Qur'an yang mahir atau baik tidak mengurangkan kadar madnya dua harakat dan tidak pula melebihi daripada itu. Ia juga dinamakan Mad Zati kerana mad ini memang terdiri daripada huruf madnya (zatnya) sendiri. Ukuran panjang bacaan dua harakat dikira dengan dua kali gerak anak jari, iaitu menggenggam anak jari yang terbuka atau membuka anak jari yang tergenggam secara sederhana. Begitulah harakat dikira menurut gerakan anak jari, satu harakat adalah dikira satu gerakan anak jari. (Haji Abdul’ Qadir Leong, 2009) 1 harakat = 1 gerakan anak jari. 2 harakat = 1 Alif (ا (disebut Qasr (Pendek). 4 harakat = 2 Alif (اا :(disebut Tawassut (Sederhana). 6 harakat = 3 Alif (ااا :(disebut Mad (Panjang). Jadual 2.1: Contoh-contoh Mad Asli.


13 Contoh Huruf Mad Contoh Huruf Mad ا قَالَ ت ا َكانَتَا و يُو ُس ُف و ُكونُوا َرة ي َخِليفَة ي َكثِي 2.2.2 Mad Far’i Mad yang telah berkembang lebih daripada ukuran Mad Asli di sebabkan adanya huruf hamzah atau tanda sukun selepas huruf mad, maka bacaannya lebih panjang daripada Mad Asli. (Haji Abdul’ Qadir Leong, 2009) Mad Far'i terbahagi kepada enam bahagian: 1. Mad Munfasil (Mad Berasingan). 2. Mad Muttasil (Mad Berangkai). 3. Mad Lazim. 4. Mad Badal (Mad Tukaran). 5. Mad Lin (Mad Lembut / Lunak). 6. Mad 'Arid Lissukun (Mad Mendatang Kerana Sukun). 2.2.3 Mad Munfasil (Mad Berasingan)


14 Huruf mad berada di akhir kalimah yang pertama, dan huruf hamzah (ء (berada di awal kalimah berikut, maka huruf mad bertemu dengan huruf hamzah berasingan dalam dua kalimah. la juga dinamakan Mad Ja'iz (Mad Harus) kerana para ulamak qurra' berselisih pendapat mengenai kadar panjang bacaan madnya, diantaranya ada yang membacanya dengan kadar mad dua harakat, ada yang membacanya dengan empat atau lima harakat, dan ada yang membacanya dengan enam harakat. Menurut Riwayat Hafs, Mad Munfasil harus dibaca empat atau lima harakat pada ketika bacaan huruf mad bersambung dengan huruf hamzah selepasnya, jika berhenti bacaan di atas huruf mad maka huruf sebelumnya dibaca dua harakat menjadi Mad Asli, dengan syarat cara tulisannya berpisah dalam kalimah dan harus berhenti bacaan padanya, seperti contoh pertama di bawah jadual. lika cara tulisannya berangkai seperti ل َوَّ َ أ ٓوا , تَ ُكونُ maka ia harus dibaca empat atau lima harakat dan tidak boleh memisahkan bacaan huruf mad dengan hamzah atau dengan erti kata lain tidak boleh berhenti bacaan di atas huruf mad (alif kecil bertanda mad dalam contoh tersebut), ia dinamakan Mad Munfasil Hukmi. Dalam al-Quran Rasm Uthmani huruf Mad Munfasil diberi tanda mad (~) diatasnya. (Haji Abdul’ Qadir Leong, 2009). 2.2.4 Mad Muttasil (Mad Berangkai)


15 Huruf mad bertemu dengan huruf hamzah dalam satu kalimah yang sama. Ia dinamakan Mad Muttasil kerana huruf mad bertemu dengan huruf hamzah berangkai dalam satu kalimah. Ia juga dinamakan Mad Wajib kerana ulamak qurra' telah bersepakat memadkannya lebih daripada Mad Asli iaitu dengan empat, lima atau enam harakat. Dalam al-Quran Rasm Uthmani huruf Mad Muttasil diberi tanda mad (~) diatasnya. (Haji Abdul Qadir Leong, 2009) Jadual 2.2: Contoh-contoh Mad Munfasil dan Mad Muttasil. Contoh Jenis Mad Huruf Mad Contoh Jenis Mad Huruf Mad ِس ُم ق ُ ُءو َن آ Munfasil فَ ََل أ َرآ آ Muttasil يُ ى لَ ِ إ ۟ ٓوا و Mutaasilُ سو ُء و Munfasil ٱن َطِلقُ ِر ِهم َ كثَ ىٓ أ ي Muttasilَ هنِيئ ا ي Munfasilَ علَ 2.2.5 Mad Lazim (Mad Kebiasaan/Pasti) Selepas huruf mad terdapat huruf bertanda sukun asli wujud di kala bacaan bersambung atau berhenti bacaan di atasnya yakni tanda sukun ini sebagai sebab bacaan mad lazim dalam dua keadaan, dan kerana semua ulama qurra' bersepakat ia lazim dibaca dengan kadar mad 6 harakat maka ia dinamakan Mad Lazim Mad Lazım terbahagi kepada dua


16 bahagian (1) Mad Lazim Kalimi. (2) Mad Lazım Harfi, dan setiap bahagian ini mengandungi dua bahagian kecil seperti berikut: 1. Mad Lazim Kalimi گلمی الزم مد I. Mad Lazim Kalimi Muthaqqal II. Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf 2. Mad Lazim Harfi حرف الرم مد I. Mad Lazim Harfi Muthaqqal II. Mad Lazim Harfi Mukhaffaf Jadual 2.3: Contoh-contoh Mad Lazim Kalimi: Contoh(1) Jenis Mad Contoh(2) Jenis Mad َن Muthaqqal Kalimi ٱل َّصآ َّخةُ ـ Mukhaffaf Kalimiَ ءآل Muthaqqal Kalimiَ ضآًال ُّضو َن َح ٓ َت Kalimi Muthaqqal Jadual 2.4 : contoh-contoh Mad Lazim Harfi Contoh (3) Jenis Mad Contoh(4) Jenis Mad م ر Muthaqqal Harfi الـ ۤ ال Harfi Mukhaffaf


17 Mukhaffaf Harfi ي ۤس Muthaqqal Harfi ط ٓسٓ م ۤص مۤ ۤ ال Harfi Muthaqqal س ۤط Harfi Mukhaffaf Daripada contoh-contoh tersebut di atas jelas kepada kita bahawa, apabila selepas huruf mad terdapat huruf yang bertanda sukun asli tetap di kala bacaan bersambung atau berhenti padanya, maka ia dinamakan Mad Lazim, kerana tanda sukun lazim bersama dengan huruf mad dalam satu kalimah dan lazim dimadkan dengan enam harakat tanpa khilaf. Ketahuilah bahawa apabila Mad Lazim berlaku dalam satu kalimah yang bersabdu (bacaan idgham), maka ia dinamakan Mad Lazim Kalimi Muthaqqal seperti contoh (1) di atas, kalimah خةٓ َّصـا َّٱل bila diperhatikan selepas huruf sod terdapat huruf mad alif (ا ,(dan selepasnya terdapat huruf qaf (خ ( bersabdu, sebenarnya ia terdiri dari dua huruf yang sama iaitu huruf pertamanya bertanda sukun manakala huruf berikutnya berbaris di atas lalu diidghamkan huruf pertama ke dalam huruf berikutnya terjadi satu huruf yang bersabdu. Apabila Mad Lazim berlaku dalam satu kalimah yang tidak bersabdu, maka ia dinamakan Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf, seperti contoh (2) di atas Dalam Al-Qur'an Rasm 'Uthmani huruf mad Mad Lazim Kalimi Muthaqqal dan Mukhaffaf diberi tanda mad (~) di atasnya. (Haji Abdul Qadir Leong, 2009) Apabila Mad Lazim berlaku dalam huruf yang bersabdu (bacaan idgham), maka ja dinamakan Mad Lazim Harfi Muthaqqal seperti contoh (3) di atas kata huruf م ... َال م .... ِمي


18 ِل ف َا bila diperhatikan tulisan nama huruf الم ,َselepas huruf lam berbaris di atas terdapat huruf mad alif (ا ,(dan selepasnya terdapat huruf mim bertanda sukun serta bacaan Idgham", mana kala huruf yang berikutnya adalah huruf mim berbaris, lalu diidghamkan huruf mim brtanda sukun ke dalam huruf mim yang berbaris, terjadi satu huruf yang bersabdu, di mana hukum bacaannya dinamakan Idgham Mithlaini Saghir Apabila Mad Lazim berlaku dalam satu kata huruf yang tidak bersabdu, maka ia dinamakan Mad Lazim Harfi Mukhaffaf, seperti contoh (4) di atas Dalam Al-Qur'an Rasm 'Uthmani huruf Mad Lazim Harfi Muthaqqal dan Mukhaffaf diberi tanda mad (~) di atasnya. 2.2.6 Mad Badal (Mad Tukaran) Huruf mad ditukar daripada huruf hamzah, asalnya terhimpun dua huruf hamzah dalam satu kalimah, mana kala huruf hamzah pertama berbaris, sedangkan huruf hamzah kedua bertanda sukun lalu ditukarkan huruf hamzah kedua kepada huruf mad menurut baris huruf hamzah yang pertama, kadar bacaan madnya dua harakat, menurut bacaan Riwayat Hafs. (Haji Abdul Qadir Leong, 2009). Jika huruf hamzah pertama berbaris di atas, maka huruf hamzah kedua ditukarkan menjadi huruf mad alif (ا .(Contohnya نَ َ آمــ asalnya ءامــن .Dibaca dengan panjang dua harakat. Hamzah sukun diganti dengan alif karena terletak setelah harakat fathah.


19 Jika huruf hamzah pertama berbaris di bawah, maka huruf hamzah kedua ditukarkan menjadi huruf mad ya' (ي .(Contohnya ا مانَ ِي إ asalnya منا إئ .Dibaca dengan panjang dua harakat. Hamzah sukun diganti dengan ya’ karena terletak setelah harakat kasrah. Jika huruf hamzah pertama berbaris hadapan, maka huruf hamzah kedua ditukarkan menjadi huruf mad wau (و .( Contohnya ۟ وتُوا ُ أ asalnya أوتوا .Dibaca dengan panjang dua harakat. Hamzah sukun diganti dengan wau karena terletak setelah harakat dhammah. 2.2.7 Mad Lin (Mad Lunak / Lembut) Huruf wau (و (dan ya (ي (bertanda sukun dan huruf sebelum kedua-duanya berbaris di atas, dan huruf, selepasnya dibaca sukun kerana berhenti bacaan padanya, maka bacaannya harus dimadkan dengan enam, empat atau dua harakat. Apabila bacaannya bersambung dengan huruf selepasnya, maka ia tidak boleh dimadkan. la dinamakan Mad Lin kerana sebutannya adalah lembut dan mudah pada ketika berhenti bacaan padanya. Penjelasan ketika berhenti bacaan padanya terdapat pada Mad 'Arid Lissukun berikut. ب َخ ي ُر ِيَ :Contoh َر . ِد َك ال َها ال َّس ي . فِي َ يَ وم ال َ م ِم ن فِ ر َع و َن . َال ُظل 2.2.8 Mad 'Aridh Lissukun (Mad Mendatang Kerana Sukun)


20 Disebabkan terdapat tanda sukun mendatang pada huruf akhir kalimah, kerana menghentikan bacaan padanya dan sebelumnya terdapat salah satu huruf Mad atau huruf Lin, maka ia harus dibaca enam, empat atau dua harakat, dimana huruf akhir kalimah bukan daripada hamzah. (Haji Abdul Qadir Leong, 2009). Apabila berhenti bacaan pada sesuatu kalimah huruf akhirnya berbaris,maka hendaklah ia dibaca tanda sukun (dimatikan) Inilah yang dinamakan sukun mendatang kerana berhenti bacaan padanya, jika bacaannya disambung hilanglah tanda sukunnya. (Haji Abdul Qadir Leong, 2009) Jadual 2.5: Contoh -contoh Mad ‘Arid Lissukun. Contoh huruf Akhir bukan Hamzah (1) Huruf Mad Contoh huruf Akhir adalah Hamzah (2) Huruf Mad َ و يُنِفقُو َن ٓوأ َن تَبُ ٓو أ ِء ا ٱلنَّا ِس َمآ ا ِم َن ٱل ُء ي نَ ستَ ِع ي ُن ِس يۤ ي النَّ Daripada contoh-contoh tersebut di atas jelas kepada kita, bahawa kumpulan contoh (1) huruf akhir kalimah bukan terdiri daripada huruf hamzah, ia berbaris di atas, di bawah atau hadapan. Untuk mempastikan wajah dan kadar mad yang boleh dibaca padanya, kedudukan baris bagi huruf akhir kalimah itu adalah amat penting.


21 Jika ia berbaris di atas, contoh ن َوُفقِنُي , maka terdapat padanya tiga wajah bacaan iaitu dua, empat atau enam harakat di mana huruf akhirnya dibaca sukun sahaja tanpa raum م و ر) َiaitu menyebut tanda bacaan pada huruf pada akhir kalimah dengan kadar setengah atau sepertiga harakat. Jika hurufnya berbaris tanwin makai a dibacakan baris satu) dan م isymam ش َما ِ إ , kerana huruf akhirnya nun (ن (berbaris di atas. Jika ia berbaris di bawah, contoh س ِاَّٱلن maka terdapat padanya empat wajah bacaan iaitu tiga wajah seperti baris di atas, dan ditambah satu wajah lagi iaitu raum pada bacaan dua harakat. Jika ia berbaris hadapan, contoh: ن ُي عَ ِستَ ن maka terdapat padanya tujuh wajah bacaan iaitu empat wajah seperti baris di bawah, dan ditambah tiga wajah lagi iaitu isymam pada bacaan dua, empat dan enam harakat. Jika huruf akhir kalimah terdiri daripada huruf hamzah, seperti kumpulan contoh (2) di atas jadual, ia berbaris di atas, di bawah atau hadapan. Jika ia berbaris di atas, contoh َ ٓوأ َن تَبُ أ maka terdapat padanya tiga wajah bacaan iaitu empat, lima dan enam harakat di mana huruf akhirnya dibaca sukun sahaja tanpa raum dan isymam, kerana huruf akhirnya َء) hamzah ) berbaris di atas.


22 Jika ia berbaris di bawah, contoh: ءِ َ آ مـ ٱل ن َم ِmaka terdapat padanya lima wajah bacaan iaitu tiga wajah seperti baris di atas, dan ditambah dua wajah lagi iaitu raum pada bacaan empat dan lima harakat. Jika ia berbaris hadapan, contoh: ءُ ِس يۤ َّالن maka terdapat padanya lapan wajah bacaan iaitu lima wajah seperti baris di bawah, dan ditambah tiga wajah lagi iaitu isymam pada bacaan empat, lima dan enam harakat. Apabila Mad Arid Lissukun terdiri daripada huruf lin, dan bacaannya disambung dengan kalimah berikutnya, maka bacaannya tidak boleh dimadkan serta raum, kerana bacaan raum adalah seperti keadaan bacaan bersambung. 2.2.9 Mad Silah (Mad Bersambung) Mad yang terdapat pada huruf Ha' ad Damir ( ىـُ/ه ( رِ ضــــِمي ال ء ُهـا . َIa juga dinamakan Ha’ Kinayah ة ِـَـايَكن ِال ء ُهـا َbererti kata ganti ha" "nya" maskulin diri ke 3 (tunggal). Apabila ia terletak di antara dua huruf yang berbaris dan pada ketika pembacaannya bersambung dengan huruf berikutnya, maka bacaannya wajib dimadkan, jika berhenti bacaan padanya, ia dibaca sukun tanpa mad. Bacaan Mad Silah ini terbahagi kepada dua bahagian :


23 i. Mad Silah Qasirah Tidak terdapat huruf hamzah selepas Ha Ad-Damir, bacaannya hendaklah dipanjangkan dengan dua harakat. ِ ِ ۦ بَ ِصي را : Contoh َّن َربَّ ۥُ َكا َن ب ِ ىٓ إ بَلَ Dalam Al-Qur'an Rasm 'Uthmani apabila ia berbaris hadapan, ia diikuti dengan huruf wau kecil (ۥ ُى ,(dan apabila ia berbaris di bawah, ia diikuti den huruf ya kecil (هۦ.(ِ ii. Mad Silah Tawilah Terdapat huruf hamzah selepas Ha' Ad-Damir, bacaannya hendaklah dipanjangkan dengan empat atau lima harakat. ِين ا : Contoh ًۭ ما ُّمب ِث ِ ِٓ ۦ إ ى ب َو َكفَ ـ ِب . ِكتَ ُّم ٱل ُ َو ِعندَهۥُٓ أ Dalam Al-Qur'an Rasm 'Uthmani apabila ia berbaris hadapan, ia dikuti dengan huruf wau kecil bertanda mad di atasnya (ُٓهۥ ,(dan apabila ia berbaris di bawah, M. ia diikuti dengan huruf ya' kecil bertanda mad di atasnya (ۦ ِٓ ى.( Seperti mana tersebut di atas, mengikut kaedah bacaan Riwayat Hafs dari Qira'at "Asim memanjangkan bacaan setiap Ha' Ad-Damir dengan huruf wau kecil jika ia berbaris hadapan, dan dengan huruf ya' kecil jika ia berbaris bawah dengan syarat huruf sebelumnya


24 dan selepasnya mesti berbaris dan pada ketika menyambungkan bacaannya dengan huruf selepasnya, tetapi kecuali pada beberapa kalimah yang berikut : I. Bacaan ha' dalam kalimah م كَ ُل ُ ضــــ َرَ ي pada surah Az-Zumar ayat 7 mengikut bacaan Riwayat Hafs tidak dipanjangkan dengan wau kecil. II. Bacaan ha’ dalam kalimah ِ رجـ َا pada surah Al-A'raf ayat 111 dan surah AsySyu'ara ayat 36, dengan sukun. III. Bacaan ha' dalam kalimah م هِ ي لَ ِ ِق إ ل َ أَف pada surah An-Naml ayat 28, dengan sukun. Apabila huruf sebelum Ha' ad-Damir bertanda sukun dan huruf selepasnya berbaris, maka tidak boleh memanjangkan bacaannya (sama ada dengan wau atau ya' kecil). Contoh َو ِكي َل ي ِ د فِي ِ ۦ ُمَهان ا ayat daripada فِي ِ ۦ kalimah Kecualiَ . علَ ُ خل َويَ pada surah Al-Furqan ayat 69. Apabila huruf sebelum Ha' Ad-Damir berbaris atau bertanda sukur dan huruf selepasnya pula bertanda sukun, maka tidak boleh memanjangkan bacaannya supaya tidak terkumpul dua huruf yang bertanda sukun. Contoh : ن ُرآ قُ َح ُّق . فِي ِ ال ي ِ ال . َعلَ Begitu juga bacaan huruf ha' (ه (ِberbaris bawah yang ada pada kalimah هِذِ ketikaَ ه bacaannya bersambung dengan huruf berikutnya. Apabila huruf yang berikutnya berbaris bukan daripada huruf hamzah, maka bacaannya dipanjangkan dengan dua harakat. Contoh: َرة ِكـــ ِذِهۦ تَـــذ َّن َهـــ ِ إ . Apabila huruf yang berikutnya hamzah berbaris, maka bacaannya


25 dipanjangkan dengan empat atau lima harakat. Contoh: م كُ ُمتَّ ُ ِذِهٓۦ أ َّن َه ِ إ . Apabila huruf yang berikutnya hamzah bersambung (ٱ (dan selepasnya huruf bertanda sukun atau sabdu , maka . َهِذِه االن هُر : Contoh. dipanjangkan boleh tidak bacaannya 2.2.10 Mad Iwad (Mad Gantian) Apabila tanwin baris dua di atas terletak di huruf akhir kalimah kata nama am, dan pada ketika bacaan berhenti padanya, maka tanwin baris dua di atas hendaklah dibaca dengan baris satu di atas serta mad dengan dua harakat, tetapi apabila menyambungkan bacaannya dengan huruf yang berikutnya hendaklah memperhatikan hukum bacaan tanwinnya. (Haji Abdul Qadir Leong,2009). َما dibacaَ ح ِكي ما : Contoh . َح ِكي Mengikut kaedah Bahasa Arab ditambah huruf alif pada akhir kalimah kata nama am seperti di atas, kecuali kalimah huruf akhirnya alif maqsurah berbentuk huruf ya' (ى.( . هُدَى dibaca هُد ى : Contoh Dan huruf akhirnya hamzah (ء (di mana huruf sebelumnya adalah huruf mad alif. Contoh : ء اَهب . َTidak ditambah huruf alif pada hujung kalimahnya, namun begitu ia tetap dibaca dua harakat pada ketika berhenti bacaan padanya. Melainkan kalimah huruf


26 akhirnya adalah ta' marbutah (ىـة (berbaris dua di atas atau ia berbaris apa bentuk pun, apabila berhenti bacaan padanya, ia dibaca ha ( ى (bertanda sukun tanpa mad. . َجنَّ dibacaَ جنَّة : Contoh 2.2.11 Mad Farq (Mad Memperbezakan) / Mad Istifham (Mad Pertanyaan) Mad terdapat pada huruf Hamzah Istifham (Pertanyaan) di awal kalimah, pada ketika pertemuannya dengan huruf Hamzah Bersambung (ٱ ,(untuk memperbezakan antara ayat pertanyaan dan ayat pemberitaan, maka bacaan Hamzah Istifham dimadkan dengan 6 harakat, kerana huruf hamzah bersambung ditukar menjadi huruf mad alif dan diikuti huruf lam bertanda sukun. Ia juga dinamakan Mad Lazim Kalimi. Jenis mad ini hanya terdapat pada tiga kalimah dalam Al-Qur'an : I. ُآللٓ َّء َsurah Yunus ayat 59, dan surah An-Naml ayat 59. ِن .II َكَر ي َّلذٓءا َsurah Al-An'am ayat 143 dan 144. ـ َن .III ـ لٓءا َsurah Yunus ayat 51 dan 91. Dalam Al-Qur'an Rasm 'Uthmani terdapat tanda mad (~) terletak di atas huruf mad alif (asalnya Hamzah Bersambung) sebagai dalil menunjukkan bacaan mad padanya adalah lebih utma daripada bacaan tashil menurut Tariq Syatibi. ( Haji Abdul Qadir Leong, 2009)


27 2.2.12 Mad Tamkin (Mad Tetap) Mad pada huruf ya' (ي (bersabdu serta baris di bawah yang diikuti dengan huruf ya' (ي ( sebagai huruf mad, maka bacaan madnya tetap dengan dua harakat pada ketika bacaannya bersambung dengan huruf yang berikutnya. ِي َن : Contoh ِ مي ْلُ َن . ٱ ِ نِي َربَّ 2.2.13 Mad Ta'zim م ْع ِظي (Memperagungkan Madَ (م ٌّد تَ Mad pada perkataan ال َbererti “tidak” ketika pertemuannya dengan perkataan َ َل ِ yang إ terdapat pada kalimah tauhid. Bagi mereka membaca Mad Munfasil dengan kadar dua harakat, apabila perkataan ال َdalam kalimah tauhid, ia dibaca enam harakat. Ia juga ُمبَالَغَ Mubalaghah Mad dinamakan َمدٌّ ة) Mad Berlebihan). (Haji Abdul Qadir Leong,2009). َو : Contoh ِالَّ هُ لَ َ إ ِ َّال َّللٓاُ . َّللٓاُ ال إ ِ لَ َ إ ِ َال إ 2.2.14 Mad Tabri'ah ةَرئِبْ (Pembersihan Madَ (م ٌّد تَ Mad pada perkataan ال َbererti "tidak", yang berfungsi "Penafian bagi jenis". Menurut qira'at Hamzah ia dibaca enam harakat. Menurut riwayat Hafs ia adalah jenis Mad Asli. (Haji Abdul Qadir Qadir Leong, 2009)


28 َرۡي َب : Contoh فِي ِ َال ۛ 2.3 Sorotan Kajian Terdahulu Menurut Rashidah Md Hasan, Nik Rosila Nik Yacoob dan Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya (2015) menjelaskan bahawa berdasarkan kajian mereka menunjukkan bahawa tahap kelancaran bacaan al-Quran dan aplikasi hukum tajwid berdasarkan majoriti murid adalah pada tahap sederhana sahaja iaiti 46 peratus. Manakala dari segi fasohah adalah pada tahap yang baik iaitu 60 peratus. Namun majoriti murid berada pada tahap yang lemah bagi pencapaian ilmu hukum tajwid dengan peratusan hanya sekitar 36 peratus sahaja. Ini menunjukkan bahawa penekanan terhadap hukum tajwid perlu diberi penekanan yang lebih semasa proses pembelajaran. Selain itu, kajian daripada Zainora Daud, Shaharuddin Hasan dan Ahmad Shahir Masdan (2017) mendapati bahawa kefahaman hukum tajwid seperti pengenalan matan, makhraj huruf, mim mati, nun mati, mad dan bacaan khusus imam Hafs dalam silibus ilmu tajwid berada pada tahap memuaskan berbanding dengan ilmu teori berkaitan hukum belajar tajwid dan bilangan harakat Mad Far’ie berada pada tahap kurang memuaskan.


29 Analisis kajian seterusnya daripada Zainora daud, Shaharuddin Saad dan Hayati Hussin (2018) mendapati bahawa tahap penguasaan para pelajar berada dalam keadaan yang agak memuaskan. Tetapi perlu penambahbaikan dari aspek Mad Far’ie dan bacaan Imam Hafs kerana masih belum mahir sepenuhnya. Manakala,ujian amali yang dijalankan mendapau bahawaterdapat bebrapa pelajar yang kurang mahir pada bacaan Mad. Kajian selanjutnya daripada Sapie Sabilan (2017) mendapati tahap pengetaahuan dan bacaan hukum alif lam syasiah dan alif lam qamariah pada pelajar adalah pada tahap sederhana iaitu 44 peratus. Bahkan terdapat pelajar berada pada tahap yang lemah iaitu 11 peratus sahaja dan tiada murid yang mencapai tahap cemerlang. Kajian daripada Sapie Sabilan, Barinah Ibrahim, Suhana Mohamed Lip, Mohamad Fuad Ishak, Siti Nga’ishah Mohni (2018) mendapati bahawa kualiti bacaan al-Quran menunjukkan tahap penguasaan pada model pengajaran dan pembelajaran adalah memuaskan. Akan tetapi, masih terdapat murid yang lemah dalam penguasaan bacaan alQuran. Berdasarkan Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979, yang mengkaji mata pelajaran pendidikan Islam untuk tempoh dua puluh tahun, menunjukkan pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah masih berada di tahap yang kurang memuaskan dalam pendidikan al-Quran. Laporan di atas disokong oleh dapatan kajian yang telah dijalankan oleh


30 Muhamad Endut (1992), yang menyatakan antara masalah yang dihadapi oleh guru pendidikan Islam ialah kelemahan pelajar dalam membaca al-Quran. Menurut Abdullah Sidek (1980), maksud dan tujuan al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada manusia adalah supaya al-Quran itu dibaca, difikirkan, difahami segala ilmu yang ada di dalamnya dan terus diamalkan dengan jelas. Saranan ini amat jelas kepada umat Islam bahawa al-Quran itu perlu dibaca kerana setiap pembacaannya sudah pasti diberi ganjaran pahala walaupun tidak memahami maknanya. Walau bagaimanapun pembacaan al-Quran yang tidak menjaga makhraj huruf, tajwid dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pembacaan ayat-ayat suci al-Quran akan berdosa dan dimurkai oleh Allah s.w.t. Berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Abdullah Sidek (1980), yang membawa maksud bahawa kita perlu membaca al-Quran dengan betul sebagaimana bacaan junjung besar kita nabi Muhammad s.a.w. semasa menerima wahyu pertama melalui malaikat Jibril a.s. di Gua Hira’. Kesedaran, minat dan ketekunan terhadap pembacaan al-Quran semestinya menjadi sebati dalam kehidupan seorang muslim, kebelakang ini kita dapati amalan pembacaan al-Quran agak berkurangan dalam kehidupan seharian masyarakat kita, amalan hidup hari yang agak leka dengan urusan keduniaan telah mengakibatkan semakin menurunnya bilangan mereka yang berkebolehan dalam bidang pembacaan al-Quran sebagaimana yang terhak bagi al-Quran sebagai dasar kepada ajaran Islam.


31 Aminah Idris (1997) dalam kajiannya yang bertajuk penilaian program tilawah alQuran sekolah menengah rendah, mendapati beberapa masalah pelaksanaan program tilawah al-Quran dapat dikesan, antaranya kebanyakkan pelajar mempunyai minat dan sikap yang sederhana terhadap program tilawah al-Quran dan penguasaan hukum tajwid. Penguasaan hukum tajwid dan al-Quran pelajar berada di tahap sederhana sebelum mereka memasuki sekolah menengah dan pelajar bersetuju bahan pengajaran tilawah al-Quran masih belum mencukupi di sekolah


32 BAB 3 METADOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan Bab ini membincangkan metodologi yang digunakan oleh pengkaji dalam melaksanakan kajian ini. Ia bertujuan memberi penjelasan bagaimana kajian dijalankan, data-data diperolehi dan dianalisis bagi mendapat maklumat yang tepat. Perkara-perkara yang disentuh dalam bab ini antaranya reka bentuk kajian, responden kajian, tempat dan lokasi kajian, pembolehubah operasional, instrumen kajian, prosedur pengumpulan dan penganalisaan data.


33 Dalam sesebuah kajian atau penyelidikan yang dijalankan, ianya memerlukan metod atau kaedah dalam mendapatkan data atau dapatan kajian. Dengan data yang mencukupi, barulah sesebuah kajian itu dapat dijalankan dengan baik. Untuk mendapatkan data yang baik ini, kaedah penyelidikan kajian tersebut haruslah sempurna dan mengikut prosudernya yang tersendiri. Ia bagi menjamin dapatan kajian yang dihasilkan nanti benarbenar terjamin mutunya. Seseorang penyelidik yang cermat mesti memastikan metod ataupun kaedah yang digunakan dalam mendapatkan data, sesuai dengan jenis penyelidikan yang dijalankan. Menurut Ruhizan Mohammad Yasin et.al (2010), data yang baik diperolehi daripada penyelidikan yang dirancang rapi berdasarkan reka bentuk yang bersesuaian, iaitu pendekatan yang digunakan dalam proses mendapatkan data penyelidikan. Dalam membincangkan reka bentuk kajian, penyelidik juga harus membincangkan pemboleh ubah-pemboleh ubah penyelidikan yang terlibat danbagaimana pemboleh ubahpemboleh ubah berkenaan akan diukur, disamping membincangkan populasi dan teknik persampelan yang terlibat dalam mengenal pasti responden penyelidikan. Perancangan penyelidikan juga perlu melibatkan pendekatan penganalisian data yang akan digunakan. Sekiranya pendekatan penyelidikan menjurus kepada pendekatan kuantitatif, maka penyelidik perlu membincangkan teknik statistik yang paling sesuaidigunakan. Manakala jika pendekatan kualitatif menjadi fokus, maka kaedah seperti analisis tema perlu dibincangkan.


34 3.2 Reka Bentuk Kajian Menurut Mohd. Majid (1990) kaedah atau metodologi dalam sesuatu kajian merujuk kepada cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat yang berguna dengan kos yang minima demi mencapai sesuatu matlamat penyelidikan. Maka pengkaji seharusnya membuat kajian berdasarkan metodologi yang sesuai, agar kajian yang dijalankan tersebut berkesan. Apabila pengkaji menggunakan metodologi yang berkesan, maka kita akan dapat keputusan kajian yang jelas, tepat, sah dan keboleh percayaan yang tinggi terhadap sesuatu kajian. (Pakas Rao, 2004). Dalam kajian ini penyelidik memilih rekabentuk kajian yang berbentuk kuantitatif. Data yang dikutip pula lazimnya merangkumi maklumat statistik (kuantitatif). Melalui rekabentuk kajian tinjauan ini penyelidik akan dapat mengumpul maklumat dan mengutip data secara langsung dengan responden berkaitan sikap, pendapat, kepercayaan semasa dan lain-lain maklumat yang berkaitan dengan sekumpulan orang iaitu pelajar. Menurut Neuman (2000) kajian yang terbaik merupakan kajian yang sering menggabungkan ciriciri yang terdapat di dalam kajian berbentuk kuantitatif dan kualitatif kerana kekuatan dan kelemahan yang terdapat di dalam kedua-dua bentuk kajian tersebut saling akan menampung di antara satu sama lain (Azmil Hashim dan Ab. Halim Tamuri, 2012). Reka bentuk kajian merupakan suatu kaedah dan prosedur yang terurus untuk melaksanakan kajian yang lebih mendalam (Norfishah Mat Rabi, 2020). Kajian ini


Click to View FlipBook Version