35 menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Secara amnya kaedah ini bertujuan untuk mendapatkan jawapan daripada persoalan yang berkaitan kajian seperti jenis masalah yang dihadapi, kewujudan masalah, keseriusan masalah dan kepentingan masalah tersebut (Kama Shaffeei, 2019). Kaedah tinjauan ini berbentuk deskriptif yang mana data akan dihuraikan dengan lebih mendalam dengan menjawab persoalan kajian menggunakan statistik deskriptif. Pendekatan kuantitatif adalah satu kaedah penyelidikan yang menggunakan borang soal selidik serta melibatkan pengukuran pemboleh ubah kajian melalui huraian statistik. Secara umumnya, analisis kuantitatif membabitkan penggunaan nombor-nombor. Data yang diperoleh daripada responden akan dipindahkan ke dalam bentuk nombor bagi memudahkan proses analisis data (Dzulkarnain Musa, Mohammad Ismail & Shaiful Annuar Khalid, 2021). Pendekatan kuantitatif dipilih kerana mempunyai reka bentuk yang lebih berstruktur dan tetap dengan adanya jadual, bentuk visual dan rajah. Sampel bagi pendekatan kuantitatif adalah lebih besar namun memudahkan pengkaji untuk mengutip data. Sampel juga dipilih secara rawak berdasarkan objektif dan persoalan kajian. Pendekatan kuantitatif yang digunakan ialah soal selidik kerana ini bersesuaian dengan kaedah tinjauan (Robson, 1988). Soal selidik yang digunakan adalah soal selidik jawapan dipilih. Dalam kajian ini penyelidik telah memilih untuk menggunakan pemungutan data melalui jawapan skala Likert satu sampai lima untuk bahagian B. Manakala, pendekatan kuantitatif juga digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang tahap penguasaan murid berdasarkan praktikal dalam hukum-hukum mad. Melalui pendekatan ini satu kajian berbentuk eksperimen iaitu menerusi ujian secara temubual
36 untuk bahagian c. Dan markah akan diberikan secara skor A, B dan C. Melalui reka bentuk kajian ini penyelidik akan dapat mengumpul maklumat secara langsung daripada responden. 3.3 Lokasi Kajian Setelah meninjau beberapa buah sekolah di daerah Kuala Lipis. Penyelidik telah menetapkan untuk membuat penyelidikan kepada satu sekolah sahaja untuk dijadikan sebagai sampel kajian. Maka, penyelidik beranggapan satu sekolah sahaja sudah cukup untuk mewakili populasi bagi penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik. Justeru, pelbagai maklumat dan sumber-sumber telah dicari oleh penyelidik bagi memastikan ianya bersesuaian dengan kehendak penyelidikan yang dilaksanakan. Oleh yang demikian, sekolah yang telah dipilih adalah: a) SMK Merapoh Lokasi kajian untuk sekolah ini adalah di daerah Kuala Lipis. Sekolah Menengah Kebangsaan Merapoh atau nama ringkasnya SMK Merapoh, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Merapoh, Kuala Lipis, Pahang bersebelahan jalan raya yang menghubungkan antara Kuala Lumpur dan negeri Kelantan. Jarak sekolah ini dari bandar terdekat di negeri Pahang iaitu Kuala Lipis dan juga Pejabat Pendidikan Daerah ialah kira-kira 98 kilometer. Jarak ke bandar Gua Musang di Kelantan pula ialah kira-kira
37 25 kilometer. Kebanyakan para pelajar yang bersekolah di situ merupakan anak kampung di kawasan Merapoh tersebut. Namun, sebahagian juga datang daripada beberapa buah kampung yang berada di sekitarnya. Antaranya seperti: I. Kg Persit II. Kg Berhamah III. Kg Teluk Gunung IV. Kg Kubang Rusa V. Kg Chegar Perah VI. Kg Mentara 3.4 Instrumen Kajian Pada kajian pengumpulan data ini, akan terdapat 3 bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagain C. Menurut Noraini Idris (2010), semua penyelidikan melibatkan pungutan data. Data merujuk kepada maklumat yang diperoleh penyelidik tentang subjek penyelidikan atau kajian. Contoh data ialah maklumat demografi seperti umur, jantina dan sebagainya pada bahagian A. Penyelidik akan menggunakan kaedah soal selidik dan temubual untuk instrumen kajian. Borang soal selidik itu berada di bahagian B yang mengandungi 14 soalan sahaja. Manakala, untuk kaedah temubual pula berada pada bahagian C yang mengandungi 10 soalan.
38 Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Ujian boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk antaranya pemerhatian, ujian lisan mahupun ujian bertulis. Bagi penyelidikan tindakan ini, penyelidik menggunakan ujian pra dan ujian pos bagi peserta kajian. Ujian pra digunakan untuk mendapatkan data-data bagi mengesan murid-murid yang lemah agar dapat diberikan bantuan awal (Amanda Bangkong 2009.) Jadual 3.1: Menunjukkan Rangka Bagi Item Soalan Kajian BAHAGIAN ITEM PERSOALAN BERDASARKAN JENIS HUKUMHUKUM MAD A Maklumat Demografi Borang soal selidik 1. Jantina 2. Kelas alQuran yang pernah diikuti 3. Kelas di sekolah
39 4. Pernahkan khatam alQuran 5. Bilakah khatam alQuran B Soalan Berkaitan Hukum- Hukum Mad Borang soal selidik 1. Pembahagian hukum Mad 2. Mad Asli 3. Mad Wajib Muttasil 4. Mad Jaiz Munffasil 5. Mad Aridh Lissukun 6. Huruf Lin 7. Mad Badal 8. Mad Lazim Kalimi Muthaqqal 9. Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf
40 10. Mad Lazim Harfi Mukhaffaf 11. Mad Lazim Harfi Muthaqqal C Soalan berkaitan Hukum-Hukum Mad Temubual 1. Mad asli 2. Mad Wajib Muttasil 3. Mad Jaiz Munffasil 4. Mad Aridh Lissukun 5. Mad Lazim Kalimi Muthaqqal 6. Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf 7. Mad Lazim Harfi Mukhaffaf
41 8. Mad Lazim Harfi Muthaqqal 9. Mad Badal 3.4.1 Borang Soal Selidik Disebabkan kaedah pengumpulan data untuk kajian pertama adalah bentuk kuantitatif. Dimana, soal selidik ini dibuat adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan hukumhukum mad berdasarkan teori dan praktikal didalam kelas. Untuk bahagaian A, penyelidik telah membuat soalan berkaitan demografi responden yang merangkumi jantina, kelas dan sebagainya. Manakala untuk bahagian B penyelidik telah menetapkan sebanyak 14 soalan berkaitan hukum-hukum mad yang terpilih. Dan, kesemua soalan ini akan diedarkan secara atas talian Google Form. Bagi tujuan memperoleh sampel yang bersaiz 100 dalam kajian ini, soal selidik dijadikan instrumen kajian yang utama kerana ia merupakan cara persampelan yang praktikal untuk mendapatkan sampel yang ramai jika dibandingkan dengan pemerhatian dan temu bual, malah soal selidik juga selalu dijadikan sebagai instrumen penting dalam kajian-kajian lepas (sebagai contoh, Chong & Wang, 2009 dan Wong, 2010) yang meninjau tentang pemilihan bahasa. Selain itu juga, Menurut Cronbach (1970), ujian ialah
42 satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Ujian boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk antaranya pemerhatian, ujian lisan mahupun ujian bertulis. Bagi penyelidikan tindakan ini, penyelidik menggunakan ujian pra dan ujian pos bagi peserta kajian. Ujian pra digunakan untuk mendapatkan datadata bagi mengesan murid-murid yang lemah agar dapat diberikan bantuan awal (Amanda Bangkong 2009). 3.4.2 Temubual Selain daripada menggunakan kaedah soal selidik, kaedah temubual turut digunakan. Kaedah ini juga adalah berbentuk kuantitatif. Dimana, temubual ini akan buat untuk mengenalpasti tahap penguasaan hukum-hukum mad pada aspek praktikal dalam kalangan pelajar tingkatan lima SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang. Jadi, didalam persoalan kajian nanti, persoalan kajian penyelidik telah menetapkan sebanyak 10 soalan berkaitan dengan hukum-hukum mad yang dipilih. Dan diletakkan pada bahagian C dalam instrumen kajian. Dan, sebanyak 9 orang pelajar dipilih secara rawak daripada murid tingkatan 5 untuk dijadikan sebagai responden bagi temubual ini.
43 Kemudian, cara mendapatkan data melalui tembual ini adalah pelajar akan membaca setiap potongan ayat al-Quran daripada surah pilihan yang mengandungi hukumhukum mad yang dipilih dihadapan penyelidik dan guru subjek. Seterusnya, kiraan markah akan diberikan secara skor A untuk lancar, B untuk sederhana dan C untuk lemah. Setiap data bacaan pelaajr akan diisi oleh penyelidik didalam Google Form melalui skor yang ditetapkan. 3.5 Populasi Dan Sampel Kajian Menurut Gay dan Airasian (2003) “Populasi adalah kumpulan sasaran pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan”. Sampel kajian pula ialah responden-responden kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi. Penetapan populasi kajian adalah penting dalam kajian disebabkan populasi akan menentukan bagaimana dan berapa ramai sampel yang akan kita pilih serta perbelanjaan kajian. 3.5.1 Populasi Menurut Mohd Yusof (2005), populasi ialah sekumpulan besar individu yang hendak dikaji. Ia juga merupakan objek atau peristiwa yang dikaji. Perkataan populasi adalah
44 merujuk kepada himpunan keseluruhan subjek kajian yang tidak terhad kepada kumpulan manusia sahaja tetapi merangkumi apa sahaja kumpulan subjek yangmenjadi tumpuan kajian (Bidin Yatim & Sharipah So’aad Syed Yahaya, 2002). Populasi merupakan keseluruhan dari objek penelitian yang dapat berupa manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, gejala, nilai, peristiwa, sikap hidup, dan sebagainya yang menjadi pusat perhatian dan menjadi sumber data penelitian. Apabila kita lihat definisi tersebut, pengertian populasi sangat beragam sehingga kita harus mendefinisikan populasi tersebut dengan jelasdan tepat. Populasi ialah satu kumpulan elemen atau kes, sama ada individu, objek atau peristiwa yang menurut kriteria yang terperinci ataupun individu yang keputusannya boleh dibuat sebagai kesimpulan umum (Mc Millan, 1996). Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) menyatakan bahawa jika jumlah populasinya adalah kecil, penyelidik boleh menggunakan keseluruhan ahli sebagai sampel dan penyelidikan tersebut adalah sebuah kajian kes. Mengikut Fraenkel & Wallen,1990 populasi ialah kumpulan sasaran penyelidik supaya sesuatu dapatan kajian dapat diaplikasikan. Jadual 3.2: Jumlah Keseluruhan Pelajar KELAS JUMLAH PELAJAR AL KHAWARIZMI 14
45 AL RAZI 15 AL FARABI 18 IBNU KHALDUN 15 IBNU RUSHD 3 JUMLAH KESELURUHAN PELAJAR 65 3.5.2 Sampel Kajian Menurut kamus dewan edisi keempat, sampel ialah kumpulan kecil yang yang mewakili kumpulan yang besar. Sampel kajian ialah proses pengkaji memilih sampel yang terlibat daripada populasi kajian dan memilih sebilangan ahli-ahli daripada jumlah keseluruhan populasi (Dzulkarnain Musa et al., 2021). Sampel ialah kumpulan yang akan dikaji yang diperolehi daripada populasi. Persampelan bermaksud membolehkan maklumat diperolehi daripada sebahagian daripada kumpulan yang lebih besar atau mendapatkan sampel daripada populasi sasaran. Pengambilan sampel dari populasi mestilah benar-benar mewakili populasi (Mohd Yusof, 2005). Menurut Aziziet. al (2007), beberapa teknik dapat digunakan bagi mendapatkan sampel yang mewakili populasi dengan tepat. Menurut Sekaran (2000), persampelan adalah merujuk kepada proses memilih jumlah elemen yang mencukupi daripada populasi supaya pemahaman terhadap sifat-sifat
46 sampel dapat memungkinkan pengkaji membuat generalisasi terhadap sifat-sifat populasi sampel berkenaan bagi mendapatkan jumlah bilangan sampel yang digunakan dalam kajian ini, penyelidik telah merujuk kepada Jadual Penentuan Saiz Sampel yang dikemukakan oleh Krejcie and Morgan (1970) dalam Azizi et. al (2006). Justeru, dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan sampel rawak mudah. Berdasarkan data yang diperolehi daripada pihak sekolah berkenaan jumlah bilangan pelajar tingkatan 5 menunjukkan seramai 65 jumlah pelajar. Maka, berdasarkan jadual saiz sampel yang dikemukakan oleh Krejcie and Morgan mendapati bahawa jumlah responden yang perlu didapati adalah seramai 56 orang pelajar sahaja untuk soal selidik. Manakala untuk temubual adalah seramai 9 orang pelajar yang digunakan sebagai responden. 3.6 Tatacara Pemerolehan Data Sebagaimana yang sedia maklum, kajian ini akan ditumpukan di SMK Merapoh yang bertempat di negeri Pahang. Yang mana, kajian ini akan memfokuskan kepada pelajar tingkatan lima sahaja sekaadar responden untuk kajian ini. Namun demikian, persoalan berkenaan dengan kenapakah memilih tingkatan lima sahaja adalah kerana pelajar tingkatan lima merupakan tahun akhir di sekolah setelah belajar selama 5 tahun. Maka, kajian ini dibuat untuk mengenalpasti tahap penguasaan hukum Mad disebabkan telah belajar hukum tajwid dan tilawah selama 5 tahun di sekolah.
47 Memandangkan kajian ini dilakukan dalam kaedah iaitu kuantitatif bagi soal selidik. Maka, bagi permulaan kajian, penyelidik akan mempersiapkan soalan kajian dalam bentuk borang melalui atas talian Google Meet. Dan setelah itu, penyelidik akan menyerahkan borang soal selidik tersebut kepada guru sekolah terlebih dahulu. Kemudiannya, meminta pelajar untuk mengisi soalan tersebut. Dan, para pelajar diwajibkan untuk menjawab kesemua soalan tersebut. Kemudian, bilangan pelajar yang wajib mengisi soalan tersebut adalah seramai 56 orang pelajar sahaja. Dan, soalan itu akan diedarkan selama seminggu sebelum ditutup untuk dibuat analisis dapatan kajian. Kemudian, langkah seterusnya selepas kajian soal selidik adalah kaedah temubual. Dimana, kaedah ini akan dibuat juga secara atas talian melalui Google Meet . Dan, data akan dikutip melalui Google Form dimana pelajar akan membaca dan diberikan markah berdasarkan skor yang ditetapkan. Seterusnya, jumlah pelajar yang akan ditemubual sebagai responden kajian adalah seramai 9 orang pelajar sahaja. Pemilihan untuk kesemuanya pelajar tersebut akan diambil secara rawak dan adil. Selain itu juga, sesi temubual ini akan dihadiri oleh guru sekolah tersebut sebagai pemerhati memandangkan guru tersebut lebih mahir daripada penyelidik. Dan, penyelidik akan memerhatikan dan mencatatkan data ketika kajian tersebut dilangsungkan. Langkah terakhirnya, setiap data yang diterima hasil temubual itu tadi akan direkodkan dan dicatatkan untuk dijadikan sebagai dapatan kajian nanti.
48 Soalan kajian bagi bahagian A, B dan C diperolehi setelah hasil pembincangan dengan penyelia dan pemerhatian daripada kajian-kajian lepas yang mempunyai kaitan dengan tajuk ini. 3.7 Tatacara Penganalisisan Data Untuk tatacara dalam analisis data bagi kaedah kuantitatif. Maka, data yang dikumpul menggunakan SPSS windows versi 15 (Statistical Package for Social Science Version 15). Sebelum analisis dijalankan pembersihan data dilakukan terlebih dahulu. Perkara ini sangat penting dilakukan kerana kemungkinan terdapat kesilapan semasa memasukan data ke dalam program SPSS. Kesilapan memasukan data boleh mempengaruhi hasil analisis yang dilakukan (Choakes 2005; Julie Pallant 2004). 3.8 Kesahan Dan Kebolehpercayaan 3.8.1 Kesahan Menurut Othman Mohamed (2001), penyelidik mesti memastikan kesahan dan kebolehpercayaan alat kajian untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan ujian
49 tersebut. Oleh itu, pengkaji telah meminta penyelia untuk meneliti kandungan instrumen yang diberi kepada murid. Kesahan merupakan satu alat pengukur iaitu sejauh mana alat tersebut mengukur data yang diperoleh. Menurut Mohd Majid Konting(2005), Dapatan penyelidikan menjadi tidak bermakna sekiranya alat pengukuran yang digunakan tidak dapat mengukur apa yang alat tersebut sepatutnya ukur. Oleh itu, kesahan instrumen untuk kajian ini merujuk kepada kesahan kandungan, kesahan konstruk, kesahan muka dan kesahan hubungan kriteria. Melalui kesahan instrumen soal selidik yang dijalankan, penyelidik akan membentuk panel rujukan berdasarkan kepada panel dalam bidang kajian tersebut. Mereka dilantik atas kepakaran panel dalam bidang kajian iaitu mempunyai kebolehan dan pengalaman yang luas dalam bidang Pendidikan Islam, penyelidikan, kurikulum dan kaedah pengajaran. Disebabkan kesuntukkan masa, penyelidik telah memilih penyelia penyelidik sebagai panel merangkap sebagai bekas guru untuk membuat kesahan ke atas instrumen soal selidik yang dijalankan. Pada set dokumen soal selidik, ianya terdiri daripada konsep, pernyataan dan rujukan yang digunakan dalam membentuk ítem-item dalam instrumen telah diedarkan kepada panel rujukan untuk dinilai dan ditambah baik segala apa yang difikirkan dapat membantu penyelidik dalam instrumen soalan tersebut. Proses kesahan dapat dilihat iaitu, ianya melibatkan semua aspek daripada panel rujukan dengan memberi pandangan, teguran, saranan dan komen untuk memastikan item-
50 item soalan yang dilakukan dalam instrumen kajian lebih baik. Menurut Abu Bakar (1987) hanya item-item yang mendapat 80 hingga 100 peratus persetujuan sahaja yang boleh diterima dan dimasukkan dalam instrumen kajian dan boleh diakui bahawa instrumen tersebut mempunyai kesahan kehakiman yang tinggi. Oleh itu, di dalam item yang dilakukan oleh penyelidik, ianya telah mendapat persetujuan antara 80 hingga 100 peratus daripada ahli panel. Terdapat beberapa item yang tidak mendapat persetujuan daripada panel kerana perlu diperbaiki dan diberikan panduan. Segala pandangan, teguran dan komen daripada panel rujukan dikutip bagi penyelidik untuk membuat penambahbaikkan atas item-item soalan dengan mengubahsuai terhadap penggunaan bahasa, istilah dan struktur ayat agar ianya lebih jelas dan mudah difahami oleh responden untuk menjawab. Penyelidik perlu berjumpa dengan panel rujukan kerana ianya merupakan salah satu proses kesahan untuk berbincang dan meningkatkan tahap kesahan item di dalam instrumen soal selidik tersebut. 3.8.2 Kebolehpercayaan Proses kesahan dapat dilihat iaitu, ianya melibatkan semua aspek daripada panel rujukan dengan memberi pandangan, teguran, saranan dan komen untuk memastikan item- item soalan yang dilakukan dalam instrumen kajian lebih baik. Menurut Abu Bakar (1987) hanya item-item yang mendapat 80 hingga 100 peratus persetujuan sahaja yang boleh diterima dan dimasukkan dalam instrumen kajian dan boleh diakui bahawa instrumen
51 tersebut mempunyai kesahan kehakiman yang tinggi. Oleh itu, di dalam item yang dilakukan oleh penyelidik, ianya telah mendapat persetujuan antara 80 hingga 100 peratus daripada ahli panel. Terdapat beberapa item yang tidak mendapat persetujuan daripada panel kerana perlu diperbaiki dan diberikan panduan. Segala pandangan, teguran dan komen daripada panel rujukan dikutip bagi penyelidik untuk membuat penambahbaikkan atas item- item soalan dengan mengubahsuai terhadap penggunaan bahasa, istilah dan struktur ayat agar ianya lebih jelas dan mudah difahami oleh responden untuk menjawab. Penyelidik perlu berjumpa dengan panel rujukan kerana ianya merupakan salah satu proses kesahan untuk berbincang dan meningkatkan tahap kesahan item di dalam instrumen soal selidik tersebut. 3.9 Kajian Rintis Menurut Idris Awang uji rintis bertujuan untuk mempastikan bahawa kaedah yang dilaksanakan mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi serta mampu mengumpul data sebagaimana yang diperlukan. Seterusnya hasil dari perlaksanaan uji rintis ini akan membolehkan penyelidik mengenalpasti kelemahan instrumennya dan mengetahui dimana kekuatannya. Kajian rintis merupakan aktiviti yang amat penting dalam kajian tinjauan. Ia bertujuan menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen
52 kajian. Selain itu, ia juga digunakan untuk menguji kaedah terbaik mentadbir instrumen dan kesesuaian kaedah analisis (Mohd. Najib, 2003). Bagi kajian ini, kesahan instrumen merujuk kepada kesahan soal selidik. Kesahan soal selidik bertujuan mengukur setakat mana soal selidik yang dibina mengukur data yang sepatutnya diukur. Sekiranya soal selidik yang dibina tidak mengukur data yang sepatutnya diukur, maka dapatan kajian yang diperolehi adalah tidak bermakna (Mohd. Majid, 2005). Kajian rintis dijalankan dengan pengkaji mentadbir soal selidik kepada sekumpulan responden yang mempunyai ciri yang sama dengan populasi sebenar. Menurut Mohd. Najib (2003), responden seramai 15-20 adalah mencukupi bagi menganalisis kesahan luaran. Namun bagi Mohamad Najib (1999), saiz sampel bagi kajian rintis tidak perlu besar tetapi memadai untuk memenuhi tujuan perbincangan awal yang berkesan tentang ujian, iaitu dalam 6 hingga 9 orang. 3.10 Kesimpulan Berdasarkan penerangan yang terperinci yang telah dinyatakan dalam bab ini, pengkaji telah berusaha untuk mengikuti metodologi dan prosedur yang telah digariskan dengan sebaik mungkin. Ini untuk memastikan kajian yang dijalankan ini mencapai objektif yang telah digariskan.
53 BAB 4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan Bab ini melaporkan dapatan kajian yang diperolehi daripada analisis data yang telah dijalankan menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Dapatan kajian dilaporkan melalui dua bentuk analisis iaitu analisis deskriptif dan analisis infrensi. Analisis deskriptif bertujuan untuk melihat taburan kekerapan (bilangan), peratusan, nilai min (purata) dan sisihan piawai bagi kesemua pemboleh ubah dalam kajian ini. Manakala analisis infrensi pula digunakan untuk mengkaji hubung kait dan perbezaan jantina antara pemboleh ubah dari segi teori dan praktikal. Dapatan kajian bab ini dibincangkan mengikut susunan di dalam objektif kajian.
54 4.2 Keputusan Analisis Deskriptif Analisis deskriptif merupakan satu analisis yang menunjukkan gambaran awal hasil kajian berdasarkan data yang telah dikumpul oleh pengkaji. Analisis ini juga dijelaskan dalam bentuk nilai kekerapan, peratusan, nilai min dan sisihan piawai. 4.2.1 Profil Demografi Responden Profil demografi responden akan menghuraikan tentang responden kajian yang terlibat dan dapatan menunjukkan terdapat 56 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan lima SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang yang telah terlibat dalam memberikan maklum balas dalam kajian ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 29 orang bersamaan 51.8% adalah responden lelaki dan seramai 27 orang bersamaan 48.2% adalah responden perempuan. Seramai 23 orang bersamaan 41.1 % yang mengikuti kelas Al-Quran di madrasah, diikuti 17 orang bersamaan 30.4 % yang mengikuti kelas Al-Quran melalui kelas Fardu Ain, seramai 7 orang bersamaan 12.5% yang mengikuti kelas Al-Quran di tuisyen Alquran, manakala seramai 8 orang bersamaan 14.3 % yang tidak pernah ikuti mana-mana
55 kelas Al-Quran dan hanya 1 orang responden bersamaan 1.8% sahaja yang memilih lainlain namun tidak dinyatakan apa. Berdasarkan hasil deskriptif kelas pula, terdapat 14 orang bersamaan 25 % adalah pelajar dari kelas AL-Khawarizmi, diikuti 13 orang bersamaan 23.2 % adalah pelajar dari kelas AL-Razi, seterusnya 11 orang bersamaan 21.4 % adalah pelajar dari kelas AL-Farabi, 11 orang bersamaan 19.6 % adalah pelajar dari kelas Ibnu Khaldun dan 3 orang bersamaan 10.7 % adalah pelajar dari kelas Ibnu Rush. Maklumat lanjut demografi responden adalah seperti dalam Jadual 4.1 di bawah: Jadual 4.1: Demografi Responden Kajian ________________________________________________________________________ Demografi Bilangan (N: 56) Peratus (%) ________________________________________________________________________ Jantina Lelaki 29 51.8 Perempuan 27 48.2 Kelas Al-quran diikuti Madrasah 23 41.1 Kelas Fardu Ain 17 30.4
56 Tuisyen Al-quran 7 12.5 Tidak pernah mengikuti 8 14.3 Lain-lain 1 1.8 Kelas Al-Khawarizmi 14 25.0 Al-Farabi 12 21.4 Al-Razi 13 23.2 Ibnu Khaldun 11 19.6 Ibnu Rush 6 10.7 4.2.2 Khatam Al-quran (Adakah anda pernah khatam Al-quran?) Berikut adalah peratus dan bilangan responden yang menjawab ya atau tidak berdasarkan soalan yang telah dikemukakan. Jadual 4.2: Peratus Dan Bilangan Responden Yang Khatam Al-quran
57 Jawapan Bilangan Peratus (%) Ya 46 82.1 Tidak 10 17.9 Jadual 4.2 menunjukkan semua responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan lima SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang yang menjawab set soal selidik yang diberikan. Keputusan menunjukkan seramai 46 orang responden bersamaan 82.1% telah khatam Alquran manakala seramai 10 orang responden bersamaan 17.9% sahaja yang tidak khatam Al-quran. 4.2.3 Bila Khatam Al-quran (Bilakah Anda telah khatam Al-quran?) Berikut adalah peratus dan bilangan responden yang menjawab ya atau tidak berdasarkan soalan yang telah dikemukakan. Jadual 4.3 Peratus dan Bilangan Responden Bilakah Khatam Al-quran Bila Khatan Al-quran Bilangan Peratus (%)
58 Sekolah Rendah 29 51.8 Sekolah Menengah 16 28.6 Tadika 1 1.8 Tiada 10 17.9 Jadual 4.3 menunjukkan semua responden yang terdiri pelajar-pelajar tingkatan lima SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang yang menjawab set soal selidik yang diberikan. Keputusan menunjukkan waktu paling ramai khatam Al-quran adalah semasa berada di sekolah rendah iaitu seramai 29 orang bersamaan 51.8%, diikuti ketika berada di sekolah menengah iaitu seramai 16 orang bersamaan 28.6%, seterusnya khatam Al-quran ketika berada di tadika adalah seramai seorang bersamaan 1.8%, dan akhir sekali yang tiada jawapan disebabkan belum khatam Al-quran adalah seramai 10 orang bersamaan 17.9 %. 4.3 Keputusan Analisis Normaliti Taburan normal merupakan salah satu konsep utama menyatakan ciri-ciri suatu pembolehubah yang menggunakan skala nisbah. Salah satu syarat asas bagi statistik inferensi ialah data dikumpul daripada sampel bertaburan normal (Chua Yan Piaw, 2006). Ujian andaian normaliti dilakukan untuk membersihkan data dalam setiap pembolehubah kajian agar tidak terdapat data yang berbeza terlalu ekstrem daripada data-data responden
59 yang lain. Normaliti data boleh dikenalpasti dengan menggunakan beberapa kaedah, antaranya ialah Histogram, Steam-and-Leaf Plot, Box plot, Normal Probability Plot dan Detrended Normal Plot. Selain itu, ujian skewness dan kurtosis juga boleh digunakan untuk melihat taburan normal sesuatu data (Hair, Anderson, Tatham & Black 1998). Nilai sifar bagi skewness dan kurtosis menunjukkan taburan 100 peratus normal. Skewness menunjukkan keherotan taburan manakala Kurtosis menunjukkan tinggi atau rendah bentuk taburan. Nilai positif bagi Skewness menunjukkan graf herot positif, manakala nilai negatif menunjukkan herot negatif. Bagi nilai kurtosis yang positif pula menunjukkan bentuk lengkungan taburan yang tinggi (bentuk leptokurtik), manakala nilai kurtosis yang negatif menunjukkan bentuk lengkungan taburan yang rendah (bentuk platikurtik). Menurut Iran Herman (2000), jika nilai skewness antara -1 dan +1 dan nilai kurtosis -3 dan +3 bermakna data bertaburan normal. Hasil daripada analisis normaliti yang dilakukan terhadap data pembolehubah tahap penguasaan teori dan praktikal hukum-hukum mad kepada seramai 56 data responden menunjukkan data bertaburan dengan normal, dan tiada data yang dibuang kerana outlier. Oleh itu, seramai 56 data yang digunakan untuk menganalisis dalam kajian ini. Berdasarkan jadual, hasil analisis normaliti mendapati kesemua data bertaburan secara normal dan boleh digunakan untuk analisis lanjutan. Hal sedemikian kerana keputusan tersebut mengikuti rule of thumb indeks padanan normaliti iaitu skewness dan kurtosis yang
60 sewajarnya iaitu |3| hingga |10|. Nilai-nilai skewness dan kurtosis bagi setiap faktor pembolehubah pencarian media maklumat di media sosial dan pemilihan parti politik ditunjukkan seperti dalam Jadual 4.4 di bawah. Jadual 4.4: Nilai Indeks Taburan Normal pembolehubah 4.4 Keputusan Analisis Deskriptif Terhadap Pembolehubah Laporan terhadap keputusan analisis deskriptif mengandungi skor minimum dan maksimum, nilai min dan sisihan piawai (S.P) bagi pembolehubah yang dikaji. Perkara tersebut dijelaskan setiap satunya dengan terperinci. Secara keseluruhannya, jumlah responden yang sah adalah 56 orang. Jadual 4.5 dibawah menunjukkan interpretasi skor min yang digunakan oleh pengkaji sebagai rujukan bagi tahap bacaan nilai min untuk analisis deskriptif terhadap tahap penguasaan teori hukum-hukum mad dan tahap penguasaan praktikal hukum-hukum Pembolehubah Nilai Skewness Nilai Kurtosis Penguasaan teori hukum-hukum mad -2.715 1.097 Penguasaan praktikal hukum-hukum mad -.557 -.093
61 mad. Keseluruhan hasil analisis diukur berdasarkan interprestasi nilai skor min yang diadaptasi daripada Sumarni dan Zamri (2008) bersarkan skala likert 5 mata. Jadual 4.5 Interpretasi skor min Skor min Tahap 1.00 hingga 2.33 Rendah 2.34 hingga 3.67 Sederhana 3.68 hingga 5.00 Tinggi Sumber: Sumarni dan Zamri (2008) 4.4.1 Min, Sisihan Piawai, Skor Minimum Dan Skor Maksimum Data deskriptif tahap penguasaan teori dan praktikal bagi kajian ini juga turut dikategorikan kepada tiga tahap iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Tahap-tahap ini dibentuk berdasarkan nilai skor minimum sampel kajian, skor maksimum sampel kajian dan juga nilai min (purata) sampel kajian bagi setiap faktor yang dikaji. Jadual 4.6 menerangkan keputusan tahap bagi kedua-dua pembolehubah yang dikaji. Secara keseluruhan, dapat dijelaskan bahawa responden dalam kajian ini mengatakan secara puratanya tahap penguasaan teori dan praktikal hukum-hukum mad dalam kalangan pelajar tingkatan lima SMK Merapoh Kuala Lipis, Pahang berada pada tahap yang tinggi.
62 Jadual 4.6: Tahap Bagi Pemboleh Ubah Tahap Penguasaan Teori Dan Praktikal HukumHukum Mad Pemboleh ubah Rendah Tahap Sederhana Tinggi Tahap penguasaan teori hukum-hukum mad 3 (5.4%) 20 (35.7%) 33 (58.9%) Tahap penguasaan praktikal hukum-hukum mad 2 (3.6%) 3 (5.4 %) 51 (91.1%) 4.4.1.1 Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Item Tahap Penguasaan Teori HukumHukum Mad Berdasarkan Jadual 4.7 pula, menunjukkan analisis deskriptif bagi setiap item tahap penguasaan teori hukum-hukum mad. Analisis kajian mendapati responden dari kalangan pelajar tingkatan lima SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang merasakan item 1 iaitu Mad terbahagi kepada dua iaitu Far’ie dan Thob’i adalah menunjukkan nilai min paling tinggi iaitu (Min = 4.55, SP = 0.737) manakala item 9 iaitu Huruf Lin adalah “waw dan “alif’ mencatat nilai min paling rendah dengan nilai (Min = 3.61, SP = 1.485). Maklumat terperinci adalah dalam jadual di bawah:
63 Jadual 4.7: Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Item Tahap Penguasaan Teori HukumHukum Mad Bil. Item/soalan Min Sisihan Piawai 1. Mad terbahagi kepada dua iaitu Far’ie dan Thob’i 4.55 0.737 2. Kadar bacaan Mad asli adalah sebanyak 3 harakat sahaja 3.84 1.262 3. Mad Wajib Muttasil adalah pertemuan huruf mad dengan huruf mad dalam 2 perkataaan 4.04 1.321 4. Kadar bacaan Mad Wajib Muttasil adalah sebanyak 4 dan 5 4.30 1.127 5. Mad Jaiz Munfasil terjadi apabila huruf mad bertemu dengan huruf hamzah dalam dua perkataan 4.32 1.029 6. Bacaan Mad Jaiz Munfasil ketika bacaan waqaf adalah 2 harakat sahaja 4.20 1.151 7. Mad Aridh Lissukun terjadi apabila terdapat huruf mad diakhir perkataan yang ingin diwaqafkan 4.29 1.091 8. Tanda Mad Aridh Lissukukun apabila terdapat huruf mad diakhir perkataan yang ingin diwaqafkan 4.09 1.283 9. Huruf Lin adalah “waw dan “alif’’ 3.61 1.485 10. Mad Badal berlaku apabila huruf hamzah bertetemu dengan huruf mad di awal kalimah 4.30 0.952 11. Mad Lazim Kalimi Muthaqqal adalah apabila huruf mad bertemu huruf yang bertasydid dalam satu kalimah 4.18 1.114
64 12. Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf adalah apabila huruf mad bertemu dengan huruf yang sukun dalam satu kalimah 4.14 1.271 13. Panjang bacaan Mad Lazim Harfi Mukhaffaf adalah sebanyak 2 harakat 4.23 1.128 14. Panjang bacaan Mad Lazim Harfi Muthaqqal adalah sebanyak 6 harakat 4.09 1.164 Keseluruhan 4.16 10.17 4.4.1.2 Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Item Tahap Penguasaan Praktikal Hukum-Hukum Mad Berdasarkan Jadual 4.8 pula, menunjukkan analisis deskriptif bagi setiap item tahap penguasaan praktikal hukum-hukum mad. Analisis kajian mendapati responden dari kalangan pelajar tingkatan lima SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang merasakan dua item iaitu item 4 Bacaan hukum Mad Aridh Lissukun Ayat dari Surah Al-Ma’un dan item 6 iaitu Bacaan hukum Mad Lazim Kalimi Muthaqqal Ayat dari Surah Al-Naaziat adalah menunjukkan nilai min paling tinggi iaitu masing-masing berkongsi nilai (Min = 2.52, SP = 0.539) dan (Min = 3.61, SP = 0.603). Ringkasnya ia menunjukkan purata bacaan keduadua ayat dan hukum item 4 dan item 6 adalah purata paling lancar. Maklumat terperinci adalah dalam jadual di bawah:
65 Jadual 4.8: Min Dan Sisihan Piawai Bagi Setiap Item Tahap Penguasaan Praktikal Hukum-Hukum Mad Bil. Item/soalan Min Sisihan Piawai 1. Bacaan hukum Mad Asli Ayat dari Surah Al-Fatihah 2.46 0.660 2. Bacaan hukum Mad WajibMuttasil Ayat dari Surah Al-Baqarah 2.38 0.590 3. Bacaan hukum Jaiz Munfasil Ayat dari Surah Ali Imran 2.46 0.571 4. Bacaan hukum Mad Aridh Lissukun Ayat dari Surah Al-Ma’un 2.52 0.539 5. Bacaan hukum Mad Lin Aridh Lissukun Ayat dari Surah Al-Baqarah 2.46 0.631 6. Bacaan hukum Mad Lazim Kalimi Muthaqqal Ayat dari Surah Al-Naaziat 2.52 0.603 7. Bacaan hukum Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf Ayat dari Surah Yunus 2.45 0.601 8. Bacaan hukum Mad Lazim Harfi Mukhaffaf Ayat dari Surah Al-Naml 2.46 0.602 9. Bacaan hukum Mad Lazim Harfi Muthaqqal Ayat dari Surah Luqman 2.39 0.623 10. Bacaan hukum Mad Badal Ayat dari Surah Al-Dhuha 2.45 0.570
66 Keseluruhan 2.46 3.24 4.4.2 Tahap Penguasaan Bacaan Pelajar Melalui Temubual Temubual juga dilakukan untuk mendaptkan data deskriptif kajian. Seramai 9 orang pelajar dipilih untuk menguji tahap bacaan atau praktikal mengikut hukum-hukum mad yang telah ditetapkan. Pengkaji telah mengkategorikan tahap kepada 3 tahap iaitu A adalah lancar, B adalah sederhana dan C adalah lemah seperti jadual 4.9 di bawah: Jadual 4.9 Interpretasi Tahap Bacaan Atau Praktikal Bilangan Tahap Penguasaan A Lancar B Sederhana C Lemah Keputusan menunjukkan tahap penguasaan praktikal atau bacaan adalah purata berada di tahap sederhana bagi 9 orang pelajar yang dipilih. Maklumat secara terperinci adalah dalam jadual di bawah:
67 Jadual 4.10 Tahap Penguasaan Bacaan Atau Praktikal Hukum-Hukum Mad Hukum Mad Tahap Penguasaan Bacaan (Bilangan orang Pelajar) Lancar Sederhana Rendah Asli 1 7 1 Wajib Muttasil 2 6 1 Jaiz Munfasil 2 6 1 Aridh Lissukun 3 5 1 Lin Aridh Lissukun 4 4 1 Lazim Kalimi Muthaqqal 2 6 1 Lazim Kalimi Mukhaffaf 3 5 1 Lazim Harfi Mukhaffaf 3 4 2 Lazim Harfi Muthaqqal 4 4 1 Badal 4 5 0 Berdasarkan Jadual 4.10, keputusan menunjukkan bacaan atau praktikal hukum-hukum mad Badal adalah paling baik dimana 4 orang adalah lancar dan 5 orang adalah ditahap sederhana penguasaannya, manakala tiada yang berada di tahap yang lemah. Keputusan juga menunjukkan hukum mad Lazim Harfi Mukhaffaf adalah berada di tahap paling rendah iaitu seramai dua orang, tahap sederhana hanya 4 orang dan tahap lancar adalah seramai 3 orang sahaja.
68 4.5 Keputusan Analisis Infrensi Secara umumnya analisis infrensi digunakan untuk menghuraikan hubung kait antara pemboleh ubah yang dikaji iaitu dengan menggunakan kaedah kolerasi Pearson (r). Hasil analisis terhadap pemboleh ubah kajian di ukur berdasarkan panduan rule of Thumb seperti Jadual 4.11 di bawah. Selain itu juga, analisis infrensi yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian t (t test) untuk mengkaji perbezaan antara jantina responden berdasarkan objektif dan hipotesis kajian yang telah dibina dalam bab sebelum ini. Jadual 4.11 Skala Pengukuran Guilford’s Rule of Thumb Kekuatan Hubungan Interpretasi Kurang daripada 0.20 Hampir tidak wujud hubungan Antara 0.21 hingga 0.40 Hubungan kecil atau rendah Antara 0.41 hingga 0.70 Hubungan sederhana Antara 0.71 hingga 0.90 Hubungan kuat atau tinggi Lebih daripada 0.91 Hubungan sangat kuat atau tinggi Sumber: Guilford’s Rule of Thumb
69 4.5.1 Hipotesis Kajian Bahagian ini melaporkan keputusan yang diperolehi melalui analisis infrensi yang telah dijalankan bagi menjawab hipotesis-hipotesis kajian yang telah dibina: 4.5.1.1 Kolerasi Pearson Ha 1: Terdapat hubungan yang signifikan tahap penguasaan hukum-hukum mad teoritikal dengan praktikal dalam kalangan pelajar-pelajar tingkatan lima SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang. Hasil analisis kolerasi Pearson bagi menguji hubungan antara tahap penguasaan hukum-hukum mad teoritikal dengan tahap penguasaan hukum-hukum mad praktikal adalah seperti dalam Jadual 4.12 di bawah. Hasil analisis menggunakan pekali kolerasi Pearson menunjukkan tahap penguasaan hukum-hukum mad teoritikal berhubungan secara signifikan dengan tahap penguasaan hukum-hukum mad praktikal dalam kalangan pelajarpelajar tingkatan lima dengan nilai [r (56) =.380**, k < 0.05]. Secara ringkasnya, terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan hukum-hukum mad teoritikal berhubungan dengan tahap penguasaan hukum-hukum mad praktikal dalam kalangan pelajar-pelajar tingkatan lima SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang. Hal ini menunjukkan
70 kedua-dua ini berhubungan yang positif dan boleh dikaji pengaruhnya. Hipotesis alternatif (Ha 1) yang dibina adalah diterima. Jadual 4.12: Keputusan Kolerasi Pearson Tahap Penguasaan Hukum-Hukum Mad Teoritikal dan Praktikal Pemboleh ubah Nilai kolerasi (r) Kesignifikanan N Tahap Penguasaan Teori dan Praktikal .380** .004 56 *k<0.05 Ha 2: Terdapat perbezaan yang signifikan tahap penguasaan teori hukum-hukum mad dalam kalangan pelajar tingkatan lima SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang antara jantina lelaki dan perempuan. Hasil keputusan menunjukkan nilai min responden perempuan lebih tinggi iaitu 59.22 berbanding lelaki dengan nilai min 57.21 untuk tahap penguasaan teoritikal hukumhukum mad. Analisis ujian-t telah digunakan bagi melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan tahap penguasaan teoritikal hukum-hukum mad antara jantina lelaki dan perempuan. Hasil analisis yang diperolehi mendapati tidak terdapat perbezaan tahap
71 penguasaan teoritikal hukum-hukum mad antara jantina lelaki dan perempuan dengan nilai [t (54) = -.738, k < 0.05)]. Oleh itu, hipotesis penyelidikan yang mengatakan “terdapat perbezaan yang signifikan tahap penguasaan teori hukum-hukum mad dalam kalangan pelajar tingkatan lima SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang antara jantina lelaki dan perempuan’ adalah ditolak. Maklumat lanjut dalam jadual 4.13 di bawah. Jadual 4.13: Keputusan Ujian-T Tahap Penguasaan Teoritikal Hukum-Hukum Mad Antara Jantina Pemboleh ubah Jantina N Min SP Dk T Tahap Penguasaan Teoritikal Lelaki 29 57.21 10.52 54 -.738 Perempuan 27 59.22 9.86 *k<0.05 Ha 3: Terdapat perbezaan yang signifikan tahap penguasaan praktikal hukum-hukum mad dalam kalangan pelajar tingkatan lima SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang antara jantina lelaki dan perempuan.
72 Hasil keputusan menunjukkan nilai min responden perempuan lebih tinggi iaitu 24.93 berbanding lelaki dengan nilai min 24.21 untuk tahap penguasaan praktikal hukumhukum mad. Analisis ujian-t telah digunakan bagi melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan tahap penguasaan praktikal hukum-hukum mad antara jantina lelaki dan perempuan. Hasil analisis yang diperolehi mendapati tidak terdapat perbezaan tahap penguasaan praktikal hukum-hukum mad antara jantina lelaki dan perempuan dengan nilai [t (54) = -.848, k < 0.05)]. Oleh itu, hipotesis penyelidikan yang mengatakan “terdapat perbezaan yang signifikan tahap penguasaan praktikal hukum-hukum mad dalam kalangan pelajar tingkatan lima SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang antara jantina lelaki dan perempuan’ adalah ditolak. Maklumat lanjut dalam Jadual 4.14 di bawah. Jadual 4.14: Keputusan Ujian-T Tahap Penguasaan Praktikal Hukum-Hukum Mad Antara Jantina Pemboleh ubah Jantina N Min SP Dk T Tahap Penguasaan Praktikal Lelaki 29 24.21 4.16 54 -.848 Perempuan 27 24.93 1.82 *k<0.05 Jadual 4.15: Ringkasan Keseluruhan Dapatan Kajian Terhadap Pengujian Hipotesis
73 Bil. Hipotesis Keputusan Ha 1 Terdapat hubungan yang signifikan tahap penguasaan hukumhukum mad teoritikal dengan praktikal dalam kalangan pelajarpelajar tingkatan lima SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang. Diterima Ha 2 Terdapat perbezaan yang signifikan tahap penguasaan teori hukum-hukum mad dalam kalangan pelajar tingkatan lima SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang antara jantina lelaki dan perempuan. Ditolak Ha 3 Terdapat perbezaan yang signifikan tahap penguasaan praktikal hukum-hukum mad dalam kalangan pelajar tingkatan lima SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang antara jantina lelaki dan perempuan. Ditolak 4.5 Kesimpulan Secara keseluruhannya, boleh dirumuskan bahawa bab ini melaporkan segala dapatan kajian hasil daripada analisis deskriptif dan analisis infrensi yang menggunakan sofware SPSS. Hasil analisis bagi menguji hipotesis dilaporkan dalam bentuk jadual dan setiap perkara dijelaskan secara empirikal berdasarkan data yang dianalisis. Pengujian hipotesis menunjukkan terdapat hipotesis yang diterima dan ditolak. Ini memberikan maksud yang keputusan kajian yang diperolehi turut menyokong keputusan kajian lepas.
74 BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Pendahuluan Dalam bab ini akan dibincangkan tentang beberapa aspek penting hasil daripada kajian yang telah dijalankan iaitu rumusan, perbincangan dan cadangan kepada dapatan yang diperolehi daripada kajian ini. Hasil dapatan kajian yang diperolehi merupakan hasilan yang amat penting bagi setiap pengkaji untuk dijadikan sebagai alat ukuran bagi mengesan dan mengenalpasti setiap kelemahan serta kekuatan dalam aspek pembacaan alQuran dengan betul dan sempurna khususnya bagi tajwid hukum lima. Adalah di harapkan kajian yang dibuat oleh penulis ini sekurang-kurangnya dapat membantu atau dijadian sebagai panduan kepada semua yang terlibat dalam kes seumpama ini.
75 5.2 Ringkasan Kajian Secara ringkasnya, pada bab satu menghuraikan tentang tahap penguasaan hukum tajwid Mad dalam kalangan pelajar-pelajar disekolah. Umum mengetahui bahawa, ilmu tajwid merupakan ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap muslim. Dan, ilmu tajwid seperti mad merupakan antara hukum-hukum yang terdapat pada tajwid. Pendidikan merupakan sesuatu yang sangat penting untuk dipelajari oleh setiap masyarakat. Namun, isu penguasaan kemahiran membaca al-Quran dalam kalangan pelajar perlu diambil perhatian dengan serius kerana berkait rapat dengan amalan-amalan dalam islam. Pengajaran topik al-Quran telah lama dimasukkan didalam silibus Pendidikan islam. Dan setiap minggu para pelajar akan mempelajari tilawah al-Quran dengan guru-guru mereka. Akan tetapi, daripada kajian-kajian lepas mengenai hukum-hukum tajwid termasuk hukum mad mendapati bahawa terdapat ramai pelajar yang kurang mahir menguasai alQuran. Ini membuktikan bahawa terdapat masalah dalam dalam pembelajaran disekolah. Rata-rata pelajar telah mempelajari al-Quran sejak dari kecil. Mungkin bermula daripada ibu-bapa dan seterusnya sekolah rendah dan kemudiannya mempelajari disekolah menengah daripada tingkatan satu hinggalah tingkatan lima. Namun, terbit persoalan, adalah para pelajar mahir menguasai hukum- hukum mad secara teori sahaja, atau mereka juga mahir dalam aspek amali dan praktikal?. Maka, kajian ini akan cuba menganalisis tahap penguasaan hukum-hukum Mad sahaja berdasarkan teori dan praktikal serta mengkaji
76 hubungkait antara aspek teori dan praktikal daripada kalangan pelajar tingkatan lima yang berada di akhir tahun di sekolah. Kajian ini akan memberi kepentingan kepada beberapa pihak iaitu memberi panduan kepada guru-guru untuk melaksanakan intervensi kepada murid. Dan menjadi rujukan oleh pengkaji-pengkaji lain yang berminat untuk menjalankan kajian sama ada dalam bidang yang sama atau berbeza. Serta memberi maklumat kepada KPM atau PPD tentang perlaksanaan aktiviti pemantapan untuk murid berprestasi rendah. Bahkan juga akan mendedahkan data kepada pihak PPD daerah untuk melihat keadaan dan situasi sebenar tahap penguasaan al-Quran di daerah tersebut. Kesemua ini diharapkan akan memberikan penyelesaian kepada menangani masalah kelemahan penguasaan hukum-hukum tajwid terutamanya hukum-hukum mad dalam kalangan pelajar. Dalam bab 2 pula berkenaan dengan pengenalan kepada hukum-hukum Mad. Secara ringkasnya, Mad menurut bahasa ialah pertambahan atau memanjangkan dan menambah. Dan mad menurut istilah ilmu tajwid ialah memanjangkan sebutan suara pada salah satu huruf Mad atau huruf Lin. Selain itu, huruf mad mempunyai 3 huruf iaitu Alif ,Waw Dan Ya’. Manakala huruf Lin pula ada 2 huruf iaitu Waw Dan Ya’. Kemudian, Mad terbahagi kepada 2 jenis iaitu Mad Asli dan Mad Fari’e. Mad Asli juga kita kenalnya sebagai Mad Tobi’e, Mad Dzati, Mad Asas dan Mad Sighah. Manakala, Mad Far’ie adalah mad cabangan yang merupakan hukum tambahan daripada Mad Asli. Secara keseluruhannya, Mad Far’ie terbahagi kepada 17 hukum mad. Antara hukum mad yang
77 terdapat pada Mad Far’ie adalah Mad Wajib Muttasil, Mad Aridh Lissukun, Mad Badal dan sebagainya. Bab tiga pula mengandungi tentang kaedah kajian di mana pemilihan kaedah adalah sangat penting bagi memudahkan penganalisisan data. Kajian ini memilih kaedah kuantitif dan menggunakan kaedah tinjauan. Soal selidik dan soalan temu bual digunakan bagi mengumpulkan data dan kemudiannya di analisis menggunakan SPSS versi 26.0 dan dihuraikan melalui statistik deskriptif seperti jadual, min, peratus dan juga kekerapan. Soal selidik dan soalan temu bual disebarkan melalui Google Form kepada 56 orang pelajar tingakatan lima berdasarkan Skala Krejcie and Morgan. Manakala kaedah temubual pula seramai 9 orang dijadikan responden. Pengkaji menggunakan persampelan rawak secara kelompok atau cluster sampling untuk memilih sampel. Manakala untuk objektif ketiga akan menggunakan analisis infrensi untuk mencari hubungan antara teori dan praktikal. Dalam Google Form mengandungi dua bahagian. Bahagian A adalah demografi sampel. Didalamnya terdapat lima soalan yang berkaitannya. Bahagian B adalah tahap penguasaan hukum-hukum mad. Didalamnya terdapat beberapa hukum-hukum mad yang digunakan. Dan terdapat empat belas soalan yang diajukan kepada para pelajar untuk melihat tahap penguasaanya. Manakala, bagi dapatan kajian melalui temubual, penyelidik telah menetapkan markah secara skor iaitu A untuk lancar, B untuk sederhana, dan C untuk lemah. Penyelidik telah menetapkan 10 ayat yang dipetik daripada al -Quran yang
78 berkaitan hukum-hukum mad. Pada setiap ayat al-Quran mewakili satu hukum mad. Sampel responden juga terdiri seramai 9 orang orang pelajar tingkatan lima sahaja. Cara pengkaji mengumpulkan data adalah dengan memohon kebenaran pihak sekolah sampel terlebih dahulu. Hal ini supaya pengkaji dapat menyebarkan soal selidik dengan lebih mudah. Kemudian barulah pengkaji berhubung dengan guru penolong kanan Pendidikan Islam disekolah tersebut untuk memberi penerangan ringkas tentang soal selidik. Pengkaji juga memberi penerangan ringkas kepada sampel agar memudahkan sampel untuk menjawab soal selidik. Dapatan daripada Google Form, pengkaji menganalisis data menggunakan SPSS versi 26.0. Data ini dihuraikan dalam bentuk statistik deskriptif seperti jadual, kekerapan, min, rajah dan peratusan. Dan untuk objektif ketiga pula akan dihuraikan dengan analisis infrensi untuk mengaitkan hubungan antara teorikal dan praktikal. 5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 5.3.1 Mengenalpasti Tahap Penguasaan Teori Hukum-Hukum Mad Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 5 SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang
79 Dapatan kajian berkenaan persoalan tentang berapakah bahagian hukum mad berdasarkan teorikal menunjukkan tahap yang tinggi iaitu skor 4.55. Dan skor bagi soalan didalam item ini merupakan skor yang paling tinggi berbanding soalan-soalan yang lain. Ini menunjukkan pelajar memahami isi kandungan yang diajar disekolah berkenaan dengan hukum mad. Kemudian, untuk item persoalan berkenaan dengan berapakah kadar bacaan harakat bagi Mad Asli juga menunjukkan skor min yang juga tinggi iaitu 3.84. Ini menjelaskan kepada kita bahawa hampir kesemua pelajar tidak bersetuju dan mengetahui harakat bagi bacaan bagi jumlah harakat bacaan Mad Asli yang sebenar. Persoalan berkenaan dengan adakah Mad Wajib Muttasil adalah pertemuan huruf mad dengan huruf mad dalam perkataan menunjukkan hasil skor yang agak tinggi. Iaitu sejumlah min 4.04. Dan jawapan bagi persoalan ini adalah sangat tidak setuju. Ini menunjukkan bahawa pelajar mengetahui takrif dan definisi sebenar bagi hukum Mad Wajib Muttasil.Kemudian, persoalan berkenaan dengan jumlah harakat bagi Mad Wajib Muttasil juga mempunyai jumlah min yang tinggi iaitu sebanyak 4.30. Dan jawapan bagi soalan ini adalah sangat setuju. Ini menunjukkan bahawa pelajar tingkatan lima di sekolah ini mengetahui kadar bacaan harakat yang sebenar.
80 Berdasarkan kepada persoalan-persoalan yang diberikan, terdapat sembilan lagi persoalan yang mencapai skor tinggi selain dari yang atas. Min bagi setiap persoalan berkenaan dengan Mad Jaiz Munfasil terjadi apabila huruf mad bertemu dengan huruf hamzah dalam dua perkataan adalah 4.32. Bacaan Mad Jaiz Munfasil ketika bacaan waqaf adalah 2 harakat sahaja adalah 4.20, Mad Aridh Lissukun terjadi apabila terdapat huruf mad diakhir perkataan yang ingin diwaqafkan adalah 4.29, tanda Mad Aridh Lissukukun apabila terdapat huruf mad diakhir perkataan yang ingin diwaqafkan adalah 4.09, Mad Badal berlaku apabila huruf hamzah bertemu dengan huruf mad di awal kalimah adalah 4.30, Mad Lazim Kalimi Muthaqqal adalah apabila huruf mad bertemu huruf yang bertasydid dalam satu kalimah adalah 4.18, Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf adalah apabila huruf mad bertemu dengan huruf yang sukun dalam satu kalimah adalah 4.14, panjang bacaan Mad Lazim Harfi Mukhaffaf adalah sebanyak 2 harakat adalah 4.23 dan panjang bacaan Mad Lazim Harfi Muthaqqal adalah sebanyak 6 harakat adalah 4.09. Kemudian terdapat hanya satu persoalan yang mempunyai skor terendah iaitu persoalan berkenaan dengan adakah huruf Lin adalah “Waw” dan “Alif”. Jumlah skor min yanh dicapai hanyalah 3.61. Itupun hanya skor sederhana. Secara umumnya, tahap penguasaan hukum-hukum Mad secara teorikal bagi pelajar tingkatan 5 di sekolah SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang mempunyai tahap penguasaan yang sangat baik. Ini dibuktikan dengan jumlah skor min yang dipaparkan adalah sekitar min 3.68 hingga 5.00. Dan hanya satu item soalan sahaja yang mencapai tahap sederhana. Dan bagi, skor terendah tidak terdapat satu pon persoalan yang didapati. Secara keseluruhannya, jumlah keseluruhan min yang dicapai adalah sebanyak 4.16.
81 5.3.2 Mengkaji Tahap Penguasaan Praktikal Hukum-Hukum Mad Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 5 SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang Berdasarkan analisis deskriptif yang dibuat pengkaji berkenaan dengan tahap penguasaan hukum-hukum Mad secara praktikal dalam kalangan pelajar tingkatan 5 SMK Merapoh melalui temubual berada pada tahap yang sederhana. Ini dibuktikan dengan analisa yang dibuat. Kesemua item soalan iaitu sebanyak 10 soalan berada pada min yang sederhana. Iaitu min bagi bacaan hukum Mad Asli Ayat dari Surah Al-Fatihah adalah 2.46, bacaan hukum Mad Wajib Muttasil Ayat dari Surah Al-Baqarah adalah 2.38, bacaan hukum Jaiz Munfasil Ayat dari Surah Ali Imran adalah 2.46, bacaan hukum Mad Aridh Lissukun Ayat dari Surah Al-Ma’un adalah 2.52, bacaan hukum Mad Lin Aridh Lissukun Ayat dari Surah Al-Baqarah adalah 2.46, bacaan hukum Mad Lazim Kalimi Muthaqqal Ayat dari Surah AlNaaziat adalah 2.52, bacaan hukum Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf Ayat dari Surah Yunus adalah 2.45, bacaan hukum Mad Lazim Harfi Mukhaffaf Ayat dari Surah Al-Naml adalah 2.46, bacaan hukum Mad Lazim Harfi Muthaqqal Ayat dari Surah Luqman adalah 2.39 dan terkakhir adalah bacaan hukum Mad Badal Ayat dari Surah Al-Dhuha Iaitu sebanyak 2.45. Keseluruhan jumlah min yang terkumpul adalah 24.55. Kemudian, untuk bahagian temubual pula, hasil dapatan kajian mendapati keputusan menunjukkan bacaan atau praktikal hukum-hukum mad Badal adalah paling baik dimana 4 orang adalah lancar dan 5 orang adalah ditahap sederhana penguasaannya,
82 manakala tiada yang berada di tahap yang lema. Keputusan juga menunjukkan hukum mad Lazim Harfi Mukhaffaf adalah berada di tahap paling rendah iaitu seramai dua orang, tahap sederhana hanya 4 orang dan tahap lancar adalah seramai 3 orang sahaja. Secara kesimpulannya berkenaan dengan tahap penguasaan hukum-hukum mad secara praktikal dalam kalangan pelajar menunjukkan tahap yang sederhana iaitu min 2.46. 5.3.3 Menilai Hubungkait Antara Tahap Penguasaan Teori Dan Praktikal Hukum-Hukum Mad Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 5 SMK Merapoh, Kuala Lipis, Pahang Secara umumnya analisis infrensi digunakan untuk menghuraikan hubung kait antara pemboleh ubah yang dikaji iaitu dengan menggunakan kaedah kolerasi Pearson (r). Hasil analisis terhadap pemboleh ubah kajian di ukur berdasarkan panduan rule of Thumb. Oleh yang demikian, berdasarkan dapatan kajian yang dibuat mendapat bahawa terdapat hubungan yang sigifikan antara tahap penguasaan hukum-hukum Mad secara teorikal dan praktikal dalam kalangan pelajar tingkatan lima SMK Merapoh, Kuala Lipis. Ini dapat dilihat melalui nilai yang didapati iaitu[r (56) =.380**, k < 0.05]. Secara keseluruhannya berdasarkan analisis mendapati bahawa para pelajar ini menguasai hukum-hukum mad secara teorikal dan praktikal dengan agak baik.
83 5.4 Implikasi Dapatan Kajian Kajian yang dijalankan oleh pengkaji ialah berkenaan dengan tahap penguasaan hukum tajwid dalam kalangan pelajar sekolah. Hukum tajwid yang dikhususkan dalam kajian ini adalah hukum Mad. Maka, kajian ini dapat membantu kepada kajian-kajian yang lain terutama sekali dalam bidang Pendidikan islam atau agama. Kerana, kajian ini bersangkut paut dengan ilmu tajwid yang amat penting dalam penguasaan al-Quran. Oleh itu, mungkin terdapat beberapa perkara yang boleh disumbangkan melalui kajian ini seperti memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan mempelajari ilmu tajwid melalui penulisan yang dikaji oleh pengkaji. Dan, kajian ini dapat menjadi sumber rujukan tambahan kepada pengkaji yang lain berkaitan dengan ilmu-ilmu tajwid. Bahkan, diharapkan mampu membantu menyemarakkan semangat para pengkaji yang lain supaya berterusan dalam membuat kajian berkaitan ilmu agama atau al-Quran. Disamping juga, akan membantu pihak guru-guru disekolah yang terbabit untuk mengetahui keadaan sebenar tahap penguasaan pelajar mereka. Implikasi yang pertama adalah menjadi sumber rujukan tambahan kepada pengkajipengkaji yang lain berkaitan dengan ilmu-ilmu tajwid. Ianya bermaksud para pengkaji yang ingin membuat kajian berkaitan dengan ilmu-ilmu tajwid mereka boleh menggunakan kajian ini sebagai sumber rujukan tambahan teruatama sekali dalam bahagian dapatan kajian untuk menambah maklumat yang terkini. Maka dengan ini, kajian ini akan memudahkan pengkaji lain untuk membuat kajian mereka.
84 Kemudian, sumbangan seterusnya adalah dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat sekeliling berkenaan dengan kepentingan mempelajari ilmu-ilmu tajwid terutamanya hukum Mad yang merupakan asas dalam pembacaan al-Quran. Sebagaimana yang kita sedia maklum, dalam sera moden ini kebanyakan kajian penyelidikan akan dimuat naik ke platform media sosial. Ini dapat kita lihat di beberapa laman internet seperti Google Schooler, My Cite dan banyak lagi. Maka, bilamana kajian kita berada di internet masyarakat sekeliling atau pengkaji lain akan membaca penulisan tersebut atau kajiankajian lain sekaligus akan menimbulkan persoalan kepada para pembaca adakah mereka sudah menguasai hukum-hukum tajwid. Justeru, sudah sentu ianya akan menimbulkan kesedaran kepada para pembaca. Kemudian, kajian ini akan memberikan dan meningkatkan semangat kepada para pengkaji yang lain supaya bersemangat untuk membuat kajian berkaitan dengan ilmu tajwid. Ini kerana, semakin banyak kajian, ianya akan memperbanyakkan rujukan kepada pengkaji seterusnya. Maka, sumbangan-sumbangan ini akan memberikan impak yang positif kepada masyarakat sekeliling terutama sekali kepada para pengkaji yang mengkaji ilmu tajwid. Kajian ilmu tajwid yang berterusan akan mampu membawa ke pentas pembentangan antarabangsa sekaligus mengangkat ilmu tajwid. Seterusnya, kajian yang dibuat oleh pengkaji ini akan membantu pihak sekolah dalam menyelesaikan masalah penguasaan al-Quran dalam kalangan pelajar. Diharapkan sekolah yang terbabit memikirkan cara untuk menambat hati pelajar mencintai al-Quran.