Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 26/2025[ 291 ]TIKTOK SEBAGAI PLATFORM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM ERA REVOLUSI DIGITAL: IMPAK DAN CABARANMegat Abdul Karim @ Rosmady Megat HussainNorizan Mohd RazaliSMK Kuala Jenderis 1, [email protected] Afifah NasrudinOpen University MalaysiaABSTRAKPenyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara tahap kekerapan penggunaan TikTok dengan peningkatan kemahiran insaniah murid. Selain itu, penyelidik ingin mengenal pasti impak penggunaan TikTok terhadap pembangunan kemahiran insaniah serta cabaran yang dihadapi oleh murid dalam meningkatkan kemahiran insaniah melalui penggunaan TikTok. Penyelidik menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligence) Howard Gardner (1983) sebagai panduan pelaksanaan kajian. Metodologi yang digunakan ialah kaedah tinjauan secara kuantitatif. Kajian ini melibatkan 170 orang murid SMK Kuala Jenderis yang dipilih secara rawak. Data diperoleh menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 27.0. Analisis dapatan kajian menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferens. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kekerapan penggunaan TikTok dengan kemahiran insaniah yang diperoleh melalui penggunaan TikTok (r=0.219, Sig=0.04).Selain itu, dapatan juga menunjukkan penggunaan TikTok memberi impak yang besar terhadap kemahiran komunikasi murid. Cabaran utama yang dihadapi murid untuk meningkatkan kemahiran insaniah melalui penggunaan TikTok ialah sikap mereka sendiri yang cenderung menonton kandungan hiburan berbanding kandungan yang berkaitan kemahiran insaniah.Kata kunci: tiktok, kemahiran insaniah, media sosial, kecerdasan pelbagai , revolusi digital.ABSTRACTThis research aims to examine the relationship between the frequency of TikTok usage and the improvement of students’ soft skills. Additionally, the researcher seeks to identify the impact of TikTok usage on the development of soft skills as well as the challenges faced by students in enhancing their soft skills through TikTok. The study is guided by Howard Gardner’s (1983) Multiple Intelligences Theory. The methodology used is a quantitative survey method. The study involved 170 randomly selected students from SMK Kuala Jenderis. Data were collected through questionnaires and analyzed using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version 27.0. The research findings were analyzed using descriptive and inferential statistics. The results showed a significant relationship between the frequency of TikTok usage and the soft skills acquired through the platform (r = 0.219, Sig = 0.04). Additionally, the findings indicated that TikTok usage has a significant impact on students’ communication skills. However, the main challenge faced by students in improving their soft skills through TikTok is their tendency to watching entertainment content rather than content related to soft skills development.Keyword: tiktok, soft skills, social media, multiple intelligences, digital revolution.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan[ 292 ]1.0 PENGENALANDalam era digital, teknologi telah mengubah pelbagai aspek kehidupan, termasuk pendidikan dan kemahiran insaniah. Media sosial seperti TikTok bukan sekadar hiburan, malah berpotensi meningkatkan kemahiran insaniah murid seperti komunikasi, kepimpinan, kerjasama, pengurusan diri, serta penyelesaian masalah dan pemikiran kritis. Oleh itu, TikTok boleh dimanfaatkan sebagai medium pembelajaran dan pembangunan diri murid.Penggunaan TikTok semakin meningkat dalam kalangan murid dan menjadi alat yang berkesan dalam menyampaikan maklumat secara interaktif. Menurut Yang et al. (2019), penyampaian maklumat dalam bentuk video yang menarik dan ringkas dapat meningkatkan pemahaman serta minat murid terhadap sesuatu topik. Selain itu, kandungan yang bersifat interaktif membantu murid mengembangkan kemahiran komunikasi serta keyakinan diri melalui penghasilan dan penyampaian maklumat dalam bentuk video (Adnan et al., 2021). Murid berpeluang untuk berkomunikasi dan berkongsi cadangan yang kreatif melalui platform TikTok.Walau bagaimanapun, terdapat cabaran dalam penggunaan TikTok sebagai platform pembangunan kemahiran insaniah antaranya murid lebih cenderung kepada kandungan hiburan berbanding kandungan bermanfaat. Selain itu, isu maklumat tidak sahih dan kurang kawalan terhadap kandungan juga perlu diberi perhatian (Wasli & Ahmad, 2023). Oleh itu, kajian diperlukan untuk menilai sejauh mana TikTok boleh dimanfaatkan dalam memperkembangkan kemahiran insaniah murid.Kajian ini bertujuan meneliti hubungan antara kekerapan penggunaan TikTok dengan peningkatan kemahiran insaniah murid yang merangkumi lima aspek utama iaitu komunikasi, kerjasama, kepimpinan, pengurusan diri, serta penyelesaian masalah dan pemikiran kritis. Kajian ini turut mengenal pasti impak dan cabaran penggunaan TikTok sebagai alat pembelajaran. Dapatan kajian diharap memberi gambaran jelas tentang peranan TikTok dalam membentuk kemahiran insaniah serta strategi untuk mengoptimumkan penggunaannya dalam kalangan murid.Objektif Kajian ini adalah untuk:i. Mengkaji hubungan antara kekerapan penggunaan TikTok dengan peningkatan kemahiran insaniah murid.ii. Mengenal pasti impak penggunaan TikTok terhadap pembangunan kemahiran insaniah murid.iii. Mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh murid dalam meningkatkan kemahiran insaniah melalui penggunaan TikTok.
Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 26/2025[ 293 ]Berikut merupakan persoalan bagi kajian yang dilaksanakan oleh penyelidik:i. Sejauh manakah hubungan antara kekerapan penggunaan TikTok dengan peningkatan kemahiran insaniah murid?ii. Apakah impak penggunaan TikTok terhadap pembangunan kemahiran insaniah murid?iii. Apakah cabaran utama yang dihadapi oleh murid dalam meningkatkan kemahiran insaniah melalui penggunaan TikTok?2.0 METODOLOGI Penyelidik menggunakan kaedah tinjauan secara kuantitatif bagi menjalankan kajian ini. Populasi kajian ini terdiri daripada 298 orang murid di SMK Kuala Jenderis, Hulu Terengganu. Penyelidik telah mengambil seramai 170 orang murid sebagai sampel kajian dengan menggunakan teknik persampelan secara rawak supaya murid mempunyai peluang yang sama untuk terlibat dalam kajian ini. Penyelidik menggunakan borang soal selidik bagi mendapatkan data dengan lebih sistematik dan teratur. Soal selidik ini mempunyai 4 bahagian iaitu Bahagian A berkaitan dengan demografi murid, Bahagian B berkaitan dengan penggunaan TikTok dan kemahiran insaniah, Bahagian C berkaitan dengan impak penggunaan TikTok terhadap pembangunan kemahiran insaniah murid dan bahagian D berkaitan dengan cabaran dalam meningkatkan kemahiran insaniah melalui penggunaan TikTok. Penyelidik menggunakan Skala Likert empat mata bagi mengukur item yang dibina. Instrumen soal selidik ini diuji melalui kajian rintis ke atas 20 orang murid. Kajian rintis ini dilakukan bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan item berdasarkan nilai pekali Alpha Cronbach. Hasil kajian rintis menunjukkan bahawa instrumen ini mempunyai nilai pekali Alpha Cronbach 0.72 dan berada pada tahap kebolehpercayaan tinggi. Soal selidik telah diedarkan kepada 170 orang murid secara fizikal. Penyelidik menerangkan secara jelas kepada responden berkaitan objektif kajian serta cara pengisian dan responden perlu menghantar semula dalam tempoh yang ditetapkan. Seterusnya, penyelidik menyemak jawapan yang telah diisi supaya tiada kesilapan data dan jawapan yang tidak lengkap. Data dikumpul menggunakan soal selidik secara fizikal dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 27.0. Penyelidik menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik inferens bagi analisis dapatan kajian. Skor min dalam kajian ini diukur berdasarkan Skala Likert empat mata dan interpretasi daripada Riduwan (2012) seperti dalam Jadual 1 di bawah.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan[ 294 ]Jadual 1Jadual Interpretasi Skor MinSkor Min Interpretasi Skor Min1.00-1.501.51-2.502.51-3.503.51-4.00Kurang KaitanRendahSederhanaTinggiSumber: Riduwan (2012)3.0 DAPATAN KAJIANHubungan antara Kekerapan Penggunaan Tiktok Dengan Peningkatan Kemahiran Insaniah MuridAnalisis dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai pekali Pearson, r=0.219 dan nilai Sig=0.04. Oleh kerana nilai Sig lebih kecil daripada 0.05, maka penyelidik merumuskan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kekerapan penggunaan TikTok dengan kemahiran insaniah yang diperoleh melalui penggunaan TikTok. Dapatan yang diperoleh juga menunjukkan kekuatan hubungan pekali korelasi yang rendah antara kekerapan penggunaan TikTok dengan kemahiran insaniah (Davies, 1971) seperti Jadual 1.Jadual 1Kekuatan Hubungan Mengikut Nilai Pekali KorelasiNilai Pekali Tafsiran Deskriftif0.70-1.00 Amat Tinggi0.50-0.69 Tinggi0.30-0.49 Sederhana Tinggi0.10-0.29 Rendah0.01-0.09 DiabaikanSumber: Davies (1971)Impak Penggunaan TikTok Terhadap Pembangunan Kemahiran Insaniah MuridJadual 2 di bawah menunjukkan analisis dapatan kajian bagi impak penggunaan TikTok terhadap pembangunan kemahiran insaniah murid.
Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 26/2025[ 295 ]Jadual 2Skor Min dan Interpretasi Min bagi Impak Penggunaan TikTok terhadap Pembangunan Kemahiran Insaniah MuridBil Item Min Interpretasi MinKemahiran Komunikasi1 TikTok membantu saya meningkatkan kemahiran komunikasi dengan lebih ramai orang.3.97 Tinggi2 Saya lebih yakin untuk menyampaikan pendapat atau idea selepas menggunakan TikTok.3.96 Tinggi3 Saya lebih yakin untuk bercakap di hadapan kamera atau di khalayak ramai setelah membuat video TikTok.4.00 TinggiKemahiran Kerjasama4 Saya belajar menyelesaikan masalah bersama rakan kumpulan dalam aktiviti TikTok.3.09 Sederhana5 TikTok membantu saya mengasah kemahiran bekerja dalam kumpulan.3.97 Tinggi6 Saya lebih selesa bekerjasama dengan orang lain setelah menyertai cabaran TikTok.3.12 SederhanaKemahiran Kepimpinan7 TikTok memberi saya peluang menjadi ketua dalam penghasilan video atau projek.3.02 Sederhana8 TikTok membantu saya memahami mengenai kepimpinan dan tanggungjawab dalam sesuatu projek.3.09 Sederhana9 Saya mendapat inspirasi untuk meningkatkan kepimpinan diri melalui video motivasi di TikTok.3.02 SederhanaKemahiran Pengurusan Diri10 TikTok membantu saya merancang jadual harian dengan lebih baik.3.96 Tinggi11 TikTok mempengaruhi cara saya menguruskan masa untuk aktiviti pembelajaran dan kehidupan peribadi.3.99 Tinggi12 Saya lebih berdisiplin dalam menguruskan masa selepas menggunakan TikTok.3.19 Sederhana
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan[ 296 ]Kemahiran Penyelesaian Masalah dan Pemikiran Kritis13 TikTok meningkatkan kemahiran saya dalam menyelesaikan masalah secara kreatif.3.04 Sederhana14 Saya belajar menyelesaikan masalah dengan menonton kandungan pendidikan di TikTok.3.03 Sederhana15 TikTok membantu saya mengembangkan kreativiti dalam menghasilkan kandungan.3.97 TinggiImpak penggunaan TikTok dalam kalangan murid diukur berdasarkan 15 item mengikut lima kategori kemahiran insaniah seperti di atas. Dapatan analisis menunjukkan sebanyak tujuh item berada pada tahap skor min yang tinggi berdasarkan interpretasi dan terdapat lapan item pada tahap interpretasi skor min yag sederhana (Riduwan, 2012). Item ketiga dalam kategori kemahiran komunikasi iaitu “Saya lebih yakin untuk bercakap di hadapan kamera atau di khalayak ramai setelah membuat video TikTok” menunjukkan skor min paling tinggi (min=4.00). Manakala item ketujuh iaitu “TikTok memberi saya peluang menjadi ketua dalam penghasilan video atau projek” dan item kesembilan iaitu “Saya mendapat inspirasi untuk meningkatkan kepimpinan diri melalui video motivasi di TikTok” menunjukkan skor min terendah (min=3.02). Kedua-dua item ini berada dalam kategori kemahiran kepimpinan. Seterusnya, dapatan analisis kajian juga menunjukkan penggunaan TikTok memberi impak yang besar terhadap kemahiran komunikasi murid. Ketiga-tiga item kemahiran insaniah dalam kategori kemahiran komunikasi berada pada tahap interpretasi min tinggi. Cabaran yang Dihadapi oleh Murid dalam Meningkatkan Kemahiran Insaniah Melalui Penggunaan TikTok.Jadual 3Skor Min dan Interpretasi Min Bagi Cabaran yang Dihadapi Murid dalam Meningkatkan Kemahiran Insaniah Melalui Penggunaan TikTokBil Item Min Interpretasi Min1 Saya lebih cenderung menonton kandungan hiburan berbanding kandungan yang boleh membantu meningkatkan kemahiran insaniah.3.94 Tinggi2 Pempengaruh TikTok tidak membantu mempromosi dalam meningkatkan kemahiran insaniah.3.91 Tinggi3 Saya terdedah kepada maklumat palsu yang disebarkan dalam TikTok3.04 Sederhana4 TikTok banyak mempengaruhi emosi dan kesihatan mental saya.2.98 Sederhana5 Konten berkaitan kemahiran insaniah sangat terhad dalam TikTok.3.05 Sederhana
Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 26/2025[ 297 ]Hasil daripada kajian, didapati bahawa cabaran utama yang dihadapi oleh murid untuk meningkatkan kemahiran insaniah melalui penggunaan TikTok ialah berkaitan sikap mereka yang cenderung menonton kandungan hiburan. Ini dibuktikan apabila skor min bagi item pertama iaitu “Saya lebih cenderung menonton kandungan hiburan berbanding kandungan yang boleh membantu meningkatkan kemahiran insaniah” merupakan skor min paling tinggi (Min=3.94). Cabaran seterusnya ialah “Pempengaruh Tik Tok tidak membantu mempromosi dalam meningkatkan kemahiran insaniah” (Min=3.91). Analisis kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan TikTok tidak memberi cabaran yang besar terhadap emosi dan kesihatan mental mereka (Min=2.98).4.0 PERBINCANGANPerbincangan ini menganalisis dapatan kajian berdasarkan tiga objektif utama, iaitu hubungan antara kekerapan penggunaan TikTok dengan peningkatan kemahiran insaniah, impak penggunaan TikTok terhadap pembangunan kemahiran insaniah, serta cabaran yang dihadapi murid dalam memanfaatkan platform ini. Analisis yang dilakukan mendedahkan beberapa penemuan penting yang boleh dijadikan panduan dalam mengoptimumkan potensi aplikasi TikTok sebagai alat pembelajaran dan pembangunan kemahiran insaniah dalam kalangan murid.Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kekerapan penggunaan TikTok dengan peningkatan kemahiran insaniah murid (r=0.219, Sig=0.04). Walaupun kekuatan hubungan ini berada pada tahap rendah berdasarkan skala Davies (1971), dapatan ini membuktikan bahawa penggunaan TikTok mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan kemahiran insaniah murid. Hal ini selari dengan kajian Yang et al. (2019) yang mendapati bahawa murid lebih mudah memahami konsep melalui video yang menarik dan mudah difahami, sebagaimana yang disediakan dalam aplikasi TikTok. Namun, hubungan yang rendah ini mencerminkan dapatan kajian oleh oleh Manca dan Ranieri (2016), yang menyatakan bahawa walaupun media sosial mempunyai potensi dalam pembelajaran, penggunaannya dalam kalangan murid masih rendah disebabkan kurangnya strategi yang berkesan.Dari segi pembangunan kemahiran insaniah, hasil kajian menunjukkan bahawa TikTok memberikan impak yang ketara terhadap kemahiran komunikasi murid. Ketiga-tiga item berkaitan kemahiran komunikasi mencatatkan interpretasi min yang tinggi, dengan item “Saya lebih yakin untuk bercakap di hadapan kamera atau di khalayak ramai setelah membuat video TikTok” memperoleh skor tertinggi (min=4.00). Penemuan ini menyokong kajian Adnan et al. (2021) yang mendapati bahawa penggunaan TikTok dalam pendidikan dapat meningkatkan keyakinan diri murid melalui penghasilan dan penyampaian maklumat dalam bentuk video. Ini mengesahkan bahawa platform digital seperti TikTok berpotensi sebagai medium untuk memperkukuh kemahiran komunikasi yang merupakan komponen penting dalam kemahiran insaniah.Hasil kajian turut menunjukkan bahawa kemahiran pengurusan diri juga mencatatkan interpretasi min yang tinggi, khususnya bagi item “TikTok mempengaruhi cara saya menguruskan masa untuk aktiviti pembelajaran dan kehidupan peribadi” (min=3.99). Dapatan ini mencadangkan bahawa
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan[ 298 ]pendedahan kepada pelbagai kandungan dalam TikTok secara tidak langsung membentuk disiplin dan amalan pengurusan masa yang lebih baik dalam kalangan murid. Walau bagaimanapun, item “Saya lebih berdisiplin dalam menguruskan masa selepas menggunakan TikTok” mencatatkan skor min yang lebih rendah (min=3.19). Ini mungkin kerana murid mengakui bahawa penggunaan TikTok boleh mengganggu pengurusan masa mereka, selaras dengan pandangan Keles et al. (2020) yang menyatakan bahawa ketagihan media sosial boleh menjejaskan disiplin diri murid.Seterusnya, kajian ini mendapati bahawa kemahiran kepimpinan mencatatkan skor min yang paling rendah berbanding kemahiran insaniah lain. Item “TikTok memberi saya peluang menjadi ketua dalam penghasilan video atau projek” dan “Saya mendapat inspirasi untuk meningkatkan kepimpinan diri melalui video motivasi di TikTok” hanya mencatatkan skor min 3.02. Ini menunjukkan bahawa TikTok kurang berkesan dalam mengembangkan kemahiran kepimpinan berbanding kemahiran lain. Dapatan ini mungkin disebabkan oleh sifat platform TikTok yang lebih tertumpu kepada kandungan individu berbanding projek kolaboratif. Manca dan Ranieri (2016) turut menyokong bahawa penggunaan media sosial untuk pembelajaran kolaboratif masih kurang berkesan kerana ketiadaan strategi yang jelas dan terancang.Kajian ini juga mendapati bahawa cabaran utama yang dihadapi oleh murid dalam meningkatkan kemahiran insaniah melalui TikTok ialah kecenderungan mereka untuk menonton kandungan hiburan berbanding kandungan yang berkaitan kemahiran insaniah (Min=3.94). Penemuan ini sejajar dengan pandangan Selwyn (2020) yang menyatakan bahawa murid lebih gemar menggunakan media sosial untuk kandungan bersifat hiburan berbanding menggunakannya sebagai alat pembangunan diri. Cabaran kedua ialah “Pempengaruh TikTok tidak membantu mempromosi dalam meningkatkan kemahiran insaniah” (Min=3.91). Ini menjelaskan bahawa kekurangan kandungan dan sokongan daripada pengaruh TikTok terkenal turut menyumbang kepada kurangnya pendedahan murid terhadap kandungan berkaitan kemahiran insaniah.Berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner (1983), dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan TikTok berpotensi merangsang pelbagai jenis kecerdasan, terutamanya kecerdasan linguistik (komunikasi), visual-spatial (penghasilan kandungan kreatif), dan intrapersonal (pengurusan diri). Hal ini selaras dengan kajian Zhang et al. (2022) yang mendapati murid yang menggunakan TikTok untuk mencipta kandungan kreatif cenderung meningkatkan kemahiran teknologi, pemikiran kreatif dan kritis mereka. Dalam konteks ini, TikTok tidak hanya berfungsi sebagai platform hiburan tetapi juga sebagai alat pembelajaran yang boleh membangunkan pelbagai aspek kemahiran insaniah murid.Walaupun terdapat kebimbangan bahawa TikTok boleh memberi kesan negatif terhadap emosi dan kesihatan mental murid, dapatan kajian menunjukkan bahawa murid tidak terlalu terkesan dengan cabaran ini (Min=2.98). Ini mungkin mencerminkan tahap kesedaran dan ketahanan mental yang baik dalam kalangan murid, atau kemungkinan mereka telah mengamalkan pendekatan penggunaan TikTok yang lebih seimbang. Walau bagaimanapun, pendidik dan ibu bapa perlu tetap peka terhadap kemungkinan kesan negatif penggunaan berlebihan media sosial seperti yang dibincangkan oleh Keles et al. (2020).
Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 26/2025[ 299 ]Beberapa cadangan penambahbaikan boleh dilaksanakan untuk meningkatkan keberkesanan TikTok sebagai alat pembangunan kemahiran insaniah:1. Program Literasi Digital: Pihak sekolah perlu membangunkan program literasi digital yang komprehensif dengan modul khusus tentang penggunaan TikTok sebagai alat pembelajaran. Program ini perlu merangkumi panduan pemilihan kandungan yang berkualiti dan teknik menghasilkan kandungan berkaitan kemahiran insaniah.2. Kolaborasi dengan Pempengaruh Pendidikan: Kementerian Pendidikan boleh menjalin kerjasama dengan pempengaruh TikTok yang berkredibiliti untuk menghasilkan siri kandungan berkaitan kemahiran insaniah yang menarik. 3. Pengintegrasian TikTok dalam Kurikulum: Guru-guru boleh mengintegrasikan aktiviti berasaskan TikTok dalam pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan tugasan yang memerlukan murid menghasilkan video pendek yang informatif dan kreatif. 4. Pembangunan Kemahiran Kepimpinan: Memandangkan kemahiran kepimpinan mencatatkan skor terendah, aktiviti khusus seperti projek berkumpulan yang memerlukan murid bergilirgilir menjadi ketua dalam penghasilan video TikTok perlu diperkenalkan.5. Pemantauan dan Penerapan Nilai: Sistem pemantauan penggunaan TikTok dalam kalangan murid perlu diwujudkan bersama-sama dengan penerapan nilai dan etika dalam penggunaan media sosial untuk memastikan murid tidak terjejas dengan aspek negatif penggunaan platform ini.Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa TikTok mempunyai potensi sebagai platform pembangunan kemahiran insaniah, terutamanya dalam aspek komunikasi dan pengurusan diri. Namun, keberkesanannya bergantung kepada cara murid menggunakan platform tersebut serta kandungan yang mereka pilih untuk ditonton. Oleh itu, pendedahan dan bimbingan yang sesuai daripada pendidik dan ibu bapa adalah penting dalam memastikan murid dapat memanfaatkan TikTok sebagai alat pembelajaran yang berkesan, selari dengan cadangan Abdullah (2021) mengenai kepentingan sokongan dan bimbingan dalam pembelajaran dalam talian.5.0 KESIMPULANKajian ini berjaya meneliti hubungan antara penggunaan TikTok dengan pembangunan kemahiran insaniah murid SMK Kuala Jenderis. Dapatan menunjukkan hubungan signifikan pada tahap rendah antara kekerapan penggunaan TikTok dengan peningkatan kemahiran insaniah (r=0.219, Sig=0.04). TikTok memberi impak paling ketara terhadap kemahiran komunikasi, manakala kemahiran kepimpinan mencatatkan kesan paling rendah. Cabaran utama yang dihadapi murid ialah kecenderungan mereka menonton kandungan hiburan berbanding kandungan berfaedah.Kesimpulannya, TikTok memang berpotensi merangsang pelbagai kecerdasan murid, terutamanya kecerdasan linguistik dan visual-spatial. Walau bagaimanapun, keberkesanannya dalam merangsang kecerdasan interpersonal (berkaitan kepimpinan) masih perlu ditingkatkan melalui penggunaan yang lebih strategik dan terarah.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan[ 300 ]Bagi kajian akan datang, disarankan agar skop penyelidikan diperluaskan melibatkan lebih banyak sekolah di kawasan bandar dan luar bandar bagi memperoleh gambaran yang lebih menyeluruh. Ini penting kerana akses teknologi dan corak penggunaan TikTok mungkin berbeza, sekali gus mempengaruhi pembangunan kemahiran insaniah murid. Kajian longitudinal juga wajar dijalankan bagi menilai kesan jangka panjang penggunaan TikTok terhadap prestasi akademik dan kebolehpasaran murid. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman tentang peranan media sosial dalam pendidikan era Revolusi Industri 4.0 yang menekankan kemahiran insaniah. Dalam era digital yang semakin dominan, penting untuk mengkaji bagaimana TikTok boleh dimanfaatkan sebagai alat pembelajaran berkesan, bukan sekadar medium hiburan.RUJUKANAbdullah, N. (2021). Penguasaan kemahiran insaniah melalui pembelajaran dalam talian bagi pelajar PMJB. Politeknik Ungku Omar.Adnan, M., Anwar, K., & Saleem, M. (2021). Exploring the educational potential of TikTok: A study on the use of TikTok for learning purposes among university students. Journal of Educational Technology & Society, 24(3), 12-22.Davies, J.A. (1971). Elementary survey analysis. Prentice Hall.Gardner, H. (1983). Frames of mind: The theory of multiple intelligences. Basic Books.Keles, B., McCrae, N., & Grealish, A. (2020). A systematic review: The influence of social media on depression, anxiety and psychological distress in adolescents. International Journal of Adolescence and Youth, 25(1), 79–93. Manca, S., & Ranieri, M. (2016). Facebook and the others: Potentials and obstacles of social media for teaching in higher education. Computers & Education, 95, 216–230.Riduwan (2012). Skala pengukuran variable-variable: Penelitian. Alfabeta, Bandung.Selwyn, N. (2020). What’s next for ed-tech? Critical hopes and concerns for the 2020s. Learning, Media and Technology, 45(1), 1-6.Wasli, E., & Ahmad, N. (2023). Aplikasi TikTok dalam pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan Melayu. ResearchGate. Zhang, W., Chen, L., & Huang, R. (2022). Digital skills development through social media: The role of TikTok in student learning and creativity. Journal of Digital Learning and Innovation, 8(2), 78-94.
Diterbitkan oleh:BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKANKEMENTERIAN PENDIDIKAN