The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FOLIO KOR SISPA APM KADET SEMESTER 5
TANISSHAA
PBKK3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 542-12-tanisshaa, 2024-03-06 03:45:53

BUKU LOG APM

FOLIO KOR SISPA APM KADET SEMESTER 5
TANISSHAA
PBKK3

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR NAMA : TANISSHAA NO. KAD PENGENALAN: 031229-01-0912 NO. ANGKA GILIRAN : 2021152340272 OPSYEN : PBKK3 KURSUS : PISMP AMBILAN : JUN 2021/2026 PENSYARAH : TUAN ANUAR BIN MOHD ZAIN


KANDUNGAN


KANDUNGAN 1.0 SEJARAH ANGKATAN PERTAHANAN AWAM 2.0 PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT UNIFORM 2.1 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 3.0 LAMBANG DAN COGAN KATA 4.0 UNDANG-UNDANG PERTUBUHAN 5.0 CARTA ORGANISASI PERTUBUHAN 6.0 FUNGSI MAJLIS PENTADBIRAN 7.0 PENGURUSAN FOLIO/ BUKU LOG/LAPORAN AKTIVITI 8.0 PAKAIAN SERAGAM ANGKATAN PERTAHANAN AWAM 9.0 TAKWIM AKTIVITI UNIT BERUNIFORM 10.0 PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN 11.0 MELAWAN KEBAKARAN 12.0 IKATAN DAN SIMPULAN 13.0 KAWAD KAKI 14.0 BALUTAN 15.0 PERTOLONGAN CEMAS


SEJARAH ANGKATAN PERTAHANAN AWAM


Kerajaan British memulakan sejarah aktiviti pertahanan awam di Malaysia pada tahun 1939 sebagai persiapan menghadapi Perang Dunia Kedua sebelum perundangan The Civil Defence Ordinance 1951. The Civil Defence Ordinance 1951 digubal pada Oktober 1951 dan dikuatkuasakan dalam sistem keselamatan Tanah Melayu mulai 24 Mac 1952. Ordinan itu kemudiannya bertukar menjadi Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) berikutan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Pada 6 September 1952, Pesuruhjaya Tinggi British, Jeneral Sir Gerald Templer telah merasmikan bangunan Ibu Pejabat Pertahanan Awam di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. Juga, pada tahun 1953 dan 1954 ada pembukaan pejabat-pejabat wilayah tengah di Selangor, wilayah utara di Pulau Pinang dan wilayah selatan di Johor. Fungsi Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting dalam sistem pertahanan negara berasaskan peruntukan di dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan sehingga diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura berikutan konfrontasi Malaysia - Indonesia pada tahun 1964. Jumlah keanggotaan ditambah menjadi 36,000 orang dengan 37 cawangan selain kelengkapan logistik yang terbaharu pada waktu itu berikutan konfrontasi tersebut. Pada tahun 1970, satu kerahan tenaga anggota seluruh negara dibuat bencana banjir besar yang melanda hampir seluruh negara. Akta 221 dipinda pada tahun 1973, bagi membolehkan pertahanan awam berfungsi dengan lebih meluas dengan melaksanakan tugas dan peranan. Semasa aman dengan menjalankan perkhidmatan bantuan bencana selain tugas hakiki menghadap peperangan.


Tragedi Highland Towers tumbang pada 11 Disember 1993 merupakan antara peristiwa penting yang membabitkan penggunaan tenaga anggota angkatan yang membawa kepada pengenalan nama ringkas JPA3' pada tahun 1994. Hal ini adalah untuk membezakan antara Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Tarikh 20 Mei 1995 menjadi detik penting kepada JPA3 apabila perkhidmatan talian kecemasan 991 mula dilancarkan sebagai tanda komitmen Jabatan memberikan khidmat bantuan kecemasa secara 24 jam kepada penduduk awam. Pada tahun 2006, JPA3 mula memperkenalkan slogan 'Sedia, Pantas, Berintegrit sebagai pemangkin untuk menjad sebuah agensi yang unggul di bawah pentadbira Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) Selaras dengan fungsinya dalam melaksanaka tugas bagi memelihara keselamatan negara semasa aman, bencana dan peperangan (krisis JPA3 berperanan mengambil langkah menyelam melindungi dan mengurangkan risiko kehilangan nyawa serta kerosakan harta benda atau infrastruktur penduduk awam. Pada tahun 2008, JPA3 telah mengambil langkah dengan penjenamaan baharu akronim dan JPA3 kepada JPAM selaras dengan pemerkasaan Jabatan sebagai mengiktiraf fungsinya yang amat penting kepada negara dan aspek keselamatan awam (public safety) Perkhidmatan JPAM melalu talian kecemasan 991 sebelum ini telah mendapal pengiktirafan oleh pihak kerajaan. Rentetan itu, pada Oktober 2008 kerajaan memperkenalkan perkhidmatan Malaysia Emergency Response Services (MERS 999) sebagai usaha menambahbaik dan menyeragamkan perkhidmatan kecemasan. Talian kecemasan negara 999 dengan moto "Satu Negara” merupakan medium yang mempercepat dan memudahkan rakyat menghubungi agensi tindak balas mengikut event code yang telah ditetapkan secara spesifik kepada JPAM, PDRM, JBPM, KKM dan APMM bagi menangani sebarang insiden kecemasan.


Pada tahun 2009, warna pakaian seragam ditukar kepada wama Royal Blue bagi menggantikan warna Executive Grey yang telah sekian lama digunakan. Perubahan ini berdasarkan warna rasmi Pertahanan Awam antarabangsa yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Pertahanan Awam Antarabangsa (ICDO) dengan merujuk kepada Protocol Additional to the Geneva Conventions of 12 August 1949 (Part IV. Section 1 Chapter 6 Article 66). Selain itu, wara ini juga membolehkan JPAM kelihatan lebih mesra rakyat dan mendapat perhatian masyarakat terutamanya golongan muda yang mula menyertai Angkatan sebagai anggota sukarela. Pada 7 Mei 2010, Menteri Dalam Negeri telah menandatangani keahlian tetap Malaysia dalam International Civil Defence Organization (ICDO) di Geneva, Switzerland dan telah diterima secara rasmi sebagai ahli tetap ICDO pada 6 Jun 2010. Ini merupakan salah satu kejayaan JPAM dalam menjalinkan kerjasama di peringkat antarabangsa yang membolehkan perkongsian maklumat dan kepakaran dalam pengurusan bencana, konflik dan kecemasan. Pada 17 Februari 2013, JPAM berperanan dalam penugasan khas Perlindungan Awam (Civil Protection) kepada 3,004 orang penduduk Zon Tanjung Labian, Tungku, Lahad Datu, Sabah yang berpunca daripada pencerobohan kumpulan bersenjata yang mengaku Tentera DiRaja Sulu dari selatan Filipina bagi menuntut wilayah mereka iaitu Sabah yang kononnya masih lagi hak milik Kesultanan Raja Sulu. Penugasan ini merangkumi penyediaan pusat perlindungan awam, perkhidmatan kecemasan ambulan pengagihan bekalan makanan dan air bersih serta khidmat kemanusiaan.


Jemaah Menteri telah bersetuju JPAM diberi peranan baharu sebagai sekretariat jawatankuasa pengurusan bencana di peringkat negeri dan daerah pada 26 Ogos 2015, serta bertanggungjawab meningkatkan kesiapsiagaan dan ketahanan komuniti mahupun masyarakat setempat dalam menghadapi bencana. Manakala, 1 September 2016 menjadi detik bersejarah apabila Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dijenamakan semula sebagai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dengan mengguna pakai akronim APM selaras dengan berkuatkuasanya Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1951 (Akta 221) yang diluluskan pindaannya di Parlimen. Penjenamaan ini melibatkan penstrukturan dan penyusunan semula keseluruhan Angkatan agar lebih dinamik serta merealisasikan pemerkasaan perkhidmatan pertahanan awam di negara ini. Demi menjadikan APM sebagai sebuah organisasi yang dinamik dan kompeten, APM akan terus berdiri teguh sebagai barisan hadapan bagi membantu negara berdepan ancaman bencana konvensional seperti banjir dan bencana alaf baharu seperti pandemik COVID-19 yang meragut nyawa penduduk awam. APM sentiasa komited dan memberi khidmat bakti dalam apa jua cabaran dan rintangan yang mendatang bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda terpelihara. Rajah 1 : Sejarah Pramerdeka


Rajah 2: Sejarah Pascamerdeka


SEJARAH ERA PEMBANGUNAN


PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT UNIFORM


Tidak membahayakan lagi keadaan pesakit Pesakit dipindahkan apabila diperlukan Menggerakkan badan pesakit sebagai satu unit Arahan daripada satu penyelamat sahaja Menggunakan teknik dan cara mengangkat yang betul PRINSIP ASAS PERTUBUHAN


KONSEP LOGO Menonjolkan fungsi Angkatan Pertahanan Awam melalui gabungan perlembagaan Pertahanan awam peringkat kebangsaan dan tempatan. MAKSUD LOGO ANGKATAN PERTAHANAN AWAM o SEGITIGA SAMA DAN WARNA OREN Lambang keselamatan iaitu waspada dan sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Warna dan corak di tengah segitiga adalah gabungan warna dan corak bendera serta perlembagaan negara Malaysia yang sentiasa dipertahankan. o BUNGA PADI Berwarna biru melambangkan kesuburan dan kemakmuran negara ini yang perlu dipertahankan melalui keharmonian dan perpaduan yang kukuh seperti digambarkan oleh ikatan yang kemas pada bunga padi LAMBANG DAN COGAN KATA


o SENTIASA SIAP SEDIA Menonjolkan fungsi Angkatan Pertahanan Awam melalui gabungan perlembagaan Angkatan Pertahanan Awam peringkat kebangsaan dan juga tempatan. o TAPAK LOGO Berwarna oren dengan perkataan Pertahanan Awam Malaysiamelambangkan keteguhan, kesediaan dan sokongan padu organisasi Pertahanan Awam Malaysia untuk mendokong wawasan yang diharapkan. Bendera Pertahanan Awam


MATLAMAT Penubuhan Kor Sispa sebagai landasan untuk melahirkan pegawai muda yang berkepimpinan, berkelayakan dan profesional dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). VISI Menjadi Angkatan Pertahanan Awam yang Kompeten Dalam Kesiapsiagaan Awam, Perlindungan Rakyat dan Pengurusan Bencana. MISI Memperkasa Kesiapsiagaan Awam Untuk Keselamatan Dan Kesejahteraan Negara.


MOTTO “SEDIA PANTAS BERINTEGRITI” OBJEKTIF Mengurangkan risiko akibat bencana dengan cara: 1.Menyediakan latihan menyelamat kepada orang awam. 2.Mewujudkan serta mengendalikan sistem amaran bencana. Menyediakan pusat-pusat perlindungan semasa berlakunya bencana. 3. Memberi respond kepada bencana dengan cara: 1.Menubuhkan pasukan (First Responder). 2.Menyediakan perkhidmatan kecemasan. Memberikan perkhidmatan pemulihan dengan cara: Membantu dalam aktiviti pembersihan kawasan yang di landa bencana. 1. Membantu aktiviti pembangunan semula kawasan yang di landa bencana. 2. Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa bencana. 3.


TERAS STRATEGIK Pemantapan dasar pertahanan awam negara dan perundangan 1. 2.Keutuhan rakyat dan kesejahteraan negara 3.Pemerkasaan angkatan 4.Pemantapan penyampaian perkhidmatan NILAI & TERAS Integriti Komitmen Kualiti Inovasi Dan Kreativiti Profesionalisme Semangat Kekitaan dan Sepunya Keterbukaan Kebolehpercayaan


LAGU ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA SENTIASA BERSEDIA Marilah kita semua.. Berganding bahu mengembleng tenaga.. Berbakti dalam Pertahanan Awam Untuk bangsa kita.. Padukan jiwa dan raga.. Sedia berkorban apa saja.. Memberi dengan ikhlas khidmat mulia Negara tercinta.. Malaysia.. Bumi yang bertuah.. Kami sungguh bangga menjadi warga setia.. Penuh azam.. Dan tekad bersama.. Berkhidmat untuk keselamatan rakyatnya.. Kita sentiasa bersedia Menjujung wawasan semua.. Ke arah hidup aman dan sentosa Malaysia Jaya..


IKRAR ANGKATAN PERTAHANAN AWAM Bahawa Kami / Warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia / Sesungguhnya Berikrar / Akan Sentiasa / Melaksanakan Peranan / Dan Tanggungjawab Kami / Dengan Ikhlas / Cekap / Berkualiti Tinggi / Berintegriti / Tidak Mementingkan Diri Sendiri / Dan Bekerja / Dengan Semangat Berpasukan / Ke arah Mewujudkan / Masyarakat Yang Berpengetahuan / Dan Responsif / Terhadap Bencana / Yang Mengancam Nyawa / Dan Harta Benda.


Fungsi Pertahanan Awam Berikut adalah fungsi pertahanan di dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia : Melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan awam ke arah kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh, kecemasan dan bencana. Melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan khidmat kemanusiaan dari sebarang ancaman musuh, bencana dan kecemasan. Menggubal dan menyusun modul-modul latihan yang terkini dan komprehensif bagi Angkatan Pertahanan Awam. Menubuh dan mentadbir urus Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan dan logistik yang relevan dan terkini. Mengenalpasti dan mengkaji ancaman serta mengawal risiko yang boleh memberi impak terhadap keselamatan rakyat dan negara. Menyediakan perkhidmatan kecemasan dan khidmat bantuan kemanusiaan di seluruh negara. Menilai dan menyebar maklumat, khidmat nasihat serta amaran kepada orang awam berkaitan sebarang ancaman musuh, kecemasan dan bencana. Melaksana dan menambahbaik dasar-dasar pertahanan awam berpandukan punca kuasa yang ditetapkan. Merekuisisi aset dan fasiliti bagi tujuan pertahanan awam.


Peranan Pertahanan Awam Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan Pertahanan Awam – Seksyen 3(2)c Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221). Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin Angkatan dan Perkhidmatan Pertahanan Awam – Seksyen 3(2)a Akta 221. Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut-Seksyen 8(1) Akta 221.


UNDANG-UNDANG PERTUBUHAN


AKTA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA 1951 (AKTA 221) Tambahan 22 seksyen baru dan 1 Jadual daripada 9 seksyen asal. Keseluruhan terdapat 31 seksyen dan 1 Jadual. 1. Akta bagi penubuhan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang terdiri daripada Anggota Tetap, Anggota Sukarela dan Anggota Bantuan. 2. Peruntukan yang menukar gelaran ketua perkhidmatan APM daripada Ketua Pengarah kepada Ketua Pesuruhjaya dan timbalannya sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya. 3. Tafsiran yang jelas mengenai ‘pertahanan awam’ dan peranannya dalam pengurusan bencana dan ancaman peperangan daripada peringkat perancangan sehingga langkah-langkah pasca bencana mencukupi:- 4. i) Pencegahan bahaya atau ancaman ii) Peredaan dan pengurangan risiko dan bahaya iii) Pembangunan kapasiti iv) Persediaan menangani bencana v) Tindak balas kepada kejadian bencana vi) Evakuasi (pengungsian), menyelamat dan bantuan kemanusiaan vii) Pemulihan dan pembangunan semula. 5.Akta pindaan memperjelaskan fungsi dan peranan APM berbanding Akta lama yang bersifat umum.


6. Digariskan 21 fungsi dan peranan APM meliputi fungsi sebelum, semasa dan selepas bencana (Seksyen 4B). Antara fungsi dan peranan APM meliputi:- melaksana kerja-kerja pengurusan bencana melaksana khidmat kemanusiaan melatih dan melengkapkan orang awam dengan aspek pertahanan awam melatih aspek pertahanan awam kepada agensi lain mengambil alih, membeli dan menyewa tanah, harta, sumber dan barang bagi kegunaan pertahanan awam menasihati Menteri perkara berkaitan pertahanan awam mengenalpasti bahaya dan risiko yang boleh mengancam nyawa; melatih orang awam bagi membantu tugas pertahanan awam menasihati dan memaklumkan orang awam berhubung pertahanan awam menyelamat dan memindahkan mangsa ke tempat selamat mendiri dan menyediakan pos bantuan kecemasan dan perubatan membantu pihak berkuasa awam dalam kebajikan dan kemudahan membantu pihak berkuasa awam menyempurnakan mayat mangsa dalam masa bencana membantu pihak berkuasa awam melaksana kerja pembersihan dan pemulihan infrastruktur membantu pihak berkuasa awam melaksana kerja pembaikan kemudahan utiliti awam dan aset kerajaan


mengawal dan mengkoordinasi pengagihan air bersih dan bekalan penting lain menyedia, mengawal dan mengoperasi peralatan khusus amaran awam mengurus pusat perlindungan awam menyedia dan melaksana perkhidmatan ambulans mengambil langkah-langkah yang sah melindungi nyawa dan harta benda semasa kebakaran termasuk menyediakan anggota bomba tambahan 7. Menjelaskan fungsi Menteri, fungsi Ketua Pesuruhjaya dan kuasa-kuasa anggota APM dalam pelaksanaan tugas. 8. Peruntukan Akta yang dikekalkan meliputi:- Yang di-Pertuan Agong melantik Ketua Pesuruhjaya dan pegawaipegawai APM (Seksyen 4) Ketua Pesuruhjaya membuat peraturan bagi Angkatan (Seksyen 5) Anggota Angkatan sebagai pekhidmat awam (Seksyen 6) Yang di-Pertuan Agong membuat pengisytiharan darurat dan memanggil berkhidmat anggota Angkatan (Seksyen 7) Ketua Pesuruhjaya mengarahkan anggota Angkatan untuk melaksanakan kerja-kerja bantuan dan pemulihan (Seksyen 8)


9. Peruntukan seksyen baru yang lain meliputi:- Angkatan berkhidmat di luar negara Penubuhan Kor Kadet Pertahanan Awam bagi sekolah menengah hingga institusi pengajian tinggi Perlindungan daripada tindakan perundangan dan pendakwaan Anggota tidak boleh gagal untuk berkhidmat, berhenti atau bersara ketika pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong Perlindungan daripada pembuangan kerja oleh majikan semasa perkhidmatan dalam masa darurat Menteri mengarah dan menetapkan latihan kepada orang awam Jadual pangkat Angkatan dan kuasa Menteri untuk meminda Jadual Tauliah Kehormat dan Bersekutu Kesalahan penyamaran sebagai anggota Angkatan Senarai pangkat dalam Angkatan.


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAAN


Organisasi Kor Sispa di setiap IPT boleh beroperasi mengikut kapasiti berikut: 2.2.1 Kompeni a. Setiap kompeni Kor Sispa terdiri daripada:- i. 1 Ketua Kompeni (Pegawai Bersekutu) ii. 2 Penolong Ketua Kompeni (Pegawai Bersekutu atau Pegawai Muda) iii. 3 Ketua Platun (Pegawai Muda) iv. 3 Platun (1 Junior, 1 Pertengahan, 1 Senior) v. 9 Ketua Skuad PKS 2.2.2 Platun b. Setiap platun Kor Sispa terdiri daripada 30 - 36 anggota iaitu:- i. 1 Ketua Platun (Pegawai Muda) ii. 30 - 36 anggota PKS 2.2.3 Skuad c. Setiap skuad Kor Sispa terdiri daripada 10 - 12 anggota iaitu:- i. 1 Ketua Skuad PKS ii. 9 - 11 anggota PKS STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT IPG Rajah 2.1 Contoh organisasi Kor Sispa.


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAAN/NEGERI/DAERAH/IPG


STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAAN/NEGERI/DAERAH/IPG


FUNGSI MAJLIS PENTADBIRAN


a) Pengerusi Bertanggungjawab terhadap semua hal berkaitan pengurusan, pembangunan, pentadbiran dan kegiatan persatuan. Bertanggungjawab mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan. Menandatangani minit tiap-tiap mesyuarat semasa disahkan. Bertanggungjawab menyediakan tugas-tugas dan menyelia AJK Persatuan dalam perlaksanaan tugas mereka. Menentukan akaun Persatuan disediakan untuk diaudit, diluluskan dan dikemukakan ke cawangan. Bertanggungjawab dalam memastikan belanjawan dan perancangan belanjawan persatuan tersusun rapi. b) Naib pengerusi Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya. Mengambil alih jawatan Pengerusi apabila Pengerusi meletakkan jawatan sehingga Pengerusi baru dilantik. Bertanggungjawab terhadap kegiatan pentadbiran dan kewangan persatuan. Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia tugas AJK Persatuan. FUNGSI MAJLIS PENTADBIRAN


c) Setiausaha • Bertanggungjawab terhadap setiausaha cawangan dan menjadi Pegawai Penyelaras dan Perhubungan untuk cabang dan unit. • Membantu Jawatankuasa Persatuan dalam memelihara perhubungan dengan Badan-badan kerajaan, swasta dan Pertubuhan lain. • Bertanggungjawab memberi bantuan sekretariat dan susulan untuk Jawatankuasa Persatuan terutama kepada Pengerusi dan Naib Pengerusi. d) Penolong Setiausaha • Membantu Setiausaha menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya. • Berkerjasama dengan Setiausaha. • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke masa. • Bekerjasama dengan Bendahari Kehormat dalam menyediakan PeruntukanTahunan dan Penyata Kewangan. e) Bendahari Bertanggungjawab terhadap Bendahari Cawangan dan akan bertanggungjawab menyimpan rekod akaun, menyediakan Penyata Penerimaan dan Pembayaran, Pendapatan dan Perbelanjaan dan Kunci Kira-kira bulanan dan tahunan. Bertanggungjawab mengenai penerimaan dan pembayaran di persatuan dan unit.


Menandatangani semua cek yang dikeluarkan bersama pegawai yang dilantik oleh Jawatankuasa Persatuan. Bertanggungjawab menyediakan Belanjawan Tahunan untuk dikemukakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan dan memajukan ke persatuan. Menasihati Jawatankuasa Persatuan dalam pengawasan kewangan dan audit. Bertanggungjawab menyimpan dan merekod segala harta persatuan seperti tanah, bangunan, kenderaan, peralatan, perkakasan pejabat dan lain-lain. f) Ahli jawatan kuasa Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan.


PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT BERUNIFORM -PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN-


PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN . Pendaftaran untuk menyertai Kor SISPA adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut: Sihat tubuh badanpengesahan pegawai jika diperlukan Mengajukan permohonan dengan mengisi borang permohonan Tidak menyertai mana-mana pasukan pakaian seragam yang lain Pendaftaran adalah disokong oleh pihak IPGM/IPGK Berdaftar sebagai anggota pasukan Pertahanan Awam Malaysia •Pelajar-pelajar IPGK yang berusia 18 tahun ke atas


Bagi menubuhkan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA), prosedur berikut hendaklah dipatuhi :- 2.1.1 Pusat Kokurikulum atau Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPTA/S membuat permohonan bertulis dengan mengemukakan surat dan borang permohonan (rujuk Lampiran 1) yang telah disokong oleh Naib Canselor IPTA/S kepada Pengarah Pertahanan Awam Negeri (PPAN) dan satu salinan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. 2.1.2 Permohonan daripada IPTA/S akan dinilai, diproses dan disokong oleh PPAN berdasarkan keperluan Kor SISPA IPTA/S, kemampuan kewangan, pejabat pengurusan, logistik, peralatan dan jurulatih sebelum dimajukan kepada Ibu Pejabat Pertahanan Awam (IPPA) untuk kelulusan dan rekod. 2.1.3 Sekiranya permohonan tersebut tidak disokong oleh PPAN, surat maklumbalas permohonan penubuhan Kor SISPA perlu dikembalikan kepada pihak IPTA/S berkenaan. PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN


2.1.4 Permohonan yang berjaya perlu dimaklumkan oleh IPPA secara bertulis berserta sijil penubuhan kepada PPAN yang berkenaan dan satu salinan surat makluman akan dihantar kepada Kementerian Pengajian Tinggi. 2.1.5 PPAN akan memaklumkan kelulusan permohonan kepada pihak IPTA/S untuk melaksanakan latihan dan aktiviti serta membuat pemantauan terhadap Kor SISPA di IPTA/S tersebut. 2.1.6 Pihak universiti mengemukakan penubuhan Kor SISPA untuk kelulusan pihak Senat/Lembaga Pengarah/Pengurusan Eksekutif/Presiden. 2.1.7 Permohonan yang telah diluluskan akan didaftarkan dengan satu nombor pendaftaran bagi IPTA/S berkenaan seperti berikut : X / SISPA / XX / I / 600-XXX(A) X / SISPA / XX / C / 600-XXX(A) X / SISPA / XX / I / 600-XXX(S) X / SISPA / XX / C / 600-XXX(S) Cth: B/SISPA/UiTM/I/600-01(A) B/SISPA/UiTM/C/600-02(A) B/SISPA/UNISEL/I/600-03(S) B/SISPA/UNISEL/C/600-04(S)


X : Kod negeri yang berkenaan, contoh: B untuk Selangor. SISPA : Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam XX : Nama singkatan IPT yang memohon I : IPT Induk C : IPT Cawangan 600 : No.Fail Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA XXX : Nombor mengikut urutan, contoh: 01, 02 dan seterusnya. A : IPT Kategori Awam S : IPT Kategori Swasta 2.1.8 Permohonan penubuhan Kor SISPA bagaimanapun adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut :- 2.1.8.1 Universiti atau Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta (IPTA/S) yang diiktiraf dan berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). 2.1.8.2 Universiti atau Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta yang menawarkan program pengajian dengan pelajar yang mengikuti pengajian sekurang-kurangnya bertaraf Diploma atau tidak kurang dari tiga (3) tahun atau tidak kurang dari 6 semester. 2.1.8.3 Universiti atau Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta yang menawarkan program pengajian pada peringkat diploma atau sarjana muda yang diktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). IPTA/S bersetuju menjadikan program Kor SISPA sebagai kursus kokurikulum wajib dan diberikan sekurang-kurangnya 1 jam kredit setiap satu semester untuk tujuan memenuhi keperluan jam kredit pengajian.


X : Kod negeri yang berkenaan, contoh: B untuk Selangor. SISPA : Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam XX : Nama singkatan IPT yang memohon I : IPT Induk C : IPT Cawangan 600 : No.Fail Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA XXX : Nombor mengikut urutan, contoh: 01, 02 dan seterusnya. A : IPT Kategori Awam S : IPT Kategori Swasta 2.1.8 Permohonan penubuhan Kor SISPA bagaimanapun adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut :- 2.1.8.1 Universiti atau Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta (IPTA/S) yang diiktiraf dan berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). 2.1.8.2 Universiti atau Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta yang menawarkan program pengajian dengan pelajar yang mengikuti pengajian sekurang-kurangnya bertaraf Diploma atau tidak kurang dari tiga (3) tahun atau tidak kurang dari 6 semester. 2.1.8.3 Universiti atau Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta yang menawarkan program pengajian pada peringkat diploma atau sarjana muda yang diktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). IPTA/S bersetuju menjadikan program Kor SISPA sebagai kursus kokurikulum wajib dan diberikan sekurang-kurangnya 1 jam kredit setiap satu semester untuk tujuan memenuhi keperluan jam kredit pengajian 2.1.8.4 Universiti yang bersetuju menubuhkan Kor SISPA hendaklah mematuhi tanggungjawab seperti di perkara 2.4.2. .


JAWATANKUASA Kor SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM Jawatankuasa Kor SISPA hendaklah ditubuhkan di peringkat kebangsaan dan negeri bagi menggerakkan latihan, kegiatan dan pentadbiran Kor SISPA di peringkat kebangsaan dan negeri. Jawatankuasa di peringkat kebangsaan hendaklah dianggotai oleh : a. Pengerusi Bersama Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam b. Timbalan Pengerusi Bersama Pengarah Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar JPT Pengarah Pengurusan Angkatan c. Ahli-ahli Komandan Kor SISPA Universiti Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar JPT Penolong Pengarah Pengurusan Angkatan Pengarah Pertahanan Awam Negeri d. Urusetia Pegawai Pengurusan Angkatan IPPA KUASA PENGAJUR -STRUKTUR UNIT-


Jawatankuasa di peringkat universiti hendaklah dianggotai oleh : a. Pengerusi Komandan Kor SISPA Universiti b. Timbalan Pengerusi Timbalan Komandan Kor SISPA Universiti c. Ahli-ahli Ajutan Kor SISPA Universiti Pegawai Kokurikulum Universiti Pegawai Penyelaras Kor SISPA Universiti d. Urusetia Pegawai-Pegawai Kor SISPA Universiti JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia: i) Pendaftaran Pasukan, Pegawai dan anggota Kor SISPA. ii) Merancang peruntukan belanjawan Kor SISPA. iii) Menyedia dan merancang perolehan peralatan & logistik Kor SISPA. iv) Melantik Pegawai Penyelia Kor SISPA/ Pegawai yang bertanggungjawab di Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia. v) Meneliti cadangan lantikan Pegawai Kor SISPA Universiti dan mengesahkannya. vi) Merancang dan melaksanakan program-program Kor SISPA di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. vii) Mengemaskini, mengesahkan dan menyebarkan dasar-dasar serta arahan tetap mengenai pengendalian, pengurusan dan latihan Kor SISPA


Jabatan Pertahanan Awam Negeri: i) Melantik Pegawai Penyelaras Kor SISPA Universiti sesebuah IPTA/S bagi bekerjasama dengan Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri untuk merancang latihan dan aktiviti Kor SISPA peringkat negeri. ii) Menerima dan mengesahkan penubuhan pasukan Kor SISPA. iii) Menentukan latihan dan aktiviti Kor SISPA berjalan dengan teratur. iv) Mengadakan hubungan rapat dengan IPTA/S berkaitan kegiatan Kor SISPA. v) Menyedia dan memberi bantuan logistik, latihan dan penilaian kenaikan pangkat Pegawai Kadet SISPA. vi) Merekod dan menyimpan maklumat Pegawai Kadet SISPA. KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Kementerian Pengajian Tinggi: i) Menetapkan dasar penubuhan dan perkembangan Kor SISPA dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. ii) Melantik Sekretariat Kor SISPA. iii) Bekerjasama dengan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk merancang dan melaksanakan program Kor SISPA di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.


Institut Pengajian Tinggi Awam/ Swasta: i) Mencadangkan lantikan Pegawai Kor SISPA Universiti. ii) Menyokong permohonan penubuhan pasukan Kor SISPA. iii) Menyelaras aktiviti-aktiviti Kor SISPA peringkat universiti. iv) Menyediakan bajet perolehan peralatan & logistik Kor SISPA. v) Bekerjasama dengan Jabatan Pertahanan Awam Negeri untuk merancang dan melaksanakan program Kor SISPA di peringkat negeri. vi) Menyediakan pejabat/tempat pengurusan Kor SISPA vii) Merekod dan menyimpan maklumat Pegawai Kadet SISPA Naib Canselor: i) Memastikan penubuhan Kor SISPA di IPTA/S adalah sah. ii) Menjadi Pegawai Kehormat kepada Kor SISPA di IPTA/S. iii) Melantik Pegawai Bersekutu Kor SISPA daripada kalangan kakitangan universiti yang berminat, mempunyai ketokohan dan kewibawaan untuk memegang jawatan tersebut. iv) Bekerjasama dengan Pegawai Pertahanan Awam Negeri mengenai kenaikan pangkat Pegawai Penyelaras jika terdapat kekosongan. v) Menyediakan kemudahan-kemudahan yang perlu untuk menjalankan latihan dan aktiviti Kor SISPA. .


Ajutan Kor SISPA Universiti: i) Berhubung dengan Pegawai Pertahanan Awam Negeri/ Daerah berkaitan latihan dan aktiviti Kor SISPA. ii) Menentukan bahawa keanggotaan Kor SISPA dipenuhi setiap masa. iii) Menyediakan kemudahan dan suasana yang selamat bagi Pegawai Kadet SISPA menjalankan aktiviti. iv) Mendorong dan memberi peluang kepada Pegawai Kadet SISPA mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat universiti/ negeri/ kebangsaan/ antarabangsa. v) Menjadi Pegawai Bersekutu Kor SISPA di peringkat IPTA/S. Pegawai Penyelaras Kor SISPA Universiti: i) Bertanggungjawab berkaitan dengan taraf, mutu, kecekapan dan pentadbiran Kor SISPA. ii) Menguruskan pendaftaran keanggotaan Kor SISPA di IPTA/S. iii) Merancang dan menjalankan aktiviti Kor SISPA berdasarkan sukatan pelajaran/ silibus yang ditetapkan. iv) Melaksanakan penilaian kemajuan pangkat Pegawai Kadet SISPA. v) Menyediakan laporan tahunan Kor SISPA. vi) Menguruskan penyertaan Pegawai Kadet SISPA dalam kegiatan di setiap peringkat. vii) Menghadiri perjumpaan/ mesyuarat/ kursus yang berkaitan dengan Kor SISPA. viii) Menguruskan logistik pasukan dan membantu jurulatih. ix) Menganggotai panel tatatertib Pegawai Kadet SISPA. x) Menasihati tugasan Pegawai Bersekutu Pentadbiran & Logistik, Pegawai Bersekutu Latihan dan Pegawai Bersekutu Akademik Kor SISPA Universiti


PENGURUSAN FOLIO/ BUKU LOG/ LAPORAN AKTIVITI


Click to View FlipBook Version