The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FOLIO KOR SISPA APM KADET SEMESTER 5
TANISSHAA
PBKK3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 542-12-tanisshaa, 2024-03-06 03:45:53

BUKU LOG APM

FOLIO KOR SISPA APM KADET SEMESTER 5
TANISSHAA
PBKK3

ARAHAN : PUSING KANAN / KIRI Kaki kanan / kiri dipusingkan 90 darjah dengan kedudukan tumit ditetapkan. Badan dan anggota berpusing ke kanan / kiri. Kedudukan kedua belah tangan dirapatkan ke sisi. Kaki kanan / kiri dibawa ke hadapan dengan lutut dibengkokkan separas peha. Hentak disebelah tumit kaki kanan / kiri ke bumi.


ARAHAN : MENGHADAP KE HADAPAN / KE BELAKANG Kaki kanan / kiri dipusingkan 180 darjah dengan kedudukan tumit ditetapkan. Badan dan anggota berpusing ke hadapan / belakang. Kedudukan kedua belah tangan dirapatkan ke sisi. Kaki kanan / kiri dibawa ke hadapan dengan lutut dibengkokkan separas peha. Hentak disebelah tumit kaki kanan / kiri ke bumi. KAWAD DINAMIK Cepat jalan Berhenti dari cepat jalan Kiri belok / kanan belok Tukar langkah semasa cepat jalan Perlahan jalan Tukar langkah semasa perlahan jalan Berhenti semasa perlahan jalan Kehadapan hormat Ke kanan hormat Selaku terima sijil / hadiah


ARAHAN : CEPAT JALAN (I) Dengan hukuman 'Cepat jalan' , skuad hendaklah sentiasa melangkahkan kaki kiri dan menghayunkan tangan kanan ke hadapan. Dengan pantas, kaki kiri dilangkah ke hadapan sejauh 30 inci dengan keadaan tumit terpacal. Tapak kaki kanan sama rata dengan bumi. ARAHAN : CEPAT JALAN (II) Pada masa yang sama, tangan kanan dilenggangkan ke hadapan separas bahu dan tangan kiri dilenggangkan ke belakang seberapa yang boleh. Muka terus pandang ke hadapan. Diikuti langkah seterusnya.


ARAHAN : BERHENTI CEPAT JALAN (III) Kaki kiri dibawa ke hadapan dengan lutut dibengkokkan separas peha. Hentak di sebelah tumit kaki kanan dan angkat kaki kanan ke hadapan dengan lutut dibengkokkan separas peha. Hentak di sebelah tumit kaki kiri dengan kedudukan sedia Kedua tangan dibawa dengan pantas kepada keadaan sedia. ARAHAN : MEMBELOK Barisan dalam hendaklah membelok di keliling bulatan, iaitu garisan pusat bulatan empat kaki dan hendaklah menukar haluan mulai 90 darjah. Barisan luar mengikut langkah dengan memankangkan langkah. Barisan dalam hendaklah menjeling dengan hujung matanya ke arah luar dan seterusnya memendekkan langkah. Barisan di belakang hendaklah berjalan lurus ke hadapan dan mengikut jejak yang dilalui oleh barisan hadapan.


ARAHAN : PERLAHAN JALAN Tolek kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci, hujung kaki dikeluarkan sedikit menghala ke tanah, bahagian atas badan tegak, tangan lurus ke tepi, berat badan di atas kaki kanan. Penuhkan langkah 30 inci dengan menolak kaki kiri ke hadapan 15 inci lagi. Hujung kaki jejak ke tanah tetapi bukan tumit atau bahagian luar kaki. Bawa berat badan pada kaki kiri, kaki kanan ke belakang dan bengkok sedikit supaya dapat mengangkat tumir kaki dari bumi. Ulang dengan kaki kanan. ARAHAN : BERHENTI SEMASA PERLAHAN JALAN Kaki kanan dilangkahkan ke hadapan sejauh 30 inci dan berhenti. Tapak kaki kanan rata di atas bumi. Tumit kaki kiri terangkat sedikit dengan kedua lutut tegang. Berat badan di atas kaki kanan dan muka terus pandang ke hadapan. Dengan pantas, bawa kiri ke hadapan, lutut bengkok, peha paras, hentak ke bumi dan angkat kaki kanan, bengkok lutut, peha paras dan hentak di sebelah tumit kaki kiri.


ARAHAN : KE HADAPAN HORMAT Kaki dihentak kiri dan kanan. Tangan kanan dibawa ke hadapan, siku dibengkokkan, lengan diangkat paras bahu, hujung jari dibawa sehingga mencecah hujung kening sebelah kanan. Jari-jari tangan kanan dilurus dan dirapatkan. Tangan dipotong dan dibawa ke sisi seperti dalam kedudukan sedia. Ulang sekali lagi. ARAHAN : SELAKU TERIMA SIJIL/ HADIAH Hormat ke hadapan dan melangkah selangkah ke hadapan. Hulur kedua-dua belah tangan ke hadapan dengan lurud dan tarik kedua-dua belah tangan seperti kedudukan sedia (2x). Melangkah selangkah ke belakang dan hormat. Pusing ke belakang dan terus berjalan.


KAWAD ASAS Gabungan kawad statik dan kawad dinamik KAWAD FORMASI Kawad formasi dipelajari untuk menghasilkan kepelbagaian gerak kawad yang unik. Kawad Formasi melibatkan pergerakan kawad asas dan juga pergerakan bukan kawad asas yang diselitkan dengan pekbagai unsur gerak yang menarik. Kawas formasi mempunyai beberapa unsur yang menjadi intipati kepada keunikan kawad formasi. UNSUR GERAK Keindahan gerak Gerakan dalam unsur kawad Gerakan bukan dalam unsur kawad Gerakan konsisten (berturutan) Kepelbagaian gerak kawad Keseimbangan dalam penggunaan ruang Kesatuan gerak Kekayaan gerak formasi Pecahan dan cantuman formasi.


UNSUR PENGHAYATAN Keunikan Keserasian Kemantapan hentakan UNSUR SUARA Padu Tepat dengan gerakan Kesesuaian slogan GERAKAN PENUTUP ·Diakhiri dengan gerak kawad KAWALAN KEHORMATAN Kawalan Kehormatan dikelolakan oleh unit-unit yang tertentu dengan arahan pihak atasan sekiranya unit itu dikehendaki untuk menjalankannya. Bertujuan untuk memberi hormat keistimewaan kepada tetamu kehormat. Terdapat 3 jenis kawalan kehormatan :-


BALUTAN


TUJUAN DAN FUNGSI BALUTAN: Melindungi luka daripada dijangkiti kuman Memberi keselesaan dan menutup luka serta menahan pendarahan Mengurangkan kesakitan JENIS-JENIS PEMBALUT DAN DRESSING Pembalut berubat (Dressing) - Fabrik dan waterptoof plaster & sterile cup pads Pembalut gauze Pembalut tiga segi KEGUNAAN KAIN PEMBLUT TIGA SEGI (TRIANGLE BANDAGES) Untuk menahan darah Menutup dan membalut luka Sebagai anduh Sebagai pelapik cincin (ring pad)


1) LUKA TERBUKA - luka teruk yang melibatkan organ-organ lain, menyebabkan tumpahan darah yang banyak, renjatan dan juga jangkitan kuman. Luka terhiris (incision) - disebabkan alat tajam seperti pisau atau kaca. - Luka senang dirawat dan bercantum semula. - Mungkin berlaku pendarahan yg banyak disebabkan terpotong salur darah. Luka tikaman (punctured) -Disebabkan tercucuk paku, jarum atau serpihan kayu. Mempunyai liang yang kecil tetapi dalam. Luka dalam menyebabkan kekotoran atau kuman mudah meresap dan risiko jangkitan tinggi. Luka terkoyak (laceration) -Disebabkan terkena dawai kawat atau alat jentera. Mengakibatkan kerosakan tisu yang teruk Luka terkopak (avulsion) - tercabut atau terkopak dari kulit luar daripada struktur Luka terputus (amputation) Luka hancur (crush injury) Luka tembakan (shot wound) - Disebabkan terkena peluru tembakan. Mengakibatkan kecederaan dalaman yang teruk. Luka kecil dibahagian tembusan tetapi luas diruang keluar


2) LUKA TERTUTUP - kebiasaannya kulit tidak pecah, tumpahan darah terjadi dalam tisu dan bahagian yang tercedera menjadi lebam Lebam (contusion) – Akibat daripada terkena pukulan yang kuat seperti ketukan tukul besi. Darah yang keluar bewarna kemerahan berkumpul dibawah lapisan kulit Haematoma - Pembekuan darah kebiru-hitaman. Berlaku didalam organ atau tisu disebabkan kecederaan atau pembedahan Calar balar (abrasion) - Kulit yang tersiat yang menampakkan lapisan tisu luar yang tipis 3) PATAH TULANG - sebarang kepatahan atau keretakan pada tulang disebabkan oleh kekuatan hentakan tepat (direct force) atau kekuatan hentakan sipi (indirect force) Patah tebu (green stick fracture) – Kepatahan separa di mana tulang patah dan membengkok. Darah tidak mengalir keluar - selalu terjadi kepada kanak-kanak Patah remuk (comminuted) -Kepatahan tulang yang menjadi serpihann kecil akibat dari impak yang sangat kuat Patah melintang (tranverse) -Kepatahan yang mendatar atau merentas disebabkan oleh aktiviti yang sangat lasak Patah terpusing (spiral) -Kepatahan yang disebabkan dari daya putaran yang kuat dan menghasilkan kepatahan seperti “spring”


Patah menyerong (oblique) -Kepatahan yang bersudut tajam yang disebabkan dari hentakan kuat secara tiba-tiba. Patah lesung (impacted) -Patah yang tulangnya cucukmencucuk antara satu sama lain. Kepatahan yang terjadi akibat terjatuh dari tempat yang tinggi dan terpecah dari pelbagai sudut. 4) PENDARAHAN Pendarahan dalaman (internal): boleh dikenalpasti melalui tanda-tanda seperti bengkak pada kulit, kulit pucat dan berpeluh sejuk, kebiruan (cynose) pada bibir dan kuku, denyutan nadi cepat tetapi lemah, darah keluar dari ringga yang terbuka dan terdapat tanda-tanda renjatan. Pendarahan luaran (external): Pendarahan yang boleh dilihat dengan mudah dan berlaku pada/melalui lapisan kulit. Terdapat tiga jenis pendarahan luaran iaitu: i) pendarahan arteri - darah yang keluar berwarna merah cerah atau terang kerana mengandungi oksigen dan keluar memancut mengikut denyutan jantung ii) pendarahan kapilari: darah keluar secara meleleh iii) pendarahan vena: darah berwarna merah tua kerana kurang mengandungi oksigen dan mengalir keluar secara perlahan-lahan


BALUTAN TANGAN BALUTAN SIKU BALUTAN KAKI BALUTAN LUTUT


PERTOLONGAN CEMAS


DEFINISI: Bantuan awal atau rawatan awal yang diberikan kepada seseorang mangsa di tempat kejadian sebelum ketibaan pakar medik atau ambulans. OBJEKTIF Untuk menyelamatkan nyawa Untuk mengelakkan kecederaan bertambah serius Memberi kelegaan dan keselesaan PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS: Menyelamat nyawa Memberi pertolongan semasa mangsa tercedera atau memerlukan rawatan perubatan Melindungi dan mengurangkan kecemasan mangsa apabila terdapat sesuatu bencana berlaku Menyediakan ubatan dan alat-alat untuk melindungi orang-orang yang cedera Mengehadkan kesan-kesan kecederaan Menggalakkan pemulihan Perhubungan atau tindakan apabila berlaku sesuatu kecemasan TANGGUNGJAWAB AHLI PERTOLONGAN CEMAS: Sentiasa tenang dan mengenal punca kesakitan Memberi rawatan yang sesuai kepada yang tercedera Panggil doktor dan menghantar ke hospital Memberikan maklumat yang jelas kepada doktor


PERLINDUNGAN DIRI (BSI): Sarung tangan Topeng muka Apron Pelindung mata PERALATAN ASAS PETI PERTOLONGAN CEMAS: Peti kecemasan Buku panduan Pembalut Elastik Sarung tangan Plaster cecair Antiseptik Gunting Eye pad Plastik Minyak urut PENILAIAN ASAS: Periksa tahap kesedaran Periksa saluran udara Periksa pernafasan Periksa peredaran darah Periksa pendarahan DRABC


MEMERIKSA MANGSA: Kepala: Periksa kesan-kesan kecederaan yang terdapat pada muka dan keseluruhan bahagian kepala mangsa untuk melihat pendarahan, terbakar, bengkak dan sebagainya Leher: Periksa belakang tengkuk dan nadi Belakang: Periksa ruas-ruas tulang belakang Badan: Periksa keseimbangan tulang rusuk, turun naik dada, patah dan sebagainya Tangan: Periksa nadi, luka, terkehel dan sebagainya Kaki: Periksa tempurung lutut, patah dan sebagainya CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) satu kaedah rawatan pemulihan sistem jantung (cardio) dan paruparu / penafasan (pulmonary) dengan cara memastikan bekalan darah dan oksigen dapat diteruskan ke seluruh tubuh seseorang yang mengalami serangan jantung di mana ianya telah berhenti berdenyut dan berfungsi secara normal boleh menyelamatkan nyawa dengan membantu penerusan bekalan oksigen ke otak, sehinggalah pesakit diberikan rawatan yang lebih spesifik ataupun sehingga pesakit sudah tidak dapat diselamatkan lagi terdapat perbezaan antara CPR untuk orang dewasa dan kanakkanak


Garis panduan CPR untuk orang dewasa (DRS ABCD):


Garis panduan CPR untuk kanak-kanak: 1) Airway (saluran pernafasan) Penilaian : Tentukan tiada respons dengan menggerakkan bahu perlahan-lahan Baringkan bayi di atas permukaan yang keras. Ampu kepala dan tengkuknya jika ia perlu dipusingkan Buka saluran pernafasan, gunakan teknik dongak-kepala-angkatdagu (head-tilt-chin-lift). Berhati-hati supaya tidak mendongakkan kepala terlalu jauh ke belakang 2) Breathing (pernafasan) Penilaian : Tentukan tiada pernafasan. sambil memastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka, letakkan telinga anda dekat dengan mulut bayi dan perhatikan pergerakkan dada, dengar dan rasa pernafasan bayi pada telinga anda. Jika mangsa tersebut masih bernafas dan tiada terdapat tandatanda trauma, baringkan mangsa dalam posisi pemulihan. Jika mangsa tidak bernafas, berikan dua pernafasan bantuan perlahan-lahan. Mulut anda menutup mulut dan hidung bayi sekali, sambil memastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka. Perhatikan pergerakkan dada dengan setiap pernafasan. Pernafasan perlu diberi untuk 1 - 1 1/2 saat.


3) Circulation (edaran darah) Penilaian : tentukan ketiadaan nadi. Rasa nadi brakial di sebelah dalam lengan dengan 2 jari sambil mendongakkan kepala dengan tangan yang satu lagi. Mulakan tekanan dada. Bayang satu garis yang dibuat antara kedua dada bayi. Letakkan jari hantu dan jari manis disebelah jari telunjuk. Angkat jari telunjuk Gunakan jari hantu dan jari manis untuk menekan sternum pada tempat tadi. Disebabkan adanya variasi dalam saiz tangan penyelamat dan dada bayi, kaedah di atas hanyalah sebagai panduan. Pastikan jari-jari anda tidak menekan hujung sternun (cuaran xifoid). Tekan sternum sedalam 1/2 hingga 1 inci, sekurang-kurangnya 100 kali seminit, Sambil memberi satu pernafasan bagi setiap 5 tekanan. Lakukan 20 kitaran tekanan dan pernafasan bantuan. Minta bantuan sistem rawatan kecemasan dengan membuat panggilan 999 /991( telefon cepat !) Periksa nadi brakial. Jika tiada nadi, teruskan tekanan dan pernafasan bantuan. Periksa nadi setiap beberapa mini Jika nadi pulih, periksa pernafasan spontan. Jika tiada, berikan 1 pernafasan bantuan setiap 3 saat (20 pernafasan bantuan seminit) dan awasi nadi. Jika bernafas, pastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka dan awasi pernafasan dan nadi. ·


TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL JIKA MANGSA: ·1) Tidak sedarkan diri, tiada denyutan nadi dan tidak bernafas: ·dail 999 untuk ambulans ·mulakan CPR ·2) Tidak sedarkan diri, ada denyutan nadi tetapi tidak bernafas: ·Beri dua hembusan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas sendiri ·Periksa nadi karotid ·Dail 999 untuk ambulans ·Mulakan CPR ·3) Tidak sedarkan diri, ada denyutan nadi dan bernafas ·Rawat mana-mana kecederaan yang boleh membahayakan nyawa ·Letakkan pesakit dalam keadaan baringan pemulihan ·Dapatkan bantuan 4) Sedar, ada denyutan nadi dan bernafas ·Rawat dengan baik ·Dapatkan bantuan jika perlu


TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version