The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FOLIO KOR SISPA APM KADET SEMESTER 5
TANISSHAA
PBKK3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 542-12-tanisshaa, 2024-03-06 03:45:53

BUKU LOG APM

FOLIO KOR SISPA APM KADET SEMESTER 5
TANISSHAA
PBKK3

PENGURUSAN FOLIO/ BUKU LOG/ LAPORAN AKTIVITI CARA MENULIS CATATAN AKTIVITI TARIKH / HARI: MASA: TEMPAT: KUMPULAN: TATACARA PERJUMPAAN a) Kehadiran • Mencatat dan mengambil kehadiran ahli Kor SISPA b) Pesanan daripada ajutan tentang aktiviti minggu seterusnya c) Tatacara Penutup • Menyanyikan lagu tema APM • Bergambar


PENGURUSAN FOLIO/ BUKU LOG/ LAPORAN AKTIVITI


PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN


PENGURUSAN FOLIO/ BUKU LOG/ LAPORAN AKTIVITI Ajutan Bekerjasama dengan Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT dalam segala aspek pentadbiran dan membantu dalam aspek latihan Mentadbir dan memantau segala urusan pentadbiran Pegawai Penyelaras dan PKS Memantau dan meyebarluaskan dasar-dasar yang dikeluarkan oleh APM dan arahan komandan Menentukan dasar tatatertib dikemaskinikan dan dipatuhi oleh PKS Bertindak sebagai setiausaha semasa mesyuarat yang dipengerusikan oleh Komandan Bertanggungjawab atas kebajikan PKS di IPT Memberikan nasihat kepada Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT tentang dasar-dasar yang dikuatkuasakan oleh IPT dari semasa ke semasa Menentukan semua Perintah Tetap dikemas kini dan mendapat persetujuan daripada Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan APM Negeri dan dipatuhi oleh Pengawai Bersekutu PKS Menjaga hubungan dengan lain-lain badan beruniform atau agensi luar untuk mendapatkan bantuan latihan dan pentadbiran Pegawai Pentadbiran Mengurus semua aspek rekod yang melibatkan sumber pejabat dan personel Berhubung dengan pihak IPT dalam semua aspek pengurusan pentadbiran Menyediakan anggaran belanjawan tahunan keseluruhan Kor Sispa Bertanggungjawab kepada Komandan dalam hal-hal pentadbiran


Pegawai Logistik Berhubung dengan pihak IPT dalam semua aspek pengurusan logistik Menguruskan prosedur pembekalan dan peralatan termasuk pakaian seragam kepada PKS Bertanggungjawab kepada Komandan / Ajutan dalam hal-hal logistik Pegawai Latihan Merancang dan menyediakan jadual latihan Memantau pelaksanaan latihan dan aktiviti PKS berjalan mengikut jadual Bertanggungjawab kepada Komandan / Ajutan dalam hal-hal latihan dan aktiviti Mengatur segala latihan dan aktiviti serta menyediakan perintah gerakan


PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN Pengerusi i. Seorang dilantik dalam kalangan Komandan / Timbalan Komandan Kor Sispa IPT ii. Lantikan secara undian dalam kalangan Komandan Kor Sispa IPT iii. Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal) Timbalan Pengerusi I i. Seorang dilantik dalam kalangan Komandan / Timbalan Komandan Kor Sispa IPT ii. Lantikan secara undian dalam kalangan Komandan Kor Sispa IPT iii. Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal) Timbalan Pengerusi II i. Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan Pertahanan Awam IPPA Ahli-ahli i. Komandan / Timbalan Komandan ii. Pengarah-pengarah APM Negeri iii. Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan iv. Komandan-komandan Institut Latihan Pertahanan Awam (ILPA) v. Pengerusi / Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ajutan vi. Pegawai Bahagian Mahasiswa Holistik Urus Setia i. Bahagian Pengurusan Angkatan, IPPA ii. Bahagian Mahasiswa Holistik, JPT


PAKAIAN SERAGAM ANGKATAN PERTAHANAN AWAM


Keterangan Baju - Putih, Seluar - Royal Blue berjalur oren & Songkok Hitam Pemakaian : • Dipakai oleh pegawai sahaja • Dipakai untuk upacara rasmi • Contoh : menerima darjah kebesaran / pentauliahan pangkat / jamuan diraja PAKAIAN NO 1


Keterangan Baju - Bush Jacket Biru (Royal Blue), Seluar - Royal Blue & beret oren / peak cap Pemakaian : Dipakai oleh pegawai sahaja Dipakai untuk majlis rasmi Contoh : mesyuarat / seminar / menyambut lawatan orang kenamaan PAKAIAN NO 2


Keterangan Baju - Light Blue, Seluar - Royal Blue & beret oren Pemakaian : Dipakai oleh semua pegawai dan anggota pasukan Boleh dipakai untuk semua urusan am Contoh : mesyuarat / seminar / kerja-kerja pejabat PAKAIAN NO 3


Keterangan Baju & Seluar - Royal Blue & beret oren Pemakaian : Dipakai oleh semua pegawai dan anggota pasukan Boleh dipakai untuk semua urusan am, tugasan & operasi Contoh : operasi menyelamat / latihan PAKAIAN NO 3


Keterangan Baju & Seluar - Royal Blue (Digital) & beret oren Pemakaian : Dipakai oleh semua pegawai dan anggota pasukan Boleh dipakai untuk semua urusan am, tugasan & operasi Contoh : operasi menyelamat / latihan PAKAIAN NO 4 (BAJU DIGITAL)


TAKWIM AKTIVITI UNIT BERUNIFORM


PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN


KONSEP PERKHEMAHAN Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Dahulu, berkhemah merupakan satu keperluan untuk hidup. Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau berkumpulan. Berkhemah bermakna dapat menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Kini perkhemahan menjadi satu aktiviti kegiatan luar kokurikulum di institusiinstitusi pengajian. Perkhemahan sering dikaitkan dengan unit-unit beruniform. Unit beruniform yang sering dikaitkan dengan aktiviti perkhemahan ialah pengakap. Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji kemampuan mental dan fizikal untuk menggunakan sumbersumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad. Aktiviti berkhemah akan menguji setakat mana kesanggupan kita menghadapi kekurangan dan ketidakselesaan.


TUJUAN PERKHEMAHAN Terdapat banyak latihan dan pengalaman diperoleh semasa menghadiri sesuatu perkhemahan. Pengalaman ini tidak mungkin didapati di bilik darjah atau ketika dirumah. Pengalaman ini sangat berguna dan penting kepada belia yang sedangmembesar untuk terus hidup dalam masyarakat yang lebih kompleks dan mencabar banyak kaedah diperoleh oleh remaja semasa menghadiri sesuatu perkhemahan. Antaranya ialah: a)Berkhemah sebagai cara pendidikan Merupakan salah satu kaedah penyaluran pendidikan yang terarah yang disampaikan secara langsung atau tidak langsung dalam unit APM atau unit uniform yang lain. Sebagai contohnya, semasa menuju ke tempat perkhemahan, pesertaterpaksa berjalan kaki, berbasikal dan sebagainya. Kerap kali merekaterpaksa merentas bukit bukau dan sungai. Keadaan ini dapat melatih peserta supaya percaya kepada diri sendiridan berani menghadapi cabaran dan rintangan. latihan-latihan ini dapat melatih mereka supaya kuat juga sihat fizikal, jasmani dan mental.


TUJUAN PERKHEMAHAN b)Perkhemahan untuk orientasi soisal. Perkhemahan, setiap peserta terpaksa menyelesaikan sendiri semua masalah yang berbangkit dengan bantuan kawan-kawannya. Sehubungan dengan itu,setiap peserta seharusnya bekerjasama, bantu-membantu diantara satu sama lain, dalam semua kerja dan aktiviti mengikut sistem parol. Semangat bekerjasama ini sangat penting dan perlu dipupuk serta ditanam bagi membentuk satu masyarakat yang kukuh dan penuh berdisiplin. c)Berkhemah untuk rekreasi Peserta yang menyertai sesuatu perkhemahan akan merasa seronok. Mereka dapat mengalih suasana dari bilik darjah dan rumah kepada suasana yang lebih luas dan terbuka lapang dan bebas daripada segala halangan dan masalah proses pembelajaran secara formal. Mereka dapat menenangkan fikiran untuk mengingati dan menghafal bukubuku pelajaran. Jiwa pelajar akan menjadi tenteram dan terhibur apabila menghadiri sesuatu perkhemahan.


PENGLIBATAN PERKEHMAHAN Jawatankuasa Induk terdiri daripada Penaung : Penaja / PPD / JPN Penasihat : Pengetua Pengerusi : GPK 1 Naib Pengerusi : GPK HEM Setiausaha : Penyelaras Ko-Kurikulum Pen. Setiausaha : Penyelaras Pasukan Pakaian Seragam Bendahari : Guru Pembimbing / Penasihat Ahli Jawatankuasa : Guru-guru Penasihat / Pembimbing atau wakil agensi yang dilantik oleh Pengetua


PENGLIBATAN PERKEHMAHAN Jawatankuasa kerja terdiri daripada Pengerusi : GPK 1 Naib Pengerusi : GPK KOKURIKULUM Setiausaha : Penyelaras Ko-Kurikulum Komandan : Ketua Penyelaras PPS / dilantik Pen. Komandan Kem : Pen. Penyelaras PPS / dilantik Urusetia : dilantik Makanan : dilantik Penginapan : dilantik Logistik : dilantik Kebajikan/keselamatan : dilantik Pengangkutan : dilantik J/K Pembukaan Penutup : dilantik Jawatankuasa aktiviti : dilantik


PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN 2) Dome Tent Berbentuk gelembung dan menggunakan bahan yang sesuai serta fleksibel. Ianya ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya. JENIS KHEMAH 1) Ridge Tent / Bentuk ‘A’ Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. Ia diperbuat dari bahan nilon (nylon) yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat.


3) Frame Tent Khemah jenis besar ini biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga. Angka khemah akan dipasang terlebih dahulu kemudian barulah dipasang kanvas 4) Bell Tent Mempunyai satu sahaja tiang tinggi di puncak khemah. Khemah jenis ini juga sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis ‘dome’


SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS PENGURUSAN PERKHEMAHAN SEBELUM PERKHEMAHAN Mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan seperti tuan tanah, pihak sekolah, dan sebagainya. Sekurang-kurangnya seorang pemimpin atau orang dewasa turut serta dalam sesuatu perkhemahan Memaklumkan kepada pesuruhjaya daerah mengenai perkhemahan dengan cara mengisi borang permohonan kebenaran berkhemah. Menghantar surat makluman kepadapihak polis mengenai perkhemahan tersebut. Memastikan kawasan perkhemahan tersebut selamat daripada binatang buas, jenayah, keadaan fizikal muka bumi, dan sebagainya. Memastikan segala alatan perkhemahan mengcukupi seperti pisau, parang, cangkul, bekalan makanan, dan lain-lain. Memastikan setiap peserta perkhemahan mematuhi peraturan perkhemahan


SEMASA PERKHEMAHAN Elak mendirikan khemah di bawah pokok yang tua kerana besar kemungkinan dahannya akan patah dan menimpa khemah. Khemah hendaklah didirikan di kawasan tanah rata, kawasan yang tinggi, bersih, dan tidak batu-batan, lubang-lubang, tunggul kayu dan sebagainya. Periksa terlebih dahulu kawasan yang dipilih supaya tidak terdapat sarang semut atau lain-lain serangga yang merbahaya. Jangan dirikan khemah di tempat yang berhampiran dengan pokok renek atau rumput panjang kerana besar kemungkinan terdapat binatang berbisa seperti ular. Jika dua buah khemah atau lebih didirikan berjajar, jarak di antara khemah, seelok-eloknya seluas dua orang berjalan berasingan. Tentukan arah cahaya matahari. Jika mendirikan yang tiada mempunyai pintu, elakkan cahaya matahari menyinari terus ke dalam khemah, pasanglah khemah melawan arah cahaya matahari. Tentukan arah tiupan angin. Apabila berkhemah di musim kemarau, tentukan angin dapat bertiup masuk ke dalam khemah. Ini kerana pada siang hari keadaan di dalam khemah sangat panas.


Tentukan permukaan tanah yang hampir rata. Permukaan tanah yang tinggi rendah boleh menyebabkan kestabilan edaran darah tidak teratur. Apabila mendirikan di kawasan ini, aras kepala lebih tinggi daripada kaki semasa tidur supaya dapat menstabilkan peredaran darah. Pilihlah kawasan teduh dan selesa, terutama semasa berehat di siang hari. Ini kerana keselesaan amat diperlukan sama ada waktu malam, pagi, atau petang. SELEPAS PERKHEMAHAN Menurunkan dan melipat khemah dan membersihkan tapak perkhemahan seperti keadaan sebelum datang berkhemah. Menimbus semua lubang yang digali, mematikan api supaya tidak meninggalkan kesan berkhemah. Tidak meninggalkan sampah di kawasan tapak perkhemahan.


ASPEK KESELAMATAN Khemah anda tidak didirikan di bawah pokok yang tua dan mudah sekah. Besar kemungkinan dahannya boleh patah dan menimpa khemah anda. Khemah hendaklah didirikan di kawasan tanah yang rata atau agak rata terutama apabila berkhemah di kawasan pergunungan. Ini sangat penting bagi mengekalkan kestabilan edaran darah ke seluruh tubuh badan anda. Jangan tidur kaki lebih tinggi daripada aras kepala kerana peredaran darah akan menjadi kurang stabil. Kawasan yang didirikan khemah seharusnya lebih tinggi sedikit dan bersih daripada batu, lubang, tunggul kayu, sarang semut dan sebagainya. Jangan dirikan khemah di kawasan berhampiran dengan rumput dan lalang yang panjang serta pokok renek. Tempat ini berkemungkinan terdapat binatang berbisa seperti kala jengking, ular, semut dan sebagainya. Anda seharusnya meneliti cuaca, arah matahari dan tiupan angin. Apabila mendirikan khemah tiada berpintu, anda seharusnya mengelakkan cahaya matahari terus memancar ke dalam khemah. Apabila berkhemah pada musim hujan, anda perlu mendirikan khemah berlawanan dengan arah tiupan angin. Ini bertujuan mengelakkan angin yang bertiup membawa air hujan ke dalam khemah. Sebaliknya apabila berkhemah pada musim kemarau, khemah seharusnya didirikan menghadap tiupan angin. Keadaan ini bertujuan agar udara yang nyaman akan bertiup ke dalam khemah.


MELAWAN KEBAKARAN


ASPEK KESELAMATAN 1) Kebakaran merupakan satu tragedi yang boleh dielakkan sekiranya individu mengambil langkah awal untuk mengatasinya 2) Kebakaran menyebabkan kerugian: Harta Benda Nyawa 3) Punca kebakaran: Faktor kemanusiaan: Merokok / Kanak-kanak/ Khianat Kemalangan / tidak sengaja: Kerosakan elektrik / alatan terlalu panas/ kemalangan Berlaku dengan sendiri: Geseran/ cuaca terlalu panas/ petir


FAKTOR KEBAKARAN MUDAH MEREBAK Permukaan bahan: lebih luas permukaan, lebih mudah api merebak Kadar pengeluaran dan pemindahan haba: haba menaikkan suhu bahan api dan menyemarakkan api Arah tiupan angin: Leboh banyak oksigen membantu kebakaran semasa angin bertiup suhu atmosfera dan kelembapan udara: Semakin tinggi suhu, semakin mudah api merebak Terdapat 3 unsur menyebabkan berlakunya kebakaran :- Bahan. Oksigen. Haba Tindakbalas daripada tiga unsur ini (Segitiga Kebakaran) mengakibatkan kebakaran Kebakaran terjadi disebabkan oleh banyak perkara seperti kelalaian, kurangnya pengetahuan, peristiwa alam, disengaja dan lain-lain. Tiga unsur penting iaitu oksigen, bahan api dan haba diperlukan bagi mencetuskan kebakaran. Kebakaran tidak dapat berlaku jika tiada salah satu daripada unsur-unsur tersebut.


CARA MEMADAM KEBAKARAN CARA P.A.S.S PULL Langkah 1: Pull the pin (Tarik picu). Kebanyakan alat pemadam api di Malaysia mempunyai picu yang dilengkapi dengan tali keselamatan. Tali keselamatan kami berwarna kuning yang juga berfungsi sebagai pencegah tumpahan bahan pemadam. Pusing pin untuk memutuskan tali keselamatan dan cabut kunci picu. Dengan memusing dan menarik keluar picu tersebut, anda telah membolehkan alat pemadam api untuk digunakan. AIM Langkah 2: Aim at the base of the fire (Halakan penyembur ke pangkal api). Selepas menarik keluar picu, halakan penyembur ke pangkal api dari jarak 1.5 meter. Pastikan penyembur di halakan ke pangkal api kerana di situlah sumber pembakaran yang sedang aktif.


SQUEEZE Langkah 3: Squeeze the lever (Tekan pemicit). Tekan pemicit dengan kadar segera tapi berpada-pada supaya bahan pemadam api tidak habis sepenuhnya. SWEEP Langkah 4: Sweep from side to side (Layangkan ke kiri dan ke kanan). Semasa menekan pemicit dengan masih lagi menghalakan penyembur ke pangkal api, layang alat pemadam api ke kiri dan kanan untuk meratakan bahan pemadam api dengan secukupnya. Ambil perhatian akan arah angin (jika berada di luar) supaya api tidak menghala ke arah anda dan ubah kedudukan jika perlu.


1.MELAPARKAN: Boleh dilakukan melalui tiga cara: Memindahkan bahan api/bahan mudah terbakar ke tempat lain. Memindahkan bahan api yang terbakar itu daripada bahan yang belum terbakar. Menghancurkan atau memecahkan bahan api yang terbakar itu kepada bahan api yang lebih kecil supaya mudah dipadamkan 2.MELEMASKAN: Bekalan oksIgen/ udara akan dikurangkan melalui: Meniup kebakaran kecil menggunakan guni basah Menggunakan alat pemadam api jenis buih keatas kebakaran minyak Menyembur debu kering pada kebakaran selain itu unsur haba karbonat menyerap kebakaran Meletupkan kebakaran tangki minyak 3.MENYEJUKKAN: Memindahkan/menyerap keluar haba yang dihasilkan daripada kebakaran Suhu kebakaran akan berkurang dan wap/gas mudah terbakar akan berkurangan


KELAS PEMADAM API


IKATAN DAN SIMPULAN


IKATAN DAN SIMPULAN SIMPULAN BUKU SILA (REEF KNOT) Fungsi : Menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz Menyambung tali khemah, bungkusan hadiah atau ikatan anduh Teknik : SIMPUL MATI (THUMB KNOT) Fungsi : • Mematikan hujung tali supaya nampak kemas dan tidak terbuang Teknik :


SIMPUL MANUK (CLOVE HITCH) Fungsi : Mengikat tali pada tiang atau balak Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat Digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting Teknik : IKATAN BALAK (TIMBER HITCH) Fungsi : •Mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah agar kayu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan Untuk menaik dan menurunkan kayu, papan atau peralatan dari tempat tinggi dengan selamat Teknik :


IKATAN ANGKA 8 (FIGURE OF 8) Fungsi : Sebagai ikatan sementara di hujung tali agar tidak terburai jika tali itu pecah Untuk menahan tali daripada tercabut dari Blok Takal Lebih berguna kerana mudah dibuka Teknik : SIMPUL KERUSI (CHAIR KNOT) Fungsi : Mengikat pada badan mangsa yang tidak sedarkan diri Dapat memberi sokongan di bahagian dada dan kaki mangsa Teknik :


IKATAN SETENGAH BELIT (HALF HITCH) Fungsi : Mengunci ikatan atau simpulan yang dibuat Sebagai ikatan sementara atau mematikan setiap ikata Teknik : SATU LINGKARAN DAN 2 ½ BELIT (ROUND TURN AND TWO HALF HITCH) Fungsi : Mengikat tali di sebarang objek silinder seperti tiang, kayu bulat Sebagai ikatan sauh/anchor pada sesebuah tiang untuk kerja menyelamat Teknik :


KAWAD KAKI


KAWAD PENGENALAN Berkawad adalah asas untuk membentuk tatatertib dalam pasukan. Asas dan panduan tatatertib semasa peperangan atau waktu aman adalah berdasarkan kepada kawad yang diperbaiki berkali-kali. Kebiasaannya apabila kejayaan tercapai tidak kira di mana tempatnya, maka upacara perbarisan akan diuruskan kepada semua ahli dalam satu keluarga. TUJUAN KAWAD Membentuk seorang Kadet Pertahanan Awam yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi, tatatertib dan cergas. Membentuk kadet yang taat kepada perintah ketua. Membentuk ahli-ahli supaya bekerjasama dalam satu kumpulan. JENIS KAWAD Kawad Statik Kawad Dinamik Kawad Formasi Kawad Asas Kawad Kehormatan


ARAHAN : SEDIA Tumit rapat sebaris Hujung kaki dibuka 30 darjah Badan ditegakkan dengan kedua bahu dibawa ke belakang Tangan diluruskan ke bawah dengan kedua siku dirapatkan ke peha dan ibu jari diletakkan sedikit di belakang garisan jahitan seluar. Kepala ditegakkan di mana tengkuk kena leher baju Mata memandang ke hadapan ARAHAN : SENANG DIRI Kaki kanan dibiarkan pegun di atas bumi. Kaki kiri diangkat, lututu dibengkokkan separas dengan peha. Kaki kiri dibawa ke sebelah kiri dan dihentak ke bumi Jarak antara dua kaki ialah 12 inci. Pada masa yang sama, kedua tangan dibawa ke belakang.


ARAHAN : SEDIA DARI SENANG DIRI Kaki kiri diangkat. Lutut dibengkokkan separas peha. Hentak kaki di sebelah tumit kiri kanan. Pada masa yang sama, kedua tangan dibawa dengan pantas dalam kedudukan sedia. Tapak tangan kanan diletakkan di atas tapak tangan kiri dengan ibu jari bersilang. Kedua lengan lurus tunjuk ke arah bumi.


ARAHAN BERBARIS DALAM TIGA BARISAN Semua orang berbaris dalam tiga barisan (hadapan, tengah dan belakang). Jarak antara barisan adalah 30 inci. Jarak antara ahli adalah jarak satu tangan (dengan jari digenggam) Semua berdiri dalam keadaan rehatkan diri.


Click to View FlipBook Version