The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by akieymiey, 2024-02-03 04:39:12

brt2022

brt2022

49 km2 Keluasan KELUASAN NEGERI: Sumber: www.data.gov.my NEGERI DAN DAERAH BUKU RASMI TAHUNAN 2022 51


52 BUKU RASMI TAHUNAN 2022


PERLEMBAGAAN DAN SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA ■ Perlembagaan ■ Sistem Pemerintahan ■ Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ■ Pentadbiran Kerajaan Negeri 3 BUKU RASMI TAHUNAN 2022


PERLEMBAGAAN SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada dua dokumen sebelumnya iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Perlembagaan Malaysia telah digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid hasil daripada kajian pada tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Konsep Ketinggian Perlembagaan berdasarkan prinsip: • Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi • Menjadi punca kepada semua undang-undang • Tidak ada sebarang institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan Perlembagaan • Semua undang-undang tidak boleh berlawanan dengan Perlembagaan • Mahkamah mempunyai kuasa membatalkan sesuatu undang-undang yang digubal oleh Parlimen jika bertentangan dengan Perlembagaan • Walaupun Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara, tetapi Baginda juga tertakluk kepada Perlembagaan Perlembagaan dibentuk dengan tujuan: • Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil • Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah • Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat • Alat untuk menyelesaikan masalah • Menjamin riwayat negara bangsa • Menjamin keamanan dan kestabilan negara ■ Badan Perundangan Badan ini hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada mana-mana pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain ■ Badan Pemerintah Badan ini hanya menjalankan kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat undang-undang dan penghakiman; dan Dalam sistem pemerintahan Malaysia, terdapat tiga buah badan utama iaitu: 54 BUKU RASMI TAHUNAN 2022


KOMPONEN UTAMA DALAM SISTEM KERAJAAN MALAYSIA ■ Badan Kehakiman Badan ini hanya menjalankan penghakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa eksekutif Ketiga-tiga badan ini mempunyai kuasa, bidang tugas dan peranan masing-masing. Namun begitu, Badan Perundangan dan Badan Pemerintah berkait antara satu sama lain kerana Malaysia mengamalkan sistem kerajaan di mana ahli-ahli Badan Perundangan adalah juga Badan Pemerintah. Contohnya, Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada Badan Perundangan (Parlimen Malaysia). Badan Kehakiman sahaja merupakan sebuah badan berasingan dan bebas daripada politik bagi menjamin keadilan di negara ini. Yang di-Pertuan Agong Badan Pentadbiran (Eksekutif) Perdana Menteri Kabinet Kementerian Suruhanjaya Ketua Hakim Negara Mahkamah Agung Mahkamah Tinggi Mahkamah Rendah Badan Kehakiman Badan Perundangan (Legislatif) Parlimen Dewan Negara Dewan Rakyat BUKU RASMI TAHUNAN 2022 55


PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN KABINET MAJLIS KEMENTERIAN SURUHANJAYA Komponen-komponen utama dalam jentera pentadbiran Kerajaan Persekutuan adalah seperti berikut: A) Badan-badan kerajaan yang terdiri daripada : i. Badan-badan ditubuhkan di bawah kuasa Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri. Komponen-komponen yang terdapat di bawahnya ialah Majlis-majlis, Suruhanjayasuruhanjaya dan Jabatan Audit ii. Badan-badan yang ditubuhkan di bawah kuasa kerajaan dan pihak pentadbir. Komponen-komponen yang terdapat di bawahnya ialah Kementerian-kementerian, Jabatan-jabatan, Perbadanan Awam, Majlis-majlis dan Jawatankuasa-jawatankuasa Kabinet B) Ahli-ahli politik yang memegang jawatan awam dan perjawatan dalam sektor awam Kabinet adalah sebuah badan yang melaksanakan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat dua bentuk Majlis dalam sistem kerajaan persekutuan iaitu Majlis Perundangan dan Majlis yang ditubuhkan oleh kerajaan yang bertujuan untuk menyelaras urusan pentadbiran negara. Kementerian merupakan sebuah badan kerajaan yang tertinggi dalam sistem jentera pentadbiran kerajaan persekutuan. Perlembagaan Persekutuan membenarkan penubuhan dua jenis suruhanjaya iaitu Suruhanjaya Tetap dan Suruhanjaya Sementara. Suruhanjaya Tetap adalah Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan. 56 BUKU RASMI TAHUNAN 2022


PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI BADAN PENTADBIRAN PERINGKAT NEGERI JABATAN PERBADANAN AWAM Setiap negeri mempunyai jentera pentadbiran sendiri. Sistem dan struktur pentadbirannya adalah sama di seluruh Semenanjung kecuali di Sabah dan Sarawak. Kuasa di bawah kerajaan negeri ialah kerajaan tempatan atau daerah. Jabatan kerajaan adalah agensi peringkat pelaksanaan yang kedua tertinggi selepas kementerian. Jabatan telah wujud ketika zaman penjajahan British lagi. Selain jabatan, Kerajaan juga menubuhkan perbadanan-perbadanan awam. Perbadanan-perbadanan ini ditubuhkan bagi mengambil alih beberapa bidang tugas dan tanggungjawab yang pernah dilaksanakan oleh jabatanjabatan kerajaan. Raja / Sultan / Yang di-Pertua Negeri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Dewan Undangan Negeri BUKU RASMI TAHUNAN 2022 57


RAJA DAN YANG DI-PERTUA NEGERI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI DEWAN UNDANGAN NEGERI JENTERA PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI Raja dan Yang di-Pertua Negeri adalah institusi penting dalam jentera pentadbiran kerajaan negeri. Raja-Raja yang memerintah Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu dikenali sebagai Sultan manakala Perlis dikenali sebagai Raja dan di Negeri Sembilan sebagai Yang di-Pertuan Besar. Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak diperintah oleh Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang diPertuan Agong. Kuasa eksekutif di Semenanjung Malaysia dilaksanakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) atau EXCO atas nama Raja atau Yang di-Pertua Negeri. Di Sarawak badan ini dikenali sebagai Majlis Tertinggi dan di Sabah dikenali sebagai Kabinet. MMK diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri dan dianggotai ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN), tiga orang Pegawai Kerajaan, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri. Kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN) ialah meluluskan undang-undang dan dipersetujui oleh Raja/Sultan/Yang di-Pertua Negeri. Seksyen 4, Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan DUN mesti mengandungi sebilangan ahli yang dipilih melalui pilihan raya. Seseorang itu tidak boleh menjadi ahli DUN lebih daripada satu bahagian pilihan raya pada sesuatu masa. Bagi melancarkan pentadbiran, sesebuah negeri dibahagi kepada beberapa buah daerah. Daerah-daerah ini pula dibahagi kepada mukim-mukim. Di Sarawak, sebelum dibahagi kepada daerah, Sarawak dibahagikan mengikut Bahagian. Ketua Bahagian dipanggil Residen dan Ketua Daerah dipanggil Pegawai Daerah. Di Sabah, negeri dibahagi kepada beberapa residensi dan setiap residensi dibahagi pula kepada daerah. 58 BUKU RASMI TAHUNAN 2022


JABATAN SURUHANJAYA NEGERI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PEJABAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN DAN PEJABAT KEWANGAN PERSEKUTUAN J abatan-jabatan yang terdapat di peringkat negeri dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu jabatan negeri dan cawangan jabatan persekutuan. Jabatanjabatan negeri dibahagikan kepada dua bahagian iaitu jabatan negeri yang bertanggungjawab kepada kerajaan negeri dan jabatan negeri yang bertanggungjawab kepada kerajaan negeri dan persekutuan. Sama seperti Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri juga boleh menubuhkan suruhanjaya yang berbentuk tetap atau khas. Pelantikan ahli-ahli suruhanjaya dilakukan oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri atas nasihat Menteri Besar atau Ketua Menteri. Setiap negeri mempunyai perkhidmatan awamnya sendiri. Bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu, perkhidmatan awam negeri meliputi semua jawatan. Bagi negeri-negeri selainnya, jawatan-jawatan tadbir diisi oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) atau Perkhidmatan Tadbir Am (PTA). Pegawai-pegawai ini dipinjamkan oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri. Khusus bagi negeri Sarawak dan Sabah, kerajaan telah mewujudkan semula jawatan Setiausaha Persekutuan di samping jawatan Pegawai Kewangan Persekutuan yang sedia ada. Tugas utama Pejabat Setiausaha Persekutuan ialah untuk menyelaras dan mentadbir aktiviti jabatan-jabatan dan perbadanan awam persekutuan di negeri berkenaan. Pejabat Kewangan Persekutuan bertanggungjawab kepada Kementerian Kewangan Persekutuan dalam menjalankan tugas-tugas kewangan seperti memeriksa anggaran belanjawan agensi- agensi persekutuan di Sabah dan Sarawak bagi mempercepat proses membuat keputusan. BUKU RASMI TAHUNAN 2022 59


PERBADANAN AWAM NEGERI PERINGKAT PENTADBIRAN NEGERI PENTADBIRAN NEGERI SABAH PENTADBIRAN NEGERI SARAWAK Perbadanan awam negeri merangkumi badan berkanun dan badan tidak berkanun yang merupakan syarikat kepunyaan kerajaan negeri. Hubungan badan-badan ini dengan kerajaan negeri dan agensi-agensi utama negeri adalah lebih kurang sama dengan perhubungan antara perbadanan awam persekutuan dengan kerajaan persekutuan dan agensi pusat. Perbadanan awam lain yang terdapat di peringkat negeri merupakan cawangan-cawangan perbadanan awam persekutuan. Perbadanan ini bertanggungjawab kepada kerajaan persekutuan, tetapi tertakluk kepada usaha penyelarasan pentadbiran negeri. Pentadbiran setiap negeri di Semenanjung Malaysia dijalankan menerusi pelbagai peringkat iaitu daerah, mukim dan kampung. Pentadbiran Negeri Sabah dibahagikan kepada dua peringkat iaitu daerah dan kampung. Peringkat daerah diketuai oleh Pegawai Daerah dan dibantu oleh Penolong Pegawai Daerah serta Ketua Daerah. Ketua Daerah bertanggungjawab terhadap segala aspek pentadbiran yang berkaitan dengan hal ehwal suku kaum di daerah berkenaan. Setiap suku kaum di sesebuah daerah diketuai oleh Ketua Anak Negeri, manakala setiap kampung di Sabah diketuai oleh Ketua Kampung. Pentadbiran Negeri Sarawak pula dibahagikan kepada empat peringkat iaitu bahagian, daerah, daerah kecil dan kampung. 60 BUKU RASMI TAHUNAN 2022


JENTERA PENTADBIRAN DI PERINGKAT KERAJAAN TEMPATAN Kerajaan tempatan dibentuk untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan mengambil bahagian dalam pengurusan kawasankawasan yang mereka diami. Peranannya melibatkan perancangan bandar, kerja raya, kemudahan-kemudahan awam, kesihatan awam dan perumahan awam. Terdapat empat jenis pihak berkuasa tempatan iaitu: 1. Dewan Bandaraya bagi bandar-bandar besar. 2. Majlis Perbandaran bagi bandar-bandar sederhana. 3. Majlis Tempatan bagi pekan-pekan dan kampung-kampung baru. 4. Majlis Daerah bagi kawasan luar bandar. Kuasa utama yang terpenting bagi kerajaan tempatan ialah: 1. Kuasa untuk mengadakan undang-undang kecil. 2. Mengutip cukai, kadar sewa dan lain-lain. 3. Kuasa untuk mengadakan Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan yang terletak dalam kawalannya sendiri. BUKU RASMI TAHUNAN 2022 61


62 BUKU RASMI TAHUNAN 2022


EKONOMI MALAYSIA ■ Sorotan Penting Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2022 ■ Prospek Dan Dasar Pada Tahun 2023 4 BUKU RASMI TAHUNAN 2022


SOROTAN PENTING TINJAUAN EKONOMI DAN MONETARI 2022 PROSPEK DAN DASAR PADA TAHUN 2023 Pertumbuhan ekonomi dan perdagangan menjadi sederhana masing-masing kepada 3.4 peratus dan 5.4 peratus (2021: masing-masing 6.2 peratus dan 10.4 peratus). Pertumbuhan yang terjejas ini antara lain disebabkan oleh pandemik COVID-19, isu domestik di China, konflik ketenteraan di Ukraine, inflasi yang meningkat dan dasar monetari yang lebih ketat. Perbezaan kadar faedah yang mengecil antara Malaysia dengan ekonomi maju (advanced economies - AE), peningkatan kadar hasil bon global serta kekukuhan dolar AS merupakan antara beberapa perkembangan luaran utama yang menjejaskan pasaran kewangan domestik. Namun begitu, momentum pertumbuhan dalam negeri yang kukuh pada tahun 2022 sebahagiannya menyokong pasaran ekuiti domestik. Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 8.7 peratus pada tahun 2022 (2021: 3.1 peratus) meskipun berdepan dengan cabaran sepanjang tahun. Perkembangan ini disumbangkan oleh penamatan sepenuhnya langkah-langkah pembendungan, pertumbuhan yang mantap dalam eksport khususnya eksport komoditi, pemulihan aktiviti pelancongan dan sokongan dasar yang berterusan. Inflasi keseluruhan meningkat pada tahun 2022 kepada 3.3 peratus (2021: 2.5 peratus), disumbangkan kebanyakannya oleh harga barangan dan perkhidmatan berkaitan makanan yang lebih tinggi. Selain itu, harga juga meningkat untuk perkhidmatan IHP lain termasuk sewa, serta restoran dan hotel. Kadar dasar semalaman (overnight policy rate - OPR) dinaikkan secara beransur- ansur kepada 2.75 peratus daripada tahap terendah yang pernah dicatatkan sebelum ini pada 1.75 peratus menerusi empat pelarasan secara berturut-turut mulai bulan Mei 2022. Penyesuaian semula OPR adalah wajar apabila keadaan yang belum pernah dialami ketika kemuncak pandemik kini telah pun reda. Pertumbuhan dijangka kekal lemah bagi ekonomi utama pada tahun 2023. Berlatarkan prospek ini, pertumbuhan global berwajaran PPP dan pertumbuhan global berwajaran eksport Malaysia diunjurkan menjadi sederhana. Inflasi global dijangka menjadi sederhana namun kekal tinggi bagi kebanyakan negara. Inflasi yang sederhana didorong oleh gangguan rantaian bekalan yang berkurang, harga komoditi yang lebih rendah dan permintaan global yang lembab. Walau bagaimanapun, inflasi mungkin kekal lebih tinggi 64 BUKU RASMI TAHUNAN 2022


dibandingkan dengan purata jangka panjangnya disebabkan oleh bekalan komoditi yang ketat. Risiko terhadap pertumbuhan global terus cenderung ke arah pertumbuhan menjadi lebih perlahan. Risiko ini mungkin timbul disebabkan oleh ketegangan geopolitik yang meruncing, lantas mengganggu perdagangan global, rantaian bekalan dan pasaran komoditi, serta pergolakan dalam sektor perbankan global. Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara 4.0 peratus hingga 5.0 peratus pada tahun 2023, disokong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh. Ekonomi dijangka menghadapi cabaran daripada pertumbuhan global yang semakin perlahan. Selain itu, kebimbangan berterusan tentang kos sara hidup dan kos input yang tinggi serta kesannya terhadap tingkah laku perbelanjaan isi rumah dan perniagaan akan menambahkan cabaran ini. Pertumbuhan global yang lebih lemah daripada jangkaan boleh menjejaskan sentimen pengguna dan perniagaan serta prestasi perdagangan. Dasar monetari yang diketatkan oleh bank-bank pusat utama akan menyebabkan penghindaran risiko yang lebih tinggi dalam pasaran kewangan global. Inflasi keseluruhan dan inflasi teras diunjurkan berpurata antara 2.8 peratus hingga 3.8 peratus pada tahun 2023. Inflasi keseluruhan diunjurkan untuk menunjukkan trend pertumbuhan yang sederhana merentas tahun 2023. Faktor kos global, yang menyumbang kepada inflasi keseluruhan yang lebih tinggi pada tahun 2022, mula berkurang dan dijangka berterusan pada tahun 2023. Permintaan untuk pembiayaan dijangka berterusan pada tahun 2023 berikutan kegiatan ekonomi yang terus berkembang dan keadaan pasaran pekerja yang bertambah baik. Keupayaan bankbank memberikan pinjaman kekal menggalakkan disebabkan oleh penampan modal dan mudah tunai yang kukuh. Pada tahun 2023, pertimbangan dasar monetari oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) akan kekal memberikan tumpuan terhadap pengurusan risiko inflasi dan pada masa yang sama menyokong pertumbuhan yang mampan. MPC akan terus menilai kesan kumulatif kenaikan OPR yang lepas dan keadaan yang berubah-ubah serta kesannya terhadap prospek pertumbuhan dan inflasi dalam negeri. BUKU RASMI TAHUNAN 2022 65


66 BUKU RASMI TAHUNAN 2022


LAPORAN KEMENTERIAN 5 *Maklumat dalam segmen ini adalah dari 1 Januari hingga 30 November 2022. BUKU RASMI TAHUNAN 2022


JABATAN PERDANA MENTERI Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana, 62502, Putrajaya. : +603 8000 8000 : +603 8888 3904 : www.jpm.gov.my 68 BUKU RASMI TAHUNAN 2022


PENGURUSAN TERTINGGI YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB PERDANA MENTERI YB DATUK DR. HAJI ABDUL LATIFF BIN AHMAD MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (TUGAS-TUGAS KHAS) YB SENATOR TUAN HAJI IDRIS BIN HJ. AHMAD MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) YB DATO’ EDDIN SYAZZLEE BIN SHITH TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (EKONOMI) YBHG. TAN SRI DATO’ SRI MOHD ZUKI BIN ALI KETUA SETIAUSAHA NEGARA YB DATUK SERI PANGLIMA DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL SABAH DAN SARAWAK) YB DATO’ SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG) YB DATUK MASTURA BINTI TAN SRI DATO’ MOHD YAZID TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (TUGAS-TUGAS KHAS) YB DATUK HAJI AHMAD MARZUK BIN SHAARY TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) YB DATO’ SRI MUSTAPA BIN MOHAMED MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (EKONOMI) YB DATO’ HAJJAH HANIFAH HAJAR BINTI TAIB TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL SABAH DAN SARAWAK) YB DATUK WIRA HAJJAH MAS ERMIEYATI BINTI SAMSUDDIN TIIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG) YBHG. DATUK JAMIL BIN RAKON TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KANAN BUKU RASMI TAHUNAN 2022 69


PENGENALAN AKTIVITI DAN PENCAPAIAN JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA (JAKM) J abatan Perdana Menteri (JPM) ditubuhkan pada tahun 1957 setelah Pejabat Ketua Setiausaha dimansuhkan. Objektif utama JPM adalah memastikan urusan pentadbiran yang merangkumi pentadbiran, keselamatan, kewangan, perjawatan, perkhidmatan dan istiadat dilaksanakan mengikut dasar, perundangan, peraturan dan garis panduan semasa. JPM merupakan jabatan terpenting dalam sistem pentadbiran negara kerana berperanan sebagai pusat yang bertanggungjawab terhadap dasar- dasar utama kerajaan. Pernah dikenali sebagai Pentadbiran Am JPM, jabatan ini telah disusun semula menjadi 12 bahagian iaitu Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Kewangan, Bahagian Pembangunan, Bahagian Akaun, Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Audit Dalam, Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Perolehan, Bahagian Dasar & Perancangan Strategik, Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Penasihat Undang-Undang, dan Unit Integriti. Siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) yang diilhamkan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, adalah kesinambungan daripada program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang telah diadakan pada akhir tahun 2021. Siri JAKM diadakan di setiap negeri bertujuan menyampaikan perkhidmatan kerajaan kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri merasmikan JAKM Negeri Pahang bersama-sama tetamu kehormat. 70 BUKU RASMI TAHUNAN 2022


MAJLIS TILAWAH DAN MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA (MTHQA) KE- 62 TAHUN 1444H/2022M Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-62 Tahun 1444H/2022M pada 19 hingga 24 Oktober 2022 bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah berkenan berangkat menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. Qariah Malaysia iaitu Puan Sofizah binti Mousin telah dijulang sebagai johan bagi kategori qariah. Manakala qari dimenangi Mohamed Sameer Mohamed Magahed dari Bahrain. Qari Malaysia iaitu Saudara Aiman Ridhwan bin Mohamad Ramlan berjaya menduduki tempat kedua. MTHQA Ke-62 dibarisi 15 orang hakim dari dalam dan luar negara yang berpengalaman luas dalam bidang al-Quran. orang ramai secara langsung melalui pembukaan reruai dan kaunter bergerak. Pelbagai perkhidmatan yang memberi manfaat kepada rakyat telah ditawarkan oleh kementerian dan agensi kerajaan seperti pameran kerjaya, kaunter bayaran, semakan saman dan lain-lain. Selain itu, JAKM juga membantu menjana ekonomi setempat melalui pembukaan reruai jualan produk usahawan, Karnival Kerjaya, Jamin Kerja Keluarga Malaysia dan lain-lain program bermanfaat. Johan Qari menerima hadiah daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. BUKU RASMI TAHUNAN 2022 71


BAHAGIAN HAL EHWAL SABAH DAN SARAWAK, JABATAN PERDANA MENTERI (BHESS, JPM) Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri (BHESS, JPM) ditubuhkan pada 10 Mac 2020 susulan keputusan Jemaah Menteri. Bahagian ini menjadi focal point di peringkat persekutuan untuk menyelaras isu-isu berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di pelbagai kementerian dan agensi persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak. JAKM Negeri Sarawak pada 5 hingga 7 Ogos 2022 merupakan platform terbaik kepada BHESS, JPM dalam menguar-uarkan kewujudannya kepada orang ramai. Penglibatan BHESS, JPM dalam JAKM Negeri Sarawak membolehkan masyarakat awam: i. mengetahui peranan dan usaha BHESS, JPM melalui penubuhan Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dalam menyelaras isu-isu berkaitan tuntutan dan pelaksanaan MA63; ii. meningkatkan kesedaran dan kefahaman orang awam mengenai sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia melalui MA63; dan iii. mengukuhkan pemahaman orang awam mengenai kepelbagaian etnik, budaya dan adat resam masyarakat Malaysia terutamanya di negeri Sabah dan Sarawak. YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob menerima cenderamata kraftangan daripada wakil BHESS. 72 BUKU RASMI TAHUNAN 2022


JABATAN DAN AGENSI 1. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) 2. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) 3. Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak 4. Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) i. Jabatan Bantuan Guaman (JBG) ii. Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) 5. Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA) 6. Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan (BKPP) 7. Bahagian Kawal Selia FELDA (BKSF) 8. Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) 9. Bahagian Penyelidikan 10. Bahagian Perlindungan 11. Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) 12. Istana Negara 13. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 14. Jabatan Audit Negara (JAN) 15. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) i. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Negeri Sabah 16. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) i. Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) ii. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) iii. Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) iv. Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) v. Al Hijrah Media Corporation 17. Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) 18. Jabatan Peguam Negara (AGC) 19. Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan 20. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 21. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 22. Lembaga Penasihat 23. Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) 24. Majlis Keselamatan Negara (MKN) i. Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) BUKU RASMI TAHUNAN 2022 73


25. Parlimen Malaysia 26. Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) 27. Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMPM) 28. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 29. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja 30. Pejabat Setiausaha Persekutuan SabahMahkamah Syariah Wilayah Persekutuan 31. Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak 32. Pejabat Urus Setia Bekas Perdana Menteri i. Pejabat Urus Setia Bekas Perdana Menteri YABhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ii. Pejabat Urus Setia Bekas Perdana Menteri YABhg. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi iii. Pejabat Urus Setia Bekas Perdana Menteri YABhg. Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak iv. Pejabat Urus Setia Bekas Perdana Menteri YABhg. Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin 33. Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) i. Biro Pengaduan Awam (BPA) ii. Institut Integriti Malaysia (IIM) iii. Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) iv. Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 34. Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 35. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 36. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 37. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP) 38. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) 39. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 40. Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) 41. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) 42. Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) 43. Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU)Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional 44. Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) 45. Unit Perancang Ekonomi (UPE) i. Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS) 74 BUKU RASMI TAHUNAN 2022


ii. Johor Petroleum Development Corporation (JPDC) iii. Malaysia Petroleum Resources Corporation Berhad (MPRC) iv. MyDIGITAL Corporation v. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (SEDCs) 46. Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) 47. Urus Setia Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan 48. Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua Yang di-Pertua Negeri 49. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) i. FGV Holdings Berhad 50. Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) 51. Lembaga Tabung Haji 52. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 53. Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) 54. Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) 55. Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Koridor Wilayah Sabah (SEDIA) 56. Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) 57. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 58. Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia 59. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 60. Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) 61. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) 62. Permodalan Nasional Berhad (PNB) 63. Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) 64. Teraju Bumiputera Corporation 65. Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera 66. Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) 67. Yayasan Ekuiti Nasional 68. Yayasan Pelaburan Bumiputera 69. Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) 70. Yayasan Keluarga Malaysia 71. Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (Malaysia) (AIAC) BUKU RASMI TAHUNAN 2022 75


KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR (KINI BERGABUNG DI BAWAH KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM) Blok F11, Kompleks F Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62000 Putrajaya. : +603 8091 7000 : www.nrecc.gov.my 76 BUKU RASMI TAHUNAN 2022


PENGURUSAN TERTINGGI YB DATO’ SRI TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN MENTERI YB DATO’ MANSOR BIN HJ. OTHMAN TIMBALAN MENTERI YBHG. DATO’ SERI IR. DR. ZAINI UJANG KETUA SETIAUSAHA BUKU RASMI TAHUNAN 2022 77


PENGENALAN AKTIVITI DAN PENCAPAIAN PENDEKATAN KESIHATAN PLANET PERSIDANGAN KE-27 KONVENSYEN RANGKA KERJA PERUBAHAN IKLIM PERTUBUHAN BANGSABANGSA BERSATU (UNFCCC COP-27) 2022 Frasa Kesihatan Planet dalam konteks Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melangkaui motif atau justifikasi yang merasionalkan pelaksanaan strategi, program dan aktiviti. Lebih besar daripada itu, ia suatu perjuangan untuk mengubah gaya hidup rakyat Malaysia agar lebih lestari. Kesannya, Kesihatan Planet membantu mentransformasi corak interaksi antara jabatan kepada perkaitan dan tanggungjawab bersama. Melalui pendekatan ini, kepakaran, teknologi, kepelbagaian sumber dan keupayaan digembleng semaksimumnya bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Penglibatan agensi secara langsung membantu memberikan pengalaman dan pengetahuan mengenai kaitan antara tugas yang dilaksanakan bagi menjayakan agenda Kesihatan Planet. Pemangku Sultan Pahang, KDYMM Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melawat Pavilion Malaysia di UNFCCC COP-27 di Sharm El Sheikh, Mesir. Mesir telah menjadi tuan rumah persidangan UNFCCC COP-27 di Sharm El-Sheikh pada 6 hingga 18 November 2022. Selain menghadiri sesi perundingan, KASA sebagai negara anggota diberi peluang untuk mempamerkan inisiatif dan program menangani cabaran perubahan iklim di Malaysia melalui pembangunan Pavilion. 78 BUKU RASMI TAHUNAN 2022


Pavilion ini menjadi platform utama dan berpusat yang mempromosi tindakan adaptasi dan mitigasi perubahan iklim negara serta mengetengahkan inisiatif syarikat-syarikat Malaysia di persada global. Malaysia telah mengadakan sebanyak 26 acara antaranya forum, webinar dan tayangan video yang melibatkan penyertaan seramai 800 peserta secara fizikal dan 15 000 secara dalam talian. Sebanyak 11 mesyuarat dua hala diadakan bersama-sama negara anggota antaranya Jepun, Australia, Singapura, New Zealand dan Turkiye. PERSIDANGAN DAN PAMERAN ANTARABANGSA GREENTECH DAN PRODUK EKO MALAYSIA (IGEM) IGEM 2022 diadakan secara fizikal dari 12 hingga 14 Oktober 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) setelah dua tahun program ini dianjurkan secara maya berikutan situasi pandemik yang melanda dunia. Tema yang dipilih ialah “Ke Arah Karbon Sifar Bersih: Memenuhi Komitmen Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) & Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)”. Tema ini adalah bertepatan dengan aspirasi kerajaan untuk mencapai karbon sifar bersih seawal-awalnya pada 2050. Penganjuran IGEM 2022 secara fizikal yang pertama selepas PKP dengan bilangan pengunjung mencecah 33 150 orang dari 77 buah negara seperti China, Kanada, Belanda, Korea Selatan, Singapura, Austria dan Brunei yang melibatkan sebanyak 370 pameran (peningkatan sebanyak 89% IGEM 2022 adalah sebuah platform yang memberi sinergi dalam mempromosikan pembangunan teknologi hijau, sekali gus memangkin pembangunan yang mampan di Malaysia. BUKU RASMI TAHUNAN 2022 79


berbanding tahun sebelumnya). IGEM 2022 merupakan platform yang menyediakan sinergi dalam menggalakkan pembangunan teknologi hijau, sekali gus memacu pertumbuhan mampan di Malaysia. IGEM juga dapat diperkukuh untuk menjayakan agenda kemampanan negara dan antarabangsa. AGENDA TRANSFORMASI SEKTOR AIR 2040 (WST2040) Agenda Transformasi Sektor Air 2040 (WST2040) telah dipersetujui untuk dilaksanakan dalam tempoh pelaksanaan RMK-12 sehingga RMK-15 pada Mesyuarat Keempat Majlis Air Negara yang berlangsung pada 21 Julai 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Mesyuarat bertujuan menjadikan Malaysia sebagai Hub Industri Air Serantau menjelang 2040. Pelan transformasi ini akan dilaksanakan di pelbagai peringkat melalui Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan WST2040. Agenda ini turut menzahirkan komitmen kerajaan persekutuan untuk membangunkan sektor air negara bagi menjamin sekuriti dan kelestarian air selain menjadikan sektor air sebagai pemangkin ekonomi negara. 80 BUKU RASMI TAHUNAN 2022


JABATAN DAN AGENSI 1. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) 2. Jabatan Alam Sekitar (JAS) 3. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) 4. Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) 5. Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) 6. Jabatan Biokeselamatan (JBK) 7. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) 8. Indah Water Konsortium (IWK) 9. Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) 10. Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) 11. Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) 12. Bahagian Bekalan Air (BBA) BUKU RASMI TAHUNAN 2022 81


KEMENTERIAN KEWANGAN No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2 62592 Putrajaya. : +603 8000 8000 : +603 8882 3893 / 3894 : www.mof.gov.my 82 BUKU RASMI TAHUNAN 2022


PENGURUSAN TERTINGGI YB SENATOR TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ MENTERI YB DATO’ INDERA MOHD SHAHAR BIN ABDULLAH TIMBALAN MENTERI I YB DATUK YAMANI HAFEZ BIN MUSA TIMBALAN MENTERI II YBHG. DATUK SERI ASRI BIN HAMIDON KETUA SETIAUSAHA BUKU RASMI TAHUNAN 2022 83


PENGENALAN AKTIVITI DAN PENCAPAIAN HARI TERBUKA GLC 2022 Kementerian Kewangan (MOF) bertanggungjawab terhadap perbelanjaan Kerajaan dan penjanaan pendapatan Kerajaan. Peranan Kementerian adalah untuk membangunkan dasar ekonomi dan menyediakan Belanjawan Persekutuan Malaysia serta bertindak sebagai peneraju strategik keberhasilan kewangan dan ekonomi bagi memastikan pertumbuhan mampan demi kemakmuran rakyat dan negara. MOF juga menyelia undangundang dan peraturan kewangan. Objektif utama Kementerian adalah menggubal dan melaksanakan dasar fiskal dan kewangan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi secara berterusan, memperkukuh daya saing dan ketahanan ekonomi negara, memastikan pengurusan kewangan yang berkesan dan berhemah serta menjamin kekayaan negara diagihkan dengan saksama serta meningkatkan kesejahteraan rakyat. Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri merasmikan Hari Terbuka Syarikat Berkaitan Kerajaan 2022. YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri merasmikan Hari Terbuka Syarikat Berkaitan Kerajaan berserta Majlis Perasmian Inisiatif GLC Demi Rakyat dan Negara (GDRN) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 11 Mac 2022. Hari Terbuka GLC 2022 yang bertemakan “Aspirasi Masyarakat Inspirasi Negara” dianjurkan bagi meraikan usaha keseluruhan GLC dan GLIC, terutamanya dalam membina semula kehidupan rakyat pasca pandemik COVID-19. Selain itu, program ini juga untuk merapatkan jurang antara GLC 84 BUKU RASMI TAHUNAN 2022


Penubuhan MySDG adalah hasil kerjasama strategik antara kerajaan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri merasmikan majlis penubuhan Yayasan Matlamat Pembangunan Mampan Malaysia (MySDG) di Putrajaya pada 27 Januari 2022. Dana itu bertujuan membantu dalam pencapaian SDG dengan melaksanakan tindakan strategik dan substantif bagi menyokong keutamaan negara terutamanya menyasarkan kumpulan dan sektor yang ketinggalan. Penubuhan yayasan itu adalah hasil kerjasama strategik antara Kerajaan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia. Ia turut membabitkan komitmen peruntukan sebanyak RM20 juta oleh Kerajaan bagi tempoh lima tahun akan datang selaras 17 Matlamat Pembangunan Lestari yang digariskan dalam Agenda Pembangunan Lestari 2030. dengan komuniti tempatan, terutamanya mengenai inisiatif yang memberi impak langsung kepada Keluarga Malaysia. Melihat kepada saiz dan pengaruh ekosistem pembangunan sosioekonomi negara, sememangnya mustahak bagi GLIC dan GLC untuk terus distruktur dan ditambah baik. Kerajaan kini giat berusaha untuk menajamkan lagi fokus GLIC, terutamanya dalam menceburi industri baharu seperti yang berteraskan Revolusi Industri 4.0. Selain itu, program GDRN sebagai platform yang menyelaraskan kesemua bantuan kemanusiaan semasa bencana oleh GLIC dan GLC dengan mengoptimumkan sumber terkumpul bagi memanfaatkan lebih ramai penerima manfaat terutamanya dalam kalangan B40 dan golongan tumpuan tertentu. MAJLIS PERASMIAN PENUBUHAN YAYASAN MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN MALAYSIA (MySDG) BUKU RASMI TAHUNAN 2022 85


Dana ini akan menyediakan platform menyelaras pembiayaan dari sumber awam dan swasta dengan lebih sistematik agar pelbagai pihak dapat sama-sama menyumbang serta terlibat dalam melengkapkan dan menentukan SDG tercapai menjelang 2030. Yayasan MySDG akan memberi fokus kepada pembiayaan program yang akan membantu Keluarga Malaysia pulih semula daripada impak pandemik COVID-19, pembasmian kemiskinan, kebajikan hidupan liar dan pemuliharaan alam sekitar serta biodiversiti. MOF BERSAMA PELANGGAN NEGERI PAHANG 2022 Seramai 7,000 pengunjung hadir pada Hari Terbuka MOF di Pahang. Program MOF Bersama Pelanggan Negeri Pahang 2022 telah berlangsung selama dua hari bermula 24 Jun 2022 di Dewan Dato’ Sri Abdul Manan Ismail, Kuantan, Pahang. Program telah dirasmikan oleh YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I dan turut dihadiri YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang. Pameran mini perkhidmatan MOF berkonsepkan peoplecentric telah berjaya menarik lebih kurang 7,000 pengunjung. Antara tumpuan dan tarikan melibatkan Jabatan dan Agensi MOF seperti LHDNM, BSN, JANM, KWSP dan AKPK. Selain itu, Planetarium Negara, Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI), Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), PETRONAS, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional tidak ketinggalan memeriahkan program dan mempromosikan aktiviti-aktiviti menarik. Antara manfaat program ini ialah memberi pemahaman dan penghayatan tentang Aspirasi Keluarga Malaysia melalui inisiatif-inisiatif Bajet 2022. Selain itu, program tersebut dapat membantu MOF membuat penambahbaikan melalui maklum balas awam sebagai usaha dan komitmen Kerajaan dalam memenuhi kehendak serta keperluan rakyat. 86 BUKU RASMI TAHUNAN 2022


JABATAN DAN AGENSI 1. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) 2. Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) 3. Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) 4. Bank Negara Malaysia (BNM) 5. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) 6. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 7. Bank Simpanan Nasional (BSN) 8. Bursa Malaysia Berhad (BURSA) 9. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) 10. Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) 11. Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) 12. Lembaga Totalisator Malaysia (LTM) 13. Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) 14. Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) 15. Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) 16. Yayasan Tun Razak (YTR) BUKU RASMI TAHUNAN 2022 87


KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya. : +603 8000 8000 : +603 8911 5183 : www.kkd.gov.my (KINI KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL) 88 BUKU RASMI TAHUNAN 2022


PENGURUSAN TERTINGGI YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA TPR ANNUAR BIN HAJI MUSA MENTERI YB DATUK ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN TIMBALAN MENTERI YBHG. DATO’ SRI HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK KETUA SETIAUSAHA BUKU RASMI TAHUNAN 2022 89


PENGENALAN AKTIVITI DAN PENCAPAIAN PELANCARAN SATELIT MEASAT-3D Bermula 17 Mac 2022, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menggunakan singkatan KKMM telah ditukar kepada K-KOMM. K-KOMM memainkan peranan penting dalam memacu masyarakat terhubung, berinformasi, kreatif dan berbudaya digital. Kementerian ini komited dalam memperkasa jaringan dan infrastruktur telekomunikasi digital dan komunikasi sosial serta memacu pertumbuhan ekonomi digital. K-KOMM turut bertanggungjawab dalam pengukuhan masyarakat bermaklumat, terhubung dan berdaya maju menerusi penerangan, penyiaran dan informasi yang berkualiti, berkesan serta berintegriti selain mengembangkan industri kreatif negara. Pelancaran MEASAT-3d membolehkan akses kepada jalur lebar berkelajuan tinggi walaupun di kawasan yang terhad atau tiada sambungan darat. Ketua Setiausaha K-KOMM, YBhg. Dato’ Sri Haji Mohammad bin Mentek mengetuai delegasi Malaysia bagi pelancaran satelit ke-10 negara, MEASAT-3d di Kourou, French Guiana, Amerika Selatan pada 22 Jun 2022 (23 Jun 2022 waktu Malaysia). Detik bersejarah pelancaran yang disaksikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dari Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur itu merupakan pemangkin Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dalam mencapai masyarakat yang 90 BUKU RASMI TAHUNAN 2022


PELANCARAN INISIATIF PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM450 juta melalui Bajet 2022 bagi melaksanakan Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia. Majlis Pelancaran Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada 3 September 2022. Perdana Menteri dalam ucapannya turut mengumumkan kerajaan bersetuju untuk memberikan terus tablet berjenama terkenal Samsung kepada semua penerima Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia. Fasa pertama Inisiatif PerantiSiswa melibatkan pelajar daripada keluarga B40 yang mempunyai pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa pada peringkat diploma, diploma lanjutan atau ijazah sarjana muda serta tidak pernah menerima bantuan peranti daripada mana-mana program bawah kerajaan. Pada fasa kedua pula, program PerantiSiswa turut melibatkan pelajar dalam program asasi serta matrikulasi di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Tingkatan 6 dan program diploma vokasional. terhubung, berinformasi, kreatif dan berbudaya digital. Pencapaian ini membolehkan akses kepada jalur lebar berkelajuan tinggi walaupun di kawasan yang terhad atau tiada sambungan darat sama ada untuk tujuan pendidikan, perdagangan dan perhubungan serta penggunaan baharu seperti teleperubatan. BUKU RASMI TAHUNAN 2022 91


Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM450 juta melalui Bajet 2022 bagi melaksanakan Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia agar proses pengajian pelajar B40 terus terpelihara. ANUGERAH SERI ANGKASA 2022 ‘KEMUNCAK KECEMERLANGAN’ Sebanyak 72 kategori meliputi televisyen dan radio dipertandingkan pada Anugerah Seri Angkasa 2022. Anugerah Seri Angkasa 2022 ialah majlis anugerah yang diadakan bagi menghargai pemain industri seni Malaysia. Seiring usia penganjuran yang mencapai Jubli Emas pada 2022, K-KOMM mengangkat slogan “Kemuncak Kecemerlangan” sebagai tema Anugerah Seri Angkasa kali ini yang merupakan pemangkin kepada penghasilan karya-karya bermutu industri penyiaran khususnya di peringkat nasional. Sebanyak 72 kategori dipertandingkan iaitu 43 kategori untuk televisyen dan 22 kategori untuk radio, selain dua anugerah khas iaitu Anugerah Khas Juri dan Tokoh Anugerah Seri Angkasa. Acara berprestij itu diadakan selama dua hari bermula 29 Oktober 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Selain itu, antara perubahan besar yang dibuat pada kali ini ialah dua pemenang kategori utama iaitu Drama Terbaik dan Dokumentari Terbaik masing-masing turut menerima Dana Kandungan Digital (DKD) sebanyak RM200,000 dan RM150,000. Ini adalah selaras dengan Pelan Pemulihan Negara dan DKD bertujuan membantu serta menggalakkan pengamal industri kreatif untuk menghasilkan, memasarkan serta mengedar kandungan kreatif yang tinggi nilainya kepada pasaran tempatan juga antarabangsa terutama dalam fasa peralihan ke endemik COVID-19. 92 BUKU RASMI TAHUNAN 2022


JABATAN DAN AGENSI 1. Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) 2. Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) 3. Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) 4. Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) 5. Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) 6. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) 7. CyberSecurity Malaysia (CSM) 8. MyCreative Ventures (MyCV) 9. Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) 10. MYNIC Berhad 11. Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) BUKU RASMI TAHUNAN 2022 93


KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI Menara MITI, No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, 50480 Kuala Lumpur. : +603 8000 8000 : +603 6206 4693 : www.miti.gov.my (KINI KEMENTERIAN PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI) 94 BUKU RASMI TAHUNAN 2022


PENGURUSAN TERTINGGI YB DATO’ SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI MENTERI KANAN YB SENATOR DATUK LIM BAN HONG TIMBALAN MENTERI YBHG. DATUK LOKMAN HAKIM BIN ALI KETUA SETIAUSAHA BUKU RASMI TAHUNAN 2022 95


PENGENALAN AKTIVITI DAN PENCAPAIAN MISI PERDAGANGAN DAN PELABURAN SEPANJANG TAHUN 2022 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bertanggungjawab memperkukuh ekosistem eksport dan memperkasa keupayaan syarikat Malaysia untuk kekal relevan di peringkat antarabangsa. MITI komited dalam menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif untuk pembangunan industri yang lestari dan mampan. MITI mempunyai 13 buah agensi yang bernaung di bawahnya. MITI dan agensi sentiasa berusaha memastikan pertumbuhan positif ekonomi negara bagi menarik dan meningkatkan lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi dan menyediakan peluang pekerjaan yang inovatif serta berkemahiran tinggi untuk kesejahteraan rakyat Malaysia. Prestasi perdagangan dan pelaburan yang cemerlang sepanjang tahun 2022 ini adalah hasil Misi Perdagangan dan Pelaburan yang telah diaturkan MITI ke beberapa negara sepanjang tahun 2022 antaranya ke Kemboja, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun. Sepanjang misi ke Kemboja, MITI berpeluang membincangkan mengenai penyertaan Malaysia dalam Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) terutamanya mengenai kerjasama antara syarikat Malaysia dengan perusahaan kecil dan sederhana tempatan Kemboja bagi meraih manfaat RCEP. Semasa Misi Perdagangan dan Pelaburan ke AS pada bulan Mei 2022, MITI telah memperoleh pelaburan strategik daripada beberapa syarikat pembuatan gergasi global bernilai RM7.92 bilion secara keseluruhannya yang akan menyediakan lebih daripada 4000 peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia. Semasa misi ini berlangsung, MITI juga mengadakan pertemuan bersama-sama Setiausaha Raimondo dan telah menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) di antara AS - Malaysia mengenai Ketahanan Rantaian Bekalan Semikonduktor. Misi Perdagangan dan Pelaburan ke Jepun pada bulan September 2022 pula telah memperoleh pelaburan bernilai RM9.3 bilion dalam sektor strategik dan berpotensi tinggi seperti elektrik dan elektronik (E&E), penyelidikan dan pembangunan (R&D), biojisim, teknologi maklumat dan komunikasi serta industri kimia dan makanan. Pelaburan ini dijangka dapat menjana peluang pekerjaan dan latihan kemahiran untuk pekerja tempatan serta menyumbang kepada pembangunan vendor tempatan. 96 BUKU RASMI TAHUNAN 2022


Delegasi Malaysia bergambar bersama-sama tuan rumah ketika Misi Perdagangan dan Pelaburan di Kemboja. RATIFIKASI PERJANJIAN CPTPP Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) telah mula berkuat kuasa pada 18 Mac 2022 dan membuka jalan kepada ekonomi Malaysia untuk diintegrasikan ke dalam perjanjian perdagangan bebas (FTA) terbesar di dunia dengan pasaran meliputi 15 buah negara yang terdiri daripada lebih 2.2 bilion atau hampir satu pertiga daripada populasi global dan KDNK dunia. RCEP membolehkan Malaysia menikmati ekosistem perdagangan dan pelaburan global termasuk pengurangan tarif ke atas barangan eksport, akses pasaran perdagangan perkhidmatan, pergerakan pekerja profesional dan berkemahiran tinggi serta peluang untuk meningkatkan aktiviti pelaburan dalam kalangan negara-negara anggota. Malaysia dijangka akan mendapat manfaat terbesar dalam kalangan negara-negara ASEAN dari aspek keuntungan dalam eksport dengan unjuran peningkatan sebanyak AS$200 juta. Satu lagi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang telah diratifikasi pada tahun 2022 adalah Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP). CPTPP telah ditandatangani pada 8 Mac 2018. Penyerahan Surat Cara Ratifikasi (IOR) pada 30 September 2022 menandakan peristiwa penting bagi Malaysia apabila kita menjadi negara kesembilan yang meratifikasi CPTPP selepas bertahun-tahun perbincangan terperinci, perundingan dan penilaian teliti oleh pihak kerajaan. Ratifikasi CPTPP ini juga meluaskan akses syarikat-syarikat Malaysia kepada pasaran baharu seperti Kanada, Mexico dan Peru yang tidak dilindungi oleh manamana FTA sedia ada, menyediakan akses kepada rangkaian lebih luas bahan mentah berkualiti tinggi pada harga yang kompetitif, dan meningkatkan daya tarikan BUKU RASMI TAHUNAN 2022 97


PELANCARAN DASAR PELABURAN BAHARU BERTERASKAN ASPIRASI PELABURAN NASIONAL Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) dirangka sebagai usaha menarik pelaburan strategik dan mempunyai nilai impak ekonomi tinggi ke Malaysia selain bertujuan memastikan Malaysia kekal relevan sebagai rakan dagang dan destinasi pelaburan pilihan para pelabur. NIA menjadi pemangkin bagi mencergaskan semula landskap pelaburan Malaysia berdasarkan beberapa prinsip utama iaitu meningkatkan kompleksiti ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi, mengembangkan jaringan domestik, membangunkan kluster baharu dan sedia ada serta meningkatkan keterangkuman (inclusivity). Pelancaran Dasar Pelaburan Baharu (NIP) berdasarkan NIA pada 6 Oktober 2022 memastikan negara mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan, meningkatkan penciptaan peluang pekerjaan berkualiti dan berteknologi tinggi di samping dapat menambah baik kehidupan rakyat serta menjamin kemakmuran bersama-sama. NIP adalah bertunjangkan enam teras strategik yang merupakan inisiatif menyeluruh bagi menangani cabaran ekonomi dan pelaburan yang dinamik dalam memastikan NIA dapat direalisasikan. Walkabout Dasar Pelaburan Nasional (NIP) yang menarik minat daripada pelbagai Kementerian dan Agensi di koridor persekutuan, negeri dan wilayah; Syarikat Berkaitan Kerajaan; Perbadanan Pelaburan Berkaitan Kerajaan; institusi; bilik; universiti; kumpulan pemikir; dan syarikat tempatan dan asing. negara sebagai destinasi pelaburan. Dengan pengesahan dan pelaksanaan CPTPP, keunggulan Malaysia sebagai ekonomi perdagangan global dijangka terus meningkat. 98 BUKU RASMI TAHUNAN 2022


JABATAN DAN AGENSI 1. Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) 2. Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) 3. Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) 4. Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) 5. Malaysia AutomotiveRobotics and IOT Institute (MARii) 6. Malaysia Steel Institute (MSI) 7. SIRIM Berhad 8. Exim Bank Malaysia 9. Jabatan Standards Malaysia (JSM) 10. Invest KL Malaysia 11. HDC Development Corporation Berhad 12. Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) 13. Majlis Pengukuran Kebangsaan (MPK) BUKU RASMI TAHUNAN 2022 99


KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI Blok C5, Kompleks C, 62662 Putrajaya. : +603 8000 8000 : +603 8888 9070 : www.mosti.gov.my 100 BUKU RASMI TAHUNAN 2022


Click to View FlipBook Version