JABATAN DAN AGENSI 1. Institut Kesihatan Negara (NIH) 2. Institut Pengurusan Kesihatan 3. Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan 4. Insititut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan 5. Institut Penyelidikan Klinikal 6. Institut Kesihatan Umum 7. Institut Penyelidikan Perubatan 8. Institut Kanser Negara 9. Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia 10. Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) 11. Pusat Darah Negara 12. Majlis Perubatan Malaysia 13. Pusat Perubatan Nuklear Dan Radioterapi BUKU RASMI TAHUNAN 2022 151
KEMENTERIAN DALAM NEGERI Blok D1, D2, D7 & D9, Kompleks D, 62546 Putrajaya. : +603 8000 8000 : +603 8889 1613 / 1610 : www.moha.gov.my 152 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
PENGURUSAN TERTINGGI YB DATO’ SERI HAMZAH BIN ZAINUDIN MENTERI YB DATO’ SRI DR. HAJI ISMAIL BIN HAJI MOHAMED SAID TIMBALAN MENTERI I YB DATUK JONATHAN BIN YASIN TIMBALAN MENTERI II YBHG. DATO’ SRI WAN AHMAD DAHLAN BIN HAJI ABDUL AZIZ KETUA SETIAUSAHA BUKU RASMI TAHUNAN 2022 153
PENGENALAN AKTIVITI DAN PENCAPAIAN Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama sembilan jabatan dan agensi di bawahnya telah banyak mencapai kejayaan hasil usaha serta komitmen yang padu. Sepanjang tahun 2022, secara keseluruhannya, pencapaian KDN dinilai berdasarkan 24 Indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan dan hingga 31 Disember 2022, skor KPI yang berjaya dicapai KDN adalah sebanyak 92 peratus. Antara kejayaan yang dicapai oleh KDN di bawah Indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi tahun 2022 adalah: i. Penurunan kes jenayah indeks bagi setiap 100 000 penduduk kepada 124 kes berbanding sasaran 244 kes; ii. Peningkatan kadar kepulihan klien pada tahap 71 peratus daripada 70 peratus pada tahun 2021; iii. Penurunan kadar pengulang laku jenayah sebanyak 14.39 peratus berbanding sasaran 14.5 peratus; iv. Peningkatan tahap pematuhan undang-undang di Zon Maritim Malaysia pada tahap 99.38 peratus berbanding sasaran 97 peratus; dan v. Manfaat kepada 2163 pertubuhan melalui Geran MyICE sebanyak RM20 juta yang berjaya meningkatkan kecekapan dalam mengurus tadbir pertubuhan dan pembangunan kapasiti setiap pertubuhan. Aset yang telah digunakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dalam menjaga perairan negara. Sekatan Jalan Raya (SJR) turut dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia bagi tujuan pemeriksaan keselamatan. 154 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
Agensi Antidadah Kebangsaan turut menyantuni masyarakat umum bagi memberi kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Antara inisiatif Jabatan Pendaftaran Negara dalam memberikan perkhidmatan bergerak masyarakat. Pada tahun 2022 juga, KDN menyumbang kepada pendapatan negara sebanyak RM5.12 billion melalui kutipan hasil Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 46 peratus berbanding tahun 2021. Sumbangan terbesar adalah hasil daripada kutipan levi pekerja asing sebanyak RM3.34 billion dan permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) sebanyak RM449 juta. SIFAR INSIDEN DI ESS ZONE Kawalan keselamatan kawasan maritim terutamanya di pantai timur Sabah terus diberikan perhatian melalui peranan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), sebanyak 1.4 juta pemeriksaan di bawah Op Sanggah di Kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) telah berjaya dilaksanakan dan meningkatkan keyakinan serta rasa selamat dalam kalangan penduduk setempat. Hasil kawalan dan penguatkuasaan ini juga telah berjaya mengekalkan sifar insiden penculikan sejak Februari 2020 hingga Disember 2022. Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) memainkan peranan dalam menjaga keselamatan di Perairan Pantai Timur Sabah. BUKU RASMI TAHUNAN 2022 155
AGENSI DAN JABATAN DI BAWAH KDN TERIMA PELBAGAI PENGIKTIRAFAN KDN melalui agensi-agensi di bawahnya turut memperoleh pelbagai anugerah yang berjaya meningkatkan imej KDN sama ada di peringkat nasional mahupun global pada 2022. Pengiktirafan yang diperoleh antaranya ialah: i. Pasport Antarabangsa Malaysia (PMA) di kedudukan ke-9 pada 2022 daripada kedudukan ke-15 tahun sebelumnya dalam senarai Global Passport Power Index; ii. Anugerah Keselamatan Siber Malaysia 2022 diberikan kepada JIM bagi kategori Cyber Security Project of the Year bagi inisiatif Biometric Platform for Identity Management in Electronic Automated Gates; iii. Lifetime Achievement for Contribution to the Sustainable Development of Craft Sector and Social Inclusion di 5th International Craft Award 2022 di New Delhi, India kepada Jabatan Penjara Malaysia (PENJARA); iv. National Seafearer Bravery Award 2022 kepada enam pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sempena Majlis Sambutan Hari Pelaut 2022 Peringkat Kebangsaan; dan v. Empat perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah dipilih di bawah Projek Norma Baharu Penyampaian Perkhidmatan Awam yang melaksanakan perkhidmatan atas talian secara Hujung ke Hujung (E2E). PROGRAM KITA DEMI NEGARA Di samping itu juga, bagi merealisasikan tagline KDN iaitu Keselamatan Tanggungjawab Bersama, kementerian ini telah melancarkan satu program yang dikenali sebagai Program Kita Demi Negara pada 17 Mac 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Ia merupakan platform libat urus bagi membawa aspirasi KDN kepada semua segmen masyarakat Malaysia bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan negara melalui The Whole Nation Approach ke arah membentuk negara Malaysia yang aman dan sejahtera. Bagi menjayakan program ini, KDN juga telah mengadakan beberapa siri jelajah ke seluruh negara. Pada program berkenaan, KDN turut menubuhkan pasukan sukarelawan yang dikenali sebagai Sahabat KDN bagi meningkatkan kesedaran dan penglibatan rakyat untuk bersama-sama KDN memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara. 156 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
Program Kita Demi Negara merupakan platform libat urus yang membawa aspirasi KDN bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan negara. JABATAN DAN AGENSI 1. Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) 3. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) 4. Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK) 5. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 6. Jabatan Penjara Malaysia (PENJARA) 7. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) 8. Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) 9. Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) BUKU RASMI TAHUNAN 2022 157
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA Aras 5-10, Blok F9, Parcel F, Lebuh Perdana Timur, Precinct 1, 62000 Putrajaya. : +603 8091 8000 : www.perpaduan.gov.my 158 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
PENGURUSAN TERTINGGI YB DATUK HALIMAH BINTI MOHAMED SADIQUE MENTERI YB SENATOR TUAN WAN AHMAD FAYHSAL BIN WAN AHMAD KAMAL TIMBALAN MENTERI YBHG. DATO’ INDERA NORIDAH BINTI ABDUL RAHIM KETUA SETIAUSAHA BUKU RASMI TAHUNAN 2022 159
PENGENALAN AKTIVITI DAN PENCAPAIAN Sejarah awal penubuhan Kementerian Perpaduan Negara bermula daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang mana Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada ketika itu menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara sebagai urus setia yang menyelaras aktiviti berbentuk perpaduan dan muhibah antara kaum. Pada 1 Januari 1972, jabatan itu telah dinaik taraf sebagai Kementerian Perpaduan Negara dan digabungkan bersama Pejabat Muhibah Negara yang bertanggungjawab untuk menyelaras tugas-tugas Penasihat Perpaduan Negara dengan perlaksanaan di peringkat pusat sebagai Majlis Muhibah dan bagi peringkat negeri/daerah dikenali sebagai Jawatankuasa Muhibah. Pada tahun 1974, penstrukturan semula dibuat dengan nama Lembaga Perpaduan Negara dan berperanan sebagai agensi di Jabatan Perdana Menteri. Pada 10 Mac 2020 Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan semula dengan dua agensi dibawahnya, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA). SEMARAK UNITI KELUARGA MALAYSIA (SUKM) Kementerian Perpaduan Negara menganjurkan Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia (SUKM) sebanyak lapan edisi pada tahun 2022. Bertemakan “Merakyatkan Perpaduan Keluarga Malaysia”, program ini berlandaskan kepada tiga teras utama Keluarga Malaysia iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran yang menitikberatkan penghayatan terhadap pengukuhan keharmonian dan kesepaduan rakyat pelbagai bangsa. Program SUKM telah diperluas ke seluruh negara di peringkat daerah, parlimen hingga ke peringkat komuniti dan dianjurkan di beberapa negeri seperti Pahang, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak. Ini adalah pendekatan yang ditekankan Kementerian bagi memastikan program-program perpaduan dapat didengar, dilihat dan dirasai oleh rakyat. Antara pengisian utama sepanjang program berlangsung adalah Pameran Rumah Kami yang memaparkan keunikan Masyarakat Kaum Melayu, Cina, India, Orang Asli, Sabah dan Sarawak. Selain itu, program ini turut mengetengahkan aktiviti Sukan Rakyat, Fun Run dan persembahan kebudayaan. Program seumpama ini telah mendapat sambutan menggalakkan dari setiap lapisan masyarakat dan mampu memupuk semangat muhibbah antara kaum. 160 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
Satu daripada pengisian program SUKM adalah pameran busana etnik pelbagai kaum. Aktiviti Fun Run menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. YB Menteri turut menyertai aktiviti Sukan Rakyat yang diadakan sepanjang program SUKM. Kehadiran pengunjung pelbagai latar belakang menyuntik semangat keharmonian. BUKU RASMI TAHUNAN 2022 161
GALERI UNITI KELUARGA MALAYSIA (GUKM) Usaha mencungkil tapak integrasi perpaduan diteruskan dengan penganjuran Program Galeri Uniti Keluarga Malaysia (GUKM). Dengan kerjasama beberapa Rakan Strategik seperti AEON BiG (M) Sdn Bhd, Berjaya Times Square, Pasaraya Econsave, CMart dan agensi kerajaan negeri, sebanyak tiga edisi GUKM berjaya dilaksanakan pada 2022. Program ini fokus kepada penghayatan detik-detik perpaduan dengan menghimpunkan pelbagai aktiviti silang budaya termasuk pameran Rumah KAMI, Sukan Rakyat dan persembahan kebudayaan. Uniknya program ini adalah melalui pameran panel moment of unity yang memaparkan keharmonian hidup masyarakat pelbagai kaum dalam aspek seperti perkahwinan, makanan, adat dan budaya. Pengunjung turut didedahkan dengan nilai warisan setiap kaum dan berkesempatan untuk merasai sendiri juadah istimewa kaum lain melalui segmen Citarasa Menu Keluarga Malaysia. Program seumpama ini membuka ruang kepada masyarakat untuk mempelajari, mengenali dan seterusnya saling menghormati keunikan serta adat resam pelbagai budaya di Malaysia. Keunikan budaya yang ditonjolkan dalam pengisian GUKM. Persembahan tarian kebudayaan dan tradisional menarik perhatian pengunjung. 162 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
Menyedari bahawa sukan merupakan satu daripada medium yang sangat berkesan dalam penyatuan rakyat berbilang bangsa di Malaysia, Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan Liga Sukan Uniti. Dua acara utama yang dipertandingkan adalah futsal dan bola jaring di seluruh Malaysia. Liga Sukan Uniti telah menerima lebih 12,000 penyertaan termasuk 413 pasukan futsal dan 277 pasukan bola jaring dengan setiap pasukan disertai oleh peserta lebih daripada satu etnik. Semangat berpasukan dan nilai jati diri yang dipupuk dalam sukan menjadi aset utama kesejahteraan dan keharmonian kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia. Kepelbagaian bangsa menjadi satu daripada syarat utama pertandingan. LIGA SUKAN UNITI JABATAN DAN AGENSI 1. Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) 2. Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) BUKU RASMI TAHUNAN 2022 163
KEMENTERIAN LUAR NEGERI Wisma Putra, No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, 62602 Putrajaya. : +603 8000 8000 : +603 8889 1717 / 2816 : www.kln.gov.my 164 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
PENGURUSAN TERTINGGI YB DATO’ SRI SAIFUDDIN BIN ABDULLAH MENTERI YB DATO’ KAMARUDIN BIN JAFFAR TIMBALAN MENTERI YBHG. TAN SRI MUHAMMAD SHAHRUL IKRAM BIN YAAKOB KETUA SETIAUSAHA ( Hingga 31 Mei 2022 ) YBHG. DATO’ SRI AMRAN BIN MOHAMED ZIN KETUA SETIAUSAHA ( Dari 9 Jun 2022 ) BUKU RASMI TAHUNAN 2022 165
PENGENALAN AKTIVITI DAN PENCAPAIAN Ditubuhkan pada tahun 1956, Kementerian Luar Negeri (KLN) pada awalnya dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Luar. Kementerian Hal Ehwal Luar pada mulanya berpusat di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur sebelum berpindah ke kompleksnya sendiri di Bukit Petaling pada tahun 1966 dan mengambil nama Wisma Putra seperti yang dikenali sekarang sebelum akhirnya berpindah ke Putrajaya pada tahun 2001. Perwakilan-perwakilan Diplomatik Malaysia yang terawal ditubuhkan di London, Washington, Canberra, New York, New Delhi, Jakarta dan Bangkok. Pada hari ini, Malaysia mempunyai 107 perwakilan diplomatik dan satu pejabat persahabatan dan perdagangan di serata dunia. Teras utama Dasar Luar Negeri Malaysia adalah untuk meneraju kedaulatan serta mempertahan kepentingan negara melalui diplomasi yang efektif, dinamik dan proaktif. PERSIDANGAN KETUA-KETUA PERWAKILAN DIPLOMATIK MALAYSIA KE-9 (HOMC9) Setelah tertunda beberapa tahun kerana pandemik COVID-19, HOMC9 telah diadakan dalam format hibrid pada 6 dan 7 September 2022. Bertemakan “Mengemudi Hubungan Luar Pasca Pandemik”, majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri di Wisma Putra. Turut hadir ialah YB Dato’ Sri Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri; YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi; YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya; serta YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara. Dato’ Sri Ismail Sabri (tengah), Menteri Luar Negeri Dato’ Sri Saifuddin Abdullah (kiri) dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Dato’ Sri Amran Mohamed Zin bergambar di hadapan skrin yang memaparkan Ketua-ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia daripada serata dunia. 166 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
SAMBUTAN HARI ASEAN KE-55 KLN dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menganjurkan Sambutan Hari ASEAN Ke-55 yang bertemakan “Usaha Kemanusiaan Serantau” pada 8 Ogos 2022 di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di Pulau Meranti, Puchong. Tema yang dipilih mengetengahkan usaha bantuan kemanusiaan yang dijalankan oleh Malaysia di peringkat serantau. Antara acara-acara yang diadakan semasa sambutan Hari ASEAN Ke-55 adalah latihan simulasi bantuan kemanusiaan yang diadakan secara langsung oleh pasukan SMART serta pameran inisiatif bantuan kemanusiaan oleh badan bukan kerajaan (NGO). Dalam ucaptama beliau, Perdana Menteri merakamkan penghargaan kepada Kementerian Luar Negeri serta Ketuaketua Perwakilan Diplomatik daripada 107 perwakilan Malaysia di serata dunia atas usaha mereka membantu Kerajaan mendepani cabaran COVID-19 di arena antarabangsa. Beliau turut menyatakan hasrat untuk membawa konsep “Keluarga Malaysia” ke pentas antarabangsa apabila beliau berucap di Perhimpunan Agung PBB Ke-77 untuk menyeru masyarakat antarabangsa supaya bekerjasama serta menghayati semangat “Keluarga Dunia” dalam menghadapi cabaran global. Perdana Menteri turut melancarkan Buku Daftar Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa terbitan bersama Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri dan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai salah satu usaha kerajaan untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu di persada dunia. BUKU RASMI TAHUNAN 2022 167
(Dari kiri) Cik Karima El Korri, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Rahmat bin Mohamad, DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, YBhg. Dato’ Cheong Loon Lai dan YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood. FORUM HARI HAK ASASI MANUSIA 2022 Pada 12 Disember 2022, KLN, Bahagian Hal Ehwal UndangUndang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU), Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu di Malaysia dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah menganjurkan Forum Hari Hak Asasi Manusia 2022 bertajuk “Strengthening and Enhancing Human Rights Towards Leaving No One Behind” sempena sambutan Hari Hak Asasi Manusia. DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan menyampaikan Titah Diraja semasa forum tersebut. BENGKEL KESEDARAN KEGANASAN DAN PENGURUSAN KECEMASAN PERUBATAN CBRNE Pada Mac 2022 SEARCCT dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Selayang telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Keupayaan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam bidang kesihatan terhadap ancaman penganas dan tindakan kecemasan perubatan apabila melibatkan ancaman penggunaan bahan kimia, biologi, radiologi, nuklear, dan bahan letupan (CBRNE). Seramai 144 peserta dari hospital dan klinik di Utara Semenanjung telah menghadiri bengkel ini yang telah berlangsung selama tiga hari di Dewan Besar Majlis Bandaraya Alor Setar dan Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah. 168 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
Peserta mencuba sut keselamatan. JABATAN DAN AGENSI 1. Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) 2. Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) 3. Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia Sepanjang program ini, peserta telah berpeluang untuk mempelajari secara teori dan praktikal mengenai asas-asas CBRNE dan tindakan awal yang perlu diambil apabila terdedah dengan ancaman CBRNE. Satu demonstrasi telah dijalankan oleh Hazardous Material (HAZMAT) Pasukan Jabatan Bomba dan penyelamat Malaysia dan pasukan perubatan Hospital Sultanah Bahiyah. BUKU RASMI TAHUNAN 2022 169
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya. : +603 8000 8000 : +603 8323 2000 : www.kpwkm.gov.my 170 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
PENGURUSAN TERTINGGI YB DATUK SERI RINA BINTI MOHD HARUN MENTERI YB DATO’ HAJAH SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF TIMBALAN MENTERI YBHG. DATUK DR. MAZIAH BINTI CHE YUSOFF KETUA SETIAUSAHA BUKU RASMI TAHUNAN 2022 171
PENGENALAN AKTIVITI DAN PENCAPAIAN Pada awalnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengguna pakai nama Kementerian Hal Ehwal Wanita yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 17 Januari 2001. Perubahan fungsi serta penambahan peranan kementerian diperluas dan namanya ditukar kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) mulai 15 Februari 2001. Penubuhan KPWK adalah manifestasi pelaksanaan iltizam negara yang dibuat di Persidangan Sedunia Keempat Wanita di Beijing, China pada 1995 seperti terkandung dalam dokumen Landasan Tindakan bagi memajukan wanita ke tahun 2000 iaitu pewujudan sebuah kementerian yang lengkap menggambarkan komitmen tinggi kerajaan untuk meningkatkan martabat wanita di negara ini. Pada 27 Mac 2004, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dibubarkan dan peranan kementerian tersebut dipindahkan kepada KPWK. Sehubungan itu, nama KPWK ditukar kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan kekal hingga ke hari ini. RANG UNDANG-UNDANG ANTIGANGGUAN SEKSUAL (RUU AGS) KPWKM telah menubuhkan Pasukan Projek Khas (SPT) yang terdiri daripada agensi kerajaan termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kementerian Sumber Manusia, ahli akademik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) seperti WAO, SUHAKAM, WAFIQ dan AWL yang memiliki kepakaran, pengetahuan dan pengalaman yang luas berkenaan gangguan seksual untuk menggubal Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual (RUU AGS). RUU AGS diusulkan di Dewan Rakyat dengan bacaan kali pertama pada 15 Disember 2021 sebelum dibacakan untuk kali kedua dan dibahaskan semasa Mesyuarat Parlimen Penggal Kelima yang bersidang mulai 28 Februari hingga 24 Mac 2022. Pengurusan tertinggi bersama-sama YB Menteri dan YB Timbalan Menteri semasa taklimat mengenai RUU AGS di Parlimen. 172 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
Sesi konsultasi bersama-sama pemegang taruh yang diadakan bagi memastikan laporan berkala tersebut menjawab saranan Jawatankuasa CEDAW. LAPORAN BERKALA CEDAW KEPADA PBB Malaysia telah mengemukakan Laporan Berkala Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) Keenam kepada Jawatankuasa CEDAW, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 25 April 2022. Laporan ini merangkumi kemajuan Malaysia selama lima tahun bermula 2017 hingga 2021 berserta maklumat terkini berkaitan dasar, inisiatif dan langkah konkrit yang diambil ke arah menghapuskan diskriminasi terhadap wanita. KPWKM telah menyediakan laporan tersebut dengan konsultasi bersama-sama pelbagai pemegang taruh bagi memastikan laporan tersebut menjawab saranan Jawatankuasa CEDAW. Pencapaian Malaysia dapat dilihat dari segi penambahbaikan dasar-dasar negara selaras dengan peruntukan konvensyen meskipun negara berdepan pelbagai cabaran antaranya untuk kembali pulih daripada pandemik global COVID-19 pada 2020 dan 2021. Kerajaan komited dalam melaksanakan usaha-usaha bagi memastikan persekitaran yang kondusif untuk membolehkan wanita mencapai potensi mereka sepenuhnya tanpa diskriminasi. Sepanjang tempoh lima tahun tersebut, Kementerian sentiasa memastikan sumbangan secara kolaboratif masyarakat daripada pelbagai status tidak mengira gender dalam penyediaan, pelaksanaan dan pemantauan semua dasar serta program kerajaan. Laporan ini juga adalah bukti komitmen Malaysia terhadap pelaksanaan peruntukan di bawah CEDAW di samping memenuhi hak wanita berasaskan Perlembagaan Persekutuan, perundangan dan dasar negara. BUKU RASMI TAHUNAN 2022 173
PERANAN JKM DALAM PENGURUSAN BENCANA BANJIR Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan satu jabatan yang bertanggungjawab membantu dan menyalurkan bantuan kepada semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang terlibat bencana banjir. Secara keseluruhan, semua keperluan asas, makanan dan minuman berjaya diagihkan kepada mangsa terlibat dan keadaan semasa di semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) adalah terkawal. Petugaspetugas JKM di semua kawasan terlibat telah digerakkan untuk menguruskan mangsa-mangsa banjir bersama-sama agensi lain mengikut keperluan dan peranan masing-masing. JKM sentiasa memantau perkembangan semasa situasi banjir di semua negeri dan bersiap sedia sepanjang masa walaupun berada di tempat yang tidak dilanda banjir. Di samping itu, JKM turut membangunkan Sistem InfoBencana JKM 2.0 berfungsi menyediakan data statistik mangsa bencana yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara di seluruh negara. Maklumat ini dikemas kini setiap 4 jam sekali dan boleh diakses melalui web dan aplikasi mobile. Orang ramai boleh memuat turun Aplikasi InfoBencana JKM 2.0 melalui Apps Store dan Play Store bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai PPS. Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Talian Kasih 15999 yang beroperasi 24 jam dan Bilik Gerakan JKM yang boleh dilayari di portal www.jkm.gov.my. YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyantuni mangsa banjir terutamanya kanak-kanak daripada keluarga yang terjejas. 174 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
JABATAN DAN AGENSI 1. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 2. Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) 3. Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) 4. Institut Sosial Malaysia (ISM) 5. Yayasan Kebajikan Negara (YKN) 6. Lembaga Kaunselor (LKM) BUKU RASMI TAHUNAN 2022 175
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR No.47, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya. : +603 8000 8000 : +603 8888 2025 : www.rurallink.gov.my (KINI KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH) 176 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
PENGURUSAN TERTINGGI YB DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID MENTERI YB DATO’ SRI ABDUL RAHMAN BIN HAJI MOHAMAD TIMBALAN MENTERI I YB DATUK HAJI HASBI BIN HAJI HABIBOLLAH TIMBALAN MENTERI II YBHG. DATO’ SRI RAMLAN BIN DATO’ HARUN KETUA SETIAUSAHA BUKU RASMI TAHUNAN 2022 177
PENGENALAN AKTIVITI DAN PENCAPAIAN Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperkenal Tranformasi Luar Bandar dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar secara menyeluruh dan berkesan melalui konsep “Membandarkan Luar Bandar”. Konsep memajukan luar bandar melangkau penyediaan infrastruktur asas di mana kawasan yang kondusif dengan pelbagai kebolehcapaian dan kemudahan yang sama dinikmati penduduk di bandar. Memacu Pembangunan Luar Bandar Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan hala tuju yang bertemakan “Mendaya Upaya Komuniti Luar Bandar” dan memperkasa penduduk luar bandar untuk mewujudkan masyarakat yang berdaya tahan (resilience) di mana ia memberi manfaat kepada lebih 1.5 juta orang dengan inisiatif di bawah infrastruktur, ekonomi, modal insan, sistem penyampaian dan tadbir urus dan sosial. KPLB CAPAI SEMUA KPI ASPIRASI 100 HARI KELUARGA MALAYSIA KPLB berjaya mencapai kesemua empat petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan dalam Aspirasi 100 Hari Keluarga Malaysia. Empat pencapaian tersebut ialah: 1. Pembinaan 100.56 kilometer jalan perhubungan desa sebagai akses perhubungan yang lebih cepat dan selamat yang memanfaatkan 20,095 penduduk kampung. 2. Pembinaan 114 projek baharu, menaik taraf atau membaik pulih kemudahan awam asas di bawah Program Ameniti Sosial (PAMS) yang memberi manfaat kepada 22,800 penduduk di kawasan luar bandar di seluruh negara. 3. Membina 800 unit rumah baharu serta membaik pulih 10,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) melibatkan peruntukan lebih RM186.6 juta yang memberi manfaat kepada 54 000 isi rumah luar bandar. 4. Sebanyak 5487 usahawan menerima manfaat daripada pelaksanaan pelbagai program keusahawanan desa melibatkan skim pembiayaan perniagaan khas wanita (Dananita), pembangunan keusahawanan belia Mara, program transformasi pembangunan usahawan dan bantuan insentif kepada usahawan yang terjejas kesan pandemik COVID-19. 178 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
MEMBANGUN DAN MENINGKATKAN TARAF SOSIOEKONOMI KOMUNITI ORANG ASLI MARA TAJA 3391 PELAJAR KE LUAR NEGARA Kebajikan Orang Asli sentiasa diberi perhatian khusus oleh kerajaan termasuk daripada aspek pendidikan dan taraf hidup mereka. Pada 2022, sebanyak RM274 juta ringgit diperuntukkan melalui Bajet 2022 bagi melaksanakan program peningkatan taraf hidup masyarakat Orang Asli termasuk pemberian subsidi dan bantuan persekolahan yang memberi manfaat kepada 200 000 orang. Kerajaan turut memperuntukkan RM250 juta lagi bagi menjalankan kerja-kerja membina, menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara jalan di perkampungan Orang Asli sepanjang Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). Pusat Internet turut diwujudkan di perkampungan Orang Asli sebagai satu daripada usaha melonjakkan kadar celik teknologi dalam kalangan mereka di samping meningkatkan taraf sosioekonomi dengan perniagaan dalam talian. Kerajaan melalui KPLB juga telah mewartakan tanah di 216 buah perkampungan Orang Asli, manakala 154 buah lagi sedang dalam proses kelulusan. Sepanjang 2022 Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah memberikan tajaan biasiswa pendidikan kepada seramai 3391 pelajar bagi melanjutkan pengajian mereka ke luar negara. Biasiswa diberikan kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam pelbagai bidang pengkhususan di universiti di 22 negara. Sebilangan besar daripada jumlah tersebut adalah pelajar yang menuntut di United Kingdom iaitu seramai 1422 pelajar dan 229 daripadanya di University of Manchester. BUKU RASMI TAHUNAN 2022 179
YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid ketika membuat lawatan kerja ke University of Manchester. 180 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
JABATAN DAN AGENSI 1. Majlis Amanah Rakyat (MARA) 2. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) 3. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) 4. Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah (FELCRA) 5. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) 6. Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) 7. Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) 8. Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) 9. Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) 10. Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) BUKU RASMI TAHUNAN 2022 181
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya. : +603 8000 8000 : +603 8891 5012 : www.kpkt.gov.my (KINI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN) 182 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
PENGURUSAN TERTINGGI YB DATO’ SRI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN MENTERI YB DATO’ SRI DR. HAJI ISMAIL BIN HAJI ABD. MUTTALIB TIMBALAN MENTERI YBHG. DATUK M NOOR AZMAN BIN TAIB KETUA SETIAUSAHA BUKU RASMI TAHUNAN 2022 183
PENGENALAN AKTIVITI DAN PENCAPAIAN Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ditubuhkan pada 24 Mei 1964 dengan nama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Berikutan penyusunan semula Kabinet pada 18 Julai 1978, organisasi kementerian telah diubah dan disusun semula dengan nama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan hasil penggabungan antara Kementerian Perumahan dan Kemajuan Perkampungan dengan Bahagian Kerajaan Tempatan yang sebelumnya terletak di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan. Pada 2 Disember 2022, KPKT telah dijenamakan semula kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. Sepanjang tahun 2022, KPKT berusaha memenuhi agenda, misi dan visi kementerian dalam memastikan jangkaan rakyat tercapai iaitu melalui Enam Fokus Malaysia Berdaya Huni 2022 iaitu: 1. Memastikan penyediaan rumah mampu milik yang mencukupi dan berkualiti; 2. Mengarus perdana pendigitalan dalam penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT); 3. Mempertingkat kesiapsiagaan kebombaan dan penyelamatan; 4. Mengutamakan kemampanan bandar; 5. Pembangunan dan dayatahan Bandar Hijau; dan 6. Mentransformasi pengurusan sisa pepejal kearah pembangunan ekonomi kitaran. KARNIVAL JOM BELI RUMAH (KJBR) 2022 DAN PROGRAM PEMILIKAN KEDIAMAN (HOPE) Karnival Jom Beli Rumah (KJBR) 2022 merupakan satu usaha KPKT dalam memberi peluang kepada pemaju perumahan untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat. Majlis perasmian KJBR 2022 disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob. KJBR 2022 berlangsung dari 15 hingga 17 Julai 2022 melibatkan 40 reruai yang disertai oleh 17 pemaju perumahan dan berjaya menarik 184 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
lebih 50,000 pengunjung. Selain pemaju perumahan, karnival itu turut menyaksikan penglibatan daripada institusi-institusi kewangan dan agensi-agensi perumahan pusat dan negeri. Pada program tersebut, Perdana Menteri turut merasmikan Majlis Pelancaran Program Pemilikan Kediaman (Home Ownership Programme - HOPE) yang memberi perhatian dalam hal ehwal pemilikan kediaman dan penyediaan ekosistem sektor perumahan. Ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Sementara itu, KJBR Wilayah Utara turut diadakan yang berlangsung pada 23 hingga 25 September 2022 dan dirasmikan oleh Menteri KPKT. KJBR Wilayah Utara menyediakan 45 reruai melibatkan pemaju perumahan, institusi kewangan dan agensi perumahan. KJBR Wilayah Utara berjaya menarik lebih 15,000. HOPE memperlihatkan komitmen Kerajaan menyediakan rumah yang mencukupi, mampu dimiliki, berkualiti dan berdaya huni kepada semua peringkat masyarakat. YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran HOPE dan KJBR 2022 serta penyerahan surat tawaran pembelian kediaman kepada penerima-penerima yang layak. BUKU RASMI TAHUNAN 2022 185
WORLD URBAN FORUM SESI KE-11 (WUF11) YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengetuai delegasi Malaysia ke World Urban Forum Sesi ke-11 (WUF11) yang diadakan di Katowice, Poland pada 26 hingga 30 Jun 2022. Bertemakan “Transforming Our Cities, For A Better Urban Future”, WUF11 merupakan sebuah forum antarabangsa yang dianjurkan oleh UN Habitat setiap dua tahun dan merupakan satu platform antarabangsa bagi bertukar-tukar pandangan dan pengalaman mengenai cabaran perbandaran. Pada persidangan tersebut, YB Dato’ Sri Reezal Merican turut merasmikan Pavilion Malaysia dan Majlis Prapelancaran Indeks Daya Huni Malaysia (iDAM). iDAM yang dibangunkan oleh KPKT melalui PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) merupakan mekanisme pengukuran tahap daya huni berimpak tinggi yang boleh memberi nilai tambah kepada perancangan pembangunan mengikut lokaliti bagi merancakkan ekonomi serta kesejahteraan negara. YB Dato’ Sri Reezal Merican turut mengadakan mesyuarat dua hala bersama-sama H.E. Asseem Abdel Hamid El Gazzar, Menteri Perumahan, Utiliti dan Komuniti Bandar Mesir di Pavilion Malaysia dan membincangkan tentang potensi kerjasama yang boleh dijalinkan di antara Malaysia dan Mesir terutama berkaitan kesejahteraan dan kelestarian perancangan bandar. YB Dato’ Sri Reezal Merican turut merasmikan prapelancaran iDAM dan berkaitan Penyertaan Malaysia dalam World Urban Forum Sesi ke-11 (WUF11). WUF11 merupakan usaha berterusan KPKT dalam memperkukuh agenda Malaysia Berdaya Huni untuk kesejahteraan rakyat dalam jangka panjang. 186 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
JABATAN DAN AGENSI 1. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) 2. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) 3. Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) 4. Jabatan Perumahan Negara (JPN) 5. Jabatan Landskap Negara (JLN) 6. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) 7. Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) 8. Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (i-KPKT) 9. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) 10. Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) 11. Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) 12. URBANICE Malaysia. BUKU RASMI TAHUNAN 2022 187
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN Blok 1 & 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya. : +603 8000 8000 : +603 8889 7957 : www.jwp.gov.my (KINI JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN DI BAWAH JABATAN PERDANA MENTERI) 188 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
PENGURUSAN TERTINGGI YB DATO’ SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM MENTERI YB DATUK SERI JALALUDDIN BIN ALIAS TIMBALAN MENTERI YBHG. DATUK SERI HAJAH ROSIDA BINTI JAAFAR KETUA SETIAUSAHA BUKU RASMI TAHUNAN 2022 189
PENGENALAN AKTIVITI DAN PENCAPAIAN Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) diwujudkan pada 1979 sebagai penyelaras perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur serta kawasan Lembah Klang dan Jawatankuasa Kerja Perancangan Wilayah Lembah Klang. Pada 1981, KWP dijadikan sebagai satu bahagian (Unit Perancangan Lembah Klang) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Pada 27 Mac 2004, KWP ditubuhkan semula untuk memberi tumpuan kemajuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. 23 Oktober 2009, nama ditukar kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Pada 2013, fungsi asal Kementerian dikembalikan, manakala fungsi kesejahteraan bandar diserahkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. RUMAH MAMPU MILIK WILAYAH PERSEKUTUAN KWP menyasarkan penyediaan 80,000 unit Residensi Wilayah dalam tempoh 10 tahun bermula 2019 melalui pelaksanaan Dasar Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan. Setakat 2022, sebanyak 34,106 unit siap dibina. Sementara itu, 2,510 unit Residensi Prihatin tersedia dengan harga RM200,000 berkeluasan 750 kaki persegi bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki tempat tinggal selesa dan berkualiti dengan harga mampu milik. Program Rumah Majlis (Council Homes) ialah rumah sewa milik DBKL yang berkeluasan 700 hingga 750 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air disewakan kepada golongan B40 atau miskin bandar. Sebanyak 3,621 unit melibatkan empat projek dalam status pembinaan. Unit contoh Residensi Wilayah yang disediakan bagi membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki tempat tinggal selesa dan berkualiti dengan harga mampu milik. 190 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
SOSIOEKONOMI MAMPAN DAN KOMUNITI INKLUSIF KWP melancarkan beberapa inisiatif untuk membantu mengurangkan beban rakyat antaranya dengan mewujudkan inisiatif Program MYGrocer@ Wilayah iaitu jualan barangan dapur harian pada harga lima hingga 20 peratus lebih murah dari pasar awam khusus di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di WP Kuala Lumpur melalui 14 trak. Selain itu, kementerian turut mengadakan Program Jualan Rakyat MYGrocer@Wilayah yang memberikan subsidi sebanyak RM3 bagi pembelian seekor ayam dan RM0.50 bagi 10 biji telur ayam yang memanfaatkan 75,558 penduduk di PPR dan PA di WP Kuala Lumpur serta golongan B40 di Labuan. Sementara itu, Program Jualan Murah Keluarga Malaysia MYGrocer@Wilayah pula adalah program yang diadakan dua kali seminggu dari 20 Ogos hingga Disember 2022 yang merupakan program perluasan Jualan Rakyat Keluarga Malaysia menerusi MYGrocer@Wilayah dengan tambahan barangan asas seperti beras 5kg, tepung gandum 1kg, gula 1kg, sardin tin, susu pekat tin dan santan kotak 200ml. Program MYGrocer@Wilayah diadakan untuk membantu mengurangkan beban rakyat dengan jualan barangan dapur harian pada harga lebih murah daripada pasar awam. JARINGAN KESELAMATAN SOSIAL Bantuan dan kemudahan yang disediakan KWP kepada rakyat tidak terbatas kepada aspek perumahan dan ekonomi sematamata, malah dari sudut sosial juga. Kementerian ini mewujudkan perlindungan sosial bekalan makanan melalui program MYFood@Wilayah dengan mengagihkan 52,000 bakul makanan kepada golongan B40 yang terkesan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). KWP juga melaksanakan program MyBeras@Wilayah di bawah inisiatif MyFood@Wilayah yang melibatkan pengagihan pek beras kepada 9 511 ketua isi rumah B40. Perlindungan sosial kesihatan melalui program MYMedic@ Wilayah turut diwujudkan yang mana seramai 8,360 penduduk Kuala Lumpur memperoleh perkhidmatan kesihatan percuma melalui klinik bergerak dari Januari hingga November 2022. Selain itu, seramai 10,955 pelajar berdaftar dari kawasan PPR/ PA dan Perumahan Swasta Kos Rendah turut mendapat manfaat daripada program BUKU RASMI TAHUNAN 2022 191
BANDAR PINTAR BANDAR HIJAU Penjenamaan semula Pusat Pengurusan Pengangkutan Bersepadu (ITIS) kepada Kuala Lumpur Command and Control Centre (KLCCC) selaras dengan penambahan 3 000 unit CCTV yang menjadikan jumlah terkini sebanyak 5 000 unit. Pelaksanaan inisiatif MySmart Wilayah 2030 iaitu pemasangan 475 CCTV dan 89 buah butang panik di Putrajaya dalam usaha mempertingkatkan keselamatan awam. KWP menyasarkan sebanyak 1.5 juta pokok ditanam dalam tempoh lima tahun bermula 2021 dan penggunaan bas elektrik akan diperluas di Kuala Lumpur. Wangsa Maju dipilih sebagai bandar perintis rendah karbon bagi menjadikan ibu negara bandar hijau. Penutupan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) kepada semua kenderaan juga dilaksanakan pada setiap Ahad bermula pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam, manakala inisiatif Kuala Lumpur Bebas Kenderaan pula diadakan setiap Ahad dari pukul 7 hingga 9 pagi. Sementara itu, kawasan hijau dan badan air di Putrajaya dikekalkan peratusan keluasannya sebanyak 38 peratus (1874 hektar) dari keseluruhan Putrajaya. Sebanyak 1874 hektar kawasan di Putrajaya dikekalkan sebagai kawasan hijau dan badan air. MYSchoolBus@Wilayah yang menyediakan perkhidmatan bas sekolah percuma pada tahun 2022. Nasib warga Wilayah Persekutuan terus terbela dengan pelaksanaan program MYJob@Wilayah oleh pihak DBKL dengan kerjasama PERKESO. Beberapa sesi temu duga terbuka di PA/PPR telah diadakan dengan seramai 1,294 peserta hadir ke program ini. Daripada jumlah itu, 408 peserta (31.5%) mendapat pekerjaan. Seramai 8360 penduduk Kuala Lumpur memperoleh perkhidmatan kesihatan percuma melalui program MYMedic@Wilayah. 192 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
MENGGALAKKAN PERKEMBANGAN WILAYAH PERSEKUTUAN SEBAGAI VIBRANT CITY DAN PELANCONGAN MEMPERKUKUH JARINGAN INFRASTRUKTUR WILAYAH PERSEKUTUAN Floria DiRaja Putrajaya 2022 mencatatkan kehadiran seramai 1 juta pengunjung dan terdapat produk pelancongan baharu di Putrajaya seperti Tangga Putrajaya, Glamping@Wetland, Chocolate Souq Putrajaya, Pantai Floria dan Secret Garden Putrajaya. Wilayah Persekutuan merupakan bandar paling bahagia dalam Malaysia melalui skor Indeks Kebahagiaan (MHI) 2021 dengan Labuan memperoleh skor tertinggi iaitu 9.29 mendahului semua negeri di Malaysia diikuti Kuala Lumpur (7.77) dan Putrajaya (7.28). Infrastruktur di Kuala Lumpur terus diperkukuh dengan pembinaan Jalan Segambut dari jambatan KTM hingga ke Mont Kiara serta dua jejambat baharu iaitu Jejambat Jalan Langgak Golf ke Bulatan Kampung Pandan dan Jejambat Jalan Ipoh berhadapan Pasar Harian Selayang. Fasa 2 pembinaan Jalan Segambut dari Jambatan KTM sehingga ke Mont Kiara dijangka siap pada Jun 2023. Tangga Putrajaya adalah satu daripada produk pelancongan baharu di Putrajaya. BUKU RASMI TAHUNAN 2022 193
MENGEKALKAN DAN MELINDUNGI KAWASAN HIJAU UNTUK RAKYAT DAN GENERASI AKAN DATANG MENYANTUNI RAKYAT MENGHADAPI KESUKARAN Pengurusan Taman Tugu di Kuala Lumpur diserah kepada Amanah Warisan Negara (Awan) pada 5 Jun 2022 yang diasaskan Khazanah Nasional bertujuan untuk memelihara, memulihara, mengurus dan mengendalikan taman itu. ■ 108 kali aktiviti turun padang dalam tempoh 100 hari untuk menyelesaikan isu-isu rakyat. ■ Perkongsian nombor telefon peribadi Menteri Wilayah Persekutuan, Timbalan Menteri dan Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk salur aduan kerosakan jalan di Kuala Lumpur. 194 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
JABATAN DAN AGENSI 1. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2. Perbadanan Putrajaya (PPj) 3. Perbadanan Labuan (PL) 4. Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP) 5. Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) 6. Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) BUKU RASMI TAHUNAN 2022 195
KEMENTERIAN KERJA RAYA Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur. : +603 8000 8000 : +603 2711 1101 : www.kkr.gov.my 196 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
PENGURUSAN TERTINGGI YB DATO’ SRI HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF MENTERI KANAN YB DATUK ARTHUR JOSEPH KURUP TIMBALAN MENTERI YBHG. DATO’ WIRA WAN AHMAD UZIR BIN HJ WAN SULAIMAN KETUA SETIAUSAHA BUKU RASMI TAHUNAN 2022 197
PENGENALAN AKTIVITI DAN PENCAPAIAN Kementerian Kerja Raya (KKR) ditubuhkan sebagai kementerian utama di Malaysia yang bertanggungjawab mengkaji, merancang, menilai dan menggubal dasar – dasar baharu untuk industri pembinaan (infrastruktur dan bangunan) selaras dengan pembangunan negara. Selain itu, KKR juga bertanggungjawab dalam perancangan, pembangunan dan penyelenggaraan jalan raya, lebuh raya, cerun di Jalan Persekutuan serta Bangunan Guna Sama Persekutuan (BGP). KKR merupakan kementerian yang terlibat dalam meningkatkan kompetensi sumber manusia dengan membangunkan kepakaran kejuruteraan dan teknikal. Secara tidak langsung, KKR juga merupakan peneraju pelaksanaan Intelligence Transportation System (ITS) negara bagi meningkatkan keberkesanan rangkaian jalan raya, keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya. KONGRES DUNIA SISTEM PENGANGKUTAN PINTAR KE-28 (ITS), LOS ANGELES, AMERIKA SYARIKAT Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof bersamasama delegasi Kementerian Kerja Raya (KKR) menyertai 28th Intelligent Transport Systems (ITS) World Congress di Los Angeles dan Lawatan Teknikal ke Nevada, Amerika Syarikat dari 18 hingga 27 September 2022 bertujuan mewujudkan penanda aras bagi membolehkan KKR memperkemas polisi ITS di Malaysia setaraf dengan negara maju. Turut diadakan, Lawatan Teknikal ke The Toll Road of Orange County, Los Angeles, Amerika Syarikat berserta penerangan isuisu dan cabaran melaksanakan sistem kutipan tol secara Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) dan lawatan teknikal ke Regional Transportation Commission (RTC) of Southern Nevada’s Traffic Management Centre meninjau penggunaan sistem ITS. Hasil daripada sesi lawatan kerja ini, Menteri Kanan Kerja Raya telah mencadangkan agar KKR meluaskan skop gerak kerja ITS Council yang dianggotai oleh tujuh kementerian dengan mewujudkan dua lagi Technical Working Group (TWG) yang akan memberi fokus kepada ITS in Safety dan juga ITS in Decarbonation, Equity dan Technology selaras dengan perkembangan pesat ITS di bidang tersebut. ITS World Congress 2022 menyediakan platform percambahan idea dan penanda aras polisi ITS Negara. 198 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
PEMBUKAAN JAJARAN LEBUH RAYA PAN BORNEO SARAWAK LEBUH RAYA DAN JALAN PERSEKUTUAN SIAP DIBINA 2022 Projek Lebuh raya Pan Borneo Sarawak (LPBS) yang merentasi bahagian utara Sarawak hampir siap sepenuhnya dan beberapa jajaran berjaya dibuka kepada pengguna. Persimpangan Bertingkat Nyabau, Bintulu sepanjang 1.23 kilometer (km) dibuka 18 Februari 2022 dan merupakan persimpangan terpanjang dalam jajaran LPBS. Jejambat Batu 10, Kuching dibuka pada 22 Mei 2022, Seksyen Pujut, Miri sepanjang 15.9 km pada 7 Ogos 2022, Persimpangan Bertingkat Sri Aman pada 4 September 2022 dan Seksyen Selangau sepanjang 27 km dibuka 14 November 2022. Pembukaan jajaran-jajaran ini dihadiri Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dan Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof. Fasa pertama LPBS sepanjang lebih 786 km ini membangunkan rangkaian jalan raya sedia ada untuk rakyat bergerak lebih selesa dan selamat selain mampu membantu menyuraikan kesesakan trafik. Lebuh raya Bertingkat DamansaraShah Alam (DASH) sepanjang 20.1 kilometer dari Puncak Perdana ke Penchala dibuka pada 13 Oktober 2022, merupakan laluan alternatif dari Shah Alam ke Kuala Lumpur dan dijangka mengurangkan kesesakan trafik di Sungai Buloh dan Kota Damanara sehingga 40 peratus pada waktu puncak. Selain itu, fasa pertama Lebuh raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sepanjang 16.6 kilometer dibuka pada 15 September 2022 dan menjadi alternatif Jalan YB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof ketika meninjau Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak. BUKU RASMI TAHUNAN 2022 199
Lingkaran Tengah 2 (MRR2) serta mampu menyuraikan trafik sehingga 36 peratus pada waktu puncak dan masa perjalanan mampu dijimatkan daripada 75 minit kepada 25 minit. Pembukaan Jalan Pintas Kuala Terengganu sepanjang 5.8 kilometer pada 1 November 2022 bakal mengurangkan kesesakan trafik di Jalan Persekutuan FT03 sedia ada di bandar Kuala Terengganu terutamanya pada waktu puncak. Di samping itu, kerja menaik taraf dan pelebaran Jalan Persekutuan FT05 dari Tanjong Karang ke Sabak Bernam, Selangor sepanjang 45 kilometer berjaya disiapkan pada 22 Februari 2022 dan dijangka dapat menampung trafik dianggarkan 7 juta kenderaan setahun tanpa sebarang tol dikenakan. Lebuh raya SUKE mencatat Malaysia Book of Records 2022 melalui pembinaan jejambat helikoidal pertama di Malaysia. Lebuh raya DASH adalah lebuh raya bertingkat tiga lorong dua hala melibatkan 13 persimpangan, tiga plaza tol dan dua hentian sebelah. 200 BUKU RASMI TAHUNAN 2022