PENGURUSAN TERTINGGI YB DATO’ SRI DR. ADHAM BIN BABA MENTERI YB DATUK HAJI AHMAD AMZAD BIN HASHIM TIMBALAN MENTERI YBHG. DATUK ZAINAL ABIDIN BIN ABU HASSAN KETUA SETIAUSAHA BUKU RASMI TAHUNAN 2022 101
PENGENALAN AKTIVITI DAN PENCAPAIAN DASAR BIOTEKNOLOGI NEGARA 2.0 (DBN 2.0) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah diberi tanggungjawab sebagai kementerian peneraju agenda sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE) dalam memperluas pembangunan teknologi negara dengan memantapkan dasar dan hala tuju strategik. MOSTI menerajui pembangunan STIE melalui penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi ke arah penciptaan negara berteknologi tinggi untuk pertumbuhan ekonomi, kelestarian persekitaran dan kesejahteraan masyarakat. Dalam usaha untuk memperkukuh ekosistem bioteknologi sedia ada serta menjadi katalis dalam menyelesaikan cabaran negara berkaitan sekuriti makanan, pengurusan pandemik dan krisis perubahan iklim Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah melancarkan Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0) pada 12 September 2022. DBN 2.0 akan menambah baik strategi-strategi yang terkandung dalam Dasar Bioteknologi Negara terdahulu selaras dengan perkembangan trend di peringkat global selain memastikan bidang bioteknologi berkembang pesat dan maju selaras dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 dengan memberi tumpuan kepada tiga tunjang utama iaitu bioteknologi pertanian dan jaminan makanan, bioteknologi penjagaan kesihatan serta kesejahteraan dan bioteknologi perindustrian dan ekonomi kitaran. MOSTI yakin menerusi DBN2.0 akan memberi impak positif kepada negara dalam memacu sosioekonomi negara ke arah kualiti hidup yang lebih baik berasaskan kepakaran dan inovasi tempatan. YAB Dato’ Sri Ismail Sabri (kiri) ketika melancarkan DBN 2.0 102 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
MINGGU SAINS NEGARA KELUARGA MALAYSIA 2022 Penganjuran Minggu Sains Negara (MSN) Keluarga Malaysia 2022 pada April hingga Oktober 2022 telah mencatatkan sebanyak 1.88 juta penglibatan daripada pelajar dan belia berusia antara tujuh hingga 30 tahun menerusi program-program sains, teknologi dan inovasi (STI). Dengan tema “Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi”, program perdana MOSTI ini mendapat penyertaan daripada pelbagai agensi dan jabatan serta rakan strategik yang turut bersama-sama mendukung hasrat memperkaya STI dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda. Pelaksanaan program sebegini juga diharapkan dapat memupuk serta meningkatkan minat generasi muda untuk terus memperkasa STI dalam kehidupan seharian selain menjadikan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) sebagai pilihan kerjaya masa hadapan. Inisiatif itu dilaksanakan bagi mencungkil potensi dalam mengatasi cabaran kesihatan awam yang semakin meningkat serta menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti tinggi. MSN mencatatkan sebanyak 1.88 juta penglibatan daripada pelajar dan belia dari seluruh negara. BUKU RASMI TAHUNAN 2022 103
MALAYSIA TECHLYMPICS 2022 Program Techlympics berlangsung dari bulan April hingga November 2022 dan mendapat sebanyak 1.03 juta penyertaan daripada pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi serta golongan belia. Ia turut mencapai 26.9 juta jangkauan digital menerusi laman sesawang Techlympics dan pelbagai platform media sosial. Seramai 6000 guru dan pelajar diberikan latihan berkaitan teknologi terkini seperti teknologi robot dan dron melalui aktiviti Jangkauan Keterangkuman Malaysia Techlympics yang diadakan di 66 lokasi seluruh negara. Sebanyak 25 buah pertandingan diperkenal di bawah Malaysia Techlympics melalui lima tema iaitu kecerdasan buatan dan sains data, eksplorasi angkasa, dron dan aplikasinya, teknologi sohor serta inovasi untuk kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam. Pertandingan dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringkat zon dan peringkat akhir kebangsaan. Bagi peringkat zon, pertandingan telah dilaksanakan di seluruh Malaysia melibatkan enam buah zon iaitu zon utara, tengah, selatan, timur, Sabah dan Sarawak. Manakala, Malaysia Techlympics Peringkat Akhir Kebangsaan telah berlangsung pada 26 dan 27 November melibatkan 5000 penyertaan para pelajar, belia dan guru-guru seluruh Malaysia. Program Techlympics mendapat sebanyak 1.03 juta penyertaan daripada pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi serta golongan belia seluruh negara. 104 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
JABATAN DAN AGENSI 1. Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) 2. Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) 3. Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) 4. Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA MALAYSIA) 5. Akademi Sains Malaysia 6. Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) 7. Cradle Fund Sdn. Bhd. 8. Kumpulan Modal Perdana (KMP) 9. Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) 10. Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP) 11. Malaysian Technology Development Corporation Sdn. Bhd. (MTDC) 12. MIMOS Berhad 13. Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) 14. Malaysian IndustryGovernment Group for High Technology (MIGHT) 15. Nano Malaysia Berhad (NanoMalaysia) 16. National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) 17. Yayasan Inovasi Malaysia 18. Institut Kimia Malaysia 19. Pusat Sains Negara 20. Planetarium Negara BUKU RASMI TAHUNAN 2022 105
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4, 62100 Putrajaya. : +603 8000 8000 : +603 8888 0158 : www.mot.gov.my 106 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
PENGURUSAN TERTINGGI YB DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG MENTERI YB DATO HENRY SUM AGONG TIMBALAN MENTERI YBHG. DATUK ISHAM BIN ISHAK KETUA SETIAUSAHA BUKU RASMI TAHUNAN 2022 107
PENGENALAN AKTIVITI DAN PENCAPAIAN PENCALONAN SEMULA MALAYSIA SEBAGAI AHLI MAJLIS ICAO “Pengangkutan Mampan Nadi Pembangunan Negara”, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) memegang misi memperkasakan sistem pengangkutan berteraskan teknologi sebagai pemangkin pembangunan negara agar visi Malaysia sebagai peneraju transformasi sistem pengangkutan bersepadu, efisien dan selamat dapat dicapai. Meliputi empat sektor pengangkutan utama iaitu darat, logistik, maritim dan udara, sebanyak 16 Jabatan dan Agensi di bawah kawalseliaannya, membuktikan bahawa sektor pengangkutan merupakan pemangkin utama bagi pembangunan sosioekonomi negara. Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019-2030 telah digubal demi mencapai pengangkutan mampan untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan menyokong kesejahteraan rakyat dengan status negara maju. Malaysia berjaya mempertahankan kerusi Ahli Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di bawah Kategori III bagi penggal 2022-2025. Ini menjadikan Malaysia kekal sebagai ahli majlis pertubuhan itu untuk enam penggal berturut-turut sejak 2007. Keputusan mengenai perkara tersebut diumumkan pada 5 Oktober 2022 sempena Perhimpunan Agung Ke-41 ICAO yang berlangsung pada 27 September hingga 14 Oktober 2022 di Ibu Pejabat ICAO di Montreal, Kanada. 108 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
PELANCARAN MRT LALUAN PUTRAJAYA FASA SATU Pelancaran perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob bertempat di Stesen MRT Kampung Batu, Kuala Lumpur pada 16 Jun 2022. Pembukaan MRT Laluan Putrajaya itu yang dibangunkan dalam dua fasa menyediakan perkhidmatan kepada kira-kira dua juta penduduk di sepanjang laluan dari kawasan Kwasa Damansara ke Putrajaya. Selaras dengan teras Dasar Pengangkutan Negara, menjadi hasrat utama kerajaan untuk menyediakan sistem pengangkutan awam yang selamat, cekap, mampan dan dipercayai. Penyediaan pengangkutan awam juga akan dipertingkat supaya Keluarga Malaysia menikmati akses lebih baik kepada perkhidmatan dan ketersambungan lancar seperti yang dirancang dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12). YAB Dato’ Sri Ismail Sabri ketika melancarkan MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kampung Batu, Kuala Lumpur. Kategori III adalah negara-negara yang dipilih untuk memastikan keseluruhan kedudukan geografi dunia mempunyai wakil dalam Majlis ICAO. Malaysia akan terus memberikan komitmen berterusan kepada ICAO untuk mempertahan dan menegakkan aspek-aspek keselamatan penerbangan awam, inovasi dan kemampanan penerbangan global serta memanfaatkan kemenangan ini untuk kepentingan rakyat dan negara secara keseluruhannya. BUKU RASMI TAHUNAN 2022 109
YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong pada majlis meraikan pencapaian PTP itu di Iskandar Puteri, Johor. PELABUHAN TANJUNG PELEPAS TERMINAL KONTENA PERTAMA KENDALI LEBIH 11 JUTA TEUs DI MALAYSIA Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd. (PTP), syarikat usaha sama antara MMC Corporation Berhad dengan APM Terminals yang berpangkalan di The Hague, Belanda telah merekodkan pencapaian baharu dengan menjadi terminal kontena pertama di Malaysia yang melepasi jumlah kendalian kontena melebihi 11 juta TEUs pada tahun 2021 sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan PTP sebagai satu daripada 15 pelabuhan tersibuk di dunia. Di samping itu, PTP turut menjadi pelabuhan pertama di rantau Asia Tenggara untuk menerima kehadiran satu daripada kapal kontena terbesar dunia iaitu Ever Ace di pelabuhan tersebut dan ini mencerminkan keyakinan pengendali kapal terhadap kemampuan dan komitmen PTP dalam memenuhi kehendak pelanggan. 110 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
JABATAN DAN AGENSI 1. Jabatan Laut Malaysia (JLM) 2. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 3. Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) 4. Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak 5. Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah 6. Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) 7. Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) 8. Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) 9. Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) 10. Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) 11. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) 12. Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) 13. Perbadanan Aset Keretapi (RAC) 14. Institut Maritim Malaysia (MIMA) 15. Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) 16. Perlindungan dan Indemniti Malaysia (PNI) BUKU RASMI TAHUNAN 2022 111
KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur. : +603 4019 9999 : www.mod.gov.my 112 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
PENGURUSAN TERTINGGI YB DATO’ SERI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN MENTERI KANAN YB DATO’ SRI IKMAL HISHAM BIN ABDUL AZIZ TIMBALAN MENTERI YBHG. DATO’ SRI MUEZ BIN ABD AZIZ KETUA SETIAUSAHA BUKU RASMI TAHUNAN 2022 113
PENGENALAN AKTIVITI DAN PENCAPAIAN TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA TERIMA HELIKOPTER AW139 Kementerian Pertahanan diterajui oleh Menteri Kanan Pertahanan dan dibantu oleh seorang Timbalan Menteri. Organisasi Kementerian Pertahanan mengandungi dua perkhidmatan utama iaitu perkhidmatan awam yang diketuai oleh Ketua Setiausaha dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera. Mendukung visi sebagai peneraju pertahanan negara yang berwibawa dengan misi untuk memastikan pengurusan pertahanan negara sentiasa cekap, siap siaga dan dinamik. Kementerian Pertahanan telah menggariskan objektif dalam melindungi dan mempertahankan kepentingan negara menjadi teras kepada kedaulatan, keutuhan wilayah dan kesejahteraan ekonomi. Tentera Udara Diraja Malaysia telah menerima empat buah helikopter jenis Leonardo AW139 bagi menggantikan perkhidmatan helikopter jenis Sikorsky S-61 atau lebih dikenali Nuri yang telah ditamatkan penugasan pada 7 Ogos 2019. Penerimaan helikopter ini adalah secara sewaan dengan konsep ”Government Operate, Company Own and Maintain” (GOCOM). Aset ini diperoleh menerusi satu Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM (RMAF Capability Development Plan 2055 - RMAF CAP55) yang telah digariskan dalam RMK-13. Leonardo AW139 dipilih kerana kemampuannya melaksanakan operasi yang memberikan kepentingan taktikal, operasi dan strategik kepada TUDM serta ATM. Selain itu, AW 139 juga berkeupayaan melaksanakan peranan dan tugas utility fleet helikopter TUDM serta mampu beroperasi pada waktu siang dan malam. Helikopter ini akan dikendalikan oleh No 3 Skuadron. Majlis pengenalan pesawat AW139 ini telah berlangsung pada 10 Februari 2022 di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang yang dihadiri oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Kanan Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan Jeneral Tan Sri Ackbal bin Abdul Samad TUDM, Panglima Tentera Udara. 114 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
Helikopter baharu jenis Leonardo AW139 digunakan bagi menggantikan perkhidmatan helikopter Nuri yang telah ditamatkan penugasan pada 2019. DSA 2022 DAN NATSEC ASIA 2022: KE ARAH ERA BAHARU PERTAHANAN DAN KESELAMATAN Pameran Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 telah berlangsung dengan jayanya selama empat hari bermula 28 Mac 2022 bertempat di Malaysia Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Penganjuran acara ini merupakan acara mega dan terbesar di rantau ASEAN dan juga dunia. Kali terakhir pameran ini dilaksanakan adalah pada tahun 2018 dan pada tahun 2020 pameran tidak dapat dilaksanakan disebabkan penularan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara. Pameran ini bertemakan “Ke Arah Era Baharu Pertahanan dan Keselamatan”. Majlis pelancaran atau DSA dan NATSEC ASIA 2022 telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Kanan Pertahanan dan YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri pada 28 Mac 2022. Penganjuran program ini telah menyaksikan sebanyak RM7.1 billion kontrak dan MOU berjaya ditandatangani. Pameran ini juga telah menghimpunkan sejumlah 1096 syarikat dari 49 negara dan sebanyak 20 pavilion antarabangsa turut terlibat dalam pameran ini. Seramai 35 567 pengunjung yang telah menghadiri pameran yang berlangsung selama empat hari dan seramai 380 orang delegasi VIP (asing dan tempatan) turut hadir pada pameran ini. BUKU RASMI TAHUNAN 2022 115
DSA 2022 dan NATSEC Asia 2022 menghimpunkan sejumlah 1096 syarikat dari 49 buah negara. LATIHAN KUASA TEMBAKAN (LKT) 2022 Sekali lagi Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan digegarkan dengan Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2022 yang dilaksanakan dengan jayanya pada 21 Jun 2022 oleh ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melibatkan Darat, Laut dan Udara. LKT ini berupaya mempamerkan atur gerak dan keupayaan combat team dalam ketumbukan combined arms melalui maneuver dan kuasa tembakan secara segmen dinamik bagi memperagakan keberkesanan sistem persenjataan ATM dalam senario pertempuran masa kini di samping memberi pendedahan kepada para penuntut Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) dari Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT). Pada tahun ini, seramai 2300 pegawai dan anggota pelbagai kepakaran serta penglibatan sebanyak 644 aset pertahanan pelbagai jenis antaranya kenderaan tempur, kenderaan sokongan dan sistem persenjataan yang melibatkan aset Infantri, Mekanize, Armor, Artileri, Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) dan Pesawat Udara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Kanan Pertahanan telah hadir bagi menyaksikan dengan lebih dekat LKT 2022. Turut hadir pada sesi latihan tersebut ialah YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Timbalan Menteri Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi bin Buang serta panglima-panglima perkhidmatan. 116 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
Seramai 2300 pegawai dan anggota pelbagai kepakaran terlibat dalam latihan tahunan tersebut. KD LEKIR PAMER TARING DI RIMPAC 2022 Kapal Diraja (KD) LEKIR telah membuktikan kemampuannya apabila berjaya melancarkan penembakan Misil EXOCET MM40 tepat ke sasaran di perairan Hawaii, Amerika Syarikat dalam siri latihan Sinking Exercise (SINKEX) semasa fasa di laut Eksesais Rim of the Pacific (RIMPAC) 2022 pada 12 Julai 2022. Lebih membanggakan, kapal jenis korvet milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menyertai eksesais maritim antarabangsa terbesar itu mencipta sejarah kerana ini kali pertama aset TLDM membuat penembakan misil di luar perairan Malaysia dalam siri eksesais ke-28 itu sejak 1971. Selain pelancaran peluru berpandu, KD LEKIR turut melaksanakan latihan penembakan meriam utama 57mm Mk1 Bofors dan Close Range Gun 30mm MSI dalam beberapa siri latihan eksesais RIMPAC 2022 di sekitar kepulauan Hawaii dan Selatan California, Amerika Syarikat. Antara siri latihan tersebut adalah Naval Surface Firing Support (NSFS) dan Gunnery Exercise (GUNEX). Sebagai rekod, penyertaan KD LEKIR merupakan penglibatan kali kedua TLDM setelah kejayaan buat kali pertama pada tahun 2018 menerusi KD LEKIU daripada Skuadron Frigat ke-23. Eksesais maritim antarabangsa terbesar dunia ini menyediakan peluang latihan bersama-sama pelbagai negara di samping mengukuhkan jalinan kerjasama antara peserta. BUKU RASMI TAHUNAN 2022 117
KD LEKIR mencipta sejarah kerana ini kali pertama aset TLDM membuat penembakan misil di luar perairan Malaysia dalam siri eksesais sejak 1971. 118 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
JABATAN DAN AGENSI 1. Markas Angkatan Tentera 2. Markas Tentera Darat 3. Markas Tentera Laut 4. Markas Tentera Udara 5. Institut Penyelidikan Sains Dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) 6. Institut Pertahanan Dan Keselamatan Malaysia (MiDAS) 7. Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) 8. Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) BUKU RASMI TAHUNAN 2022 119
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI Blok E4/5, Kompleks Kerajaan Parcel E, 62668 Putrajaya. : +603 8000 8000 : +603 8889 3712 : www.kuskop.gov.my 120 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
PENGURUSAN TERTINGGI YB TAN SRI NOH BIN HAJI OMAR MENTERI YB DATUK MUSLIMIN BIN YAHYA TIMBALAN MENTERI YBHG. DATO’ SURIANI BINTI DATO’ AHMAD KETUA SETIAUSAHA BUKU RASMI TAHUNAN 2022 121
PENGENALAN AKTIVITI DAN PENCAPAIAN PROGRAM BAZAR JUALAN MURAH RAYA (BJMR) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berwawasan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan unggul yang bersatu, makmur dan bermaruah dalam usaha mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif untuk menyokong agenda pembangunan keusahawanan negara yang inklusif, mampan serta dipacu oleh pengetahuan dan inovasi. Bazar Jualan Murah Raya (BJMR) KUSKOP sempena Hari Raya Aidilfitri 2022 telah berlangsung selama empat hari mulai 24 April 2022 bertempat di Ruang Legar, Auditorium Utama Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Perasmian BJMR 2022 telah diadakan pada 25 April 2022 oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Program ini dianjurkan secara kolaborasi antara KUSKOP, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) serta agensi KUSKOP yang lain. Pelaksanaan program ini adalah bertepatan dengan hasrat KUSKOP bagi membantu masyarakat sekitar mendapatkan barangan asas dan keperluan untuk persediaan menyambut Aidilfitri pada harga yang berpatutan. Selain daripada itu, program ini merupakan platform terbaik untuk memperluas pemasaran produk serta peluang menjana pendapatan usahawan dan koperasi. Seramai 30 usahawan dan koperasi telah menyertai BJMR 2022 dengan menawarkan jualan pelbagai kategori barangan persiapan raya di bawah satu bumbung. Antara acara menarik adalah sesi happy hour yang menawarkan potongan harga sehingga 20 peratus dan cabutan bertuah kepada para pengunjung. Program ini telah berjaya mencapai nilai jualan sebanyak RM302,161.95 dengan rekod kehadiran 10 485 orang pengunjung. BJMR berjaya menarik seramai 10 485 orang pengunjung. 122 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
MAJLIS PELANCARAN RANGKA TINDAKAN KEUSAHAWANAN SOSIAL MALAYSIA 2030 (SEMy2030) PROGRAM BIAYA USAHAWAN KUSKOP telah melancarkan Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial Malaysia 2030 (SEMy2030) pada 23 April 2022. SEMy2030 merupakan hala tuju strategik baharu bagi pembangunan keusahawanan sosial dengan matlamat untuk mengarus perdana perusahaan sosial sebagai penyumbang efektif kepada pembangunan sosioekonomi negara yang inklusif, seimbang dan mampan. Ke arah mencapai objektif dan sasaran yang telah ditetapkan, SEMy2030 menggariskan 5 teras strategik, 20 strategi dan 45 inisiatif. SEMy2030 turut menetapkan deskripsi baharu perusahaan sosial yang lebih inklusif selaras dengan ciri-ciri perusahaan sosial di peringkat global. Biaya Usahawan adalah sebuah program yang direka khusus untuk memberikan kesedaran dan meningkatkan akses perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kepada peluang pembiayaan perniagaan yang ditawarkan oleh agensi kerajaan dan institusi kewangan swasta. Sepanjang tahun 2022, sebanyak lima siri webinar dan 10 program jerayawara secara fizikal berjaya dilaksanakan dan telah memberi manfaat kepada seramai 17 576 PMKS. Daripada jumlah tersebut, seramai 975 PMKS berpotensi untuk mendapat pembiayaan dengan jumlah potensi pembiayaan sebanyak SEMy2030 merupakan hala tuju strategik baharu bagi pembangunan keusahawanan sosial. BUKU RASMI TAHUNAN 2022 123
RM165.74 juta. Perincian program dan jumlah PMKS yang telah mendapat manfaat adalah seperti berikut: BIL. PERKARA JUMLAH PMKS 1. Zon Tengah 11 894 2. Zon Timur 1016 3. Zon Sabah 2174 4. Zon Selatan 272 5. Zon Utara 2220 17 576 Sebanyak lima siri webinar dan 10 program jerayawara secara fizikal berjaya dilaksanakan pada program Biaya Usahawan. PELAN TRANSFORMASI KOPERASI MALAYSIA 2021-2025 (TransKom) Pelan Transformasi Koperasi Malaysia 2021-2025 (TransKom) dilancarkan pada 31 Mac 2021 merupakan dokumen transformasi strategik yang menggariskan matlamat, program serta aktiviti utama bagi memperkasakan gerakan koperasi di Malaysia sebagai pemacu kepada pertumbuhan sosioekonomi negara yang seimbang, inklusif, progresif dan mampan. TransKom dilihat mampu memberikan anjakan transformasi kepada gerakan koperasi sebagai pemangkin pembangunan ekonomi Malaysia dengan sumbangan sekurang- kurangnya lima peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjelang tahun 2025. 124 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
JABATAN DAN AGENSI 1. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) 2. Institut Koperasi Malaysia (IKMa) 3. SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia) 4. TEKUN Nasional 5. Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) 6. Bank Rakyat 7. SME Bank 8. UDA Holdings Berhad 9. Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) 10. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) BUKU RASMI TAHUNAN 2022 125
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2, 62623 Putrajaya. : +603 8000 8000 : www.kpdn.gov.my (KINI KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP) 126 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
PENGURUSAN TERTINGGI YB DATO SRI ALEXANDER NANTA LINGGI MENTERI YB DATO’ ROSOL BIN WAHID TIMBALAN MENTERI YBHG. DATUK SERI HJ. HASNOL ZAM ZAM BIN HJ. AHMAD KETUA SETIAUSAHA BUKU RASMI TAHUNAN 2022 127
PENGENALAN AKTIVITI DAN PENCAPAIAN JUBLI EMAS ULANG TAHUN PENGUAT KUASA KPDN Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pemantapan ekonomi domestik serta kepenggunaan. Sejak penubuhannya 65 tahun lalu, fungsi kementerian turut berkembang dengan meliputi skop e-dagang, industri francais, jualan langsung, kawal selia korporat, harta intelek dan persaingan. Perubahan ini mengambil kira hasrat kementerian bagi mewujudkan satu ekosistem peniaga dan pengguna yang saling melengkapi dan seiring dengan aspirasi ke arah negara maju di samping masyarakat yang seimbang dari segi ekonomi dan sosial. Ulang Tahun Penguat Kuasa KPDN disambut pada 17 April setiap tahun bermula 1972 dan sambutan bagi 2022 adalah yang ke-50 tahun (Jubli Emas) bertemakan “Komited Mendepani Cabaran”. Acara menarik yang diadakan pada sambutan berkenaan antaranya adalah Majlis Perbarisan dan Kawalan Kehormatan pada 21 Julai 2022 di Maktab Penjara Malaysia, Kajang, Selangor dan disempurnakan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri PDN. Selain itu, turut diadakan Majlis Santapan Malam bersama-sama Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 25 Ogos 2022 di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Majlis tersebut turut dihadiri Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, Menteri PDN serta Timbalannya, YB Dato’ Rosol bin Wahid serta Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali. Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menghadiri Majlis Santapan Malam sempena Ulang Tahun Jubli Emas Penguat Kuasa KPDN. 128 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
PROGRAM JELAJAH FRANCAIS BAY 2022 PROGRAM JUALAN MURAH KELUARGA MALAYSIA (JMKM) Program Jelajah Francais Bay ialah siri pameran melibatkan penyertaan syarikat francais bagi mempromosikan perniagaan mereka kepada orang ramai yang berminat untuk menjadi usahawan dan kumpulan peniaga yang ingin mengembangkan perniagaan kepada konsep francais. Penyertaan dalam program ini melibatkan francaisor dan francaisi induk iaitu individu dan syarikat yang memegang hak perniagaan francais di bawah tanda dagangan atau nama dagang mereka di Malaysia. Melalui program ini, bakal usahawan didedahkan dengan sistem perniagaan francais, serta pelbagai latihan dan pembiayaan yang disediakan oleh kerajaan. Menerusi program ini, kesedaran masyarakat berhubung potensi perniagaan francais dapat diketengahkan dari semasa ke semasa agar perniagaan francais Malaysia dapat berkembang seterusnya menyumbang kepada usaha-usaha kerajaan dalam memulihkan dan mengukuhkan ekonomi negara. Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) merupakan inisiatif Kerajaan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutamanya pengguna dari kalangan berpendapatan rendah. Program ini menawarkan pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian seperti ayam, ikan, telur, sayur- sayuran, minyak masak, gula, tepung, beras serta Program Jelajah Francais Bay 2022 mendapat penyertaan daripada syarikat francais yang ingin mempromosikan perniagaan mereka kepada orang ramai. BUKU RASMI TAHUNAN 2022 129
barangan proses dengan harga sehingga 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran. PJKM telah dilaksanakan di seluruh 222 kawasan Parlimen bagi tempoh Disember 2021 hingga Julai 2022. RM219,668,895.56 NILAI JUALAN KESELURUHAN JUMLAH PENGUNJUNG KESELURUHAN 9,479,482 Catatan: Hingga Disember 2022 HARI PENGGUNA KEBANGSAAN (HPK) 2022 Majlis Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2022 telah diadakan pada 26 Mac 2022 bertempat di NU Sentral, Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob. Tema yang dipilih ialah ‘Digitalisasi Pengguna’ selaras dengan tema Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia 2022 yang disambut bersekali pada tarikh 15 Mac setiap tahun. Matlamat sambutan ini adalah untuk meraikan pengguna di samping sebagai medium advokasi kepenggunaan melalui aktiviti yang dijalankan. Aktiviti seperti pameran, Cabaran Troli Pengguna, Consumer Mall Hunt, Pocket Talk, Kuiz Kahoot Kepenggunaan, persembahan artis undangan dan cabutan bertuah. Program ini telah menarik lebih 8000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat. YAB Dato’ Sri Ismail Sabri melancarkan HPK 2022 di NU Sentral, Kuala Lumpur. 130 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
JABATAN DAN AGENSI 1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 2. Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) 3. Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) BUKU RASMI TAHUNAN 2022 131
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Blok E8, Kompleks E, 62604 Putrajaya. : +603 8884 6456 : +603 8884 6411 : www.moe.gov.my 132 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
PENGURUSAN TERTINGGI YB DATUK DR. RADZI BIN MD JIDIN MENTERI KANAN YB DATO’ DR. MAH HANG SOON TIMBALAN MENTERI I YB DATUK MOHAMAD BIN HAJI ALAMIN TIMBALAN MENTERI II YBHG. DATUK YUSRAN SHAH BIN MOHD YUSOF KETUA SETIAUSAHA BUKU RASMI TAHUNAN 2022 133
PENGENALAN AKTIVITI DAN PENCAPAIAN INISIATIF MENANGANI BEG BERAT Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi penekanan khusus kepada lima fokus utama bertunjangkan kepada visi Kementerian “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera” seperti berikut, pertama: projek naik taraf atau membangunkan semula sekolah yang mempunyai bangunan daif, kedua: pembinaan dewan terbuka pelbagai guna untuk aktiviti kurikulum dan kokurikulum, ketiga: penggunaan Pelantar Digital Education Learning Initiative Malaysia (DELIMa), keempat: penyediaan kemudahan mesra OKU di sekolah KPM yang mempunyai Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dan kelima: menaik taraf kebolehcapaian internet sekolah di seluruh Malaysia. Selain itu, KPM juga memberi tumpuan kepada peratusan kebolehpasaran graduan kolej vokasional, peratusan kebolehpasaran pelajar Program Matrikulasi KPM ke universiti, peratusan murid berkeperluan khas berada dalam Program Pendidikan Inklusif, peratusan perbelanjaan penyelenggaraan sekolah dan institusi pendidikan tinggi, peratusan murid berumur 16 ke atas yang mengikuti pendidikan vokasional, sekolah menengah kebangsaan, institut latihan awam dan organisasi yang melaksanakan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta peratusan enrolmen menengah atas (awam, swasta dan vokasional). KPM telah mengenal pasti beberapa pendekatan yang sesuai termasuk inisiatif pembekalan lokar kepada sekolah rendah KPM yang beroperasi secara dua sesi. KPM menyediakan lokar secara berfasa, iaitu; a) Fasa 1 (Tahun 2022) - Murid Tahap 1 b) Fasa 2 (Tahun 2023) - Murid Tahap 2 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) bersama-sama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bertanggungjawab menguruskan pembekalan lokar kepada sekolah-sekolah yang tersenarai. Pihak sekolah bertanggungjawab untuk menerima, mengguna dan menyelenggara lokar yang dibekalkan secara optimum, selamat serta mengikut tatacara pengurusan aset kerajaan yang sedang berkuat kuasa. Pembekalan lokar kepada sekolah rendah KPM telah bermula dengan fasa 1 pada 2022 untuk murid tahap 1. 134 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
PEMERKASAAN ICT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PEMBANGUNAN SEMULA DAN NAIK TARAF BANGUNAN DAIF DI SEKOLAH Status Pelaksanaan Projek setakat 23 Disember 2022 Pelan Transformasi ICT KPM (2019- 2023) bertujuan untuk menyokong visi KPM dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025 serta sebagai sumber rujukan utama dalam membuat perancangan keperluan ICT KPM. Pembekalan perkakasan ICT ke seluruh negara ini dilaksanakan sebanyak tiga fasa. Fasa 1 telah pun siap pembekalan dan pemasangan pada akhir tahun 2022. Fasa ini melibatkan 3910 sekolah dengan 86 186 perkakasan. Fasa 2 diteruskan dan dijangka siap pembekalan dan pemasangan pada April 2023 yang melibatkan 3455 sekolah dengan 77 907 perkakasan. Seterusnya Fasa 3 akan melibatkan 3400 buah sekolah dan dijangka siap pada awal tahun 2024. Pelaksanaan projek menaik taraf dan membangun semula bangunan daif di sekolah diputuskan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 4 Mei 2016. Projek ini telah diteruskan pelaksanaan setiap tahun melalui rancangan boleh pinda (rolling plan), Rancangan Malaysia Lima Tahun. Keutamaan diberi kepada sekolah yang mempunyai bangunan daif di seluruh negara terutama di Sabah dan Sarawak. Penggunaan sistem binaan berindustri (IBS) adalah tertakluk kepada lokasi, kos, reka bentuk dan tempoh pelaksanaan. Agensi yang terlibat dalam pelaksanaan projek daif adalah Bahagian Pembangunan KPM, Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Kerja Raya. Pembekalan perkakasan ICT ke sekolah seluruh negara dilaksanakan sebanyak tiga fasa bermula 2022 hingga 2024. NEGERI FASA PROJEK SIAP BINA PRABINA JUMLAH PROJEK Sabah 206 31 46 282 Sarawak 216 57 88 361 Semenanjung 234 5 38 277 JUMLAH 656 92 172 920 BUKU RASMI TAHUNAN 2022 135
DELIMa 2.0 DAN BUKU TEKS DIGITAL INTERAKTIF (BTDI) Pelantar Inisiatif Pembelajaran Pendidikan Digital Malaysia (DELIMa) 2.0 berwajah baharu telah diperkenalkan. DELIMa, singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia merupakan pelantar pembelajaran digital Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diperkenalkan sejak tahun 2019 untuk kegunaan semua murid dan guru. Pelantar DELIMa telah banyak menyumbang untuk mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi digital terutamanya ketika negara mengharungi tempoh pandemik COVID-19 serta mampu memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran (PdP) era digital. Pelantar DELIMa sentiasa ditambah baik dan melalui banyak perubahan yang menawarkan dimensi baharu dalam pemerolehan pengetahuan dan pengalaman pembelajaran bermakna. BTDI dibangunkan dalam format e-Pub3. Susun atur kandungan adalah sama dengan buku teks bercetak malah ditambah dengan elemen multimedia pada topik yang dikenal pasti sesuai dan bertepatan dengan keperluan murid untuk memahami topik yang dipelajari secara aktif. Buku ini boleh dimuat turun dan dibaca melalui pelbagai peranti secara luar talian dengan menggunakan pemacu epub (ePUB reader) sedia ada di pasaran. Sehingga kini, terdapat empat judul BTDI tingkatan tiga telah dibangunkan iaitu Matematik, Sains, Geografi dan Bahasa Melayu serta boleh diakses melalui pelantar DELIMa KPM. Pelantar DELIMa mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi digital. 136 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
KEJAYAAN MURID DALAM BIDANG INOVASI, SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN PERINGKAT ANTARABANGSA 2022 Sukan SEA ke-31 telah diadakan dari 12 hingga 23 Mei 2022 bertempat di Hanoi melibatkan penyertaan 11 buah negara. Seramai 13 orang atlet murid, iaitu 10 orang atlet murid dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Kuala Lumpur dan tiga orang atlet murid dari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Johor telah menyertai Sukan SEA ke-31. Dua orang atlet murid SSBJ Kuala Lumpur, iaitu Lee Yong Yi berjaya meraih pingat perak menerusi sukan ping-pong manakala Betrand Rhodict Anak Lises memenangi gangsa bagi acara akuatik terjun. Muhammad Arsyaad Md Saat dari SSTMI Johor pula berjaya merangkul pingat perak bagi acara olahraga 4x400 meter. Sukan Komanwel diadakan di Birmingham, England dari 28 Julai hingga 8 Ogos 2022. Tiga orang atlet murid dari SSBJ Kuala Lumpur dan seorang atlet murid dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri Titiwangsa, Kuala Lumpur berpeluang menyertai kejohanan kedua terbesar di dunia. Gimnas muda negara, Ng Joe Ee dari SMK Puteri Titiwangsa, Kuala Lumpur berjaya menyumbang dua pingat emas menerusi disiplin bola dan riben. Beberapa atlet murid yang berjaya mengharumkan nama negara di kejohanan sukan antarabangsa. Sukan Asia Tenggara Ke-31 (SEA Games) Sukan Komanwel 2022 BUKU RASMI TAHUNAN 2022 137
Regeneron International Science and Engineering Fair (ISEF) merupakan pertandingan reka cipta dan inovasi peringkat antarabangsa melibatkan murid sekolah menengah dan prauniversiti dari seluruh dunia. Pertandingan ini dianjurkan oleh Society for Science bertujuan mempromosikan pemahaman dan penghayatan sains serta berperanan mengembangkan pendidikan STEM (sains, teknologi, kejuruteraan, matematik) secara efektif menerusi penyelidikan saintifik berasaskan inkuiri. ISEF 2022 telah berlangsung di Georgia World Congress Centre, Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat dari 7 hingga 13 Mei 2022 dengan penyertaan 14 orang murid melibatkan enam projek inovasi yang dibiayai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pasukan SMJK Katholik, Petaling Jaya, Selangor telah berjaya merangkul tempat pertama Grand Award in Robotics and Intelligent Machines dan tempat keempat bagi Association for Computing Machinery Special Award. Pasukan yang disertai oleh Yong Saan Cern dan Yeoh Sheng Ze turut mendapat tajaan pengajian selama setahun dari Universiti Arizona selain tajaan Society for Science dalam pertandingan European Union Young Scientist. Pasukan dari SMJK Chung Ling, Pulau Pinang pula berjaya memenangi tiga anugerah, iaitu Anugerah Sigma Xi -The Scientific Research Honour Society Special (kedua), Grand Award in Chemistry (keempat) dan American Chemical Society Special Award (ketiga). Manakala pasukan SMK Kubang Bemban, Pasir Mas, Kelantan membawa pulang Grand Award in Environmental Engineering bagi tempat keempat. Regeneron International Science And Engineering Fair (ISEF) 2022 Seramai 14 orang murid sekolah KPM menyertai ISEF 2022 dengan membawa enam projek inovasi. 138 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
JABATAN DAN AGENSI 1. Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan 3. Jabatan Pendidikan Negeri Melaka 4. Jabatan Pendidikan Negeri Selangor 5. Jabatan Pendidikan Negeri Perak 6. Jabatan Pendidikan Negeri Kedah 7. Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang 8. Jabatan Pendidikan Negeri Perlis 9. Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 10. Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu 11. Jabatan Pendidikan Negeri Pahang 12. Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak 13. Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 14. Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 15. Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya 16. Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan 17. Institut Terjemahan dan Buku Malaysia 18. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 19. Perbadanan Kota Buku 20. Majlis Peperiksaan Malaysia 21. Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) BUKU RASMI TAHUNAN 2022 139
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 Putrajaya. : +603 8000 8000 : +603 8000 8001 : www.mohe.gov.my 140 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
PENGURUSAN TERTINGGI YB DATUK SERI DR. NORAINI BINTI AHMAD MENTERI YB SENATOR DATO’ DR. AHMAD MASRIZAL BIN MUHAMMAD TIMBALAN MENTERI YBHG. DATUK SERI DR. MAZLAN BIN YUSOFF KETUA SETIAUSAHA BUKU RASMI TAHUNAN 2022 141
PENGENALAN AKTIVITI DAN PENCAPAIAN KARNIVAL KPT KELUARGA MALAYSIA Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mempunyai peranan penting dalam mewujudkan ekosistem pengajian tinggi yang terbaik bagi melahirkan modal insan holistik yang akan memacu pembangunan dan kemajuan negara pada masa hadapan. Bersesuaian dengan tanggungjawab dan peranan ini, KPT telah diletakkan di bawah Kluster Sosial yang memfokuskan kepada teras kemakmuran dan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Antara aspek yang ditekankan di bawah kluster ini ialah akses kepada pendidikan untuk peningkatan pengetahuan dan kemahiran serta pembangunan modal insan. Karnival berlangsung selama tiga hari bermula 19 Februari 2022 dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob berjaya menarik minat semua lapisan masyarakat untuk mendapatkan pelbagai maklumat mengenai perkhidmatan ditawarkan institusi pengajian tinggi (IPT) dan agensi di bawah KPT. Penganjuran ini bukan sekadar pameran pendidikan tinggi semata-mata, tetapi turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan percuma oleh pasukan kesihatan hospital pengajar universiti (HPU), temuduga terbuka, sesi ceramah dan sembang santai serta gerai-gerai jualan. Sesuai dengan inisiatif KPT Prihatin, pelbagai projek penyelidikan dan kemahiran pakar serta pelajar IPT turut diterjemahkan melalui aktiviti sumbang bakti seperti program Tautan Mesra UTM dan Program CSR TVET PolyCC Prihatin@Parit Sulong. Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan dan surat tawaran pengajian selain turut mengumumkan Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (Sulung) yang menyasarkan seorang siswazah lahir daripada setiap keluarga B40 yang akan dibantu dari mula mengikuti pengajian hingga mendapat pekerjaan. Karnival KPT Keluarga Malaysia berjaya menarik minat semua lapisan masyarakat untuk mendapatkan pelbagai maklumat mengenai IPT dan agensi di bawah KPT. 142 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
ANUGERAH AKADEMIK NEGARA KE-14 YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad mengiringi Perdana Menteri merasmikan Majlis Anugerah Akademik Negara ke-14 (AAN14) yang berlangsung di Hotel Sama-Sama, Sepang pada 24 Mac 2022. Majlis ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan tertinggi kepada ahli akademik yang menonjol dalam bidang masing-masing dari institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) seluruh negara. Sebanyak tujuh kategori anugerah dipertandingkan dan calon dinilai dari segi sumbangan dan pencapaian dalam pengajaran dan pembelajaran; penemuan ilmu baharu; penerbitan ilmiah dan perkongsian di media massa; penciptaan rekaan kreatif; serta pemindahan dan pengembangan ilmu untuk komuniti dan masyarakat merentas benua. Pada majlis itu, buat julung kalinya anugerah utama Tokoh Akademik Negara diperkenalkan dan telah dimenangi oleh dua tokoh wanita iaitu Profesor Emerita Datuk Dr. Asma binti Ismail (USM) serta Professor Datin Paduka Dr. Khatijah binti Mohamad Yusoff (UPM). Perdana Menteri menyampaikan anugerah Tokoh Akademik Negara kepada Professor Datin Paduka Dr. Khatijah pada Majlis AAN-14. BUKU RASMI TAHUNAN 2022 143
EDUCATION WORLD FORUM (EWF) YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi pada Mei 2022 telah menghadiri ASEAN Ministerial Breakfast Meeting sempena Education World Forum (EWF) yang diadakan selama empat hari di United Kingdom. Mesyuarat itu menjadi platform kepada menteri-menteri dan para perwakilan kanan bertemu untuk bertukar-tukar pandangan dan meneroka peluang dalam bidang yang menjadi kepentingan bersama serta perkembangannya di rantau ASEAN. Forum ini juga menjadi sesi dialog untuk memperkukuh kerjasama strategik dan memahami cabaran yang dihadapi ASEAN dalam bidang pendidikan. Sesi ini dipengerusikan oleh Alex Burghart, Wakil Parlimen di bawah Setiausaha Kemahiran, Jabatan Pendidikan, United Kingdom. YB Datuk Seri Dr. Noraini (tengah) ketika menghadiri ASEAN Ministerial Breakfast Meeting di United Kingdom. 144 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
JABATAN DAN AGENSI 1. Jabatan Pendidikan Tinggi 2. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti 3. Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi 4. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 5. Agensi Kelayakan Malaysia 6. Education Malaysia Global Services (EMGS) 7. Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) BUKU RASMI TAHUNAN 2022 145
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Blok E1, E3, E6, E7 & E10, Kompleks E, 62590 Putrajaya. : +603 8000 8000 : +603 8888 6187 : www.moh.gov.my 146 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
PENGURUSAN TERTINGGI YB KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR MENTERI YB DATO’ DR. HAJI NOOR AZMI BIN GHAZALI TIMBALAN MENTERI I YBHG. DATUK HARJEET SINGH A/L HARDEV SIGH KETUA SETIAUSAHA YB DATUK AGO ANAK DAGANG TIMBALAN MENTERI II BUKU RASMI TAHUNAN 2022 147
PENGENALAN AKTIVITI DAN PENCAPAIAN PERASMIAN KOMPLEKS INSTITUT KESIHATAN NEGARA (NIH) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah sebuah kementerian yang digerakkan secara intensif dan bersepadu memberikan perkhidmatan kesihatan eksklusif dan memfokuskan rakyat dengan memberi jaminan terhadap kemudahan kesihatan yang saksama dan berkualiti kepada semua. Perkembangan fasiliti kesihatan kini telah menjangkaui perkhidmatan yang lebih inklusif dan universal menerusi penumpuan terhadap perubatan moden dan kontemporari seiring dengan perkembangan sains dan teknologi serta mudah diakses tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama. Sejajar dengan nilai-nilai teras dalam membentuk budaya korporat yang berdasarkan kepada penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan, KKM komited untuk menaik taraf nilai perkhidmatan kesihatan yang dipercayai di setiap peringkat organisasi. Ia amat penting dalam usaha mengukuhkan kerjasama antara kementerian/jabatan/agensi kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat sivil dalam meningkatkan taraf kesihatan rakyat serta mereformasikan sistem kesihatan di negara ini selaras dengan slogan KKM iaitu “KAMI SEDIA MEMBANTU”. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj telah bercemar duli merasmikan Kompleks Institut Kesihatan Negara (NIH) pada 9 Ogos 2022. Institut Kesihatan Negara yang telah memulakan operasi sejak tahun 2020 di Setia Alam, Selangor dan ditubuhkan bertujuan untuk memastikan kolaborasi dan penyelidikan dalam bidang kesihatan dapat berjalan dengan lancar. NIH berperanan bagi mengenal pasti keutamaan penyelidikan, menjalankan penyelidikan dan menggunakan hasil penyelidikan untuk perkhidmatan dan program kesihatan. Al-Sultan Abdullah Ria’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Kompleks NIH di Setia Alam, Selangor 148 BUKU RASMI TAHUNAN 2022
YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri diiringi oleh YB Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Hospital Bera pada 20 Ogos 2022 di Bera, Pahang. Hospital Bera merupakan satu daripada projek pembinaan hospital yang diluluskan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 yang tapak pembinaannya di atas tanah seluas 33 ekar dalam Mukim Triang, Bera. Hospital ini boleh memuatkan 40 katil dan memanfaatkan kira-kira 150 000 penduduk di daerah itu. Hospital Bera merupakan Hospital Daerah Tanpa Pakar yang diletakkan di bawah Program Hospital Kluster Pahang Tengah bersama-sama dengan Hospital Jengka, Hospital Jerantut dan Hospital Bentong yang diterajui oleh Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh sebagai Lead Cluster Hospital. Hospital Bera juga bakal menyediakan khidmat kepakaran menerusi pakar perubatan yang akan bertugas secara visiting specialist dan disokong dengan peralatan dan teknologi canggih seperti teknologi robotik dalam penghantaran makanan, Patient’s Bed Watchers and Management System, Obstetric Remote Ultrasonography System dan sistem pembayaran tanpa tunai. PERASMIAN HOSPITAL BERA YB Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Hospital Rembau, Negeri Sembilan pada 23 September 2022. Pembinaan Hospital Rembau menjadikan Negeri Sembilan kini mempunyai sebuah hospital kerajaan untuk setiap daerahnya dengan jumlah keseluruhan sebanyak tujuh buah hospital. Hospital Rembau dilengkapi 76 katil dengan 4 kategori wad iaitu wad lelaki, wad wanita, wad bersalin dan wad kanakkanak. Hospital ini menawarkan perkhidmatan utama bagi MAJLIS PERASMIAN HOSPITAL REMBAU BUKU RASMI TAHUNAN 2022 149
pesakit luar dan pesakit dalam antaranya ialah kecemasan dan trauma, perkhidmatan bagi ibu mengandung, kemudahan kamar bersalin, dewan bedah, klinik pakar, rawatan hemodialisis dan rehabilitasi. 150 BUKU RASMI TAHUNAN 2022