PANDUAN PELAKSANAAN
MODUL USRAH SUMUR
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
CYBERJAYA
2017
KATA ALU-ALUAN
Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmat serta keizinan-
Nya telah memungkinkan usaha untuk menerbitkan Panduan Pelaksanaan
Modul Usrah bagi Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) yang akan
digunapakai di sekolah-sekolah KPM seluruh negara.
Ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersungguh-
sungguh dalam usaha menjayakan penghasilan panduan pelaksanaan modul
ini. Semoga segala usaha tersebut diberi ganjaran sebaik-baiknya di sisi Allah
SWT.
Besarlah harapan saya agar semua guru dan murid dapat menjalankan aktiviti
usrah ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan melaksanakannya hanya
kerana Allah SWT.
Akhirnya, marilah sama-sama kita berdoa agar segala usaha kita ini akan
mendapat keredhaan Allah SWT.
Sekian, terima kasih
Tn Hj Wan Ramdzan bin Wan Mamat
Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia
OBJEKTIF USRAH SUMUR
1. Al-Ta’aruf (berkenalan)
Berkenalan antara satu sama lain merupakan objektif utama dalam
pelaksanaan aktiviti usrah. Setiap ahli hendaklah mengenali antara satu sama
lain serta berkasih sayang dalam erti kata mereka perlu menyedari dan
memahami pengertian persahabatan sejati sesama saudara. Ahli juga
digalakkan berusaha bersungguh-sungguh supaya tiada sebarang perkara
yang boleh mengeruhkan hubungan tersebut.
2. Al-Tafahum (persefahaman)
Objektif kedua aktiviti usrah ialah tafahum atau persefahaman. Kita
dituntut sepanjang masa untuk berpegang teguh kepada kebenaran. Setelah
memeriksa diri sendiri, maka hendaklah saling nasihat menasihati antara satu
sama lain apabila ada kekurangan pada saudara yang lain.
Dalam memberi nasihat, yang diberi nasihat hendaklah bersedia
menerima nasihat daripada saudaranya dan berterima kasih atas nasihat
tersebut. Manakala pemberi nasihat pula, janganlah berburuk sangka terhadap
saudaranya yang tersilap tadi walaupun perubahan hati itu sekadar jarak
sehelai rambut sekalipun.
Nasihat hendaklah diberi dengan cara yang baik dan tidak memandang
rendah terhadap saudara yang dinasihati. Pemberi nasihat janganlah
menganggap dirinya lebih mulia bahkan hendaklah memberi nasihat dengan
cara tidak melahirkan secara terang kesilapan saudaranya itu dan tidak
menceritakan kecacatan yang telah diperhatikannya kepada orang lain. Ia
hendaklah menceritakan hal itu kepada ketua usrah jika merasa tidak berdaya
untuk memperbaikinya.
Dalam apa jua keadaan sekalipun, janganlah sekali-kali kita merasa
tawar hati terhadap saudara yang bersalah tadi, malah hendaklah memberikan
kasih sayang kepadanya sehinggalah berlaku apa-apa perubahan yang
dikehendaki. Saudara yang diberi nasihat pula janganlah menunjukkan
kedegilan dan sikap keras kepalanya kepada pemberi nasihat.
3. Al-Takaful (bantu-membantu / perseimbangan)
Al-Takaful (At-Ta’awun) atau bantu-membantu adalah memelihara nasib
sesama sendiri hingga tiada yang terbiar dan terdampar. Objektif al-takaful ini
hendaklah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh untuk bersama-sama
memikul bebanan dan tanggungjawab secara bersama. Untuk mencapai
objektif al-takaful ini kita hendaklah sentiasa bertanya khabar berita, saling
menziarahi dan saling memberi pertolongan sedaya mungkin.
Kesimpulannya, adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli usrah untuk
mencapai objektif usrah ini dengan sebaik mungkin. Kita mesti saling percaya
mempercayai dan menjaga kerahsiaan sesama ahli usrah. Oleh yang
demikian, laksanakanlah amanah dan tugas ini dengan penuh keikhlasan,
istiqamah dengan perjuangan yang benar dan berusaha ke arah mewujudkan
suasana persahabatan sejati di kalangan anggota usrah. Mudah-mudahan
hidup kita akan diberkati khususnya untuk membentuk negara Malaysia yang
aman damai dan makmur berteraskan kepada perpaduan pelbagai kaum yang
ada di seluruh negara.
PENGISIAN USRAH SUMUR
1. Membentangkan permasalahan dan kesalahan
Setiap ahli usrah hendaklah membentangkan permasalahan dan kesulitan
yang dihadapi, kemudian ahli yang lain dalam kumpulan usrah turut
mengambil berat untuk menolong anggota mengatasi masalah tersebut.
2. Bermuzakarah
Kita digalakkan bermuzakarah iaitu bertukar-tukar pendapat berkaitan semua
perkara dalam kehidupan seharian. Hendaklah menatap risalah-risalah dan
taklimat yang diedarkan. Dalam setiap pertemuan usrah, janganlah ada
sebarang pertengkaran dan pertikaman lidah. Muzakarah hendaklah
merupakan penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar tatatertib dan
dengan cara menghargai pendapat yang datang daripada semua pihak.
3. Kajian buku
Kita juga digalakkan mengadakan kajian yang berfaedah mengenai sesebuah
kitab yang bermutu. Apabila sesuatu kajian berjaya dilakukan, maka hendaklah
beralih untuk membincangkan isi kandungannya secara bersama dalam
menjayakan erti ukhuwwah yang sebenar.
4. Program tambahan
Dalam usaha mengukuhkan ikatan persaudaraan di kalangan ahli usrah, maka
perkara berikut perlu diambil berat :
Mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan sebagainya.
Mengadakan perkelahan riadhah pada setiap hari.
Memupuk nilai saling ziarah menziarahi antara ahli dalam kumpulan usrah.
Mewujudkan nilai simpati dan empati dalam diri setiap ahli usrah.
Saling bekerjasama dan memupuk nilai kekitaan di kalangan ahli usrah.
ADAB-ADAB USRAH SUMUR
1. Mengikhlaskan niat.
2. Datang ke tempat usrah tepat pada waktu yang ditetapkan.
3. Meminta izin untuk masuk dan keluar usrah serta memberi salam/ucap
selamat sebelum masuk usrah.
4. Datang ke majlis usrah dalam keadaan bersih tubuh badan dan pakaian.
5. Datang ke majlis usrah dengan persiapan dan membawa keperluan yang
diperlukan contohnya buku catatan.
6. Hadir aktiviti usrah dengan hasrat untuk mengukuhkan persaudaraan dan
berazam untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.
7. Jangan mengangkat suara yang tinggi melebihi keperluan, tidak banyak
ketawa dan tidak banyak bergurau serta tidak banyak bertengkar.
8. Sentiasa berusaha untuk merapatkan persaudaraan di kalangan ahli usrah.
9. Berada dalam keadaan sopan santun dan berbincang dengan baik dalam
segala perkara yang dibangkitkan.
10. Bersalaman dan bermaafan selepas selesai sesi usrah.
MODUL
BERBUDI
BAHASA
MODUL : Berbudi Bahasa
KRITERIA : Hormat Menghormati
CIRI-CIRI : Memberi salam/bertegur sapa ketika bersua
AKTIVITI : Simulasi Salam
MASA : 30 minit
BAHAN : Nyanyian lagu yang mengandungi perkataan
OBJEKTIF “Assalamualaikum”.
: Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyatakan konsep salam menurut Islam.
Melafazkan ucapan salam dengan sempurna.
LANGKAH :
Ahli diminta menyanyikan lagu komersial yang
mengandungi perkataan “Assalamualaikum”di corong-
corong radio.
Ahli memberi sumbang saran galakan memberi salam
dan menjawab salam.
Naqib merumuskan aktiviti dengan sebuah kisah
tentang Rasulullah s.a.w. berkaitan salam.
REFLEKSI : Mendahulukan memberi salam dan mengamalkannya
dalam kehidupan seharian.
LAMPIRAN:
Adab pertama
Urutan salam yang disabdakan Rasulullah s.a.w dalam
hadis riwayat Bukhari adalah sebagai berikut:
o Orang berkenderaan memberi salam kepada
yang berjalan.
o Orang yang berjalan memberi salam kepada
orang yang duduk
o Rombongan yang sedikit memberi salam kepada
rombongan yang lebih banyak
o Yang kecil (muda) memberi salam kepada yang
besar (tua)
Adab Kedua
Adab mendahulukan salam. Rasulullah SAW
mengajar kita untuk memberi salam lebih awal
daripada orang lain. Orang yang memulakan salam
ialah orang yang paling mulia.
Hadis: sabda Rasulullah SAW :
”Seutama-utama manusia bagi Allah adalah yang
mendahulukan salam” (riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
Adab Ketiga
Adab menjawab salam setara atau lebih. Apabila ada
seseorang yang memberi salam kepada kita, maka
sebaik-bainya kita memberikan jawapan yang sama
(setara). Contohnya ucapan “Assalamualaikum”
dijawab dengan “Waalaikumussalam”
Adab Keempat
Adab berjabat tangan. Selain mengucapkan salam,
akhlak yang indah bagi seorang muslim ketika bertemu
dengan saudaranya adalah berjabat tangan dengan
erat.
Hadis: Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW,:
“Wahai Rasulullah, jika seseorang dari kami bertemu
dengan saudaranya apakah harus menunduk-
nunduk?.” Rasulullah SAW menjawab, ”Tidak!”.
Tanyanya sekali lagi, “Apakah merangkul kemudian
menciumnya?” Jawab Rasulullah SAW,”Tidak!”.
Tanyanya sekali lagi, “Apakah meraih tangannya
kemudian menjabatnya?” Jawab Rasulullah SAW,
“Ya!”. (riwayat Muslim)
Selain memiliki nilai ukhuwah, berjabat tangan juga
menghapus dosa antara dua orang muslim yang
melakukannya. Hendaklah berjabat tangan sesama
mahram atau sesama jantina.
Hadis: Rasulullah SAW bersabda:
”Tidaklah dua orang muslim yang bertemu kemudian
berjabat tangan kecuali Allah akan mengampuni dosa
keduanya sampai mereka melepaskan jabatan
tangannya”. (riwayat Abu Daud)
Adab kelima
Berwajah manis iaitu memberi senyuman dan
penampilan yang menyenangkan.
Tidak memalingkan muka iaitu berusaha untuk
menatap orang ketika berjabat tangan.
Hadis: Sabda Rasulullah SAW:
“Jangan kalian meremehkan kebaikan sedikit pun,
meskipun hanya wajah yang manis saat bertemu
dengan saudaramu”. (riwayat Bukhari)
MODUL : Berbudi Bahasa
KRITERIA : Hormat Menghormati
CIRI-CIRI : Mengutamakan orang dewasa dalam kebanyakan hal
AKTIVITI : Say… “Hello!”
MASA : 30 minit
BAHAN : Gambar atau kad imbasan dengan kata sapaan.
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Mengenal pasti cara sapaan yang sesuai kepada
orang dewasa dari aspek panggilan.
LANGKAH : Ahli usrah menyebut contoh sapaan semasa di
REFLEKSI rumah bersama ahli keluarga masing-masing.
Ahli usrah menyebut mengenai sebab sapaan
tersebut digunakan.
Contoh-contoh panggilan kepada orang dewasa
seperti “Tuan”, “Puan”, “Encik”, “Cik”, “Pak Long” dan
sebagainya.
Naqib menjelaskan kesesuaian sapaan mengikut
protokol.
: Hormat menghormati ialah amalan Rasulullah SAW.
LAMPIRAN
Kata Ganti Dan Sapaan dalam Masyarakat
Hubungan Umur Kata Ganti Diri
Erat
Lebih Erat Lebih tua daripada Pak, pak cik, mak, mak cik
Kurang penutur/
Rapat
Rapat Separuh umur
Rapat Lebih tua daripada Pak cik + nama
penutur/ Pak + nama
Separuh umur Contoh : Pak cik Man
Pak Abu
Mak cik + nama
Mak + nama
Contoh : Mak cik Limah
Mak Bedah
Jauh lebih tua daripada Tok + nama
penutur Contoh : Tok Munah
Jauh lebih tua daripada Pangkat dalam keluarga
penutur Contoh : Tok Cik
Nek + gelaran pangkat
dalam keluarga
Contoh : Nek Ngah
Lebih tua daripada Abang + nama
penutur Contoh: Abang Zaki
Rapat Lebih muda Kak + nama
penutur Contoh : Kak Tijah
daripada Nama sahaja (jika diketahui
Rapat Sebaya namanya)
Kalau tidak tahu digunakan
Kurang rapat Sebaya panggilan adik sahaja.
Nama sahaja
Saudara (lelaki)
Saudari (perempuan)
MODUL : Berbudi Bahasa
KRITERIA
CIRI-CIRI : Hormat Menghormati
AKTIVITI
MASA : Berdiri Ketika Bercakap Dengan Orang Lebih Dewasa
BAHAN
OBJEKTIF : Cer Respek Sikit
LANGKAH : 30 minit
REFLEKSI : Tiada
: Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyenaraikan cara menghormati guru.
Menunjukkan simulasi menghormati guru.
:
Naqib meminta ahli usrah menyebut cara-cara
menghormati guru.
Tunjuk cara menghormati guru seperti berdiri,
tunduk hormat, ucapan dengan nada sopan,
senyum dan sebagainya.
Naqib membuat rumusan tentang perbuatan tunjuk
hormat yang betul apabila bercakap dengan orang
yang lebih dewasa.
: Hormat menghormati ialah amalan sunnah Rasulullah
SAW.
MODUL : Berbudi Bahasa
KRITERIA
CIRI-CIRI : Hormat Menghormati
AKTIVITI
MASA : Berlapang Dada Dengan Perbezaan Pendapat
BAHAN
OBJEKTIF : Telur @ Ayam?
LANGKAH : 30 minit
REFLEKSI : Gambar ayam dan gambar telur.
: Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyatakan maksud perbezaan pandangan dalam
sesuatu perkara.
Mengetahui adab-adab perbezaan pandangan
dalam sesuatu perkara.
:
Perbincangan tentang teka teki tentang kewujudan
ayam atau telur.
Setiap ahli berpeluang memberi pandangan
masing-masing.
Naqib merumuskan bahawa setiap
hujah/pandangan mestilah berdasarkan al-Quran
dan al-Sunnah.
: Menghormati pandangan orang lain.
Perbezaan pendapat ialah satu rahmat.
MODUL : Berbudi Bahasa
KRITERIA
CIRI-CIRI : Hormat-menghormati
AKTIVITI
MASA : Menerima Kekurangan Dan Kelebihan Tanpa Syarat
BAHAN
OBJEKTIF : Sebutan Pantas
LANGKAH : 30 minit.
REFLEKSI : Gambar lori merah dan kuning, jari tangan.
: Pada akhir aktiviti, peserta dapat :
Mengenalpasti kelebihan dan kelemahan dimiliki
oleh setiap orang.
: Ahli diminta menyebut frasa ‘Red Lorry Yellow
Lorry’ secara bergilir-gilir.
Ahli diminta menyebut frasa ‘Red Lorry Yellow
Lorry’ secara berulang-ulang.
Naqib membuat penilaian ke atas setiap ahli
seterusnya membuat rumusan ; ahli yang lancar
menunjukkan ‘kelebihan’ dan ahli yang tergagap
adalah sebaliknya.
Naqib meminta ahli melihat jari masing-masing
dan membuat refleksi.
Naqib mengaitkan aktiviti menyebut frasa di atas
dengan fungsi jari.
: Setiap manusia mempunyai kelebihan dan
kelemahan umpama lima jari; jempol (ibu jari) yang
selalu berkata baik; telunjuk yang suka memerintah;
jari hantu yang sombong, paling panjang dan
menghasut jari telunjuk; jari manis menjadi teladan
baik dan sabar sehingga diberi hadiah cincin dan
kelingking yang lemah tetapi menurut perintah.
Namun, mereka tetap bersatu dan saling melengkapi.
MODUL : Berbudi Bahasa
KRITERIA
CIRI-CIRI : Tolong-menolong
AKTIVITI
MASA : Memberi Pertolongan Tanpa Dipinta
BAHAN
OBJEKTIF : Pro-aktiflah Sikit
LANGKAH : 30 minit
REFLEKSI : Pen, wang
: Pada akhir aktiviti, peserta dapat :
Menerangkan konsep tolong-menolong dalam
kehidupan.
Menyenaraikan bentuk-bentuk pertolongan yang
boleh dihulurkan.
: Naqib membawa banyak barang (buku, beg dan
sebagainya)
Naqib menilai tindakan/reaksi daripada ahli sama
ada menghulurkan bantuan atau sebaliknya
Naqib membuat rumusan tentang reaksi tersebut.
: Bersikap pro-aktif dalam menghulurkan pertolongan.
MODUL : Berbudi Bahasa
KRITERIA : Tolong-menolong
CIRI-CIRI : Ikhlas Memberi Pertolongan
AKTIVITI : Hitam Itu Menawan
MASA : 30 minit
BAHAN : Kertas berwarna hitam saiz A4.
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat :
Menyatakan pengertian bantu-membantu.
Menyatakan ciri-ciri ikhlas dalam bantu-membantu.
LANGKAH : Naqib meminta pandangan ahli tentang bencana
alam yang berlaku sejak akhir-akhir ini yang
memerlukan perhatian dan bantuan contohnya
banjir di Malaysia.
Naqib menerangkan bahawa setiap bantuan perlu
ikhlas.
Naqib menuliskan sesuatu di atas kertas tersebut
menggunakan pensil tanpa dilihat oleh semua ahli.
Naqib meminta ahli meneliti kertas hitam dan
meminta mereka menyatakan gambar yang terdapat
pada kertas tersebut.
Naqib merumuskan dengan mengaitkan antara
bantuan dan sifat ikhlas berdasarkan perumpaan
kertas hitam dan aktiviti tadi.
REFLEKSI : Kertas hitam sama seperti keikhlasan dalam beramal
seumpama seekor semut yang hitam, berada di atas
batu yang hitam, di malam yang gelap gelita.
MODUL : Berbudi Bahasa
KRITERIA : Tolong-menolong
CIRI-CIRI : Mengambil berat terhadap orang di sekeliling
AKTIVITI : Sharing Is Caring, Caring Is Loving
MASA : 30 minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat :
Menyatakan kepentingan bekerjasama dalam
pasukan
Menyenaraikan kesan buruk jika tidak bekerjasama
dalam pasukan.
Menerangkan langkah-langkah mengukuhkan
kerjasama secara konsisten.
LANGKAH : Naqib melukiskan lambang ‘love’ lalu bertanya
kepada ahli usrah tentang cinta kepada Allah
dengan cinta sesama manusia
Naqib meminta maklum balas ahli usrah tentang
keutamaan dalam cinta.
Naqib menceritakan kisah pengorbanan Hanzalah
r.a. dalam perang Uhud.
Naqib membuat rumusan pengajaran kisah
Hanzalah r.a. yang mengutamakan cinta kepada
agama Islam yang dapat menyelamatkan seluruh
umat manusia .
REFLEKSI : Tolong-menolong dalam perkara kebaikan.
LAMPIRAN :
Kisah Hanzalah RA yang baru dinikahkan pada malam sebelum
esoknya terjadi perang Uhud. Kisah yang meruntun jiwa apabila seorang
sahabat nabi yang rela meninggalkan isteri demi menyahut panggilan
jihad. Sementara Hanzalah RA tidak pasti sama ada malam itu adalah
malam pertama bersama isteri tercinta atau malam perpisahan dia
bersama dengan isteri yang dicintainya itu.
Keesokannya, Hanzalah RA terjaga daripada tidurnya apabila terdengar
gendang perang yang dibunyikan. Ini kerana tentera islam mendapat
tentangan yang hebat dalam suasana yang genting itu. Hanzalah RA
dengan gagah menyiapkan diri untuk pergi bertempur tanpa memikirkan
urusan dunia demi menegakkan agama Allah SWT.
Perang yang berlaku pada mulanya dimenangi oleh pasukan Islam
tetapi mengalami kekalahan apabila pasukan memanah yang
ditugaskan berkawal di atas Bukit Uhud turun merebut harta rampasan
perang. Ketika inilah pasukan tentera Musyrikin menyerang balas, akan
tetapi beberapa tentera tetap teguh bertahan bersama Rasullulah SAW
termasuklah Hanzalah RA. Dia terus bertahan demi membuktikan
kecintaan kepada Rasullulah SAW. Dia maju menghadap Abu Sufian bin
Harb dan menebas kaki kuda Abu Sufian dari belakang sehingga Abu
Sufian terjatuh daripada kudanya. Pada saat itulah Syaddad bin Aswad
membantu Abu Sufian melawan Hanzalah RA dengan melempar
lembing daripada belakang yang mana menebusi dada Hanzalah RA.
Maka Hanzalah RA gugur syahid.
Apabila perang Uhud berakhir, para sahabat mengumpulkan jasad para
syahid yang gugur di medan Uhud. Melihat jasad Hanzalah RA yang
berlumuran darah, mereka kagum adanya rintik-rintik air mengalir dari
dahinya seperti butiran mutiara yang jatuh daripada sela rambutnya.
Perkara ini menjadi misteri dalam kalangan sahabat.
Rasullulah SAW bersabda :
"Sesungguhnya aku melihat malaikat memandikan Hanzalah bin Amir
RA di antara langit dan bumi dengan air awan dari bejana yang
diperbuat daripada perak."
Para sahabat tercengang-cengang mendengar berita ini. Salah seorang
dari mereka, Abu Said Saidi pergi melihat mayat Hanzalah RA.
Wajahnya sungguh tenang dan dari rambutnya kelihatan titisan air
berlinangan turun. Sungguh beruntung Hanzalah RA mendapat layanan
istimewa dari malaikat malahan wafatnya sebagai syuhada
menjadikannya sebagai penghuni syurga yang tanpa dihisab.
"Barangsiapa yang menafkahkan dua barang di jalan Allah SWT maka
dia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga, wahai hamba Allah ini adalah
kebaikan. Barangsiapa yang termasuk ahli solat maka dia akan
dipanggil dari pintu solat, siapa yang termasuk ahli jihad maka dia akan
dipanggil dari pintu jihad, siapa yang ahli puasa maka ia akan dipanggil
dari pintu Rayyan dan siapa yang ahli sedekah maka ia akan dipanggil
dari pintu sedekah. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
"Sesungguhnya di dalam syurga ada seratus tingkatan yang telah Allah
SWT sediakan untuk para mujahid di jalan-Nya, setiap dua tingkatan
jarak antara keduanya laksana antara langit dan bumi, jika kalian
memohon kepada Allah SWT maka mintalah syurga Firdaus ,
Sesungguhnya letaknya di tengah tingkatan tertinggi dari syurga dan di
atasnya ‘Arasy Allah SWT yang Maha Luas Rahmat-Nya, daripadanya
terpancar sungai-sungai syurga. (Hadis Riwayat Bukhari)
MODUL : Berbudi Bahasa
KRITERIA
CIRI-CIRI : Tolong-menolong
AKTIVITI
MASA : Kebolehan Memahami dan Merasai Penderitaan
BAHAN Sebenar Orang lain (Empati)
OBJEKTIF
: Sehati Sejiwa
LANGKAH
: 30 minit
REFLEKSI
: Panadol /paracetamol/ubat yang pahit.
: Pada akhir aktiviti, peserta dapat :
Menyatakan penderitaan ialah satu ujian Allah
kepada manusia.
Menyenaraikan kepentingan sifat empati terhadap
orang lain.
: Naqib menunjukkan Panadol kepada ahli usrah lalu
bertanya tentang pengalaman mereka memakan
ubat yang pahit.
Naqib mengaitkan rasa pahit ubat yang menjadi
penawar kepada sakit dengan pengalaman pahit
dalam hidup yang menjadi pendorong kejayaan.
Naqib meminta beberapa orang ahli usrah
menceritakan peristiwa pahit/sedih yang pernah
dialami.
Ahli usrah menceritakan pengalaman masing-
masing
Ahli yang mendengar dibenarkan memberi
pandangan
Naqib menilai reaksi daripada ahli usrah.
Naqib membuat rumusan tentang reaksi tersebut.
: Menyelami penderitaan orang lain memberi keinsafan
dan melahirkan rasa syukur.
LAMPIRAN : Simpati
Empati
Maksudnya melakukan sesuatu Pengertian simpati adalah
kepada orang lain Jadi dengan melakukan sesuatu kepada orang
kata lain empati adalah lain dengan menggunakan cara
kemampuan kita dalam memberi yang baik dan menyenangkan
maklumbalas terhadap keinginan menurut pandangan kita.
orang lain yang tidak terucap
secara lisan. Kemampuan memberi
maklumbalas seperti ini dapat
meningkatkan hubungan yang erat
dengan orang lain.
Empati adalah suatu perasaan Simpati adalah suatu perasaan
hiba yang muncul saat kita melihat hiba yang muncul saat kita melihat
seseorang dalam kesusahan dan seseorang dalam kesusahan tetapi
terus bertindak seperti terus tidak membuat apa-apa tindakan.
menghulur bantuan dan
menyelesaikan masalahnya.
MODUL : Berbudi Bahasa
KRITERIA
CIRI-CIRI : Tolong-menolong
AKTIVITI
MASA : Bersungguh-sungguh Memberikan Bantuan dan
BAHAN Pertolongan
OBJEKTIF
: The Power Of Sadaqah
LANGKAH
: 30 minit
REFLEKSI
: Kertas A4, pen.
: Pada akhir aktiviti, peserta dapat :
Menyatakan tiga bentuk bantuan kepada yang
memerlukan.
Menyenaraikan tiga langkah untuk memupuk sikap
tolong-menolong.
: Ahli diminta melukiskan gambar sebatang pokok
yang bercabang tujuh.
Ahli bebas melukis bilangan buah yang mereka
kehendaki pada setiap cabang pokok.
Ahli usrah menilai dan memberi pandangan
terhadap lukisan ahli-ahli yang lain.
Naqib membuat kaitan sedekah seumpama sebiji
benih yang akan tumbuh menjadi sebatang pokok
yang mana setiap dahannya mengeluarkan buah
yang banyak.
Naqib membuat rumusan tentang reaksi tersebut.
: Bersifat ringan tulang, suka bersedekah, suka
menolong dan sebagainya meningkatkan rezeki pada
masa hadapan
LAMPIRAN :
LIMA KELEBIHAN SEDEKAH :
1. Allah mengampunkan dosa. Setiap kali bersedekah ucapkanlah
“Dengan nama-Mu Ya Allah, aku memberi sedekah ini ya Allah.
Ampunkan dosa-dosaku ya Allah.”
2. Allah menambahkan rezeki. Setelah Allah mengampunkan dosa,
maka rezeki yang tidak disangka-sangka akan dikurniakan melimpah-
ruah.
3. Allah menyembuhkan penyakit. Penyakit jasmani yang memerlukan
perbelanjaan yang besar dan penyakit rohani yang penuh dengan sifat
mazmumah seperti sombong dan bongkak akan dapat disembuhkan
menerusi pemberian sedekah.
4. Allah menolakkan bala yang bakal datang. Ada kemungkinan bala
yang bakal datang akan menyukarkan urusan kita. Allah akan
memudahkan urusan kita jka kita memudahkan urusan orang lain yang
memerlukan sedekah daripada kita.
5. Allah memanjangkan umur. Hadis: Dari Amru bin Auf r.a. katanya
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam
itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan
teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap
sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).
(Riwayat Bukhari)
MODUL : Berbudi Bahasa
KRITERIA : Mengenang Budi / Menghargai
CIRI-CIRI : Mengucapkan Terima Kasih Atas Sesuatu Pemberian
Dan Pertolongan.
AKTIVITI : Syukur Selalu
MASA : 30 minit
BAHAN : Gula-gula
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat :
Menyebut ucapan terima kasih sebagai tanda
penghargaan atas pemberian yang diterima.
Menyenaraikan tiga sebab perlu berterima kasih.
LANGKAH : Naqib mengedarkan gula-gula kepada setiap ahli.
Naqib mengenalpasti ahli yang mengucapkan terima
kasih
Naqib membuat rumusan dengan menyebut ucapan
terima kasih dalam pelbagai bahasa.
Naqib meminta ahli menyenaraikan sebab-sebab
perlu berterima kasih.
REFLEKSI : Menzahirkan kesyukuran melalui ucapan terima kasih
dan menunjukkan cara memberi penghargaan kepada
seseorang contohnya memberi hadiah.
Terima Kasih
Syukran
Nandre
Sey sey
Arigato Haik
MODUL : Berbudi Bahasa
KRITERIA : Mengenang Budi / Menghargai
CIRI-CIRI : Memberikan Tanda Ingatan Sempena Peristiwa
Bermakna Kepada individu
AKTIVITI : Dariku Untukmu
MASA : 30 minit
BAHAN : Kertas A4 dan pen.
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat :
Menyatakan keperluan memberi penghargaan
sempena peristiwa yang bermakna kepada individu.
Menjelaskan perasaan masing-masing setelah
menerima penghargaan.
LANGKAH : Ahli diminta menulis nama dan tarikh lahir masing-
masing dalam sehelai kertas.
Naqib mengumpulkan dan mengedarkannya semula
kepada orang yang berbeza.
Ahli membuka kertas tersebut dan mengenalpasti
pemilik kertas tersebut dan memberi ucapan selamat
hari lahir kepada individu yang lahir pada tiga bulan
yang hampir.
Naqib membuat rumusan tentang reaksi tersebut.
REFLEKSI : َو ِا ْذ َتأَ َّذ َّن َر ُّب ُك ْم َل ِئ ْن َش َك ْر ُت ْم ََلَ ِزي َد َّن ُك ْم َو َل ِئن َك َف ْر ُت ْم ِا َّن َع َذا ِبى لَ َش ِديد
Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya
jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu,
dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu
amat pedih.”
Surah Ibrahim : 7
MODUL : Berbudi Bahasa
KRITERIA
CIRI-CIRI : Mengenang Budi / Menghargai
AKTIVITI
MASA : Menzahirkan Penghormatan Dalam Perlakuan
BAHAN
OBJEKTIF : Super Spontan
LANGKAH : 30 minit
: Koleksi gambar tingkah laku hormat/kad imbasan bertulis
arahan.
: Pada akhir aktiviti, peserta dapat :
Menunjukkan cara memberi penghormatan ketika
bertemu.
Menyenaraikan tiga tingkah laku sopan secara spontan
dalam kehidupan.
: Ahli melakonkan aksi spontan berdasarkan arahan
dalam kad imbasan/koleksi gambar tingkah laku
contohnya perkataan ‘bertemu’. Ahli akan melakonkan
aksi berjabat tangan.
Contoh koleksi gambar situasi/tulisan pada kad
- situasi pertemuan (berjabat tangan)
- berjalan di hadapan orang tua ( tundukkan badan)
- orang tua melintas jalan (dipimpin)
Naqib menilai tindakan/reaksi daripada ahli.
Naqib membuat rumusan tentang reaksi tersebut.
REFLEKSI : Membudayakan amalan mulia dalam kehidupan seharian.
LAMPIRAN :
MODUL : Berbudi Bahasa
KRITERIA : Mendengar nasihat dan mematuhi sebarang arahan
CIRI-CIRI yang ditetapkan
: Mengenang Budi / Menghargai Budi
AKTIVITI : Radio Rosak
MASA : 30 Minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat :
Bersedia menerima nasihat dan arahan yang
perhatian dan fokus semasa arahan
diberikan
Memberi
diterima
LANGKAH : Naqib menerangkan cara permainan dikendalikan.
Peserta diminta berada dalam satu barisan yang
lurus dalam jarak sedepa antara satu sama lain
Naqib memberi arahan kepada seorang ketua
kumpulan secara rahsia (Berbisik)
Ketua kumpulan akan menyampaikan arahan yang
diterima kepada peserta kedua secara rahsia
(berbisik), arahan tersebut akan diteruskan sehingga
peserta yang terakhir.
Ahli usrah yang terakhir diminta tampil ke hadapan
dan menyebut semula arahan yang telah diterimanya.
REFLEKSI : Sentiasa bersedia untuk menerima dan menjalankan
arahan dengan tepat.
Katak ketip kuku kakinya.
Kawan baik katak, kodok bertanya,
“kenapa katak ketip kuku kakinya?”
Kata Katak, “kuku kakinya memang
kena ketip”.
Kodok kata, “ Kutip kuku lepas ketip”.
MODUL : Berbudi Bahasa
KRITERIA : Sentiasa menziarahi keluarga, rakan dan individu tertentu
CIRI-CIRI : Mengenang budi/ menghargai
AKTIVITI : Syoknya Raya
MASA : 30 Minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyatakan sebahagian adab berziarah
Menyebut kelebihan berziarah
LANGKAH : Naqib memberi gambaran situasi pada hari perayaan
Ahli usrah diminta menceritakan pengalaman masing-
masing ketika menyambut hari raya bersama keluarga
Naqib menyebut tentang amalan ziarah yang
merupakan aktiviti utama semasa perayaan
Naqib membuat rumusan adab berziarah dan kelebihan
daripada aktiviti berziarah
REFLEKSI : Setiap Muslim adalah bersaudara. Oleh itu, adalah wajar
amalan ziarah-menziarahi dibudayakan dalam kehidupan
seharian. Ziarah dapat menghubungkan dan merapatkan
ikatan persaudaraan
MODUL : Berbudi Bahasa
KRITERIA : Laras Bahasa
CIRI-CIRI : Penggunaan Intonasi Suara dan Bahasa Badan sesuai
AKTIVITI : KUL1M (Kuliah Satu Minit)
MASA : 30 Minit
BAHAN : Sampul surat berisi teks ucapan
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
LANGKAH Menggunakan intonasi suara yang sesuai dengan
bahasa badan
Menggunakan intonasi yang sesuai dan menarik
perhatian seseorang
:
Naqib mengedarkan sampul surat berisi arahan
tugasan secara rawak
Setiap ahli yang menerima tugasan diminta untuk
membacakan teks mengikut intonasi yang sesuai
Setiap ahli usrah diberikan peluang untuk memberi
komentar daripada ucapan tersebut
Naqib membuat rumusan tentang teknik pengucapan
yang betul
REFLEKSI : Intonasi suara dan bahasa badan yang sesuai dapat
mempengaruhi pendengar dalam menyebarkan dakwah.
LAMPIRAN :
ADAB MENYAMPAIKAN UCAPAN :
Berselawat sebelum menyampaikan ucapan
Mewujudkan suasana mesra dengan khalayak
Jangan tergesa-gesa menyampaikan ucapan
Memulakan dengan bercerita pendek berkenaan tajuk ceramah
Sentiasa memuji khalayak dan selalu senyum
Bercakap dengan sopan dan tertib
Berdiri dengan yakin
Memandang khalayak di hadapan
Jangan menghentam khalayak atau mengutuk
Layan pertanyaan dengan adil
Tegaskan idea utama sebelum berhenti
Mohon kemaafan sebelum berhenti
PETUA KOMUNIKASI BERKESAN :
ACCURATE (TEPAT) Maklumat yang disampaikan mesti betul,
tepat dan boleh dipercayai
BRIEF(RINGKAS) Maklumat disampaikan secara padat dan
mudah difahami
CLEAR (JELAS) Jelas dari segi suara, alat bantu, penjelasan dan
ayat
DIRECT (LANGSUNG) Berterus-terang dan tidak berbelit
EASY (MUDAH) Penyampaian maklumat secara mudah dan tidak
mengelirukan
FAST (LANCAR) Penyampaian maklumat mesti lancar, tiada
sebarang gangguan
GOOD TASTE (SEDAP DENGAR) Menggunakan bahasa yang
bagus, sopan, ada jenaka dan memuji
CARA MENINGKATKAN KREDIBILITI SEMASA MENYAMPAIKAN
UCAPAN / CERAMAH :
Bersifat dinamik, bertenaga, aktif dan bersungguh-sungguh (minat)
Konsisten sepanjang sesi ucapan / ceramah
Keramahan seperti bersifat mesra dengan khalayak, anggap
khalayak lebih tahu, mohon kerjasama
Kejujuran dan bercakap benar
Keikhlasan dalam menyampaikan maklumat
Memberi penekanan terhadap mesej utama / penting
Menjawab soalan-soalan khalayak sebaik mungkin
Prihatin terhadap khalayak
Kepakaran dalam bidang diperkatakan
Punya daya tarikan peribadi seperti cara bercakap, berpakaian,
kepetahan berhujah dsb.
Contoh Teks Ucapan :
TEKS UCAPAN
KETUA PENGAWAS
SEMPENA
SAMBUTAN HARI GURU SMKCJ
PADA
29 MEI 2016
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih saudara pengerusi majlis.
Yang berusaha, - Pengetua SMKCJ
Puan Rozita Binti Ahmad - Penolong Kanan
Puan Sofia Nor Binti Molhit - PK HEM
Encik Othman Bin Omar - PK Kokurikulum
Puan Anita Mazlina Bt Azman Arash - PK Petang
Encik Termizi Bin Mohd Tahir
Yang dihormati,
Ketua-ketua bidang,
Guru-guru Cemerlang,
Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG
Guru-guru,
Kakitangan sekolah,
Dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.
Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan terima kasih kerana diberi
peluang mengungkapkan kata-kata dan menyusun bicara pada hari
yang penuh bersejarah ini. Sebaris kata P.Ramlee, tiada kata secantik
bahasa, tiada gambar secantik lukisan, untuk dicurahkan perasaan.
Sebagai mewakili lebih daripada 2000 orang pelajar SMKCJ di sini, ingin
saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan “Selamat Hari Guru”
kepada seluruh warga pendidik yang pernah mengajar kami, walaupun
di mana jua berada.
Gurulah yang menjadi arkitek untuk pembinaan tamadun sesuatu
bangsa. Sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan negara ini
dimulakan oleh para guru. Merekalah yang meniup api kebencian
terhadap penjajah sehingga bangkitlah semangat nasionalisme yang
kental dalam kalangan rakyat. Usaha membangunkan rakyat melalui
Dasar Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Negara juga
diletakkan di pundak para guru. Lahirnya pemimpin ternama, pakar
bedah, peguam terkenal, usahawan terulung, jurutera, angkasawan,
dan sesiapa sahaja yang membangunkan negara ini juga bermula
daripada jasa guru. Jelaslah bahawa guru berperanan untuk membina
Negara bangsa.
Guru-guru dan rakan seperjuangan sekalian,
Ingin saya ungkapkan betapa syukurnya dan bertuahnya kerana
berpeluang menerima didikan di SMK Cheras Jaya ini. Para gurunya
amat berdedikasi dan komited dalam menjalankan tanggungjawab. Para
guru juga sanggup berkorban masa dan tenaga demi kejayaan anak-
anak didikannya. Istilah jemu dan keluhan tidak pernah menerpa ke
kuping telinga kami. Oleh itu, saya menyeru rakan-rakan dan adik-adik
sekalian untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru. Usahlahlah
dihimpunkan segala kesumat di dada walau sekelumit sekali pun.
Marilah kita sama-sama mengucapkan ungkapan keramat ‘Selamat Hari
Guru’.
Akhirul kalam, selaku Ketua Pelajar ingin memohon maaf kerana
sambutan hari guru di sekolah ini tidaklah semeriah mana, namun begitu
kepada kami, kecil atau besar sesuatu majlis itu bukanlah kayu
pengukur kepada penghargaan seorang ahli usrah kepada gurunya.
Sesungguhnya insan yang bergelar guru ialah insan yang paling mulia di
sisi-Nya.
Sekian, terima kasih.
MODUL : Berbudi Bahasa
KRITERIA
CIRI-CIRI : Laras Bahasa
AKTIVITI
MASA : Penggunaan bahasa yang sopan dan lembut
BAHAN
OBJEKTIF : 5S5T (5 Situasi + 5 Tempat Berbeza)
LANGKAH : 30 Minit
REFLEKSI : Tiada
: Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Bercakap menggunakan bahasa yang sopan dan
lembut
Menyatakan kelebihan bercakap dengan bahasa
yang betul dan sopan
: Ahli usrah diberi tugasan melafazkan gaya
percakapan di lima tempat berdasarkan situasi yang
berbeza:
a. Kaunter bank (meminta bantuan untuk mengisi
borang)
b. Klinik kerajaan (bertanya lokasi bilik rawatan)
c. Padang bola (meminta bantuan untuk
mendapatkan peralatan)
d. Stesen bas ( mendapatkan kepastian platform bas
yang akan
dinaiki)
e. Restoran (cara memanggil pelayan restoran)
Setiap ahli usrah dibahagikan tugas untuk membawa
watak percakapan situasi di atas
Naqib membuat rumusan perbincangan berdasarkan
hadis riwayat Imam Muslim
:
اَ ْل ُم ْسلِ ُم َمن َس ِل َم ا ْل ُم ْسلِ ُمو َن ِمن ِل َسا ِن ِه َو َي ِد ِه
“Orang Islam ialah orang yang menjaga kesejahteraan
orang Islam yang lain dengan lidahnya dan tangannya”.
(Riwayat Imam Muslim)
MODUL : Berbudi Bahasa
KRITERIA
CIRI-CIRI : Bercakap perkara bermanfaat dalam topik berkaitan
AKTIVITI
: Laras Bahasa
: Huraian Ayat Al-Quran, Hadis & Kata-kata Hukama’
Al-Quran, al-Ahzab : 70
َيا ُّي َها ال ِّذي َن اَ َم ُنو ْا ا َّت ُّقو ْا اللهَ َوقُولُو ْا قُولا َش ِديدا
“Wahai Orang-orang yang beriman bertaqwalah kepada
Allah dan katakanlah perkataan yang tepat”
Kata-kata hukama’:
اَ ْل ِح َسا ِب َع ِن ُي ْغنِي اَلاَ َدا ُب
“Kesantunan mencukupkan kita dari kedudukan
(kehormatan)”
MASA : 30 Minit
BAHAN
OBJEKTIF : Tiada
LANGKAH : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Bercakap menggunakan bahasa yang sopan dan
REFLEKSI lembut
Menyatakan kelebihan bercakap dengan bahasa
yang betul dan sopan.
: Naqib membacakan sepotong ayat al-Quran, Hadis
dan kata-kata hukama’
Sumbang saran dalil yang dibaca di atas
Naqib membuat rumusan
: Islam sangat menekankan aspek adab dalam
percakapan
LAMPIRAN :
MODUL : Berbudi Bahasa
KRITERIA : Penggunaan Kata-kata penghormatan yang tetap
CIRI-CIRI : Laras Bahasa
AKTIVITI : Salutasi Majlis
MASA : 30 Minit
BAHAN : Kertas A4, Pen & Lampiran Salutasi
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyebut sapaan yang sesuai dengan kedudukan
seseorang semasa dalam majlis
Menyenaraikan kelebihan sapaan yang betul dalam
majlis
LANGKAH : Ahli usrah membuat cabutan nombor giliran sebagai
Pengacara Majlis :
o Kejohanan Sukan Sekolah
o Majlis Khatam Al-Quran
o Majlis Mesyuarat Agung PIBG
o Majlis Anugerah Kecemerlangan
o Majlis Pelancaran Minggu 3K
Ahli usrah berkolaboratif untuk mengacara majlis
REFLEKSI : Budi Bahasa Budaya Kita
LAMPIRAN :
Contoh Teks Pengacara Majlis :
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN
FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-10 TAHUN 2014
DIRASMIKAN OLEH:
YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI ABDULLAH BIN MUHAMMAD DIN
PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
TARIKH:
23 JUN 2014 (ISNIN)
TEMPAT:
PUSAT DAKWAH ISLAMIAH NEGERI SEMBILAN
MASA TENTATIF TEKS UCAPAN EMCEE
8.00 Kontinjen Ketibaan Yang Berbahagia Tuan Haji
Abdullah Bin Muhammad Din,
pagi Mengambil Tempat Pengarah Bahagian Pendidikan
Islam, Kementerian Pendidikan
9.00 Ketibaan Tetamu Malaysia
diiringi barisan tetamu-tetamu
pagi Jemputan kehormat, hadirin mohon berdiri.
9.20 Ketibaan Wakil
pagi Pengarah
Pendidikan JPNS
9.30 Ketibaan Pengarah
pagi Bahagian
Pendidikan Islam
KPM
Nyanyian Lagu Hadirin warga dewan yang budiman,
Negaraku
Majlis dimulakan dengan nyanyian
lagu Negaraku dan alunan Asma Ul-
Asma Ul-Husna Husna.
(Hadirin dipersilakan berdiri/bersedia)
…
Hadirin dipersilakan duduk.
Salutasi Protokol Bismillahirrahmanirrahim.
Dan Ucapan Assalamualaikum wbt, Salam
Pembukaan Emcee Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
**Salutasi (Rujuk lampiran)
**Alhamdulillah (pujian dan selawat)
Alhamdulillah, bersyukur kita ke
hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia-Nya jua, maka hari ini, waktu
ini, berhimpun erat kita di sini,
tersemat di lipatan nurani, kita hadir
dengan hati yang tulus suci, kami
sambut dengan kejernihan hati.
Selamat datang, selamat bertandang
ke Dewan Besar Pusat Dakwah
Islamiah Negeri Sembilan untuk
sama-sama kita menjayakan Majlis
Perasmian Penutupan Festival
Nasyid Sekolah-Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia Peringkat
Kebangsaan Kali Ke-10 Tahun 2014.
Bacaan Doa Al-Quran mukjizat bahasa tersusun,
Indah alunan tersemat di hati,
Majlis dimula doa dipohon,
Semoga rahmat berkat menanti.
Hadirin warga dewan yang dikasihi,
Mudah-mudahan majlis memperoleh
keberkatan dan kerahmatan,
muslimin muslimat, marilah kita
bersama-sama, menadah tangan
merafak rasa syukur ke hadrat Allah
SWT, dengan itu majlis dengan
sukacitanya mempersilakan al-Fadhil
Tuan Haji Amir Rahman Bin Abas
untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
Amin, amin, amin ya rabbal ‘alamin.
Terima kasih al-Fadhil Tuan Haji Amir
Rahman Bin Abas atas pimpinan
bacaan doa itu tadi.
(Sedikit pengenalan pembaca doa,
jika perlu)
Hadirin, warga dewan, pemangkin
kegemilangan negara,
Terlebih dahulu, majlis merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada:
Yang Berbahagia Tuan Haji Abdullah
Bin Muhammad Din,
Pengarah Bahagian Pendidikan
Islam, Kementerian Pendidikan
Malaysia,
Yang Berusaha Tuan Pakharuddin
Bin Haji Ghazali, Ketua Sektor
Jaminan Kualiti, mewakili Yang
Berbahagia Dato’ Pengarah
Pendidikan, Jabatan Pendidikan
Negeri, Negeri Sembilan, tetamu-
tetamu jemputan dan hadirin, atas
kesudian hadir menjayakan Majlis
Perasmian Penutupan Festival
Nasyid Sekolah-Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia Peringkat
Kebangsaan Kali Ke-10 Tahun 2014,
bertemakan al-Quran Menjana
Transformasi Ummah Wasatiah.
Sesungguhnya, kehadiran tuan-tuan
dan puan-puan menambah lagi seri
majlis kita pada hari ini, dan bersama
kita jayakan dengan semangat
bermuafakat, mudah-mudahan
bermuafakatnya kita akan membawa
keberkatan, ibarat langkah sederap,
selenggan seayun, tetap sehati,
ibarat pohon dicabut, layu dianjak
mati.
Persembahan Hadirin warga dewan yang budiman,
Multimedia
Membuka tirai majlis kita pada pagi
ini, marilah kita bersama-sama
menyaksikan persembahan tayangan
multimedia sempena Festival Nasyid
Sekolah-Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia Peringkat
Kebangsaan Kali Ke-10 Tahun 2014.
Sama-sama kita saksikan.
…
Begitulah tadi persembahan
tayangan multimedia yang cukup
hebat dan mempesonakan yang telah
disediakan oleh Pejabat Pendidikan
Daerah Rembau, Negeri Sembilan.
Diucapkan tahniah dan terima kasih!
Ucapan Alu-Aluan Tidak meriah majlis jika tiada paluan
Pengarah kompang,
Pendidikan JPNS Tidak berseri majlis jika tiada tetamu
yang datang,
Tidak lengkap acara jika tamu
kehormat tidak berbicara.
Hadirin warga dewan penjana
transformasi pendidikan negara,
Majlis dengan sukacitanya
menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha Tuan Pkharuddin Bin Haji
Ghazali, Ketua Sektor Jaminan
Kualiti, mewakili Yang Berbahagia
Dato’ Pengarah Pendidikan, Jabatan
Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan,
untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Terima kasih Yang Berusaha Tuan
Pkharuddin Bin Haji Ghazali, Ketua
Sektor Jaminan Kualiti Jabatan
Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan
atas ucapan alu-aluan itu tadi. Wajah
nan molek, penyegar mata, ungkapan
terlakar, tertanam di jiwa.
Ucapan Perasmian Di sini ada putera puteri yang
Pengarah Bahagian mendaulatkan bangsa,
Pendidikan Islam, Di sini ada pendidik yang tiada putus
KPM asa,
Di sini ada pejuang agama yang amat
berjasa,
Di sini ada pemimpin yang berjiwa
mulia,
Hadirin, warga dewan pemangkin
kegemilangan negara,
Seterusnya, majlis dengan penuh
hormat dan takzim menjemput dan
mempersilakan Yang Berbahagia
Tuan Haji Abdullah Bin Muhammad
Din, Pengarah Bahagian Pendidikan
Islam, Kementerian Pendidikan
Malaysia, untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan
Majlis Perasmian Penutupan Festival
Nasyid Sekolah-Sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia Peringkat
Kebangsaan Kali Ke-10 Tahun 2014.
Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Terima kasih Yang Berbahagia Tuan
Haji Abdullah Bin Muhammad Din,
Pengarah Bahagian Pendidikan
Islam, Kementerian Pendidikan
Malaysia, atas ucapan perasmian
penutupan itu tadi.