Ucapan Pengerusi Keputusan pertandingan telah berada
Jemaah Hakim Dan di tangan,
Pengumuman Apa yang dinanti, apa lagi ditunggu,
Keputusan ayuh mari kita saksikan.
Hadirin, muslimin muslimat yang
dikasihi,
Sekarang tibalah masanya yang
ditunggu-tunggu, dengan itu majlis
mempersilakan En. Mohamad Sayuti
Bin Omar, Ketua Jemaah Hakim
untuk membuat rumusan dan
mengumumkan keputusan
pertandingan. Dipersilakan.
Terima kasih En. Mohamad Sayuti
Bin Omar, Ketua Jemaah Hakim atas
rumusan dan pengumuman itu tadi.
Sekalung penghargaan dan tahniah
diucapkan kepada semua kontinjen
yang telah berjaya!
Sesungguhnya, adat pertandingan,
ada yang kalah, ada yang menang.
Inilah hakikat kehidupan. Dari Perlis
hingga ke Sabah, alunan nasyid
bergema dipalu indah. Menang atau
kalah, tetap teguh berdiri, eratkan
ukhwah, semaikan bakti, gigih
berusaha, menyampaikan dakwah.
Kerana kita semua adalah pemenang,
pejuang yang tidak pernah kenal erti
kekalahan, ayuh, kita berikan
tepukan gemuruh kepada semua
peserta!
Perjalanan kontinjen-kontinjen ke
pentas kebangsaan, bukanlah satu
perjalanan yang mudah.
Sememangnya memerlukan
pengorbanan yang tinggi, semangat
juang yang tiada tara, kerjasama
berpasukan yang tiada tandingan dan
sokongan padu yang tidak pernah
luntur.
Inilah yang kita impikan, kita
harapkan dan kita doakan, semoga
usaha murni ini akan terus
berkekalan dan berpanjangan serta
memperoleh keberkatan dari Allah.
Teruskan berdakwah di mana jua kita
berada, menyemai perpaduan,
mengikat kasih dan mengakar
ketakwaan kepada Yang Maha Esa.
Persembahan Bersarang merbah di Kuala Langat,
Johan Festival Manisnya madu pabila dimakan,
Nasyid 2014 Suasana meriah bertambah hangat,
Johan festival nasyid, kami
Penyampaian tampilkan.
Hadiah Dan
Cenderamata Terimalah persembahan daripada
Johan Festival Nasyid Sekolah-
Sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali
Ke-10 Tahun 2014, dipersilakan
kumpulan
………………………………………………
Sama-sama kita saksikan.
Begitulah tadi persembahan yang
hebat, mantOp dan mempesonakan.
Tahniah dan terima kasih diucapkan.
Orang berbudi kita berbahasa, orang
memberi kita merasa,
Hadirin yang dikasihi,
Majlis menjemput dan mempersilakan
Yang Berusaha Tuan Pkharuddin Bin
Haji Ghazali, Ketua Sektor Jaminan
Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri,
Negeri Sembilan dan Yang Berusaha
Puan Hajah Kamariah Binti Isa,
Timbalan Pengarah Pengurusan
Dakwah Dan Syiar Islam, Bahagian
Pendidikan Islam mengiringi Yang
Berbahagia Tuan Haji Abdullah Bin
Muhammad Din, Pengarah Bahagian
Pendidikan Islam, Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk
menyampaikan hadiah dan
cenderamata. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Ketua Kontinjen
Majlis penyampaian hadiah dan
cenderamata, dimulakan dengan
penyampaian hadiah kepada ketua-
ketua kontinjen negeri. Dipersilakan:
(Rujuk Lampiran)
Hakim
Seterusnya, penyampaian hadiah
kepada barisan jemaah hakim.
Dipersilakan:
(Rujuk lampiran)
Kategori Sekolah Rendah
(Rujuk lampiran)
Seterusnya, penyampaian hadiah
festival nasyid kategori sekolah
rendah,
1) Johan:
2) Tempat kedua:
3) Tempat ketiga:
4) Penciptaan lagu tema terbaik:
5) Penciptaan lirik tema terbaik:
6) Penciptaan lirik sukatan pelajaran
pendidikan Islam terbaik:
7) Anugerah solo terbaik:
8) Sagu hati:
(Rujuk lampiran)
Kategori Sekolah Menengah
(Rujuk lampiran)
Seterusnya, penyampaian hadiah
festival nasyid kategori sekolah
menengah,
1) Johan:
2) Tempat kedua:
3) Tempat ketiga:
4) Penciptaan lagu tema terbaik:
5) Penciptaan lirik tema terbaik:
6) Penciptaan lirik sukatan pelajaran
pendidikan Islam terbaik:
7) Anugerah solo terbaik:
8) Sagu hati:
(Rujuk lampiran)
Johan Keseluruhan
Seterusnya johan keseluruhan
Festival Nasyid Sekolah-Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
Peringkat Kebangsaan Kali Ke-10
Tahun 2014, dipersilakan
………………………………………………
Penyampaian Cenderamata Pengarah
BPI
Sebagai tanda kenang-kenangan,
majlis menjemput dan
mempersilakan Yang Berbahagia
Tuan Haji Abdullah Bin Muhammad
Din, Pengarah Bahagian Pendidikan
Islam, Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk menyampaikan sijil
penghargaan kepada tetamu-tetamu
kehormat. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
1) Dipersilakan:
Pusat Dakwah
2) Dipersilakan:
Yang Berusaha Tuan Pkharuddin Bin
Haji Ghazali, Ketua Sektor Jaminan
Kualiti, mewakili Yang Berbahagia
Dato’ Pengarah Pendidikan, Jabatan
Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan,
Dan, sebagai pihak tuan rumah,
majlis mempersilakan Yang Berusaha
Tuan Pkharuddin Bin Haji Ghazali,
Ketua Sektor Jaminan Kualiti,
mewakili Yang Berbahagia Dato’
Pengarah Pendidikan, Jabatan
Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan
untuk menyampaikan cenderamata
kepada Yang Berbahagia Tuan Haji
Abdullah Bin Muhammad Din,
Pengarah Bahagian Pendidikan
Islam, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Yang
Berbahagia Tuan Haji Abdullah Bin
Md Din Yang Berusaha Tuan
Pkharuddin Bin Haji Ghazali dan
Yang Berusaha Puan Hajah Kamariah
Binti Isa atas kesudian
menyampaikan hadiah dan
cenderamata itu tadi.
Jamuan Ibarat jika berkayuh telah sampai ke
hulu,
Jika belayar telah sampai ke
pelabuhan,
Jika berjalan telah sampai ke
destinasi,
Jika berjuang tiada noktah terhenti.
Tuan-tuan dan puan-puan, warga
dewan yang dikasihi,
Kita telah pun berada di penghujung
acara,
Sebelum mengakhiri majlis, daripada
kami dan jawatankuasa,
Kalau kami tersalah adap, kalau kami
tersalah anggap,
Yang patut tak dipatutkan, yang
dahulu dikemudiankan,
Kok tutur bicara menyentuh hati, kok
tingkah laku nampak tak sudah,
Umpama jauh menjunjung duli,
sudah dekat mengangkat sembah.
Sesungguhnya, segala jasa dan
pengorbanan
Khidmat bakti tuan-tuan dan puan-
puan,
Dalam memastikan visi dan misi
kementerian dapat dilaksanakan,
Tidaklah dapat kami ucapkan dengan
kata-kata,
Tidak dapat kami rungkaikan dengan
perbuatan,
Dan tidak mungkin terbalas dengan
gunungan intan,
terutamanya..
Bahagian Pendidikan Islam,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Barisan Jemaah Hakim yang arif lagi
dedikasi,
Pihak tuan rumah Jabatan
Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan,
Pusat Dakwah Islamiah Negeri
Sembilan,
Ketua-Ketua Sektor Jabatan
Pendidikan Negeri dan wakil,
Pengetua-pengetua, guru besar-guru
besar,
Kontinjen-kontinjen negeri, guru-guru
pengiring, peserta-peserta dan
semua yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam
menjayakan Festival Nasyid Sekolah-
Sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali
Ke-10 Tahun 2014.
Hanya Allah S.W.T yang bisa
membalas jasa dan budi kalian
semua. Semoga kejayaan dan
kecemerlangan akan terus menjadi
milik kita bersama, insya-Allah.
Sidang hadirin dipohon untuk terus
berada di dewan ini.
Dan, majlis menjemput dan
mempersilakan Yang Berbahagia
Tuan Haji Abdullah Bin Muhammad
Din, Pengarah Bahagian Pendidikan
Islam, Kementerian Pendidikan
Malaysia diiringi tetamu-tetamu
kehormat ke bilik jamuan yang telah
disediakan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Majlis Bersurai Wabillahi taufiq wal hidayah,
wassalamualaikum wbt.
Majlis disudahi dengan surah al-Asr
dan tasbih kaffarah. Wallahu taala
a’lam.
*Emcee mengendalikan sesi bergambar di pentas*
Mohd Kushairi Bin Che Ismail
Sapaan Hormat
Pergaulan tak sengaja (formal)
Kata ganti diri Orang yang ditujukan
Tuan Orang yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi
daripada penutur (dari segi status pekerjaan)
Dirujuk kepada orang yang menjadi Pengerusi Majlis
Contoh : Tuan Penngerusi Majlis
Digunakan bersama nama / jenis jawatan
Contoh : Tuan Pengetua
Orang yang menjawat jawatan kadi, imam, hakim,
doctor.
Contoh : Tuan Hakim
Digunakan sebagai rujukan hormat kepada hadirin
lelaki dalam sesuatu upacara rasmi.
Contoh : Tuan-tuan sekalian
Pemilik harta
Contoh : Tuan rumah, Tuan tanah, Tuan kedai
Orang yang bergelar seperti Haji, Profesor
Contoh : Tuan Haji Shukor, Tuan Profesor
Encik Orang lelaki yang mempunyai status yang lebih
tinggi daripada penutur
Puan Orang lelaki yang baru dikenali dan difikirkan
mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada
penutur
Orang perempuan yang sudah berkahwin
Orang perempuan yang memegang jawatan
Contoh : Puan Pengetua
Rujukan hormat kepada hadirin wanita dalam
sesuatu upacara rasmi
Contoh : Puan-puan sekalian.
Cik Orang perempuan yang belum kahwin
Orang perempuan yang berjawatan lebih tinggi
daripada penutur.
Saudara (lelaki) / Orang yang baru dikenali
Saudari
(perempuan) Kaki tangan bawahan atau setaraf dengan penutur
Sebagai rujukan kepada hadirin dalam sesuatu
majlis
Digunakan dalam mesyuarat dan majlis perdebatan
b. Gelaran warisan
Gelaran Bahasa Sapaan
Tun Gelaran ini tidak perlu diberi rujukan Tuan,Puan,
Toh Puan Encik atau Cik kecuali mempunyai gelran lain seperti
Tan Sri Doktor, Profesor , Tengku atau Haji.
Puan Sri
Datin Paduka Contoh : Tun Dr. Ismail
Tan Sri Tengku Ahmad
c. Gelaran Kurniaan Ikhtisas
Gelaran Bahasa Sapaan
Profesor Bentuk panggilan serupa dengan gelaran ikhtisas
Doktor yang ada pada mereka.
Cikgu Contoh : seseorang guru agama dipanggil Ustaz
Ustaz
Kata sapaan Tuan / Puan boleh diletakkan sebelum
gelaran Profesor dan Doktor.
Contoh : Tuan Doktor, Puan Profesor
d. Gelaran Keagamaan
Gelaran Bahasa Sapaan
Haji Tuan Haji / Pak Haji Osman
Hajah Puan Hajah / Mak hajah Esah /
Cik Haji (bagi lelaki / perempuan)
Imam Tuan Imam
Lebai Pak Lebai
Protokol
Protokol Panggilan Hormat
Sultan / Raja / Yang Dipertuan Besar, Yang memerintah
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan
Agong.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku……..(nama)
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku……(nama)
Duli Yang Maha Mulia Sultan………(nama)
Duli Yang Maha Mulia Almutawakkil Alallah……(nama)
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan …….(nama)
Yang Dipertua Negeri / Perwakilan Negara-negara Asing /
Duta Besar / Duta / Pesuruhjaya Tinggi
Tuan Yang Terutama
Raja Muda / Tengku Mahkota / Raja Di-Hilir Perak
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku……(nama)
Duli Yang Amat Mulia Tuanku…….(nama)
Yang Amat Mulia Undang……..(nama)
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku……(nama)
Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri / Menteri Besar / Ketua
Menteri /
Menteri-menteri / Timbalan Menteri / Pegawai Tinggi Kerajaan
Negeri / Pegawai /
Kaki Tangan Kerajaan
Yang Amat Berhormat
Yang Amat Berhormat Mulia
Yang Berhormat
Yang Berhormat Mulia
Tuan Yang Dipertua
Yang Mulia Tuan Yang Dipertua
Yang Berhormat Senator
Yang Berhormat Mulia Senator
Tun / Toh Puan / Kerabat Diraja / Syed / Syarifah
Yang Amat Berbahagia
Yang Amat Mulia
Yang Mulia
Ketua Hakim Negara / Hakim Besar / Hakim
Yang Amat arif Tuan Ketua Hakim Negara
Yang Amat Arif Tengku….
Yang Arif Tuan Hakim Besar / Tuan Hakim
Tan Sri / Puan Sri / Datuk Seri / Datin Seri / Datuk Patinggi /
Datin Patinggi / Datuk / Datuk Amar / Datin / Datin Paduka
Yang Berbahagia
Yang Mulia (untuk kerabat diraja)
Mufti / Kadi / Haji / Hajah
Yang Berbahagia Tuan Mufti
Sahibussamahah tan Sri/ Datuk Mufti…..(nama)
Yang Mulia ( kerabat diraja)
Yang Mulia Tuan Haji
Yang Mulia Puan Hajah
Ketua Pengarah / Pengarah / Setiausah / Setiausaha Agung /
Pengurus Besar / Pengurus
Yang Berbahagia
Residen / Pegawai Daerah / Penghulu /
Orang Kaya-raya/ Sidang
Yang Berbahagia
Ustaz / Ustazah / Imam / Pengetua / Guru Besar / Pemangku Ketua
Yang Berbahagia
Syed / Syarifah / Profesor / Profesor Madya / Drs / Dra / Encik / Nik /
Wan / Abang / Megat / Meor / Ahmad / Cik / Puteri / Pengerusi Majlis
Yang Mulia Tuan Syed
Yang Berbahagia Tuan…
Yang Mulia Cik…
Yang Mulia Tuan / Puan Pengerusi
MODUL
JATI DIRI
MODUL : Jati Diri
KRITERIA : Kepercayaan Kepada Tuhan
CIRI-CIRI : Keyakinan wujudnya Tuhan
AKTIVITI : Sorok Ayam
MASA : 30 minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyatakan sekurang-kurangnya dua sifat Allah SWT.
LANGKAH : Naqib menggunakan teknik penceritaan. (lampiran
cerita)
Naqib bersoal-jawab dengan ahli usrah tentang cerita
yang disampaikan.
Soalan:-
1. Apa pengajaran yang kamu dapat melalui cerita ini?
2. Kenapa ahli usrah tersebut dipuji oleh gurunya?
3. Apakah nilai yang sepatutnya diterapkan dalam diri
anda sebagai
seorang pelajar?
Naqib membuat rumusan terhadap maklum balas ahli
usrah.
REFLEKSI : Allah SWT Maha Mengetahui semua perkara yang
berlaku walau di mana sahaja kita berada.
“Terdapat sepuluh orang ahli usrah akan menamatkan ilmu pengajiannya,
lalu mereka pun menghadap tuan gurunya. Sebelum pulang ke kampung
masing-masing, setiap orang ahli usrah tersebut telah diberikan seekor
ayam oleh tuan gurunya. Guru itu mengarahkan setiap orang ahli usrah
menyembunyikan ayam tersebut daripada pandangan orang lain. Masing-
masing menyembunyikan ayam tersebut. Setelah selesai, mereka
berkumpul semula. Semua ahli usrah dapat menyembunyikan ayam
kecuali seorang. Lalu gurunya bertanya “Mengapa kamu tidak mengikut
arahan saya untuk menyembunyikan ayam tersebut?” Jawab ahli usrah
itu, “Bagaimana saya ingin menyembunyikannya sedangkan Allah SWT
mengetahui di mana sahaja saya sembunyikan ayam ini.” Tindakan beliau
telah dipuji oleh gurunya.
MODUL : Jati Diri
KRITERIA : Kepercayaan Kepada Tuhan
CIRI-CIRI : Mematuhi segala ajaran
AKTIVITI : “Your Responsibility”
MASA : 30 minit
BAHAN : Kertas Mahjung dan marker pen
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyatakan tanggungjawab masing-masing mengikut
bahagian yang diberi.
LANGKAH : Ahli usrah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan
dibekalkan dengan kertas mahjung dan marker pen.
Setiap kumpulan diminta membuat Peta i-Think tentang
tanggungjawab sebagai anak, pelajar dan pemimpin.
Naqib meminta setiap kumpulan membentangkan hasil
kerja mereka.
Naqib merumuskan hasil pembentangan setiap
kumpulan.
REFLEKSI : Setiap manusia mempunyai tanggungjawab dan setiap
tanggungjawab akan dipersoalkan kelak.
*Peta I-Think sebagai lampiran.
MODUL : Jati Diri
KRITERIA : Kepercayaan Kepada Tuhan
CIRI-CIRI : Bersyukur atas nikmat yang dikurniakan
AKTIVITI : Mari Jadi Komposer
MASA : 30 minit
BAHAN : Kertas A4 dan pen
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima nikmat yang
dikurniakan oleh Allah SWT
LANGKAH : Ahli usrah dibahagikan kepada tiga kumpulan.
Naqib meminta setiap kumpulan memilih sebuah lagu
dan mengubah lirik tersebut bertemakan syukur.
Setiap kumpulan dikehendaki menyanyikan lagu
tersebut di hadapan.
Naqib meminta setiap kumpulan memberikan ulasan
terhadap lirik lagu kumpulan mereka.
Naqib membuat rumusan tentang aktiviti tersebut.
REFLEKSI : Bersyukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT
sama ada di darat, di langit dan di lautan.
MODUL : Jati Diri
KRITERIA : Berkeyakinan
CIRI-CIRI : Tidak Mudah Terpengaruh
AKTIVITI : Plus Minus
MASA : 30 minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Ahli usrah dapat menyatakan kepentingan memberi
tumpuan ketika dalam proses pembelajaran dan
pengajaran di dalam kelas.
Ahli usrah menjelaskan kepentingan fokus dalam
melakukan setiap aktiviti.
LANGKAH : Ahli usrah diarahkan mencari pasangan masing-masing.
Naqib menamakan ahli usrah A dan B.
Naqib meminta ahli usrah menyebut perkataan yang baik
manakala ahli usrah B menyebut perkataan yang
berlawanan.
Contohnya : Lulus lawannya gagal.
Naqib meminta ahli usrah bertukar menggunakan idea
yang sama antara ahli usrah B dan A.
Naqib meminta setiap ahli usrah memastikan pasangan
memberikan perkataan berlawanan yang betul.
Sesiapa yang memberikan perkataan berlawanan yang
salah dikira kalah.
Beberapa orang ahli usrah diminta memberikan pendapat
mereka tentang aktiviti yang mereka buat.
Naqib membuat rumusan tentang aktiviti yang telah
dijalankan.
REFLEKSI : Yakin dengan diri sendiri dan tidak mudah terpengaruh
dengan faktor persekitaran adalah salah satu amalan
yang baik.
MODUL : Jati Diri
KRITERIA : Berkeyakinan
CIRI-CIRI : Berwawasan / Berpandangan jauh
AKTIVITI : Vision Board
MASA : 30 minit
BAHAN : Kertas dan pen
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyatakan impian yang ingin mereka kecapi.
Menyatakan tiga tindakan yang perlu diambil untuk
mencapai impian itu
LANGKAH : Naqib memberikan sehelai kertas kepada setiap individu
dan meminta supaya mereka melipat kertas tersebut
kepada tiga bahagian.
Naqib meminta ahli usrah untuk menulis impian mereka
pada setiap lipatan.
Ahli usrah diminta berkongsi impian masing-masing.
Pada akhir aktiviti, naqib merumuskan bahawa setiap
impian sepatutnya dibahagikan dalam tiga fasa
kehidupan akan datang iaitu lima tahun, sepuluh tahun
dan 20 tahun supaya ahli usrah dapat meletakkan sasaran
impian yang mampu mereka capai.
REFLEKSI : 1. Setiap manusia mempunyai impian dalam kehidupan.
2. Setiap impian mesti diterjemahkan dalam tindakan.
3. Setiap impian mesti ada sasaran untuk menjadikan impian
itu satu kenyataan.
MODUL : Jati Diri
KRITERIA : Berkeyakinan
CIRI-CIRI : Beridea Kritis
AKTIVITI : Ma Hiya?
MASA : 30 minit
BAHAN : Benda Maujud (contoh: pen, jam dan kasut)
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyatakan idea masing-masing dengan tujuan melatih
ahli usrah berfikir dengan kritis.
Menyatakan kepentingan setiap ciptaan Allah SWT.
LANGKAH : Ahli usrah diminta menunjukkan benda maujud (benda
yang ada) yang ada di sekitar mereka.
Mereka diminta menceritakan andai kehidupan mereka
seperti benda maujud yang mereka pegang bermula
dengan ayat :
“Jika saya sebatang pen………….” (contoh)
Selepas beberapa ahli usrah berkongsi idea mereka, ahli
usrah membuat kesimpulan.
Naqib membuat kesimpulan bahawa setiap benda
mempunyai peranan masing-masing yang berbeza.
Contohnya setiap jari kita mempunyai tugas yang
berbeza-beza.
REFLEKSI : 1. Setiap sesuatu yang Allah SWT ciptakan ada peranan
masing-masing.
2. Setiap kelebihan tersebut hendaklah digunakan untuk
tujuan
kebaikan.
MODUL : Jati Diri
KRITERIA : Berkeyakinan
CIRI-CIRI : Sentiasa Menunaikan Kewajipan
AKTIVITI : Tiru Macam Saya
MASA : 30 minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Mengikut arahan yang betul dengan teliti.
Ahli usrah perlu mengutamakan kewajipan .
LANGKAH : Naqib memberi arahan: “Sentuh anggota badan yang
saya sebut bukan anggota badan yang saya sentuh.”
Contoh: Naqib menyebut, “Hidung.” Sedangkan naqib
memegang telinga.
Ahli usrah sepatutnya memegang hidung bukan
memegang telinga.
Ahli usrah perlu mengikut kata-kata naqib bukannya
pergerakan.
Ahli usrah diminta memberi pandangan tentang aktiviti
yang baru sahaja dijalankan.
Naqib membuat kesimpulan dari aktiviti tersebut.
REFLEKSI : Mendengar dan mematuhi arahan merupakan perkara
yang penting untuk menjadi insan yang cemerlang.
MODUL : Jati Diri
KRITERIA : Berkeyakinan
CIRI-CIRI : Kesungguhan Yang Tinggi
AKTIVITI : Menara Impian
MASA : 30 minit
BAHAN : Kertas A4 dan klip kertas
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Mengaitkan atau menceritakan aktiviti yang dijalankan
dengan perjalanan mengejar cita-cita dan impian dalam
kehidupan.
LANGKAH : Ahli usrah dibahagikan kepada tiga kumpulan.
Naqib meminta supaya setiap kumpulan membina menara
menggunakan kertas dan klip kertas setinggi mana yang
mereka mampu.
Ahli usrah mempersembahkan hasil ciptaan bangunan
mereka di hadapan ahli usrah lain dan mengaitkannya
dengan perjalanan mengejar cita-cita dan impian dalam
kehidupan.
Ahli usrah diminta memberi pandangan tentang aktiviti
yang baru sahaja dijalankan.
Naqib membuat kesimpulan dari aktiviti tersebut.
REFLEKSI : 1.Perancangan yang rapi sebelum melakukan sesuatu amat
penting untuk mencapai kejayaan.
2.Kerjasama dalam kumpulan dan kesungguhan amat
penting bagi
menghasilkan gerak kerja yang sempurna.
MODUL : Jati Diri
KRITERIA : Sabar dan Tabah
CIRI-CIRI : Mudah menerima nasihat
AKTIVITI : Telefon Buruk
MASA : 30 minit
BAHAN : Pen dan Kertas
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyatakan kepentingan mendengar sesuatu dengan teliti
sebelum menyampaikannya kepada orang lain.
LANGKAH : Naqib meminta ahli usrah membuat satu barisan.
Naqib memberikan keratan kertas yang mengandungi ayat
kepada orang pertama dan memberi masa sebanyak satu
minit untuk membaca ayat tersebut.
Naqib mengambil semula keratan kertas tersebut dan
dalam masa yang ditetapkan ketua berbisik kepada ahli di
belakang dan seterusnya sehingga ahli usrah terakhir.
Ahli usrah terakhir menulis ayat yang disampaikan
kepadanya dan membacakannya di hadapan ahli usrah
lain dan menyatakan ayat yang mereka dapat.
Ayat cadangan.
”KUMBANG HINGGAP DI KEMBANG. KEMBANG
DATANG KUMBANG TERBANG”
Ahli usrah diminta memberi pandangan tentang aktiviti
yang baru sahaja dijalankan.
Naqib membuat kesimpulan.
REFLEKSI : 1. Mendengar dengan teliti sebelum menyampaikan sesuatu
berita yang diterima supaya tidak menjadi fitnah.
2. Memastikan setiap berita itu benar dan tepat sebelum
disampaikan
kepada orang lain.
MODUL : Jati Diri
KRITERIA : Sabar dan Tabah
CIRI-CIRI : Bertolak Ansur
AKTIVITI : Sporting and Understanding
MASA : 30 minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Ahli usrah menyatakan mendengar arahan dan
memberikan kerjasama dalam kumpulan dan masyarakat
memainkan peranan penting dalam kehidupan.
LANGKAH : Ahli usrah diberi arahan supaya berdiri dalam bulatan.
Naqib berdiri disuatu sudut diluar bulatan.
Ahli usrah bergerak seorang demi seorang menghampiri
naqib.
Naqib membisikan perkataan “Ayam” kepada ahli usrah
pertama, perkataan “Itik” kepada ahli usrah kedua dan
perkataan “Kucing” kepada ahli usrah ketiga.
Langkah di atas diulang kepada ahli usrah keempat dan
seterusnya.
Naqib meminta ahli usrah mencari rakan-rakan
berdasarkan bunyi dan gaya binatang yang sama.
Ahli usrah membunyikan dan menggayakan binatang
yang dibisikkan kepada mereka.
Ahli usrah mencari rakan dan berkumpul mengikut
kumpulan binatang yang sama.
Ahli usrah diminta memberi pandangan tentang aktiviti
yang baru sahaja dijalankan.
Naqib membuat kesimpulan.
REFLEKSI : Mendengar arahan dan memberikan kerjasama dalam
kumpulan serta masyarakat memainkan peranan penting
dalam kehidupan.
MODUL : Jati Diri
KRITERIA : Sabar dan Tabah
CIRI-CIRI : Respon dalam semua majlis
AKTIVITI : Ma Haza?
MASA : 30 minit
BAHAN : Sebarang objek (pen, batu, kertas, daun dan lain-lain)
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyatakan tindak balas dan maklum balas terhadap apa
jua yang berlaku di persekitaran kita.
LANGKAH : Naqib menunjukkan satu objek.
Ahli usrah diminta untuk menyatakan sesuatu tentang
objek tersebut dan dilarang mengulang penyataan yang
sama.
Ahli usrah diminta memberi pandangan tentang aktiviti
yang baru sahaja dijalankan.
Naqib membuat kesimpulan.
REFLEKSI : Setiap orang berhak menyatakan pandangan dan bertindak
pantas dalam merebut peluang.
MODUL : Jati Diri
KRITERIA : Sabar dan Tabah
CIRI-CIRI : Tabah dan Tidak Putus Asa
AKTIVITI : Kisah dan Teladan
MASA : 30 minit
BAHAN : Lampiran Kisah Nabi Muhammad SAW
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyatakan kesabaran dan ketabahan Rasulullah SAW.
Menyebut sifat-sifat yang boleh dicontohi melalui
Rasulullah SAW
LANGKAH : Naqib mengedarkan lampiran kisah Rasulullah SAW
kepada ahli usrah.
Ahli usrah dikehendaki membaca dan memahami kisah
tersebut dalam masa lima minit.
Naqib meminta ahli usrah menceritakan semula kisah
tersebut beserta pengajarannya.
Naqib membuat rumusan dan mengajak ahli usrah
mencontohi sikap Rasullullah SAW dan berterima kasih
kepada Rasullullah SAW.
REFLEKSI : Tabah dan tidak berputus asa ialah sifat Rasulullah SAW
yang wajib dicontohi oleh setiap umat Islam.
LAMPIRAN :
(Tabah dan tidak mudah putus asa)
Permulaan Tahun Dukacita Nabi SAW
Tahun ke-10 selepas kerasulan Nabi Muhammad SAW banyak
mencatatkan peristiwa bersejarah selepas berakhirnya tempoh sekatan
ekonomi terhadap umat Islam. Ini kerana sedikit sebanyak sekatan
yang menyebabkan penderitaan umat Islam itu turut memberi kesan
terutamanya kepada mereka yang berusia lanjut, seperti bapa saudara
kesayangan nabi, Abu Talib. Bapa saudara baginda menghembuskan
nafas terakhirnya pada tahun tersebut, iaitu pada bulan Rejab, enam
bulan selepas berakhirnya episod memboikot umat Islam itu.
Di samping usianya yang begitu lanjut, iaitu, dikatakan 80 tahun, Abu
Talib bukan sahaja lemah kerana ditelan usia, tetapi pelbagai tekanan
dan ujian yang beliau tanggung kerana selama ini, iaitu selama 42
tahun, beliau begitu melindungi anak saudaranya itu. Taraf kesihatan
Abu Talib yang semakin membimbangkan itu sampai ke pengetahuan
orang ramai. Golongan pembesar Quraisy yang masih kafir terus
bertanggapan bahawa saat keuzuran Abu Talib inilah peluang terakhir
mereka bagi menyekat kegiatan dakwah Islam yang diterajui oleh anak
saudara Abu Talib itu.
Sekali lagi mereka mengunjungi Abu Talib untuk mengajaknya
berunding mengenai Nabi Muhammad di hadapan Abu Talib supaya
menyerahkan sahaja Baginda kepada mereka."Demi Allah, kita tidak
akan selamat jika mereka terlepas daripada kita. Kita bimbang kalau
orang tua itu mati, lalu terjadi sesuatu kepada Muhammad maka akan
semakin tercemarlah nama baik kita dalam kalangan orang Arab," kata
para pembesar Quraisy itu. Lalu, para pembesar yang terkenal seperti
Utbah bin Rabiah, Syaibah bin Rabiah, Abu Jahal bin Hisham,
Ummayyah bin Khalaf dan Abu Sufyan bin Harb pun beramai-ramai
menemui Abu Talib yang sedang sakit itu.
Mereka berkata: "Hai Abu Talib, kedudukan kamu di kalangan kami
adalah seperti yang kamu tahu tetapi sekarang kamu dalam keadaan
sakit.” "Kami amat bimbangkan kamu dan engkau sendiri tahu
persoalan antara kami dengan anak saudaramu. Oleh itu, tinggalkanlah
dia. Ambillah apa-apa daripada kami untuknya dan ambillah apa-apa
daripadanya untuk kami agar dia berhenti mengancam kami dan kami
juga berhenti mengancamnya. Biarlah kami dengan agama kami".
Setelah mendengar permintaan itu, Abu Talib hanya mampu
menyerahkan segala keputusan kepada anak saudaranya sendiri bagi
menentukannya.Lalu, Nabi Muhammad pun dipanggil dan diberitahu
akan segala niat para pembesar Quraisy itu. Setelah memahami
tawaran pihak Quraisy itu, tiba giliran Baginda pula membuat tawaran
terhadap mereka.
"Apakah pandangan kamu jika aku berikan kepada kamu satu kalimah
untuk kamu ucapkan? Iaitu apabila kamu mengucapkan kalimah itu
kamu akan menguasai semua orang Arab dan semua orang Ajam akan
tunduk dan membayar jizyah kepada kamu?" Kata Baginda. Mereka
yang hadir terus terdiam dan kebingungan dengan kata-kata tawaran
Nabi SAW itu kerana mereka tidak tahu bagaimana hendak menolak
satu kalimah yang manfaat atau faedahnya begitu menarik dan lumayan
sekali. Abu Jahal pun bertanya: "Apakah kalimah itu? Demi bapamu,
kami sanggup memberikan kepadamu sepuluh kali ganda
seumpamanya". Lantas baginda terus menjawab: "Katakan bahawa
tiada tuhan selain Allah dan tinggalkan sembahan yang kamu sembah
selain dari Allah".
Mendengarkan itu mereka terus berteriak marah dan bertepuk tangan
serta berkata: "Hai Muhammad, apakah kamu hendak menjadikan
tuhan-tuhan yang banyak itu menjadi satu tuhan sahaja?
Sesungguhnya urusan tawaran kamu ini menghairankan".Mereka
kemudiannya berkata sesama sendiri, iaitu: "Demi Allah lelaki ini
(Muhammad) ini tidak akan memberi apa-apa kepada kamu seperti
yang kamu mahu. Ayuhlah beredar dan teruslah kekal dengan agama
nenek moyang kamu sehingga Allah menjatuhkan keputusan antara kita
dan dia". Mereka kemudiannya beredar meninggalkan Muhammad dan
bapa saudaranya, Abu Talib yang semakin lemah itu.
Sehubungan perkara inilah Allah kemudiannya menurunkan ayat al-
Quran iaitu dari surah al-Sad, ayat 1-7. yang bermaksud: Sadd: demi al-
Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan
pengajaran. (Orang yang mengingkari kerasulanmu - Wahai
Muhammad - tidak berdasarkan kebenaran) bahkan mereka yang kafir
itu bersifat sombong, angkuh dan suka menentang kebenaran.
(Tidakkan mereka menyedari) berapa banyak umat-umat (yang engkar)
yang terdahulu dari mereka kami binasakan? Namun Rasulullah kini
mempunyai usaha yang lebih mencabar untuk dilaksanakan. Tidak
sahaja berada di sisi bapa saudara di saat-saat akhir riwayatnya tetapi
yang lebih penting lagi, agar Abu Talib turut bersamanya untuk
mengimani Allah sepenuhnya dengan Islam sebagai agama yang mesti
dianuti.
Namun saat-saat Abu Talib semakin nazak, berita keadaannya itu
sampai kepada Abu Jahal, cepat-cepat orang yang paling kuat
menentang Islam itu datang melihat Abu Talib yang ketika itu Nabi SAW
berada di sisi bapa saudaranya yang sedang bertarung dengan
maut. Tanpa mempedulikan kehadiran Abu Jahal, Nabi Muhammad pun
berkata: "Wahai bapa saudaraku, ucapkanlah Tiada Tuhan Melainkan
Allah! Perkataan yang membolehkan aku membela kamu pada hari
akhirat kelak".
Namun jahatnya Abu Jahal, beliau cuba menghalang Abu Talib dari
mengucap dua kalimah syahadah dengan diracunnya bapa saudara
Nabi itu dengan kata-kata: "Hai Abu Talib, adakah kamu tidak suka
dengan agama (menyembah berhala) Abdul Mutalib, bapa kamu
sendiri?"Begitulah setiap kali Nabi Muhammad cuba mengajarkan Abu
Talib yang nazak untuk mengucap, tiap kali itu jugalah Abu Jahal
menganggu. Kata Abu Jahal lagi kepada Abu Talib: "Demi Allah wahai
Abu Talib, kalau kamu melafazkan kalimah itu kami akan memalukan
kamu selama-lamanya!"
Lalu akhirnya yang terjadi seperti menjadi pertikaian oleh ramai pihak
namun dikatakan Abu Talib akhirnya meninggal dunia tanpa sempat
beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Walaupun dalam banyak peristiwa
dan perkataan sebelum ini mengenai kepercayaan tinggi yang
ditunjukkan oleh Abu Talib terhadap Allah dan lebih-lebih lagi
pembelaannya terhadap Nabi Muhammad, dengan sentiasa
membenarkan kata-kata baginda itu.Ini dikatakan apabila Abu Talib
berkata sebelum menutup mata buat selama-lamanya: "Aku takut nanti
bangsa Arab memalukan aku dengan hal ini lalu aku memilih di atas
agama Abdul Mutalib!"Jadi benarlah Abu Talib akhirnya meninggal
tanpa sempat beriman atau dengan perkataan lain, meninggal dalam
keadaan kafir.
Itulah permulaan kisah 'Tahun Dukacita' yang Rasulullah alami, kerana
yang berlaku tiga hari kemudian selepas bapa saudara kesayangan
baginda meninggal itu, adalah lebih menyedihkan.
MODUL : Jati Diri
KRITERIA : Sabar dan Tabah
CIRI-CIRI : Penglibatan dalam aktiviti kerohanian
AKTIVITI : Solat Sunat Dhuha
MASA : 30 minit
BAHAN : Lampiran doa Dhuha
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyatakan cara menunaikan solat sunat Dhuha.
Mengalunkan doa dhuha.
Menyebut dua kelebihan solat sunat dhuha.
LANGKAH : Ahli usrah diminta mengambil wuduk dan berkumpul di
surau atau dewan.
Naqib menerangkan cara menunaikan solat sunat dhuha
serta kelebihannya serta mengedarkan lampiran doa
dhuha.
Ahli usrah menunaikan solat sunat dhuha secara
berjemaah.
REFLEKSI : Menjadikan Solat Sunat Dhuha sebagai suatu kebiasaan dan
rutin harian.
MODUL : Jati Diri
KRITERIA : Tetap Pendirian
CIRI-CIRI : Memberikan hujah dengan idea yang bernas
AKTIVITI : Debat
MASA : 30 minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Mempertahankan hujah tentang tajuk yang diberi.
LANGKAH : Naqib membahagikan ahli usrah kepada dua kumpulan.
Setiap kumpulan menghantar tiga orang wakil untuk
aktiviti debat.
Naqib memberikan tajuk dan membahagikan ahli usrah
kepada satu kumpulan pembangkang dan satu kumpulan
pencadang.
Ahli usrah memberikan hujah masing-masing dengan
bimbingan naqib.
Ahli usrah diminta memberi pandangan daripada aktiviti
tersebut.
Naqib membuat rumusan :
1. Berani kerana benar.
2. Bercakap benar walaupun pahit.
3. Melatih ahli usrah memberi idea yang positif dan
bernas.
REFLEKSI : Berani menegakkan kebenaran.
MODUL : Jati Diri
KRITERIA : Tetap Pendirian
CIRI-CIRI : Tegas Mempertahankan Keputusan
AKTIVITI : Yang Mana Satu?
MASA : 30 minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti ahli usrah dapat : mempertahankan
Menyatakan dua kepentingan
keputusan.
.
LANGKAH : Naqib melontarkan pertanyaan, “Antara telur dan ayam,
yang mana wujud dahulu?”
Ahli usrah diarahkan supaya memikirkan hujah masing-
masing.
Bicara spontan dimulakan dengan membuat cabutan
giliran yang diambil di dalam kotak beracun yang
mengandungi nama ahli usrah.
Ahli usrah yang mendapat giliran pertama dikehendaki
memulakan bicara dan diikuti giliran yang seterusnya.
Ahli usrah menyatakan pendapat masing-masing tentang
kewujudan telur dan ayam, mana yang dahulu wujud di
dunia ini secara spontan.
Naqib membuat rumusan bahawa kedua-dua jawapan
betul. Namun, cara kita mempertahankan sesuatu hujah
itulah yang menentukan sama ada kita berhujah secara
ilmiah atau sekadar hujah kosong.
REFLEKSI : Tegas dalam menyatakan keputusan.
MODUL : Jati Diri
KRITERIA : Tetap Pendirian
CIRI-CIRI : Bertanggungjawab atas keputusan
AKTIVITI : The Power Of Love
MASA : 30 Minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti ahli usrah dapat :
Bertanggungjawab atas setiap keputusan yang dibuat.
LANGKAH : Naqib meminta ahli usrah menyenaraikan lima orang yang
paling disayangi. Contohnya ahli keluarga, kawan atau
saudara mara.
Seterusnya ahli usrah diminta memadamkan satu demi
satu nama tersebut sehingga tinggal satu nama sahaja.
Naqib meminta ahli usrah menerangkan sebab empat
nama lain dipadamkan dan hanya satu nama yang dipilih.
Naqib membuat ulasan. Kadang-kala kita perlu membuat
keputusan yang sukar dalam hidup. Namun, keputusan
mesti dibuat dan setiap orang mesti bertanggungjawab
atas keputusan yang dibuat.
REFLEKSI : Kita mestilah bijak dalam membuat keputusan dan
bertanggungjawab
atas keputusan tersebut.
MODUL : Jati Diri
KRITERIA : Tetap Pendirian
CIRI-CIRI : Bijak membuat keputusan
AKTIVITI : Titanic
MASA : 30 Minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyatakan ketegasan ahli usrah terhadap keputusan
yang dipilih.
LANGKAH : Naqib memberikan situasi di dalam sebuah kapal yang
akan karam. Di dalamnya terdapat tukang masak,
perempuan tua, kanak-kanak, pakar ICT, peguam dan
beberapa orang awam.
Untuk mengelakkan kapal tersebut daripada karam,
semua orang perlu dikeluarkan kecuali dua orang.
Naqib meminta ahli usrah menyatakan dua orang yang
perlu kekal berada di dalam kapal tersebut.
Ahli usrah diminta memberikan rasional dua orang
tersebut perlu selamat di dalam kapal tersebut.
REFLEKSI : Berani menyatakan sesuatu penegasan.
MODUL : Jati Diri
KRITERIA : Tetap Pendirian
CIRI-CIRI : Sanggup berkorban
AKTIVITI : Apa Sahaja Untukmu
MASA : 30 minit
BAHAN : Apa yang ada pada ahli usrah pada ketika itu.
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyatakan kepentingan membantu antara satu sama
lain.
LANGKAH : Naqib menyatakan situasi tentang seorang pelajar di
sekolah yang menghidap penyakit kritikal dan memerlukan
dana untuk membiayai perubatan di hospital.
Naqib meminta semua ahli usrah meletakkan wang yang
ada di hadapan mereka sebagai sumbangan.
Naqib melahirkan rasa terharu dan berbesar hati atas
kesudian dan keikhlasan ahli usrah atas sumbangan dan
menyatakan situasi tersebut hanya untuk menduga
keikhlasan ahli usrah.
Sebelum usrah tamat, naqib meminta ahli usrah
mengambil semula wang masing-masing.
REFLEKSI : Tolong-menolong amalan yang mulia.
MODUL : Jati Diri
KRITERIA : Semangat Juang
CIRI-CIRI : Aktif dalam setiap aktiviti
AKTIVITI : Brain Game
MASA : 30 minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyatakan fokus adalah perkara penting untuk mencapai
kejayaan.
LANGKAH : Naqib membahagikan ahli usrah kepada dua kumpulan.
Naqib menyebutkan satu ayat kepada ahli usrah:
“PAK BUSU TANAM BUNGA DALAM PASU”
Naqib memberi penerangan:
- Apabila naqib menyebut “Pak …”, kumpulan yang
ditunjuknya mesti menyebut “Busu”.
- Apabila naqib menyebut “…tanam bunga dalam …”
kumpulan yang ditunjuknya mesti menyebut “pasu”.
Seterusnya Naqib akan menyebut dengan cepat dan
menunjukkan ke arah mana-mana kumpulan yang
dikehendaki dengan pantas.
Di sini tumpuan setiap ahli usrah sangat penting kerana
perlu peka terhadap sebutan naqib.
Pada akhir permainan, naqib akan menyebut “lembu
minum?...” Ahli usrah sepatutnya menyebut “susu”.
Melalui jawapan akhir ahli usrah, naqib membuat rumusan
tentang kepentingan fokus dalam kehidupan.
REFLEKSI : Fokus dalam melakukan sesuatu perkara amat penting untuk
mencapai kejayaan yang cemerlang.
MODUL : Jati Diri
KRITERIA : Tetap Pendirian
CIRI-CIRI : Tekun sewaktu menjalankan tugas
AKTIVITI : Menara Kasut
MASA : 30 minit
BAHAN : Kasut
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Membina binaan yang tinggi dengan menggunakan kasut.
LANGKAH : Naqib membahagikan ahli usrah kepada dua kumpulan.
Naqib meminta ahli usrah mengumpulkan kasut masing-
masing dalam kumpulan.
Ahli usrah diminta membina menara yang tinggi dan
kukuh dengan menggunakan kasut ahli kumpulan sahaja.
Naqib meminta pandangan ahli usrah dan naqib membuat
rumusan.
REFLEKSI : Perancangan dan kerjasama penting untuk menjayakan
sesuatu perkara.
MODUL : Jati Diri
KRITERIA : Tetap Pendirian
CIRI-CIRI : Bersungguh-sungguh melaksanakan tugasan
AKTIVITI : Jurutera Kapal Pencen
MASA : 30 minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyatakan perlunya menjalankan tugas dengan
bersungguh-sungguh dalam apa jua keadaan.
LANGKAH : Naqib mengedarkan lampiran.
Ahli usrah diminta membaca cerita tersebut secara
senyap dalam masa tiga minit.
Naqib bersoal jawab dengan ahli usrah tentang cerita
tersebut dan meminta ahli usrah menyatakan pandangan
masing-masing.
Naqib membuat rumusan.
REFLEKSI : 1. Bersungguh-sungguh asas kejayaan.
2. Istiqamah / konsisten dalam pekerjaan.
Seorang jurutera kapal yang sangat hebat ingin bersara daripada
kerjayanya. Majikannya meminta jurutera kapal tersebut untuk
membina sebuah kapal yang terakhir sebelum beliau bersara. Jurutera
tersebut mengambil jalan mudah dengan membina sebuah kapal
tanpa mempertimbangkankan ciri- ciri keselamatan dan seni bina yang
menarik kerana pada pendapatnya, ‘Untuk apa aku bersusah- payah
membina kapal yang indah dan canggih sedangkan kapal ini bukan
untukku.’
Apabila kapal tersebut siap dibina, majikannya memberitahu bahawa
beliau menghadiahkan kapal tersebut kepada jurutera itu atas
perkhidmatan dan jasa baktinya selama ini.
MODUL : Jati Diri
KRITERIA : Tetap Pendirian
CIRI-CIRI : Bersaing mencapai kecemerlangan
AKTIVITI : Karipap
MASA : 30 minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyatakan dua kebaikan bersaing dalam mencapai
kecemerlangan.
LANGKAH : Naqib menyatakan tentang permainan “Karipap”.
Naqib meminta ahli usrah menadah tangan kanan dan
menghulurkannya ke sebelah kanan.
Hujung jari telunjuk tangan kiri diletakkan di atas tapak
tangan kanan kawan di sebelah kiri. (rujuk gambar di
bawah).
Naqib memberitahu, beliau akan menyampaikan sebuah
cerita, sekiranya beliau menyebut perkataan “Karipap”,
ahli usrah yang menadah tangan hendaklah cuba
menangkap jari telunjuk yang berada di atas tapak
tangannya. Dalam masa yang sama, ahli usrah mesti
mengelakkan jari tangan kirinya daripada ditangkap.
Teks cerita :
Pada suatu hari, ayah meminta ibu untuk membuat kari. Ibu
meminta kakak pergi ke kedai untuk membeli bahan membuat
kari. Kakak menyangka ibu hendak membuat karipap. Kakak
membeli tepung gandum, kentang, rempah kari, dan udang
kering. Setelah pulang dari kedai kakak membantu ibu membuat
kerja. Karipap ibu saya sangat sedap. Ayah saya juga memuji
keenakan karipap ibu saya.
Naqib bersoal jawab dengan ahli usrah tentang
kepentingan fokus mendengar dan bertindak.
REFLEKSI : Deria mendengar dan pantas bertindak penting dalam
kehidupan seharian
MODUL : Jati Diri
KRITERIA : Tetap Pendirian
CIRI-CIRI : Berani
AKTIVITI : Akronim perkataan “BERANI”
MASA : 30 minit
: Kertas dan pen
BAHAN
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyatakan keberanian dalam menegakkan suatu
kebenaran.
LANGKAH : Naqib mengedarkan kertas A4 kepada setiap ahli usrah.
Naqib memberi penerangan kepada ahli usrah supaya
membuat akronim daripada perkataan BERANI.
Selepas masa diberi tamat, ahli usrah dikehendaki
menyebut di hadapan semua ahli usrah lain.
CONTOH :
B – best
E – excellent
R – respect
A – action
N – network
I – inspire
Naqib merumuskan semua ahli usrah begitu berani
menyatakan idea masing-masing.
Semua jawapan ahli usrah adalah tepat berdasarkan
hujah masing-masing.
Naqib mengucapkan tahniah kepada semua ahli usrah.
REFLEKSI : 1. Berani kerana benar.
2. Sentiasa berani kerana Allah SWT.
MODUL
PENAMPILAN
DIRI
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Pemakaian
CIRI-CIRI : Menutup aurat / Bersih dan rapi / Kemas dan lengkap /
Sesuai mengikut tempat , keadaan dan majlis / tidak terlalu
ketat
AKTIVITI : Hiasi diri
MASA : 30 minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyatakan batasan aurat.
Menyatakan ciri-ciri berpakaian yang mematuhi syarak.
LANGKAH : Naqib memilih dua orang ahli kumpulan yang menepati
syarak untuk dijadikan model (model pakaian, rambut dan
seumpama dengannya).
Model yang dipilih diminta berdiri di hadapan ahli usrah.
Naqib meminta ahli usrah menyatakan ciri-ciri pemakaian
yang mematuhi syarak.
Peneguhan daripada naqib berdasarkan perbincangan
dalam kalangan ahli usrah.
REFLEKSI : Islam meraikan fesyen yang menepati syarak.
Islam mementingkan cara berpakaian yang menutup aurat,
kemas dan sopan.
LAMPIRAN :
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Adab sopan
CIRI-CIRI : Bercakap dengan lemah lembut ( rendah suara )
AKTIVITI : Ayat sama, intonasi berbeza
MASA : 30 minit
BAHAN : Kertas tertulis perkataan “Jangan Pandang Belakang”.
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Mengaplikasikan intonasi yang betul dalam percakapan.
Berkomunikasi secara lemah lembut.
LANGKAH : Naqib memberi perkataan “jangan pandang belakang”.
Naqib meminta ahli usrah melafazkan tiga intonasi yang
berbeza berdasarkan ayat tersebut.
contoh : 1) Bercakap dengan nada yang lembut
2) Bercakap dengan nada marah
3) Bercakap dengan nada berbisik
Naqib meminta pandangan ahli usrah tentang aktiviti
tersebut.
Naqib membuat ulasan.
REFLEKSI : Islam menyarankan umatnya bercakap dengan nada yang
lembut dan sopan kerana ia melambangkan personaliti
mukmin sejati.
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Adab sopan
CIRI-CIRI : Menumpukan perhatian terhadap ajaran guru
AKTIVITI : Perbincangan
MASA : 30 minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyenaraikan kesan positif sekiranya memberikan
tumpuan terhadap pengajaran guru.
Menyenaraikan kesan negatif sekiranya tidak memberikan
tumpuan terhadap pengajaran guru.
LANGKAH : Naqib membahagikan ahli usrah kepada dua kumpulan
(Kumpulan A dan Kumpulan B)
Setiap kumpulan dikehendaki membincangkan dan
melakonkan situasi di dalam kelas yang menunjukkan
bahawa terdapat ahli usrah yang memberi tumpuan juga
sebaliknya terhadap pengajaran guru.
Naqib meminta ahli Kumpulan A memberi komen terhadap
lakonan Kumpulan B dan sebaliknya.
Ulasan dari Naqib.
REFLEKSI : Kita hendaklah memberikan tumpuan semasa guru sedang
mengajar kerana perbuatan tersebut merupakan salah satu
adab terhadap guru.
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Adab sopan
CIRI-CIRI : Mengutamakan yang lebih berusia / yang lebih tua
AKTIVITI : Huraian hadis
MASA : 30 minit
BAHAN : Lampiran matan hadis
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyatakan contoh situasi yang mengutamakan orang
yang lebih tua.
LANGKAH : Naqib membaca matan dan terjemahan hadis untuk
diperbincangkan.
Beberapa orang ahli usrah diminta memberi satu contoh
situasi mengutamakan orang yang lebih tua yang biasa
berlaku dalam masyarakat.
Ulasan daripada naqib berdasarkan contoh situasi yang
diberikan oleh ahli usrah.
REFLEKSI : Mengutamakan dan menghormati orang yang lebih tua
dituntut dalam Islam.
LAMPIRAN :
لَي َس ِم َّنا َمن ل َم َير َحم َص ِغي َر َنا َو َلا ُي َو ِّقر َكبِي َر َنا
Mafhum Hadis :
(Bukan dari kalanganku orang yang tidak mengasihi
anak-anak kecil kami dan tidakmenghormati orang tua kami)