MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Adab sopan
CIRI-CIRI : Menyayangi yang lebih muda
AKTIVITI : Hari Lahirku
MASA : 30 minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyebut dan mengingati tarikh lahir sekurang-kurangnya
tiga orang ahli usrah.
Memberi gelaran terhadap ahli usrah mengikut turutan
usia
LANGKAH : Naqib meminta ahli usrah menyatakan tarikh lahir masing-
masing.
Naqib menyusun kedudukan ahli usrah mengikut tarikh
lahir.
Ahli usrah bergerak dan menyusun turutan mengikut
haribulan dan bulan dari bulan Januari hingga Disember
bermula dari kanan ke kiri.
Naqib meminta setiap ahli usrah untuk menentukan
panggilan seperti di dalam sebuah keluarga seperti along,
angah, ucu dan lain-lain lagi.
REFLEKSI : Islam mementingkan persaudaraan bagaikan hubungan
dalam sebuah keluarga yang bahagia.
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Adab sopan
CIRI-CIRI : Sentiasa membataskan pandangan dan pergaulan
AKTIVITI : Ikhtilat
MASA : 30 minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Membezakan pergaulan yang harus dan yang haram.
Menceritakan tentang adab pergaulan yang positif.
LANGKAH : Naqib menerangkan maksud Ikhtilat ( rujuk lampiran ).
Naqib membuka ruang perbincangan berkaitan pergaulan
yang berlaku dalam masyarakat dan persekitaran sekolah.
Naqib mengemukakan soalan tentang isu yang berlaku
mengenai usaha dan peranan yang mereka boleh lakukan
bagi memantapkan sahsiah diri .
Naqib meminta ahli usrah memberi pandangan.
Naqib memberi ulasan mengenai batas pergaulan yang
diharuskan agar syariat terpelihara.
REFLEKSI : Batasan / adab dalam pergaulan
Setiap individu mesti menjaga pergaulan bagi memelihara
agama.
LAMPIRAN :
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Kepimpinan
CIRI-CIRI : Bijak membuat keputusan
AKTIVITI : Pesawat Terhempas
MASA : 30 minit
BAHAN : Lampiran gambar kapal terbang / replika kapal terbang
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Memberi hujah yang baik mengikut situasi.
Memilih seorang yang perlu dikorbankan dalam situasi
tersebut.
LANGKAH : Naqib menceritakan tentang sebuah pesawat yang akan
terhempas.
Naqib memberikan 10 watak yang terdapat dalam
pesawat tersebut kepada ahli usrah :
Juruterbang
Ibu yang sarat mengandung
Doktor
Pemimpin negara
Pramugari
Imam muda
Kanak-kanak
Orang tua
Guru
Diri sendiri
Ahli usrah diminta memilih dan memberikan pandangan
siapa yang patut dikorbankan kerana payung terjun yang
ada hanya sembilan.
Naqib menghentikan perbincangan dan mengulas bahawa
perlunya ada hujah / sebab dalam membuat keputusan.
REFLEKSI : Melatih diri bijak membuat keputusan dalam sesuatu
masalah yang dihadapi.
LAMPIRAN :
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Kepimpinan
CIRI-CIRI : Tegas mempertahan keputusan bersama
AKTIVITI : Debat WhatsApp dan Telegram
MASA : 30 minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyenaraikan sekurang-kurangnya dua kebaikan.
Membentuk sifat berani.
LANGKAH : Naqib membahagikan ahli usrah kepada dua kumpulan.
Satu kumpulan diberi nama WhatsApp dan satu kumpulan
lagi Telegram.
Setiap kumpulan dikehendaki memberi hujah akan
kelebihan aplikasi masing-masing.
Naqib akan bertindak sebagai moderator dan memberi
ulasan.
REFLEKSI : Tegas mempertahankan keputusan bersama.
Berani menegakkan kebenaran dan menyuarakan pendirian
sebagai ciri pemimpin alaf baru.
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Kepimpinan
CIRI-CIRI : Mampu berkomunikasi dengan baik
AKTIVITI : KUL1M ( Kuliah 1 minit )
MASA : 30 minit
BAHAN : Bekas kecil ( dimasukkan tajuk-tajuk –rujuk lampiran )
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menggunakan bahasa komunikasi yang baik dalam
penyampaian.
Menghilangkan perasaan gemuruh semasa bercakap di
hadapan khalayak.
LANGKAH : Naqib menulis tajuk-tajuk yang diberi di atas kertas kecil
dan meletakkannya di dalam bekas kecil.
Ahli usrah dikehendaki mencabut satu tajuk.
Ahli usrah dikehendaki memberi kuliah selama satu minit
berpandukan tajuk yang dicabut.
Naqib memberi ulasan.
REFLEKSI : Mampu berkomunikasi dengan baik dalam masa yang
singkat.
LAMPIRAN : 6. Berbuat Baik
Contoh cadangan tajuk :
1. Amanah Terhadap Diri
Kepada Guru
2. Ikhlas Dalam Beribadah 7. Berbuat Baik
Dengan Sahabat 8. Kelebihan
9. Disiplin Asas
3. Sabar Itu Indah 10. Solat Tiang
Berselawat Ke Atas Nabi
4. Adab Menuntut Ilmu
Kecemerlangan
5. Berbuat Baik Dengan Ibu Bapa
Agama
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Kepimpinan
CIRI-CIRI : Berwibawa dan disegani
AKTIVITI : Pemimpinku Idolaku…
MASA : 30 minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Memilih seorang pemimpin yang mereka segani dan
kagumi.
Menyenaraikan ciri-ciri pemimpin yang berwibawa.
LANGKAH : Naqib meminta ahli usrah memilih seorang pemimpin
yang dikaguminya beserta sebabnya.
Setiap ahli diberi masa selama dua minit untuk
memikirkan ulasan mereka.
Naqib meminta ahli usrah memberitahu nama pemimpin
pilihan mereka beserta alasannya dan
membincangkanciri-ciri kepimpinan yang perlu ada pada
setiap pemimpin mengikut lunas-lunas Islam.
Naqib memberi ulasan.
REFLEKSI : Setiap manusia merupakan khalifah di atas muka bumi ini.
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Kepimpinan
CIRI-CIRI : Menjadi role-model ( dicontohi )
AKTIVITI : KAU ILHAMKU
MASA : 30 minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Mempamerkan gaya ucapan pemimpin pilihan mereka.
Menyenaraikan sifat positif pemimpin pilihan mereka.
LANGKAH : Naqib membahagikan ahli kepada tiga kumpulan.
Naqib meminta setiap kumpulan menggayakan ucapan
pemimpin pilihan mereka dalam masa satu minit.
Setiap wakil kumpulan memberikan sebab pemimpin
tersebut menjadi pilihan mereka.
Naqib membuat ulasan.
REFLEKSI : Rasulullah merupakan suri teladan terbaik sebagai seorang
pemimpin.
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Sikap positif dan proaktif
CIRI-CIRI : Aktif di dalam dan di luar kelas
AKTIVITI : Binaan Surat Khabar
MASA : 30 minit
BAHAN : Surat khabar lama
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Mempamerkan binaan sebarang jenis replika masing-
masing.
Membentangkan hasil binaan mereka.
LANGKAH : Ahli usrah dipecahkan kepada tiga kumpulan.
Setiap kumpulan diminta membina replika daripada surat
khabar yang dibekalkan dalam masa lima hingga sepuluh
minit.
Pembentangan ahli kumpulan selama satu minit bagi
setiap kumpulan.
Naqib membuat ulasan tentang perlunya kerjasama dari
semua ahli kumpulan.
REFLEKSI : Kebersamaan dalam semua aktiviti menghasilkan keputusan
yang terbaik.
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Sikap positif dan proaktif
CIRI-CIRI : Menyelesaikan tugas menepati masa yang ditentukan
AKTIVITI : C.O.L.G.A.T.E.
MASA : 30 minit
BAHAN : Kertas mahjung
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima perkataan
daripada huruf-huruf yang terdapat dalam perkataan
COLGATE ( BM / BI ).
LANGKAH : Ahli usrah diminta memilih pasangan masing-masing.
Naqib mengedarkan kertas kepada setiap pasangan.
Berpandukan perkataan COLGATE, naqib meminta setiap
pasangan membina sebanyak mungkin perkataan
daripada huruf COLGATE.
Ahli usrah diberi masa lima minit sahaja.
Pasangan yang terbanyak membina perkataan akan
diminta menyebutkan perkataan tersebut dan dinobatkan
sebagai juara.
Naqib membuat ulasan.
REFLEKSI : Mampu menyelesaikan tugas sebaik yang mungkin
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Sikap positif dan proaktif
CIRI-CIRI : Suka membantu semua orang yang memerlukan bantuan
AKTIVITI : Kutip Sampah
MASA : 30 minit
BAHAN : Plastik sampah
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Bersegera dalam memberi bantuan.
LANGKAH : Naqib memohon pertolongan ahli usrah untuk mengutip
sampah
( tempat ditentukan ).
Naqib membuat penilaian berdasarkan pemerhatian ahli
usrah yang bertindak cepat atau lambat.
Kemungkinan besar ada ahli usrah yang cepat
bertindakbalas membantu dan ada yang lambat.
Naqib membuat ulasan bahawa sikap cepat membantu
disukai oleh masyarakat.
REFLEKSI : َمن َكا َن ِفي َحا َج ِة أَ ِخي ِه َكا َن اللهُ ِفي َحا َجا ِت ِه
Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah
akan menunaikan hajatnya – (mafhum hadis)
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Sikap positif dan proaktif
CIRI-CIRI : Mampu menyumbang idea yang kritis dan bernas
AKTIVITI : Brain storming
MASA : 30 minit
BAHAN : Kertas A4
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyenaraikan punca serta penyelesaian bagi setiap
masalah.
LANGKAH : Ahli usrah dipecahkan kepada tiga kumpulan.
Setiap kumpulan diberi tugasan selama tiga minit.
Kumpulan satu : Masalah buku teks yang sering rosak
(punca dan penyelesaian).
Kumpulan dua : Masalah ahli usrah tidak solat (punca dan
penyelesaian).
Kumpulan tiga : Masalah ahli usrah bercakap menggunakan
perkataan yang tidak baik (punca dan penyelesaian).
Setiap kumpulan diberikan masa dua minit untuk sesi
pembentangan.
Naqib membuat ulasan.
REFLEKSI : Segala masalah dapat diselesaikan secara berkumpulan/
bersama.
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Sikap positif dan proaktif
CIRI-CIRI : Sentiasa terkehadapan dalam memberi idea dan
melaksanakan tugas dengan baik
AKTIVITI : Saya Seorang Pengetua
MASA : 30 minit
BAHAN : tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Sentiasa terkehadapan dalam memberikan idea.
Dapat melaksanakan tugas dengan baik.
LANGKAH : Naqib memberikan satu situasi masalah di sekolah seperti
masalah ponteng, gaduh, vandalisme dan lain-lain.
Ahli usrah diminta membayangkan diri mereka sebagai
pengetua dan dikehendaki memberi ucapan berkaitan
situasi yang diberikan selama dua minit seorang.
Naqib memilih (secara undian) beberapa orang ahli usrah
untuk memberikan ucapan.
Naqib memberi ulasan bagi aktiviti di atas.
REFLEKSI : Sentiasa terkehadapan dalam memberi idea untuk
menangani masalah.
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Sikap positif dan proaktif
CIRI-CIRI : Mengamalkan gaya hidup sihat
AKTIVITI : Aku Sihat
MASA : 30 minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyenaraikan dua amalan gaya hidup sihat dalam aspek
pemakanan dan aktiviti seharian.
LANGKAH : Naqib meminta setiap ahli usrah membincangkan amalan
gaya hidup sihat.
Naqib berbincang dengan ahli usrah tentang kepentingan
amalan gaya hidup sihat.
Naqib memberi ulasan.
REFLEKSI : Memiliki tubuh badan yang sihat menjamin kualiti ibadah.
MODUL : Penampilan diri
KRITERIA : Sikap positif dan proaktif
CIRI-CIRI : Berintergriti dalam berilmu
AKTIVITI : SPRM
MASA : 30 minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat : kisah yang
Memberikan pendapat berdasarkan
diutarakan.
LANGKAH : Naqib memberi satu situasi : Seorang pelajar telah ditahan
oleh pengawas kerana kesalahan datang lewat ke
sekolah. Dia meminta ihsan pengawas itu supaya
melepaskannya. Namun pengawas tersebut telah
meletakkan syarat supaya diberi ganjaran.
Naqib meminta ahli usrah memberikan pendapat dan
mengaitkannya dengan integriti.
REFLEKSI : Sifat amanah, telus dan ikhlas dalam kehidupan seharian
pemangkin integriti.
MODUL
CARA HIDUP
ISLAM
(MUTADAYYIN)
MODUL : Mutadayyin
KRITERIA : Solat Berkualiti
CIRI-CIRI : Solat pada awal waktu
AKTIVITI : Be On Time
MASA : 30 minit
BAHAN : Petikan Hadis
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyebut keutamaan menunaikan solat pada awal waktu.
LANGKAH : Naqib membacakan matan dan maksud hadis berkaitan
solat pada awal waktu.
Naqib bertanya ahli usrah faedah jika mereka datang awal
ke sekolah dan akibat jika mereka datang lewat.
Penerangan / perbincangan dikaitkan dengan realiti hidup
sebagai seorang muslim / ahli usrah.
REFLEKSI : Apabila kita mengutamakan Allah SWT, Allah SWT akan
mengutamakan kita.
َقا َل ُث َّم , ِب ُّر ا ْل َوا ِل َد ْي ِن َقا َل, ُث َّم أَ ُّي َقا َل ,َو ْق ِت َها ُال َّصلاَة َقا َل أَ ُّي
"..... فيِ َسبِ ْي ِل الل ِه َقا َل ال ِج َها ُد, أَ ُّي َعل َى : ِالله ِال َى أ َح ُّب ال َع َم ِل "
Maksud Hadis :
“Amalan apakah yang paling dicintai Allah SWT?”
Baginda bersabda,“Solat tepat pada waktunya.”
Dia bertanya lagi,“Kemudian apa?”
Baginda menjawab, “Berbakti kepada orang tua.”
Dia bertanya, “kemudian apa lagi?”
Baginda menjawab, “Berjuang di jalan Allah.”
(Sahih Bukhari)
Hadis kedua :
{ ال َّص اَلة أَ َّو ُل ا ْل َو ْق ِت ِر ْض اوان ال هلهِ َوآ ِخ ُر ا ْل َو ْق ِت َع ْف ُو ال هل ِه } رواه الترمذي والدارقطني
) 89 1 / 1 ( والحديث أخرجه الحاكم
Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi :
“Solat pada awal waktu, dari awalnya mendapat keredaan
Allah dan di akhirnya mendapat keampunan Allah SWT”.
MODUL : Mutadayyin
KRITERIA : Solat Berkualiti
CIRI-CIRI : Sentiasa berjemaah
AKTIVITI : “Landing Point”
MASA : 30 minit
BAHAN : Surat khabar lama
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyatakan kepentingan solat berjemaah.
Menjelaskan kelebihan solat berjemaah.
LANGKAH : Naqib menyediakan dua helai surat khabar lama.
Seorang ahli usrah berdiri di atas surat khabar yang
pertama.
Ahli usrah yang selebihnya dikehendaki berdiri beramai-
ramai dan memeluk antara satu sama lain di atas surat
khabar kedua untuk satu tempoh tertentu. (30 saat / 1
minit)
Naqib akan cuba menggoyangkan ahli usrah yang berdiri
sendirian dan ahli usrah yang berdiri beramai-ramai.
Ahli usrah membuat refleksi.
Naqib membuat ulasan tentang yang mana lebih kuat
antara jemaah atau individu.
REFLEKSI : Mempunyai kesedaran / kekuatan untuk menunaikan solat
secara berjemaah setiap waktu solat.
MODUL : Mutadayyin
KRITERIA : Solat Berkualiti
CIRI-CIRI : Menyempurnakan perkara-perkara sunat dalam solat
AKTIVITI : Kasutku
MASA : 30 minit
BAHAN : Kasut sekolah
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyatakan perkara-perkara sunat yang terdapat dalam
solat.
Menjelaskan kepentingan perkara sunat dalam solat.
LANGKAH : Naqib akan meminta ahli usrah membuka tali atau pelekat
daripada kasut sedia ada.
Beberapa orang ahli usrah dikehendaki memakai kasut
sekolah tanpa tali atau tanpa pelekat dan berjalan
beberapa langkah ke hadapan.
Setiap ahli usrah ditanya tentang keadaan orang yang
berjalan tanpa tali kasut atau dalam keadaan kasut yang
tidak berpelekat.
Ahli usrah dikehendaki mengaitkan keadaan kepincangan
orang yang berjalan tanpa tali kasut dengan solat yang
tiada / tidak sempurna perkara sunatnya.
Naqib membuat kesimpulan.
REFLEKSI : Mencapai kesempurnaan solat melalui semua aspek rukun
dan sunat.
MODUL : Mutadayyin
KRITERIA : Solat Berkualiti
CIRI-CIRI : Berpakaian bersih dan sesuai
AKTIVITI : “Nak Pakai Baju Apa?”
MASA : 30 minit
BAHAN : Tiada
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyebut aspek kebersihan dan menutup aurat sebagai
syarat solat yang berkualiti.
LANGKAH : Naqib menyebut beberapa tempat yang hendak dituju.
Contohnya : sekolah, pasar raya, masjid, padang
permainan atau rumah saudara mara.
Ahli usrah diminta memberikan jenis pakaian yang hendak
dipakai berdasarkan tempat yang hendak dituju.
- Sekolah : uniform yang bersih
- Pasar raya : kasual yang sopan
- Masjid : baju Melayu/ jubah
- Padang : pakaian sukan
Naqib dan ahli usrah berbincang tentang kesesuaian
pakaian itu berdasarkan tempat-tempat tersebut.
Naqib menjelaskan kepentingan berpakaian yang
menepati syariat mengikut kesesuaian tempat dan majlis.
REFLEKSI : Pakaian melambangkan peribadi seseorang.
MODUL : Mutadayyin
KRITERIA : Solat Berkualiti
CIRI-CIRI : Memelihara ketertiban
AKTIVITI : Kawad Kaki
MASA : 30 minit
BAHAN : Gambar kawad kaki (Lampiran)
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyenaraikan keutamaan tertib dalam solat.
LANGKAH : Naqib bertanya kepada ahli usrah tentang pertandingan
kawad kaki. Contoh soalan : Apakah kriteria utama
sesebuah pasukan kawad untuk memenangi pertandingan
kawad kaki?
Naqib akan mengaitkan jawapan yang diberikan oleh ahli
usrah dengan konsep ketertiban dan kesantunan dalam
solat contohnya tamakninah dalam setiap rukun.
REFLEKSI : Melaksanakan solat dengan tertib.
.
LAMPIRAN :
MODUL : Mutadayyin
KRITERIA : Tilawah / Tadarus Al-Quran
CIRI-CIRI : Membaca Al-Quran setiap hari
AKTIVITI : Facebook / WhatsApp
MASA : 30 minit
BAHAN : Simbol WhatsApp, Facebook, Instagram dan Twitter
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menjelaskan keperluan membaca al-Quran setiap hari.
LANGKAH : Naqib bertanya kepada ahli usrah mengenai simbol yang
dipamerkan.
Naqib bertanya kepada ahli usrah tentang kekerapan
menggunakan aplikasi tersebut.
Ahli usrah diminta menyatakan perasaan jika tidak dapat
menggunakannya dalam sehari.
Naqib akan mengaitkan jawapan ahli usrah dengan
keadaan manusia yang langsung tidak membaca al-Quran
dalam sehari.
Naqib juga membuat perbandingan dengan sikap kita
yang tidak mengendahkan al-Quran.
REFLEKSI : Al-Quran dekat di jari, lekat di hati.
LAMPIRAN :
MODUL : Mutadayyin
KRITERIA : Tilawah / Tadarus Al-Quran
CIRI-CIRI : Menghafaz ayat-ayat lazim
AKTIVITI : Tilawah Surah-Surah Lazim
MASA : 30 minit
BAHAN : Senaskhah Mashaf al-Quran (untuk Naqib)
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menghafaz surah lazim dengan lancar.
LANGKAH : Setiap ahli usrah diminta memilih satu surah lazim yang
paling panjang ayatnya yang telah dihafaz.
Ahli usrah diminta memperdengarkan bacaan surah lazim
tersebut secara hafazan seorang demi seorang.
Ahli usrah yang mampu memperdengarkan satu surah
lazim yang paling panjang ayatnya akan dinobatkan
sebagai ‘Hafiz / Hafizah Millenium’ dalam usrah.
Naqib membuat rumusan.
REFLEKSI : Menambah amal soleh melalui hafazan ayat-ayat lazim.
MODUL : Mutadayyin
KRITERIA : Tilawah / Tadarus Al-Quran
CIRI-CIRI : Memelihara hukum tajwid
AKTIVITI : Tahsin Surah Al-Fatihah
MASA : 30 minit
BAHAN : Kertas undian, senaskhah Mashaf Al-Quran
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Membaca surah Al-Fatihah mengikut hukum tajwid yang
betul.
LANGKAH : Beberapa orang ahli usrah memperdengarkan bacaan
surah Al-Fatihah secara cabutan undi.
Ahli usrah yang lain memberi pandangan tentang bacaan
rakannya.
Naqib menyatakan kepentingan mempelajari hukum
tajwid, makhraj dan fasohah dalam bacaan Al-Quran.
REFLEKSI : Surah Al-Fatihah adalah rukun solat.
MODUL : Mutadayyin
KRITERIA : Tilawah / Tadarus Al-Quran
CIRI-CIRI : Meneliti tafsiran ayat yang dibaca
AKTIVITI : Tadabbur Surah Al-Ikhlas
MASA : 30 minit
BAHAN : Terjemahan Al-Quran
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyatakan dua makna yang boleh dipetik dari Surah Al-
Ikhlas.
LANGKAH : Seorang ahli usrah diminta memperdengarkan bacaan
surah Al-Ikhlas secara sukarela atau undian.
Seorang ahli usrah yang lain akan membaca terjemahan
ayat demi ayat.
Naqib akan berbincang dengan ahli usrah tentang
terjemahan setiap ayat dari surah tersebut.
REFLEKSI : Penghayatan diri melalui kefahaman dari ayat Al-Quran.
MODUL : Mutadayyin
KRITERIA : Tilawah / Tadarus Al-Quran
CIRI-CIRI : Tadabbur dengan makna yang difahami
AKTIVITI : Tadabbur Surah Al-Ikhlas
MASA : 30 minit
BAHAN : Terjemahan Al-Quran
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti ahli usrah dapat :
Menyebut dua kefahaman yang boleh dipetik dari Surah
Al-Ikhlas.
LANGKAH : Seorang ahli usrah diminta memperdengarkan bacaan
surah Al-Ikhlas secara sukarela.
Ahli usrah yang lain ditanya perkara yang mereka faham
tentang isi kandungan ayat mengikut pengetahuan yang
sedia ada.
Naqib meminta ahli usrah untuk berbincang hubung kait
surah Al-Ikhlas dengan kehidupan seharian.
Naqib akan menjelaskan maksud setiap ayat dalam surah
tersebut beserta asbab al-nuzul (sebab penurunan)
surah tersebut.
REFLEKSI : Penghayatan diri melalui kefahaman dari ayat Al-Quran.
MODUL : Mutadayyin
KRITERIA : Amalan Zikir dan Doa Berterusan
CIRI-CIRI : Membaca wirid selepas solat
AKTIVITI : Membaca Wirid
MASA : 30 minit
BAHAN : Lampiran Wirid
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Membaca wirid selepas solat.
LANGKAH : Naqib memimpin bacaan wirid selepas solat. Contoh zikir :
( ( سبحان الله والحمد لله ولا اله الا الله والله أكبر
Ahli usrah bersama-sama mengikuti bacaan wirid Naqib.
Naqib memberitahu ahli usrah maksud zikir tersebut.
Naqib berbincang dengan ahli usrah tentang kebaikan
zikir untuk ketenangan hati dan minda.
REFLEKSI : Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.
LAMPIRAN :
MODUL : Mutadayyin
KRITERIA : Amalan Zikir Dan Doa Berterusan
CIRI-CIRI : Berdoa setiap kali selepas solat
AKTIVITI : Kotak Beracun
MASA : 30 minit
BAHAN
: Sebuah kotak, lima keping kertas yang bertulis ‘1’ dan dan
lima keping kertas yang bertulis ‘0’.
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Melafazkan satu doa yang boleh dibaca setiap kali
selepas solat.
Menambah pengetahuan dalam bacaan doa-doa yang
lain.
LANGKAH : Naqib menyediakan kotak.
Naqib menyediakan kertas yang bernombor ‘1’ sebanyak
lima keping dan kertas bernombor ‘0’ sebanyak lima
keping.
Kotak beracun diedarkan dan ahli usrah akan mencabut
satu kertas undi.
Jika ahli usrah mendapat nombor ‘0’, maka dia tidak perlu
untuk membaca apa-apa doa. Jika ahli mendapat nombor
‘1’, dia perlu membaca satu doa selepas solat yang
diingatinya.
Ahli usrah berkongsi ilmu, bacaan doa yang tidak
diketahui ahli-ahli yang lain.
Naqib membuat rumusan tentang perlunya membaca doa
setiap kali selepas solat.
REFLEKSI : Berdoa dan bergantung harap kepada Allah SWT.
MODUL : Mutadayyin
KRITERIA : Amalan Zikir Dan Doa Berterusan
CIRI-CIRI : Membaca doa dalam setiap amalan harian
AKTIVITI : Kotak Beracun
MASA : 30 minit
BAHAN : Sebuah kotak, lima keping kertas yang bertulis ‘1’ dan ‘0’.
OBJEKTIF : Di akhir aktiviti ahli usrah dapat :
Melafazkan satu doa harian yang diketahui.
Menambah pengetahuan dalam bacaan doa-doa yang
lain.
LANGKAH : Naqib menyediakan kotak.
Naqib menyediakan kertas yang bernombor ‘1’ sebanyak
lima keping dan yang kertas bernombor ‘0’ sebanyak lima
keping.
Kotak beracun diedarkan dan ahli usrah akan mencabut
satu kertas undi.
Jika ahli usrah mendapat nombor ‘0’, maka dia tidak perlu
untuk membaca apa-apa doa. Jika ahli mendapat nombor
‘1’, dia perlu membaca satu doa yang mana-mana diingati.
Ahli usrah berkongsi ilmu, doa yang tidak diketahui ahli-
ahli yang lain.
Naqib membuat rumusan tentang kepentingan membaca
doa sebagai amalan harian dalam setiap pekerjaan yang
dilakukan.
REFLEKSI : Melengkapi hidup dengan amalan berdoa.
MODUL : Mutadayyin
KRITERIA : Amalan Zikir Dan Doa Berterusan
CIRI-CIRI : Memahami kandungan doa
AKTIVITI : Doa Untuk Ibu Bapa
MASA : 30 minit
BAHAN : Lampiran
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli usrah dapat :
Menyatakan maksud doa yang dibaca.
LANGKAH : Naqib membacakan doa untuk ibu bapa berserta
terjemahannya.
Ahli usrah akan membaca doa tersebut secara
berpasangan pula. Seorang membaca doa dalam
bahasa Arab, sementara seorang lagi membaca
terjemahan/maksud doa itu. Selepas itu pasangan
akan bertukar peranan membaca doa dan
terjemahan.
Naqib membuat ulasan bahawa doa yang difahami
maksudnya ketika dibaca akan menyentuh hati dan
lebih dihayati.
REFLEKSI : Berdoalah dari hati.
MODUL : Mutadayyin
KRITERIA : Amalan Zikir Dan Doa Berterusan
CIRI-CIRI : Mengamalkan adab-adab berdoa dan berzikir
AKTIVITI : Kotak ‘Meminta’
MASA : 30 minit
BAHAN : Kotak kecil, kertas arahan.
OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti ahli usrah dapat :
Menyenaraikan tiga adab yang baik (merangkumi puji-
pujian, rendah diri dan kesopanan) semasa
berdoa/berzikir selepas solat.
LANGKAH : Naqib menyediakan sebuah kotak.
Naqib menyediakan kertas arahan yang bertulis :
- Minta sesuatu daripada ayah/ ibu.
- Minta sesuatu daripada rakan.
- Minta sesuatu daripada adik.
Perkataan ‘ayah’ boleh dipelbagaikan kepada ibu, guru,
rakan, adik, penjual, juruwang dan sebagainya.
Naqib mengedarkan kotak tersebut dan setiap ahli akan
mencabut satu kertas arahan untuk diri masing-masing.
Ahli usrah akan membuat simulasi dialog untuk meminta
sesuatu berdasarkan kertas arahan yang mereka dapat.
Naqib berbincang dan merumuskan tentang adab / cara
yang betul semasa berdoa.
REFLEKSI : Sebagai hamba kepada Yang Maha Esa, berdoalah dengan
penuh rendah diri dan tawaduk.